Followers

Nuffnang

Dialog Dewasa Kritik Berasa

0

Posted by Unknown | Posted on 11:25 PTG | Posted in

sumber :-

Dialog Dewasa Kritik Berasa


BANJIR BESAR: JANGAN KITA HANYA TAHU MERUNGUT, TAPI APA PULA JASA KITA MEMBANTU MANGSA BANJIR?

Posted: 26 Dec 2014 07:53 PM PST


Di luar sana masih ramai yang hendak menyumbangkan keperluan untuk diserahkan kepada mangsa-mangsa banjir di Pantai Timur.

Jika mahu mengikut jalan darat sudah pasti akan terperangkap di dalam kesesakan terutama sekali jalan di Lipis - Merapoh- Gua Musang - Kuala Krai.

Namun atas keprihatinan Kerajaan Pusat, maka Angkatan Tentera Malaysia (ATM) telah membuka pusat pengumpulan di Lapangan Terbang Subang.



Semua barang bantuan akan dikumpulkan di sini secara berpusat 24 jam sehari sebelum diterbangkan ke ground zero. 

Bila sampai disana barangan tersebut akan diagih-agihkan dengan pelbagai alternatif samada laluan air, udara dan jalan raya.

Adalah menjadi kesukaran jika keadaan cuaca semakin buruk hingga menyukarkan penerbangan helicopter bantuan terbang dan mendarat. 

Jika salah kendali cuaca buruk boleh menimbulkan malapetaka kepada helipcoter tersebut. Bila terjadi sudah pasti ia akan menimbulkan kerugian.  


Apatah lagi ia akan menjadi bahan dan lauk kepada pencacai-pencacai yang kebulurkan berita-berita sensasi untuk memperlecehkan bantuan kerajaan.

Penghantaran melalui jalan air pula adakalanya terlalu risiko jika paras air terlalu tinggi hingga menyukarkan pasukan penyelamat dan bantuan mengagak laluan yang selamat dari merempuh atau terlanggar pucuk-pucuk pokok, tiang-tiang elektrik, sampah sarap, bumbung rumah dan sebagainya.


Jika berlaku kemalangan maka sekali lagi agensi kerajaan akan ditenyeh cukup-cukup oleh puak pencacai yang lapaq cerita-cerita buruk bagaikan lalat taik menghurung bangkai. 

Kepada semua agensi bantuan...teruskan kerja kita jangan pedulikan langau-langau yang sentiasa mencari cerita sensasi sambil mempublisitikan hanya mereka yang baik sempurna dan buat kerja. 

Tugas kita membantu ikhlas kerana Allah...



BANJIR BESAR: SIAPA KATA KELANTAN DIANAKTIRIKAN KERAJAAN PUSAT, UMNO DAN BN?

Posted: 26 Dec 2014 04:12 PM PST


Tahniah kepada kepimpinan YAB Perdana Menteri yang masih meletakkan kepentingan negara dan bangsa melebihi kepentingan peribadi.

Apabila berlaku banjir besar di Pantai Timur, negeri yang paling terjejas adalah Kelantan. 

Manakala majoriti kawasan yang teruk adalah kawasan Parlimen, DUN dan kampung-kampung yang didominasikan puak-puak PAS.

Kalau Kerajaan Pusat nak balas dendam kepada rakyat di negeri itu rasanya inilah masa yang sesuai. Biarkan saja mangsa mati bergelimpangan kelemasan dan kelaparan.


Namun Islam menjadikan hati seorang pemimpin dan para pentadbir Malaysia ini bersifat ehsan, prihatin dan bertanggungjawab membantu sesama muslim dan manusia.

Kerajaan Pusat tidak seperti kebanyakkan chauvinist-chauvinist rasis yang meletakkan syarat bahawa umat Islam dan pemimpin PAS di Kelantan perlu mengugurkan syariat jika inginkan bantuan dari mereka.

Pra syarat tersebut samalah seperti yang dilakukan oleh puak-puak Yahudi di Palestine yang memaksa rakyat Palestine mengiktiraf negara Israel dan menganut agama Yahudi jika ingin menduduki tanah Palestine.


