Followers

Nuffnang

Dialog Dewasa Kritik Berasa

0

Posted by Unknown | Posted on 11:46 PTG | Posted in

sumber :-

Dialog Dewasa Kritik Berasa


CIA TORTURE REPORT, AMERIKA GETS FREE HAND IN TORTURING OTHERS, SAY HARAKAHDAILY

Posted: 22 Dec 2014 10:00 PM PST

CIA Torture Report - America gets free hand in torturing others
Harakahdaily | .

Something is terribly wrong amongst us when after the US released the "Torture Report", there seems to be not much of an outcry from rights groups everywhere and in our country, we have yet to see protest notes sent to the US embassy over its treatment of detainees purportedly involved in terrorism.

Here we have the nation that scolds any other nation on earth for its "rights record" but itself indulges in things far worse. Going through the summarised version that is available on the Web, one can only shake one's head in wonder over the atrocious nature of the "interrogations" carried out by CIA operatives on so-called terrorists – who of course were denied any access to the justice system - that in effect could have been obtained just as well through non-use of torture.

Distinguished journalist Robert Fisk has one of the sharpest criticisms in one of his columns when he cynically castigates Washington for inventing terms to describe the horror they meted out on the detainees. Just imagine inventing "enhanced interrogation techniques" to describe what is plainly torture in the process of extracting information. One commentator then suggested that rape could now be classified as "enhanced dating technique"!

Coming back to the report what is evident is novel forms of torture were also brought upon these people detained at secret cells in several countries around the world. According to the report, the CIA torture program included the use of brutal stress positions, extended sleep deprivation with bright light and loud noise, waterboarding, and shutting detainees inside coffins. There was also the use of punitive "anal feeding" or "anal rehydration" and making the detainees suffer extreme pain as forcing those with broken leg bones to stand shackled against a wall.

Interestingly, professionals had also been roped into this game of torture. Medical doctors and psychologists stand out as main collaborators providing "guidance" to the torturers carrying out their work. The report reveals that documented, medical personnel appeared to be enablers facilitating the whole torture process to the extent of ensuring that the detainees would talk. And while these "doctors" were colluding with the perpetrators of such vile, inhuman acts, the medical profession upon becoming aware of such developments after the report's release attacked those who unethically condoned such behaviour. They expressed outrage and lambasted their peers for falsely claiming that some of the torture methods were medically alright when in fact they were not. The American Medical Association in a statement two weeks ago said that "the participation of physicians in torture and coercive interrogation is a violation of core ethical values." But due to the nature of the program it is impossible to pinpoint who these colluding professionals were since their names had been blacked out in the report. And of course the professional body cannot really stand up to the might of the state.

And that folks is what the nation that prides itself as the "democracy" of the world where human dignity is given top priority is all about. As the report shows, even they cannot stand true to their principles despite President Obama's statement that the program involved practices that were "contrary to our values" and his observation that "… these harsh methods were not only inconsistent with our values as nation, they did not serve our broader counterterrorism efforts or our national security interests."

But do the agencies that indulge in such excesses care? The report did mention that these torture tactics did not really add to information that the CIA already had.

So what does this further point to? That these Americans are really sick people who would torment others just for their own gratification. Perhaps they wanted to "entertain" themselves. Unfortunately the majority of Americans seem to agree with the administration on the use of these "enhanced interrogation techniques" as shown in surveys held recently.

FITNAH DI BUMI FELDA: LEPAS 1MDB DAN FGV...TABUNG HAJI JADI SASARAN LEBAI KHAWARIJ-DAJJAL RAPUSSY

Posted: 22 Dec 2014 07:05 PM PST


Memang benar sabda Rasulullah s.a.w bahawa di akhir- akhir zaman fitnah akan berleluasa.

Ada juga ulama menyatakan fitnah akan melata dan bergerak sepantas kilat, sedar-sedar ia sudah berada di dalam rumah.

Di akhir zaman manusia termasuk umat Islam akan dibingungkan oleh fitnah-fitnah yang disebarkan oleh sahabat-sahabat Dajjal termasuk golongan munafik yang bekerjasama dengan kafir harbi untuk memecah belahkan kesatuan ummah.

Perkara ini benar-benar berlaku...

Kini selepas fitnah dilontarkan terhadap 1MDB, muncul fitnah ke atas FGV kononnya akibat sahamnya merudum seluruh peneroka akan kehilangan tanah yang 'dipajakkan' ke atas aset-aset mereka!


Harga sawit yang rendah akibat permintaan yang lemah di kalangan negara-negara pengimport utama sawit Malaysia juga dijadikan alasan ini semua salah UMNO, BN dan kerajaan yang memerintah. 

Kerajaan dah berusaha membantu peneroka dan pesawit. Naik turun harga sawit dan saham adalah adat berniaga dan berurusniaga di pasaran saham.

Bagi mereka yang bijak ekonomi, masa harga tengah merudum inilah waktu yang sesuai bagi mereka yang ada wang membeli saham-saham atau aset-aset yang harganya murah untuk pelaburan jangka panjang. 

Jika harga naik waima RM0.01 sen sekalipun dan dijual ketika itu dah kira untung untuk satu sen setiap saham. Kalau banyak unit saham lagi untung. siapa nak bagi duit? 

Pi dengar ceramah fitnah pong...pang...pong...pang pun hujung-hujungnya kena tagih duit sedekah hulur ke dalam tin-tin milo, kononnya atas nama jihad. 

