Followers

Nuffnang

The Unspinners

0

Posted by Unknown | Posted on 11:30 PTG | Posted in

sumber :-

The Unspinners


Ya Allah ....

Posted: 25 Dec 2014 05:22 PM PST



Better leave to professional than too many VVIP visit

Posted: 25 Dec 2014 04:54 AM PST


William Cheah

If there is one thing I dislike when work...ground work needs to be done, it's having divas and vvips around. And although I guess it's part of their 'job scope' to be seem at ground zero when disaster strikes, really... what do we expect them to really do there except to take photos and highlight the situation.

So yeah, some may seem pissed off with the PM not being there and instead is in Hawaii playing golf with Obama. But before you go over the rails in anger, do consider the following.

This job of taking care of the situation is better served by those people who have the skills to do it. Having him around just distracts. And having followed his tweets and other communications, he is keeping track of the situation and providing the necessary support. I personally think that's much better than wearing Wellington boots to help clean the drains surrounded by bodyguards and taking photos showing how much he cares. 


And the interesting thing is, if he goes around at the flood areas, the people would most probably be commenting that it's a populist move. Just to gain publicity. Do also wrong, don't do also wrong.

I won't be surprised though if there are more benefits that may come in the short and long term 'golf' event with Obama. Maybe some logistics support? Flood relief funds? A pledge from US? It's not impossible. And who else to get that part of the job done if not the PM? 

And all those aside, has anyone considered the fact that one does not go play golf with the most powerful man on earth on Christmas day on a whim. It would have been planned a long time ago. And it would have a very strong reason for this meeting to take place.

I guess it would have been nice to see him mucking around in flood waters, just for public relations sake. I know it would have made some people happy. 

But really... what else?

Let the pretenders and attention seekers go take their photos and selfies and what not. The general has better things to do that will bring good to the nation. Let him do his job.

And I am glad to see, that he trusts his people to do the job that needs to be done. And they are doing a fine job.

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10204134954548833&id=1074811645

PM's job not to wade through flood water

Posted: 25 Dec 2014 01:15 AM PST


Dear all, please share this :-

There are lots of anger that PM Najib is seen playing golf with Obama in Hawaii on Christmas day and that he is not on the ground visiting the flooded east coast or in Malaysia directing flood relief efforts.

However, we have to be realistic and understand that a PM's role is not to direct flood efforts nor to wade thru flood waters to carry victims to safety.

He is better served monitoring the situation and approve allocations and allow the right emergency bodies and his ministers to do their work.



A cursory glance at his twitter and FB page also shows that he has been making frequent updates on the flooding situation: 
https://www.facebook.com/najibrazak?fref=photo

In fact, just 4 days ago, Najib did visit flood victims at the relief center in SMK) Gudang Rasau, Pahang that was holding residents around Sungai Belat. 
http://www.mstar.com.my/…/2014/12/20/pm-lawat-mangsa-banjir/

It's not like he doesn't care or is not updated with the latest. But even if he was on the ground in the flooded areas, there is little he can do and it is actually counter-productive.

Being on the ground is really just a populist photo-opportunity and the publicity and hoo-hah around him could turn out to be a hindrance to relief efforts instead of a help.

Not many people get to play a round of golf on Christmas Day (being the most important festival day for Obama) with the USA presidnet to build relationships - many many more famous world leaders would never have the chance.

Remember that President Obama is the most powerful person on earth and has vast resources at his command.

Who knows? Perhaps Najib could have asked Obama to look into assisting the flood victims in the east coast either via monetary donations or via technical, medical or logistic assistance?

Dear all, please share this thanks (on PM golfing with Obama)

Dialog Dewasa Kritik Berasa

0

Posted by Unknown | Posted on 11:26 PTG | Posted in

sumber :-

Dialog Dewasa Kritik Berasa


BANJIR BESAR: KENAPA DAP DAN PKR PERLU BERSUSAH PAYAH BANTU KELANTAN?

Posted: 25 Dec 2014 08:17 PM PST


Bila dah jadi banjir begini baru kita tahu siapa sahabat, siapa lawan, siapa musuh dalam selimut?

Siapa dulu yang kita kutuk berhabis-habisan, kita doakan dia kena laknat, dia pecah perut akhirnya insan itu juga yang bersusah payah menghulurkan bantuan ehsan kepada kita.

Bukankah ehsan sebegitu yang dianjurkan oleh Islam sesuai dengan adat budaya Melayu?

Meskipun berseteru di dalam berpolitik tetapi atas nama solidariti sesama umat, maka orang yang selalu dihina itu jualah yang datang membantu kita.


Tetapi orang yang selama ini diharapkan membantu PAS mencapai kemuncak kuasa bukan saja tidak mahu menolong tetapi mengkhianati parti itu.

Sanggup membiarkan PAS terkontang-kanting mengharungi musibah banjir yang hebat dan tidak sama sekali disangka begini.

Sedih dan kecewa rakan-rakan yang hanya boleh ketawa ketika senang tetapi bukan saja melarikan diri sebaliknya mentertawakan musibah yang menimpa.


Sahabat yang disangka faham dengan perjuangan rupanya menghina nista agama dan perjuangan PAS. 

Semuanya gara-gara tak setuju dengan hukum Allah dan kesucian agama; Hudud dan Kalimah Allah.

Tak apalah jika DAP dan PKR tak mahu membantu biarlah PAS meminta sesiapa saja saudara seagamanya untuk datang membantu.

Sebabnya jika DAP dan PKR tiada sekalipun PAS mampu mengharungi cabaran dan getir.



PAS lebih tua dan berpengalaman dari kedua-dua parti assabiyah sekular liberal tersebut. 

PAS mampu hadapi kesukaran dugaan bencana banjir ini. 


Tahun depan hukum hudud tetap dilaksanakan di Kelantan. ADUN UMNO dah menyokong, majoriti ADUN semua sebulat suara menyokong usul dibawa ke persidangan DUN akan datang.

Kalau 12 ADUN UMNO tolak atau berkecuali sekalipun ia tak membawa apa-apa erti kerana UMNO adalah parti minoriti dalam DUN Kelantan.

32 ADUN PAS semua sokong. Kalau seorang ADUN PKR tak sokong pun ia tak bawa apa-apa erti kepada kehendak majoriti yang mahukan hudud dilaksanakan.
   


DAP sebenarnya mahu melihat PAS Kelantan hanyut dan mampos ditelan arus banjir agar hukum Allah hudud di negeri itu dibatalkan terus.

Maka akan tercapailah cita-cita untuk DAP berkuasa membalas dendam terhadap PAS Kelantan yang dilihat beria-ia benar mahu menegakkan hudud.

Jangan harap DAP akan beri sesen pun untuk membantu PAS Kelantan mengharungi saat-saat banjir. 

Lu punya masalah lu settle sendiri laa lebai !

Kalau mereka beri duit sekalipun sudah tentu syaratnya jangan ada hudud! 

Tak pun kita tak tahu dari mana sumber manakah bantuan DAP itu datang?

BANJIR BESAR: DAH SUSAH BARU NAK CARI PM, BN, UMNO SELESAIKAN MASALAH???

Posted: 25 Dec 2014 05:40 PM PST


Apabila berlaku sesuatu musibah pasti ada hikmahnya. Banyak yang Allah taala nak tunjukkan kepada kita.

Puak-puak pencacai sedang gila meroyan meraban dok kutuk Najib pi main golf kat Hawaii dengan Obama.

Mereka terutamanya di Kelantan mintak agar DS Najib pulang segera ke Malaysia bersama-sama membantu rakyat harungi banjir. 

