Followers

Nuffnang

MIMPI SENJA

0

Posted by Unknown | Posted on 11:33 PTG | Posted in

sumber :-

MIMPI SENJA


Pesawat AirAsia pula hilang

Posted: 27 Dec 2014 09:49 PM PST

AirAsia: Terima kasih atas sokongan, doa


Pesawat AirAsia membawa 155 penumpang dan tujuh anak kapal hilang pagi ini.

Pesawat Airbus 320-200 daripada Surabaya, Indonesia pada 5.20 pagi waktu tempatan (6.20 pagi waktu Malaysian) dan dijadual tiba ke Singapura dua jam selepas itu.

Ia bagaimanapun hilang kawalan dengan pusat kawalan trafik udara.



LAPORAN LANGSUNG

1.20pm: Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) AirAsia Tony Fernandes berkata pihaknya akan mengeluarkan kenyataan berhubung perkembangan terkini tidak lama lagi.

Menulis di Twitter, beliau mengucapkan terima kasih atas sokongan dan doa orang ramai.

1.11pm: Orang ramai dinasihat hanya terima maklumat sahih daripada AirAsia berhubung kehilangan pesawat AirAsia Indonesia, kata menteri penerangan Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek, lapor Bernama.

1pm: Menurut laman web pengesan penerbangan FlightRadar24, pesawat QZ8501 hilang daripada radar  di barat laut, Laut Jawa.

Kawasan di lintasannya termasuk Pulau Belitung dan Pulau Bangka.

FlightRadar24 melaporkan, sebelum penerbangan hari ini, QZ8501tiba ke Surabaya daripada Kuala Lumpur pada 8.45 malam (waktu tempatan) tadi dan mendarat pada 10.20 malam (waktu tempatan).

Statusnya kini disenaraikan sebagai tidak diketahui.

12.50pm: CNN Indonesia laporkan bahawa lokasi terakhir pesawat itu dikesan sekitar Pulau Betilung, Sumatera.

Memetik bangkapos.com, Kompas pula melaporkan "sebuah pesawat" dikhabarkan jatuh di perairan laut Belitung Timur namun titik lokasinya belum dapat dipastikan.



Gambar FotoGambar FotoJAKARTA - Pesawat AirAsia dengan penerbangan Surabaya-Singapura telah putus hubungan dengan ATC Bandara International Sorkarno Hatta.
Melalui akaun facebook Tony Fernandes telah berkongsi kedukaan diatas kehilangan pesawat AirAsia itu. Menurut detik.com, warna logo AirAsia yang biasanya merah telah ditukarkan menjadi kelabu sejak satu jam lalu.
Manakala dalam akaun facebook Airasia pula yang di-retweet CEO AirAsia Tony Fernandes menyebut bahawa saat ini pihak AirAsia belum lagi boleh memberikan sebarang maklumat yang lebih lanjut mengenai status penumpang, dan kru yang berada dalam pesawat jenis Airbus A320-200 dengan nombor pendaftaran QZ 8501.

Ia terputus hubungan selepas 8 minit berlepas dari lapangan terbang.

Peluru Roket Anti Kereta Kebal Punca Letupan

Posted: 27 Dec 2014 05:37 AM PST


Anggota Bomba dan Penyelamat memeriksa kesan letupan yang berpunca dari sebuah kereta dan turut menjejaskan lapan buah rumah di Taman Ria Mesra di Gurun. - Foto BernamaAnggota Bomba dan Penyelamat memeriksa kesan letupan yang berpunca dari sebuah kereta dan turut menjejaskan lapan buah rumah di Taman Ria Mesra di Gurun. - Foto BernamaGURUN:  Polis hari ini mengesahkan bahawa kes letupan di sebuah rumah di Taman Ria Mesra II di sini, yang mengorbankan tiga nyawa Rabu lepas berpunca daripada peluru pelancar roket anti kereta kebal.
Pemangku Ketua Polis Kedah Datuk Zakaria Yusof berkata, peluru berkenaan, "High Explosive Anti-Tank" adalah jenis yang digunakan oleh Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

"Letupan itu berpunca daripada peluru pelancar roket, yang digunakan untuk memusnahkan kereta kebal," katanya.

