Followers

Nuffnang

oyabun

0

Posted by Unknown | Posted on 11:44 PTG | Posted in

sumber :-

oyabun


Jemputan Obama dan kejahilan politik pembangkang?

Posted: 28 Dec 2014 12:37 AM PST

Keratan Utusan Malaysia 21 Disember 2014.

Gembira sungguh pemimpin-pemimpin pakatan pembangkang apabila sebuah akhbar di Amerika Syarikat (AS), The Washington Post menyiarkan gambar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bermain golf dengan Presiden AS, Barack Obama di Hawaii.

Tanpa mahu memeriksa terlebih dahulu apa sebenarnya berlaku, puak-puak yang dalam kepala mereka sudah 'berulat' dengan sentimen politik menyebarkan fitnah dan tohmahan. Paling ketara menuduh Najib tidak prihatin apabila bersantai bermain golf di luar negara ketika negara sedang bergelut dengan bencana banjir.

Jika mahu mereka berfikir secara jernih dan matang sudah pasti mereka akan melihat apa yang dilakukan oleh Najib bukan terbang beribu-ribu kilometer semata-mata mahu bermaif golf dengan Obama. Sebaliknya beliau menjejak kaki di bumi AS itu atas jemputan Obama bagi membincangkan isu keselamatan serantau dan pelbagai isu lain.

Jemputan Obama itu sepatutnya dianggap satu pengiktirafan, apatah lagi bukanlah satu perkara biasa bagi Obama mencampuradukkan urusan kerja dengan 'bersantai' malah jemputan itu sendiri menunjukkan penghormatan AS terhadap kepemimpinan Najib.

Tidak harus dilupakan pertemuan itu sangat penting bagi meningkatkan lagi hubungan diplomatik yang akan memberi manfaat besar kepada negara.

Tambahan pula bukanlah mudah untuk mendapatkan pengiktirafan dan keyakinan kuasa besar seperti AS terhadap kepimpinan negara ini ketika segelintir pemimpin pembangkang bersedia memburuk-burukkan Malaysia kepada pihak di Washington.

Oleh itu, janganlah berfikiran sempit. Jangan terlalu taksub mencari modal politik sehinggakan tujuan sebenar sesuatu perkara yang dilakukan oleh pemimpin negara mahu diputarbelitkan.


Dalam keghairahan untuk menyindir dan memperkecilkan usaha Perdana Menteri, puak-puak pembangkang terlupa jemputan oleh Obama itu sudah pastilah dilakukan ketika negara belum lagi dilanda bencana banjir yang serius.

Namun begitu dalam kesibukan beliau sebelum berlepas ke AS, Najib meluangkan mangsa menjenguk mangsa banjir di Kuantan pada Sabtu lalu, tetapi soalnya adakah perkara ini diuar-uarkan oleh musuh-musuh politik beliau. Sudah pasti tidak!

Biarpun berada di luar negara, Najib sentiasa mengikuti perkembangan banjir yang melanda dari semasa ke semasa dan meminta timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin memastikan segala usaha dilakukan bagi membantu semua mangsa menghadapi banjir.

Najib kembali ke tanah air hari ini dan dijadual terus melawat mang­sa-mangsa banjir di Kelantan. Percayalah kita tidak akan mendengar pujian daripada pihak pembangkang, sebaliknya mereka akan menganggap kepulangan Najib bukan kerana keprihatinan beliau tetapi disebabkan desakan mereka. Itulah sikap pembangkang, tiada apa yang betul pada pandangan mereka.

Namun perbuatan mengkritik dan membuat tuduhan membuta tuli hanya berdasarkan sekeping gambar bukanlah satu tindakan yang bijak, sebaliknya hanya menunjukkan betapa jahilnya cara berpolitik sesetengah pemimpin pembangkang biarpun ada antara mereka sering sahaja membaca surah Al-Hujuraat ayat 6 yang bermaksud;

"Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini - dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) - sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan.''

Ternyata mereka hanya membaca bukan menghayati apatah lagi mengamalkannya sebab itulah mereka boleh membuat tuduhan sesuka hati namun tiada apa yang hendak dihairankan kerana itu­lah standard pemimpin pembangkang negara ini.

Wasabi Oyabun..

Dialog Dewasa Kritik Berasa

0

Posted by Unknown | Posted on 11:30 PTG | Posted in

sumber :-

Dialog Dewasa Kritik Berasa


TENGKU ROSLINA SEDANG DICARI

Posted: 28 Dec 2014 07:23 PM PST


CANDID OF THE YEAR...DALAM BANJIR ADA KESEMPATAN

Posted: 28 Dec 2014 09:30 AM PST

 

Fikir-fikirlah...

