Followers

Nuffnang

MIMPI SENJA

0

Posted by Unknown | Posted on 11:45 PTG | Posted in

sumber :-

MIMPI SENJA


Dari Kawan Biasa, Idris Koh Jadi Tunangan Najwa Mahiaddin @ anak Muhyiddin

Posted: 09 Dec 2014 04:54 PM PST

dari kawan biasa idris koh jadi tunangan najwa mahiaddin


PUTRAJAYA, 9 DIS 2014: 
Sebaik saja Portal Murai memuatnaik artikel mengenai berita pertunangan Najwa Mahiaddin dengan Idris Koh Keng Hui pada malam tadi, rata-rata pembaca telah memohon portal Murai untuk berkongsi gambar tunangan kepada anak Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin itu.

Bagi memenuhi hasrat pembaca semua, inilah wajah tunang Najwa, Idris Koh Keng Hui. Mungkin ramai yang tertanya-tanya, siapakah sebenarnya Idris Koh Keng Hui yang berjaya mencuri hati penyanyi soul yang hits dengan lagu You've Got To Go dan Seri Mersing ini.

Well, Idris Koh Keng Hui adalah salah seorang daripada ahli muzik di dalam band iringan Najwa. Selain bermain bass, dia juga adalah orang yang bertanggungjawab merencana, menyusun serta melakukan koordinasi muzik di dalam repertoire Najwa, setiap kali penyanyi kelahiran Johor ini membuat mana-mana persembahan.
Najwa yang kelihatan cantik dan berseri-seri mengenakan busana berwana biru lembut disempurnakan dengan solekan Najeeb Azami kelihatan menawan apabila menyarungkan cincin solitaire emas putih bertatah berlian pemberian Idris Koh yang menjadi simbolik kepada pertunangan mereka itu.

Kedua-dua mereka tersipu-sipu malu apabila menerima uacapan tahniah yang tidak hent-henti daripada tetamu yang hadir pada malam itu.

Kata Najwa kepada Portal Murai, dia sudah lama mengenali Idris Koh dan mereka seringkali bekerjasama dalam hal-hal yang melibatkan kerja-kerja muzik mereka.

"Kami sudah kenal lama. Tapi, hanya sebagai kawan-kawan saja. Saya pun tak sangka, dia yang saya anggap sebagai kawan akhirnya menjadi tunang saya. Mula-mula rasa pelik juga, tapi saya terima dia kerana dia memahami diri saya dan seorang yang senang diajak berbicara," kata Najwa kepada murai.com.my.

Majlis pertunangan Najwa Mahiaddin dengan Idris Koh telah dilangsungkan di kediaman rasmi keluarga Najwa di Sri Satria, Putrajaya. Rombongan pihak lelaki telah menghantar 3 dulang berbalas 5 daripada pihak perempuan.

Kepada Najwa dengan Idris, Portal Murai mengucapkan Selamat Bertunang! 

Gaya Peneroka

0

Posted by Unknown | Posted on 11:38 PTG | Posted in

sumber :-

Gaya Peneroka


HARI INI FGV RM2.90 YA.. ALLAH SELAMATKANLAH FELDA

Posted: 09 Dec 2014 01:55 AM PST


Hari ini saham FGV tinggal RM2.90 sesaham. Gembar gembur kejayaan sudah tidak diperkatakan. Situasi ini menakutkan. Saya mendapat sms, wassap dan dihubungi banyak pihak mohon ulasan saya mengenainya. Hingga ada yang bertanya adakah FGV akan senasib seperti MAS; jika keadaan semakin buruk?

Lawyer Hj Harris Abdullah dan Wan Rohimi Wan Daud adalah antara peguam yang banyak ambil kes Felda. Saya bincang dengan mereka pagi ini. Kami berkongsi kebimbangan mengenai masa depan Felda. Buku ' Penyenaraian FGVH, menang Sorak kampung tergadai' karangan Dr Rosli Yaakop, bekas Timbalan Pengarah Bank Negara saya baca semula. Analisis beliau mengenai FGV tepat sekali.

Bila saya ingati semula sejarah dan liku2 hidup dalam Felda, menitis air mata saya. Susah payah peneroka, begini kesudahannya.
Pertembungan dalaman Felda saya tidak berhajat untuk ulas buat masa ini walaupun saya tahu mengenainya. Saya masih menunggu tarikh dari YB Dato' Razali Ibrahim, Timbalan Menteri di JPM untuk bertemu. Warga Felda mahukan penjelasan sebenar apa yang sedang berlaku di Felda. Kerajaan mesti berterus terang. Saya dimaklumkan telah ada Masjid di Felda buat Solat Hajat mohon kehadrat Allah Selamatkan Felda. Ada peneroka Felda terpinga pinga dan bertanya sesama sendiri, 'selamatkan apa, dah tak selamat ke harta peneroka dan lain lain'.
Ngo ANAK bersedia bekerjasama dengan Kerajaan dan Felda. Ini bukan masanya untuk pulang paku buah keras. Mari kita berganding bahu perbetulkan kelemahan dan kepincangan sedia ada. Masanya belum terlambat untuk kembali perkukuhkan Felda sebagai Institusi Bumiputera yang cemerlang.

P/s beberapa perbincangan mengenai kes Mahkamah dalam isu saman peneroka, perbincangan dengan Exco Perumahan Kerajaan Selangor dan Agenda Bertindak menangani krisis Felda.

Dialog Dewasa Kritik Berasa

0

Posted by Unknown | Posted on 11:30 PTG | Posted in

sumber :-

Dialog Dewasa Kritik Berasa


FAHMI SEDIH, KECEWA TERKENANG IBU BAPA

Posted: 09 Dec 2014 10:34 PM PST

Fahmi juga berkata universiti tidak bertanggungjawab tanpa mengambil kira perasaan ibu bapanya yang menanti anak bergraduasi.

"Pernahkah mereka terfikir? Ataupun perasaan sebagai seorang manusia dilemparkan sejauh-jauhnya demi kepentingan masing-masing," soalnya lagi.

Beliau juga masih berasa tidak bersalah kerana hanya mahu bersuara, ditambah lagi prestasinya dalam pelajaran bukan di tempat yang corot.

"Adakah saya bersalah jika saya inginkan universiti berjalan dengan sepatutnya? Adakah saya bersalah jika bersuara? Saya bukanlah pelajar yang tercicir, saya bukanlah pelajar yang tercorot dan saya bukanlah remaja yang jauh menyimpang dari jalan yang betul," kata Fahmi.

Pelajar jurusan pentadbiran itu bagaimanapun berkata hukuman itu tidak melunturkan semangatnya untuk terus terlibat dalam aktivisme mahasiswa tanah air.

"Malah terima kasih kepada pihak yang menghukum kami kerana memberi ruang dan peluang untuk kami berpencak lebih lama lagi dalam dunia mahasiswa," sindirnya.

KES SAMAN HADI AWANG DIKETAHUI 15 DISEMBER

Posted: 09 Dec 2014 12:24 AM PST



Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu menetapkan 15 Dis ini untuk memutuskan permohonan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi untuk mengetepikan penghakiman ingkar terhadapnya dalam kes saman fitnah RM2 juta oleh bekas calon PKR bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Besi, Mohd Shamsul Mat Amin.
Hakim Datuk Mohd Yazid Mustafa dilaporkan Bernama menetapkan tarikh itu selepas mendengar hujahan peguam A.Vasudevan, yang mewakili Mohd Shamsul, dan peguam Asmuni Awi bagi Hadi.

