Followers

Nuffnang

ALHUSSEYN

Posted by Unknown | Posted on 3:57 PTG | Posted in

sumber :-

ALHUSSEYN


Saya tentang jika PM nak laksana hudud sekarang - Nik Abduh

Posted: 21 May 2015 09:00 AM PDT

Sekiranya kerajaan mahu melaksanakan hudud di Malaysia dalam masa terdekat, Nik Abduh Nik Aziz menjadi orang pertama tidak bersetuju.

 Ahli Parlimen Pasir Mas itu memberitahu, sekiranya secara tiba-tiba Perdana Menteri mahu berbuat demikian, ia bukan masa sesuai.

 "Jika di Parlimen, YAB Pekan kata mahu laksanakan hudud di Malaysia pada tahun 2016, saya orang pertama bangun menentang," ujarnya pada Forum Israk Mikraj Menyingkap Keadilan Perundangan Islam di Masjid Al Azim, Pandan Indah malam tadi.

Menurut anak Allahyarham Datuk Nik Aziz Nik Mat itu, PM tidak wajar melaksanakan hudud kerana masih banyak soal maqasid syariah, masalah sosial dan ekonomi umat Islam yang perlu diselesaikan.

 "Bagaimanapun, kalau nak laksanakan hudud di Kelantan, iya saya setuju kerana sudah 25 tahun bersedia ke arah perlaksanaan hukum hudud. Sepanjang pentadbiran Tok Guru (Nik Aziz) Kelantan sudah buat banyak persediaan dan beri Kelantan peluang melaksanakannya kerana ia amanah daripada rakyat kepada Kelantan walaupun ketika demokrasi cacat sekali pun," ujarnya.

 Menurutnya, Kelantan sudah banyak kali mencuba membentangkan enakmen syariah tetapi gagal tetapi kali ini Dewan Undangan Negeri meluluskannya.

 Jadi, katanya, beri peluang kepada Kelantan melaksanakannya.

 "Ini tidak, kecoh macam Malaysia hendak melaksanakan hudud. Hudud ni di Kelantan sahaja kerana kami sudah bersedia," katanya sambil menekankan selain kefahaman tentang agama perlaksanaan hukum Allah juga memerlukan kuasa pemerintahan untuk berbuat demikian.

 Menurut Nik Abduh, sekiranya alasan Kelantan negeri miskin, masalah kemiskinan tidak akan selesai sepenuhnya hanya kerana mahu melaksanakan hudud. Sepanjang pentadbiran Kelantan, negeri itu telah banyak membuat perubahan bersesuaian dengan Islam seperti menggunakan bank Islam bagi urusan kewangan negeri dan ia akhirnya ditiru oleh Putrajaya.

 "Kelantan laksana cuti dua hari seminggu, dulu kata orang Kelantan malas sekarang tiru malah Malaysia sekarang paling banyak cuti," ujarnya lagi.--MalaysiaGazette

Komen al-Husseyn : 


Woit! Nik Abduh tentang hudud?? Bukankan itu hukum Allah? Apa hukumnya orang yang menolak hukum Allah? Karpal Singh dan Lim Kit Siang tolak Hudud sebab depa tu kapiak. Padanlah! Bukankah ini bakal Ketua Pemuda Parti Islam Semalaysia yang memperjuangkan agama Islam?

Hudud akan dilaksanakan di Kelantan dengan tafsiran semua persedian sudah diuruskan. Kemana 'Private Bill' yang sepatutnya nak di bawa ke Parlimen pada 18 Mei 2015..? 

Hadi kata Umno ikhlas hendak melaksanakan hudud. Bila nak bentangkan RUU AKTA 355.?

Tiba2 bila sidang parlimen kali ni tak dapat dibentang dan Tuang Presideng beri alasan "nak fahamkan hudud yang dibawa". Woit! Apa dah jadi ni? Patutlah Tuang Presideng segan nak mai parlimen....hahahah! Bagilah orang lain ganti!

Apakah kebajikan rakyat Kelantan sudah, khususnya mangsa banjir mega sudah dapat diatasi segalanya? Macaman mereka nak nyambut Ramadhan dan Hari Raya nanti...sudah ada kediaman yg selesa? Korang tolong ulas secara budiman untuk saya siarkan ulasan korang di entri akan datang.

Majlis Syura Ulama buat lawak ke apa nih?