Bercakap pada sidang media selepas melawat lokasi kejadian hari ini, beliau berkata pihaknya akan bekerjasama dengan ATM untuk menyiasat perkara itu.

Katanya, pihaknya percaya terdapat lebih daripada satu bom yang meletup kerana kawasan kawah letupan itu luasnya kira-kira satu meter, tetapi siasatan masih dilakukan.


"Bom (peluru) itu memang digunakan oleh ATM dan mangsa yang meninggal itu cuba mengabstrak item berharga di dalam peluru," katanya.

Zakaria berkata, polis kini masih mengutip serpihan daripada bom yang meletup untuk membantu siasatan selain merakam percakapan daripada penduduk taman berkenaan.

"Kita juga mendapat kerjasama baik daripada ATM demi meningkatkan SOP (Standard Operation Procedure), jika ia perlu diperbaiki.

"Kita akan teruskan siasatan untuk mengenalpasti macam mana bom (peluru) itu dibawa keluar daripada kem latihan tentera," katanya.

Sementara itu, Zakaria berkata sehingga kini polis menerima 61 laporan polis berhubung kerosakan rumah yang dialami penduduk taman terbabit.

Dalam kejadian Rabu lalu, sebuah bom meletup di rumah milik seorang anggota tentera menyebabkan tiga maut dan dua mangsa cedera parah, manakala lebih 40 rumah terjejas akibat kesan letupan.

Letupan kira-kira 4.45 petang itu menyebabkan seorang anggota tentera, Ayub Hashim, 34; anak perempuannya berusia lapan tahun Nur Idayu Syahirah Ayob; serta anak jirannya Aqif Mohd Sharizal, 4, maut.

Sementara itu, isteri Ayob, Sharifah Azlina Hashim, 30, yang mengandung enam bulan, dan jirannya Zuraida Mat Rotebe, 30, (ibu Aqif) cedera parah.

Anak dalam kandungan Sharifah Azlina dilaporkan meninggal akibat kejadian itu.

Empat hari tak mandi, tidur dalam kereta

Posted: 27 Dec 2014 03:01 AM PST


Empat hari tak mandi, tidur dalam kereta
Empat sahabat karib yang menjadi mangsa banjir di bandar ini bertekad untuk 'berteduh' di dalam kereta masing-masing dek bimbang paras air terus naik.
Siti Mariah Ab Majid, 28, yang bekerja di sebuah agensi pelancongan, berkata beliau dan tiga rakannya mengambil keputusan untuk tidur di dalam kereta masing-masing di tempat letak kereta Hospital Universiti Sains Malaysia Kubang Kerian, Kota Baharu, Kelantan.
"Kami tiada pilihan selain tidur di dalam kereta apabila kehabisan wang tunai kerana mesin ATM tidak berfungsi dan semua hotel telahpun penuh sejak beberapa hari lepas," katanya kepada Bernama.
Siti Mariah berkata selain mereka berempat, terdapat beberapa warga bandar itu yang turut berlindung di dalam kenderaan masing-masing di kawasan letak kereta tersebut.
"Walaupun ketakutan dan kadang kala menangis, saya kuatkan diri untuk tempuhi bencana ini," kata Siti Mariah yang berasal dari Pulau Chondong dekat Machang.
Siti Mariah berkata beliau dan rakannya telah empat hari tidak mandi dan hanya mencuci muka berbekalkan sebotol air mineral.
"Setakat hari ini ada beberapa kedai makan masih menjual makanan namun saya bimbang apabila pemilik kedai makan memberitahu mereka akan tutup kedai tengah hari ini.
"Sekiranya itu berlaku saya tidak tahu bagaimana untuk mencari makanan bagi mengalas perut hari ini," katanya.
Lebih malang, Siti Mariah berkata beliau kehilangan dompet dan pengenalan diri dua hari lepas ketika menumpang tidur di surau Pasaraya Mydin Kubang Kerian.
"Mujur ada rakan yang sudi membantu namun hati saya masih risau dengan keselamatan mak dan ayah yang difahamkan kini berada di pusat pemindahan banjir Sekolah Kebangsaan Pangkal Nering, Pulai Chondong," katanya.
Sementara itu, seorang lagi mangsa banjir di Kota Baharu, Shira Che Zakaria, 26, berkata beliau juga terpaksa tidur di dalam kereta miliknya kerana tiada pilihan.
Penjawat awam itu berkata beliau reda dengan ujian yang menimpa dirinya dan berharap air akan semakin surut dan pihak berwajib tidak terlepas pandang dalam membuat agihan bantuan banjir kepada warga Kota Bharu.
"Saya faham kesukaran yang dialami pihak berwajib namun kami di sini telah kehabisan wang tunai untuk membeli makanan dan minuman... saya berdoa agar semua mangsa banjir selamat," katanya.
Shira berkata air di Kota Bharu tiada tanda untuk surut dan beliau dan rakannya bercadang untuk berpindah ke tempat lain untuk mendapatkan tempat perlindungan serta makanan.
- Bernama

