Followers

Nuffnang

Gaya Peneroka

0

Posted by Unknown | Posted on 11:44 PTG | Posted in

sumber :-

Gaya Peneroka


Persoalan Terhadap FELDA

Posted: 17 Dec 2014 10:26 PM PST

(Gambar :The Park City Hotel,London)

1.Saya penyokong kuat FELDA, kadangkala perlu kritik kerana sayang bukan untuk jatuhkan. Kalau dahulu Tun Razak dengan bijak menyatukan orang Melayu ke satu kawasan agar lebih mudah dibangunkan daripada petempatan berselerak, sekarang FELDA merupakan antara cerita 'rags to richest' yang dipuji oleh rakyat Malaysia dan juga ahli pemikir antarabangsa. Prof Jeffrey Sachs seorang pemikir yang sinonim dengan pembasmian kemiskinan telah menggunakan contoh FELDA di satu temu bual sebagai program terbaik untuk menyelesaikan masalah kemiskinan tegar.

2.Alhamdullilah, sekarang Koperasi Permodalan FELDA merupakan antara koperasi terkaya di negara dengan 3.43 billion asset. Peneroka juga hidup dengan selesa dijaga rapi oleh syarikat itu sambil diberi kemudahan untuk berniaga dan mendapat pendidikan. Felda Global Ventures pula satu kebanggan negara merupakan sebuah syarikat bernilai berbillion dan merupakan antara pemilik kelapa sawit terbesar di dunia. Jauh perjalanan orang Melayu yang dahulu hanya bekerja di ladang sebagai buruh kasar dan bukan pengurus.

3. Agak menyedihkan sejak kebelakangan ini ada beberapa isu menghasilkan tanda tanya kepada rakyat. Bermula dengan 'suspension' Director General Datuk Faizoull Ahmad kerana tidak bersetuju dengan Pengerusi Tan Sri Isa Samad atas isu tertentu. Datuk Faizoull merupakan DG kedua digantung selepas Datuk Dzulkifli Abd Wahab juga digantung dan sekarang dihantar ke Rome,Italy atas alasan kerja. Bagaimana dua DG boleh digantung kerana tidak bersetuju dengan Pengerusi? Kerana FELDA mempunyai begitu banyak peneroka yang bergantung kepada syarikat tersebut, kerajaan perlu memberi perjelasan terperinci berkenaan masalah pengurusan dalam syarikat itu.

4.Hari ini pula berita terhangat ialah FELDA membeli hotel ke-2 mereka di London,UK bernama Park City Hotel bernilai £60mil (RM330mil). Keputusan FELDA bercanggah dengan kenyataan Timbalan Menteri DS Razali Ibrahim di parlimen :
"Buat masa ini, Felda tidak merancang untuk membeli mana-mana hotel. Konglomerat itu hanya akan fokus kepada hotel sedia ada beroperasi," (DS Razali Ibrahim).
Bagaimana peneroka boleh untung daripada pembelian hotel ini? Adakah peneroka akan dihantar ke hotel itu untuk latihan atau diberi peluang mengurus hotel? Jika setakat dividen ia tidak berapa menguntungkan negara, sepertimana semua tahu apabila syarikat Malaysia membuat pelaburan di luar, KDNK tidak akan meningkat kerana rakyat London yang akan untung dan bukan rakyat Malaysia

5. Saham Felda Global Ventures juga menjunam kepada paras terendah disebabkan oleh kejatuhan harga minyak kelapa sawit (CPO) dan minyak mentah (20-25% eksport Malaysia merupakan produk petroleum).


6. Dahulu juga Tabung Haji sedang menyiapkan kertas kerja untuk membuat pelaburan besar di bandar muflis Detroit,Amerika, tetapi pada saat akhir mereka membatalkan rancangan itu .Saya fikir kerajaan tidak patut beri banyak peluang kepada ahli politik untuk mengurus tadbir sebuah syarikat berkaitan kerajaan (GLC) walaupun sebagai Pengerusi (Chairman). Kerajaan perlu telus dan membenarkan golongan korporat mengurus GLC manakala ahli politik kerja dalam bidang politik sahaja. Jika letak ahli politik dalam syarikat ia akan menyukarkan kemajuan syarikat itu dan juga membenarkan budaya politik wang untuk membiak. Disebabkan saya tiada fakta jadi tidak boleh membuat tuduhan, tetapi pergantungan DG itu kemungkinan besar ada kait rapat dengan pembelian hotel ini. Teori sahaja.

Belantan

0

Posted by Unknown | Posted on 11:34 PTG | Posted in

sumber :-

Belantan


Perbualan Telefon Anwar Pujuk Ahli Parlimen BN Lompat Parti Didedahkan Di Mahkamah?

Posted: 17 Dec 2014 04:51 AM PST


KUALA LUMPUR – Ahli Majlis Tertinggi Umno Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi memberitahu Mahkamah Tinggi di sini bahawa terdapat tiga individu, termasuk Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, cuba memintanya supaya melompat parti pada tahun 2008.

Menerusi kenyataan saksi yang dikemukakan hari ini, Mohd Puad berkata dua individu lagi ialah bekas setiausaha agung PKR Saifuddin Nasution yang menghubunginya ketika berada di Taiwan.

Seorang lagi ialah rakan Anwar, Dr Abdul Rahim Ghouse, yang menemuinya di Johor.

Kedua-dua kejadian itu berlaku pada Sept 2008.

Mohd Puad dipanggil sebagai saksi defendan dalam kes saman RM100 juta yang dikemukakan oleh Anwar terhadap Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman berhubung kenyataan Anifah dalam sidang media di Washington pada Mei 2009.

Mohd Puad berkata Saifuddin telah menghubunginya semasa beliau bersama 30 anggota Parlimen BN mengadakan lawatan sambil belajar ke Taiwan, anjuran Kelab Penyokong Barisan Nasional (BNBBC), beberapa hari sebelum 16 Sept 2008, iaitu tarikh yang disebut oleh Anwar untuk membentuk kerajaan baru.

Mohd Puad berkata program itu diadakan oleh BNBBC bagi mengelak percubaan ahli Parlimen pembangkang menghubungi ahli Parlimen BN supaya melompat parti.

"Pada ketika itu, sesiapa yang tidak mengikuti program tersebut ke Taiwan, mereka akan menjadi suspek atau disyaki akan melompat parti," katanya.

Mohd Puad berkata Saifuddin turut memaklumkan bahawa Tian Chua dan Fuziah Salleh turut bersamanya di negara itu, dan mereka menginap di hotel yang sama dengan anggota Parlimen BN.

"Saya telah bertanyakan kepadanya bagaimana boleh mengetahui nombor bilik hotel penginapan saya sedangkan kami telah mengarahkan kepada pihak pengurusan hotel untuk tidak memberitahu berkenaan butiran tersebut kepada sesiapa.

"Saifuddin telah memberitahu bahawa beliau mendapatkan pertolongan daripada salah seorang Ahli Parlimen Taiwan," katanya.

Mohd Puad berkata selepas perbualan tersebut, beliau dan ahli Parlimen yang lain bersiap sedia ke Macau untuk mengelak didekati ahli Parlimen pembangkang sebelum pulang ke Malaysia pada 18 Sept 2008.