Posted: 21 May 2015 05:06 AM PDT

Kalian boleh klik ~ HARAKAHDAILY 21/5/2015
Satelah sekian lama menyepi, Majlis Syura Ulamak (MSU) kini menafikan bahawa tidak pernah meluluskan usaha penggabungan PAS dan Umno.
Tiada sebarang perbincangan atau keputusan pernah dibuat ke arah gabungan PAS dan Umno," tegas Setiausaha Majlis Syura Ulamak, Datuk Dr Nik Muhammad Zawawi Nik Salleh dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily.
"Semua ahli PAS menolak fitnah ini bagi mengukuhkan jemaah ke arah memenangkan Islam," ujarnya lagi.
Betullah, sememangnya ulama tidak pandai menipu. Kalau menipu juga akan ternampak penipuannya.Ulama' umpama sehelai kain yang putih bersih....jika terlekat sedikit kotoran pun akan mudah kelihatan. Begitulah apa yang berlaku kepada MSU sekarang ini.

Buat penafian, walhal Hj Hadi Hadi sendiri turut mengakui adanya gagasan UG bersama Umno/BN. Cumanya, Hj Hadi cuba melibatkan PKR, DAP malah almarhum TGNA sama. PKR dan DAP telah menafikan fitnah tersebut. Mujurlah almarhum sudah tiada. Kalau almarhum masih hidup, mungkin akan diludahi muka Hj Hadi nih!

Jika MSU menganggap adanya usaha penggabungan PAS dan Umno itu fitnah, maka orang yang melakukan fitnah tersebut adalah bekas Timbalan Presiden PAS, Nasharudin Mat Isa.

Nasharuddin Mat Isa, telah mendedahkan penglibatan MSU dalam projek UG bersama Umno dalam satu majlis pada 12 Mei 2013

Betapa setelah sekian lamanya  rakaman tersebut beredar di media laman sosial, MSU masih tidak menyedari adanya? Berikut versi pendek menyatakan penglibatan MSU:


Terbaru ialah ketika pihak Astro Awani menemubual Nasha mengenai Hala tuju Pakatan Rakyat - yang diterbitkan pada: Februari 13, 2015. Rakaman penuh di sini . Berikut merupakan yg saya pendekan untuk rujukan mudah :



Nasharuddin telah berkata : Isu bekerjasama dengan Umno ni sebenarnya, pada tahun 2008 dahulu adalah sesuatu yang diputuskan oleh Majlis Syura Ulama PAS Pusat, bukan keputusan yang dibuat oleh individu, samada oleh Tok Guru Presiden.Ini diputuskan oleh Majlis Syura.


Ok...Apa kata MSU dengan pendedahan Nasharaddin itu? Kenapa MSU sebelum ini tidak pernah menafikannya? Kenapa MSU tidak mengambil tindakan keatas Nasharudin Mat Isa sekiranya apa yang beliau dedahkan itu adalah fitnah.Ini mesti kerana penglibatan MSU sendiri menyebabkan serba salah nak bertindak kan? Kan?

Adakah Hj Hadi akan mengaku dia buat kesilapan dan mohon maaf?

Posted: 20 May 2015 11:38 PM PDT


Dakwaan Presiden PAS bahawa almarhum Tok Guru Nik Aziz (TGNA) serta Anwar Ibrahim bersetuju dgn idea Kerajaan Perpaduan adalah satu fitnah dan pengkhianatan yang sangat memualkan kita semua.

Rakaman diatas adalah bukti pembohongan Hj Hadi. Ini adalah rakaman tahun 2009, Hj Hadi lupa dan sekarang buat u-turn. Bolehkah DAP dan PKR percaya Hadi? Itu sbb mereka hilang kepercayaan pd Hadi dan PAS sbb luq laq Hadi. Apakah tak cukup lagi kerosakkan yang dia dah buat? 

TGNA tegas membantah UG

Almarhum TGNA sangat marah kepada Nasharuddin kerana telah pergi berbincang dengan pemimpin Umno untuk ber UG hingga mengeluarkan kata-kata keji dan suruh dia masuk Umno. 

"Isu kerajaan perpaduan bukannya datang daripada PAS, ia adalah lontaran (idea) peribadi.* Perkara itu tidak pernah dibincangkan dalam kertas sebagai agenda PAS mahupun dalam kertas pakatan pembangkang. 


Yang di belakang tu kelihatan kelat dan
monyok dan tidak ceria kenapa?!
 "Kalau benar Nasharuddin nak setuju (dengan kerajaan perpaduan) lebih baik dia masuk Umno, letak jawatan timbalan (presiden PAS) dan di Bachok. Apa buat sampah, menyusahkan," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat exco kerajaan negeri di sini hari ini. Baca lagi  di sini   

Pengkhianatan MSU terhadap jemaah

Lantaran itu, MSU diwakili oleh Haron Din, Hj Hadi dan Nasharudin telah berkejar mengadap untuk memujuk dan menenangkan kemarahan TGNA di JKR10, Kota Bharu.

