Followers

Nuffnang

Gaya Peneroka

0

Posted by Unknown | Posted on 11:43 PTG | Posted in

sumber :-

Gaya Peneroka


QARDAWI TIDAK AKAN DITANGKAP

Posted: 05 Jan 2015 09:08 AM PST

Dalam sebuah majlis makan malam mengumpul dana di Setiu beberapa hari lepas, seorang hadirin telah bertanya mengenai kes Dr Qardawi yang diancam untuk ditangkap oleh Interpol. Berikut adalah catatan dari jawapn TGHH
1. Kes ini berlaku ekoran dari permintaan kerajaan Mesir melalui Interpol yang mahu Dr Yusof Qardawi ditahan atas tuduhan bersubahat dalam keganasan yang berlaku di sana.
2. Dr Yusof Qardawi adalah salah seorang tokoh Ikhwanul Muslimin Mesir. Beliau telah keluar dari Mesir sewaktu kerajaan Mesir melakukan operasi besar-besaran menahan pemimpin Ikhwanul Muslimin (IM) pada akhir 50an atau awal 60an. Antara tokoh IM yang berjaya ditahan waktu itu ialah Syed Qutb dan Abdul Qadir Audah dan dijatuhkan hukuman bunuh, atas kesalahan berjuang untuk menegakkan negara Islam di Mesir.
3. Perjuangan Islam di Mesir menurut pandangan kuasa besar dunia adalah amat berbahaya, lebih bahaya dari Malaysia kerana Mesir merupakan sebuah negara yang penting, yang menjadi laluan dunia menghubungkan tiga buah benua melalui Terusan Suez. Kerana itulah Mesir amat diperlukan kuasa besar dunia.
Mesir juga dalam sejarahnya tidak pernah menjadi pusat pemerintahan Islam kerana lokasinya yang terancam. Pusat pemerintahan Islam adalah Mekah, Madinah, Dimasyq, Baghdad dan juga Istanbul. Namun rakyat Mesir antara yang menyumbang kepada kemenangan Islam yang besar seperti Perang Salib dan Perang melawan Tartar.
4. Interpol pula adalah organisasi polis antarabangsa (International Police). Ia adalah satu bentuk kerjasama polis antara negara-negara yang terlibat untuk memudahkan penangkapan penjenayah, dengan menyalurkan maklumat identiti penjenayah kepada negara-negara tempat penjenayah bersembunyi. Tugas Interpol menangkap mereka yang melakukan kesalahan jenayah, bukan kesalahan politik.
5. Walaupun Interpol boleh meminta negara anggota membuat tangkapan, ia perlu mendapat persetujuan negara terbabit. Jika negara tersebut tidak bersetuju, Interpol tiada kuasa untuk bertindak.
6. Lebih-lebih jika orang yang dituduh itu mendapat suaka politik di mana-mana negara anggota, hak suaka politik itu tidak membenarkan negara tersebut menyerahkan orang itu kepada negara yang menuntut.
7. Antara pemimpin Islam yang mendapat suaka politik ialah Khomeini, yang mendapat suaka politik Perancis, Rashid Ghanoushi di England dan Dr Said Ramadhan di Switzerland. Apabila Mesir menuntut mereka, kerajaan negara tersebut melindungi mereka.
Dr Yusof Nada, Bendahari IM, orang yang lebih kanan daripada Dr Qardawi, mendapat suaka di Geneva, Switzerland. Beliau siap menubuhkan Bank Taqwa di sana dan telah menjadi seorang tokoh perniagaan yang berjaya serta menyalurkan dana kepada banyak gerakan Islam dunia. Apabila Amerika menuntut beliau atas tuduhan membantu pengganas, kerajaan Switzerland yelah mempertahankan beliau.
8. Akhbar Daily Mirror di UK pernah menuduh saya sebagai orang no.2 dalam Al-Qaeda, siap pampang gambar di dalam akhbarnya. Saya pergi ke UK dan saman akhbar tersebut di mahkamah UK. Mereka tidak tangkap saya kerana hak untuk membuat pembelaan di mahkamah.
Dalam perbicaraan, PAS dituduh menyokong dan membantu perjuangan Palestin, membantu pengebom berani mati, menyalurkam senjata dan sebagainya. Saya jawab, apa salahnya PAS menyokong perjuangan mereka? Ahli parlimen British sendiri menyokongnya. Ahli Perlimen itu berkata kalau saya jadi rakyat Palestin, saya juga akan jadi pengebom nerani mati. Kenapa tak tangkap dia?
Saya juga menegaskan PAS bukan sebuah kerajaan. PAS hanya parti politik. Untuk menyalur keluar senjata bukanlah perkara yang mudah kerana kita tiada kuasa.
Akhirnya akhbar tersebut meminta maaf.
9. Israel juga pernah menyenaraikan kumpulan-kumpulan pengganas di dunia termasuk Hamas dan Persatuan Ulama, tapi mereka sekadar boleh senarai sahaja.
10. Dalam kes Dr Qardawi, Qatar memberikan suaka politik kepada beliau dan mempertahankan beliau dari diserahkan kepada Mesir. Ini telah mengakibatkan hubungan Qatar dengam Saudi, Emirates dan Mesir menjadi tegang.
11. Oleh itu kita jangan bimbang kerana undang-undang masih menjamin keselamatan Dr Qardawi. Jangan percayakan media sosial yang kata Qardawi kena tangkap atau apa sahaja. Mereka tak tahu pasal undang-undang ini semua.
12. Sebenarnya ini semua adalah langkah untuk melindungi Israel dan melindungi luasa barat yang memiliki telaga-telaga minyak di rantau teluk. Kebanyakannya dalam negara umat Islam.
13. Kita jangan merasa takut dengan apa yang berlaku. Islam mengajar kita kalimah 'Allahu Akbar'. Kuasa Allah yang paling besar. Kuasa-kuasa dunia hanya laksana debu yang halus dibandingkan dengan kekuasaanNya.
Kita diajar dalam tiap-tiap rakaat sembahyang, membaca Alhamdulillahi Rabbil Alamin. Tuhan sekalian alam. Semua alam ini adalah milikNya.
14. Dan semua yang berlaku ini menunjukkan kepada dekatnya kebangkitan Islam. Nabi SAW bersabda Islam bermula dalam keadaan dagang, dan akan kembali dagang seperti permulaannya. Maka berjayalah orang-orang yang dagang.
Islam dibawa oleh Nabi Muhammad bermula dengan keadaan orang tak kenal apa itu Islam. Macam mana Islam nak disebarkan kalau dalam Mekah sendiripun ianya telah dikepung? Tiba-tiba Islam berjaya menakluk dunia! Dan hari ini Islam juga dilihat ditindas, tetapi percayalah ini semua adalah proses Islam untuk kembali bangkit.

