Followers

Nuffnang

MIMPI SENJA

0

Posted by Unknown | Posted on 11:40 PTG | Posted in

sumber :-

MIMPI SENJA


Fokus pada kes kamu, kata IGP pada 'raja judi'

Posted: 03 Jan 2015 11:20 PM PST



Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar menasihatkan Paul Phua, yang didakwa sebagai 'raja judi', menumpukan terhadap kesnya di Amerika Syarikat.

Beliau bagaimanapun enggan mengulas berhubung dakwaan bahawa polis membuat silap dalam laporannya berkaitan warganegara Malaysia itu, yang didakwa sebahagian daripada jaringan kongsi gelap antarabangsa.

"Oleh kerana perkara ini sedang didengar di mahkamah Amerika Syarikat, saya tidak mahu komen," katanya kepada Malaysiakini.

Khalid juga mendedahkan bahawa polis Malaysia sentiasa berhubung dengan Biro Siasatan Persekutuan (FBI) AS berhubung kes itu.

"Saya boleh sahkan bahawa kami berhubung. Nasihat saya pada Phua, fokus pada pendakwaan (terhadapnya)," katanya.

Kes itu mencuri perhatian selepas Datuk Seri Zahid Hamidi dilapor menulis kepada FBI dengan mempertahankan Phua, dengan berkata dia membantu kerajaan Malaysia dalam isu keselamatan.

Semalam, peguam terkenal Umno Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah menulis surat kepada FBI bagi membetulkan kesilapan dalam laporan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Peguam itu, yang mengadakan sidang media bagi pihak pasukan peguam bela Phua, juga menegaskan bahawa kumpulan 14K, yang dia didakwa menganggotainya tidak beroperasi di Malaysia.

Laporan berhubung kontroversi surat itu didedahkan oleh South China Morning Post (SCMP) pada 18 Disember.

Harian Hong Kong itu juga menyiarkan semula keseluruhan kandungan surat itu.

Phua sekarang berada bawah tahanan rumah di Las Vegas.

Dia dan anaknya berdepan perbicaraan atas tuduhan menjalankan operasi perjudian haram daripada Hotel Caesar's Palace semasa Piala Dunia Brazil tahun lalu. - malaysiakini

[Baca berita asal]

Najib Di Thailand, Kenapa Pergi Senyap-Senyap?

Posted: 03 Jan 2015 09:01 PM PST


Oleh Shahbudin Husin

Melalui laman sosial Facebook dan Twitter milknya, Najib Razak menulis pagi tadi bahawa beliau kini berada di Thailand setelah mengadakan perbincangan dengan rakan sejawatnya, Perdana Menteri negara itu, Jenderal Prayuth Chan-ocha semalam.
Perbincangan itu dikatakan berkaitan banjir serta menyampaikan ucapan terima kasih kepada rakan sejawatannya itu atas sumbangan yang dihulurkan bagi membantu mangsa banjir di Malaysia

Katanya lagi, mereka juga bertukar pandangan tentang langkah pemulihan dan pengalaman Thailand dalam menghadapi bencana banjir.Kali terakhir Najib dilihat berada di dalam negara ialah pada malam tahun baru di mana beliau berada di sebuah masjid di Pengkalan Kubur, Kelantan. Selepas itu, berita mengenainya senyap begitu saja kerana tiada berita dan gambarnya yang tersiar di akhbar atau media.
Beradanya Najib di Thailand dan mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri Thailand hanya diketahui kerana hebahan yang dilakukan sendiri oleh Perdana Menteri melalui laman sosial miliknya.
Kenapa Najib pergi ke Thailand secara senyap-senyap? Adakah ia lawatan rasmi, kunjungan peribadi atau menyambung percutian di Hawaii yang tergendala sebelum ini?
Kalau lawatan rasmi, siapa anggota rombongannya dan kenapa tiada wartawan ikut serta dan tiada juga laporan berita mengenai pemergiannya itu sedangkan yang ditemuinya adalah Perdana Menteri Thailand?
Jika bercuti pula, kenapa dilakukan secara sembunyi dan tidak diketahui oleh sesiapa. Jika dimaklumkan, sama ada kerana lawatan rasmi atau bercuti, tentu ramai yang ingin menghantar dan mencium tangannya di lapangan terbang.
Sebelum ini, pemergian Najib bercuti ke Hawaii juga dilakukan secara rahsia dan ia hanya diketahui ramai apabila gambarnya bermain golf bersama Presiden Amerika, Barack Obama didedahkan oleh media antarabangsa.
Pemergian Najib ke Thailand dan mengadakan pertemuan dengan rakan sejawatannya tiadalah apa-apa yang istimewanya jika tidak diketahui pesawat khas yang membawanya ke Hawaii sebelum ini, turut sedang singgah di Bangkok ketika ini.
Melalui laporan laman penjejak pesawat, FlightRadar 24, pesawat khas kerajaan dengan nombor pendaftaran 9M-NAA itu yang ditinggalkan ketika Najib kembali sendirian untuk meninjau keadaan banjir dalam negara, dilaporkan terbang daripada Hawaii - Indianapolis - Los Angelas - New York - London - Dubai dan destinasi terakhirnya dikesan semalam ialah di Bangkok, Thailand.
Sejak itu, timbul percakapan bahawa jet itu sedang digunakan oleh isterinya, Rosmah Mansor yang tidak kembali bersama-sama dengan Najib untuk meninjau suasana banjir sebelum ini.
Apabila FlightRadar24 mengesan jet itu singgah di Bangkok, ramai yang tertanya-tanya siapakah yang sedang menggunakannya dan apa yang dilakukannya di ibu negara Thailand itu?
Tetapi apabila pagi tadi Perdana Menteri sendiri memaklum beliau berada di Thailand selepas mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri Thailand, teka-teki orangramai mengenai kehilangan Najib sejak dua hari lalu, misteri jet singgah di Bangkok dan segala hal berkaitan dengannya bagaikan sudah mula terjawab.
Cuma timbul persoalan, apakah perancangan Najib pergi ke Thailand sudah lama dilakukan atau semata-mata untuk "menjemput" pesawat khasnya di Bangkok dan kemudian kembali ke dalam negara menaiki jet mewah itu bersama-sama isteri dan ahli keluarganya yang lain?
Mungkinkah pertemuan dengan Perdana Menteri Thailand juga baru saja dirancang, seiring dengan kebetulan beliau mahu pergi ke negara itu?
Dengan Najib sendiri mengesahkan beliau berada di Thailand dan jet 9M-NAA juga "kebetulan" berada di negara itu, janganlah terperanjat jika kembalinya ke dalam negara dalam waktu yang singkat ini, orang pertama yang melangkah keluar daripada jet itu nanti ialah Najib sendiri. Mungkin juga media akan dijemput secara besar-besaran untuk merakam gambarnya keluar daripada jet bagi membuktikan selama ketiadaannya, tiada sesiapa selainnya menggunakan jet itu.
http://shahbudindotcom.blogspot.com/

Sukarelawan mekanik, juruelektrik diperlukan

Posted: 03 Jan 2015 08:05 PM PST


HARAKAHDAILY | .
KUALA LUMPUR: Pemuda PAS Malaysia mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada seluruh Sukarelawan sama ada yang telah turun mahupun yang sedang berkhidmat ketika ini.

