Followers

Nuffnang

oyabun

0

Posted by Unknown | Posted on 11:45 PTG | Posted in

sumber :-

oyabun


Anwar Berjaya 'Beli' Bekas Menteri Kabinet Untuk Ke Putrajaya?

Posted: 01 Jan 2015 09:15 PM PST


Maklumat dalaman yang kami perolehi menyatakan bahawa Ketua pembangkang telah 'membeli' beberapa bekas menteri kabinet dan bekas Ketua Pengarang media arus perdana sebagai taktik terbaharu untuk menjatuhkan UMNO.

Mereka tidak dipelawa menyertai PKR sepertimana modus operandi yang dilakukan sebelum ini, sebaliknya dikekalkan imej asal untuk memudahkan mereka melemahkan UMNO dari dalam.

Modus operandi kumpulan ini adalah menyerang kepimpinan UMNO yang diterajui Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak.

Teori mereka, apabila Najib sebagai Presiden UMNO berjaya dilemahkan, maka dengan sendirinya UMNO akan kalah pada Pilihanraya Umum ke-14 (PRU14).

Taktik terbaharu Anwar itu dibuat selepas gagal menawan Putrajaya untuk merealisasikan cita-citanya menjadi Perdana Menteri pada Pilihanraya ke-13 (PRU13).

Sebelum ini, Anwar menggunakan modus operandi mengunakan aktivis-aktivis PKR dan badan bukan kerajaan (NGO) untuk menggulingkan kerajaan, namun keputusan PRU 13 menunjukkan taktik itu kurang berkesan.

Sumber : aidc

Wasabi Oyabun..

The Unspinners

0

Posted by Unknown | Posted on 11:14 PTG | Posted in

sumber :-

The Unspinners


Dr Hatta mati lemas? Al Fatihah!

Posted: 01 Jan 2015 11:00 PM PST


Sesiapa jumpa Dr Hatta, tolong beritahu polis atau MKN. Dikhuatiri dia mati lemas.

Rumah dan markas dah hanyut ....





Kalau ada Bersih atau demonstrasi, muka dia mesti ada moh di depan.

Takkan dia tak aktif turun membanti di kawasan Kuala Krai. Calun yang kalah banyak padanya pun turun dengan aktif.

Mungkin sebab media TMI, MMO, Harakah, Mkini dll tak beri dia publisiyi. Takkan TV3, NST dan Utusan nak berikan publisiti murah untuknya.

Harap mulakan kempen mencari AP K Krai ini. Dibuatnya sesuatu berlaku,  wajib fardhu kifayah untuk bantu sempurnakan.

Kasi fatihah dengan harapan syufaat fatihah belum tunjukkan jalan yang lurus untuk semua.

Alasan Anwar betul macam LANCAU BENGKOK-nya

Posted: 01 Jan 2015 09:00 PM PST



Takkan bantuan hanya ke Gua Musang dan Kuala Krai saja?

Posted: 01 Jan 2015 03:55 PM PST



Muhasabah wahai Melayu Islam

Posted: 01 Jan 2015 02:07 AM PST



Selamat Tahun Baru 2015... 

BERMUHASABAH DEMI AGAMA DAN BANGSA 

MUHASABAH SETIAP APA YANG TELAH DILAKUKAN SEHINGGA ALLAH MEMBERIKAN AMARAN YANG CUKUP HEBAT SEPANJANG 2014...

MOGA 2015 MEMBERIKAN SATU NAFAS BARU UNTUK KEKUATAN AGAMA ISLAM DAN BANGSA MELAYU.

AS SALAM...

Benarlah firman Allah dalam Surah As-Syura ayat 30:

( وَمَا أَصَابَكُمْ مِنْ مُصِيبَةٍ فَبِمَا كَسَبَتْ أَيْدِيكُمْ وَيَعْفُو عَنْ كَثِيرٍ)

"Dan apa jua yang menimpa kamu dari sesuatu kesusahan bala bencana, maka ia adalah disebabkan perbuatan daripada tangan-tangan kamu sendiri."

Tahun 2014 memberikan satu cabaran yang cukup hebat kepada Kepimpinan Negara dan seluruh rakyat Malaysia. Pelbagai tragedi dan bencana memberikan kesan yang cukup hebat pada nombor 2014. Kehadiran 2015 memberikan satu harapan agar semua tragedi dan bencana ini tidak berulang insya allah.

Saya melihat beberapa sudut yang memanggil kita semua untuk merenung sejenak berpandukan ayat al quran di atas...Bolehkah kita mahu menyalahkan sesiapa dalam 2 tragedi pesawat MAS dan bencana banjir besar di separuh negeri dalam Malaysia. Dari utara Kedah, Perak, Shah Alam Selangor, Pahang, Terengganu dan yang terburuk Kelantan. Banjir di puncak bukit dan tanah tinggi Cameron. Ini merupakan rintitan yang besar dalam tahun 2014...