Ia juga bagaikan syarat freemason kepada sesiapa saja manusia untuk ikut cakap mereka jika tidak mereka akan dihancurkan sepertimana yang dilakukan oleh Amerika Syarikat sewaktu menakluk Iraq dan Afghanistan.

Baru dapat sedikit kuasa di Pulau Pinang dan beberapa Parlimen dan DUN mereka dah mula naik tocang boleh arah PAS buat itu dan ini. 


Apa agaknya mereka akan buat jika puak-puak mereka terus diberi undi oleh orang-orang Melayu PAS dan PKR untuk berkuasa?

Tetapi Kerajaan Pusat yang kini diterajui oleh umat Islam dari UMNO dan BN telah terbukti menyantuni rakyat pelbagai peringkat. 

Mungkin kerana panas dan cemburu membuatkan puak-puak chauvinist dan liberalis rasis merasakan apa jua kebaikan Kerajaan Pusat perlu diperlekehkan semaksima mungkin lalu mereka menunjukkan hanya mereka yang mampu dan boleh buat segala-galanya.


Hari ini bermulalah fasa baru apabila YAB PM sendiri yang akan mengetuai sendiri Jawatankuasa Pengurusan dan Bantuan Bencana Negara untuk menyelesaikan masalah banjir besar yang melanda kesemua negeri di Malaysia ini.

Kita akan melihat episod baru di mana puak-puak chauvinist, pencacai dan penghasut ini akan menggelupur kepanasan di kala orang lain basah kuyup di lapangan dan sanggup mengorbankan nyawa serta cuti mereka bagi menyelamatkan mangsa-mangsa banjir...  

So jangan dok asyik pertikai apa yang orang lain buat tapi tanya apa jasa yang kita lakukan untuk meringankan bebanan sesama insan. Adakah jasa itu berbaloi dan ikhlas?...



LAWAK BANJIR: ADUN MERU KANTOI BERTAQQIYAH TAHAP JAMBAN !!!

Posted: 26 Dec 2014 08:25 AM PST


Pepatah English mengatakan "pictures speak a thousand word". 

Di laman sosial ramai pencacai PR menghina Perdana Menteri, DS Najib Razak bercuti di Hawaii, konon bersuka ria main golf. 

Walhal beliau terlebih dahulu bersama-sama rakyat di Pahang ketika proses pemindahan mangsa banjir di daerah Kuantan dan Pekan.

Namun kuasa Allah Taala lebih hebat. Dia mula membuka keaiban Pas kepada kita semua. 

Allah tunjuk siapa PAS, siapa ADUN Meru dan siapa PAS sebenarnya. 

ADUN inilah juga yang dulunya sering memperlekehkan YAB PM kita di Selangor. Dia suka sangat membuka keaiban keluarga PM sepanjang dia menjadi Yang Dipertua PAS Kapar, Selangor.

Kini Allah bayar cash dengan membuka hijab keaiban beliau.


Agak-agaklah kalau nak bertaqqiyah (menipu) ala-ala syiah pun. 

Sebabnya kalau kita fikir kita bijak membohongi rakyat tentu ada golongan lain yang lebih cerdik memerhati dan membongkar penipuan kita. 


Soalan cepumas untuk ADUN Meru, kenapa perlu beliau menipu rakyat kononnya beliau begitu prihatin terhadap mangsa banjir?

Bukankah perbuatan menipu itu berdosa besar dan dilaknati Allah!


Nyatalah segala kebaikan yang dilakukan oleh puak-puak ini adalah penipuan semata-mata untuk mencari laba dunia. 

Benarlah sabda Rasulullah s.a. w di akhir zaman ramai manusia mengaku alim ulama tetapi mereka menjual agama dan mempamerkan kebaikan untuk mendapat pujian manusia...


Sebab itulah tak heran kawasan yang mana ada puak-puak lahabau ni disitulah banjir teruk melanda. 

Bila banjir melanda akibat dosa puak-puak ni bukan saja orang PAS, PKR dan DAP saja yang kena bala tetapi dengan orang-orang alim ulama dan UMNO sendiri pun kena malapetaka!

Makin banyak fitnah puak-puak pengkufur nikmat ini makin teruk banjir di negara kita!

Memang dasar penipu tahap jamban punya ADUN Meru...

