Followers

Nuffnang

Belantan

0

Posted by Unknown | Posted on 11:38 PTG | Posted in

sumber :-

Belantan


'Ganyang' DAP masuk kampus - Apa salahnya tegakkan hak Anwar?

Posted: 02 Dec 2014 03:16 PM PST


Mahasiswa Ganyang Akta Hasutan (Ganyang) mengkritik tindakan Bahagian Hal Ehwal Pelajar (HEP) Universiti Malaya (UM) yang didakwa mengugut untuk mengenakan tindakan termasuk menggantung pengajian Presiden Persatuan Mahasiswa (PMUM), Fahmi Zainol.

Pengasas bersama dan penyelaras Ganyang, Adrian Lim Chee En berkata, tindakan tersebut jelas mencerminkan sikap autoritarian pihak pengurusan universiti tersebut.

"PMUM hanya berusaha untuk memulihkan falsafah UM, antaranya kebebasan akademik, autonomi universiti dan urus tadbir pelajar.

"Kami di pihak Ganyang, sebuah gerakan yang merangkumi 20 persatuan mahasiswa daripada 10 buah IPTA dan IPTS, mengutuk sekeras-kerasnya tindakan ini," katanya dalam satu kenyataan.

Sebelum ini, Fahmi dilaporkan media tempatan bakal menerima tindakan disiplin termasuk digantung pengajiannya selepas diberi surat tunjuk sebab oleh HEP UM kerana menganjurkan program '40 Tahun: Dari Universiti Malaya ke Penjara' membabitkan Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim.


Naib Canselor HEP, Prof Datuk Rohana Yusof berkata, pihaknya melarang penganjuran program itu ekoran melanggar peraturan universiti.

Mengulas lanjut, Adrian menyebut bahawa mahasiswa harus diberi kebebasan menganjur program selagi ia tidak bertentangan dengan mana-mana undang-undang negara.

"Ganyang menegaskan keperluan mahasiswa dilayan seperti orang dewasa. Mahasiswa harus diberi kebebasan untuk menganjurkan program tanpa dicengkam oleh pihak universiti selagi mana program tersebut tidak bertentangan dengan mana-mana undang-undang negara.

"Penganjuran program '40 Tahun: Dari Universiti Malaya ke Penjara' bukan satu jenayah. Anwar merupakan seorang rakyat Malaysia, haknya sama seperti setiap rakyat yang lain.

"Apa yang Fahmi tegakkan cuma hak Anwar sebagai alumni UM. Apa salahnya? Jika orang awam dibenarkan keluar masuk daripada UM, apatah lagi seorang alumni UM?," katanya.

Suara Politik
Belantan

The Unspinners

0

Posted by Unknown | Posted on 11:29 PTG | Posted in

sumber :-

The Unspinners


Loyar Bangla dibayar untuk kekalkan puak liberal dalam Bar Council?

Posted: 02 Dec 2014 08:34 PM PST




Baca Utusan di SINI

Ambiga akan bersuara atau pertahan BC? Berapa ratus loyar Bangla dibayar puak liberal untuk menang?

Hasrat DAP bila dah dapat kuasa

Posted: 02 Dec 2014 06:31 PM PST


Berikut senarai mereka....


Kesegeraan nafi hanya sahkan mahu tukar nama jalan untuk Chin Peng

Posted: 02 Dec 2014 03:12 PM PST



Malaysiakini dan mStar begitu segera menafikan khabar angin yang tersebar bahawa kerajaan Pulau Pinang mahu tukar nama Gurney Drive kepada nama Chin Peng.


Betul ke mereka nafikan jika DAP begitu bersungguh2 menolak cadangan 6 batang jalan dan lebuhraya di Kuala Lumpur ditukar nama.

DAP selalu menafikan tuduhan tapi akhirnya mereka juga lakukan seperti dalam senarai berikut:


Tambah lagi, baru2 ini DAP terlibat memperingati Ching Peng.




Itu pun ada juga Melayu bangang mahu perjuangkan DAP.

Perangai sentiasa biadap, Niat jahat

Posted: 02 Dec 2014 01:30 AM PST







Impian Sarawak diguna DAP kaburi rakyat pendalaman Sarawak

Posted: 01 Dec 2014 11:30 PM PST


Gaya Peneroka

0

Posted by Unknown | Posted on 11:26 PTG | Posted in

sumber :-

Gaya Peneroka


BABI JADI MENU UTAMA IKAN PELIHARAAN ???

Posted: 02 Dec 2014 07:59 PM PST

Kolam ikan talapia di bukit  panjang ijok selama perak. Ikan talapia makan babi ???, 
Rakan FB RebusTidak Empuk telah mengambil gambar penternak ikan disyaki memberi makan ikan peliharaanya dengan sisa babi
Sebenarnya isu ikan diberi makan dengan makanan najis berat sudah lama menjadi isu di Perak 

Khabarnya semasa gambar diambil kali pertama ada rakit untuk letak bangkai babi atas kolam  lalu bambar tersebut postkan ke FB..
Untuk lawatan kali kedua rakit sudah tidak ada ...
Maksudnya mungkin perkara ini sudah disedari oleh pehak kolam tersebut.




Perhati kn objek terapung trsebut.












MIMPI SENJA

0

Posted by Unknown | Posted on 11:24 PTG | Posted in

sumber :-

MIMPI SENJA


Hutan 'Berhantu' Lokasi Popular Bunuh Diri [video]

Posted: 02 Dec 2014 11:02 PM PST

Gadis dicabul, penumpang lain diam diri

Posted: 02 Dec 2014 07:00 PM PST


  • Gadis dicabul, penumpang lain diam diri
 1 / 1 
HARYANA - INDIA. Situasi dua orang gadis yang dikatakan diserang secara seksual berjaya dirakam oleh seorang penumpang bas di Haryana, utara India.

