Followers

Nuffnang

Dialog Dewasa Kritik Berasa

0

Posted by Unknown | Posted on 11:42 PTG | Posted in

sumber :-

Dialog Dewasa Kritik Berasa


ANWAR GAGAL TIKAM BELAKANG HADI, MAT SABU KENA TUNGGU LAGI

Posted: 14 Dec 2014 09:15 PM PST

Tuntutan Saman Shamsul telah ditolak dengan kos. Kos mahkamah, kos peguam Shamsul dan kos peguam Hj Hadi semuanya Shamsul kena bayar. Ini satu kemenangan kepada Hj Hadi sebaliknya kumpulan yang hendak menjatuhkan Hj Hadi melopong dan menggigit jari.

Keputusan kes perbicaraan saman fitnah 'pil kuda' oleh Syamsul terhadap Hj Hadi telah ditolak dengan kos RM10,000.00. 


Mahkamah putuskan ucapan itu mengandungi unsur fitnah tetapi ia dilindungi oleh qualified privilege

Mahkamah juga putuskan bahawa Plaintif telah gagal membuktikan kata-kata itu sebagai merujuk kepada plaintif.

Mat Sabu nampaknya kena tunggu lagi lama...

ANWAR GUNA KUASA VETO TENTUKAN MESYUARAT PR

Posted: 14 Dec 2014 07:31 PM PST



Ketua Umum PKR Anwar Ibrahim dalam sidang medianya semalam mengakui kerisauan Penasihat DAP, Lim Kit Siang tentang kelewatan Mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat telah disampaikan kepada Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

"Lim Kit Siang mengambil kira tentang kelengahan Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat mengadakan mesyuarat.

"Saya telah sampaikan makluman ini kepada YB Datuk Seri Hadi Awang supaya (beliau dapat) menetapkan tarikh pertemuan dalam masa singkat terutamanya awal Januari untuk kita memperbaiki..dan meneruskan dengan program dan agenda Pakatan Rakyat," kata Anwar.

Kenyataan terbaharu Anwar itu konsisten dengan beliau yang dilaporkan Sinar Harian pada 5 November lalu yang berkata, selepas ini beliau akan memberi notis peringatan yang baik supaya Hadi dapat mengambil bahagian dalam setiap mesyuarat bersama PR.

"Mungkin selepas ini kita akan beri notis (peringatan) yang baik, mesyuarat seterusnya kita akan pastikan tarikhnya lebih sesuai buatnya, saya pasti dia boleh hadirinya.

"Kita sentiasa berunding dengan pemimpin parti PR untuk menetapkan tarikh supaya sesuai dan selesa kepada mereka," katanya.

Sebelum ini, Anwar memilih tarikh 27 Oktober sebagai Mesyuarat PR, iaitu sehari sebelum beliau menghadapi perbicaraan kes liwatnya di Mahkamah Persekutuan di Putrajaya.

Pemilihan tarikh itu menyebabkan Hadi tidak hadir kerana beliau perlu berada di Kuala Terengganu untuk menghadapi kes saman PKR terhadap dirinya di Mahkamah Tinggi negeri itu.




Facebooker pro PAS, Roslan Abdullah pernah mengkritik kuasa veto Anwar dalam penentuan mesyuarat PR itu.

"Tahukah anda mesyuarat dibuat biasanya tergesa-gesa ikut kemahuan Anwar Ibrahim, sedangkan Tuan Guru Haji Hadi ada jadual asal yang disusun.

"Mesyuarat pula lebih kepada mengesahkan apa yang Anwar mahu sahaja," kritiknya.



Pasukan transformasi DS @NohOmar yang akan selamatkan Selangor dari kerakusan Pakatan Rakyat. @NajibRazak

Posted: 14 Dec 2014 05:00 PM PST

Baru sahaja menyandang jawatan Menteri Besar Selangor namun Azmin Ali telah terpalit dengan berbagai-bagai kontroversi negatif yang bakal menggugat kredibiliti beliau. Adakah Azmin Ali akan menjadi Menteri Besar Selangor yang paling pendek masa perkhidmatannya. Sama-sama lah tunggu adengan penuh kontroversi dalam Pakatan Rakyat di Selangor.