"Tidak dilupa juga kepada para dermawan yang telah memberikan sumbangan dalam bentuk wang ringgit dan barang keperluan kepada mangsa banjir," ujar Setiausaha Pemuda PAS Malaysia, Abang Ahmad Kerdee Abang Masagus.

Katanya, bagi memenuhi keperluan semasa di lokasi bencana ketika ini, selain meneruskan bantuan kewangan dan barang harian Pemuda PAS juga menyeru agar individu-individu yang mempunyai kepakaran membaiki kenderaan (kereta dan motor) dan pendawaian elektrik (wiring) agar menawarkan diri sebagai Sukarelawan Amal untuk membantu mangsa banjir di Kelantan

Justeru, kata beliau pihaknya meminta agar Pemuda PAS kawasan di seluruh negara untuk membawa rakan-rakan ini ke dalam pasukan atau rombongan masing-masing.

Sesungguhnya, ujar beliau keadaan di sana benar-benar memerlukan khidmat kepakaran teman-teman dalam bidang ini.

"Besarlah harapan Pemuda agar tenaga-tenaga mahir dalam kedua-dua bidang ini dapat memaksimumkan bantuan yang diperlukan oleh mangsa-mangsa di sana," ujarnya.

Untuk mendaftar sebagai anggota sukarelawan tersebut, rakan-rakan dijemput untuk mendaftar secara online di www.jabatanamal.org atau memghubungi Bilik Operasi Pemuda PAS Malaysia di talian 01110664101 (call & SMS) 0133185263 (WhatsApp sahaja)

Bagi rakyat Malaysia yang prihatin dan budiman, tuan/puan boleh terus menyumbang ke akaun TABUNG KEMANUSIAAN PEMUDA Maybank 5640 2540 0100. - HARAKAHDAILY 4/1/2015

Air Asia... Menteri Indonesia jadi sasaran kemarahan juruterbang

Posted: 03 Jan 2015 04:08 AM PST

Ini kisah Menteri Perhubungan (pengangkutan) Indonesia Ignasius Jonan (gambar) yang 'menyerang' pegawai-pegawai Air Asia dan mendakwa syarikat penerbangan itu tidak tidak mengambil data cuaca dari Badan Meteorologi Klimatologi dan Geofsika (BMKG) pada hari terhempasnya pesawat QZ8501.
Kisah itu menjadi 'side story' popular di republik itu berikutan ketegasan beliau ketika meeting dengan bos-bos Air Asia Indonesia.
Malangnya... beliau nampaknya tidak popular dikalangan juruterbang, bukan saja dari Air Asia bahkan dari syarikat-syarikat penerbangan lain.
Khabarnya kenyataan beliau semasa memarahi pihak pengurusan Air Asia memperlihatkan sikap 'bodoh sombong' menyebabkan pilot-pilot naik angin.
Sehingg ada yang berani menulis surat terbuka.
Salah satunya dari juruterbang Qatar Airways bernama Fadjar Nugroho yang sampai membuat surat terbuka untuk Jonan. Ini isinya sebagaimana dikutip dari laman web media berpengaruh Tempo.
"Bapak Menteri yang terhormat, perkenalkan nama saya Fadjar Nugroho. Pekerjaan saya penerbang. Mungkin di mata orang lain ini adalah sebuah pekerjaan hanya sebagai supir. Tapi saya bangga karena katanya pekerjaan saya membutuhkan (memerlukan) kemampuan otak dan fisik yang tinggi.
Saya baru saja membaca berita bahwa bapak datang ke Air Asia dan marah besar kepada manejemen perusahaan tersebut karena laporan cuaca yang tidak diambil di briefing office tapi malah mengambil dari internet.
Sama dengan penerbang Air Asia dan penerbangan lainnya, pada waktu saya terbang di Indonesia menggunakan pesawat beregistrasi Indonesia, saya harus mengambil laporan cuaca dari BMKG.
Kenapa BMKG? Karena sudah bertahun-tahun tertulis bahwa sebuah penerbangan komersial berbasis PKPS (Peraturan Keselamatan Penerbangan Sipil) nomor 121 ayat 101 memberikan petunjuk seperti di bawah ini.
------------------------------------------------------
121.101 Weather Reporting Facilities
(a) No air carrier may use any weather report to control flight unless it was prepared and released by the Badan Meteorologi, Klimatologi dan Geofisika (BMKG) or a source approved by the Director.

