Followers

Nuffnang

Belantan

0

Posted by Unknown | Posted on 11:23 PTG | Posted in

sumber :-

Belantan


Pasport Alvin, Ali ditarik balik serta-merta?

Posted: 08 Dec 2014 11:23 PM PST


Jabatan Imigresen bertindak tegas menarik balik Pasport Malaysia Antarabangsa (PMA) penulis blog seks, Alvin Tan dan aktivis bebas, Ali Abd. Jalil berkuat kuasa serta-merta berdasarkan kesalahanmereka.

Ketua Pengarah Jabatan Imigresen, Datuk Mustafa Ibrahim berkata, surat penarikan balik pasport kedua-dua individu terbabit akan dihantar ke alamat terakhir mereka selain diwartakan dalam akhbar-akhbar tempatan sebagai makluman.

Beliau berkata, sistem Jabatan Imigresen juga telah menyenaraihitamkan kedua-dua individu terbabit dan sekiranya mahu pulang ke negara ini, mereka perlu memohon Sijil Perakuan Cemas terlebih dahulu di Kedutaan Malaysia.

Mustafa Ibrahim menunjukkan notis yang menyatakan pasport Malaysia adalah hak milik kerajaan dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Imigresen, Putrajaya, semalam.

"Kesalahan mereka menghina mahkamah, menghina Islam dan menghina institusi raja telah mengganggu-gugat ketenteraman sekali gus menimbulkan rasa tidak se­nang rakyat Malaysia, jadi keputusan menarik balik pasport kedua-dua individu ini amat tepat.

"Penarikan balik pasport ini sah kerana kerajaan berhak untuk berbuat demikian, sama ada mereka tahu atau tidak mengenai penarikan balik pasport ini, itu adalah masalah mereka. Kita sudah maklumkan melalui surat yang dihantar," katanya dalam sidang akhbar, di sini hari ini.

Suara Politik
Belantan

Alvin cabar Zahid batalkan pasport?

Posted: 08 Dec 2014 09:17 AM PST


Penulis blog kontroversi, Alvin Tan dengan angkuh mencabar Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi untuk benar-benar membatalkan pasportnya.

Alvin menerusi status yang dimuat naik dalam laman sosial Facebook miliknya, melepaskan kemarahan dengan mengeluarkan kata-kata berunsur provokasi mencabar Ahmad Zahid.

"Jangan hanya mengugut. Lakukannya. Jangan jadi pengecut," kata Alvin susulan tindakan kementerian itu yang dijangka menarik balik dokumen perjalanan lelaki berkenaan seawal hari ini atau esok.



Terdahulu, Ahmad Zahid berkata, tindakan itu adalah berdasarkan peruntukan mengikut Akta Imigresen dan bertepatan dengan kelakuan Alvin yang sering melakukan perkara yang boleh menjejaskan hubungan antara kaum di negara ini.

Alvin sebelum ini turut mengeluarkan kenyataan yang menghina Islam dan Sultan Selangor selain melabelkan Ahmad Zahid sebagai pemimpin paling teruk dalam UMNO.

Suara Politik
Belantan

Dialog Dewasa Kritik Berasa

0

Posted by Unknown | Posted on 11:21 PTG | Posted in

sumber :-

Dialog Dewasa Kritik Berasa


DI USIA SENJA ANWAR MAKIN CELARU...SUKA TIPU, SUKA MERAPU...

Posted: 08 Dec 2014 08:00 PM PST


Sebenarnya Teman tak mau mengulas apabila Anwar Ibrahim pergi ke gereja di Kajang dan beri ucapan sempena pra krismas di atas pentas gereja. 

Namun apabila Teman melihat banyak benor kesilapan yang diucapkan oleh Anwar dan anak ikannya Azmin maka Teman terpanggil untuk menjawab. Antaranya;

Anwar ada mengatakan beliau semasa dipenjara banyak menghabiskan masa membaca Al Quran dan Bible.

Memang tak menjadi kesalahan untuk umat Islam membaca apa saja kitab dan buku di dunia semata-mata untuk mencari ilmu. 

Namun apabila ilmu tersebut disalahguna untuk mencari populariti hingga merosakkan akidah dan iktikad serta menjadikan seseorang itu angkuh maka hukumnya adalah haram. 

Bila tak dapat sokongan Melayu-Islam, Anwar lebih selesa mencari pengaruh dari penganut agama lain hingga mengguriskan perasaan umat Islam dan Melayu sendiri...
Dalam kes Anwar, apakah dengan mempelajari Bible menyebabkan Anwar terlalu faham kehendak dan boleh kaw tim dengan penganut Kristian hingga membenarkan mereka mempersoalkan hak-hak asasi dan akidah umat Islam dalam mempertahankan kesucian agama mereka sendiri?

Dulu kita hidup aman harmoni namun apabila Anwar sendiri yang berlebih-lebih mempertikaikan kuasa Raja Berpelembagaan, hak asasi dan keistimewaan orang Melayu serta kesucian agama Islam maka penganut dari kepercayaan dan ajaran lain terangsang dan menjadi berani menghina Islam secara terbuka dan di media-media sosial. 

Kehadiran Anwar dan Wan Azizah sebagai tetamu jemputan Ketua Biskop Kristian Murphy Pakiam (bulatan) pada 25 Disember 2007, di Rumah Terbuka anjuran Christian Federation of Malaysia di Bukit Nanas. Inilah detik-detik awal pemimpin PR menyokong agenda Kristianisasi di Malaysia. Setelah peristiwa ini berlakulah tuntutan terhadap penggunaan kalimah Allah oleh majalah Catholik Weekly; The Herald bermula pada 31 Disember 2007...licik...licik

Hakikatnya ketidakharmonian ini sengaja dicetuskan oleh Anwar untuk memperlekehkan kuasa dan perundangan negara supaya kerajaan Pusat dilihat terlalu 'lemah' tetapi 'zalim dan tidak bertoleransi' kepada penganut kepercayaan dan ajaran lain.

Maka yang akan dianggap bagus hanyalah beliau seorang yang menjadi pemimpin terhebat dambaan masyarakat dan rakyat.   

Persoalannya adakah kelakuan Anwar selama ini disebabkan kesan tindakannya mencampur adukkan ajaran Al Quran dan Bible hingga beliau sendiri celaru mindanya? 

Antara dua ajaran tersebut mana yang lebih dominan di hati Anwar? Atau Anwar telahpun menggabungkannya menjadi satu lalu lahirlah pluralisme dan liberalisme yang selama ini menjadi ikutan dan anutannya??? 

Anwar juga telah menyebut bahawa Kamal Antartuk tidak membezakan antara penganut Kristian dan Islam bagi meraih kedamaian sejati di Turki

Mengapa Kamal Antartuk yang jadi idola Anwar? 

Sebenarnya begitu banyak persamaan perbuatan dan tindakan antara Kamal Antartuk dahulu dengan Anwar Ibrahim sekarang. 

Kamal Antartuk berjaya menjatuhkan kerajaan Kesultanan Islam Uthmaniyah dan menubuhkan Republik Turki.

Walaupun dah tua, Kamal Antartuk suka berpoya-poya dan menari ikut cara barat. Anwar Anta Terkutuk juga minat menari-nari dan giat meliberalkan Melayu dan Malaysia.
Di bawah pemerintahannya, Islam telah digantikan dengan sekularisme dan pluralisme, perundangan syariah dihapuskan dengan liberalisasi.