"PECAH AMANAH DAN SALAH GUNA KUASA OLEH AZRI BIN KHAIRUDDIN
: LAPORAN POLIS

MUHAMMAD HILMAN BIN IDHAM, SETIAUSAHA SULIT AHLI PARLIMEN GOMBAK / KETUA STAFF KEPADA AHLI PARLIMEN GOMBAK DAN AHLI DEWAN NEGERI BUKIT ANTARABANGSA MEMBUAT LAPORAN TERHADAP KAKITANGANNYA IAITU NASRUL AZRI BIN KHAIRUDDIN.

BELIAU MERUPAKAN PEMBANTU TADBIR (KERANI KAWASAN) KEPADA AHLI PARLIMEN GOMBAK DAN AHLI DEWAN NEGERI BUKIT ANTARABANGSA.

MUHAMMAD HILMAN BIN IDHAM MENGESYAKI BELIAU TELAH MELAKUKAN PECAH AMANAH DAN SALAHGUNA KUASA DENGAN MEMALSUKAN TANDATANGAN AHLI DEWAN NEGERI BUKIT ANTARABANGSA BAGI KELULUSAN PENGELUARAN PERUNTUKAN AHLI DEWAN NEGERI BUKIT ANTARABANGSA KEPADA PEJABAT DAERAH DAN TANAH HULU LANGAT SEBANYAK 8 KALI.

BUTIR-BUTIR PENGELUARAN ADALAH SEPERTI BERIKUT :-

24 FEBRUARI 2014 : BAYARAN RM 10,500.00 KEPADA DOMINANT BEST SERVICES SDN.BHD
24 FEBRUARI 2014 : BAYARAN RM 7500.00 KEPADA DOMINANT BEST SERVICES SDN.BHD
26 MEI 2014 : BAYARAN RM 20,000.00 KEPADA KG PRIMA RESOURCES
26 MEI 2014 : BAYARAN RM 19,100.00 KEPADA DOUBLE N SUPPLY & SERVICES
26 MEI 2014 : BAYARAN RM 19,100.00 KEPADA DOUBLE N SUPPLY & SERVICES
26 MEI 2014 : BAYARAN RM 10,500.00 KEPADA SHINY KLEEN SERVICES
16 JULAI 2014 : BAYARAN RM 17,500.00 KEPADA DOUBLE N SUPPLY & SERVICES
16 JULAI 2014 : BAYARAN RM 15,500.00 KEPADA SHINY KLEEN SERVICES

KES SEDANG DALAM SIASATAN POLIS

Seorang pembaca telah mengirimkan emel berhubung kes terbaru penyelewengan wang rakyat yang melibatkan MB Selangor. Selepas skandal makan aiskrim dalam tandas, kini Kerajaan Pakatan pembangkang terjebak lagi dengan masalah salah guna kuasa terbaru.

Mengapa ini semua berlaku? Semuanya kerana UMNO Selangor lemah dan tidak mendapat sokongan padu. Pasukan yang sepatutnya bersepadu menyerang pakatan pembangkang berpecah belah kepada beberapa puak sebelum ini dan bergaduh sesama sendiri. Maka bermaharajalelalah mereka ini semua (pakatan pembangkang) mengaut licin kantung wang rakyat Selangor!

Sebab itulah PM berulang kali menegaskan kepentingan untuk SOLIDARITI dalam UMNO Selangor jika mahu mengembalikan Selangor ke pangkuan BN. DS Noh Omar pun sudah dipilih sebagai pemimpin No 1 BN Selangor. Maka siapakah pula yang akan menjadi pasukan elit teras beliau yang akan bersama merangka strategi untuk menggempur kerakusan pakatan pembangkang di negeri tersebut?!!




DATO' HJ. ZEIN ISMA BIN HJ. ISMAIL, DSIS. DSM.
Umur : 54 tahun (16 November 1960).
Anugerah : Darjah Sultan Sarifuddin Idris Shah (DSIS). 2008.
Darjah Mulia Seri Melaka (DMSM). 2002.
Darjah Seri Melaka (DSM). 2000.

Pendidikan :

1. 1991. Associate Member Society Of Actuaris, Chicago USA.
2. 1990. Master Of Science in Finance/Insurance.  
    Univ. Of Hartford, Hartford, Connecticut, USA.
3. 1985. Master Of Science In Mathematics.
    Univ. Of Connecticut, Storrs, Connecticut, USA
4. Bachelor Of Science In Actuarial Science (with Honours)
    UiTM.

