Followers

Nuffnang

Belantan

0

Posted by Unknown | Posted on 11:19 PTG | Posted in

sumber :-

Belantan


Beli cincin berlian dengan mengutip sampah!

Posted: 24 Dec 2014 04:34 AM PST


XINJIANG - Seorang warga emas yang mencari rezeki dengan mengutip sampah telah membeli cincin berlian bagi isteri kesayangannya dengan menggunakan wang simpanan daripada hasil kutipannya sejak bertahun lalu.

Difahamkan, lelaki itu telah membawa isterinya ke pusat beli-belah di Korla dan mengeluarkan seikat wang untuk membeli cincin buat isterinya.

Menurut pengguna Weibo @zhelishixinjiang, lelaki yang berusia 70-an itu turut membantu isterinya memilih cincin paling sesuai untuknya.

"Kehidupan kami sukar dan saya cuma mahu menggembirakannya," lelaki itu dilaporkan berkata di kedai berkenaan.

Kejadian itu menunjukkan kasih sayang yang berpanjangan antara pasangan berkenaan dan membuktikan kisah percintaan romantik masih wujud pada zaman ini.

Suara Politik
Belantan

Dialog Dewasa Kritik Berasa

0

Posted by Unknown | Posted on 11:18 PTG | Posted in

sumber :-

Dialog Dewasa Kritik Berasa


BANJIR BESAR: KEPRIHATINAN KERAJAAN PUSAT TERLALU BANYAK MEMBUATKAN ADA YANG PANAS PUNGGUNG!

Posted: 24 Dec 2014 09:09 PM PST


Sapa kata kerajaan BN-UMNO tak prihatin membantu rakyat ketika kesusahan banjir? 

Banyak bantuan dihulurkan kepada rakyat yang kesusahan tanpa mengira fahaman politik, kaum dan agama.

Dari mana segala bantuan kelengkapan dan perkhidmatan itu datang?

Semuanya hasil dari kedudukan kewangan negara yang kukuh hasil pemerintahan negara yang cemerlang.

Semuanya juga hasil koordinasi tersusun antara agensi, jabatan, pihak swasta dan NGO sejak berbulan-bulan lamanya bagi memastikan kesempurnaan sebaik mungkin dalam menghadapi musibah banjir.


Rakyat dipindahkan dari kawasan banjir menggunakan segala kelengkapan agensi kerajaan ke dewan-dewan sekolah dan dewan orang ramai dengan begitu teratur.

Di sana mereka telah disantuni sebaik mungkin. Nama mereka didaftarkan, diberi makan minum serta kelengkapan secukupnya.

Soal kebajikan tak dilupakan ada saja agensi kerajaan pusat dan negeri yang sedia membantu.

Agensi kerajaan seperti Pasukan Bomba dan Penyelamat sedang  bertungkus lumus membantu menyelamatkan mangsa banjir. Agensi ini adalah agensi yang bertanggungjawab sepenuhnya di zon-zon merah. Kordinasi yang baik membolehkan mereka memberikan perkhidmatan yang baik.

Sebelum banjir melanda mereka diberi peringatan agar segera berpindah ke pusat pemindahan. Kawasan rumah mereka dijaga oleh agensi keselamatan.

Selepas banjir nanti mereka sekali lagi akan disantuni. Agensi, jabatan kerajaan, swasta dan segala NGO telah dikoordinasikan untuk membantu mangsa membersihkan kediaman-kediaman mereka.

Insya Allah pelbagai bantuan akan menyusul selepas itu sama ada berbentuk khidmat tenaga sukarelawan, barangan kegunaan harian, wang dan perkhidmatan kebajikan.

Semuanya tak akan sempurna berlaku jika tidak ada kecekapan hasil penyelarasan agensi-agensi kerajaan yang cekap.

Dulu ada pihak yang dakwa pembelian trak-trak besar ini membazir wang rakyat dan bilangan penjawat awam yang ramai membazirkan perbelanjaan negara. Namun bila banjir berlaku trak-trak inilah yang paling banyak berjasa menyelamat dan memindahkan mangsa-mangsa banjir.
Meskipun kadang kala ada ketidaksempurnaan atau kecatatan sana sini namun ia tidak boleh dijadikan ukuran sistem pengurusan banjir kita lemah. 

Kononnya di negara lain lebih baik. 

Jika begitu molek kiranya sesiapa yang bising itu angkat kaki berpindah ke negara yang dimaksudkan dan berharap agar diri mereka ditimpa musibah di negara berkenaan dan boleh merasai sendiri cara negara tersebut mengendalikan bencana banjir.


Dalam menghadapi bencana banjir semua orang ada peranannya. Tak semua orang boleh turun menyelamat mangsa di zon merah.

Mereka boleh tolong masak, tak pun jadi sukarelawan mengumpul barang keperluan harian untuk diserahkan pada mangsa banjir. 

Paling tidak pun kita boleh berdoa dan sentiasa memberi semangat kepada anggota keselamatan kita yang bertungkus lumus menyelamatkan mangsa dan berdoa untuk keselamatan mangsa-mangsa banjir.

Bekalan makanan mudah dihantar kepada mangsa-mangsa banjir dan pusat-pusat pemindahan banjir jika cuaca elok. Namun kadangkala  faktor cuaca yang tidak menentu menyukarkan penyaluran bantuan. Ia tidak ada kaitan kononnya akibat kelemahan kordinasi antara agensi sepertimana yang didakwa segelintir manusia yang tak tahu tetapi berlagak pandai...

Namun ada juga pihak yang opportunis gila publisiti. Apa saja yang kerajaan buat semuanya tak betul, mengutuk tak habis-habis. Inilah puak penghasut dan pengkufur nikmat.

Dalam Allah beri ujian dan musibah mereka masih mencari apa jua ruang kesalahan orang. 

Bantuan lambat dituduhnya kerajaan lembab bertindak. Makanan kononnya tak semegah mana sebab kerajaan sorok makanan dan kerajaan tak de duit sebab rasuah dan penyelewengan...

Anggota tentera adalah antara pasukan penyelamat yang berada di zon-zon merah yang bertanggungjawab mengangkut dan memindahkan mangsa-mangsa banjir.  Semua ini boleh dilakukan jika ATM mempunyai peralatan yang sempurna dan boleh guna sepanjang masa. Suatu pelaburan aset jangka panjang yang adakalanya segelintir orang tak faham 
Tiada aktiviti keagamaan di pusat banjir sebab kerajaan lebih mementingkan hiburan lagha dan sibuk bagi bantuan hingga soal aurat tidak dipedulikan, tiada pengasing antara bukan muhrim...masya Allah...inilah yang sedang bising di media-media sosial dan ceramah oleh puak-puak pengkufur nikmat!

Ntah samada mereka mangsa banjir atau hanya sekadar keyboard warrior yang tugasnya hanya mempelekeh setiap usaha kerajaan.

Betuilah hadis Nabi s.a.w bersabda ujian-ujian berbentuk kefakiran dan kesusahan mudah membuatkan seseorang menjurus kepada kekufuran.       

IM4U antara agensi Kerajaan Pusat yang konsisten membantu mangsa bencana banjir dengan menyediakan khemah, peralatan keperluan diri dan makanan. Adakah bantuan ini membazir sepertimana dakwaan puak-puak yang kononnya membayar 'begitu banyak' cukai kepada kerajaan???

Tahun lepas, semasa banjir di Terengganu, Kelantan dan Pahang, kecoh kononnya kerajaan sengaja membiarkan mangsa-mangsa banjir yang dibiarkan di pusat-pusat pemindahan. 

Tak banyak NGO menyediakan bantuan sebab kita tak sangka banjir begitu teruk ketika itu.

Tapi datanglah segerombolan puak-puak tertentu yang kononnya hebat berceramah sana sini yang menuduh bukan-bukan. 

Sambil membawa seguni beras, sekampit gula dan setin biskut mereka menjual nama parti mereka kononnya ini saja sumbangan yang mereka mampu. 

Tetapi jika mereka diberi mandat memerintah mereka akan beri lebih lagi berbanding kerajaan sedia ada. 

Parti lawan diperlecehkan kononnya beri bantuan kerana nak undi nak tunjuk baik sebab nak sembunyikan penyelewengan ...nauzubillah.

Anggota Jabatan Pertahanan  Awam (JPA3) antara agensi Kerajaan Pusat di bawah Kementerian Dalam Negeri (KDN) yang bertanggungjawab membantu menyelamatkan mangsa-mangsa banjir. Mereka bersabung nyawa dan mengorbankan cuti tahunan demi memberikan perkhidmatan yang baik kepada rakyat. Apakah ini tanda kerajaan Malaysia tak cekap menghadapi musibah banjir???

