Followers

Nuffnang

The Unspinners

0

Posted by Unknown | Posted on 11:38 PTG | Posted in

sumber :-

The Unspinners


PAS dan DAP: sandiwara atau betul gaduh?

Posted: 18 Dec 2014 10:30 PM PST


Mereka bertelagah memberi kenyataan yang kontra di antara mereka. DAP kata:  

Pas didakwa mungkir janji terhadap persetujuan yang dicapai pada 28 September 2012 berkaitan pelaksanaan hukum hudud.

Pengerusi DAP Perak, Nga Kor Ming berkata, parti itu perlu merujuk Buku Jingga kerana pelaksanaan hudud tidak terdapat dalam polisi bersama PR.

"Fokus kembali kepada Negara Berkebajikan yang disepakati adalah polisi wajib dalam Buku Jingga PR.

"Negara Berkebajikan turut mementingkan kesejahteraan sejagat di mana ianya juga merupakan antara elemen yang terkandung dalam ajaran Islam," katanya ketika dihubungi, semalam seterusnya

PAS pula kata : 

Pas Kelantan menyifatkan tindakan DAP menentang hukum hudud disebabkan kurang kefahaman mengenai pelaksanaan undang-undang Islam itu. 
Pengerusi PKR Kelantan, Ab Aziz Kadir berkata, pendekatan terbaik perlu dilakukan bagi menangani masalah percanggahan pendapat dalam isu tersebut. 
Katanya, parti komponen dalam PR harus menyahut kenyataan DAP itu sebagai terjemahan bahawa mereka masih tidak memahami hukuman itu bagi orang Islam. 
"Kita perlu melipatgandakan usaha untuk memberi penjelasan dan caranya kena lebih berkesan kepada DAP, dan masyarakat bukan Islam khususnya. seterusnya
'Kita perlu melipatgandakan isaha untuk memberi penjelasan kepada DAP'?

Kepada siapa yang PAS mahu berbohong?

Nik Abduh anak Nik Aziz sendiri telah berkata bahawa Pas sudah bawa isu hudud sejak lebih 20 tahun lalu. Tetapi DAP masih kekal menolak Hudud parti PAS.



Dan sampai bilakah PAS dan DAP mahu membohongi rakyat sama ada umat Islam dan kaum Cina?

Baca sepenuhnya di MIM SINI

 

Hina ugama Buddha didakwa tapi cina hina Islam ...

Posted: 18 Dec 2014 07:22 PM PST


... tak boleh didakwa kata pembangkang.

Orang Islam liberal ok bila Islam dihina dan kritik orang Islam pertahan Melayu dan Islam.

Tapi Dong Zong dan Hindraf rasis dan FB hina Melayu, Islam dan Raja, mereka diam saja.

Cina India boleh tapi Muslim tak, Queck Queck?

Posted: 18 Dec 2014 04:20 PM PST


Hindu boleh berarak untuk Thaipusam di Penang. Cina berarak begitu lama dan panjang hingga sampai jam Pulau Pinang. Kena Muslim tak boleh buat perarakan Maulud Nabi?

Jawapannya adalah dalam sejarah Singapura yang mana pernah berlaku demonstrasi ketika Maulud Nabi dan sampai hari ini, Lee Kuan Yew ada tuduh UMNO Spura buat dan didalam Dato Jaafar Albar. Padahal PAP pasang orang untuk menyamar dan cetuskan demonstrasi.

Nik Aziz tak mahu ke sokonh Si itek Queck Queck ni? Dah kena tikam belakang DAP, masih sokong lagi ke?

PRK Inanam: Ronald Chia marah Lajim sapu semua projek

Posted: 18 Dec 2014 05:37 AM PST


Adun PKR di Sabah letak jawatan

Astro Awani | Kemas kini: Disember 17, 2014

KUALA LUMPUR:  Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Inanam daripada PKR Roland Chia meletakkan jawatan sebagai wakil rakyat bermula hari ini atas faktor masalah kesihatan.

Menulis di laman Facebooknya, Roland mengucapkan terima kasih kepada semua pengundi di Inanam dan pemimpin PKR yang telah memberi sokongan kepada beliau sejak 17 bulan lalu.

"Atas masalah kesihatan, saya akan meletak jawatan sebagai Adun Inanam.

"Saya mengucapkan terima kasih kepada pengundi Inanam dan pemimpin parti atas sokongan yang diberikan sejak 17 bulan lalu," katanya.

Status di laman Facebook milik Adun Inanam, Roland Chia Roland menulis perkara yang sama di laman mikro Twitter beliau.

Due to health reasons, I will step down as Adun Inanam. I thank the Inanam voters and party leadership for ur support over last 17mths.— Dr Roland Chia (@RolandChiaMS) December 17, 2014

Pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) yang lalu, Roland mengalahkan calon Barisan Nasional (BN), Joseph Paulus Lantip dan calon Parti Maju Sabah, Enchin Majimbun dengan majoriti 3,202 undi.

Roland memperolehi 8,926 undi mengalahkan Joseph Paulus dengan 5,724 undi manakal Enchin dengan 5,003 undi.

----------------------

Anwar bakal ke KK untuk pujukRonald Chia. Dengan begitu lantang dia poliyikkan isu RCI yg dia pun terlibat, masih juga dia takut hadapi PRK.

Tak hwran dia takut hadapi PRK kerana kes saman terhadap Dato Anifah Aman hanya membogel dan memalukannya.

Ronald undur bukan saja kerana cemburu Dato Lajim Ukin dilantik Pengerusi PKR Sabah, tapi lebih dari itu.

Dia dipercayai geeam Lajim sapu makan sorang kontrak2 yg diperolehi di Selangor dan Penang.


MIMPI SENJA

0

Posted by Unknown | Posted on 11:35 PTG | Posted in

sumber :-

MIMPI SENJA


Bapa Didakwa Rogol Anak Tiri Perempuan, Liwat Anak Lelaki - Polis

Posted: 18 Dec 2014 08:49 PM PST

Diterbitkan: Jumaat, 19 Disember 2014 10:14 AM

Gambar hiasan.

PETALING JAYA: Seorang penganggur berusia 34 tahun didakwa merogol anak tiri perempuannya, yang berusia 12 tahun selama setahun, suspek turut didakwa meliwat anak lelakinya yang berusia empat tahun.

Pendedahan yang mengejutkan itu diceritakan sendiri oleh anak lelaki suspek selepas dia mengetahui apa yang dilakukan oleh ayahnya itu adalah satu jenayah.

"Kanak-kanak lelaki itu telah bertanya kepada ibunya di manakah bapanya dan ibu memberitahu ayahnya ditahan kerana mendera kakak tirinya secara seksual.

"Perkara tersebut telah menyebabkan kanak-kanak lelaki berkenaan sedar dan mendedahkan apa yang telah dilakukan oleh suspek terhadapnya," kata Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner, Khairuddin Saad.  Doktor turut mengesahkan bahawa kanak-kanak lelaki itu telah diliwat.

Bagaimanapun, dua lagi anak suspek tidak didera.

Suspek akan didakwa ke mahkamah hari ini kerana melakukan persetubuhan luar tabii di bawah Seksyen 377C Kanun Keseksaan. Dia berhadapan dengan hukuman penjara selama 20 tahun dan sebatan.

Lelaki tersebut ditahan di rumahnya di Kampung Cheras Baru pada 13 Disember lalu selepas anak perempuan tiri suspek memberitahu ibunya dia dirogol dua kali seminggu.