Sama seperti apa yang Anwar Ibrahim Anta Terkutuk dan juak-juaknya cuba lakukan di Malaysia sekarang.

Kamal Antartuk hidup dan mati sesat penuh kehinaan. Kerananya negara Islam berpecah belah, umat Turki dulu ramai yang sesat. Majoriti umat Islam di dunia kini membenci Kamal Antartuk. 

Inilah yang sedang dan terus berlaku bila Anwar Ibrahim Anta Terkutuk semakin dijauhi oleh majoriti orang Melayu-Islam dan hanya dipuja melangit oleh kaum dan penganut lain. 

Dan Anwar nampaknya begitu teruja dan mabuk dengan sokongan tersebut!   

Di akhir ucapannya, Anwar mempersoalkan kenapa Bajet 2015 hanya memberi pengecualian cukai kepada badan-badan Islam tetapi tidak kepada badan-badan agama Hindu, Buddha, Kristian dan sebagainya. 

Adakah adil dan saksama apabila kita membandingkan nisbah penganut dengan peruntukkan yang diberikan oleh kerajaan?


Hakikatnya agama lain sebenarnya mendapat lebih daripada apa yang umat Islam dapat. Di merata-rata ceruk walaupun mereka minoriti di sesuatu kawasan namun terdapat pelbagai rumah persembahan dan pemujaan untuk ajaran mereka.

Kita tidak boleh membuat perbandingan apabila melihat masjid atau surau besar maka mereka juga perlu rumah sembahan dan pemujaan yang besar juga dari duit bajet kerajaan. 


Umat Islam ada jemaahnya tersendiri. Semuanya disatukan di bawah Ahli Sunnah Wal Jamaah (ASWJ). 

Mereka solat lima kali sehari. Selain itu solat Jumaat, solat tarawih dan solat dua hari raya menyebabkan jemaah melimpah ke jalan raya. 

Di masjid juga pelbagai aktiviti agama dan kemasyarakatan aktif dilakukan. Tapi ajaran kepercayaan lain ada sebegitu setiap hari?

Islam juga ada sistem ekonomi tersendiri. Pungutan zakat, fitrah, tabung haji, wakaf dan infaq diuruskan secara teratur, sistematik dan telus oleh Jabatan Agama Islam Negeri dengan bantuan pelbagai pihak untuk membantu umat Islam yang begitu ramai. 

Jadi ia memerlukan satu peruntukkan yang besar untuk perbelanjaan pengurusan.

Paling penting pembayar cukai di kalangan umat Islam sekian mendapat pengecualian cukai apabila membayar zakat melalui potongan cukai berjadual (PCB) dengan mana-mana lembaga zakat dan memaklumkannya kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

Dalam masa yang sama banyak badan korporat dan peniaga Islam yang bergerak melalui pelbagai NGO melakukan amal jariah korporat (CSR) dan membayar pelbagai cukai, zakat, infaq, sedekah, wakaf kepada masyarakat dan mereka boleh menuntut pengecualian dan potongan cukai dari LHDN.

Sebaliknya adakah pihak gereja, tokong, kuil yang mempunyai pelbagai mazhab, aliran dan dewa-dewi sembahan itu telus menguruskan akaun perbelanjaan pungutan derma dan sumbangan penganut-penganut mereka?

Adakah mereka melakukan hal yang sama mendaftar diri dengan LHDN untuk mendapat pengecualian cukai sebelum menuduh yang bukan-bukan terhadap kerajaan yang kononnya sengaja mengenakan mereka cukai?

Tu belum masuk bab GST lagi...adakah syarikat-syarikat milik bukan Islam banyak dah daftar dengan sistem GST untuk mendapat pelbagai intensif cukai dari kerajaan. Jangan bila tak buat, tak dapat insentif kena denda kata kerajaan zalim plak.

Kamu tu yang sebenarnya zalim tak mau ikut aturan. 

Hakikatnya umat Islam menjadi penganut majoriti di negara ini. Seharusnya kita hidup hormat - menghormati antara satu sama lain. 

Allah tarik nikmat Anwar Ibrahim Anta Terkutuk satu persatu sebelum akhir hayatnya...
Namun tindakan Anwar mengapi-apikan perasaan orang bukan Islam kononnya kerajaan tak adil memang satu perbuatan khianat, jahat, derhaka serta merbahaya pada perpaduan kaum. 

Mungkin itu takdirnya semakin tua jadi semakin sesat dan hanyut...Orang macam ni nak dijadikan pemimpin sebuah negara Islam???

Nuar...Nuar ko ingat yang sokong ko ramai tapi yang menentang ko pun ramai juga. Jangan fikir ko boleh tadbir dengan aman damai kerana majoriti yang meluat dengan ko berada di mana-mana saja.    


RAHSIA PROJEK TEROWONG DASAR LAUT PULAU PINANG DIBONGKAR

Posted: 08 Dec 2014 06:00 PM PST

Edwin Michael - Sistem pengangkutan awam negeri yang perlu diperbaiki terlebih dahulu sebelum melaksanakan projek pembinaan terowong dasar laut ini, tiadanya keperluan terowong berkenaan pada masa kini