Kerjaya : Ahli Perniagaan.

Facebook: https://www.facebook.com/datozeinisma.ismail
Twitter: https://twitter.com/datozeinisma




Tuan Haji Nasarruddin bin Dato' M Zin (anak jati Pelabuhan Klang) 

Karier: 

1) Ketua UMNO Bahagian Klang 

2) Ahli Lembaga Pelawat Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang bagi penggal         2011 - 2013. 
3) Ahli Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) negeri Selangor.

Pendidikan: 

Sek Men Dato Hamzah Pel Klang (1977)

CSU Sacramento, California: Class of 1988 · Business Administration/Management · Sacramento, California

Facebook: https://www.facebook.com/nasarruddin.zin



Ir. Kamaruzzaman Johari

Karier:

1) Ketua UMNO Bahagian Kota Raja, Selangor. 

2) Jurutera Awam dan mempunyai Ijazah Sarjana Muda dalam Kejuruteraan Awam dari University Of The Pacific, Stockton, California, USA.

Blog: http://ubkr.blogspot.com/
Facebook : https://www.facebook.com/kj6337
Twitter: https://twitter.com/kj6337642



Dato' Sulaiman Bin Mohd Karli

Karier: Ketua UMNO Bahagian Kuala Langat

Tarikh lahir: 12 Jun 1958

Facebook: https://www.facebook.com/sulaimankarli
                  https://www.facebook.com/sulaimanmohdkarli?fref=ts

Blog: http://umnokualalangat.blogspot.com/



Azhari Shaari

Karier:

1) Ketua UMNO Bahagian Shah Alam, Bekas Ketua Pemuda UMNO Bahagian Shah Alam

Blog: http://azharishaari.blogspot.com/
         http://umnobahagianshahalam.blogspot.com/

Facebook: https://www.facebook.com/AzhariShaariOfficial

Twitter: https://twitter.com/AzhariShaari




Datuk Hj Yusoff HM Haniff (Aktivis bandar)

Karier:

1) Ketua UMNO Bahagian Kelana Jaya
2) Ahli Lembaga Amanah Ikhtiar Malaysia

Facebook: https://www.facebook.com/hajiyusoff.hmhaniff




YB Tuan Budiman Mohd Zohdi (BUDI) 

Anak jati Sungai Limau, Sungai Besar, Selangor.

Karier:

1) Pengerusi Majlis Belia Daerah Sabak Bernam.  
2) Ijazah Sarjana (Master) dalam bidang komunikasi dari Universiti Kebangsaan Malaysia 
3) Pengerusi Majlis Belia Selangor Daerah Sabak Bernam 
4) Ketua Pemuda UMNO Bahagian Sungai Besar. 
5) Naib Presiden MAYC Kebangsaan. 
6) Aktivis Mahasiswa Pertengahan 90'an. 
7) Telah menulis 3 buah buku: Pengucapan Awam, Taman Rohani dan Mesyuarat itu Mudah. 
8) Menulis rencana berkaitan isu belia di akhbar-akhbar utama. 
9) Penerima anugerah Belia Negara peringkat Negeri Selangor kategori kepimpinan 
   mengasaskan Program Komuniti Belia Jom Berubah (Sumber: Jawa Bernam)

Blog: http://mindabudiman.blogspot.com/
Facebook: https://www.facebook.com/BudimanMohdZohdi
Twitter: https://twitter.com/BudimanZohdi

Inilah pasukan teras DS Noh yang dikatakan mampu untuk mengembalikan kegemilangan BN di Selangor. Apa yang lebih penting adalah, ketujuh-tujuh tokoh ini perlu memperhebatkan engagement mereka bersama rakyat akar umbi, bukan sahaja secara fizikal, tetapi dalam konteks negeri maju seperti Selangor ini, dalam bentuk media sosial juga.

Apa jua pendapat anda berkenaan senarai di atas ini, seharusnya peluang diberikan kepada DS Noh Omar dan pasukannya untuk membuktikan keupayaan mereka menyelamatkan kembali Selangor daripada cengkaman cauvinis DAP dan kerakusan pemimpin pakatan pembangkang. Insyallah dengan solidariti yang lebih kukuh di kalangan ahli dan penyokong, Selangor akan kembali bersama BN!

