Followers

Nuffnang

APANAMA

0

Posted by Unknown | Posted on 11:45 PTG | Posted in

sumber :-

APANAMA


UMNO leader lodges police report on 1MDB

Posted: 12 Dec 2014 12:08 AM PST

Gaya Peneroka

0

Posted by Unknown | Posted on 11:39 PTG | Posted in

sumber :-

Gaya Peneroka


KEJATUHAN SAHAM FGV DAN KEMELUT DALAM FELDA

Posted: 12 Dec 2014 08:56 PM PST



Saham FGVH tinggal RM2.60 sesaham hari ini. Merudum begitu teruk berbanding dilancarkan pada 28 jun 2012 pada tahap RM4.55. Ia di ramal turun lagi ke paras lebih buruk. Belum ada sebarang kenyataan dari YAB Perdana Menteri mengenai situasi kritikal pada ketika ini. Sewaktu pelancaran, PM kata peneroka dapat durian runtuh, bukan lagi BRIM tapi BROOM!

Kami datang di setiap rancangan nak beritahu perkara ini tetapi di halang 
Bajet Felda setiap tahun sekitar 1.8 bilion untuk membayar gaji Staf, pembangunan ladang, penempatan felda, infra, pendidikan dan lain lain. Saya tidak pasti melalui Perjanjian Pajakan antara FGVH dengan Felda untuk membayar Felda RM508 setiap tahun dapat dilakukan atau tidak. Berdasarkan maklumat terkini, Bajet Felda 2015 akan dipotong di sana sini. Sudah tentu berbagai insentif terhadap peneroka dan Gen 2 akan dikurangkan. Perolehan tahunan Felda kian berkurangan. Tabungan dari simpanan dan pelaburan kian menyusut dengan teruknya. Kini, banyak bergantung dari ihsan Kerajaan, walhal, sebelum penyenaraian FGVH, Felda pernah memperolehi pendapatan bernilai RM2.387 bilion dan setelah ditolak berbelanjaan, masih ada lebihan RM389 juta!
Sewaktu Dr Mahathir menjadi Perdana Menteri, tahun 1990, diumumkan tiada lagi pembukaan Felda baru. Tanah seluas 360,000 hektar yang di mohon dari Kerajaan Negeri dibuka Ladang Felda atas alasan memberi pendapatan baru kepada Felda, tidak lagi bergantung peruntukan Kerajaan semata mata. Alhamdulillah, Felda Plantation dianggap berjaya dan memberi sumbangan 60-70% pendapatan Felda.

Amat menyedihkan, Felda Plantation di pajak selama 99 tahun kepada FGVH dan Felda kehilangan pendapatan yang begitu besar. Suatu keputusan yang tidak bijak sama sekali. Dibantah oleh sebahagian besar Pegawai Kanan Felda. Akibatnya, Pengarah Besar Felda waktu itu, Dato' Dzulkifli Abd Wahab dan hampir 20 orang yang lain diambil tindakan; dipetisejukkan, di tukar, turun pangkat dan lain lain.
Kami datang di setiap rancangan nak beritahu perkara ini tetapi di halang  dan luka yang kami dapat
Hiruk pikuk kejayaan penyenaraian FGVH di pukul canang seantero dunia. Penyenaraian di Bursa Malaysia itu yang kedua terbesar di dunia selepas Facebook. Ia meletakkan FGVH syarikat perladangan terbesar mengalahkan Sime Darby dan IOI. Istilah durian runtuh di popularkan dan menjadi modal pilihanraya PRU 13; apatah lagi RM15,000 'dirasuah' kepada 112,635 orang peneroka.

Jumlah habuan dan umpan terbesar kepada rakyat Malaysia!
Kami di fitnah 
Tidak menghairankan kenapa 80% undi warga Felda di 54 parlimen seluruh negara solid kepada BN pada PRU 13 lalu. Jika wang ehsan yang diterima penduduk Terengganu yang nilainya jauh lebih rendah, antara punca utama Kerajaan PAS tumbang pada pilhanraya 2004; bayangkan RM 15,000 yang diterima peneroka Felda!
Kami datang di setiap rancangan nak beritahu perkara ini tetapi di halang 
Allah Maha Adil. Berapa lama pengkhianat dan petualang peneroka ini mahu berseronok meratah hak rakyat. Musim bulan madu dengan memfaraidkan harta peneroka telah berakhir. Kini, mereka bertempur sesama sendiri. Dulu berkonspirasi membuang Dato' Dzul dan pegawai Kanan yang tidak disenangi, kini beradu kekuatan sesama mereka.

Dato' Faizoull Ahmad menerima giliran. Di gantung jawatan selama dua bulan serta merta. Pengumuman yang mengaibkan beliau dan keluarganya. Saya difahamkan, antara alasannya, Faizoull membuat PERLANTIKAN DAN KENAIKAN PANGKAT STAFF yang tidak dirujuk ke Lembaga Pengarah Felda dan tidak ikut prosedur JPA.
Kami datang di setiap rancangan nak beritahu perkara ini tetapi di halang 

Kami datang di setiap rancangan nak beritahu perkara ini tetapi di halang  dan luka yang kami dapat
Tetapi saya yakin ada sebab lebih besar kenapa Faizoull menjadi musuh utama Isa Samad ketika ini. Belum sampai masanya untuk saya dedahkan.

Saya simpati kepada Faizoull. Beliau yang begitu taat pada Isa pun menjadi mangsa. Pegawai Kanan yang setia dengan Faizoull saya jangka akan turut tersingkir. Dato' Hanapi, salah seorang dari empat Timbalan Pengarah Besar Felda memangku jawatan Faizoull.

Mungkin ramai tidak tahu keadaan di Felda sebenarnya begitu gawat. Tan Sri Raja Alias, Arkitek Felda masih hidup. Saya yakin beliau amat bersedih dengan apa yang berlaku di Felda. Saya akan berusaha untuk bertemu dengan beliau. Saya berhasrat mengambil inisiatif untuk mengumpul bekas bekas Pengarah Besar Felda seperti Dato' Aladin, Fadzil Yunos, Tarmizi dan lain lain. Saya harap YBM Tengku Razaleigh Hamzah boleh memainkan peranan mengembalikan zaman kegemilangan Felda. Boleh tentu ada formulanya, sebab sudah dua kali saya bertemu dan berbincang dengannya.
Sebagai langkah permulaan, suatu majlis Solat Hajat Perdana akan dibuat sebelum akhir tahun ini.
YA ALLAH YA TUHAN KAMI, SELAMATKANLAH FELDA........



PENGARAH BESAR FELDA DIGANTUNG 2 BULAN ???

Posted: 12 Dec 2014 10:39 AM PST

Dari sumber yang tidak rasmi dan hangat di perkatakan dilaman sosial FB bahawasanya....
Dato' Hanapi Suhada
Dato' Faizoull Ahmad, telah di gantung tugas selama dua bulan sebagai Pengarah Besar Felda berkuat kuasa serta merta. Pengumuman dibuat oleh Tan Sri Isa Samad, Pengerusi Felda semalam. Dato' Hanapi, Timbalan Pengarah Besar Felda, memangku jawatan tersebut.
Felda begitu hebat.
Maklumat lanjut akan menyusul kemudian.
BERITA TERKIN FELDA
Dato' Faizoull Ahmad

The Unspinners

0

Posted by Unknown | Posted on 11:26 PTG | Posted in

sumber :-

The Unspinners


Guan Eng, rupanya tak faham undang2

Posted: 12 Dec 2014 08:52 PM PST


Main belasah cakap saja....

Populariti jatuh, LGE guna provokasi ugama untuk sokongan

Posted: 12 Dec 2014 04:30 PM PST


Kenape Lge kali ke 2 main isu Kalimah???

Sejak akhir-akhir ini populariti Guan Eng di Penang menurun di mata cina sebab cina-cina kecewa dia gagal bawa pelabur dan peluang peniagaan untuk kaum cina. 

Usaha melalui kerjsama pelaburan dari US dan  Singapore di lihat gagal utk menaik imejnya.

Pelbagai usaha dilakukan untuk menaikkan kembali populariti. LGE menyumbang RM100 untuk ibu tunggal yg mencecah 40 ribu di Georgetown saja semata2 untuk meraih populariti . Selain itu, dia sumbang kepada warga emas, pelajar emas, bayi emas, khairat kematian dll.