Akhbar New Straits Times bertarikh 15 November 2014 melaporkan bahawa Ketua Menteri Pulau Pinang mengakui tidak dapat membantu rakyat di negeri ini dalam aspek pengangkutan dan penjagaan kesihatan. Sekiranya perbelanjaan mengurus negeri ditambah untuk membantu rakyat Pulau Pinang maka adalah dikhuatiri kerajaan negeri akan muflis. Tetapi lain pula ceritanya dengan projek terowong dasar laut Pulau Pinang ini yang dengan jelas menunjukkan bahawa Kerajaan Negeri Pulau Pinang memiliki kemampuan untuk membiayai mega projek ini berbanding mengutamakan rakyatnya sendiri.
Skandal Terbesar Tahun 2014?
Laporan Malaymail Online bertarikh 4 Oktober 2013 menyatakan bahawa Kerajaan Negeri Pulau Pinang meluluskan projek Terowong Dasar Laut (PTDL) dengan kos keseluruhan projek ini yang dianggarkan bernilai RM6.3 bilion dan dibiayai sepenuhnya oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang dengan pembayaran tunai serta pembiayaan melalui pemindahan 110 ekar tanah pinggir laut di Gurney Drive dengan harga RM1,300 kaki persegi atau nilai keseluruhannya sebanyak RM6.3 bilion kepada pemegang konsesi projek ini.
Menurut Malaysian Gazette bertarikh 6 November 2013, Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah melantik Consortium Zenith Sdn. Bhd. untuk melaksanakan projek ini dan konsortium ini pula telah menjalin kerjasama strategik antara Zenith Construction Sdn. Bhd. dan China Railway Construction Co. Ltd. (CRCC), bersama Beijing Urban Construction Group, Sri Tinggi Sdn. Bhd. dan Juteras Sdn. Bhd.
Projek yang dijangka mengambil masa 10 tahun untuk disiapkan ini terdiri daripada 4.2 km jalan pintas dari Gurney Drive ke Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu, jalan pintas sepanjang 4.6 km antara Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu dan Bandar Baru Air Itam, laluan berkembar sepanjang 12 km dari jalan Tanjung Bungah ke Teluk Bahang serta laluan sepanjang 6.5 kilometer dari Pulau Pinang ke Butterworth (laluan terowong dasar laut).
Rakyat Pulau Pinang pula akan dibebankan dengan kutipan tol apabila kerajaan Negeri Pulau Pinang membenarkan syarikat Consortium Zenith BUCG Sdn Bhd untuk mengutip tol selama 30 tahun. Laporan Bernama bertarikh 19 Mac 2013 pula melaporkan bahawa syarikat konsortium ini boleh menjana untung sebanyak RM 0.27 bilion menerusi hasil kutipan tol ini.
Pembinaan jalan raya adalah sepanjang 27.3 km tetapi hakikatnya 20.8 km daripada jalan raya berkenaan merupakan jalan pintasan biasa dan laluan berkembar. Jika kita membuat andaian mengenai anggaran kasar pembinaan jalan-jalan biasa ini iaitu kita mengandaikan bahawa kos pembinaan setiap kilometer akan menelan sebanyak RM80 juta maka kos totalnya adalah dianggarkan sebanyak RM1.664 bilion. Manakala bakinya sebanyak RM4.63 bilion pula dianggarkan akan digunakan untuk membina 6.5 km terowong dasar laut tersebut.
Maka, diandaikan bahawa anggaran untuk membina setiap kilometer terowong dasar laut ini adalah sebanyak RM713 juta yang sekaligus menjadikan antara projek yang paling termahal di Malaysia. Malah, projek pembinaan terowong SMART yang melibatkan 9.7 km laluan terowong air ribut dan 4 km laluan jalan raya pun hanya menelan kos sebanyak RM1.88 bilion sahaja.
Utamakan Rakyat, Bukannya Kapitalis
Adalah dianggarkan bahawa harga tanah di Gurney Drive pada masa kini adalah RM1,650 kaki persegi yang menyaksikan peningkatan 25% dalam masa tidak sampai dua tahun. Sekiranya pembinaan terowong dasar laut ini disiapkan mengikut jadual iaitu pada tahun 2025, dan dianggarkan berlakunya peningkatan kadar 10% harga tanah di Gurney Drive maka 110 ekar tanah yang diberikan kepada syarikat Consortium Zenith BUCG ini akan bernilai kira-kira RM19.77 bilion pada tahun 2025. Ini sememangnya munasabah jika melihat kepada harga hartanah di Pulau Pinang semenjak 12 tahun yang lalu dan pada masa kini.
Sebuah kerajaan negeri yang beretika dan memiliki tanggungjawab moral sepatutnya menggunakan tanah tersebut sebagai cagaran untuk menerbitkan bon yang disokong oleh kerajaan negeri untuk mendapatkan RM6.3 bilion dan pada masa yang sama memberikan projek kepada syarikat pembinaan yang dipilih secara tender terbuka untuk membina terowong dasar laut tersebut. Bagi memastikan setiap rakyat Pulau Pinang menikmati keuntungan hasil daripada projek ini, kerajaan negeri yang perlu mengutip tol atau menjual tanah 110 ekar itu pada tahun 2025 yang pastinya akan bernilai lebih tinggi daripada kos untuk menebus bon tersebut.
Dengan cara begini, kerajaan negeri akan dapat memastikan negerinya menjana keuntungan melalui harga tanah pada tahun 2025 dan harga bon serta pada masa yang sama menjana keuntungan daripada hasil kutipan tol. Keuntungan ini akan dapat disalurkan untuk menjaga kepentingan rakyat Pulau Pinang termasuk dalam soal pengangkutan awam serta penjagaan kesihatan dan bukannya memberikan terus hak kutipan tol tersebut kepada syarikat swasta.
RM305 juta hanya untuk kertas kerja?
Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah memberikan Consortium Zenith BUCG Sdn Bhd sebanyak 9 ekar tanah di Seri Tanjung Pinang 1 (STP1) yang bernilai RM305 juta untuk membiayai kos kajian kebolehlaksanaan dan reka bentuk terperinci projek terowong dasar laut Pulau Pinang termasuk perincian Penilaian Kesan Alam Sekitar (EIA). Secara logiknya, bukankah kajian ini sepatutnya dilaksanakan terlebih dahulu sebelum menyerahkan projek ini kepada Consortium Zenith BUCG ini?
Mereka yang berfikir secara waras pun akan sedar bahawa kemungkinan untuk pemaju projek ini memberikan laporan kajian yang benar-benar bebas adalah sifar kerana ianya melibatkan keuntungan besar yang bakal diperolehi melalui pampasan 110 ekar tanah yang diberikan oleh kerajaan negeri serta kebenaran untuk mengutip tol selama 30 tahun.
Malah selain dakwaan bahawa hingga kini tidak ada sebarang tanda-tanda kajian kebolehlaksanaan sedang dan telah dilaksanakan di kawasan melibatkan projek terowong ini, wujud pula persoalan penting yang gagal dijawab oleh kerajaan negeri DAP Pulau Pinang iaitu bagaimana sekiranya laporan kajian kebolehlaksanaan serta EIA menunjukkan projek ini sebagai tidak berdaya maju serta mengundang malapetaka alam sekitar?
Misteri Disebalik Tender Terbuka?
Memetik tulisan Ong Eu Soon dalam The Ant Daily bertarikh 25 Ogos 2014 yang mendedahkan bahawa tidak wujud tender terbuka dalam pemberian projek terowong dasar laut ini sebaliknya ia adalah apa yang dikenali sebagai Request for Proposal (RFP) sahaja.
Menurutnya, China Railway Construction Ltd (CRCL) bersama IJM Corporation Bhd membida tender terbuka itu tetapi hanya mencadangkan pembinaan jalan raya sepanjang 4.2 km antara Gurney Drive dan Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu. Sementara itu, VST Cemerlang bersama-sama dengan China State Corporation turut mengemukakan cadangan empat projek pembinaan dan diikuti oleh kontraktor pembinaan iaitu WCT Berhad bersama syarikat gergasi pembinaan Korea, Daewoo Engineering and Construction membida projek jalan raya berkembar Teluk Bahang dan Tanjung Bungah dan projek pintasan pantai Gurney Drive.
Kerajaan negeri Pulau Pinang telah meminta Consortium Zenith BUCG yang merupakan syarikat khas (SPV) untuk menjadi kontraktor utama projek ini dan bergabung dengan syarikat-syarikat kontraktor lain. Maka, ini sudah terang lagi bersuluh bahawa keseluruhan proses ini bukanlah proses tender terbuka sebaliknya RFP kerana kesemua pembida ini tidak bertanding atas terma dan syarat yang sama.
Malah menurut Ong Eu Soon lagi dalam kenyataannya yang dipetik daripada The Malaysian Insider bertarikh 6 Oktober 2013 yang mempersoalkan kewajaran kerajaan negeri dalam menganugerahkan projek ini kepada Consortium Zenith BUCG yang menurutnya hanya didaftarkan pada Julai 2012 sedangkan tarikh tutup untuk mengemukakan kertas cadangan untuk projek jalan dan terowong ini ialah pada Jun 2012. Bagaimana mungkin Consortium Zenith BUCG ini boleh dianugerahkan tender tersebut apabila ketika itu (Jun 2012) syarikat berkenaan tidak berdaftar lagi dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia?
Sekiranya projek terowong ini telah dianugerahkan kepada Consortium Zenith BUCG melalui tender terbuka maka adalah menjadi tanggungjawab moral kerajaan negeri Pulau Pinang untuk mendedahkan nama syarikat-syarikat yang telah membida tender tersebut, jumlah pembida dan harga tawaran yang kalah dalam pembidaan projek ini.
Garis panduan "Open Tender" oleh Bank Dunia juga menyeru supaya semua tawaran perlu dibuka untuk penelitian orang awam tetapi memandangkan keseluruhan isu pemberian tender ini dirahsiakan oleh kerajaan negeri Pulau Pinang dan orang awam terutamanya rakyat Pulau Pinang tidak mengetahui siapa pembidanya serta tawarannya maka ini secara langsung menjurus kepada apa yang dipanggil sebagai 'managed tender'.
SM Mohamed Idris vs Lim Guan Eng
NGO Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) dan Sahabat Alam Malaysia (SAM) merupakan NGO yang tertua di Pulau Pinang dan sekian lamanya telah merealisasikan prinsip 'semak dan imbang' dengan kerajaan negeri sama ada sewaktu pentadbiran Barisan Nasional mahupun ketika ini dibawah pentadbiran Pakatan Rakyat.
CAP dan SAM menentang keras projek ini dengan alasan yang kukuh bahawanya keseluruhan projek pembinaan jalan dan terowong dasar laut ini hanya akan mewujudkan kesesakan lalu lintas yang lebih teruk, risiko kemalangan dalam terowong serta kesan alam sekitar yang tidak boleh dibayangkan. Turut dipersoal adalah tahap keselamatan terowong dasar laut berkenaan serta perjanjian untuk membenarkan pemaju menebus-guna laut seluas 44 hektar sebagai bayaran pembinaan terowong dan jalanraya.
SM Mohamed Idris yang juga Presiden CAP dan SAM ini yang pernah memainkan peranan utama dalam membatalkan projek pembangunan Bukit Bendera pada tahun 1980-an ini menuntut agar Lim Guan Eng sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang mendengar rintihan rakyat dan membatalkan projek berkenaan.
Namun, Lim Guan Eng dalam satu surat terbuka kepada SM Mohamaed Idris yang juga Presiden CAP dan SAM yang bertarikh 21 Mac 2013 dan disiarkan dalam Malaysiakini memilih untuk tidak mempedulikan suara NGO ini dan menyatakan dengan jelas bahawa SM Mohamed Idris dan NGO beliau tidak pernah menghadiri sebarang forum mahupun dialog yang dianjurkan oleh kerajaan negeri Pulau Pinang untuk mendapatkan maklum balas orang awam mengenai projek berkenaan serta menuduh beliau sebagai memilih kasih apabila membuat kritikan.
Surat balasan SM Mohamad Idris kepada Ketua Menteri Pulau Pinang bertarikh 26 Mac 2013 yang turut disiarkan di Malaysiakini pula telah mempersoalkan kewajaran kerajaan negeri memulakan projek mega ini tanpa menjalankan penilaian implikasi jangka panjang kepada negeri serta alam sekitar dan kerajaan negeri DAP Pulau Pinang juga gagal dalam memberikan bukti yang menyakinkan bahawasanya projek ini akan dapat mengatasi masalah kesesakan lalu lintas. Malah menurutnya lagi, forum dan dialog yang dianjurkan oleh kerajaan negeri ini bukannya bersifat untuk mendapatkan pandangan awam sebaliknya adalah menjelaskan keputusan kerajaan negeri yang mahu untuk meneruskan projek ini.
Persoalan fundamental kini ialah apakah perlunya sebuah projek berskala besar begini dan apakah kajian kebolehlaksanaan dan keuntungan kos telah dijalankan sebelum keputusan untuk menjalankan projek ini dibuat? Hakikatnya, kerajaan negeri menandatangai MOU untuk pembinaan empat jalan utama dengan syarikat daripada China sebelum memulakan kerja perundingan melibatkan Pelan Induk Pengangkutan atau Transport Master Plan. Malah, kerajaan negeri Pulau Pinang jelas gagal dalam menjelaskan atas asas apa keputusan-keputusan ini dibuat.
Tindakan Lim Guan Eng yang tidak mempedulikan suara NGO-NGO sivil ini turut mendapat bantahan daripada ahli partinya sendiri apabila Ahli Dewan Undangan Negeri DAP Pulau Tikus Yap Soo Huey dalam The Malaysian Insider bertarikh 5 Mac 2014 sebagai berkata bahawa sistem pengangkutan awam negeri yang perlu diperbaiki terlebih dahulu sebelum melaksanakan projek pembinaan terowong dasar laut ini serta tiadanya keperluan terowong berkenaan pada masa kini dan mungkin hanya akan diperlukan pada tahun 2030 nanti.
Masa Depan Pulau Pinang Di Bawah DAP
Jika sebelum ini kerajaan negeri DAP Pulau Pinang terkenal dengan skandal penjualan tanah negeri semata-mata untuk menguruskan ekonomi negeri maka kini skandal projek terowong dasar laut ini pula memalit integriti, ketelusan serta akauntabiliti kerajaan negeri pimpinan Lim Guan Eng ini. Mengandaikan bahawa masalah kesesakan lalu lintas akan berakhir sepenuhnya dengan pelaksanaan projek ini adalah sesuatu yang amat meragukan malah persoalan-persoalan yang dibangkitkan oleh NGO sivil masyarakat seperti CAP dan SAM adalah petanda betapa projek ini cukup berbahaya dan malapetaka sedang menanti rakyat Pulau Pinang.
Edwin Michael merupakan Pensyarah Universiti Tunku Abdul Rahman.

