Followers

Nuffnang

Gaya Peneroka

0

Posted by Unknown | Posted on 11:42 PTG | Posted in

sumber :-

Gaya Peneroka


Saham FGVH menjunam 29% ???

Posted: 04 Dec 2014 10:11 AM PST

Saham FGVH menjunam 29%.. Apa Khabar Makcik dan Pakcik di Felda sekarang?
Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGVH) pada minggu lalu paling banyak kerugian di kalangan saham perladangan di Bursa Malaysia pada suku akhir tahun ini, kata Ahli Parlimen DAP, Tony Pua.
Pua berkata sejak enam bulan lalu, syarikat perladangan milik kerajaan yang membuat tawaran awam kedua terbesar kepada Facebook Inc pada 2012, kerugian RM52 juta menerusi kontrak susulan dalam perniagaannya di Kanada untuk suka akhir tahun ini.
"Ini merupakan kesan jelas daripada pendedahan terhadap risiko dan ketidaktentuan perniagaan.
"Pelaburan FGVH dalam komoditi hadapan naik mendadak dari hanya RM118,500 pada September tahun lalu kepada RM1.15 bilion untuk tempoh semasa," kata ahli Parlimen Petaling Jaya Utara itu, yang juga merangkap setiausaha publisiti kebangsaan DAP.
Tambahnya, FGVH mencuba nasib dengan kontrak hadapan matawang asing, mendedahkannya daripada RM233,000 kepada RM1.2 bilion bagi tempoh sama.
"Pemegang saham FGVH, termasuk Felda, Lembaga Tabung Haji dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja perlu bimbang dengan pertambahan besar pendedahan risiko, yang cukup besar bagi melumpuhkan keseluruhan FGV.
Pua mempersoalkan sama ada syarikat perladangan yang menyertai pasaran saham dua tahun lalu itu akan mengikut jejak Malaysia Airlines (MAS) yang kini dijadikan milik negara.
"Berdasarkan data setakat 15 Oktober 2014, harga saham FGVH menjunam 29.1% berbanding IJM Plantations (-6.3%), IOI Corp (-2.7%), Genting Plantations (-9.4%) dan Sime Darby (-1.6%). Syarikat yang menunjukkan prestasi hampir sama ialah KL Kepong dengan penurunan harga 16.6% untuk tempoh sama.
"Datuk Seri Najib Razak sebagai perdana menteri dan menteri kewangan yang menjanjikan 'bintang' kepada peneroka Felda semasa penyenaraian saham itu mesti mengambil tindakan segera dan tegas untuk mengekang kerugian dalam syarikat itu.
"Jika tidak, kerugian yang dihadapi FGVH akan memberi isyarat permulaan keruntuhan kewangan sebagaimana yang berlaku kepada MAS," kata Pua dalam kenyataannya lapor The Malaysian Insider


Dialog Dewasa Kritik Berasa

0

Posted by Unknown | Posted on 11:41 PTG | Posted in

sumber :-

Dialog Dewasa Kritik Berasa


DEMI KESELAMATAN WARGA CAMERON HIGHLAND

Posted: 04 Dec 2014 07:00 PM PST

Operasi mengempur peneroka haram di daerah ini yang bermula semalam sebagai satu usaha yang ditunjukkan oleh kerajaan bagi menunaikan janji untuk menjaga keselamatan warga di Cameron Highland.
Ini menunjukkan kesungguhan pihak kerajaan mengambil tindakan tegas terhadap pihak yang tidak bertanggungjawab menjalankan kegiatan penerokaan secara haram.

CAMERON HIGLAND OPS GADING 2

Perbuatan meneroka tanah secara haram memberi kesan buruk kepada alam sekitar termasuk tanah runtuh. Selain itu, aktiviti penerokaan haram juga turut mengancam keselamatan awam seperti yang terjadi baru-baru ini yang turut mengorbankan nyawa dalam kejadian banjir kilat.

Sehubungan itu, pihak kerajaan bertindak tegas dengan mengerakkan jentera penggempur ke Cameron Highland dalam usaha mengekang kegiatan ini daripada terus berleluasa.

Operasi semalam juga merupakan adalah amaran awal oleh pihak kerajaan terhadap penceroboh haram terhadap tanah kerajaan.
OPS GADING CAMERON HIGLAND 3

" Apa yang pasti seluruh kawasan Cameron Highland yang diteroka secara haram dibersihkan." kata Setiausaha Majlis Keselamatan Negara, Datuk Mohamed Thajudeen bin Abdul Wahab.