Rasmi jamban yang disumbangkan kepada kubur keling lepas tu gebang satu dunia dia prihatin pada masalah rakyat. Ntah apa jadi pada jamban ni sekarang...tempat buat projek kot?






BANJIR BESAR: PENCACAI MESTI TAK SUKA LIHAT GAMBAR-GAMBAR NIE...

Posted: 26 Dec 2014 01:17 AM PST


Apabila berlaku bencana dan musibah, maka ada segelintir orang suka mengambil kesempatan di atas kesulitan dan kesusahan orang lain.

Nak kata membantu tak pula sebaliknya suka mencari kesalahan orang lain. 

Almaklumlah hidup sebagai pencacai hanya memerlukan kebodohan aras tinggi. 

Lagi ramai rakyat yang terpengaruh dengan dakyah songsang mereka maka lebih tinggilah darjat seorang macai dan pencacai di hati pemimpin mereka.


Bantuan keperluan dari udara turut dikoordinasi sebaik mungkin oleh agensi-agensi kerajaan yang terlibat. Adakah ini tanda kerajaan tak prihatin terhadap permasalah rakyat seperti mana yang difitnahkan oleh pencacai pakatan pembangkang?
Semua pihak terlibat membantu menyantuni mangsa-mangsa banjir.. Apakah jasa mereka mahu diperlekehkan oleh kita yang hanya mendengar fitnah pembohongan tukang-tukang fitnah semata-mata?
Yang ni hanya sekadar tengok dan menanti bantuan tiba ...tapi golongan seperti ini juga yang menjadi juara menabur fitnah dan memperleceh setiap apa yang mereka dilihat...

Ya rakyat perlu dibodohkan dengan informasi-informasi tahap sampah dalam longkang bagi mencetuskan gelombang ketidakpercayaan rakyat kepada pemimpin dan pentadbiran kerajaan.

Kononnya hanya pemimpin mereka bertaraf maksum dan tahu serta boleh selesaikan segala-galanya. Itu pun jika diberi mandat pemerintahan. 

Dalam waktu kesukaran ini kita sepatutnya bersatu hati mencari penyelesaian masalah. Bukan menunding jari kononnya kerajaan lemah menangani masalah.

Koordinasi yang baik antara kerajaan Negeri dan Pusat. Perbezaan politik diketepikan demi keselamatan ummah. Apa pula yang dilakukan oleh puak pencacai? Duduk dan perlekeh sajakah?
Di Kelantan sendiri walaupun berlainan parti tetapi atas dasar menangani permasalahan ummah maka pemimpin tertinggi PAS iaitu YB Menteri Besar dan Exco Kelantan boleh duduk bersama-sama dengan YAB TPM dan agensi-agensi kerajaan Pusat.

Ertinya masalah rakyat adalah keutamaan.

Tapi macai-macai siber pakatan pembangkang tetap memperlekeh usaha kerajaan tersebut. 

Semuanya takut jika UMNO dan PAS bersatu maka hudud akan terlaksana dan habislah riwayat golongan sekular-liberal rasis yang ingin menguasai negara ini dengan pepecahan Melayu.


So, kita tak perlu gusar kerana satu keburukan mereka lemparkan kepada pihak kerajaan BN, agensi penyelamat atau sesiapa saja yang bertungkus lumus menyantuni mangsa banjir, maka 1000 keburukan mereka akan didedahkan.

Insya Allah, Tuhan akan memberikan kemenangan kepada pihak yang benar.

Hanya mereka yang dikurniakan kebijaksanaan akan menilai siapa yang buat kerja dan siapa yang hanya membebel dan meroyan tetapi apa jasa pun tak dak.     

DS Shabery Cheek bersama mangsa-mangsa banjir di Kemaman
DS Azeez Abdul Rahim walaupun asal Baling, Kedah tetap turun ke Kelantan menyantuni mangsa banjir
DS Shahidan Kassim yang turut bersama mangsa-mangsa banjir merasai sendiri pahit getir rakyat agar 



  

The Unspinners

0

Posted by Unknown | Posted on 11:10 PTG | Posted in

sumber :-

The Unspinners


Satu cara paling mudah hantar bantuan

Posted: 26 Dec 2014 07:22 PM PST



Bawa kenderaan ke dalam dan ada askar2 tolong angkat barang ke gudang. Tak sampai 2 minit.