Ibu mangsa telah keluar rumah dengan membawa empat anaknya untuk tinggal bersama saudara mereka.

Pasangan berkenaan dikurniakan tiga cahaya mata sepanjang 10 tahun perkahwinan mereka.

Remaja perempuan berkenaan merupakan anak ibunya daripada perkahwinan yang terdahulu.

Mangsa berkata suspek akan merogolnya di dalam bilik tidurnya atau bilik tidur suspek.

Kejadian rogol itu berlaku apabila ibunya keluar bekerja dan ketika adik perempuannya yang lain bermain di luar rumah.

"Dia tidak ingat berapa kali dia dirogol. Apa yang dia beritahu kami ia terjadi banyak kali, mungkin dua kali seminggu," kata Khairuddin. 

Banjir : Tiga negeri, 24,000 mangsa

Posted: 18 Dec 2014 05:50 PM PST

Mohd Fauzi Abdullah dan Muhamaad Razis Ismail 

am@hmetro.com.my



GAMBAR dari atas menunjukkan pekan Rantau Panjang (atas) dan pekan Sungai Golok, Thailand (bawah) yang ditenggelami air sejak semalam. IHSAN warga Thailand, Padung Wanalak.

Kuala Lumpur: Banjir di tiga negeri Pantai Timur kini sudah mencecah kira-kira 24,000 mangsa dengan Kelantan mencatatkan jumlah tertinggi, tengah malam tadi.
Di KELANTAN, jumlah mangsa banjir di Kelantan terus meningkat kepada 13,815 orang pada tengah malam tadi berbanding 8,407 pada 9.30 malam.
Menurut portal ebanjir Kelantan, lebih seratus pusat pemindahan banjir di 10 jajahan kini dibuka.
Jajahan Pasir Mas merekodkan jumlah mangsa tertinggi iaitu 2,734 diikuti Kuala Krai (2,722), Tanah Merah (1,366),Machang (1,316 ), Kota Bharu (882), Pasir Puteh (655), Tumpat (126), Bachok (60), Gua Musang (42) dan Jeli (16).
Sementara itu, tiga belas jalan ditutup untuk lalu-lintas untuk semua kenderaan, termasuk di KM4 Jalan Sungai Durian/ Chenulang, KM2 Jalan Bukit Sireh/Kg Bedal/Kuala Nal, Kuala Krai dan KM7 Jalan Kg Pek-Paloh Rawa, KM6 Jalan Kubor China-Temangan, Machang.
Selain itu, Sungai Lebir, Sungai Kelantan dan Sungai Golok merekodkan paras bahaya.
DI TERENGGANU, jumlah mangsa terus meningkat kepada 9,548 orang daripada 2,733 keluarga yang ditempatkan di 129 pusat pemindahan hingga jam 12 tengah malam ini.
Hulu Terengganu mencatatkan 2,685 mangsa daripada 829 keluarga yang di tempatkan di 34 pusat pemindahan, Besut (2,155 mangsa/565 keluarga/22 pusat), Kemaman (755 mangsa/231 keluarga/17 pusat) dan Dungun (583 mangsa/173 keluarga/14 pusat).
Di PAHANG, hanya Kuantan agak terjejas dengan jumlah mangsa pula adalah 831 orang daripada 200 keluarga yang ditempatkan di lima pusat pemindahan .
Jalan ditutup pula adalah di KM22 Jalan Panching Utara-Sungai Lembing (untuk kenderaan ringan) dan KM34 Jalan Kuantan-Maran (semua kenderaan).

Hudud di Kelantan tidak perlu restu Sabah & Sarawak?

Posted: 18 Dec 2014 03:17 AM PST

Hudud tidak termasuk langsung dalam Perjanjian Malaysia pada 1963 yang membawa bersama Malaya, Sabah, Sarawak dan Singapura. Bolehkah hudud dilaksanakan di Kelantan tanpa restu Sabah dan Sarawak.
Satu hujah yang paling sering dikemukakan untuk menyokong pelaksanaan hudud di Malaysia ialah sistem perundangan sebelum penjajahan British berdasarkan hukum Islam. Dalam kata lain, pelaksanaan hudud bukanlah membawa sesuatu yang baru, tetapi mengembalikan sesuatu yang sesudah wujudnya dulu.
Hujah kedua yang sering didengar berpaksikan hasrat majoriti. Kalau kebanyakan umat Islam yang merupakan kaum majoriti di Malaysia ingin hudud dilaksanakan, mengapa hasrat mereka tidak boleh dihormati?
Kedua-dua hujah ini, sungguhpun boleh dipertikaikan, bukanlah langsung tidak berasas kalau negara ini masihlah Persekutuan Tanah Melayu (Malaya), dan Malaysia tidak ditubuhkan pada 1963.
Sabah dan Sarawak bukan negeri Melayu
Dengan penubuhan Malaysia, Tanah Melayu menjadi sejarah dan negara sekarang bukan lagi pewaris kesultanan Melaka tetapi pewaris British Malaya dan British Borneo. Kesultanan Melaka dan pewarisnya kesultanan Johor Riau tidak pernah berkuasa untuk seharipun di bumi Borneo.
Oleh itu, Sabah dan Sarawak tidak pernah menjadi negeri Melayu seperti negeri-negeri di Semenanjung.
Sungguhpun dahulukalanya Sarawak dan Sabah Barat adalah tanah jajahan kesultanan Brunei manakala Sabah Timur adalah di bawah kesultanan Sulu, kuasa kedua-dua kesultanan ini adalah lebih bersifat nominal.
Kita tidak pernah membaca rekod tentang jentera pemerintahan terutamanya kehakiman Syariah di Kuching, Kota Kinabalu atau Sandakan, apatah lagi di Mukah, Kapit, Kudat, Keningau dan Sipitang.
Sistem kehakiman umum yang dikenali semua lapisan rakyat Sarawak dan Borneo Utara (nama lama Sabah) sampai tertubuhnya Malaysia berasaskan Common Law, bukan hukum syariah.
Maka, untuk Sabah dan Sarawak, pelaksanaan hukum Syariah bukanlah pengembalian sistem lama, tetapi pengenalan sistem baru.
Maka, hujah pro-hudud pertama, yang berasaskan sejarah, gagal kerana Malaysia merangkumi Sabah dan Sarawak.
Perjanjian Malaysia 1963 tidak mengandungi hudud
Hujah pro-hudud yang kedua, berasaskan hasrat majoriti, juga gagal setidak-tidaknya kerana hudud tidak pernah dibangkitkan dalam perundingan antara Malaya, Singapura, Sabah dan Sarawak untuk membentuk Malaysia.
Kita tidak akan menjumpai perkataan hudud dalam seluruh Perjanjian Malaysia 1963. Kalau dimaklumkan Malaysia akan melaksanakan sistem perundangan jenayah yang berunsurkan agama, sama ada merangkumi semua warga ataupun membedakan hukuman mengikut kepercayaan penjenayah itu, sudah pasti Sabah dan Sarawak akan menolak gagasan Malaysia.
Tiada orang Borneo untuk menegakkan kebebasan agama ini boleh dilihat dalam perkataan "Batu Sumpah Peringatan Mengikut Perlembagaan" di Keningau, Sabah. Syarat pertama untuk "…Rakyat Sabah di dalam interior bersumpah taat setia kepada kerajaan Malaysia" ialah "Ugama bebas dalam Sabah". Kita selalu dengar kontak sosial. Inilah sebahagiannya semangat Kontrak Sosial dalam pembentukan Malaysia.
Kontrak Sosial yang menjadi asas kepada penubuhan Malaysia Perlembagaan Persekutuan Malaysia, yang berdasarkan bukan saja Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957 tetapi juga Perjanjian Malaysia 1963.
Jadual Kesembilan Perlembagaan ini menyenaraikan bidang kuasa kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri. Dalam Senarai Persekutuan, butiran keempat itu menyatakan dengan jelas "Undang-undang dan tatacara sivil dan jenayah dan pentadbiran keadilan" manakala Senarai Negeri dalam Butiran Pertamanya cuma merangkumi "hukum Syarak dan undang-undang diri dan keluarga bagi orang yang menganut agama Islam".
Hanya dengan menghadkan hukum agama kepada perihal diri dan keluarga, maka barulah Perkara 8 "Kesamarataan" yang melarang "diskriminasi terhadap warganegara semata-mata atas alasan agama, ras, keturunan, tempat lahir atau jantina dalam mana-mana undang-undang" boleh menjadi kenyataan.
Kerana Jadual Kesembilan dan Perkara 8 begitu penting dalam Perlembagaan kita, dan menjadi asas pembentukan Malaysia, maka ini tidak boleh dipinda berasaskan majoriti, sekalipun majoriti dua pertiga.
Pengundi di Sabah dan Sarawak cumalah satu per enam beratnya di seluruh Malaysia. Sekalipun dengan perwakilan berlebihan, ahli Parlimen kedua-dua negeri ini pun cumalah sesuku beratnya.
Jika Sabah dan Sarawak diajak membentuk Malaysia dengan sesuatu perjanjian, dan selepas pembentukan Malaysia, perjanjian ini pula dipinda dengan cara yang tidak dapat diveto kedua-dua negeri ini, maka perjanjian ini seolah-olah penipuan dan asas moral pembentukan Malaysia akan terancam. – TMI