Penat bekerja menyawit setiap hari tapi duit habih kat lebai-lebai serakah sedekah. Anak bini kat rumah terbiar 'makan hati'.


Rasa-rasanya lah kalau dah bosan duduk kat tanah rancangan Felda sebab rasa kerajaan zalim lebih baik serahkan kembali tanah, rumah dan ladang pada golongan yang memerlukan. Ramai lagi yang nak duduk Felda.

La ni puak-puak lebai kepiah serakah sedekah dok masuk perkampungan Felda dok sebar fitnah. Anak-anak generasi muda mereka yang duduk di bandar pula dok sibuk sebar fitnah di alam maya, nak jadi hero penyelamat Felda konon. 

Nampak tersusun segala fitnah jemaah berlonggok itu.

Tak sedar diri makan duit Felda (hahaha mereka kata itu duit rakyat) tapi masih lagi maki hamun tangan yang memberi. Tak ke itu termasuk dalam kategori kufur nikmat? 

Allah benci golongan kufur macam ni.



Cerita terbaru peneroka dan orang kampung mula disangsikan dengan fitnah kononnya Tabung Haji telah membuat pelaburan membeli hotel-hotel mewah di luar negara yang menjual arak. Hasil keuntungan haram itu digunakan untuk memberi dividen yang tinggi pada jemaah haji. 

Kononnya hasil keuntungan itu juga digunakan untuk bayar gaji berpuluh ribu kepada CEO dan Ahli-Ahli Lembaga Pengarah Tabung Haji.

Tu belum masuk lagi fitnah pembohongan yang disebarkan kononnya dividen Tabung Haji juga akan dikenakan GST.

Samalah juga dengan fitnah kononnya harga saham FGV jatuh disebabkan perbelanjaan boros Felda membeli hotel-hotel mewah di luar negeri.

Malah keuntungan tersebut diambil oleh Rosmah untuk membeli belah.

Semua ni berlaku kerana salah UMNO.....Nauzubillah hebat fitnah Dajjal Rapussy dan khawarij!

Tapi apa pula jasa puak-puak penjual fitnah ini untuk pembangunan anak bangsa dan agama mereka?

Kepada pejuang-pejuang yang sayangkan agama dan bangsa, fitnah secara konsisten ini perlu dilawan dengan fakta, data dan carta. 

Paling utama pihak-pihak yang terlibat perlu segera bertindak membetulkan kenyataan dan kalau boleh saman mereka yang sebar fitnah ini.

Fitnah yang kecil umpama virus yang memamah akar umbi jika ia tidak dihapuskan maka ia semakin merebak dan akan merosak dan meruntuhkan sebuah pohon yang besar.

Ia juga seperti ketum yang memabuk dan mengkhayalkan sesiapa yang mencubanya.

Fitnah-fitnah ni dah merebak bukan saja di perkampungan Felda dan kawasan-kawasan kampung lain tetapi di tempat-tempat lain juga. Jadi ayuh kita berjuang hapuskan fitnah tersebut!

Kata orang putih;

Better do something, rather do nothing. When you just talking, blaming and bashing everything and anything but do nothing... you are really fucking losing!!!

