Followers

Nuffnang

The Unspinners

0

Posted by Unknown | Posted on 11:48 PTG | Posted in

sumber :-

The Unspinners


Kenapa Ambiga boleh berkawan dengan Marina?

Posted: 20 Dec 2014 10:00 PM PST


Satu sebab sepemikiran.


Kedua pasal sama bigau dan sama cetek dengan Marina. Baca link lama SINI

Teringat masa Ambiga debate dengan Khairy ... mcm robot baca skrip retorik.

Layak ke DAP ni jadi wakil rakyat?

Posted: 20 Dec 2014 07:30 PM PST


Jadi rakyat mungkin tak layak ...

Azmin nak balik ke UMNO?

Posted: 20 Dec 2014 05:00 PM PST


Dengan DAP tunjuk besar kepala dan tak henti mengkuar kacirkan masyarakat, mungkin PKR dah hilang sabar. Parti PKR pun bermasaalah.

Saja ... bako! bako!

Musa Hitam tak baca Utusan ... baca akhbar DAP dan Sinar

Posted: 20 Dec 2014 04:30 AM PST




Padan Musa gitu, dok baca akhbar DAP kepunyaan MCA.

Tak baca Utusan menunjukkan Musa sebenarnya nasionalis palsu dan kita tertipu selama ini.

Evangelist Wong Chun Wai mahu lemahkan Islam dengan liberalisma, pluralisma dan sekularisma.

Dengan demikian, mudah Muslim dimurtad dan kedudukan istimewa Islam disamarata dengan ugama lain.

Demi populariti dengan bukan Muslim, Azmin sedia orang Islam dimurtadkan

Posted: 20 Dec 2014 01:28 AM PST


Shah Alam – Menteri Besar Selangor, Azmin Ali menganggap kenyataan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng bahawa bukan Islam boleh menggunakan kalimah Allah sebagai selaras dengan ketetapan Pakatan Rakyat.

Guan Eng pada Jumaat berkata fatwa yang melarang bukan Islam menggunakan kalimah Allah tidak terpakai ke atas bukan Islam.

"Itu pendirian Pakatan Rakyat termasuk Presiden PAS sendiri telah buat kenyataan bahawa Islam tidak melarang bukan Islam daripada menggunakan kalimah Allah," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Penyampaian Cek Saguhati kepada Pembeli Projek Terbengkalai Taman Bukit Impian (U10), di sini, pagi tadi.

Bagaimanapun, beliau tidak pula mengulas mengapa ketetapan tersebut tidak digunapakai di Selangor, walhal negeri itu sama seperti Pulau Pinang yang menetapkan terdapat beberapa istilah yang dilarang digunakan bukan Islam, menerusi Undang-undang Tubuh Negeri masing-masing.

ADUN Bukit Antarabangsa itu juga tidak menjelaskan mengapa beliau bersetuju dengan keputusan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah bahawa bukan Islam di negeri itu, dilarang menggunakan kalimah Allah.


Walhal nama Azmin ditimang-timang sebagai 'hero' apabila berjaya menyelesaikan isu rampasan Bible berbahasa Melayu yang mengandungi perkataan 'Allah', apabila memulangkannya kepada Persatuan Bible Sabah dan Sarawak.

Pemulangan Bible itu dicapai sebaik sahaja pihak berkepentingan akur bahawa kitab yang mengandungi kalimah Allah adalah dilarang sama sekali dibawa masuk ke Selangor.

Selain Azmin, Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim juga mempertahankan tindakan Guan Eng dan berkata apa yang dijamin Setiausaha Agung DAP itu 'memang betul'.

Malah Anwar mempersoalkan mengapa pandangan beberapa jabatan agama negeri berlainan dengan ulama tersohor dunia, Dr Yusof Al-Qardawi.

"Ada ulama terkenal di dunia yang mempunyai pendirian yang sama. Berbeza dengan pendirian yang diambil beberapa jabatan agama negeri," katanya pada Isnin.

Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat (MPPR) sebelum ini mencapai kata sepakat bahawa penggunaan kalimah Allah boleh digunakan oleh dikalangan bukan Islam dengan syarat ia tidak disalahgunakan.

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebelum ini dilaporkan berkata parti itu berpendirian konsisten seperti yang pernah dikeluarkan pada 4 Januari 2010 lalu di mana kalimah Allah tidak boleh diterjemahkan ke dalam mana-mana bahasa secara tepat.

Belantan

0

Posted by Unknown | Posted on 11:03 PTG | Posted in

sumber :-

Belantan


Maksud bendera hitam yang digunakan pengganas!

Posted: 20 Dec 2014 09:43 PM PST


Dikenali secara meluas sebagai 'The Black Standard' atau 'The Black Banner' oleh masyarakat dunia, bendera yang sering dipamerkan oleh para ekstremis muslim dan pejuang jihad ini mula digunakan sejak awal tahun 90an.

Ia mula dikibarkan sekitar tahun 570 masihi oleh Nabi Muhammad saw. Bendera berkenaan mula mendapat perhatian pada tahun 1997 apabila digunakan oleh kumpulan Taliban di Afghanistan.

Militan-militan Islam lain seperti Al-Qaeda, al-Shabaab, Khorasan, Jabhat al-Nusra dan Negara Islam (ISIS) menggunakan variasi yang sedikit berbeza terutama tulisan kaligrafinya.

Menurut Jonathan Bloom, profesor Kesenian Islam di Kolej Boston di Amerika Syarikat berkata, bendera terbabit merupakan gagasan dari abad ke lapan ketika semasa dinasti kedua Islam mula berkuasa.

"Bendera hitam putih tersebut tertera kalimah syahadah 'Tiada tuhan yang disembah melainkan Allah dan Nabi Muhammad itu pesuruh Allah" yang menjadi pegangan masyarakat Islam seluruh dunia," ujar Jonathan.

Kebiasaannya, pengibaran serambi itu sering disertai dengan jari telunjuk yang oleh pejuang jihad berkenaan yang memberi amaran "saya akan datang kepada kamu".

Kebangkitan serta salah penggunaan bendera ini oleh militan Islam di seluruh dunia telah menyebabkan United Kingdom mengharamkan mengibarkannya malah mereka yang melakukan perbuatan tersebut boleh didakwa.

Negara-negara Eropah lain seperti Belanda dan Jerman turut melarang penggunaannya selain dari tujuan pendidikkan.

Suara Politik
Belantan

Harimau berduka dalam menang!

Posted: 20 Dec 2014 04:42 PM PST


Impian peminat bola sepak negara untuk berpesta menyambut Harimau Malaya muncul juara ASEAN terpaksa ditunda sekurang-kurangnya dua tahun lagi setelah mereka melepaskan kelebihan tiga gol untuk tumpas kepada Thailand dengan agregat 4-3 walaupun menang 3-2 malam tadi.

Perlawanan akhir kedua di Stadium Nasional, Bukit Jalil malam tadi sekali lagi menyerlahkan betapa kele­mahan mempertahankan kubu pada peng­hujung perlawanan merosakkan keraian awal peminat apabila skuad negara dibolosi dua gol, seperti yang berlaku dalam perlawanan akhir pertama di Bangkok pada Rabu lalu yang menyaksikan anak-anak buah Dollah Salleh tumpas 2-0.