MIMPI SENJA

0

Posted by Unknown | Posted on 11:29 PTG | Posted in

sumber :-

MIMPI SENJA


Khidmat seks serendah RM10

Posted: 05 Jan 2015 11:04 PM PST




JALAN Thambypillai, Brickfields, Kuala Lumpur menterjemahkan betapa negara ini mempunyai kemajmukan bangsa selain mengiktiraf hak kaum lain selain orang Melayu. Ia turut menyingkap sejarah keterbukaan sistem Jus Soli pada tahun 1945 di bawah Malayan Union.
Perlaksanaan pada tahun berikutnya telah membuka laluan masuk hampir sejuta kaum asing terutama Cina dan India. Sistem yang diperkenalkan di Jerman pada peringkat awalnya diaplikasikan di Tanah Melayu sebagai syarat mendapatkan kemerdekaan yang termeterai pada Ogos 1957.
Itu adalah fakta sejarah yang menyumbang kepada kewujudan Jalan Thambypillai. Namun, jalan yang terletak di tengah-tengah ibu kota dan sekelilingnya dimonopoli hutan bata itu menyimpan kisah tersendiri apabila ia menjadi pusat pelacuran tertua dan gejala sumbang.
Lorong yang berlangitkan nafsu dan berlopakan dosa itu tidak hanya menjadi tumpuan satu kelompok usia sahaja, sebaliknya ia turut ditagih oleh golongan remaja. Fenomena itu dilihat sebagai satu kudis yang kian parah jika tidak dirawat.
Pelacur
Sekali imbas, memang agak sukar untuk mengesan sebarang aktiviti tidak sihat di lorong hitam ini. Namun itu adalah fakta kedua Jalan Thambypillai yang turut dihurung pelacur warga asing untuk mencari rezeki.
Malam itu, kelihatan beberapa kumpulan remaja sedang asyik berbual sambil ekor mata mereka memerhati pelacur-pelacur yang berlegar-legar di kawasan itu. Asap rokok turut tidak lekang di mulut mereka sambil merangkul erat tubuh rakan perempuan masing-masing. Penulis yang membuat tinjauan di kawasan tersebut cuba mendekati seorang remaja lelaki selepas mengetahui dia merupakan antara pengunjung bawah umur dan kerap hadir di lorong itu. Pemuda berkulit cerah itu sedia menerima pelawaan untuk minum bersama penulis.
Dia yang menyarung baju T berwarna hitam bercetak gambar kumpulan rock legenda tempatan dan berseluar jean pendek rona biru membahasakan diri sebagai Fitri. Fitri, 16, turut memperkenalkan seorang lagi rakan lelaki yang juga teman sekelasnya.

RUMAH merah di Jalan Thambypillai menjadi sarang kepada remaja memuaskan nafsu mereka.


Menurut Fitri, dia sering berkunjung ke lorong itu jika rasa tertekan ekoran terbeban dengan lambakan kerja rumah dan latih tubi yang diberikan guru sekolah. Hatinya hanya tenang selepas menikmati gelagat kupu-kupu malam beraksi berahi sambil mencari pelanggan.
"Saya mula berjinak-jinak dengan aktiviti pelacuran ini selepas dibawa oleh jiran sejak tiga tahun lalu. Ketika itu saya baru tingkatan satu dan saya gemar bergaul dengan orang yang lebih dewasa.
"Mereka memang mahir dengan selok-belok aktiviti ini selain kerap berkunjung di beberapa kawasan yang menawarkan aktiviti seks termasuk di Jalan Chow Kit dan lorong-lorong sunyi di Bukit Bintang, Kuala Lumpur,"jelasnya.
Menurut Fitri, pada umur yang masih muda, dia mula menjejakkan kaki ke kelab malam dan merokok. Dia mengakui gaya hidup sebegitu memberi ketenangan kepadanya. Ekoran gemar menghabiskan masa hingga lewat malam, dia sering ponteng sekolah akibat terlewat bangun. Ketika remaja lain sibuk mengulangkaji pelajaran dan menyiapkan tugasan sekolah pada waktu malam, lain pula ceritanya dengan Fitri. Sekitar pukul 9 malam, Fitri dan rakannya sudah bersidai di Jalan Thambypillai sehingga awal pagi.
Ketika membuat tinjauan, mata penulis turut tertumpu pada satu pintu masuk yang menggunakan daun harmonika, namun di dalamnya diterangi pancaran cahaya berwarna merah. Bagi pengunjung tetap, ruang berkenaan merupakan syurga dengan layanan kelas pertama pelacur warga asing.
Menyembunyikan
Bagi memastikan segala kegiatan mereka berjalan lancar, ada dua lelaki yang ditugaskan berkawal di pintu masuk dan di dalam ruang itu.
Ruangan yang dipanggil 'rumah merah' itu turut memenuhi Jalan Thambypillai sepanjang 300 meter itu. Perniagaan haram tersebut ibarat mendapat permit sah selain menjadi lokasi tumpuan para remaja.
Fitri memberitahu, dia berjaya menyembunyikan kegiatan itu daripada pengetahuan ibu bapanya dengan alasan ke pusat tuisyen selain mempunyai perbincangan berkumpulan di rumah rakan.
"Mereka tidak banyak soal. Mereka juga jarang bertanya mahupun menghubungi saya jika pulang lewat ke rumah.
"Lagipun, saya bawa persalinan lain di dalam beg sandang. Selepas bergembira di lorong itu, saya akan tukar semula baju di tandas di stesen minyak berdekatan sebelum pulang ke rumah," katanya yang berharap tiga adiknya tidak mengikut jejak langkahnya itu.