Lepas banjir mereka akan berbondong-bondong tolong membersihkan rumah-rumah mangsa. 

Tak salah tolong mangsa tetapi salah jika menfitnah kononnya kerajaan langsung tak bantu mangsa banjir dengan meninggalkan mangsa terkontang-kanting membersihkan rumah. 

Hanya puak-puak mereka saja yang prihatin membersihkan kediaman mangsa. Sambil beramal, sambil menfitnah kerajaan tak buat apa-apa sambil-sambil menjual nama kononnya merekalah juara yang selama ini membantu rakyat mencuci rumah. 

Selit tazkirah sana sini pasal harga barang, kos sara hidup, penyelewengan itu ini...fuh mangsa dah mula goyah dan terpengaruh dengan dakyah...

Habis lupa jasa dan khidmat kerajaan yang menyantuni keluarganya di pusat-pusat pemindahan banjir! 


Puas dihati puak-puak itu hanya buat kerja amal sikit, datang last minute ketika banjir surut tunjuk rajin dan publisitikan secara meluas nanti rakyat akan nampak keprihatinan mereka membantu meringankan beban rakyat....tak susahkan jadi puak-puak ini! 

Dan pasti akan begitu banyak gambar selfie puak-puak ini menghulur sekampit beras akan memenuhi akhbar-akbar nyamuk dan media sosial mereka sambil-sambil perli kerajaan. Kami prihatin...ko ade?

Tahun depan ini, mungkin perkara itu akan berulang lagi selagi puak-puak itu gilakan publisiti...




PUISI KEPADA PEJUANG BANJIR

Posted: 24 Dec 2014 03:17 PM PST


PEJUANG BANJIR

Wahai Pejuang Banjir di lapangan
Anda adalah Insan mulia
Berkorban diri selamatkan jiwa-jiwa
Tanpa kira makan dan minum
Tanpa hirau tidur di apa-apa sahaja
Tanpa berkira di mana dan ke mana

Teruskan wahai Pejuang Banjir

Rakyat jelata dambakan tanganmu
Menggapai erat jari-jemarimu,
Tiada siapa mereka menanti
Melainkan anda Pejuang Banjir,
Ketika arus menggila
Tatkala air mencanak naik
Semasa runtuh segala macam
Andalah harapan mereka...

Pejuang Banjir tidak didendang

Kerana mereka bukan artisan
Mencari sesiapa sahaja tanpa warna
Di pelusuk seantero negara
Tiada letih bagai alasan
Kerana jiwa sudah diraga
Untuk rakyat jelata yang tercinta...

Pejuang Banjir usah gundah-gulana

Negara mengerti anda Patriot
Rakyat menjiwai andalah Hero,
Bumi ini bumi kita
Banjir ini tidak pernah berdusta
Bahawa di sebalik kegetiran
Ada hikmah memberi senyum
Ukhuwah erat tiada putusnya,
Tanpa ragu tanpa berkira-kira
Kerana kita adalah kita
Satu negara
Satu Malaysia...

Selamat Berjuang Duhai Pejuang Banjir

Tabik rakyat kepada anda
Sepenuh Jiwa dan Raga kami...

Sumber

PUAKA MENGILAI BALIK DARI NEW ZEALAND...TUDUH BN LEMBAB TAK BANTU MANGSA BANJIR???

Posted: 24 Dec 2014 09:01 AM PST


Masa banjir berlaku di Kajang tempoh hari, Anwar sekeluarga dilihat begitu sibuk bersantai sakan naik beskal meronda-ronda bersama keluarga di New Zealand.

Bini dia plak lepas tangan cakap banjir di Kajang hanya sekejap saja berbanding banjir di Kelantan, Terengganu, Pahang dan Johor.

Yang dipersalahkan adalah kerajaan BN juga, kononnya buat sistem perparitan tak ikut spesifikasi.


Kerana ingin menunjuk sifat keheroannya, Anwar telah bersuara minta Putrajaya lulus segera bantuan bencana banjir....

Semasa orang susah basah kuyup kebanjiran dia pergi melancong bergumbira. Bila balik Malaysia dia main arah-arah itu dan ini tuduh kerajaan tak betul itu dan ini...

Senangkan hidup sebagai pembangkang. Asal salah tuduh kerajaan BN lembab. Asal kerajaan BN semuanya lembab.

Hakikatnya Anwar sungguh berjasa walaupun dia bersama keluarga di New Zealand tetapi dia dalam diam sempat pergi ke lokasi banjir menolong orang. 

Kita ada bukti bergambar kalau dikatakan Anwar menipu rakyat!

Anwar begitu prihatin hingga sanggup berenang dan basah kuyup memberikan seguni beras kepada mangsa banjir yang terperangkap!

Sebenarnya lokasi yang dimaksudkan Anwar bukanlah New Zealand tetapi di kampung New Zealand yang terletak di negeri Pahang jadi mudahlah untuk Anwar bergerak ke lokasi banjir membantu rakyat di negeri-negeri di Pantai Timur.

Kampung New Zealand yang menjadi lokasi percutian berbasikal Anwar bersama keluarga. 

Jadi jangan percaya dengan tuduhan kononnya Anwar culas membantu rakyat. Itu semua fitnah belaka.

Wan Azizah pun ada turun ke Kajang waktu banjir untuk menjenguk aliran air lepas tu beliau perlu hadiri dua tiga buah majlis kenduri sebelum berpatah balik ke kampung New Zealand menyambung balik aktiviti berbasikal bersama Anwar.


PROTON EXORA SANGAT CANTIK DI INDONESIA

Posted: 24 Dec 2014 06:07 AM PST

Jakarta, KompasOtomotif – Komunitas pemilik mobil Proton, Exora Owners Club Indonesia (EOCI) sukses menggelar touringbertema "Mikawanoh Budaya" yang diikuti 29 unit Exora dan 120 peserta pada 13 – 14 Desember lalu. Perjalanan keluarga mendalami kebudayaan suku Sunda di Garut ini diisi dengan kegiatan menyambangi berbagai lokasi wisata khas sambil menikmati keindahan alam.
Di hari pertama rombongan bertolak dari Tol Cikampek KM57, panitia pelaksana mengatakan konvoi dibagi menjadi tiga grup dengan jeda waktu 10 menit. Tujuannya, agar iring-iringan tidak terlalu panjang sekaligus memberikan empati buat pengguna lalu lintas lainnya. Hal seperti ini baik dilakukan kala touring karena lebih aman buat konvoi ataupun masyarakat lainnya.
Garut terkenal dengan kuliner lokal, dodol, maka tidak aneh bila EOCI mengatakan di hari pertama seluruh anggota mengunjungi pabrik Dodol Picnic untuk mengetahui lebih dekat cara pembuatan penganan manis ini. Sebagai bagian dari toleransi masyarakat, EOCI memberikan santunan berupa pakaian layak pakai dan sembako kepada Panti Asuhan Ibu Aledja Anggapradja.
Di hari-hari berikutnya, EOCI mengunjungi lokasi menarik lain seperti Pusat Kerajinan Kulit Garut di Kawasan Sukaregang, wisata kuliner di restoran Asep Stroberi, Rumah Coklat Chocodot, dan objek wisata Darajat Pass di kaki Gunung Papandayan.
Poin penting dalam jalan-jalan kali ini, EOCI mendapat jamuan makan siang dari Bupati Garut Rudi Gunawan SH, MH di kediaman beliau di Gedung Pendopo Alun-alun Garut. Obrolan santai pun terangkai bersama Rudi dan istri.
"EOCI punya harapan agar di Garut banyak pengguna Exora sehingga bisa membentuk chapter EOCI Garut dan bukan hal yg mustahil agenda ulang tahun EOCI bisa diadakan di Garut dan tentunya kehadiran saudara-saudara dari EOCM (Malaysia) saat Ultah, bisa meramaikan acara dan juga sebagai ajang promosi pariwisata Garut. Semoga doa dan harapan kita terkabul," demikian seperti tertulis dalam cerita perjalanan yang disampaikan EOCI, Rabu (24/12/2014).  
Di hari terakhir seluruh peserta kembali konvoi untuk pulang, sebelum itu tentu tidak lupa momen diabadikan dengan kamera agar bisa suasana kekeluargaan bisa menjadi penanda EOCI tetap eksis. (Kompasiana)

TIADA DARURAT DI KELANTAN

Posted: 24 Dec 2014 12:18 AM PST



Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata, keadaan banjir di negeri itu masih terkawal dan tidak memerlukan perintah darurat dikeluarkan.