LATHEEFA KOYA TUDUH PAS SENGAJA LAKSANA HUDUD UNTUK KELUAR PAKATAN

Posted: 22 Dec 2014 04:00 PM PST

PKR dan DAP konsisten tidak bersetuju dengan hasrat PAS Kelantan mahu melaksanakan hudud di negeri itu.
Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi PKR, Latheefa Koya berkata kerajaan negeri Kelantan sepatutnya mengutamakan kebajikan di kalangan rakyat berbanding usaha untuk melaksanakan hukum hudud sebagaimana kedudukan zakat yang menjadi rukun Islam yang kedua selepas sembahyang.
Latheefa dalam kenyataannya dilaporkan The Malaysian Insider membantah pendekatan sesetengah pemimpin PAS yang dilihat sangat tegas untuk melaksanakan hudud tetapi Kelantan terus tertinggal dalam menjaga kebajikan rakyat.
"Kenapa PAS beriya-iya mahu melaksanakan hudud tetapi mengetepikan objektif yang penting dalam Islam? Sudah pasti ada agenda politik di sebaliknya," kata beliau.
Berpandukan hujah yang sering digunakan Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim, Latheefa berkata objektif tertinggi Maqasid Syariah adalah berteraskan keadilan dan bukannya hukuman.
"Objektif tertinggi Maqasid Syariah adalah keadilan, kebaikan, dan kebijaksanaan
"Mana-mana undang-undang yang lari daripada keadilan kepada ketidakadilan adalah bertentangan dengan syariah," katanya.
Latheefa berkata, pengurusan zakat di Kelantan perlu perlu diperbetulkan terlebih dahulu berbanding dengan cita-cita mahu melaksanakan hudud.
"Kelantan adalah salah satu negeri yang miskin dan memerlukan pentadbiran zakat dengan efisien menurut pentadbiran Islam. Ini yang perlu diperjuangkan kerajaan Kelantan, bukannya fokus untuk pelaksanaan hudud
"Pengagihan kekayaan kepada golongan miskin lebih penting berbanding hukuman hudud versi PAS," kata Latheefa.
The Malaysian Insider turut melaporkan kata dua Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng terhadap hasrat PAS berkaitan hudud.
Guan Eng mengingatkan PAS agar kembali kepada perjuangan tatakelola dan tadbir urus kerajaan yang baik seperti ketika Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) berbanding dengan hasrat mahu meneruskan agenda hudud.
Menurutnya, 80% pengundi bukan Islam yang mengundi dalam PRU13 mengharapkan PAS menentang UMNO akan rasa dikhianati oleh parti Islam itu kerana mereka mengundi untuk menentang rasuah serta menggantikan Barisan Nasional (BN), bukannya melaksanakan hudud.
"PAS tidak seharusnya meninggalkan tadbir urus kerajaan yang baik semata-mata mempercayai UMNO akan membantu mereka melaksanakan hudud kepada Muslim di Kelantan kerana ia bakal melenyapkan asas Perlembagaan Persekutuan dan menggagalkan usaha Pakatan Rakyat (PR) menyelamatkan Malaysia daripada rasuah dan BN," katanya.
Guan Eng berkata, hudud juga bukannya pemenang pilihan raya bagi PAS untuk pengundi komuniti Melayu, kerana jika undang-undang Islam itu begitu penting, PAS sudah pasti akan memenangi setiap pilihan raya sejak 50 tahun lalu dan tidak perlu menunggu 50 tahun sehingga Pilihan Raya 2008 untuk memenangi Kedah dan Perak melalui penyertaan bersama PKR dan DAP dalam PR.
Pengundi bukan Islam katanya, tidak akan tertipu dengan tindakan PAS kerana mereka sedar pelaksanaan hukum hudud di Kelantan akan memberikan kesan kepada mereka kerana ia adalah langkah awal pembentukan hudud kepada semua, termasuk komuniti bukan Islam.
"Setiap pengundi bukan Islam sedar Perlembagaan Persekutuan tidak boleh diubah dan perubahan asas Malaysia daripada pentadbiran sivil sedia ada ketika pelaksanaan hudud di dalam 'satu negara, dua sistem jenayah', adalah langkah awal menjadikan pelaksaan hudud kepada semua, termasuk bukan Muslim," katanya.

DAP ALIH PERHATIAN PERCAKARAN DALAM PR

Posted: 22 Dec 2014 02:00 AM PST



STRATEGI parti DAP untuk meneruskan kebencian rakyat terhadap UMNO terutama di kalangan orang Cina adalah mengaitkan apa juga buah butir yang keluar dari mulut pemimpin/bekas pemimpin UMNO dengan perkauman. Tujuannya nak menakut-nakutkan orang cina bahawa UMNO ini parti perkauman dan hanya mereka sahaja yang mampu menyelamatkan orang cina.

DAP belajar strategi ini dari George W Bush yang berterusan memainkan sentimen keganasan dalam kempen pilihanraya presiden 2004 supaya rakyat Amerika terus takut dan hanya nampak dia sahaja yang mampu menyelamatkan negara itu dari serangan pengganas.

Maka tidak hairanlah bila Tun Mahathir sebut pasal Melayu mengemis undi cina saja, Kit Siang tak tunggu lama untuk mengaitkan ucapan tersebut dengan perkauman. Entah macam mana boleh jadi perkauman tak tau, tapi perkaumanlah modalnya.

Nak menguatkan dakwaannya itu, disuruhnya anak tiri bekas seorang pemimpin UMNO yang DNA 100% cina tapi nama Melayu untuk sokong, walhal apa merit dia ada? Bertanding pun kawasan majoriti cina, nak cakap apa pasal Melayu?

Dulu pun macam itu, sekarang lebih teruk lagi.

Bila dikaji-kaji, kekerapan Kit Siang buat kenyataan seperti itu kebelakangan ini ada kena mengena dengan pergaduhan sesama sendiri yang sedang berlaku dalam Pakatan Rakyat. Nak memanjangkan hayat yang tak berapa nak ada, maka dakwaan perkauaman ke atas UMNO perlu diteruskan.

Hujung bulan ini kalau jadi, PAS akan pinda enakmen berkenaan hudud sebelum dibawa ke Parlimen untuk kelulusan. Inilah yang DAP takutkan sangat sebab terbukti DAP tidak ada kekuatan untuk halang PAS dari laksanakan hudud seperti mana gebangnya kepada pengundi cina yang terang-terang taknak hudud.

PKR pula terlalu sibuk untuk pastikan ke mana hala tujuan bila Anwar masuk penjara nanti, tak banyak masa untuk tekan PAS agar tidak laksanakan hudud seperti mana yang DAP nak.

Jadi rakyat jangan terpengaruh dengan dakwaan berbunyi perkauman dari DAP kerana ini semua hanyalah cubaan mengalih perhatian dari masalah dalaman mereka sendiri. Yang perkauman ialah DAP bukan UMNO. Tak cukup dengan itu,DA dan main politik agama pulak sekarang ini, terutama nak lagakan orang Kristian dengan Islam.

Pendek kata, semua masalah perkauaman dan agama di negara ini DAPlah dalangnya, bukan UMNO. Kena ingat tu.-Mykmu

The Unspinners

0

Posted by Unknown | Posted on 11:41 PTG | Posted in

sumber :-

The Unspinners


BN buat BR1M, DAP yg untung politik

Posted: 22 Dec 2014 10:30 PM PST





Betul tu Tok Jat, tapi awas parasit

Posted: 22 Dec 2014 07:29 PM PST




Ditakuti banyak yg parasit dan bawa penyakit untuk rosakkan lagi UMNO.