-------------------------------------------------------
Saya tidak mengajari bapak Menteri tapi saya akan terjemahkan untuk pembaca lainnya karena saya yakin ayat ini sudah diperlihatkan pada bapak oleh staf bapak yang membuat ayat ini.
-------------------------------------------------------
121.101 Fasilitas Laporan Cuaca
(a) Tidak ada maskapai (air carrier) apapun yang boleh menggunakan laporan cuaca untuk mengendalikan sebuah penerbangan kecuali laporan tersebut dipersiapkan dan dikeluarkan oleh BMKG atau sumber yang disetujui oleh Direktorat Perhubungan Udara.
--------------------------------------------------------
Jadi, untuk mendapatkan laporan cuaca ini kami pergi ke briefing office yang menyediakan laporan ini berupa hasil print out atau fotokopi.
Alhamdulillah, sekarang dengan teknologi internet, terima kasih bahwa BMKG telah menyediakan laporan ini secara online dalam website yang alamat secara lengkapnya adalah: http://aviation.bmkg.go.id/web/metarspeci.php
Pak Menteri, saya bangga dengan produk online BMKG ini. Tidak kalah dengan institusi sejenis di luar negeri yang menyediakan produknya secara gratis di internet. Dalam rangkaian produknya di website pun kita sampai-sampai bisa melihat citra satelit. Wah. Saya sampai bertepuk dada terhadap negara lain yang belum punya fasilitas serupa.
Sejak ada informasi cuaca untuk penerbangan di website BMKG ini banyak rekan-rekan saya yang penerbang dan FOO yang tidak perlu datang ke briefing office dan mengambil fotokopian laporan cuaca yang dipersiapkan oleh rekan-rekan dari kantor meteo yang biasanya dikumpulkan briefing office. Di PKPS di atas tidak ditulis bahwa laporannya harus berbentuk kertas dari BMKG.
Kabar gembira ini juga bagi rekan-rekan FOO yang bisa berkonsentrasi untuk melepaskan (release) sebuah penerbangan tanpa berlari atau berkendara baik motor atau mobil ke briefing office untuk mengambil fotokopian laporan cuaca. Apalagi kalau cuacanya hujan deras. Selama ada listrik yang menyalakan komputer dan printer kami, dan internet, maka kami bisa mendapatkan laporan cuaca. Para FOO akan punya banyak waktu untuk melakukan briefing dengan penerbang. Briefing yang artinya berdiskusi antara FOO dan penerbang untuk menentukan bahan bakar dan urusan penerbangan lainnya jika dibutuhkan.
Kami tahu dalam website tersebut ada peringatan bahwa informasi mungkin tidak update dan harus memperhatikan tanggal dan waktu penerbitan. Dengan memperhatikan tanggal dan waktu penerbitan kami tahu apakah data yang kami unduh di website itu masih berlaku atau tidak.
Tentunya ini juga kabar gembira untuk rekan-rekan yang bekerja di briefing office terutama untuk para spesialis peramal cuaca (forecaster specialist). Beliau-beliau ini bisa berkonsentrasi mengirimkan produk-produk cuaca penerbangan tanpa terganggu dengan aktifitas fotokopi.
Bapak Menteri, kami juga mohon bapak untuk datang ke fasilitas BMKG terutama di daerah-daerah untuk mendengarkan keluhan rekan-rekan kami para spesialis meteorologi. Kalau bisa juga mendamprat para pejabat yang tidak menyediakan fasilitas yang tidak selengkap negara lain sehingga website BMKG ini kadang tidak update sampai-sampai untuk mengunduh datanya pun harus hati-hati dengan masa berlakunya.
Pak Menteri, kabar gembira lainnya adalah, data BMKG tersebut secara normal ternyata didistribusikan secara global dalam dunia penerbangan. Artinya kalau kami buka website dari luar negeri pun, isinya akan sama dengan isi website BMKG. Kecuali kalau tidak diupdate oleh petugasnya.
Pak Menteri, kami tentunya tahu kalau mengambil dari website luar negeri, biarpun isinya sama, kami tidak bisa mengambilnya kalau bukan dari BMKG atau sumber yang disetujui oleh Direktorat Perhubungan Udara. Jadi kami kembali ke website BMKG kecuali maskapai tempat para penerbang bekerja disetujui untuk mengambil data dari sumber lain oleh pejabat di kementerian bapak.
Pak Menteri, jangan damprat kami karena mendapatkan informasi cuaca dari internet karena informasi cuaca tersebut juga dari BMKG.
Pak Menteri, kami juga senang bapak berkunjung ke Air Asia dan memperhatikan cara kerja penerbang di sana. Kami akan senang kalau bapak juga menyempatkan diri berkunjung ke maskapai lain. Mudah-mudahan kunjungan ke maskapai lain tidak menunggu kecelakaan di maskapai tersebut.
Saya setuju dengan bapak untuk menghargai nyawa manusia. Sebagai penerbang, kami juga menghargai nyawa, baik nyawa kami, nyawa penumpang dan nyawa keluarga kami. Kami tidak bekerja sembarangan karena kami tahu resikonya adalah nyawa.
Bapak Menteri, bahkan saya sendiri kehilangan seorang adik kandung yang juga seorang penerbang. Jadi mungkin saya lebih memahami kehilangan nyawa di dunia penerbangan daripada wartawan yang menulis berita ini.
Juga pada wartawan yang pernah bertanya pada saya di TV bertahun-tahun lalu dengan pertanyaan: "Apa perasaan anda dengan kejadian ini?", pertanyaannya aneh ya pak, pasti sedih kan? Atau "Apakah anda masih berani menerbangkan pesawat dengan kejadian yang menimpa adik kandung anda?". Alhamdulillah sampai saat ini saya masih berani karena tidak ada hubungannya dengan adik saya. Saya yakin diapun bangga di alam sana melihat saya mengenakan seragam saya.
Bapak Menteri, terima kasih telah memperhatikan kami dan para penumpang.
Bapak Menteri, kembali ke masalah cuaca, di Indonesia cuacanya akan hampir sama pada bulan-bulan ini. Jadi tidak hanya rute Surabaya – Singapura yang mengalami cuaca seperti ini. Penghentian penerbangan di rute ini tidak menyelesaikan masalah. Yang mendapatkan masalah adalah para penerbang yang kehilangan rute dalam pekerjaannya dan kesempatan penumpang terbang di rute tersebut. Kami mohon jangan ada rute yang dihentikan.
Saya mohon maaf kalau ada kesalahan dalam surat ini. Dalam pekerjaan kami, kesalahan ini disebut human error.
Kalau kami berbuat kesalahan, selain bisa mati, kami akan didamprat dan dihujat oleh umat manusia sedunia. Kalau kami tidak salah, tidak ada yang ingat karena sudah bayar sebelum naik pesawat.
Bapak Menteri, akhirnya saya hanya kembali berkata bangga terhadap bapak yang penuh perhatian pada pekerjaan kami. Kami dukung terus kerja bapak untuk memajukan penerbangan Indonesia yang aman.
Hormat saya
Fadjar Nugroho."
Surat terbuka tersebut kini menjadi viral di media sosial. Di akaun Twitter @ilmuterbang, link ke surat terbuka ini sudah di-retweet 66 kali sehingga 7.00 petang Sabtu-3/1/2015 - AgendaDaily

Bekas pramugara MAS kena tahanan rumah di Paris

Posted: 03 Jan 2015 01:16 AM PST


Bekas pramugara Malaysia Airlines yang ditahan di sebuah pusat tahanan Paris selama hampir lima bulan kerana dituduh melakukan serangan seksual ke atas seorang penumpang kini dibebaskan tetapi diletakkan di bawah tahanan rumah sementara menunggu selesainya penyiasatan pihak berkuasa Perancis, kata peguam keluarganya.Peguam Shailender Bhar berkata, bekas pramugara yang berusia 57 tahun itu, yang ditahan Ogos lepas, dibebaskan tiga minggu lalu walaupun siasatan masih diteruskan

"Saya sudah bercakap dengannya melalui telefon dan ahli keluarga sudah melawat beliau. Bagaimanapun, kita tidak pasti bila siasatan akan selesai," kata Shailender kepada The Malaysian Insider.