Tandanya apa? 

Tandanya mereka lebih mempercayai kepimpinan  DS Najib dan UMNO-BN untuk menyelesaikan masalah rakyat berbanding dengan kerajaan negeri pimpinan PAS.


Beberapa kawasan banjir besar di Pahang, Kelantan dan Terengganu berlaku di dalam kawasan Parlimen dan DUN pakatan pembangkang.  

Tetapi mengapa campurtangan PM, UMNO-BN dan Kerajaan Pusat pula diperlukan untuk membantu rakyat hingga cuti PM pun dipertikaikan dan desak PM balik segera?

Apakah YB-YB kamu tak boleh buat kerja? Mana janji dulu jika kamu diberi mandat menewaskan BN maka semua masalah rakyat boleh kamu diselesaikan?


Hebat PM kita, di saat-saat susah ketika ini puak-puak pembangkang dan pencacai mereka perlukan perhatiannya. Anwar ade dapat kelebihan macam tu?...Setakat sembang kosong jer laaa.

Anwar laki bini melancong ke New Zealand enjoy naik beskal, banjir di Kajang ditinggalkan balik Malaysia kutuk itu salah ini tak betul.

Perkara yang sama juga pernah berlaku ketika PAS memerintah Kedah.

Kedah pada tahun 2010 mengalami banjir besar. Kerajaan negeri ketika itu tergamam dengan situasi kritikal dan gagal handle masalah ini menyebabkan kerajaan Pusat, DS Najib beserta seluruh jentera kerajaan pusat dan jentera UMNO-BN turun padang membantu.

Masalah itu dapat diselesaikan. 

BN merancang projek tebatan banjir pada 2011, namun akibat kurang bajet dan kurang kerjasama dari kerajaan negeri terutamanya beberapa orang EXCO kanan dan pemimpin kawasan maka projek itu ditangguhkan.

Lepas BN tawan semula Kedah projek tersebut disambung kembali melibatkan daerah Kubang Pasu, Padang Terap dan Kota Setar dengan kos RM600 juta.

Bantuan kepada mangsa banjir di Terengganu oleh MB

Sama juga kesnya Kelantan sebelum ini yang kerap dilanda banjir akibat limpahan Sg Kelantan. 

Kerajaan Pusat telah memberi peruntukkan RM266 juta membina projek tebatan banjir sepanjang hampir 3.5km. Kesannya pada tahun 2013 meskipun air Sg kelantan naik, namun tidak sampai membanjiri Kota Bharu. 

Tapi ada juga juak-juak khawarij kata ini sebab berkat Tok Guru sebab tu tak kena banjir 2013.

Sekarang apa jadi...nak salahkan Kerajaan Pusat kononnya buat projek tebatan banjir yang gagal menghalang paras air memasuki Kota Bharu banjir kali ni?

Sesungguhnya kita merancang menghalang musibah banjir namun kuasa Allah nak beri hujan lebat siapa tahu.

Sekurang-kurangnya juga dengan adanya tembok tebatan banjir dapat melambatkan air memasuki bandar. Jadi pasukan penyelamat ada masa melakukan proses pengungsian mangsa. 

Bayangkan jika tiada tembok tebatan tersebut dan air mengalir masuk deras ke bandar bagai tsunami... 

Ramai yang mempersoalkan bila dah jadi banjir besar di Kelantan sekarang ni mana pergi berkat Tok Guru tersebut?

Doa laknat adik kepada  Nik Ajiz akhirnya menyusahkan rakyat Kelantan sendiri. kesian MB baru terpaksa harungi kesukaran di Kelantan akibat doa 'makan diri' puak-puak mereka sendiri...Allah bagi 'cash' lepas PRU 13?

Rezeki atau musibah itu semua ketentuan Allah. Kalau selama ini kita mendoakan laknat K.O kepada orang lain, doa pecah perut pada pemimpin yang lain tetiba doa itu berbalik semula kepada kita ....itu tandanya apa? 

Islam tak ajar manusia supaya mempermain-mainkan doa, mendoakan keburukan pada orang lain sebaliknya Islam mengajar umatnya supaya mendoakan kesejahteraan dan petunjuk kepada orang lain.

Bila dah jadi banjir begini orang yang dulu kamu kutuk itulah yang telah memberikan bantuan segera RM50 juta untuk menyantuni kamu, ibu bapa, saudara mara, adik beradik dan rakan-rakan kamu yang terjejas dengan banjir itu.


Bayangkan jika bukan PM yang beri bantuan tersebut melalui arahannya sudah tentu nak buat tugas-tugas menyelamat pun tak ada duit. 

Nak beli diesel untuk kegunaan bot, trak, helikopter penyelamat, nak beli makanan dan segala keperluan harian serta perubatan semasa banjir pun kita tak mampu. 

Maka jadilah kita macam sesetengah negara rakyat mereka dibiarkan mati katak. Senang sikit beban negara dari hidup menyusahkan orang.

Tapi adakah kita tahu dan bersyukur pada nikmat tersebut? 

Sebagai umat Islam kita dianugerahkan Allah dengan iman, maka dengan iman itu kita bersabar dan redha dengan dugaan. Kita tidak tahu apa hikmahnya ujian ini.  

Tak tahulah kalau yang lain...adakah mereka tahu konsep syukur, redha dan bersabar ni?

Hudud punya pasal, DAP Pulau Pinang tak akan beri bantuan kepada Kelantan...Bagus sungguh DAP ni yaaa ini macam boleh perintah Malaysia!
Kita sepatutnya bersatu dalam menghadapi banjir luar biasa ini. 

Bukan Malaysia saja terjejas tetapi Aceh, Sumatera, Bandung di Indonesia, Satun, Yala, Narathiwat dan Pattani di Selatan Thailand juga menghadapi musibah yang sama.

Berdoalah semoga Allah s.w.t menyurutkan air ke dalam bumiNya. Kita pakat bantu sama-sama meringankan bebanan mangsa banjir.

BANJIR BESAR: PENCACAI KIAN SASAU BILA NAJIB ARAHKAN BANTUAN SEGERA BENCANA BANJIR RM50 JUTA !!!

Posted: 25 Dec 2014 04:30 AM PST


Siapa kata YAB PM tak buat kerja, tak prihatin dengan mangsa banjir tetapi bersenang lenang main golf di Hawaii?

Apakah kalau beliau keluar negara sekalipun beliau tidak boleh atau tidak berkuasa memberikan arahan kepada para pegawainya untuk bertindak melakukan operasi menyelamat dan menyantuni mangsa-mangsa banjir?

Siapa Menteri Kewangan...adakah jika wang hendak dikeluarkan dari Perbendaharaan Negara tidak memerlukan izin beliau sebagai PM dan Menteri Kewangan?

Adakah pencacai mahu PM pergi menyelam meredah banjir dan beri bantuan kepada mangsa banjir sepertimana Anwar lakukan baru dikatakan beliau buat kerja.  



Jika semua beliau mahu buat apa gunanya ada pasukan-pasukan penyelamat yang menganggotai Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negara?

Jawatankuasa inilah yang sekarang giat mengkordinasikan segala bantuan banjir tersebut dan sudah tentu akan memberi input terkini kepada Najib Razak.

Teknologi modenkan ado!

Apakah DS Najib hanya berdiam diri bersuka ria di luar negara tidak mahu dan tidak tahu langsung sebarang perkembangan dalam negara?

Televisyen satelit, streamix dan onlinekan ado?

Sudah berbulan-bulan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negara ini bermesyuarat, melakukan penyelarasan, pelbagai simulasi dan sebagainya. 


