Followers

Nuffnang

Dialog Dewasa Kritik Berasa

0

Posted by Unknown | Posted on 11:41 PTG | Posted in

sumber :-

Dialog Dewasa Kritik Berasa


PAS TIDAK MAHU BERSEKONGKOL DENGAN PARTI KAKI JUDI

Posted: 05 Dec 2014 04:36 AM PST

Sepatutnya, seorang ADUN yang mewakili kawasannya menjadi contoh kerana dia memikul tanggungjawab dan integriti sebagai ahli politik.
Maka kisah seorang ADUN DAP yang 'kantoi' sedang berjudi di Genting Highland ini memang memalukan.
Melalui sekeping foto yang kini tersebar di internet, susuk tubuh seorang lelaki mirip Chen Fook Chye, ADUN Keranji, Perak kelihatan telah ditangkap secara curi-curi di sebuah kasino di situ.
Fook Chye kemudiannya mengakui kesahihan gambar tersebut apabila dihubungi akhbar berbahasa Cina, Sin Chew Daily, malah mengakui itu merupakan dirinya sedang berjudi di kasino di Genting!
Walau bagaimanapun, dia mempertahankan tindakan tersebut kerana menganggap bahawa ia dilakukan secara suka-suka untuk bersantai dan tidak meletakkan pertaruhan besar.

Katanya, dia memilih untuk 'bersantai' di situ setelah penat dengan tugas seharian. Jadi, dia pun mengambil bas ke Genting Highlands dengan tambang RM8 seorang.
Tambahnya lagi, gambar tersebut dirakamkan ketika dia di sana 30 November lalu yang mana ketika itu, dia hanya menukarkan RM300 sebagai wang pertaruhan selain mendapat kupon makan percuma.
Parah kalau macam ini.. tapi kalau difikir-fikirkan balik, pengundi yang memilih seseorang individu untuk menjadi wakil rakyat mereka, kan?
Maka, terimalah hakikat wakil rakyat yang dipilih mereka memilih untuk menghilangkan penatnya di kasino lepas penat bertugas.

KELANTAN SEGERAKANLAH HUKUM HUDUD

Posted: 30 Nov 2014 10:00 PM PST

Kerajaan Persekutuan menyerahkan sepenuhnya kepada kerajaan negeri Kelantan untuk membentangkan ke Parlimen rang undang-undang persendirian mengenai hukum hudud bagi dilaksanakan di negeri itu.
Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata ia adalah hak kerajaan negeri Kelantan, bukannya bidang kuasa Jawatankuasa Teknikal Pusat mengenai hukum berkenaan.
"Kita (Kerajaan Pusat) tidak ada masalah mengenainya (rang undang-undang tersebut), dan ianya adalah hak kerajaan negeri," katanya.
Beliau bercakap kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Tilawah Al-Quran GLCs Peringkat Kebangsaan kali Pertama 1436/2014M di Balai Islam di sini, hari ini.
Turut hadir Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia Datuk Othman Mustapha dan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Dakwah, Penerangan dan Hubungan Serantau Negeri Datuk Mohd Nassuruddin Daud.
Jamil Khir mengulas kenyataan Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah baru-baru ini berkaitan hukum hudud di negeri itu.
Mohd Amar berkata Jawatankuasa Teknikal Pusat mengenai hudud akan bermesyuarat Disember ini untuk merumus dan mencadangkan kepada kerajaan negeri serta pusat bagi memastikan ia dapat direalisasikan tahun depan.
Beliau berkata mesyuarat kali ketiga itu juga akan turut memutuskan keperluan untuk meminda Akta 355 atau Perkara 76 (A) yang memerlukan satu rang undang-undang persendirian untuk dibawa ke Parlimen 

SIAPA BLOGGER BANGANG?

Posted: 30 Nov 2014 08:10 PM PST

Para Blogger tersentak apabila Presiden UMNO menyebut istilah bangang kepada beberapa blogger. Kepada siapakah DS Najib tujukan teguran itu?

Beberapa rakan blogger memang agak vokal apabila mengkritik dasar-dasar Kerajaan khususnya menujukan kritikan itu kepada DS Najib. Mereka mengkritik apa sahaja polisi-polisi kerajaan seperti 1MDB, BR1M, FGVH, GST dan sebagainya. 

Pada pandangan saya, isunya ialah sebagai Ketua Kerajaan dan Presiden UMNO yang menjadi tulang belakang BN, mengapa menyerang DS Najib sepanjang masa? 

Tun Dr. Mahathir Mohamad tidak mungkin akan menjadi Presiden UMNO dan Perdana Menteri semula. Adakah kita tidak sedar bahawa DS Najib telah memberi ruang, membuka peluang malah memberi tempat yang paling banyak dan terbuka kepada Tun Dr. Mahathir untuk bercakap apa sahaja, memberi pandangan apa sahaja malah kritikan Tun Dr. Mahathir bukan alang-alang pedasnya kepada Kerajaan.

Masalah utama kita ialah, blogger melihat kritikan Tun Dr. Mahathir sebagai bangkangan kepada DS Najib. Sebenarnya, seperti yang selalu saya katakan bahawa DS Najib amat-amat menghormati kepada Tun Dr Mahathir dan Tun Abdullah Ahmad Badawi. Ada yang gagal mentafsir teguran Tun Dr. Mahathir itu dengan bijaksana.

Memang akan berlaku perbezaan pandangan dalam pentadbiran, namun ianya bukan kesilapan yang disengajakan. Sebagai contoh, DS Najib memberi peluang kepada Hindraf mempunyai wakil menteri di dalam kerajaan. Niat DS Najib ialah memenuhi permintaan kumpulan tersebut, dan ianya dipenuhi. Malangnya wakil Hindraf sendiri gagal menggunakan peluang yang sudah diberikan. Dan kegagalannya itu bukan kegagalan DS Najib. Kegagalan itu adalah Hindraf.