Belantan

0

Posted by Unknown | Posted on 11:34 PTG | Posted in

sumber :-

Belantan


Tahaluf siyasi pakatan pembangkang terbatal?

Posted: 18 Dec 2014 07:44 AM PST


Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Nasruddin Hassan menegaskan penolakan hukum hudud oleh DAP akan menyebabkan tahaluf siyasi dalam pakatan pembangkang terbatal kerana jika Pas mengabaikan dasar itu, hukumnya adalah haram.

Menurut beliau, tahaluf siyasi bukanlah sebuah parti yang mempunyai satu ideologi sebaliknya kerjasama itu adalah berkait dengan tindakan politik yang dipersetujui bersama tanpa mengganggu hak dan dasar perjuangan masing-masing.

Katanya, kerjasama tersebut hanyalah dalam urusan kepentingan bersama membabitkan aspek politik untuk menolak kezaliman, penindasan, rasuah, penyelewengan, salah guna kuasa dan pelbagai lagi tanpa melepasi dasar perjuangan parti.

"Jika DAP buat syarat pakatan pembangkang mestilah tanpa pelaksanaan Islam dan syariatnya, dan menegaskan bahawa Pas tidak boleh melaksanakan syariat Islam termasuk hudud, maka pada saya, syarat dan penegasan yang DAP buat itu membatalkan syarat tahaluf, tiada ertinya lagi tahaluf siyasi ini.

"Jika dasar parti terhalang untuk ditunai dan dilaksana dengan kerjasama ini, maka tahaluf ini batal. Malah tidak keterlaluan kalau saya nyatakan hukumnya adalah haram," katanya dalam wawancara yang dipetik daripada portal Malaysia Transform di sini hari ini.

Beliau yang berada di Mekah mengulas perkembangan terkini dalam pakatan pembangkang berikutan beberapa siri serangan terbuka oleh pemimpin DAP termasuk daripada Lim Guan Eng sendiri, khususnya berhubung isu hudud dalam Persidangan Kebangsaan DAP 2014 kelmarin.

Guan Eng dalam nada kerasnya mendesak pakatan agar memuktamadkan pendirian untuk tidak melaksanakan hukum hudud jika pembangkang berjaya memenangi pilihan raya umum akan datang, kononnya perkara itu adalah aspirasi daripada penyokong pembangkang.

Persidangan tersebut yang dihadiri 938 perwakilan juga sebulat suara meluluskan resolusi menolak pelaksanaan hudud sama ada di peringkat negeri atau kebangsaan sekiranya pakatan pembangkang berjaya mentadbir Putrajaya.

Mengulas lanjut, Nasruddin berkata, Pas tidak akan sama sekali mengabaikan dasar perjuangan demi pakatan pembangkang, justeru DAP tidak sepatutnya menghalang pelaksanaan hukum hudud jika tidak mahu gabungan tersebut berpecah.

Dalam wawancara itu, Nasruddin turut mengakui bahawa kedudukan pakatan pembangkang kini semakin sukar kerana kesemua pihak belum 'menemui lantai untuk sama-sama bersila menyelesaikan masalah yang dihadapi'.

Meskipun begitu tegasnya, Pas akan tetap mempertahankan dasar tersebut dalam apa juga cara dan menyifatkan pihak yang menolak hukum hudud sebagai penghalang kepada perjuangan Islam.

"Pas akan tetap berjuang untuk melaksanakan Islam dan syariatnya. Hudud adalah sebahagian daripadanya. Ia adalah kewajipan agama yang ditetapkan syarak, tiada siapa yang boleh halang, kalau mereka halang bererti mereka menjadi penghalang kepada perjuangan Islam.

"Kepada mereka yang meng­halang kerana dendam, benci, ang­kuh dan semangat menentang Islam, maka akan didepani dengan sebijaknya dan sesuai dengan penentangan yang dihadapi. Hujah dengan hujah, saraf dengan saraf, senjata dengan senjata," tegas beliau. - UMO