Yang paling penting sekarang ialah kecekapan penyaluran bantuan banjir oleh agensi-agensi kerajaan, tentera dan polis yang patut kita puji kerana dapat meringankan masalah mangsa-mangsa sedia ada.

Semasa krisis jawatankuasa pelbagai agensi ini juga bermesyuarat setiap 2 jam sekali untuk mencari jalan bagaimana hendak membantu mangsa banjir. 

Begitu juga kepada NGO-NGO lain dan pihak swasta yang turut serta di dalam misi kemanusian membantu mangsa banjir. Mereka semua adalah pejuang-pejuang negara.

Operasi menyelamat menggunakan bot adakalanya berisiko bila paras air terlalu tinggi hingga sukar pihak penyelamat mengenalpasti laluan selamat. Risiko terlanggar tiang lampu, pucuk pokok atau atap akan membahayakan bot-bot penyelamat.  
Kalau masih nak mengata lagi kononnya Kerajaan Pusat lemah kerana tak bantu mangsa banjir terutamanya di Kelantan, mungkin kita boleh persoalkan apa pula yang kerajaan negeri Kelantan buat untuk bantu rakyatnya?

Kawasan teruk banjir kebanyakkan siapa ADUN dan Ahli Parlimen mereka?

Mana mereka pergi, kenapa tak nampak batang hidung. Kalau datang menjenguk pun semua agensi penyelamat mahu dipersalahkan!

Masih mau berdalih tutup kelemahan dengan fatwa politik kononnya Kelantan ditimpa musibah kerana salah UMNO?

Bantuan ihsan dari UMNO dan BN...siapa Presiden UMNO/BN? Adakah beliau tak prihatin kesusahan mangsa banjir?

Kelantan ditimpa musibah kononnya negeri itu mahu dibersihkan kerana tahun depan hudud akan dilaksanakan...ini semua berkat doa Tok Guru. 

Sepatutnya bantuan tiba lebih awal dan bantuan lebih banyak tapi kerana duit royalti disekat bantuan sengaja tak disalurkan....

Nauzubillah di kala bencana inipun masih ada yang menangguk di air banjir yang keruh nak berpolitik jugak.

Golongan penabur fitnah yang panas melihat kecekapan bantuan banjir kerajaan pusat lalu menghina penjawat awam. Pihak Polis dan SKMM sila ambil tindakan kepada pemilik FB ini.

Tapi apa jasa mereka membantu rakyat ketika mangsa semua menghadapi musibah ini. Tolong sebarkan berita palsu untuk perlekeh usaha kerajaan yang membantu rakyat?

Atau hanya nak tolong sibukkan diri kononnya mereka adalah pejuang rakyat membersihkan rumah dan bagi sekampit beras selepas banjir surut dan dakwa kononnya mereka lebih prihatin membantu rakyat susah? 

Ketepikan soal politik, kita sama-sama berganding bahu menyelesaikan bencana negara luar jangka ini.

Bantuan udara adakalanya sukar dilakukan kerana cuaca buruk membahayakan penerbangan dan pendaratan. bantuan dari udara ini perlu dilakukan secara berhati-hati agar helikopter tidak terhempas.

BANJIR BESAR: KENYATAAN YAB PM MENGENAI BENCANA BANJIR MEMBUATKAN PENCACAI BERTAMBAH SASAU...

Posted: 25 Dec 2014 01:24 AM PST


Saya telah dimaklumkan bahawa keadaan banjir di beberapa negeri kini semakin teruk dengan jumlah mangsa yang dipindahkan di sesetengah kawasan meningkat dengan mendadak.
Saya telah berhubung dan berbincang dengan YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin, Timbalan Perdana Menteri selaku Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negara bagi mempertingkatkan lagi usaha membantu mangsa-mangsa banjir terutama di kawasan yang terjejas teruk dan berisiko tinggi. Saya telah meminta YAB Timbalan Perdana Menteri mempertingkatkan lagi operasi penghantaran bantuan berupa makanan berikutan wujudnya kesukaran untuk sampai ke kawasan banjir tertentu.
Saya diberitahu antara punca utama usaha memindahkan mangsa-mangsa banjir dan penghantaran barang makanan agak sukar dilakukan di sesetengah tempat adalah disebabkan paras air yang sangat tinggi, arus deras yang merbahaya untuk kenderaan dan bot penyelamat di samping ada pusat pemindahan yang turut ditenggelami air.



Saya juga diberitahu, usaha penghantaran bantuan menerusi helikopter terganggu berikutan cuaca buruk yang menyukarkan penerbangan dilakukan. Terdapat juga di kawasan tertentu helikopter tidak dapat mendarat untuk menurunkan bantuan berikutan tiada lokasi sesuai berhampiran pusat pemindahan.
Saya percaya dan yakin pasukan penyelamat kita yang terdiri daripada pelbagai agensi kerajaan dan anggota sukarelawan sedang bertungkus lumus untuk memberikan bantuan yang terbaik termasuk mencari ikhtiar untuk sampai juga ke lokasi pemindahan yang sukar bagi menyalurkan segala bantuan yang ada.
Apapun kerajaan akan memastikan agar segala usaha dilakukan bagi membantu semua mangsa menghadapi banjir yang begitu mencabar pada tahun ini.
Dato' Sri Mohd Najib 
25 Disember 2014

Anggota TLDM juga turut membantu menyelamat mangsa banjir di Sungai Isap Pahang. Koordinasi yang baik memudahkan tugasan menyelamat. Kalau setakat tuduh dan bising-bising jer kerja tak jalan.
Komen kami laaa...
Sekarangkan zaman teknologi moden dari jauh kita boleh berkomunikasi dengan internet, telefon satelit, facebook, email, whatsapp, telegram bahkan melalui radio satelit.

Lawatan YAB PM ke pusat pemindahan banjir di Sekolah Gudang Rasau di Kuantan Sabtu, 20 Disember lalu.

Jika dalam peperangan apabila sesuatu arahan dikeluarkan oleh seseorang komander, maka para tentera boleh bertindak mengikut arahan.
Arahan ini perlu dipatuhi dan dijalankan segera. Arahan tidak sama dengan cakap-cakap kosong. 
Beberapa hari sebelum itu YAB PM telah melawat beberapa pusat banjir di Pahang sebelum menyerahkan tugasan dan arahan selanjutnya kepada para pegawai dan menteri yang teribat dalam mengkordinasi bencana luar biasa ini.

Lawatan YAB PM ke pusat pemindahan di kampung Lamir, Pekan Pahang pada Rabu, 10 Disember lalu. Kordinasi yang baik antara agensi memudahkan proses pemindahan dan pemberian bantuan kepada mangsa-mangsa banjir. 
Para menteri, pegawai dan jentera sentiasa bersedia melakukan yang terbaik bagi memastikan kelancaran bantuan.Masing-masing dah ada peranan. 
Tak perlulah jadi seperti sesetengah orang bercuti sakan di luar negara, tempat banjir sendiri tak jaga sebaliknya menyalahkan sistem perparitan dan usaha agensi penyelamat lain konon tak buat kerja.

Lawatan YAB di Kampung Lamir, Pekan meninjau mangsa-mangsa banjir sebelum mereka dipindahkan.
Lawatan ke pusat pemindahan banjir di Kampung Lamir, Pekan


Tinjauan banjir oleh YAB PM. Dari tinjauan ini keputusan menyalurkan bantuan dikoordinasikan oleh semua jentera dan agensi yang terlibat. 




APANAMA

0

Posted by Unknown | Posted on 11:23 PTG | Posted in

sumber :-

APANAMA


From Perth to Hawaii - Is Najib heading in Pak Lah's direction?