FITRI banyak menghabiskan masanya ke kelab malam akibat terpengaruh dengan ajakan teman. – Gambar hiasan


Paling mengejutkan apabila dia mengaku turut terjebak dalam aktiviti pelacuran itu dan melanggan seorang pelacur Indonesia pada harga serendah RM10.
"Mungkin nasib menyebelahi saya pada hari tersebut apabila seorang pelacur Indonesia menawarkan RM10 bagi menikmati tubuhnya.
"Kebiasaan, khidmat pelacur ditawarkan pada harga RM30 dan kami mampu membayarnya. Mereka tidak kisah dengan umur, janji ada pelanggan untuk berseronok.
"Mereka gembira dapat duit, kami pula senang hati dapat puaskan nafsu. Adakalanya disebabkan terlalu ketagihan, saya akan berjimat duit belanja RM5 sehari yang diberikan ibu bapa saya demi melanggan 'ayam'," ujarnya sambil memberitahu dia ketagihan seks selepas menonton video lucah bersama rakan.
Jalan Thambypillai yang sugul pada waktu siang berubah wajah menjelang malam. Perkhidmatan seks mendominasi perniagaan lain di lorong itu dan turut berkembang dek menampung permintaan pelanggan.
Di lorong itu, kedengaran bapa ayam merayu-rayu pelanggan supaya melanggan pelacur-pelacur di bawah seliaannya. Sementara itu, rakan Fitri yang hanya ingin dikenali sebagai Nick, 16, berkata, kehadiran mereka bukanlah sesuatu yang pelik. Bahkan, golongan dewasa menerima kunjungan mereka sebagai 'tetamu' di lorong itu.
Ikat perut
"Apa nak hairan, mereka yang datang ke sini pun kerana dahagakan seks. Golongan itu tidak akan memberi nasihat kerana mereka sendiri pun terjebak dalam perbuatan haram ini.
"Ada juga warga emas yang sudah beruban datang menempah pelacur. Kalau pelanggan yang kaya, mereka hanya singgah untuk mengambil seorang wanita masuk ke dalam kereta dan terus beredar," katanya menggambarkan khidmat yang ditawarkan bak memesan makanan di restoran makanan segera secara pandu lalu.
Nick memberitahu, dia turut mengikat perut untuk mengumpul duit bagi melacur 'ayam'. Malah dia sanggup berjudi di sebuah pusat perjudian yang menjalankan operasi secara rahsia di sebalik sebuah kedai makan yang terletak di jalan sama.

DENGAN bayaran serendah RM10, remaja boleh mendapatkan khidmat seks daripada pelacur warga asing.


Penulis turut menghampiri seorang bapa ayam yang mengusahakan perniagaan pelacuran melibatkan wanita warga asing.
Lelaki yang hanya ingin dikenali sebagai Richard, 50, berkata, sejak setahun lalu, kawasan ini kerap dikunjungi remaja sekolah.
"Jumlah itu dilihat semakin bertambah ekoran tiada tindakan daripada pihak berkuasa. Serbuan jarang dilakukan dan tahun ini hanya dua kali kawasan ini digempur polis.
"Selalunya, mereka hanya membuat rondaan bagi mencegah jenayah ringan seperti meleraikan kes pergaduhan dan ragut," katanya.
Richard memberitahu, kebanyakan pelanggan bawah umur itu ketagihan seks angkara mereka sering mengakses laman web lucah dengan mudah. Malah ada antara mereka yang menonton video porno ketika melacur 'ayam' bagi mendapatkan kepuasan yang maksimum.
"Akibat ketagihan, akan timbul rasa ingin mencuba dan mempraktiskan aksi ditonton.
"Lama-kelamaan, ia menjadi kebiasaan dan mereka tidak kisah bercumbuan secara terang-terangan," kata lelaki setengah abad itu sambil memberitahu penulis pelacur dari negara gajah putih baru saja tiba.- Kosmo

Surat rahsia Zahid pertahan ‘Raja Judi’ sahih – Fahmi

Posted: 05 Jan 2015 09:21 PM PST

(Oleh Azuan Ab Rahman)
KUALA LUMPUR 6 JAN: Tindakan Datuk Seri Zahid Hamidi mengutus surat kepada Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) Amerika Syarikat untuk membela ahli judi profesional, Paul Phua Wei-Seng menggambarkan kerajaan cuba menyembunyikan agenda sulit dan kerjasama keselamatan dengan individu yang didakwa terlibat dengan aktiviti kongsi gelap antarabangsa.
KEADILAN membuat kesimpulan bahawa surat rahsia yang ditulis Menteri Dalam Negeri itu kepada pihak berkenaan untuk membela ahli judi profesional, Paul Phua Wei-seng adalah sahih.
Fahmi"Saya ingin berterima kasih kepada Shafee (Abdullah) kerana walaupun Menteri Dalam Negeri belum menjawab, peguam Umno nombor satu telah menjawab salah satu soalan yang saya tujukan kepada Zahid.
"Berdasarkan kenyataan Shafee, kita kini tahu bahawa surat rahsia Zahid kepada FBI yang didedahkan South China Morning Post adalah sahih dan benar," kata Pengarah Komunikasi KEADILAN, Fahmi Fadzil melalui kenyataan yang disiarkan.
Zahid sebelum ini dikatakan telah menulis surat rahsia berkenaan yang menafikan bahawa ahli judi profesional itu adalah ahli kongsi gelap 14K Triad yang berpangkalan di Hong Kong.
Zahid melalui suratnya itu menyatakan Paul Phua telah beberapa kali membantu Kerajaan Malaysia di dalam projek-projek berkaitan keselamatan negara dan memohon supaya Paul Phua di dibenarkan pulang ke Malaysia.
Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=64659

Misteri jet: Jadilah betul-betul PM, bukan lari-lari

Posted: 05 Jan 2015 04:54 AM PST


HARAKAHDAILY | .

