Followers

Nuffnang

The Unspinners

0

Posted by Unknown | Posted on 11:53 PTG | Posted in

sumber :-

The Unspinners


Adakah senjata Ukraine yang disyaki tembak MH370 dibekalkan US?

Posted: 10 Dec 2014 09:27 PM PST






Dokumen di atas dotandatangani John Kerry.

US has no moral right to judge other countries

Posted: 10 Dec 2014 05:28 PM PST


Lihat video tersebut di FB SINI

Jangan pula kita kow tow kepada negara paling zalim di dunia.

Daulat Tuanku!

Posted: 10 Dec 2014 04:00 PM PST


Anifah Aman panggil Duta US datang ngadap

Posted: 10 Dec 2014 06:19 AM PST



PRESS STATEMENT BY YB FOREIGN MINISTER ON THE 
 COMMENTS MADE BY THE UNITED STATES OF AMERICA ON MALAYSIA'S SEDITION ACT 1948 AND RULE OF LAW

Malaysia regrets the comments made by His Excellency Joseph Y. Yun, Ambassador of the United States of America to Malaysia on the latest developments relating to the Government of Malaysia's decision to retain the Sedition Act 1948, in an interview with an online news portal. 

Given Malaysia's unwavering position on moderation and tolerance, Malaysia is disappointed that the US Ambassador has chosen to highlight his unwarranted comments on the decisions of the Government.  Wisma Putra has summoned the US Ambassador to the Ministry on 10 December 2014 to explain the US' position on the matter.

The Sedition Act 1948 does not hinder a vibrant democracy.  The Act is a preventive measure to ensure that no parties would incite religious and racial tension that could jeopardize peace and stability in the country.

Malaysia calls on the US Government, to respect the internal affairs of the country and allow Malaysia the space, indispensable to all countries with maturing democracies, to ensure continued peace, security and stability in the country.
Malaysia wishes to remind all parties that the decision relating to the Sedition Act 1948 is a prerogative of the Government.  Despite the interest of external parties on the subject, any decisions of the Government on the Act are an internal matter and any unwarranted comments on the decisions of the Government would be regarded as interference in the country's internal affairs.

The Government of Malaysia remains committed to maintaining peace, stability and harmony in the country and safeguarding the multiracial and multicultural values, norms and practices in Malaysia.


MINISTER OF FOREIGN AFFAIRS
Putrajaya

10 December 2014

Apa muslihat khabar angin Azmin dalang anugerah Dato Seri ditarikbalik?

Posted: 10 Dec 2014 12:20 AM PST


Azmin baru jadi MB. Bolehkah dia pengaruhi Sultan?

Jika benar, apa motifnya? Cantas atau kasi upkan Anwar sebagai mangsa untuk dapat simpati?



Semasa kes liwat di mahkamah Persekutuan dan roadshow sebelum ini, tak ramai.

Benda ni tak masuk akal maka mesti ada muslihatnya.

Belantan

0

Posted by Unknown | Posted on 11:45 PTG | Posted in

sumber :-

Belantan


Hari Keputeraan DYMM Sultan Selangor Ke-69

Posted: 10 Dec 2014 04:00 PM PST


DAULAT TUANKU 

SEMOGA ALLAH LANJUTKAN USIA TUANKU 

DULI YANG MAHA MULIA SULTAN SHARAFUDDIN IDRIS SHAH ALHAJ IBNI ALMARHUM SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH ALHAJ D.K.,D.M.N., D.K.( Terengganu ), D.K. Kelantan ), D.K.( Perak ), D.K.( Perlis ), D.K.( Negeri Sembilan ), D.K.( Kedah ), D.K.( Johor ), S.P.M.S., S.S.I.S., S.P.M.J. 

SULTAN DAN YANG DIPERTUAN NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN SERTA SEGALA DAERAH TAKLUKNYA 

Sembah Tahniah Dan Ucap Selamat 

SEMPENA ULANG TAHUN HARI KEPUTERAAN YANG KE 69 DULI YANG MAHA MULIA SULTAN SELANGOR PADA 11 DISEMBER 2014 BERSAMAAN 18 SAFAR 1436 HIJRIAH 

SEMBAH TAKZIM DARIPADA 

Admin Suara Politik 
belantan.blogspot.com


Gaya Peneroka

0

Posted by Unknown | Posted on 11:36 PTG | Posted in

sumber :-

Gaya Peneroka


SEMBANG DAN PERTANYAAN MASA DEPAN FGV

Posted: 09 Dec 2014 11:55 PM PST

SEMBANG FGV
Ramai penganalisis saham bimbang jika harga saham FGV menjunam kepada paras semasa RM2.50 sesaham. Sesuatu petanda buruk bakal memeluk kemas FGV yang disenaraikan belum sampai 2 tahun. Apakah FGV ini bakal mengikuti saham-saham besar lain yang sudah memacak nisan?
Apakah Menteri Kewangan akan memperkenalkan pakej menyelamat FGV? Berapa bilion pula jumlah yang perlu disediakan untuk 'bailout' FGV? Kenapa media utama kerajaan sudah tidak ada selera mengulas isu ni?Tidak seperti mula disenaraikan dahulu. Hampir saban minit TV1 dan TV3 mengupas langkah penyenaraian ini yang dikatakan kedua terbesar selepas saham Facebook.
Apa kesan kepada Peneroka Felda seluruh negara? Apa kesan kepada pelabur dari syarikat dalam dan luar negara? Apa kesan kepada ekonomi negara? Semuanya bisu menyepi. Kebimbangan segelintir rakyat sebelum ini bakal menjadi kenyataan.
Persatuan Anak peneroka Felda Kebangsaan ( ANAK) antara Ngo yang lantang menentang penyenaraian ini dan pernah dihalang masuk ke tanah rancangan bagi berkongsi isu ini kepada warga Felda. Justeru itu mereka dicop pengkianat oleh pemimpin negara dan mengenakan pelbagai tekanan kepada ANAK.
Ditambah dengan kejatuhan harga sawit dan getah. Kejatuhan nilai mata wang ringgit, persaingan pengeluar minyak sawit negara jiran serta bertambahnya stok minyak soya di pasaran dunia oleh negara pengeluar menambahkan lagi sengsara pemain sektor minyak sawit.
Rakyat tertunggu-tunggu pakej untuk mereka. 112,635 peneroka seluruh negara saban hari mengadap Media arus perdana menanti jikalau ada ' durian runtuh' untuk mereka setelah bajet yang lalu tiada disentuh apatah lagi laba untuk warga peneroka Felda seluruh negara.
Rakyat terus Menanti!
Naraza Muda
Ketua Penerangan ANAK Malaysia


APANAMA

0

Posted by Unknown | Posted on 11:23 PTG | Posted in

sumber :-

APANAMA


Cabinet discussed, questioned and surprised with 1MDB?

Posted: 10 Dec 2014 07:48 PM PST

MIMPI SENJA

0

Posted by Unknown | Posted on 11:04 PTG | Posted in

sumber :-

MIMPI SENJA


Mangsa Culik Abu Sayyaf Dibebaskan Awal Pagi Rabu

Posted: 10 Dec 2014 05:29 PM PST

MUGUTAN VANAR

Isteri mangsa culik, Chan Sai Chiun.

KOTA KINABALU: Penternak ikan di Kunak, Chan Sai Shuin dilaporkan telah dibebaskan oleh kumpulan bersenjata Abu Sayyaf.

Menurut sumber, Chan,32, yang kelihatan menggeletar namun tiada sebarang kecederaan dan telah dibawa ke Sandakan lebih kurang pukul 6.45 pagi Rabu serta diberi rawatan kesihatan.

Difahamkan pihak Filipina dan Malaysia yang terlibat sebagai orang tengah menerima mangsa culik itu pada awal pagi dengan menaiki bot laju ke Sandakan.

Chan telah dipertemukan dengan isterinya, Chin Pek Nyen,31.