Posted: 24 Dec 2014 11:47 PM PST

Gaya Peneroka

0

Posted by Unknown | Posted on 11:02 PTG | Posted in

sumber :-

Gaya Peneroka


Semua Negara Muslim & Barat Menolak 6 Bekas Banduan Guantanamo

Posted: 25 Dec 2014 08:45 AM PST

Kelihatan 6 bekas banduan Guantanomo berjalan dengan santai dan bebas di Uruguay.
 Farah Pahlawan
Banduan-banduan yang beragama Islam ini yang ditahan, dipenjara dan diseksa bertahun-tahun di Guantanamo di bebaskan atas kekurangan bukti. Malangnya, tiada sebuah pun negara Islam yang sanggup menerima mereka, apatah lagi negara Barat yang lain.
Di Uruguay, Presiden negaranya yang sangat sederhana yang bernama Jose Mujica, yang menerima bayaran gaji sebanyak $300 seminggu yang tinggal di rumah yang lama dan memandu kereta Beetle yang berusia 27 tahun dan bukan beragama Islam. Menerima 6 banduan yang tidak bersalah yang di bebaskan dari penjara Guantanamo minggu ini.
Abedlhadi Omar Faraj, kiri, and Adel bin Muhammad El Ouerghi from Tunisia, kanan, menibarkan bendera Uruguay dari balkoni tempat tinggal mereka.
 Banduan-banduan ini dihantar oleh Amerika dengan keadaan ditutup mata, digari tangan dan dipasang rantai kaki menaiki pesawat. Sebaik sahaja tiba di Uruguay, Presidennya (yang pernah diseksa dan ditahan selama 13 tahun oleh pemerintahan diktator sebelum ini) mahukan banduan-banduan ini keluar dari pesawat dalam keadaan yang bermaruah.
Presiden mengarahkan semua penutup mata, gari tangan dan rantai kaki ditanggalkan, dan apabila banduan-banduan ini berjalan keluar dari pesawat, mereka disambut dengan sorakan gembira dan dipeluk oleh rakyat-rakyat Uruguay. Mereka juga diberikan tempat tinggal, dan tawaran kerja dari orang awam untuk memulakan hidup baru mereka.
Ini bertepatan dengan ayat Quran "Inna Ma'al 'Usri Yusra" (Sesungguhnya setelah kesulitan ada kemudahan) – Surah Al-Inshirah (94)

Semoga Allah memberi ganjaran dan rahmah beserta hidayah kepada negara Uruguay, juara hak asasi manusia dan terutamanya kepada Presidennya Mujica, Raja Najasyi di zaman baru.

RAKYAT MARHAEN

0

Posted by Unknown | Posted on 9:44 PTG | Posted in

sumber :-

RAKYAT MARHAEN


Selangor batal sambutan Tahun Baru, RM1.5juta bantuan untuk mangsa banjir

Posted: 25 Dec 2014 08:29 PM PST

Selangor memutuskan membatalkan sambutan Tahun Baru 2015 serta Te‎masya Selangor 15 sebagai tanda simpati kepada rakyat di negeri-negeri pantai timur yang menderita bencana banjir, kata Mohamed Azmin Ali.

Menteri besar Selangor itu berkata, keputusan dibuat bagi menjimatkan perbelanjaan kerajaan negeri Selangor. "Kerajaan negeri Selangor mengarahkan Majlis Bandaraya Shah ‎Alam (MBSA) untuk membatalkan program Jom Heboh anjuran TV3 yang dijadualkan pada 27 dan 28 Disember di I-City, Shah Alam atas prinsip sama," katanya pada sidang media di Bangunan Setiausaha Kerajaan (SUK), di Shah Alam hari ini. 

Menurut Azmin, sebagai tanda simpati Selangor juga meluluskan RM1 juta untuk kerajaan Kelantan; RM100 ribu ‎masing-masing untuk negeri Terengganu, Pahang, dan Perak. Sejumlah RM200,000 juga ‎bagi Misi Bantuan Kemanusiaan yang dikendalikan Exco Kesihatan, Kebajikan, Hal Ehwal Wanita dan Keluarga melalui Pertubuhan Misi Bantuan Kemanusiaan Selangor (Pantas). Beliau bersama delegasi juga akan turun ke Kelantan hari ini untuk menyampaikan bantuan‎.

Lamanweb pro-Umno tampil pertahan PM cuti bersama Obama

Posted: 25 Dec 2014 08:25 PM PST

Di sebalik kritikan kuat terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak ekoran gambar bermain golf dengan Presiden Amerika Syarikat Barack Obama di Hawai, ketika banjir melanda negara, blog pro-Umno pula tampil mempertahan.

Blog MyKMU.net dalam satu tulisannya, menyiarkan sekeping gambar menunjukkan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama Isterinya Datuk Seri Dr Wan Azizah di New Zealand.

"Azizah adalah ADUN Kajang. Kajang dinaiki air dua hari berturut-turut.

"Tapi jangan kata tubuhnya, bayang kipas Azizah pun tak nampak," katanya merujuk kipas Cina yang sering dipegang presiden PKR itu.

Menurut blog itu, sebelum bertemu Obama, Najib sudah terlebih dahulu melawat mangsa banjir di kawasan parlimennya di Pekan pada 20 Disember lepas.

"Pendek kata, Najib dahulu rakyat dari kayu golf dan Obama yang dijadikan isu sangat oleh penyokong pembangkang tu," katanya.

Jumlah mangsa di Pahang naik mendadak, Kelantan menurun lebih 103 ribu dipindahklan

Posted: 25 Dec 2014 07:39 PM PST


Mangsa banjir di Kelantan, Terengganu, Pahang dan Perak berjumlah 103,649 orang pagi ini dengan Pahang menunjukkan peningkatan mendadak mereka yang dipindahkan ke pusat pemindahan manakala Kelantan mencatatkan sedikit penurunan.

Pahang paling teruk terkesan apabila jumlah mangsa banjir meningkat secara mendadak pagi ini kepada 35,736 berbanding 28,578 orang semalam. Jumlah itu membabitkan 9,094 keluarga dari lapan daerah yang terjejas, menurut jurucakap Bilik Gerakan Banjir Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang.

 Kuantan mencatatkan jumlah mangsa paling tinggi dengan 19,924 orang daripada 5,343 keluarga yang ditempatkan di 44 pusat pemindahan. Jerantut merekodkan 4,723 mangsa pemindahan, Lipis (2,763), Maran (2,711), Temerloh (2,661), Pekan (2,266), Rompin (411) dan Bera (277).

Di Kelantan, keadaan banjir menunjukkan perubahan dengan jumlah keseluruhan mangsa banjir sedikit menurun iaitu kepada 32,079 orang pagi ini berbanding 34,955 orang malam tadi. Keadaan di enam jajahan bertambah baik apabila jumlah penduduk yang dipindahkan mula berkurangan termasuk di Kota Baru apabila hanya 1,198 masih berada di pusat pemindahan berbanding 3,231 semalam.

Angka mangsa banjir juga menurun di Tanah Merah dengan sebanyak 3,546 orang masih berada di pusat pemindahan berbanding 3,840 semalam, Pasir Mas (6,679 berbanding 7,237), Gua Musang (5,150 berbanding 7,385), Tumpat (5,005 berbanding 5,803) dan Pasir Puteh (192 berbanding 193).