Dalam prosiding mahkamah semalam, saksi Mohd Shamsul iaitu Luqman Ridhwan Mohd Nor, 26, wakil akhbar Kosmo, tampil memberi keterangan.

Faizul Abas, Exco Pemuda PAS Terengganu yang turut hadir dalam perbicaraan tersebut berkata wakil wartawan Kosmo yang hadir itu bukan penulis berita yang dimaksudkan.

"Hari ini (semalam) saksi terakhir pihak plaintif dari Kosmo disoal. Yang peliknya, wartawan terbabit sudah berhenti. Yang datang hanya wakil Kosmo.

"Wakil Kosmo mengakui bahawa tiada wartawan Kosmo hadir ketika ceramah (Hadi). Berita diolah hasil daripada sumber Bernama dan video yang tersebar dalam internet.

"Kemudian, peguam kedua-dua belah pihak buat penggulungan hujjah. Nantikan keputusannya 15 Dis 2014 ini!,"lapornya.

Pada 28 Okt lepas, Hadi dan ADUN PAS Alur Limbat, Ariffin Deraman memberi keterangan bagi pihak defendan manakala plaintif memanggil ADUN PKR Bandar yang juga Pengerusi PKR Terengganu Azan Ismail.

Wartawan akhbar Kosmo turut dipanggil sebagai saksi oleh pihak plaintif, namun tidak hadir.

Pada 23 Feb lepas, Mahkamah Tinggi memerintahkan Hadi membayar ganti rugi RM2 juta kepada Mohd Shamsul selepas gagal memasukkan kehadiran bagi menjawab atau memfailkan pembelaan terhadap saman yang dikemukakan plaintif pada 5 Dis 2013.

Hadi kemudian memfailkan permohonan pada 27 Feb lepas bagi mengetepikan perintah penghakiman ingkar itu.

Mohd Shamsul menyaman Hadi berhubung kenyataan pemimpin itu bahawa ada calon PKR menjual pil kuda menjelang pilihan raya umum ke-13 sebagai alasan untuk PAS meletakkan calonnya bertanding di DUN Bukit Besi sehingga menyaksikan berlaku pertandingan tiga penjuru.

Dalam penyataan tuntutan, Mohd Shamsul mendakwa ucapan Hadi dalam ceramah di Kampung Tebakang Alor Limbat, Marang pada 22 April 2013 menjatuhkan maruah beliau serta keluarga selain menjejaskan reputasinya sebagai calon dan ahli perniagaan.

Sebelum ini, Pengerusi Sekretariat Prihatin OKU PAS, Mohammad Faizal Che Yusof menulis diHarakahdaily, dengan menegaskan bahawa saman PKR terhadap Presiden PAS tidak akan menguntungkan Pakatan Rakyat (PR).

"Tidak mudah untuk kita katakan itu bukan krisis Pakatan Rakyat. Tidak mudah untuk kita katakan bahawa ia hanyalah sekadar krisis peribadi antara Tuan Guru Presiden dengan individu-individu tertentu."Lebih tidak menyeronokkan bila mana Pengerusi PKR Terengganu yang juga Adun Bandar, YB Azan Ismail ialah saksi utama dalam saman yang dikemukakan terhadap Tuan Guru Hadi Awang.


"Pendokong dan penyokong bawahan tetap menaruh curiga bagaimana krisis yang seumpama ini tidak mampu ditangani daripada berlaku oleh pimpinan-pimpinan Pakatan Rakyat atau lebih spesifiknya pimpinan dari PKR. Harus diingat, Tuan Guru Hadi Awang tetap pada hari ini seorang Presiden parti yang punyai sokongan padu daripada pendokong dan penyokong bawahan. Biar apa yang dikaitkan dengan Tuan Guru Hadi Awang, beliau masih disanjung dan dihargai oleh majoriti pendokong dan penyokong akar umbi.

"Pendokong dan penyokong akar umbi tidak kisah jika tiada lagi Pakatan Rakyat. Mereka tidak kisah selamanya PAS menjadi pembangkang. Mereka tidak kisah Putrajaya tidak berada dalam genggaman.

"Bagi mereka perjuangan Islam yang didokong oleh PAS selama ini adalah segala-galanya. Selagi PAS mendokong perjuangan Islam, penyokong dan pendokong tegar ini sedia mempertahankan PAS biarpun nyawa melayang," tulisnya.

APANAMA

0

Posted by Unknown | Posted on 11:26 PTG | Posted in

sumber :-

APANAMA


Speaking up and questioning cannot be sedition, even if its about 1MDB

Posted: 08 Dec 2014 11:55 PM PST

Belantan

0

Posted by Unknown | Posted on 11:24 PTG | Posted in

sumber :-

Belantan


Kedudukan Guan Eng tergugat?

Posted: 09 Dec 2014 10:52 PM PST


Kedudukan Lim Guan Eng sebagai Ketua Menteri disifatkan seolah-olah berada di hujung tanduk ekoran wujud desakan supaya beliau digantikan oleh Pengerusi DAP negeri, Chan Kon Yeow.

Presiden Kongres Melayu Pulau Pinang (KMPP), Rahmad Isahak berkata, desakan supaya Kon Yeow yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pengurusan Lalu-lintas dan Tebatan Banjir menggantikan Guan Eng bukan sesuatu yang baharu di negeri ini.

Malah menurut beliau, desakan itu juga bukan merupakan serangan politik oleh musuh DAP, sebaliknya merupakan suara akar umbi parti tersebut yang secara terbuka mahukan perubahan dalam kepemimpinan kerajaan negeri.

"Desakan itu amat bersesuaian dan bertepatan pada masanya kerana bukan sahaja merupakan kebangkitan ahli-ahli DAP, malah daripada masyarakat Cina dan majoriti penduduk negeri ini sendiri yang mahukan seorang Ketua Menteri yang boleh mendengar rintihan serta mudah didekati mereka," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Rahmad Isahak

Beliau mengulas desakan pihak tertentu yang dipercayai dari dalam DAP sendiri supaya Kon Yeow yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Padang Kota menggantikan Guan Eng sebagai Ketua Menteri.

Desakan itu dibuat secara terbuka menerusi kain rentang yang digantung di beberapa lokasi di negeri ini termasuk di Jambatan Pulau Pinang beberapa hari lalu.

Dalam pada itu, Rahmad menyifatkan pemilihan Kon Yeow bagi menggantikan Guan Eng adalah tepat memandangkan Kon Yeow amat memahami situasi geopolitik negeri ini kerana sudah berkhidmat beberapa penggal sebagai ADUN dan ahli Parlimen.

Selain itu katanya, Kon Yeow juga mudah diterima masyarakat tempatan kerana sudah bermastautin di negeri ini lebih 30 tahun serta turut disegani ahli-ahli DAP dan lawan politik.


Tambahnya, Guan Eng tidak perlu meletak jawatan bagi memberi laluan kepada Kon Yeow sebaliknya diganti oleh pemimpin dan ahli akar umbi secara demokratik demi kepentingan rakyat.

"Rakyat berpandangan tidak perlu menunggu sehingga pilihan raya umum akan datang bagi merealisasikan episod ubah berkenaan.