Dua gadis berkenaan, Arati dan Pooja Kumar membelasah sekumpulan pencabul dengan tali pinggang selepas tiada penumpang yang menolong meleraikan kejadian tersebut.

Klip rakaman amatur tersebut yang dirakam oleh seorang wanita yang sedang mengandung telah dimuat-naik ke laman popular Youtube.


Wanita berkenaan memberitahu Times of India bahawa dia juga diserang secara seksual oleh kumpulan lelaki terbabit.

Sementara itu, Arati memberitahu wartawan, kumpulan lelaki berkenaan menyentuh Pooja yang juga adik beliau dan membuat aksi cium.

"Saya beritahu dia supaya jangan kacau atau saya akan ajar dia. Kemudian dia panggil seorang lelaki lain.

"Tidak lama kemudian, seorang lagi rakan mereka menaiki bas ini," katanya.

Tiga lelaki yang terlibat dalam kejadian tersebut telah ditahan dan pemandu bas juga telah digantung kerja kerana gagal mengambil tindakan ketika kejadian berlaku.

Video tersebut menjadi sensasi internet dan disiarkan di televisyen.

Kejadian tersebut memaksa langkah keselamatan diambil untuk memastikan keselamatan wanita di India.

Perletakan Jawatan Empat Jurulatih FAM Jadi Tanda Tanya

Posted: 02 Dec 2014 08:51 AM PST


Diterbitkan: Rabu, 3 Disember 2014 12:30 AM


PETALING JAYA: Seperti ada sesuatu yang tidak kena dalam pengurusan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) selepas beberapa orang jurulatih kebangsaan mengambil keputusan untuk melepaskan jawatan masing-masing.

Dalam keterujaan menyaksikan aksi Harimau Malaya mara ke separuh akhir Piala AFF Suzuki, kita mungkin terlepas pandang dengan berita perletakan jawatan empat  jurulatih kebangsaan tanpa diduga.


Jacob Joseph selaku jurulatih wanita bola sepak wanita negara, Maizal Hairi Marzuki ketua jurulatih futsal dan Mazlan Abdul Wahid jurulatih penjaga gol bagi pasukan Harimau Muda B mengakhiri tugas mereka hujung bulan lalu.

Dan yang terbaharu perletakan jawatan ketua jurulatih pasukan Bawah 16 Tahun kebangsaan, S. Balachandran.

Jika perletakan jawatan itu tidak dilakukan serentak atau dalam tempoh terdekat, mungkin perkara ini tidak menjadi tanda tanya, namun sebaliknya berlaku.

Ironinya kesemua alasan perletakan jawatan ini dilihat seperti ada sesuatu yang diselindungkan kerana apa yang diberitahu oleh salah seorang jurulatih tersebut tidak terlalu kukuh kerana berdasarkan pencapaian skuad dibimbingnya itu, ia tidaklah terlalu mendukacitakan malah mencapai sasaran yang dibuat dalam kejohanan tahun lalu.

Belajar daripada pengalaman lalu (beberapa individu yang pernah digantung kerana mengkiritik pengurusan FAM), kemungkinan mereka tidak mahu menerima nasib yang sama sehingga terpaksa menutup mulut untuk mendedahkan apa sebenar yang dirasai mereka.

Menurut sumber terdekat, ada 'sesuatu' yang tidak kena kerana 'ramai'  pegawai dalam FAM meletak jawapan, cuma perkara itu tidak didedahkan.

Jika benar ada pergolakan dalaman, seharusnya mereka yang berkenaan perlu megambil tindakan yang lebih wajar kerana jurulatih-jurulatih ini bukan setahun dua bersama pasukan kebangsaan, malah sudah bertahun lamanya.

Walaupun situasi meletak jawatan ini bukanlah  sesuatu yang pelik bagi seorang jurulatih tetapi apa yang berlaku sekarang menjadi tanda tanya.

Menurut Jacob, dia meletak jawatan di atas kehendaknya sendiri selepas berbincang dengan Setiausaha Agung FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin.

Jelasnya, memandang pasukan bola sepak wanita tidak ada sebarang kejohanan besar tahun depan, dia mahu berehat selama setahun sebelum kembali mengambil alih pasukan pada tahun 2016.

"Perkara ini telah dibincangkan dan beliau mengizinkan saya untuk mencuba sesuatu yang baharu sebelum skuad wanita ada program tersendiri. Dan saya akan kembali melatih mereka pada tahun 2016," katanya dihubungi mStar Online.

Sementara itu, perletakan jawatan Balachandran juga telah diterima oleh FAM, namun enggan mendedah maklumat lanjut mengenai perkara itu.

"Saya sudah bertemu dengan Datuk Hamidin namun saya tidak boleh memberitahu kenapa keputusan ini dibuat dan saya mempunyai alasan tersendiri," jelasnya terus berselindung.

Keputusan mengejut bekas pemain kebangsaan dan Kuala Lumpur itu menimbulkan pelbagai pelbagai, lebih-lebih lagi selepas pencapaian cemerlang skuad muda bimbingannya.

Balachandran masih mempunyai kontrak bersama FAM sehingga Disember 2015.

Dua bulan lalu, pasukan bimbingannya hampir melangkah kaki ke Piala Dunia FIFA Bawah 17 Ttahun di Chile 2015, namun terkandas 2-1 pada saingan separuh akhir kelayakan kepada Australia di Stadium Muangthong, Bangkok.

Skuad tersebut mara ke separuh akhir selepas bergelar naib juara kumpulan A di belakang Korea Selatan.