Beliau berkata, ketika ini pasukan menyelamat masih mampu menjalankan tugas dengan baik dan sedaya upaya membantu mangsa banjir di semua sembilan jajahan terbabit.

"Cuma ada kawasan yang kritikal iaitu di Manek Urai, Lalok dan Karangan yang semuanya di jajahan Kuala Krai kerana untuk sampai ke sana, sukar buat masa ini disebabkan arus deras.

"Bagaimanapun, mereka berusaha sedaya upaya dan melakukan pelbagai cara supaya mangsa dapat diselamatkan dan bantuan keperluan serta makanan dapat dihantar.

"Banjir ini ketentuan Allah. Keadaan tidak teruk lagi berlaku pada 1967 dan 2004 tetapi tiada perintah darurat dikeluarkan kerana masih terkawal," katanya ketika dihubungi di sini, tadi.

Mohd Amar juga berkata, darurat tidak boleh diumumkan sewenang-wenangnya dan perlu mengambil kira pandangan semua agensi yang terbabit dengan bencana.

Katanya, turut berharap semua pihak bertenang dan tidak menyebar maklumat yang salah mengenai situasi banjir di Kelantan.

Maklumat tepat boleh diperolehi menerusi bilik gerakan banjir Kelantan dan portal eBanjir yang sentiasa dikemaskini setiap satu jam.

ISU HUDUD : DAP TAK HADIR KALAU ADA PAS

Posted: 23 Dec 2014 11:48 PM PST



DAP memberi kata dua kepada rakan mereka, PAS supaya menghentikan pelaksanaan hudud yang bakal dibentangkan dalam sidang khas Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan pada 29 Disember ini.

Pengerusi Biro Undang-undang DAP, Gobind Singh Deo berkata jika kerajaan Kelantan meneruskan pelaksanaan undang-undang Islam tersebut, Pakatan Rakyat (PR) tidak mempunyai pilihan selain mebatalkan kerjasama dengan PAS serta merta.

"Jika PAS meneruskan dan membentangkan rang pada 29 Disember ini, saya berpandangan PR tidak mempunyai pilihan selain membatalkan semua hubungan kerjasama dengan PAS," kata Gobind dalam satu kenyataan hari ini.

Ahli Parlimen Puchong itu berkata jika PR mahu menjadi sebuah kuasa kuat dan dipercayai rakyat, mereka perlu kekal kepada pendirian bersama.

"Jika PR mahu kekal menjadi kuasa politik yang disegani, dihormati dan dipercaya rakyat, kita perlu tunjukkan komitmen menegakkan rangka kerja polisi bersama.

"Walaupun terpaksa putuskan hubungan dengan mana-mana rakan yang mengancam semangat kerjasama PR selama ini," katanya.

Gobind menyifatkan PAS seolah-olah cuba memaksa perpecahan dalam gabungan pembangkang tersebut dengan meneruskan pembentangan pindaan Rang Undang-Undang Kanun Jenayah Syariah II 1993 bagi membolehkan hukum hudud dilaksanakan.

"PAS mahu mencetuskan perpecahan dalam PR dengan meneruskan rang hudud pada 29 Disember ini walaupun mengetahui bantahan daripada DAP dan tiada perbincangan dengan PKR serta DAP mengenai perkara tersebut," katanya.

Gobind menyifatkan PAS melanggar rangka kerjasama dalam PR.

Awal hari ini, Ketua Pembangkang Parlimen DAP Lim Kit Siang juga memberi amaran untuk memboikot mesyuarat gabungan tersebut pada masa depan jika kerajaan PAS Kelantan meneruskan pelaksanaan hukum hudud.

Pengumuman kerajaan Kelantan untuk mengemukakan pindaan Rang Undang-Undang Kanun Jenayah Syariah II 1993 mencetuskan pelbagai reaksi, dengan DAP antara paling lantang membidas langkah tersebut.

DAP berkata tindakan PAS itu seperti melanggar tahaluf siyasi yang dipersetujui PR.

Tindakan kerajaan Kelantan itu menyebabkan hubungan antara parti dalam PR retak khususnya semasa berlaku krisis menteri besar Selangor

The Unspinners

0

Posted by Unknown | Posted on 11:18 PTG | Posted in

sumber :-

The Unspinners


Ada gereja dan pemimpin kristian berdosa pada jiran Islam mereka

Posted: 24 Dec 2014 08:00 PM PST


Penganut ugama Kristian sepatutnya mengikut ajaran ugama mereka untuk mengasihi jiran dan tidak menyakiti hati mereka untuk wujudkan suasana aman dan gembira dalam masyarakat.

Berikut adalah antara kata2 bible yang dimaksudkan:


Mark 12:31

The second is this: 'You shall love your neighbor as yourself.' There is no other commandment greater than these."

Leviticus 19:18

You shall not take vengeance or bear a grudge against the sons of your own people, but you shall love your neighbor as yourself: I am the Lord.

Luke 6:27

"But I say to you who hear, Love your enemies, do good to those who hate you,

Matthew 22:36-40

"Teacher, which is the great commandment in the Law?"

And he said to him, "You shall love the Lord your God with all your heart and with all your soul and with all your mind. This is the great and first commandment.

And a second is like it: You shall love your neighbor as yourself. On these two commandments depend all the Law and the Prophets."

Banyak lagi di


Malangnya ada pihak gereja dan pemimpin gereja Kristian di Semenanjung sengaja memprovokasi dan menimbulkan kemarahan orang Islam untuk kalimah Allah yang jadi amalan orang Islam sebagai nama tuhan tapi mahu diguna dalam bible melayu dan gereja.






Orang Islam marah kerana ini usaha terancang yang bertujuan tidak baik.





Dan ada pemimpin beragama Kristian yang saja memecah belahkan masyarakat dan membakar kebencian dalam masyarakat untuk membuat membenci sesama sendiri.




Bukankah mereka ini semua engkar pada ajaran Kristian????



Selamat menyambut Krismas ...

Posted: 24 Dec 2014 04:38 PM PST


Nak selesai isu kalimah Allah mudah ...

Posted: 24 Dec 2014 12:19 AM PST





Bukan semua umat kristian setuju dengan gereja katolik mainkan isu kalimah Allah. Ada penganut protestan pjn tak setuju.

Buar apa sengaja provokasi orang Islam sedangkan Allah tidak diguna oleh kebanyakkan gereja dan tuhan diterjemah Allah memang terjemahan salah!!!

RAKYAT MARHAEN

0

Posted by Unknown | Posted on 9:20 PTG | Posted in

sumber :-

RAKYAT MARHAEN


Lebih 90,000 mangsa banjir lima negeri dipindahkan

Posted: 24 Dec 2014 08:00 PM PST

Pemandangan dari udara menunjukkan sebahagian bangunan, premis dan kediaman di Kampung Kuala Tahan ditenggelami banjir berikutan limpahan air Sungai Tembeling di Jerantut, hari ini. - Foto Bernama 
 Pemandangan dari udara menunjukkan sebahagian bangunan, premis dan kediaman di Kampung Kuala Tahan ditenggelami banjir berikutan limpahan air Sungai Tembeling di Jerantut, hari ini.
 
KUALA LUMPUR - Keadaan banjir tidak menampakkan tanda-tanda reda sehingga menyaksikan 90,250 penduduk di Kelantan, Pahang, Terengganu, Perak dan Perlis terpaksa berpindah, jumlah yang amat besar dalam sejarah bencana banjir di negara ini.

Kelantan mencatat jumlah mangsa banjir paling tinggi melibatkan 32,343 orang, diikuti Terengganu (28,991), Pahang (24,316), Perak (4,335) dan Perlis (265).
Di Kelantan, jumlah mangsa terbaharu itu menyaksikan peningkatan 5,190 orang berbanding 27,153 mangsa malam tadi, menurut portal banjir kerajaan negeri.
Pertambahan mangsa berlaku di Tanah Merah dan Kota Baharu, dan ibu negeri Kelantan itu kini lumpuh akibat limpahan Sungai Kelantan sejak semalam.
Selain kedua-dua jajahan itu, mangsa banjir tersebut membabitkan tujuh lagi jajahan iaitu Gua Musang, Jeli, Kuala Krai, Machang, Pasir Mas, Pasir Puteh dan Tumpat.
Sebanyak 15 lagi laluan ditutup pagi ini akibat banjir, menjadikan keseluruhan 37 laluan di Kelantan ditutup kepada lalu lintas berikutan banjir.
Di Terengganu, 28,991 mangsa daripada 6,975 keluarga kini berada di 124 pusat pemindahan setakat pagi ini, dengan Kemaman daerah paling teruk terjejas dengan 19,405 mangsa daripada 6,975 keluarga.
Sejumlah 5,022 mangsa di Dungun dipindahkan ke 33 pusat pemindahan, diikuti Kuala Terengganu (3,203/14 pusat), Hulu Terengganu (640/11 pusat), Besut (562/lapan pusat), Marang (115/dua pusat) dan Setiu (44/tiga pusat).
Di Pahang, jumlah mangsa banjir di Pahang yang membabitkan lapan daerah bertambah 8,372 orang kepada 24,316 orang pagi ini berbanding 15,944 orang daripada 4,015 keluarga malam tadi.