"Jawatan Ketua Menteri perlu diubah dari sekarang jika ahli akar umbi serius dalam isu tersebut kerana pemimpin DAP tidak boleh terlalu yakin dan optimistik mereka akan terus berkuasa selepas pilihan raya umum akan datang," katanya.

Suara Politik
Belantan

The Unspinners

0

Posted by Unknown | Posted on 11:19 PTG | Posted in

sumber :-

The Unspinners


Dari buat PC hal dokumen Chegubard dedah, baik lakun jadi bidan

Posted: 09 Dec 2014 09:35 PM PST


Berani ke Azmin buat PC jawab tomahan yang timbul dari dokumen berikut:






Dari buat PC dan peningkan kepala dengan orang macam Chegubard, baik Azmin jadi mak bidan perempuan beranak.

 Ada tak pompuan yang sanggup tunjuk burit ke azmin dan diambil gambar ketika sedang beranak?

Azmin terus berlakun, Penyelesaian isu mana? PC pun tak ada

Posted: 09 Dec 2014 04:19 PM PST


Sebelum ni, dilihat menjahit pakaian dan kini jentera propaganda Azmin menghebahkan dia makan bersama mangsa banjir di Selangor.

Kenapa pula makanan mangsa banjir pun dia nsk makan? Lapor sangat ke? Dari makan makanan mangsa baik kau bawa makanan untuk mereka!

Azmin hanya meneruskan peranannya sebagai MB lakunan tetapi dimana penyelesaian isu yang ditimbulkan selama ini yang mana kebanyakkan dia juga yang timbulkan?

Baiklah isu bible diselesaikannya tapi yang lain?

Dulu Azmin dan Abdullah Sani keluar kenyataan akan bela pengurus2 PKNS yang kontrak mereka ditamatkan tiba2.

Mereka diberhentikan Tan Sri Khalid Ibrahim kerana disuspek rapat dengan Azmin. Bekas GM pun.seiring senada dengan Azmin serang Khalid. Bila nak bela mereka? Masih nak salahkan Khalid?

Suatu masa bising tentang isu pembangunan Datum Jelatek oleh PKNS. Ini berlaku dihukung kawasan parlimen Gombak. Saari Sungip pernah timbulkan isu penjualan satu bangunan pada pembeli dari China di DUN.

Apa jadinya sekarang? Apa pendirian Azmin dalam hal ini? Aktivis tempatan di Keramat dah bersuara mengatakan sanggup mati dari Datum Jelatek diteruskan.

Kenapa Azmin berdiam dan hanya berlakun sana sini sebagai Jokowi? Adakah untuk memendapkan isu?

Pelbagai pihak kata Azmin dan Teresa Kok ada kepentingan.

Suatu yang disedari adalah Azmin cuba mengelak dari mengadakan PC. Dia seolah mahu alihkan segala isu2 lama dari perhatian dengan melarikan diri dari ditanya.

Sampai sekarang isu tanah Tropicana Canal City yang harganya tipu dan dipercayai terlalu rendah sebab ada kickback kepada pelbagai pihak. Khalid yang suatu masa dipersalahkan telah nafikan dan mahu ambil tindakan.

Apa Azmin akan lakukan? Adakah Azmin cuba tutup untuk Anwar, Teresa Kok, dll?

Dulu Azmin dan DAP juga yang timbulkan isu2 tentang KIDEX dan pampasan air, tapi kini senyap.saja dan setuju.

Buatlah PC betul2 dan beri peluang wartawan tanya. Lakukan ketelusan yang sering




Bila Permata difitnah, bangang sapa tak pertahankan

Posted: 09 Dec 2014 04:30 AM PST


Demi masa depan generasi akan datang ...

Padahal dah dijelaskan peruntukan RM711 juta tu bukan untuk Permata tapi untuk pelbagai agensi lain. Namun masih juga PKR mengulang pembohongan Rafizi Ramli.


Dahlah niat jahat untuk bohongi rakyat, tapi bila disoalsiasat polis, putarbelit pulak. Sapa tak tahu bahawa cara selamat untuk tuduh seseorang adalah dengan menimbulkan soalan?


Tujuannya jelas dan boleh dibuktikan dari pelbagai laporan akhbar nyamuk PKR.

Adakah Haniza Talha yg kini pakai four wheel drive sedia kembali balik bersusah dengan hanya naik motor suami isteri semula?

Memang time Tun tak saman ahli politik yang memfitnah tapi kini zaman Fitan ini melampau sangat mereka buat fitnah dan putarbelit.

Media alternatif dikuasai mereka dan media perdana sikit2 ditembusi ahli perniagaan yg hanya peduli wang dan penyokong politik pembangkang yang tak rasional dalam hujah.

Mereka hanya faham saman dan mahkamah.

Komen blog2 lain ....

THE DEVOUTED SAVIOUR OF TFK: SELEPAS NAJIB SAMAN RAFIZI, GILIRAN ROSMAH PULA UNTUK SAMAN HANIZA TALHA!!! - http://theflyingkick.blogspot.com/2014/12/selepas-najib-saman-rafizi-giliran.html

Gmie: http://gmieawakening.blogspot.com/2014/12/haniza-talha-devil-in-disguise.html?m=1

Haniza Talha Sudah Panas Bontot Bila Disoal @PDRMsia Kes Fitnah PERMATA http://khairulryezal.blogspot.com/2014/12/haniza-talha-sudah-panas-bontot-bila.html

Fitnah PERMATA : U Turn Naib Ketua Wanita PKR ; http://bidaman.blogspot.com/2014/12/fitnah-permata-u-turn-naib-ketua-wanita.html?m=1

Akibat Mulut Longkang FITNAH Rosmah Dan PERMATA, Hanizah Talha Terkencing Dalam Kain... klik link http://medan-info-kita.blogspot.com/2014/12/akibat-mulut-longkang-fitnah-rosmah-dan.html?m=1

ANGIN PERUBAHAN

0

Posted by Unknown | Posted on 9:42 PTG | Posted in

sumber :-

ANGIN PERUBAHAN


Siapa Kepimpinan Jahil Yang DImaksudkan Oleh Nasrudin Tantawi?

Posted: 09 Dec 2014 05:00 PM PST


Dalam maksud tulisan Facebook Nasruddin Hassan ini. Apakah ini ditujukan kepada sesiapa? Kalangan ulama PAS tahu siapa yang dimaksudkan oleh Nasruddin itu. 

Apakah yang dimaksudkan oleh Nasruddin itu adalah sama dengan apa yang ditulis oleh anak Nik Aziz di bawah ini? Nampaknya, kepimpinan ulama sekarang ini sudah mula nampak berani untuk melawan Anwarinas. Namun sejauh manakah mereka berani sebenar benarnya untuk melawan DAP di Selangor?

Jawatan Timbalan Speaker DUN pun mereka tidak beri pada PAS. Apakah PAS akan keluar dari pakatan pembangkang di Selangor dan menjadi Ketua Pembangkang baru di Selangor?  Segalanya berkemungkinan berlaku.

Anwar Akan Dipecat Sebagai Penasihat Ekonomi Selangor?