Peguam itu berkata, pramugara itu tinggal dengan seorang penduduk tempatan yang diluluskan mahkamah Perancis.Beliau berkata, dokumen perjalanan pramugara itu sudah dikembalikan kepadanya tetapi beliau tidak dibenarkan meninggalkan negara ini, dan diminta melaporkan diri di balai polis berdekatan seminggu sekali.
Shailender berkata, siasatan terhadap tuduhan penumpang itu boleh mengambil masa antara satu dan dua tahun lagi mengikut prosedur polis Perancis, dan inilah yang membimbangkan keluarganya.
"Keluarga itu perlu menanggung kos seperti membayar yuran seorang peguam Perancis yang anggarannya kira-kira RM200,000," katanya.
Shailender berkata, keluarganya juga memutuskan melantik peguam baru bagi menekankan kepada hakim yang pramugara itu mesti pulang ke tanah air untuk disiasat polis Malaysia dan mungkin menghadapi pertuduhan jika terdapat bukti mencukupi.
"Kita perlu menyedarkan hakim mengenai Konvensyen Tokyo dan menghentikan penahanan yang berpanjangan ini," katanya, sambil menambah pramugara itu perlu dibebaskan jika tiada kes untuk dijawab.
Malaysia dan Perancis ialah penandatangan konvensyen itu yang merupakan perjanjian pelbagai hala mengenai kesalahan dan beberapa perbuatan lain yang dilakukan dalam sesebuah pesawat.
Perkara 3 menyatakan, keadaan pendaftaran pesawat itu membuatkannya layak mempunyai bidang kuasa ke atas kesalahan dan perbuatan yang dilakukan di atas kapal, bermakna, Perancis tidak mempunyai bidang kuasa menyiasat pramugara itu, kata Shailender.
Peguam itu berkata, keluarganya dan Kesatuan Kebangsaan Anak-Anak Kapal Kabin Malaysia (Nufam) sudah menulis surat kepada Wisma Putra memintanya campur tangan dan membawa pulang pramugara itu tetapi tidak berjaya.
"Kami mahu rundingan dibuat antara kerajaan dengan kerajaan bagi menyelesaikan isu itu, tetapi ia tidak berlaku. Nampaknya kita terpaksa perjuangkan perkara ini sendiri sekarang," katanya.
Shailender berkata polis Perancis tidak mempunyai bidang kuasa menyiasat pramugara itu kerana jenayah yang didakwa dilakukan itu tidak berlaku di Perancis atau di ruang udara negaranya.
"Oleh kerana tiada kesalahan jenayah berlaku di bawah bidang kuasa Perancis, dia tidak patut disiasat di sana," katanya.
Serangan itu didakwa berlaku di atas kapal penerbangan Malaysia Airlines MH20 pada 5 Ogos dan pramugara itu ditahan pihak berkuasa Perancis sebaik tiba di Paris.
Penumpang Laura Bushney mendakwa, beliau menyerangnya secara seksual sebanyak dua kali semasa penerbangan dari Kuala Lumpur ke Paris. Dia membuat laporan polis apabila sampai di lapangan terbang Charles de Gaulle.
Pada November, MAS mengesahkan pramugara itu dipecat walaupun pada hakikatnya dia masih belum didakwa atau dibicarakan atas insiden yang dikatakan itu.
Nufam sejak itu merujuk perkara itu kepada Jabatan Perhubungan Perusahaan dan memohon pramugara itu dikembalikan ke jawatan asalnya.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/bekas-pramugara-mas-kena-tahanan-rumah-di-paris#sthash.mKQU8DhW.dpuf 

Belantan

0

Posted by Unknown | Posted on 11:19 PTG | Posted in

sumber :-

Belantan


Benarkah pesawat Air Asia QZ8501 terbang tanpa kebenaran..?

Posted: 03 Jan 2015 10:21 PM PST


Pesawat Penerbangan AirAsia Indonesia QZ8501 yang hilang bersama 162 penumpang dan anak kapalnya Ahad lalu berkemungkinan terbang tanpa kebenaran. Ia susulan tindakan Kementerian Perhubungan Indonesia (KEMENHUB) untuk membekukan buat sementara kebenaran penerbangan AirAsia Indonesia bagi laluan Surabaya- Singapura, berkuatkuasa semalam.

Lapor Kompas.com, tindakan itu diambil kerana AirAsia dikatakan melanggar surat kebenaran Ketua Pengarah Perhubungan Udara republik itu, bertarikh 24 Oktober 2014, yang sebelum ini hanya mengizinkan penerbangan dilakukan pada hari Isnin, Selasa, Khamis dan Sabtu.

Pengumuman itu dibuat oleh Ketua Pusat Komunikasi Awam KEMENHUB, J.A Batara. AirAsia juga telah didapati melanggar kebenaran itu dengan membuat penerbangan pada Ahad, 28 Disember 2014. Pesawat QZ8501 miliknya telah melakukan penerbangan dengan membawa 155 penumpang dan tujuh anak kapal dengan bertolak dari Surabaya ke Singapura pada hari itu sebelum dipercayai terhempas di Teluk Karimata, Kalimantan Tengah.

"Jadi ini pembekuan sementara izin rute (laluan) AirAsia rute penerbangan Surabaya-Singapura," ujar J.A Batara dalam satu kenyataan rasmi yang dikeluarkan.


KEMENHUB bagaimanapun akan menimbangkan semula larangan itu selepas siasatan ke atas insiden pesawat AirAsia QZ8501 dilakukan oleh Jawatan Kuasa Keselamatan Pengangkutan Kebangsaan Indonesia.

Penumpang yang telah pun membeli tiket penerbangan laluan Surabaya-Singapura dinasihatkan mengubah jadual penerbangan mereka. Sementara itu Pengarah Keselamatan AirAsia Indonesia, Kapten Ahmad Sadikin berkata syarikat itu tidak pernah beroperasi di sebarang laluan tanpa mendapat kebenaran.