Bagaimanapun keadaan bah di tiga lagi jajahan semakin buruk pagi ini terutamanya di Kuala Krai dengan jumlah mangsa banjir meningkat kepada 5,200 berbanding 4,864 orang semalam. Mangsa banjir di Machang turut bertambah kepada 4,039 berbanding 1,133 manakala Jeli meningkat kepada 1,430 daripada 1,269 orang malam tadi. – Bernama

Banjir Besar: Himpunan tuntut harga minyak RM1.90 ditangguh

Posted: 25 Dec 2014 07:36 PM PST

Jawatankuasa penganjur Himpunan Tuntut Harga Minyak RM1.90 memutuskan untuk menangguhkan perhimpunan itu kepada satu tarikh yang akan dimaklumkan kelak ekoran bencana banjir yang sedang melanda negara.

"Bagaimanapun, kami menagih janji yang telah dibuat oleh timbalan menteri kewangan yang menyebut bahawa harga minyak akan turun di bawah RM2.00 pada 1 Januari 2015.

"Sekiranya harga RON95 tidak diturunkan sehingga RM1.90, kami tidak teragak-agak untuk melancarkan bantahan besar-besaran nanti," kata pengerusi TURUN, Azan Safar dalam satu kenyataan hari ini.

Jawatankuasa penganjur sebelum ini merancang mengadakan perhimpunan itu di Dataran Merdeka pada ambang Tahun Baru.

Azan juga menuntut supaya semua sambutan ambang tahun baru dibatalkan sebagai tanda solidariti kepada mangsa banjir.

Oleh itu beliau menggesa supaya program Malam Cinta Rasul yang dianjurkan di Dataran Merdeka serta sambutan-sambutan di peringkat kerajaan negeri dibatalkan.

Semalam, Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata program sambutan Ambang Tahun Baru 2015 di Putrajaya pada 31 Disember dibatalkan sebagai tanda simpati terhadap mereka yang terjejas banjir.

Read More / Baca Lagi >>

Doktor terkandas dalam banjir ucap 'selamat bercuti' pada PM

Posted: 25 Dec 2014 07:07 PM PST

Semalam, seorang doktor di sebuah klinik kerajaan di Badang memuatkan posting mengenai keadaan terdesak di kliniknya yang beliau dakwa terputus hubungan akibat banjir dan tidak mendapat apa-apa bekalan.

"Oh ya, saya ingin mengucapkan selamat bercuti kepada perdana menteri kita di Hawaii sementara cuti kami semua telah dibekukan dan berkorban nyawa demi rakyat tercinta."

Bencana Banjir - Azmin Ali

Posted: 25 Dec 2014 06:42 PM PST

26 Disember 2014

Mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) Khas yang bermesyuarat pada pagi ini telah mengambil maklum situasi banjir di Pantai Timur Semenanjung Malaysia khususnya di Negeri Kelantan, Terengganu, Pahang dan juga Negeri Perak. Sehingga malam semalam, dilaporkan seramai 98,596 orang daripada 25,725 keluarga telah dipindahkan ke 1,078 buah Pusat Pemindahan Banjir ; 35,331 orang daripada 9,918 keluarga di Kelantan, 29,604 daripada 7,317 keluarga di Terengganu 28,578 daripada 7,244 keluarga di Pahang dan 5,083 orang daripada 1,246 keluarga di Perak.
Kerajaan dan rakyat Negeri Selangor amat bersimpati dengan mangsa – mangsa banjir dan keluarga masing – masing yang menanggung kesusahan dan mengalami kerosakan harta benda akibat bencana banjir yang disifatkan paling buruk dalam tempoh 43 tahun.
Kami memohon doa ke hadrat Allah SWT agar cuaca bertambah baik dalam masa terdekat dan semua yang terkesan dengan bencana ini berada dalam keadaan selamat. Kami juga memohon semoga rakyat di Negeri Kelantan, Terengganu, Pahang dan Perak bersabar dan tabah menghadapi musibah dan agar keselamatan dan kesejahteraan rakyat terus dilindungi dan dipelihara Allah SWT.
Saya telah berbincang dengan YB Dato' Seri Anwar Ibrahim, Penasihat Ekonomi Negeri Selangor bagi meneliti langkah – langkah yang perlu diambil dalam membantu negeri – negeri yang terlibat.
Saya juga telah menghubungi YB Datuk Paduka Husam Musa bagi menyampaikan hasrat Kerajaan Negeri Selangor untuk bersama – sama Kerajaan Negeri Kelantan dalam situasi yang getir pada masa ini.
Sebagai tanda simpati Kerajaan Negeri Selangor, MMKN telah meluluskan sejumlah RM 1 juta untuk Kerajaan Negeri Kelantan ; RM 100 ribu masing – masing untuk Kerajaan Negeri Terengganu, Kerajaan Negeri Pahang dan Kerajaan Negeri Perak.
Kerajaan Negeri Selangor juga menyediakan peruntukan RM 200 ribu bagi Misi Bantuan Kemanusiaan yang akan diselaraskan oleh YB Dr. Daroyah Alwi, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kesihatan, Kebajikan, Hal Ehwal Wanita dan Keluarga melalui Pertubuhan Misi Bantuan Kemanusian Selangor (PANTAS) yang akan turun bagi memberi khidmat bantuan dan khidmat kemanusiaan.
Untuk program pasca bencana banjir, Kerajaan Negeri Selangor telah bersetuju untuk memberikan khidmat kerja – kerja pembersihan kawasan banjir dengan penglibatan semua Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Negeri Selangor.
Read More / Baca Lagi >>

Najib, Pelancong Paling Murung di Pulau Hawaii...

Posted: 25 Dec 2014 06:20 PM PST

Ketika semua orang bergembira dan berwajah cerita ketika berada di Hawaii, Perdana Menteri, Najib Razak mungkin menjadi orang paling murung dan kacau jiwanya di pulau peranginan waktu ini.

Pemergiannya bercuti yang agak rahsia itu hanya terdedah apabila The Washington Post menyiarkan berita beliau bermain golf bersama Presiden Amerika, Barack Obama.

Berita itu yang disiarkan ketika banjir paling buruk melanda negeri-negeri pantai timur akhirnya bertukar menjadi serangan yang menyakitkan dalam percutian seorang Perdana Menteri.

Selain ramainya yang memintanya agar balik segera, yang lain pula mempertikaikan kewajarannya meneruskan percutian di kala bencana dan musibah melanda manakala rakyat diulit derita dan sengsara.

Memang agak malang apabila seorang Perdana Menteri tiada dalam negara ketika banjir sedang melanda. Walaupun kehadirannya tidak mungkin menyebabkan hujan dan banjir surut tiba-tiba, tetapi dalam kes banjir yang terburuk dan luar biasa ini, kehadiran Perdana Menteri bersama-sama rakyat memberi nilai yang sangat bermakna sebenarnya.

Ia bukan saja menunjukkan keprihatinan tetapi kehadiran Najib dengan kuasanya sebagai Perdana Menteri mampu menyelesaikan banyak perkara. Lagi pula, dengan adanya Perdana Menteri turun padang bersama, orang lain boleh berfikir lebih cergas untuk menyelesaikan masalah bersama-sama.

Sebab itu, ramai pemimpin dunia bersama rakyat ketika bencana. Obama sendiri kerap bersama rakyatnya dan tidak ke mana-mana ketika ribut taufan melanda negaranya. Presiden Korea Selatan juga membatalkan semua lawatannya ke luar negara apabila musibah feri karam berlaku baru-baru ini.