Permulaan garang Harimau Malaya hingga minit ke-80 untuk mendahului 3-0, berakhir dengan cara yang begitu menyakitkan.

Safiq Rahim meledak dua gol pada minit kelima dan 58 manakala satu lagi gol diperoleh menerusi Indra Putra Mahayuddin, namun tahap kecergasan sekali lagi menjadi nadi kejayaan Thailand apabila dua bintang muda mereka, Charyl Chappuis dan Chanathip Songkrasin meledak jaringan di tempat lawan yang cukup penting pada minit ke-81 serta 87.

Kemenangan itu sekali gus menamatkan kemarau kejuaraan buat Thailand dalam tempoh 12 tahun selepas kali terakhir memenangi kejohanan ini pada 2002. Mereka juga merupakan juara 1996 dan 2000 untuk menyamai rekod Singapura yang merangkul empat kejuaraan.


Kekalahan kali ini merupakan yang kedua skuad negara kepada Thailand dalam perlawanan akhir, setelah melakukannya pada edisi pertama kejohanan pada 1996.

Dalam perlawanan malam tadi, anak-anak buah Dollah menunjukkan semangat juang tinggi untuk menjulang Piala AFF buat pertama kali di hadapan penyokong sendiri selepas pada tahun 2010 dilakukan di Stadium Gelora Bung Karno, Jakarta.

Safiq membuka langkah penuh sempurna apabila menyempurnakan sepakan penalti pada minit kelima selepas Norshahrul Idlan Talaha dijatuhkan.

Namun, lima minit kemudian, penyokong-penyokong Harimau Malaya hampir terdiam apabila ke­cuaian Mohd. Farizal Marlias hampir memakan diri apabila kelewatannya menyaksikan sepakannya dapat ditampan oleh Adisak Kraisorn tetapi bola melintasi gawang.

Kehadiran Azammuddin Akil di dalam kesebelasan utama pula tidak panjang apabila terpaksa keluar pada minit ke-12 dan digantikan oleh Safee Sali yang memaksa Dollah melakukan rombakan meletakkan Amri Yahyah di bahagian kanan sementara Indra Putra di sebelah kiri.

Norshahrul kemudian mendapat kesempatan terbaik pada minit ke-39 namun sepakan leretnya mengenai pertahanan Thailand dan bola keluar ketika penjaga gol, Kawin Thamsatchanan sudah tertewas.


Stadium Nasional kemudian bergegar dengan sorak penyokong apabila hantaran silang Norshahrul ditanduk sempurna oleh Indra Putra bagi menyamakan kedudukan agregat pada minit ke-44.

Sebaik bermula babak kedua, anak-anak buah Dollah yang memburu satu lagi gol untuk mendahului dari segi agregat, berjaya melakukannya apabila Safiq menyempurnakan sepakan bebas berdekatan kawasan penalti 13 minit selepas rehat yang sama sekali menewaskan Kawin, sekali gus muncul penjaring terbanyak kejohanan dengan enam gol.

Pesta yang disangka bermula buat penyokong Harimau Malaya kemudian bertukar menjadi babak sedih dengan kegagalan skuad negara meneruskan aksi bertenaga selama 90 minit sehingga membuka ruang buat Gajah Perang mendapatkan dua jaringan dalam tempoh 10 minit.

Sepakan bebas yang dilakukan oleh Kroekrit Thawikan dapat ditampan oleh Farizal tetapi Charyl pantas menyambar peluang untuk kembali menyamakan kedudukan agregat.

Gol itu ternyata membunuh api perjuangan pemain-pemain Harimau Malaya dan kesempatan itu diambil oleh Thailand yang mengatur serangan pantas, hasilnya pemain paling bernilai kejohanan Piala AFF 2014, Chanathip memastikan Piala AFF kembali ke bumi mereka.

Suara Politik
Belantan

RAKYAT MARHAEN

0

Posted by Unknown | Posted on 9:29 PTG | Posted in

sumber :-

RAKYAT MARHAEN


Kerana takut hilang kuasa, UMNO sanggup ‘mengemis’ kepada Perkasa dan ISMA

Posted: 20 Dec 2014 08:13 PM PST

KUALA LUMPUR, 21 DIS: DAP hari ini menyelar tuduhan jahat dan tidak masuk akal bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang mendakwa masyarakat Melayu sudah hilang dominasi dan menjadi pengemis kepada kaum Cina.
Ahli Parlimen Bukit Bendera, Zairil Khir Johari berkata, beliau sedih kerana Dr Mahathir sanggup menipu orang Melayu serta merendahkan martabat sendiri sehingga menggambarkan senario yang bukan sahaja mustahil, malah merupakan tipu muslihat politik zaman dahulu kala.
Menurutnya, hujah Dr Mahathir hanyalah muslihat politik kerana kuasa Melayu dalam setiap aspek masyarakat Malaysia sebenarnya berada di kemuncaknya pada masa ini, termasuk menguasai setiap jawatan penting kerajaan, daripada Perdana Menteri kepada 12 daripada 13 menteri besar negeri, semuanya dipegang oleh orang Melayu.
 Katanya, orang Melayu juga menguasai institusi-institusi negara seperti badan kehakiman, pasukan polis, perkhidmatan awam dan tentera.
Melayu juga membentuk majoriti penduduk Malaysia, selain mencatatkan kadar kesuburan yang satu setengah kali lebih daripada orang Cina. Ini bermakna bahawa orang Cina dan kaum-kaum lain semakin mengecil dari segi populasi penduduk.
 "Dari segi ekonomi, meskipun pemilikan ekuiti Melayu pada tahun-tahun awal Dasar Ekonomi Baru mungkin dalam digit tunggal, pemilikan ini telah berkembang dengan pesat sejak beberapa dekad yang lalu," katanya dalam satu kenyataan untuk menjawab muslihat politik perkauman Dr Mahathir.
 Dr Mahathir telah dilaporkan media sebagai berkata bahawa parti-parti dominasi Melayu seperti UMNO, PKR dan PAS terpaksa meminta sokongan dari DAP untuk memenangi PRU yang disifatkannya sebagai Melayu menjadi pengemis.
Read More / Baca Lagi >>

Mana komputer yang dijanjikan untuk guru Pak Menteri?

Posted: 20 Dec 2014 08:11 PM PST

Kalau tak buat janji, orang tak akan minta. Tapi janji dah dilafazkan oleh Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Ahmad Shabery Chik untuk memberi setiap guru sebuah Netbook 1Malaysia pada 16 Mei lepas sempena sambutan Hari Guru.
 
Malangnya setelah tujuh bulan berlalu, berita tentang janji yang dilafazkan itu terus senyap tanpa ada sebarang perkembangan.
 
"Saya masih ingat lagi beliau menyebut sebagai permulaan, kira-kira 400,000 guru akan menerima komputer tersebut.
 