Posted: 09 Dec 2014 03:30 PM PST


Dalam Gereja, Anwar Dakwa Pingat Dari Insitusi Raja Melayu Tidak Penting

Posted: 09 Dec 2014 08:30 AM PST



Oleh itu, eloklah kesemua baki gelaran Anwar Ibrahim ditarik balik oleh Sultan Sultan Melayu. Mengapa perlu berkata begitu dalam sebuah gereja? Apakah niat sebenar Anwar Ibrahim bercakap begitu?

Pakatan Pembangkang Akan Runtuh Pada PRU14?

Posted: 09 Dec 2014 06:21 AM PST


1) Kebimbangan Kit Siang itu ada asasnya. Itu adalah ketakutan Kit Siang sendiri bila Anwar masuk ke dalam nanti. 

2) Situasi yang sama berlaku ketika Barisan Alternatif hadapi PRU pada 2004 tanpa Anwar Ibrahim. PKR hampir pupus kecuali di Permatang Pauh sahaja. 

3) Kit Siang juga tahu bahawa Hadi Awang akan memilih jalan sendiri dan bukan lagi bersama dengan DAP jika Anwar sudah ke dalam. 

4) Anwar yang selama ini menjadi "jambatan" antara Melayu PAS dan DAP. Juga "jambatan" antara golongan Anwarinas dan ulama. Jika jambatan itu sudah tiada, maka pakatan itu juga akan hancur. 

5) Perlembagaan dan logo pakatan rakyat masih tiada sampai kini. Ianya hanya ada dalam kepala Anwar Ibrahim sahaja. Perlembagaan dan logo itu juga akan masuk ke dalam sekali. 

6) Sejauh mana jentera BN mampu mengambil kesempatan daripada kelemahan pembangkang ini? Daftar pengundi, kajian sikap, pengundi muda, calon wibawa dan jentera kempen adalah perkara penting yang harus disegerakan untuk melawan pembangkang. 

7) Jika BN mampu atasi dengan baik lima perkara itu maka sudah tentu pakatan pembangkang akan alami nasib sama seperti PRU pada 2004. 

Portal Pembangkang Ini Sudah Dapat "Bantuan Bank"?

Posted: 09 Dec 2014 12:22 AM PST



RAKYAT MARHAEN

0

Posted by Unknown | Posted on 9:37 PTG | Posted in

sumber :-

RAKYAT MARHAEN


Aktivis veteran anti-ISA dilantik ketua penerangan PKR

Posted: 09 Dec 2014 09:19 PM PST

Aktivis veteran dan bekas pengerusi Gerakan Mansuh ISA (GMI) Syed Ibrahim Syed Noh dilantik menjadi Ketua Penerangan baharu PKR hari ini, seperti diumumkan presiden parti Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.
Pelantikan Syed Ibrahim itu menggantikan Dr Muhammad Nur Manuty, mengisi barisan kepimpinan baru parti sesi 2014-2017.
Dr Wan Azizah turut mengumumkan pelantikan pengerusi Lembaga Disiplin baharu, Brigedier Jeneral (B) Datuk Abdul Hadi Abdul Khatab, yang mengetuai PKR Tanjung Malim.
Beliau turut mengumumkan 14 pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) iaitu Mohamed Azmin Ali di Selangor, Muhammad Nur (Perak), Shamsul Iskandar Mohd Akin (Melaka), Datuk Fauzi Abdul Rahman (Pahang), Azan Ismail (Terengganu), Datuk Lajim Ukin (Sabah) dan Baru Bian (Sarawak). Barisan kepimpinan di negeri lain pula diketuai Dr Idris Ahmad di Wilayah Persekutuan, Hassan Karim (Johor), Datuk Dr Mansor Othman (Pulau Pinang), Abdul Aziz Kadir (Kelantan), Aminuddin Harun (Negeri Sembilan), Dr Azman Ismail (Kedah) dan Muhammad Fisol Abdul Rahman (Perlis).

PKR: Zahid bohong tentang ekstradisi

Posted: 09 Dec 2014 08:56 PM PST

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Zahid Hamidi diminta berhenti berbohong berhubung perjanjian penghantaran pulang dengan Amerika Syarikat (AS) melibatkan penulis blog seks Alvin Tan.

Peguam terkenal PKR berkata Zahid "tidak jujur" apabila berkata tidak berhasrat membuat permohonan ekstradisi walaupun mempunyai perjanjian itu.

"Undang-undang ekstradisi dan perjanjian dua hala antara Malaysia dan AS tidak membenarkan penghantaran pulang individu yang mencari suaka daripada pendakwaan politik," kata Latheefa.

Justeru, katanya, kerajaan AS sudah pasti tidak akan melayan permohonan itu jika dibuat.

Zahid semalam dilaporkan berkata kerajaan tidak berhasrat mengambil langkah itu kerana yakin Tan dan Ali akan tetap pulang ke tanah air suatu hari nanti, ibarat "bangau pulang ke belakang kerbau".

Read More / Baca Lagi >>

UMNO parti ajak orang bergaduh

Posted: 09 Dec 2014 08:48 PM PST

Mohd Ariff Sabri Abdul Aziz 

Parti itu sarat dengan kaki bising dan kaki ugut yang mahukan projek besar sahaja.
UMNO WP bantah DAP 1PETALING JAYA: Ahli Parlimen DAP-Raub, Mohd Ariff Sabri Abdul Aziz mendakwa UMNO hanya sebuah parti politik samseng yang mengajak orang bergaduh dan menyalahkan bangsa lain.
Katanya, sikap sedemikian itu dipertontonkan kerana mahu menutup pembohongan bahawa negara Malaysia dan bangsa Melayu akan hancur jika UMNO tidak berkuasa.
Beliau berkata, "meletakkan kuasa terus di tangan UMNO tidak menjamin agenda orang Melayu tercapai dan terjamin kerana parti itu sarat dengan kaki bising dan kaki ugut yang mahukan projek besar sahaja. Yang akhir ini (projek besar) bukan sahaja saya yang kata, tapi Dr Mahathir (bekas Perdana Menteri) pun berkata demikian."
"Orang Melayu tidak ada keperluan kepada UMNO, sebaliknya UMNO memerlukan orang Melayu. Jadi mengapa kita biarkan puak UMNO ugut kita, berlagak macam tuan dan berlagak macam mereka yang beri kita rezeki dan sebagai nya?," ujarnya.
Dalam entri terbaru blognya, sakmongkol.blogspot.com, Mohd Ariff Sabri yang juga ahli UMNO sehingga 2012 menyatakan, masalah pada UMNO pada hari ini adalah soal kepimpinan, wawasan, komitmen dan dedikasi kepimpinan.
Beliau berkata, orang Melayu akan terus hidup sekali pun UMNO tidak berkuasa dan tidak sepatutnya mendedahkan diri kepada ugutan oleh parti itu.
Read More / Baca Lagi >>

'Ini perlembagaan sekular, bukan Islamik' - Kuthubul Zaman

Posted: 09 Dec 2014 08:23 PM PST


Seorang bekas presiden Majlis Peguam menegaskan bahawa Malaysia adalah negara sekular, seperti termaktub dalam satu penghakiman Mahkamah Persekutuan.

Bercakap dalam forum Hari Hak Asasi Dunia 2014 di Petaling Jaya semalam, Kuthubul Zaman Bukhari berkata sebarang undang-undang yang mencabuli Perlembagaan Persekutuan dianggap tidak sah, tanpa mengira sama ada ia undang-undang syariah atau sivil.