Ahli Parlimen belia dah ingat Menteri betul2

Posted: 22 Dec 2014 04:25 PM PST


Wah ... dah ada SUSK? Tak nak pakai Setpol dan Press Sec sekali ke?

Kenalah jadi Menteri belia ... kikiki

Melayu sifat manusia agong, Kuat pegangan Islam

Posted: 22 Dec 2014 06:00 AM PST





Malek quack quack kata Maulud zalim? Guan Eng tak?

Posted: 22 Dec 2014 03:00 AM PST




PKR ni ingat harga minyak pum macam pasaran saham

Posted: 22 Dec 2014 01:00 AM PST


Jumaat lepas ada perhimpunan untuk tuntut pwnuthnan harga minyak.

Apa lagi jadi isu ni?

Stok minyak kerajaan adalah pada high cost maka tak semudah itu nak main turun ikut pasaran spot. Lagi pun, tidak ada dunia tetapkan ikut spot market.

Kalau mahu segera turunkan, adakah setuju bila harga naik cepat2 naikkan? Lagi untung kerajaan....

Orang tak memerintah dan mentadbir tak faham pelbagai isu dan perkiraan yang perlu dilakukan sebelum buat keputusan.

Harga minyak turun dan naik sepanjang masa, takkan nak turun naik sepanjang masa. Hanya trend dah jelas barulah dilakukan sesuatu keputusan.

Gaya Peneroka

0

Posted by Unknown | Posted on 11:21 PTG | Posted in

sumber :-

Gaya Peneroka


MEMORANDUM UNTUK FGVH DARI ANAK FELDA

Posted: 22 Dec 2014 10:14 PM PST

23 Dis 2014 - NGO ANAK Felda telah mengantar memorandum kepada FVGH 


Syabas(ANAK)Berjuanglah hingga berjaya Menyelamatkan Harta Peneroka.
Selamatlah Pusaka yang diusaha untuk orang melayu yang tidak ada tanah Oleh Allahyaham Tun Abd.Razak.
Kita amat sedih dalam perkara ini  kerana FELDA sekarang jauh terpesong daripada Landasan yang Asal nya



Dikhabarkan masa ini Semua Tokoh tokoh kanan FGV Sedang melancong
Tsr Isa diLondon
CEO di luar negara
Ramai pengawai kanan bercuti di luar negara

Taklimat dari Dr Rosli
Tinggal dipej sekarang
N.Presiden sumber manusia saja n Pro FGV 







Dalam saham merudum masih bermewah
Hebat mereka ni

HUDUD NYAWA PADA PAS

Posted: 22 Dec 2014 09:16 PM PST

KUALA LUMPUR 21 Dis. - Pergeseran antara PAS dengan DAP kian panas apabila parti itu dalam reaksi segeranya terhadap kelancangan Lim Guan Eng bertegas, hudud merupakan nyawa kepada PAS yang tidak akan digadaikan walau atas apa alasan sekalipun.

Malah, Timbalan Mursyidul Am Pas, Dat,o' Dr. Haron Din ketika membuat kenyataan tegas itu berkata, jika DAP mahupun Guan Eng tidak selesa dengan perjuangan PAS itu, Setiausaha Agung DAP tersebut boleh mencari 'keselesaan' lain dengan jalannya tersendiri.

Bahkan tanpa berselindung, beliau mengakui, siri 'serangan' oleh DAP terutamanya mempersoal dan mempertikai hukum hudud yang menjadi asas kepada perjuangan PAS telah 'mengoyak' syarat tahaluf siyasi (kerjasama politik) dalam pakatan pembangkang.

Justeru, tegas tokoh ulama yang disegani dalam PAS itu, jika DAP atau Guan Eng berterusan mempertikai hukum hudud, parti tersebutlah sebenarnya bertanggungjawab merosakkan 'kertas' tahaluf siyasi yang dipersetujui pakatan pembangkang sejak 2008.
"PAS tidak terbelenggu oleh komen lawan mahupun kawan. Hudud nyawa PAS dan ini perjuangan asas yang tidak pernah lekang. Jika Guan Eng merasakan tidak selesa, maka carilah jalannya sendiri untuk keselesaan kerana hudud tetap diteruskan (di Kelantan).

"Apa yang dibuat DAP telah mencacat dan mencarik-robek tahaluf, kalau terus-menerus demikian, maka DAP yang mengoyak kertas tahaluf kerana PAS tidak pernah mempertikai asas perjuangan DAP," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Semalam, Guan Eng dalam siri 'serangan' terbaharunya ke atas PAS menyifatkan, komitmen sekutu DAP itu untuk tetap melaksanakan hudud di Kelantan adalah penghinaan kepada pakatan, selain mendakwa langkah berkenaan bertentangan dengan konsensus pakatan.

Kenyataan tersebut dibuat Ketua Menteri Pulau Pinang berkenaan tidak sampai seminggu selepas beliau mendesak pakatan pembangkang memuktamadkan pendirian untuk menolak hudud ketika merasmikan Persidangan Kebangsaan DAP kononnya demi aspirasi pengundi.

Tidak menunggu lama, Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob kemudian membalas dengan menegaskan kerajaan negeri akan mengadakan sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Khas 29 Disember ini untuk meminda Rang Undang-undang Kanun Jenayah Syariah (II) 1993 (Pindaan 2014).

