Followers

Nuffnang

Belantan

0

Posted by Unknown | Posted on 11:49 PTG | Posted in

sumber :-

Belantan


DAP tolak hudud Pas?

Posted: 16 Dec 2014 04:29 AM PST

Barisan pemimpin DAP, Pas dan PKR yang hadir dalam Persidangan Kebangsaan DAP 2014 di Petaling Jaya, semalam.

Resolusi diluluskan sebulat suara 938 perwakilan

Perjuangan Pas untuk melaksanakan hukum hudud semakin sukar apabila DAP menegaskan pakatan pembangkang tidak akan melaksanakan undang-undang Islam itu jika berjaya memerintah negara selepas pilihan raya umum akan datang.

Pendirian DAP itu juga diper­ku­kuhkan melalui satu resolusi menolak pelaksanaan hukum hudud sama ada di peringkat negeri atau kebangsaan yang diluluskan sebulat suara oleh 938 perwakilan semasa Persidangan Kebangsaan DAP 2014 di Petaling Jaya semalam.

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata, penolakan hukum hu­dud perlu dimuktamadkan kerana itu adalah aspirasi pengundi dalam memberi sokongan kepada pembangkang untuk merampas Putrajaya.

"Untuk menang Pilihan Raya Umum ke-14, kita mesti ada pendirian tegas, kedudukan jelas bahawa pakatan pembangkang yang memerintah di Putrajaya tidak akan melaksanakan undang-undang hudud.

"Itu mesti jelas sama sekali, kerana itulah aspirasi pengundi-pengundi sederhana bukan pengundi ekstrem," katanya ketika ucapan perasmian di persidangan itu.

Yang turut hadir, Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail dan Timbalannya, Mohamed Azmin Ali. Bagaimanapun, Pas hanya diwakili Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Dr. Hatta Ramli.

Ketiadaan pemimpin kanan Pas dalam persidangan itu menimbulkan persoalan tentang hubungan kedua-dua parti yang semakin tegang dan telah berlarutan sejak enam bulan lalu berikutan krisis perebutan jawatan Menteri Besar Selangor.

Baru-baru ini, pemimpin kedua-dua parti turut bertikam lidah apabila Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP meluluskan resolusi bagi mendesak Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang hadir ke mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Pembangkang.

Sementara itu, dalam ucapannya, Guan Eng turut menyatakan kesetiaan DAP menunggu Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang berhadapan dengan hukuman penjara akibat kesalahan liwat.

"Di sini saya ingin memberi ja­­mi­nan kepada Kak Wan (Wan Azizah), sekiranya Anwar masuk penjara, jangan bimbang kita akan tunggu sampai beliau keluar penjara," katanya.

Sebelum ini, DAP telah menyatakan pendirian untuk menyokong Anwar sebagai calon Perdana Menteri jika pakatan pembangkang menang pilihan raya umum.

Selain Guan Eng, Pemangku Pengerusi DAP, Tan Kok Wai dalam ucapannya turut mempersoalkan beberapa pihak yang cuba memperkenalkan undang-undang bersifat keagamaan di negara ini.

Beliau yang tidak menjelaskan perkara itu secara khusus berkata, Perlembagaan adalah undang-undang tertinggi negara, justeru sebarang dasar yang cuba mencabulinya tidak boleh dibiarkan.

Dalam pada itu, perwakilan dari Perak, Wong Kah Woh semasa perbahasan meminta mana-mana pemimpin pakatan pembangkang yang tidak bersetuju dengan keputusan dibuat gabungan itu supaya segera berundur.

"Ini penting, pemimpin daripada parti yang ingkar untuk ikut keputusan tersebut atau mahu vetokan keputusan, beliau tidak layak jadi pemimpin dan harus undur diri," katanya tanpa merujuk kepada mana-mana parti.

Suara Politik
Belantan

Krisis Tebusan Sydney: 3 mati selepas digempur polis!

Posted: 16 Dec 2014 12:22 AM PST


AUSTRALIA – Krisis tebusan di sebuah kafe di Sydney berakhir lewat malam semalam apabila pasukan polis menembak mati pengganas yang menawan hampir 15 orang sejak pagi.

Walaubagaimanapun, operasi gempur yang dijalankan pada pukul 12.40 pagi (waktu tempatan) itu turut mengorbankan dua orang awam yang menjadi tebusan selama 16 jam.

Menurut laporan media tempatan, mereka yang terbunuh adalah pengurus kafe, Tori Johnson, 34 dan seorang peguam, Katrina Dawson, 38. Sementara itu, empat mangsa lain dilaporkan cedera termasuk seorang anggota polis.

Sydney semalam dikejutkan dengan tindakan seorang lelaki bersenjata yang kemudiannya dikenalpasti sebagai pelarian dari Iran telah menawan sebuah kafe di pusat bandar.

Kafe Lindt Chocolat terletak di sebuah pusat membeli-belah yang sering menjadi tumpuan ramai di Martin Place.

Man Haron Monis

Lelaki bersenjata terbabit dikenali sebagai Man Haron Monis telah memaksa dua tebusan memegang bendera hitam bertulisan Arab di cermin kafe.

Suspek melarikan diri dari Iran ke Australia pada tahun 1996 untuk mendapat suaka politik di mana beliau menukar namanya kepada Man Haron Monis dan menggunakan gelaran Sheik Haron. Monis juga pernah didakwa atas beberapa kesalahan jenayah.

Monis dilapurkan tidak mendapat sokongan umat Islam arus perdana dan sebelum ini pernah menarik perhatian media melalui kempen "surat kebencian" iaitu bantahan kehadiran pasukan Australia di Afghanistan.- theguardian

Suara Politik
Belantan

APANAMA

0

Posted by Unknown | Posted on 11:49 PTG | Posted in

sumber :-

APANAMA


Kerajaan jual tanah lagi?

Posted: 16 Dec 2014 01:42 AM PST

Gaya Peneroka

0

Posted by Unknown | Posted on 11:47 PTG | Posted in

sumber :-

Gaya Peneroka


JOM KITA SERAHKAN MEMORANDUM FGVH PADA 23 DIS 2014 DI PEJABAT FGVH

Posted: 16 Dec 2014 04:56 AM PST


Oleh kerana tiada sebarang reaksi dari YAB Perdana Menteri, Dato' Sri Najib Tun Abd Razak, Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana, Dato' Razali Ibrahim dan Pengerusi Felda mengenai kedudukan terkini FGVH, meskipun saham FGVH turun dan terus turun lagi pada hari ini, iaitu RM2.40 sesaham; maka Persatuan ANAK Peneroka Felda Kebangsaan(ANAK) mengambil beberapa langkah berikut:-
Kita gegarkan semula Kuala lumpur
1. Menyerahkan memorandum kepada FGVH pada 23 dis jam 10 pagi di Pejabat FGVH,
2. Mengadakan pertemuan dengan Suruhanjaya Securiti(SC)
3. Mengadakan Himpunan Perdana Selamatkan Felda 2.0 di Kerteh Terengganu pada 6&7 Feb 2015
4. Road Show Selamatkan Felda ke setiap negeri.
Pastikan nanti OREN baju kita
ANAK mengulangi desakan agar perkhidmatan Tan Sri Isa Abd Samad sebagai Pengerusi Felda dihentikan berkuatkuasa 31 jan 2014; manakala kedudukan bekas Pengarah Besar samada Dato' Dzulkifli Abd Wahab atau pun Dato' Faizoull Ahmad dikaji semula demi keharmonian dalam Felda.
Aku akan naik sekali..
Plan pemulihan Felda serta FGVH WAJIB di segerakan demi menjaga kepentingan 112,635 orang peneroka dan 23,000 kakitangan Felda di seluruh negara.
Selamat datang Kuala Lumpur
Mazlan Aliman
Presiden ANAK

KETUA KAMPONG GANGSTER

Posted: 16 Dec 2014 04:22 AM PST

KETUA KAMPUNG JIMAH LAMA, Sendayan, Negeri Sembilan...datang secara tiba tiba dan sergah rombongan PKR (yang diwakili oleh AMK Cabang Rasah,Seremban dan PD serta..Adun Port Dickson Yb Ravi dan Ketua Cabang Rasah Encik Tangam) yang datang ke kampungnya untuk menolong sebuah keluarga yang susah. Wartawan dari akhbar Sinar Harian pun ada untuk buat liputan.Sebelum nie ketua kampung tidak pedulikan langsung susah perit keluarga tersebut,..tetapi datang menghalau kami


The Unspinners

0

Posted by Unknown | Posted on 11:35 PTG | Posted in

sumber :-

The Unspinners


Langgar arahan ROS, DAP patut digantung pendaftatan

Posted: 16 Dec 2014 09:00 PM PST


Baru-baru ini DAP telah mengadakan konvensyen.