KUALA LUMPUR: Apakah pengajaran kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak di sebalik perbualan ramai mengenai misteri jet kerajaan yang didapati mengelilingi dunia sejak dua minggu lalu tetapi tidak diketahui siapa menggunakannya?

Demikian pertanyaan yang dilontarkan penulis Shahbudin Husin dalam blognya.

Bagi beliau, jawapannya hanya satu iaitu sebagai Perdana Menteri, beliau harus bersikap telus, sesuai dengan dunia langit terbuka yang ada sekarang.


"Sebagai Perdana Menteri, jadilah betul-betul macam Perdana Menteri, bukan lari-lari, sembunyi-sembunyi dan macam pencuri," tulisnya.

Tulisan penuh beliau seperti di bawah.

Apakah pengajaran kepada Perdana Menteri, Najib Razak di sebalik perbualan ramai mengenai misteri jet kerajaan yang didapati mengelilingi dunia sejak dua minggu lalu tetapi tidak diketahui siapa menggunakannya?

Jawapannya hanya satu iaitu sebagai Perdana Menteri, beliau harus bersikap telus, sesuai dengan dunia langit terbuka yang ada sekarang.

Jika ketika bercuti ke Hawaii sebelum sambutan Krismas dulu, Najib tidak merahsiakan pemergiannya dan memberitahu salah satu acaranya ialah bermain golf dengan Barack Obama, sudah tentu tiada siapa kisah apabila gambarnya dengan Presiden Amerika itu tersebar luas.

Jika setelah banjir semakin menggila dan beliau kemudian membuat keputusan kembali ke dalam negara, beliau pulang dengan pesawat yang sama yang membawanya bercuti ke Hawaii, sudah tentu juga tiada siapa mahu sibuk-sibuk menjejaki di mana pesawat rasmi itu berada.

Tetapi tentulah agak menghairankan apabila pesawat itu ditinggalkan di Amerika sedangkan Najib sebagai "tuan yang berhak" menggunakannya sudah berada di dalam negara.

Itulah yang akhirnya mendedahkan bahawa Najib menaiki pesawat komersial daripada Amerika ke Hong Kong sebelum dijemput oleh jet TUDM ke Kota Bharu. Hanya setelah timbul banyak persoalan kenapa jet itu ditinggalkan di Amerika, barulah kemudian ada penjelasan bahawa ia mengalami masalah teknikal.

Tetapi apabila dikesan melalui FlightRadar24, pesawat itu bergerak di antara Hawaii - Indianapolis - Los Angelas dan New York, bukan saja penjelasan mengenai masalah teknikal sudah tidak bermakna, bahkan menyebabkan keghairahan orangramai untuk mengetahui siapa penggunanya jadi semakin membara.

Jika setelah beberapa hari menghabiskan masa dengan mangsa banjir di seluruh negara, Najib juga memberitahu semua media bahawa beliau akan pergi ke Thailand bertemu dengan rakan sejawatnya di sana, sudah tentu juga tiada siapa mengaitkannya dengan "kebetulan" pesawat 9M-NAA itu turut berlabuh di Bangkok pada waktu yang sama.

Tetapi sekali lagi, sebagaimana bercuti ke Hawaii dilakukan secara sembunyi-sembunyi, pemergian Najib ke Thailand juga seperti seorang yang ada kekasih hati tapi takut bini.

Dan jika Najib memberitahu bahawa selepas bertemu dengan Perdana Menteri Thailand, beliau juga bertemu kembali dengan keluarganya yang ditiinggalkannya di Hawaii sebelum ini, tiadalah juga sesiapa yang berminat mahu bercakap tentang pemergiannya itu dan mengambil gambar isterinya sedang membeli-belah di kota Bangkok.

Malangnya, bukan saja pertemuan dengan Perdana Menteri Thailand dirahsiakan, malah bagaimana isterinya boleh sampai ke Bangkok juga tidak diberitahu secara rasmi. Nasib baiklah ada FlightRadar 24 yang memberitahu bahawa jet kerajaan itu menjelajah beberapa kota besar dunia dan berada di Bangkok ketika Najib juga berada di sana.

Malam tadi, jet 9M-NAA itu akhirnya kembali ke dalam negara secara rasmi. Sekali lagi, Najib juga pulang secara sembunyi-sembunyi.

Jika sebelum ini, setiap kali Najib berlepas dan kembali ke dalam negara, ramai yang menyambut, meraikan dan mencium tangannya, semua itu tidak berlaku lagi kali ini.

Sebagaimana beliau pergi ke Hawaii dan Thailand macam pencuri, kembalinya juga macam pencuri. Semuanya dilakukan secara sembunyi dan ingin dirahsiakan.

Dalam dunia langit terbuka yang Najib sendiri antara pengagumnya dengan begitu aktif menyebar-luaskan aktiviti, menghebahkan maklumat dan memuat-naik gambar-gambarnya melalui laman sosial miliknya, adalah begitu ganjil beliau bersikap sebaliknya kali ini.

Di ketika beliau juga kerap menyatakan bahawa internet dan media sosial adalah medium penyebaran maklumat yang penting sekarang, adalah ganjil juga apabila Najib merasakan seolah-olah Utusan, Berita Harian dan TV masih berkuasa.

Dalam dunia langit terbuka dan hanpir semua orang sudah memiliki gajet pintar dalam genggaman, sesiapa saja adalah wartawan dan pemberita sebenarnya. Penyebaran berita tidak lagi menunggu media rasmi menghebahkannya.

Sesuai dengan itu, Najib juga seharusnya bersikap telus dan terbuka. Sebagai Perdana Menteri yang menjadi hak kepada mana-mana rakyat memperkatakan tentang setiap jalur kehidupannya, Najib tidak seharusnya cuba bersembunyi-sembunyi lagi kerana banyak kamera tidak rasmi sedang berada di sekelilingnya sepanjang masa.