* Dijemput kepada para pembaca untuk melengkapkan lagi biodata para pemimpin di atas.

LIM GUAN ENG BALUN HABIS-HABISAN: NO WAY HUDUD JIKA PR MENANG PRU14

Posted: 14 Dec 2014 04:20 AM PST


Kemarahan Lim Guan Eng semasa AGM DAP tadi, apatah lagi dengan Ketiadaan seorang pun Pemimpin Kanan PAS. Lim Guen Eng mengambil kesempatan membalun habis-habisan parti PAS dengan berkata, "Jika kita menang PRU14, No Way Hudud !".

Kepada pemimpin-pemimpin PAS yang masih menahan kentut masing-masing dalam PR, dengar baik-baik kata-kata LGE, "Jika DAP menang PRU14, No Way Hudud!!!".

Dalam pada itu, Tahniah diucapkan kepada Menteri Besar Kelantan, TG Presiden, TG Timbalan Presiden dan Nik Aziz kerana akan membuat Persidangan KHAS DUN Kelantan pada 29 Disember 2014 untuk membawa Bill Hudud ke Parlimen.

Teruskan, biarkan si Lim Guan Eng mabok dengan kemarahannya.

Gaya Peneroka

0

Posted by Unknown | Posted on 11:30 PTG | Posted in

sumber :-

Gaya Peneroka


KEMELUT DALAM FELDA - TAK PASTI BENAR ATAU TIDAK

Posted: 14 Dec 2014 08:12 AM PST

Saya tak pasti kebenaran cerita ini...
Harapan saya cerita ini tidak benar.....
Saya sayang FELDA  

FELDA BAKAL HANCUR KALAU MEREKA INI SEMUA TIDAK DISINGKIRKAN !
...Seterusnya di SINI

Emir Manavi CEO FGV bebelanja sakan duit Felda dengan menghabiskan 80% masanya diluar negara dengan alasan mencari peluang perniagaan untuk Felda.
Kos perjalanan Emir dan Staff Pengurusan Felda mencecah hampir RM40 Juta untuk tahun ini sahaja.
Felda juga menanggung kos untuk 4 buah kereta milik Emir..
Satu kereta untuk dia sendiri...
Satu untuk bini dia...
 Dua lagi untuk kegunaan anak anaknya...
SEMUA FELDA TANGGUNG...
Itu belum diambil kira perbelanjaan peribadi dia sendiri yang entah berapa juta. Pembaziran paling ketara bila Emir menggajikan seorang GURU KOIR rakyat tempatan yang tinggal di Dubai dengan gaji RM17 ribu sebulan.Kos pergi balik Guru Koir ini ke Dubai mencecah RM200 Ribu setahun.
......Sterusnya di SINI


Difahamkan ada 4 PEGAWAI FGV/FELDA yang saban tahun dinaikan pangkat yang tak masuk akal sejak sekian lama dan mereka inilah yang dikatakan SANGAT BERPENGARUH dalam Felda sehingga ada KUASA BUANG KERJA siapa juga yang menentang mereka.
Difahamkan gaji paling MINIMA yang diterima salah seorang dari mereka adalah RM30 Ribu sebulan...yang 3 orang lagi tu sendiri mahu ingatlah...
Mereka ini adalah...
......Seterusnya di SINI