"Saya tidak boleh menjawab kerana belum membacanya (laporan). Tetapi kalau kami tiada kebenaran, kami tidak mungkin terbang," kata Sadikin pada Jumaat.

Pasukan mencari dan menyelamat (SAR) mangsa pesawat AirAsia Indonesia QZ8501 sehingga semalam telah menemui 30 mayat di kawasan Kalimantan Tengah, iaitu hari ke-enam operasi itu. Sehingga kini empat daripadanya telah dikenal-pasti identiti mereka.

Suara Politik
Belantan

Sekadar di pinggiran, Pas ikut telunjuk DAP?

Posted: 03 Jan 2015 09:29 AM PST


Hudud dan siapa Perdana Menteri (PM) pakatan DAP-Pas-PKR (3P) jika memenangi pilihan raya umum (PRU) timbul lagi. Isu ini pernah dibangkitkan tidak lama dulu. Dua isu inilah yang menghantui pemikiran pemimpin pakatan – Hudud dan PM. Belum ada kata sepakat mengenainya. Baru-baru ini DAP mahu kedua-dua isu itu diputuskan sebelum berlangsung Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14). Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng mahu pakatan itu menjelaskan pendirian bahawa 3P tidak akan melaksanakan hudud jika mahu menang PRU.

Pendirian itu penting supaya pakatan 3P mempunyai dasar yang jelas, konsisten dan meyakinkan rakyat apabila menjadi pentadbir di Putrajaya. Bagi Guan Eng, itulah aspirasi pengundi-pengundi (berhaluan) sederhana, bukan (aspirasi) pengundi ekstrem. Begitu juga dengan calon PM dalam kalangan mereka yang juga memerlukan satu ketetapan.

Siapa mereka? Adakah PM itu Anwar Ibrahim, Abdul Hadi Awang (atau Mat Sabu), Lim Kit Siang (atau Guan Eng). Anwar jadi pilihan DAP walaupun pemimpin itu di dalam penjara. Kenyataan Guan Eng berkaitan pendirian dasar pakatan itu senada dengan Pemangku Pengerusi Kebangsaan DAP, Tan Kok Wai yang mahu pakatan itu mengutamakan matlamat politiknya yang menyeluruh berbanding matlamat parti. Kegagalan untuk mengutamakan perjuangan bersama akan menggugat kesepakatan pakatan itu dan peluang pada PRU nanti.

Dalam erti kata lain, 3P tidak boleh 'tidur sebantal' tetapi mimpi lain-lain. Mereka boleh tidur di bantal sendiri tetapi harus mempunyai mimpi yang sama. Pada masa yang sama DAP akan terus konsisten dengan ideologi Sosial Demokrasi yang dakwa parti itu berjuang untuk semua rakyat Malaysia serta mempertahan Perlembagaan Persekutuan.


DAP tidak risau dengan pendirian atau ideologi PKR. DAP sudah tentu lega dengan ikrar Presiden PKR, Dr. Wan Azizah Wan Ismail yang sebelum ini menegaskan tidak akan meneruskan konsep 'ketuanan Melayu' supaya golongan muda Melayu itu membesar dengan bermaruah. Apa yang menimbulkan kegelisahan DAP ialah ideologi Pas walaupun sudah ada tanda-tanda pendirian itu akan berubah.

PKR juga sudah tentu akan bergerak seiring dengan DAP. Jika sebelum ini, DAP senada dengan PKR dalam isu Menteri Besar (MB) Selangor, maka tidak timbul sokongan PKR kepada DAP dalam dua isu yang dibangkitkan oleh Guan Eng. DAP tidak akan menghadapi masalah besar dengan PKR asalkan Anwar mendapat jawatan PM.

Jika diselak kembali beberapa kenyataan terdahulu, Anwar yang disifatkan isteri-nya sebagai anugerah Tuhan sudah tentu menjadi pilihan pakatan 3P ini sebagai PM. Jawatan ini jugalah yang menjadi matlamat PKR. Anwar dalam satu wawancara dengan akhbar Sin Chew Daily pada tahun 2010 ada menyebut bahawa beliau sebagai PM dan Kit Siang sebagai timbalannya apabila pakatan pembangkang berjaya memerintah. Itu kata Anwar. Pas pula bagaimana?

Majlis Syura Ulama Pas menolak Anwar sebagai PM jika pakatan menang pada PRU lalu. Mungkinkah isu PM akan berakhir sama seperti jawatan MB Selangor? Isu dasar perjuangan Pas dijangka berlarutan tetapi sejauh mana pendirian Pas dalam menghadapinya? Pakatan 3P sebelum ini bersetuju supaya semua parti tidak memberi komen mengenai hudud tetapi isu ini akan terus menjadi 'duri dalam daging' kepada pakatan itu setiap kali menjelang PRU.


Kali ini DAP nampaknya mahu penegasan segera dibuat, bukan lagi menunggu saat menghadapi PRU. Mungkin juga isu ini sengaja ditimbulkan bagi menggambarkan kepada semua bahawa DAP tidak akan bertolak ansur dalam isu hudud?

Jika Pas masih kekal dengan matlamatnya menubuhkan negara Islam dan hudud, DAP mungkin boleh mencari alternatif lain bagi melayakkan parti itu bersama PKR memenangi lebih banyak kerusi. Dalam PRU lalu, BN memenangi 133 daripada 222 kerusi yang dipertan-dingkan. Pakatan 3P menang 89 kerusi iaitu DAP (38), PKR (30) dan Pas (21). Di peringkat negeri, DAP menguasai 95 kerusi diikuti Pas 85 dan PKR 49.

Adakah DAP bersedia berjuang bersama PKR jika Pas tetap dengan pendiriannya? Apakah peluang Pas tanpa sokongan PKR dan DAP dalam menghadapi PRU akan datang? Pendirian sebenar Pas amat dinanti-nantikan. Anggota-anggota parti ingin tahu apakah tindakan Pas dalam menghadapi tuntutan DAP dan PKR supaya Pas tidak melaksanakan hudud. Selama ini dalam banyak tindakan termasuk demonstrasi, anggota Pas lebih ramai dan rajin ke hadapan.