Lagi beliau cuba berahsia, lagilah pemberita tidak bergaji ini makin aktif mengejarnya.

Sebagai Perdana Menteri, jadilah betul-betul macam Perdana Menteri, bukan lari-lari, sembunyi-sembunyi dan macam pencuri.- HarakahDaily 5/1/15

CEO 1MDB Letak Jawatan

Posted: 05 Jan 2015 12:30 AM PST




KUALA LUMPUR 5 Jan - Ketua Pegawai Eksekutif 1Malaysia Development Bhd (1MDB) Mohd Hazem Abdul Rahman meletakkan jawatannya hari ini dan akan digantikan oleh Arul Kanda Kandasamy, pengurus bank dari Malaysia yang berpengkalan di Abu Dhabi, menurut sumber.

Arul, 38, akan dilantik sebagai presiden kumpulan dan pengarah eksekutif 1MDB. Beliau kini Naib Presiden Eksekutif, Ketua Kumpulan Perbankan Pelaburan dan Ketua Bahagian Kewangan Korporat, bagi Abu Dhabi Commercial Bank sejak Julai 2008.

Beliau juga pernah berkhidmat sebagai pengarah bukan bebas bukan eksekutif RHB Investment Bank Bhd Malaysia dari Julai 2009 hingga 10 Mei 2011, dan dalam tempoh masa sama, sebagai pengarah bukan bebas bukan eksekutif RHB Capital Bhd, selain sebagai pengarah RHB Islamic Bank Bhd.


Hazem menyertai 1MDB, syarikat pelaburan strategik negara itu, sebagai Ketua Pegawai Operasi pada Ogos 2012.

1MDB dilanda kontroversi berhubung portfolio hutangnya dan kerana menyimpan sejumlah RM7.18 bilion di Kepulauan Cayman.

Pada tahun lepas, Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan berkata 1MDB sudah mengembalikan 60% daripada dananya, dan baki 40% akan kembali ke Malaysia pada akhir 2014 walaupun ia mencatatkan pulangan sebanyak 6% hingga 7% setakat akhir tahun lepas.

Pengerusi 1MDB Tan Sri Lodin Wok Kamaruddin berkata bulan lepas, tindakan menghantar pulang dana itu kembali ke Malaysia mungkin mendedahkan wang itu kepada turun naik pasaran pertukaran asing.

Ini berikutan penurunan nilai ringgit dalam tempoh 10 bulan yang lalu kepada RM3.52 berbanding satu dolar AS hari ini.

The Unspinners

0

Posted by Unknown | Posted on 11:28 PTG | Posted in

sumber :-

The Unspinners


Fitnah? Gambar Sarawak? TENGOK VIDEO NI ....

Posted: 05 Jan 2015 08:41 PM PST


Memang cekap cytro PR menepis tuduhan dan mencipta fitnah, tapi adakah ianya kebenaran?



Kenapa banyak design kain batik Manek Urai dimerata Kelantan????

Peta yang Mat Yaacob patut tengok

Posted: 05 Jan 2015 05:00 PM PST


Macam mana Manek Urai blh banjir jika bukan kerana air dari bukit yang melempah.

Rainfall dikatakan double dari masa lepas tapi ini bukan kali pertama. Dulu kita pernah terima rainfall begitu banyak tapi TIDAK BANJIR TERUK.

Sebabnya jelas dalam gambar2 berikut:






Hakisan tanah yg menyebabkan air pekat dengan selut berwarna mcm teh tarik menunjukkan hakisan yg bsnyaj.

Ia juga menunjukkan sumber air adalah dari kawasan yg sudah ditogelkan tsukeh balak.

Tanpa pokok dan tumbuhan, air tidak dapat ditahan untuk disersp bumi. Maka air itu mengalir mudah ke sungai.

Oleh kerana pembalakan haram begitu berleluasa, air yg mengalir luar biasa banyaknya.

 serap dan dohalang

GAM sedar lalu berdamai, Pas mahu sedarkah?

Posted: 05 Jan 2015 07:00 AM PST



Artikel berikut mungkin tidak digemari pentaksub politik dan hanya releven buat mereka yang bersikap neutral dan adil. 

Kita perlu hadapi Wahabi, Syiah, riba, penghinaan ulama, pembakaran kitab, ustazah express, orang tak layak menjadi mufti dan lain-lain barah dalam umat untuk selamatkan Malaysia dari hilang dari peta bumi akibat kesesatan dan kemungkaran yang sedang berlaku.

Bila bala tuhan turun, tak kira yang kafir atau muslim, yang alim atau jahil, yang soleh atau fasiq, ahli masjid atau ahli zina, semuanya akan hadapi ujian tuhan.

Allah beri peringatan kepada yang fasiq dan kita perlu betulkan tertib dalam usaha dakwah, ilmu dan tazkiyyah (penyucian hati) bagi yang soleh.

Dalam kehidupan ini, kita dapat lihat 2 tempat yang kononnya serambi Mekah ditelenggami air pada tarikh yang sama, tahun berbeza iaitu:

26 Disember 2004- Tsunami di Serambi Mekah Acheh.
26 Disember 2014- Kemuncak tenggelamnya Serambi Mekah Kelantan.

Gerakan Acheh Merdeka (GAM)- Perjuangkan hudud serta pernah mendoakan bala kepada bumi Indonesia.(yang akhirnya bala itu berbalik kepada mereka)
Parti Islam Malaysia (PAS)- Perjuangkan hudud serta pernah mendoakan bala kepada bumi Malaysia.(yang akhirnya bala itu berbalik kepada mereka)

GAM- Bermusuhan dengan kerajaan pusat serta pernah menganggap umat Islam di kerajaan pusat sebagai "kafir" atau "menolak Islam".
PAS- Bermusuhan dengan kerajaan pusat serta pernah menganggap umat Islam di kerajaan pusat sebagai "kafir" atau "menolak Islam".

Majoriti ahli GAM berada di Acheh lalu ditenggelamkan Allah.
Majoriti ahli PAS berada di Kelantan lalu ditenggelamkan Allah.