"Pemberian tersebut kata Ahmad Shabery adalah sebagai hadiah kepada guru yang dianggap sebagai tonggak kemajuan negara.
 
"Persoalannya, bila komputer yang dijanjikan itu akan sampai ke pangkuan kami? Kalau tak janji, kami pun tidak akan bertanya, apa lagi untuk menuntut," kata seorang guru sekolah rendah, Mohamad Azian Abdul Aziz.
Read More / Baca Lagi >>

PR Selangor komited selesai 180 projek terbengkalai, hak milik tinggalan BN

Posted: 20 Dec 2014 08:07 PM PST

Projek-TerbengkalaiPUCHONG, 21 DIS: Pakatan Rakyat (PR) berusaha menyelesaikan 180 projek terbengkalai dan isu hak milik yang ditinggalkan Barisan Nasional (BN) sebaik sahaja mengambil alih tampuk pentadbiran Kerajaan Selangor, pada 2008.
Dato' Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali berkata, kajian Kerajaan Negeri mendapati antara punca utama masalah itu adalah disebabkan amalan kerajaan BN sebelum 2008 yang gemar menganugerahkan tanah kepada pihak tertentu dan memberikan kelulusan kebenaran merancang sebelum pemaju membayar premium ke atas tanah berkenaan.
"Maka, apa yang dilakukan pemaju adalah membangunkan tanah itu, selain mengutip bayaran penuh daripada pembeli dan selepas selesai mereka hilang. Kononnya, mereka bankrap dan gulung tikar," katanya dalam Majlis Penyerahan Borang 5A bagi Projek Coral Land Corporation Sdn Bhd dan Penyerahan Surat Hak Milik Pembangunan Lestari Perdana di Puchong Perdana, di sini, hari ini.
Selepas mengambil alih tampuk pentadbiran pada 2008, PR giat menyelesaikan isu projek terbengkalai yang menjadikan pembeli hartanah terlibat sebagai mangsa apabila terpaksa membayar pinjaman bank untuk membeli unit terbengkalai itu.
Antara projek yang berjaya diselesaikan termasuk 1,422 unit kediaman berkembar bagi projek penempatan semula di Bukit Botak yang lebih 20 tahun terbengkalai dan melibatkan penduduk asal kawasan terbabit.
Read More / Baca Lagi >>

Kos hidup perhangat isu kepenggunaan

Posted: 20 Dec 2014 08:06 PM PST

Peningkatan kos sara hidup, yang menjadi isu popular sepanjang tahun 2014, dihangatkan dengan isu-isu kepenggunaan berikutan turun naik harga barang, selain langkah kerajaan merasionalisasi
subsidi serta cadangan pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST).

Langkah mengurangkan subsidi pukal secara berperingkat berkuatkuasa pada 3 Sept 2013, umumnya bertujuan memperkukuh kedudukan ekonomi negara di samping memastikan subsidi yang diberi kerajaan itu benar-benar dinikmati oleh kumpulan sasar.

Perbelanjaan kerajaan bagi menyediakan pelbagai subsidi pada 2014 adalah sebanyak RM40.5 bilion. Daripada jumlah itu, RM21 bilion diperuntukkan untuk membiayai subsidi petrol RON95, diesal dan gas memasak LPG.

Sepanjang 2014 ini, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) jelas tidak menang tangan menangani pelbagai isu kepenggunaan yang timbul.

Tarif baharu

Dalam aspek peningkatan perbelanjaan isi rumah, tahun 2014 bermula dengan kadar tarif elektrik baharu berkuatkuasa 1 Jan ekoran kenaikan kos bahan api seperti gas domestik, arang batu dan gas cecair asli yang menyumbang kepada semakan tarif elektrik.

Semakan semula ke atas subsidi gas dan elektrik Tenaga Nasional Berhad, dengan kadar purata tarif elektrik di Semenanjung Malaysia dinaikkan 14.89 peratus atau 4.99 sen sekilowat sejam (KWJ) kepada 38.53 sen/KWJ. Tarif elektrik sebelum ini ialah 33.54 sen/KWJ.

Bagi Sabah dan Labuan, kadar purata tarif meningkat 5.0 sen se kWh atau 16.9 peratus kepada 34.52 sen per kWh. Kadar tarif di Sarawak tidak terjejas kerana bekalan tenaga elektrik dikendalikan oleh syarikat milik kerajaan negeri, Sarawak Engery Bhd.

Namun, 70.7 peratus atau 4.56 juta daripada keseluruhan 6.45 juta pengguna domestik di Semenanjung dan 62 peratus atau 260,000 daripada 418,000 pengguna domestik di Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan yang menggunakan elektrik pada kadar 300 KWJ dan ke bawah, tidak terlibat dengan semakan itu.

Kali terakhir tarif itu disemak pada Jun 2011.

Read More / Baca Lagi >>

Cina sokong PR kerana bebas rasuah, penyelewengan - Rafizi

Posted: 20 Dec 2014 08:04 PM PST

SHAH ALAM - Sokongan padu pengundi Cina kepada PR adalah kerana dasarnya yang memerangi rasuah dan memusuhi pembaziran, penyelewengan dan mengangkat amanah pentadbiran.

Setiausaha Agung PKR, Rafizi Ramli menegaskan jika BN mahu menarik sokongan pengundi Cina ini, mereka perlu membanteras rasuah dan penyelewengan.

"Kenyataan Tun Mahathir yang mahu mengaitkan pola sokongan rakyat itu dengan perkauman adalah tidak tepat kerana rakyat yang menyokong PR adalah berbilang bangsa.

"Tiada satu tawaran PR pun yang bertentangan dengan Perlembagaan atau menyentuh isu kedudukan istimewa orang Melayu, agama Islam, Bahasa Melayu atau kedudukan raja-raja.

"Yang cukup berbeza di antara pendekatan PR daripada BN adalah soal anti rasuah, tata kelola, menghormati rakyat dan melayan semua rakyat dengan adil," katanya dalam satu kenyataannya, semalam.

Read More / Baca Lagi >>

'Kami bukan samseng, Palanivel' - T. Mohan

Posted: 20 Dec 2014 08:01 PM PST

Bekas ketua Pemuda MIC T Mohan menafikan bahawa golongan yang berkumpul di luar ibu pejabat parti itu pada 18 Disember lalu sebagai samseng, seperti didakwa ketua parti itu G Palanivel.

Menyifatkan kenyataan Palanivel itu tidak bertanggungjawab, Mohan (kiri) berkata pihak yang berkumpul itu adalah anggota parti yang berniat baik.

Dalam kenyataanya semalam, Mohan berkata, peserta protes itu terdiri daripada anggota bahagian, Wanita dan Pemuda.

"Tiada orang luar. Kami sudah hantar surat yang memberitahu akan datang menyatakan bantahan kami.

"Kami juga maklumkan kepada polis berhubung perhimpunan itu.

"Kami hantar pesanan teks kepada semua anggota yang memberitahu tujuan kami berhimpun di ibu pejabat MIC.