Kini, khabar dari pemaju perumahan memberitahu projek2 perumahan mahal sukar dijual kerana pembeli tidak mampu beli dan pembeli luar negara hanya berminat lokasi tepi pantai yang cantik pemandangan. 


LGE cuba mengekalkan populariti dengan menghentam UMNO dan menimbulkan provokasi ugama terhadap Islam. 

Maka digunakan kalimah Allah untuk buat orang Islam marah. Dengan ini, orang cina akan kembali menyokong setiap kali orang melayu berdemo atau bersuara.


Ini juga cara Guan Eng untuk bakar sentimen penganut Kristian di Sabah dan Sarawak. Sebaik isu itu panas, komunis ini terus lepas tangan.

Maka perlu bijak main isu ini.

SAPA KATA DAP TAK MAIN PERKAUMAN????



Baca laporan Bukan Islam Pulau Pinang tak dilarang guna kalimah 'Allah', kata Guan Eng  di TMI SINI



Melayu OCCUPY padang, Cina OCCUPY LIBRARY

Posted: 12 Dec 2014 07:26 AM PST



Apa budak Melayu dapat dari buat Occupy? Cina2 keluar jadi CEO sana sini, ada ke yang demo dan aktivis kampus pernah jadi CEO?



Akhirnya baru nak kesal nak fikir apa perasaan Mak bapak?


Batu api usah dilayan, mereka semua bukan CEO. Tak berapa kerat aktivis jadi ahli politik berjaya dan boleh tukar dunia. Lagi jarang berlaku yang akhirnya jadi CEO.




Yang bela tu lagi bangang punya orang ... U pun tak pernah belajar!!!

Dalang keluar Malaysia PKR Sarawak

Posted: 12 Dec 2014 05:27 AM PST


Eloklah PKR dinyahkan dari Semenanjung Malaysia juga

Auta Impian Sarawak boleh berjaya jika BN lalai

Posted: 12 Dec 2014 03:30 AM PST



Impian Sarawak hanya projek skala kecil dan murah yang dijalankan DAP di beberapa tempat tertentu bagi mendapatkan undi pendalaman demi memenangi marginal seat.

Kompangnya berlebih tapi jika dilihat dari gambar2 berikut, ia hanya macam cuti berkelah buat akticis DAP. Tiada lebih dan tiada kurang.




Tapi diwar-warkan seolah-olah DAP boleh selesaikan semua masaalah rakyat pendalaman. Padahal isunya bukan mudah. Rakyat tersebar jauh-jauh antara satu sama lain. Ia memerlukan pembinaan puluhan jika tidak ratusan pekan dan pusat-pusat bandar supaya pengangkutan, barangan dan perkhidmatan dapat dihampiri ke rakyat pendalaman.


Membina infrastruktur jalan, air, letrik dan komunikasi menjadi susah kerana tidak feasible perbelanjaannya.

Oleh itu, projek kecil-kecil untuk beberapa tempat dalam 4/5 kawasan tidak ada impak besar dan hanya rasuah iuntuk membeli undi.

Namun begitu, jika ahli politik sesama ahli politik, penyokong sesama penyokong, parti komponen sesama parti komponen tidak bergerak tangani propaganda demikian dan permainan kausa berterusan.


Takut bincang RCI secara rasional, Pusing kata2 Rahman Dahlan

Posted: 12 Dec 2014 01:30 AM PST


RCI adalah satu usaha ikhlas Dato Najib untuk selesaikan masaalah pendatang haram Sabah. Oleh itu, tidak perlulah dipolitikkan.


Timbulnya anggapan adalah kenyataan dari 5 bekas tahanan ISA yang merupakan pegawai imigresen yang ambil rasuah.





Tapi nampaknya, niat baik sudah dipusingkan.


Mesti kerj pembangkang...


Entah apa punya bohong mereka malam tadi




Konsensus ulama elak ulamak palsu keliru dan kucar kacir masyarakat

Posted: 11 Dec 2014 11:30 PM PST

Belantan

0

Posted by Unknown | Posted on 11:19 PTG | Posted in

sumber :-

Belantan


Jangan halang agama lain guna kalimah Allah - Anwar Ibrahim?

Posted: 12 Dec 2014 04:41 AM PST


Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim menegaskan beliau tidak bersetuju dengan larangan penggunaan kalimah Allah oleh agama lain.

Katanya, pihak berkuasa atau orang Islam di negara ini tidak ada hak untuk menghalang mana- mana individu menggunakan kalimah berkenaan.

Anwar yang berceramah dalam program Hak Asasi Manusia anjuran Suara Rakyat Malaysia ( Suaram) di sini malam ini berkata, beliau juga tidak bersetuju agama digunakan untuk mempertahankan sifat perkauman dalam apa jua bentuk.

Suara Politik
Belantan

MIMPI SENJA

0

Posted by Unknown | Posted on 11:07 PTG | Posted in

sumber :-

MIMPI SENJA


KDN nafi Ali tiba di Malaysia tengah hari ini

Posted: 12 Dec 2014 10:00 PM PST


  • Kementerian Dalam Negeri (KDN)Kementerian Dalam Negeri (KDN)
 1 / 1 
KUALA LUMPUR - Kementerian Dalam Negeri (KDN) hari ini menafikan aktivis politik Ali Abdul Jalil ditahan polis antarabangsa (Interpol) dan akan tiba di Malaysia tengah hari ini seperti tersebar dalam laman sosial Facebook.

Setiausaha Akhbar Menteri Dalam Negeri, Brig Jen Fadzlette Othman Merican Idris Merican berkata Polis Diraja Malaysia akan mengeluarkan kenyataan rasmi berkaitan jika mempunyai apa-apa maklumat terbaru berhubung perkara itu.

"Berita yang tersebar dalam laman sosial itu tidak benar," katanya di sini, hari ini.

Sementara itu, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar dalam mesej ringkas menerusi WhatsApp kepada Bernama berkata beliau tidak mempunyai sebarang maklumat berhubung perkara itu.

Semalam, menerusi catatan dalam akaun Facebook dipercayai milik Ali, menyatakan: "Aku diangkut Interpol ... malam ni dibawa pulang ke Malaysia... esok tiba di KLIA dalam jam 12 tgh hari ... Never give up".

Ali yang berdepan tuduhan menghasut kerana menghina institusi Raja di negara ini melalui laman Facebooknya, melarikan diri ke Sweden bagi mendapatkan perlindungan politik.

Isnin lepas, Jabatan Imigresen mengumumkan pasport Malaysia Antarabangsa milik Ali ditarik balik berkuat kuasa serta merta. - Bernama

Suspek paksa kanak-kanak lakukan seks oral diberkas

Posted: 12 Dec 2014 05:29 AM PST


KUALA LUMPUR 12 Dis. – Seorang suspek berusia 36 tahun yang diburu kerana memaksa seorang kanak-kanak perempuan melakukan seks oral terhadapnya sambil mengacukan sepucuk pistol di dalam sebuah surau di Ampang, 3 Disember lalu, ditahan polis di Kampung Tasik Permai di sini, semalam.
Ketika suspek ditahan, polis turut menemukan satu objek menyerupai sepucuk pistol revolver dalam beg pinggang miliknya yang hasil pemeriksaan didapati palsu.
Ketua Polis Daerah Ampang, Asisten Komisioner Khairuldin Saad berkata, suspek sebelum itu dilihat oleh sepasukan anggota polis peronda dalam keadaan mencurigakan.
"Ketika polis memperkenalkan diri, berlaku pergelutan tetapi suspek akhirnya dapat ditangkap," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Dalam kejadian itu, suspek dikatakan telah memaksa seorang kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun melakukan seks oral terhadapnya sambil mengacukan sepucuk senjata dipercayai revolver.
Sementara itu, Khairuldin memberitahu, hasil siasatan juga mendapati suspek merupakan bekas anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) yang tidak lagi aktif menjalankan tugas.
"Suspek kini direman selama tujuh hari dan kes disiasat di bawah Seksyen 392/397 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan," ujarnya. - UTUSAN ONLINE

Wan Raja & Yaya Maembong Sah Nikah Dengan Sekali Lafaz

Posted: 12 Dec 2014 03:34 AM PST


Diterbitkan: Jumaat, 12 Disember 2014 6:21 PM


Wan Raja pada majlis akad nikah di Masjid Al-Redzuan, Hulu Klang pada Jumaat.