Jurucakap Bilik Gerakan Banjir Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang berkata daerah Kuantan masih merekodkan jumlah pemindahan paling banyak iaitu 14,350 mangsa melibatkan 4,119 keluarga di 44 pusat pemindahan.
Read More / Baca Lagi >>

Obama dan Najib berseronok main golf di Hawaii ketika Malaysia ditimpa bencana serta nilai ringgit merudum..!!!

Posted: 24 Dec 2014 07:52 PM PST

Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama menghabiskan cuti Krismas di Hawaii ditemani rakan-rakan dan keluarga bermain golf serta beristirehat.
Namun, bersama beliau di lapangan golf adalah tetamu mengejutkan, Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Razak. The Washington Post melaporkan hari ini,
Najib antara empat orang termasuk Joe Paulsen dan Mike Brush, bermain golf bersama Obama di pengkalan Marine Corps, Kanehoe Bay. Obama pada April lalu menjadi presiden Amerika dalam tempoh 50 tahun yang melawat Malaysia.
Bagaimanapun, pentadbiran Najib kebelakangan ini dikritik hebat kerana menekan lawannya dengan menggunakan Akta Hasutan, antara yang menjadi mangsa termasuk pemimpin pembangkang dan ahli akademik. Media Amerika juga mengkritik Obama kerana tidak menyatakan pendiriannya keatas Putrajaya susulan penggunaan akta penjajah tersebut.
Najib ketika ini sedang bercuti ke Hawaii dan ketiadaan beliau dalam negara juga menimbulkan pelbagai reaksi tidak senang, malah bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad juga mengkritik Najib secara terbuka.
Kumpulan pendesak Melayu, Perkasa juga memberi kata dua kepada Najib supaya berhenti banyak menghabiskan masa ke luar negara jika tidak mahu hilang kuasa.
Kejatuhan mata wang ringgit dan harga pasaran minyak dunia yang memberi impak kepada keadaan ekonomi negara juga membimbangkan ramai, bagaimanapun Najib dilihat tidak serius.
Negara juga ketika ini dilanda bencana banjir besar khususnya di pantai timur. Sementara itu di Hawaii, wartawan dibenarkan masuk di lubang ke-18 untuk membuat liputan ringkas.

Gerakan Solidariti Bersama Al-Qaradhawi ditubuh

Posted: 24 Dec 2014 07:43 PM PST

Firman Allah SWT:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِن تَنصُرُوا اللَّهَ يَنصُرْكُمْ وَيُثَبِّتْ أَقْدَامَكُمْ

"Wahai orang-orang yang beriman, kalau kamu membela (agama) Allah nescaya Allah membela kamu (untuk mencapai kemenangan) dan meneguhkan langkah dan pendirian kamu." (Muhammad, 47: 7)

وَالَّذِينَ إِذَا أَصَابَهُمُ الْبَغْيُ هُمْ يَنتَصِرُونَ

"Orang-orang yang apabila berhadapan dengan penganiayaan dan kezaliman, mereka bertindak membela diri (secara setimpal dan tidak melampaui batas)." (al-Syura, 42: 39)

وَكَانَ حَقًّا عَلَيْنَا نَصْرُ الْمُؤْمِنِينَ
"Memang menjadi tanggungjawab Kami menolong orang-orang yang beriman." (al-Rum, 30: 47)

Sabda Rasulullah s.a.w.:

لَعَنَ اللَّهُ مَنْ رَأَى مَظْلُومًا, فَلَمْ يَنْصُرْهُ
"Allah melaknat orang yang melihat orang yang teraniaya (dizalimi) tetapi dia tidak bertindak membantunya." (Riwayat al-Dailami)

إِنَّ النَّاسَ إِذَا رَأَوُا الظَّالِمَ فَلَمْ يَأْخُذُوا عَلَى يَدَيْهِ أَوْشَكَ أَنْ يَعُمَّهُمُ اللَّهُ بِعِقَابٍ
"Jika orang ramai melihat orang yang zalim melakukan penganiayaan dan mereka tidak bingkas menghalangnya, maka hampir-hampir Allah akan mengenakan azab kepada mereka semuanya." (Riwayat Abu Daud)

قَالَ اللَّهُ عَزَّ وَجَلَّ: لأَنْتَقِمَنَّ مِنَ الظَّالِمِ فِي عَاجِلِهِ وَآجِلِهِ، وَلأَنْتَقِمَنَّ مِمَّنْ رَأَى مَظْلُومًا فَقَدرَ أَنْ يَنْصُرَهُ فَلَمْ يَفْعَلْ
"Allah 'Azza wa jalla berfirman: "Aku pasti menuntutbela ( membalas) terhadap orang yang zalim; samaada dalam hidupnya masa kini atau di akhirat nanti. Aku juga akan menuntutbela terhadap orang yang melihat orang yang dizalimi tetapi ia tidak membantunya; pada hal dia mampu membantu." (Riwayat Imam Ahmad)

Kami dengan ini mengumumkan Gerakan Solidariti Bersama Al-Qaradhawi telah ditubuhkan pada 23 Disember 2014 .Tujuan gerakan ini adalah untuk menyatakan sokongan dan menggerakkan usaha membela tokoh besar ini yang kini diancam ditahan oleh Interpol secara tidak benar dan sangat zalim.

Mengambil perhatian serius bahawa tindakan Interpol (atas permintaan rejim Mesir) yang mengeluarkan Notis Merah bertujuan menangkap Dr Yusuf Qaradhawi adalah perbuatan jahat yang harus ditentang oleh semua pihak yang cintakan keamanan, keadilan dan demokrasi.

Notis Merah oleh Interpol yang bermakna mencari dan menahan seseorang di mana-mana negara yang menganggotai Interpol adalah rancangan politik yang diputuskan oleh rejim Mesir untuk menghapuskan pengaruh Dr Yusuf Qaradhawi.

Tuduhan yang dilontar ke atas beliau sebagai penjenayah, tidak masuk akal, dan jelas merupakan tindakan terdesak rejim Mesir yang tidak dapat membendung kebangkitan rakyat yang menolak rampasan kuasa oleh tentera.

Rakyat Mesir sehingga kini terus melakukan bantahan, walaupun berhadapan dengan tindakan zalim pihak keselamatan Mesir di kalangan tentera dan polis yang telah menangkap, menculik, menyiksa serta membunuh ribuan rakyat awam. Dalam hanya tempuh setahun, rejim Mesir telah menahan lebih 28,000 rakyat termasuk wanita dan kanak-kanak, doktor dan jurnalis.
Read More / Baca Lagi >>

Di saat nagara sedang dalam bencana, PM boleh main golf dengan Obama ye. Celebrate krismas ke Jibby..!!!

Posted: 24 Dec 2014 05:51 PM PST

HONOLULU — President Obama has generally refrained from mixing business and pleasure on the golf course. On vacation here in Hawaii, he has mostly hit the links with the same circle of longtime friends and White House aides he usually pals around with. Until Wednesday, when a newbie joined the First Foursome — Malaysian Prime Minister Najib Razak.
The White House said Najib, along with aides Joe Paulsen and Mike Brush, was playing with the president on the course at the Marine Corps base at Kanehoe Bay. Turns out Najib was in town on his own getaway, and it is not unprecedented for Obama to do a golf summit with a world leader. Last year in Hawaii, he played with New Zealand Prime Minister John Key. (In 2011, Obama famously played a round with House Speaker John A. Boehner at Andrews Air Force Base that did not exactly lead to a good working relationship off the course.)
Obama has established perhaps a better working relationship with Najib, after making the first visit by a sitting U.S. president to Malaysia in nearly half a century last spring. It was unlikely they discussed their foreign policy agendas on the course, however, but perhaps focusing instead on trying to avoid the sand traps.
On the 18th hole, reporters were allowed onto the course briefly. Obama missed a putt to the left off the hole, then tried to tap in but "picked the ball up before it missed again," according to a pool report. Razak also missed a second putt, but Obama consoled him with a pat on the shoulder.
Wall Street Journal reporter Carol Lee asked Obama if he planned to watch "The Interview," the Sony movie that will be released on Christmas after the studio initially canceled the release in the wake of the company being hacked, allegedly by North Korea.
"I'm glad it's being released," replied Obama, who had criticized the studio last week for its initial decision.
The president wished the reporters a Merry Christmas, according to Lee, then offered: "Be careful about those fruity drinks. You never know they might have a little kick."
Lee reports that she asked him if he'd been drinking fruity drinks, but he didn't respond.