Mereka yang akan terbangkan barang terus ke airport dan punya logistik untuk sebarkan barang kepada bencana2.

Mereka beroperasi 24 jam.

Tak perlu pergi ke kawasan banjir dan semakkan kawasan. Nanti kamu pula jadi masaalah.

Pihak2 lain yg turut bantu ...















DAP takde .... dok sibuk berpolitik, cari salah dan cari peluang kecuhkan keadaan ketika bencana mcm komunis cina dan bolshevik rusia.

Everyone is helping but DAP contribute nothing!!!

Posted: 26 Dec 2014 04:26 PM PST


They only talk a lot. Complain and finding fault. Endless politicking... but contribute nothing!!!

Baik PAS atau PASma. syaitan ni kawan ketika susah kamu

Posted: 26 Dec 2014 05:24 AM PST



MIMPI SENJA

0

Posted by Unknown | Posted on 11:07 PTG | Posted in

sumber :-

MIMPI SENJA


Banjir 2014 Bakal Catat Sejarah Terburuk

Posted: 26 Dec 2014 09:51 PM PST


Diterbitkan: Sabtu, 27 Disember 2014 7:52 AM

PETALING JAYA: Kejadian banjir yang sedang berlaku bakal menjadi sejarah terburuk di Malaysia yang menyaksikan lebih 100,000 orang penduduk dipindahkan.

Namun dua insiden banjir yang berlaku sedekad lalu masih mencatat jumlah lebih besar mangsa-mangsa yang diselamatkan.

Menurut kenyataan Majlis Keselamatan Negara (MKN) pada tahun 2013 di dalam laman webnya menyatakan bahawa akhir musim monsun tahun 2010 telah mencetuskan fenomena banjir besar yang melibatkan 230,000 mangsa.

MKN juga melaporkan seramai 140,000 orang dipindahkan pada musim banjir 2006.

Tempias hujan lebat yang berlaku sejak Disember 2006 hingga Januari tahun depan adalah kesan daripada taufan yang melanda di Filipina dan Vietnam.

Pada 2006, beberapa negeri di Malaysia termasuk Pahang, Negeri Sembilan dan Johor dilanda banjir.

Dilaporkan bahawa hujan monsun lebat yang kini melanda di beberapa negeri termasuk Kelantan, Johor dan Kedah, di mana banjir rosak 45,000 hektar sawah padi.

Sementara itu, keadaan banjir yang sedang berlaku ini masih belum menunjukkan tanda-tanda bertambah baik apabila Jabatan Meteorologi mengeluarkan 38 amaran cuaca buruk sejak 18 Disember lalu.

Daripada jumlah itu, 15 amaran peringkat 'Merah', 15 amaran 'Oren' dan 8 amaran 'Kuning'.

Setiap amaran mengenai cuaca buruk berbeza dengan lokasi tertentu.

Setakat ini, terdapat isyarat yang dikeluarkan bagi kawasan setiap negeri termasuk Wilayah Persekutuan, kecuali Putrajaya.

Amaran peringkat Kuning melibatkan kemungkinan berlaku monsun kencang dalam tempoh 24 hingga 48 jam.

Amaran Oren adalah untuk hujan monsun sederhana; sistem tekanan rendah atau tekanan tropika dengan kelajuan angin yang berterusan 50-60 kmj disertai dengan sederhana hujan lebat; atau terdapat angin kuat antara 50-60 kmj selama lebih daripada dua jam.

Amaran peringkat ini boleh menyebabkan banjir di kawasan-kawasan yang berkedudukan rendah atau di kawasan tebing sungai.

Dan amaran Merah untuk hujan monsun kuat; ribut tropika dan taufan dengan kelajuan angin sekurang-kurangnya 60 kmj dan sederhana hujan lebat; atau apabila terdapat angin kuat sekurang-kurangnya 60 kmj dengan sederhana hujan lebat selama lebih daripada dua jam.

Keadaan amaran Merah boleh menyebabkan banjir di kawasan rendah dan tebing sungai dengan arus air deras yang berbahaya.