Penegasan Datuk Ahmad Yakob itu disusuli pula kenyataan sinis oleh Timbalannya, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah yang mengalu-alukan DAP untuk keluar pakatan sekiranya tidak yakin dapat memenangi Pilihan Raya Umum Ke-14, jika hukum hudud dilaksanakan di Kelantan.

Sementara itu, Dato' Dr Haron Din mempersoal apa sebenarnya motif Guan Eng apabila Setiausaha Agung DAP tersebut berterusan mempertikai isu hudud, sedangkan antara semua parti sekutu dalam pakatan sudah 'bersetuju untuk tidak bersetuju' berkait soal asas perjuangan.

"Mengapa sebelum ditubuhkan pakatan dulu tidak disebut? Mengapa baru sekarang? Nasihat saya kepada Guan Eng usahlah membuang masa menegur PAS kerana kami tidak akan mempedulikan kata-kata seperti itu. PAS tidak akan meninggalkan perjuangan ini," katanya.


KRISIS EKONOMI MENJELANG 2015

Posted: 22 Dec 2014 08:15 AM PST

KRISIS EKONOMI MENJELANG 2015... BERHENTILAH 'ENJOY'
Jika kita melihat di wall facebook, rata² kita masih berseronok seronok dgn rezeki yg ada. Jika terlebih mampu tidak mengapa tetapi jika cukup² makan, cukuplah sbb kita akan melalui krisis ekonomi yg mengerikan. Ingat! Ini bukan kata² politik tetapi ini hakikatnya..!

Jika anda pekerja kerajaan, pedulikan kerana walau apa berlaku gaji anda tetap dimasukkan. Tapi jika anda pekerja swasta atau peniaga kecil dan sederhana bersiap siaplah utk menghadapi hari2 yg sukar, mungkin sesukar 1997-1999 dahulu. Di mana ada General Manager menjadi pemandu teksi.
Sebelum membaca, saya mahu kalian bersihakan minda 'kepartian' yg ada utk memudahkan kalian faham tentang ekonomi negara.

Lebih memeritkan lagi keadaan apabila negara kita tidak diuruskan dgn baik. Ia umpama kita berniaga untung RM 30 tapi belanja sehari RM 50. Kadar pendapatan rakyat Malaysia pula tidak selari dgn kos sara hidup. Contoh 60 peratus rakyat Malaysia bergaji bawah 3000 tapi kos sara hidup lebih tinggi daripada pendapatan majoriti rakyat.

Harga Hartanah melonjak 300% kurang dari 10 tahun. Sebagai contoh rumah teres 20 x 70 pada 2003 sekitar RM150-250 k melonjak kpd 500-1 juta. Malangnya rumah yg mahal itu turut habis dijual. Siapa yg beli? Bukankah seperti ada kawalan dari pihak tertentu...wallahuallam.

Jgn lupa hakikatnya kerana akhbar Malaysia sahaja yg byk sembunyikan fakta yg benar. GDP 55 % adalah berbahaya. Peramal ekonomi berkata pada 2017...Malaysia akan berhutang sebanyak RM 700 billion..menuju ke ambang bankrapsi. Kenapa ia begitu pantas berlaku? Sbb negara kita terlalu dasyat korupsinya. Org Melayu menganggap rasuah itu adalah komisen. Bila terlalu tinggi korupsi, maka dgn sendirinya nilai ringgit menjadi lemah...tiada keupayaan kita.

Ini bermakna rakyat Malaysia perlu menyimpan utk hari hujan, atau mungkin hari ribut. Jadi apa kita perlu lakukan? Berhenti melancong ke luar negara dlm tempoh 2 tahun ini melainkan anda mempunyai simpanan yg banyak. Perbanyakkan urusan perniagaan dgn kerajaan walaupun budget kerajaan utk tujuan tersebut juga akan disekat.

Ini masa kita berhenti utk melabur utk perniagaan. Ini adalah masa kpd mereka yg mempunyai harta utk melabur dlm bidang hartanah. Harga² rumah kedai akan jatuh, begitu juga dgn tanah.
Bagi adik² lepasan Universiti, inilah masa kalian utk terus menyambung pengajian 'Master' atau Phd kalian. Dlm kegawatan ekonomi jika adalah amat sukar utk kalian berkhidmat dgn syarikat korporat gergasi sekalipun seperti Astro, Celcom, Media Prima dan sebagainya kerana syarikat² terbabit sibuk utk membuang pekerjanya.

Cukuplah setakat ini serba sedikit kita berkongsi maklumat. Selamat mengharungi hari² yg sukar ini. Hikmahnya tentu ada...tentu ramai² yg akan sujud memohon kpd Allah...Alhamdulillah.

2 minggu lagi to see next year..!!

Komen Imam Yusof Al Qaradhawi Terhadap Interpol

Posted: 22 Dec 2014 07:35 AM PST

Belantan

0

Posted by Unknown | Posted on 11:16 PTG | Posted in

sumber :-

Belantan


Tabik rakyat Malaysia!

Posted: 22 Dec 2014 07:56 AM PST


Walaupun impian Malaysia untuk menjulang Piala AFF 2014 tidak kesampaian ekoran kekalahan kepada Thailand (agregat 4-3 ) semalam, kita tetap berbangga dengan barisan pemain negara. Mereka telah mempamerkan semangat juang yang tinggi sehingga mendahului 3-0 seolah-olah juara sudah milik Malaysia.