Namun begitu, KMPP berkata konvensyen itu tak sah dan tidak sepatut diiktiraf oleh ROS atas sebab pemimpin DAP yang ada tidak sah maka tiada kuasa untuk memanggil persidangan kebangsaan. 

Arahan pihak ROS bertarikh 6. Desimber 2013 masih berkuatkuasa untuk melarang pemegang jawatan CEC yg masih belum disahkan dari membuat sebarang keputusan parti sehingga penyiasatan terhadap parti berkenaan selesai.  

Dengan demikian, semua ketetapan mahupun usul dan resolusi yang dipersetujui oleh perwakilan pada persidangan berkenaan yang dicapai telah melanggar arahan ROS.

ROS tidak sepatutnya berdiam diri dan membiarkan pemimpin parti berkenaan berterusan memperlekehkan undang-undang negara. Membenarkan persidangan tersebut berjalan seolah2 perakui arahan bertarikh
6.12.2013 sudah dibatalkan? 

Jika ia masih terpakai, mengapa tidak ada tindakan drastik diambil untuk menghentikan perbuatan melampau diluar jangkaan oleh pemimpin parti berkenaan?   

Tambah lagi, persidangan haram tersebut telah mengungkit isu ugama Islam yg bukan ruang bidang parti majoriti bukan Islam.

Oramg ramai harus desak pihak ROS dalam menggunakan bidang kuasa mereka agar tidak mengiktiraf persidangan dan ketetapan yg dibuat kerana kepimpinan DAP.

SELAIN ITU, PENDAFTARAN.DAP HARUS DIGANTUNG!!!!

Terima kaseh

Bukan tak faham, saja nak provokasi

Posted: 16 Dec 2014 05:00 PM PST



Dah ada pula rancang nak demo hari jumaat dimasjid rawa.

Hmmm .... penuh nanti suratkhabar cina, malaysian insider, mkini dan malay mail online di masjid untuk beri liputan.

Mesti diperbesarkan ayat2 yg politically not correct yg diucapkan dalam kemarahan untuk diperbesarkan.

Kalau tidak ada, nanti ada pula kata2 yg diputarbelit.

Suka Guan Eng ... lagi dia dihentam, lagi cina simpati dan kembailkan balik sokongan yang merudum.

Anwar "megalomania" cuba rasuah Ronald Kiandee RM5 juta

Posted: 16 Dec 2014 05:29 AM PST


Anwar seorang megalomania, kata Zahrain

11:21PM Dec 15, 2014

Bekas Anggota Parlimen Bayan Baru Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini bahawa ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim mempunyai sifat "megalomania" (berasa diri hebat dan berkuasa) dan hanya mementingkan agenda peribadinya.
    
Zahrain berkata beliau juga secara peribadi berpendapat Anwar bukan seorang yang berwibawa dan tidak boleh dipercayai selepas berkesempatan untuk bekerjasama dengan Anwar dalam PKR.
    
"Saya percaya beliau seorang megalomania. Saya percaya bahawa Anwar cuma mementingkan agenda peribadinya iaitu menawan Putrajaya 'dengan apa cara sekalipun" dan menganggap dirinya sebagai bakal perdana menteri," kata beliau semasa pemeriksaan utama oleh peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah yang mewakili Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman.
    
Zahrain, Duta Besar Malaysia ke Indonesia memberi keterangan pada perbicaraan kes saman RM100 juta dikemukakan oleh Anwar terhadap Anifah berhubung kenyataan Menteri Luar itu pada sidang media di Washington pada Mei 2009.
    
Ketika ditanya oleh Muhammad Shafee apakah pengertiannya mengenai kata-kata plaintif (Anwar) "dengan apa cara sekalipun', beliau menjawab "mungkin dia menawarkan wang atau jawatan".
    
Zahrain dalam  kenyataan saksi yang dikemukakan di mahkamah berkata beliau percaya apa yang plaintif maksudkan dengan perkataan "dengan apa cara sekalipun'ialah beliau (Anwar) akan menggunakan apa cara yang ada untuk memastikan parti gabungan PKR akan membentuk Kerajaan Persekutuan yang baru melalui tindakan menarik anggota kerajaan Barisan Nasional (BN) untuk melompat parti.
    
"Ini termasuk dan tidak terhad kepada habuan kewangan untuk menarik anggota Parlimen BN untuk berbuat demikian," katanya.
    
Zahrain berkata beliau mengenali Anwar sejak 2008 semasa pilihan raya umum apabila beliau (Zahrain) menjadi anggota Parlimen dan oleh kerana gabungan BN telah memenangi pilihan raya, Anwar tidak dapat menerima hakikat bahawa partinya telah tewas.
    
"Anwar secara konsisten membuat kenyataan dalam media massa bahawa Kerajaan Persekutuan yang dipilih oleh rakyat akan tumbang kerana ramai anggota Parlimen daripada BN telah mengambil keputusan untuk melompat parti dan menyertai PKR untuk membentuk Kerajaan Persekutuan yang baru," katanya.
    
Zahrain berkata, pada atau sekitar tahun 2008 selepas BN memenangi pilihan raya umum, beliau tidak yakin mengenai keupayaan Pakatan Rakyat untuk menerajui negara yang kemudian mendorong beliau untuk menjadi anggota Parlimen Bebas.
    
"Pada masa itu, ada cakap-cakap mengenai tawaran yang dibuat kepada anggota Parlimen daripada BN untuk melompat parti dan PKR yang plaintif (Anwar) dakwa akan membentuk Kerajaan Persekutuan yang baru kerana beliau telah memperoleh sokongan daripada sekurang-kurangnya 32 lagi anggota Parlimen untuk tujuan itu.
    
"Saya tahu bahawa Anwar telah menjanjikan habuan kewangan kepada beberapa anggota Parlimen BN dan kepada yang lain beliau menjanjikan jawatan tertentu jika parti pimpinan Anwar membentuk Kerajaan Persekutuan yang baru," katanya.
    
Zahrain juga berkata beliau secara peribadi tidak tahu bahawa plaintif mahu anggota Parlimen Kimanis (Anifah) untuk menyertai PKR dan Anwar telah bercakap mengenai perkara itu dengan beberapa pemimpin PKR.
    
"Yang saya ingat ialah Wee Choo Keong, Datuk Zulkifli Nordin. Turut hadir pada masa itu ialah Chua Tian Chang, Datuk Johari Abdul, Datuk Rashid Din dan beberapa yang lain," katanya.
    
Terdahulu, anggota Parlimen Beluran Datuk Seri Dr Ronald Kiandee memberitahu mahkamah bahawa seseorang telah menawarkannya RM5 juta untuk melompat parti dan menyertai PKR.
    
"Saya menerima panggilan di rumah saya dengan pemanggil menawarkan kepada saya RM5 juta untuk melompat parti ke PKR. Pemanggil berkata dia dari PKR. saya tidak ingat namanya tetapi dia bertutur seperti loghat orang Sabah.
    
"Saya ada memberitahu pegawai Cawangan Khas (SB) mengenai panggilan telefon ini dan memberikan nombor telefon pemanggil yang tercatat dalam log telefon saya kepada SB. Saya tidak ingat secara khusus tentang tarikh panggilan tetapi panggilan dibuat sebelum 16 Sept, 2008," kata Kiandee.

Katanya beliau tidak ambil kisah tentang panggilan itu kerana tahu bahawa beliau tidak akan melompat parti.
    
Ketika disoal oleh peguam Ranjit Singh yang mewakili Anwar sama ada beliau telah membuat laporan polis mengenai tawaran itu, saksi itu berkata "tidak".

Anwar mengemukakan saman terhadap Anifah dan Kerajaan Malaysia pada 27 Mei, 2009, kerana mendakwa kenyataan Anifah pada sidang media di Washington, yang turut dihadiri oleh Setiausaha Negara Amerika Syarikat ketika itu, Hillary Clinton telah mencemarkan nama baiknya.
    
Anwar mendakwa kenyataan defendan yang dilaporkan secara meluas dalam media tempatan dan media asing, telah menimbulkan fitnah terhadap perwatakannya dan secara langsung dan tidak langsung menggambarkan beliau sebagai seorang yang tidak beretika, tidak berprinsip dan korup.

MIMPI SENJA

0

Posted by Unknown | Posted on 11:17 PTG | Posted in

sumber :-

MIMPI SENJA


Suspek Militan IS Warga Malaysia Ditahan Di KLIA

Posted: 16 Dec 2014 11:08 PM PST


Diterbitkan: Rabu, 17 Disember 2014 10:21 AM
klia

KUALA LUMPUR: Seorang lelaki rakyat tempatan yang dipercayai mahu berlepas untuk ke Syria bagi menyertai kumpulan militan Negara Islam (IS) ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), kata Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar.
Khalid berkata, lelaki berusia 39 tahun itu cuba untuk pergi ke Turki selepas transit di Brunei.
"Suspek ditahan pada pukul 5.30 pagi tadi.
"Dia merancang untuk terbang ke Brunei dan kemudian ke Turki sebelum pergi ke Syria," katanya pada sidang media pada Rabu.
Khalid berkata, lelaki itu dipercayai mahu menyertai kumpulan pengganas IS.
"Kita tidak akan bertolak ansur dengan mana-mana pihak yang menyokong atau menyertai mana-mana kumpulan pengganas.
"Tindakan undang-undang akan dikenakan kepada mana-mana rakyat Malaysia yang berbuat demikian," tegasnya.