Persoalannya ialah sejauhmana pula kita melihat beberapa corak penghinaan kepada agama islam dan bangsa melayu yang berlaku sepanjang 2014.

-Bermula dengan Isu Kalimah allah...
-Azan di perlahankan di Pulau Pinang
-Perarakan Maulidur Rasul d haramkan di Pulai Pinang.
-Blogger Cina menghina umat islam Malaysia.
-Kristian terus mahukan Bible dicetak dalam Bahasa Melayu.
-Lelaki dibenarkan berpakaian Perempuan atau Wanita.
-Bertambah jumlah lesen rumah urut di Selangor.
-Hukum Allah HUDUD di permainkan demi kepuasan dan kepentingan Politik Kepartian.

Percaya lah bahawa allah memberikan amaran kepada kita semua agar bermuhasabah demi keagungan agama dan kelangsungan bangsa.
AYUHLAH rakan dan sahabat seagama untuk kita kembali kepadaNya dan jangan kita menghina Hukum allah dan mempermainkan ayat al quran.
BANGKIT demi Agama....BANGUN kerana Bangsa..Ketepikan otodot kepartian yang menghancurkan dan merugikan agama dan bangsa.Hentikan fitnah yang menjadi senjata iblis menyesatkan ummat Rasulullah saw.Bersatulah..Binalah saf agama yang kukuh dan rapat tanpa wujud jurang untuk berpecah.

SELAMAT TAHUN BARU 2015..

WASSALAM

WAN KHAIRUL IHSAN WAN MUHAMMAD
Pengerusi IMPAK
31 Dis 2014 / 01 Jan 2015

Dari blog Bicara Minda

Belantan

0

Posted by Unknown | Posted on 11:10 PTG | Posted in

sumber :-

Belantan


AirAsia: Juruterbang digantung tugas kerana positif dadah?

Posted: 01 Jan 2015 07:47 PM PST


SURABAYA - Seorang juruterbang AirAsia Indonesia digantung tugas selepas didapati gagal ujian dadah.

Presiden AirAsia Indonesia, Sunu Widyatmoko memberitahu, juruterbang berkenaan didapati positif dadah jenis morfin selepas satu penerbangan dari Jakarta ke Bali.

Penggantungan itu yang berkuatkuasa serta-merta, berlaku hanya selepas beberapa hari sebuah pesawat AirAsia Indonesia terhempas di Selat Karimata.

Kata Sunu, siasatan awal mendapati juruterbang berkenaan baru sahaja keluar hospital, namun siasatan lanjut masih berjalan.

Suara Politik
Belantan

QZ8501: Misi SAR hari kelima sukar?

Posted: 01 Jan 2015 07:50 AM PST


Misi mencari dan menyelamat (SAR) pesawat AirAsia QZ8501 yang memasuki hari kelima hari ini disifatkan sukar kerana jarak penglihatan yang terhad ekoran keadaan cuaca yang kurang baik.

Menurut Panglima Tentera Laut, Laksamana Tan Sri Abdul Aziz Jaafar melalui Twitternya, jarak penglihatan hanya pada lima batu nautika.

Beliau sebelum itu memaklumkan pencarian yang ditetapkan untuk KD Pahang adalah di sektor 2 sementara KD Lekir dan Lekiu di sektor 4.

Abdul Aziz turut memberitahu sebuah helikopter turut disediakan KD Lekiu bagi membantu misi menyelamat mangsa.

Dalam insiden malang itu, QZ8501 membawa 162 penumpang dan anak kapal, berlepas dari Surabaya, Indonesia, pada 5.20 pagi Ahad dan dijadual tiba di Lapangan Terbang Changi Singapura pada 8.30 pagi hari sama.

Kali terakhir pesawat berhubung dengan Menara Kawalan Trafik Udara pada 6.12 pagi waktu Indonesia (7.12 pagi waktu Malaysia).

Penumpang pesawat terdiri daripada 149 warga Indonesia, tiga Korea Selatan, masing-masing seorang warga Singapura, seorang warga Malaysia dan seorang warga United Kingdom.

Kru pesawat pula terdiri daripada enam warga Indonesia dan seorang warga Perancis.


Sementara itu, penemuan mangsa berjaket keselamatan cetus persoalan! Satu mayat pesawat AirAsia QZ8501 yang memakai jaket keselamatan ditemukan di Laut Jawa hari ini, menimbulkan persoalan mengenai bagaimana tragedi itu berlaku.

Pihak berkuasa menyatakan, mayat enam mayat yang ditemui di laut itu dengan beberapa masih berpakaian lengkap, menunjukkan pesawat Airbus A320-200 itu berada dalam keadaan baik selepas terhempas.