Sekembalinya dari Macau, beliau pula dihubungi oleh Abdul Rahim pada 19 Sept 2008 untuk bertemu dan turut menyatakan yang "rancangan 16 Sept akan tetap berlaku beberapa minggu selepas itu atau sekitar 25 Sept."


Abdul Rahim turut berkata Anwar memerlukan sekurang-kurangnya seorang ahli Parlimen Melayu dari Johor, dan bersetuju untuk menemui Abdul Rahim di gerai makan di Perhentian Batu Pahat di Jalan Omar, katanya.

Mohd Puad berkata dalam pertemuannya dengan Abdul Rahim pada 2 pagi 20 Sept 2008 di Batu Pahat, Abdul Rahim turut menyatakan bahawa bekas perdana menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi tidak lama lagi akan hilang suara majoriti di Dewan Rakyat.

Abdul Rahim berkata "Beberapa ahli Parlimen BN telah menandatangani surat persetujuan untuk menyatakan sokongan terhadap Anwar sebagai Perdana Menteri, dan beliau difahamkan surat tersebut sebagai suatu Akuan Berkanun," katanya.

Mohd Puad berkata Abdul Rahim juga turut menyatakan bahawa 30 orang ahli Parlimen BN akan melompat parti dan surat persetujuan tersebut akan dipersembahkan kepada Yang di-Pertuan Agong sebagai bukti Anwar telah mendapat suara majoriti di dalam Dewan Rakyat.

"Saya telah memberitahu bahawa saya belum bersedia untuk menandatangani Akuan Berkanun tersebut," katanya.

Abdul Rahim kemudian telah menghubungi Anwar melalui telefon bimbitnya, dan meminta ketua pembangkang itu bercakap sendiri dengannya, kata Mohd Puad.

Beliau berkata: "Anwar sempat menyatakan "Puad, we have enough numbers and its going to happen, but we still need a Malay MP from Johor like you to be with us."

(Puad, kami mempunyai bilangan yang cukup dan ia akan berlaku, tapi kami perlukan seorang MP dari Johor seperti awak untuk bersama kami).

Mohd Puad berkata Anwar juga menyatakan "dengan nada yang menyakinkan bahawa empat Sultan telah bersetuju dan menyatakan sokongan kepada Pakatan Rakyat untuk mengambil alih tampuk pemerintahan kerajaan Persekutuan.

Antara negeri yang disebut adalah Perlis, Perak, Terengganu dan Selangor, katanya.

"Saya telah bertanya kepada Anwar tentang bagaimana dengan agenda Melayu dan plaintif telah menjawab bahawa beliau akan melindungi agenda Melayu.

"Saya berasa gementar, dan telah menyatakan kepada Anwar bahawa saya orang Johor dan Umno telah dilahirkan di Johor," katanya.

"Jika saya tandatangan surat tersebut, Sultan akan murka dan memerintahkan saya untuk meninggalkan Johor. Kemudiannya saya memberitahu Anwar bahawa saya hendak pulang ke rumah dan melakukan solat istikharah. Perbualan saya dan Anwar terhenti setakat itu," katanya.

Mohd Puad berkata selepas pulang ke rumah dan solat, beliau telah mendapat petunjuk mimpi bahawa sekiranya menandatangani surat tersebut bererti beliau telah menjual negara.

Susulan itu, beliau telah menghubungi Abdul Rahim dan memberitahunya "you tell Anwar, tumbang-tumbanglah, I am prepared to be the opposition but I will not sign the letter."

(anda beritahu Anwar, tumbang-tumbanglah, saya sedia jadi pembangkang, tapi saya tidak akan tandatangani surat itu).

Mohd Puad berkata selepas kejadian itu beliau telah berlepas ke Aceh kerana tidak mahu diganggu.

Anwar telah mengemukakan saman terhadap Anifah dan kerajaan Malaysia pada 27 Mei 2009 kerana mendakwa kenyataan Anifah pada sidang media di Washington, pada 16 Mei 2009, yang turut dihadiri oleh Setiausaha Negara Amerika Syarikat yang ketika itu Hillary Clinton, telah mencemarkan nama baiknya.

Perbicaraan di hadapan Pesuruhjaya Kehakiman Siti Khadijah S.Hassan Badjenid bersambung 26 Dis ini -BERNAMA

Suara Politik
Belantan

MIMPI SENJA

0

Posted by Unknown | Posted on 11:28 PTG | Posted in

sumber :-

MIMPI SENJA


Seorang Maut, 9 Cedera Termasuk Rakyat Malaysia, Belon Udara Panas Terhempas Di Turki

Posted: 17 Dec 2014 07:58 PM PST




Sebuah belon udara panas dipercayai terhempas di sebuah pusat peranginan popular di Cappadocia, Turki.
ISTANBUL: Seorang pelancong China terbunuh manakala sembilan yang lain cedera apabila belon udara panas yang mereka naiki terhempas di sebuah pusat peranginan popular di Cappadocia, Turki pada Rabu.
Menurut laman web CNN Turki, warga China dan Malaysia antara mangsa yang berada di dalam belon udara panas itu.

Belon udara panas itu dilaporkan ditiup angin secara tiba-tiba sebelum jatuh terhempas ke tanah walaupun ia cuba melakukan pendaratan kecemasan.

Cappadocia terletak di tengah-tengah Turki, terkenal dengan ciri geologi yang dipanggil struktur batu-batu tajam.

Aktiviti menaiki belon udara panas adalah antara aktiviti popular di kawasan itu.

Bagaimanapun, di pusat peranginan itu, kemalangan maut tidak kerap berlaku.

Pada Mei tahun lalu, media tempatan melaporkan tiga rakyat Brazil meninggal dunia apabila dua belon dinaiki bertembung sesama sendiri.

Sementara itu, seorang pelancong British turut dilaporkan meninggal dunia dalam kemalangan pada 2009. - REUTERS

alt


CAPPADOCIA, TURKI 18 Dis -  Seorang rakyat Malaysia dilaporkan berada dalam keadaan kritikal selepas sebuah belon udara panas terhempas di sebuah pusat peranginan popular di Cappadocia, Turki pada Rabu.

Kedutaan Malaysia di Ankara memberitahu The Star bahawa secara keseluruhan seramai lima rakyat Malaysia cedera dalam nahas itu.

Seorang pelancong warga China disahkan terkorban dalam nahas tersebut.

"Seorang kritikal manakala selebihnya cedera tetapi kami tidak dapat mengesahkan tahap keseriusan kecederaan mereka. Mereka dibawa ke Hospital Versa di Nevsehir untuk rawatan susulan," kata seorang pegawai kedutaan.

Beberapa pegawai dalam perjalanan ke Cappadocia dari Ankara dan dijangka tiba kira-kira pukul 9 malam (waktu Malaysia).

Terdahulu agensi berita Reuters melaporkan warga Malaysia antara sembilan pelancong yang berada dalam belon udara panas itu.

Aktiviti menaiki belon tersebut merupakan pakej jelajah di Turki yang dikendalikan oleh rakyat Malaysia.