Kuthubul Zaman adalah presiden Majlis Peguam dari tahun 2003 sehingga 2005.

Beliau memetik penghakiman bertulis Tun Mohamed Salleh Abas, bekas hakim mahkamah agung, dalam menjatuhkan hukuman mati ke atas seorang pengedar dadah Muslim.

Memetik penghakiman itu, Kuthubul berkata Mohamed Salleh menyebut bahawa Malaysia adalah sebuah negara sekular dan bukan negara Islam.

"Ini adalah penghakiman Mahkamah Persekutuan. Penghakiman ini masih sah.

"Setahu saya, negara ini ditadbir oleh perlembagaan sekular dan bukan perlembagaan Islamik," kata Kuthubul Zaman.

Mitos nuklear murah, bersih dan selamat

Posted: 09 Dec 2014 08:21 PM PST

Agensi Bernama melaporkan Amerika Syarikat menawarkan untuk membantu Malaysia membina loji nuklear, diambil maklum oleh Doktor-doktor Malaysia untuk Tanggungjawab Sosial (MPSR).

MPSR sedang bergerak secara serius untuk meyakinkan kerajaan Malaysia bahawa projek sedemikian bukanlah pilihan tenaga yang bijak dan berdaya maju daripada segi ekonomi.

Ini kerana ia membawa risiko berpanjangan serta tiada upaya secara ekonomi. Selain itu, ia tidak boleh diterima secara sosial dan tidak mesra alam sekitar.

Cadangan kerajaan untuk menjana tenaga nuklear pada tahun 2009 berasaskan mitos tenaga nuklear itu murah, bersih dan selamat.

Maklumat salah berkenaan tenaga nuklear disebarluaskan pihak-pihak berkepentingan dalam industri nuklear semenjak dakwaan palsunya bahawa tenaga nuklear "terlalu murah untuk dikenakan bayaran."

Terdapat bukti-bukti kukuh yang menunjukkan belanja menjana elektrik daripada tenaga nuklear lebih mahal berbanding dengan tenaga elektrik daripada bahan bakar fosil atau tenaga boleh diperbaharui.

Firma Moody's Corporate Finance (firma kewangan yang menganalisis kadar risiko kewangan) baru-baru ini menganggarkan kos modal tenaga nuklear per kilowatt adalah 275 peratus lebih mahal daripada tenaga angin dan 150 peratus lebih tinggi berbanding tenaga suria.

Jerman, Sweden dan Amerika Syarikat sedang menutup loji-loji nuklearnya kerana pendapatan yang diperoleh tidak dapat menampung belanja operasi loji tersebut.

Industri nuklear sedang merosot di seluruh dunia. Laporan bagi tahun 2014 untuk World Industry Status Report menganalisa perubahan pantas dalam ekonomi nuklear, revolusi teknologi dalam sektor tenaga serta kesan tenaga boleh diperbaharui terhadap status dan daya maju kewangan tenaga nuklear.

Read More / Baca Lagi >>

Torture report: CIA methods ineffective

Posted: 09 Dec 2014 08:12 PM PST

CIA’s use of torture on al-Qaeda detainees revealed

Posted: 09 Dec 2014 08:11 PM PST

'CIA torture report first step, accountability is next, any official could be involved'

Posted: 09 Dec 2014 08:00 PM PST

Report finds CIA interrogation techniques "amounting to torture"

Posted: 09 Dec 2014 07:59 PM PST

Details of the CIA’s interrogation techniques released

Posted: 09 Dec 2014 07:58 PM PST

Feinstein: CIA torture techniques far more brutal than approved (FULL SPEECH)

Posted: 09 Dec 2014 07:53 PM PST

Did torture techniques help find Osama bin Laden?

Posted: 09 Dec 2014 07:52 PM PST

FBI: CIA torture report may spark terror threat

Posted: 09 Dec 2014 07:51 PM PST

US Senate report condemns CIA brutality

Posted: 09 Dec 2014 07:50 PM PST

'Torture report is disaster, shows CIA being rogue organization'

Posted: 09 Dec 2014 07:49 PM PST

M'sia perlu lebih ramai Fahmi Zainol

Posted: 09 Dec 2014 07:48 PM PST

Angkatan Muda Keadilan (AMK) menganggap tindakan Universiti Malaya (UM) terhadap aktivis pelajar berkaitan program Datuk Seri Anwar Ibrahim di kampus itu, sebagai tidak menghormati hak asasi mahasiswa untuk berkumpul dan bersuara.

"Malah (ia) menidakkan kebolehan mahasiswa untuk berfikir dan bertindak dengan matang," kata Naib Ketua AMK, Fahmi Fadzil.

Semalam, UM menggantung pengajian Fahmi Zainol selama dua semester dan didenda RM600.

Turut digantung pengajian ialah Safwan Shamsuddin selama satu semesta dan didenda RM300 selain tindakan disiplin ke atas beberapa mahasiswa berkaitan program tersebut.

Fahmi berkata beliau cukup kesal, kerana dengan tindakan itu, pentadbir UM seakan mahu mahasiswa hidup di bawah tempurung dan tidak berinteraksi dengan masyarakat dan realiti sosio-politik semasa.

"... dan hanya menjadi pak turut robotik dengan mengiakan apa sahaja yang diarah pemerintah, walaupun ianya salah atau zalim," katanya dalam satu kenyataan.

Fahmi juga bertanya adakah tindakan disiplin tersebut menyampaikan mesej yang baik kepada dunia akademik.

Read More / Baca Lagi >>

7 daripada 10 pengundi anggap Malaysia korup, menurut kajian

Posted: 09 Dec 2014 07:46 PM PST

Persepsi terhadap rasuah di Malaysia masih tidak berubah sejak tahun 2005 dengan 77% pengundi Malaysia tahun ini bersetuju rasuah di negara ini pada tahap serius, menurut kaji selidik Merdeka Center dan sebuah stesen radio swasta.
Kaji selidik yang dilakukan bersama BFM Radio sempena Hari Pencegahan Rasuah Dunia semalam menunjukkan persepsi ini kekal berbanding dengan yang dijalankan pada Ogos 2005 dan Jun 2012, yang masing-masing mendapati 76% dan 78% responden menganggap tahap rasuah adalah serius.
Ia mendapati 49% rakyat Malaysia melaporkan rasuah semakin meningkat, 20% menyatakan ia kekal tidak berubah, manakala 21% menyatakan ia menurun berbanding dengan setahun yang lalu, Merdeka Center berkata dalam satu kenyataan hari ini. Kajian sama juga menyaksikan majoriti, iaitu 56% rakyat Malaysia, beranggapan usaha kerajaan menentang rasuah tidak meyakinkan walaupun kejayaan yang dicapai baru-baru ini oleh suruhanjaya anti-rasuah.
Pandangan ini lebih ketara di kalangan pengundi muda dan mereka yang mempunyai akses internet.
Rakyat Malaysia juga berbelah bahagi mengenai tindakan terhadap laporan Ketua Audit Negara baru-baru ini, di mana 51% menyifatkan laporan itu tidak diambil serius manakala 39% merasakan sebaliknya. Sekali lagi, pandangan ini lebih mendalam di kalangan pengundi muda.
 Tetapi kaji selidik itu mendapati 67% rakyat Malaysia merasakan rakyat biasa boleh memberi pandangan berbeza dalam memerangi rasuah. Sentimen ini amat kuat di kalangan penduduk luar bandar dan golongan isi rumah yang berpendapatan rendah. Kajian itu dijalankan Merdeka Center menerusi soal selidik antara 26 November dan 5 Disember 2014.
Seramai 1,019 pengundi berdaftar terdiri daripada Melayu 61%, 30% Cina dan 9% responden India ditemubual melalui telefon. Responden dipilih berdasarkan sampel rawak berstrata di kalangan etnik, jantina dan negeri kediaman, dan wawancara dijalankan dalam bahasa pilihan mereka.