PM TERBAIK DAN TERHEBAT DALAM SEJARAH MALAYSIA



Kami belum mati, mesej mangsa banjir di Hospital Kuala Krai

Posted: 24 Dec 2014 05:46 PM PST

"Sesetengah ibu kami sudah mula menangis, tetapi kami belum bimbang tentang mati. Belum, belum lagi, tetapi air terus naik," tulis seorang pakar bius yang terperangkap di Hospital Kuala Krai kepada rakannya melalui kumpulan Whatsapp.
Ia salah satu mesej telefon yang tersebar bagi membayangkan teruknya banjir yang sedang melanda negara sekarang.
Banjir di Kelantan khasnya di Kuala Krai disifatkan paling teruk dalam sejarah apabila ia melibatkan semua kawasan.

Namun tidak ramai tahu setakat manakah yang dikatakan 'krtikal' itu jika tidak mendengar daripada mereka yang terlibat. Berikut adalah mesej seterusnya kakitangan hospital berkenaan melalui kumpulan Whatapps yang disahkan benar oleh saksi kejadian.
Ia diedit semula untuk membolehkan semua pihak memahami situasi yang berlaku tanpa lari daripada mesej asal yang dibuat kakitangan hospital bernama Adibah yang dihantar malam tadi.
[24/12 20:07] adibah ab1: Air memang masih menaik. Keluarga saya dah lari atas bukit. Kami kat hospital masih bertahan..bot pon  tak boleh sampai bawa bantuan sebab arus laju sangat.
[24/12 20:07] adibah ab1: Dengarnye army akan hantar bantuan melalui helikopter. Kalau air tak surut-surut. Esok mungkin akan evacuate patient (pindahkan pesakit) dengan helikopter sebab bekalan oksigen pun tak tahan lama.
[24/12 20:09] adibah ab1: Bekalan elektrik dah putus satu bandar (Kuala Krai). Kami kat hospital guna generator... mungkin tahan 24-48 jam, jimat cermat.
Talian telefon slow-slow (perlahan-lahan) nak putus dah, landline TM dah tak berfungsi. Maxis dan Digi takda line. Celcom boleh lagi sikit-sikit.

[24/12 20:11] adibah ab1: Kalau tengok berita, mereka tak cerita sangat pun how bad things are over here (bagaimana teruknya keadaan di sini). They kept saying that situations are bad (Mereka terus berkata, situasi sangat teruk)...tapi khabar berita tentang berapa teruk tu tak diberitahu pun.
Orang sebarkan berita melalui Whatsapp dan Facebook...it's like the nation doesnt really care. (seolah-olah negara tidak ambil peduli).
Sibuk nak sambut tahun baru dengan artis? Pui.
[24/12 20:14] adibah ab1: My staffs are working round the clock (Kakitangan saya bertugas sepanjang masa) Orang sama je tak henti henti kerja. Dapur gelap gelita...untuk masak untuk beratus-ratus orang, kami cari lampu suluh dari wad, dari dewan bedah, dari ICU.
Kat Manek Urai (di Kuala Krai)...beribu-ribu orang berlindung kat sekolah yang hampir tenggelam, duduk atas bukit yang hampir tenggelam.
Sebuah heli bantuan pun tak nampak.
[24/12 20:18] adibah ab1: Kami doktor bius duk fikir tentang patient icu. Bernafas dengan mesin. Kat Kota Bharu, Hospital USM, semua dah penuh.
Read More / Baca Lagi >>

Tentera cuba kali ke-3 bantu mangsa banjir terperangkap di bukit Kuala Krai

Posted: 24 Dec 2014 04:12 PM PST


Pihak tentera akan membuat percubaan ketiga pagi ini untuk menghantar bantuan kepada penduduk yang terperangkap di sebuah bukit di Kuala Krai akibat banjir terburuk yang berlaku di Kelantan. Naib Presiden PAS Datuk Husam Musa dalam satu kenyataannya berkata, pihak bomba cuba menghantar bantuan ke kawasan itu malam tadi tetapi tidak diketahui setakat mana kejayaannya sehingga kini.
"Berdasarkan kedudukan yang kritikal pada waktu ini, jika sekiranya hujan esok hari, pihak Majlis Keselamatan Negara harus menggerakkan lebih banyak jentera dan tenaga bantuan di kawasan kawasan kritikal, apa lagi kemudahan perhubungan utama antara Kelantan dan negeri lain sudah terputus," kata Husam dalam satu kenyataannya pagi ini.
Sehingga kini, katanya, kemudahan bot bomba yang lebih besar umpamanya tidak dapat di hantar ke Kelantan.
 Ratusan penduduk dikatakan terperangkap di sebuah bukit di sekitar Aring 3, Kuala Krai apabila semua kawasan sekitarnya ditenggelami air dan mereka lari ke bukit itu.
Mereka terpaksa mendirikan khemah dan menggunakan apa saja yang ada untuk berlindung dengan bekalan makanan dan kemudahan lain yang amat terhad. Perhubungan melalui telefon dikatakan sudah terputus dipercayai selepas bateri telefon masing-masing sudah habis selepas sekian lama terperangkap di situ.
Husam yang baru selesai melawat bilik gerakan banjir negeri Kelantan di Kota Darulnaim malam tadi berkata, paras air di sungai utama di seluruh Kelantan menunjukkan peningkatan ketara.
 "Ini meningkatkan kedudukan kritikal di beberapa jajahan seperti Kuala Krai yang sudah sedia kritikal," kata beliau yang juga Adun Salor dalam kenyataan itu.
Namun begitu, beliau bersyukur hujan pada waktu ini berhenti di seluruh negeri. Husam berkata, beliau menghubungi Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali supaya dapat mengirim sumbangan tanda solidarati.
"Alhamdulillah kerajaan Selangor bersetuju dan jumlah bantuan mungkin diumumkan sehari dua ini," kata beliau.
Beliau juga cuba menghubungi Ketua Menteri Pulang Pinang Lim Guan Eng bagi tujuan yang sama tapi beliau masih berada di luar negara. "Mohon rakyat Malaysia kirimkan bantuan dan doa," kata Husam.
Read More / Baca Lagi >>

Mangsa banjir yang dipindahkan terus meningkat

Posted: 24 Dec 2014 04:09 PM PST

Keadaan banjir di beberapa buah negeri semakin buruk malam ini dengan jumlah mangsa yang terpaksa dipindahkan terus meningkat kepada 67,738 berbanding 65,419 orang petang semalam. Di Kelantan, keadaan banjir di sembilan jajahan terus buruk dengan jumlah mangsa yang dipindahkan meningkat kepada 27,153 orang berbanding 26,547 orang pada sebelah petang.
Menurut portal banjir kerajaan negeri, mereka yang dipindahkan malam ini terdiri daripada 8,256 keluarga yang ditempatkan di 138 buah pusat pemindahan, berbanding 7,687 buah keluarga di 125 buah pusat pemindahan petang semalam. 

Gua Musang mencatatkan jumlah tertinggi mangsa yang dipindahkan iaitu 7,386 orang, meningkat berbanding 6,947 orang petang tadi dan kini ditempatkan di 18 buah pusat pemindahan. Jajahan lain yang mencatatkan peningkatan mangsa banjir malam ini termasuk Tanah Merah, yang meningkat kepada 1,049 orang berbanding 905 orang petang tadi, Machang 386 orang berbanding 178 orang sebelumnya diikuti Jeli dengan 1,308 orang berbanding 707 orang petang semalam.
 Kota Baru turut menyaksikan peningkatan mangsa banjir apabila 464 orang terpaksa meninggalkan kediaman masing-masing berbanding 276 orang sebelum ini, selain jajahan Tumpat dengan 4,432 orang dipindahkan malam ini berbanding 4,292 orang petang semalam. Jumlah mangsa yang dipindahkan di Pasir Puteh dan Kuala Krai pula kekal masing-masing 602 orang dan 4,864 orang malam tadi.
Sementara itu, jajahan Pasir Mas pula mencatatkan 6,663 orang yang dipindahkan di 22 buah pusat pemindahan malam ini, susut sedikit berbanding 7,776 orang yang dipindahkan di 30 buah pusat pada sebelah petang.
Read More / Baca Lagi >>

Banjir: TNB Kelantan henti sementara operasi 510 pencawang elektrik

Posted: 24 Dec 2014 04:00 PM PST

Menurut TNB, operasi pencawang elektrik utama di seluruh Kelantan akan disambung semula apabila keadaan banjir di negeri itu kembali pulih. – Gambar fail The Malaysian Insider, 25 Disember, 2014. 
Menurut TNB, operasi pencawang elektrik utama di seluruh Kelantan akan disambung semula apabila keadaan banjir di negeri itu kembali pulih. – Gambar fail The Malaysian Insider, 25 Disember, 2014.