MIMPI SENJA

0

Posted by Unknown | Posted on 11:24 PTG | Posted in

sumber :-

MIMPI SENJA


Perogol Umpan Mangsa Tiket Jumpa One Direction Dipenjara 18 Tahun

Posted: 14 Dec 2014 04:14 PM PST




Perogol kanak-kanak, David Whatmore (kiri) mengumpan mangsa dengan tiket untuk berjumpa kumpulan popular One Direction (kanan), dipenjara 18 tahun.
SEORANG perogol kanak-kanak yang mengumpan mangsanya dengan berjanji untuk memberikan tiket bagi melihat kumpulan penyanyi popular, One Direction, dipenjarakan selama 18 tahun.
David Whatmore mula mencabul budak perempuan itu ketika mangsa berusia 11 tahun.
Dia kemudiannya memperdayakan budak perempuan itu dengan tawaran melihat One Direction untuk merogolnya ketika mangsa berusia 12 dan 13 tahun.
Perkara itu berlanjutan selama dua tahun, dan hakim menyifatkannya sebagai 'kempen rogol' apabila Whatmore dijatuhkan hukuman penjara di Mahkamah Bolton Crown pada Jumaat.
Ia hanya berakhir pada Februari tahun lalu, selepas ibu mangsa menemui mesej berbaur seks daripada Whatmore di dalam akaun Facebook milik anaknya.
Anaknya itu kemudiannya memberitahu polis bahawa lelaki berusia 50 tahun itu telah menawarkannya hadiah, termasuk wang, haiwan perliharaan, tiket konsert dan kelas latihan menyanyi.
"Tetapi awak perlu melakukan hubungan seks dengan saya sebagai balasan," kata Whatmore kepada mangsa.
Pendakwa, Amanda Johnson berkata, Whatmore mungkin kerap merogol budak perempuan itu, kira-kira sekali sebulan, beberapa kali di dalam vannya dan rumahnya di Deane di Bolton, Manchester.
Johnson berkata, mangsa merupakan seorang peminat One Direction dan Whatmore menipu mempunyai tiket VIP untuk berjumpa dengan kumpulan penyanyi itu dan menggunannya sebagai umpan untuk melakukan hubungan seks dengan mangsa. - dailymail.co.uk

“Hadi Awang, datanglah mesyuarat”

Posted: 14 Dec 2014 01:46 AM PST


wong_kah_woh
SUBANG, 14 DIS: Perwakilan DAP Perak Wong Kah Woh sekali lagi menggesa Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang untuk menghadirkan diri ke mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat (PR).
"Kerjasama DAP dalam PR sentiasa utuh, malangnya terdapat beberapa pimpinan PAS yang degil dan tidak mahu mengadakan perbincangan.
"Saya menyeru segelintir pemimpin PAS yang degil termasuk Hadi Awang hadir pada mesyuarat Majlis Pimpinan PR agar agenda dan kerja dapat diteruskan," katanya.
Katanya, sekiranya Hadi atau mana-mana individu yang mempunyai autoriti dalam parti di kalangan komponen tidak dapat hadir ke mesyuarat Pakatam mandat tersebut harus diberikan kepada wakil parti.
"Ini kerana Pakatan Rakyat perlu terus bekerja dan maju ke depan," kata Wong, disambut tepukan gemuruh perwakilan.
Bimbang dengan masalah yang berlanjutan pimpinan di peringkat tertinggi, Adun Canning itu turut mengutarakan tiga cadangan untuk memperkukuhkan lagi ikatan setiakawan gabungan Pakatan Rakyat.
"Cadangan yang pertama adalah Majlis Tertinggi PR seharusnya mengadakan mesyuarat sebulan sekali.
"Kedua, sesiapa saja yang ingkar dengan keputusan tersebut tidak layak lagi menjadi pemimpin.
"Terakhir, setiap negeri diwajibkan menubuhkan Majlis Tertinggi PR sebagai contoh Perak sehingga kini saja telah mengadakan perbincangan sebanyak 60 kali," tegasnya.
Pakatan masih 'berhutang' dengan pengundi
Terdahulu, Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berkata, perserikatan Pakatan Rakyat hanya mampu menang di Putrajaya apabila mendapat sokongan dari semua kumpulan etnik termasuk majoriti orang Melayu, di seluruh Sabah dan Sarawak.
Ini kerana katanya, Pakatan Rakyat masih 'berhutang' dengan 52 peratus pengundi di seluruh negara yang memberi sokongan dalam pilihan raya umum ke-13 yang lalu.
"Kita mesti membentangkan agenda dasar koheren, konsisten dan boleh meyakinkan golongan atas pagar, kerana asas partisan setiap pihak tidak cukup untuk membawa kita pergi lebih jauh.
"Biar saya berterus-terang. Tidak boleh ada lagi ulangan krisis Menteri Besar Selangor dan segala akibat perpecahan darinya.
Bagi menggambarkan hasrat aktivis akar umbi DAP dan penyokong Pakatan Rakyat, Guan Eng turut mengungkap bidalan Melayu.
"Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing. Gunung sama didaki, lurah sama dituruni, Biar putih tulang, jangan putih mata," katanya. – Roketkini.com

The Unspinners

0

Posted by Unknown | Posted on 11:20 PTG | Posted in

sumber :-

The Unspinners


Ingat lagi kebiadapan mereka? Atau puak liberal simpati ...