Chan diculik oleh kumpulan bersenjata itu pada 16 Jun di kolam ikannya di Sapong Kunak.

Sementara itu seorang anggota polis Kontabel Zakiah Aleip,26, dari Pulau Mabul yang turut diculik pada 12 Jun lalu masih lagi ditawan oleh kumpulan Abu Sayyaf dan rundingan pembebasan masih lagi dilakukan.

Anjur Pidato Anwar: Dua Pelajar UM Digantung Pengajian

Posted: 10 Dec 2014 05:31 AM PST



Diterbitkan: Rabu, 10 Disember 2014 9:44 AM

PETALING JAYA: Universiti Malaya (UM) didakwa telah menggantung dan mendenda dua daripada pelajarnya yang dikenali sebagai UM8 kerana menganjurkan perhimpunan haram yang menyaksikan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berjaya memasuki kampus berkenaan tanpa kebenaran pihak universiti.

Dalam posting terbaru, di akaun Facebook miliknya, bekas Presiden Persatuan Mahasiswa Pelajar Universiti Malaya (PMUM) Fahmi Zainol mendakwa dia telah digantung selama dua semester dan didenda sebanyak RM600, sementra Presiden Pro-Mahasiswa UM, Safwan Shamsuddin pula digantung selama satu semester dan didenda.

Menurut Fahmi, seramai empat lagi pelajar turut dikeluarkan surat amaran dan didenda RM150 setiap seorang sementara dua lagi, Khairol Najib dan Abraham Au, masing-masing dibebaskan namu diberikan amaran kerana didapati tidak bersalah. 
Beliau berkata sesi pendengaran inkuiri berkenaan berjalan selama 12 jam dengan seorang pelajar pada setiap sesi dan keputusannya juga diumumkan kepada pelajar berkenaan secara individu.

Fahmi berkata penggantungan ke atasnya berkuat kuasa serta merta d an beliau akan mengemukakan rayuan terhadap keputusan yang dibuat oleh jawatankuasa disiplin universiti.

Pada 27 Oktober lepas, sekurang-kurangnya 1,000 mahasiswa dan mahasiswi telah merempuh masuk pintu pagar UM bagi menghadiri acara pidato bersama Anwar Ibrahim.

Pihak pengurusan universiti telah mengharamkan acara pidato berkenaan, serta mengunci dua pintu masuk utama serta menempatkan pasukan keselamatan untuk mengawal pintu masuk universiti.

Dialog Dewasa Kritik Berasa

0

Posted by Unknown | Posted on 11:02 PTG | Posted in

sumber :-

Dialog Dewasa Kritik Berasa


MENGAPA HARGA MINYAK DUNIA JATUH ?

Posted: 10 Dec 2014 09:00 PM PST



            Harga minyak telah jatuh lebih daripada 40% sejak bulan Jun. Pada asalnya minyak berharga $115 setong. Ianya kini menjunam di bawah $70. Keadaan ini berlaku selepas hampir lima tahun harga minyak berada pada keadaan stabil. Dalam mesyuarat di Vienna yang berlangsung pada 27 November yang lalu Pertubuhan Negara-negara Pengeksport Petroleum yang mengawal hampir 40% daripada pasaran dunia gagal mencapai persetujuan mengenai sekatan pengeluaran sehingga menyebabkan harga minyak jatuh merudum. Negara-negara pengeksport minyak seperti Rusia, Nigeria, Iran dan Venezuela mengalami kesan paling teruk dalam situasi ini. Persoalannya di sini adalah 'Mengapa harga minyak jatuh?'

            Harga minyak ditentukan oleh dua aspek; bekalan dan permintaan sebenar serta ramalan atau jangkaan yang dibuat berdasarkan situasi semasa. Permintaan untuk tenaga berkait rapat dengan aktiviti ekonomi. Ia juga meningkat pada musim sejuk di Hemisfera Utara dan pada musim panas di negara-negara yang menggunakan penyaman udara. Bekalan minyak boleh terjejas disebabkan oleh gangguan cuaca (yang menghalang kapal tangki muatan dari berlabuh ) dan juga gangguan geopolitik. Seandainya pengeluar menjangkakan harga minyak akan kekal tinggi, mereka akan melabur dengan lebih banyak dalam bidang ini dimana selepas beberapa ketika akan meningkatkan jumlah bekalan minyak. Begitu juga, harga semasa minyak yang rendah akan membawa kepada pengurangan pelaburan yang seterusnya mungkin akan mengurangkan bekalan minyak. Keputusan OPEC turut mempengaruhi jangkaan ini; jika OPEC mengambil keputusan untuk mengurangkan bekalan secara mendadak, ia boleh menyebabkan harga minyak melambung tinggi.  Pada ketika ini Arab Saudi menghasilkan hampir 10 juta tong minyak sehari; satu pertiga daripada jumlah yang ditetapkan OPEC.

            Empat perkara memberi kesan kepada keadaan masa kini. Pertama, permintaan yang rendah kerana aktiviti ekonomi yang lemah dan peralihan banyak pihak dari minyak kepada bahan api lain sebagai sumber tenaga. Kedua, pergolakan di Iraq dan Libya yang merupakan dua pengeluar minyak terbesar yang mampu membuat pengeluaran hampir 4m tong sehari. Namun, masalah ini tidak menjejaskan pengeluaran mereka. Ini menunjukkan bahawa pasaran adalah lebih optimis apabila ia melibatkan risiko geopolitik. Ketiga, Amerika telah menjadi pengeluar minyak terbesar di dunia. Walaupun ia tidak mengeksport minyak mentah, ia kini telah mengurangkan jumlah import yang mewujudkan banyak bekalan berlebihan di negara-negara pengeluar. Akhir sekali, Arab Saudi dan sekutu Teluk mereka telah memutuskan untuk tidak mengorbankan keuntungan pasaran mereka sendiri untuk memulihkan harga iaitu dengan mengehadkan pengeluaran minyak. Langkah ini dapat menangani masalah pengeluaran dengan cepat. Tetapi oleh kerana negara-negara yang mereka tidak suka seperti Iran dan Rusia yang akan mendapat manfaat utama daripada perlaksanaan langkah ini, mereka memilih untuk tidak melaksanakannya. Arab Saudi tidak mengalami kesan yang teruk oleh sebab penurunan harga minyak dunia kerana negara itu mempunyai $900 bilion dalam rizab dan kos pengeluaran minyak mereka sangat murah; kira-kira hanya $5-6 setong.


            Kesan utama dapat dirasakan oleh negara yang paling berisiko dan paling lemah dalam industri minyak. Ini termasuklah syarikat-syarikat Amerika yang telah membuat pinjaman sepenuhnya untuk menceburi bidang ini kerana mereka menjangkakan harga minyak akan kekal tinggi. Ini juga termasuk syarikat minyak Barat yang memiliki projek kos tinggi kerana melibatkan penggerudian minyak di laut dalam atau di Artik, atau berurusan di kawasan-kawasan yang kosnya semakin mahal seperti di Laut Utara. Tetapi kesakitan yang paling besar akan dialami di negara-negara bergantung kepada harga minyak yang tinggi untuk membayar pengembaraan ke angkasa lepas dan program-program sosial yang berkos tinggi. Ini termasuklah Rusia (yang sudah mengalami sekatan berikutan campur tangan Barat di Ukraine) dan Iran (yang membayar untuk memastikan rejim Assad kekal selamat di Syria). Para optimis merasakan sekatan ekonomi boleh membuat negara-negara ini tunduk dengan tekanan antarabangsa. Manakala pihak pesimis bimbang sekiranya keputusan ini menyebabkan mereka akan bangkit dan serang balas kerana kehidupan yang terlalu mendesak.

JOM LARI KE US - DI SANA TAK DE UMNO, TAK DE SULTAN, TAK DE AKTA HASUTAN

Posted: 10 Dec 2014 07:08 PM PST


Presiden Obama sendiri pada pertengahan November lalu dah bagi green light akan mengizinkan pendatang-pendatang haram untuk mendapatkan kewarganegaraan di Amerika Syarikat melalui pengisytiharan  "executive order".