Malah pada Ogos lalu, pasukan muda ini dinobatkan sebagai juara Piala Juara-Juara Asia FAM-Frenz 2014 sekaligus melonjak nama negara dalam saingan peringkat remaja.

Manakala pada tahun 2013, anak buah Balachandran turut mencatat sejarah tersendiri apabila merangkul gelaran Piala AFF B16 di Myanmar buat julung kalinya.

Timb. Speaker II : PAS, BN Selangor Bantah Cadangan DAP

Posted: 02 Dec 2014 05:14 AM PST

ADUN PAS Selangor


KUALA LUMPUR 2 Dis - Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) PAS dan Barisan Nasional (BN) menolak cadangan DAP agar diwujudkan jawatan timbalan speaker kedua untuk DUN Selangor.

ADUN Sabak, Sallehen Mukhyi berkata, jawatan speaker daripada DAP dan timbalannya daripada PAS sudah memadai.

"Keperluan timbalan speaker ini hanya untuk waktu bersidang sahaja. Yang sedia ada sudah cukup efektif. Jadi, untuk seorang lagi timbalan speaker tidak perlu.


"Daripada guna duit itu untuk bayar (gaji) timbalan speaker, lebih baik disalurkan kepada rakyat," katanya memetik laporan Malaysiakini hari ini.

Ketua Pembangkang DUN Selangor, Datuk Shamsudin Lias pula berkata, tindakan DAP menuntut jawatan timbalan speaker menunjukkan parti itu tamak kuasa.

Shamsudin yang juga ADUN Sungai Burong dilaporkan mempersoalkan keperluan mewujudkan jawatan timbalan speaker kedua dan menganggap ia membazirkan wang rakyat.

"Saya nak nyatakan bahawa DAP ini tamak kuasa. Dah ada speaker daripada DAP, nak pula timbalan speaker. Apa lagi dia nak?

"Saya rasa tak perlu (jawatan timbalan speaker kedua). Sebab jika tidak, kuranglah tugas mereka (speaker dan timbalan speaker) sebab nanti akan dibahagi tiga, malah membazirkan wang rakyat," katanya.

Isu ini timbul selepas Pengerusi DAP Selangor, Tony Pua menyuarakan hasrat untuk melobi jawatan timbalan speaker kedua selepas PAS memenangi jawatan itu melalui undi rahsia yang dijalankan di DUN minggu lalu.

Sementara itu, ADUN Seri Setia, Nik Nazmi Nik Ahmad menjelaskan, perkara berhubung pertambahan jawatan timbalan speaker tidak pernah dibincangkan sebelum ini.

Katanya, buat masa ini, beliau menyokong jika mengekalkan kuota jawatan yang sedia ada tanpa perlu menambah seorang lagi timbalan speaker.

"Isu itu tidak timbul sebab setakat ini kita tidak ada berbincang untuk perkara itu (jawatan timbalan speaker kedua) diadakan. Buat masa ini kita kekalkan apa yang ada pada hari ini iaitu satu timbalan speaker sahaja.

"Sistem sekarang sudah terbaik. Jadi, pada saya untuk masa sekarang tidak ada keperluan untuk tambah," katanya.

Penyanyi AF musim ketiga, Ekin dan Yazer nikah 26 Disember

Posted: 02 Dec 2014 04:06 AM PST




EKIN dan Yazer akhirnya akan berkahwin selepas sembilan tahun bercinta. - Foto ihsan Ekin
KUALA LUMPUR: Menjalinkan hubungan cinta selama sembilan tahun dan pernah putus seketika hujung tahun lalu, pasangan kekasih Ekin, 30, dan Yazer, 32, akhirnya memutuskan untuk berkahwin pada bulan ini.

Majlis pernikahan mereka akan diadakan pada 26 Disember dan diikuti dengan persandingan pada 28 Disember. Kedua-dua majlis akan diadakan di di lokasi yang sama iaitu kampung Ekin di Wilayah Persekutuan Labuan, Sabah.


Ekin sendiri menghantar kad jemputan majlis persandingan di laman Facebook penulis.
"Kami akan bernikah selepas waktu Zuhur dan majlis bersanding pula bermula dari jam 11 pagi hingga 4 petang. Tiada tema tertentu. Yang penting kami nak nampak cantik dan segak selain selesaikan apa yang wajib," kata Ekin yang dihubungi BH Online sebentar tadi.

Ekin sendiri tidak menyangka jodoh mereka panjang biarpun pernah dilanda badai hingga nekad memutuskan hubungan yang sedia terjalin sejak kedua-duanya menyertai Akademi Fantasia musim ketiga sekitar 2005.

EKIN dan Yazer menghadiri kursus kahwin di Cheras. - Foto ihsan Ekin
"Sedangkan lidah lagi tergigit inikan pula kita manusia biasa. Bercinta pun biasalah, ada pasang surutnya. Ada kalanya kami masing-masing mampu menduga kesabaran. Malah waktu kami putus cinta itu, saya dalam hati pernah katakan cukuplah jodoh kami setakat itu.
"Cuma siapa sangka selepas berpisah, perasaan sayang itu kian bercambah pula selepas berasakan diri kosong. Dia (Yazer) ada menghubungi saya untuk memujuk hati saya yang lara tapi mulanya saya jual mahal. Tapi dia tak pernah berputus asa untuk memenangi kembali hati saya.

"Ironinya, sayang itu masih ada antara kami. Saya pujuk hati untuk terima dia semula. Dia menghubungi saya 21 April lalu kebetulan pada hari lahir bapa saya sekali gus memberanikan diri untuk menghubungi bapa dan keluarga saya untuk menyatakan hasrat hatinya," kata Ekin yang memberitahu beliau dilamar Yazer pada 9 November lalu.