Najib sendiri, ketika musibah MH370 dan MH17 turut kerap menghabiskan masa dengan keluarga mangsa. Nilai kehadiran pemimpin bersama rakyat yang sedang derita tentulah tidak sukar untuk difahami oleh Najib sebenarnya.
Read More / Baca Lagi >>

Najib tidak perlu hantar bunga emas kepada Obama

Posted: 25 Dec 2014 06:18 PM PST

Najib juga tidak perlu minta ampun atau mendapat persetujuan Obama untuk memerintah negara

PETALING JAYA: Wartawan Veteran, Datuk Abdul Kadir Jasin mendakwa kunjungan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ke luar negara adalah untuk meminta ampun setelah beliau dibelasah oleh diplomat dan media massa Amerika kerana membatalkan cadangan beliau memansuhkan Akta Hasutan.
The Washington Post semalam melaporkan, Najib antara empat orang termasuk Joe Paulsen dan Mike Brush, bermain golf bersama Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama di pengkalan Marine Corps, Kanehoe Bay.
Tulisan terbaru bekas Ketua Pengarang Kumpulan News Strait Times dalam entri terbaru kadirjasin.blogspot.com. berkata Najib tidak perlu minta ampun atau minta persetujuan Obama atau mana-mana pemimpin dunia untuk memerintah negara.
"Apakah zaman menghantar bunga emas kepada kuasa besar berulang semula?," katanya.
Berhubung situasi banjir sekaran, Kadir memetik beita BERNAMA yang melaporkan bahawa 90,250 orang telah dipindahkan akibat banjir besar di Kelantan, Terengganu, Pahang, Perak dan Perlis.
Tambahnya, daerah Kemanan juga sudah ditenggelami banjir. Seramai 32,343 di Kelantan diikuti Terengganu (28,991), Pahang (24,316), Perak (4,335) and Perlis (265).
Menurut kaporan tersebut, banjir kali ini merupakan yang paling teruk di Kelantan dalam ingatan. Banjir paling teruk sebelum ini berlaku di Lembah Kelang pada tahun 1971.
Read More / Baca Lagi >>

Harga minyak rendah, ringgit lemah boleh jejas ekonomi, kata Dr Mahathir

Posted: 25 Dec 2014 06:11 PM PST

Kejatuhan harga minyak dan ringgit yang lemah boleh menjejaskan ekonomi Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad memberi amaran, menyangkal percubaan Putrajaya untuk menenangkan kebimbangan rakyat dalam beberapa minggu yang lalu.

Bekas perdana menteri itu, yang melalui dua krisis ekonomi sepanjang 22 tahun menerajui negara, kini adalah pengkritik terbaru terhadap pentadbiran Datuk Seri Najib Razak yang sedang berusaha untuk tidak menghebohkan kejatuhan harga komoditi dan kesannya ke atas ekonomi dunia.

"Dengan hanya mengandaikan kita kebal terhadap penurunan harga besar-besaran dan meluas hampir semua bahan mentah dan barangan yang kita hasilkan untuk kegunaan dan eksport, tidak mencerminkan pemahaman kita yang mendalam tentang masalah kita hadapi.

"Kita ialah sebuah negara perdagangan dan perubahan yang memberi kesan kepada pasaran dunia mesti sedikit sebanyak memberi kesan kepada kita," tulisnya dalam posting terkini di blog popularnya chedet.cc.

Kritikan terbaru Dr Mahathir juga dibuat selepas mengadakan pertemuan dengan Najib pada Sabtu lalu bagi membincangkan kebimbangan beliau terhadap dana pelaburan strategik 1Malaysia Development Bhd (1MDB), yang melambatkan pembayaran balik pinjaman walaupun mempunyai simpanan tunai yang disimpan di Kepulauan Cayman.

Sejak beberapa minggu lepas, anggota Kabinet cuba meyakinkan rakyat Malaysia yang tren harga minyak dan nilai ringgit sekarang tidak meninggalkan kesan besar terhadap ekonomi negara. Sekurang-kurangnya 30% daripada hasil negara datang dari sumber minyak.

Read More / Baca Lagi >>

Setelah 6 bulan, belum ada keputusan rayuan kes Altantuya

Posted: 25 Dec 2014 06:08 PM PST


Semalam genap enam bulan sejak rayuan pihak pendakwaan terhadap pembebasan dua anggota polis Unit Tindakan Khas, ketua inspektor Azilah Hadri dan Koperal Sirul Azhar Umar, didengar di Mahkamah Persekutuan dalam kes yang melibatkan kematian Altantuya Shaariibuu.
 
Bagaimanapun, belum ada keputusan oleh panel lima anggota yang diketuai Ketua Hakim Negara Tun Arifin Zakaria yang mendengarnya di mahkamah tertinggi negara itu.
 
Ini telah disahkan oleh Timbalan Peguamcara 1 Tun Abdul Majid Tun Hamzah, dan peguam Hazman Ahmad dan J Kuldeep Kumar yang mewakili Azilah dan Hasnal Rezua Merican yang mewakili Sirul.
 
"Sehingga kini, tiada tarikh ditetapkan," kata Tun Majid kepada Malaysiakini. Para peguam lain juga bercakap dengan Malaysiakini pada masa yang berlainan minggu ini.
 
Secara umumnya, hakim diberikan tempoh sehingga tiga bulan untuk menulis penghakiman mereka.
Read More / Baca Lagi >>

Khairudin sifatkan kenyataan Pengerusi 1MDB sangat ‘bodoh’

Posted: 25 Dec 2014 06:05 PM PST

Tindakan Lodin juga akan menambahkan lagi kemarahan rakyat melibatkan isu 1MDB yang berlaku dalam negara ini.
Khairuddin Abu Hassan lodinPETALING JAYA: Naib Ketua UMNO Bahagian Batu Kawan, Datuk Sri Khairudin Abu Hassan menyelar tindakan Pengerusi Lembaga Pengarah 1Malaysia Development Berhad (1MDB), Tan Sri Datuk Seri Lodin Wok Kamaruddin yang menyifatkan isu yang berlaku dalam 1MDB langsung tidak mempunyai kaitan dengan kerajaan dan rakyat.
Menurut beliau, kenyataan tersebut jelas sekali menunjukkan kebodohan dan sikap tidak bertanggungjawab seorang ketua yang bertaraf Pengerusi Lambaga dalam menerajui sesebuah syarikat.
"Saya harap beliau sedar akan kenyataan beliau itu dan memohon agar tidak memperbodohkan rakyat jelata. Apakah ini cara Pengerusi 1MDB memberi justifikasi mengenai kemelut 1MDB masa kini?" katanya dalam kenyataan kepada media.
Jelasnya, tindakan Lodin juga akan menambahkan lagi kemarahan rakyat melibatkan isu 1MDB yang berlaku dalam negara ini.
"Bolehkah kita katakan pinjaman 1MDB yang dijamin pihak kerajaan tiada kaitan dengan kerajaan serta rakyat?Bagaimana dengan tanah- tanah kerajaan yang diberikan pada 1MDB dengan harga premium juga tiada kaitan di antara 1MDB, kerajaan serta rakyat?" soal beliau lagi.
Pada masa yang sama, beliau berkata sehingga kini Lodin masih masih tidak menjawab persoalan yang dilontar berhubung 1MDB dan menggesa supaya Pengerusi 1MDB membuat kenyataan yang bernas dan ilmiah supaya tidak merosakkan imej syarikat serta kerajaan.
Read More / Baca Lagi >>

Bersatu, pertahan Sheikh Dr Yusuf al-Qaradawi

Posted: 25 Dec 2014 05:58 PM PST

Dr Dzulkefly Ahmad

GENAP setahun Maulana Abdul Kader Mulatlah, Setiausaha Agung Jamati Islami Bangladesh syahid di tali gantung akibat hukuman zalim Mahkamah Internasional di Bangladesh.