Penemuan mayat tersebut juga mungkin menunjukkan penumpang sekurang-kurangnya mempunyai masa sebelum pesawat terhempas ke dalam laut atau memakai jaket keselamatan berkenaan selepas pesawat itu terhempas dan tenggelam.

Hanya 1 daripada 3 mayat dapat dibawa naik

Hanya satu daripada tiga mayat yang ditemui KD Pahang yang dalam misi mencari dan menyelamat (SAR) pesawat AirAsia QZ8501 dapat dinaikkan hari ini.

Laksamana Tan Sri Abdul Aziz Jaafar berkata, situasi itu berlaku ekoran keadaan laut yang bergelora menyukarkan operasi.

Melalui akaun Twitternya, beliau memaklumkan keadaan itu.

"Dimaklumkan, tiga daripada mayat yg dijumpai KD Pahang semalam, (hanya) satu berjaya dinaikkan ke kapal pagi ini, jam 8.15, kerana laut bergelora," tulisnya.

Untuk rekod, hari ini, misi mencari dan menyelamat QZ8501 telah memasuki hari kelima.

Suara Politik
Belantan

Dialog Dewasa Kritik Berasa

0

Posted by Unknown | Posted on 11:06 PTG | Posted in

sumber :-

Dialog Dewasa Kritik Berasa


RAFIZI TIDAK PUNYA IDEA YANG BAGUS UNTUK NEGARA

Posted: 01 Jan 2015 05:18 PM PST

RAKYAT MULA BENGANG DENGAN RAFIZI


KEPUTUSAN Kerajaan menurunkan harga minyak kali kedua dalam tempoh sebulan minyak petrol RON95 daripada RM2.26 kepada RM1.91 disambut dengan rasa syukur dan gembira oleh rakyat Malaysia.

Namun begitu, Rafizi Ramli yang baru balik dari luar negara tidak punya a sense of belonging kepada penderitaan rakyat Kelantan sekarang. Pulang ke Malaysia dan terus memomokkan usaha Kerajaan menurunkan harga minyak.

Saya percaya satu-satunya isu yang Rafizi akan elakkan ialah bercakap hal pembalakan haram dan penerokaan hutan secara besar-besaran di Kelantan. Saya tidak percaya Rafizi akan mengkritik Kerajaan Kelantan berkenaan isu ini. Di dalam banyak isu persengketaan dasar Pakatan Rakyat, Rafizi paling takut mengkritik PAS, DAP dan Kerajaan Kelantan. Sangat-sangat takut. Malaysiakini lebih berani di sini


Tatkala Malaysia berjaya menurunkan harga petrol di pasaran, negara-negara lain tidak mampu menurunkan harga. Kita ambil contoh pengeluar minyak terbesar di rantau kita negara jiran Indonesia, mereka sendiri tidak mampu melakukannya. Jika ditanya semula kepada Rafizi, saya percaya dia akan menjawab 'oh Malaysia tidak boleh dibandingkan dengan Indonesia, kerana penduduk Indonesia berjumlah 237 juta orang dan Malaysia hanya 30 juta orang'. Ini adalah jawapan pelajar tingkatan 5.

Negara kaya Singapura dan Brunei turut tidak mampu menurunkan harga minyak petrol.



Tidak Punya Idea Yang Bagus Kepada Negara
Rafizi tidak mempunyai idea yang bagus untuk membangunkan negara kita. Tatkala Kerajaan telah berada di landasan untuk memberikan pendapatan tinggi kepada sektor awam dan sektor swasta, Rafizi mempunyai pandangan yang kontradik. Rafizi berpandangan Kerajaan patut memulangkan subsidi katanya berjumlah RM633 Juta kepada rakyat Malaysia. Soalnya adakah angka itu tepat, statik atau boleh ubah.

Angka yang sebegitu sering dimainkan oleh Rafizi, kononnya Kerajaan rugi sekian juta, subsidi sekian juta, bisnes itu sekian juta tetapi Rafizi tidak pernah berjaya mendetailkan angka-angka itu. Pemikiran ekonomi seperti ini sering diutarakan oleh Adam Smith, seorang pakar ekonomi kuno dari barat.

Saya tidak pernah membaca atau mendengar Rafizi memberikan cadangan yang terperinci semasa mengkritik dasar-dasar Kerajaan. Adakah anda pernah membacanya? Rafizi di dalam PKR, hanya dilatih untuk menjatuhkan usaha kerajaan, memburukkan dasar-dasar kerajaan, dan merosakkan usaha kerajaan membela rakyat.

Rafizi sudah jelas lagi terbukti adalah mantan Penasehat Ekonomi Selangor yang gagal. Rafizi adalah promo Langkah Kajang yang gagal. Anda bersetuju atau tidak?