Buka peluang untuk wanita bekerja tak jejas peluang lelaki

Posted: 20 Dec 2014 06:53 PM PST

Hak kesamaan gender – Membuka ruang kerjaya kepada wanita tidak bererti menjejaskan peluang lelaki; lelaki tidak perlu takut kerana penyertaan wanita di sektor awam dan swasta akan lebih memanfaatkan negara
Tanggapan bahawa hanya kaum lelaki merupakan pencari nafkah dalam sesebuah keluarga dan peranan kaum wanita tidak lain hanya terbatas kepada penjagaan anak-anak adalah tidak relevan dalam konteks semasa dan merupakan satu diskriminasi terhadap wanita.
Bertentangan dengan apa yang dinyatakan kumpulan Islamis konservatif Isma,Malaysia tidak mungkin akan mencapai status Negara maju berpendapatan tinggi selagi isu-isu yang mencakup persoalan-persoalan seperti stereotaip gender, terutama dari segi ekonomi dan hak-hak asasi manusia, masih tidak di atasi dan dibiarkan berterusan.
Kenyataan Dr Nur Farrah Nadia Najib, ketua biro perkumpulan wanita dan masyarakat Isma, dalam kenyataannya:
"A high income nation must not rely on women as the major contributor but men should lead the workforce and put their biggest effort in shaping the nation.
Kenyataan ini sungguh pesimistik dan mengecewakan harapan wanita dalam usaha menuntut keadilan.
Usaha untuk meningkatkan status wanita dalam mendapatkan hak kesamaan dengan lelaki dalam sektor korporat adalah antara isu-isu yang diperjuangkan oleh perkumpulan-perkumpulan hak wanita. Tuntutan-tuntutan seperti ini merupakan agenda yang memerlukan sokongan padu setiap lapisan dan golongan dalam masyarakat.
Hari ini, jumlah wanita di peringkat pengajian ijazah jauh melebihi lelaki. Walaupun begitu, hakikatnya peluang kemercu kerjaya kepada wanita rata-rata amat terbatas dan pada bidang-bidang tertentu ia hamper dinafikan.
Kerajaan perlu membuka peluang untuk wanita
Walaubagaimanapun, kalau hanya sekadar menyeru wanita menyertai bidang pekerjaan ia adalah tidak mencukupi. Apa yang lebih berkesan untuk menggalak lebih ramai kaum wanita tampil menyumbang bakatdan kemahiran mereka terhadap pertumbuhan ekonomi ialah kerajaan perlu mengambil langkah-langkah pro-aktif dengan menjamin kaum wanita, yang merupakan separuh daripada jumlah penduduk Negara ini, diberikan kedudukan dan pengiktirafan yang sewajarnya.
Dengan membuka lebih ruang dan peluang kerjaya seganding kaum lelaki tidak bermakna menafi dan menjejaskan status quo kaum lelaki. Kehadiran lebih ramai wanita dalam khidmat kerjaya dalam sektor awam dan swasta akan memanfaatkan negara dan semua pihak. Kehadiran wanita akan memberi diversiti dalam perspektif dan dinamisma yang diperlukan demi memantapkan persaingan ekonomi di peringkat global.
Peluang wanita Malaysia masih terbatas
Read More / Baca Lagi >>

DAP kutuk samseng BN mahu musnah replika Batu Sumpah‬

Posted: 20 Dec 2014 06:51 PM PST


batu sumpah


KOTA KINABALU, 20 DIS: DAP Sabah mengutuk tindakan politik samseng BN yang menceroboh dan cuba memusnahkan replika Batu Sumpah di negeri itu.‬
‪Naib Pengerusi DAP Negeri Chan Foong Hin berkata tindakan pengecut itu menggambarkan bahawa BN takut kepada suara rakyat dan membuktikan mereka bukan lagi entiti politik yang kuat.‬
‪‬
‪"Seorang ahli Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS, komponen BN) telah menyerang pemilik tanah, Ambalas Ambirau di mana Batu Sumpah didirikan di Kampung Mempulut.‬
‪‬
‪"Ahli PBRS bernama Sam Santiri itu bukan saja telah mengganggu kediaman Ambalas, tetapi menumbuk seorang wanita yang sedang minum bersamanya.‬
‪‬
‪"DAP Sabah mengutuk sepenuhnya gangterisme politik ini dan kita juga ingin bertanya apakah PBRS kini sudah menjadi parti ekstrimis seperti Perkasa?," soalnya dalam satu kenyataan, hari ini.‬
‪‬
‪Pada 10 Disember lalu, satu lagi replika Batu Sumpah telah didirikan di Kampung Mempulut, Pensiangan.‬
‪‬
‪Majlis itu disaksikan oleh beberapa pimpinan DAP antaranya Ahli Parlimen Seputeh Teresa Kok Suh Sim, Ahli Parlimen Bukit Mertajam Steven Sim Chee Keong dan Pengerusi DAP Sabah Jimmy Wong.‬
‪‬Read More / Baca Lagi >>

SPR berniat jahat, tak umum tarikh persempadanan semula

Posted: 20 Dec 2014 06:49 PM PST


sprmalaysia


KUALA LUMPUR, 21 DIS: Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) mengutuk tindakan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang sehingga kini masih berteka-teki berhubung tarikh permulaan persempadanan semula.
Bersih 2.0 dalam kenyataannya baru-baru ini mendedahkan, tarikh permulaan persempadanan semula berulang kali diubah dan ditangguh dari tahun 2011 ke 2012, 2013 dan kemudiannya Mac lalu hingga hujung tahun ini.
"Bersih menggesa Pengerusi SPR Abdul Aziz Mohd Yusof membetulkan kesalahan lepas dengan berunding secara profesional bersama semua pihak berkepentingan dalam persempadanan semula termasuk mengemukakan maklumat terperinci tentang operasi proses bantahan, pendengaran serta mengumumkan jadual proses.
"SPR tidak boleh menjadikan tarikh permulaan persempadanan semula sebagai teka-teki," kenyataan Bersih 2.0 dipetik.
Bersih 2.0 turut menyelar keengganan Abdul Aziz untuk bertemu masyarakat sivil lain bagi membincangkan isu persempadanan semula serta penambahan kerusi Parlimen.
"Perkara 114(2) Perlembagaan Persekutuan secara jelas menyatakan kepentingan keyakinan orang ramai terhadap tugas SPR, dan ia merupakan kriteria tunggal yang menentukan pelantikan keahlian SPR oleh Yang DiPertuan Agong.
"Kedegilan Abdul Aziz dalam isu penglibatan masyarakat sivil dapat dilihat dalam pengendalian proses persempadanan semula, termasuk mengecualikan kerajaan negeri (Pulau Pinang), tetapi berunding dengan parti politik tertentu (UMNO-BN)," tegasnya.
Read More / Baca Lagi >>