Dialog Dewasa Kritik Berasa

0

Posted by Unknown | Posted on 11:21 PTG | Posted in

sumber :-

Dialog Dewasa Kritik Berasa


KAPAL AIR ASIA DARI SURABAYA KE SINGAPURA DILAPOR HILANG

Posted: 27 Dec 2014 07:35 PM PST





Pesawat AirAsia Rute Surabaya-Singapura Hilang Kontak

Fatichatun Nadhiroh - detikNews
Jakarta - Pesawat AirAsia dari Bandara Juanda Surabaya ke Singapura nomor penerbangan AWQ 8501 hilang kontak. Pesawat yang membawa penumpang 130 orang dewasa, 24 anak dan 1 bayi, berangkat pukul 05.20 WIB, Minggu

Pesawat tersebut diperkirakan hilang di atas Pulau Kalimantan. "Informasinya begitu, masih kita cari kebenarannya. Saya masih menunggu Pak Menhub," kata General Manager PT Angkasa Pura I Juanda, Trikora Hardjo, saat dihubungi detikcom, Minggu

Hal senada juga diungkapkan oleh Humas Angkasa Pura I Cabang Bandara Juanda Andrias Yustinian. "Iya informasinya begitu, tapi ini belum valid. Masih kita cari kebenarannya," jelas Andrias. Pihak AirAsia belum bisa dikontak terkait hal ini. 

AURA DS NAJIB, KETIKA DI LUAR NEGARA RAKYAT RESAH, APABILA TIBA DI DALAM NEGARA RAKYAT TENANG

Posted: 27 Dec 2014 04:51 PM PST

DS NAJIB BERSAMA JEMAAH MASJID AS-SALAM, 
PENGKALAN CHEPA, KOTA BHARU, BAAN TAHLIL DAN YASSIN

BACAAN YASSIN DAN TAHLIL, BERSAMA RAKYAT JELATA
DS NAJIB DI MASJID PUTRA, PUTRAJAYA
SERING SOLAT MAGHRIB DAN ASAR SELEPAS BEKERJA
DS NAJIB MEMBACA SURAH YASSIN DAN TAHLIL
DI MASJID WILAYAH, KUALA LUMPUR
DS NAJIB TABAH TENANG SABAR BERTAWAKKAL KEPADA ALLAH
DS NAJIB DALAM MAJLLIS SALAWAT PERDANA  CINTA RASUL
DS NAJIB DI MASJIDIL HARAM, MAKKAH AL-MUKARRAMAH
Pada tahun 2008, saya menulis mengenai DS Najib ketika saya mengunjunginya di rumah kayunya di Pekan, Pahang. Apakah yang menarik di situ, teruskan baca semula di sini .

Selepas 24 jam DS Najib kembali ke Malaysia, suasana politik negara kembali aman, tenang dan bahagia. DS Najib tidak perlu melenting, meninggi suara dan memarahi sesiapa.