Contoh lain, apabila kita mengkritik Saifuddin Abdullah kerana dia sehati sejiwa dengan pihak pembangkang memansuhkan Akta Hasutan, adakah kita dalam kategori bangang? Sama ada dia menyokong pemikiran pembangkang atau sama ada dia rapat dengan DS Najib itu hal lain, tiada kaitan dengan keselamatan negara. Isunya apabila ianya menjadi isu Kenegaraan, Saifuddin Abdullah adalah salah kerana dia gagal membezakan kepentingan peribadi dengan kepentingan dan keselamatan Negara.

Sebaliknya, satu contoh lain, apabila anda berkata DS Najib mesti diturunkan kerana nilai Ringgit Malaysia menjunam berbanding USD atau SD, itu saya fikir yang dimaksudkan oleh DS Najib? Kerana sudah pasti esok nilai Ringgit Malaysia akan naik semula. 

Maka itu, bangang atau tidak bangang, saya fikir balik semula kepada konteks penulisan kita. Kajian yang lebih mendalam perlu dilakukan oleh kita para blogger, supaya maklumat yang kita persembahkan benar dan tepat. 

Cadangan
Saya mencadangkan kepada kerajaan supaya mana-mana keputusan penting seperti kenaikan dan penurunan harga minyak, malah hal-hal kecil seperti kerosakan rumput di Stadium Nasional, perlu dikongsi dengan para blogger. Kerajaan sendiri sudah mengiktiraf para blogger dengan memberikan mereka Pas Media (Blogger/Portal Online).

Sebagai contoh, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memanggil blogger untuk menerangkan polisi-polisi, kejayaan dan kekangan SPRM. Begitu juga Tun Taib Mahmud semasa menjawat Ketua Menteri, memanggil blogger khas untuk menerangkan isu-isu BN Sarawak sebelum PRU-13 dahulu. Pertemuan-pertemuan seperti ini boleh membantu sesebuah organisasi dengan lebih cepat dan berkesan. 

Dalam kajian saya terdapat blog yang jumlah pembacanya melebihi 100,000 orang pembaca sehari, dan ada blog yang mencecah 1 juta sebulan. Sekiranya kita kira dalam bentuk Ringgit, maknanya 100,000 X RM1.50 (harga Utusan Malaysia/Berita Harian) = RM150,000.00 sehari X 30 hari = RM4.5 juta. Malangnya mereka bukan blogger yang dibayar. Memberi saguhati atau hadiah dalam bentuk wang bukanlah gaji atau rasuah, melainkan ianya suatu bentuk penghargaan dan terima kasih. Saya juga mengetahui terdapat blogger yang meraih purata USD3,000 hingga USD5,000 sebulan hasil blognya. 

Saya percaya parti-parti politik pembangkang mempunyai pasukan blogger yang lebih besar berbanding UMNO. Walaupun Red Bean Army nampak semakin perlahan, tetapi pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang sendiri mempunyai pasukan media yang sangat berkesan. 

Saya berpandangan kita para blogger tidak perlu kecewa dengan ucapan DS Najib. Kita perlu terus menulis. Pandangan anda dihargai.

Sumber

LUAHAN KETUA DEWAN MUSLIMAT PAS PUSAT

Posted: 30 Nov 2014 05:18 PM PST

Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat, Siti Zailah Mohd Yusoff meminta kepimpinan muda menjaga PAS dengan baik agar parti itu terus mantap pada masa hadapan.

Beliau turut berharap agar kepimpinan muda yang akan menerajui PAS dalam tempoh 63 tahun akan datang menghayati pengorbanan kepimpinan terdahulu yang membawa parti ke tahap sekarang.

"Kepada pimpinan muda serta anak muda yang ada sekarang di dalam PAS, saya menyeru agar mereka menjaga parti ini dengan baik.

"Pengorbanan pimpinan terdahulu sangat besar untuk mereka bawa PAS sehingga tahap sekarang, ini yang sepatutnya pimpinan muda hargai," katanya ketika ditemui pada Sambutan Ulang Tahun PAS ke-63 di sini, hari ini.

‎Ahli Parlimen Rantau Panjang itu turut berpesan agar anak muda beristiqamah meneruskan perjuangan dan menghadapi cabaran dengan penuh kesabaran.

"‎Remaja yang lahir hari ini, untuk 63 tahun akan datang akan jadi pemimpin dan kami semua telah tiada pada waktu itu.

"Jagalah perjuangan ini sebab perjuangan yang dibina sebelum ini penuh dengan cabaran, bukan setakat keringat tetapi turut disulami air mata dan ada yang terkorban dalam menegakkan perjuangan Islam," sambung beliau.

Beliau juga berharap agar pemimpin akan datang mengambil pengalaman mereka sebelum ini sebagai panduan untuk memelihara PAS pada masa hadapan.

PUAK PR MEROYAN MARAHKAN UMNO-BN BILA HARGA MINYAK GLOBAL JATUH!!!

Posted: 30 Nov 2014 02:00 PM PST


Dah beberapa jam berlalu harga petrol RON 95 dan RON 97 turun masing masing RM0.04 sen dan RM0.09 sen. Manakala harga Diesel naik sikit RM0.03 sen seliter.

Puak-puak pemakan petrol nampaknya mendapat malu apabila sebelum ni mengatakan harga minyak RON 95 dan RON 97 akan naik.