Posted: 14 Dec 2014 08:34 PM PST








Oooo Dyana, Dyana ...

Posted: 14 Dec 2014 04:13 PM PST


Hanya membenarkan kerosakkan ....





Selama ini memang penuh dengan pura2 ....



Dirosakkan mak





Bangkit dan usaha, Melayu!

Posted: 14 Dec 2014 07:29 AM PST



Dulu kata mahkamah tak telus, sekarang diam...

Posted: 14 Dec 2014 04:30 AM PST



Melayu liberal ikut rentak DAP tekan suara Melayu dan Islam

Posted: 14 Dec 2014 12:21 AM PST



AZLI SHUKRI

0

Posted by Unknown | Posted on 11:19 PTG | Posted in

sumber :-

AZLI SHUKRI


Kita - Umat Melayu-Islam Memang Dalam Kehancuran

Posted: 14 Dec 2014 10:16 PM PST

Nampaknya, DAP semakin berkuasa dan telah berjaya menjadikan PAS langsung tidak berguna. Ulama-ulama besar PAS sudah menjadi seperti budak suruhan yang tidak mempunyai apa-apa erti dalam perjuangan Pakatan Rakyat selama ini. Tahniah PAS, tahniah semua. (Baca di sini).

Belantan

0

Posted by Unknown | Posted on 11:18 PTG | Posted in

sumber :-

Belantan


Terkini di Sydney : 13 orang menjadi tahanan militan di kafe?

Posted: 14 Dec 2014 10:12 PM PST


AUSTRALIA – Dua orang lelaki bersenjata yang dipercayai pejuang jihad menahan hampir 13 orang di sebuah kafe yang terletak di Sydney.

Dua suspek berkenaan dilihat membawa bendera pejuang jihad semasa mengertak polis dengan meletakkan beberapa tahanan berdiri di tepi tingkap premis.

Laporan awal menganggarkan sejumlah 40 hingga 50 orang awam yang ditahan di kedai Lindt yang popular dengan penjualan coklat.

"Ini merupakan kejadian yang amat getir tetapi warga Australia perlu mempunyai keyakinan terhadap agensi-agensi penguatkuasaan undang-undang dan keselamatan negara. Mereka terlatih dan boleh bertindak balas dengan cara yang teliti dan profesional," ujar Perdana Menteri Australia, Tony Abbott.


Faktor keganasan atau politik

Insiden ini masih tidak ditakrifkan sebagai serangan keganasan namun pihak berkuasa dilaporkan mengambil kedudukan yang konsisten dengan peristiwa keganasan. Motif utama penahanan juga masih kabur.

"Setakat ini kami belum berjaya berhubungan dengan lelaki bersenjata terbabit," ujar Pesuruhjaya Polis NSW, Andrew Scipione.

Pemilik premis Lindt Australia iaitu Steve Loane menyatakan bahawa kemungkinan 40 hingga 50 orang awam yang menjadi tahanan merangkumi pelanggan dan pekerja.

Kabinet Jawatankuasa Keselamatan Negara Australia telah bertemu bagi membincangan isu tebusan sebentar tadi.

Dalam sidang akhbar sekitar 11 pagi waktu tempatan, Perdana Menteri Tony Abbott tidak dapat mengesahkan situasi tersebut berkaitan dengan motif politik. Beliau tidak menolak kemungkinan faktor berkenaan.

"Tujuan tindakan bermotifkan politik adalah sekadar menakutkan orang. Australia adalah negara yang aman, dan murah hati serta terbuka lantas saya menyeru kepada semua rakyat untuk menjalani kehidupan seperti biasa," tambahnya lagi.


Suspek dilihat awal pagi

Pekerja kafe Lindt yang dikenali sebagai Bruno berjaya meloloskan diri dari lokasi kejadian berkongsi kisah mendebarkan yang baru dialaminya.

"Semua orang sedang duduk semasa pintu hadapan dikunci. Seorang lelaki misteri berjanggut dan memakai topi mula berkeliaran ke sekeliling kedai," ujar Bruno.

Seorang saksi lain mengatakan terlihat seorang lelaki membawa beg sukan berwarna biru yang dirasakan berisi senjata api pada jam 9.44 pagi waktu tempatan.