A Rahman Hassan Selamat Bergelar Suami Fadhillah Mansor

Posted: 26 Dec 2014 02:05 AM PST


kredit foto mStarkredit foto mStar
Penyanyi era 60-an, Datuk A Rahman Hassan sah bergelar suami kepada dramatis Fadillah Mansor dengan sekali lafaz dalam sebuah majlis akad nikah yang diadakan di Dewan Tun Hussien Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), pada malam Khamis. 
Majlis itu berlangsung kira-kira 9 malam itu disempurnakan oleh Imam Masjid Jamek Kampung Baharu Kuala Lumpur, Azizi Ab Hamid.A Rahman, 67, menyerahkan mas kahwin berupa sebentuk cincin berlian kepada Fadillah manakala wang hantaran dirahsiakan jumlahnya.
Majlis pernikahan kedua-dua mempelai dihadiri kira-kira 400 orang jemputan yang terdiri daripada kaum keluarga rapat pengantin dan wakil media.
Anak-anak daripada hasil perkahwinan terdahulu pasangan itu turut hadir pada majlis berkenaan.
Antara artis yang turut memeriahkan majlis tersebut adalah Datuk DJ Dave, Datuk Jalaluddin Hassan, Rohana Jalil, Uji Rashid, Hail Amir, Salwa Abdul Rahman, Den Wahab.
Pada majlis tersebut, pihak pengantin lelaki turut memberikan lima dulang hantaran iaitu beg, kasut, wangian, alat solek dan sepersalinan pakaian.anakala pihak pengantin perempuan membalas lima dulang hantaran iaitu cincin, kasut, wangian dan manisan.
Kedua-dua mempelai kelihatan berseri dengan persalinan dari rona kuning untuk majlis akad nikah tersebut.
Dalam pada itu, pasangan berkenaan yang ditemui selepas majlis itu berlangsung memberitahu bersyukur dapat disatukan dalam sebuah majlis sederhana tetapi meriah dengan kehadiran ahli keluarga dan sahabat handai bagi meraikan mereka.
A Rahmah turut berharap perkahwinan itu dapat berkekalan sehingga ke akhir hayat dan berjanji akan membahagiakan Fadillah.
"Alhamdulillah semuanya selamat dan berharap perkahwinan ini akan kekal ke akhir hayat," katanya.
Untuk rekod, Fadilah merupakan seorang ibu tunggal selepas bercerai dengan bekas suaminya, pengarah filem veteran, Ahmad Ibrahim atau Mat London.
Manakala A Rahman pula kematian isteri, Datin Azizah Mohamad pada 26 April tahun lalu akibat penyakit kanser.

Cursing Malay : Terus Terang

0

Posted by Unknown | Posted on 9:24 PTG | Posted in

sumber :-

Cursing Malay : Terus Terang


Aku Memang Pandang Slack Orang Melayu Yang Minum Arak

Posted: 26 Dec 2014 12:56 AM PST

1. Kenapa sekarang ni makin ramai non Muslim yang cuba mengajar orang Melayu macam mana nak jadi moderate?

2. "Come on Malays! Step up! Come join us!" mungkin camtu kot diorang pandang orang Melayu ni.

3. Dalam bab politik....DAP sekarang ni menyeru kepada parti PKR dan sebahagian dari PAS supaya tidak menyokong hudud. Kah kah kah.

4. Dalam bab cuaca sosio masyarakat kita pulak, sekarang ini dah hangat diperkatakan ada satu kumpulan Melayu yang sedang cuba diangkat oleh akhbar The Star sebagai the so called "good Moderate Malays"....

5. Atau dalam bahasa pasarnya, orang2 Melayu yang pemilik akhbar The Star nak wujud lagi ramai dekat Malaysia ni.

6. Orang2 yang dilabelkan sebagai moderate ni adalah "tokoh-tokoh" yang dianggap sebagai Melayu2 yang mempunyai pemikiran yang moden, progresif dan yang paling penting....moderate....

7. Kau nampak aku buat buat ada quote dekat perkataan "tokoh-tokoh" tu kerana pada aku lah...no offense....

8. The so called moderate Malays yang sedang dijaja oleh akhbar The Star ni...adalah tokoh-tokoh moderatenya tah hapa-hapa belaka.

9. Kau nak tau siapa kau boleh carik sendiri siapa.....

10. Jangan konfiuskan dengan geng 25 orang tokoh Melayu yang ingin perubahan pada kerajaan ya? Benda ni lain. Ini "tokoh-tokoh" Melayu yang dipilih oleh The Star sebagai simbol Melayu Moderate.