Punca nahas belon tersebut belum dapat dikenal pasti.

Lelaki didakwa lakukan seks luar tabii

Posted: 17 Dec 2014 06:04 PM PST


KUALA LUMPUR - Seorang penganggur hari ini mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Ampang di sini atas pertuduhan melakukan seks luar tabii terhadap kanak-kanak berusia 11 tahun di sebuah surau, dua minggu lepas.
Nik Mohd Zamrie Nik Omar, 36, didakwa melakukan perbuatan itu terhadap kanak-kanak perempuan itu di sebuah surau dekat Ampang di sini pada 12 tengah hari, 3 Disember lepas.
Dia didakwa mengikut Seksyen 377c Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebat, jika sabit kesalahan.

Tertuduh juga mengaku tidak bersalah terhadap satu lagi pertuduhan melakukan samun terhadap mangsa sama dengan menunjukkan objek yang menyerupai pistol sehingga menyebabkan mangsa menyerah sebuah telefon bimbit jenis Lenovo dan wang tunai RM6 pada masa dan tempat sama.
Terdahulu Timbalan Pendakwa Raya Noor Fazlin Ab Zawawi tidak menawarkan sebarang jaminan memandangkan kes tersebut serius.
Bagaimanapun tertuduh merayu mahkamah membebaskannya dengan jaminan atas alasan faktor kesihatan kerana menghidap sakit jantung dan asma.
Hakim Suraiya Mustafa Kamal tidak membenarkan tertuduh diikat jamin dan menetapkan 27 Januari depan untuk sebutan.
Sementara itu di Mahkamah Majistret, Nik Mohd Zamrie didenda RM2,500  selepas mengaku bersalah terhadap pertuduhan memiliki pistol tiruan, minggu lepas.
Majistret Zulyana Zulkapli turut memerintahkan lelaki itu menjalani hukuman penjara selama empat bulan sekiranya gagal membayar denda berkenaan.
Tertuduh didakwa memiliki pistol tiruan itu di hadapan kedai makan Restoran Permai, Kampung Tasek Permai, Ampang dekat sini pada 5.30 petang, 11 Disember lepas.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Goh Ai Rene manakala tertuduh tidak diwakili peguam. - Bernama

Vokalis Terra Rossa mengaku salah miliki dadah

Posted: 17 Dec 2014 03:38 AM PST

Vokalis baru Kumpulan Terra Rossa mengaku bersalah di Mahkamah Majistret Ampang hari ini terhadap pertuduhan memiliki dadah jenis methamphetamine di Taman Cempaka di ibunegara minggu lepas.

Khairul Hizam Kaha, 39, yang dikenali sebagai Jijam membuat pengakuan itu ketika pertuduhan dibacakan terhadapnya oleh jurubahasa mahkamah di hadapan Majistret Noor Farah Hazwani Osman.



Vokalis itu didakwa memiliki dadah seberat 0.98 gram di kawasan Axis Astrium, Taman Cempaka, Ampang dekat sini pada 4.30 petang 10 Disember lepas.

Timbalan Pendakwa Raya S.Purnima menawarkan jaminan RM5,000 dengan seorang penjamin bagaimanapun tertuduh, yang tidak diwakili peguam, merayu mahkamah membenarkan jaminan atas alasan isterinya tidak bekerja dan hanya bergantung kepada hasil perniagaannya.

Mahkamah membenarkan Khairul Hizam diikat jamin sebanyak RM4,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 12 Februari depan untuk sebutan semula kes dan  laporan kimia tertuduh.

Sementara itu, vokalis itu mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan memasukkan dadah itu ke dalam badannya di Pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Daerah Ampang jaya di sini pada 7.15 malam 29 Mei lepas.

Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM2,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan tarikh sama untuk sebutan kes.

- Bernama

The Unspinners

0

Posted by Unknown | Posted on 11:20 PTG | Posted in

sumber :-

The Unspinners


10 bukti gadis Melayu masuk DAP adalah PELACUR yang jual bangsa dan ugama

Posted: 17 Dec 2014 10:33 PM PST




















Usaha musuh terhadap Islam ... peringatan buat orang Islam Malaysia

Posted: 17 Dec 2014 06:30 PM PST


Usaha/agenda "mereka" terhadap umat Islam :

1- membuat kamu lupa diri
2- mengecilkan kuasa kamu walau bilangan kamu ramai
3- menghapuskan kamu
4- mengusir kamu dari tempat lahir kamu

Intipati ucapan Ketua Kerjasama dan Hubungan Antarabangsa Pertubuhan Muhammadiah Indonesia, K.H. Muhyiddin di Forum Antarabangsa "pengukuhan persahabatan bangsa serumpun" di Kelab Sultan Sulaiman, Kg Baru Kuala Lumpur

Marina hanya banyak retorik seperti tulisan di The Star

Posted: 17 Dec 2014 04:00 AM PST


Faktual sangat ke ucapan, tulisan di The Star dan blognya?

Ada ke research yang dilakukan oleh Marina dalam pandangn yamg sering diberi?

Kebanyakkan hanya retorik dan terlalu am yg boleh didebat dan persoalkan.

Dalam.dia mahu satu dialog, adakah dia sedia dengar pandangan yang lebih arif dan faham.

Dalam bab ugama, bukan saja orang yang layak bercakap perlu berilmu, dia perlu mengamal apa yang dia tahu dan hayati ugama itu sendiri serta beradab sopan dan budi pekerti mulia.

Itu pasal PAS tak layak ... banyak bohong, keji mengeji, tuduh fitnah, angkuh dan biadap.

Begitu juga dr maza pun tak layak.

Marina lagi tak layak... tapi nak juga cakap. Berguru pula dr amina wadud yg sesat.

Mana boleh dia pun nak bercakap. Dia patut mendengar dan belajar dulu.

Gagasan Mukhriz hebat, tapi KCS dan Warlord macam mana?

Posted: 17 Dec 2014 12:00 AM PST


Ide-ide baik tu Mukhriz.

Pasti rakyat hargai dan menunggu implementasi. Harap rakyat dimanafaatkan dan bukan pelabur dan korporat disanjung berlebih-lebih.

Kasi peluang dan bimbing sekali peniaga Melayu yg berkebolehan dan bukan hanya yg dah kaya dan berkabel.

Insya Allah akan direstu dan dikurnia kejayaan. Rakyat akan terus menyokong.

Buat permulaan, elok Mukhriz majukan dulu penoreh getah dan pesawah padi.

Harga getah untuk pekebun kecil blh dibaiki. Lee Rubber dan Mardec jual getah ke pekilang dgn harga mahal.

Kerajaan boleh bantu jadi pengumpul untuk jual kepada pengilang bagi dapatksn harga baik. Guna teknologi gas boleh tambahkan susu.

Blogger bangang pun tau. Takkan kerajaan negeri tak tau...

Semua ni bisa dilakukan dan gagasan mukhriz blh naikkan taraf hidup.rakyat Kedah.

Cuma .... KCS dan war lord sedia ka sokong?