Khalwat: Putri Mardiana Anggap Selesai, Jais Pula Akan Siasat

Posted: 16 Dec 2014 04:54 PM PST



Putri Mardiana
  (Ubah saiz teks)
PETALING JAYA: Pelakon filem Ngangkung, Putri Mardiana Zainal Abidin menjelaskan isu dia dan teman lelakinya yang dikenali sebagai Shahrizam Abdullah dicekup oleh sepasukan anggota penguat kuasa Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) pada Ahad lalu telah pun selesai.

Putri atau lebih mesra dengan sapaan Nina, 33, memaklumkan kes berkenaan tidak akan dibawa ke mahkamah syariah atas sebab-sebab tidak dijelaskan selain mendakwa mereka tidak bersalah.


"Semuanya telah pun selesai kerana semasa kejadian di rumah, tiada apa-apa yang berlaku di antara kami.

"Kes berkenaan juga tidak akan dibawa ke Jais atau pun mahkamah," katanya ketika dihubungi mStar Online pada Selasa.

Akhbar melaporkan, Nina yang juga seorang ibu tunggal kepada tiga cahaya mata diserbu oleh Jais kira-kira pukul 3.23 pagi Ahad lalu di sebuah kondominium dekat Ukay Perdana, Ampang dalam satu siri serbuan Bahagian Penguatkuasaan Jais berdasarkan maklumat orang awam.

Nina tidak mahu mengendahkan kata-kata negatif dilemparkan kepadanya. 
Pelakon itu mendakwa serbuan tersebut sengaja dirancang oleh bekas teman lelakinya dan bekas isteri Shahrizam dengan tujuan untuk memalukannya.

Dalam pada itu, Nina berkata, biarpun berasa terainaya ekoran kejadian itu namun dia tidak berhasrat untuk mengambil tindakan terhadap pihak yang cuba menjatuhkan maruahnya.

"Saya tidak akan panjangkan perkara itu kerana rasanya meraka sudah berpuas hati dapat memalukan saya seperti itu.

"Tiada gunanya hendak membalas dendam kerana apabila mereka letih nanti mereka akan diam sendiri," ujarnya.

Sementara itu, mengulas mengenai pandangan negatif diterimanya ekoran kejadian berkenaan Nina berkata, dia tidak terlalu memikirkan tentang perkara itu dan meneruskan kehidupannya seperti biasa.

"Biasalah mulut orang dan saya tidak mampu melakukan apa-apa untuk menghentikan daripada mereka terus bercakap perkara buruk tentang saya.

"Paling penting saya dan keluarga tahu tentang apa yang sebenarnya berlaku dan ia sudah memadai," ujarnya.

Dalam perkembangan berkaitan sumber Jais yang dihubungi mStar Online berkata, aktres itu hanya dibebaskan dengan jaminan dan perlu hadir ke Jais untuk siasatan sebelum kes berkenaan dibawa ke mahkamah untuk perbicaraan.

"Bersalah atau tidak itu mahkamah yang akan tentukan malah dia sebenarnya diarahkan untuk hadir ke Jais pada hari Rabu (hari ini) untuk siasatan lanjut," kata sumber tersebut.

Dialog Dewasa Kritik Berasa

0

Posted by Unknown | Posted on 11:03 PTG | Posted in

sumber :-

Dialog Dewasa Kritik Berasa


LIM GUAN ENG ADA SIGN SETUJU LAKSANA HUDUD SEBELUM PRU13

Posted: 16 Dec 2014 10:30 PM PST

El Haraki hari ini mendedahkan satu surat perjanjian yang ditandatangani Setiausaha Agung, Lim Guan Eng yang menyatakan parti itu bersetuju dengan konsep Negara Islam yang diperjuangkan PAS.
Ini sekaligus membuktikan DAP telah bersetuju dengan hudud yang akan dilaksanakan PAS.
"Kami pemimpin tertinggi dalam PAS dan DAP menegaskan bahawa kerjasama dalam Pakatan Rakyat adalah berteraskan kepada dasar bersama atau Manifesto Pakatan Rakyat yang mengikut konsep Negara Berkebajikan PAS dan perjuangan Adil Untuk Semua mengikut Perlembagaan Malaysia oleh DAP.
"PAS berhak memperjuangkan akidah dan konsep Negara Islam secara sendiri. DAP juga berhak memperjuangkan Negara Berpelembagaan Berpalimen yang tidak sehaluan dengan konsep Negara Islam..,"kenyataan perjanjian itu dipetik.
Persetujuan perjanjian itu dibuat sebelum Pilihanraya Umum ke-13 dan ditandatangani bersama oleh Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng.
Dalam masa sama, El Haraki turut menyiarkan kenyataan Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, YB Ustaz Nasrudin Hassan At-Tantawi yang menyatakan bahawa jika PR tidak mahu perpecahan, maka benarkan PAS melaksanakan hudud di Kelantan.

DEWAN ULAMA PAS TEMPELAK SIKAP DAP

Posted: 16 Dec 2014 08:00 PM PST



Dewan Ulama Pas menempelak sikap DAP yang berterusan mempertikaikan dasar Pas untuk melaksanakan Kanun Jenayah Syariah II 1993 di Kelantan sehingga menyebabkan keretakan hubungan antara pe­mimpin dalam pakatan pembangkang.

Sambil menegaskan Pas tidak akan tawar-menawar dalam menegakkan undang-undang Islam, Ketua Penerangannya, Datuk Dr. Mohd. Khairuddin Aman Razali berkata, tindakan DAP menolak pelaksanaan itu merupakan serangan berangkai ke atas Pas yang berlarutan sejak krisis jawatan Menteri Besar Selangor tercetus beberapa bulan lalu.

Tegasnya, respons daripada pemimpin Pas untuk mempertahankan parti tidak boleh dielakkan, jus­teru pemimpin-pemimpin DAP sepatutnya lebih berhemah dalam setiap kenyataan melibatkan dasar Pas.

"Menegakkan undang-undang jenayah Islam termasuk hukum hudud adalah sebahagian perjuangan Pas yang tidak boleh tawar-menawar. Ia telah dikanunkan oleh Pas di Kelantan pada tahun 1993 dan di Terengganu pada 2002, jauh sebelum wujudnya pakatan pembangkang selepas 2008.

"Menjadi hak Pas untuk terus memperjuangkan pelaksanaan undang-undang ini di dua negeri majoriti Islam dengan pelaksanaannya terhadap penjenayah orang Islam sahaja melalui Mahkamah Syariah melainkan jika bukan Islam juga meminta untuk dilaksanakan ke atas mereka prinsip perundangan mutatis mutandis (perubahan-perubahan yang diperlukan atau penting)," katanya dalam kenya­taan di sini hari ini.

Beliau mengulas perkembangan terkini dalam pakatan pembangkang berikutan beberapa siri serangan terbuka oleh pemimpin DAP termasuk daripada Lim Guan Eng sendiri, khususnya berhubung isu hudud dalam Persidangan Kebangsaan DAP 2014 kelmarin.

Guan Eng dalam nada kerasnya mendesak pakatan agar memuktamadkan pendirian untuk tidak melaksanakan hukum hudud jika pembangkang berjaya memenangi pilihan raya umum akan datang, kononnya perkara itu adalah aspirasi daripada penyokong pembangkang.

Persidangan tersebut yang dihadiri 938 perwakilan juga sebulat suara meluluskan resolusi menolak pelaksanaan hudud sama ada di peringkat negeri atau kebangsaan sekiranya pakatan pembangkang berjaya mentadbir Putrajaya.

Mohd. Khairuddin berkata, Pas sentiasa menghormati hak demokrasi untuk DAP berbeza pandangan serta tidak bersetuju, namun sikap DAP berterusan mempertikai Pas adalah merupakan cubaan meretakkan hubungan dalam pakatan pembangkang.

Katanya, persefahaman antara parti dalam pakatan pembangkang adalah untuk menentang polisi Barisan Nasional (BN), bagaimanapun asas kepada persefahaman itu adalah setiap parti menghormati dasar dan perjuangan masing-masing.

"Dasar-dasar bersama yang boleh dikompromi menjadi sebahagian manifesto bersama dalam pilihan raya umum berasaskan konsep negara berkebajikan dan negara adil untuk semua. Dalam masa sama, setiap parti menghormati perbezaan dasar dan perjuangan yang dipegang, hal ini adalah asas kepada persefahaman pakatan pembangkang.