Itukah aura Perdana Menteri? 

SUMBER





BANJIR BESAR: DALAM KEADAAN SUSAH, NAJIB MASIH INGATKAN RAKYATNYA...LAGI MEROYAN PENCACAI DENGAR

Posted: 27 Dec 2014 07:43 AM PST


YAB PM dalam facebooknya telah membuat kenyataan ini;

Saya telah meninjau dan melakukan lawatan ke banyak kawasan di Kelantan yang dilanda banjir. Dalam sidang media berkaitan, saya menegaskan bahawa Kerajaan Persekutuan akan terus bekerjasama dengan kerajaan negeri bagi memastikan bantuan sampai kepada mangsa yang memerlukan.

Selain itu, saya juga melahirkan kepercayaan dan keyakinan kepada Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang menggalas tanggungjawab sebagai Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negara bagi menangani isu banjir yang melanda kini.

Saya juga telah mengumumkan 3 langkah tambahan oleh Kerajaan Persekutuan iaitu;
  • Penambahan dana bantuan banjir sebanyak RM500 juta melalui Majlis Keselamatan Negara untuk kesemua negeri yang dilanda banjir; 
  • pembayaran BR1M akan dipercepatkan ke pertengahan atau penghujung Januari; dan 
  • institusi kewangan mengatur semula jadual pembayaran balik pinjaman kepada mangsa banjir.
Mengenai pengisytiharan darurat, ia tidak diisytiharkan kerana terdapat pelbagai implikasi yang memudaratkan kepada penduduk terlibat banjir, terutamanya kerana pihak insuran tidak akan membayar ganti rugi sekiranya darurat diisytiharkan. 

Walaupun begitu, Kerajaan Persekutuan telah pun mengambil tindakan seperti berada dalam darurat dan mengerah semua aset untuk membantu keadaan banjir.

Mudah-mudahan inisiatif yang diambil ini sedikit sebanyak dapat membantu meringankan beban mangsa banjir, dan pada masa sama kita terus dan jangan berhenti berdoa agar musibah banjir yang melanda kita kini mulai surut dan reda, Insya-Allah.

Dulu YB MB Kelantan lawat YAB Najib di Putrajaya
Kini YAB PM lawat dan bantu kesusahan YB MB Kelantan
Komen kami ...

Haa dengaq tu, kalau diisytiharkan darurat sepertimana yang dikehendaki oleh pakar-pakar siber fuckatan, tukang-tukang penghasut, penceramah serta pakar banjir segera maka ia akan menganiaya berpuluh-puluh ribu pemegang polisi insuran.

Ini termasuklah insuran kereta, insuran harta benda, insuran rumah, insuran barangan, insuran binatang peliharaan, insuran nyawa dan sebagainya.


Cuba kita semak insuran kenderaan atau rumah kita, ada pembeli insuran yang tidak diberikan perlindungan pampasan untuk keadaan darurat. 

Mungkin kerana ia dianggap tidak penting atau tidak diberitahu kepada pelanggan oleh wakil-wakil insuran. 

Tambahan pula syarat yang panjang lebar dan dalam bahasa undang-undang dan bahasa Inggeris menyebab ramai tak nak baca. Pakai sign jer.

Darurat ada pelbagai jenis darurat. Darurat kerana peperangan, rusuhan, banjir, gempa bumi, kecurian, serangan terroris, kebocoran radiasi dan sebagainya.

Cuba kita perhatikan adakah kita membeli sesuatu insuran kenderaan, adakah insuran itu juga meliputi keseluruhan cermin atau hanya cermin depan saja tanpa cover cermin belakang dan sisi kiri kanan?  

Ini hanya sebagai satu contoh saja. Kalau insuran yang lain pun lebih kurang sama.


Jadi YAB PM telah mendapat nasihat sebelum mengeluarkan kenyataan pasal darurat ini. Mungkin tokey-tokey syarikat insuran tak berapa gemar mendengar ini kerana kosnya mungkin melibat ratusan ribu bahkan jutaan ringgit!