Bersih 2.0 kutuk SPR rahsiakan tarikh persempadanan

Posted: 20 Dec 2014 06:42 PM PST

SPR hendaklah membetulkan kesalahan lepas dengan berunding secara profesional soal persempadanan semula.
sprKUALA LUMPUR: Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) mengutuk Tindakan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang masih lagi merahsiakan tarikh permulaan persempadanan semula kawasan mengundi.
Bersih 2.0 dalam kenyataannya baru-baru ini mendedahkan, tarikh permulaan persempadanan semula berulang kali diubah dan ditangguh dari tahun 2011 ke 2012, 2013 dan kemudiannya Mac lalu sehinggalah hujung tahun ini.
"Bersih menggesa Pengerusi SPR Abdul Aziz Mohd Yusof membetulkan kesalahan lepas dengan berunding secara profesional bersama semua pihak berkepentingan dalam persempadanan semula termasuk mengemukakan maklumat terperinci tentang operasi proses bantahan, pendengaran serta mengumumkan jadual proses.
"SPR tidak boleh menjadikan tarikh permulaan persempadanan semula sebagai teka-teki," Katanya lapor Roketkini hari ini.
Pada masa yang sama pihak Bersih 2.0 juga menyelar keengganan Abdul Aziz untuk bertemu masyarakat sivil lain bagi membincangkan isu persempadanan semula serta penambahan kerusi Parlimen.
"Perkara 114(2) Perlembagaan Persekutuan secara jelas menyatakan kepentingan keyakinan orang ramai terhadap tugas SPR, dan ia merupakan kriteria tunggal yang menentukan pelantikan keahlian SPR oleh Yang DiPertuan Agong.
"Kedegilan Abdul Aziz dalam isu penglibatan masyarakat sivil dapat dilihat dalam pengendalian proses persempadanan semula, termasuk mengecualikan kerajaan negeri (Pulau Pinang), tetapi berunding dengan parti politik tertentu (UMNO-BN)," ujarnya.
Read More / Baca Lagi >>

Seeking the ‘smoking gun’ in Sabah ICs-for-votes scam

Posted: 20 Dec 2014 06:27 PM PST

Why have illegals on the electoral rolls if not to affect the outcome!

lim kit siang_amwar_drm_300DAP elder statesman Lim Kit Siang is scheduled to visit Kota Kinabalu on Sunday to determine to what extent the electoral rolls in Sabah have been tainted.
Also, he wants to find out whether the Election Commission (EC) has since purged the electoral rolls of the suspect categories of ICs in exchange for votes scam "identified" in the just-released Royal Commission of Inquiry (RCI) Report.
He has taken the position that the EC does not have to wait for a RCI or political directives to clean the electoral rolls. It can ask the National Registration Department (NRD) for the supporting documents in the case of suspect ICs.
Estimates vary on the number of suspect names on the electoral rolls.
The Report has identified a conservative 114, 000 names on the rolls which total nearly a million names. Activist Dr. Chong Eng Leong, who wrote, Lest We Forget — Issues of Sovereignty in Sabah, thinks that illegal immigrants make up at least 200,000 names on the electoral rolls. Bingkor Assemblyman Jeffrey Kitingan puts the real figure of illegal voters at a third, at least, of the names on the electoral rolls.
Lim, also the DAP Parliamentary Leader and Gelang Patah MP, is understandably interested in the Sabah rolls which he sees as crucial to his party making further electoral gains in the state.
It remains to be seen whether he can uncover the extent to which the ICs in exchange for votes scam plagues Sabah.
Generally, the Courts hold that no election is free of fraud. The line drawn is the extent to which the fraud affected the outcome. If the presence of ineligible voters affected the outcome, the election can be declared void and fresh elections ordered. Alternatively, the Court can strip the "winner" of the seat and hand it to the one with the next most votes.
Read More / Baca Lagi >>

Korporat: PAS gesa contohi Allahyarham Ani Arope

Posted: 20 Dec 2014 06:22 PM PST

KOTA BHARU: PAS meminta agar pengurusan korporat yang ada sekarang harus mencontohi prinsip yang ada pada bekas Pengerusi Eksekutif Tenaga Nasional Berhad (TNB), Allahyarham Tan Sri Ani Arope (foto).
Ketua Penerangan PAS Pusat, ‎Datuk Mahfuz Omar ketika dihubungi berkata Ani Arope memerupakan tokoh korporat yang tegas serta mempunyai integriti yang tinggi.
"PAS mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham Ani Arope yang meninggal dunia awal pagi semalam, diharapkan mereka dapat meneruskan kehidupan seperti biasa.

"Kehilangan Ani Arope merupakan satu kehilangan besar buat negara kerana beliau merupakan tokoh korporat yang hebat dan berani dalam menegakkan kebenaran," katanya kepada Harakahdaily.‎

Menurut beliau, keberanian allahyarham terbukti apabila beliau menyanggah Perdana Menteri ‎dalam isu membabitkan penjana tenaga bebas (IPP).
‎"Allahyarham memang berprinsip, tidak mengizinkan dirinya diperalatkan oleh kepentingan politik parti pemerintah.
"Keberaniannya dalam menjaga kepentingan TNB demi menyelamatkan negara dan rakyat. Kita berharap apa yang beliau lakukan dahulu menjadi pemangkin kepada pengurusan korperat sekarang," sambung beliau.‎

Read More / Baca Lagi >>

Dr M khuatir Melayu tetap miskin ketika Wawasan 2020

Posted: 20 Dec 2014 06:12 PM PST


Tok Det: 'Pemberian BR1M satu kesalahan amat besar'

Posted: 20 Dec 2014 06:09 PM PST


Palanivel tak akan letak jawatan.!!

Posted: 20 Dec 2014 05:35 PM PST

Presiden MIC itu mengakui wujud kumpulan dalam MIC cuba rosakkan parti
Datuk-Seri-G.-PalanivelPETALING JAYA: Datuk Seri G. Palanivel tidak akan tunduk kepada desakan memintanya meletak jawatan sebaliknya Presiden MIC itu menegaskan, khidmatnya masih diperlukan untuk memperkasakan parti itu.
Beliau berkata, hubungannya dengan Timbalan Presiden MIC, Datuk Seri Dr. S. Subramaniam juga baik dan turut menafikan dakwaan parti itu telah berpecah kepada dua kumpulan iaitu pro-Palanivel serta pro-Subramaniam.
Bagaimanapun, Palanivel yang juga Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar berkata, terdapat 'kumpulan kecil' melibatkan beberapa pengerusi MIC negeri yang cuba merosakkan parti itu serta menjadi punca kepada kekecohan di Ibu Pejabat MIC di Kuala Lumpur Khamis lalu.
"Merekalah yang meminta saya meletak jawatan. Bagaimana saya boleh melakukannya, ini adalah kumpulan kecil yang bukan daripada kedudukan itu (pemimpin tertinggi parti) tetapi mereka daripada kumpulan bawahan yang tidak mendapat sokongan penuh.
"Bahagian saya masih menyokong saya sepenuhnya. Itu adalah sekumpulan pengerusi dan beberapa individu lain yang saya tidak kenal, namun keseluruhannya kami lebih kuat," katanya lapor Mingguan Malaysia hari ini.
Krisis dalaman MIC dilihat semakin meruncing apabila berlaku kekecohan ketika mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) berikutan kehadiran dua kumpulan ahlinya yang dipercayai pro-Palanivel dan pro-Subramaniam mengadakan demonstrasi mempertahankan pemimpin masing-masing.
Read More / Baca Lagi >>