GAM diminta bergabung dengan parti kerajaan demi maslahat umat Islam tetapi mereka menolak.
PAS diminta bergabung dengan parti kerajaan demi maslahat umat Islam tetapi mereka menolak.

Dan banyak lagi persamaan pada kedua-dua pihak yang malas lah nak senaraikan.

Walaubagaimanapun. Jika orang kafir pun Allah masih beri makan kepada mereka, apatah lagi umat Islam, umat Nabi Muhammad yang setiap hari menyembahNya. Tentulah lagi-lagi Allah sayang. Allah turunkan bala kepada umat Islam bukan kerana benci, tetapi kerana ingin menegur dan betulkan apa yang salah. Natijah daripada teguran Allah, maka berlakulah:

GAM meletakkan senjata dan bersetuju untuk berdamai dengan kerajaan.
PAS juga harap-harap lepas ni dapat berdamai dengan kerajaan.

GAM berjaya wujudkan daulah Islamiah mereka dan hukum Allah tertegak serta membuktikan undang-undang Allah itu releven.
PAS juga harap-harap lepas ni akan teruskan agenda mereka untuk laksanakan hudud di Kelantan dan tegakkan hukum Allah di sana serta menjadi contoh kepada negeri-negeri yang lain bahawa undang-undang ini releven serta tidak lagi tunduk kepada Dajjal Alliance Party yang bermati-matian menentang hudud

Allah telah beri teguran kepada GAM agar bersatu demi umat Islam, kini Allah tegur pula PAS supaya bersatu sesama umat Islam demi kebaikan bersama. Dua kumpulan besar Muslim bertelagah selama puluhan tahun, akhirnya kaum Dajjal, kaum Kafir, kaum Komunis yang ambil kesempatan dan menuntut macam-macam hak sampai ada kaum Komunis dah mula minta kuasa autonomi di Penang selain permintaan menghalang azan, bible bahasa melayu, kalimah Allah dan lain-lain isu sensitif yang dimainkan kaum Dajjal mengambil kesempatan atas pecah belahnya umat ini.

GAM buat keputusan untuk menyerah, bukannya memaksa kerajaan Indonesia yang menyerah kerana mereka sedar mereka adalah minoriti.
Jadi PAS juga patut contohi GAM dan terima pelawaan UMNO untuk membentuk sebuah kerajaan Muslim yang kuat di Nusantara bukannya memaksa UMNO dibubarkan dan sertai PAS kerana wilayah PAS lebih kecil berbanding wilayah UMNO.

Kita inginkan kebaikan untuk umat Islam, ketepikan fahaman politik dan bergabunglah...

Kerajaan juga yang dulu sangat sekular, kini sudah mula berjinak-jinak dengan perkembangan Islamisasi sampai artis-artis pun semakin susah cari makan sekarang ni, ustaz-ustaz pula
yang banyak jadi selebriti.

Dulu susah nak tengok perempuan bertudung dalam TV seolah-olah ianya "haram", tapi kini hampir menjadi majoriti wanita bertudung mengacara program.

Dulu TV penuh dengan program hiburan dan program menternak artis dan perosak bangsa.
Kini program menternak perosak bangsa sudah semakin sepi dan program melahirkan pendakwah pula semakin mendapat tempat.

Dulu apa-apa event mesti kena ada konsert dan diakhiri dengan arak, dadah, zina.
Sekarang kerajaan dah ganti dengan majlis selawat besar-besaran dan diakhiri dengan minum air pasar malam dan burger murah je  .

Dulu nak cari orang berkopiah pun susah dalam TV, sekarang ni jangan kata yang berkopiah, yang berserban 7 tingkat pun dah mula menyinari dikaca-kaca TV dan dada-dada iklan.

Jadi peluang dakwah dan peluang untuk kerajaan menerima dakwah itu sangat terbuka jika kita datang cara baik. Kalau awal-awal lagi kita maki kerajaan, tentu mereka tutup telinga mereka dan tutup pintu mereka. Kemudian kita salahkan mereka pula kerana tidak menerima dakwah dan menuduh mereka sebagai kaum yang menolak Islam.

Dakwah model para Habaib yang mengetengahkan metod lemah lembut adalah model yang terbaik dan lebih mendekati cara Rasulullah sehingga kita sendiri dapat lihat menteri-menteri pun join majlis-majlis selawat dan tausiyyah dengan rela hati sehingga dakwah itu sampai ke telinga mereka. InsyaAllah lama-kelamaan akan berubah semuanya. Kerajaan juga ada menghulurkan tangan untuk bersatu dengan PAS walaupun PAS berusaha menolaknya dan mengungkit-ungkit kisah lama yang wataknya juga adalah orang-orang lama dan ada pula yang telah meninggal dunia.

Ini generasi baru, kita bukalah cerita baru.

UMNO di Kelantan juga dikatakan turut bersetuju dan menyokong pelaksanaan hudud di sana. Kini yang menentang hudud adalah adik beradik tiri PAS sendiri iaitu parti mata satu dan parti komunis. Manakala penentangan hudud yang kononnya dilakukan oleh pemimpin UMNO hanyalah penentangan "lama" yang diungkit-ungkit. 

Ya kita faham, dulu mereka mungkin jahil. Tapi kerana mereka kini mulai rapat dengan para ulama dan didekati pula oleh ulama dakwah dan tazkiyyah, mungkin pemahaman mereka terhadap Islam dan hukum Allah sudah mulai masuk ke sanubari mereka. Maka kita tidak dengar lagi komen-komen kurang cerdik tentang hudud dari pihak menteri muslim kecuali sangat sedikit (yang masih sombong tidak mahu keluar dari kepompong ketidakcerdikan) yakni tidak seperti dulu.

Penentangan hudud kini dilakukan secara terbuka oleh kaum Komunis Dajjal sehingga tahap mengugut adik tirinya sendiri untuk ditendang dan lain-lain ancaman.

Kenapa kaum kafir yang merupakan adik beradik tiri PAS sendiri sangat takut dengan hudud sedangkan kita semua tahu hukum hudud hanya untuk umat Islam, bukannya untuk orang kafir?