Kononnya juga kerajaan hanya nak tipu rakyat kerana tiada sebarang perubahan harga semuanya kerana nak ambil hati rakyat semasa perhimpunan Agong UMNO lah, nak alih pandangan rakyat berkaitan Akta Hasutan lah, nak itu nak ini pot pet pot pet...

Malam tadi juga stesen-stesen minyak agak lengang sikit tak macam semasa nak naik harga sampai sesak dan habis stok dibuatnya. 

Tapi ada juga kutu brahak yang kufur tak pernah nak syukur dan berterima kasih. Masih nak salahkan kerajaan. 

Agaknya berasa apalagi modal yang boleh digunakan untuk hentam kerajaan bila harga minyak RON 95 dan RON 97 turun.

Mungkin mereka akan kata Diesel naik akan menyebabkan harga barang naik mendadak sebab kerajaan tak cukup duit... kerajaan zalim, GST, rakyat tak cukup duit sekolah anak, duit makan tak cukup nanti terpaksa mintak sedekah bla...bla...bla....semua salah Rosmah!...nauzubillah! 

Puak pemakan petrol dan diesel ini akan terus meroyan di alam siber atau ceramah di tepi longkang dan padang-padang mengutuk-ngutuk kerajaan selagi boleh.


Pagi ni pula banyak pulak kenderaan isi minyak sampai sesak jalan. Maklumlah semalam tak nak isi tunggu harga jatuh. Boleh jimat...ramai juga yang lega bersyukur dan berterima kasih pada kerajaan BN.

Hakikatnya kerajaan telah menunaikan janjinya untuk menurunkan harga minyak apabila harga minyak mentah dunia turun. Lepas ini naik turun harga minyak akan ditentukan oleh mekanisme apungan berdasarkan harga pasaran dunia sepertimana RON 97, tanpa suntikan subsidi.

Walaupun tanpa subsidi kerajaan masih mempunyai mekanisme untuk mengawal harga minyak dan diesel agar tidak melepasi tahap kritikal hingga menyukarkan hidup rakyat. 

Wang hasil penjimatan subsidi inilah yang disalurkan untuk pelbagai program membantu rakyat di bandar dan luar bandar tanpa memilih kaum. 


Itulah keadilan dan keprihatinan kerajaan, bukan sekadar tabur janji, melalak, mengutuk, demo sana sini heret rakyat bela isu peribadi...tapi jasa all nothing

Sekarang ni trend harga minyak mentah jatuh di bawah paras US$70.00 (RM231.00)....ulang sekali lagi harga minyak mentah bukan minyak diproses siap. 

Kalau puak pemakan minyak dan diesel nak harga murah lagi mereka digalakkan untuk berdayung sampan ke tengah-tengah lautan dan mencarigali sendiri minyak mentah di sana. 

Tak pun cer cuba gali belakang rumah atau ceduk air perigi kot-kot hasil berkat tok guru maka akan jumpa minyak mentah untuk kenderaan sendiri dan boleh dijual. Macam bukti bawah ni...


Sebenarnya harga minyak mentah sekarang jatuh adalah disebabkan Pertubuhan Negara-Negara Pengeksport Petroleum (OPEC) tidak bertindak mengurangkan pengeluaran minyak mentah mereka.

Malahan beberapa negara OPEC seperti Amerika, Kanada, Rusia meningkatkan pengeluaran minyak mentah mereka sejak Jun tahun ini bagi menampung permintaan domestik menjelang musim sejuk di negara masing-masing.

Beberapa negara pengeluar lain seperti Libya kini kembali mengeksport minyak mentah selepas reda krisis politik dan perang saudara di negara berkenaan tercetus pada tahun 2011 lalu. 

Krisis perang saudara di Syria dan ancaman IS di Iraq juga dilihat kurang mempengaruhi harga minyak dunia.


Terusan Suez yang menjadi laluan kapal tanker antarabangsa juga tenang tanpa ancaman. Konflik Palestine -Israel pun sudah reda. 

Ringkasnya minyak mudah dibawa keluar dan dieksport merata ceruk dunia hingga tidak banyak risiko perjalanan dan urusniaga penjualan telah menyebabkan harga menjadi lebih stabil dan terus menurun.

Bahkan permintaan minyak mentah di Eropah dan Jepun mudah diperolehi tanpa risiko ancaman keselamatan, Eropah makin pulih dari krisis ekonomi. 

Musim sejuk di kutub utara juga mempengaruhi bilangan permintaan apabila kenderaan kurang di jalanan, banyak sektor industri pula menghentikan operasi. 

Paling ketara permintaan minyak mentah untuk kenderaan dan kilang di Jepun, Korea Selatan bahkan di China, Eropah dan US semakin menunjukkan penurunan apabila negara-negara tersebut mula menumpukan usaha membangunkan dan mengeluarkan lebih banyak kenderaan cekap tenaga, hibrid, solar dan elektrik atau sekurang-kurangnya menggunakan gas asli bagi menggantikan petrol. 

Selain jimatkan wang ia dapat mengurangkan pencemaran udara sekaligus dapat meningkatkan teknologi mesra alam. 

Harga minyak turun bermakna runtuhnya keegoan seorang kaki penipu...

Jadi bila harga petrol global turun mesti ada sebabnya...Ia tak de kena mengena sama sekali dengan desakan si Rapussy, Nuar Berahim atau para Ah Beng DAP yang lancang berbicara.

Malah ia juga tak de kaitan langsung dengan mitos karut marut kononnya ia berkat dari jampi serapah Tok Garu serta para pengikutnya yang meratib-ratib hiba dan berguling-guling di tengah-tengah jalanan.   

Paling penting, trend harga minyak ditentukan oleh faktor ekonomi iaitu penawaran dan permintaan.