Tapi itulah harga yang perlu dibayar oleh kita dalam menghadapi musibah luar jangkaan ini.

Tak isytihar darurat salah, kalau isytihar darurat pun salah juga. Walaupun kerajaan Pusat tak isytiharkan darurat tapi kekuatan penuh telah digerakkan ke kawasan - kawasan bencana.

Sebenarnya Najib nak bagi rakyat dapat claim insuran, dapat ganti rugi tanpa keluar sesen pun duit nak baiki kerosakan dan kemusnahan harta benda mangsa banjir...masih nak tolak lagi???

Itupun tenaga agensi penyelamat dan penjawat awam masih tak mencukupi dan terpaksa bekerja semaksima mungkin.

Bayangkan jika DAP perintah lepas PRU 13 dulu sudah tentu penjawat awam ramai dah kena buang atau dikurangkan kononnya membazirkan wang rakyat, tetapi bila jadi masalah bencana sekelam kabut begini para penjawat awam mula ditagih kudrat mereka!

Ternyata PM kita bijak. Kadangkala berdiam diri berfikir itu lebih baik untuk mendapatkan keputusan yang terbaik.

Contoh antara syarat dan terma dalam polisi insuran harta benda yang menetapkan sebarang pengisytiharan darurat oleh kerajaan atau pihak berkuasa ketika sesuatu insiden boleh menyebabkan seseorang pemegang polisi insuran kehilangan hak menuntut ganti rugi dan pampasan
Syarat tuntutan insuran juga merangkumi kerosakan dan kerugian melibatkan bencana banjir, namun ia semuanya tertakluk kepada syarat-syarat sebelumnya dan berkaitan. Pengisytiharan darurat oleh kerajaan atau entiti yang sah memerintah membolehkan syarikat insuran membatalkan tuntutan pihak yang menuntut ganti rugi atau pampasan. 


EKSKLUSIF: KISAH SEBENAR DS NAJIB DI HAWAI

Posted: 27 Dec 2014 01:24 AM PST



DS NAJIB BERSAMA MB KELANTAN MELAWAT MANGSA BANJIR
SEJAK banjir fasa ke dua melanda negeri-negeri di pantai timur, berita-berita dalam bentuk wassap dan facebook bertebaran bagai halilintar. 

Namun, sesuatu yang paling tragik kerana berita-berita tersebut rupa-rupanya fitnah dan tipu. Apakah tujuannya? Untuk memberi gambaran betapa buruk situasi banjir atau untuk memberi reputasi negatif kepada agensi-agensi yang sedang berkorban sepenuh tenaga mereka? Atau ada niat yang lebih buruk?

Jika itulah niatnya, ia adalah kejahatan yang tidak kena pada tempatnya. 

Barangkali anda ada menerima wassap kononnya sejumlah 10 mayat bergelimpangan di Kuala Krai. Barangkali anda juga menerima wassap sejumlah 40 pesakit mati di Hospital Kuala Krai kerana kekurangan oksigen. Begitu juga barangkali anda ada menerima mesej sejumlah keluarga minum air banjir, membuat susu anak daripada air banjir, tiada makanan selama lebih seminggu dan sebagainya.

Mesej-mesej tidak memberi gambaran yang sebenar, sebaliknya menambah kekeliruan, ketegangan dan keburukan kepada keluarga mangsa dan negara.

Kesannya sangat buruk seolah-olah petugas-petugas di lapangan tidak bekerja. Dalam situasi sebegini, baik mangsa banjir mahupun para petugas, mereka semua terperangkap dalam suasana banjir. Keutamaan para petugas hanyalah menyelamatkan mangsa-mangsa banjir, memberikan kemudahan tempat tinggal yang selamat, dan memberikan makanan yang secukupnya. Sukar bagaimanapun, mereka tetap berusaha. Itulah tujuan murni para petugas.