Oleh itu, saya tidak hairan apabila membaca komentar daripada rakyat jelata yang semakin momok dan memandang buruk kritikan-kritikan Rafizi. Saksikanlah di FB dan sebagainya, rakyat semakin marah dan meluat dengan kritikan-kritikan Rafizi yang tidak kena pada masanya. Sangat jelas, rakyat lebih tahu bersyukur dan Rafizi tidak tahu bersyukur.

Jika Rafizi membaca artikel ini, saya mencabar beliau mendetailkan angka RM633 juta itu. Jelaskan latarbelakangnya, puncanya, undang-undangnya, pembolehubahnya, risikonya, nilai percukaiannya dan yang paling penting di mana RM633 juta itu disimpan, dalam bentuk apa, securitynya, insuran dan implikasinya. Pernah anda mendengar Rafizi menghuraikan seperti ini apabila dia membuat apa-apa tuduhan? Soalnya, Rafizi tidak mampu melakukannya, kerana itu dia gagal sebagai Penasehat Ekonomi kepada Kerajaan Selangor.

Rakyat Malaysia akan melalui tahun 2015 dengan lebih berani dan matang. Tidak lagi boleh diperdayakan dengan angka-angka dusta sebagaimana amalan lama Rafizi.

Kepada rakyat Malaysia, kita mesti berdiri teguh mempertahankan negara daripada angka-angka dusta. Kerana sekian lama, ianya tidak pernah dibuktikan di hadapan mata kita.

MARI TONTON, BLOGGER PAS DEDAH 70% HUTAN KELANTAN BOTAK, SEBABKAN BANJIR LUAR BIASA

Posted: 01 Jan 2015 05:45 AM PST


Sumber : Malaysiakini TV



MIMPI SENJA

0

Posted by Unknown | Posted on 11:05 PTG | Posted in

sumber :-

MIMPI SENJA


Video Najib arah jurugambar rakam aksi beliau meredah banjir tersebar

Posted: 01 Jan 2015 09:22 PM PST


(Oleh Ermizi Muhamad)

PERAK 2 JAN:  Video Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengarahkan wartawan dan jurugambar merakam aksinya ketika meredah banjir di Perak baru-baru ini menjadi viral di internet.
Najib BanjirVideo bertajuk "Najib dan Zambry berpoligam" yang berdurasi 48 saat itu dimuat naik ke laman sosial, Youtube dan mencapai tontotan lebih 15,000 pengguna internet selepas dua hari dimuatnaik.
Dalam video berkenaan, kedua-dua pemimpin Umno itu dilihat mengarahkan wartawan dan jurugambar mengambil gambar mereka meredah banjir di kawasan yang dinaiki air.
Antara lain, Najib dan Zambry mengarahkan jurugambar dengan menyebut "You duduk sana… ambil dekat sebelah sini" dan "Kena ambil paras ini".
Najib pada 29 Disember lalu melawat Perak untuk melihat kawasan yang dilanda banjir.
Beliau dilapor melawat pusat pemindahan banjir di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Sungai Galah dan Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Pasir Salak, dan kemudian melawat beberapa kawasan di Perak Tengah terutama di Kampung Gajah.
Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan lokasi video itu dirakamkan.
Selain itu, video itu turut menyiarkan gambar menunjukkan beberapa petugas yang mengiringi lawatan itu dilihat seperti membukakan kasut Najib selepas meredah banjir di kawasan berkenaan.
Dalam semakan Keadilan Daily, Video yang mula dimuatnaik di laman Facebook milik Zambry awal minggu lalu itu telah dipadam, namun masih boleh ditonton di laman Youtube.
Najib sebelum ini menerima kritikan pelbagai pihak apabila dilapor bermain golf bersama Presiden Amerika Syarikat, Barrack Obama ketika puluhan ribu penduduk, khususnya di Pantai Timur terjejas teruk akibat banjir.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=64609

Nasi RM5 jadi RM23 di Tanah Merah

Posted: 01 Jan 2015 03:56 AM PST



Harga sepinggan nasi berlauk ikan kembung goreng, sayur kacang panjang dan segelas air teh panas mencecah RM23 di bandar yang dilanda banjir baru-baru ini.

Penulis terkejut apabila perlu membayar harga makanan hampir lima kali ganda daripada harga biasa juadah itu dalam sekitar RM5 pada waktu biasa selepas mengalas perut di sebuah kedai makan yang terletak di tengah-tengah bandar Tanah Merah semalam.

"Saya terkejut dan bila ditanya peniaga itu memohon maaf dan menyatakan kesukaran mendapatkan bahan mentah dan terpaksa pergi ke Kota Baharu yang terletak kira-kira 70km dari sini.