Suara Politik
Belantan

Dialog Dewasa Kritik Berasa

0

Posted by Unknown | Posted on 11:03 PTG | Posted in

sumber :-

Dialog Dewasa Kritik Berasa


MAT SABU DIAM-DIAM SEBAB TAK MAHU WANG PEMBERIAN DAP HILANG

Posted: 18 Dec 2014 04:59 PM PST

Facebooker pro PAS, Tok Usin Ceroii mempersoalkan sikap mendiamkan diri Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu (Mat Sabu) walaupun DAP secara terang-terangan mengkritik PAS berkaitan isu ulama dan hudud.
"Apa kejadahnya PKR dan DAP yang saban hari dok serang PAS khususnya Ulama? Apa kejadahnya DAP dan PKR pi dok jolok bab hudud?
"Agak-agak hampa, apa motif dan agenda depa berbuat begitu?
"Mana pi suara kawan baik Lim Guan Eng iaitu Mat Sabu yang juga Timbalan Presiden PAS? Apakah Mat Sabu tak boleh nasihatkan Lim Guan Eng? Apakah suara Mat Sabu langsung tidak diendahkan oleh Lim Guan Eng atau Mat Sabu yang memberi lampu hijau kepada Lim Guan Eng untuk gasak Islam, Ulama dan PAS?
"Atau Mat Sabu dah hilang teloq dan suara kerana diberi jawatan dan gaji yang lumayan dalam anak syarikat kerajaan Pulau Pinang?," soal facebooker itu.
Turut disertakan facebooker itu satu poster wajah Mat Sabu didahinya ditulis '$$$' dan wajah Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng, didahinya ditulis 'Tauke'
Pendedahan Mat Sabu menerima habuan daripada DAP bukan perkara baharu, malah telah didedahkan blogger Ibrahim Baba (IB) pada tahun 2012.
"Menurut suatu khabaran bahawa Mat Sabu menerima setiap bulan sumbangan sebanyak RM15,000 tunai di Pulau Pinang. Biasanya Mat Sabu akan ke Pulau Pinang di awal bulan untuk kutip wang tersebut.
"Seorang petugas dikatakan akan menyerah 150 keping wang tunai bernilai RM100 dalam sampul yang mana Mat Sabu terimanya tanpa mengira samada ianya cukup atau tidak.
"Dikatakan juga bahawa petugas ini telah diamanahkan oleh majikannya untuk "jaga" keperluan Mat Sabu. Petugas ini turut maklum bahawa ada lagi beberapa rakannya yang ditugaskan untuk menyalurkan dana kepada pemimpin PAS yang lain namun beliau tidak tahu siapa yang "jaga" siapa. Strategi mereka ialah seorang "jaga" seorang pemimpin PAS – supaya maklumat tidak bocor," dedah blogger itu.
Pada tahun 2013, bekas aktivis Melayu-DAP, Mohamad Razali bin Abdul Rahman turut mengesahkan Mat Sabu adalah tali barut Guan Eng.
Petikan pendedahan Mohamad Razali tentang Mat Sabu :
Lepas setengah jam, dia call. Saya tak mahu jawab dah. Lepas itulah pada 18 Mei, seorang pemimpin tertinggi PAS menghubungi saya. Saya dengan beliau ni cukup rapat, lebih kurang abang dengan adiklah, kami dua ni. Banyak tempat kami pi bersama.
Semasa kejadian ni, beliau berada di luar negara. Lepas balik ni, mungkin dia tahu, dia call saya. Saya panggil dia abang. Dia call, bagi salam tak jawab juga. Dia pun serupa juga, maki saya.
"Awat hang ni bengong pi buat laporan polis ni? Siapa suruh hang pi buat?."
"Abang, ini isu agama bang."
"Takpe, demi politik agama kita boleh kompromi." Dia kata.
"Tak salah kita kompromi agama demi politik. Matlamat utama kita nak tawan Putrajaya. Siapa yang suruh hang pi buat benda ni? Hang ni calon yang akan bertanding. Siapa suruh hang buat? Ni, hang pikiaq masa depan hang, masa depan anak hang, bini hang. Hang tak sepatutnya buat benda ni. Aku nak hang tarik balik laporan polis hari ni juga. Aku nak hang tarik balik."
"Sorry bang, isu agama..mana boleh. Abang tau tak benda ni berlaku?"
"Memang aku tau berlaku. Takpa, kita menang dulu Putrajaya, lepas tu kita tau la kita nak buat apa. Janji menang dulu."
Saya kata dia, "Isu agama."
"Aku kata takpa..takpalah. adakah Islam hang lebih daripada aku? Aku Pas tak ada apa. Hang DAP tahu apa?". Sampai tahap tu dia kata kat saya.
"Aku nak hang tarik balik laporan ni. Hang tarik."
Saya masih bertegas saya takkan tarik balik. "Bang, walau apa pun terjadi, saya takkan tarik balik."
"Hang pasai apa keteqaq (degil) sangat ni? Pasai apa hang jadi macam ni? Apa dah jadi dengan hang? Okay, sekarang kita settle. Kami sanggup bagi kat hang RM1 juta kalau hang sanggup tarik balik laporan polis tu."
RM1 juta ditawarkan kepada saya. Cukup senang dia kata, kalau setuju dalam masa tiga hari kita akan sediakan wang tu. Dalam masa tiga hari sahaja. Selepas itu dia kata, dalam masa seminggu, kita akan terbangkan saya, anak saya, bini saya, lari pi duduk di Melbourne. Jangan duduk di Malaysia. Duduk di Melbourne dia kata. Segala keperluan kami akan ditanggung oleh pihak-pihak tertentu di sana.
Tapi dia kata, "Sebelum hang pi Melbourne, hang buat satu perkara kat kami, cukup. Hang tolong kami satu benda cukup."
Saya tanya kat dia, "Apa dia?."
"Hang buat satu sidang akhbar. Dalam sidang akhbar tu, hang kata, saya ni dipaksa oleh UMNO untuk membuat laporan polis tu."
Dia suruh saya tuduh UMNO. Saya kata kat dia, "Abang, yang buat laporan polis ni saya. Pasai apa yang kita nak membabitkan pihak yang ketiga?".
"Hang tuduhlah depa. Aku dok buat kerja ni, takkan hang tak tau kot. Hang tuduh depa cukup, lepas tu hang lari pi duduk sana. Kita tahulah kita nak buat apa."
Pemimpin PAS, ingat Tuan-tuan kenal kot siapa dia ni. Semua kenal. Ini merupakan lagu yang paling-paling dia sukalah (tayangan lagu Hindustan).
Tuan-tuan kenal ya. Timbalan Presiden PAS sekarang.
Dulu, pada masa kejadian tahun lalu, beliau merupakan Ahli Jawatankuasa PAS Pusat. Mohamad Sabu..beliau merupakan rakan yang cukup baiklah dengan saya. Cukup rapat.
So, matlamat menghalalkan cara. Janji dapat tawan Putrajaya cukup, apa pun halal sampai ke tahap tu mereka ni. Saya tak sangka mereka agama pun boleh jual. Bukan dah jual, dah gadai, dah lelong dekat DAP.

Manjung Mari

0

Posted by Unknown | Posted on 9:44 PTG | Posted in

sumber :-

Manjung Mari


Siapa kenal Datuk Syukur - Kroni Dato Sri Azeez Rahim mamak....

Posted: 18 Dec 2014 06:18 AM PST

Kalau Felda melalui FGV bakal musnah akibat kejatuhan harganya dipasaran saham,,, satu lagi harta rakyat umat Islam iaitu tabung haji pun akan menurut sama... 

Kejahatan Najib@Rosmah apabila melantik anak mamak pedukang ni jadi Pengerusi Tabung Haji...

 http://1.bp.blogspot.com/-gbspBUVhOwk/UjrjYEpOPlI/AAAAAAAAADY/qQqkPyXMoVI/s1600/azeez+rahim+salam+rosmah.jpg

 Berita sedih ini aku dapat dari FB orang umno woiii, bukan nak reka cerita....


 Patutlar aku dengar di Parlimen Baling skrg ni ada 13 pegawai khas dia untuk menjaga pengundi parlimen Baling,, kalau dah ada pegawai mesti ada pejabat, ada kereta jenazah,,, macam-macam lagi... berapa bajet semua tu,, kira sendiri la,,, cukup ka kalau nak tampung dgn elaun ahli parlimen dan elaun pengerusi tabung haji...



 


 

RAKYAT MARHAEN

0

Posted by Unknown | Posted on 9:28 PTG | Posted in

sumber :-

RAKYAT MARHAEN


UM8 akan panjang rayuan kepada menteri jika...!!

Posted: 18 Dec 2014 08:23 PM PST

Kumpulan lapan mahasiswa Universiti Malaya (UM) atau dikenali sebagai UM8, akan memanjangkan rayuan mereka sehingga kepada Menteri Pendidikan Tan Sri Muhyiddin Yassin agar tuduhan terhadap mereka digugurkan.

Bekas presiden Persatuan Mahasiswa Universiti Malaya (PMUM), Fahmi Zainol berkata langkah tersebut akan diambil jika rayuan mereka kepada UM hari ini tidak berjaya.