Banjir kali ini antara yang di luar kebiasaan. Hujan turun tanpa henti, angin bertiup kencang, jumlah air melimpah, dan sebagainya. Jika perjalanan dari Destinasi A ke Destinasi B kebiasaannya hanya 10 minit tetapi semasa banjir besar ini, ianya menjadi 1 atau 2 jam kerana halangan air deras dan sebagainya. Jika lebih buruk lagi, ianya boleh jadi langsung tidak boleh didekati dalam sehari dua.

DS NAJIB BERSAMA MB KELANTAN MENDENGAR TAKLIMAT TERKINI
KISAH PERDANA MENTERI DI HAWAI
DS Najib, Perdana Menteri negara kita telah berada di lapangan banjir seminggu sebelum bermula banjir semakin buruk.

20/12/2014 - DS Najib turun padang di SMK Gudang Rasau, Pekan, Pahang.

21/12/2014 - DS Najib di Kampung Ubai, Pahang melawat suasana banjir.

22/12/2014 - DS Najib menulis di tweeternya bahawa "Kerajaan akan memastikan beban mangsa banjir diringankan dan bantuan sampai kepada mangsa yang memerlukan"

23/12/2014 - DS Najib 11 kali tweet/retweet dalam sehari isu-isu banjir di pantai timur

24/12/2014 - DS Najib mengerahkan supaya semua agensi kerajaan beri tumpuan membantu mangsa banjir

25/12/2014 - DS Najib menghubungi TPM untuk memastikan bantuan kepada mangsa banjir ditingkatkan 

*Menerima jemputan Presiden Barrack Obama bermain golf tidak sampai 60 Minit

*Perjalanan KL-Hawai - kira-kira 9 jam
*Perjalanan Hawai-KL-Kelantan - kira-kira 10 jam

26/12/2014 - DS Najib meluluskan serta-merta peruntukan RM50 juta.

27/12/2014 - DS Najib meluangkan masa 5 jam melawat mangsa-mangsa banjir di Kelantan.

Jemputan oleh Presiden Amerika Syarikat pada 25/12/2014 perlu diterima kerana sebagai Perdana Menteri beliau mempunyai tanggugjawab yang sama penting dalam pertemuan itu, untuk kesejahteraan rakyat Malaysia jua.

Namun, Perdana Menteri membatalkan segala perancangan cuti yang khabarnya sepatutnya berakhir menjelang 31/12/2015. 

Perdana Menteri hanya 24 jam lebih sahaja di Hawai tidak sempat pergi ke mana-manapun melainkan hanya pertemuan dengan Presiden Barrack Obama. Jika ditolak masa penerbangan dan sebagainya, DS Najib tidak sampai pun 10 jam di Hawai!

Apabila Perdana Menteri bercuti, adakah anda berfikir Perdana Menteri benar-benar bercuti? Adakah anda berfikir Perdana Menteri akan duduk berjam-jam menikmati buku baharu, atau shopping berjam-jam, atau bermain golf 24 jam? 

Sebenarnya bukan itu bentuk Perdana Menteri kita sebagaimana yang kita fikirkan. Sebenarnya cuti yang sebenar-benar cuti kepada Perdana Menteri ialah apabila beliau tidak lagi menjadi Perdana Menteri, di mana beliau boleh menikmati rehat yang panjang, bermain dengan cucu dan mengunjungi rakan-rakan lama.
DS NAJIB MENINJAU SITUASI BANJIR DI KELANTAN
Oleh kerana DS Wan Azizah dan suaminya Anwar dan keluarga bercuti di luar negara lebih lama berbanding DS Najib walaupun Kajang banjir setiap minggu, ianya tidak menjadi viral negatif kerana mereka bukan Perdana Menteri. Begitu juga percutian Ketua Menteri Pulau Pinang yang cuba disembunyikan khabarnya di Paris turut tidak menjadi viral kerana dia bukan Perdana Menteri. 

Begitulah suka dan duka kepada sesiapa sahaja yang menjadi Perdana Menteri Malaysia.

Hari ini, DS Najib sudah berada di Kelantan. 24 jam sebelumnya, TS Muhyiddin turut melawat Kelantan. Tanggungjawab bersama ini diganding secara bersama dengan Menteri Besar Kelantan.