Putrajaya mesti jelaskan peranan bantu CIA seksa tahanan, kata Nik Nazmi

Posted: 09 Dec 2014 07:43 PM PST

Ibu pejabat Agensi Perisikan Pusat (CIA) di Virginia, Amerika Syarikat. Laporan dikeluarkan Senat mendapati Malaysia antara negara memainkan peranan membantu penahanan rahsia di mana tahanan diseksa. – Gambar Reuters, 10 Disember, 2014. 
Ibu pejabat Agensi Perisikan Pusat (CIA) di Virginia, Amerika Syarikat. Laporan dikeluarkan Senat mendapati Malaysia antara negara memainkan peranan membantu penahanan rahsia di mana tahanan diseksa. – Gambar Reuters, 10 Disember, 2014.Putrajaya mesti menjelaskan peranannya seperti didedahkan sebuah laporan Senat Amerika Syarikat memperincikan penyeksaan tahanan oleh CIA, yang mendakwa penglibatan Malaysia dalam membantu agensi perisikan itu, kata Nik Nazmi Nik Ahmad.
"Meskipun usaha memerangi keganasan sangat penting dan menjadi keutamaan, Malaysia tidak patut mengkompromi integriti moral dengan cara ini," kata ketua Pemuda PKR itu hari ini.
Laporan itu antara lain menyenaraikan Malaysia sebagai negara sekutu dalam perang AS melawan keganasan, di mana Malaysia menyediakan pusat tahanan rahsia yang menggunakan penyeksaan ke atas tahanan.

Nik Nazmi (gambar) berkata seawal Februari tahun lalu, pertubuhan Open Society Justice Initiative mengeluarkan laporannya bertajuk "Globalising Torture: CIA Secret Detention and Extraordinary Rendition", mendedahkan peranan Malaysia dalam dua kes membantu CIA. "Apa yang dilihat ialah – berbeza dengan dakwaan Tun Dr Mahathir (Mohamad) – Malaysia tidak ada masalah bekerjasama dengan Amerika Syarikat dalam hal ini," kata Nik Nazmi, merujuk bekas perdana menteri yang lantang bersuara mengkritik polisi Washington.
Laporan yang mengambil masa bertahun-tahun untuk dihasilkan itu mencatatkan sejarah program CIA tentang  "Rendition, Tahanan dan Soal Siasat", yang diberi kuasa oleh Presiden George Bush selepas serangan 11 September, 2001.
Selepas dilantik pada 2009, pengganti Bush, Barack Obama mengharamkan apa yang dipanggil "teknik soal siasat yang diperkemaskan," yang dikecam pengkritik sebagai penyeksaan.

Bukan Kurang Jubah, Tapi Kurang Amanah

Posted: 09 Dec 2014 07:38 PM PST

Oleh Prof Madya Dato Dr Mohd Asri Zainul Abidin
Negara-negara umat Islam hari ini tidak kekurangan jubah dan serban. Tidak juga kekurangan mereka yang bercakap agama dan berlagak 'beragama'. Tidak pula kekurangan mereka yang berzikir kuat di khalayak ramai dengan pelbagai lagu dan dendangan. Tidak juga kekurangan penceramah yang pelbagai style lawak jenaka dan seloka sehingga ceramah agama menjadi 'new entertainment' dalam mencari pasaran pendengar dan 'pembayar'.

Tidak pula kita kekurangan orang-orang politik yang cuba menempelkan diri dengan agama. Sama ada menjadi penaja kepada program-program agama yang membolehkan mereka mendapat political mileage, ataupun mereka sendiri melafazkan kalimah-kalimah yang berunsur agama bagi memboleh rakyat lebih mempercayai mereka. Tidak kurang juga program-program yang dirasmikan oleh orang politik yang 'tidaklah beragama sangat'. Di samping terdapat juga yang memang ikhlas melibatkan diri dalam semua itu.
KEKURANGAN
Kita tidak kurang kesemua itu. Apa yang menjadi kekurangan kita ialah penghayatan sebenar kepada hakikat agama Islam yang diturunkan Allah untuk manusia. Kita sering mempamirkan agama ini dalam bentuk upacara-upacara yang direka dan diadakan oleh pihak-pihak yang mempunyai agenda yang tersendiri seperti upacara berteriak tangis zikir di khalayak ramai bagi memukau orang ramai agar begitu terpengaruh kepada tokoh-tokoh dan mempercayai mereka sebagai 'orang-orang Tuhan'.
Orang politik juga boleh menumpang sekaki supaya kelihatan mereka manusia yang mendapat 'blessing' dari orang-orang Tuhan itu. Dalam masa yang sama kita melupai inti-pati ajaran Islam seperti amanah dalam pengurusan harta awam ataupun kepimpinan negara.
Maka jangan hairan jika setiap negara Islam ada mufti dan pelbagai jawatan agama yang lain, ada pelbagai upacara agama, ataupun 'agama yang diupacarakan', malangnya dalam masa yang sama index rasuah, pengalahgunaan kuasa, salah tadbir urus juga cukup tinggi. Rakyat ramai yang tertipu dan terdiam kerana mata mereka terlindung oleh jubah-jubah tokoh agama, telinga mereka tersumbat oleh degungan doa yang dibaca memuja dan memuji penguasa samada menteri, presiden, raja ataupun sultan sekalipun mereka itu mencemari segala amanah yang Allah tanggungkan atas bahu mereka.
Saya hairan bagaimana ada rakyat di negeri 'entah berentah' yang memuji sultannya melangit tinggi bagaikan wali Tuhan kerana isteri sultan berkenaan bertudung. Dalam masa yang sama mereka melupai bagaimana sang sultan itu sedang membina istana yang harga berbilion dari wang rakyat jelata. Kehebatan seorang sultan, raja, presiden, perdana menteri dan seumpamanya bukan kerena berjubah ataupun berserban, isteri bertudung, pergi ke masjid dan segala amalan peribadi yang lain. Itu adalah tanggungjawab setiap muslim tanpa mengira siapa pun dia, rakyat ataupun raja. Namun kehebatan seorang penguasa apabila dia amanah terhadap jawatan dan harta negara yang berada di bawah kawalannya. Itulah perkara yang tidak dapat dibuat oleh rakyat, hanya mampu dibuat oleh yang berkuasa kerana dia memegang tampok kuasa.
KHIANAT
Read More / Baca Lagi >>

Akta jelmaan ISA hantui hak asasi rakyat

Posted: 09 Dec 2014 07:37 PM PST

Oleh ARIF ATAN
SIKAP beria-ia kerajaan Umno-BN untuk mewujudkan akta antikeganasan ibarat penjelmaan semula Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) 1960 yang menghalalkan penahanan tanpa bicara dengan alasan mengancam kestabilan negara.
Penggulungan perbahasan usul khas Kertas Putih ke Arah Menangani Ancaman Kumpulan Negara Islam (Negara Islam di Iraq dan al-Syam, ISIS) di Dewan Rakyat, 26 November lalu dilihat langkah Perdana Menteri Dato' Seri Mohd Najib Abdul Razak untuk mengembalikan peruntukan drakonian yang menafikan keadilan mana-mana rakyat pada masa depan.