Kita berharap agar harga minyak mentah turun lagi untuk bulan Januari 2015 nanti, Insya Allah.

Korang boleh rujuk dan baca ni jugak;



UMAIRAH HAMPIR TERPEDAYA

Posted: 30 Nov 2014 04:18 AM PST



DIA hampir tersilap pilih jalan. Rujuklah kepada para ulama dan ustaz-ustaz apakah itu jihad. Apakah pengertian Jihad yang sebenar. Apakah cara Jihad yang betul. Bagaimanakah jihad yang diterima oleh Allah SWT. Semoga Allah SWT memberi hidayah dan petunjuk kepada umat Islam di Malaysia supaya mereka diberi keselamatan di dunia dan di akhirat. 


MIMPI SENJA

0

Posted by Unknown | Posted on 11:32 PTG | Posted in

sumber :-

MIMPI SENJA


Rakyat Malaysia Dipenjara Di Melbourne Kerana 'Rogol Guna Jari''

Posted: 05 Dec 2014 07:32 AM PST

Diterbitkan: Jumaat, 5 Disember 2014 1:25 PM

  (Ubah saiz teks)
PETALING JAYA: Seorang ahli farmasi yang berasal dari Malaysia, menghadapi pertuduhan 'merogol seorang wanita menggunakan jari' (digital rape) , ditangkap ketika cuba melarikan diri dari Australia, menurut Herald Sun.
Suspek, Kuang King Tan telah menempah tiket sehala selepas ditemubual oleh polis tetapi ditahan di Lapangan Terbang Melbourne dan kemudian mengaku bersalah atas kesalahan itu.
King Tan telah didakwa menyerang mangsa berusia 22 tahun apabila wanita itu sedang mengambil preskripsi dari Union Pharmacy di pusat bandar Melbourne.
King Tan menjemputnya ke pejabat dan meminta untuk melihat ruam di atas perut, belakang dan bahagian sulitnya.
Dia didakwa merogol selepas wanita perempuan melaporkan kejadian itu kepada doktor.
King Tan yang pernah bekerja di sebuah hospital di Malaysia, memberitahu polis dia percaya doktor sering menetapkan ubat yang salah dan sebagai seorang ahli farmasi dia perlu memeriksa pesakit.
Dia mendakwa bahawa dia telah dibenarkan untuk membuat pemeriksaan bahagian payudara, punggung dan kemaluan pesakit perempuan.
Dia kemudiannya telah dijatuhkan hukuman enam bulan penjara, 300 jam kerja-kerja kemasyarakatan yang belum dilaksanakannya dan arahan pemulihan komuniti selama tiga tahun.
"Adalah jelas bahawa wanita itu sudah tertekan dengan ruam di badan yang memalukan dirinya dan kemudian mengalami trauma apabila anda 'secara digital' merogolnya," kata Hakim Frances Hogan kepada King Tan.
Hogan berkata hukuman itu boleh dianggap sebagai "salah satu yang luar biasa dan ringan oleh sesetengah orang bagi sesuatu kesalahan serius seperti rogol", tetapi beberapa faktor telah diambil kira.
Hakim menjelaskan bahawa ini adalah kerana King Tan mengalami Gangguan Penyesuaian dengan kebimbangan dan kemurungan, mempunyai ketidakmatangan sosial yang luar biasa dan tidak mempunyai pengetahuan seksual.

The Unspinners

0

Posted by Unknown | Posted on 11:31 PTG | Posted in

sumber :-

The Unspinners


Pensyarah UTAR kata Guan Eng jual tanah tutup lubang

Posted: 05 Dec 2014 09:04 PM PST


Laporan portal berita online The Malaysian Insider bertarikh 14 November 2014 yang bertajuk "As profits rise, Penang spends more on its people" berjaya mencengkam perhatian saya terhadap kenyataan Ketua Menteri Pulau Pinang melibatkan beberapa isu kontroversi mengenai pentadbirannya. 

Hakikatnya, kenyataan beliau bukan sahaja gagal menjawab kontroversi-kontroversi ini malah lebih banyak menimbulkan kekeliruan semata-mata.




 
Fakta 1

Kenyataan oleh Lim Guan Eng kepada The Malaysian Insider sebagai berkata "tuduhan bahawa kerajaan telah menjual tanah untuk menjana pendapatan tidak benar" ("accusations that the state had been selling land to generate revenue were not true.")

Jika begitu keadaanya, Ketua Menteri Pulau Pinang ini harus menjelaskan kepada rakyat dari mana datangnya wang untuk dibelanjakan bagi menampung perbelanjaan kerajaan negeri yang meningkat sebanyak empat kali ganda? Adakah hasil daripada cukai taksiran yang dikenakan kepada rakyat?

Malah kenyataan beliau juga bercanggah dengan Laporan Ketua Audit Negara 2012 dengan jelasnya menyatakan bahawa Perbelanjaan Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah meningkat hampir dua kali ganda daripada RM283 juta pada tahun 2008 kepada RM540 juta pada tahun 2012. Hasil tahunan Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah meningkat daripada RM371 juta pada tahun 2008 kepada RM654 juta pada tahun 2012. Namun hakikatnya, hasil cukai hanya meningkat sedikit sahaja daripada RM110 juta pada tahun 2008 kepada RM116 juta pada tahun 2012.

Ini jelas bahawa pertumbuhan hasil cukai tahunan adalah rendah sedangkan perbelanjaan kerajaan negeri setiap tahun bertambah dua kali ganda. Persoalannya ialah bagaimana kerajaan negeri menguruskan negeri tanpa mengalami defisit dalam bajet? Jawapannya mudah iaitu melalui hasil bukan cukai.