DETIK Yazer ketika melamar Ekin. - Foto ihsan Ekin
Ekin kini masih aktif menyanyi biarpun dilihat sudah suam-suam kuku. Pernah hadir dengan album penuh pada 2012 tapi sayang album itu bagaikan tidak disedari. Malahan stesen radio juga tidak memberikan sokongan.

"Saya masih ada undangan persembahan menyanyi. Saya kini berada di bawah naungan Stadium First sebuah syarikat pengurusan dan acara. Sudah dua tahun bersama syarikat itu, " kata Ekin atau nama penuhnya Norashikin Abdul Rahman.



Anwar gesa Najib mohon maaf, tarik balik dakwaan

Posted: 02 Dec 2014 01:20 AM PST


KUALA LUMPUR 2 DIS: Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak memohon maaf dan menarik semula kenyataan yang dibuat terhadapnya.
Anwar berkata, Najib pada Perhimpunan Agung Umno minggu lalu mendakwa beliau menawarkan RM100 juta kepada Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman, dalam usaha membawanya menyertai Pakatan Rakyat.
anwar1Tuduhan itu berasaskan kenyataan Anifah di Mahkamah Tinggi yang mendakwa Anwar menawarkan ganjaran itu, dengan menamakan ahli Perniagaan, Datuk Ishak Ismail sebagai orang tengah.
Ismail bagaimanapun semalam menafikan membuat tawaran berkenaan, sebaliknya wakil Anifah sendiri datang bertemu beliau bagi memujuk Anwar menarik balik saman terhadapnya.
Kata Anwar, meskipun perbicaraan saman terhadap Anifah sedang berlangsung, Najib memilih untuk mengulangi tuduhan tidak berasas yang dibuat menteri berkenaan.
"Saya kini menyeru Najib untuk menarik balik kenyataan palsu yang dibuat pada perhimpunan UMNO itu dan memohon maaf kepada diri saya dan Pakatan Rakyat.
"Politik wang dan kaedah rasuah sentiasa menjadi lambang Umno dan BN,  Pakatan Rakyat tidak pernah mengamalkannya dan tidak akan bertolak ansur dengan politik  wang atau rasuah," tegasnya.
Anifah pada 27 November memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bahawa beliau ditawarkan RM100 juta serta jawatan timbalan perdana menteri oleh pasukan Anwar untuk berpaling tadah.
Katanya, tawaran itu dibuat melalui Ishak  yang juga bekas Timbalan Presiden KFC bagi membawa 10 anggota parlimen Sabah menyertai Pakatan Rakyat dan membentuk kerajaan pada 2008.
Ishak bagaimanapun semalam menafikan sepenuhnya perkara itu dan sebaliknya mendakwa didekati "orang tengah" Anifah beberapa bulan lalu untuk memujuk Anwar menarik balik saman fitnah tersebut.


Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=64339

Dialog Dewasa Kritik Berasa

0

Posted by Unknown | Posted on 11:05 PTG | Posted in

sumber :-

Dialog Dewasa Kritik Berasa


LIM SIAN SEE KATA LIM GUAN ENG MELAKA BACUL

Posted: 02 Dec 2014 10:30 PM PST

Lim Sian See menyifatkan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng bermain politik bacul – Boh-Hood – no balls – berkaitan isu aktiviti haram seperti judi haram, pelacuran dan pusat hiburan di Pulau Pinang.

Ini berkaitan kenyataan media Guan Eng selaku Ketua Menteri Pulau mencabar Pengerusi UMNO Bahagian Permatang Pauh, Datuk Mohd Zaidi Mohd Said untuk menunjukkan bukti di manakah lokasi judi haram, pelacuran dan pusat hiburan di negeri itu tetapi dalam masa sama mengheret nama Pengerusi BN Negeri, Teng Chang Yeow.
Dalam kenyataan media itu, Guan Eng turut menuntut Chang Yeow meletak jawatan Pengerusi BN Pulau Pinang, jika sekiranya UMNO Pulau Pinang gagal memberikan bukti.
Menurut Lim Sian See, tindakan Guan Eng itu tidak jantan kerana mengheret nama pihak lain yang tidak terlibat dalam isu berkenaan.
"LGE, jadi lah manusia (yang berani) dan jangan jadi 'Boh-Hood'. Anda adalah orang yang membuat cabaran itu dan meminta seseorang untuk meletakkan jawatan.
"Apabila cabaran itu diterima, anda mesti bersetuju bahawa anda juga akan meletakkan jawatan jika anda terbukti salah.
"Adil, boh?,"katanya
Facebooker itu menyifatkan cabaran terbaharu Guan Eng itu sebagai mengarut kerana Ketua Menteri Pulau Pinang sewajarnya mengambil tindakan yang lebih pratikal seperti saman di mahkamah.
"Bagaimanapun, saya mengambil screen-shot dan menyimpan pautan kenyataan akhbar rasminya itu, hanya dalam kes, jika LGE lupa atau memadam cabaran yang mengarut itu.
"Saya takut bahawa LGE akan berkata 'dengan tidak sengaja tidak ingat' – seperti peguamnya,"katanya lagi
Frasa 'dengan tidak sengaja' itu sebagai sindiran kes mahkamah Guan Eng saman YB Ustaz Nasrudin Hassan Tantawi yang ditolak mahkamah kerana kegagalan untuk menandatangani writ saman.
"Ketika pengurusan kes, kami dimaklumkan bahawa kami dengan tidak sengaja tidak menandatangani writ tersebut, " kata Mureli peguam Guan Eng.
Sementara itu, Mohd Zaidi yang lebih dikenali sebagai Cikgu Zaidi dalam kenyataan medianya semalam, menyatakan beliau bersedia menyahut cabaran Guan Eng yang mahukan beliau mendedahkan 5 pusat aktiviti haram di Pulau Pinang.
"Beliau minta saya buktikan lima tempat, kalau betul Guan Eng kata tiada aktiviti perjudian dan maksiat dia sepatutnya minta satu sahaja memandangkan Pulau Pinang sifar aktiviti tersebut, tetapi kenapa dia mintak lima?
"Kerana saya tahu Guan Eng juga tahu Pulau Pinang banyak kegiatan maksiat dan perjudian haram,"kata Cikgu Zaidi dilapor 