Insiden tikam menikam di DUN Selangor?!! DS @NohOmar buat keputusan tepat arah ADUN Sg Burong letak jawatan. @NajibRazak

Posted: 08 Dec 2014 04:00 PM PST



Semalam, ADUN Sg Burong telah mengambil satu keputusan yang cukup bijak dengan meletakkan jawatan sebagai Ketua Pembangkang DUN Selangor dan memulangkan semua kemudahan yang diberikan oleh Kerajaan Negeri seperti Toyota Camry. Ini merupakan tindakan berintegriti dan bermaruah selepas sebelum ini menolak peruntukan sebanyak RM200K kepada ADUN-ADUN pembangkang di Selangor.


SHAH ALAM – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Burong Datuk Mohd Shamsudin Lias meletak jawatan sebagai Ketua Pembangkang Selangor berkuatkuasa serta-merta hari ini.

Menurut Shamsudin keputusan itu dibuat selepas beliau menolak perlantikan jawatan sebagai Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang (PAC) Selangor.

"Keputusan ini adalah keputusan peribadi saya yang menolak jawatan sebagai Pengerusi PAC Selangor yang menetapkan Ketua Pembangkang sebagai pengerusi.

"Saya sudah maklumkan keputusan ini kepada kepimpinan tertinggi Barisan Nasional (BN) Selangor dan surat perletakan jawatan sebagai Ketua Pembangkang kepada wakil pejabat Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor pagi ini," katanya.