AMPANG: Dengan sekali lafaz, pelakon Wan Raja sah bergelar suami kepada  Yaya Maembong, 38, dalam satu majlis yang diadakan di Masjid Al-Redhuan, Hulu Klang di sini, petang Jumaat.

Pasangan itu dinikahkan oleh Penolong Pendaftar Perkahwinan, Perceraian dan Rujuk Orang Islam, Daerah Gombak Hulu Klang, Kamarudin Omar, kira-kira pukul 5.30 petang.

Yaya atau naman sebenarnya Rabbiati Adawiyyah diwalikan oleh bapanya yang juga pelukis terkenal Ismail Embong.

Yaya merupakan adik kepada pelakon Emma Maembong.


Wan Raja dan Yaya Maembong


Wan Raja atau nama sebenarnya  Saiful Redzuan Abu Bakar, 37, memberikan mas kahwin sebanyak RM300 manakala wang hantaran RM12,121.40

Rombongan lelaki turut membawa lima dulang hantaran dan dibalas tujuh dulang oleh pihak perempuan.

Antara barang-barang hantaran daripada pihak lelaki ialah beg tangan, minyak wangi dan kasut, cincin, telekung dan sirih junjung.

Manakala, barang hantaran daripada pihak perempuan pula ialah minyak wangi, buah-buahan, kasut, kek, Al Quran dan sejadah.

Sementara itu, majlis resepsi persandingan kedua-dua mempelai akan diadakan di Dewan Seri Putra, Bukit Jalil, pada Ahad ini.

Pasangan tersebut mengikat tali pertunangan pada 6 Ogos lalu

Dialog Dewasa Kritik Berasa

0

Posted by Unknown | Posted on 11:04 PTG | Posted in

sumber :-

Dialog Dewasa Kritik Berasa


DAP TERUS SINDIR PAS

Posted: 12 Dec 2014 02:00 AM PST



Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Nik Mohammad Abduh Nik Abdul Aziz berkata, tindakan menuduh golongan ulama sebagai punca krisis dalam gerakan Islam hanyalah satu perangkap musuh.

Beliau berkata, isu dan krisis sebenar ialah kekentalan ahli gerakan Islam itu sendiri untuk terus istiqamah memperjuangkan Islam di atas petunjuk agama.

"Politik Islam perlukan disiplin agama sebagaimana ia perlukan keterbukaan agama juga.

"Ia perlukan kefahaman al-Quran dan al-Sunnah yang tinggi. Justeru mengapa para ulama pula yang dianggap jahil perjuangan," kata Ahli Parlimen Pasir Mas itu melalui akaun Facebooknya, hari ini.

Semalam, seorang lagi Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Nasrudin Hassan menegaskan, kepemimpinan golongan ulama dalam Pas me­rupakan institusi kolektif yang memiliki ilmu untuk memimpin parti dan masyarakat.

Beliau berkata, atas sebab itu, menjadi satu kewajipan bagi semua pihak untuk menegakkan kepemim­pinan golongan tersebut.

Sebelum ini, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng menyifatkan terdapat parti 'cakap tak serupa bikin' dalam pakatan pem­bangkang yang bukan sahaja tidak menunaikan janji, malah tidak menunjukkan ko­mitmen ke­pada pakatan ber­kenaan.

Walau bagaimanapun, Guan Eng ti­dak menyebut na­ma parti tersebut, namun dipercayai sindiran itu merujuk kepada Pas berhubung krisis Menteri Besar Selangor baru-baru ini.

Ketika krisis itu, Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Majlis Syura Ulama Pas menolak pencalonan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail sebagai Menteri Besar menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

RAKYAT MARHAEN

0

Posted by Unknown | Posted on 9:53 PTG | Posted in

sumber :-

RAKYAT MARHAEN


Umno man's police report on Najib's 'brainchild' 1MDB shows how worried the people are

Posted: 12 Dec 2014 09:33 PM PST

Umno man's police report on Najib's 'brainchild' 1MDB shows how worried the people are - Tony
When an UMNO leader files a police report alleging gross mismanagement in a company owned and supported by the Government, where Dato' Seri Najib Razak sits as the chairman of the Board of Advisors as its sponsor, the complainant has either the testicular fortitude for a "death" wish or he has in his possession knowledge of the deepening 1MDB RM42 billion debt crisis.
What's more, it reeks too much of a coincidence that the 1MDB scandal was also raised as a matter of concern in the Cabinet meeting this week. The meeting was chaired by the Deputy Prime Minister, Tan Sri Muhyiddin Yassin while Dato' Seri Najib was away overseas, as reported by The Malaysian Insider.
1MDB has, not for the first time, missed the deadline to repay an outstanding debt. On 30 November 2014, 1MDB was due to repay a RM2 billion debt but has failed to do so to date. Instead, it has asked for an further extension from the financiers.
Prior to this, the March 2014 1MDB financial statements had revealed that 1MDB was forced to extend for 6 months a syndicated bridging loan amounting to RM6.17 billion when it was due on 22 November 2013.

When the sum became due again in May 2014, the loan was extended again. 1MDB was only able to repay RM670 million in August 2014. The company had to restructure the balance of the loan into a RM2 billion short-term loan and a RM3.5 billion 10-year bond. The Singapore Business Times had reported that 1MDB's debt rescheduling came at an expensive price of 2.5 per cent interest above the annualised cost of funds, on top of the RM20 million to RM30 million in upfront fees.
It is this RM2 billion which is now due and 1MDB is once again forced to request for an extension. The financiers, Maybank Investment Bank Bhd and RHB Investment Bank would have not choice but to accede to the request. This is because an official default on the RM2 billion loan will not only cause 1MDB to automatically default on the balance RM42 billion debt, but also likely cause a collapse to the Malaysian domestic banking system.
Read More / Baca Lagi >>

'SOMEBODY IS GOING TO JAIL': 1MDB set to implode - who will be Najib's scapegoats & successor?

Posted: 12 Dec 2014 09:21 PM PST

A Kadir Jasin

THE 1Malaysia Development Berhad's saga took a sensational and potentially dangerous twist today when an Umno deputy divisional leader from Penang lodged a police report against it.
'SOMEBODY IS GOING TO JAIL': 1MDB set to implode - who will be Najib's scapegoats & successor?The Batu Kawan Umno deputy divisonal chief (Datuk Seri) Khairuddin Abu Hassan made the complaint at the Dang Wangi police station in Kuala Lumpur. Read at Apanama.
Khairuddin speaking to the Press after making the report.
Sources say a similar complaint with the Malaysian Anti-Corruption Commission may follow.
1MDB, in a statement, welcomes the police report. It says: "We are aware that a police report concerning 1MDB was filed earlier today by a politician in Penang. We have not seen any documentation related to this, so are unaware of the nature of the complaint.
"However, we are confident that it will have no legal basis. We welcome any investigation into our affairs and the opportunity to rebut malicious allegations."
The Implications
A veteran lawyer who represented Umno and the government in many legal and constitutional cases said such a complaint is likely to be investigated under the purview of criminal breach of trust (CBT).
I am not sure how the "bangang" bloggers would react to the report. "Bangang" (stupid) was the term used by Umno President and Prime Minister, Mohd Najib Abdul Razak, to describe Umno-sponsored bloggers who attacked Umno leaders instead of the opposition.
The police report is the culmination of weeks of controversies surrounding the so-called sovereign fund.