Dialog Dewasa Kritik Berasa

0

Posted by Unknown | Posted on 11:18 PTG | Posted in

sumber :-

Dialog Dewasa Kritik Berasa


ISU HUDUD : ANWAR BERSAMA LGE, TOLAK UNTUK BERSAMA HADI

Posted: 17 Dec 2014 10:00 PM PST

Sementara itu, Anwar dilaporkan The Malaysian Insider mengkritik hudud yang cuba dilaksanakan kerajaan PAS Kelantan.
"Akan ada banyak masalah kerana anda perlu meminda undang-undang persekutuan. Mereka tidak mempunyai kuasa untuk menguatkuasakannya (hudud).
"Katakan mereka buat juga. Siapa yang akan membuat tangkapan? Siapakah yang akan membawa mereka (suspek) ke penjara? Ia bukan dalam kuasa (kerajaan negeri) mereka. Oleh itu, terdapat banyak masalah," kata Anwar.
Anwar berkata sehingga ke hari ini pihaknya masih belum mengetahui pindaan enakmen yang hendak dibuat oleh PAS, walaupun PAS adalah salah satu kompenan Pakatan Rakyat (PR).
"Dalam kata sepakat yang kami capai pada tahun 2010, kita bersetuju apa-apa langkah-langkah baharu perlu dibincangkan dalam PR. Tetapi kita juga bersetuju apa-apa langkah yang telah diambil sebelum ini (sebelum kewujudan PR) termasuk yang diambil oleh Kelantan perlu dihormati.
"Jadi, saya tidak tahu tentang peruntukan ini apakah sama dengan apa yang telah diluluskan sebelum ini yang juga memerlukan pindaan terhadap Perlembagaan Persekutuan."
Anwar berkata Pakatan Rakyat akan mengkaji rang undang-undang ini sebelum membuat apa-apa keputusan mengenainya.

MAMPUKAH PKR BERCERAMAH TANPA PAS? HANYA 42 HADIR?

Posted: 17 Dec 2014 07:50 PM PST

Parti Keadilan Rakyat telah membuat cubaan untuk sesi ceramahnya tanpa kehadiran PAS. Beberapa siri ceramah telah dibuat dan pada 13 Disember 2014 (semalam) Ketua Umum telah diturunkan dengan gandingan mantap Sdr Rafizi (tapi tidak hadir).
Ceramah di Dataran Rakyat, Jalan Beserah, Kuantan, Pahang Darul Makmur (Hadapan Poliklinik Beserah), adalah tempat yang dikatakan strategi dan beberapa tahun lalu kehadiran telah melepah tapi kali ini tanpa PAS nampak macam sunyi dan kehadiran yang dilihat tidak menampakkan kebiasaan bagi Ketua UMUM seperti DSAI.
Mengikut maklumat sumber kami terima, ceramah ini diatur dengan baik. Cuaca pun baik juga. Publisiti dijalankan dengan baik. Kenapa kehadiran tidak seperti diharapkan?
Ada sumber mengatakan bahawa orang bawahan (rakyat yang menyokong pembangkang) telah jemu dengan 'permainan' politik Pakatan Rakyat yang banyak menyalahkan PAS sedangkan masalah sebenar bukan disebabkan parti berkenaan.
Fenomena ini bukan sahaja berlaku di Pahang tetapi juga berlaku di Terengganu mengikut kata maklumat PKR.
Kehadiran Nurul juga tidak mendapat sambutan sebagai yang berlaku di beberapa siri ceramah dan program Keadilan di Terengganu. Mengikut sumber faktor penyebab juga dikaitan dengan PASMA dimana penyokong PAS Terengganu menolak sama sekali PASMA.
Misalnya Forum PASMA di Dungun hanya dihadiri oleh 42 orang sahaja manakala ceramahnya pada malam tersebut hanya sekitar 150 orang walaupun yang hadir adalah tokoh utama Keadilan dan PASMA.
Mengikut sumber dalam PKR, PASMA bukan membantu PR tetapi lebih kepada memecahkan lagi PR dimana hubungan PAS-PKR menjadi makin parah dengan kehadiran PASMA.
Program Nurul Izzah sebelum ini di Chabang Tiga juga tidak mendapat sambutan kerana sikap Adun Bandar drp PKR Azan Ismail yang dikatakan tidak membuka pejabat dan selalu tidak berada di Kuala Terengganu untuk membantu rakyat di sana sehingga keluar cakap-cakap di antara orang Keadilan sendiri Azan perlu ditukar untuk PRU-14 nanti bagi membaiki imej PKR.
Dengan kehadiran rakyat ke ceramah Anwar yang sememangnya tidak sehebat program-program terdahulu dan sebelum ini, rakyat pelbagai kaum berbondong-bondong untuk mendengar ceramahnya. Kehadiran yang agak hambar PKR perlu memikir semula strategi untuk menyingkirkan PAS dalam program-programnya selepas ini.

LIM KIT SIANG: SAYA TERKEJUT PAS TIDAK MAKLUM SAYA NAK LAKSANA HUDUD

Posted: 17 Dec 2014 04:54 PM PST

Penasihat DAP melahirkan rasa terkejut apabila hasrat PAS Kelantan mahu melaksanakan hudud tanpa memaklumkan kepada beliau dan juga Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim.
"Pengumuman oleh Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob mengenai persidangan khas DUN Kelantan pada 29 Disember untuk meminda Enakmen Jenayah Syariah II 1993 sebagai permulaan kepada pembentangan usul peribadi di Parlimen untuk mendapatkan kelulusan bagi Kelantan melaksanakan hudud telah menimbulkan rasa terkejut di kalangan pimpinan PKR dan DAP dan juga majlis pimpinan Pakatan Rakyat memandangkan tidak ada sebarang makluman pun diberikan terlebih dahulu.
"Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim telah memaklumkan juga kepada saya bahawa beliau turut tidak tahu-menahu tentang perancangan kerajaan negeri PAS Kelantan untuk mengadakan sidang DUN khas untuk membincangkan pelaksanaan hudud.
"Ini adalah satu pelanggaran kepada persetujuan bersama bahawa sebarang langkah berkaitan hudud hendaklah diperbincangkan terlebih dahulu bersama Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat, sambil menghormati dan mengambil maklum keputusan PAS Kelantan mengenai hudud sebelum pembentukan Pakatan Rakyat,"kata Kit Siang dalam Kenyataan media, 15 Dis lapor roketkini.
Menurut Kit Siang, jika PAS kekal untuk meneruskan agenda hudud, ia akan mengakibatkan risiko kekalahan pada Pilihanraya Umum ke-14 bukan sahaja di Kelantan, malah di negeri-negeri lain.
"Adalah satu kesilapan jika kita memilih untuk percaya bahawa PAS bergantung kepada isu hudud untuk kekal berkuasa di Kelantan pada Pilihanraya Umum ke-14 demi memenangi pilihanraya buat kali ke tujuh sejak 1990.
"Agenda bersama Pakatan Rakyat dengan urus tadbir yang baik dan keadilan buat individu, kumpulan, kaum-kaum dan negeri) boleh menjamin kemenangan Pakatan Rakyat di Putrajaya dan juga di Kelantan.
"Malah sebenarnya hudud bukan sahaja boleh menjadi sebab Pakatan Rakyat tewas dalam usaha memenangi Putrajaya, tetapi juga kehilangan Kelantan – dan membatalkan apa sahaja kelebihan yang telah diusahakan PAS di luar kawasan kubu kuatnya seperti di Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Selangor, Perak dan Pulau Pinang,"katanya lagi.