Dari situ kita sudah mula faham bahawa kaum Dajjal abang tiri PAS tu menentang hudud kerana ia HUKUM ALLAH dan Dajjal tidak rela hukum Allah tertegak. 

Manakala pemimpin yang muslim yang dimusuhi PAS pula pernah menentang hudud kerana mereka JAHIL bukan kerana mereka ingin melawan Allah. Setelah mereka keluar dari kejahilan melalui jalan dakwah penuh hikmah dari para ulama, InsyaAllah mereka akan sokong dan kini telah terlihat mereka semakin menyokong cuma tidak secara terbuka dan terang-terangan.

Ketika berlaku bala, orang pertama yang mereka cari ialah musuh mereka sendiri iaitu kerajaan dan salahkan musuh mereka kerana tidak membantu mereka.

Sedangkan adik beradik tiri mereka yang terus diam menyepi tidak pula mereka seru atau pertikaikan dimana bantuan dari mereka?

Sejak tersebarnya gambar lelaki bermata lebam sebelah pada tahun 1998 dan kemunculan parti bendera biru bermata satu pada tahun yang sama, saya sudah mulai merasakan perubahan iklim kedamaian yang aneh berlaku di bumi bertuah Tanah Melayu ini......

Dan kegusaran itu benar apabila perpecahan demi perpecahan sehingga isu-isu sensitif yang tidak pernah timbul mulai timbul, kebanjiran kaum Syiah dan keganasan kaum Wahhabi mulai menyerlah, pertikaian dan penghinaan ulama menjadi biasa, kaum pendatang mula naik toc
ang dan mula meminta negeri sendiri, tekanan US, kehilangan pesawat dan seribu satu jenis fitnah dan kerosakan berlaku selepas munculnya gambar "lelaki buta sebelah mata" itu.

Di Malaysia ni, hanya dua parti sahaja iaitu PAS dan UMNO yang pengasasnya merupakan ulama Ahlu Sunnah sejati, bermazhab Syafie, bertasawuf dan berakidah mazhab Asya'irah. Kedua-dua parti yang diasaskan ulama Ahlu Sunnah ini perlu bergabung untuk melawan fitnah Dajjal di Malaysia khususnya.

Jadi, sekiranya kita punyai akal yang sihat. Maka responlah teguran Allah ini dengan menghentikan perbalahan sesama kaum muslimin selama puluhan tahun ini dan bergabunglah demi kebaikan ummat serta tegakkanlah hudud di bumi bertuah Serambi Mekah Kelantan.

Sekiranya  tidak dilakukan, kita khuatir bala seterusnya pula akan menimpa. Wal'iyazubillahiminzaalik.

Bacalah seruan ini dengan hati yang terbuka dan sahutlah seruan ini.".

Hadis Nabi mengenai 15 perkara undang bala

Posted: 05 Jan 2015 03:30 AM PST


15 PERKARA YANG DILAKUKAN BAKAL MENGUNDANG BALA

Daripada Ali bin Abi Thalib ra, Rasulullah SAW bersabda:

"Apabila umatku telah membuat 15 perkara, maka BALA pasti akan turun kepada mereka, iaitu :

1. Apabila harta negara hanya beredar dikalangan orang tertentu sahaja

2. Apabila amanah dijadikan suatu sumber keuntungan

3. Zakat dijadikan hutang

Ulasan – nak dapat zakat susah. Penerima zakat tergolong daripada kroni atau orang tertentu.

4. Suami menurut kehendak isteri (dalam perkara bertentangan syariat)

5. Anak derhaka terhadap ibunya

6. Akan tetapi (anak tadi) sangat baik terhadap kawan-kawannya.

7. Ia (anak) suka menjauhkan diri daripada ayahnya

8. Suara sudah ditinggikan di dalam masjid.

Ulasan – masjid dijadikan medan/tempat berkelahi. Sumpah di masjid untuk kepentingan sendiri.

9. Yang menjadi ketua sesuatu kaum adalah orang yang paling hina di antara mereka.

Ulasan – Org yg paling hina- yg tiada ilmu agama dan tiada akhlak.

10. Seseorang dimuliakan kerana ditakuti kejahatannya.

Ulasan – Contohnya, takut kepada polis kerana dibimbangi ia berlaku zalim terhadap diri kita.

11. Arak sudah diminum secara berleluasa.

12. Kain sutera banyak dipakai (oleh kaum lelaki)

13. Para artis-artis disanjung-sanjung. 

Ulasan- penyanyi perempuan dimuliakan.

14. Muzik banyak dimainkan/didendangkan.

15. Generasi akhir umat ini akan melaknat generasi pertama (para sahabat terdahulu).

Ulasan – mempersenda sahabat-sahabat Rasulullah.

Maka pada ketika itu hendaklah mereka menanti angin merah atau GEMPA BUMI ataupun mereka akan dirubah menjadi makhluk lain"
(Hadis Riwayat At-Tirmidzi).

Lesen balak beku 2006? Surat ni apa? MSO tulis apa?

Posted: 05 Jan 2015 12:30 AM PST


Kita fahamlah YAB MB nak cover mantan MB Nik Aziz bila kata lesen balak dah beku 2006. Baca SINI.

Tapi surat atas ni apa??? Komen Bulletin Sengal SINI


Sementara itu, komen MSO ni apa?


Macam mana boleh jadi begini bila balak dah stop?



Belantan

0

Posted by Unknown | Posted on 11:12 PTG | Posted in

sumber :-

Belantan


MMU: Dua jam babi hutan dalam perpustakaan?

Posted: 05 Jan 2015 09:27 PM PST


CYBERJAYA - Seekor babi hutan dilaporkan merempuh panel dinding kaca pintu belakang perpustakaan Universiti Multimedia (MMU), 1.30 petang, semalam.

Selepas kejadian itu, semua pelajar yang berada di dalam perpustakaan tersebut diminta keluar bagi membolehkan pihak bomba menangkap haiwan liar itu.