Saya faham kalau mahu menaikkan harga tetapi jangan sampai ia jadi tidak munasabah dan saya sungguh terkejut dengan harga itu," kata penulis.



Sementara itu tinjauan Bernama hari ini mendapati hanya beberapa buah kedai makan sahaja yang telah beroperasi di bandar ini selepas banjir buruk yang menenggelamkan keseluruhan bandar berkenaan baru-baru ini.

Pasar Besar Tanah Merah di Tanah Merah yang telah kembali beroperasi dilihat sesak dengan orang ramai yang mahu membeli barangan basah itu.

Seorang suri rumah, Rahaya Samsudin, 47, bagaimanapun berkata tidak banyak barangan basah yang dijual dan jika ada pun ia agak mahal sedikit dan berharap keadaan itu akan pulih segera.

"Ayam sekilogram pun hampir RM8. Harga mahal ini sedikit membebankan kami. Mana nak bersih rumah dan mahu guna duit membelikan perkara yang perlu dibebani pula dengan harga barangan yang mahal,' katanya.

Kekurangan bekalan minyak petrol dan diesel di bandar ini menjadikan bahan api itu perniagaan segera yang paling laris di jajahan ini sehingga ada menjualnya dalam botol.

Perniagaan itu tumbuh bak cendawan selepas hujan di sepanjang perjalanan antara Pasir Mas ke Tanah Merah.

Seorang peniaga yang enggan disebut nama dan berusia 20-an berkata sebotol besar 1.5 liter minyak petrol dijual sebanyak RM15.

Harga petrol RON95 kini RM1.91 seliter manakala RON97 RM2.11 seliter.

- Bernama

Cadangan Kerajaan Campuran Idea Jahat UMNO - Mahfuz Omar

Posted: 01 Jan 2015 01:37 AM PST

datuk mahfuz omar, datuk najib razak, persidangan umno, pas, dap, pkr, parti keadilan rakyat, anwar ibrahim, anwar liwat


KUALA LUMPUR 1 Jan - Ketua Penerangan PAS Datuk Mahfuz Omar berkata, cadangan pembentukan kerajaan campuran Umno-PAS di Kelantan menunjukkan "betapa jahat" parti lawannya itu.

Ia juga, kata Mahfuz, menunjukkan bahawa kerajaan Kelantan selama ini sukar menerima bantuan daripada kerajaan persekutuan.

Katanya, cadangan pemilik Sinar Harian Datuk Hussamuddin Yaacub juga memberi gambaran bantuan hanya akan diberikan jika idea kerajaan campuran itu menjadi kenyataan.

"Saya ucap terima kasih kepada Datuk Hussamuddin yang buat cadangan ini. Tetapi melihat kepada sebalik kenyataan ini, ia menunjukkan betapa Umno dan BN ini jahat.


"Saya gambarkan kenyataan itu sebagai bagaimana Umno dan BN itu memiliki tiga sifat iaitu pendera, penzalim dan pembuli.

"Maknanya, kalau nak minta tolong Umno kena ada kerajaan campuran. Dia (Hussamuddin) orang Kelantan, dia tau betapa Kelantan sudah nak dapat bantuan kerajaan pusat," katanya.

Mahfuz menegaskan kerajaan campuran antara BN-PAS tidak akan berlaku.

Sebaliknya, katanya, apa yang perlu diberi tumpuan kini ialah kerjasama antara kerajaan persekutuan dan negeri perlu diperkukuhkan.

Malah, Ahli Parlimen Pokok Sena itu berkata, apa yang menjadi keutamaan kini juga ialah kerajaan pusat perlu membayar wang royalti minyak milik Kelantan.

Katanya, sekiranya wang royalti itu diberikan ia dapat digunakan bagi tujuan pembangunan di negeri tersebut.

"Itu hak kerajaan Kelantan untuk dapat royalti dan wang itu untuk manfaat menmangunkan Kelantan.

"Kerajaan campuran tak perlu. Tetapi kerjasama antara G2G (kerajaan dengan kerajaan) perlu dilakukan. Bukan melalui kerajaan campuran.