"Kita akan terus memburu mereka sehingga Cameron Highlands bebas daripada PATI," tegasnya.
OPS GADING CAMERON HIGLAND 4


Seramai 500 anggota daripada 16 agensi, antaranya Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Jabatan Imigresen, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM), Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) dan pegawai dari Pejabat Peguam Negara digerakkan ke lokasi terlibat dalam Ops Gading yang bermula semalam dan diteruskan hari ini.-MO



http://merdeka-online.com/home/kerajaan-tunai-janji-isu-cameron-highland/

CAMERON HIGHLAND : PENEROKA HARAM DIGEMPUR

Posted: 04 Dec 2014 06:22 PM PST



Pihak berkuasa mula 'mengambil alih' tanah pertanian yang diteroka tanpa kebenaran di daerah ini apabila merobohkan struktur binaan di kebun-kebun yang diusahakan secara haram tersebut.

Operasi sulung itu melibatkan 500 anggota daripada 16 agensi, antaranya Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Jabatan Imigresen, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM), Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) dan pegawai dari Pejabat Peguam Negara.

Dalam operasi di Blue Valley dekat sini, pihak berkuasa merobohkan struktur binaan seperti tiang besi dan penutup plastik di sebuah kebun yang diteroka secara haram.



Kerja-kerja meroboh dijalankan dengan menggunakan tenaga manusia dan peralatan seperti pemotong besi serta jentolak.

Setiausaha Majlis Keselamatan Negara (MKN), Datuk Mohamed Tajudeen Wahab yang mengetuai operasi tersebut berkata, pihaknya akan mengambil alih tanah-tanah yang diusahakan secara haram berkenaan.

Menurut beliau, ada pemilik kebun di situ dikesan telah meneroka tanah lebih dari 11 hektar daripada had dibenarkan atau tiga hingga empat kali ganda daripada sepatutnya.

"Kebun ini sudah beroperasi lebih empat tahun dan telah melabur lebih RM10 juta.



"Kita telah merobohkan struktur binaan di atas tanah haram dan kita akan mengambil alih tanah ini.

"Tindakan merobohkan struktur binaan di sini adalah mengikut undang-undang di bawah Seksyen 425/426 Kanun Tanah Negara," katanya ketika ditemui hari ini.

Dalam pada itu, Mohamed Tajudeen mengakui, pihak berkuasa berdepan masalah untuk merobohkan struktur binaan terutama daripada besi.

Katanya, ini kerana struktur yang dibina sukar untuk dirobohkan jika menggunakan peralatan biasa seperti pemotong besi sebaliknya perlu menggunakan jentera berat.



"Ini mungkin menyebabkan operasi mengambil alih semua tanah haram di daerah ini memerlukan masa lebih lama daripada tempoh tiga bulan yang ditetapkan.

"Selain itu kejayaan operasi juga bergantung kepada keadaan cuaca," jelasnya.

Operasi tersebut turut menahan 20 pekerja warga asing untuk pemeriksaan dokumen.

Mengenai usaha menggempur pendatang asing tanpa izin (PATI) yang membanjiri kawasan tanah tinggi itu, Mohamed Tajudeen berkata, operasi akan dijalankan secara berterusan.

"Kita akan terus memburu mereka sehingga Cameron Highlands bebas daripada PATI," tegasnya.

KESOMBONGAN ANWAR...

Posted: 04 Dec 2014 06:00 PM PST


Apa nak jadi kat ko Nuar???

UMNO mustahil bangkit semula di Selangor?!! Sejarah tidak pernah menipu. @NajibRazak @NohOmar #BackToBasic

Posted: 04 Dec 2014 04:30 PM PST

"...Saya tertarik dengan ucapan, YB Zahidi Abidin. Dia kata kalau tengok pada pembangkang, dia jaga pemimpin dia macam nak rak. Pemimpin tidak betul dia bela habis-habisan..." - 

UCAPAN PENGGULUNGAN PRESIDEN UMNO, DATUK SERI NAJIB RAZAK PADA PERHIMPUNAN AGUNG UMNO 2014



Solidariti. Itulah kata kuncinya. UMNO perlu teguh bersama ketuanya. Salahuddin Al Ayubi tidak mungkin dapat menawan semula Baitul Muqaddis jika tidak kerana tenteranya bersatu, wala' dan istiqomah dalam perjuangan. Dalam ucapan penggulungan kali ini, Presiden tidak silap menegur.

Tidak keterlaluan untuk kami katakan, kemungkinan untuk BN berkuasa semula di Selangor amatlah mustahil sekali. Namun, pandangan seperti ini jugalah yang dilontarkan kepada pasukan Harimau Malaya di AFF 2014. Tiada yang mustahil di dunia ini melainkan mati hidup semula dan masa diundurkan kembali.

Bagaimana BN boleh merampas kembali Kedah PRU yang lalu? Bagaimana pula halnya dengan Terengganu pada 2004 dan Kelantan pada 1978? Walaupun senario berbeza, namun iktibar tetap boleh diambil.