Dasar terbaru ini memberikan peluang kepada ramai pendatang haram untuk mendapatkan kewarganegaraan setelah sekian lama bermastautin di negara tersebut terutamanya di wilayah California. 

Agaknya sebab itulah si blogger porno si Alvin Tan lari ke Los Angeles, California kerana mungkin mengetahui mudah untuk mendapatkan kerakyatan US. 

Lagipun takkan lah tak der puak-puak sebangsa atau seideologi dengannya akan membantu menyara beliau di sana. Yahudi geng-geng Anwar pun ramai di sana dan boleh beri akses mudah kepada si blogger porno sasau ni.

Paling menarik di Amerika tak de parti UMNO dan Barisan Nasional. Di sana tak de Sultan dan tak de Akta Hasutan. 

Jadi bolehlah penghijrah-penghijrah memaki hamun juga Presiden Obama, kerajaan Amerika atau sesiapa saja di dunia kerana ia adalah hak asasi kebebasan bersuara. 


Sebab tu Naib Presiden Amerika Joe Biden boleh mengkritik kerajaan Malaysia untuk menghapuskan Akta Hasutan atau membebaskan peliwat pujaannya. 

Namun tanpa Akta Hasutan Amerika kini berhadapan dengan konflik antara kaum kulit hitam dengan kaum kulit putih dan polis. Ini semua kerana polis kulit putih dilihat sering mengamalkan kekerasan terhadap kaum kulit hitam. 

Ia mungkin salah UMNO juga kerana UMNO berbaik-baik dengan Presiden Obama...itulah yang sering dimomokkan kepada puak-puak tertentu di Malaysia ini.

Adakah apabila Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dihapuskan maka berduyun-duyunlah orang menjadi lebih baik dan berbudi bahasa di negara kita, jenayah semakin berkurangan, undi kerajaan semakin bertambah, "rakyat itu" semakin bersyukur?

Joe Biden lantang mengkritik Akta Hasutan kononnya zalim dan menghalang kebebasan bersuara. Namun apabila berlakunya insiden rusuhan kaum di Ferguson ramai rakyat Amerika sendiri berpendapat bahawa kerajaan Amerika perlu menyekat sebarang provokasi bersifat perkauman dan sentimen keagamaan.


Di Malaysia Akta Hasutan menjadi sumber perundangan dan pencegahan yang berjaya menghalang merebaknya sentimen kebencian antara kaum. 

Itupun segelintir manusia yang kufur beria-ia benar mahu menghapuskan Akta Hasutan dengan harapan hak keistimewaan Melayu-Bumiputera, Islam dan Raja Berpelembagaan boleh dikritik.

Hak Melayu je puak-puak ni nampak. Apakata jika orang-orang Melayu mula menyoalkan hak keistimewaan yang diperolehi oleh kaum-kaum lain berdasarkan prinsip memberikan kewarganegaraan "jus soli" ?

Apa akan terjadi jika orang Melayu-Bumiputera yang majoriti pula mempersoalkan hak-hak, kekayaan, hak milik aset, peluang dan kedudukan bukan Melayu di Malaysia melalui pelbagai forum, seminar, ceramah hatta di dalam khutbah Jumaat nanti???

Tambahan pula bila pihak berkuasa sendiri tak dapat bertindak, maka elemen militan-pengganas seperti Islamic States (IS) pula yang akan menjalankan kegiatan subversif dan balas dendam terhadap sesiapa saja yang kurang ajar terhadap Islam macam di Iraq.

Maka ketika itu negara ini sudah hancur, puak-puak penghasut dan pembenci Akta Hasutan dan hak-hak kaum majoriti ini mungkin akan memanggil Uncle Sam untuk campur tangan lalu mereka pun akan diangkat sebagai pemimpin di bawah kawalan kuasa besar itu.

Kekejaman militan Islamic States (IS) menghukum puak Syiah dan bukan Islam yang selama ini begitu lantang menghina puak sunnah di Iraq. Adakah kita mahu ini terjadi di Malaysia akibat kesabaran
tidak dapat dibendung lagi????
Hakikatnya perbalahan kaum dan agama tidak diperlukan di negara ini. Kita sekian lama hidup aman damai dan harmoni antara kaum. 

Namun apabila ada manusia yang tersadung jenayah songsang mahu merebut kuasa maka negara kita makin huru hara.

Mungkin dia fikir dengan sokongan 52% tu dia boleh perintah negara mengikut sistem republik berpresiden. Namun dia silap 48% yang tak setuju sudah tentu tak akan berdiam diri. Maka amankah pemerintahannya nanti?

Kesalahan dan dosa yang dipikul pemimpin itu berbakul-bakul sudah diketahui orang. 

Tapi adakah kuasa-kuasa besar atau sekutu-kutu politiknya akan duduk diam tak akan meminta sesuatu atau mengugut apa-apa jika mereka inginkan sesuatu dari pemimpin belaan mereka itu?      

Itu yang kita perlu elakkan dengan tidak melantik manusia begini dan partinya menjadi pemimpin kita buat selama-lamanya.


RAKYAT MARHAEN

0

Posted by Unknown | Posted on 9:42 PTG | Posted in

sumber :-

RAKYAT MARHAEN


‘BODOH SOMBONG’ era is long over & done with, UMNO

Posted: 10 Dec 2014 07:24 PM PST

There was a time and period in the history of Malaysia – and not centuries ago but just round the last bend of thirty years mind you, when our leader would shout "Buy British last!" and all of us will join the chorus, "Yeah, yeah, boycott mat salleh!"
'BODOH SOMBONG' era is long over & done with, UMNOOur leader then too would pump the tax and oil money to combat the Australians with yet another Public Relations threat of a boycott and we would also join the chorus as we throw our weight behind the then prime minister and yell, "padan muka".
We went on to invent that now eroding slogan war cry "Malaysia Bolih" only to find out it was yet another misplaced 'bodoh sombong' motivator.
Today, it seems like we are still never wanting to grow out of our childish and one-eyed 'bodoh sombong' stance.
The government has, in reacting to the statements expressed by the US Ambassador to Malaysia with regards to the concerns of keeping the Sedition Act, called up His Excellency to register its protest.
"Don't meddle in our internal affairs!" seems to be the reprimand dished to the US.
Would all the protestors-on-hire now be unleashed to rant outside the US Embassy in the Federal capital? The world is watching and time will tell whether our 'bodoh sombong' prevails.

The nations around the globe are fast tracking forward to return to the human species their fundamental liberties and freedom as universally endorsed, in preparation for a whole new world order that is definitely going to provide a transformed framework to meet the changing parameters and moulds of economics, politics, environment and society.
But we here are busy telling the US "not to interfere". Did not the notorious tyrants of the world elswhere also say that in the face of the US? And did they survive let alone prevail? Is Gadafi, Idi Amin, Saddam and similar others not good enough to make us Malaysians and our leaders to be mindful of the perils of being a 'bodoh sombong' nation?
Even our neighbor with nearly eight times our population size has shed its 'Suharto-amour' and is fast embracing the global wave of a freedom-world.
Let us face harsh reality. As much as the world's accounting standards are now conforming to the dictates of the US-influenced entity; as much as the UN will not drift far off from the dotted course drawn by the US; as long as China and Moscow remain cautious of US policy, why must we stubbornly and foolishly continue to be 'bodoh sombong' as we keep barking in our own yard?
Read More / Baca Lagi >>