Dalam jadual 4.13, Laporan Ketua Audit Negara 2012 menyatakan bahawa "Premium Tanah – Pemberian Hak Milik" telah meningkat 10 kali ganda iaitu RM19 juta pada tahun 2008 kepada RM206 juta pada tahun 2012. Malah, Jadual 4.14 pula menjelaskan berlakunya peningkatan pendapatan kerajaan negeri antara tahun 2011 dan 2012 melalui Premium Tanah iaitu penjualan tanah di Bayan Mutiara melibatkan RM110 juta yang merupakan sebahagian daripadanya ialah pembayaran jualan tanah bernilai RM1.07 bilion yang dilakukan pada awal tahun 2012.

Maka ini menyimpulkan bahawa pentadbiran Kerajaan Negeri Pulau Pinang buat masa kini adalah bergantung secara langsung dengan aktiviti penjualan tanah secara drastik dan menyokong fakta bahawa stok tanah milik Kerajaan Negeri Pulau Pinang hanya tinggal 6% sahaja berbanding 18% pada tahun 2008.



Fakta 2

Kenyataan Lim Guan Eng juga dalam portal berita yang sama bahawasanya "Sejak tahun 2008, negeri ini tidak pernah melupuskan mana-mana lot yang besar milik kerajaan negeri kepada sektor swasta. Tanah yang telah dilupuskan adalah terpencil dan merupakan tanah kediaman untuk Kampung-Kampung Baru, Lim berkata PR hanya menjual 1.1 ekar tanah di Jalan Zainal Abidin (RM10.2 juta) dan 102 ekar tanah di Bayan Mutiara (RM1.1 bilion) sejak mengambil alih pentadbiran negeri 

(Since 2008, the state did not dispose of any large lots belonging to the state to the private sector. Lots that were disposed of were only secluded ones and residential land for new villages, Lim said PR had only sold 1.1 acres on Jalan Zainal Abidin (RM10.2 million) and 102 acres in Bayan Mutiara (RM1.1 billion) since taking over the state administration.)

Laporan Bernama bertarikh 11 November 2011 melaporkan tanah di Bayan Mutiara dijual kepada Ivory Properties dengan nilai RM1.07 bilion. Manakala laporan The Malaymail Online bertarikh 11 Oktober 2013 pula melaporkan tanah di Batu Kawan dijual kepada PE Land dengan nilai RM65.34 juta. Kenyataan yang dibuat oleh Ketua Menteri Pulau Pinang itu sendiri bertarikh 12 Januari 2014 melibatkan penjualan tanah juga di Batu Kawan kepada Aspen Vision (49% dimiliki oleh Ivory Properties) yang bernilai RM484 juta turut dirujuk. Laporan The Star bertarikh 26 Mac 2014 pula melaporkan penjualan tanah di Batu Kawan kepada Paramount Group yang bernilai RM67 juta serta laporan The Star bertarikh 15 September 2014 pula melaporkan penjualan tanah kepada syarikat Eco World yang bernilai RM1.02 bilion.

Bagaimana seorang Ketua Menteri dengan begitu mudah lupa akan fakta-fakta penjualan tanah ini dan tidak disebutkan langsung dalam kenyataannya?

Fakta 3



 
Kenyataan seterus yang dibuat oleh Lim Guan Eng ialah PDC menjual tanah kepada pemaju swasta untuk tujuan tertentu. Tanah tersebut dijual adalah untuk tujuan awam,"Kami menjual tanah itu kepada Aspen kerana kita mahu membawa (perabot kedai runcit) Ikea ke Pulau Pinang." 

(Lim earlier said at a press conference that PDC sold land to private developers for specific purposes. he lands sold were for public purposes" "We sold the land to Aspen because we want to bring (furniture retail outlet) Ikea to Penang.)



  Tanah yang dijual kepada syarikat Aspen adalah berskala besar iaitu melibatkan 245 ekar tanah. Apakah Ikea bercadang untuk membina dan membuka gedung jualan perabut terbesar di dunia bertempat di Pulau Pinang?

Fakta 4

 
Dan kenyataan beliau mengenai dakwaan bahawa kerajaan negeri Pulau Pinang ketika dibawah Barisan Nasional telah menjual sekurang-kurangnya 3,661 ekar tanah dengan nilai sebanyak RM1.058 bilion sedangkan Kerajaan Negeri Pulau Pinang dibawah PR pula hanya menjual 103.1 ekar tetapi pulangan yang lebih tinggi iaitu RM1.11 bilion 

(BN had sold at least 3,661 acres for RM1.058 billion over the years while PR only sold 103.1 acres. However, we got higher returns at RM1.11 billion.)

Saya memetik kenyataan Lim Guan Eng yang disiarkan dalam www.fz.com bertarikh 28 Jun 2014 mengenai senarai tanah yang dijual oleh kerajaan negeri Pulau Pinang dibawah pentadbiran Barisan Nasional ialah 980 ekar tanah di Tanjung Tokong (Tanjung Pinang) pada RM1 setiap kaki persegi, 325 ekar tanah di Jelutong Expressway pada RM20 setiap kaki persegi, 750 ekar di Batu Kawan pada RM3.24 setiap kaki persegi dan 1,606 ekar tanah di Butterworth pada RM8.40 setiap kaki persegi. Kecuali tanah di Batu kawan, kesemua isu yang dinyatakan oleh beliau merupakan perjanjian penambakan tanah dan bukannya penjualan tanah.