SUMBANGAN RM1 JUTA SELANGOR UNTUK BELI HUDUD

Posted: 28 Dec 2014 05:44 AM PST

Sama ada Menteri Besar Selangor, Mohamad Azmin Ali merancang atau tidak, namun pemberian dana sebanyak RM1 juta Kerajaan Selangor atas nama bantuan banjir kepada Kelantan menimbulkan pelbagai spekulasi.

Pada hari sama, Azmin turun padang ke Kelantan memberi replika check bernilai 1 juta kepada Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah, penyokong-penyokong PKR turut mengaitkan pemberian dana itu dengan nama penasihat Ekonomi Selangor, Anwar Ibrahim dan bekas exco kanan Kerajaan Kelantan, Datuk Husam Musa.
Facebook pro ulama, El Haraki mengecam sikap pengikut Husam yang mendakwa pemberian dana itu disebabkan usaha bosnya itu.
"Azmin tak bagi pada Husam, tetapi kerajaan Selangor bagi RM1 juta pada kerajaan negeri. Ini urusan MB dan MB, hubungan G2G, bukan G2person.." kenyataan El haraki dipetik.
RM1 juta beli hudud
Sebelum itu, El Haraki juga turut mengecam penulis reformasi Mohd Sayuti Omar (MSO) yang cuba membawa persepektif politik di sebalik pemberian dana RM1 juta itu.
MSO sering dilihat sebagai penulis politik pro Azmin Ali.
"Kalaulah saya jadi TMB Kelantan, saya malu untuk menerima check RM1 juta daripada Azmin Ali. Kalau pun Kelantan inginkan wang itu biarlah orang lain yang menerimanya.
"Sebab masa krisis MB Selangor dahulu TMB inilah yang menyeru wakil rakyat Pas di Selangor agar menyokong Khalid Ibrahim.
"Tetapi jenis tak ada air muka, dia senyum sahaja terima chek RM1 juta. Selamba saja maca(m) kera berak atas dahan motan (rambutan),"kenyatan MSO dalam facebooknya semalam.
Malah MSO memuji melangit Azmin Ali, sebaliknya menjatuh maruah Mohd Amar, Timbalan Menteri Besar dan Datuk Ahmad Yakob, Menteri Besar Kelantan, dua pemimpin kanan PAS Kelantan yang dikaitkan dengan hudud.
"Azmin cuba main politik dengan duit satu juta. Beri kredit untuk Husam Musa tapi duit diberi kepada Mohd Amar Timbalan Menteri Besar.
"Dengan duit satu juga, Azmin bawa mesej Anwar kepada PAS : Untuk Husam, ini pemimpin PAS harus angkat dalam Parti; Untuk Mohd Amar, nah satu juta, lain kali cerdik sikit main politik, kunci mulut daripada duduk ratip pasal hudud.
"Kesimpulannya, Azmin-Anwar guna duit satu juta untuk beli hudud kelantan," komen Hassan MD dalam artikel MSO Tempelak TMB Kelantan Terima Satu Juta Duit Azmin 
MSO penulis upahan
El Haraki menganggap kritikan MSO terhadap pimpinan kanan PAS Kelantan itu sebagai kenyataan biadap daripada 'si tua bangka'
"Sepatutnya Mohd Sayuti Omar (MSO) perlu rasa ada sifat malu kerana kerana menuturkan "sapa tak nak duit? haram tak haram tu soal lain…" pada sesi bedah bukunya yang dianjurkan oleh PrimeCare Malaysia beberapa bulan lepas.
"Sudah sahaja kamu ini, MSO. Sepatutnya semakin tua, semakin banyak bertaubat pada Allah. Bukannya hampir mati semakin kuat berlaku jahat,"katanya.
Buku tulisan MSO yang dimaksudkan El Haraki itu adalah "Inside Story – Kejatuhan Kerajaan PAS Kedah," yang dilihat berusaha untuk mencemar bekas Menteri Besar Kedah, Tan Sri Azizan Abdul Razak dan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
Daripada dua kecaman El Haraki, satu kepada pengikut Husam dan kedua kepada MSO yang kedua-duanya dipersatukan dengan satu NGO yang dinamakan PasMa (Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia).
Dalang NGO PasMa pula dikaitkan Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim yang didakwa sengaja ditubuhkan untuk menyingkirkan Hadi sebagai Presiden PAS.