DR DAENG SANUSI DAKWA HUSAM DI BELAKANG PASMA JATUHKAN HJ HADI

Posted: 02 Dec 2014 08:30 PM PST

Mohd Sayuti Omar (MSO) berkongsi sentimen dengan aktivis Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (PasMa) yang lain meluahkan kekecewaan apabila veteran PAS, Dr Daeng Sanusi Daeng Meriok (Pak Daeng) mendakwa Datuk Husam Musa merupakan dalang NGO itu.
Menurutnya, Pak Daeng yang baharu sahaja dilantik menjadi Pengerusi Lembaga Disiplin PAS tidak wajar membuat dakwaan itu kerana ia akan melebarkan lagi prasangka hubungan PAS-PasMa :
Daeng Sanusi patut pupuk perasaan baik bukan lebarkan prasangka
Kelmarin saya menerima SMS dari seseorang yang bertanyakan saya apakah sudah dengar atau tidak komen dan ulasan Dr Daeng Sanusi Daeng Meriok (Pak Daeng) terhadap Husam Musa. Begini bunyi SMS berkenaan; "Mso dengar dah ke apa kata Pak Daeng Sanusi kepada Husam, "parok" (teruk) juga. Guana lagu tu?" Saya yakin yang mengirimkan SMS itu daripada orang Kelantan, sebab bahasa digunakan itu, dialek Kelantan. Saya tak kenal nombornya maka saya tak balas dan mengabaikan begitu sahaja.
Sehinggalah saya terima satu lagi SMS hal yang sama daripada orang lain pula yang mempertikaikan tindakan Pak Daeng Sanusi. Bunyi SMS itu, "MSO kena nasihat Pak Daeng, orang tua kena dok diam diamlah, dan kalau nak tegur biarlah adil jangan berat sebelah…". Keras nada SMS itu menyebabkan saya sedikit terperagah. Saya kebingungan apa yang sudah Pak Daeng lakukan?
"Apa yang Pak Daeng buat?" tanya saya kepada pengirim SMS itu. Dia tidak menjawab dan mengirimkan saya audio suara Pak Daeng dalam satu majlis dan bersama dengan transkrip apa yang diucapkan. Selepas menghayati dan menilainya, wajarlah kalau orang mengirim SMS itu meminta saya ulas dan bertanya perihal Pak Daeng. Saya tahu dan faham kalau kenapa pengirim SMS itu marah-marah.
Memang tidak molek untuk Pak Daeng lakukan begitu. Ia boleh menambahkan keburukkan. Katanya ucapan Pak Daeng yang menyinggung hal Husam Musa itu dibuat dalam satu program Bersama Pak Daing Sanusi Daeng Meriok, yang diadakan pada 24 November 2014 di Pekan Banting, Selangor.
Apa yang mungkin kurang sedap didengari kata-kata Pak Daeng terhadap Husam, ialah apabila menuduh Husam terlibat disebalik penubuhan Ngo PasMa. Katanya walaupun Husam menafikan penubuhan itu bukan di rumahnya, Pak Daeng membayangkan, yang Husam berada di belakang PasMa.
Lebih teruk dan tentu menimbulkan kekesalan di kalangan penyokong Husam apabila Pak Daeng membuat kesimpulan Husam sudah terpinggir di Kelantan dan sudah tidak ada masa depan lagi. Pak Daing membuat andaian penglibatan Husam dalam PasMa kerana hendak mencari nama, menaikkan namanya. Dan kenapa Husam disingkirkan dari Kelantan, kata Pak Daeng ialah kerana Husam banyak melakukan kesalahan. Kesalahan apa?
Kenyataan dan rumusan dibuat Pak Daeng itu agak berat dan sesuatu yang tidak patut lahir dari mulut seorang veteran Pas berdarjat seperti beliau. Sehingga ini saya tidak nampak yang Husam membalas atau menjawab komen dan ulasan bekas Naib Presiden Pas itu. (Elok kalau Husam mendiamkan diri dan reda menerima apa yang Pak Daeng katakan).
Husam tidak terasa hati
Sebagai veteran Pas dan diagungkan ahli Pas sebagai orang tua bersepuh waja, Pak Daeng boleh memberi teguran dan nasihat kepada sesiapa juga. Saya percaya Husam tudak akan terasa hati kalau Pak Daeng sekali pun membuat teguran terhadapnya. Tetapi biarlah teguran itu berakhlak dan Husam ada sama dalam majlis. Apabila Pak Daeng membuat rumusan begitu di hadapan umum dan Husam pula tidak ada, ia bukan satu teguran dan kritikan berhemah yang sewajarnya dilakukan oleh beliau.
Kalau pun Pak Daeng kurang senang dengan perwujudan PasMa, kerana ia boleh mengancam Pas, tetapi dengan menghalakan tuduhan berunsur fitnah bekas Exco kanan itu satu tindakan tidak tak bertokmaninah sekali dan melambangkan ia tidak dilakukan oleh orang semulia Pak Daeng. Pak Daeng telah merendahkan martabat dirinya sendiri.
Maaf di sini bukan saya hendak membela Adun Salor itu, tetapi setelah mendengar kata bicara Pak Daeng itu, saya merasakan ia sangat tidak patut dan wajar. Pak Daeng bukan tidak kenal siapa dia Husam Musa. Husam bolehlah dianggap anak didiknya juga. Kalau tidak silap Husam pernah berkerja dibawah seliaan Pak Daeng semasa Pak Daeng menjadi Pengerusi Lembaga Pengarah Harakah. Ketika itu Husam adalah wartawan Harakah. Hubungan itu sepatutnya tidak memisahkan Pak Daeng dengan Husam dalam konflik yang berlaku kini.
Kenapa Pak Daeng tidak mengambil kesempatan atas pengenalan dan hubungan itu untuk bertanya sendiri Husam berhubung PasMa secara ayah dengan anak? Kalau Pak Daeng meminta untuk berjumpa Husam mendapat penjelasan mengenai PasMa yang sudah tentu diberita Husam terlibat sama, Husam akan datang. Husam seorang yang gentlemen dan sanggup bersemuka dengan sesiapa sahaja.