"Dan selama ini kita memang beri kerjasama (dengan kerajaan persekutuan)," katanya lagi. - Rakyat News

Cursing Malay : Terus Terang

0

Posted by Unknown | Posted on 9:45 PTG | Posted in

sumber :-

Cursing Malay : Terus Terang


Satu Twit Dari PM Yang Boleh Mengembalikan Sokongan Orang Ramai Kepada Perdana Menteri

Posted: 01 Jan 2015 07:42 PM PST


RAKYAT MARHAEN

0

Posted by Unknown | Posted on 9:29 PTG | Posted in

sumber :-

RAKYAT MARHAEN


Pasca Banjir 2014: Lensa 15 (Mix)

Posted: 01 Jan 2015 08:10 PM PST

Pasca Banjir 2014: Lensa 14 (Mix)

Posted: 01 Jan 2015 07:35 PM PST

Pasca Banjir 2014: Kelantan Menangis - Manek Urai Lama

Posted: 01 Jan 2015 06:14 PM PST


Pasca Banjir 2014: Video Manek Urai & Pekan Kuala Krai (29 & 30 Dis 2014)

Posted: 01 Jan 2015 05:46 PM PST


Pasca Banjir 2014: Lensa 13 (Mix)

Posted: 01 Jan 2015 05:42 PM PST

Pasca Banjir 2014: Lensa 12 (Mix)

Posted: 01 Jan 2015 05:38 PM PST

Pasca Banjir 2014: Lensa 11 (Mix)

Posted: 01 Jan 2015 05:32 PM PST

Pasca Banjir 2014: Lensa 10 (Mix)

Posted: 01 Jan 2015 05:26 PM PST

Pasca Banjir 2014: Lensa 9 (Mix)

Posted: 01 Jan 2015 05:19 PM PST

Pasca Banjir 2014: Lensa 8 (Mix)

Posted: 01 Jan 2015 05:14 PM PST

Pasca Banjir 2014: Lensa 7 (Mix)

Posted: 01 Jan 2015 05:09 PM PST

Pasca Banjir 2014: Lensa 6 (Mix)

Posted: 01 Jan 2015 05:06 PM PST

Pasca Banjir 2014: Lensa 5 (Mix)

Posted: 01 Jan 2015 04:45 PM PST

Pasca Banjir 2014: Lensa 4 (Mix)

Posted: 01 Jan 2015 04:42 PM PST

Pasca Banjir 2014: Lensa 3 (Mix)

Posted: 01 Jan 2015 04:39 PM PST

Pasca Banjir 2014: Lensa 2 (Aerodyne)

Posted: 01 Jan 2015 04:34 PM PST

Pasca Banjir 2014: Lensa 1 (Aerodyne)

Posted: 01 Jan 2015 04:31 PM PST

GEMPAR LAGI...!!! Pesawat 9M-NAA dikesan mendarat di Dubai (lokasi terkini: 2/1/2015 : 12.16 pg)

Posted: 01 Jan 2015 03:13 PM PST


Flight tracker menunjukkan Jet Kerajaan 9M-NAA kini mendarat di London pulak..!!

Posted: 01 Jan 2015 06:24 AM PST



Pasca Banjir: Kerajaan Campuran bukti Umno BN ada sifat '3P'

Posted: 01 Jan 2015 06:17 AM PST

KUALA LUMPUR: Cadangan pembentukan Kerajaan Campuran Umno-PAS di Kelantan membuktikan kezaliman Umno BN di negeri itu.

Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Mahfuz Omar berkata, Umno mempunyai sifat '3P' iaitu penzalim, pembuli dan pendera kepada Kerajaan Negeri Kelantan.

Mengulas mengenai cadangan pemilik akhbar Sinar Harian, Datuk Hussamuddin Yaacub itu, Mahfuz berkata cadangan tersebut menggambarkan Umno BN hanya akan membantu membangunkan semula Kelantan jika Kerajaan Campuran berjaya dilaksanakan.

"Saya ucap terima kasih kepada Datuk Hussamuddin kerana mengakui Kelantan sukar mendapat bantuan daripada Umno BN kerana perbezaan politik.

"Nak bangun semula Kelantan kena bergabung sebagai Kerajaan Campuran dahulu. Ini memang sifat penzalim, pembuli dan pendera," kata beliau pada sidang media di Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut, dekat sini hari ini.

Beliau turut menegaskan, Kerajaan Campuran tidak akan berlaku di Kelantan sebaliknya PAS menumpukan kerjasama G2G iaitu kerajaan dengan kerajaan.
Read More / Baca Lagi >>

Nasi RM5 jadi RM23 di Tanah Merah, Petrol RM15 bagi 1.5 Liter?

Posted: 01 Jan 2015 06:13 AM PST

Harga sepinggan nasi berlauk ikan kembung goreng, sayur kacang panjang dan segelas air teh panas mencecah RM23 di bandar yang dilanda banjir baru-baru ini.

Penulis terkejut apabila perlu membayar harga makanan hampir lima kali ganda daripada harga biasa juadah itu dalam sekitar RM5 pada waktu biasa selepas mengalas perut di sebuah kedai makan yang terletak di tengah-tengah bandar Tanah Merah semalam.

"Saya terkejut dan bila ditanya peniaga itu memohon maaf dan menyatakan kesukaran mendapatkan bahan mentah dan terpaksa pergi ke Kota Baharu yang terletak kira-kira 70km dari sini.