Adakah Pas akan mengalah demi membantu sekutunya PKR dan DAP menguasai Putrajaya? Apa pula pendirian Pas berhubung kenyataan Guan Eng yang dikatakan memberi kebenaran kepada bukan Islam di Pulau Pinang menggunakan kalimah Allah? Guan Eng dilaporkan berkata, larangan penggunaan kalimah Allah yang termaktub dalam Enakmen Pentadbiran Agama Islam Negeri Pulau Pinang 2004 tidak terpakai kepada bukan Islam, penguatkuasaannya hanya sah kepada orang Islam.



Pas sudah jelas pendirian tegas dan konsisten DAP dalam isu ini. Pas sedar ketegasan ini melalui kenyataan Karpal Singh (mendiang) bahawa Pas perlu melangkah mayatnya terlebih dahulu sebelum melaksanakan hudud. Kenyataan itu tidak berubah walaupun Karpal Singh sudah tiada.

ini pun Kit Siang menyatakan pendirian yang sama. ''Kami berpegang teguh kepada prinsip fundamental kami bahawa negara Islam dan hukum hudud adalah tidak kena dan tidak sesuai bagi Malaysia sebagai sebuah masyarakat majmuk.

Kami tidak menyorok prinsip dan kepercayaan fundamental kami, sama ada daripada Pas atau parti-parti politik lain atau rakyat Malaysia,'' kata Kit Siang pada September 2012. Ini bermakna jika pembangkang menawan Putrajaya dan membentuk Kerajaan Persekutuan, hudud tidak akan dilaksanakan.

Persidangan Parti DAP 2014 yang bertemakan 'Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing' juga meluluskan sembilan resolusi merangkumi 32 perkara termasuk menolak cadangan melaksanakan hukum hudud. Resolusi yang diluluskan sebulat suara oleh 938 perwakilan itu menolak pelaksanaan hukum hudud sebagai sistem perundangan sama ada di peringkat negeri atau kebangsaan. Begitulah sikap konsisten DAP berhubung hudud.

Jika Pas mementingkan kerusi atau kuasa politik untuk ke Putrajaya, maka tidak ada pilihan lain kecuali mengalih perhatian penyokong-penyokongnya supaya mereka bersedia melupakan matlamat penubuhan negara Islam dan melaksanakan hudud. Hala tuju Pas perlu beralih kepada negara berkebajikan sahaja dan pada masa yang sama menyedapkan hati dan meyakinkan anggotanya tentang 'masa akan tiba' juga hudud dilaksanakan.


Apa yang penting ketika ini, Pas boleh mengambil kesempatan kerjasama dengan DAP dan PKR untuk menambah kerusi membentuk kerajaan Persekutuan. Pas tidak boleh lagi berdolak dalih. Pas perlu membuat keputusan sama ada mahu meneruskan agendanya berkaitan hudud atau agenda menawan pusat pentadbiran Putrajaya.

Pas tidak boleh bersandiwara membohongi penyokong-penyo-kongnya mengenai ideologi atau prinsip perjuangan parti itu. Jangan di hadapan penyokong, parti itu menyatakan akan menegakkan hukum hudud tetapi di depan DAP akur dengan kehendak sekutunya itu. Mungkin juga Pas perlu mendapatkan mandat anggota parti sama ada mahu kekal dengan perjuangan atau berubah mengikut kehendak DAP.

Berdasarkan perkembangan semasa, tidak mustahil Pas akan 'mengendurkan' perjuangan hudud. Mungkin dalam kalangan pimpinannya akan ada suara-suara yang mahu Pas melupakan sementara soal hukum hudud dan memberi fokus kepada mendapatkan kuasa terlebih dahulu.

Peranan besar adalah untuk meyakinkan anggota parti terhadap sebarang perjuangan parti itu sama ada hudud atau kuasa. Tidak sukar rasanya bagi Pas untuk meyakinkan anggota parti jika kalangan pemimpin yang lebih terbuka merestui perubahan perjuangan parti manakala golongan ulama yang mahu mempertahankan hudud semakin berkurangan. Adakah Pas bersedia mengorbankan dasar dan ideologinya? Kita tunggu perkembangan hudud di Kelantan yang dikuasai Pas.

Suara Politik
Belantan

Dialog Dewasa Kritik Berasa

0

Posted by Unknown | Posted on 11:11 PTG | Posted in

sumber :-

Dialog Dewasa Kritik Berasa


NGEH DAN NGA: SUKA HATI KAMILAH GONDOL HUTAN KELANTAN, BISNES MA... HUSAM KAWAN BISNES MA..