Tenaga Nasional Berhad (TNB) Kelantan menghentikan sementara operasi 510 pencawang elektrik utama di seluruh Kelantan berikutan banjir buruk di negeri ini.
Pengurus Besarnya Md Yuslan Md Yusof berkata sehingga pukul 6 petang semalam, pencawang yang  dimatikan sementara itu adalah sebanyak 232 di Gua Musang, Kuala Krai (215), Tanah Merah (24), Jeli (19), Machang (12) Tumpat (lima) dan Kota Baru (tiga).
"Pencawang ini kita hentikan sementara tugas berikutan banjir dan akan disambung semula apabila keadaan kembali pulih," katanya melalui aplikasi Whatsapp, semalam.

Keadaan banjir di sembilan jajahan di Kelantan pada malam tadi terus buruk dengan jumlah mangsa yang dipindahkan meningkat kepada 27,153 orang berbanding 26,547 orang pada sebelah petang. – Bernama

'Tolong kami, air makin tinggi'

Posted: 24 Dec 2014 03:51 PM PST

Keadaan air di Sungai Kelantan bagaikan lautan, semalam  
Keadaan air di Sungai Kelantan bagaikan lautan, semalam
KOTA BHARU - "Tolonglah kami, kami terperangkap dan air semakin tinggi dalam rumah, tiada bantuan dan kami menuju ke bukit berhampiran untuk menyelamatkan diri."

Itu rayuan seorang mangsa banjir yang menghubungi wartawan Sinar Harian apabila rumah mereka di Manek Urai,  Kuala Krai,  dilimpahi arus deras banjir.

Wanita yang dikenali sebagai Wan Amina memohon bantuan Sinar Harian untuk melaporkan kepada pihak berkuasa kerana keadaan sekitar kampung mereka lumpuh sepenuhnya tanpa mendapat bantuan sebarang pihak.

"Kami sangat takut, anak kecil menangis, ada orang tua yang sakit, tolonglah kami supaya dapat keluar dari sini," katanya sambil menangis teresak-esak.

Keadaan genting itu adalah sebahagian daripada kisah banjir melanda hulu Kelantan, yang dianggap terburuk dalam sejarah negeri ini.
Read More / Baca Lagi >>

Banjir 2014 : Mangsa Banjir Di JKR 10

Posted: 24 Dec 2014 03:39 PM PST

Banjir 2014 : Kota Bharu 24 Dis 2014 - 10:30PM

Posted: 24 Dec 2014 03:38 PM PST

LENSA BANJIR DI KELANTAN DAN PAHANG. TERUSKAN BERDOA UNTUK MANGSA-MANGSA BANJIR

Posted: 24 Dec 2014 07:28 AM PST

Diberitakan paling teruk terjejas kawasan Kuala Krai. Banjir dikhabarkan telah mencecah ke tingkat satu bangunan sekolah. Kawasan bandar Kota Baharu mula dinaiki air pagi ini. Teruskan berdoa semoga semunya dipelihara.

Sebahagian gambar juga meliputi gambar-gambar banjir di Pahang, juga terdapat gambar-gambar fenomena air pasang besar dan ombak besar. 




Read More / Baca Lagi >>

Kerajaan Selangor dan Pulau Pinang perlu bantu Kelantan

Posted: 24 Dec 2014 07:24 AM PST

Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor dan kerajaan DAP Pulau Pinang harus berbuat sesuatu untuk merengankan beban kerajaan Kelantan yang kini berhadapan dengan bencana banjir yang disifatkan paling dahsyat dalam tempoh 30 tahun.

Walaupun kerajaan Pas Kelantan masih mampu untuk menghadapi bencana itu tetapi ia sesuatu yang sangat membebankan. Menurut maklumat terbaru kini terdapat 26,968 mangsa banjir yang ditempatkan di 129 pusat pemindahan banjir di lapan Jajahan.

Paling mencemaskan katanya terdapat lebih 1,000 mangsa banjir terperangkap di pusat pemindahan banjir di Gua Musang dan Kuala Krai dimana mereka tidak dapat dihubungi oleh petugas banjir kerana keadaan tidak mengizinkan disebabkan air deras tidak dapat dimasuki dengan bot.

Jumlah mereka yang yang berada di pusat pemindahan di beberapa Jajahan itu tidak termasuk mereka yang terlibat dengan banjir dan memerlukan bantuan keperluan seharian terutamanya makanan kerana sukar untuk mendapat bekalan. Berpuluh-puluh dapur banjir telah dibuka oleh kerajaan Kelantan.

Dalam masa sama juga berbagai agensi kerajaan Pusat dan badan sukarelawan, NGO serta kumpulan bersendirian turut sama membantu mangsa banjir, memindah dan juga menghantar bantuan makanan, pakaian dan peralatan tidur. Pos-pos punggutan derama dan bekalan makanan dan pakaian dibuka diserata tempat termasuk di Kuala Lumpur.
Read More / Baca Lagi >>

INILAH WAJAH PE'EL MEMBODEK NAJIB yg sudah sebati dlm diri Menteri2 UMNO...

Posted: 24 Dec 2014 07:15 AM PST


Tiga beranak maut, seorang parah letupan di Gurun

Posted: 24 Dec 2014 06:17 AM PST

Anggota Bomba dan Penyelamat memeriksa kesan letupan yang berpunca dari sebuah kereta dan turut menjejaskan lapan buah rumah di Taman Ria Mesra di Gurun, hari ini. - Foto Bernama  
Anggota Bomba dan Penyelamat memeriksa kesan letupan yang berpunca dari sebuah kereta dan turut menjejaskan lapan buah rumah di Taman Ria Mesra di Gurun, hari ini. - Foto Bernama

GURUN - Tiga beranak maut manakala seorang lagi anggota keluarga itu cedera parah dalam satu kejadian letupan yang berlaku di sebuah rumah di Taman Ria Mesra di Gurun petang ini.
    
Letupan kira-kira 4.50 petang itu menyebabkan seorang anggota tentera yang dikenali sebagai Ayob, berusia dalam lingkungan 30-an, anak perempuannya Nor Hidayu Shahirah Ayob, 8, dan anak lelakinya Mohamad Idham Shahmi, 5, maut.
    
Sementara itu, isteri Ayob yang dikenali sebagai Sharifah Haslinda, 37, mengalami kecederaan parah.
    
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Kedah, Ahmad Shahabuddin berkata, walaupun ada yang mengatakan letupan berpunca daripada tong gas tetapi pihaknya tidak menolak kemungkinan letupan itu berpunca daripada sejenis bahan letupan.
    
" Ini berdasarkan pengamatan impak letupan di lokasi kejadian oleh pihak bomba ketika melakukan kerja pemadaman sebaik tiba di lokasi kejadian.
Read More / Baca Lagi >>

Banjir Semakin Buruk, Rakyat Semakin Menderita..!!!

Posted: 24 Dec 2014 05:47 AM PST

Jumlah mangsa banjir di kebanyakan negeri yang terjejas terus meningkat dengan keseluruhan 62,836 penduduk dipindahkan sehingga tengah hari ini, berbanding 58,705 pagi tadi.

Di Kelantan jumlah mangsa banjir kini mencecah 26,137 orang berbanding 24,765 yang dicatat pagi tadi.

Menurut portal banjir kerajaan negeri, mereka yang dipindahkan membabitkan sebanyak 7,468 buah keluarga yang ditempatkan di 117 pusat pemindahan berbanding 7,493 keluarga di 114 pusat sebelumnya.

Jajahan paling teruk terjejas ialah Gua Musang membabitkan 6,947 penduduk dipindahkan, meningkat 1,688 orang berbanding pagi tadi.

Peningkatan jumlah mangsa banjir turut dicatatkan di Tanah Merah (801), Kota Baru (276), Jeli (557) dan Machang (178).

Di jajahan Pasir Mas jumlah mangsa sedikit menurun kepada 7,776 orang berbanding 8,754 pagi tadi. Penurunan turut direkodkan di Tumpat dengan kini 3,794 mangsa masih berada di pusat pemindahan berbanding 4,146 pagi tadi.