Batu Kawan Umno's Khairuddin created a furore when he lodged the police report against 1MDB
On Dec 4, the company's top-level delegation led by its Chairman, (Tan Sri) Lodin Wok Kamaruddin was said to have been grilled by (Tun) Dr Mahathir Mohamad. Others in the delegation were board member (Tan Sri) Ismee Ismail and Chief Operating Officer, Mohd Hazem Abdul Rahman. Ismee is also Executive Director and CEO of Tabung Haji.
Just over a week later, on Dec 10, the cabinet in its weekly meeting chaired by Deputy Prime Minister, (Tan Sri) Muhyiddin Mohd Yassin, also discuss the 1MDB issue. Mohd Najib was away on official visit to South Korea..
Sources said Dr Mahathir grilled the 1MDB team on the company's modus operandi. He is said to be curious about the way the company funds its businesses, bearing in mind that it has a paid-up capital of only US$1 million (about RM3.4 million).
As of March this year, it has amassed assets worth RM51.4 billion and in the process piled up liabilities – mostly borrowings – totalling RM49.1 billion.
It registered a loss of RM665.3 million for the same period mainly due to staggering finance costs of RM2.4 billion compared with RM1.6 billion the previous financial year.
The Overpriced Penang Purchases & the JJ-scripted Umno speeches
They were also asked about the price of two pieces of land in Penang for which the company was said to have paid way over the market price. Six days before last year's General Elections, 1MDB bought the land for about RM1.4 billion from two Chinese tycoons.
Reports say, the land they purchased for RM400 million from Farlim Berhad are currently occupied by squatters and may be costly to resettle.
Penang Chief Minister, Lim Guan Eng, was quoted as saying that 1MDB paid way above market rate. He asked: "Why was the purchase price at RM1.38 billion – 95pc higher than what some of the land was valued at, just two years earlier in December 2011?"
The company is also said to have purchased a third and final piece of land on September 23.
Read More / Baca Lagi >>

Husam: 1MDB akan jadi punca kejatuhan Najib

Posted: 12 Dec 2014 09:15 PM PST

PC Husam Musa Putrajaya Persint 9 01SHAH ALAM, 13 DIS: Naib Presiden PAS, Husam Musa menjangkakan skandal 1MDB akan menjadi punca kejatuhan Perdana Menteri Dato' Sri Najib Abdul Razak.
Husam berkata laporan polis yang dibuat Timbalan Ketua Umno Batu Kawan, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan serta perbincangan skandal itu oleh Jemaah Menteri yang dipengerusikan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin merupakan perkembangan "yang bakal membawa impak yang besar".
"Bagaimana pula perbincangan sulit kabinet mengenai isu ini boleh sampai kepada media? Tentulah dengan niat yang tertentu.
"Sama juga dengan keberanian tiba-tiba seorang pemimpin UMNO Bahagian. Bukankah menjelang PAU baru-baru ini, Presiden parti telah mengadakan perjumpaan dengan semua perwakilan dan memberikan penjelasan mengenai 1MDB?" soal Husam dalam satu kenyataan yang diterima Selangor Kini.
Husam melahirkan rasa syak diatas dua kejadian ini yang terjadi serentak. Beliau berkata babak seterusnya bergantung kepada keberanian Menteri Dalam Negeri, Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.
"Beranikah beliau membenarkan polis bertindak profesional dalam isu ini?" tanya Husam.
Menurut kenyataan itu lagi, Khairuddin melapor kepada polis mendesak siasatan keatas pembelian tanah seluas 234 ekar di Air Itam, Pulau Pinang dari dua pemilik pada harga RM1.38 bilion yang dikatakan melebihi harga pasaran semasa.
"Siapa pemilik tanah di Pulau Pinang yang dibeli dengan harga (95% lebih mahal?) oleh 1MDB," sambut Husam.
Akar umbi Umno itu turut mendesak polis menyiasat pembayaran yuran kepada Goldman Sach International yang didakwa dikira berlebihan, dan pelaburan misteri di Pulau Cayman.
Read More / Baca Lagi >>

Skandal 1MDB kini dalam bahaya, kata Datuk A. Kadir Jasin

Posted: 12 Dec 2014 08:25 PM PST

Wartawan veteran Datuk A. Kadir Jasin menyifatkan laporan polis yang dibuat terhadap 1Malaysia Development Berhad (1MDB) oleh seorang pemimpin Umno menyebabkan skandal itu kini berubah kepada satu "isu sensasi dan berbahaya".
Beliau mengulas laporan polis yang dibuat timbalan ketua bahagian Umno Batu Kawan Pulau Pinang, Datuk Khairuddin Abu Hassan terhadap 1MDB atas salah urus yang dikatakan dalam aspek kewangan. "Laporan polis ini merupakan kemuncak kepada kontroversi seminggu sekitar dana yang dipanggil berdaulat," kata Kadir, bekas ketua pengarang New Straits Times, dalam satu catatan di blognya hari ini.
 Terdahulu, ahli parlimen DAP Tony Pua berkata, tindakan Khairuddin membuat laporan terhadap para pemimpin partinya sendiri termasuk Datuk Seri Najib Razak, yang juga Pengerusi 1MDB adalah bukti kewangan syarikat itu adalah tenat. 1MDB ketika memberi maklum balas kepada laporan polis berkata, mereka yakin laporan itu tidak mempunyai asas undang-undang. "Kami mengalu-alukan apa-apa penyiasatan ke dalam urusan kami dan ia memberi peluang untuk menangkis tuduhan berniat jahat."
Kadir hari ini mendedahkan sebelum laporan yang dikemukakan, Tun Dr Mahathir Mohamad – salah satu pengkritik tegar 1MDB – bertemu dengan pengurusan tertinggi dana kekayaan berdaulat itu dan "menyerang" mereka tentang modus operandi syarikat itu. "Pada 4 Disember, delegasi peringkat tertinggi syarikat yang diketuai oleh Pengerusinya, (Tan Sri) Lodin Wok Kamaruddin dikatakan diserang oleh Dr Mahathir.
"Beliau dikatakan ingin tahu tentang cara syarikat membiayai perniagaannya, mengingatkan ia mempunyai modal berbayar hanya AS$1 juta (RM3.4 juta)," tambah Kadir. Beliau berkata, rakyat juga bertanya 1MDB mengenai harga dua bidang tanah di Pulau Pinang yang mana syarikat itu dikatakan membayar harga lebih tinggi dari harga pasaran – 1MDB membeli tanah itu kira-kira RM1.4 bilion daripada dua hartawan Cina tahun lepas.
"Sumber itu berkata Dr Mahathir berasa bertanggungjawab untuk berbincang perkara ini dengan 1MDB dan bercakap secara terbuka mengenainya kerana banyak pihak yang datang menemui beliau untuk memberitahu tentang kejadian yang aneh di dalam syarikat tersebut. "Beliau kecewa isu-isu 1MDB tidak dibincangkan dengan serius oleh perwakilan pada Perhimpunan Agung Umno bulan lepas.
 "Bagaimana sikap mereka apabila Presiden Umno dan Perdana Menteri adalah orang di belakang 1MDB dan resolusi terhadap ekonomi telah digubal untuk pendebat?" katanya.
Read More / Baca Lagi >>

Ringgit terus alami kerugian minggu ke-9

Posted: 12 Dec 2014 07:58 PM PST

Ringgit Malaysia yang terus mengalami kerugian masuk minggu kesembilan dan kejatuhan bon ekoran kebimbangan kejatuhan harga minyak, akan menjejaskan usaha kerajaan untuk mengurangkan defisit fiskal.
 
Mata wang tersebut merosot 6.8 peratus sejak 10 Oktober - prestasi paling teruk di Asia - ketika kejatuhan harga minyak mentah mengancam menjejaskan pendapatan negara pengeksportnya.

Harga komoditi itu jatuh di bawah paras AS$60 (RM209.06) setong buat pertama kali sejak 2009, dan menolak turun nilai ringgit kepada 3.5073 bagi setiap dolar AS minggu ini - yang terendah dalam tempoh lima tahun.
 
"Dengan harga minyak mentah di bawah AS$60, ringgit kini sedang menghadapi tekanan tambahan," kata Nizam Idris, ketua bahagian strategi tukaran asing dan pendapatan tetap Macquarie Group Ltd yang berpejabat di Singapura. "Tahap psikologi untuk unit Malaysia adalah 3.50."
 
Ringgit menyusut nilai 0.7 peratus dari 5 Disember kepada 3.4940 bagi setiap dolar AS pada 10.21 pagi di Kuala Lumpur, jangka masa terpanjang kerugian mingguan tahun ini, demikian menurut data yang dikumpul leh Bloomberg.

IGP kata polis akan siasat kes 1MDB

Posted: 12 Dec 2014 07:37 PM PST

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata pasukannya akan menyiasat kes yang dilaporkan oleh seorang ketua bahagian Umno berhubung syarikat pelaburan negara 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan lembaga pengarahnya.

Dalam satu kenyataan kepada Malaysiakini, Khalid berkata siasatan itu akan dikendalikan oleh Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (CCID).

"Memandangkan laporan polis telah dibuat, cawangan jenayah komersial akan siasat dan bincangkan kes tersebut dengan Pejabatan Peguam Negara untuk arahan," katanya.