PKR dakwa Najib berbohong kekalkan Akta Hasutan

Posted: 10 Dec 2014 07:22 PM PST

Buktinya N. Surendran mempersoalkan adakan tindakan ADUN Selangor, Haniza Talha disiasat di bawah Akta Hasutan apabila mempersoalkan peruntukan belanjawan untuk PERMATA
surendran300PETALING JAYA: Parti Keadilan Rakyat (PKR) mendakwa kenyataan Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman yang mengatakan Akta Hasutan 1948 untuk menghalang daripada ketegangan hasutan, agama dan perkauman adalah satu pembohongan dan percubaan untuk mengelirukan rakyat Malaysia dan dunia.
Naib Presiden PKR, N Surendran mendakwa, kerajaan Barisan Nasional (BN) telah mengelirukan rakyat dan buktinya mengapa ADUN Selangor, Haniza Talha disiasat di bawah Akta Hasutan apabila mempersoalkan peruntukan belanjawan untuk PERMATA.
Beliau mempersolkan adakah perbuatan Haniza itu telah menyebabkan berlakunya ketegangan agama dan kaum.
Tambahnya, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan kerajaan BN/UMNO perlu memansuhkan Akta tersebut pada sidang di Parlimen akan datang iaitu pada Mac 2015.
Read More / Baca Lagi >>

Akta Hasutan: Jangan malukan kita lagi, kata MP PKR

Posted: 10 Dec 2014 07:21 PM PST

Ahli Parlimen Padang Serai, N Surendran mempersoalkan langkah kerajaan BN memanggil Duta Amerika Syarikat Joseph Yun dan mendakwa tindakan itu akan memalukan lagi negara di mata dunia.

Surendran, yang merupakan ahli biro biro politik PKR, berkata kebanyakan rakyat Malaysia berkongsi kebimbangan Yun berhubung tindakan perdana menteri mengekalkan Akta Hasutan 1948, kerana penggunaan berterusannya dilihat sebagai menindas dan tidak adil terhadap aktivis pembangkang dan rakyat biasa Malaysia.

"Sebagai sebahagian daripada masyarakat dunia, Malaysia tidak dapat mengelak kritikan antarabangsa berhubung keadilan dan hak asasi manusia di negara ini," kata Surendran, yang sedang menghadapi dua tuduhan menghasut.

"BN tidak boleh memalukan kita lagi dengan merasa tersinggung dengan kritikan yang sah dari luar negara. Ia adalah keputusan yang mengejutkan oleh Umno-BN untuk mengekalkan Akta Hasutan yang membuka negara kita kepada penelitian dan kritikan antarabangsa," katanya .

Menteri Luar Datuk Anifah Aman malam tadi memanggil Yun untuk menjelaskan tindakanya mempersoalkan penggunaan berterusan undang-undang itu terhadap pembangkang, aktivis dan seorang wartawan, dalam temu bual eksklusif dengan Malaysiakini.

Surendran berkata Datuk Seri Najib Tun Razak secara terang-terangan telah memungkiri janjinya dua tahun lalu untuk memansuhkan Akta Hasutan.

Najib mengumumkan keputusan mengekalkan akta tersebut dalam ucapann penggulungannya di perhimpunan agung Umno baru-baru ini.

Dua Exco Selangor dari PAS dianugerah gelaran Datuk

Posted: 10 Dec 2014 07:20 PM PST

 
SHAH ALAM - Dua Exco Selangor mendahului senarai 11 penerima Darjah Kebesaran Datuk Paduka Mahkota Selangor (D.P.M.S.) (Kelas Kedua) yang membawa gelaran 'Datuk' bagi lelaki dan 'Datin Paduka' bagi wanita sempena Hari Keputeraan ke-69 Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, hari ini.

Pesuruhjaya Pas Selangor, Iskandar Abdul Samad dan Dr Ahmad Yunus Hairi menerima anugerah itu.

Penerima lain D.P.M.S. ialah Duta Malaysia Ke London Datuk Ahmad Rasidi Hazizi; Setiausaha Bahagian Pembangunan, Kementerian Luar Datuk Rustam Yahaya; Panglima Latihan dan Doktrin Tentera Darat, Mejar Jeneral Datuk Suhaimi Mohd Zuki, Panglima Armada merangkap Panglima Bantuan Markas Pemerintahan Armada Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Laksamana Madya Datuk Mohamad Roslan Mohd Ramli; Asisten Ketua Staf Sumber Manusia Markas Tentera
Darat, Mejar Jeneral Datuk Shahrani Mohd Sany.
 
Pengarah Urusan NRY Architects Sdn Bhd Datuk Mohamed Nazim Tun Abdul Razak; Profesor Pejabat Timbalan Naib Canselor, Penyelidikan dan Inovasi, Universiti Putra Malaysia (UPM) Prof Dr Mohd Azmi Mohd Lila, Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) Ahmad Zaharin Mohd Saad dan Timbalan Pengurus Besar (Teknikal) Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) Ir Abdul Ghani Hashim.
 
Istiadat pengurniaan darjah dan bintang kebesaran itu berlangsung di Istana Alam Shah, Klang. - Bernama

PAS tetap bersama Pakatan Rakyat

Posted: 10 Dec 2014 07:11 PM PST

PETALING JAYA: PAS tidak pernah berhasrat untuk keluar dari Pakatan Rakyat, malah akan terus memberi sumbangan serta pandangan bagi memastikan kekuatan kerjasama ini untuk menghadapi pilihanraya umum akan datang.

Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali berkata untuk mencapai kemenangan setiap parti perlu bekerjasama dan tidak boleh bersendirian.

"Memang PAS pernah bersendiri sebelum ini sejak dulu dan keadaan sekarang PAS bersama-sama Pakatan Rakyat.

"Dalam keadaan ini kita (PAS) tidak pernah berfikir untk keluar dari Pakatan Rakyat sebaliknya kita mahu memberi komitmen sepenuhnya memastikan kekuatan Pakatan Rakyat untuk pilihan raya akan datang," katanya ketika sesi lawatan di Sin Chew Media Corporation Berhad semalam.

Tambah beliau, untuk memenangi Putrajaya setiap parti di dalam Pakatan Rakyat perlu bersabar.

"Kita kena bersabar untuk mencapai kemenangan di Putrajaya, apa yang perlu dilakukan kita perlu bersama dalam semua aspek untuk mendapat sokongan semua kaum.

"Berbeza pendapat itu biasa tetapi agenda perjuangan kita sama bagi memastikan hak rakyat dibela serta memenangi Putrajaya," sambung beliau lagi.

Dalam pada itu Mustafa turut meminta agar rakan-rakan di dalam Pakatan Rakyat tidak membuat kenyataan secara terbuka di mana-mana media kerana ia boleh menimbulkan pelbagai spekulasi.
Read More / Baca Lagi >>

Usaha kurangkan nada 'resah' dalam Pakatan

Posted: 10 Dec 2014 07:09 PM PST


Sewaktu pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang dapat menghidu sesuatu yang tidak kena dalam Pakatan Rakyat sehingga meragui masa depan gabungan itu menjelang pilihan raya umum ke-14, beberapa pemimpin utama gabungan pembangkang itu cuba mengurangkan nada keresahan itu.
 
Dan ketika Lim mengakui ada 'sisi-sisi rekahan' sehingga Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat tidak bersemuka lebih daripada setengah tahun, beberapa pemimpin Pakatan Rakyat dilihat cuba menyembunyi keresahan tersebut.
 
Secara teknikalnya, beberapa pimpinan utama Pakatan Rakyat seperti Naib Presiden PKR Rafizi Ramli, Pengarah Pilihan Raya PAS Dr Hatta Ramli dan Ketua Pemuda PAS Suhaizan Kaiat mengakui wujud mesyuarat Majlis Pakatan Rakyat berlangsung pada November lalu.
 
Tetapi hanya sebahagian kepimpinan utama Pakatan sahaja hadir dalam Majlis Presiden Pakatan Rakyat antaranya disebabkan pertindihan jadual dan masalah kesihatan yang dihadapinya.
 
Hal demikian menyukarkan gabungan itu untuk mendapat konsesus dalam isu nasional dalam satu suara.
 