Saya tidak bersetuju serangan tidak adil kepada DS Najib. Beliau sebenarnya membantu tetapi tidak didendang.
DS NAJIB BERSAMA MB KELANTAN DAN MENTERI-MENTERI BERBINCANG 
dipetik daripada : JENTAYUABAKA

The Unspinners

0

Posted by Unknown | Posted on 11:11 PTG | Posted in

sumber :-

The Unspinners


Kutuk kerajaan tapi Ngeh-Nga punca banjir teruk Kelantan

Posted: 27 Dec 2014 08:00 PM PST


Berikut seorang komentar dari Kelantan:

Masa saya kecik2 dulu. Waktu banjir kita gembira bermain air. Kita mandi manda dpd pg hnga ke petang. Selagi mata  tidak berwarna merah kita tidak naik ke rumah.

Tetapi hari ini air banjir warna teh susu yg mengalir direct dpd Ulu Kelantan dpd Sg Lebir, Sg Galas, Sg Kemubu n Sg Kelantan AKIBAT KERAKUSAN KEPIMPINAN PAS YG MEMAKAN BALAK DI HULU KELANTAN.

Habis bukit hutan belukar dikekah  ditarah n dimamah Pas kerana mahukan RMRMRM!

Sekarang jgn salahkan sesiapa . BUKAN BALA. Tetapi insaflah . Inilah akibat kerakusan n ketamakan manusia. Tk.

Berikut dari FB


Satu kajian kesan alam sekitar terhadap banjir boleh dilakukan oleh mana-mana pakar geologi, perhutanan dan pakar yang berkaitan ke atas musibah banjir yang terjadi di Kelantan sekarang. 

Sekiranya hasil kajian mendapati bahawa musibah banjir tersebut bukannya "berpunca" dari Tuhan, sebaliknya dari kegagalan kerajaan negeri menguruskan aktiviti pembalakan, perlombongan, pengurusan sumber air / sungai / empangan, maka adalah menjadi hak rakyat untuk mengemukakan saman gantirugi atas kehilangan harta benda dan nyawa mereka. 


Tumpuan UTAMA harus diberikan kepada kawasan pembalakan seluas 10,000 ekar yang dipercayai diberikan kepada syarikat kontraktor/pemaju yang ada kaitan dengan Nga Kor Ming (DAP) dan Ngeh Koo Ham (DAP). Kedua-dua tokoh DAP Perak tersebut dipercayai tidak sealiran dengan kepimpinan Dinasti Lim Kit Siang di peringkat DAP Pusat. 

Rakyat Kelantan juga perlu diberikan kefahaman sebaiknya tentang hak mereka dalam perkara ini. Mereka perlu diberi kefahaman bahawa ia adalah suatu tindakan yang menepati undang-undang jika semua bukti dan hasil kajian menunjukkan wujudnya salah tadbir dan salah urus penerokaan tanah, empangan, sungai dan perparitan.

Ingatlah wahai rakyat Kelantan bahawa DAP meratah hasil mahsul negeri sehingga anda menderita. Bukan salah Tuhan, tetapi tangan-tangan manusia kapitalis @ komunis yang rakus.

Facebook Zamzuri


Kit Siang U turn to cover Guan Eng trip to Israel

Posted: 27 Dec 2014 05:00 PM PST


Words cannot describe the mischievous U-Turn statement by Lim Kit Siang in calling all Malaysians to "stand united" behind the Prime Minister and to fully support his disaster relief efforts.


Mischievious because only recently (while the PM is in official trip overseas) the elderly Lim Kit Siang has launched a venomous verbal attack against the PM for his "absence" while the country is facing a national and natural disaster.

Perhaps this is Uncle Lim's version of "National Service" as he arrogantly boasted in his tweet.

And when the PM is back in Malaysia and personally overseeing the relief efforts, Mr Lim instantly displayed "outstanding leadership traits" by his nauseas and hypocritic call for all Malaysians to stand united behind our PM!