Khalid juga tidak menolak kemungkinan bahawa pengarah syarikat terbabit akan dipanggil polis untuk siasatan.

Beliau mengulas mengenai laporan polis oleh naib ketua bahagian Umno Batu Kawan, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan Khalid semalam.

Dalam laporannya, Khairuddin menggesa polis menyiasat pengarah 1MDB dan memberi amaran bahawa beliau akan membuat satu laporan polis, ke atas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak jika tiada tindakan diambil.

Malaysia Boleh: Sarawak catat kes remaja hamil tertinggi

Posted: 12 Dec 2014 06:45 PM PST

Generasi akan datang tidak akan mempercayai sistem ikatan perkahwinan.
teen pregnancyKUCHING: Sarawak mencatatkan jumlah kes kehamilan remaja tertinggi di negara ini, sepanjang tempoh Januari hingga September 2014.
Menteri Kebajikan Wanita dan Pembangunan Keluarga Fatimah Abdullah berkata, rekod kehamilan golongan remaja berusia 10 hingga 19 tahun itu membabitkan mereka yang telah dan tidak berkahwin.
"Jumlah kes kehamilan golongan remaja negeri ini ialah seramai 2,519 orang daripada 7,789 kes yang dilaporkan di seluruh negara sepanjang tempoh sembilan bulan tahun ini. Bahagian Kapit mencatatkan peratusan tertinggi kes kehamilan di Sarawak.
"Bahagian Sarikei pula mencatatkan kes remaja hamil tidak berkahwin tertinggi dengan 48.3 peratus, Kapit 44.8 peratus, Bintulu dan Sri Aman masing-masing 43.6 peratus, Samarahan 41.2 peratus, Miri 41 peratus, Sibu 24.9 peratus dan Limbang 15.3 peratus," katanya merasmikan kusus perkahwinan di sini, semalam.
Beberapa bahagian seperti Samarahan, Kuching, Kapit dan Miri juga menunjukkan peratusan remaja hamil tidak berkahwin, 40 peratus untuk empat tahun berturut-turut.
Dalam pada itu, Fatimah menjelaskan terdapat lima faktor utama punca berlakunya kes penceraian seawal lima tahun usia perkahwinan di negeri ini.
Puncanya ialah pasangan belum bersedia untuk menggalas tanggungjawab sebagai seorang suami atau isteri, berkahwin kerana terpaksa seperti pasangan hamil sebelum menikah atau ditangkap khalwat, masalah kewangan dan komunikasi.
Read More / Baca Lagi >>

Dr Burhanuddin pernah dicalon PM Tanah Melayu

Posted: 12 Dec 2014 06:37 PM PST

KOTA BHARU: Kesatuan Rakyat Indonesia Semenanjung (KRIS) pada pada persidangan 15 Ogos 1945 merancang menubuh kabinet yang diketuai Dr Burhanuddin Al Helmy apabila Tanah Melayu dimasyhurkan merdeka.

Tokoh PAS  itu dipersetujui dilantik sebagai Perdana Menteri, manakala anggota-anggota lain kabinet yang disenarai termasuk Dato' Abdul Rahman Yassin, Dato' Abu Samah Ali dan Dato' Onn Jafar.

Veteran PAS, Subky Abdul Latif berkata, bagaimanapun kabinet yang dirancang itu tidak menjadi kenyataan kerana Jepun menyerah kalah selepas Hiroshima dan Nagasaki dibom oleh tentera Bersekutu.

Bagaimanapun menurut Dr Mohamad Muzammil Mohamad Noor dari USM, nasionalis Indonesia ketika itu tergesa-gesa mengisytiharkan kemerdekaan Negara itu pada  17 Ogos 1945 iaitu dua hari selepas Jepun menyerah kalah.

"Sebelum itu Dr Burhanuddin bersama Ibrahim Yaakub, Ustaz Abu Bakar Bakir, Hanif Sulaiman dan beberapa lagi pemimpinn Melayu membincangkan kemerdekaan Tanah Melayu oleh Jepun.

"Jepun memaklumkan untuk menyerah kemerdekaan serentak kepada Tanah Melayu dan Indonesia pada 17 Ogos 1945.  Jepun juga mengarah pemimpin Melayu membentuk kabinet pentadbiran Tanah Melayu dan mewujudkan KRIS.

"Sebagai persediaan ke arah itu pada 13 Ogos 1945, Dr Burhanuddin bersama Ibrahim Yaakub bertemu Sukarno dan Dr Mohamad Hatta di Taiping, Perak ketika dalam  perjalanan pulang menemui Field Marshal Jepun di Saigon," kata Subky di Kota Darulnaim, 11 Disember lalu.

Subky membentang kertas kerja pada seminar Pemikiran dan Ketokohan Dr Burhanuddin Al Helmy sempena ulang tahun ke-63 PAS.

Seminar tersebut dianjur kerajaan negeri dengan kerjasama Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (Kias).

Turut membentang kertas kerja Ahli Parlimen Tumpat, Dato' Kamaruddin Jaafar, pensyarah Unversiti Teknologi Petronas, Dr Muhaimi Sulam dan Prof Madya Dr Syed Muhd Khairudin Aljunied dari Universiti Nasional Singapura.
Read More / Baca Lagi >>

Pas harus contohi kepimpinan Pak Doktor

Posted: 12 Dec 2014 06:27 PM PST


KOTA BHARU - Pemikiran dan keperibadian Presiden Pas ke-3, Dr Burhanuddin Al-Helmy atau lebih dikenali sebagai Pak Doktor harus menjadi contoh dan dimanfaatkan sepenuhnya kepimpinan Pas kini terutamanya dari segi penerimaan beliau terhadap semua lapisan masyarakat.

Penganalisis Politik, Subky Abdul Latif berkata, kepimpinan yang ditonjolkan Pak Doktor yang sebelum ini diterima seluruh masyarakat harus dipraktikkan walaupun berhadapan dengan pelbagai cabaran pada zaman pentadbirannya.

"Pak Doktor ditentang banyak pihak kerana dikatakan hendak membawa tanah Melayu ke Indonesia, jadi beliau bertanya, apakah tidak eloknya orang Melayu dan orang Indonesia ini, bukankah selama ini kita juga bersaudara, walaupun begitu, dunia politik kini juga sudah berbeza, ternyatalah penyatuan itu adalah sesuatu yang amat sukar.

"Tetapi pada masa itu umpamanya, orang Melayu itu kalau boleh disatukan, tidak kira di mana-mana, itu adalah lebih baik, dan orang Melayu itu bukan di tanah Melayu sahaja, jika disatukan, kitalah satu bangsa yang paling besar dalam dunia, oleh sebab itulah penyatuan Melayu yang Pak Doktor kehendaki itu adalah satu gagasan yang paling ditakuti oleh komunis Cina dan sebagainya," katanya kepada media kelmarin.

Beliau hadir sebagai ahli panel Seminar Pemikiran dan Ketokohan Dr Burhanuddin Al Helmy : Kajian Sempena 63 Tahun Pas Malaysia di Kompleks Kota Darul Naim semalam.

Menurutnya, Pak Doktor diakui juga memberi pelbagai perubahan dan kemajuan memandangkan kepimpinan terdahulu tidak banyak mencorakkan arah dan hala tuju parti ketika itu, sekali gus dibuktikan dengan sokongan kepada Pas semakin bertambah selepas setahun dipegang Pak Doktor.

Subky yang juga seorang penulis turut memberitahu, malah Pak Doktor mempunyai sebab yang kukuh mengapa mengambil alih Pas ketika itu, ini kerana perjuangan Islam sudah mula jelas dan mana-mana orang yang tidak menyokong apa-apa parti ketika itu akan memilih Pas.