Di sini kami ingin berkongsi sedikit tips bagaimana UMNO Selangor boleh mengorak langkah kembali untuk merampas semula negeri maju seperti Selangor:

1) Faktor KETUA / Calon MB: UMNO seharusnya kini mempunyai ketua atau calon MBnya yang jelas agar rakyat dapat membandingkan prestasi dengan MB sedia ada. Malah, Ketua yang satu akan melancarkan pelaksanaan semua pelan strategi. Untuk itu, masalah perpecahan dalaman dan cah keting seharusnya tidak timbul lagi dalam UMNO Selangor. Semua pemimpin seharusnya menerima kepimpinan yang telah dilantik oleh Presiden parti dan memberikan fokus sepenuhnya untuk memenangi PRU akan datang.

2) Setiap ketua bahagian, ketua pemuda/wanita/puteri seharusnya memainkan peranan di peringkat akar umbi. Pengaruh UMNO dahulu tidak dilihat sebagai parti yang memperjuangkan idealisme nasionalisme semata-mata, bahkan setiap anggota parti menjadi harapan rakyat untuk membantu menyelesaikan dalam kehidupan mereka. Jangan anggap dengan menyampaikan BR1M semata-mata akan menyebabkan rakyat mengingati kita selama-lamanya. Engagement yang berterusan adalah perlu bagi memastikan sokongan yang utuh dapat dibentuk.

Satu ketika dahulu, UMNO lah jadi tempat rujukan rakyat untuk bantuan persekolah, perubatan, rumah, perniagaan dan pekerjaan. Maka, kembalilah kepada peranan asal. Letih memang letih. Tetapi kemenangan tidak akan datang bergolek begitu sahaja.

3) Selangor adalah negeri yang maju dan pendekatan yang lebih kompleks dan pelbagai diperlukan. Seperti mana perkara (2), setiap pemimpin umno seharusnya selalu mendekati rakyat, dengan tidak semestinya perlu membantu. Malah, dengan hanya rajin berjemaah di surau-surau yang berhampiran dengan kediaman sudah memadai untuk selalu bercampur gaul dengan rakyat dan mendapatkan pengaruh. Ingatlah, apa guna terkenal dan berjawatan hanya di dalam UMNO jika parti ini tidak berkuasa lagi.

4) Fokus kepada 3 perkara untuk mendekati rakyat Selangor: Harga rumah, harga barangan dan kos kehidupan. Seperti ucapan Presiden parti tadi, tidak perlu kaya untuk mendekati rakyat. Memadai jika kita boleh menjadi fasilitator dalam membantu rakyat menyelesaikan masalah mereka melalui bantuan yang disediakan oleh Kerajaan. Insya Allah, usaha ini akan lebih diingati dan dihargai umum.

5) Kembali menjadi peneraju komuniti dan masyarakat setempat. Dapat diperhatikan, semenjak pakatan rakyat menguasai Selangor, komuniti tidak lagi seerat yang dahulu. Ramai yang terhanyut-hanyut dengan perkembangan era globalisasi dan menjadi individualistik. Perpecahan dalaman masyarakat inilah yang menyebabkan rakyat semakin mudah dihasut dan adu domba. 

Kembalilah menjadi peraju masyarakat seperti dahulu. Dahulu pengerusi masjid/surau, PIBG atau persatuan penduduk WAJIB orang UMNO. Itu yang memudahkan UMNO membuka dan menambah cawangan dan meluaskan pengaruh. Sekarang, berapa banyak cawangan UMNO baharu di kawasan perumahan baharu di Selangor? 

6) Bergeraklah dalam komuniti yang mengundi anda dalam PRU kelak seperti mana anda bergerak dalam UMNO untuk memenangi pemilihan dalaman parti. Jangan terlalu skeptik dengan golongan muda profesional yang ingin membantu anda. Percayalah kepada rezeki, qada' dan qadar.

7) Suatu masa dahulu, UMNO Selangor dan UMNO Singapura adalah UMNO yang terkuat di tanah Melayu. Kita pasti, demi orang Melayu, kita tidak mahu UMNO Selangor menerima nasib yang sama seperti UMNO Singapura.

Bak kata orang putih, Back to basic atau mula semula jika kita merasakan perjalanan kita semakin tersasar. Hayatilah kembali apa yang membuatkan UMNO pernah kuat suatu masa dahulu. Kadang kala kita perlu toleh semula ke belakang atau melihat diri dalam cermin sebelum melangkah lebih jauh.

8) Dan yang paling penting, betulkan niat jika mahu berjuang dalam parti. Rasulullah SAW bersabda:

"Demi Allah, kami tidak akan lantik pekerjaan ini kepada seorang yang meminta jawatan atau orang yang nampak rakus mahukan jawatan". 