Tunduki Hatimu

0

Posted by Unknown | Posted on 11:29 PTG | Posted in

sumber :-

Tunduki Hatimu


Situasi Terkini : TNB hadapi banjir

Posted: 28 Dec 2014 09:28 AM PST



SHAH ALAM - Tenaga Nasional Berhad (TNB) telah dapat memulihkan 45 MW (megawatt) dari 200 MW bekalan tenaga yang masih terjejas di negeri-negeri yang masih dilanda banjir setakat jam 4 petang ini.

Pengurus Besar Kanan (Operasi Wilayah 2), Bahagian Pembahagian TNB Ir. Abdul Aziz Abdul Majid berkata, di kawasan-kawasan yang air telah mula surut dan akses yang selamat dilalui, TNB telah memulihkan operasi 625 Pencawang Elektrik (PE), di mana 358 darinya di Kelantan, 163 di Pahang, 79 di Terengganu dan 25 di Perak.

Katanya, 47 set janakuasa  bergerak dengan kapasiti 500 kiloWatt (kW) hingga 1,000 kW dan 38 set janakuasa jenis mudahalih (portable) dengan kapasiti 4 kW hingga 40 kW telah dipasang di lokasi-lokasi tertentu.

"Cabaran paling besar bagi kami adalah untuk mengembalikan bekalan ke negeri Kelantan disebabkan paras air yang masih tinggi dan akses laluan yang sangat terhad.

"Di Kelantan, sehingga jam 4 petang ini,10 set janakuasa bergerak tersebut telah dapat dioperasikan  " katanya yang juga Ketua Koordinator Pengurusan Banjir TNB.

Kelantan masih merupakan negeri dengan kehilangan beban tenaga yang tertinggi ( setakat 4 petang ini) dengan  148 MW dan melibatkan 152,778 pengguna, diikuti Pahang (41 MW, 21,130 pengguna); Terengganu (7 MW, 4,456 pengguna) dan Perak ( 4 MW, 2,825 pengguna).

Mengenai wargakerja TNB yang digerakkan ke kawasan-kawasan bajjir pula, Abdul Aziz berkata, jumlahnya telah ditingkatkan menjadi 1,500 orang dari 1,000 sebelum ini.

"Mereka ditugaskan untuk memantau pepasangan, memulihkan bekalan, serta  membantu kerja-kerja pemindahan dan penghantaran bantuan kepada mangsa-mangsa banjir," tambah beliau.

Abdul Aziz  turut menasihatkan orang ramai supaya mengutamakan aspek keselamatan berhubung kegunaan elektrik di kawasan - kawasan yang di landa banjir dan mematuhi arahan pihak berkuasa dari semasa ke semasa

Bagi sebarang maklumat lanjut mengenai perkhidmatan dan bekalan elektrik, orang ramai boleh. menghubungi talian TNB CareLine di 15454.

Belantan

0

Posted by Unknown | Posted on 11:27 PTG | Posted in

sumber :-

Belantan


KEMASKINI: Identiti warga Malaysia dikenal pasti?

Posted: 28 Dec 2014 08:33 AM PST


Senarai nama penumpang pesawat AirAsia QZ8501 yang terputus hubungan pagi ini ketika dalam penerbangan dari Surabaya ke Singapura dikeluarkan oleh pihak Kementerian Perhubungan Indonesia.

Dalam senarai tersebut, terdapat 155 penumpang berada dalam pesawat iaitu 70 lelaki dewasa, 68 wanita dewasa, 16 kanak-kanak dan seorang bayi.

Seorang rakyat Malaysia, dikenal pasti sebagai Sii Chung Huei dari Sarawak. Laporan The Star menyebut Sii sepatutnya disertai seorang rakan, namun rakannya itu memilih untuk menaiki penerbangan lain.

Sementara itu, 23 orang lagi direkodkan tidak mendaftar masuk ke dalam pesawat. Senarai tersebut tidak termasuk tujuh anak kapal.





Dalam perkembangan berkaitan, pesawat berkenaan tidak mungkin boleh meneruskan penerbangan lagi.

Ini kerana pesawat itu, menurut Pengarah Kementerian Udara dan Perhubungan, Djoko Murjatmodjo, hanya diisi dengan bekalan minyak yang cukup untuk penerbangan selama kira-kira lima jam sahaja.