Read More / Baca Lagi >>

Akta Hasutan halang usaha basmi rasuah, kata C4

Posted: 12 Dec 2014 06:23 PM PST


Sebuah badan bukan kerajaan (NGO) menyifatkan keputusan Putrajaya mengekalkan Akta Hasutan 1948 hanya akan menghalang usaha membasmi rasuah di Malaysia. Pengarah Pusat Membasmi Rasuah dan Kronisme (4C), Cynthia Gabriel berkata dengan pengekalan akta berkenaan, ia akan menghalang pihak tertentu menyalurkan maklumat kepada pihak berkuasa sekaligus membantutkan usaha membasmi rasuah.
"Adakah kita mempunyai persekitaran yang membenarkan kita menyertai demokrasi? Tidak, kita ada lebih undang-undang, kita ada Akta Hasutan walaupun dijanji untuk dimansuhkan.
 "Apa kaitan di antara Akta Hasutan dan melawan rasuah? Jika ada di antara kita yang mahu menyalurkan maklumat dalam skandal rasuah berskala besar, adakah Akta Hasutan akan digunakan jika kita mendedahkan pemimpin politik dalam pejabat kerajaan? "Adakah kita mempunyai jaminan Akta Hasutan tidak digunakan?
Malah persekitaran hari ini menunjukkan Akta Hasutan, Akta Rahsia Rasmi (OSA) digunakan kepada pandangan yang berlainan," katanya ketika berucap di Majlis Berjalan Melawan Rasuah di Kuala Lumpur pagi ini.

Khairuddin Abu Hassan, UMNO dan 1MDB

Posted: 12 Dec 2014 05:23 PM PST

Khairuddin Abu Hassan, UMNO dan 1MDB
Ketua UMNO Batu Kawan, Datuk Paduka Khairuddin Abu Hassan pada Jumaat telah tampil membuat laporan polis terhadap 1Malaysia Development Berhad (1MDB) setelah pelbagai teguran terhadap syarikat milik kerajaan itu 'tidak dipedulikan'.

Syarikat yang ditubuhkan kerajaan pada 2009 itu dilaporkan bertujuan bagi mengumpul dana dengan membawa masuk pelaburan langsung asing untuk projek negara serta menerbitkan bon.

Namun, pada akhir-akhir ini, ia telah mendapat kritikan pelbagai bukan sahaja dari pembangkang malah dari tiga mantan Menteri Kewangan iaitu Tengku Razaleigh Hamzah, Tun Dr Mahathir Mohamad dan juga Tun Daim Zainuddin.

Agensi itu didakwa telah mengalami kerugian hampir RM38 bilion. Namun, pada bulan lalu 1MDB telah memberi jaminan bahawa semua pelaburannya diurus secara berhemat dan profesional, dan dalam keadaan baik untuk membayar semua hutang.

Laporan polis yang dibuat Khairuddin itu antara lain menggesa siasatan terperinci dilakukan terhadap syarikat itu bagi mengenal pasti punca masalah kepincangan pentadbiran kewangannya.

Selain itu, beliau juga memaklumkan akan membuat laporan di Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Siapa Khairuddin?

Khairuddin ialah seorang ahli perniagaan dari Pulau Pinang dan merupakan suami kepada pelakon wanita terkenal tanahair, Umie Aida.

Beliau mempunyai dua orang anak, hasil dari perkahwinannya yang pertama. Selain itu, Khairuddin juga merupakan anak saudara Sulaiman Palestin dan juga sepupu kepada Anwar.

Khairuddin, meskipun ahli UMNO, dikatakan agak 'berbeza' dengan ahli UMNO lain dalam membuat melontarkan pandangan yang dipercayainya benar.

Tindakan menentang sesuatu yang dianggap 'salah' seperti laporan terhadap 1MDB ini, menurutnya bukanlah yang pertama kali dilakukannya.

Pada tahun 1998, ketika ramai ahli UMNO membela Datuk Seri Anwar Ibrahim yang merupakan Timbalan Perdana Menteri pada ketika itu, Khairuddin telah menerbitkan sebuah buku yang bertajuk '50 Dalil Kenapa Anwar Ibrahim Tidak Boleh Jadi PM'.
Read More / Baca Lagi >>

Prosiding mahasiswa UM8 suatu penindasan

Posted: 12 Dec 2014 05:20 PM PST

Hilal Azman


Lensa Kampus mengecam sekeras-kerasnya tindakan pihak Universiti Malaya (UM) yang menjatuhkan hukuman kepada 8 orang mahasiswa UM pada 9 Disember lalu kerana membawa alumni  UM iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim ke dalam kampus untuk menyampaikan pidato "40 Tahun Anwar Ibrahim: Dari UM ke Penjara" pada Oktober lalu.
Kebobrokan pentadbiran UM ini secara tidak langsung mencabul kebebasan akademik serta kebebasan mahasiswa bersuara pada hari ini. Dalam mendepani dunia yang semakin global  kompleks ini, rupanya masih ada penjajahan bentuk baru dilakukan pihak pentadbiran universiti kepada mahasiswa.
Universiti bukanlah kilang dan mahasiswa bukanlah robot yang acuannya dibentuk mengikut kehendak pentadbir semata-mata. Universiti merupakan gelanggang atau medan untuk mahasiswa saling bertukar pandangan serta bebas beraktivisme yang jauh daripada 'tangan-tangan ghaib'.

Hukuman yang dikenakan ke atas 8 orang mahasiswa ini memberikan gambaran nilai keilmuan mahasiswa hanya terikat di bilik-bilik kuliah serta terikat dengan peraturan-peraturan universiti yang semakin hari semakin merencatkan autonomi mahasiswa. Mahasiswa sebenarnya adalah golongan yang berhak untuk memberi respons kepada isu nasional memandangkan mereka bakal peneraju negara suatu hari nanti. Menurut Tan Malaka, idealisme adalah kemewahan terakhir yang hanya dimiliki mahasiswa.
Oleh itu, pihak pentadbir UM sepatutnya akur memberi laluan kepada mahasiswa menganjurkan apa jua program termasuk menjemput baik pihak kerajaan mahupun pembangkang bagi menyemarakkan lagi idealisme mahasiswa. Mahasiswa perlulah bebas.
Mahasiswa adalah golongan terpelajar yang sekaligus merupakan agen perubahan dan pembimbing kepada masyarakat. Jika di kampus lagi sudah disekat dengan pelbagai akta rimba maka mahasiswa kelak akan berminda mandul.
Read More / Baca Lagi >>

Terimakasih Umno@Bn: Kos ubat, doktor naik selepas GST, kata pengamal perubatan swasta

Posted: 12 Dec 2014 05:17 PM PST

Kerajaan menjamin cukai GST tidak akan memberi kesan terhadap kos perubatan, tetapi kenyataan pihak bertanggungjawab memungut GST, Kastam, sebaliknya. – Gambar fail Reuters, 13 Disember, 2014. 
Kerajaan menjamin cukai GST tidak akan memberi kesan terhadap kos perubatan, tetapi kenyataan pihak bertanggungjawab memungut GST, Kastam, sebaliknya. – Gambar fail Reuters, 13 Disember, 2014.

Walaupun perdana menteri memberi jaminan demi jaminan bahawa kos penjagaan kesihatan swasta dikecualikan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST), taklimat Jabatan Kastam menyatakan sebaliknya, dan memberi amaran bayaran tambahan akan dikenakan ke atas ubat-ubatan dan yuran doktor, kata sebuah badan pengamal perubatan.
Persekutuan Persatuan Pengamal Perubatan Swasta Malaysia (FPMPAM) yakin kos penjagaan kesihatan swasta meningkat selepas cukai penggunaan berkuatkuasa April depan dan mereka bimbang dengan kenyataan bercanggah antara Datuk Seri Najib Razak dan kastam, yang ditugaskan memungut GST.
Presiden FPMPAM Dr Steven Chow berkata, Najib bukan sekali berjanji, tetapi dua kali, bahawa penjagaan kesihatan awam dan swasta tidak akan terjejas oleh GST.