Mengapa Mahathir serang Najib?-Nik Aziz

Posted: 20 Dec 2014 05:30 PM PST

Dr. Mahathir tidak serang Najib tiap-tiap minggu. Tunku serang Tun Razak tiap tiap minggu
nik-azizPETALING JAYA: Mengapa Dr. Mahathir menyerang sangat Najib? Dan mengapa Najib tidak menjawab?
Doa soalan tersebut ditanya oleh Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat kepada Subky Latif baru-baru ini.
"Demikianlah keperihatinan Tok Guru mengikuti dan meneliti perkembangan politik semasa. Beliau tidak sekadar membaca berita yang tersiar bahkan cuba memahaminya," kata penulis politik itu.
Subky yang menziarahi Nik Aziz, enam bulan selepas tersebar berita palsu tentang kematiannya berkata walaupun Tok Guru itu masih uzur dan stabil namun beliau pemikiran politiknya masih cergas.
Menurut Subky, beliau hanya memberi respon bahawa demikianlah cara dan reaksi seorang pemimpin politik terhadap apa jua perkembangan yang tidak disenanginya.
"Bukan Dr. Mahathir saja begitu, bahkan Tunku Abdul Rahman Putra yang tidak celupar seperti Dr. Mahathir, tidak berdiam diri terhadap apa jua perkembangan yang tidak disenanginya.
Bekas Perdana Menteri atau mana-mana pemimpin politik menceburkan diri dalam politik dulu adalah untuk memberikan perkhidmatan yang dikiranya baik, dan sekali gus mereka akan menolak atau menentng apa-apa yang dirasakannya tidak baik dan merugikan.
Apabila mereka sudah tidak lagi berkuasa, jika ada sesuatu yang dirasakannya merugikan maka mereka tidak wajar berdiam diri, cegah apa yang patut dicegah. Berdiam diri terhadap apa yang dirasakan tidak betul, bererti membiarkan apa yang tidak betul berlaku," tulis Subky di Harakahdaily kelmarin.
Katanya, jika semasa berkuasa pemimpin berkenaan mencegah apa yang dirasakan merugikan, maka sesudah tidak berkuasa, jika dia benar seorang yang perihatin, maka dia wajar suarakan apa yang dirasanya tidak betul.
"Mungkin Dr. Mahathir seorang tidak akan menyembunyikan apa yang dia tidak suka. Tetapi Tunku Abdul Rahman dulu bukanlah seorang yang suka lepas cakap. Selepas dia tidak lagi jadi Perdana Menteri, dia menulis setiap minggu dalam akhbar tentang politik dan pentadbiran Tun Razak yang dirasanya tidak betul," tambah beliau.
Read More / Baca Lagi >>

Anwar mampu selamatkan Najib daripada digulingkan Dr Mahathir ..!!

Posted: 20 Dec 2014 05:14 PM PST

Anwar mampu selamatkan Najib daripada digulingkan Dr MahathirTidak kelihatan tanda-tanda Tun Dr Mahathir Mohamad akan menghentikan serangannya terhadap  Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Lihat sahaja hulubalang-hulubalang Dr Mahathir seperti Tun Daim Zainuddin, Datuk Ibrahim Ali, Datuk A Kadir Jasin dan Tan Sri Zainuddin Maidin, semuanya semakin agresif menyerang presiden Umno itu.
Terbaru bekas Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Rashid‎ Abdul Rahman yang menggunakan platform Perkasa menggesa Najib agar berhenti menipu rakyat.

Serangan daripada Umno juga sudah bermula. Daripada pemimpin bahagian sehingga ke pemimpin cawangan. Walaupun serangan daripada Umno ‎masih di tahap "benih", tidak mustahil ia akan berakar dan menyebabkan Najib tersingkir.
Pada masa sama hanya dua tiga kerat pemimpin tertinggi Umno yang berani mempertahankan Najib secara terbuka.
Yang lain semuanya mengambil sikap "tunggu dan lihat."
Keadaan Najib kini sama seperti ketika bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi‎ diserang Dr Mahathir dahulu.

Melihat kepada sejarah Dr Mahathir, beliau tidak akan berhenti selagi objektifnya tidak tercapai.
Dan objektif Dr Mahathir pada ketika ini adalah Najib perlu berundur sebelum Pilihan Raya Umum ke 14 (PRU14) akan datang.
Bantuan Anwar
Sekiranya mahkamah membebaskan Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada tuduhan meliwat bekas pembantunya Saiful Bukhari Azlan, Dr Mahathir akan bertambah marah kepada Najib.
Bagi yang memahami politik antarabangsa, kenyataan Naib Presiden Amerika Syarikat (AS) Joe Biden baru-baru ini agar Malaysia membuktikan ketelusan sistem kehakiman dan perundangan melalui kes Anwar merupakan isyarat jelas ketua umum PKR itu akan dibebaskan.
Apatah lagi pentadbiran Najib mengambil pendirian untuk bernaung di bawah kekuasaan AS.
Jangan kita lupa Presiden Barack Obama sendiri sudah datang Malaysia‎ baru-baru ini. Tidak mungkin Najib akan mengecewakan Obama.
Read More / Baca Lagi >>

Malang betul menjadi seorang Melayu

Posted: 20 Dec 2014 05:13 PM PST


Malang betul menjadi seorang Melayu
Oleh Nomy Nozwir 

 Ada ramai di kalangan kawan-kawan, yang bukan dari Melayu-Islam, mengatakan bahawa negara ini negara Melayu-Islam, dan sangat malang bagi mereka yang bukan dari kaum tersebut.
Saya menolak pandangan itu, saya merasakan, dengan menjadi Melayu-Islam di negara ini adalah perkara yang paling malang.
Ya, dari segi banyak benda – masuk universiti pun peluang lebih banyak diberikan kepada Melayu, beli rumah pun Melayu boleh dapat lagi murah, tapi, saya merasakan menjadi Melayu ni adalah perkara paling malang.