Perjanjian melibatkan 980 ekar tanah di Tanjung Tokong (Tanjung Pinang) telah ditandatangani pada tahun 1990 dan hakikatnya ia adalah projek penambakan yang telah dianugerahkan 15 tahun yang lalu dan harga RM1 adalah hak untuk menuntut semula tanah yang ditambak dan pemaju masih perlu membayar premium tanah serta memulangkan semula 10% tanah yang ditambak kepada kerajaan negeri secara percuma.




Situasi yang sama juga berlaku dalam isu 325 ekar tanah di Jelutong Expressway yang pada asalnya bukan tanah tetapi ditambak oleh pemaju. Perjanjian ini ditandatangani pada tahun 1997 dan pemaju telah diberi hak untuk menuntut semula 325 ekar tanah sebagai pertukaran untuk membina Lebuhraya Jelutong dengan kos anggaran RM300 juta dengan bayaran RM25.4 juta.



Manakala perjanjian melibatkan 750 ekar tanah di Batu Kawan pula ditandatangani pada tahun 2004 bagi memudahkan urusan pemindahan Penang Turf Club ke Batu Kawan. Pemaju sepatutnya membina pusat ekuestrian baru tanpa sebarang kos bagi pihak Penang Turf Club tetapi projek tersebut dibatalkan. Berdasarkan kenyataan di laman sosial Facebook milik Ketua Menteri Pulau Pinang yang bertarikh 5 April 2011 menyatakan bahawa Parcel 1, 2A, 2B 3A, 3B yang berukuran 450 ekar tanah dan diperuntukkan untuk pembangunan industri dan bukan untuk pembangunan kediaman atau komersial yang menguntungkan.

Sementara parcel 1 dan 2A (150 ekar tanah) telah ditandatangani pada 16 Januari 2004 manakala Parcel 2B, 3A dan 3B (300 ekar tanah) telah ditandatangani oleh Lim Guan Eng sendiri pada 5 Apr 2011 dengan harga RM 3 setiap kaki persegi. Maka jelas bahawa hanya 150 ekar tanah telah ditandatangani oleh kerajaan BN pada tahun 2004 dan dijual pada harga RM3.24 setiap kaki persegi sedangkan 300 ekar tanah telah ditandatangani oleh kerajaan DAP pada tahun 2011.






Nilai pasaran bagi tanah di Batu Kawan pada tahun 2011 adalah hanya RM15 setiap kaki persegi dan kini nilainya lebih tinggi selepas pembukaan jambatan kedua Pulau Pinang. Ini menjadikan tanah dijual pada tahun 2004 pada harga RM3.24 setiap kaki persegi tidak dianggap sebagai berlebihan.

Perjanjian 1997 yang menyaksikan pemaju diberikan hak untuk menambak tanah melibatkan 1,606 ekar tanah di Butterworth. Dibawah perjanjian ini, pemaju telah diberikan hak untuk menambak tanah dengan 900 ekar tanah diperuntukkan untuk kerja-kerja memperluaskan Terminal Kontena Butterworth Utara serta apa-apa kegunaan yang berkaitan dengan pelabuhan dan zon penampan untuk kegunaan pelabuhan pada masa hadapan. Manakala 706 ekar tanah pula diperuntukkan untuk pembangunan oleh firma tersebut dengan kira-kira 200 ekar tanah diperuntukkan untuk infrastruktur awam serta kawasan lapang. Dan ini perlu diserahkan kembali kepada kerajaan negeri.

Di samping itu, firma berkenaan juga perlu membina tujuh kuarters kerajaan di Bertam dalam masa tiga tahun. Ini bermakna firma berkenaan hanya mempunyai kira-kira 500 ekar tanah untuk dibangunkan dengan selebihnya diserahkan semula kepada kerajaan negeri. Malah, pemegang konsesi juga membiayai lebuh raya 5 kilometer daripada Butterworth ke Kulim Expressway bermula dari Butterworth. Sebagai balasan, syarikat tersebut dibenarkan mengutip tol di plaza tol Sungai Nyior.

Nasihat buat Ketua Menteri Pulau Pinang


Tuan Ketua Menteri, akuilah bahawa anda telah menjual tanah milik kerajaan negeri untuk menguruskan perbelanjaan negeri. Walaupun hakikatnya adalah untuk rakyat namun mengurus negeri dengan menjual tanah milik negeri bukan sistem ekonomi yang mampan dan cekap. Dan secara jujur, mohon untuk hentikan menuding jari kepada kerajaan Barisan Nasional. 


Adalah sadis bunyinya apabila anda sudah memerintah selama enam tahun tetapi masih berkecendurungan untuk menyalahkan pentadbiran yang lepas sedangkan realitinya itu tidak mencerminkan kredibiliti seorang Ketua Menteri yang berprinsip Cekap, Akauntabiliti dan Telus.

Edwin Michael merupakan Pensyarah Universiti Tunku Abdul Rahman

Cina DAP mahu hapus atau mahu jadi Bumiputera???

Posted: 05 Dec 2014 05:34 PM PST



Pondan Pandan dibangang Rosmah, Bakal dibangang Azmin

Posted: 05 Dec 2014 07:30 AM PST


Ramai ingat Rafizi cerdik sebab berani cakap. Masaalahnya 90% tuduhan yang dibuatnya berdasarkan fakta salah atau yang diputarbelit.

Bagi yg kagumi Rafizi, bermakna mereka telah kagumi seorang yang bangang. Maka ia menjadikan mereka sama bangang.

Dari tulisan TFK terbaru SINI, Rafizi dikatakan tak faham Rosmah sedang troll dia. Rafizi tak faham sebab dia tak faham sindir.

Orang tak faham sindir selalu bodoh bendul dan pada orang Melayu, hanya orang bangang dan bertamadun rendah saja yang tak faham bahasa sindir dan kias.