"Pada 10 Oktober 2014, di dalam ucapan Bajet 2015, PM kita telah berkata bahawa ubat-ubatan dalam Senarai Ubat Penting Kebangsaan (NEDL) akan berkadar sifar, oleh itu memberi gambaran bahawa mereka yang sakit, yang sudah dibebani dengan penyakit mereka, tidak perlu lagi dibebankan dengan cukai tambahan untuk merawat penyakit mereka,"katanya. "Walau bagaimanapun, garis panduan dan banyak taklimat oleh pasukan GST Kastam memberitahu cerita yang berbeza dan agak rumit".
Beliau mendedahkan bahawa NEDL bukan senarai ubat lengkap untuk rawatan semua penyakit penting dan komplikasi, dan hanya 208 ubat-ubatan berbeza daripada 2,900 item yang disenaraikan.
"Banyak daripada 2,900 barangan dimasukkan berulangan daripada pelbagai persiapan atau jenama yang berbeza daripada ubat-ubatan yang sama," katanya.
"Jika anda melihat lebih dekat, NEDL jelas tidak direka untuk memenuhi semua penyakit penting dan komplikasi daripada pelbagai disiplin penjagaan utama dan pakar. Rawatan khas untuk pelbagai penyakit biasa tidak ada dalam senarai."
Read More / Baca Lagi >>

Lebih 5,000 muka surat Laporan RCI Sabah ‘hilang’

Posted: 12 Dec 2014 05:09 PM PST


lks (3)


KOTA KINABALU, 12 DIS: 'Lebih 5,000 muka surat hilang' daripada laporan Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja RCI mengenai Pendatang Tanpa Izin di Sabah yang dikeluarkan Kerajaan pada 3 Disember, kata Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang.
Ujar Kit Siang, RCI Sabah sepatutnya menjadi laporan paling tebal dan paling banyak jilid berbanding laporan RCI lain, malangnya hanya setebal 368 muka surat.
"Dimana semua memorandum, nota-nota keterangan, akuan-akuan bersumpah dan eksibit dikemukakan kepada RCI?
"Saya difahamkan ia melebihi 5,000 mukasurat, yang merupakan bahagian penting laporan tersebut,' kata Kit Siang dalam forum mengenai RCI Sabah di Hotel Palace, Kota Kinabalu semalam.
Beliau membandingkan Laporan RCI video skandal peguam Lingam yang mempunyai empat jilid dengan yang pertama berjumlah 191 mukasurat, nota-nota keterangan berjumlah 1,187 muka surat (Jilid 2), 513 mukasurat bagi Akuan Bersumpah (Jilid 3) dan 474 mukasurat eksibit (Jilid 4) dengan jumlah keseluruhan 2,365 mukasurat.
 Manakala RCI Sabah menerima 361 memorandum dan 177 eksibit, mengadakan pendengaran awam bermula 14 Januari sehingga September 2013 dengan 211 saksi.
 Justeru itu Kit Siang hairan apabila kerajaan mengeluarkan kurang 10 peratus daripada laporan sebenar RCI Sabah, sedangkan RCI video skandal Lingam mengandungi lebih 2,300 mukasurat dengan mengemukakan semua nota-nota keterangan, akuan bersumpah dan eksibit.
"Ini seharusnya menjadi tugas pertama (pengerusi) jawatankuasa kerja RCI Sabah (Tan Seri) Joseph Pairin.
Read More / Baca Lagi >>

JPN Sabah ingkar undang-undang

Posted: 12 Dec 2014 05:01 PM PST

Terdapat 200,000 nama dalam senarai daftar pemilih yang tidak sepatutnya berada di sana.

mycard_jpn_300KOTA KINABALU: Kewarganegaraan perlu didahulukan sebelum kad pengenalan Malaysia (IC) diberikan, seperti yang dinyatakan dalam laporan penemuan Royal Commission of Inquiry (RCI) tentang pendatang tanpa izin (PTI) di Sabah.
Ianya salah di sisi undang-undang untuk memberikan kewarganegaraan kepada warga asing tanpa melalui proses undang-undang, kata panel RCI yang memetik kenyataan Sabah Law Association (SLA).
Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Jariah Binti Mohd Said telah memberi keterangan bahawa menurut rekod JPN, jumlah IC baru yang diberikan kepada orang asing adalah 67,675 dan jumlah orang asing di Sabah yang telah diberikan kewarganegaraan sejak 1963 sehingga 31 Ogos 2013 adalah 68,608.
Tetapi anggaran Suhakam tentang jumlah orang asing yang diberikan IC Malaysia secarah sah dan haram berdasarkan kiraan activis Dr Chong Eng Leong dan orang lain melebihi jumlah yang diberikan oleh Jariah.
Panel RCI telah menafikan tanggapan orang ramai bahawa IC biru sahaja merupakan bukti bahawa seseorang itu merupakan rakyat Malaysia.
"Seseorang itu perlu menjadi warga negara Malaysia sebelum layak menerima kad pengenalan Malaysia," kata laporan RCI.
Read More / Baca Lagi >>

BN perlu segera lantik ketua pembangkang Selangor baru

Posted: 12 Dec 2014 04:59 PM PST

DNS wide 01BANDAR BARU BANGI, 12 DIS: Barisan Nasional (BN) Selangor perlu melantik Ketua Pembangkang di Dewan Negeri Selangor (DNS) baru yang secara automatik memegang jawatan Pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Wang Awam Kerajaan (PAC).
Dato' Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali berkata, ia bagi memastikan konsep periksa dan imbang dapat dilaksanakan dalam proses demokrasi di negeri itu.
"Mereka perlu putuskan sebab laporan yang dah diluluskan dewan, Pengerusi PAC itu mestilah Ketua Pembangkang.
"Kalaulah benar Datuk Shamsuddin (Mohd Lias) letak jawatan mereka perlu putuskan siapa Ketua Pembangkang dan akan secara automatik dilantik Pengerusi PAC kecuali mereka tak mahu lantik sesiapa jadi Ketua Pembangkang," kata Mohamed Azmin di Program Menteri Besar Turun Padang ke Daerah Hulu Langat hari ini.
Jelas Mohamed Azmin, keadaan ini sama seperti mana-mana Dewan Negeri dan Dewan Rakyat yang mempunyai Ketua Pembangkang masing-masing.
Tambah Mohamed Azmin, keengganan pembangkang melantik ketua baru menunjukkan sikap tidak menghormati proses demokrasi.

Laporan polis pemimpin Umno terhadap 1MDB bukti dana bermasalah, kata DAP

Posted: 12 Dec 2014 04:57 PM PST


Laporan polis terhadap 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang penuh kontroversi oleh seorang pemimpin Umno semalam adalah bukti kewangan syarikat itu sedang bermasalah teruk sehingga hutangnya meningkat, kata pemimpin DAP, Tony Pua.
Beliau berkata hakikat bahawa seorang pemimpin Umno membuat laporan terhadap pemimpin partinya sendiri termasuk Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, yang juga mempengerusikan 1MDB, bermakna pengadu itu "menempah maut" atau mempunyai bukti kukuh tentang krisis dana RM42 bilion itu.
"Apatah lagi, secara kebetulannya skandal 1MDB itu juga dibangkitkan pada mesyuarat Kabinet minggu ini," kata beliau dalam satu kenyataan.
"Mesyuarat itu dipengerusikan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika Datuk Seri Najib berada jauh di luar negara, seperti yang dilaporkan oleh The Malaysian Insider," kata Pua.

Kapitalis Zalim: Bil telefon lebih setengah juta ringgit

Posted: 12 Dec 2014 04:02 PM PST

Notis yang meminta Yoke Thye menjelaskan bil tertunggak berjumlah RM580,723. 
 Notis yang meminta Yoke Thye menjelaskan bil tertunggak berjumlah RM580,723.
SEREMBAN - Baru lima bulan melanggan perkhidmatan telefon mudah alih dari sebuah syarikat telekomunikasi, seorang suri rumah  menerima bil tertunggak mencecah lebih setengah juta ringgit.

Itulah nasib Chu Yoke Thye, 43, yang menerima surat daripada syarikat telekomunikasi terbabit, memaklumkan tunggakan bil telefon bimbitnya adalah RM580,723.

Telefon bimbit itu digunakan anak lelakinya yang berusia 8 tahun.

Keadaan itu menyebabkam Yoke Thye, tertekan, menangis dan tidak dapat tidur malam kerana sentiasa memikirkan masalah yang dihadapinya.