Saya faham kalau mahu menaikkan harga tetapi jangan sampai ia jadi tidak munasabah dan saya sungguh terkejut dengan harga itu," kata penulis.

Sementara itu tinjauan Bernama hari ini mendapati hanya beberapa buah kedai makan sahaja yang telah beroperasi di bandar ini selepas banjir buruk yang menenggelamkan keseluruhan bandar berkenaan baru-baru ini.

Pasar Besar Tanah Merah di Tanah Merah yang telah kembali beroperasi dilihat sesak dengan orang ramai yang mahu membeli barangan basah itu.
Read More / Baca Lagi >>

Banjir di Terengganu terus pulih

Posted: 01 Jan 2015 06:12 AM PST

Jumlah mangsa di Kelantan, Pahang dan Johor kekal.
terengganu banjirKUALA LUMPUR: Keadaan banjir di Terengganu terus semakin pulih berikutan jumlah mangsa di pusat pemindahan berkurangan lagi tengah hari ini berbanding pagi tadi manakala bilangan mangsa di Kelantan, Pahang dan Johor tiada perubahan.
Di Terengganu, menurut statistik Majlis Keselamatan Negara (MKN) Terengganu, jumlah mangsa banjir terus menurun kepada 9,040 orang pada tengah hari ini berbanding 10,051 orang pagi tadi.
Mangsa di Dungun kini 4,289 orang, Kemaman (4,570 orang) dan Kuala Terengganu tinggal (181 orang).
Di Kelantan menurut jurucakap MKN Kelantan, walaupun keadaan banjir semakin pulih, namun masih ramai mangsa berada di pusat pemindahan berikutan kehilangan rumah, rumah rosak teruk, rumah yang kotor dan berlumpur.
Setakat tengah hari ini jumlah mangsa kekal 44,081 orang setelah turun mendadak berbanding 81,458 orang malam tadi yang terdiri daripada 10,753 keluarga dan kini ditempatkan di 178 pusat pemindahan di lapan jajahan, lapor BERNAMA.
Daerah lain ialah Tanah Merah seramai 14,184 orang, Tumpat (9,524 orang), Kuala Krai (5,645 orang), Kota Baharu (4,910 orang), Machang (3,769 orang), Pasir Mas (3,015 orang), Gua Musang (3,006 orang) dan Pasir Puteh (28 orang).
Di Pahang, menurut jurucakap Bilik Gerakan Banjir Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang, jumlah mangsa banjir pada tengah hari ini kekal 50,272 orang seperti di sebelah pagi yang masih ditempatkan di 232 pusat pemindahan di lapan daerah.
Read More / Baca Lagi >>

Politik dunia Islam 2014: 10 isu utama

Posted: 01 Jan 2015 06:10 AM PST

Oleh HARIS ZALKAPLI

Dunia Islam terus menyaksikan politik yang mencabar sepanjang tahun 2014, dengan beberapa negara Islam terlibat dalam percaturan dan persaingan kuasa-kuasa besar dunia. Perkembangan seperti konflik di Syria dan konflik daripada geopolitik kebangkitan Arab menampakkan kesannya dengan jelas pada 2014.
Dari Afrika hingga ke Asia Pasifik, politik dunia Islam memberi implikasi yang besar kepada seluruh dunia, Berikut disenaraikan 10 isu besar politik utama dunia Islam tahun 2014.

10. Dasar luar Emiriyah Arab Bersatu

Emiriyah Arab Bersatu, negara musuh utama gerakan Ikhwan al-Muslimin menyaksikan dasar luar yang aktif dan mencapai jauh pada tahun 2014. Sebagai reaksi kepada kebangkitan serantau yang melonjakkan Ikhwan terutama di Mesir, dan dasar luar negara jiran, Qatar yang mendukung perluasan kuasa Ikhwan, Emiriyah menggerakkan kempen anti orde baharu di seluruh rantau Arab dari Libya di Afrika Utara hingga ke Yaman di hujung Semenanjung Arab. Paling mengejutkan, Emiriyah dengan kerjasama Mesir melakukan serangan udara terhadap posisi kumpulan disokong Qatar dan Turki, yang bersaing untuk menguasai Libya.

9. Recep Tayyip Erdogan dan Turki baharu

Walaupun berdepan tekanan pihak pesaing, Recep Tayyip Erdogan dengan popularitinya gagal disekat oleh mana-mana pihak, dan menang pilihan raya presiden Turki, sekaligus melanjutkan posisi dalam kepimpinan Turki, selepas sebagai perdana menteri, mengambil peranan sebagai presiden. Pemimpin kepercayaan beliau, Ahmet Davutoglu yang sebelum itu menjadi menteri luar dipilih memegang jawatan perdana menteri. Gandingan Erdogan-Davutoglu ini kini mengemudi Turki yang baharu, yang pencapaiannya selama ini tergugat oleh perkembangan-perkembangan baharu serantau.