Dan selepas sidang akhbar Pakatan Rakyat tolak kerajaan Perpaduan dibuat, barulah almarhum memaafkan Nasharuddin Mat Isa. Lihat rakamannya di sini ; dimana persetujuan telah dicapai supaya polemik UG di berhentikan serta merta sebagaimana di putuskan Presiden PAS bersama pimpinan Pakatan seperti rakaman pertama diatas.


Hari tu bukan main Chupp! Chupp! Tapi sejak
ikut bontot Najib, dia kutuk almarhum pula!
TGNA telah memaafkan Nasharudin Mat Isa.Ketika ini TGNA sendiri selaku Mursyidul 'Am pun tidak tahu tindakan Nasharuddin itu adalah atas arahan Majlis Syura Ulama (MSU). 

Ini adalah satu kerja khianat MSU kerana telah membelakangkan Mursyidul 'Am dalam perkara tersebut. 

Kita semua pun tidak tahu sehingga lah didedahkan sendiri baru-baru ini  oleh Nasharudin Mat Isa. Sila klik di sini.

Kini TGNA sudah tiada.Mereka kini semakin naik tokcang.....semua orang yang cuba menghalang gagasan UG mereka, depa nak singkir.Itulah juga yang menjadi punca kemarahan puak UG kepada PasMa!

Kalaulah almarhum itu masih ada, perkara macam ini tentu tidak akan berlaku!

Hj Hadi sombong atau rendah diri?

Islam mengajar penganutnya, apabila kita sedar buat kesilapan, tarik balik, minta maaf. Sekadar buat kenyataan rasmi di Harakah pun sudah memadai atau buat sidang akhbar bersama...tak perlulah nak siar ke merata-rata media untuk minta maaf sebagaimana ada orang suruh saya buat....(ini selingan sajer)

Tapi adakah Hj Hadi jenis yang akan mengaku dia telah buat kesilapan dan dengan rendah diri memohon maaf? Kita berharap, selaku seorang ulama' yang dihormati, Hj Hadi tidak akan keberatan mengakui kesilapannya itu dan mohon maaf dengan penuh keinsafan dan rasa kesal.

Kehormatannya tidak akan terjejas dengan berbuat demikian malah orang akan lebih memuliakannya. Kerana kita semua sebagai manusia biasa tidak akan terlepas dari melakukan kesilapan, termasuklah kalangan ulama'.

Hanya orang yang angkuh dan sombong sahaja yang tidak akan mampu memohon maaf walau pun telah begitu jelas terbukti melakukan kesilapan. 

*Lontaran peribadi itu adalah merujuk kepada idea UG Hj Hadi

Asmuni: Tak puas hati pecat saya

Posted: 20 May 2015 07:22 PM PDT

Bayangkanlah perasaan anda sendiri, bila anda hampir setiap hari berulang alik dari rumah di Ipoh ke Kuala Lumpur untuk bermesyuarat setiap malam,bekerja keras menguruskan pemilihan PAS, tiba-tiba ada pula mulut ceret beret (tumpang kata-kata Mustafa Ali) suruh anda ditukar kerana anda tidak ada kredibiliti!

 " ...... Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan yang teruk pada sesi lepas di mana wujud suara-suara tuntutan agar Asmuni Awi ditukar ganti oleh mereka yang lebih berkredibiliti." tulis YDP Kuala Nerus, Alang Shukriman melalui fesbooknya.

Alang Shukriman merupakan orang bawah lubang hidung Hj Hadi. Dia bertugas di Darul Quran, Rusila. Bila-bila masa dia boleh jumpa Hj Hadi. Kenapa tidak adukan rasa tidak puas hatinya itu kepada Hj Hadi sendiri? Bukankah JKPP yang melantik Asmuni itu di pengerusikan oleh Hj Hadi?

Macam kata Mat Sabu dululah, bila budak-budak PAS kencing berjemaah ketika dia merasmikan muktamar depa, "Saya bukan manusia pelastik....saya pun ada persaan juga..."

Demikian jugalah Asmuni Awi.Pengorbanan masa, keringat dan pemikirannya tidak dihargai orang.

"Untuk kata bimbang pada saya (berat sebelah) itu tidak adil, kita buat kerja dulu. Kita adakan mesyuarat hampir setiap malam dan saya berulang alik dari Kuala Lumpur, saya tinggal di Ipoh.

 "Saya mengatakan saya buat yang terbaik (untuk pemilihan), buat semua perkara untuk pastikan semuanya teratur," katanya lagi.

 Beliau juga berkata, beliau sedia melepaskan jawatan yang disandangnya sebelum pemilihan jika diminta berbuat demikian.

 "Kalau esok nak buat buat pemilihan, hari ini pun boleh pecat saya, apa masalahnya," katanya di sini

Comments (0)