DATUK SERI: SAYA TAK PERNAH MOHON, AMBIL BALIKLAH TAK KEPINGIN PUN

Posted: 04 Dec 2014 06:33 AM PST

Gaya Macam Raja? Presiden Republik?
Saya mengambil maklum, berdasarkan kenyataan media Dato' Haji Mohamad Munir Bani, setiausaha sulit kepada DYMM Sultan Selangor, bahawa Darjah Kebesaran Seri Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (S.S.S.A.) telah ditarik balik berkuatkuasa 3 November 2014.
Darjah Kebesaran S.S.S.A. ini telah dikurniakan kepada saya pada tahun 1992 oleh Almarhum Tuanku Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah tanpa saya membuat sebarang permintaan atau permohonan, dan saya menjunjung kasih terhadap ihsan Almarhum Tuanku yang telah berkenan untuk mengurniakan penghormatan ini kepada saya.
Saya akan tetap menjalankan tugas-tugas saya, terutama dalam menjunjung perlembagaan negara, Raja berperlembagaan dan demokrasi berparlimen serta akan sentiasa mendokong perjuangan untuk meningkatkan martabat Rakyat.
Pada masa yang sama, saya akan terus bertugas sebagai Penasihat Ekonomi Selangor demi menjaga kepentingan negeri Selangor dan rakyatnya.
Anwar Ibrahim
Ketua Umum KEADILAN
4 Disember 2014

ANWAR DIHALANG MASUK THAI KERANA PKR HINA PERDANA MENTERI THAI

Posted: 04 Dec 2014 03:51 AM PST

Laman fccthai.com melaporkan Anwar dijadualkan ke Bangkok pada Rabu 3 Disember untuk menyampaikan ceramah anjuran Foreign Correspondents' Club of Thailand (FCCT), jam 7 petang, namun terpaksa dibatalkan atas nasihat peguamnya.
"FCCT dengan kesal mengumumkan bahawa pemimpin pembangkang Malaysia Anwar Ibrahim tidak dapat datang lagi ke Bangkok minggu ini, jadi acara pada 3 Disember telah dibatalkan.
"Pasukan guaman Anwar telah memberitahunya bahawa kerana tuntutan kes undang-undang semasa terhadapnya, dia tidak perlu melakukan perjalanan di luar negara pada masa akan datang, "kenyataan FCCT dipetik
"Anwar yang telah mendapat maklumat awal daripada pihak Kementerian Luar Thailand tentang namanya telah disenarai hitam, memaklumkan kepada FCCT bahawa beliau tidak menghadiri majlis tersebut atas nasihat peguamnya berikutan kesnya masih dalam perbicaraan.
"Difahamkan Kerajaan Thailand menyenarai hitam Anwar kerana tindakan Naib Presiden PKR, Tian Chua mengadakan demonstrasi membantah lawatan Perdana Menteri Thailand , Jen Prayuth Chan-ocha ke Malaysia pada Isnin, 1 Disember 2014," lapor portal itu.
"Hanya disebabkan Tian Chua buat onar memalukan Perdana Menteri Thailand di Malaysia, apakah wajar Anwar menerima akibatnya?
"Justeru itu diyakini bahawa para penyokong PKR akan memboikot segala perihal yang bersangkutan dengan Thailand berkuatkuasa serta merta hingga nama Anwar dinyah dari senarai hitam di negara tersebut,"lapornya.

The Unspinners

0

Posted by Unknown | Posted on 11:34 PTG | Posted in

sumber :-

The Unspinners


Dah tahu cendana pula

Posted: 04 Dec 2014 09:30 PM PST


Mungkin rakyat Malaysia suka ditipu ....

Posted: 04 Dec 2014 07:30 PM PST


Padahal dah begitu jelas dia penipu tapi ada mangkok yang masih percaya. Orang yang ditangkap menipu patut sepatah habuk tak boleh dipercayai.


Fikirkan... pelik orang Msia sentiasa sedia ditipu.

Lama lagi, baru Anwar kembali bergelar saudara

Posted: 04 Dec 2014 04:30 PM PST


Anugerah Sultan dan hak dia untuk tarikbalik setiap kali penerima tidak lagi memenuhi kelayskkan.


Relax la macai ... kalau dah tolak Raja, kenapa bising anugerah diraja Anwar ditarik?

Bukan ka banyak lagi. Dato Seri dari Penang ada lagi.


Dato Seri To'kong.

Dato Zulkifli Nordin cabar dia serahkan semua gelaran memandangkan dia mahu benar jadukan Msia repablik.

KENYATAAN MEDIA

Saya merujuk kepada titah Tuanku Sultan Selangor yang telah menarik balik gelaran Seri Sultan Salahudin Abdul Aziz Shah yg membawa gelaran Dato' Seri kepada Anwar Ibrahim.

Saya mengucapkan tahniah keatas Paduka Tuanku Sultan atas tindakan yang bertujuan memelihara dan memperkasa martabat dan kedudukan institusi DiRaja Selangor.

Malahan saya mencabar Anwar supaya bersikap gentleman dengan melakukan perkara-perkara berikut:

1. Meletakkan jawatan sebagai Penasihat Ekonomi Selangor;

2. Mengembalikan semula semua pingat dan darjah kebesaran yang telah dianugerahkan oleh Raja-Raja Melayu kerana sebagai Ketum pakatan pembangkang beliau gagal dalam menjalankan amanah mempertahankan institusi DiRaja & Kesultanan Melayu yang tidak habis-habis diserang oleh pembangkang!