"Kalau rayuan tidak berjaya juga, kita akan buat semakan kehakiman di mahkamah luar," katanya kepada pemberita hari ini sebelum menyerahkan surat rayuan kepada Naib Canselor Profesor Datuk Dr Mohd Amin Jalaludin.

Fahmi salah seorang UM8 yang digantung pengajian dua semester dan didenda RM600 ekoran pengajuran pidato Datuk Seri Anwar Ibrahim di kampus perdana itu Oktober lalu.

RON95 dua minggu pertama Dis 2014 bawah RM2 seliter - Rafizi

Posted: 18 Dec 2014 08:22 PM PST

KUALA LUMPUR: Harga pasaran RON95 menggunakan formula yang diumumkan oleh Barisan Nasional bagi dua minggu pertama Disember 2014 menunjukkan bahawa RON95 telah jatuh di bawah paras RM2 seliter, seperti berikut:
Tarikh
Harga pasaran sebenar (RM/liter)
1-Dec-14
2.05
2-Dec-14
2.05
3-Dec-14
2.03
4-Dec-14
2.01
5-Dec-14
2.01
6-Dec-14
2.01
7-Dec-14
2.01
8-Dec-14
1.98
9-Dec-14
1.98
10-Dec-14
1.94
11-Dec-14
1.94
12-Dec-14
1.92
13-Dec-14
1.92
14-Dec-14
1.92
15-Dec-14
1.90
Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli berkata Barisan Nasional mengumumkan bahawa harga RON95 bagi sesuatu bulan ditetapkan berdasarkan harga purata harga pasaran RON95 seperti yang ditetapkan oleh formula.
Menurutnya, bagi 15 hari pertama Disember 2014, harga purata ini (dikira berdasarkan harga pasaran harian seperti di atas) telah jatuh ke paras RM1.98 liter (tanpa subsidi).
"Jika subsidi 30 sen seliter dikembalikan seperti yang dituntut, harga RON95 bagi dua minggu pertama secara purata telah jatuh ke paras RM1.68 seliter," ujarnya dalam satu kenyataan.

Katanya, dalam keadaan harga minyak mentah terus jatuh mendadak minggu ini dan dijangka terus jatuh sepanjang 2015, harga pasaran harian bagi tempoh 16 Disember 2014 hingga 31 Disember 2014 juga akan lebih rendah dari RM1.90 seliter (merujuk kepada harga pada 15 Disember 2014).

Oleh yang demikian, beliau memberi amaran kepada Barisan Nasional supaya jangan berdolak dalih untuk segera menurunkan harga RON95 kepada RM1.90 serta merta.
Menurut beliau lagi, sekiranya harga RON95 yang diumumkan pada 31 Disember 2014 kelak adalah lebih tinggi dari RM1.90 seliter, ini bermakna Barisan Nasional terus memanipulasi harga RON95 dan diesel untuk mendapatkan keuntungan melalui cukai minyak secara tersembunyi.

Read More / Baca Lagi >>

Siapa sokong kenyataan Menteri terbaik umno ni...!!!!

Posted: 18 Dec 2014 08:15 PM PST





Pahang perlu kurangkan kerugian dalam FGVH

Posted: 18 Dec 2014 07:04 PM PST

KUANTAN: Adun Beserah, Andansura Rabu membuat beberapa cadangan bagi meningkatkan pendapatan dan menguruskan perbelanjaan negeri Pahang.

Ketika membahaskan bajet yang dibentangkan oleh Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob, Andansura berkata pendapatan boleh ditingkatkan dengan menarik pelabur-pelabur dalam dan luar negara ke negeri ini.

"Bagaimanapun kerajaan mestilah menyiapkan suasana yang kondusif kepada pelabur dengan prasarana lengkap dan baik. Selain bekalan air dinaik taraf, jalan raya yang baik dan selamat terutama jalan raya di sekitar Kuantan ke pelabuhan melalui Kawasan Industri Gebeng yang dianggap teruk pada masa ini.

"Selain itu sistem komunikasi dan jalur lebar yang stabil juga amat perlu bagi menarik pelabur di samping bekalan elektrik tanpa gangguan. Barulah boleh menarik mereka melabur di negeri ini," katanya.

Andansura membuat cadangan demikian berdasarkan peningkatan pendapatan kerajaan yang terlalu kecil iaitu hanya RM6.58 juta dalam sidang Dewan Undangan Negeri Pahang, kelmarin.

Untuk tujuan itu, Andansura menyebutkan kerajaan negeri perlu mengurangkan kerugian dalam pelaburan yang disertai seperti dalam Felda Global Ventures Holdings (FGVH).

"Kerajaan Pahang memegang kepentingan lima peratus yang melibatkan pelaburan permulaan bernilai RM829 juta melalui pinjaman iaitu membeli RM4.55 bagi setiap unit saham. Tapi sekarang saham FGV jatuh di bawah RM2.40. Maknanya kerajaan sedang kerugian lebih RM300 juta.

"Jadi langkah yang perlu diambil untuk mengurangkan kerugian ialah perlu ada rombakan pada portfolio pelaburan dan menilai semula. Maksudnya kerajaan negeri perlu ada tindakan supaya mengelakkan daripada kerugian yang berterusan.
Read More / Baca Lagi >>

Jangan hilang fokus selamatkan negara, kata ahli Parlimen PAS

Posted: 18 Dec 2014 07:02 PM PST

Tanpa menyebut ianya isu hukum hudud, AJK PAS Pusat yang juga Pengerusi Gerakan Anti Perkauman (GAP), Datuk Dr Mujahid Yusof menggesa semua pihak agar jangan hilang fokus dan berusaha untuk menyelamatkan negara dengan segera. "Sejak akhir-akhir ini negara kita disogokkan dengan isu-isu yang mengalih perhatian daripada masalah sebenar yang membengkak dan menjejaskan kestabilan ekonomi negara.

 "Keadaan kewangan negara membimbangkan seluruh rakyat melibatkan isu pengapungan harga petrol, 1MDB dan kejatuhan nilai mata wang ringgit yang menjejaskan transaksi impot dan eksport negara serta tahap keberhutangan negara yang membimbangkan," kata Mujahid dalam satu kenyataannya ketika negara sedang kecoh dengan pendebatan isu hukum hudud yang hendak dilaksanakan di negeri Kelantan.

Ia ekoran sidang khas Dewan Undangan Negeri Kelantan yang akan diadakan 29 Disember ini yang bakal meminda Enakmen Jenayah Syariah II (Hukum Hudud) bagi membolehkan ianya dilaksanakan. Bagi Mujahid, semua pihak yang mahu melihat negara ini diselamatkan harus mengambil langkah berikut:

1. Jangan mengheret negara kepada masalah yang cuba mengalih perhatian daripada isu yang lebih utama dan kritikal.

2. Semua pemimpin politik dari pelbagai parti harus duduk berbincang tentang bagaimana hendak menyelamatkan keadaan kewangan negara yang akan melibatkan kesejahteraan rakyat.

3. Parti yang memerintah seharusnya bersedia untuk ambil langkah praktikal bagi membuka ruang pendemokrasian dan berhenti mengugut rakyat dengan isu perkauman dan agama sebagai menutup kelemahan dan kebobrokan mereka.