"Sikap DAP yang secara berterusan mempertikaikan hak Pas untuk memperjuangkan undang-undang ini di Kelantan khususnya, sangat tidak baik dan tidak wajar. Ia adalah cubaan meretakkan hubungan dalam pakatan," katanya.


HUDUD : SUDAH 20 TAHUN PAS TUNGGU, NAK TUNGGU SAMPAI BILA?

Posted: 16 Dec 2014 06:39 PM PST


DAP tidak mempunyai hak untuk menghalang, sebaliknya perlu menghormati Pas untuk melaksanakan hukum hudud di negara ini.

Bekas Naib Pengerusi DAP, Tunku Abdul Aziz Ibrahim berkata, hudud merupakan pegangan dan perjuangan yang telah lama dibawa Pas dalam usaha menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara Islam.

"Jika DAP menghalang Pas untuk laksanakan hudud, ia seolah-olah tidak menghormati dan menzalimi Pas selaku rakan dalam pakatan.

"Apa hak DAP untuk mengatakan tidak pada hukum hudud yang ingin dibawa Pas?" katanya, semalam.

Beliau turut menegaskan tiada kesepaduan yang wujud dalam hubungan antara Pas, DAP dan PKR walaupun selepas sudah lama bersama sejak sekian lama.

Menurutnya, kini jelas ketara DAP dan PKR hanya menggunakan Pas untuk mendapatkan lebih banyak kerusi pada Pilihan raya umum yang lalu.

Pas tidak akan menarik kembali  perjuangan untuk melaksanakan hudud walaupun mendapat tentangan daripada rakan komponen, DAP.

Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz berkata, perjuangan Pas terhadap isu itu bukan baru tetapi sudah melangkaui 20 tahun.

Menurutnya, pelaksanaan hudud sudah mendapat 'lampu hijau' daripada Kerajaan Pusat dan tiada sebab untuk Pas menghentikannya.

"Dulu... kita dapat 'lampu merah', macam-macam dihalang. 20 tahun Pas terus berusaha untuk hudud. Tetapi sekarang BN dah buka jalan. Kita juga sudah melepasi negeri, jadi tidak ada sebab untuk mana-mana pihak nak mintak Pas berhenti.

"Konsensus negeri (Kelantan) juga sudah setuju di mana Umno dan Pas setuju untuk laksanakan (hudud), seharusnya keputusan ini dihormati," katanya, semalam.

Beliau berkata, Pas memegang dasar demokrasi dan yakin untuk bentangkan Rang Undang-undang mengenai hudud di Parlimen-
17 Disember 2014




PAS BERI KATA DUA KEPADA LIM GUAN ENG

Posted: 16 Dec 2014 03:33 AM PST









ANGIN PERUBAHAN

0

Posted by Unknown | Posted on 9:37 PTG | Posted in

sumber :-

ANGIN PERUBAHAN


Mereka Ini Bukan Hendak Belajar Sebenarnya

Posted: 16 Dec 2014 09:23 PM PST



Ramai lagi pelajar UM yang mahu belajar dan mencapai keputusan baik dalam peperiksaan. Bila ada segelintir mereka yang buat kelakuan bodoh yang sebegini maka yang lain akan turut busuk sekali. 

Majoriti pelajar UM tidak boleh membiarkan tindakan bodoh ini dianggap sebagai satu budaya keseluruhan pelajar pelajar UM. Bersuaralah bertindak membantah sikap ekstrems, biadap dan subversif pelajar pelajar pro pembangkang ini.

Muslimah PAS Berani Tegur Kelakuan Gadis Ini

Posted: 16 Dec 2014 07:43 PM PST


Mahasiswa Islam Nilaikanlah Sendiri Gambar Ini

Posted: 16 Dec 2014 08:04 AM PST



Pro Mahasiswa Bangga Dapat Sokongan Daripada Golongan Hina Allah SWT Ini?

Posted: 16 Dec 2014 03:00 AM PST


Hudud : Mat Sabu Mahu Sebelahi Siapa? Pas Atau Majikan?

Posted: 16 Dec 2014 01:30 AM PST


Berapa Hari Mahfuz Berani Pertahankan Kenyataan Ini?

Posted: 16 Dec 2014 12:00 AM PST


Lesen Pemancing Telah Dibatalkan

Posted: 15 Dec 2014 10:14 PM PST


RAKYAT MARHAEN

0

Posted by Unknown | Posted on 9:11 PTG | Posted in

sumber :-

RAKYAT MARHAEN


Kolej Swasta di Federal Highway Hisap PTPTN Pelajar & Jual Sijil!

Posted: 16 Dec 2014 08:12 PM PST

Yuran Kolej Swasta
Kepada kerajaan Malaysia umumnya dan Kementerian Pelajaran Malaysia tercari-cari salah satu punca berlaku lambakan kalangan anak muda yang mengangur di Malaysia?
Di sini ada jawapannya. Skim PTPTN telah membuka peluang dan ruang golongan kepada kapitalis yang tercari-cari peluang untuk menambah kekayaan walaupun dengan secara yang tidak betul apabila menjadikan kalangan anak muda yang tercicir untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi terutamnya ke IPTA secagai sasaran mereka.
Sedih Berita Semasa melihat situasi dan nasib mereka apabila kolej-kolej swasta yang tumbuh bagaikan cendawan hanya mahu mengaut keuntungan semata mata tanpa memikitkan kualiti para graduan mereka. Jikalau anak-anak anda masuk sekalipun ke Kolej Profesional mara jauh lebih baik daripada kebanyakan kolej swasta yang ada di Malaysia sekarang ini seperti _______, ___________, dan banyak lagi sebenarnya yang "hisap darah pelajar". Bersama-sama ini, Berita Semasa dedahkan aduan rakyat melibatkan bekas pensyarah kolej tersebut yang tampil membongkar apa sebenarnya yang berlaku di kolej tersebut :

Aduan Rakyat Bekas Pensyarah Kolej Swasta

Salam semua… Saya tak tahu nk mengadu dekat siapa pasal masalah yang saya dan ade beberapa rakan sekerja saya. Untuk tidak mengelirukan semua pihak, saya akan cerita dari A sampai Z++ mengenai kepincangan college yang paling bermasalah.
Lokasi Kolej
Untuk tak mengaibkan semua orang, saya rahsiakan nama kolej tersebut (walaupun dalam hati ni menangis nak bgatu). Cukup la kalau saya kata lokasinya betul-betul tepi highway persekutuan kuala Lumpur (Federal Highway).
Masalah
Saya diambil bekerja sebagai pensyarah. Jadi saya pun gembiralah. Niat nak mendidik anak bangsa. Bila saya masuk dalam tu baru saya tau betapa busuknya perangai memasing bermula dari perangai Datin (owner) kolej tu sehingga perangai management seterusnye kepada perangai lecturer lain yang buruk hati/phd.
Memanglah tak semua perangai macam tu, tapi kalau anda masuk dalam tu. Sebab seminggu sahaja saya berada di sana saya dapat lihat perangai seorang-seorang. Baru saya tahu, kenapa saya diambil bekerja disana. Tak lebih untuk mendapatkan MQA (akreditasi) kolej. Kalau sesiapa yang tak paham, maksudnye, kalau course itu tak dapat akreditasi, student yang sudah habis belajar tidak boleh graduate lah senang cerita.
Saya skipkan dahulu cerita busuk hati dean/head tu, sebab saya malas nk pepanjang cerita. Kalau buat slot Akasia sure konfem saya femes jadi watak yang dihina/budak suruhan.
Masalah HR
HR dekat kolej ni sumpah paling tak bertamadun, suka suka dia sahaja tukar SOP. Kalau anda hendak tahu, SOP akan berubah IKUT suka hati. Tetapi ini semua hasil ehsan DATIN tersebut. Kalau dalam kepala otak dia, dia nak tukar cuti… secara automatik, semua akan dapat emel perubahan SOP.
Sebab masa mula-mula saya masuk, saya under kontrak, kalau kami mahu berhenti, cukup bagi sebulan notis sahaja. TUp Tup dalam 2 minggu macam tu, datang orang HR suruh sign sahaja surat tanpa tunjuk dulu ape surat tu.. Then baru dia kasi salinan.. bile baca balik salinan, surat tu mengatakan tempoh resignation sudah berubah… 'under contract, nak berhenti kena kasi 2 bulan notis'….
Saya sudah rasa pelik, tetapi saya terpaksa ikut je la. Dah sign dah pun.
Bebanan Kerja
Read More / Baca Lagi >>

Hudud, politik dan slogan

Posted: 16 Dec 2014 08:10 PM PST


Hudud

oleh MAHDZIR IBRAHIM

Sebelum ini saya ada menulis tentang pengalaman kecil saya berkisar tentang slogan dan mentaliti orang Melayu yang terpinggir dan telah diindoktrinasikan oleh UMNO.
Slogan mereka 'Biarlah aku susah, janji UMNO menang'.