Kenapa Pak Daeng tidak berbuat demikian. Apakah sudah hilang pedoman untuk Pak Daeng bertindak sebagai seorang abuya bersepuh besi kursani dalam Pas untuk bertanya khabar anak buahnya atau memberi nasihat demi kebaikan parti?
Difahamkan Pak Daeng baru dilantik menjadi Pengerusi Lembaga Disiplin Pas mengganti Ahmad Buruk yang tidak berfungsi. Sebagai pengerusi kepada sebuah jawatan kuasa penting begitu beliau perlu bersikap adil dan saksama dan menjaga integritinya. Pak Daeng tidak seharusnya "memberi rona buruk kepada Husam dalam majlis umum begitu. Dari segi prinsip Islam tindakan Pak Daeng sebagai pengadil itu dikira sudah salah dan bercanggah dengan syariat Islam. Bukankah cara itu meruntuhkan akhlak Pas itu sendiri sebagai parti agama yang diagung-agungkan?
Seperti dinyatakan disini saya tidak mahu membela Husam, tetapi ingin menyatakan sesuatu yang bagi saya perlu untuk kebaikan bersama. Anggapan Pak Daeng yang Husam terpinggir dan tidak lagi ada pengaruh di Kelantan tidak benar dan satu prejudis jahat. Husam tidak dipinggirkan seburuk sangkaan Pak Daeng di Kelantan. Kalau Husam sudah dipinggirkan dan tidak dihingini, kenapa beliau masih dikekalkan bertanding di Salor. Mungkin Pak Daeng tidak ditayangkan filem sebenar politik Pas di Kelantan. (Saya rasa saya ada pengetahuan lebih sedikit daripada Pak Daeng dalam hal ini). Kalau benar Husam dipinggirkan secara total sepatutnya beliau perlu bertanding di Putrajaya sahaja, dan biar dia kalah kering begitu.
Apabila beliau masih diberikan kerusi Dun Salor dalam PRU lalu, maka jelas Husam masih diperlukan di Kelantan. Mungkin Pak Daeng tidak rajin membaca atau mengikut perkembangan politik semasa dalam negara. Sudah tidak melihat kepada senario hari ini dan dilindungi oleh para penuangan Husam Musa di dalam Pas. Mungkin juga Pak Daeng sudah putus maklumat tentang politik kronisme dan nepotimse di Kelantan?
Apa lagi kalau Pak Daeng tidak merasai denyut nadi anak-anak muda yang menjadikan Husam sebagai idola mereka. Suka atau tidak, bagi anak muda mereka mengharap Husam akan muncul sebagai pemimpin masa depan mereka menerusi Pas. Hakikat ini boleh dilihat kepada sambutan acara dan majlis yang dihadiri Husam. Untuk melihat dengan kepala mata sendiri mungkin Pak Daeng boleh membuat kajian atau survey menerusi internet. Atau pun kalau masih daya, turun sendiri ke Kelantan lihat dan banding sendiri ceramah yang dihadiri Husam dengan yang dihostkan oleh pemimpin lain termasuk MM dan TMB.
Sekali lagi saya nak sebut, berdasarkan kenyataan dan ulasan Pak Daeng seperti di dalam audio itu, ia tidak menujukkan Pak Daeng bersikap adil dan bertindak sebagai seorang tua yang boleh menjernihkan keadaan sebaliknya memngeruhkan suasana. Campur tangan bias Pak Daeng itu menyebabkan timbul prangsangka buruk dan penghormatan kepada Pak Daeng juga hilang. Gara-gara itulah maka ada suara agar Pak Daeng duduk diam sahaja.
Mengenali Pak Daeng
Saya sendiri cukup mengenali sifat, sikap dan pendirian Pak Daeng. Saya rasa saya lebih awal mengenali dan bersalam dengan Pak Daeng berbanding Husam sendiri. Saya mengenali dan bertemu dengan Pak Daeng pada tahun 1979 lagi. Ketika itu beliau menjadi Pensyarah di UKM, Bangi. Saya pernah ke rumah sewanya yang terletak (kalau tak salah ingatan) di Jalan Mewah, Damansara Petaling Jaya.
Pengenalan saya dan dengannya lebih rapat dan akrab lagi apabila Pak Daeng menjadi ahli Parlimen Rantau Panjang selama dua penggal dari tahun 1990 hingga 1999. Bapa mertua saya Allahyaraham Yaakub Awang Besar menjadi wakilnya (wakil calon) dalam pilihan raya berkenaan. Bapa mertua sahaja juga menjadi pegawai peribadinya. Bukan sekali Pak Daeng makan nasi di rumah bapak mertua saya di Kampung Bakat, Rantau Panjang.
Dari situlah saya mengenali keperibadian dan wibawa Pak Daeng serta cerita-cerita mengenai kebugisannya. Beliau keturunan Bugis, seorang yang berani, tegas dan berprinsip. Kerana memiliki sifat-sifat itu menyebabkan beliau disayangi oleh pengundi di Rantau Panjang. Saya sendiri menyanjungi Pak Daeng sebagai pembangun Pas Rantau Panjang bukan kerana terlalu lama mengenalinya tetapi kerana prinsip dan keberaniannya serta istiqamahnya dalam perjaungan menerusi Pas.
Lantaran itu saya mengira ulasan dan tanggapan Pak Daeng terhadap Husam seperti di dalam audio itu satu kritikan yang tidak terpeta di dalam hati, (harap begitu) dan Husam tidak perlu mengambil hati. Kalau ada rasa pedih tekanlah sendiri dengan penuh kesabaran. Diharap Pak Daeng boleh meralatkan kata-kata dengan berjumpa sendiri dengan Husam suatu hari nanti. Seorang ayah yang adil dan mulia itu sedia mendengar penjelasan daripada kesemua anak-anaknya secara bersemuka dan bijaksana. Tidak baik bagi orang tua menyemaikan benih kebencian sesama sendiri.