Bercakap kepada Malaysiakini, Rafizi yang juga MP Pandan berkata kebimbangan Lim itu ada asasnya sekalipun secara umumnya Pakatan Rakyat dilihat berjalan secara normal dan lancar.
 
"Saya fikir sikap ambil berat YB Lim Kit Siang disebabkan tanpa kehadiran penuh mesyuarat Majlis Presiden bagi kepimpinan tertinggi, ia sukar bagi mengesahkan semula pandangan umum bahawa semuanya baik dalam Pakatan dan saya fikir ia ada asasnya.
 
"Mungkin apa yang dimaksudkan oleh beliau (Lim Kit Siang) adalah kehadiran penuh (pemimpin utama Pakatan termasuk Hadi). Secara teknikalnya mesyuarat terakhir Majlis Pimpinan Pakatan (berlangsung) pada November lalu.
 
"Saya rasa apa yang dimaksudkan oleh Lim hanyalah Mesyuarat Majlis (Presiden) Pimpinan Pakatan kerana (kami) berusaha untuk mencari masa untuk membolehkan kehadiran penuh semua pimpinan atasan yang menjadi kesulitan," katanya. 
 
Jawab isu nasional
 
Bagaimanapun kata Rafizi, pemimpin Pakatan bagi lapisan kedua - Majlis Setiausaha Pakatan Rakyat, mesyuarat jawatankuasa polisi dan whip parlimen berjalan lancar dan begitu baik sekali.
 
"Mesyuarat bagi jawatankuasa peringkat bawah berjalan lancar tanpa gangguan. Jadi, kami ada Majlis Setiausaha Agung, yang memantau perjalanan Pakatan Rakyat keseluruhannya. Kami juga mempunya mesyuarat jawatankuasa polisi, kami juga ada mesyuarat whip parlimen. Semuanya berjalan dengan cukup baik," katanya. 
 
Read More / Baca Lagi >>

Dedah gaji CEO MAS baharu..!!

Posted: 10 Dec 2014 07:08 PM PST

KUALA LUMPUR - Khazanah Nasional Bhd digesa mendedahkan jumlah gaji yang dibayar kepada bakal Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) baharu MAS, Christoph R Mueller.

Ahli Dewan Negara, Senator Khairiah Mohamed berkata, perkara itu perlu didedahkan kepada umum memandangkan ada pihak tidak berpuas hati dengan pelantikan itu.

"Di saat kerajaan menyebut mengenai langkah penjimatan, semua rakyat perlu tahu berapakah gaji dan elaun yang dibayar kepada Mueller kerana saya difahamkan gaji dan elaunnya agak besar," katanya kepada Dewan Negara semasa membahaskan Rang Undang-Undang Perbekalan 2015.

Read More / Baca Lagi >>

Tak bayar gaji, Bernama TV langgar Akta Pekerja

Posted: 10 Dec 2014 04:37 PM PST

KULAI, 10 DIS: Kegagalan Bernama TV (BTV) membayar gaji pekerjanya yang tertunggak telah menyalahi Seksyen 19(1) Akta Pekerja 1955.
"Syarikat itu jelas menyalahi Akta Pekerja 1955 yang menyatakan semua pekerja harus dibayar gaji mereka tidak lebih dari tujuh hari terakhir dari tarikh terakhir yang sepatutnya," kata kata Ahli Parlimen Kulai Teo Nie Ching.
BTV semalam mengakui bahawa ia tidak lagi mampu membayar gaji pekerjanya, dan hanya memberi wang pendahuluan RM500 bagi gaji tertunggak masing-masing.
Bayaran gaji terakhir dibuat kepada pekerjanya oleh  BTV hanyalah pada 20 Oktober lalu.
Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) dalam satu kenyataan berkata, bayaran RM500 itu tidak membebaskan BTV dari kesalahan tersebut.
Kata Nie Ching tindakan BTV seolah-olah mengambil kesempatan keatas pekerjanya, sedangkan syarikat itu adalah sebuah agensi berita nasional.
"Adalah sangat memalukan bagi sebuah badan berkanun terlibat dalam mengeksploitasi pekerjanya sendiri," ujarnya.
Read More / Baca Lagi >>

UM8: Ledakan kebangkitan mahasiswa

Posted: 10 Dec 2014 04:32 PM PST

Oleh Mohd Nasaie Ismail
Malam tadi diumumkan keputusan perbicaraan 8 orang mahasiswa Universiti Malaya (UM) yang didakwa kerana berhimpun tanpa kebenaran di universiti.Hak berhimpun yang diterima sebagai salah satu perkara penting dalam Perlembagaan Persekutuan, kini bakal dijadikan sebab untuk menghukum pimpinan-pimpinan mahasiswa tersebut.
Sejarah mahasiswa zaman berzaman merakamkan kumpulan mahasiswa yang sering kritikal dan bersuara lantang kepada pentadbiran universiti dan kerajaan yang memerintah, majoritinya muncul menjadi tokoh hebat di luar kampus sebaiktamat pengajian.
Samada tokoh politik atau tokoh pentadbir, korporat dan ahli akademik, mereka memberi sumbangan yang besar kepada masyarakat, negara, bahkan dunia. Nama-nama seperti Datuk Saifuddin Abdullah (Umno), Datuk Seri Anwar Ibrahim (PKR), Datuk Paduka Husam Musa (PAS), Hishamuddin Rais (NGI) dan Maria Chin(Bersih/Empower) merupakan contoh figura-figura nasional yang lahir dari alam kritikal sewaktu bergelar mahasiswa.
Mereka antara tokoh yang dikenali rakyat Malaysia hari Dalam industri perbankan, tokoh yang sering menjadi rujukan seperti Dr Zaharuddin Abdul Rahman merupakan bekas Presiden Persatuan Mahasiswa Islam UM (PMIUM).
Tidak terkecuali nama-nama lain yang sedang meniti puncak kerjaya masing-masing seperti Nazri Chik (Penolong Pengurus Besar Bank Islam) dan Ramadhan Fitri Elias (Naib Presiden Maybank Islamic).
Ketika di kampus, mereka tidak hanya memimpin PMIUM, bahkan memimpin pula organisasi besar mahasiswa seperti Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (GAMIS) dan Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM).
Dalam bidang akademik, kita mempunyai tokoh-tokoh seperti Profesor Dr Zulkifli Yusuf, Dr Ishak Suliaman, Dr Zuhdi Marzuki dan beribu lagi yang dahulunya merupakan pemimpin mahasiswa yang lantang dan kritikal, kini berkhidmat dengan jayanya di seluruh IPT dalam dan luar negara.
'Cop pembangkang' yang pernah dipaksakan di 'dahi' mereka dahulu kini menjadi sejarah. Keutamaan mereka ialah kualiti kerja dan sumbangan sebesar mungkin hendak diberikan kepada negara.
Pokoknya hasil daripada aktivisme yang mereka lalui di kampus menjadikan mereka tokoh yang berkualiti, kreatif dan memberi sumbangan besar kepada pembangunan negara.
Kumpulan mahasiswa pro aspirasi atau penggerak (baca: pro kerajaan Barisan Nasional) sewaktu di kampus, di mana mereka hari ini? Adakah sekadar berakhir menjadi felo di kolej-kolej kediaman atau pegawai rendah di badan Hal Ehwal Pelajar (HEP)? Tidak dinafi ada yang berjaya dan menjadi menteri seperti Ahmad Maslan.
Read More / Baca Lagi >>

Islam, hak asasi dan masa depan kenegaraan kita

Posted: 10 Dec 2014 04:27 PM PST

Oleh Amin Ahmad
Hari ini, 10 Disember, dunia menyambut Hari Hak Asasi sempena Deklarasi Universal Hak-Hak Asasi Manusia mula dimuktamadkan pada tahun 1950.Tahun ini, sambutan memakai tema Hak Asasi 365 sebagai gambaran setiap hari adalah hari hak asasi.
Kebetulan, malam tadi, dalam Program Belajar Bersama Turath Siyasi anjuran WADAH-ABIM-PKPIM, isu hak asasi turut dibangkitkan peserta dan menjadi perbualan hangat bersama.