Mentaliti ini rupa-rupanya menular dikalangan banyak lagi golongan, bukan sahaja dalam UMNO bahkan turut meresapi ke dalam rakan-rakan konservatif dalam PAS yang bercita-cita mahu melaksanakan Hudud di Kelantan.
Bagi Totok UMNO yang lebih berpendidikan dari Melayu-melayu terpinggir, maka ungkapan mereka pula sedikit berlainan, tetapi rimanya lebih kurang sahaja, "Biarlah ekonomi teruk, janji Malaysia masih aman".
Sebaliknya bagi PAS, barangkali ungkapannya berbunyi, "Biarlah korupsi, ketirisan, kecuaian urustadbir berlaku, janji ada Hudud".
Senang cakap, biarlah anda jahat dan menipu, janji anda itu seorang Melayu Islam. Atau, biarlah anda malas membaca, janji anda ada menyimpan Quran atas rak rumah anda bersama-sama dengan rak pinggan mangkuk dan trofi hadiah.
Apakah ini dinamakan keyakinan? Beriman? Saya jadi keliru dengan faham sebegini. Atau adakah saya terlalu bebal untuk memahami maksud yakin, percaya – iman?
Untuk jawapan kepada persoalan ini, awal-awal lagi saya menegah diri saya dari menggunakan ayat-ayat suci Al-Quran atau Hadis, bukan kerana saya tidak mampu, tetapi kerana saya tidak mahu menggunakan agama sebagai hujah politik saya.
Kerana, jika hujah politik saya ini tidak betul, maka hentamlah hujah saya ini kerana hujah dan saya sendiri tidaklah maksum seperti mana hujah Nabi atau mereka yang berlagak sebagai nabi. Hujah saya ini berdasarkan rasional akal budi serta bantuan ide-ide dari pembacaan yang tidaklah sebanyak mana.
Read More / Baca Lagi >>

DAP tidak belajar dari penindasan lalu

Posted: 16 Dec 2014 08:09 PM PST

Oleh Ng Kee Seng
Wujudkah keadilan di Malaysia? Rakyat Malaysia boleh menilai sendiri dengan begitu banyak contoh-contoh "keadilan" ini.Orang asing, khususnya pelabur-pelabur, turut memerhatikan dan menilai. Mereka hanya akan melaburkan wang mereka di negara yang ada keadilan.
Satu contohnya adalah kelakuan "aneh" Jabatan Pendaftar Pertubuhan (RoS).
Lebih daripada 15 bulan telah berlalu sejak DAP menjalankan pemilihan semula, sebagaimana yang diarahkan oleh RoS, tetapi kes itu masih belum selesai.
Bagaimanakah kita boleh mengharapkan pelabur mempunyai keyakinan dalam pentadbiran "cekap" seperti yang ditunjukkan kepimpinan ini! Lima belas bulan telah berlalu tetapi RoS tidak dapat membuat keputusan mengenai kes DAP?
Bayangkan senario kes di mana seseorang pelabur telah berjaya, dan semuanya dilakukan mengikut undang-undang, tetapi tiba-tiba Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) melancarkan siasatan berdasarkan beberapa dakwaan yang direka-reka. Siapa yang akan melabur di sebuah negara yang berisiko?
The Malaysian Insider memetik setiausaha penganjur DAP, Anthony Loke sebagai mendesak RoS untuk menjadi lebih cekap dalam operasi dan pentadbirannya.
Beliau menambah: "Saya tertanya-tanya jika badan ini akan membuat keputusan mengenai kongres khas parti ini pada tahun lepas." 
Adakah anda berfikir bahawa Loke begitu mentah sehingga beliau tidak tahu sebab sebenar kelewatan RoS? 
Loke, anda dan rakyat Malaysia tahu mengapa RoS berdiam diri dan enggan membuat keputusan bagi menutup kes itu.
RoS adalah budak suruhan Umno yang menerajui Barisan Nasional. Jadi ia hanya melayani kepentingan tuan-tuan politiknya, bukannya rakyat dan negara Malaysia.
Read More / Baca Lagi >>

Geng Ustaz kesal dipantau PAS seperti PasMa

Posted: 16 Dec 2014 08:03 PM PST

Presiden Geng Ustaz (GU) Norazli Musa berkata, beliau terkejut apabila pertubuhan yang diketuainya itu dikaitkan dengan 'perseteruan' dengan NGO kontroversi Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (PasMa).

Beliau merujuk kepada keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Pusat PAS, Ahad lalu yang turut mengarahkan jawatankuasa khas diketuai Naib Presiden Salahudin Ayub, mengadakan pertemuan dengan mereka.

Keputusan itu turut dimaklumkan kepada setiausaha PAS negeri-negeri, melalui satu pekeliling yang ditandatangani oleh Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali kelmarin, yang turut memantau GU.

"Kita terkejut sebab keputusan mesyuarat itu adalah tentang PasMa, tetapi turut mengarahkan jawatankuasa khas bertemu Geng Ustaz.

"Saya rasa sedikit kesal kenapa kaitkan kami dengan PasMa. Kami tidak pernah pun bertemu atau berbincang dengan PasMa," kata Norazli (kiri) ketika dihubungi Malaysiakini.

Ketua Penerangan Dewan Ulama PAS Perak itu juga bagaimanapun menjelaskan, pihaknya bersedia untuk bertemu dan memberi kerjasama dalam pertemuan itu.

"Kita belum dapat apa-apa surat lagi tentang pertemuan itu. Apapun kita bersedia," katanya.

Misi 'dukung ulama'

Penggerak dan aktivis PasMA sebelum ini sudah beberapa kali membangkitkan persoalan kenapa hanya mereka sahaja yang menjadi mangsa "penguatkuasaan" PAS.

Read More / Baca Lagi >>

Mereka yang tidak berani kritik kerajaan sudah kena beli, dakwa Perkasa

Posted: 16 Dec 2014 08:01 PM PST

Perkasa mendakwa bekas pegawai tinggi kerajaan yang tidak mengkritik kerajaan sudah 'dibeli' menyebabkan "mereka diam membisu selepas bersara".
Ahli Dewan Tertinggi Perkasa Azrul Akmal Saharudin berkata demikian susulan kenyataan Naib Presiden Umno Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berhubung bekas Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Rashid Abdul Rahman kini berani mengkritik kerajaan kerana 'adalah benda dia tidak dapat'.
Rashid baru-baru ini meminta Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berhenti 'menipu' rakyat dan menjelaskan perkara yang sebenar berkaitan isu berbangkit dalam negara ini.

"Berhenti menipu rakyat dan buat kerja kamu. Beritahu kepada pemimpin Melayu berlaku jujur dan buat apa yang boleh."Kita ada kuasa, polis pun kuasa kita, semua kita punya, kuasa itu banyak. Power (kuasa), power.
"Tak usah kerajaan nak bohongi rakyat, dedahkan (perkara sebenar berkaitan isu negara)," katanya.
Susulan itu, Zahid berkata, Rashid berkata demikian kerana ada 'benda' yang dia tidak dapat.
Azrul Akmal berkata ini adalah bukti jelas serta pengesahan daripada seorang pemimpin tertinggi parti memerintah berjawatan menteri yang menunjukkan kegusaran rakyat ramai bekas penjawat awam berjawatan tinggi yang mendambakan 'benda'.
Beliau berkata, contohnya ialah projek besar, kedudukan dan menjadi pengarah syarikat milik kerajaan adalah berasas dan memerlukan tindakan tegas dan berkesan daripada kerajaan.
Katanya, kenyataan Zahid itu perlu diambil serius kerana ia menimbulkan tanda soal yang besar ke atas integriti bekas penjawat awam kanan.
Read More / Baca Lagi >>

Ada Berani: Srikandi PKR ajak Rosmah debat, lepas disiasat ikut Akta Hasutan

Posted: 16 Dec 2014 07:59 PM PST

Ketua Srikandi PKR Siti Aishah Shaik Ismail bersama peguamnya di luar Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya, pagi tadi ketika hadir memberi keterangan bagi membantu siasatan mengikut Akta Hasutan. – Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 17 Disember, 2014.Ketua Srikandi PKR Siti Aishah Shaik Ismail bersama peguamnya di luar Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya, pagi tadi ketika hadir memberi keterangan bagi membantu siasatan mengikut Akta Hasutan. – Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 17 Disember, 2014.Ketua Srikandi PKR Siti Aishah Shaik Ismail mencabar isteri perdana menteri Datin Seri Rosmah Mansor untuk berdebat berhubung isu Pusat Anak Permata Negara (Permata) susulan siasatan mengikut Akta Hasutan 1948 yang dikenakan kepadanya hari ini.
Aishah berkata, Rosmah boleh menghantar wakil Permata, atau Puteri Umno bagi membersihkan imej pusat berkenaan yang kini dicemari dakwaan berunsur politik.
"Selekeh-lekehnya beliau boleh menghantar Puteri Umno untuk berdebat bagi membersihkan imej Permata," kata Aishah kepada pemberita selepas disoal siasat di Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya, pagi tadi.