3. Meletakkan jawatan sebagai Ahli Parlimen yang sepatutnya mempertahankan institusi Raja-Raja Melayu. Titah Tuanku Sultan Selangor jelas membuktikan kegagalan beliau!

Sekian terima kasih.

Yang benar

Zulkifli Bin Noordin
Khamis
11 Safar 1436

Anwar memang mahu bslik bergelar saudara saja tapi ....


Takda Dato, masih ada lagi gelaran Datin Seri.

Bar Council tak Bersih

Posted: 04 Dec 2014 07:34 AM PST


DAP dan Underworld dalam dagangan seks

Posted: 04 Dec 2014 04:30 AM PST


Ketua Menteri Pulau Pinang mencabar UMNO Pulau Pinang membuktikan lokasi judi haram, pelacuran dan pusat hiburan, bukan sekadar melemparkan tuduhan tidak berasas kepada masyarakat Cina yang bekerja keras mencari rezeki dan mematuhi undang-undang.

"Jika UMNO Pulau Pinang gagal memberikan bukti, Pengerusi BN Negeri Teng Chang Yeow patut sama ada mendesak tindakan diambil terhadap pemimpin Umno Pulau Pinang atau meletakkan jawatan kerana gagal menjadi Pengerusi BN yang berkesan."



Sediakah saman sekarang?




Beruk betina ni juga yang dulu bising-bising pasal hak otonomi Sarawak?

Posted: 04 Dec 2014 01:30 AM PST


MIMPI SENJA

0

Posted by Unknown | Posted on 11:32 PTG | Posted in

sumber :-

MIMPI SENJA


UMNO ni nak terus hidup dalam penipuan, susah sangatkah nak bercakap benar?, soal Guan Eng.

Posted: 04 Dec 2014 07:45 PM PST

GEORGE TOWN - Kerajaan Negeri Pulau Pinang akan membuat laporan polis terhadap fitnah jahat Pemuda UMNO yang menuduh Persiaran Gurney akan ditukar nama kepada Persiaran Chin Peng, kata Ketua Menteri Lim Guan Eng.
"Perkara mengenai pertukaran nama langsung tidak pernah wujud. Persiaran Gurney tetap dengan nama Persiaran Gurney.
"Mana dia dapat maklumat seperti ini? Kononnya dari Pejabat Ketua Menteri, sedangkan saya sendiri pun tak tahu macam mana dia boleh kata ada sumber dari pejabat saya?
"Ini adalah tuduhan jahat dan kerajaan negeri mengutuk penipuan seperti ini.
"Kami juga akan membuat laporan polis terhadap Pemuda Umno khususnya Rafizal (Ketua Pemuda Pulau Pinang) kerana sengaja menimbulkan kebencian kaum," kata Guan Eng dalam satu kenyataan..
Ketua Pemuda UMNO Pulau Pinang Rafizal Abdul Rahim baru-baru ini mendakwa kerajaan Pulau Pinang bercadang menukar nama Persiaran Gurney kepada Persiaran Chin Peng berkuatkuasa 1 Januari tahun depan.
Rafizal menyatakan pihaknya menerima maklumat tersebut daripada sumber yang boleh dipercayai dari Pejabat Ketua Menteri menerusi aplikasi WhatsApp.
Sehubungan itu, Guan Eng mencabar Rafizal supaya mendedahkan siapakah sumber yang dimaksudkannya.
"Takkanlah UMNO ni nak terus hidup dalam penipuan, susah sangatkah nak bercakap benar?, soal Guan Eng.

MH17: Lapan keluarga penumpang saman MAS

Posted: 04 Dec 2014 06:32 PM PST

Lapan keluarga mangsa pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17 dari Australia akan mengemukakan saman terhadap kerajaan Rusia, Malaysia, Ukraine serta syarikat penerbangan tersebut berhubung tragedi yang berlaku pada 17 Julai lalu.
Portal berita Daily Mail melaporkan, tidak dapat dipastikan keluarga mana daripada 38 warga Australia yang terbunuh apabila pesawat MH17 itu ditembak jatuh di timur Ukraine, akan memfailkan saman tersebut.
Kesemua mereka bakal diwakili peguam, Jerry Skinner yang berjaya mendapatkan $AS2.7 billion (RM11.03 bilion) daripada kerajaan Libya untuk waris pengeboman Lockerbie yang berlaku pada tahun 1988.
Skinner berkata, kes itu akan dibawa ke Mahkamah Hak Asasi Manusia Eropah.
Peguam itu berkata, beliau akan memfailkan saman 'berbentuk meluas' terhadap Rusia, Ukraine, Malaysia dan MAS selepas mendapat maklumat terakhir daripada Lembaga Keselamatan Belanda.
"Saya perlu mengambil tindakan kreatif untuk kes ini memandangkan kejadian ini terlalu besar dan sukar untuk ditangani oleh sistem kehakiman itu sendiri kerana melibatkan pihak yang tidak berada di bawah bidang kuasa sistem tersebut seperti Rusia dan Ukraine.
"Pihak utama dalam kes ini merupakan Rusia dan sekutunya serta MAS. Kedua-dua pihak bertanggung­jawab ke atas kejadian ini,'' katanya.
MAS sebelum ini bersedia membayar pampasan kira-kira AS$180,000 (RM558,000) untuk setiap mangsa.
Dalam kejadian itu, pesawat Boeing 777 tersebut ditembak jatuh di Grabove, timur Ukraine, ketika dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur, meragut kesemua 298 nyawa anak kapal dan penum­pang.-5/12/2014