Namun nasib tidak menyebelahi selain ternyata hakikatnya - pemain Thailand lebih tangkas pada separuh masa kedua. Dalam perlawanan bola sepak, segalagalanya boleh berlaku. Brazil yang dianggap hebat dalam sukan itu pernah dikejutkan dengan kekalahan memalukan 1-7 di gelanggang sendiri pada Piala Dunia lalu.

Bagi penulis kegagalan pada final Piala AFF kali ini tidak terlalu mengecewakan para pemain. Mereka tidak harus rasa terhukum dan patah hati. Prestasi Harimau Malaya menjadi Naib Juara Piala AFF 2014, adalah lebih baik berbanding musim lepas.


Mereka layak diberikan ucapan tahniah oleh rakyat Malaysia. Menewaskan Vietnam dengan jaringan agak besar di negara itu antara memori manis buat rakyat Malaysia yang bakal menutup tirai 2014.

Kita yakin peluang buat Harimau Malaya untuk bangkit terbuka luas pada masa depan. Semoga semua pihak berkenaan terutama Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) mengambil pengajaran bernilai bagi melonjakkan prestasi skuad bola sepak kita.

Banyak lagi yang perlu dilakukan untuk mengembalikan era kegemilangan bola sepak negara di arena antarabangsa sebagaimana dekad 1960-an dan '70-an. Musim Piala AFF kali ini menyerlahkan betapa rakyat Malaysia dahagakan kejayaan dalam sukan paling popular itu.



Biarpun Malaysia tewas semalam, penulis tabik kepada rakyat Malaysia atas sokongan padu kepada Harimau Malaya. Para peminat tegar terutama Ultras Malaya yang sentiasa memenuhi stadium memberikan tahap sokongan yang cukup luar biasa umpama pembawa panji-panji di medan perang.

Perlawanan semalam turut menyaksikan kehadiran peminat bola sepak nombor satu negara, Najib Tun Razak di Stadium Bukit Jalil sebagai tanda sokongan kepada skuad negara. Aktiviti harian rakyat Malaysia terhenti kerana tumpuan kepada siaran secara langsung final tersebut.

Semangat kesukanan telah menyatukan kita semua, yang ngauman Harimau Malaya menjadi pencetusnya. Terima Kasih Harimau Malaya.

Suara Politik
Belantan

MIMPI SENJA

0

Posted by Unknown | Posted on 11:04 PTG | Posted in

sumber :-

MIMPI SENJA


Najib Terpisah Dari UMNO, Barisan Nasional, Lapor TMI

Posted: 22 Dec 2014 08:50 PM PST

Perhimpunan Agung UMNO 2014


KUALA LUMPUR 23 Dis - Dakwaan Bekas Tun Dr Mahathir Mohamaad mengenai parti Melayu terpaksa mengemis untuk mendapatkan sokongan masyarakat Cina menyebabkan Datuk Seri Najib Razak terasing daripada partinya.

The Malaysian Insider yang mendapatkan ulasan bekas pengarang New Straits Times Datuk A Kadir Jasin melaporkan, Najib menggambarkan dirinya terdesak mendapatkan sokongan masyarakat Cina mengakibatkan hubungan dengan kaum Melayu terjejas.

"Namun segala strategi ke haluan ini belum menunjukkan hasil," tulis beliau dalam blognya, merujuk kepada prestasi buruk BN semasa Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) di mana Najib menyalahkan 'tsunami Cina'.

Dalam pilihan raya itu, BN dengan parti utamanya Umno, gagal mengekalkan majoriti dua pertiga yang diperlukannya untuk kali kedua.

Kerajaan memerintah itu mengalami prestasi paling teruk dalam PRU13, menang hanya 133 kerusi persekutuan, kurang tujuh berbanding pilihan raya 2008.

Ahad lepas, bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad memberi amaran, mengatakan penguasaan Melayu ke atas politik lemah kerana tidak bersatu padu, kemudiannya mendesak mereka untuk mengemis undi dari bangsa lain untuk kekal berkuasa.

Beliau berkata orang Melayu yang merangkumi 60% rakyat sepatutnya dominan dalam politik. Namun kuasa itu kian lemah.

"Kini Umno, PKR, dan PAS perlu mengemis sokongan daripada DAP untuk memenangi pilihan raya umum. Apabila kita jadi pengemis, kita tidak punya kuasa lagi," katanya, menambah yang sekalipun negara mencapai status negara maju, Melayu masih ketinggalan.

Kenyataan perdana menteri paling lama berkhidmat itu ditentang oleh penganalisis politik serta ahli politik PR, termasuk ahli Parlimen DAP dari Bukit Bendera Zairil Khir Johari yang mengatakan dominasi Melayu di dalam setiap sektor masyarakat Malaysia sebenarnya sedang memuncak sekarang.

Kadir berkata pada masa ini, Melayu tidak ke mana-mana, dan dengan parti asas-Melayu berpecah kepada tiga, mereka terpaksa merayu kepada Cina untuk kekal berkuasa.

"Terbiasa dengan sokongan bukan Melayu sekian lama, BN terdesak sekarang. Jika mereka berterusan hilang sokongan bukan Melayu dan golongan muda Melayu berterusan lebih ke arah PR, BN mungkin menjadi pakatan pembangkang dalam pilihan raya umum akan datang," katanya menggunakan akronim untuk pembangkang Pakatan Rakyat.