DISKUSI RCI SABAH

Posted: 02 Dec 2014 06:00 PM PST

Ladang Kelapa Sawit Nadi Ekonomi Negeri Sabah
NEGERI MAKMUR JADI TUMPUAN 
HARI ini 3 Disember 2014, keputusan RCI mengenai isu kewarganegaraan dan kad pengenalan akan dibentangkan. Penantian seluruh rakyat Sabah terjawab kerana dapatan suruhanjaya ini sangat penting untuk menyelesaikan isu-isu yang dibangkitkan oleh semua pihak sejak bertahun-tahun lamanya.


Walau apapun keputusannya, saya yakin ianya akan memberi keutamaan kepada kepentingan, keselamatan dan masa hadapan Negara berbanding kemahuan sesetengah parti politik dan individu.


Kita berharap kerajaan akan mewujudkan sebuah Jawatankuasa Tetap untuk mengurus kemasukan warga asing sama ada dari Filiphina, Indonesia, China, Taiwan, India, Pakistan, Bangladesh juga dari Nepal. Khususnya kemasukan warga Filiphina dan Indonesia setiap hari sama ada sebagai pekerja, peniaga atau pelawat mesti diselenggara dengan baik kerana sebagai negara bersempadan kita tidak boleh mengelak perkara ini. 


Kemasukan rakyat Siam dari Pattani, Naratiwat, Danok ke Kelantan, Perlis dan Kedah tidak mungkin boleh dihalang kerana sebahagian besar mereka adalah masyarakat Melayu yang menetap di negara berkenaan. Sejarah yang direkabentuk oleh penjajah yang melakukannya.


Di Sabah, oleh kerana Sabah di dalam Malaysia 'makmur dan kaya', maka rakyat sempadan khususnya dari Indonesia dan Filiphina tidak boleh dielakkan memasuki Sabah. Mereka datang membawa hasil pertanian mereka. Mereka menjual segala macam di negeri Sabah seperti barang makanan, pakaian, bahan mentah, perhiasan dan segala macam lagi. Begitulah makmurnya Sabah berbanding negeri mereka. 

Silalah melawat 'Pasar Filiphina' di bandaraya Kota Kinabalu atau di 'Pasar Gantung' di bandar Tawau. Pelancong dari Semenanjung Malaysia pun sangat suka khususnya perhiasan mutiara, ikan kering dan udang kering. Semua barang tersebut berasal dari negara Filiphina dan Indonesia. Tiada siapa boleh menafikannya.


Oleh itu, saya berpendapat Kerajaan perlu menyelesaikan isu warga tanpa Negara, atau lebih jelas ialah warga tanpa Kad Pengenalan (state less). Isu ini pernah dibangkitkan oleh wakil parti SAPP pada tahun 1990an dahulu di dalam Parlimen. 


Permohonan dan kelulusan untuk menjadi warganegara Malaysia sangat ketat. Prosedur yang disediakan oleh kerajaan sangat ketat dan mengambil masa yang sangat panjang, mencecah 10 dan 20 tahun. Oleh itu, sekiranya seseorang yang dilahirkan di Sabah dengan hanya memiliki Sijil Lahir sahaja dan ibu bapanya pula belum menjadi Warganegara Malaysia, maka dia perlu melalui tempoh masa yang panjang untuk menjadi rakyat Malaysia.


Kesannya, jika dia memperolehi keputusan UPSR 5A, atau memperolehi keputusan SPM 10A, dia tidak boleh melanjutkan pelajarannya ke Universiti. Mereka ini tidak boleh balik ke negara asal ibu bapa mereka sama ada di Indonesia atau Filiphina kerana Kerajaan negara Indonesia/Filiphina juga tidak mengiktiraf mereka sebagai rakyat mereka. Mereka menjadi warga 'stateless'. Rakyat tanpa negara. Rakyat dengan status 'Warganegara Belum Ditentukan'. 


Oleh kerana isu tersebut, mereka terjebak dalam sindiket Kad Pengenalan palsu. Kerajaan tidak boleh dipersalahkan dalam kes palsu ini kerana di Amerika Syarikat sendiri, malah di Singapura, Thailand dan China sindiket pasport palsu berleluasa. Ianya adalah perbuatan individu. Malah, Kerajaan sudah menangkap beratus orang yang terlibat dalam sindiket kad pengenalan palsu di negara kita.