You are quick to condemn everybody that stood up against your party's socialist and secular evangelistic agendas, launching incessant attacks against anybody or any party who called for unity among the Malays and Muslims, and without shame demonises even your comrades. It is a public secret that how you loathe any signs of unity among the Malays and Muslims in this country. 

Yes, this is the epitome of your "outstanding leadership traits"!

And Tun Dr Mahathir has correctly described you as RACIST!

This offer of fig leaf of yours … are you trying very hard to divert the rakyat's attention away from the glaring absence of your son in the Malaysian soil?

Where is he right now? Playing golf with the China's Vice-Premier? Or enjoying a quiet quality time with the family on mountain bikes in New Zealand? 

Or is he "doing national service" which other Malaysians cannot do?



There is a some rumours circulating around the web that your son is on unscheduled two days visit to Jerusalem (which Malaysians cannot do) in normal circumstances. 


Could you please confirm whether this rumour is correct, that your son is going to Israel?


If not true, why is he conspicously absent from the country in this depressing time facing the nation?


Is he also "on secret holiday"?


Oh yes, the Penang State Government has allocated RM1.5 million to be released to the flood relief efforts, once your son is back from his "national service" in a foreign country, and that will only take place in at the end of the month, or perhaps extended into next month.


Nobody knows except Joseph Lim Guan Eng and Allah the Almighty.


And by the way, RM1.5 million is a very meagre sum compared to the whopping RM305 million just to conduct an initial feasability study of the Penang tunnel project!


After this forked tongue statements, what else are you going to spew to the rakyat?

Facebook Mohd Luttfi

Kelantan tgh banjir, Timbalan MB ceramah di Johor?

Posted: 27 Dec 2014 07:23 AM PST


Sungguh tak bertanggungjawab ....



Terima kasih, cukup2 politik, bersabar dan muhasah

Posted: 27 Dec 2014 04:00 AM PST


Ustaz Mohd Kazim Elias

Terima kasih kepada semua petugas dr agensi kerajaan, swasta, ngo, petugas dr parti politik, sukarelawan yg bertungkus lumus membantu saudara2 kita yg terlibat dgn banjir sekarang. 



Kita yg lain bantulah dgn apa yg ada, kita adalah bersaudara.

Saya fikir apa jua pesta, konsert perayaan atau juga sambutan tahun baharu jgn diadakan dan diganti dgn solat hajat di seluruh negara.

Jgn lagi di hina kalimah Allah, jgn lg dibenarkan lelaki berpakaian wanita, jgn lg menghina hukum hudud, malah carilah jalan spy ummat Islam bersatu,tolak lah ajaran plural n liberalisme, jgn dibuat lg pesta minum arak pd bulan okt.n mana2 bulan sekalipun.

Tegaslah dgn yg mghina Islam, mghina azan n sekolah agama. Apa salahnya perarakan maulidurrsul, berkatalah tidak kpd golongan bukan Islam yg membenarkan org bukan Islam guna kalimah Allah. 

Minta kpd stesen tv agar menjadi penyumbang kebangkitan akhlak yg baik bukan dgn pganjuran pgram yg bukan2. Jumaat, isytiharkan seluruh negara buat solat hajat.


Bg pemimpin politik, cukup2lah berpolitik 24jam x habis2.. bawak2 lah utk bincang elok2, xkan nak bertelingkah sampai mati? 




Rakyat bawahan letih dah dgn x habis2 isu... 



Buat mangsa banjir anda hebat, sbb sabar, sy pun belum tentu boleh sabar jika diuji begini.. Allahu akbar..

Doa sy sentiasa buat anda.. Ya Allah bantulah kami semua Ya Allah.

Najib yg dihebuhkan dah balik, Pemimpin mereka turun tak?

Posted: 27 Dec 2014 12:30 AM PST



PM dah balik dan terus ke Kelantan. Baik .... mereka ni dimana?



Nik Aziz dah masuk hospital


APANAMA

0

Posted by Unknown | Posted on 11:08 PTG | Posted in

sumber :-

APANAMA


UPDATED! - AIRASIA flight PK-AXC reported MISSING

Posted: 27 Dec 2014 07:32 PM PST