Ini kerana, fakta sejarah menunjukkan di zaman kemerosotan Islam sehingga terjadi kejatuhan khilafah Uthmaniyyah, yang bangkit mengambil alih ialah apa yang sering disebut sebagai dunia Barat. Bukan sekadar itu, Barat pula dinisbahkan sebagai dunia yang meninggalkan agama atau pun sekurang-kurangnya hanya bercitrakan faham Kristian mengenai agama.
Kenyataan ini, pada hemat saya, separuh benar.
Kemerosotan dunia Muslim
Saya berpandangan kemerosotan dunia muslim tidak bermula dalam tempoh singkat, tetapi perlahan-lahan seperti dimakan anai-anai.
Entah bagaimana Islam sebagai agama, yang menurut pandangan saya, sangat kosmopolitan, akhirnya terjerumus kepada faham setempat yang rigid.
Tentulah ia berpunca daripada sejumlah faktor tetapi tidak dapat dipastikan sama ada ia dibedah dengan sebenar-benarnya.
Dalam menghargai zaman silam, kita gusar mengkritik. Dalam berhati-hati terhadap apa yang dikatakan baru, kita lantang menolak.
Pada tahap tertentu, kita membenci politik, atau sekurang-kurangnya menganggap ia bukan sahaja tidak penting tetapi menyedut banyak masa, tenaga dan kekuatan yang ada kepada hal yang sia-sia.
Kita berdalih, memberi fokus kepada pendidikan, yang tentunya nampak lebih selamat, tidak begitu berisiko berdepan dengan ganasnya kekuasaan.
Tanpa kita sedar, percubaan demi percubaan menyesuaikan diri inilah, dari zaman ke zaman, menyusutkan faham ramai terhadap fungsi politik dan perkaitannya dengan hal ehwal yang lebih luas dan pelbagai.
Sekilas sejarah politik Muslim
Ditelusuri dalam sejarah Islam, selepas kewafatan Nabi Muhammad s.a.w., terjadi peristiwa Saqifah Bani Saadah yang memberi petunjuk jelas sekurang-kurangnya masyarakat tidak pernah tahu secara pasti siapa pengganti kepimpinan.
Ini tentulah berbeza dengan dakwaan Saidina Abu Bakar r.a. atau Saidina Ali k.w. r.a. dipilih Nabi s.a.w. melalui beberapa peristiwa sebelumnya.
Pergeseran mengenai hal ini bahkan berpanjangan sehingga kini.
Selepas era sahabat r.anhum yang tidak sunyi daripada pelbagai peristiwa termasuk perang, sejarah Islam diisi dengan pemerintahan monarki sehinggakan diwarisi mengikut keturunan.
Tidak sedikit sejarah kezaliman, penyelewengan dan penyimpangan yang ada sejak itu. Walau bagaimanapun, selain beberapa fakta menunjukkan ada ilmuwan Islam tegas menyatakan sikap, generasi kemudian, kini khususnya, masih teragak-agak dalam membincangkan apa yang berlaku pada masa lalu secara objektif.
Ada kebimbangan besar ia akan membuka pintu kepada pemfitnah atau pencela sahabat r.anhum dan tokoh-tokoh muslim.
Dan kita terus cuba menyesuaikan diri, sehinggakan analisa objektif terhadap pandangan dan pendirian ilmuwan muslim sezaman juga menjadi taboo dalam masyarakat.
Seni segala kemungkinan
Read More / Baca Lagi >>

Kemunduran hak di Malaysia berterusan pada 2014

Posted: 10 Dec 2014 04:26 PM PST

Oleh Josef Roy
10 Disember, kita menyambut hari Hak Asasi Manusia Sedunia. Sejak Deklarasi Sejagat Hak Asasi Manusia ditandatangani dalam 1948 Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB),  banyak kemajuan hak asasi manusia dapat dilihat di seluruh pelosok dunia.
Kini, wujudnya, puluhan undang-undang dan standard hak asasi manusia di yang disetuju PBB. Undang-undang ini merangkumi hak sivil dan politik, hak-hak ekonomi, sosial and budaya, hak-hak wanita, kanak-kanak serta golongan kurang upaya.

Hak-hak ini sudah diterapkan ke dalam perlembagaan dan undang-undang di banyak negara. Institusi-institusi khusus seperti badan hak asasi manusia juga didirikan untuk mempromosi dan melindungi hak-hak setiap orang. Di samping itu, Rakyat biasa di seluruh dunia juga sekarang lebih memahami hak mereka dan berani menyuarakan hak mereka walaupun ditindas.

Walaupun, kita sudah melihat kemajuan di banyak negara, persoalannya adalah – bagaimanakah situasi hak asasi di Malaysia? Walaupun terdapat perlindungan hak asasi manusia di dalam Perlembagaan Negara serta kewujudan institusi seperti Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) yang ditubuhkan sejak 2000 namun kes-kes pencabulan hak asasi manusia terus berlanjutan dan mengikut organisasi hak asasi manusia pencabulan ini dilakukan secara sistematik kerajaan Malaysia. Salah satu aktor negara yang sering dianggap melakukan pencabulan hak asasi manusia dengan impunitas adalah polis. Semenjak permulaan tahun ini, kita sering membaca laporan mengenai kes-kes kematian di dalam tahanan polis, penggunaan kekerasan ketika melalukan penangkapan suspek-suspek, penggunanan kekuatan berlebihan (excessive use of force) FRU untuk membubarkan demonstrasi yang aman dan penyeksaan dan layanan buruk polis ketika interogasi suspek.
Banyak kes ini didokumentasi organisasi hak asasi antarabangsa Human Rights Watch dalam laporan yang dikeluarkan dalam bulan April tahun ini. Menurut mereka "polis Malaysia tidak bertanggungjawab kepada sesiapa kecuali diri mereka sendiri. Rakyat biasa di seluruh negara kerap menanggung kesusahan akibat kecederaan dan kematian tragis".
Read More / Baca Lagi >>

Tuan Guru Nik Aziz Belasah Mahathir .!!

Posted: 10 Dec 2014 04:19 PM PST

Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat hari ini mempersoalkan Tun Dr Mahathir Mohamad yang dikatakannya hanya berkecil hati apabila warga Malaysia dipinggirkan dalam isu Malaysia Airlines (MAS) tetapi tidak sensitif apabila undang-undang Allah diketepikan.
Sambil menyokong kenyataan bekas perdana menteri itu yang pelantikan Christoph R Mueller sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) MAS Newco itu satu penghinaan terhadap rakyat Malaysia, Nik Aziz pula mendakwa sepanjang pentadbiran Dr Mahathir, beliau juga meminggirkan undang-undang Islam.
Katanya, Dr Mahathir terlambat menyedari yang sememangnya Malaysia menganggungkan Barat selama ini. Tun M baru sedarkah yang kita berkiblatkan Barat sekian lama dalam urusan bernegara?" soal Nik Aziz kepada Mahathir di laman Facebooknya hari ini.
"Jika kita boleh kecil hati kerana warga kita diketepikan dan warga Barat diagungkan, tidak berhakkah Allah juga 'kecil hati' apabila undang-undangNya diketepikan dan undang-undang ciptaan manusia didaulatkan?"Sayangnya, berpuluh-puluh tahun Tun M menjadi PM pun tidak diambil kesempatan untuk mendaulatkan undang-undang Allah," kata bekas menteri besar Kelantan itu.
Sabtu lepas, Dr Mahathir pertama kali mengulas mengenai pelantikan Mueller yang diumumkan Jumaat, mengatakan Putrajaya terpaksa mengambil CEO Aer Lingus itu kerana "rakyat Malaysia bodoh", tidak pandai mengurus syarikat penerbangan hingga MAS mengalami kerugian.
Read More / Baca Lagi >>

1MDB: Selepas Rafizi dan Tony Pua, adakah Najib akan saman Asia Sentinel pula?