Shamsudin juga memulangkan semua kemudahan yang diterima sebagai ketua pembangkang termasuk sebuah kereta jenis Toyota Camry yang diberikan oleh kerajaan negeri kepadanya.

Dalam sidang media yang sama, beliau mencabar Menteri Besar Selangor memecat Penasihat Ekonomi Selangor, Anwar Ibrahim

"Saya cabar MB pecat penasihat ekonomi atas prinsip integriti," katanya dalam sidang media di Lobi DUN Selangor pagi ini.

Pengganti bagi kekosongan jawatan itu akan diputuskan oleh Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Seri Noh Omar kemudian. - http://www.selangorpress.com/blog/ketua-pembangkang-selangor-letak-jawatan-serta-merta/


Tindakan ini dilihat sebagai satu langkah yang terpuji setelah Kerajaan Negeri pimpinan MB Azmin dibuktikan mengkhianati kepimpinan parti sendiri dengan secara rahsia menyokong usul menarik balik anugerah DYMM Sultan Selangor dari mentor dan Ketua Umum partinya sendiri!



Jika kepimpinan parti sendiri pun boleh ditikam belakang, apatah lagi dengan parti lawan?!! Kami merasakan BN Selangor telah mengambil langkah yang betul kerana duit RM200K dan jawatan dalam Jawatankuasa PAC ini dilihat tidak lebih sebagai umpan dan batu loncatan kepada Kerajaan Negeri untuk menaikkan imej mereka dan cuci tangan daripada penyelewengan serta salah urus tadbir negeri!

Hari ini LIMA ADUN yang dikatakan telah mengkianati DS Wan Azizah ketika krisis MB lalu didedahkan dan dibuktikan! Anda nilaikan sendiri adakah ini jenis wakil rakyat yang berintegriti yang ingin anda semua pilih semula selepas ini?!!







Tidak sampai dua penggal memerintah Selangor, pakatan pembangkang telah melakukan rompakan dan rampasan kuasa sesama sendiri demi habuan hasil negeri. Salah siapa? Marahkan BN kerana persepsi, sekarang tuhan tunjukkan satu persatu siapa yang anda semua telah undi pada PRU yang lalu!

Mohon hukum mereka ini semua PRU akan datang!

COWBOY DOK SIBUK HAL NEGARA ORANG...NEGARA SENDIRI KUCAR KACIR, APE HAL???

Posted: 08 Dec 2014 04:00 AM PST


KUCHING, 7 Dis – Kerajaan Amerika Syarikat (AS) mempunyai urusan dalaman sendiri yang perlu ditangani dan wakilnya tidak perlu datang ke negara ini dan menunjuk ajar rakyat Malaysia berkenaan hak asasi manusia, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Nancy Shukri.

"Sebenarnya kami tahu apa yang perlu dilakukan dan diharap rakyat Malaysia tidak meminta bantuan daripada mereka seperti dari AS untuk datang ke sini dan memberitahu kami apa yang perlu dilakukan.

Malaysia adalah sebuah negara berdaulat, jadi biarlah kami menangani hal ehwal dalaman kami dan memastikan kami melakukan yang terbaik untuk negara ini dalam isu hak asasi manusia," beliau memberitahu wartawan selepas merasmikan Bazar Kebajikan Krismas 2014 Sarawak Society for Prevention of Animal Cruelty (SSPCA) di sini hari ini.

Beliau berkata demikian semasa mengulas kritikan pelbagai pihak termasuk kenyataan daripada Naib Presiden AS Joe Biden dan Duta AS ke Malaysia Joseph Yun terhadap keputusan Malaysia mengekalkan Akta Hasutan 1948.

Guantanamo Bay Detention Camp lebih zalim dari Pusat Tahanan ISA. 
Nancy berkata AS mempunyai beberapa isu yang perlu ditangani seperti bagaimana mereka mengendalikan isu kontroversi kem tahanan Guantanamo Bay yang dibangkitkan oleh Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin.

"Buatlah apa yang kamu perlu lakukan untuk negara kamu dan biarlah kami memastikan negara kami melakukan yang terbaik jika ada yang tidak betul. Biarlah kami membincangkan perkara itu dan memastikan kami mematuhi kesemua undang-undang dan peraturan di negara ini," katanya. 

Masyarakat kulit hitam turun ke jalanan membantah kezaliman polis kulit putih AS ke atas warga kulit hitam. Di AS, sesiapa saja bebas untuk memaki hamun dan menghasut berkaitan isu perkauman dan agama...namun kesannya??? 
Rappers yang majoriti berkulit hitam turut bangkit menentang kezaliman polis AS. Apa yang Tuan Presiden kulit hitam tu buat...? Sibuk hantar tentera ke ke Iraq lawan militan Islamic State atau sibuk kacau hal ehwal negara orang?
Sementara itu, Nancy berkata ketika ini perbincangan mengenai cadangan penggubalan Akta Keharmonian Nasional tetap diteruskan biarpun setelah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan pada Perhimpunan Agung UMNO bulan lepas bahawa Akta Hasutan 1948, dikekalkan.

"Setakat ini apa yang kita tahu Akta Keharmonian Nasional akan diteruskan. Status akta itu masih dalam perbincangan pihak-pihak bertanggungjawab dalam hal ini. 

"Kita masih memerlukan Akta Keharmonian Nasional untuk menguatkan lagi keharmonian di kalangan masyarakat Malaysia ini," katanya.

Akibat hasutan yang berleluasa penduduk minoriti kulit hitam bermusuhan dengan penduduk majoriti kulit putih. Adakah kita mahu ini berlaku di Malaysia apabila Akta Hasutan dihapuskan??? 
Inilah akibatnya suka sibuk hal rumah tangga orang, negara sendiri kacau bilau. Semuanya kerana nak selamatkan si ketua peliwat yang diketahui mempunyai hubungan baik dengan Naib Presiden AS Joe Biden tu.

Sampai masalah perkauman negara sendiri pun tak boleh nak bendung, ada hati nak ajar orang Malaysia supaya hapuskan Akta Hasutan.

Kalau huru - hara nanti nak suruh Malaysia minta bantuan AS? 

Mereka dakwa kerajaan Malaysia zalim kerana guna polis untuk cegah rusuhan, tapi bila polis mereka sendiri guna kekerasan menghalang demonstrasi rakyat tak apa pula yer?

Kini mereka sendiri terima akibatnya kerana membiarkan segelintir pihak terlalu bebas menghasut.

Semuanya kerana seorang polis kulit putih dibebaskan setelah menyiksa dan membunuh remaja kulit hitam di bandar Ferguson.

http://www.theglobeandmail.com/news/world/in-pictures-heavily-armed-riot-police-face-down-ferguson-citizens/article20056164/
Mengapa puak-puak pembangkang tak bangkitkan isu perkauman di AS ini. Malu atau sudah hilang kerandut untuk bercakap benar?

Lupa plak Joe Biden tu kan sokong gay dan LGBT...Patut pun dia sokong Anwar dan puak-puak pembangkang!