Posted: 03 Jan 2015 04:48 PM PST

Facebooker BBCD mendedahkan syarikat kepunyaan DAP juga turut bertanggungjawab dengan aktiviti pembalakan di Negeri Kelantan.
"Pengerusi DAP Perak, Ngeh Koo Ham mengaku beliau dan sepupunya, Nga Kor Ming DAP yang juga Setiausaha DAP negeri Perak, melabur dalam syarikat Upaya Padu Sdn Bhd yang mendapat projek pembalakan di Kelantan yang telah mengakibatkan banjir di Kelantan yang paling teruk dalam sejarah.
"Adun DAP Sitiawan dan Ahli Parlimen DAP Beruas yang menang hasil pilihan orang Melayu itu berkata, mereka menyertai perniagaan berkenaan selepas diajak oleh anak guam mereka untuk melabur.
"DAP melalui syarikat Upaya Padu diberi tanah balak lebih 4,000 hektar di Gua Musang, Kelantan sebagai balasan membenarkan Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin, menjadi Menteri Besar selepas Pilihan Raya Umum 2008," dedah BBCD.
Pendedahan BBCD itu berdasarkan laporan Berita Harian bertarikh 22 Dis 2012 bertajuk "Projek pembalakan di Kelantan: Ngeh, Nga terbabit."
Datuk Hamidah Osman, ketika itu Exco Kerajaan Perak berkata carian di Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) mengesahkan Koo Ham dan Kor Ming adalah dua daripada enam ahli lembaga pengarah syarikat berkenaan.
Ditanya mengenai pendedahan dokumen dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) bahawa beliau mengeluarkan jutaan ringgit untuk projek berkenaan, Koo Ham berkata:
"Ini dibuat sekumpulan pelabur, apa yang dia (Hamidah) ada hanya satu dokumen saja. Sebagai seorang peguam, saya tidak boleh beri (dedahkan) semua transaksi."
Kor Ming enggan mengulas lanjut isu itu untuk melindungi anak guam mereka mengikut Akta Profesion Undang-undang 1956.
Koo Ham turut mengugut akan membuat laporan polis mengikut Seksyen 8A Akta Mesin Percetakan dan Seksyen 499 Kanun Keseksaan, selain saman sivil terhadap media yang memfitnah mereka berkaitan isu berkenaan.
Beliau juga mengedarkan kenyataan media Setiausaha Akhbar Menteri Besar Kelantan, Ahmad Fadhli Shaari yang menjelaskan tanah berkenaan adalah milik Yayasan Islam Kelantan (YIK) dan syarikat terbabit diberi pajakan selama 50 tahun.
Menurut blog topengrakyat, syarikat Upaya Padu Sdn Bhd adalah salah satu kroni Datuk Husam Musa yang merupakan exco paling kanan dalam Kerajaan Negeri Kelantan.
Husam merupakan pengerusi berkaitan dengan perancangan ekonomi, kewangan Kerajaan Negeri Kelantan dari tahun 2004 – 2013.
Blog sungguhka mendedahkan asalnya tanah-tanah itu milik YIK, kemudian dipajakkan kepada tauke-tauke Cina termasuk syarikat Upaya Padu Sdn Bhd dengan tujuan atas kertas untuk 'Projek Ladang Rakyat'
"Termasuklah 10,526 ekar (4,259 hektar) tanah hutan balak di Gua Musang yang dimiliki secara bersama oleh pemimpin bersaudara dari DAP Perak, Ngeh Koh Ham dan Nga Kor Min melalui syarikat Upaya Padu Sdn Bhd.
"Selain syarikat milik pemimpin DAP itu, beberapa syarikat milik tauke Cina seperti Leong Hup Holding Sdn Bhd (LHH) turut menguasai pajakan tanah yang luasnya mencecah 10,095 ekar selama 99 tahun juga di Gua Musang.
"Manakala tanah seluas 7,500 ekar tanah Ladang Keruing Teknik yang asalnya milik Yayasan Islam Kelantan (YIK) di Relai, Gua Musang juga kini telah dipajakkan kepada syarikat Suurban Sdn Bhd, milik tauke Cina dari Johor.
"Apapun, melihat pada pelbagai urusan pajakan dan pemilikan tanah yang banyak berkisar di kalangan tauke-tauke Cina sahaja, ternampak jelas Ladang Rakyat yang sinonim dengan gelaran Ladang Air Mata Rakyat ini wujud khusus untuk kepentingan para kroni Kerajaan PAS Kelantan sahaja.
"Penguasaan tanah-tanah di Selatan Kelantan termasuklah di Ladang Rakyat oleh tauke Cina dari DAP dan Cina Singapura ini kian lama akan jadi umpama "Belanda dapat tanah", hasil kekayaan yang sepatutnya untuk kepentingan pribumi akhirnya hanya menguntungkan orang lain sahaja,' dedah blog itu.

TNB JAWAB FITNAH HUSAM

Posted: 03 Jan 2015 03:56 AM PST


TNB-Kenyir2
A Karim Omar - Setelah kiriman saya beredar pada 1hb Januari 2015 untuk menjawab "bagi pihak TNB "Punca Banjir Di Kelantan Terjawab? Kerana Pembinaan Empangan Kenyir 2?, akhirnya, hari ini, TNB mengeluarkan kenyataan rasmi bagi menjawab fitnah Husam Musa.
Pada 31hb Disember 2014, Husam Musa menyalahkan kerja-kerja pembinaan projek empangan Kenyir 2 sebagai punca banjir di Kelantan. (Baca: Siapa Yang Mula Reka Cerita Projek Empangan Kenyir 2 Sebagai Punca Banjir Di Kelantan?)
Baca kenyataan penuh kenyataan TNB (klik pada imej untuk paparan lebih besar):
Walaupun akhirnya TNB mengesahkan penjelasan yang telah saya utarakan sebelum ini – namun TNB dikira terlalu lambat untuk menjawab sesuatu isu berkaitan reputasi TNB. TNB tidak patut tunggu sehingga hari ke empat baharu hendak jawab secara rasmi.

The Unspinners

0

Posted by Unknown | Posted on 11:09 PTG | Posted in

sumber :-

The Unspinners


Ingat balik Ngeh-Nga, Upaya Padu ... terima kasih DAP kasi banjir

Posted: 03 Jan 2015 09:00 PM PST


BBCD : DAP Juga Bertanggungjawab Pembalakan Di Kelantan

Jan 03,2015 - by AIDC

Facebooker BBCD mendedahkan syarikat kepunyaan DAP juga turut bertanggungjawab dengan aktiviti pembalakan di Negeri Kelantan.

"Pengerusi DAP Perak, Ngeh Koo Ham mengaku beliau dan sepupunya, Nga Kor Ming DAP yang juga Setiausaha DAP negeri Perak, melabur dalam syarikat Upaya Padu Sdn Bhd yang mendapat projek pembalakan di Kelantan yang telah mengakibatkan banjir di Kelantan yang paling teruk dalam sejarah.

"Adun DAP Sitiawan dan Ahli Parlimen DAP Beruas yang menang hasil pilihan orang Melayu itu berkata, mereka menyertai perniagaan berkenaan selepas diajak oleh anak guam mereka untuk melabur.

"DAP melalui syarikat Upaya Padu diberi tanah balak lebih 4,000 hektar di Gua Musang, Kelantan sebagai balasan membenarkan Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin, menjadi Menteri Besar selepas Pilihan Raya Umum 2008," dedah BBCD.

Pendedahan BBCD itu berdasarkan laporan Berita Harian bertarikh 22 Dis 2012 bertajuk "Projek pembalakan di Kelantan: Ngeh, Nga terbabit."

Datuk Hamidah Osman, ketika itu Exco Kerajaan Perak berkata carian di Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) mengesahkan Koo Ham dan Kor Ming adalah dua daripada enam ahli lembaga pengarah syarikat berkenaan.

Ditanya mengenai pendedahan dokumen dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) bahawa beliau mengeluarkan jutaan ringgit untuk projek berkenaan, Koo Ham berkata:

"Ini dibuat sekumpulan pelabur, apa yang dia (Hamidah) ada hanya satu dokumen saja. Sebagai seorang peguam, saya tidak boleh beri (dedahkan) semua transaksi."

Kor Ming enggan mengulas lanjut isu itu untuk melindungi anak guam mereka mengikut Akta Profesion Undang-undang 1956.