Bangunan dikosongkan

Kedai coklat berkenaan dianggar terletak 30 ke 40 meter dari pejabat Channel7. Meskipun keseluruhan bangunan telah dikosongkan, stesen TV terbabit tetap mempunyai kamera di sekeliling bangunan.


Kawasan Martin Place merupakan lokasi terletaknya beberapa syarikat besar termasuklah pejabat Mike Baird iaitu Menteri Infrastruktur, Reserve Bank of Australia, bank Westpac, ibu pejabat Commonwealth Bank dan kedutaan Amerika Syarikat.

Beberapa bangunan besar di seluruh Australia turut ditutup sebagai langkah berjaga-jaga. Antaranya Rumah Opera Sydney, Mahkamah Agung, Hospital Sydney, Perpustakaan Negeri NSW, Parlimen NSW dan Konsulat Amerika Syarikat.- News Corp Australia

Suara Politik
Belantan

Nampaknya Pas semakin terhimpit?

Posted: 14 Dec 2014 03:48 AM PST


Sejak awal lagi, banyak pemerhati politik beranggapan kerjasama dalam pakatan pembangkang hanyalah sandiwara politik kelas tertinggi. Tiga buah parti yang mempunyai ideologi berbeza sanggup bersikap hipokrit dan berpura-pura, berusaha menyatukan hati mereka semata-mata mahu berkuasa dengan menumbangkan Barisan Nasional (BN).

Sebenarnya kepimpinan Parti Keadilan Rakyat (PKR), DAP dan Pas amat memahami dengan pegangan dan hala tuju politik berbeza, kerjasama yang diwujudkan atas nama 'Pakatan Rakyat' tidak akan ke mana. Apabila tiba masanya, ia akan berderai juga.

Mana mungkin sebuah parti yang memperjuangkan Islam dan berpegang kepada al-Quran serta sunah dalam perjuangannya boleh berada dalam satu kepompong dengan parti yang terang-terang menolak perjuangan Islam dan sanggup bersedia melakukan apa sahaja asalkan boleh memerintah negara ini.

Sepanjang gabungan tiga parti yang dianggap 'dari planet berbeza', Pas dilihat terus menjadi mangsa. Dari semasa ke semasa ada sahaja isu yang dicetuskan oleh kepimpinan PKR dan DAP sehingga meletakkan Pas tersepit dan terhimpit.

Situasi bertambah buruk bagi Pas apabila seolah-olah tiada perasaan hormat terhadap kepimpinan Pas biarpun pemimpin-pemimpin parti itu bukanlah calang-calang ahli politik. Siapa yang tidak dikenal Datuk Seri Abdul Hadi Awang?


Siapa yang tidak tahu Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat? Siapa yang tidak hormat kepada ketokohan Datuk Dr. Haron Din? Tetapi adakah tokoh-tokoh ini dilayan sewajarnya oleh PKR dan DAP?

Bagaimana pula dengan Dewan Ulama dan Majlis Syura Ulama Pas, apakah suara mereka didengar? Apakah nasihat mereka dihormati? Apakah arahan mereka dipatuhi oleh kepimpinan PKR dan DAP?

Apakah kesemua kepimpinan Pas mempertahankan keputusan dewan dan majlis tersebut? Penulis yakin, pemimpin dan ahli Pas ada jawapannya! Tetapi apa yang hendak diperkatakan ialah selama ini kerjasama pakatan pembangkang segala-galanya berkaitan dengan apa yang dimahukan oleh PKR dan DAP bukan Pas.

Tidak berdaya

Pas tidak layak berkata apa-apa. Pas tidak boleh bersuara. Pas tidak mampu menyanggah kehendak politik kedua-dua parti itu dan Pas tidak berdaya menentang 'kehebatan' pemimpin sekutu mereka. Malah dari sudut lain pula, hanya kata-kata pemimpin PKR dan DAP sahaja perlu diambil kira. Pas tidak boleh bersuara kalau kedua-dua pemimpin parti tersebut menolak perjuangan Islam.

Pas tidak boleh membantah jika pemimpin PKR dan DAP menegaskan, kalimah Allah boleh digunakan oleh bukan Islam. Pas membisu seribu bahasa apabila presiden mereka diperlekeh atau diperleceh oleh pemimpin dan penyokong PKR dan DAP.