Menurut Ketua Pustakawan MMU Kamal Sujak, selepas dua jam, akhirnya mereka berjaya menangkap babi jantan itu.

Difahamkan, bahagian utama perpustakaan itu ditutup berikutan usaha menangkap haiwan tersebut.

"Binatang liar ini mungkin tersesat dari kawasan hutan berdekatan memandangkan pembangunan pesat sekitar Cyberjaya," kata Kamal kepada media.

Bagaimanapun, ruang bacaan utama perpustakaan tersebut yang berfungsi 24 jam dibuka seperti biasa.

Suara Politik
Belantan

QZ8501 Hari ke-9 : Lokasi pesawat AirAsia ditemui!

Posted: 05 Jan 2015 08:09 AM PST


Agensi mencari dan menyelamat Nasional (Basarnas) Indonesia dilaporkan telah menemui lokasi pesawat AirAsia QZ8501.

Menurut Komandan Lanud Iskandar Pangkalan Bun, Leftenan Kolonel Penerbangan, Johnson Simatupang, semua pesawat yang melakukan operasi udara dalam misi pencarian tersebut akan terbang di bawah 5,000 kaki.

Dilaporkan, mereka sudah mendapat perintah operasi dari Basarnas dan semua penerbangan akan berada di bawah 5,000 kaki.

Difahamkan, pesawat Tentera Angkatan Udara Nasional Indonesia (TNI AU), Korea Selatan, Rusia dan Amerika Syarikat akan melakukan operasi di empat sektor.

Sebelum ini, Unit Kawalan Trafik Udara (ATC) dan pasukan SAR menfokuskan pencarian di titik koordinat di lokasi terakhir pesawat AirAsia QZ8501 jatuh.

Lokasi pencarian akan dilakukan sejauh 60 batu nautika dari titik terakhir.


Sementara itu, seorang imam yang berkhidmat di Masjid Istiqlal menyatakan bahawa jenazah mangsa nahas pesawat AirAsia QZ8501 tidak perlu dicari dan dibawa keluar.

"Jenazah yang berada dalam keadaan rosak dan tidak dapat dikenal pasti sepatutnya dibiarkan sahaja tenggelam di dasar laut," ujar imam besar, Ali Mustafa Yakub.

Memetik laporan portal Republika, Imam Ali menjelaskan, proses menyelamatkan jenazah akan mengambil masa yang panjang sebelum boleh dibawa ke darat.

Justeru, mangsa yang meninggal dunia di atas kapal komersil berkenaan boleh dibiar tenggelam sebagai pengganti kepada pengebumian.

"Misalnya jika ditunggu sehingga sampai ke daratan, mayat akan busuk. Tetapi sekarang ada ujian DNA, jadi sebaiknya dibawa ke daratan," tambahnya.

Menurutnya kaedah tersebut sudah dibincangkan di dalam beberapa kitab Islam yang mana penenggelaman dilakukan dengan cara mengikat pemberat kepada jenazah.

"Namun dalam situasi ini, pengurusan jenazah lebih afdal dilakukan bersama teknologi yang canggih," terang Imam Ali lagi.

Suara Politik
Belantan

QZ8701: Hari ke-8: Mangsa ditemui terikat dengan kerusi penumpang!

Posted: 05 Jan 2015 04:24 AM PST


SURABAYA - Selepas hampir seminggu, pasukan mencari dan menyelamat (SAR) masih berdepan dengan keadaan cuaca yang buruk dalam misi mencari semua mayat mangsa yang terkorban di atas pesawat AirAsia QZ8501.

Setakat hari Jumaat, bilangan mayat yang ditemui di kawasan Kalimatan Tengah adalah 30. Menurut Komando Yayan Sofiyan dari Indonesia, beberapa daripada mereka ditemui dalam keadaan masih terikat dengan tempat duduk mereka. Empat mangsa kemalangan telah dikenalpasti dan dikembalikan kepada ahli keluarga mereka, termasuk seorang pramugari dan seorang budak lelaki yang berumur 11 tahun.

Bangkai pesawat tersebut pula telah dikesan oleh sonar pada hari Selasa dan dikatakan berada dalam keadaan songsang di dasar laut 100 meter.


AirAsia QZ8501 yang membawa 162 penumpang dan anak kapal dalam perjalanannya dari Surabaya ke Singapura apabila telah hilang pada hari Ahad, 28 Disember 2014. Sebelum hilang daripada radar, juruterbang telah meminta izin untuk meningkatkan ketinggian tetapi tidak diberi izin oleh pusat kawalan trafik udara kerana keadaan trafik udara yang sesak pada masa itu.

Punca sebenar nahas masih belum diketahui tetapi dipercayai kerana cuaca yang buruk.

Pada hari Jumaat, lebih daripada 200 penduduk tempatan di Surabaya telah berkumpul di sebuah masjid dan berdoa untuk semua mangsa yang terkorban.

Suara Politik
Belantan

QZ8501 Hari ke-7: Tony Fernandes hantar sendiri jenazah Khairunisa?

Posted: 05 Jan 2015 12:26 AM PST


Tan Sri Tony Fernandes sebelum ini menyatakan hasrat untuk turut serta menghantar jenazah pramugari yang terkorban dalam nahas pesawat QZ8501 pada pagi Ahad minggu lalu.

CEO Kumpulan AirAsia itu menyuarakan kesanggupan tersebut yakni menghantar jenazah arwahyarhamah Khairunisa Haidar Fauzie ke kampung halamannya yang terletak di Palembang untuk disempurnakan.



Perkara berkenaan dinyatakan oleh Tony Fernandes sendiri menerusi akaun Twitter peribadinya pada 31 Disember lalu.

Berdasarkan status yand dimuat naik semalam, beliau turut serta bersama kumpulan yang mengiringi dan membawa jenazah Khairunisa dari Surabaya ke Palembang.

Jenazah Khairunisa melalui proses mengenal pasti identiti sebanyak dua kali walaupun ditemui bersama tanda nama pada baju seragam yang dipakainya.

Suara Politik
Belantan