Sementara itu media melaporkan, 47 saudara mara dan rakan 57 penumpang pesawat AirAsia Indonesia Penerbangan QZ8501 telah mendaftar diri di Ruang menunggu untuk saudara mara (RHA), Terminal 2, Lapangan Terbang Antarabangsa Changi.

Berikut adalah sebahagian daripada keluarga penumpang dan anak kapal penerbangan QZ8501 yang dirakamkan beberapa agensi berita tempatan dan antarabangsa.





Menurut Changi Airport Group (CAG), 36 pegawai kebajikan CAG dan empat kaunselor daripada Kementerian Sosial dan Pembangunan Keluarga sedang memberi bantuan dan sokongan kepada ahli keluarga di RHA.

Suara Politik
Belantan

Air Asia: Operasi mencari pesawat QZ8501 sedang dijalankan?

Posted: 27 Dec 2014 11:39 PM PST


Air Asia kini sedang menjalankan operasi mencari dan menyelamat setelah pesawat QZ8501 mereka dilaporkan hilang hari ini.

Menurut kenyataan AirAsia hari ini, operasi mencari dan menyelamat sedang sedang dijalankan dan AirAsia dikatakan bekerjasama penuh membantu perhidmatan menyelamat ini.

Operasi pencarian akan digerakkan melalui udara dan darat dan pesawat itu dilaporkan hilang di kawasan Indonesia.

Pesawat QZ8501 itu dilaporkan terbang pada ketinggian 32000 ribu kaki.

Media lapor, AirAsia juga telah menubuhkan pusat panggilan kecemasan di talian +622129850801 untuk membantu anggota keluarga dan rakan-rakan penumpang pesawat itu.

Menurut AirAsia, pesawat jenis Airbus A320-200 dengan nombor pendaftaran PK-AXC itu hilang perhubungan dengan pusat kawalan trafik pada jam 7.24 pagi ini.


Sementara itu, menurut Kompas.com ada sebuah pesawat dilaporkan terhempas di perairan Belitung Timur (Beltim), Indonesia tetapi tidak dapat dipastikan sama ada ia adalah penerbangan AirAsia Indonesia QZ 8501!

"Tadi Pak Danlanud menelefon Bapak (Basuri), memberi maklumat ada pesawat Airbus jatuh di sekitar perairan Beltim," kata Yuhinu, Ajudan Bupati Beltim, ketika menghubungi bangkapos.com.

Sementara itu, Ketua Polis Marin Beltim, AKP Yanto berkata, maklumat itu masih disiasat.

"Kita masih berhubung dengan direktorat dan mengumpulkan maklumat daripada nelayan mahupun kapal yang melintas perairan Beltim," kata AKP Yanto ketika dihubungi bangkapos.com.

Pesawat AirAsia Indonesia QZ 8501 dilaporkan hilang dalam perjalanan dari Surabaya ke Singapura pagi ini.

Suara Politik
Belantan

The Unspinners

0

Posted by Unknown | Posted on 11:24 PTG | Posted in

sumber :-

The Unspinners


Yang bising pasal Najib, dah turun tolong belum?

Posted: 28 Dec 2014 08:00 PM PST



Just a bit editing.

6 Rabi'ul Awwal 1436H
Ahad 2.30a.m.

Perdana Menteri Malaysia Sudah Berada Di Lokasi Banjir Seminggu Sebelum Banjir Semakin Buruk 

20 Disember2014 - YAB DS Najib turun padang di SMK Gudang Rasau, Pekan, Pahang. (banjir)

21 Disember 2014 - YAB DS Najib di Kampung Ubai, Pahang melawat suasana banjir.

22 Disember 2014 - YAB DS Najib menulis di tweeternya bahawa "Kerajaan akan memastikan beban mangsa banjir diringankan dan bantuan sampai kepada mangsa yang memerlukan"

23 Disember 2014 - YAb DS Najib 11 kali tweet/retweet dalam sehari isu-isu banjir di pantai timur

24 Disember 2014 - YAB DS Najib mengerahkan supaya semua agensi kerajaan beri tumpuan membantu mangsa banjir

25 Disember 2014 - YAB DS Najib menghubungi Timbalan Perdana Menteri, TS Muhyiddin Yassin untuk memastikan bantuan kepada mangsa banjir ditingkatkan 

*Menerima jemputan Presiden Barrack Obama bermain golf tidak sampai 60 Minit

*Perjalanan KL-Hawai - kira-kira 9 jam

*Perjalanan Hawai-KL-Kelantan - kira-kira 10 jam

26 Disember 2014 - YAB DS Najib meluluskan serta-merta peruntukan RM50 juta.

27 Disember 2014 - DS Najib meluangkan masa 5 jam melawat mangsa-mangsa banjir di Kelantan.

Jemputan oleh Presiden Amerika Syarikat pada 25/12/2014 perlu diterima kerana sebagai Perdana Menteri beliau mempunyai tanggugjawab yang sama penting dalam pertemuan itu, untuk kesejahteraan rakyat Malaysia jua.