Rogol: Guru tuisyen dipenjara 50 tahun

Posted: 04 Dec 2014 03:39 PM PST

Rogol: Guru tuisyen dipenjara 50 tahun
ALOR SETAR - Akibat mengikut hawa nafsu, seorang guru tuisyen meringkuk dalam penjara selama 50 tahun dan sebatan 10 kali setelah Mahkamah Sesyen di sini hari ini mendapatinya bersalah atas lima pertuduhan merogol pelajarnya, tahun lalu.
Lee Kian Kiong, 24, yang mengajar mata pelajaran Matematik di sebuah pusat tuisyen di sini didakwa merogol pelajarnya yang ketika kejadian berusia 15 tahun antara 4 Februari dan 13 Mac 2013.
Menurut kertas pertuduhan, tertuduh pertama kali melakukan kesalahan itu pada pukul 2.30 petang, 4 Februari 2013, di pusat tuisyen berkenaan yang terletak di Kompleks Perniagaan Taman Bistari, Le­buhraya Sultan Abdul Halim di sini.
Kesalahan itu diulangi sebanyak tiga kali di tempat sama iaitu pada pukul 5.30 petang, 3 Mac 2013; 10 malam, 5 Mac 2013 dan 2.30 petang, 8 Mac 2013.
Bagi pertuduhan kelima, Kian Kiong didakwa melakukan kesalahan sama di sebuah rumah di Taman Sri Kota, Jalan Kuala Kedah, di sini pada pukul 11.30 malam, 13 Mac tahun sama.
Hakim Azhar Mokhtar menjatuhkan hukuman penjara 25 tahun dan sebatan dua kali bagi setiap pertuduhan.
Beliau memerintahkan hukuman bagi pertuduhan pertama dan kedua dijalankan secara berasingan manakala hukuman bagi tiga lagi pertuduhan berjalan serentak dengan pertuduhan pertama.
Dalam keputusannya, Azhar menjelaskan, hukuman tersebut sebagai pengajaran dan peringatan kepada semua warga pendidik mahupun mana-mana pihak yang 'berminat' melakukan kesalahan sama agar menjauhi perbuatan itu.
"Walaupun wujud konteks hubungan dua hala atau suka sama suka, namun undang-undang negara menyatakan adalah salah untuk menjalin hubungan seksual dengan mereka yang masih di bawah umur. Kesalahan ini berlaku secara berulang-ulang dan sebagai guru, kamu sepatutnya tahu batas hubungan antara guru dan pelajar," katanya.
Sementara itu, peguam, John Fernandez yang mewakili tertuduh memohon penangguhan pelaksanaan hukuman sementara menunggu rayuan selesai atas alasan tertuduh tidak pernah gagal hadir perbicaraan dan tiada kemungkinan anak guamnya melarikan diri.
Timbalan Pendakwa Raya, Ayu Rohaiza Khazali walau bagaimanapun membantah permohonan itu, namun sekiranya mahkamah membenarkannya, beliau menggesa jumlah jaminan yang tinggi dikenakan terhadap Kian Kiong.
"Saya juga memohon agar pasport tertuduh diserahkan kepada mahkamah kerana banyak terjadi sebelum ini, orang dituduh gagal dikesan apabila kes sampai ke Mahkamah Tinggi," katanya.
Mahkamah kemudian membenarkan penangguhan pelaksanaan hukuman itu dengan syarat Kian Kiong diikat jamin RM40,000 berserta dua penjamin selain pasport lelaki itu perlu diserahkan kepada mahkamah sebagai syarat jaminan.
Selain itu, Kian Kiong perlu membayar kos pendakwaan sebanyak RM2,000 atau penjara enam bulan jika gagal berbuat demikian. -UTUSAN

Rafizi: Saya bangga dapat surat peguam Najib

Posted: 04 Dec 2014 05:09 AM PST


MP Pandan Rafizi Ramli berkata beliau bangga menerima surat memohon penjelasan daripada Perdana Menteri Datuk Seri Najib  Razak berhubung kenyataannya berkaitan subsidi minyak.

Katanya, beliau hanya mempertahankan subsidi itu sebagai hak rakyat, seperti terkandung dalam video bertajuk "Kenapa Kita Pertahan Subsidi Minyak".