Apa yang boleh dilakukan Pas ialah akur dengan arahan PKR dan DAP, bersedia mengerahkan segala kudrat dan tenaga untuk memastikan kedua-dua parti itu terus kukuh dalam persada politik tanah air, mesti menghadiri mesyuarat yang dipanggil oleh sekutunya dan wajib mempersetujui apa sahaja keputusan mereka.

Pas tidak usah fikirkan apa yang akan berlaku kepada matlamat perjuangannya kerana itu sekadar catatan dalam perlembagaan parti, Pas tidak perlu bercakap soal menjadi dominan dalam pembangkang kerana itu hanya ilusi.

Pas jangan berharap PKR dan DAP akan patuh kehendaknya kerana itu sekadar mimpi dan Pas tidak payah berbicara soal mempertahankan maruah parti kerana ia tidak akan menjadi realiti.

Matlamat perjuangan Pas ialah apa yang ditentukan oleh PKR dan DAP, yang dominan dalam pakatan pembangkang ialah PKR dan DAP. Yang kena patuh kepada kehendak PKR dan DAP ialah Pas, hanya maruah PKR perlu didahulukan dan martabat DAP perlu diutamakan.

Sudah pastilah tulisan ini tidak akan menyenangkan pemimpin dan penyokong Pas. Mereka akan menganggap ia satu lagi usaha untuk memecah belahkan kesepakatan pakatan pembangkang yang kononnya semakin hampir menawan Putrajaya.


Penulis sedikit pun tidak berasa hairan jika itulah tafsiran yang dibuat kerana selama ini pun segala teguran, kritikan dan pandangan berhubung nasib Pas dalam pakatan pembangkang oleh pelbagai pihak tidak dipedulikan oleh kepimpinan dan penyokong parti itu. Ia ibarat mengangkut air menggunakan penapis kelapa sahaja, dalam bahasa mudah kerja sia-sia.

Apatah lagi dalam Pas sendiri terdapat segelintir pemimpinnya yang begitu taksub mempertahankan kerjasama dengan PKR dan DAP.

Ketaksuban mereka menyebabkan mata dan hati mereka seolah-olah buta untuk melihat realiti sebenar bagaimana Pas dilayan bagaikan pengemis yang mengunjungi warung-warung meminta belas ihsan orang lain untuk sesuap nasi.

Walaupun Pas bukanlah parti yang sepatutnya menerima nasib seperti itu tetapi apa boleh buat kepimpinan dan penyokong Pas yang memungkinkan ia berlaku. Sebab itulah Pas menerima nasib seperti sekarang, ibarat 'ada pun tak untung, tak ada pun tak rugi.'

Mana-mana pihak tidak perlu bersusah payah memberikan nasihat kepada Pas untuk memahami bahawa maruah mereka sedang diinjak-injak oleh PKR dan DAP.

Kalau setakat matlamat atau hala tuju parti itu sahaja tidak mengapa tetapi malangnya ia ada kaitan dengan mempertahankan kepentingan orang Melayu dan memartabatkan umat Islam.


Ia memandangkan sejak kebelakangan ini, PKR dan DAP seolah-olah tidak menjaga sensitiviti itu. Setiap hujah dan tindakan mereka sama sekali tidak mengambil kira apa perasaan Pas.

Apa yang mereka tahu ialah mengungkit kononnya ketidakhadiran Abdul Hadi dalam mesyuarat pakatan pembangkang menghalang mereka membuat keputusan.

Persoalannya kalau pun Abdul Hadi memberi pandangan atau menyatakan pendirian Pas, apakah ia akan diterima oleh PKR dan DAP?

Sepatutnya, ia bukan soal Abdul Hadi hadir atau tidak, sebaliknya sejauh manakah ikhlasnya PKR dan DAP untuk menghargai kesetiaan dan pengorbanan yang dilakukan oleh Pas selama ini dalam memperkukuhkan pakatan pembangkang.

Kita tidak perlu lagi memberikan nasihat apa-apa kepada kepimpinan dan penyokong Pas, terserahlah kepada mereka untuk bermuhasabah tentang kedudukan parti itu dalam pakatan pembangkang.

Tetapi apa yang pasti janganlah sampai Pas dilihat bodoh, diperbodoh atau memperbodohkan diri. Apa maksudnya? Fikirlah sendiri!

Oleh : Zulkiflee Bakar

Suara Politik
Belantan