Baik Azmin pangkah saja si bangang ni.


Katanya Azmin yang pangkah Anwar dengan menghasut Sultan untuk tarik balik anugerah pada Anwar.

Halus mainan Azmin. Mampus si Rafizi bodoh bendul.

Sekor bang ngang kata PM tak boleh saman, hanya untuk difitnah

Posted: 05 Dec 2014 04:33 AM PST





Cina DAP pun mula meluat dengan Guan Eng

Posted: 05 Dec 2014 01:30 AM PST


Pentadbiran, ekonomi dan kewangan penang sudah topsy turvy. Dari pusat elektronik, penang jadi pusat maksiat.

Anwar biar kezaliman DAP terhadap Melayu

Posted: 04 Dec 2014 11:30 PM PST




Belantan

0

Posted by Unknown | Posted on 11:12 PTG | Posted in

sumber :-

Belantan


Mahkamah Persekutuan Sedang Siapkan Penghakiman Kes Anwar – Ketua Hakim Negara?

Posted: 05 Dec 2014 09:24 AM PST


Mahkamah Persekutuan sedang menyiapkan penghakiman berhubung rayuan terakhir Penasihat PKR Anwar Ibrahim untuk mengetepikan hukuman penjara lima tahun atas sabitan meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan, enam tahun lepas.

Ketua Hakim Negara Tun Arifin Zakaria ketika dihubungi Bernama hari ini berkata beliau tidak dapat memberikan tarikh tepat kerana panel hakim masih menyiapkan penghakiman mereka.

"Saya tidak boleh memberitahu tarikh sebenar sehingga kami (hakim-hakim) melengkapkan penghakiman. Kami masih membaca penghujahan, biarlah kami membaca terlebih dahulu sebelum menulis penghakiman. Berilah kami ruang untuk menyediakannya," katanya ketika ditanya mengenai tarikh pengumuman keputusan kes rayuan Anwar oleh Mahkamah Persekutuan.

Arifin, yang mempengerusikan panel lima hakim dalam kes rayuan itu berkata, seseorang hakim diberi tempoh yang munasabah untuk menyelesaikan penghakiman kerana setiap kes adalah berbeza.

Empat lagi hakim ialah Presiden Mahkamah Rayuan Tan Sri Md Raus Sharif dan tiga Hakim Mahkamah Persekutuan, Tan Sri Abdull Hamid Embong, Tan Sri Suriyadi Halim Omar dan Datuk Ramly Ali.


Arifin menjelaskan, amalan standard bagi Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan untuk menyiapkan penghakiman mereka ialah dalam tempoh tiga bulan selepas kes itu didengar.

"Tetapi dalam kes-kes tertentu, mahkamah (Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan) akan mengambil masa lebih lama, mungkin sehingga enam bulan untuk menyiapkan penghakiman. Ia bergantung kepada kerumitan kes itu," katanya.

Pada 7 Nov, Mahkamah Persekutuan menangguhkan penghakiman berhubung rayuan kes itu selepas mendengar hujahan peguam Anwar, Datuk Seri Gopal Sri Ram, bekas Hakim Mahkamah Persekutuan yang mengetuai pasukan 15 peguam termasuk tiga anak mendiang Karpal Singh, Ramkarpal Singh Deo, Sangeet Kaur Deo dan Gobind Singh Deo serta peguam kanan Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah, yang mengetuai pasukan pendakwaan.

Pendengaran rayuan itu yang pada awalnya ditetapkan dua hari mulai 28 Okt telah berlarutan selama lapan hari berikutan pihak pembelaan dan pendakwaan menyampaikan hujahan panjang lebar dan mengemukakan banyak rujukan kes undang-undang dalam rayuan itu.

Mahkamah Persekutuan yang merupakan mahkamah tertinggi di negara ini, akan membuat keputusan sama ada membenarkan atau menolak rayuan Anwar bagi mengetepikan sabitan dan hukuman penjara yang diputuskan Mahkamah Rayuan pada 7 Mac lepas, selepas ia membatalkan keputusan Mahkamah Tinggi untuk membebaskannya.

Sekiranya Anwar gagal dalam rayuannya, beliau akan hilang kelayakan sebagai anggota Parlimen (MP) kawasan Permatang Pauh berikutan Perkara 48 (1) (e) Perlembagaan Kerajaan Persekutuan menetapkan seseorang MP lucut kelayakan sekiranya dijatuhi hukuman penjara lebih setahun atau denda lebih RM2,000.


Pihak pendakwaan juga telah memfailkan rayuan balas untuk menambah tempoh hukuman penjara.

Bagaimanapun rayuan itu hanya akan akan hanya didengar jika Mahkamah Persekutuan mengekalkan keputusan Mahkamah Rayuan.

Mahkamah Rayuan mendapati Anwar, 67, bersalah meliwat Mohd Saiful, 27, di Unit 11-5-1, Kondominium Desa Damansara, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara di sini antara 3.10 petang dan 4.30 petang, 26 Jun 2008.

Tuduhan mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan itu memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan.

Pada 9 Jan 2012, Mahkamah Tinggi membebas dan melepaskan Anwar daripada pertuduhan meliwat Mohd Saiful dengan alasan mahkamah tidak pasti 100 peratus tentang integriti sampel yang diambil untuk ujian DNA daripada individu yang didakwa menjadi mangsa.

Mahkamah memutuskan bahawa sampel berkenaan mungkin telah diusik sebelum sampai ke Jabatan Kimia untuk analisis.

Bagaimanapun, ketika mensabitkan Anwar dengan kesalahan meliwat itu, Mahkamah Rayuan berpendapat hakim perbicaraan terkhilaf dalam dapatannya tentang sampel berkenaan, yang didasarkan kepada keterangan dua saksi pakar yang dipanggil pihak pembelaan.