RAKYAT MARHAEN

0

Posted by Unknown | Posted on 9:46 PTG | Posted in

sumber :-

RAKYAT MARHAEN


Nazri: Perkasa unfit to advise Najib

Posted: 17 Dec 2014 09:45 PM PST

NGO dakwa BFM hina Islam, buat laporan polis

Posted: 17 Dec 2014 09:45 PM PST

NGO gesa media jangan hiraukan PERKASA, ISMA

Posted: 17 Dec 2014 09:44 PM PST

'MB Pahang cuba alih perhatian dengan majlis makan' kata JKOAP

Posted: 17 Dec 2014 09:38 PM PST

Sekumpulan Orang Asli daripada NGO Jaringan Kampung Orang Asli Pahang (JKOAP) menyerahkan satu memorandum kepada Menteri Besar Adnan Yaakob semalam.

Memorandum itu antara lain menyatakan masalah yang dihadapi mereka termasuk pengiktirafan dan pencerobohan di wilayah dan tanah adat yang diduduki mereka.

Bagaimanapun, kumpulan itu berkata mereka terkejut apabila setibanya perkarangan Bangunan Wisma Seri Pahang, Adnan menyediakan majlis makan tengah hari kepada mereka.

Mereka juga mendakwa satu kain rentang bertulis "Terima Kasih MB" turut dipasang.

Penyelaras JKOAP Shafie Dris (kiri) mendakwa, Adnan cuba mengalihkan perhatian masyarakat Orang Asli daripada masalah yang dihadapi.

Mereka juga mendakwa beliau cuba mempengaruhi Orang Asli yang lain yang tidak tahu masalah tersebut, seoalah-olah semuanya baik.

"Kami ke sana untuk menyerahkan memorandum, tiba-tiba ada majlis untuk Orang Asli. Mereka cuba mengalihkan perhatian kami dari menyerahkan memorandum itu," kata Shafie.

Beliau mendakwa, kebanyakan Orang Asli menolak jemputan itu.

Read More / Baca Lagi >>

Umno guna Karpal sebagai perisai di Penang

Posted: 17 Dec 2014 09:36 PM PST

Umno Batu Kawan hari ini menepis kecaman pemimpin kontroversinya Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan yang menyalahkan pemimpin negeri ekoran kekalahan BN di negeri itu sejak dua penggal lalu.

Ketua Umno Batu Kawan Mohd Noor Ahmad berkata perkara itu bukan isu kerana pemimpin kanan DAP seperti Lim Kit Siang dan mendiang Karpal Singh sendiri pernah tewas di negeri itu.

"Mendiang Karpal Singh dan Lim Kit Siang juga pernah tewas dalam pilihan raya di Pulau Pinang dan ia tidak menjadi isu bagi parti mereka.

"Yang penting gerak kerja diteruskan untuk pilihanr aya berikutnya," katanya menjawab kenyataan Khairuddin, yang juga naibnya, yang disiarkan Malaysiakini semalam.

Khairuddin (atas) semalam memberi amaran bahawa BN mungkin kalah lebih teruk dalam pilihan raya akan datang kerana Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak melantik pemimpin "tidur".

Read More / Baca Lagi >>

Libat media punca Pemuda PAS batal pertemuan dengan Perkasa

Posted: 17 Dec 2014 09:05 PM PST

Tindakan Perkasa melibatkan media dalam pertemuan mereka dengan Pemuda PAS menyebabkan pertemuan itu dibatalkan oleh PAS. Ketua Pemuda PAS Suhaizan Kaiat berkata, mengikut janjinya tidak ada sebarang liputan media, tetapi Perkasa menjemput media. "Perkasa panggil media. Jadi kita nampak ada khianatnya, kita pun batal pertemuan itu," katanya. 
 Suhaizan berkata, Perkasa yang beriya-iya mahukan pertemuan itu, jadi apabila media dipanggil, Pemuda PAS sedar ada yang tidak kena. Sayap pemuda Perkasa, Wira Perkasa dijangka mengadakan pertemuan dengan Pemuda PAS pada jam 4 petang semalam di Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut.
 Tetapi, pada sebelah paginya Wira Perkasa menerima surat daripada Pemuda PAS membatalkan pertemuan tersebut. Ketua Wira Perkasa Irwan Fahmi Ideris melahirkan kekecewaanya apabila pertemuan itu dibatalkan.
 Beliau berkata perkara itu dimaklumkan secara rasmi kepada pihaknya pada awal pagi, semalam, sedangkan Pemuda PAS Pusat sebelum ini menghantar surat persetujuan mengenai pertemuan itu, 4 hari lalu. "Saya agak terkejut dan sedikit kecewa, kerana sebelum ini kita menerima surat daripada Pemuda PAS Pusat menyatakan pihak mereka membatalkan perjumpaan itu atas alasan tidak dapat mengelak urusan penting.
Read More / Baca Lagi >>

Hudud datang lagi menghantui hubungan PAS dan DAP

Posted: 17 Dec 2014 09:01 PM PST

oleh Zulkifli Sulong

Hudud datang lagi. Sebagaimana sebelum ini, ia sekali lagi mengeruhkan hubungan antara PAS dan rakan-rakannya dalam Pakatan Rakyat (PR) khasnya DAP. Hubungan antara PAS dan DAP sekali lagi sampai ke kemuncak masalah apabila masing-masing mengeluarkan kenyataan tanpa memikirkan rakan dalam pakatan dan semuanya tertumpu kepada hudud.

Bagi sesetengah pemimpin PAS yang terbuka, mereka sebenarnya sudah bosan untuk menyelesaikan masalah yang datang berulang kali ini.  Bosan bukan saja dengan karenah sesetengah pemimpin PAS yang suka sangat membuat kenyataan mengenai isu sensitif ini tetapi bosan juga dengan pimpinan DAP yang tidak faham-faham dengan isu itu.

 Kebosanan untuk menyelesaikan isu ini menyebabkan DAP meninggalkan Barisan Alternatif pada 2002 dan menguburkan penyatuan itu. Ketika DAP berkata hukum hudud akan melambatkan usaha mereka ke Putrajaya, sebahagian pimpinan PAS pula nampaknya bertegas untuk meneruskan agenda itu dengan anggapan ia tidak begitu.

Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Mohd Amar Abdullah berkata:"Masa pilihan raya 2013, kita tak cakap pasal hudud tetapi tak pergi juga ke Putrajaya, tidak menang dan sampai pun." Bahkan ada pemimpin PAS yang memberikan analogi berbeza dengan apa yang dinyatakan DAP apabila berkata, dengan hudud PAS boleh mendapatkan undi Melayu yang selama ini kekal bersama Umno.