Koo Ham turut mengugut akan membuat laporan polis mengikut Seksyen 8A Akta Mesin Percetakan dan Seksyen 499 Kanun Keseksaan, selain saman sivil terhadap media yang memfitnah mereka berkaitan isu berkenaan.

Beliau juga mengedarkan kenyataan media Setiausaha Akhbar Menteri Besar Kelantan, Ahmad Fadhli Shaari yang menjelaskan tanah berkenaan adalah milik Yayasan Islam Kelantan (YIK) dan syarikat terbabit diberi pajakan selama 50 tahun.

Menurut blog topengrakyat, syarikat Upaya Padu Sdn Bhd adalah salah satu kroni Datuk Husam Musa yang merupakan exco paling kanan dalam Kerajaan Negeri Kelantan.

Husam merupakan pengerusi berkaitan dengan perancangan ekonomi, kewangan Kerajaan Negeri Kelantan dari tahun 2004 – 2013.

Menurut blog sungguhka asalnya tanah-tanah itu milik YIK, kemudian dipajakkan kepada tauke-tauke Cina termasuk syarikat Upaya Padu Sdn Bhd dengan tujuan atas kertas untuk 'Projek Ladang Rakyat'

"Termasuklah 10,526 ekar (4,259 hektar) tanah hutan balak di Gua Musang yang dimiliki secara bersama oleh pemimpin bersaudara dari DAP Perak, Ngeh Koh Ham dan Nga Kor Min melalui syarikat Upaya Padu Sdn Bhd.

"Selain syarikat milik pemimpin DAP itu, beberapa syarikat milik tauke Cina seperti Leong Hup Holding Sdn Bhd (LHH) turut menguasai pajakan tanah yang luasnya mencecah 10,095 ekar selama 99 tahun juga di Gua Musang.

"Manakala tanah seluas 7,500 ekar tanah Ladang Keruing Teknik yang asalnya milik Yayasan Islam Kelantan (YIK) di Relai, Gua Musang juga kini telah dipajakkan kepada syarikat Suurban Sdn Bhd, milik tauke Cina dari Johor.

"Apapun, melihat pada pelbagai urusan pajakan dan pemilikan tanah yang banyak berkisar di kalangan tauke-tauke Cina sahaja, ternampak jelas Ladang Rakyat yang sinonim dengan gelaran Ladang Air Mata Rakyat ini wujud khusus untuk kepentingan para kroni Kerajaan PAS Kelantan sahaja. 

"Penguasaan tanah-tanah di Selatan Kelantan termasuklah di Ladang Rakyat oleh tauke Cina dari DAP dan Cina Singapura ini kian lama akan jadi umpama "Belanda dapat tanah", hasil kekayaan yang sepatutnya untuk kepentingan pribumi akhirnya hanya menguntungkan orang lain sahaja,' dedah blog itu

Husam dan PMBK Sawit ... dah buat duit, bila nak sumbang???

Posted: 03 Jan 2015 05:00 PM PST


BAH KUNING, KERAJAAN NEGERI KELANTAN, EXCONYA DAN BEKAS EXCONYA

Bah Kuning dah Pergi

Saya difahamkan Kerajaan Negeri Kelantan melalui Perbadanan Ladang Rakyat Negeri Kelantan, Ladang Sungai Terah, PMBK Sawit jana banyak keuntungan hasil dari penerokaan tanah di Hulu Kelantan, maka apalah salahnya buat CSR untuk membantu mangsa banjir dengan membuat kediaman sementara tanpa perlu mengira dia ahli parti PAS atau tidak , Penerima Dividen Ladang Rakyat atau tidak.

Exco dan Bekas Exco wajar menjelaskan kepada rakyat Kelantan seluas mana hutan simpan yang telah diberikan kepada syarikat- syarikat atas nama berbagai konsesi sama ada GETAH KLON atau STOK DIRIAN.

Apakah KERAJAAN NEGERI KELANTAN adalah bukan Penyumbang Kepada Banjir Terpelik Abad Ini. 

Teka Teki masih belum Terjawab.

Orang Kampung yang tegar menyokong PAS mungkin tak tahu sebelum Empangan Kenyir Dua tu ada banjaran yang besar memisahkan Kelantan dan Terengganu dan dikawasan bersebelahan dengan Hutan Simpan Kekal Tembat sebelah Terengganu yang didakwa ada Empangan Kenyir Dua , wujud Penerokaaan HALAL, yang telah diberikan kepada NYS TIMBER SDN BHD,KRAI IDEAL WOOD INDUSTRY, MAJU JAYA TIMBER SDN BHD, MARCH RIMBA TRADING, TEROKA TUAH SDN BHD, TUNJUNG DEVELOPTMENT SB, HDY PLANTATION TRADING, FAUZI LIM PLANTATION DAN TIMUR AGRESIF SDN BHD. Semuanya meneroka HUTAN SIMPAN LEBIR DAN YANG BERHAMPIRAN, bersebelahan banjaran yang memisahkan Kenyir di Hutan Simpan Kekal Tembat, Terengganu.

Saya pohon penjelasan Segera Kerajaan Negeri Kelantan dari EXCO dan BEKAS EXCONYA sebelum menunding jari kepada pihak lain temasuk TNB.

INSYA ALLAH SAYA TAK PERLU DAPATKAN GAMBAR DARI SATELITE CHINA UNTUK TUJUAN ITU, MEMADAI DENGAN MENGUHUBUNGI MOSTI DAN AGENSI REMOTE SENSING NEGARA SEDIKIT MASA LAGI.

KERAJAAN NEGERI MESTI BERANI UNTUK TELUS SEPERTI MANA BERANI MELULUSKAN LESEN DAN PERMIT PENEROKAAN BALAK.

MAT JEK
FACEBOOKER CABUK

Membalas surat husam musa

Gagal salahkan TNB dan Kenyir, Presiden Pasma salahkan ALLAH

Posted: 03 Jan 2015 05:17 AM PST


Husam setuju nama tuhan orang Islam.diguna kristian di Semenanjung. Dia keliru kot?



PASMA CADANG INDUSTERI BARU DARI BANJIR

Posted: 03 Jan 2015 01:56 AM PST


Design batik baru ....


Stail rambut baru ....


Wallpaper rumah baru ...





ANGIN PERUBAHAN

0

Posted by Unknown | Posted on 9:38 PTG | Posted in

sumber :-

ANGIN PERUBAHAN


Pandai Pula Guan Eng Cakap Pasal Peraturan

Posted: 02 Jan 2015 11:11 PM PST