11. Apa itu moderation sebenarnya?

12. Frasa tu seolah-olah dijaja dengan begitu mudah dan dilabelkan kepada tah sapa-sapa tah.

13. Padahal, moderation tu sebenarnya adalah satu amalan. Kau nak makan, makan, jangan makan sikit sangat sampai masih lapar. Jangan makan terlebih sangat...makan cukup2. Itu la dia moderation kan?

14. Jadi, jika ingin mentakrifkan seseorang itu seseorang yang moderate, dia adalah orang mengamalkan semua benda secara bersederhana....dalam hidup dan juga bab agama.

15. Aku ingatkan memang Islam ajar kau jadi moderate, kan? Kau cuba fikir betol2, semua benda pasal Islam, adalah mengajar kau amal benda tak lebih dan tak kurang. Tidur? Mesti cukup, jangan lebih. Isteri? Ada satu cukup, jangan lebih empat. Harta? Cari sekadar yang mampu jangan sampai lupa akhirat.

16. Tapi moderation nampaknya dah digunakan oleh pihak2 tertentu untuk senangkan diorang takrifkan siapa ekstremist. Masalahnya...dalam semua kes ekstremist, ada dua jenis ekstrmist. Dalam Islam...ada hardcore suicide bomber yang berani mati sebab percaya Allah nak dia bunuh diri dan di satu side lain, ada liberalist.

17. The liberals. Orang2 yang kata diri diorang percaya dengan Allah tapi amalan hari2 nya haram tak nampak dia percaya dengan Allah. Mulut minum arak, tapi bila cakap pasal agama...puihhh...laju.

18. MASALAHNYA! MASALAHNYA!

19. Orang2 liberal ini tak nak mengaku yang diri mereka sebenarnya adalah ekstremist!

20. Dan masalah paling besar.....

21. Dunia sekarang suka memandang orang liberal ini sebagai orang moderate.

22. Padahal mereka bukan orang moderate pun.

23. Aku tak rasa aku moderate sangat. Aku agak ekstremist pandangan aku pasal agama ni....sebab banyak benda aku tak tau jadi aku bergantung dengan pengajaran orang aje.

24. Tapi jika ditanyakan kepada aku, setuju atau tidak hudud, aku jawab setuju. Setuju atau tidak wanita Melayu dalam papan iklan wajib tutup aurat, aku jawab setuju. Setuju atau tidak panggung wayang diasingkan jika datang bukan mahram, aku jawab setuju.

25. Dan bila aku jawab aku setuju dengan semua kenyataan di atas, percayalah, aku akan digelar seorang ekstremist.

26. Tapi jika ditanyakan kepada "tokoh2" Islam Melayu Moderate ni....aku dah boleh agak jawapan diorang...

27. No to hudud...no to force this and that...no to polygamy....no to Islamic country.

28. Itu ke jawapan seorang moderate?

29. Berjagalah kawan2.

30. Ini pesanan aku kepada korang semua. Memang ada hidden forces yang cuba nak neutralizekan Islam di negara kita dan push orang2 liberals ni sebagai "moderate" supaya kita, orang Melayu, jadi sama aje macam orang lain, yang tak pakai lagi agama sebagai amalan tapi hanya gunakan agama sebagai satu kepercayaan.

31. Aku harap kau paham ayat last aku tu dalam point no.30 aku.

32. Kita orang Islam. Kita tak boleh cukup sekadar percaya kita Islam.

33. Kita kena hidup cara Islam.

34. Kau pernah jumpa satu grup budak Melayu tangan pegang arak tapi nila berjumpa masih lagi bagi salam?

35. Aku pernah. Kau nak kutuk aku sebab aku pandang slack benda tu? Silakan. Aku memang pandang rendah Melayu yang minum arak ni. Lemah. Poyo. Takde akal.

36. Orang2 macam tu lah yang mereka2 ni nak. "Moderate" Muslim Malays kononnya.

37. Jangan bagi orang non Muslim kawal macam mana kau prektis Islam ye? Tak kiralah diorang nak label kau ekstremist ke, zionist ke....

38. Janji dengan aku ye.