Ini kerana, PR hanya akan menang kalau berjaya menarik undi Melayu daripada Umno. Ketua Penerangan Dewan Ulama PAS Datuk Dr Khairudin Aman Razali memberikan enam strategi untuk kemenangan PR dalam PRU14 iaitu:

 1. PAS perlu melipatkan gandakan usaha memenangi pengundi Melayu.

 2. Sokongan Cina dan kerusi campuran pelbagai etnik kepada DAP dan PKR sudah hampir sampai ke siling.

Read More / Baca Lagi >>

Putrajaya didesak jelaskan mana RM274 juta hasil cukai bahan api, kata Rafizi

Posted: 17 Dec 2014 08:46 PM PST

Putrajaya perlu menjelaskan ke mana RM274 juta yang dikumpulkan hasil "cukai tersembunyi" harga minyak sejak November lalu, berikutan rakyat Malaysia terpaksa membayar lebih daripada harga pasaran bagi petrol dan diesel, kata Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli, hari ini.
Rafizi berkata, apa yang berlaku sekarang adalah apabila harga pasaran bahan api lebih rendah daripada harga di pam petrol, perbezaan cukai dibayar kepada kerajaan. "Jadi, pada masa ini syarikat minyak perlu membayar kerajaan sejumlah RM247 juta, tetapi adakah mereka berbuat demikian? Dan jika mereka berbuat demikian, ke mana wang itu digunakan?
 "Ketika orang ramai terus membayar (petrol) dengan harga yang lebih tinggi daripada harga pasaran (walaupun tanpa subsidi), sebenarnya rakyat Malaysia yang membayar cukai petrol sejak November 2014," katanya.
Cukai petrol yang "tersembunyi" dianggarkan berdasarkan jumlah penggunaan tahunan petrol (14 bilion liter) dan diesel (9.64 bilion liter) pada harga pasaran semasa dunia. Rafizi, yang juga ahli Parlimen Pandan berkata, harga petrol RON95 jatuh daripada RM1.73 seliter pada 1 Disember kepada RM1.58 seliter pada 15 Disember. Begitu juga dengan harga diesel merosot daripada RM1.87 kepada RM1.71 seliter dalam tempoh yang sama.
 "Malah, dengan jaminan keuntungan dan kos dikenakan syarikat kerajaan dan minyak pada 32 sen seliter bagi RON 95 dan 23 sen seliter bagi diesel, harga petrol dan diesel akan masih lebih rendah daripada ditentukan kerajaan. "Dengan mengambil kira kos ini, harga RON95 sepatutnya RM2.05 seliter (pada 1 Disember) dan RM1.90 (15 Disember), berbanding RM2.26 seliter yang dibayar rakyat sekarang. Katanya, harga diesel sepatutnya RM2.10 seliter pada 1 Disember dan jatuh kepada RM1.94 pada 15 Disember sementara harga diesel di pam ialah RM2.23 seliter.
 Rafizi berkata rakyat membayar lebihan RM47 juta bagi petrol RON95 pada November dan RM146 juta lagi dalam 15 hari pertama Disember.
Selain itu, lebih RM81 juta dibayar untuk diesel. "Ini bermakna jumlah cukai petrol yang kerajaan secara senyap-senyap kumpul daripada orang ramai dalam masa hanya 45 hari adalah RM274 juta. "Sebab itu saya menekankan sistem dalam menentukan harga bahan api semasa tidak telus dan menzalimi rakyat.
Read More / Baca Lagi >>

#KamiJuga25 kumpulan terkini ilham 25 Melayu

Posted: 17 Dec 2014 08:42 PM PST

Kumpulan rakyat Malaysia dengan nama #KamiJuga25 turut menulis surat kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mendesak dialog rasional diadakan bagi menghadapi ketegangan kaum dan agama dalam negara. – Gambar The Malaysian Insider, 18 Disember, 2014.Kumpulan rakyat Malaysia dengan nama #KamiJuga25 turut menulis surat kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mendesak dialog rasional diadakan bagi menghadapi ketegangan kaum dan agama dalam negara. – Gambar The Malaysian Insider, 18 Disember, 2014.Satu lagi kumpulan rakyat Malaysia menulis surat terbuka mengajak dialog rasional diadakan bagi menghadapi ketegangan kaum dan agama, sekali gus memperkukuh momentum yang semakin meningkat bermula dengan 25 Melayu terkenal yang mencadangkan wacana mengenai Islam.
Satu petisyen online dipanggil #KamiJuga25 mengumpulkan 50 tandatangan pagi ini, sebagai tanda sokongan yang semakin meningkat sejak surat terbuka 25 pesara pejawat awam berpangkat tinggi disebar mulai 9 Disember lalu menjadi viral.
Petisyen ini dimulakan Azrul Mohd Khalid, dan ditandatangani 24 rakyat Malaysia lain daripada pelbagai kaum, agama dan latar belakang.

Surat yang dialamatkan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak itu juga mendesak pemimpin negara bersama rakyat Malaysia melaksanakan janji wawasan untuk "inklusif dan meraikan perpaduan rakyatnya melalui kepelbagaian". Petisyen itu menyatakan, ia adalah satu peluang untuk membina dan mengukuhkan perhubungan dan cara untuk maju adalah dengan menjaga kepentingan dan kehormatan bersama.
Mereka menggesa rakyat Malaysia untuk bangun bersuara dan menyertai mereka dengan menandatangani petisyen itu.
Read More / Baca Lagi >>

Persempadan semula kawasan tidak perlu maklum balas pemerhati, kata pengerusi SPR..!!

Posted: 17 Dec 2014 06:00 PM PST

Persempadanan semula kawasan boleh dilakukan tanpa input daripada persatuan sivil, kata Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof. – Gambar fail The Malaysian Insider, 18 Disember, 2014.Persempadanan semula kawasan boleh dilakukan tanpa input daripada persatuan sivil, kata Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof. – Gambar fail The Malaysian Insider, 18 Disember, 2014.Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan meneruskan dengan persempadanan semula kawasan pilihan raya tanpa input daripada persatuan sivil dan hanya akan bekerjasama dengan kumpulan dikehendaki seperti ditetapkan dalam Perlembagaan, kata Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof.
"Kami akan kekal dengan peruntukan dalam Perlembagaan siapa yang perlu ditemui dalam melaksanakan perkara itu," katanya kepada The Malaysian Insider, di Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Kenyataan Aziz itu bermakna, pintu sudah pun tertutup buat Bersih 2.0 yang menjadi pemerhati pilihan raya utama negara dan akan memberikan ruang pihak yang mewakili kerajaan negeri dan pihak berkuasa tempatan.