Read More / Baca Lagi >>

Syed Rosli anggap KJ 'perlekeh' suara akar umbi

Posted: 18 Dec 2014 04:38 PM PST

Pemimpin Umno Cawangan Pusat Bandar Taman Cempaka, Syed Rosli Syed Harman Jamalullail menganggap Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin "memperlekeh" suara akar umbi apabila menyifatkannya (Syed Rosli) sebagai "suara paling rendah dalam hirarki Umno".

Ini ekoran seruan Syed Rosli dalam surat terbukanya yang mahu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berundur.

Syed Rosli (kanan) sebaliknya membidas ketua Pemuda Umno yang menurut beliau, sepatutnya menghormati suara "ahli bawahan yang memilihnya" dalam pemilihan parti tahun lalu.

"Saya setuju bahawa kenyataanya itu jelas memperlekeh (suara) akar umbi. Apabila musim pemilihan, Khairy cari siapa? Ahli akar umbi untuk mempertahankan jawatan.

"Beliau pergi ke bawah untuk mendapatkan undi (sokongan). Sepatutnya beliau mengucapkan terima kasih dan hormat hasrat ahli yang memberikan jawatan itu kepadanya.

"(Tetapi) ini satu penghinaan kepada ahli akar umbi yang bersuara," katanya yang pernah mencabar Khairy merebut jawatan ketua Pemuda Umno pada pemilihan lalu.

Semalam Khairy menyifatkan Syed Rosli sebagai "suara paling rendah dalam hirarki Umno" untuk mendesak Najib - dalam surat terbukanya - supaya berundur ekoran kelemahan gaya pentadbirannya.

Khairy turut dilaporkan meminta wartawan memetik kenyataan pemimpin yang berwibawa dan mempunyai kedudukan dalam Umno untuk sesuatu laporan dan pada masa yang sama kerajaan boleh memberi maklum balas, seperti tindakan pemimpin Umno Batu Kawan, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan.

Ketika dihubungi Malaysiakini semalam, Syed Rosli yang juga ketua penerangan cawangan itu mendakwa, ramai pemimpin di peringkat bahagian dan akar umbi bersetuju kelemahan gaya pentadbiran Najib yang mewajarkan beliau berundur.

Bagaimanapun Syed Rosli mendakwa bahawa kebanyakan mereka "tidak berani" bersuara kerana bimbang akan kehilangan jawatan dan projek tertentu.

Read More / Baca Lagi >>

Najib vs Muhyiddin: Siapa yang menang akhirnya?

Posted: 18 Dec 2014 04:25 PM PST

Oleh Subky Latiff 
 
Najib vs Muhyiddin: Siapa yang menang akhirnya?
PENULISAN ini adalah cubaan menziarahi kembali Perhimpunan Agung Umno (PAU) serta membaca politik Umno; khasnya tentang kepemimpinan Presiden dan Timbalannya, dalam cita-cita untuk mengemudi seterusnya perjuangan yang semakin getir seumpama sedang melalui lautan penuh gelora.
Ucapan yang kurang enak serta menghampiri 'lucah' seperti 'membakar coli' dan 'minyak pelincir' kurang sangat nilai ilmiahnya termasuk juga cakap-cakap macam 'ustaz dan ustazah ekspres' yang tebal dengan prejudis tidak wajar dilanjutkan. Cakap terbuang namanya.
Kalau boleh saya cadangkan kepada warga besar Umno kedua-dua pimpinan Wanita Umno ini wajar ditolak segera oleh Umno kalau Umno nak 'survive'. Akan tetapi kalau mereka dikekalkan bahkan diangkat lebih tinggi lagi, bagus sangat untuk pembangkang di negara ini. Itu semua saya tak mahu campur. Ikut 'pandai' Umnolah.
Walau macam mana pun gegak-gempita ucapan perwakilan lain, di mana-mana perhimpunan parti politik di muka bumi ini, hanya ucapan orang nombor satu dan dua sahaja yang wajar diberikan tumpuan. Yang lain itu sekadar menambah rempah ratus, sesudu dua ajinamoto sahaja. Dengan kekangan ruang, maaf tidak wajar saya melanjutkan untuk memberi laluan kepada yang lain, walaupun ada dikatakan menarik.
Saya tumpukan dulu ucapan Timbalan Presidennya, Tan Sri Muhyiddin Yassin. Sejak bermain peranan 'second-fiddle', peribadi ini memang diakui umum tidak pernah menyerlah.
Berucap atau tidak, tidak sangat jadi pertikaian ahli apatah lagi pihak awam atau media. Jarang-jarang mungkin kadang-kadang sangat yang menyerlah dan selalunya tidak dipeduli. Lazimnya hambar.
Tidak begitu dalam PAU yang baru ini. Berkebetulan saya berada di hadapan set TV ketika itu. Saya tonton dan dengari seluruh ucapan beliau. Bukan sahaja punya 'wow faktornya' tapi sangat berlainan dan berbisa.

Lebih penting bagi saya selaku penganalisis politik yang memimpin sebuah think-tank parti adalah untuk membaca semuanya dengan beberapa lapis bacaan. Saya mahu lanjutkan naratif dan pengamatan ini.
Tentangan Terbuka
Menyimpang sedikit, tentangan terhadap Presiden Umno bukan lagi satu rahsia. Ia telah menjadi satu 'open-secret' atau rahsia terbuka. Wujud ketidakselesaan terhadap dasar serta kecenderungan kepemimpinan Presiden parti.
Penentangan terhadap dasar-dasar 'liberalisasi' ekonomi dan kewangannya telah lama dinyatakan oleh 'warlords' parti yang sangat tebal doktrin 'Kemelayuan'nya. Kesemua dasar 'liberalisasi' ini ditanggapi kelompok ini sebagai menggugat kepentingan Melayu.
Pun begitu 'warlords' beserta sebahagian besar ahli parti menyatakan tidak persetujuan mereka apabila Presiden Umno menamatkan undang-undang drakonian Akta Keselamatan Dalam Negeri, ISA dan Kanun Darurat peninggalan penjajah British.
Nah, apakah ini 'backdrop' politik yang melatari ucapan Timbalan Presiden Umno ini? Pastinya kalau perhitungan tentang janji Presiden mereka untuk memansuhkan satu lagi akta peninggalan penjajah yang sangat besar manfaat dan kegunaan untuk parti pemerintah di negara ini yakni Akta Hasutan 1948.
Read More / Baca Lagi >>

PAS bukan nak sangat jadi PM, kata Sallehin

Posted: 18 Dec 2014 04:16 PM PST

Post Pic

SHAH ALAM: PAS tidak akan sesekali menunjukkan sikap tamak dalam menentukan calon Perdana Menteri sekiranya Pakatan Rakyat (PR) menang pada Pilihan Raya Umum ke-14 kelak.
Timbalan Pesuruhjaya PAS Selangor, Sallehin Mukhyi berkata demikian mengulas gesaan DAP agar parti komponen gagasan itu menyokong Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon jawatan tersebut.
"Saya yakin bahawa PAS bukan nak sangat menjadi PM, sebagaimana kita ambil semangat di Selangor.
"Walaupun Tuanku Sultan Selangor mengatakan boleh sahaja melantik MB dari PAS, tetapi kita tidak akan terkinja-kinja menjadi MB dalam konteks kita sedar kita berada di dalam PR, walaupun wujud kenyataan sinis dilemparkan kepada PAS Selangor," katanya ketika ditemubual secara khas bersama Antarapos.
DAP, menerusi setiausaha agungnya Lim Guan Eng mengulangi pendirian parti itu menyokong Anwar sebagai perdana menteri jika pembangkang menang pada pilihan raya umum yang dijangka diadakan pada 2018.
Ini bukan kali pertama DAP menolak calon lain selain PKR.
Pernah Lim menyatakan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang tidak sesuai memegang jawatan nombor satu negara itu kerana bertentangan dengan persetujuan PR.
Read More / Baca Lagi >>