So enough Mr Biden, your Democrat Party will go to hell next 2016 Presidential Election and you are not extremely popular candidate, you actually are nothing!

http://www.opposingviews.com/i/politics/public-puts-hillary-clinton-far-ahead-2016-contenders

  

PAS CADANG LADIES NIGHT, LELAKI TAK BOLEH

Posted: 08 Dec 2014 01:00 AM PST

Dewan Muslimat PAS Pusat mengakui pendekatan berdakwah khususnya di kalangan muslimat pada masa kini perlu melalui pelbagai cara sama ada hiburan atau kesenian asalkan tidak bercanggah dengan syariat Islam.

Naib Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat Dr Siti Mariah Mahmud berkata, Islam sendiri telah menganjurkan hiburan tetapi hiburan itu sebagai medium membentuk minda masyarakat.

Bercakap dalam Wacana Garis Panduan Hiburan dan Kesenian Dalam Islam, Siti Mariah berkata, artis yang berhijrah hari ini perlu mengadakan program mereka di khalayak yang mendapat eksklusif di kalangan wanita sahaja.

"Penghibur wanita, dan khalayak juga adalah di kalangan wanita. Kita buat 'ladies night' dalam masa yang sama kita ada 'infotainment' seperti tazkirah. Kita buat lingkungan muslimat sahaja.
"Mungkin lepas ini kita jemput muslimat sahaja dalam kenduri kahwin yang pernah diamalkan di negara Arab, mereka boleh berhibur di kalangan mereka," katanya ketika merasmikan wacana yang dianjurkan oleh Lajnah Kesenian, Kebudayaan dan Rekreasi (LKKR) Dewan Muslimat PAS Pusat.

Hiburan yang mengikut syariat Islam ini katanya pasti akan terlaksanakan di negara ini melalui usaha-usaha yang dilakukan oleh PAS, suatu hari nanti.

Lajnah ini, katanya perlu ditubuhkan dan diperluaskan di peringkat kawasan dengan dipimpin oleh Muslimat di peringkat pusat.

Bahkan katanya, Lajnah Kesenian juga boleh memperluaskan pendekatan mereka misalnya menganjurkan pertandingan musbaqah Al-quran peringkat pusat sebagai usaha mengetengahkan wanita-wanita diluar sana yang mempunyai suara yang lunak. 

"Ramai wanita di luar sana mempunyai suara yang merdu. Jika kita buat mesti di kalangan muslimat sahaja. Insya-Allah program ini menjadi magnet untuk muslimat di luar sana untuk bertaranum. Kita buat tertutup. Yang penting tujuan kita adalah dakwah," katanya.

Wacana yang berlangsung di KUIZM Taman Melewar turut menampilkan tiga ahli panel iaitu Pengerusi Sekretariat Himpunan Ulama Rantau Asia (Shura) Ustaz Abdul Ghani Shamsuddin, Ahli Majlis Syura Ulama PAS Pusat Dr Wahibah Tahir, dan Pengerusi Lajnah Tarbiyah Dakwah dan Perkaderan Dewan Muslimat PAS Pusat Dr Asiah Ali.

Kumpulan Nasyid El Muslimat yang diketuai oleh Pengerusi LKKR Wan Aisyah Wan Ariffin turut menghiburkan para peserta dengan alunan qasidah yang cukup mengasyikan. – HARAKAHDAILY 8/12/2014

The Unspinners

0

Posted by Unknown | Posted on 11:11 PTG | Posted in

sumber :-

The Unspinners


Siapa Joe Bidden yang sokong Anwar?

Posted: 08 Dec 2014 10:13 PM PST











Anwar sehati sejiwa dengan muballigh Sidang Injil Borneo

Posted: 08 Dec 2014 06:27 PM PST


Inilah yang dikatakan Anwar di perjumpaan dalam gereja kajang pada ahad lepas.

Tujuannya untuk huru harakan sabah dan sarawak dengan membuat persepsi kepada penganut kristian seolah2 pkr itu parti bertoleran dan umno yang selama hampif 60 tahun membudayakan toletansi antara kaum dan ugama dianggap fanatik.

Anwar mahu melemahkan BN di sarawak pada PRN akan datang. Maka jangan kita benarkan cakar mencakar sesama kita demi kegilaan kuasa individu menimbulkan masaalah baru.

Apa yang Anwar lakukan sebenarnya selari dengan suatu mazhab baru kristian, bernana Sidang Injil Borneo (SIB) yg agak militan kesungguhan, desakan dan cara aggresif mahu melebarkan mazhab mereka.

Ketika mazhab kristian lain setuju dengan penyelesaian dan cara perdamaian dalam hubungan dengsn pihak berkuasa dan penganut Islam, SIB mahukan hak samarata.

Mereka mahu bible melayu dibolehkan guna di semenanjung. Sudahlah diterima pakai kegunaan di sabah sarawak dan kini berdamai.

Kini mereka mendesak mahu lebih. Antara ramai2 kumoulan kristian, SIB adalah satu2 kympulan yg aggresif memesungkan akidah orang Islam dan mereka mahu lakukan di Semenanjung.

Memang isu sarawak tak patut orang luar masuk campur tapi bila BN sarawak terjejas, semua BN terjejas. Kini.cara hidup malaysia timor mahu pula dipaksa terhadap semenanjung.

Fuad Hasan mati sedang bela alif ba ta, Rakan lamanya hina..

Posted: 08 Dec 2014 03:35 AM PST




... ali ba ta.

Wanita Islam bawa anak untuk terima bantuan dari gereja. Banyak pihak lain boleh dipersalahkan di atas tindakan menjatuhkan maruah Islam.

Namun, Anwar dan Azmin paling utama ...


.... politik dari alif ba ta.

Peristiwa ini berlaku ketika majlis sambutan hari kristmas pada hari Ahad 7hb semalam di Gereja Holy Family, Kajang anjursn Biro Integrasi PKR Nasional.

Ketika berucap dalam majlis yang dihadiri oleh 1,200 orang yang mana 60% adalah cina, 30 india, 9% lain-lain, Azmin Ali menyatakan pendirian kerajaan PR Negeri Selangor untuk meraikan kepelbagaian agama.

Katanya, yang lebih kurang berbunyi... "sebab itu saya tegaskan, the 351 bibles must return back to church. And i promise, you (Kristian) will not alone, we (PKR) will with and behind you all the time. Don't worry, you can keep on my words"...sambil disambut dengan tepukan gemuruh.

Sementara itu, Anwar Ibrahim mempolitikkan serangan yang diterimanya ketika datang ke gereja tersebut ketika kempen PRK DUN Kajang kira-kira sepuluh bulan lalu.

Dia memutarbelitkan dengan berkata inilah cara berpolitik di Malaysia menggunakan isu agama dan kaum yang perlu ditentang oleh rakyat pelbagai kaum. Anwar turut menyatakan bahawa dia tidak bimbang di-ambil gambar berlatarbelakangkan palang Jesus dibelakang pentas gereja ini.

Yang sesatnya, Anwar menyebut tentang persamaan antara Islam dan Kristian dan mengambil contoh pemimpin Turki sesat wal dajjal Kamal Attartuk yang tidak membezakan antara Islam dan Kristian untuk meraih keamanan yang tulin.

Hai contohnya ... baik sekali.

Diakhir ucapannya, Anwar turut menyentuh isu perlembagaan dengan mempersoalkan Bajet 2015 di Parlimen yang hanya beri pengecualian cukai kepada badan-badan Islam tapi tidak pada badan-badan agama Hindu, Buddha, Kristian dan agama lain.