Bahkan beberapa hari selepas itu, pendirian Najib dalam Perhimpunan Agung Umno 2014 yang memberi jaminan pengukuhan terhadap Akta Hasutan 1948 bakal mencalar sistem perundangan sekali gus memburukkan lagi kedudukan Malaysia dalam penarafan hak asasi manusia. Walaupun Menteri Dalam Negeri, Dato' Seri Ahmad Zahid Hamidi mendakwa akta antikeganasan bertujuan untuk memerangi aktiviti militan dan kumpulan pengganas tetapi kecenderungan untuk dimanipulasi atas motif politik sukar ditolak.
Imej PAS juga pada masa akan datang dikhuatiri mudah terpalit dengan pelbagai tuduhan termasuk bersubahat dengan unsur ekstremisme Islam lantaran Zahid turut menyebut undang-undang preventif itu juga sebagai langkah Putrajaya untuk mencegah gerakan merekrut sukarelawan kononnya atas nama "jihad."
Berdasarkan sepanjang hayat ISA sebelum dimatikan pada 16 September 2011, pemimpin dan aktivis Pakatan Rakyat terdedah pada penahanan tanpa bicara selepas akta antikeganasan dikuatkuasakan atas muslihat membanteras aktiviti militan.
Ribuan rakyat terdiri daripada golongan agama, ahli akademik, ahli kesatuan sekerja, aktivis hak pekerja dan badan bukan kerajaan selain aktivis politik merengkok ditahan ISA sehingga ada dinafikan hak bebas lebih 10 tahun.
Penafian Putrajaya kononnya akta antikeganasan tidak serupa seperti ISA bercanggah dengan modus operandi kerajaan Umno- BN sebelum ini yang menahan individu tanpa dikenakan pendakwaan secara sewenangwenangnya.
"Kerisauan mereka (pembangkang) tidak berasas kerana tumpuan kita adalah untuk menangani keganasan," kata Zahid dilapor media.
"Mereka (pembangkang) bimbang kita akan guna kuasa menteri untuk tahan tanpa bicara. Tetapi dalam (Akta Pencegahan Jenayah) menteri turunkan kuasanya (eksekutif) kepada lima panel lembaga pencegahan jenayah.
"Mungkin template sama (seperti Poca) akan digunakan jika undang-undang baharu ini dikuatkuasakan," katanya.
Read More / Baca Lagi >>

Muslihat Umno-BN ingin wujudkan akta baharu

Posted: 09 Dec 2014 07:36 PM PST

Oleh AZIZ MUDA
SEJAK awal lagi, tindakan Perdana Menteri, Dato' Seri Mohd Najib Abdul Razak membentangkan kertas putih mengenai ancaman keganasan pada persidangan Dewan Rakyat baru-baru ini telah menimbulkan kecurigaan pelbagai pihak.
Secara logik dan praktiknya, tiada sebab kertas putih yang membawa cadangan untuk mewujudkan akta baharu bagi menangani keganasan di negara ini dibentangkan sekarang.

Sehingga kini, Malaysia masih lagi terpelihara dari segi keganasan, apatah lagi jika hendak dikaitkan dengan aktiviti kumpulan Negara Islam di Iraq dan al-Syam (ISIS), sehingga dilihat tiada sebab untuk cadangan mewujudkan akta baharu itu dibentangkan. Berdasarkan keadaan semasa, kerajaan sepatutnya memberikan perhatian kepada isu-isu lain yang lebih penting seperti kejatuhan ekonomi, kejatuhan nilai ringgit Malaysia, peningkatan kos sara hidup rakyat, berbanding cadangan mewujudkan akta baharu bagi menangani teroris yang langsung tidak mendesak di negara kita kini.
Dengan mengambil tindakan untuk membentangkan kertas putih ketika negara dan seluruh rakyat amat mengharapkan keprihatinan kerajaan menangani isu-isu utama itu, tindakan Najib itu sememangnya mencetuskan seribu satu pertanyaan kepada pelbagai pihak. Apatah lagi tindakan tersebut dilakukan secara tibatiba.
Jangkaan awal orang ramai berhubung tindakan Najib itu, ia dilihat sebagai satu usaha daripada kerajaan Umno-BN untuk mengalihkan perhatian rakyat terhadap isu-isu utama, setelah pihak kerajaan menaikkan harga dan kemudian menghapuskan subsidi minyak sehingga lebih membebankan rakyat.
Mulai April tahun depan, kehidupan seluruh rakyat negara ini terutama mereka yang berpendapatan rendah dan sederhana akan lebih terhimpit apabila cukai barangan dan perkhidmatan (GST) dilaksanakan.
Kesemua derita rakyat itu berlaku kerana kegagalan kerajaan Umno-BN menguruskan ekonomi dan kekayaan negara dengan baik. Ini terbukti dengan angka kebocoran wang negara yang sebegitu tinggi sehingga berbilion ringgit setahun, peningkatan hutang negara, kegagalan kerajaan memerangi dan mengatasi rasuah, penyelewengan, sikap boros pemimpin berbelanja dan tindakan pemimpin kerajaan hanya bertindak memberikan keuntungan kepada kroni.
Rakyat yang meneliti segala kepincangan itu menjadi amat kecewa dengan prestasi buruk kerajaan Umno-BN. Untuk mengalih perhatian rakyat, tindakan Najib membentangkan kertas putih dilihat relevan dengan perkembangan semasa oleh orang ramai. Tambahan pula, pihak kerajaan Umno-BN sebelum ini sudah sering kali melakukan tindakan yang sama sehingga menyebabkan rakyat yang tidak peka terus terlena dan terpengaruh dengan permainan licik mereka.
Memerangkap PAS dan Pakatan Rakyat
Read More / Baca Lagi >>

Rakyat M'sia percaya rasuah bertambah

Posted: 09 Dec 2014 07:30 PM PST

Hampir separuh, atau 49 peratus, daripada rakyat Malaysia merasakan amalan rasuah dalam negara ini bertambah tahun lalu.

Kesimpulan itu berdasarkan tinjauan terkini firma penyelidikan bebas Merdeka Center.

Tinjauan juga mendapati tanggapan terhadap rasuah dalam negara ini kekal pada kadar sama dengan 77 peratus merasakan masalah itu kini serius.

Purata itu kekal tidak berubah sejak 2005.

Tinjauan bersama BFM juga menunjukkan hanya 21 peratus responden merasakan amalan rasuah menurun manakala 20 peratus lagi percaya ia tidak berubah.