Rafizi (kanan) berkata beliau berbangga kerana mempertahankan hak mendapat subsidi minyak sekurang-kurangnya 30 sen seliter sewaktu pimpinan negara didakwa berbelanja sewenang-wenangnya dana rakyat.

Katanya, ia seperti dalam projek yang didakwa membebankan rakyat seperti 1MDB.

Naib presiden PKR itu berkata beliau sudah menjangkakan akan disaman bersama MP Petaling Jaya Utara Tony Pua berhubung kritikan berterusan terhadap 1MDB.

"Saya telah menyatakan secara terbuka bahawa saya bersedia berdebat dengan mana-mana pimpinan Umno baik yang muda atau tua, menteri atau tidak dalam mempertahankan subsidi minyak ini.

"Sehingga sekarang tidak ada seorang pun pimpinan Umno – dari ketua Pemudanya hingga ketua penerangan yang berani tampil berdebat mengenai subsidi minyak ini.

"Maka, surat ke arah tindakan saman dari Datuk Seri Najib Razak ini kena tepat pada masanya.

"Dalam keadaan tiada pimpinan Umno yang berani berdebat secara terbuka mengenai subsidi minyak, sewajarnya Datuk Seri Najib Razak tampil menjawab hujah-hujah saya secara terbuka," katanya dalam satu kenyatan.

Rafizi yang juga setiausaha agung PKR berkata beliau akan menjawab surat Najib dan bersedia memberi keterangan di mahkamah kelak.

"Saya juga percaya Datuk Seri Najib Tun Razak akan menggunakan mahkamah dengan menjadi saksi dan memberi keterangan mengenai 1MDB, wang pencen dan kes-kes lain yang berkaitan dengan keputusan beliau memotong subsidi," katanya.

Rafizi turut mencadangkan Najib supaya berdebat dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim khusus mengenai isu subsidi minyak yang menjadi isu besar di kalangan rakyat.

Surat melalui tetuan Hafarizam Wan & Aisha Mubarak itu mewakili Najib, dalam kapasitinya secara peribadi, dan juga isteri, Datin Seri Rosmah Mansor.

‘Apa masalah Dr Mashitah tu?’

Posted: 04 Dec 2014 03:33 AM PST

  •  Mahfuz Omar Mahfuz Omar
 1 / 1 
KUALA LUMPUR – Pas hari ini membidas tindakan  Ketua Wanita Umno Baling, Datuk Dr Mashitah Ibrahim yang didakwa menghina penghijrahan artis tanah air ke arah Islam.

Menurut Ketua Penerangan Pas, Datuk Mahfuz Omar, tindakan tersebut disifatkan sesuatu yang tidak wajar kerana Islam tidak pernah menghalang mana-mana umatnya untuk menyebarkan ajaran agama melalui dakwah.

 "Apa masalah dia tu (Mashitah) terhadap isu penghijrahan artis-artis ini? Mereka ini (artis) berhijrah daripada kehidupan mereka sebelum ini ke arah kehidupan yang lebih Islamik.


"Setiap orang seharusnya menghayati hidupnya sebagai seorang Islam, bukankah ini juga ajaran yang diajarkan kepada kita?" katanya pada sidang media di sini, hari ini.


Khamis lalu, Mashitah ketika berucap pada Perhimpunan Agung Umno berkata, kebanjiran golongan artis berhijrah dan giat berdakwah kebelakangan ini seolah-olah menjadi trend selepas tidak lagi aktif dalam dunia hiburan.

[ARTIKEL BERKAITAN: Isu ustaz ekspres: 'Saya tiada agenda peribadi']


Sementara itu, Mahfuz ketika ditemui Sinar Harian Online turut melahirkan rasa kesalnya berhubung kenyataan yang dibuat Mashitah.

"Kalau mereka mahu berkongsi atau membicarakan keinsafan mereka kepada orang lain, apa masalahnya? Itu lebih baik!"

"Lagipun, mereka (artis) tidak pernah mengaku bahawa mereka ini ustaz ekspres dan ustazah jadian sepertimana yang digelar oleh Mashitah.

"Apa yang dilakukan oleh golongan artis ini merupakan salah satu usaha yang sangat murni untuk membimbing generasi muda.

"Saya ingin nasihat pada Mashitah, sebagai orang yang ada agama (Islam) dan sebagai seorang pendakwah dia harus menghargai dan menyantuni orang lain, bukannya menempelak atau menghina mereka," tegasnya lagi.

Mat Sabu: Inilah Kerja UMNO! Aku Cukup Benci Benci Benci! - Ceramah Perdana Rakyat Hakim Negara, Puchong 28/11/2014 [video]

Posted: 04 Dec 2014 01:50 AM PST

Belantan

0

Posted by Unknown | Posted on 11:06 PTG | Posted in

sumber :-

Belantan


Adakah peringatan kosong semata-mata - Henti tuntut Timbalan Speaker?