Jelas dia bermain sentimen ugama dalam politiknya untuk membakar semangat anti Islam dikalangan orang Kristian dan mengajak mereka memberontak terhadap kerajaan BN.

MIMPI SENJA

0

Posted by Unknown | Posted on 11:06 PTG | Posted in

sumber :-

MIMPI SENJA


Ali: ‘Aku tak tertakluk di bawah undang-undang UMNO’

Posted: 08 Dec 2014 09:10 PM PST

 | December 9, 2014
Ali turut memberitahu bahawa Malaysia sedang menuju negara republik milik rakyat, dan turut menyatakan beliau akan menghasut lebih ramai lagi rakyat Malaysia.
ali abd jalilPETALING JAYA: Aktivis Ali Abd Jalil mendedahkan bahawa kini beliau telah memiliki kad perlindungan suaka di bawah undang-undang Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan Perjanjian Dublin (perjanjian suaka).
Jelasnya, kini beliau sudah tidak lagi tertakluk di bawah undang-undang kerajaan UMNO dan Barisan Nasional serta Sultan.
"Aku tak tertakluk bawah undang undang bangs*t kerajaan UMNO dan sultan… Sini bukan Malaysia….kalo kat Malaysia polis dan mahkamah senang dijadikan anji*g kurap takda maruah..Tidak ada integriti," tulisnya di dalam Facebook.
Ali yang melarikan diri ke Sweeden turut memberitahu bahawa Malaysia kini sedang menuju negara republik milik rakyat, dan turut menyatakan beliau akan menghasut lebih ramai lagi rakyat Malaysia.
"Kepada barua UMNO dan penjilat bont*t sultan, makin ramai rakyat Malaysia akan aku hasut untuk guling sultan Johor dan raja-raja Melayu…Malaysia sedang menuju Republik milik rakyat..hapuskan fasis dan rasis..Polis dan Mahkamah sudah tidak ada kredibiliti, sudah hilang kepercayaan rakyat," ujar beliau lagi.
Semalam, Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Mustafa Ibrahim mengumumkan bahawa pasport blogger kontroversi, Alvin Tan dan aktivis politik Ali Abdul Jalil yang mencari suaka politik di luar negara, ditarik balik.
Menurutnya, penarikan tersebut berkuatkuasa serta merta sebaik sahaja Jabatan Imigresen menghantar surat maklumat rasmi ke alamat terakhir mereka.
"Kita tidak akan bertoleransi dengan mana-mana individu yang menghina sistem kehakiman dan raja-raja Melayu," kata Mustafa - FMT

Fatma Ratu Muslimah Sedunia 2014

Posted: 08 Dec 2014 07:11 PM PST

Memartabat kehidupan wanita Islam


FATMA (tengah) dinobatkan sebagai Ratu Anugerah Muslimah Sedunia 2014 yang turut membabitkan 17 peserta seantero dunia.


"SEMOGA Allah yang maha berkuasa membantu saya dalam misi ini dan bebaskan rakyat Palestin serta Syria," ujarnya sambil bergenangan air mata.
Ternyata, tiada apa yang lebih memuaskan hati Fatma Ben Guefrache, 25, selain dapat melontarkan mesej tersebut apabila dia mendapat tumpuan dunia selepas dinobatkan sebagai Ratu Anugerah Muslimah Sedunia 2014. Seramai 18 orang peserta seantero dunia bertanding di pusingan akhir itu yang berlangsung di Yogyakarta, Indonesia pada November lalu.
Fatma ketika itu memakai gaun labuh berwarna hijau zamrud digandingkan dengan jaket sepadan bersulam benang emas. Wanita cantik dari Tunisia itu ditakhtakan dengan tiara berbatu hijau zamrud sesuai dengan seri persalinan digayakannya.
Menurut anak ketiga daripada lima adik-beradik itu, dia lebih selesa hidup dan tampil dengan gaya sederhana serta ringkas. Walaupun di atas pentas keningnya kelihatan cantik dicelak kemas, kelopak mata berseri dengan dua tona pembayang, pemerah pipi dioles membentuk buah pipi serta warna lembut gincu merah jambu menghiasi bibir namun, itu bukanlah penampilan lazim dirinya.
"Saya sebenarnya seorang yang sukakan gaya ringkas kerana saya merupakan seorang jurutera dalam sains komputer dan aktivis sosial. Saya yakin untuk menyertai pertandingan ini kerana ia bukan diadili dari sudut gaya tudung dililitkan tetapi kerohanian dalam melaksanakan kewajipan tersebut.
"Penglibatan saya dalam acara ini adalah bertujuan untuk mendapatkan pengalaman dan pengetahuan daripada sesama muslimah dari seluruh dunia dan membantu memperjuangkan masa hadapan umat Islam di Palestin," katanya.
Tambah Fatma yang gemar mengenakan tudung bawal, dia tidak meletakkan impian untuk menang dan dibiarkan berlaku mengikut ketentuan Illahi. Jelasnya, setiap finalis memiliki karakter yang kuat dan kepakaran dalam bidang masing-masing. Fatma menerima seutas jam tangan emas, dinar emas bernilai lebih Rp100 juta (RM28,000) dan pakej umrah.
Ratu Dunia
Kesemua peserta pertandingan Anugerah Muslimah Sedunia 2014 wajib memakai tudung dan mereka bukan sahaja dinilai berdasarkan penampilan, malah kebolehan membaca al-Quran dan pandangan tentang agama Islam dari perspektif dunia moden.
"Kami mahu mereka memahami segala-galanya tentang cara hidup Islam termasuklah sumber yang mereka makan, pakai dan cara menjalani kehidupan," ujar salah seorang penganjur, Jameyah Sheriff.
Anugerah Muslimah Dunia dilancarkan pertama kali pada 2013 sebagai bentuk bantahan secara aman acara Ratu Dunia yang diadakan pada masa sama di pulau peranginan popular Bali, Indonesia. Pertandingan Ratu Dunia berkenaan dikecam hebat oleh umat Islam gara-gara peserta memakai pakaian bikini dalam salah satu pusingan yang dianggap menjatuhkan maruah wanita. Penentangan itu menyebabkan penganjur terpaksa membatalkan acara berbikini berkenaan.
Mengulas lanjut mengenai Anugerah Muslimah Sedunia, Fatma berkata, ia adalah laluan baharu untuk memfokus kepada umat Islam di seluruh dunia. Kebanyakan negara dengan minoriti umat Islam memandang agama ini dengan sebelah mata, malah ada yang menganggap umat Islam sebagai pengganas.
"Ia turut berlaku di tempat tinggal saya di Perancis. Kadang-kadang saya mendapat layanan yang kurang baik hanya kerana memakai hijab. Pernah suatu ketika saya dianggap sebagai pengganas di sebuah pasar raya dan mereka takut melihat saya," katanya memberitahu keadaan di Indonesia jauh lebih baik malah tidak ada halangan bagi Muslimah untuk terus maju dalam kehidupan.
Fatma memberitahu, dia akan mengekalkan personaliti yang ringkas dan tidak obses dengan kecantikan dimiliki bersesuaian dengan ajaran agama Islam. Selain itu, dia juga bertekad untuk membantu sedaya upaya dalam memperkasakan wanita Islam menerusi kegiatan-kegiatan kebajikan dan menyebarkan mesej untuk tidak memandang ras warna kulit apatah lagi perbezaan agama.
Salah seorang peserta Britain, Dina Torkia berkata, dia berharap acara Anugerah Muslimah Sedunia 2014 bukan sahaja menampakkan perbezaan ketara antara pertandingan ratu cantik anjuran dunia Barat tetapi juga akan menghapuskan prejudis terhadap umat Islam.
"Saya rasa, perkara yang paling penting adalah untuk menunjukkan bahawa kami (Muslimah) cuma gadis biasa dan kami tidak berkahwin dengan pengganas. Tiada apa yang perlu ditakutkan dengan selendang pada kepala saya," katanya.
Tarik diri
Dalam pada itu, beberapa peserta pertandingan turut berdepan dengan cabaran apabila tujuh daripada mereka yang layak ke pusingan akhir menarik diri sementara yang lain bergelut dengan sistem birokrasi Indonesia bagi mendapatkan visa.
Jameyah berkata, kebanyakan mereka menarik diri kerana dihalang keluarga. Seorang peserta dari India pula terlepas penerbangan awal kerana disoal siasat oleh pegawai-pegawai yang mencurigainya berjalan bersendirian dan memakai tudung.
Masturah Jamil pula sanggup menggadaikan periuk nasinya untuk mengambil bahagian pada edisi keempat pertandingan tersebut apabila menghantar surat peletakan jawatannya sebagai seorang tenaga pengajar di Singapura.
Ujar Jameyah, pihaknya berharap acara tersebut dapat membentuk ikon baharu dengan peranan positif untuk wanita Islam dari seluruh dunia yang berusia antara 18 hingga 27 tahun termasuk seorang doktor muda dari Bangladesh.
Bagaimanapun, bukan semua peserta menikmati perjalanan mereka untuk dinobatkan sebagai juara kerana Dina memberitahu keyakinan dirinya yang terbentuk pada permulaan pertandingan bertukar menjadi perasaan mendukakan.
"Saya menyertai pertandingan ini dengan harapan dapat menguatkan lagi iman dalam diri tetapi setakat ini apa yang dapat saya lihat hanyalah media dan promosi di samping tampil dengan imej lebih bergaya," katanya.
Sepanjang acara tersebut berlangsung, para peserta dibawa melawat rumah anak-anak yatim dan rumah kebajikan serta merakamkan gambar kenangan di Borobudur, sebuah kuil Buddha yang terkenal berhampiran dengan Yogyakarta, kawasan tengah Jawa.
Acara kemuncak itu berlangsung di atas pentas berlatarbelakangkan pemandangan di Prambanan iaitu kompleks abad kesembilan di kuil Hindu yang merupakan Tapak Warisan Dunia Pertubuhan Pelajaran, Sains, dan Kebudayaan Bangsa-Bangsa Bersatu di Pulau Jawa. Penganjuran di tapak penyembahan agama Hindu itu merupakan satu keputusan rasional bagi menunjukkan bahawa umat Islam juga menerima kewujudan agama-agama lain.