Ex-mufti says Hitler was spot on about US

Posted: 18 Dec 2014 04:15 PM PST

Mohd Asri says video on Hitler's speech shows US misled the people about the Nazi dictator and distorted facts about him during the WW2.

asri zainul_hitler_300PETALING JAYA: Former Perlis mufti Mohd Asri Zainul Abidin has said that notorious Jew-hater and Nazi dictator Adolf Hitler knew the United States well judging from the contents of his speech in December 1941 when the German Reich officially declared war on the USA.
In a Facebook posting, Mohd Asri said, "however from what Hitler says in his speech, it shows much is still evident in the US we see today…"
His posting was accompanied by a 26:13 minute video that featured Hitler speaking to his people, complete with subtitles where the dictator slams  US President Franklin D Roosevelt for making a "contemptible" speech in which he deliberately incited hatred for Germany among the American public.
Much of Hitler's speech in the video dwells on America bashing, with accusations that the US president was intent on creating conflict in various parts of the world and interfering in the domestic affairs of Europe, which Hitler insisted Roosevelt knew nothing about.
In referring to this particular video, Mohd Asri accused the US of heavily distorting the history surrounding Hitler, saying there was still too much ambiguity and no real factual evidence they could present.
"A lot of the history surrounding Hitler has been heavily distorted… there is too much ambiguity as to what the real facts are…", Mohd Asri posted, referring to the US' heavy handedness in matters of international politics.
Read More / Baca Lagi >>

NEW LEADER SOON FOR M'SIA: Najib braces for his day of reckoning

Posted: 18 Dec 2014 04:14 PM PST

Does PM Najib Razak really love Umno and the country?'
NEW LEADER SOON FOR M'SIA: Najib braces for his day of reckoningHang Jebat: It really looks like the writing is on the wall for PM Najib Abdul Razak. If he really loves all Malaysians, irrespective of beliefs and creeds, he should emulate Mikhail Gorbachev of Soviet Union.
Najib should remove Malay supremacy and be hailed as a citizen of the world. With falling oil prices, backlash from retention of the Sedition Act and rebellious members from within, just kill them all.
You will never be forgotten, Najib. The world has changed. Change or be swept aside.
Jibtuya C4: It's such a dilemma, on one hand Malaysians generally want Najib to stay on, because this will definitely mean the death of Umno very soon, but on the other hand, if Najib stay on too long, with the death of Umno, it might also mean it's too late to save Malaysia as a whole, because the whole country could be bankrupt by then.
Jamal Jaz: Former PM Dr Mahathir Mohamad, just stop it. Your time has long passed. Batu Kawan Umno division deputy chief Khairuddin Abu Hassan, what is your problem?
Information chief for Pusat Bandar Taman Chempaka Umno branch Syed Rosli Jamalullail, with that kind of attitude you will not be able to gain the support from anyone beside yourself.
This is not the time for Najib to quit.

Pemerhati: If Najib is considered as evil by 51 percent of the electorate, then his replacement, which seems to have been planned and engineered by the extremely autocratic, corrupt and kleptocratic Mahathir, would be a greater evil.
Could a desperate Najib do the unthinkable and do some sort of deal with Opposition Leader Anwar Ibrahim to thwart Mahathir?
Fair Play: Poetic justice or what goes around comes around or both? Also the law of the jungle works this way - only the fittest will survive and can best be exemplified by this.
When the mighty beast is greatly weakened, the other hunters such as the lion, hyena, vulture, jackal and even the timid mouse would be waiting in that order for a piece of the action.
Who knows, maybe even the official driver of the PM might join in the fray. But I wouldn't be surprised if the PM has the final say or the last laugh.
Forgotten Hero: Well, one thing's for sure, the 1Malaysia concept is a very motivational, spirit-raising motto for our country. Through that, I can see that Najib is really dedicated in his work.
Plus, since he has all the experience of what has been going on all these years, I believe that he probably has thousands of ideas on how to improve Malaysia.
The conclusion, good or bad, he is still our elected Malaysia PM. Nobody is perfect in everything.
Man on the Street: The day Najib took over the Umno leadership and PM's post, the presence of negative liberty was much stronger than positive liberty. Now, the negative liberty is so gigantic around his leadership and he is being drowned by it.
Read More / Baca Lagi >>

Pelampau ‘menang’ kerana orang baik berdiam diri

Posted: 18 Dec 2014 04:13 PM PST


GBM


KUALA LUMPUR, 18 DIS: Sejarah membuktikan kelompok pelampau 'memenangi' wacana umum bukan kerana mendapat sokongan ramai, sebaliknya kerana majoriti orang ramai yang baik dan sederhana mendiamkan diri, kata kumpulan NGO Gabungan Bertindak Malaysia (GBM).
GBM dalam kenyataannya menyokong penuh surat terbuka sekumpulan 25 profesional, bekas pegawai tinggi dan ahli akademik yang menggesa kerajaan mengadakan wacana awam dan kedudukan undang-undang Islam dalam kerangka demokrasi berparlimen.
"Terdapat keperluan sebenar perundingan melibatkan pakar-pakar pelbagai bidang, termasuk undang-undang Islam dan Perlembagaan selain mereka yang terkesan oleh penguatkuasaanya
"Rundingan bersama pakar dan pihak berkepentingan untuk perkara berkaitan proses undang-undang undang-undang perlu dilaksana dalam suasana jernih dan saling menghormati," kenyataan GBM dipetik.
Kenyataan bersama itu ditandatangani bersama antaranya oleh Pertubhan Ikram Malaysia (IKRAM). Progresif India Malaysia (MIPAS), Dewan Perhimpunan Cina KL-Selangor (KLSCAH), Dewan Perhimpunan Cina Negeri Sembilan dan Yayasan Usman Awang.
Read More / Baca Lagi >>

Pas kesal program langgar syarak berleluasa

Posted: 18 Dec 2014 04:08 PM PST

ALOR SETAR - Dewan Ulama Pas Kedah kesal dengan penganjuran Miss Tourism International: Show Extravaganza kerana menyalahi hukum syarak selain melanggar ketetapan fatwa.

Setiausahanya, Ahmad Yahaya berkata, acara seperti itu tidak mewakili budaya, identiti dan simbol masyarakat di negara ini, malah tidak membawa keuntungan dalam aspek ekonomi secara nyata mahu pun sektor pelancongan tempatan.

"Program seumpama itu juga tidak memanfaatkan banyak pihak melainkan mereka yang berkepentingan. Perlukah acara itu diadakan di Langkawi khususnya Malaysia? Sedangkan kita membawa imej ketimuran dan anjurkan pelbagai acara tahunan bertaraf dunia seperti musabaqah al-Quran hingga meletakkan negara ini julukan negara Islam contoh," katanya.

Menurutnya, Dewan Ulama Pas Kedah menolak sebarang penganjuran program seumpama itu di Kedah, yang mencampuradukkan aktiviti maaruf dan mungkar.

"Adakah perkara ini dirujuk kepada Jabatan Mufti terlebih dahulu. Kita tidak mahu usaha menjadikan Langkawi Permata Kedah sebagai pulau pelancongan Islamik dan dibatasi unsur maksiat bawah pentadbiran bekas Menteri Besar, Tan Sri Azizan Abdul Razak, kini dicemari semula dengan imej-imej demikian," katanya.