Sarang Pelacuran Diserbu, 12 Warga Asing Ditahan

Posted: 22 Dec 2014 05:06 AM PST



Diterbitkan: Isnin, 22 Disember 2014 4:01 PM

KLANG:Dua 'sarang' pelacuran yang berselindung di sebalik premis pusat urut dan refleksologi di Bukit Tinggi di sini, terbongkar apabila diserbu pihak berkuasa malam Ahad.
Dalam serbuan kira-kira pukul 12 tengah malam oleh sepasukan anggota dari Bahagian Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7) Bukit Aman itu, seramai 12 tukang urut warga asing yang dijadikan hamba seks ditahan.
Mereka yang ditahan terdiri daripada tujuh warga Vietnam dan lima lagi warga Thailand kerana menyalahgunakan pas lawatan sosial.

Kesemua mereka berusia 19 hingga 37 tahun.


Turut ditahan dua penjaga premis tersebut bagi membantu siasatan.

Ketua Operasinya, Asisten  Superintendan Muhammad Mohd Jais memberitahu, serbuan itu dibuat berikutan aduan orang ramai yang kurang senang dengan kegiatan tidak bermoral itu dan hasil risikan selama seminggu.

Katanya, sindiket tersebut menggunakan aplikasi We Chat untuk mendapatkan pelanggan.

Beliau berkata, sindiket tersebut turut menawarkan pakej 'Call Girl' dengan caj sekitar RM200 hingga RM400 semalam.

"Sejumlah kondom dan peralatan seks turut ditemui dalam serbuan itu," katanya.

Beliau berkata, kesemua yang ditahan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen Klang Selatan untuk tindakan lanjut.

ANGIN PERUBAHAN

0

Posted by Unknown | Posted on 9:39 PTG | Posted in

sumber :-

ANGIN PERUBAHAN


Ayat Biadap Ini Siapa Yang Ajar? DAP, PKR Atau PAS?

Posted: 22 Dec 2014 06:30 PM PST

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI

0

Posted by Unknown | Posted on 9:28 PTG | Posted in

sumber :-

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI


PAS CUBA MENJAUHKAN DARI PR?

Posted: 22 Dec 2014 06:56 PM PST

 Memang semenjak dua menjak ini kita lihat bagaimana PAS cuba untuk berbaik baik dengan Umno dan dilihat kurang mesra dengan PR.Keadaan ini berlaku sejak kes MB Selangor dan dilihat kini PAS sudah tidak selesa bersama PR. cumanya PASma dilihat sebagai satu alternatif dalam membawa sokongan ahli PAS yang bersetuju untuk bersama Pakatan menentang regim Umno.

 

oleh: Al Hussein      Kita tengok siapa yang kena.....

Kerajaan negeri Kelantan akan mengadakan sidang khas Dewan Undangan Negeri khas pada 29 Disember untuk mempercepatkan pelaksanaan hudud di negeri ini.

Menteri Besar Kelantan, Ahmad Yaacob dilaporkan berkata pindaan itu adalah sebahagian daripada prosedur kerajaan negeri, sebelum membawa rang undang-undang ahli persendirian ke Parlimen untuk mendapatkan kebenaran bagi Kelantan menguatkuasakan hudud.

 Hasrat PAS mahu membawa rang undang-undang persendirian di Parlimen bagi membolehkan hudud dilaksanakan di Kelantan nampaknya telah tidak mendapat 'restu' rakan-rakan tahaluf siayasinya, DAP dan PKR. 

Dalam satu kenyataannya, Haron Din yang menganggap Hudud sebagai nyawa PAS telah berkata, "Apa yang dibuat DAP telah mencacat dan mencarik-robek tahaluf, kalau terus-menerus demikian, maka DAP yang mengoyak kertas tahaluf kerana Pas tidak pernah mempertikai asas perjuangan DAP," katanya kepada Utusan Malaysia di sini 


PAS berkata parti itu masih memerlukan musuhnya Umno untuk melengkapkan perjuangan mereka untuk melaksanakan undang-undang jenayah Islam atau hudud.

Parti itu juga percaya rang undang-undang persendirian mengenai hudud ke parlimen akan menjadi ujian terakhir keikhlasan Umno terhadap orang Islam.


Menurut Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah - satu-satunya pemimpin dalam PAS yang dibenarkan bercakap tentang hudud kepada media - tidak ada jalan bagi PAS Kelantan untuk melaksanakan hudud tanpa Umno membuka jalannya. Sila baca lagi
di sini .
 Sementara itu menurut Setiausaha Agongnya, Rafizi Ramli, PKR telah mengadakan mesyuarat berhubung hasrat PAS itu, tetapi merahsiakannya kepada umum.

 Namun pendirian PKR dalam isu tersebut dapatlah dihidu dan dikenal pasti melalui kenyataan seorang ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR, Latheefa Koya yang menggesa PAS Kelantan harus mengutamakan keadilan sosial seperti agihan zakat dan bukannya pelaksanaan undang-undang hudud.

PAS dilihat kini sudah tidak perlu apa-apa bantuan dari rakan-rakannya lagi.PAS perlu berjalan sendirian tanpa bersama rakan-rakan DAP dan PKR  berada di kiri kananya. Mungkin PAS beranggapan, apalah yang dapat diharapkan sangat dengan rakan-rakan tahaluf siyasinya yang hanya mempunyai 36 ahli parlimen Islam untuk menyokong hudud.Hudud adalah nyawa PAS.