Namun, Perdana Menteri membatalkan segala perancangan cuti yang khabarnya sepatutnya berakhir menjelang 31 Disember 2015. 

Perdana Menteri hanya 24 jam lebih sahaja di Hawai tidak sempat pergi ke mana-manapun melainkan hanya pertemuan dengan Presiden Barrack Obama. 

Jika ditolak masa penerbangan dan sebagainya, DS Najib tidak sampai pun 10 jam di Hawai. 

Apabila Perdana Menteri bercuti, adakah anda berfikir Perdana Menteri benar-benar bercuti? Adakah anda berfikir Perdana Menteri akan duduk berjam-jam menikmati buku baharu, atau shopping berjam-jam, atau bermain golf 24 jam? 

Sebenarnya bukan itu bentuk Perdana Menteri kita sebagaimana yang kita fikirkan. Sebenarnya cuti yang sebenar-benar cuti kepada Perdana Menteri ialah apabila beliau tidak lagi menjadi Perdana Menteri, di mana beliau boleh menikmati rehat yang panjang, bermain dengan cucu dan mengunjungi rakan-rakan lama.

YAB DS NAJIB MENINJAU SITUASI BANJIR DI KELANTAN
Oleh kerana DS Wan Azizah Ismail dan suaminya Anwar Ibrahim dan keluarga bercuti di luar negara lebih lama berbanding YAB DS Najib walaupun Kajang banjir setiap minggu, ianya tidak menjadi isu negatif kerana mereka bukan Perdana Menteri. 

Begitu juga percutian Ketua Menteri Pulau Pinang yang cuba disembunyikan khabarnya di Paris turut tidak menjadi sebaran meluas kerana dia bukan Perdana Menteri. 

Begitulah suka dan duka kepada sesiapa sahaja yang menjadi Perdana Menteri Malaysia.

Hari ini, YAB DS Najib sudah berada di Kelantan. 24 jam sebelumnya, TS Muhyiddin Yassin turut melawat Kelantan. Tanggungjawab bersama ini diganding secara bersama dengan Menteri Besar Kelantan.

Saya tidak bersetuju serangan tidak adil kepada YAB DS Najib. Beliau sebenarnya BANYAK membantu tetapi TIDAK DIHARGAI. 
Facebook


Datang bukan tolong, cuma posing2

Posted: 28 Dec 2014 05:18 PM PST





Kata leading contingent dan national service tapi dua orang yg hanya bawa dua trolley????

Najib juga yang bersungguh2 ....

Habis urusan diplomasi pd 24hb, pada 25hb dia balik dan terus ke KB pada 27hb.




Ini MB Kelantan kata:


Lain yg seorang tu dok hilang, suruh pengikut bohongkan untuknya ...





Kit Siang gimik mcm Dr Rani

Posted: 28 Dec 2014 05:12 AM PST




Air cetik, barang ciput ... kata kontingen... ramainya.





Satu lagi bencana dan/atau musibah

Posted: 28 Dec 2014 12:28 AM PST



Belum habis satu bencana, sampai lagi satu bencana.




Terlalu banyak musibah kena tanya kenapa Allah turunkan terlalu banyak bala tahun ini bermula dgn jerebu dan kemarau jan dan hilangnya

Eloklah kita bermuhasabah dan tanya adakah kita berada dilandasan yang diredai allah dalam hal .... 




Liberalisma, pluralisma, lgbt, kalimah allah, cross dressing, sister in islam, islamic rennaisance front, 25 eminent malays,  ...

.....rasuah, ....




.... politik membenci, ulamak berpolitik memfitnah, ....




... sekongkol dap evangelis nak murtad umat islam, ummah pecah belah, ....



.... maksiat dan zina, pemimpin yg menyamun dan cuai, peliwat nak
dijadikan pemimpin, pengganas cauvanis diagungkan, ...





.... keangkuhan ....





... korporat kaya menindas dan menipu rakyat ...

SILA TAMBAH