Pelajar UM hantar surat rayuan

Posted: 18 Dec 2014 04:07 PM PST

Semua pelajar Universiti Malaya (UM) yang dikenakan tindakan disiplin kerana menganjurkan satu forum melibatkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim baru-baru ini akan menghantar surat rayuan kepada pihak universiti menuntut hukuman itu digugurkan.

Presiden Persatuan Mahasiswa Universiti Malaya (PMUM), Mohd Ammar Atan berkata, persatuan itu berharap intipati rayuan itu dapat dipenuhi untuk berikan keadilan buat kumpulan pelajar itu yang dikenali sebagai UM8 terutama yang telah digantung pengajian serta-merta.

"Selepas kegagalan mencapai kata putus bersama (pengurusan UM) pada Isnin lalu agar pertuduhan dan hukuman kepada UM8 digugurkan segera, PMUM sekali lagi tampil bersolidariti bersama UM8.

"Jika di dalam pertemuan saya bersama Naib Canselor, beliau seringkali membangkitkan berkaitan prosedur, maka kami cukup berharap dengan lunas prosedur yang mereka ikuti ini dapat memberikan keadilan buat mereka," katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Benarkah Nabi S.A.W Pernah Tak Makan Seminggu? - Ustaz Azhar Idrus

Posted: 18 Dec 2014 04:01 PM PST

Fahami Betul-betul Kiraan Hari Musafir - Ustaz Azhar Idrus

Posted: 18 Dec 2014 04:00 PM PST

Muslimah Masih 'Single' Sukar Dapat Jodoh - Ustaz Azhar Idrus

Posted: 18 Dec 2014 04:00 PM PST

Beza Haidh & Istihadah - Ustaz Azhar Idrus

Posted: 18 Dec 2014 03:59 PM PST

Adakah Bawah Dagu Dikira Aurat Bagi Wanita? - Ustaz Azhar Idrus

Posted: 18 Dec 2014 03:59 PM PST

Panda RM25 Juta - Ustaz Azhar Idrus

Posted: 18 Dec 2014 03:58 PM PST

Bolehkah Makan Garam Laut Mati? - Ustaz Azhar Idrus

Posted: 18 Dec 2014 03:58 PM PST

Berdosakah Guna Kucing Bunuh Katak Pisang? - Ustaz Azhar Idrus

Posted: 18 Dec 2014 03:58 PM PST

Isteri Pantang Ditegur - Ustaz Azhar Idrus

Posted: 18 Dec 2014 03:57 PM PST

Sang Menantu Terlupakah Mertuanya Pernah Berkata DAP Berhak Tolak Hudud?

Posted: 18 Dec 2014 03:51 PM PST

PAS cabar Guan Eng dialog, jelaskan sebab tolak hudud

Ahli Majlis Syura Ulama PAS Zaharudin Muhammad hari ini mencabar Lim Guan Eng berdialog dengannya berhubung isu hudud, merujuk kenyataan yang dibuat setiausaha agung DAP itu meminta Pakatan Rakyat (PR) memberi jaminan hudud tidak akan dilaksanakan sekiranya ia mengambil alih pemerintahan negara.

Zaharudin yang juga menantu Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, dialog itu bagi memberi peluang kepada Lim menerangkan kenapa beliau menolak hudud dan kepada PAS menjelaskan keadilan sistem Islam kepada rakyat.

"PAS membawa politik Islam, politik damai dan politik dialog. Maka dengan sebab itu saya menyeru YAB (Yang Amat Berhormat) berdialog di depan masyarakat khususnya bukan Islam.

"Saya tidak kisah jika dalam dialog nanti YAB dengan jelas dan lantang menyatakan tidak bersetuju dengan alternatif yang PAS bawa, tetapi yang saya dan rakyat perlukan ialah fakta di sebalik penolakan lantang YAB," katanya dalam satu surat terbuka kepada Lim hari ini.

Surat itu, bertajuk "Cabaran dialog dengan Lim Guan Eng" diletakkan di status Facebooknya petang semalam.
Read More / Baca Lagi >>

'Professors' Council a tool for Umno-BN': People call them Professor KANGKUNG - Fahmi

Posted: 18 Dec 2014 03:24 PM PST

Former Persatuan Mahasiswa Universiti Malaya (PMUM) president Fahmi Zainol has told the National Professors Council (MPN) to advise the UM management instead of criticising students.
He also questioned the standing of MPN, which has been seen as a "tool for Umno and BN".
"Everybody knows that MPN is only a tool for Umno and BN. They have become so bad that people are calling them 'Professor Kangkung'," Fahmi told Malaysiakini yesterday.
He said the 'Occupy UM' protest was done to voice the discontent of the students towards the punishment meted out by the university management on eight of the UM students.
"The allegation made by MPN is very shallow.'Occupy UM' was not done to duplicate the actions and attitude of the opposition.
"If there is something that is not right, it (UM management) has to be questioned. That is what was done by the students in 'Occupy UM'," Fahmi said.

He also said MPN members should look to improve themselves before coming out with statements that do not represent them as professors.
Fahmi added that the student activists had no choice but to go ahead with the protest as the management did not want to listen to them.
"The (management) body holds on to crazy principles and is not willing to listen and accept advice or criticisms to improve themselves. We have no other option but to go ahead with 'Occupy UM' to make ourselves be heard.
"It must be remembered that an academic institution must have a balanced system," Fahmi added.
Last Sunday, National Professors' Council head of the political cluster and Universiti Utara Malaysia vice-chancellor Mustafa Ishak (right) said in a statement that the act of students protesting was derived from the actions of the opposition parties in Malaysia.
The 'Occupy UM' protest gathered support from prominent opposition politicians, including like DAP parliamentary leader Lim Kit Siang, PKR vice-president Rafizi Ramli and PAS central committee member Khalid Samad, who visited the students as a sign of solidarity.
Read More / Baca Lagi >>

RCI Sabah: Zahid hilang hak jadi pengerusi bersama

Posted: 18 Dec 2014 03:17 PM PST

KUALA LUMPUR: Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi tidak layak untuk menjadi pengerusi bersama Jawatankuasa Tetap seperti disyorkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai masalah pendatang asing tanpa izin di Sabah.
Ahli Parlimen Gelang Patah, Lim Kit Siang berkata, ini kerana Zahid menyatakan bahawa 'projek IC' yang menjadi punca masalah 40 tahun di negeri itu tidak wujud.
Katanya, bagaimana Zahid boleh menjadi pengerusi bersama jawatankuasa tetap untuk bertindak terhadap dapatan RCI Sabah, padahal beliau bersikap berat sebelah dan menolak penemuan RCI paling penting mengenai 'Projek IC'.
Lim dalam satu kenyataan berkata, dengan menegaskan 'Projek IC' tidak pernah wujud, Zahid menolak dapatan RCI Sabah dalam hal salah satu terma rujukannya yang paling penting.
Beliau mendedahkan bukti 'Projek IC' itu jelas dalam kandungan laporan tersebut, antaranya kenyataan Kee Dulkifli Kee Abdul Jalil seorang kerani pendaftaran yang bekerja dengan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Kota Kinabali pada tahun1994.
Difahamkan sekitar 40,000 kad pengenalan diproses dan ditandatangani empat orang pegawai dalam masa satu bulan, dan dilamina sebelum dibawa pulang ke Sabah untuk diambil pemegang yang sepatutnya.
Read More / Baca Lagi >>