Perkara pertama tentang betapa malangnya menjadi Melayu ialah kewujudan parti yang membelenggu kehidupan orang Melayu, iaitu parti Umno. Kewujudan parti ini ialah perkara yang semalang-malangnya yang menimpa orang Melayu.
Sejak kewujudan parti ini dari 1946, kemudian merdeka 11 tahun kemudian, parti ini sahajalah yang seolah-olah diberi autoriti untuk mengatakan "apa yang patut apa yang tak patut" dilakukan oleh seorang Melayu.
Seolah-olah nasib seluruh bangsa Melayu ini hanya boleh ditentukan oleh presiden parti ini, jangan lawan cakap atau padah jawabnya.
Jika mana-mana Melayu melawan parti ini, dia akan dianggap pengkhianat Melayu kerana melawan "parti keramat yang membela nasib Melayu", kononnya.
Cuba kita lihat apabila rumah Makcik Wahida di Kampung Chubadak diruntuhkan, tanahnya dirampas, anak-anak muda tak kira bangsa bangkit melawan untuk menentang penjarah dan perampas tanah.
Di mana "parti keramat" bernama Umno ini semasa seorang wanita tua di Kampung Chubadak ini sedang berjuang untuk mempertahankan rumah dan tanahnya yang dirobohkan pemaju?
Malang kedua menjadi seorang Melayu ialah apabila budaya feudal kita yang kuat berakar sehingga kita jadi takut untuk lawan pemerintah, dan segala-galanya takut.
Berbanding bangsa lain, bangsa Melayu ini mengenal sistem ekonomi moden apabila penjajah datang menjajah negara ini. Bermula dari Portugis pada 1511 hingga merdeka 1957 (walaupun kita kini di era empayar Pax-Americana, maknanya seluruh dijajah Amerika Syarikat pada hemah saya), berbanding bangsa lain, seperti Cina dan India yang mempunyai ketamadunan beribu tahun, bangsa Melayu tidak mempunyai pengalaman seperti dua bangsa tersebut.
Read More / Baca Lagi >>

Noor Farida & 25 Melayu

Posted: 20 Dec 2014 05:11 PM PST

Noor Farida & 25 Melayu
Oleh Faisal Tehrani 
 
 Aku ditanyai pandangan berkenaan Datuk Noor Farida Ariffin, srikandi Melayu yang memimpin 25 orang Melayu. Mereka menandatangani sepucuk surat terbuka supaya kepimpinan negara kekal bersikap moderat lantaran kekhuatiran negara ini sudah direbut oleh kelompok ekstrimis.

Datuk Noor Farida memang seorang Melayu yang tersohor, bekas Duta Malaysia ke Belanda itu menegaskan beliau tidak mahu Malaysia menempuh jalan maut yang dilalui oleh Pakistan dan Afghanistan apabila gejala ekstrimisme agama diberi ruang lantas mengambil alih persekitaran negara:

"I do not want Malaysia to be known as a country that politicises Islam and I do not want to see Malaysia become like Pakistan and Afghanistan with its growing Islamic extremism driving out their professionals and talented people."

Beliau malah pergi setingkat lagi dengan menyelar kumpulan seperti Perkasa dan Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) kerana retorika ekstrim mereka. Bersama-sama dengan beliau adalah sehimpunan lagi Melayu yang pernah menjawat jawatan-jawatan tertinggi dalam kerajaan, mereka menyatakan dengan lantang "Ini kerana kedua-dua kumpulan ini dengan jelas rendah standard, kurang berpendidikan, tidak berupaya melihat sikap perkauman mereka, tidak bertolak ansur, taat membuta tuli, dan memusnahkan masyarakat di negara kita".

Noor Farida seterusnya mengingatkan rakyat Malaysia bahawa sejarah hitam 13 Mei boleh berulang sekiranya rentak sedia ada ini terus ditarikan.

Tentu sahaja kritikan dan teguran Datuk Noor Farida bersama-sama Melayu ternama lain tersebut mendapat reaksi berbeza. Misalnya 93 NGO tempatan telah menyambut baik Datuk Noor Farida. Bahkan terdapat petisyen atas talian yang menyokong mereka. Sementara, Tan Sri Zainuddin Maidin pula melihat mereka sebagai 'alat' untuk memburukkan usaha segelintir Melayu yang ingin mengentalkan kemelayuan mereka secara sihat:

"These 25 prominent Malays should be careful as to ensure that they do not become a tool for The Star that has a hidden agenda which so far has successfully created a bad perception of the Malay NGOs that are fighting for Islam and Malaysian nationalism based on the Federal Constitution."

Maidin, sebagai jawapan balas memanggil 25 Melayu ternama tersebut sebagai "bekas pesara kerajaan yang hendak menampilkan diri berada dalam golongan moderat dan global", "sombong dan bongkak" dan meminta mereka "menghadap Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor untuk mempelajari dan mengimbangi pemikiran mereka, sebelum berdialog dengan bukan Islam."

Kembali kepada pertanyaan yang dihadapkan kepadaku, selain mengenai 25 Melayu tersebut yang diketuai oleh Datuk Noor Farida, si penyoal membangkitkan hujah balas Tan Sri Zainuddin Maidin bahawa NGO Melayu yang dikritik hebat iaitu Perkasa dan ISMA "memperjuangkan Islam dan nasionalisme rakyat Malaysia, berlandaskan Perlembagaan Persekutuan".

Soalannya adalah adakah hujah "Islam dan nasionalisme Melayu itu valid" diguna pakai?

Sebelum menjawab soalan tersebut, adalah penting untuk kita merumuskan apakah yang mencirikan etnik Melayu itu. JD Eller dalam tahun 1997 menjelaskan menerusi karyanya Ethnicity, Culture and the Past bahawa untuk mencirikan sesebuah etnik, dalam hal ini Melayu, kita perlu melihat juga pertama, sejarah purba etnik tersebut; kedua, sejarah era kolonial, dan, ketiga; sejarah politik terkini. Ini bagi membantu menjawab satu lagi soalan dengan tempat kosong, seperti yang pernah dikemukakan oleh Elaine Burgess dalam makalahnya The Resurgence of Ethnicity: Myth or Reality? yang terkenal itu, iaitu "Aku adalah seorang _________ kerana aku berkongsi ________ dengan kumpulanku".

Untuk sesetengah Melayu, ada kemungkinan jawapan dalam tempat kosong tersebut adalah sebegini, "Aku adalah seorang Melayu kerana aku berkongsi kesetiaan kepada Raja dengan kumpulanku."

Atau boleh juga , "Aku adalah seorang Melayu kerana aku berkongsi agama Islam dengan kumpulanku."

Feudalisme dan Islam memang antara ciri khas orang Melayu.
Juga, barang diingat, terdapat sesetengah Melayu yang mungkin mengisi tempat kosong dengan jawapan berbeza pula.

"Aku adalah seorang Melayu kerana aku berkongsi semangat Megat Sri Rama dengan kumpulanku."

Atau boleh juga, "Aku adalah seorang Melayu kerana aku berkongsi gagasan Melayu Raya dengan kumpulanku."

Justeru apa yang mengikat seseorang Melayu dengan Melayu yang lainnya itu boleh sahaja berbilang-bilang. Untuk Datuk Noor Farida dan kumpulan, ternyata yang mengikat mereka adalah kerisauan dan kegalauan bahawa Melayu sedang dimangsai oleh ekstrimisme kaum dan agama. Jadi, soalan Burgess diisi sebagai "Aku adalah seorang Melayu kerana aku berkongsi kerisauan bahawa bangsaku sedang dibujuk rayu oleh golongan pelampau dengan kumpulanku."

Kita tidak boleh lupa bahawa dalam sejarah purba orang Melayu, meskipun ada Hang Tuah yang setia, terdapat juga golongan aristokrat seperti Hang Jebat yang melawan dan bertanya.