8. Bashar al-Assad dan Syria

Selepas hampir empat tahun kebangkitan di Syria bermula, Presiden Bashar al-Assad masih terus berkuasa. Walaupun kedudukannya kini tidak sekukuh sebelum ini, pemimpin kuku besi Syria ini terus berkuasa, mengambil kesempatan daripada penentang-penentang yang berpecah dan kepentingan kuasa-kuasa terlibat yang masih bimbang terhadap kemungkinan Syria pasca-Assad  yang berisiko. Kesan perang di Syria kini muncul dalam bentuk kumpulan-kumpulan militan yang lebih bebas dan bersenjata, dan kemunculan kumpulan militan Negara Islam di Iraq dan al-Syam, ISIS.
Read More / Baca Lagi >>

Wan Azizah: Rakyat perlu bersedia hadapi kemelut ekonomi 2015

Posted: 01 Jan 2015 06:09 AM PST

Bagi pihak Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) saya mengucapkan Selamat Tahun Baru 2015, kepada semua warga Malaysia di mana sahaja mereka berada.
Wan AzizahTahun 2015 dijangka akan menjadi tahun yang agak mencabar, akibat daripada krisis ekonomi yang melanda dunia sejak akhir-akhir ini.
KEADILAN berharap, rakyat Malaysia akan dapat bersedia dan menyesuaikan diri dengan kemelut ekonomi yang bakal melanda rantau Asia.
KEADILAN amat bimbang dengan budaya pembaziran, ketirisan dan penyusutan nilai ringgit yang menjunam lebih teruk daripada Krisis Kewangan Asia 1997, ditambah dengan kes 1MDB, pengurangan sumbangan dana daripada Petronas, yang semua ini jelas akan memberi kesan buruk kepada rakyat.
KEADILAN bimbang dengan wujudnya pelbagai tekanan ekonomi ini akan turut memberikan kesan berganda terhadap masalah sosial, jenayah dan keruntuhan masyarakat.
Justeru menjelang tahun baru 2015, Pakatan Rakyat bertekad untuk memperkukuhkan kerjasama, dan berusaha memastikan kerajaan-kerajaan negeri yang diterajuinya menunjukkan prestasi perkhidmatan yang lebih baik kepada rakyat.
Ini dapat dilihat sejak 2008, di mana Kerajaan Negeri pimpinan Pakatan Rakyat, mendapat pujian daripada Ketua Audit Negara dengan rekod pengurusan kewangan yang baik.
Maka Tahun 2015 ini, KEADILAN mengajak seluruh rakyat Malaysia, untuk bersama dengan kami dalam Pakatan Rakyat, mendukung perjuangan untuk mengembalikan hak serta pembahagian politik, ekonomi dan sosial yang lebih adil dan saksama.
Selamat Tahun Baru 2015.
DATUK SERI DR WAN AZIZAH WAN ISMAIL
Presiden KEADILAN

RM200 juta aset awam Kelantan musnah kata Mustafa

Posted: 01 Jan 2015 06:08 AM PST



Taksiran kemusnahan infrastruktur dan aset awam akibat banjir buruk yang melanda Kelantan dianggarkan lebih RM200 juta setakat ini, kata Pengerusi Jawatankuasa Bencana Banjir Kelantan Datuk Seri Mustapa Mohamed.

Beliau berkata nilai sebenar kemusnahan hanya akan diketahui selepas bencana itu berakhir dan ia dijangka lebih besar setelah semua agensi berkaitan mengemukakan laporan masing-masing.

"Kita semalam dapat gambaran tapi tak lengkap di seluruh Kelantan iaitu antara lain Jabatan Kerja Raya kata RM100 juta," katanya pada sidang akhbar di Pusat Media Bencana Banjir di Kota Baharu hari ini.

Selain itu, Tenaga Nasional Berhad mengunjurkan anggaran kerosakan di seluruh negeri bernilai RM10 juta, Polis Diraja Malaysia (RM8 juta), Syarikat Air Kelantan Sdn Bhd (RM3 juta) manakala Jabatan Kesihatan Kelantan menganggarkan nilai kerosakan RM10 juta di Kota Baharu sahaja.

Mustapa, yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, berkata kerajaan pusat dan kerajaan negeri akan bersama-sama membuat pengumpulan maklumat lengkap dan sekarang dalam proses mendaftar aset yang rosak.

Mustapa berkata jawatankuasa itu akan turut mengumpul segala butiran mangsa banjir sambil mengakui ia tugas yang mencabar.
Read More / Baca Lagi >>