 Sedangkan BN mempunyai 101 ahli parlimen Islam. Sokongan dari BN inilah yang sangat diperlukan oleh PAS bagi merealisasikan nyawa Hududnya bernafas di Kelantan. 

Nik Amar menegaskan bahawa parti itu tidak akan menyertai Umno dan BN, sekadar memerlukan sokongan anggota parlimen Umno bagi memastikan rang undang-undang persendirian itu diluluskan bagi membolehkan pelaksanaan undang-undang Hudud. 

Wahai Nik Amar, siapa yang kata PAS akan masuk Umno? Tapi seperkara yang tidak dapat dinafikan ialah PAS lebih mesra Umno dan keras permusuhannya terhadap rakan-rakanya (DAP dan PKR).

Apakah Nik Amar ingat Umno itu bodoh sangatkah untuk tidak mendapat sesuatu daripada sokongan yang diberikannya itu? Percumakah?


Ada ubi ada batas. Ada budi ada balas! Begitulah yang terjadi antara PAS dan Umno sekarang ini. PAS lah sebenarnya yang mengoyak syarat Tahaluf Siyasi Pakatan Rakyat bila sanggup menerima tangan yang dihulurkan oleh Umno. Tujuan Umno yang sebenar adalah untuk memecah belahkan pemuafakatan Pakatan Rakyat ....Pemimpin PAS sendiri pun sering gatal mulut kata nak keluar Pakatan tapi masih tunggu juga!Tunggu apa tunggu? 

 Saya sekadar mengharap, PAS tidak dikhianati oleh janji-janji manis Umno yang berjanji akan menyokong rang undang-undang persendirian di Parlimen bagi membolehkan hudud dilaksanakan di Kelantan.Kita tengok - siapa yang kena?

PT3 YANG MENGELIRUKAN IBUBAPA DAN PELAJAR....

Posted: 22 Dec 2014 12:15 AM PST

 

 

Hasil PT3 hancur!! Kementerian Pelajaran diminta berhenti perbodohkan ibu bapa pelajar..


"Pelajar tingkatan tiga tahun ini dijadikan bahan ujikaji untuk peperiksaan (Pentaksiran Tingkatan 3) PT3 dan mereka jadi mangsa kepada keputusan peperiksaan yang boleh disifatkan sebagai hancur!"

Itu luahan beberapa ibu bapa pelajar yang datang ke sekolah untuk mengambil keputusan peperiksaan anak-anak mereka yang dikeluarkan hari ini.

Kata seorang ibu tunggal, Solarazimon Abdul Aziz (gambar kecil), perubahan sistem peperiksaan daripada Penilaian Menengah Rendah (PMR) kepada PT3 tidak patut diadakan secara mengejut.

"Selama tiga tahun anak-anak tidak ditekankan kepada sistem peperiksaan dan tidak mengikuti pembelajaran seperti lazimnya, bagaimana mereka hendak menghadapi peperiksaan besar seperti PT3?

"Lebih teruk lagi, sebelum ini menteri kata tidak ada peperiksaan tetapi tiba-tiba, pada saat-saat akhir, diarahkan pula pelajar bersedia untuk PT3. Apa dah jadi?" tegasnya.

Tambah ibu tunggal itu lagi, dia yakin keputusan peperiksaan anaknya jauh lebih baik jika masih kekal dengan sitem PMR berbanding PT3 yang hasilnya amatlah mengecewakan.


Bagi Fatimah Jais (gambar kecil), dasar kerajaan dalam membuat keputusan menukar PMR kepada PT3 sepatutnya dikaji dan dibuat secara berperingkat.

"Ibu bapa seperti diperbodohkan. Ikut sahaja apa kata menteri yang membuat dasar sedangkan dari awal lagi saya dah nampak apa yang cuba dipraktikkan melalui PTG ini akan gagal.

"Buktinya jelas, tak ada seorang pelajar pun yang dapat semua A dalam PT3 di sekolah anak saya di Hulu Langat dan lebih teruk lagi, hampir semua pelajar gagal dalam matapelajaran Sains, Matematik dan Bahasa Inggeris.

"Sudahlah gagal, layak pula masuk ke kelas aliran sains. Cuba bayangkan bagaimana mereka nak hadapi mata pelajaran di aliran sains yang lebih mencabar nanti," ujarnya.

Seorang lagi yang ditemui, Hairi Kamaluddin berkata, gred F yang tercatat dalam sijil anak ditaksirkan sebagai Tidak Mencapai Tahap Minimum tidak ubah seperti membodohkan ibu bapa dan pelajar.

"Sudah tentu gred F itu gagal. Sebut sahaja gagal dan tak payahlah nak berlapik-lapik. Alasan tidak mahu menyebut ada pelajar yang gagal adalah sesuatu yang langsung tidak masuk akal.

"Harus diingat bahawa kegagalan anak-anak untuk mendapatkan keputusan cemerang dalam PT3 ini adalah tanggungjawab Menteri terbabit yang tidak mengkaji apa implikasinya membuat perubahan peperiksaan daripada PMR," tegasnya dalam nada kecewa.

Apa yang dibimbangkan Hairi, pelajar-pelajar ini akan lahir sebagai pelajar tidak berkualiti untuk masa akan datang.--MalaysiaGazette