Walaupun motif perlawanan Hang Jebat itu berbumbu kepentingan diri. Kita juga mesti mengingat sejarah lama orang Melayu, jika ada bangsawan Melayu yang mua dan ontok dengan kezaliman kelas atasan di zaman Sultan Mahmud Syah, terdapat juga kumpulan seperti Megat Sri Rama yang menolak untuk membiarkan kezaliman tersebut dari bermaharajalela. Kita juga mesti akur bahawa ada kumpulan Melayu yang mendokong idea-idea Kesatuan Melayu Muda seraya mendakap zeitgeist tersebut.
Read More / Baca Lagi >>

Pemuda PKR tetap protes walaupun dijamin minyak turun harga

Posted: 20 Dec 2014 05:09 PM PST

Pemuda PKR akan tetap melaksanakan protes "Tuntut Harga Minyak RM1.90" di Dataran Merdeka pada malam ambang sambutan tahun baru meskipun Putrajaya memberi jaminan harga minyak RON95 akan turun di bawah paras RM2 penghujung tahun ini.
Pengarah Strategi Pemuda PKR, Akmal Nasir dalam satu kenyataan hari ini berkata, pihaknya melihat kenyataan yang dikeluarkan oleh Timbalan Menteri Kewangan Datuk Amad Maslan itu secara syak wasangka dan penuh berhati-hati.
"Pertama, kenyataan beliau hanya dibuat selepas mendapat tekanan daripada gerakan bersama NGO, aktivis, parti-parti politik dan mahasiswa untuk mengumpulkan 10,000 orang di Dataran Merdeka pada 31 Disember 2014 bagi menuntut Harga Minyak RM1.90.
"Kenyataan beliau seolah-olah dibuat hanya untuk meredakan kemarahan rakyat daripada berhimpun secara aman," katanya, melalui kenyataan yang dikeluarkan di Kuala Lumpur, hari ini. Akmal berkata, seperti mana pendedahan PKR sebelum ini, rakyat terpaksa menanggung cukai minyak berjumlah RM274 juta bagi tempoh 1 November 2014 hingga 15 Disember 2014.
 "Jika kerajaan Barisan Nasional (BN) benar-benar ikhlas ingin menurunkan harga minyak sepatutnya tidak perlu tunggu sehingga 31 Disember 2014 kerana trend harga minyak dunia terus jatuh dari semasa ke semasa," katanya. Akmal turut memaklumkan, tindakan mereka mengedar risalah di Stadium Bukit Jalil sempena perlawanan bola sepak antara Malaysia dan Thailand malam ini menerima reaksi negatif pelbagai pihak.
Read More / Baca Lagi >>

Ranking Fifa bolasepak Malaysia dari 1993 - 2014

Posted: 20 Dec 2014 07:34 AM PST


Ranking FIFA Skuad Bolasepak Malaysia Dari 1993 Hingga 2014. Berikut adalah sejarah ranking FIFA skuad bolasepak Malaysia dari tahun 1993 hingga kini bulan Disember 2014. Dipetik dari FIFA.com
Ternyata memang terdapat kejatuhan teruk dari tahun 90-an hingga terkini. Sesuatu perlu dilakukan bagi mengembalikan ranking FIFA skuad Harimau Malaya ini setanding dengan pasukan Jepun dan Korea Selatan

Date FIFA Ranking position

December 2014 154
November 2014 155
October 2014 156
September 2014 154
August 2014 155
July 2014 151
June 2014 153
May 2014 145
April 2014 142
March 2014 141
February 2014 150
January 2014 154
2013 154
2012 158
2011 148
2010 144
2009 160
2008 156
2007 159
2006 152
2005 123
2004 120
2003 116
2002 128
2001 111
2000 107
1999 117
1998 113
1997 87
1996 96
1995 106
1994 89
1993 79
Malaysia average position from FIFA World Ranking creation is 126

AKU TAK NAK CAKAP...!!!!

Posted: 20 Dec 2014 06:47 AM PST

"MENANG TANPA PIALA"

'Cash is King': Pemberian BR1M adalah kesalahan - Tun M

Posted: 20 Dec 2014 02:45 AM PST

Saya sudah tegur berkali-kali kepada Najib tetapi beliau kata 'Cash is King'.
KUALA LUMPUR: Mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menegaskan, pemberian tunai Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) merupakan satu kesalahan besar kerana tanpa usaha.
Katanya, walaupun beliau banyak kali menegur kerajaan berhubung pemberian tunai itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak menjawab "Cash is King (Wang adalah Raja)."
Beliau menyatakan demikian semasa menyampaikan Ucap Tama berjudul "Hala Tuju Melayu Islam Menuju Wawasan 2020" pada Konvensyen Kepimpinan Melayu Muda Nusantara (NUSA' 14), di sini.
Tegasnya, rakyat tidak boleh menerima duit secara percuma tanpa usaha kerana "seharusnya rakyat berusaha untuk mendapatkan duit."
"Kerajaan seharusnya mewujudkan peluang pekerjaan dan melatih rakyat untuk meningkatkan ilmu dan mewujudkan jawatan tinggi agar mereka dapat upah yang tinggi. Bukannya orang yang tidur dapat RM140 dan orang kerja dapat RM133," sindir Dr Mahathir.


Ani Arope, seorang rakyat Malaysia yang berprinsip

Posted: 20 Dec 2014 02:42 AM PST

Sekiranya hari ini kita berbangga untuk menyokong rakyat Malaysia yang berpegang teguh dengan prinsip mereka, tolong ingati Allahyarham Tan Sri Ani Arope yang kembali ke rahmatullah hari ini. Meninggal dunia ketika berusia 82 tahun, Ani berpegang teguh dengan prinsip yang dipegangnya dan menentang perdana menteri yang berkuasa ketika itu pada 1996, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Beliau memilih untuk melepaskan jawatan sebagai pengerusi bersama Tenaga Nasional Bhd (TNB) daripada menandatangani perjanjian pembelian kuasa bebas (IPP) daripada pengeluar tenaga pada 1995

Tidak menoleh ke belakang, sedekad kemudian beliau mendedahkan alasannya meninggalkan TNB, syarikat berkaitan kerajaan yang kemudiannya bertukar menjadi syarikat tersenarai ketika itu.

Melalui wawancara bersama akhbar The Star pada Jun 2006, Ani memberikan butiran lengkap perjanjian IPP yang diuruskan Unit Perancangan Ekonomi (EPU) di bawah Jabatan Perdana Mentei pada 1996. "Tiada rundingan. langsung tiada. Daripada berbincang dengan IPP, TNB duduk dengan EPU.

 "Kami dimalukan setiap kali berada di sana. Kemudian, pasukan saya sungguh kecewa. EPU hanya memberikan terma dan mengarahkan kami untuk bersetuju. Saya kata mustahil.

"Semuanya sudah ditentukan. (Mereka kata) ini harganya, ini caj setiap kapasiti dan ini jumlah tahun. Mereka kata kami hanya perlu bersetuju dan saya enggan tandatangan kontrak, sebaliknya meletak jawatan," katanya.

Read More / Baca Lagi >>

NIKMAT TAHUN 2015 BAKAL TIBA... BERITA GEMBIRA BUAT RAKYAT..

Posted: 20 Dec 2014 02:02 AM PST