SPR hanya dikehendaki mengadakan pertemuan dengan sekurang-kurangnya 100 pengundi berdaftar di dalam sesuatu kawasan mengundi untuk mendengar bantahan berkenaan persempadanan semula atau penambahan kerusi di Dewan Undangan Negeri (DUN) atau Parlimen.  "Kami tidak bercanggah dengan undang-undang sedia ada jika enggan bertemu wakil pertubuhan sivil," katanya sebagai respon kepada Pengerusi Bersih 2.0 Maria Chin Abdullah yang menggesa SPR untuk mendapatkan pandangan pertubuhan bukan kerajaan dalam melaksanakan perkara itu.
Aziz mengulangi perlunya persempadanan semula dilakukan seperti yang dirancang tahun ini kerana kali terakhir ia dilaksanakan pada 2003.
Read More / Baca Lagi >>

Rujuk titah Almarhum Sultan Azlan, elak konflik - Sultan Perak

Posted: 17 Dec 2014 05:54 PM PST

Sultan Nazrin Shah
KUALA LUMPUR - Sultan Perak Sultan Nazrin Shah hari bertitah menyarankan agar Pidato Penghargaan Graduan Kehormat ayahanda baginda Almarhum Sultan Azlan Shah 38 tahun lepas, dijadikan rujukan dalam membendung isu sensasi yang boleh mencetus konflik antara masyarakat ketika ini.
  
Pidato itu menyentuh prinsip asas penubuhan Malaysia.
  
Pada 30 Jun 1976 ketika Almarhum menjadi pemeriksa luar ijazah Sarjana Muda Undang-undang Universiti Malaya (UM) dalam pidato selepas menerima anugerah Ijazah Kehormat Doktor Kesusasteraan, baginda menyentuh aspek keluhuran Perlembagaan, kedaulatan undang-undang, prinsip pemisahan kuasa antara Badan Perundangan, Badan Eksekutif dan Badan Kehakiman.
  
Sultan Azlan Shah menyebut pentingnya negara memiliki badan kehakiman yang bebas lagi berkecuali, dan mahkamah hendaklah hanya mengenali keadilan, berkawan mesra dengan kedaulatan undang-undang, bersahabat rapat dengan kebenaran dan berjinak-jinak dengan kejujuran.
  
"Pidato tersebut diakhiri dengan peringatan berikut: "Untuk menjadi masyarakat Malaysia suatu masyarakat yang kuat, dinamik dan tahan lasak, maka seluruh masyarakat di dalamnya perlulah bersatu padu di bawah satu bendera, bendera Malaysia; di bawah satu Ketua Negara, Yang di-Pertuan Agong.
  
"Di bawah satu bahasa, Bahasa Malaysia; di bawah satu lagu, lagu Negaraku, di bawah satu kebudayaan, kebudayaan yang berteraskan kebudayaan Melayu; dan di bawah satu lambang, 'Bersekutu Bertambah Mutu," titah Sultan Nazrin pada majlis memperingati Almarhum Sultan Azlan Shah di Dewan Tunku Canselor, UM di sini.
  
Turut berangkat Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim.
  
Almarhum Sultan Azlan Shah telah diperkenankan lantikan sebagai Canselor Ketiga UM oleh Yang Dipertuan Agong Kelapan Sultan Iskandar Sultan Ismail berkuat kuasa 8 Februari 1986.
  
Sultan Nazrin Shah bertitah selama 28 tahun sebagai canselor, Almarhum ayahanda baginda telah berangkat menzahirkan titah pada setiap istiadat konvokesyen sejak 1986 hingga 2011.
Read More / Baca Lagi >>

'Raikan kepelbagaian pendapat dengan beradab' - Afiq M Noor

Posted: 17 Dec 2014 05:53 PM PST

 Sekiranya saya diberi pilihan untuk meninggalkan prinsip hak asasi dan kebebasan bersuara yang saya percaya, maka saya tanpa ragu-ragu lagi akan menasihati Ridhuan Tee Abdullah untuk diam daripada terus memalukan Islam dan mencemarkan imej agama yang saya cintai ini.

Saya membaca respon Ridhuan Tee terhadap surat terbuka yang ditulis oleh 25 mantan pegawai tinggi kerajaan yang antara lain mencadangkan agar perdana menteri memberikan perhatian terhadap wacana keislaman dan mempromosikan kepelbagaian pendapat dalam tradisi keilmuan Islam.

Dua puluh lima mantan pegawai tinggi kerajaan tersebut juga mengingatkan kepimpinan perdana menteri agar menghormati dan menjunjung Perlembagaan Persekutuan sebagai undang-undang dasar negara.

Ridhuan Tee di awal responnya telah melakukan serangan peribadi terhadap 25 orang mantan pegawai tinggi kerajaan ini.

Saya mengingatkan Ridhuan Tee (kanan) bahawa serangan peribadi seperti itu adalah bercanggah dengan nilai-nilai keislaman serta adab budaya orang Melayu.

Sejarah keilmuan Islam mencatatkan bahawa agama ini tidak pernah sunyi dari perdebatan dan perbezaan pendapat. Para ilmuan sehingga kini sering berbeza pendapat dalam berbagai hal dan ini bukanlah sesuatu yang janggal dalam tradisi keilmuan Islam.

Adalah mustahil untuk kita memaksakan pendapat kita untuk diterima oleh orang ramai dan begitulah sebaliknya. Tetapi apa yang lebih utama, kita menghormati dan meraikan kepelbagaian pendapat tersebut dengan beradab.

Islam bukanlah agama yang eksklusif untuk dimonopoli oleh golongan tertentu sahaja dalam masyarakat. Perbincangan dan perdebatan dalam Islam adalah bersifat inklusif dan memerlukan input daripada ramai pihak.

Sikap pihak berkuasa dan golongan agama di Malaysia yang memonopoli agama seolah-olah cukong yang mengawal syarikatnya adalah sangat memualkan dan mendukacita.

Read More / Baca Lagi >>

Befday BebyGurl...

Posted: 17 Dec 2014 05:10 PM PST


Kembalikan PAS ke era Fadzil Noor

Posted: 17 Dec 2014 05:00 PM PST

Oleh Pukul Canang

Sekiranya almarhum ustaz Fadzil Noor masih hidup beliau adalah orang yang paling sedih melihat PAS pada hari ini. Semua legasi yang ditinggalkan oleh ustaz Fadzil dihancur musnahkan oleh puak Hj Hadi, Geng Ustaz dan puak UG.

Fadzil walaupun seorang ustaz tetapi beliau bijak menseimbangkan antara agama dan demokrasi. Di bawah pemerintahan beliau sebagai presiden PAS, parti itu melakukan tahaluf siyasi bersama rakan-rakan politik bukan beraliran agama.

Fadzil membuka jalan untuk bertahaluf dengan Parti Melayu Semangat 46 pada 1989 dan juga DAP serta beberapa parti kecil lain. Tahaluf atau kerjasama politik itu berjaya membuahkan hasil menawan Kelantan pada PRU 1990 dan meluaskan pengaruh PAS di Kedah serta Terengganu.

Tahaluf yang berjaya

Pada 1998, sekali lagi Fadzil membuka jalan bertahaluf dengan penyokong gerakan Reformasi membela  Anwar Ibrahim. Hasilnya terbentuklah Barisan Alternatif yang berjaya menguasai Terengganu dan 1/3 DUN Kedah pada PRU 1999.

Kejayaan awal itulah menjadi platform kepada Pakatan Rakyat hari ini yang menguasai 3 negeri dan 1 Wilayah Persekutuan serta berjaya meraih 52 peratus undi popular rakyat Malaysia dalam PRU 2013.