Ketika sesi soal siasat yang berlangsung kira-kira sejam itu, Aishah berkata, Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak bertanyakan soalan spesifik, sebaliknya pihak berkuasa itu dakwa seolah-olah cuba 'membenarkan' laporan polis yang dibuat terhadapnya.  "Mereka bertanyakan sama ada saya dibayar untuk mengeluarkan kenyataan berkenaan Permata.
"Soalan mereka tidak spesifik, dan bersifat ingin membenarkan apa yang dibuat dalam laporan polis, itu tuduhan yang agak keras daripada polis," katanya.
Read More / Baca Lagi >>

Pakistan begins painful task of burying its dead after school carnage

Posted: 16 Dec 2014 07:51 PM PST

Children massacred in Pakistan school attack

Posted: 16 Dec 2014 07:48 PM PST

Malala: 'Heartbroken' Over School Attack

Posted: 16 Dec 2014 07:47 PM PST

Sembang Santai Sore bersama Dr Daeng Sanusi Daeng Mariuk

Posted: 16 Dec 2014 07:45 PM PST

Najib lantik pemimpin Umno yang 'tidur' di Pulau Pinang - Khairuddin

Posted: 16 Dec 2014 07:43 PM PST

'Mustahil UMNO raih undi Cina di Pulau Pinang' - Khairuddin

Posted: 16 Dec 2014 07:40 PM PST

Pakatan perlu kembali tumpu isu kebajikan rakyat

Posted: 16 Dec 2014 06:58 PM PST

(Oleh Rafizi Ramli)

RafiziSaya sedia maklum perbezaan pendapat di dalam Pakatan Rakyat kebelakangan ini terutamanya yang melibatkan cadangan pembentangan rang undang-undang persendirian untuk membolehkan pelaksanaan hudud oleh Kerajaan Kelantan.
Walaupun perbezaan pendapat sebegini telah wujud sejak penubuhan Barisan Alternatif dalam tahun 1999 lagi, saya berpandangan keutamaan dan muafakat yang jelas perlu diberikan kepada isu-isu kebajikan rakyat yang mendesak terlebih dahulu. Ini termasuklah:
1. Kepayahan rakyat mengharungi beban sara hidup yang kian meningkat;
2. Skandal rasuah dan penyelewengan yang mengakibatkan peruntukan rakyat dipotong;
3. Kemelut ekonomi yang melanda rakyat menjelang 2015;
4. Manipulasi agama dan perkauman untuk mengekalkan Umno/Barisan Nasional; dan
5. Salahguna undang-undang untuk menyekat suara rakyat.
Oleh yang demikian, saya menyeru supaya semua pimpinan Pakatan Rakyat kembali kepada perjuangan membela kebajikan dan kepentingan rakyat bersabit isu-isu yang mendesak seperti yang disenaraikan. Keutamaan ini bukan sahaja telah menjadi amanah rakyat kepada kita tetapi strategi paling berkesan untuk menumpaskan Umno Barisan Nasional.
Saya telah memohon Sekretariat Pakatan Rakyat untuk mendapatkan draf enakmen yang bakal dibentangkan oleh Kerajaan Kelantan dengan segera. Ini bagi membolehkan KEADILAN dan pimpinan Pakatan Rakyat yang lain menilai sendiri cadangan Kerajaan Kelantan itu sebelum sebarang komentar lanjut dibuat.
Oleh itu, saya menasihati pimpinan KEADILAN supaya berhati-hati di dalam membuat kenyataan mengenai polemik ini supaya tidak mengeruhkan lagi keadaan. Sebarang keputusan dan pendapat mengenai polemik ini perlulah merujuk kepada keputusan Majlis Presiden Pakatan Rakyat.

PR akan selesaikan isu hudud secepat mungkin - Nurul

Posted: 16 Dec 2014 06:50 PM PST


Nurul Izzah Anwar  

SHAH ALAM – PR akan segera menyelesaikan kemelut yang berlaku antara Pas dan DAP berhubung isu hudud yang menjadi pertikaian antara dua parti itu.

Naib Presiden PKR,  Nurul Izzah Anwar berkata,  PR akan mengadakan mesyuarat dalam tempoh terdekat bagi membincangkan hal itu.

Beliau berkata, mesyuarat itu akan dipengerusikan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim sendiri dalam minggu ini.

"Kita juga akan keluarkan kenyataan media dalam tempoh terdekat berhubung isu ini," katanya semalam selepas hadir menyerahkan petisyen bantahan terhadap pentadbiran Universiti Malaya (UM) berhubung tindakan kepada tujuh pemimpin pelajar dikenakan tindakan disiplin.

Ketika ditanya mengenai pendirian PKR berhubung isu itu, Nurul Izzah enggan mengulas lanjut dan mengulangi kenyataannya yang perkara itu akan dibincangkan dalam mesyuarat PR.
Read More / Baca Lagi >>

Wira PERKASA jumpa Pemuda PAS cari titik persamaan

Posted: 16 Dec 2014 06:49 PM PST


Sayap pemuda kumpulan pendesak Melayu, Wira PERKASA dijadual mengadakan pertemuan dengan Dewan Pemuda PAS bagi mencari "titik persamaan" antara mereka.
 
Pertemuan itu dijangka berlangsung di Pejabat Agung parti itu di ibu negara petang ini.
 
Setiausaha Dewan Pemuda PAS, Abang Ahmad Kerdee Abang Masagus ketika dihubungi Malaysiakini, mengesahkan perkara itu.
 
Bagaimanapun beliau menjelaskan, kehadiran sayap PERKASA itu hanya sebagai kunjungan hotmat ke atas mereka.
 
"Ya, kita menerima surat dari mereka yang mahu membuat kunjungan hormat kepada Dewan Pemuda PAS.
 
"Dan kita bersedia menerima kunjungan mereka," katanya.
Read More / Baca Lagi >>

Tahaluf siyasi pakatan pembangkang terbatal - Nasrudin Tantawi

Posted: 16 Dec 2014 06:29 PM PST


KUALA LUMPUR  - Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Nasruddin Hassan menegaskan penolakan hukum hudud oleh DAP akan menyebabkan tahaluf siyasi dalam pakatan pembangkang terbatal kerana jika Pas mengabaikan dasar itu, hukumnya adalah haram.
Menurut beliau, tahaluf siyasi bukanlah sebuah parti yang mempunyai satu ideologi sebaliknya kerjasama itu adalah berkait dengan tindakan politik yang dipersetujui bersama tanpa mengganggu hak dan dasar perjuangan masing-masing.
Katanya, kerjasama tersebut hanyalah dalam urusan kepentingan bersama membabitkan aspek politik untuk menolak kezaliman, penindasan, rasuah, penyelewengan, salah guna kuasa dan pelbagai lagi tanpa melepasi dasar perjuangan parti.
"Jika DAP buat syarat pakatan pembangkang mestilah tanpa pelaksanaan Islam dan syariatnya, dan menegaskan bahawa Pas tidak boleh melaksanakan syariat Islam termasuk hudud, maka pada saya, syarat dan penegasan yang DAP buat itu membatalkan syarat tahaluf, tiada ertinya lagi tahaluf siyasi ini.
"Jika dasar parti terhalang untuk ditunai dan dilaksana dengan kerjasama ini, maka tahaluf ini batal. Malah tidak keterlaluan kalau saya nyatakan hukumnya adalah haram," katanya dalam wawancara yang dipetik daripada portal Malaysia Transform di sini hari ini.
Beliau yang berada di Mekah mengulas perkembangan terkini dalam pakatan pembangkang berikutan beberapa siri serangan terbuka oleh pemimpin DAP termasuk daripada Lim Guan Eng sendiri, khususnya berhubung isu hudud dalam Persidangan Kebangsaan DAP 2014 kelmarin.
Guan Eng dalam nada kerasnya mendesak pakatan agar memuktamadkan pendirian untuk tidak melaksanakan hukum hudud jika pembangkang berjaya memenangi pilihan raya umum akan datang, kononnya perkara itu adalah aspirasi daripada penyokong pembangkang.
Read More / Baca Lagi >>

Tangguh GST, sidang parlimen tergempar Bajet 2015

Posted: 16 Dec 2014 06:23 PM PST

KUALA LUMPUR: Dengan suasana ekonomi yang tidak menentu dengan kejatuhan mendadak nilai Ringgit, harga minyak, bursa saham, harga getah dan sawit, sudah sampai masa rakyat mendesak kerajaan untuk menangguhkan perlaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST).
Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, GST tidak wajar dilaksanakan dalam keadaan ekonomi tidak menentu kerana tiada yang dapat menjangkau impaknya pada kehidupan seharian dan ekonomi negara, lebih-lebih lagi dalam krisis ekonomi.
Katanya, kerajaan tidak harus memperjudikan nasib negara dan rakyat di 2015 dengan perlaksanaan GST yang bakal melonjakkan inflasi di dua tahun pertama perlaksanaannya sebagaimana yang berlaku di China, Singapura dan juga Australia berdasarkan laporan "2H2014 Economic Outlook: External Positives Amidst Domestic Challenges".