Untuk ingatan, sejak tahun 2010 lagi Perdana Menteri Hasina Wajed membentuk Mahkamah Internasional berkenaan isu kejahatan perang Bangladesh untuk mengadili mereka yang dituduh melakukan kejahatan semasa perang 1971. Namun pengadilan itu telah dikritik luas kerana menjadikan lawan politiknya mangsa dan sasaran dan bertindak tanpa melibatkan pengawasan PBB.

Hukuman penjara seumur hidup pada Februari berubah menjadi hukuman mati pada Disember 2013. Perubahan hukuman terhadap Abdul Kader Mullah berpunca dari protes golongan sekular yang menganggap keputusan asal terhadapnya terlalu ringan dan mendesak hukuman lebih berat dikenakan.

Human Rights Watch yang berpusat di New York sebelum itu mengatakan prosedur hukuman yang digunakan oleh mahkamah itu tidak memenuhi standard internasional.

Jelasnya ia satu momokan terhadap sistem keadilan, apabila disabitkan kesalahan dengan fakta yang meragukan dan penuh dengan sentimen politik dalaman Bangladesh.

Nah, kini umat Islam berdepan dengan satu lagi episod pemangsaan zalim dan kali ini terhadap ulama tersohor, Prof Dr Syeikh Yusuf Abdullah Al-Qaradawi.

Langkah Interpol mengeluarkan waran tangkap terhadap beliau kerana didakwa terbabit dengan kegiatan kumpulan Ikhwanul Muslimin yang diharamkan kerajaan Mesir menampakkan penguasa politik dunia yang sangat ringan terhadap sensitiviti Umat Islam, bahkan bersedia bersekongkol dengan rejim diktator As-Sisi.

Read More / Baca Lagi >>

Banjir: Cuaca, arus deras sukarkan operasi bantuan

Posted: 25 Dec 2014 05:55 PM PST

Antara kawasan yang ditenggelami air di sekitar Manek Urai pada kejadian banjir di sekitar Kelantan, hari ini. - Foto Bernama 
Antara kawasan yang ditenggelami air di sekitar Manek Urai pada kejadian banjir di sekitar Kelantan, hari ini. 
 
KEMAMAN - Anggota penyelamat dari Angkatan Tentera Darat (ATD) terpaksa berdepan cuaca buruk dan arus air yang deras untuk operasi bantuan kepada mangsa banjir di Kelantan.
  
Panglima Medan Tentera Darat, Leftenan Jeneral Datuk Seri Zulkiple Kassim berkata, ekoran bencana itu banyak kawasan yang terputus hubungan dan menyukarkan pasukan penyelamat terutamanya untuk memberikan bantuan yang diperlukan secepat mungkin.
  
"Contohnya di Manik Urai, memang kita tidak dapat masuk ke kawasan tersebut menerusi jalan darat dan faktor cuaca yang tidak mengizinkan menyebabkan bantuan menerusi udara juga tidak dapat dilakukan.
  
"Mungkin ada yang tidak memahami kesulitan yang kita lalui dan terus mengeluarkan dakwaan kita tidak melakukan operasi bagi menghantar bekalan makanan dan sebagainya," katanya ketika melakukan tinjauan banjir di sekitar Kemaman hari ini.
  
Read More / Baca Lagi >>

Terdapat kelemahan dalam pengurusan bantuan - Mustapa Mohamed

Posted: 25 Dec 2014 04:39 PM PST

KUALA KRAI: Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed mengakui terdapat kelemahan dalam menguruskan bantuan dan penyelamatan mangsa banjir di Kelantan.

Menurutnya biarpun segala persiapan dalam kertas berjalan lancar, namun apabila berdepan dengan situasi sebenar seperti banjir yang melanda Kelantan kali ini, timbul pelbagai rintangan dan masalah yang tidak dapat diatasi.

Untuk itu Mustapa menjelaskan, perkara ini akan dilihat secara menyeluruh termasuk kelemahan yang ada.

Katanya dalam sesuatu kordinasi pengurusan bencana seperti ini, arahan yang tepat dan cepat yang dipimpin oleh orang berpengalaman amat penting.

"Dalam keadaan yang serius ini, kita kena ada komander yang mampu uruskan yang merentasi pelbagai jabatan," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melawat sekolah kebangsaan Banggol Guchil di sini yang menempatkan lebih 2,000 mangsa banjir dari kampung berhampiran.

Mustapha berkata demikian ketika ditanya mengenai kelemahan pengurusan bantuan bencana sehingga menimbulkan kemarahan mangsa banjir yang lewat menerima bantuan.
                         
Katanya banjir kali ini disifatkan luar biasa dan lebih besar berbanding sebelumnya dan sudah tentu ianya akan menimbulkan sedikit kelemahan untuk mengordinasikan bantuan.
Read More / Baca Lagi >>

Jambatan Sultan Yahya Petra 2 bergegar, ditutup kepada semua lalulintas

Posted: 25 Dec 2014 04:24 PM PST

Struktur Jambatan Sultan Yahya Petra Dua beralih dari tiang berikutan arus deras sungai dalam kejadian banjir paling buruk di Kelantan hari ini
Struktur Jambatan Sultan Yahya Petra Dua beralih dari tiang berikutan arus deras sungai dalam kejadian banjir paling buruk di Kelantan hari ini
 
Suatu yang mengejutkan apabila Jambatan Sultan Yahya Petra Dua yang menghubungkan Pasir Pekan, Tumpat ke Kota Bharu terpaksa ditutup kepada semua lalu lintas berikutan berlaku gegaran dan anjakan pelantaiannya dari tiang.
Kejadian itu berpunca dari arus deras Sungai Kelantan yang naik secara mendadak sejak lima hari lalu dan kemuncaknya petang ini.
Jambatan sepanjang dua kilometer yang dibina pada Jun 2007 dan dibuka kepada untuk laluan Oktober tahun lalu itu dibina dengan kos kira-kira RM180 juta.
Kejadian air sungai melimpah jambatan itu sehingga ditutup kepada semua jenis kenderaan dianggap sebagai sejarah paling buruk banjir melanda Kelantan tahun ini.
Jambatan baharu itu dibina secara gabungan dengan jambatan asal berusia 47 tahun itu, menjadikan laluan dari Tumpat ke Kota Bharu empat lorong, sekali gus melancarkan aliran trafik untuk kedua-dua bandar berkenaan.
Read More / Baca Lagi >>

Banjir: 4 hari terperangkap tanpa makanan

Posted: 25 Dec 2014 04:23 PM PST

"Setakat ni selamat belaka...cuma bekalan makanan air serta lilin yang sangat diperlukan...tak ada bot masuk tengok pun mungkin sebab seluruh...." Itu sebahagian mesej disampaikan seorang daripada 14 mangsa yang terperangkap di Kolej Vokasional Kuala Krai, Kelantan, sejak empat hari lalu.

Nur Atirah Mahmad Mahyidin, 18, ketika dihubungi wartawan Sinar Harian di sini, memaklumkan antara yang terperangkap ialah kakaknya, Norakmal Mahmad Mahyidin, 42, (guru di Sekolah Kebangsaan Telekong, Kuala Krai) bersama suami, Ahmad Mukhadzir Mohd Zain, 47 (warden asrama di Kolej Vokasional Kuala Krai) serta empat daripada tujuh anak mereka.

Menurutnya, turut terperangkap ialah adik abang iparnya sekeluarga yang terkandas dalam perjalanan pulang ke Kuala Lumpur akibat banjir di Gua Musang.