Posted: 10 Dec 2014 04:10 PM PST

Pada 24 November, Najib menghantar notis kepada Pua mendakwa sengaja memfitnah beliau berikutan isu 1MDB pada 3 November, hingga memberi tekanan besar dan memalukan beliau.

Najib menuntut ahli Parlimen Petaling Jaya Utara itu menarik balik kenyataannya dan memohon maaf secara terbuka atau berdepan tindakan saman.

Awal bulan ini, Najib menghantar satu lagi notis kepada Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli berkenaan artikel "Kenapa kita pertahan subsidi minyak" yang disiarkan pada 22 November.

Mengulas notis saman ini Kadir berkata, sebagai pemimpin dilantik rakyat, mereka bertanggungjawab mengubal dan memelihara undang-undang apabila mahkamah hanya mentafsirkan perundangan yang dibuat.

"Dengan membawa perkara ini ke mahkamah, mereka seperti mengakui tidak boleh lagi mempertahankan diri dari segi politik.

"Mereka mengakui mereka kalah dalam perdebatan dan tidak boleh lagi bergantung kepada kemahiran dan kebijaksanaan mereka bagi menangkis serangan," katanya.

Lebih dari itu, pengarang veteran itu menyifatkan tindakan memfailkan saman merupakan cara paling berkesan "mendiamkan" pihak lawan apabila cara lain tidak lagi menampakkan hasil.

Pada masa sama, Kadir berkata, tindakan Najib menyaman pemimpin muda seperti Rafizi dan Pua hanya membuatkan kedua wakil rakyat itu "bermegah diri".

Tambahnya, Najib sepatutnya lebih memilih dalam menentukan siapa yang beliau harus tentang, mengambil kira faktor status dan usia. "Najib patutnya 'lawan' dengan mereka yang sama usia dan status dengannya.
Read More / Baca Lagi >>

"Zahid! Sudah-sudahlah bohong pasal ekstradisi tu" kata Peguam

Posted: 10 Dec 2014 04:08 PM PST

Dah agak dah!!.. Naib Presiden UMNO yang juga Menteri Dalam Negeri ni main bedal saja cakap apa yang dia nak cakap..

Semalam dia cakap "Secara perundangannya, penarikan balik pasport Ali dan Alvin sah di sisi undang-undang,"

Tapi dakwaannya itu telah dinafikan oleh sekurang-kurangnya tiga orang Peguam..

Menurut tiga Peguam tu.. Putrajaya tidak berhak tidak berhak menarik semula pasport rakyat Malaysia kerana tindakan sedemikian bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan. 

Lagi apa hujah para Peguam tu silalah baca di ( SINI )

Kemudiannya Zahid bercakap pasal ekstradisi pula.. katanya "Kerajaan tidak berhasrat mengambil langkah itu kerana yakin Tan dan Ali akan tetap pulang ke tanah air suatu hari nanti, ibarat "bangau pulang ke belakang kerbau".

Rupa-rupanya pasal ekstradisi itu pun dia main bedal saja cakap.. sebab "Undang-undang ekstradisi dan perjanjian dua hala antara Malaysia dan AS tidak membenarkan penghantaran pulang individu yang mencari suaka daripada pendakwaan politik,"

Tapi.. ada macai kata tak payahlah pertahankan si Alvin tu..

Ini bukannya soal nak pertahankan si Alvin tu.. tapi ini soal membetulkan auta yang pemimpin UMNO kata fakta tu..

Hmmm... buat sementara waktu ni.. aku cadangkan Zahid Hamidi supaya jangan bercakaplah soal undang-undang ni.. makin banyak yang dia cakap makin terserlah 'kurang bijak' nya dia..

Laporan berkaitan...

PKR: Zahid bohong tentang ekstradisi

Read More / Baca Lagi >>

Tahniah! Malaysia bukan lagi hak orang Melayu.

Posted: 10 Dec 2014 04:07 PM PST

https://c2.staticflickr.com/4/3002/2832983528_d3c84174cb.jpg
Saya nak makan nasi lemak,
beras dibeli dari siapa? – BERNAS!
BERNAS milik siapa? = Tan Sri Lim Goh Tong
Makan nasi lemak, takkan tanpa minuman, so order kopi0.
Air buat kopi, jika tinggal di Johor beli air dari Aliran Ihsas Resources,
Aliran Ihsas Resources milik siapa? = Tan Sri Lim Goh Tong
Minum kopi mesti campur gula
Gula di Malaysia, dua pengeluar sahaja MSM & MSR.
MSM milik felda, 20% saham dimiliki olehRobert Kwok ;
MSR milik Robert Kwok sepenuhnya
OK, cakap banyak sekarang nasi sudah sejuk, mahu panaskan
Guna gas stove, Gas Malaysia milik siapa? = Tan Sri Yeow Tiong Lay - YTL
Guna microwave oven, elektrik, TNB beli elektrik dari siapa? = IPP.
IPP terbesar di Malaysia ialah Malakoff.
Malakoff milik siapa? = Tan Sri Yeow Tiong Lay - YTL
Sekarang tak nak makan nasi, pergi McD sahaja la… naik motor
Motor Kriss, keluaran MODENAS.
Modenas milik siapa? = Tan Sri Ananda Krishnan
Tak nak naik motor, naik kereta. Kereta apa? Proton.
Proton milik DRB HICOM.
DRB HICOM milik siapa? = Tan Sri Ananda Krisnan.
Tak nak beli Proton la. Beli Honda saja.
Honda Malaysia milik siapa? = Loh Boon Siew Group
Beli kereta nak buat pinjaman perbankan islam, pergi Bank Muamalat.
Bank Muamalat milik siapa? = Mydeen Group
Kereta kena ada insurans coverage.Read More / Baca Lagi >>

Konsep wasatiyyah Umno BN hanya cakap kosong

Posted: 10 Dec 2014 04:04 PM PST

PETALING JAYA: Kerajaan Umno BN hanya bercakap kosong dari segi konsep wasatiyyah kerana ia hanya dijadikan temanya sahaja, tetapi tidak dilaksanakan seperti yang dituntut dalam Islam.
Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali berkata, tindakan kerajaan memperkenalkan konsep wasatiyyah merupakan satu langkah yang baik kerana ia mengambil pendekatan untuk menyelesaikan masalah secara holistik.
Menurut beliau, konsep wasatiyyah sememangnya sesuai dengan keadaan di negara kita yang mempunyai masyarakat majmuk, lebih-lebih lagi ia diamalkan oleh Nabi Muhammad s.a.w. sendiri di negara Islam Madinah.
"Tetapi apakah kerajaan yang memperkenalkan konsep ini, konsep yang baik ini, mengamalkan konsep ini? Di bawah pemerintahan Umno BN, corruption berlaku, penyelewengan berlaku, penindasan, kezaliman berlaku. Sepatutnya apabila sudah dilaksanakan wasatiyyah tak boleh buat itu semua," katanya.
Bercakap dalam wawancara eksklusif bersama akhbar Sin Chew Jit Poh di pejabat akhbar itu di sini hari ini, beliau berkata, konsep wasatiah seperti yang terdapat dalam ajaran Islam membabitkan pelbagai aspek termasuk politik, ekonomi, pendidikan, kemasyarakatan dan undang-undang.

Katanya, dari sudut ekonomi sahaja, kerajaan telah melakukan pelbagai percanggahan dengan konsep wasatiyyah yang diperkenalkan itu termasuk dalam kes 1MDB sehingga menyebabkan berbilion ringgit wang negara habis.
Dari sudut pendidikan, katanya, kerajaan turut gagal melaksanakannya dengan baik termasuk yang membabitkan pinjaman PTPTN, apabila kaedah yang digunakan begitu membebankan para pelajar atau peminjam terutama mereka yang belum dan baharu mendapat pekerjaan tetap dan bergaji kecil.
"Dalam aspek kemasyarakatan, kerajaan sepatutnya membela orang miskin, tetapi ini tidak dilakukan. Walaupun diberikan BR1M, itu bukan penyelesaiannya, apatah lagi jika ia adalah untuk tujuan matlamat politik," ujarnya.
Read More / Baca Lagi >>

Akta Hasutan: K'jaan BN mahu duta AS beri penjelasan

Posted: 10 Dec 2014 04:03 PM PST

Kerajaan memanggil duta Amerika Syarikat ke Malaysia Joseph Yun untuk menjelaskan kenyataannya dalam satu wawancara yang disiarkan Malaysiakini.

Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman berkata kenyataan berhubung keputusan Malaysia untuk mengekalkan Akta Hasutan tidak wajar dan mengecewakan negara ini.

Anifah juga berkata, akta berkenaan digunakan sebagai langkah pencegahan untuk membendung ketegangan agama dan kaum.

"Akta Hasutan 1948 tidak menyekat semangat demokrasi. Akta itu hanyalah langkah pencegahan bagi memastikan tiada pihak yang membangkitkan ketegangan agama atau kaum yang boleh menjejaskan keamanan dan kestabilan negara," kata Anifah.

Dalam kenyataannya itu, beliau berkata Malaysia juga mahu AS tidak masuk campur dalam urusan negara ini.

Read More / Baca Lagi >>

'Occupy UM' dirikan lebih banyak khemah

Posted: 10 Dec 2014 03:46 PM PST

Kumpulan aktivis siswa Universiti Malaya mendirikan enam khemah di hadapan pintu masuk utama ke kampus tersebut malam ini sebagai tanda solidariti bersama tujuh orang rakan mereka yang dikenakan tindakan.

Jurucakap kumpulan tersebut, Ahmad Aqiel berkata ia didirikan sejak tengahari dan menarik penyertaan kira-kira 40 orang mahasiswa setakat ini.

Pelajar jurusan Pengajian Islam itu berkata lebih banyak lagi khemah akan didirikan sekiranya perkhemahan digelar "Occupy UM" itu disertai lebih ramai siswa.

Kumpulan berkenaan tidak berganjak dan terus berada dalam khemah mereka walau dalam keadaan hujan lebat pada kira-kira jam 11 malam ini.

Kalangan siswa berkenaan turut membawa poster dengan slogan "Bebaskan Mahasiswa", "HEP Boneka" serta "Mansuh AUKU".

Ada di kalangan mereka turut mengambil peluang untuk mengulangkaji pelajaran dan membuat tugasan dalam suasana penuh meriah itu.

"Kami akan tetap berada di sini sehingga mereka (pentadbiran universiti) tarik balik hukuman itu. Saya bersama rakan-rakan saya di sini tidak akan patah semangat dan terus berjuang," katanya.

Read More / Baca Lagi >>

Solidariti UM8: Permulaan perlahan Occupy UM, pelajar cuba himpun lebih ramai

Posted: 10 Dec 2014 03:44 PM PST

Beberapa pelajar di pintu masuk Universiti Malaya semalam, selepas memasang khemah dan bendera bagi memulakan Occupy UM. – Gambar The Malaysian Insider oleh Najjua Zulkefli, 11 Disember, 2014. 
Beberapa pelajar di pintu masuk Universiti Malaya semalam, selepas memasang khemah dan bendera bagi memulakan Occupy UM. – Gambar The Malaysian Insider oleh Najjua Zulkefli, 11 Disember, 2014.

Occupy UM, bantahan yang dilancarkan bagi memberi tekanan kepada pentadbiran Universiti Malaya (UM) supaya membatalkan hukuman terhadap pemimpin pelajar, bermula dengan hanya beberapa khemah dan kumpulan pelajar petang semalam.
Di luar pagar universiti arah Kuala Lumpur, sebuah khemah dipasang dengan dilekatkan bendera Malaysia, dan di sekelilingnya lebih banyak bendera kecil digantung.
Ketua pelajar Wan Nur Syamimi Wan Sajiri yang mengumumkan pelancaran Occupy UM semalam yakin  lebih ramai pelajar akan menyertai protes itu.

Beliau menetapkan Ahad sebagai tarikh akhir persediaan untuk UM menarik balik penggantungan dan denda terhadap 7 pemimpin pelajar kerana menganjurkan ceramah pada 27 Oktober yang menampilkan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim."Kita akan berkhemah bersama dalam solidariti hingga universiti menarik balik semua hukuman terhadap mereka.
"Jika universiti gagal memberi maklum balas hingga Ahad, kami akan berada di sini untuk selama mana yang perlu," katanya.
Beliau berkata 50 pelajar membantu memasang khemah semalam untuk sidang akhbar melancarkan protes itu.
Sepanjang hari, pelajar bagaimanapun perlu menghadiri kuliah, dan oleh itu bergilir berada di khemah.
Wan Nur Syamimi, yang mengetuai kumpulan Sisters in Movement berkata, bantahan Occupy UM akan merangka aktiviti sepanjang tempoh berkhemah itu, dan salah satunya ialah ceramah pensyarah undang-undang Prof Madya Dr Azmi Sharom dan seorang lagi pensyarah Maimuna Merican.
Azmi adalah salah seorang pensyarah yang mewakili 8 pelajar UM yang dihadapkan ke lembaga tatatertib pada Selasa kerana meneruskan ceramah Anwar.
Dalam keputusannya kelmarin, UM menggantung pengajian bekas presiden Persatuan Mahasiswa Universiti Malaya (PMUM) Fahmi Zainol selama 2 semester dan denda RM600, sementara Presiden Pro-Mahasiswa UM Safwan Shamsuddin digantung 1 semester dan denda RM300.
Empat yang lain, Haw Yu Hong, Khairul Anwar, Adam Fistival Wilfrid dan Syamimi Munira Mohamed masing-masing didenda RM150 berserta amaran. Abraham Au digugurkan pertuduhan manakala Khairul Najib Hashim diberi amaran.
Wan Nur Syamimi berkata hukuman itu mengejutkan ramai pelajar.
Read More / Baca Lagi >>

Malala's Swat Valley mired in challenges

Posted: 10 Dec 2014 03:19 PM PST

Will Nobel end Malala's sibling rivalry?

Posted: 10 Dec 2014 03:18 PM PST

Nobel Peace prizewinners Malala and Satyarthi call for action on childre...

Posted: 10 Dec 2014 03:17 PM PST

Palestinian Outrage Over Cabinet Member Death

Posted: 10 Dec 2014 03:10 PM PST

CIA torture: Who knew what?

Posted: 10 Dec 2014 03:09 PM PST

Jangan politikkan laporan RCI kata SPRM

Posted: 10 Dec 2014 06:11 AM PST

Datuk Mustafar Ali 
KOTA KINABALU - Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Mustafar Ali berharap semua pihak tidak mempolitikkan laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berhubung isu pendatang asing tanpa izin di Sabah.
 
Beliau berkata kerajaan sedang berusaha membendung perkara itu termasuk penubuhan jawatankuasa tetap mengenai pendatang tanpa izin.
 
Malah, katanya SPRM akan mengambil apa juga tindakan dan menyiasat setiap maklumat yang diterima termasuk jika wujud isu berkaitan laporan itu. 
 
"Bagi isu rasuah, kita mengambil tindakan yang jelas kerana kita tidak pilih bulu. SPRM bertindak secara bebas, telus dan profesional bagi memerangi rasuah," katanya ketika menyampaikan ceramah bertema 'Peranan Pemimpin Masyarakat Dalam Memerangi Rasuah' pada Persidangan Anti-Rasuah peringkat negeri anjuran SPRM di sini hari ini.
 
Beliau berkata demikian menjawab soalan peserta berhubung kewujudan 'kebarangkalian projek Kad Pengenalan (IC)' berdasarkan hasil siasatan laporan RCI yang diumumkan Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa pada Rabu lepas.
 
Read More / Baca Lagi >>