Menuutnya, perniagaan dan rakyat perlu diberikan ruang yang lebih selesa dan menentu untuk menghadapi krisis ekonomi yang kian nyata.

"Solusi jangka pendek boleh diwujud dengan menangguhkan perlaksanaan GST," ujarnya dalam satu kenyataan.
Dalam pada itu, ujar beliau rakyat perlu mendesak Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak untuk memanggil satu sidang parlimen tergempar untuk memperincikan semula Bajet 2015 yang diluluskan berdasarkan pendapatan negara yang tidak menepati realiti semasa masa kini.

Tambahnya, antara butiran yang penting yang perlu diperincikan termasuklah:

Read More / Baca Lagi >>

Gantung mahasiswa: 33 mangsa AUKU perlu bersatu

Posted: 16 Dec 2014 06:07 PM PST

KEENGGANAN pihak Universiti Malaya melayan tuntutan mahasiswa yang memenuhi kawasan Universiti agar menggugurkan segala hukuman ke atas tujuh pelajar mereka serta menghalang penyerahan memorandum daripada beberapa ahli parlimen yang menuntut perkara sama seharusnya menyebabkan semua mahasiswa yang menentang ketidakadilan dalam Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU), khsususnya 33 mangsa AUKU supaya bersatu.

Penyerahan memorandum semalam adalah kemuncak terhadap tuntutan mahasiswa supaya hukuman yang dikenakan terhadap mereka melalui AUKU ditarik balik. Hal ini kerana hukuman itu jelas bercanggah dengan prinsip perlembagaan negara.

Kesemua aktivis mahasiswa yang pernah dikenakan AUKU seharusnya kembali segar memperjuangkan semula pemansuhan akta yang banyak mengekang mengekang pergerakan mereka sebelum ini.

Kita tidak boleh berjuang separuh jalan. Ramai antara kita yang apabila dikenakan AUKU terus hilang daripada perjuangan. Sedangkan tanpa kita sedari ini, satu lagi peluang keemasan untuk mencabar AUKU pada peringkat tertinggi bagi membuktikan hukuman yang dikenakan terhadap kesemua bekas mangsa AUKU adalah tidak sah dan tidak adil.

Saya ingin mengingatkan kembali kepada 15 rakan-rakan dari Universiti saya sendiri yang pernah dikenakan AUKU tahun lalu agar bangkit daripada tidur yang lena supaya penguasa di atas sana tidak terus leka terhadap tuntutan mahasiswa.
Read More / Baca Lagi >>

Khairuddin kata Najib lantik pemimpin 'tidur' di Pulau Pinang

Posted: 16 Dec 2014 06:04 PM PST


Naib Ketua Umno Batu Kawan, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan memberi amaran yang BN berhadapan kemungkinan kalah lebih teruk dalam pilihan raya akan datang.

Ini kerana pemimpin negeri yang dipilih Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak melantik pemimpin-pemimpin yang "tidur".

Dalam wawancara dengan Malaysiakini, beliau secara terbuka menggesa agar Pengerusi Umno Pulau Pinang, Datuk Zainal Abidin Osman ditukar.

"Kita meninggalkan vakum kerana pemimpin-pemimpin tertingi peringkat negeri, ramai yang masih tidur.

"Sebab itulah dalam perjuangan saya, Pengerusi Umno Pulau Pinang, Datuk Zainal Abidin harus ditukar.

"Beliau tidak proaktif, tidak turun ke akar umbi, tidak jumpa rakyat jelata di peringkat akar umbi seperti mana kami lakukan.

"Ini orang yang tewas, duduk sebagai pengerusi perhubungan Umno negeri. Apabila beliau beri arahan, apa pemimpin-pemimpin lain akan kata?

"Dia pun kalah, kita hendak dengar cakap dia buat apa? " katanya.

Beliau turut melahirkan kekecewaannya dengan tindakan Najib melantik Datuk Teng Chang Yeow sebagai pengerusi BN negeri.

"Ini kelemahan Datuk Seri Najib. Pengerusi BN letak Teng Chang Yeow, orang yang dua kali kalah (pilihan raya umum).

"Apa kita ketandusan, tidak mempunyai pemimpin-pemimpin lainkah?

Read More / Baca Lagi >>

Gurindam Seloka Penghibur Lara

Posted: 16 Dec 2014 04:21 PM PST

A Kadir Jasin
LAMA sudah kita tidak berseloka. Melepas rindu mengubat duka. Dalam Malaysia kita, Tanah Melayu tercinta, macam-macam ada.
Abdul Rashid Abdul Rahman orang terbuka. Kalau bercakap jelas dan nyata. Kepada pemerintah dia berkata, cakaplah benar jangan berdusta. Maka murkalah para pembesar. Kerana peluru terkena sasar.
Itulah juga yang saya katakan. Khabar baik jangan diada-adakan. Berita buruk jangan disembunyikan. Rakyat jelata tidak bangang. Merekalah yang rasa susah dan senang.
Harga getah jatuh merudum. Pekebun kelapa sawit pun dah lama tak senyum. Penanam pada lebih-lebihlah lagi.
Dari dulu sampai kini. Kais pagi makan pagi. Sampaikan Felda Global pun dah mula rugi.
Ramai dok kutuk Ibrahim Ali. Melayu Cina kepadanya tabur benci. Mengata mengumpat berguni-guni. Tapi nak jawab hujah dia, tak berapa mengerti.
Kalau Tok Him satu duit tak guna, pasal apa puluh ribu Melayu ikut dia? Dia bukan ada kuasa. Dia pun bukan orang kaya. Dia tak bagi Bantuan Rakyat 1Malaysia. Tapi orang totok serta profesor, berduyun-duyun ikut dia.
Cakap Tok Him orang ramai peduli. Sebab dah tak percaya YB dan Menteri. Jadi jangan dok asyik nak perli-perli. Silap-silap YB hilang kerusi sebab rakyat tak undi.
PM pun kenalah berhati-hati. Jangan dok asyik nak pergi bercuti. Sambut tahun baru di luar negeri. Ada orang dia kata, belum tentu PM bercuti di luar negara. Masih berfikir dan berkira-kira. Sebab blogger dah mula tanya.
Berkenaan Mukhriz saya tak terkejut. Jawatan dalam MKT dah kena lucut. Dengar cerita di Kedah serabut. Sesama Umno depa dok berebut. Tapi orang PM kata, cerita itu fitnah semata-mata. Dalam MKT Mukhriz masih ada.
Mukhriz rampas Kedah dari Pas. Takkanlah jawatan dia mereka nak rampas? Kalau Presiden buat juga, nampak dia cari bahaya. Silap-silap Kedah Pas tawan semula. Jadi fikirlah sebelum buat apa-apa.
Read More / Baca Lagi >>

Khazanah batal pertemuan dengan Jentayu bincang tawaran beli PMB untuk selamatkan MAS

Posted: 16 Dec 2014 04:00 PM PST

Pengarah Urusan Jentayu Feriz Omar berkata pertemuan dengan Khazanah Nasional Bhd tentang pembelian PMB dibatalkan atas permintaan Khazanah Nasional. – Gambar fail The Malaysian Insider, 16 Disember, 2014.  
Pengarah Urusan Jentayu Feriz Omar berkata pertemuan dengan Khazanah Nasional Bhd tentang pembelian PMB dibatalkan atas permintaan Khazanah Nasional. – Gambar fail The Malaysian Insider, 16 Disember, 2014.

Pertemuan antara Jentayu Danaraksa Sdn Bhd dan Khazanah Nasional Bhd berhubung cadangan Jentayu untuk membeli Penerbangan Malaysia Bhd (PMB) dan menukarkannya menjadi syarikat pajakan pesawat global dibatalkan.
Jentayu memberitahu media semalam ia sepatutnya membentangkan cadangan janji niaga bernilai RM8.75 bilionnya sebagai usaha untuk menyelamatkan Malaysia Airlines (MAS) yang dibebani hutang itu kepada cabang pelaburan negara tersebut pada 5 petang hari ini.
Pengarah Urusannya, Feriz Omar berkata pertemuan itu dibatalkan atas permintaan Khazanah Nasional.

"Kami kecewa kerana masa depan MAS, terutamanya nasib 6,000 pekerja dipertaruhkan," katanya kepada Bernama. Feriz berkata Khazanah Nasional tidak pernah memberikan peluang kepada Jentayu untuk menjelaskan cadangan tersebut.
"Sekarang, kami hanya menunggu mereka menulis secara rasmi kepada kami berhubung pembatalan itu," katanya.
Read More / Baca Lagi >>

Hasil kajian penurunan ringgit diumum Januari..!!