Seperti tikus memperbaiki labu

Posted: 12 Dec 2014 03:56 PM PST

UMNO sekarang dalam keadaan yang terburuk dalam sejarah penubuhannya dan penguasaannya keatas kerajaan. UMNO sudah tidak tentu rupa bentuknya lagi dan UMNO sedang teraba-raba dalam kegelapan. Pemimpin UMNO khususnya pucuk pimpinannya bukan tidak mahu berubah tetapi mereka tidak tahu cara untuk berubah dan apa yang mereka perlu ubah. Terlalu banyak untuk diubah, tidak tahu yang mana satu yang hendak diubah dahulu dan yang mana hendak diubah kemudian.
Kita tahu dan yakin, jika ini jugalah kumpulan yang diamanahkan untuk terus memimpin parti itu, UMNO itu sendiri akan terjun bersama mereka. Mereka sekarang tidak sedar yang mereka adalah 'liability' besar dan penyumbang kepada kehancuran parti itu dan bukannya pemimpin kepada negara lagi. Kita berterus teranglah, Najib dan kumpulannya tidak lagi mampu untuk membetulkan parti ini. Hanya jika kita berniat untuk merosakan negara dengan lebih teruk lagi sahaja, baru kita berikan tugas untuk menyambung amanah yang telah diberikan sebelum ini.
Semuanya dan serba-serbinya diambang kehancuran dan ia amat susah untuk memperbaiki segala kelemahan mereka dalam sekali gus. UMNO sudah terbiar oleh pimpinannya sejak tiga puluh tahun dahulu. Seperti yang disebut dalam posting sebelum ini, UMNO sedang dipimpin oleh mereka yang tidak mempunyai 'talent' untuk melalui proses memperbetulkan parti mereka.
Berlagak dan berlakon seperti pemimpin yang berkepimpinan, sudah tidak lagi dapat menyorokkan kemampuan dan nilai kepimpinan mereka yang lemah dan buruk itu. Mereka tidak pernah belajar kerana mereka tidak tahu apa yang hendak dipelajari dalam kepimpinan negara. Mereka tidak mampu untuk menjadi pemimpin sebenar maka mereka terus sahaja memaparkan nilai kulit sahaja dalam kepimpinan mereka. 'They are not leaders; they are just acting like one'
Lagi mereka mengumumkan tindakan pembaik-pulihan, lagi dalam masalah yang mereka hadapi. Tidak payah disebut lagi segala masalah yang mereka hadapi dan mengulangi acapkali. Sekarang waktu untuk bertindak secara drastik untuk mendapatkan perubahan itu. Najib dan barisannya perlu dan wajar berundur jika mereka mahu dikenang sebagai penyelamat parti terbesar itu. Pengunduran Najib dan barisannya merupakan sumbangan terbesar mereka kepada negara.
Hanya dengan berundur sahaja yang membolehkan mereka dianggap sebagai penyelamat parti itu, kerana jika mereka masih kekal bergayut kepada parti itu, mereka sendiri merupakan penyumbang besar kepada kemusnahan parti yang memimpin kerajaan sejak merdeka dahulu.
Read More / Baca Lagi >>

Pimpinan PR Bertemu Januari Jernihkan Keadaan - Anwar

Posted: 12 Dec 2014 07:19 AM PST

Negara Bakal Hadapi Krisis Ekonomi - Anwar

Posted: 12 Dec 2014 07:16 AM PST

Siasat Ahli Lembaga Pengarah 1MDB - Khairuddin Abu Hassan

Posted: 12 Dec 2014 06:54 AM PST


ECONOMIC CRISIS AHEAD: Anwar tells Malaysians to brace for tough times

Posted: 12 Dec 2014 06:49 AM PST

ECONOMIC CRISIS AHEAD: Anwar tells Malaysians to brace for tough times
In August last year, I had warned about an impending financial crisis that would befall Malaysia because of the mismanagement of the nation's economy.
I said that particularly on account of the massive hidden debt, the BN administration had failed to practice financial prudence, accountability and transparency.
As usual, even then instead of taking cognisance of our legitimate concerns and rectifying the situation, Prime Minister Dato Seri Najib Razak chose to be the proverbial ostrich in the sand by sweeping financial dirt under the off-balance sheet carpet.
Double whammy
Today, this culture of wastage and opulent and spendthrift ways cloaked under shady procurement processes and opaque privatisation awards has returned to haunt us.
And under these circumstances, we are heading for an economic crisis with a double whammy – declining international crude oil prices coupled with a depreciation of the Ringgit at levels unseen since the Asian Financial crisis of 1997.
The continuous decline of Brent crude price since the middle of the year from the level of USD 110 / bbl to USD 65 / bbl means a reduced income of almost 40% of sales of crude oil.
The additional revenue of RM 25 bn announced in the recent budget is at serious risk of being wiped off and it won't be an exaggeration to say that the government will struggle to reduce the level of national deficit to 3% of GDP for the year ahead.

Add this to the plunge in the value of the Ringgit against the US dollar to almost 3.5000 (1 USD = 3.50 MYR), the rakyat will be facing a bleak future in terms of higher prices for local food products, especially imported. Since almost 90% of our basic foodstuffs are imported, any withdrawal of food subsidies will exert additional burden on the people, being already saddled with the overall rising cost of living encompassing their daily lives.
The prices of crude palm oil (CPO), rubber and tin have also declined drastically causing further hardship on the people, even before factoring the implementation of GST for 2015.
1MDB and the mother of all scandals
With declining revenues and the accumulated debt, are we going to do another 1MDB? That is already one mother of all scandals too many and the people will have none of that.
As it is, our sovereign rating is at risk of an imminent downgrade. Economic growth will be affected with the reduction in domestic economic activity. Many local businesses will face additionally severe challenges.
What is even more frightening is that our economy is rudderless with the captain of the ship nowhere in sight.
Where's the leadership in all this? There has not been one statement forthcoming from the Prime Minister cum Finance Minister alluding to the current state of our economy let alone the problems the people are already facing – and the even greater hardship that they will have to endure.
Nothing appears to be done as the UMNO-BN leaders in typical fashion have gone into denial-mode. Surely, it is utterly reckless and irresponsible of the PM and his cabinet to leave the nation in suspense.
Race relations and the 'maqasid al-Shari'ah'
Read More / Baca Lagi >>

The next great play in Malaysian politics

Posted: 12 Dec 2014 06:48 AM PST

Today's police report against 1MDB may herald the end of Najib's days as PM..

 It starts off as a pebble sliding downhill. A subtle shift of the snow in the Alps. A little more rain than usual rushing down the river bend. Small actions and happenings that herald something bigger, an avalanche, perhaps, or a rushing torrent that will alter the landscape irrevocably.

In this case, it starts as a solitary police report, made by one Khairuddin bin Abu Hassan, deputy division head of Umno Batu Kawan, Penang, against our Prime Minister's monolithic machine, the 1MDB fund.

The report presents itself as the conviction of one man who could not deny the mountain of evidence before him regarding the financial management, or rather mismanagement, of 1MDB. It's supposed to be the independent action of a patriot worried by the possible abuse of public funds.

But really, what would urge an Umno man – and one so far down the food chain at that – to lodge a police report against an initiative of the Umno-dominated government? The answer is simple.

There are powers at work here, pulling the strings from the shadows. The Umno general assembly has come and gone, and the next round of the Great Game has begun in earnest. For Khairuddin to dare lodge this report, there must be some very powerful players backing him, protecting him from the potential blowback.

This is one of the most direct attacks against a sitting Prime Minister and Umno President in recent memory and, because it is perpetrated by someone who would usually not be held in lofty regard, one of the most audacious. Najib will be haunted by the consequences of his failure at the Umno general assembly to impress the support base and, above all, Mahathir Mohamad.

The absence of outright support for 1MDB at the assembly would seem odd to those uninitiated to the ways of Umno. In fact, it was very telling. It meant that the battle line had been drawn. Is this really the beginning of Najib's end, the first salvo from those who wish to see him out of power?

Read More / Baca Lagi >>

Suspension of UM8 students, a blow to free speech

Posted: 12 Dec 2014 06:41 AM PST

Opposition Leader Anwar Ibrahim says students were denied their rights and punished for their actions.

PETALING JAYA: PKR de-facto leader Anwar Ibrahim said it was an embarrassment to Universiti Malaya when their Disciplinary Panel suspended two of the UM8 students for organising and participating in his talk entitled "40 Years: From University of Malaya to Jail". "It's embarrassing to the university.

Although we all know the vice-chancellor and professors just followed instructions, but as a professor, one holds an important function to hold the image of the institution as a center for knowledge and encourage space for students to think", with the freedom to express themselves and "engage in reasoned debate and discussions," he said.

"I consider this unfortunate that so-called senior professors, deans and university leaders would succumb to pressure and compromise the whole idea of the university," said Anwar after a press conference at the PKR headquarters in Petaling Jaya. Anwar who is an alumnus of Universiti Malaya also expressed regret that the rights of the students were not only denied but that they were punished for their actions.

He added, "What is more shocking is, that these students are duly elected and they are two representatives of the student body. "I condemn in the strongest terms not only the ministry but the fact that the university can be used to this extent by the powers that be."

Read More / Baca Lagi >>