Ini kes liwat kedua melibatkan Anwar. Dalam kes pertama, beliau didapati bersalah meliwat pemandu keluarganya Azizan Abu Bakar di Tivoli Villa di sini pada 1994, dan dihukum sembilan tahun penjara oleh Mahkamah Tinggi pada 8 Ogos 2000.


Mahkamah Tinggi memerintahkan Anwar menjalani hukuman itu selepas beliau selesai menjalani hukuman penjara enam tahun kerana kesalahan rasuah. Beliau didapati bersalah terhadap empat tuduhan rasuah pada 4 April 1999.

Bagaimanapun, setelah merengkok selama hampir enam tahun di penjara kerana rasuah, beliau dibebaskan pada 2 Sept 2004 apabila Mahkamah Persekutuan, yang diketuai Hakim Tun Abdul Hamid Mohamad, yang kemudian menjadi Ketua Hakim Negara, mengubah sabitan kesalahan dan mengetepikan hukuman penjara terhadap Anwar bagi tuduhan meliwat Azizan dalam keputusan majoriti 2-1.

Abdul Hamid dan Hakim Tengku Baharudin Shah Tengku Mahmud membuat keputusan yang memihak kepada Anwar, manakala keputusan Hakim Datin Paduka Rahman Hussein pula adalah sebaliknya.

Bagaimanapun, Abdul Hamid, yang menulis penghakiman majoriti itu, berkata para hakim berkenaan mendapati Anwar dan tertuduh bersama, Sukma Darmawan Sasmitaat Madja, "terlibat dengan kegiatan homoseksual" dan oleh itu para hakim terdorong untuk mempercayai bahawa perbuatan liwat yang didakwa itu memang berlaku – BERNAMA

Suara Politik
Belantan

Gaya Peneroka

0

Posted by Unknown | Posted on 11:05 PTG | Posted in

sumber :-

Gaya Peneroka


SAHAM FGV JATUH DAN DALAMAN FELDA PANAS ???

Posted: 05 Dec 2014 08:13 AM PST

 Mazlan Aliman
Ringgit jatuh teruk. Saham FGV tinggal RM3.08 sesaham. Saya mendapat maklumat dalaman 'perang' antara Pengerusi Felda, Tan Sri Isa Samad dengan Pengarah Besar Felda, Dato' Faizoull Ahmad. Tunggu masa je nak meletup! 
 Dulu, sewaktu Isa terajang Dato' Dzulkifli Abd Wahab, Faizoull bersama Isa. Walaupun tidak layak, dia jadi Pengarah Besar. Dua2 penyamun berebut harta dan siapa lebih berkuasa; yang pasti sekali lagi baik peneroka maupun kakitangan Felda jadi mangsa....
Allah Maha Kaya, Faizoull. Macamana kamu and the gang buat ke Dato' Dzul, hari ini kamu pula terima balasannya.
Doa orang yang dizalimi, tiada hijab di sisi Allah.
Admin - Jom kita cari kebenaranya

APANAMA

0

Posted by Unknown | Posted on 11:04 PTG | Posted in

sumber :-

APANAMA


Siapa bangang Datuk Seri?

Posted: 01 Dec 2014 07:31 AM PST

Suara hati rakyat MALAYSIA

Posted: 28 Nov 2014 02:44 PM PST

I see...

Posted: 25 Nov 2014 04:31 PM PST

Ketua Bahagian Umno letak jawatan?

Posted: 23 Nov 2014 12:30 PM PST

1MDB, Cayman Islands and our very own Kancil

Posted: 23 Nov 2014 06:15 AM PST

Degung Sunda Sabilulungan

Posted: 14 Nov 2014 09:07 AM PST

Sejarah pemimpin bukan bangsawan

Posted: 12 Nov 2014 03:01 PM PST

This cannot be BESTARI

Posted: 11 Nov 2014 03:12 AM PST

Cameron Highlands - Hear the MB out

Posted: 10 Nov 2014 08:22 AM PST

AL-Fatihah - Ex-IGP Tan Sri Bakri Omar passes away

Posted: 10 Nov 2014 02:54 AM PST

Jangan marah Pendekar Bujang Lapok pulak

Posted: 09 Nov 2014 02:00 AM PST

The 1st woman Prime Minister of Malaysia

Posted: 04 Nov 2014 03:48 AM PST

British Advisor for the Malaysian Prime Minister ?

Posted: 02 Nov 2014 02:00 AM PST

If you are a 'daun keladi', its your funeral

Posted: 30 Oct 2014 10:18 AM PDT

A trophy many moons ago

Posted: 28 Oct 2014 09:00 AM PDT

Hidden agenda against or in 1MDB ?

Posted: 27 Oct 2014 09:20 AM PDT

What are we coding in our young ?

Posted: 26 Oct 2014 06:38 AM PDT

Enter Huracan, Lamborghini's latest bull-et

Posted: 25 Oct 2014 04:23 PM PDT

Ahmad Johan to lead MAS

Posted: 24 Oct 2014 09:01 AM PDT

Fake Chinese watches - Mufti Menk

Posted: 23 Oct 2014 05:30 AM PDT

Happy Deepavali

Posted: 22 Oct 2014 02:00 AM PDT

Bunga Seroja - Amigos

Posted: 19 Oct 2014 07:53 PM PDT

Satan

Posted: 17 Oct 2014 07:19 AM PDT

MACC deserves a pat on the back

Posted: 16 Oct 2014 07:59 AM PDT

Malaysia needs ISA-like law

Posted: 15 Oct 2014 05:34 PM PDT