Sementara mangsa banjir di Pasir Puteh kekal 602 orang.

Di Terengganu, 720 orang lagi penduduk dipindahkan menjadikan jumlah keseluruhan mangsa banjir kepada 22,326 orang berbanding 21,606 pagi tadi.

Menurut portal Majlis Keselamatan Negara (MKN) Terengganu, Kemaman mencatatkan jumlah mangsa tertinggi 13,039 orang diikuti Dungun (4,971), Kuala Terengganu (3,082) orang, Hulu Terengganu (685), Besut (426), Marang (115) dan Setiu (lapan), kesemuanya ditempatkan di 116 pusat pemindahan.

Di Kuantan situasi banjir semakin buruk menyebabkan angka penduduk yang dipindahkan bertambah kepada 12,832 orang berbanding 10,825 orang pagi tadi.

Jurucakap Bilik Gerakan Banjir Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang berkata, daerah Kuantan mencatatkan jumlah mangsa banjir paling banyak iaitu 6,231 orang daripada 1,689 keluarga yang ditempatkan di 31 pusat pemindahan.

Read More / Baca Lagi >>

Pemimpin PR, BN bergambar semasa banjir diselar

Posted: 24 Dec 2014 05:44 AM PST

Banjir ini memang betul bala Allah. Sebelum ini juga banjir. Mana cadangan kerajaan negeri atau pusat untuk berdepan dengan bencana seperti ini.
chegubardKUALA LUMPUR: Pengasas Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shahrin menyelar sikap para pemimpin Pakatan Rakyat (PR) dan Barisan Nasional (BN) yang berlumba-lumba merakam gambar semasa banjir.
Beliau yang lebih dikenali Chegubard berkata, perkara seperti itu sepatutnya tidak berlaku kerana ia tidak dikehendaki dan disukai oleh rakyat.
"Yang rakyat mahu ialah kamu ini pemutus polisi dasar. Banjir ini memang betul bala Allah. Sebelum ini juga banjir. Mana cadangan kerajaan negeri atau pusat untuk berdepan dengan bencana seperti ini," katanya kepada pemberita hari ini.
Beliau memberitahu, kerajaan Indonesia telah memperkenalkan program tembok di pesisir pantai dikenali Garuda Besar dalam usaha mengatasi masalah banjir yang selalu menenggelami Jakarta.
Katanya, beliau kecewa kerana di negara ini tidak ada program kawalan banjir secara komprehensif dan terancang.
Sebelum ini media melaporkan, Ahli Parlimen Ketereh, Tan Sri Annuar Musa mencadangkan supaya Majlis Keselamatan Negeri (MKN) isytihar darurat di kawasan yang terjejas akibat bencana banjir khususnya di Hulu Kelantan.
Beliau turut menyeru segerakan intervensi tentera kerana kenderaan dan peralatan tidak mencukupi di mana pihak MKN perlu bertindak pantas atau menggerakan tentera ke kawasan bencana terutama di Laloh, Kampung Karangan dan Manek Urai di Kuala Krai.

BARU TAHU.. Rupa2nya inilah cara 'pengurusan banjir' di Malaysia.. RM3 JUTA ???.. BUAT KONSERT LAGI ???

Posted: 24 Dec 2014 05:20 AM PST


Nak guna kalimah Allah tapi tolak hudud?

Posted: 24 Dec 2014 04:59 AM PST

Oleh Timmy Say
Ketegasan DAP memperjuangkan hak bukan Islam Malaysia untuk menggunakan kalimah Allah dan kitab Bible BM amatlah mengkagumkan.
Mereka berani mempertahankan apa yang dirasai betul, pada pendapat mereka, mengikut tafsiran mereka pada Perlembagaan dan hak asasi manusia, meskipun terpaksa berdepan dengan cemuhan dan kritikan yang bertubi-tubi.
Tapi mengapa DAP mengambil sikap konfrontasi terhadap PAS yang ingin memperjuangkan agar hukum hudud dilaksanakan di Kelantan?
Hukum hudud adalah sebahagian daripada tuntutan agama orang Islam, yang wajib ditunaikan jika mampu. Ini adalah satu hak orang Islam untuk melaksanakan tuntutan agama mereka. Keinginan orang Islam untuk melihat pesalah-pesalah beragama Islam diadili menggunakan hukum yang ditentukan Allah dan bukan manusia perlu dihormati dan diberi ruang.
Sikap DAP yang sering mempertikaikan hasrat PAS untuk melaksanakan hudud menyebabkan masyarakat bukan Islam melihat hukum hudud jauh lebih teruk berbanding rasuah di dalam Umno.
Ini terbukti apabila DAP menyatakan Putrajaya tidak akan dicapai Pakatan Rakyat sekiranya hukum hudud dilaksanakan.
Kenyataan DAP itu membina persepsi seolah-olah rasuah di dalam Umno boleh diterima bukan Islam berbanding hukum hudud yang cuba dilaksanakan PAS Kelantan untuk mengotakan janjinya kepada rakyat Kelantan yang menyokongnya selama 23 tahun.
Betul kata DAP, orang bukan Islam yang menyokong PR tidak mengundi untuk hukum hudud dilaksanakan. Tapi rakyat Kelantan yang beragama Islam menyokong PAS pula mengundi untuk sebaliknya. Betul hak bukan Islam perlu dihormati, tapi hak rakyat Kelantan turut tidak boleh diabaikan.
Read More / Baca Lagi >>

Dr Mahathir, berhentilah… – Chegubard

Posted: 24 Dec 2014 04:25 AM PST

Badrul Hisham juga menggesa Pakatan Rakyat tidak terlalu ghairah menggunakan Dr Mahathir untuk menjatuhkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

chegubard3KUALA LUMPUR: Ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang digantung, Badrul Hisham Shahrin menggesa mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berhenti daripada bersuara lantang dan mengkritik.
Beliau yang dikenali Chegubard mempersoalkan jika Dr Mahathir mahu bercakap mengenai kronisme dan peluang, berapa ramai anak Melayu diberi peluang mendapat projek bernilai berbilion di bawah Petronas.
Dakwanya, persoalan yang perlu dijawab adalah kewujudan Pembekal Tenaga Bebas (IPP) yang menjadi skim pencen kepada bekas Perdana Menteri dan kroni-kroninya.
"IPP kini menjadi punca antara masalah besar pengurusan subsidi industri dan tenaga dalam negara," katanya dalam satu sidang media di sini.
Badrul Hisham juga menggesa Pakatan Rakyat (PR) tidak terlalu ghairah menggunakan Dr Mahathir untuk menjatuhkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Beliau mendakwa, PR tidak sedar hakikat Dr Mahathir yang sedang menunggang pembangkang bagi menunaikan kemahuannya.
Read More / Baca Lagi >>

Sedarlah Nik Amar, 53% rakyat Malaysia mahu Pakatan ke Putrajaya...!! Hanya Pas Kelantan Dan Terengganu dari dunia lain..??

Posted: 24 Dec 2014 04:23 AM PST

Pakatan Rakyat perlu bersedia untuk melepaskan PAS keluar daripada PR

Oleh Syukri Razab
Kenyataan Timbalan Menteri Besar Kelantan, Nik Amar Nik Abdullah dalam satu wawancara dengan Malaysiakini yang mengatakan PAS akan terus mengutamakan perjuangan Hudud sekalipun terpaksa mengorbankan perjuangan untuk memerintah Malaysia bersama Pakatan Rakyat (PR), merupakan satu kenyataan penting diri dan tidak menghormati kehendak rakyat.
amar_nik_abdullah_300x200Dalam wawancara tersebut Nik Amar ada menyebut tidak ada gunanya PR menang Malaysia sekiranya cita-cita PAS untuk melaksanakan Hudud tidak dapat dilaksanakan. Beliau juga menyebut, Putrajaya hanya merupakan kenderaan yang perlu ditunggang oleh PAS untuk melaksanakan ' The Bigger Picture' iaitu Hudud. Maka Nik Amar percaya Hudud tetap tidak akan dapat dilaksanakan walaupun PR berjaya memerintah Malaysia kerana halangan daripada pihak PKR dan DAP. Oleh itu PAS akan terus berusaha melaksanakan Hudud di Kelantan, dengan logik 'biar tidak dapat Putrajaya, asalkan PAS dapat laksanakan Hudud di Kelantan'.
Perspektif Nik Amar yang ditonjolkan melalui wawancara tersebut jelas menunjukkan beliau sudah hilang kepercayaan kepada PR. Jelas terpamer sikap beliau yang sudah lelah untuk bertoleransi. Bagi Nik Amar, Hudud akan tetap dilaksanakan di Kelantan walaupun PKR dan DAP kurang senang dengan idea tersebut. Pendirian beliau mudah, PAS akan terus dengan Hudud walaupun Pakatan Rakyat pecah, sekaligus mematikan impian untuk memendekkan hayat BN di Putrajaya menjelang PRU14.
Nik Amar lupa 'The Bigger Picture' yang lebih utama
Saya fikir mungkin Nik Amar terlupa bahawa 53 % rakyat Malaysia telah memberi undi kepada PR dalam PRU 13 yang lalu. Selain memikirkan 'The Bigger Picture' PAS, apakah Nik Amar mengambil peduli 'The Bigger Picture' yang tertanam dalam minda 53% rakyat yang telah menolak Barisan Nasional ini. Pernahkah Nik Amar mengambil peduli persepsi 53% rakyat ini sehingga beliau dengan tegar menyebut memenangi Malaysia tidak bermakna tanpa Hudud?
Saya yakin, PAS, DAP dan PKR membawa suara akar umbi masing-masing yang tidak boleh diperkecilkan. Suara akar umbi inilah yang membentuk sokongan 53% terhadap PR. Sokongan ini hadir setelah rakyat jelak dengan corak pemerintahan Barisan Nasional yang gagal mengurus ekonomi Negara secara berkesan seterusnya memperjudikan kebajikan rakyat. Selain itu rakyat juga bosan dengan isu perkauman yang sering dimainkan oleh UMNO bagi mengekalkan kuasa politik mereka.
Read More / Baca Lagi >>