Posted: 16 Dec 2014 03:50 PM PST

Bank Negara Malaysia dan kerajaan dijangka mendedahkan hasil kajian bersama berhubung kesan penurunan ringgit pada pertengahan Januari depan, demikian menurut Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed.
Sejak enam bulan lalu, mata wang ringgit telah mengalami penyusutan berbanding dolar Amerika akibat kejatuhan harga minyak mentah serta unjuran pertumbuhan ekonomi serta perolehan kerajaan yang semakin lemah.
Bagaimanapun menurut Mustapa, ekonomi Malaysia masih lagi kukuh.
"Asas kita masih kukuh dan tidak perlu untuk terburu-buru," katanya ketika diminta mengulas mengenai kajian komprehensif yang dilakukan oleh kementeriannya, Kementerian Kewangan dan Unit Perancangan Ekonomi berserta Bank Negara Malaysia.
Tambah beliau, tiada apa yang perlu dirisaukan pada tahun ini kerana cabaran sebenar adalah pada 2015.
Ini termasuk perbelanjaan kerajaan kerana Malaysia selaku pengimport minyak mentah bersih turut menerima tempias akibat pengurangan pendapatan hasil daripada eksport minyak.

Ujian penipuan bagi PM, Kabinet dan juga ahli politik

Posted: 16 Dec 2014 03:42 PM PST

Oleh Hazlan Zakaria
Dari hanya memperkenalkan ujian poligraf rawak bagi membasmi rasuah dalam perkhidmatan awam, mengapakah perkara yang sama tidak dilakukan untuk Perdana Menteri, Kabinetnya, lantikan politiknya dan semua ahli-ahli politik?
Lagipun, bukan hanya pegawai-pegawai perkhidmatan awam yang membuat duit atas angin kerana menjadi orang atasan; kadang-kadang ahli-ahli politik juga mengkhianati amanah, wang dan mandat rakyat.
Saya pada mulanya tertarik dengan cadangan presiden Transparency International-Malaysia, Datuk Akhbar Satar untuk memulakan ujian dusta atau ploligraf rawak kepada perkhidmatan awam, sebagai satu cara untuk membasmi rasuah. 
"Jika anda beritahu pegawai-pegawai kerajaan yang ujian polygraph mungkin akan dijalankan sekali atau dua kali setahun, pada tarikh yang tidak didedahkan, mereka akan berfikir dua kali sebelum mereka melakukan jenayah itu," Akbar dipetik sebagai berkata oleh The Post Rakyat.
Seperti yang dijelaskan artikel itu, Akbar berkata ujian polygraph rawak akan memastikan pegawai-pegawai jujur dan mungkin menghalang mereka daripada melakukan jenayah kolar putih, yang katanya menyumbang paling banyak kepada kebocoran kewangan negara.
Kebanyakan jenayah itu, menurut pendapat presiden NGO pemantau kerajaan itu, didorong oleh kepercayaan bahawa mereka tidak akan tertangkap, dan jika kepercayaan ini dipatahkan ia akan menyaksikan lapan daripada 10 pesalah yang berpotensi mengelak dari melakukannya.
Sebagai perbandingan, Akbar menyebut bahawa Singapura yang katanya sangat percaya terhadap ujian poligraf konsisten mengungguli senarai negara yang paling kurang korup di dunia, berada di tangga No 5 Indeks Persepsi Rasuah TI baru-baru ini, manakala Malaysia beradap pada kedudukan 50.
Artikel ini memetik bekas-bekas pegawai penyiasat polis yang memuji kebaikan poligraf, yang katanya telah 98 peratus terbukti di peringkat antarabangsa sebagai alat untuk memerangi rasuah dan mempercepatkan siasatan polis.
Read More / Baca Lagi >>

Apakah rancangan Najib untuk kekang kehilangan dana?

Posted: 16 Dec 2014 03:35 PM PST

Oleh K Kabilan
Malaysia kerugian sebanyak AS$48.93 bilion (RM171 bilion) melalui wang haram pada tahun 2012, menurut kumpulan anti-rasuah antarabangsa Global Financial Integrity (GFI) dalam sebuah laporan yang dikeluarkan pada 15 Disember. Pada tahun 2011, Malaysia kerugian modal melalui saluran tidak sah sebanyak AS$54.1 bilion (RM188 bilion).
Laporan itu juga mendedahkan bahawa jumlah yang terkumpul daripada aliran keluar wang haram dari Malaysia dari 2003 hingga 2012 adalah berjumlah AS$394.87 bilion, atau kerugian RM1.3 trilion pada kadar pertukaran hari ini iaitu RM3.50 untuk satu dolar. Rata-rata, kita telah kehilangan AS$39.49 bilion (RM138 bilion) setiap tahun bagi 10 tahun yang lalu.
Kita kini berada di tempat kelima dalam senarai 151 negara-negara membangun dan baru muncul, di belakang China, Russia, Mexico dan India, memudahkan jenayah, rasuah, dan pengelakan cukai melalui aliran keluar wang haram ini. Kita juga telah menduduki tempat keempat pada 2011. 
Walaupun seolah-olah ada sedikit peningkatan – kira-kira AS$7 bilion, ini bukanlah sesuatu yang rakyat Malaysia boleh banggakan. Kita kehilangan wang dalam skala besar, dan kita telah kehilangan sejumlah wang yang besar selama bertahun-tahun. 
Berdasarkan laporan GFI ini, jumlah kerugian kita kepada aliran haram ialah AS$19.7 bilion pada tahun 2002. Ia meningkat kepada AS$35.2 bilion pada tahun 2005. Empat tahun kemudian, pada tahun 2009, ia berjumlah AS$34.5 bilion. Ia kemudian melompat mendadak kepada AS$64.5 bilion pada tahun 2010.
Read More / Baca Lagi >>

Sisi pandang seorang mahasiswa

Posted: 16 Dec 2014 03:29 PM PST

Oleh Wan Aiman Khudzri
Dalam menilai isu UM8, ada beberapa perkara yang kita setuju, dan beberapa perkara kita agree to disagree. Yang pasti, semua yang berlaku ada sebabnya. Pastinya kalau pentadbiran Universiti Malaya (UM) memudahkan urusan mahasiswa UM untuk buat pidato Datuk Seri Anwar Ibrahim di dalam UM secara aman rasanya perkara sebegini tidak akan berlaku sama sekali.
Mengapa perlu disekat? Adakah disebabkan kita berlainan ideologi, kita sekat mahasiswa daripada hadir ceramah pembangkang. Risau undi berkurang? Risau digulingkan? Mengapa perlu disekat percambahan idea? Kalau ianya memberi produktiviti kepada negara bagaimana? Bukankah bagus? Apa yg berlaku sekarang jelas, satu hak dinaikkan, satu hak disekat. Di mana keadilan? Di mana kebebasan akademik? Di mana demokrasi?
Semua menilai mahasiswa. Ya benar, ada beberapa tindak laku mahasiswa yang salah. Kenapa? Kerana tidak ada pihak "autoriti" yang mahu mendampingi mahasiswa. Duduk semeja berbincang. Buat satu sesi melayan karenah mahasiswa yang unik ini. Tidak ada yang mahu dengar suara mahasiswa. Hak mahasiswa diambil. Lantas atas dasar mengembalikan keadilan, menuntut hak, mahasiswa bersolidariti untuk kembalikan hak. Sekali lagi, pentadbiran berpendekatan defensif dan lawan. Masakan mahasiswa tidak bangkit?

Apa yang kita tidak setuju, pendekatan mahasiswa dalam satu-satu isu. Tapi, hendak buat macam mana, cakap baik-baik, dihalang. Dinafikan hak. Jadi untuk create pressure, mahasiswa buat satu tindakan di luar moral adab kesusilaan bangsa Malaysia, agar suara mereka didengari. Mahasiswa ingin suara dan pendapat mereka didengar. Cuba kalau pendapat mahasiswa didengari? Yang mana baik itu diterima dan diluluskan? Berlaku tidak peristiwa yang havoc satu Malaysia sekarang? Kita risau apa yang berlaku kini; mahasiswa adalah pemimpin masa depan negara malah dunia. Mahasiswa terdiri daripada pelbagai latar belakang. Ada gamers, ada artist, buat bisnes, terlibat dalam aktivisme, sehinggalah ke tahap pemimpin mahasiswa. Masing-masing punya upaya masing-masing. Kalau mahasiswa tidak bangunkan kemahiran selaras dengan pengajian; belajar untuk pimpin kampus, belajar untuk sibuk, belajar untuk menyuarakan pendapat, belajar untuk bertoleransi, belajar bagaimana untuk berbeza pendapat, belajar bagaimana kembalikan hak, lantas, sejarah yang sama akan berulang.
Read More / Baca Lagi >>