"Yang membimbangkan kami adalah mereka terperangkap tanpa bekalan elektrik, makanan serta minuman di tingkat tiga, iaitu tingkat teratas bangunan asrama di kolej itu dan kini berada dalam keadaan tidak bermaya.

"Lebih membimbangkan adalah kedua-dua lelaki dewasa dan paling kuat antara mereka iaitu abang ipar saya serta adiknya kini demam. Kini hanya kakak saya dan birasnya menjadi harapan mereka," katanya, semalam.

Read More / Baca Lagi >>

Banjir: Operasi perpindahan menyayat hati

Posted: 25 Dec 2014 04:22 PM PST

TUMPAT –  Operasi pemindahan mangsa banjir di sekitar daerah ini diselubungi peristiwa menyayat hati apabila seorang warga emas menemui ajal dalam usaha pasukan keselamatan memindahkannya ke tempat selamat.

Peristiwa berkenaan berlaku pada jam 8.30 pagi semalam, selepas rumah mangsa, Yasin Salleh di Kampung Besut, di sini, dilanda banjir dan dia disahkan meninggal dunia akibat serangan penyakit asma.

Anak mangsa, Rozita memberitahu, ayahnya diserang asma secara tiba-tiba ketika dipapah masuk ke dalam bot penyelamat yang menunggu di halaman rumah mereka.

"Ayah sesak nafas secara tiba-tiba ketika itu dan bot penyelamat terus bergerak untuk membawanya ke tempat selamat.

"Bagaimanapun, kami terpaksa reda dengan ketentuan ALLAH SWT, apabila ayah menghembuskan nafas terakhirnya di sisi keluarga dalam bot berkenaan," katanya.

Akibat jalan perhubungan darat terputus, maka bot terpaksa digunakan untuk membawa keluar mayat mangsa sebelum dibawa menaiki trak Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) Tumpat.
Read More / Baca Lagi >>

Banjir: Jambatan Sultan Yahya Petra ditutup

Posted: 25 Dec 2014 03:38 PM PST

Permandangan dari udara Bandar Kota Baharu yang ditenggelami air akibat limpahan air Sungai Kelantan di Kota Bharu semalam. - Foto Bernama 
KOTA BHARU - Jambatan Sultan Yahya Petra yang menghubungkan bandar ini dengan Pasir Pekan di Tumpat, kini ditutup kepada semua lalu lintas berikutan paras air di Sungai Kelantan sudah meningkat melepasi jambatan itu.
Ketua Polis Daerah Kota Bharu Asisten Komisioner Rohaimi Md Isa berkata ia ditutup kerana keadaan itu berbahaya kepada pengguna.
"Ia ditutup kepada semua jenis kenderaan," katanya ketika dihubungi di sini, semalam.
Tinjauan Bernama mendapati beberapa kawasan di sekitar Kota Baharu dinaiki air sejak semalam berikutan banjir buruk yang melanda negeri ini terutama di kawasan Ulu Kelantan iaitu Gua Musang dan Kuala Krai.
Air dari kawasan berkenaan sedang mengalir ke arah Utara Kelantan iaitu jajahan Kota Bharu. - Bernama

Lebih baik guna duit program selawat bantu mangsa banjir, kata Saifuddin

Posted: 25 Dec 2014 03:37 PM PST


Selepas Perbadanan Putrajaya dan Ambank Group mengumumkan pembatalan konsert sempena sambutan tahun barunya bagi menghormati musibah yang menimpa mangsa banjir, program selawat besar-besaran di Dataran Merdeka pula jadi sasaran.
Bekas timbalan menteri Datuk Saifuddin Abdullah berkata, peruntukan untuk menganjurkan program yang dinamakan Malam Cinta Rasul itu, dijadualkan bermula pukul 9 malam 31 Disember ini, lebih baik disalurkan bagi membantu mangsa banjir.
"Selawat itu bagus. Tapi kalau duit untuk belanja majlis selawat besar-besaran diguna bantu mangsa banjir, mungkin lebih bagus," katanya menerusi akaun Twitternya @saifuddinabd hari ini. 
Tulisannya itu menerima komen daripada pengikut tweetnya yang menyatakan sokongan kepada cadangan tersebut. Majlis itu anjuran Yayasan Pendidikan Cheras (YPC) dengan kerjasama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP), TV Alhijrah dan Pertubuhan Kebajikan dan Rekreasi Richworks Group Sdn Bhd (Richwell).
Ia bakal menampilkan pendakwah popular Indonesia, Habib Syech Abdul Qodir As Seggaf dan Habib Ali Zaenal Abidin dan dijangka menarik kehadiran lebih 100,000 umat Islam terutama golongan muda.
Program tersebut dijadualkan berakhir kira-kira jam 11.45 malam bagi membolehkan orang ramai menanti detik 12 tengah malam bagi menyertai bacaan doa sempena tahun baru.
Pengerusi YPC, Datuk Seri Syed Ali Alhabshee berkata, pihaknya turut menjemput barisan pimpinan negara bersama menghadiri program istimewa itu.
Read More / Baca Lagi >>

Banjir: Hospital Kuala Krai bergelap

Posted: 25 Dec 2014 03:34 PM PST

Hospital Kuala Krai bergelapKUALA LUMPUR: Seorang pakar bius terpaksa memberi rawatan "intubation" (bius melalui hidung) kepada seorang bayi dalam gelap untuk menyelamatkan nyawanya selepas generator di Hospital Kuala Krai kehabisan minyak hari ini.

Ini merupakan pengalaman yang menakutkan seperti dinyatakan melalui mesej WhatsApp oleh Dr Adibah Abdullah, seorang pegawai perubatan di hospital itu.

Hospital itu beroperasi dengan menggunakan generator selepas bekalan elektrik terputus kira-kira 5 petang semalam, akibat peras air meningkat dengan cepat dalam apa yang disifatkan sebagai banjir terburuk dalam sejarah Kelantan.

Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan dengan tepat bila generator telah kehabisan diesel.

Dalam rentetan mesej WhatsApp untuk memberi maklumat terkini kepada seorang rakan mengenai keadaan yang semakin teruk di hospital, Dr Adibah menjelaskan bahawa pesakit di unit rawatan rapi (ICU) dan unit penjagaan kritikal (CCU)  bernafas menggunakan mesin yang berfungsi melalui kuasa bateri.

"Kalau bekalan tak pulih, kami akan bergilir-gilir membuat manual bagging ... tapi sampai bila?" beliau menulisBeliau berkata bekalan diesel untuk generator dijanjikan dihantar pada 8.30 malam oleh helikopter. Bagaimanapun, masalahnya ialah hospital itu berada dalam kegelapan sepenuhnya.

"Kami tidak mempunyai suar tetapi kami memerlukan lampu untuk menunjukkan kepada mereka di mana kami berada.
Read More / Baca Lagi >>

A decade since the Indian Ocean tsunami

Posted: 25 Dec 2014 03:25 PM PST

BEZANYA JEPUN DENGAN NEGARA UMNO/BN... KENAPA ???.. kerana kat Jepun TIADA UMNO !!!

Posted: 25 Dec 2014 03:14 PM PST



Manusia Biasa Yang Perlu Rehat 365 Hari Setahun...!!!!

Posted: 25 Dec 2014 08:00 AM PST



MENGAPA BOLEH JADI BEGINI... Katanya.. 'Malaysia TERBAIK URUS BANJIR'

Posted: 25 Dec 2014 07:34 AM PST



Jumlah mangsa banjir SUDAH hampiri 100,000 orang.. Adakah nak tunggu setengah juta atau 1 juta mangsa baru kamu nak isytiharkan darurat ???

Posted: 25 Dec 2014 06:02 AM PST