Pertempuran Bersenjata Berhubung Wang Tebusan Dapat Dielakkan

Posted: 08 Dec 2014 06:02 PM PST



Konstabel Zakiah Aleip, bersama isterinya Sharifah Erna Berson, 23 serta anak lelaki mereka, Mohamad Hisham.

KOTA KINABALU: Satu pertikaian mengenai wang tebusan hampir membawa kepada pertempuran berdarah di antara perunding dan kumpulan pengganas Abu Sayyaf  yang menculik Konstabel Zakiah Aleip dan dijadikan sebagai tebusan.

Sumber perisikan Filipina di Pulau Jolo, di mana Zakiah ditahan berkata pertempuran itu dielakkan dengan campur tangan seorang pemimpin kanan Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro (MNLF) yang dikenal pasti sebagai Tahir.

Mereka berkata pertikaian di antara pemimpin Abu Sayyaf, Al Habsi dan perunding yang diketuai oleh Marmi Sangkula, bekas komander MNLF, berlaku lebih dari seminggu yang lalu.

Menurut sumber itu, pertempuran timbul berhubung jumlah wang tebusan yang diserahkan kepada kumpulan Al Habsi yang telah memindahkan Zakiah ke kawasan ladang di tempat persembunyian di dalam hutan.

"Wang masuk tetapi hanya sebahagian daripadanya. Daripada 40 juta Peso yang dipersetujui , hanya 15 juta Peso yang sampai ke tangan Al Habsi ini, " kata sumber dari Jolo itu yang tidak mahu dikenali.

Dia berkata ini menimbulkan kemarahan Al Habisi dan kumpulan lelaki bersenjata itu memutuskan menahan Marmi dan beberapa perunding lain di sekitar sempadan Indanan dan majlis perbandaran Patikul di Jolo.

"Malah, kumpulan lelaki bersenjata telah pergi ke pantai untuk melihat jika bot yang membawa satu atau dua orang rakyat Malaysia yang berurusan dengan Marmi Sangkula masih berada di kawasan itu.

"Nasib baik rakyat Malaysia itu telah pun berada di luar kawasan," kata sumber itu, sambil menambah dia tidak tahu siapakah rakyat Malaysia yang berada dalam bot laju tersebut.

Menurut sumber itu, orang-orang Al Habsi telah mengeluarkan kata dua untuk penghantaran baki 25 juta dalam tempoh masa lima hari sambil meletakkan Marmi Sangkula dan pasukannya di bawah kawalan.

Pada masa ini, sumber berkata orang-orang Marmi Sangkula dari kawasan kejiranan mahu membalas, tetapi pertempuran pistol itu telah dielakkan apabila Tahir dari MNLF mententeramkan kumpulan yang bertelagah.

Marmi Sangkula dan pasukannya kemudian dibebaskan, kata mereka.

Ketegangan, bagaimanapun, kekal tinggi walaupun Zakiah dilaporkan selamat dan dalam masa yang sama kumpulan Marmi Sangkula meneruskan rundingan untuk wang baki, kata sumber.

Apabila ditanya mengenai kejadian itu, aktivis anti-penculikan selatan Filipina  Prof Octavio Dinompo berkata dia menyedari perkembangan terkini tetapi enggan mengulas lanjut.

"Saya menjangkakan keadaan menjadi lebih jelas dalam seminggu atau lebih," kata Dinampo, pensyarah Mindanao State University yang tinggal di Indanan, tidak jauh dari tempat persembunyian hutan Abu Sayyaf.

Zakiah, 25, dan pengurus sangkar ikan Chan Sai Chuin, 32, di mana wang tebusan RM3 juta telah dituntut untuk pembebasan mereka, antara 10 tebusan yang berada di tangan kumpulan pengganas Abu Sayyaf.
\
Pada Sabtu, satu seorang daripada tebusan asing dari Switzerland Lorenzo Vinciguerra, 47, melarikan diri dari kumpulan lelaki bersenjata Abu Sayyaf dalam pertempuran dengan tentera Filipina.

Seorang lelaki Belanda Ewold Horn, 52, yang telah ditahan dengan Vinciguerra tidak dapat melarikan diri kerana sakit dan masih ditahan berhampiran Patikul.