Banjir memburuk, belum tahap darurat?

Posted: 24 Dec 2014 04:15 AM PST

Gambar-gambar banjir buruk di Kelantan yang tersiar di pelbagai media menimbulkan persoalan, situasi bagaimanakah yang boleh diisytiharkan darurat? 

kelantan_ banjir_300PETALING JAYA: Mengerikan, menyayat hati dan boleh menyebab sesiapa saja rasa tertekan apabila menonton video mengenai mangsa banjir yang dibawa arus ini.
Terasa jantung berdegup kuat dan sesak dada bagaikan sukar bernafas apabila menonton video yang memuatkan insiden mangsa banjir dibawa arus deras.
Jeritan dan pekikan wanita dan kanak-kanak dari rumah mangsa berhampiran tambah menyayatkan hati, kedengaran suara lelaki meminta mangsa di dalam air supaya berpegang kuat pada apa saja yang berdekatan.
"Allahu Akbar" berulang kali suara wanita menjerit sambil merintih. Kedengaran juga sayup-sayup suara kanak-kanak yang turut berpekik.
"Pegang kemas-kemas, pegang kemas-kemas," terdengar pekikan seorang lelaki di situ. Itu saja yang terdaya. Apa lagi yang mampu dilakukannya dalam keadaan arus yang begitu deras.
Tidak perlu kita tahu siapa mangsanya, di mana kejadiannya, apa pula kesudahannya…Kejadian tersebut yang dikatakan berlaku di Kelantan ternyata menyentuh perasaan sesiapa saja yang menontonnya.
Apa yang nyata keadaan itu sangat getir. Bukan saja tidak jelas apa yang diperkatakan, kelihatan seperti terdapat lebih daripada dua orang mangsa yang sedang bersabung nyawa di dalam arus deras. Kelihatannya seperti dua mangsa sedang tenggelam timbul di permukaan air dengan hanya bergantung pada tiang bendera dan serpihan bumbung untuk menyelamatkan diri. Keadaan getir tersebut hanya mampu dilihat penduduk dari jauh dan berdoa supaya mangsa selamat.
Selain video tersebut, telah banyak gambar yang menjadi viral di pelbagai cabang media sosial. Dan nyata keadaan banjir di Pantai Timur semakin memburuk.
Laporan banjir sehingga tengah hari ini juga mengesahkan keadaan banjir di Kelantan, Terengganu dan Pahang semakin teruk. Jumlah mangsa banjir di kebanyakan negeri yang terjejas terus meningkat dengan keseluruhan 62,836 penduduk telah dipindahkan sehingga tengah hari ini, berbanding 58,705 pagi tadi.
Read More / Baca Lagi >>

Menteri Umno kata terbaik urus banjir tetapi realitinya sangat lemah

Posted: 24 Dec 2014 04:13 AM PST

1533716_10152492090445965_3042288500337860489_nKUALA LUMPUR 24 Disember: Dakwaan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim bahawa negara ini merupakan antara yang terbaik dalam pengurusan banjir di tempelak Abd Aziz Kadir.
Azizi yang juga Pengerusi KEADILAN Kelantan berkata apa yang didakwa menteri itu tidak mengambarkan realiti yang berlaku sekarang.
Sehingga berita ini ditulis kira-kira lebih 60,000 penduduk di Pahang, Kelantan, Terengganu, Perak, perlis dan Sabah terpaksa berpindah.
Shahidan ketika menjawab soalan semasa sidang Dewan Rakyat sebelum ini dipetik berkata pengurusan banjir di negara ini merupakan antara yang terbaik jika dibandingkan dengan negara- negara lain termasuk negara maju seperti Amerika Syarikat (AS).
"Kerajaan pusat mempunyai semua kelengkapan yang mencukupi, kita hairan kerana mereka seolah-olah gagal melakukan sesuatu.
"Bencana ini dihadapi hampir setiap tahun, seharusnya dari awal Majlis Keselamatan Negara (MPN) bersedia dan melakukan persediaan yang seharusnya.
"Dalam keadaan ini, seharusnya kesemua agensi kerajaan dikerah untuk melakukan operasi menyelamat mangsa banjir," tegas Aziz.
Satu laporan media menyatakan seramai 500 mangsa banjir ditempatkan di pusat pemindahan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Manek Urai berada dalam bahaya apabila air sudah mencecah sehingga ke tingkat tiga bangunan sekolah.
Read More / Baca Lagi >>

3 terperangkap dalam runtuhan projek LRT

Posted: 24 Dec 2014 04:11 AM PST

Sebuah insiden runtuhan melibatkan konkrit cair bagi lantai LRT di projek depot Ampang di Puchong petang ini.

  Tiga mangsa dipercayai terperangkap.

Kejadian berlaku di tapak projek di Kampung Kuala Sungai Baru, Putra Height pada jam 4.20 petang tadi.

"Operasi mencari sedang giat dijalankan," menurut tulisan di Twitter bomba.

Projek sambungan LRT itu diuruskan oleh Prasarana Malaysia Bhd.

Prasarana dalam kenyataannya lewat petang ini menjelaskan, acuan dan perancah projek runtuh ketika kerja-kerja membina konkrit papak geladak (deck slab).

Selain empat orang yang dipercayai terperangkap setakat ini, empat lagi mengalami kecederaan ringan dan kini dirawat di hospital berdekatan.

Pasukan polis dan penyelamat sudah berada di tapak kejadian, menurut Prasarana lagi.

Pas Kelantan: Jangan samakan hudud, apartheid

Posted: 24 Dec 2014 02:41 AM PST

Kerajaan negeri Kelantan pimpinan Pas memberi amaran kepada MCA Kelantan supaya tidak lancang mengungkap sesuatu istilah dan cuba menyamakan hukum hudud dengan mana-mana sistem ciptaan manusia.

Timbalan Menteri Besarnya, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah menegaskan pemimpin MCA sepatutnya perlu lebih berhati-hati dalam mengeluarkan sebarang kenyataan yang menyentuh sensitiviti orang Islam kerana hudud adalah persoalan agama.

"Kalau apartheid itu lain maksudnya, kena jelaslah, sebab itu jangan bermain dengan perkataan.

"Saya nasihatkan MCA jangan bermain dengan perkataan dengan istilah (apartheid) itu," katanya kepada Sinar Online, hari ini.

Mohd Amar yang juga Adun Panchor berkata demikian mengulas kenyataan Setiausaha MCA Kelantan, Lua Choon Han semalam yang mengatakan pelaksanaan hukum hudud menyebabkan berlaku sistem ala apartheid di negeri itu.

Choon Han berkata, hudud juga akan mewujudkan jurang agama antara orang Islam dengan bukan Islam dengan undang-undang yang berbeza.

Terdahulu, kerajaan Kelantan akan mengadakan sidang khas Dun Kelantan pada 29 Disember ini untuk meminda Kanun Jenayah Syariah II 1993 bagi membolehkan sebahagian hukum hudud dilaksanakan di negeri itu.

Cadangan Kelantan itu bagaimanapun menimbulkan konflik dalam PR di mana DAP menentangnya manakala Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menganggap cadangan itu bermasalah.
Read More / Baca Lagi >>