Selepas PAS merasakan diri mereka kuat dengan keahlian 1 juta anggota maka mereka mula melupakan rakan-rakan gabungan. Puak ustaz yang sejak 1998 membenci Anwar tetapi kurang wibawa menentang Fadzil Noor kini telah menjadi pendesak dalam PAS.

Puak ulama mahu PAS dikuasai sepenuhnya mereka. Malah parti politik Iran pun tidak mempraktikkan semua jawatan dalam parti dikuasai ulama, tetapi PAS ingin melakukannya dalam muktamar akan datang. Geng Ustaz merasakan PAS cukup kuat untuk bergerak seperti Hezbollah di Lubnan. Parti itu walaupun dikuasai golongan agama tetapi disokong oleh penduduk Kristian dan golongan sekular.

Namun puak agama ini lupa demografi Lubnan yang bergolak memaksa rakyat penyokong sebuah parti yang mempunyai tentera sendiri. Malaysia tidak bergolak dan rakyat mahukan pentadbiran kelas 1 sebagaimana di Eropah. Hezbollah akan lingkup punah jahanam jika bertanding di Malaysia. Majoriti rakyat Malaysia akan menolak penampilan keras amalan parti itu.

Majlis syura di atas

Atas semangat Hezbollah inilah puak agama menunjukkan kuasa dalam krisis MB Selangor pada pertengahan 2014 lalu. Mereka yang menguasai Majlis Syura Ulama PAS memveto keputusan AJK PAS Pusat melantik Dr Wan Azizah sebagai MB baru Selangor.
Read More / Baca Lagi >>

Bantah Notis Merah terhadap Dr Yusuf Qaradhawi

Posted: 17 Dec 2014 03:31 PM PST

Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) dan Sekretariat Himpunan Ulama Rantau Asia (Shura) membantah dengan keras tindakan Organisasi Polis Jenayah Antarabangsa (Interpol) yang mengeluarkan Red Notice (Notis Merah) pada 4 Disember lalu bermaksud untuk menahan Dr Yusuf Qaradhawi dan Wajdy Ghoneim yang didakwa terlibat dengan kegiatan menghasut untuk melakukan keganasan dan aksi teroris.
Dakwaan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa Mesir terhadap Qaradhawi, 88, yang tercatat dalam rekod Notis Merah itu ialah "merestui, menghasut dan membantu melakukan pembunuhan sengaja, membantu banduan untuk melarikan diri, pembakaran, vandalisme dan mencuri".
Manakala Sheikh Wagdy Ghoneim, 63, pula dikehendakki atas dakwaan "jenayah keganasan, bunuh, culik, menyiksa dan memilikki senjata tanpa lesen".
Kami menarik perhatian bahawa regim Mesir sendiri kini sudah dipersoalkan oleh banyak pihak mengenai penindasan politik, penderaan, penculikan dan keputusan mahkamah yang dipolitikkan di negara tersebut. Pihak PBB dan banyak NGO hak manusia telah mengkritik Mesir yang sewenangnya melabel sebarang penentangan sebagai teroris tanpa sebarang bukti.
Mesir jelas, selepas rampasan kuasa pada 3 Julai 2013 melakukan pelbagai perubahan undang-undang untuk memenuhi agenda regim pemerintah supaya sebarang suara dari mana-mana pihak yang mengkritik dan membantah pemerintah dihapuskan. Regim tersebut melakukan tindakan sewenangnya untuk menindas kebebasan bersuara, kebebasan media serta kebebasan berhimpun secara aman. Padahal ia adalah hak yang diisytiharkan dalam Deklarasi Universal Hak Manusia.
Kerajaan Mesir kini mengharamkan Ikhwan Muslimin sebagai organisasi teroris tanpa sebarang justifikasi undang-undang. Menjadi ahli atau menyokong organisasi tersebut dianggap suatu jenayah yang boleh dihukum.
Manakala jurnalis atau media yang mengkritik regim juga dilabel teroris. Tiga orang jurnalis Al-Jazeera telahpun dihukum 7 hingga 10 tahun penjara hanya kerana mereka didakwa melaporkan berita yang tidak sama dengan versi pemerintah.
Read More / Baca Lagi >>

Gambar Anggota Pemisah Taliban Serang Sekolah Tentera Di Peshawar

Posted: 17 Dec 2014 03:27 PM PST

Enam anggota pemisah Taliban bergambar bersama senjata masing-masing sebelum melancarkan serangan di Peshawar pada Selasa.

TIGA keping gambar anggota pemisah Taliban bersama senapang mereka tersebar sekali gus menguatkan khabar angin bahawa kumpulan tersebut merancang untuk melancarkan serangan terbaharu di sekolah-sekolah sekitar Pakistan selepas pembunuhan kejam di Peshawar pada Selasa. Gambar tersebut yang dipercayai dikeluarkan oleh jurucakap kumpulan tersebut, Mohammad Khurasani memaparkan enam anggota kumpulan pemisah itu bergambar bersama senjata mereka beberapa minit sebelum serangan di Peshawar.

Dalam satu e-mel yang dikeluarkan pagi Rabu, Khurasani cuba untuk membela kumpulan tersebut dengan mendakwa tentera Pakistan bertindak lebih kejam kerana membunuh kanak-kanak dan anggota keluarga pejuang Taliban setelah sekian lama.

Khurasani mendedahkan akan berlaku lebih banyak serangan kumpulan pemisah itu dan mengarahkan penduduk Pakistan supaya mengasingkan diri mereka daripada semua sekolah tentera.

"Kami masih cuba melancarkan lebih banyak serangan. Ini hanyalah treler.

Dalam e-mel tersebut, kumpulan tersebut memberi amaran kepada penduduk yang beragama Islam supaya menjauhi sebarang institusi yang ada kaitan dengan pihak tentera negara itu.
Gambar menunjukkan anggota kumpulan yang sama didedahkan oleh Khurasani.
Read More / Baca Lagi >>

Kelebihan 'Share' Kebaikan - Ustaz Azhar Idrus

Posted: 17 Dec 2014 03:17 PM PST

Doa Mohon Keampunan..Doa Paling Hebat - Ustaz Azhar Idrus

Posted: 17 Dec 2014 03:17 PM PST

Menunjuk-nunjuk Dengan Amalan - Ustaz Azhar Idrus

Posted: 17 Dec 2014 03:16 PM PST

Edit Gambar Orang Yang Bukan Percakapannya - Ustaz Azhar Idrus

Posted: 17 Dec 2014 03:16 PM PST

Hukum Wanita Mengaji Al-Quran Dalam Musabaqah - Ustaz Azhar Idrus

Posted: 17 Dec 2014 03:15 PM PST

Mungkir Janji - Ustaz Azhar Idrus

Posted: 17 Dec 2014 03:15 PM PST

Funerals, Protests Follow Pakistan School Attack

Posted: 17 Dec 2014 03:14 PM PST

Pakistan PM calls to 'defeat terrorism'

Posted: 17 Dec 2014 03:13 PM PST

How will Pakistan deal with armed groups?

Posted: 17 Dec 2014 03:12 PM PST