Posted: 04 Dec 2014 09:45 AM PST


Pas Selangor mengingatkan sekutunya, DAP supaya menghentikan serta-merta tuntutan kerusi jawatan Timbalan Speaker II Dewan Undangan Negeri (DUN).

Timbalan Pesuruhjaya I Pas negeri, Sallehen Mukhyi berkata, tuntutan tersebut dilihat tidak kena pada tempatnya memandangkan jawatan tersebut telah diisi oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bangi daripada Pas, Mohd. Shafie Ngah.

"Saya tidak setuju supaya diadakan jawatan Timbalan Speaker II DUN (sebagaimana yang dituntut oleh DAP). Tidak ada keperluan jawatan itu diwujudkan.


"Tugas Timbalan Speaker DUN juga hanya terhad semasa persidangan dewan. Daripada terus berpolemik dengan tuntutan sebegini, nanti rakyat melihat kita sebagai gila jawatan," katanya yang juga ADUN Sabak ketika ditemui di lobi DUN, di sini hari ini.

Semalam, DAP Selangor menetapkan pendirian akan terus menuntut kerusi Timbalan Speaker DUN seperti yang dijanjikan oleh Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali meskipun jawatan itu telah diberikan kepada Pas.

Menurut Timbalan Setiausaha DAP Selangor, Ng Suee Lim, tuntutan itu dibuat selepas kedua-dua parti berkenaan menunjukkan sokongan penuh ketika krisis Menteri Besar Selangor sebelum ini.

Dalam pada itu, Sallehen menafikan tuntutan DAP tersebut sebagai satu tindakan 'balas dendam' kerana Exco-exco parti berkenaan tidak bersama-sama dengan DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) meletakkan jawatan semasa krisis Menteri Besar sebelum ini.


"Saya tidak fikir ada perbalahan. Kalau ada sentimen individu, saya tidak pastilah," ujarnya.

Sementara itu, Ketua Pembangkang DUN negeri, Datuk Shamsudin Lias menyifatkan tuntutan DAP jelas membuktikan parti ter­babit tamak kuasa dan tidak memahami prinsip demokrasi yang dilaungkan mereka selama ini.

Katanya, hal demikian kerana pelantikan jawatan Timbalan Speaker DUN pada 24 November lalu dibuat menerusi undian yang menyaksikan Mohd. Shafie mendapat 28 undi manakala Suee Lim yang mewakili DAP hanya mendapat 14.

Suara Politik
Belantan

ANGIN PERUBAHAN

0

Posted by Unknown | Posted on 9:18 PTG | Posted in

sumber :-

ANGIN PERUBAHAN


Mengapa RON95 Turun 4 Sen Sahaja?

Posted: 04 Dec 2014 03:00 AM PST




Ramai orang bertanya kenapa harga Diesel naik 3 sen manakala Ron 95 turun 4 sen semasa harga minyak diapungkan pada 1 Disember yang lalu.

Pada Nov 2014, harga Diesel menurut Automatic Pricing Mechanism (APM) dengan mengambil kira purata harga minyak di bulan yang sebelumnya (Oct) adalah RM 2.31se liter.

Bagaimanapun harga sebenar adalah adalah RM 2 20(berbanding RON 95 pada harga RM 2.30) ini bermaksud ada subsidi sebanyak 11 sen se liter untuk Diesel. (baca selanjutnya)

Macai Pakatan Pembangkang Ini Kena Sekolah Pasal RM1

Posted: 04 Dec 2014 12:30 AM PST


Kerusi Timbalan Speaker : Azmin Memihak DAP Berbanding PAS?

Posted: 03 Dec 2014 10:45 PM PST


PAS sanggup dibuli dan diperkecilkan oleh DAP di Selangor. Punyai 15 kerusi di Selangor tetapi seolah tiada apa apa kuasa untuk menghalang PAS dari dibuli oleh DAP. 

Lebih buruk, Menteri Besar yang baru naik dengan sokongan PAS seolah nampak tidak membela PAS. Ini baru kerusi Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri. Entah entah dalam pemilihan calon PRU14 nanti sudah pasti ramai calon calon PAS akan digugurkan di Selangor.

Kenapa takut sangat PAS memegang kerusi Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri Selangor? Takut PAS buat usul tidak percaya dan kembali sokong Khalid Ibrahim? Apa yang pasti, ini adalah petanda kumpulan PasMa sudah meresap jauh dalam PAS di Selangor. 

Tiada satu suara pun dari PAS yang berani lawan DAP. Mulut rasmi PAS iaitu Harakahdaily pun sudah sepi dari perjuangkan partinya sendiri. Apa boleh buat, ada lagi orang Melayu yang masih percaya PAS boleh membela nasib orang Islam. 

Selagi bersama dengan PAS, selama itulah orang Melayu akan diperlekeh dan dipersenda di negara ini.