Universiti bukan kilang, mahasiswa bukan robot- Fahmi Fadzil

Posted: 09 Dec 2014 07:28 PM PST

Malaysia perlu lebih ramai Fahmi Zainol dan Safwan Shamsuddin yang berani bangkit bersuara kerana kezaliman dan ketidakadilan yang berlaku di depan mata
Fahmi Fadzil_3PETALING JAYA: Tindakan Universiti Malaya (UM) menggantung Fahmi Zainol, Safwan Shamsuddin dan beberapa mahasiswa itu wajar dikecam oleh seluruh rakyat Malaysia dan para mahasiswa, kata Naib Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK), Fahmi Fadzil.
Fahmi mendakwa ini menjadi bukti para pentadbir universiti tidak menghormati hak asasi mahasiswa untuk berkumpul dan bersuara, malah menidakkan kebolehan mahasiswa untuk berfikir dan bertindak dengan matang.
Sebelum ini UM telah menggantung Fahmi Zainol selama dua semester dan didenda RM600, manakala Safwan Shamsuddin digantung selama satu semesta dan didenda RM300 selain dikenakan tindakan disiplin ke atas beberapa mahasiswa berkait program "40 Tahun Dari UM ke Penjara." Tindakan tersebut membuka mata rakyat Malaysia kepada krisis pentadbiran institusi pendidikan tinggi di negara ini.
Fahmi berkata Malaysia perlukan lebih ramai Fahmi Zainol dan Safwan Shamsuddin serta anak-anak muda yang berani bangkit bersuara kerana kezaliman dan ketidakadilan yang berlaku di depan mata.
"Anak-anak mudalah yang menjadi hati nurani (conscience) masyarakat dan penggerak perubahan," katanya dalam satu kenyataan.
Tegasnya, tatkala negara menghadapi pelbagai krisis ekonomi, kepimpinan politik dan sebagainya, anak mudalah yang menjadi pencetus semangat "nahdah", yakni "kebangkitan" atau "renaissance", menuju Malaysia yang lebih baik. Mungkin inilah islah yang ditakuti para zalimun.
Tambahnya, "Universiti bukan kilang, mahasiswa bukan robot".
Read More / Baca Lagi >>

Berjimat termasuk kurangkan Kabinet, bukan tekan rakyat, kata penganalisis

Posted: 09 Dec 2014 05:24 PM PST

Rakyat berpendapatan rendah tidak seharusnya terbeban dengan cukai baharu yang diperkenalkan kerajaan sebaliknya Putrajaya perlu melakukan penjimatan dan tidak terus memberi tekanan kepada rakyat, kata Institut Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi (Ideas).
Ketua Eksekutif Ideas, Wan Saiful Wan Jan berkata kerajaan juga perlu merasai denyut nadi rakyat dan antara pendekatan yang boleh diambil ialah mengurangkan bilangan menteri Kabinet.
"Jika kerajaan tak ada pendapatan yang tinggi, kecilkan saiz kerajaan termasuklah mengurangkan bilangan menteri Kabinet dan kementerian. Kurangkan saiz kerajaan bila kerajaan tidak mempunyai wang.
 "Kerajaan perlu berjimat mengurangkan perbelanjaan dan bukannya ambil lebih banyak duit daripada rakyat.
Bukan juga memperkenalkan cukai yang baru tetapi apa yang patut dibuat ialah memperkecilkan perbelanjaan," katanya ketika ditemui The Malaysian Insider selepas satu sesi perbincangan di Petaling Jaya, malam tadi.
Wan Saiful berkata apa yang menjadi kebimbangan Putrajaya kini adalah bagaimana untuk terus menanggung bilangan menteri yang ramai di saat pendapatan negara tidak menentu.
Katanya, penjimatan perbelanjaan oleh Putrajaya akan membolehkan kerajaan mengenakan cukai minimum kepada rakyat.
 "Kalau kerajaan tiada duit, mungkin menteri yang hilang kerja, satu perkara yang baik bagi negara. Saya tak rasa negara menjadi bankrap jika kerajaan tak cukup duit.
Yang akan jadi bankrap, menteri yang banyak hutang, terlibat dalam aktiviti lain di luar bidang kerja politik mereka. "Ada lebih 30 menteri Kabinet jadi mereka fikir bagaimana nak kekalkan kesemua mereka.
Apa yang perlu difikirkan, kalau sekiranya tiada duit, maka kerajaan perlu berjimat dan mengurangkan perbelanjaan seperti yang dilakukan rakyat.
 "Kurangkan sedikit belanja hias kementerian, pejabat menteri, kurangkan perbelanjaan perjalanan malah kurangkan bilangan menteri yang kita ada.
Tak perlu wujud banyak sangat kementerian di negara ini," katanya.
Read More / Baca Lagi >>

Korek timbus lubang ekonomi Malaysia

Posted: 09 Dec 2014 05:14 PM PST

ATAS sebab hanya diketahui oleh Menteri Kewangan, sejak dulu lagi angka kegemaran (favourite) yang sering disebut dalam belanjawan (bajet) tahunan mengenai pertumbuhan ekonomi Malaysia adalah di antara 4-6 peratus.
Bajet 2015 tidak terkecuali. Bertepatan dengan tradisi, Perdana Menteri/Menteri Kewangan Najib Tun Razak meletakkan ramalan pertumbuhan ekonomi sekitar 5.5-6 peratus.

Bagi kebanyakan rakyat yang tak berapa faham tentang ekonomi makro serta faktor luaran dan iklim am ekonomi dan pasaran dunia, angka ramalan seperti itu sudah tentu melegakan. Mudah kerajaan Umno-BN meyakinkan rakyat – apa pun keadaannya yang berlaku di dunia, pertumbuhan ekonomi Malaysia terus kekal pada angka 'favourite'. Bak ungkapan klasik para menteri BN, "Malaysia hanya terkena tempiasnya sahaja…" Namun realiti sebenarnya, bagi tempoh hampir sedekad lalu, ramalan hanya tinggal ramalan. Keputusan muktamad pertumbuhan ekonomi negara, lebih lazim daripada tidak, sering tersasar daripada keceriaan 4-6 peratus yang disebut dalam Dewan Rakyat pada hari pembentangan Bajet.
Begitupun sudah tentu kebanyakan rakyat biasa tidak begitu menyedari hal ini. Berapa kerat sangatlah daripada kalangan mereka terutama rakyat marhaen daripada golongan petani, nelayan, dan pekerja biasa yang membaca, misalnya laporan sukuan Bank Negara Malaysia atau penerbitan lain yang melaporkan kedudukan pertumbuhan ekonomi sebenar.
Apa yang hanya disedari hanyalah kedudukan kecairan kerajaan. Dalam bahasa biasa kerajaan tidak cukup duit untuk melangsaikan pelbagai komitmen. Dan bagi kebanyakan hal ini berpunca daripada pengurusan kewangan tidak cekap dan penggunaan dana berlebihan bagi projek-projek pembangunan.
Sementara hal itu tidak terlalu tidak benar, faktor lain seperti prestasi eksport, kedudukan KDNK, jumlah pinjaman dibuat oleh kerajaan, baik dibuat dalam tempoh semasa mahupun terkumpul sentiasa mengancam kedudukan kecairan dan aliran wang tunai negara.
Namun tentu sekali kerajaan Umno-BN pandai mencari jalan pintas mengatasi masalah ini. Pada jangka pertengahan, rumusan kepada permasalahan kecairan ini adalah dengan menaikkan kadar pelbagai duti dan cukai dan bagi langkah janga pendek, pengurangan pelbagai subsidi yang mana paling popular dan mudah ialah pengurangan subsidi minyak.
Sering harga minyak, terutama RON95 naik tidak semena-mena tanpa sebarang sebab dan tanpa sebarang amaran atau petanda ia akan naik.
Read More / Baca Lagi >>