Dalam aspek ekonomi negeri Sabah, khususnya dalam aspek perladangan Kelapa Sawit, Koko, Pembinaan, Pembuatan, Perumahan, Perkebunan, Perhutanan dan Perkilangan tanpa pekerja asing saya yakin ekonomi Sabah akan merosot. Saya yakin ramai ahli-ahli perniagaan di Sabah akan mengeluh, merana dan tersiksa. Pendapatan negeri Sabah pasti merudum. Isunya rakyat tempatan di Sabah tidak mungkin mahu bekerja dalam sektor-sektor berat seperti itu dengan gaji yang rendah.
Bendera Negeri Sabah dan Jalur Gemilang
Apakah yang perlu dilakukan? 
1. Kursus Kenegaraan Malaysia mesti dilaksanakan kepada mereka apa yang boleh dan apa yang tidak boleh dilakukan menurut Perlembagaan negara kita, dan undang-undang negeri Sabah.


2. Orientasi. Mereka yang masuk ke Sabah sebagai pekerja asing perlu diberikan orientasi mengenai budaya, bahasa, agama, ekonomi, politik dan sebagainya. Kebanyakan mereka yang bekerja ini akan terus bekerja di Sabah berpuluh-puluh tahun sehingga melahirkan anak mereka di Sabah. Akhirnya mereka tidak mahu balik ke negara asal mereka kerana sudah selesa, dan akhirnya mereka membuat keputusan untuk memohon kewarganegaraan Malaysia.


3. Perjumpaan berkala. Perjumpaan ini perlu dilakukan dengan bantuan majikan dan juga di kampung-kampung setahun sekali atau dua kali setahun untuk melihat perkembangan mereka dan isu-isu baharu yang berbangkit. Sekiranya RCI ada menubuhkan Jawatankuasa Tetap mengenai isu ini, maka jawatankuasa ini perlu berfungsi dengan berkesan.


Parti-parti politik dan NGO hendaklah memainkan peranan penting dengan memiliki pandangan yang jauh untuk keselamatan negara dan negeri Sabah, juga untuk kemajuan ekonomi negeri Sabah. 


Saya percaya, Dr. Jefrey Kitingan (Presiden STAR) sendiri bersetuju dengan saya bahawa jika 100,000 pekerja asing atau pekerja yang mempunyai masalah kewarganegaraan ini dihantar balik sekelip mata, ladang dan kilang Kelapa Sawit di Sabah akan tutup dan bankrap. 


Isu ini tidak boleh diurus dengan pemikiran yang negatif, beremosi dan prejudis. Sebaliknya isu ini hendaklah diurus dengan bijaksana, berpijak di bumi nyata dan berdasarkan peraturan-peraturan dan undang-undang sedia ada.


Salam hormat.
Aramaiti.

SUMBER




KERANDUT ANWAR KECUT BILA TAU EKONOMI VENEZUELA MERUDUM ...MINYAK PUNYA PASAL!!!@NAJIB

Posted: 02 Dec 2014 04:00 PM PST


Kalau tak tipu dan mengelirukan rakyat bukan Anwar namanya. Kalau tak bangang menerima saja apa fitnah dan auta pemimpin atasan mereka bukan pencacai dan macai pakatan orangnya.

Bila setiap kali harga minyak petrol dan diesel naik, puak-puak pemakan minyak ini akan kata kerajaan zalim, tipu dan tindas rakyat.

Mereka selalu membandingkan harga minyak di Malaysia dengan Brunei, Arab Saudi, Qatar dan tak lupa juga terkini Venezuela...kononnya lebih murah.

Ntah apa yang istimewa sangat Venezuela pada Anwar dan pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat jika sekadar harga minyaknya murah RM0.04 ke RM0.05 sen seliter?

Mungkin juga kerana gadis-gadisnya gebu mulus atau lelaki-lelakinya macho sasa macam dalam kebanyakkan telenovela Latin yang diminati oleh puak-puak pencacai Anwar ...woopppssss, songsang!


Berbalik pada harga minyak di Venezuela yang sememangnya murah bangat, namun pasti ada sebabnya.

Pengeluaran minyak mentah di Venezuela adalah sebanyak 3,250,000 tong sehari berbanding 219,300 tong per hari di Malaysia.

Namun 95% eksport dan hasil pendapatan Venezuela adalah dari hasil minyak mentah, tiada kepelbagaian ekonomi.  Ertinya ekonomi negara tersebut bergantung sepenuhnya kepada harga minyak mentah yang mahal untuk menjana ekonominya.

Apabila harga minyak kini menjunam di bawah paras US$70.00 (RM213.00) se tong, ekonomi Venezuela mula terjejas teruk. Pendapatan negara semakin susut, perbelanjaan pula semakin meningkat dan akaun negara kian defisit.

Hutang luar semakin meningkat kepada US$28 bilion (RM92.4 bilion) dan perlu dijelaskan dalam tempoh 2 tahun. Negara-negara pemberi hutang mula menekan pemerintahan Presiden Nicholas Maduro.  

Venezuela mengamalkan sistem politik pemerintahan Republik Sosialis yag menyekat kebebasan bersuara. Siapa menentang kerajaan akan dikenakan hukuman paling keras. Namun di negara ini juga puak-puak mafia semakin kaya dan digunakan untuk menjaga kelansungan regim. Contoh pemerintahan inilah sebenarnya yang didambakan puak-puak Pakatan jika dapat berkuasa kelak... 
Umum tahu Venezuela mengamalkan dasar luar negara yang anti-Amerika Syarikat dan Barat sejak pemerintahan bekas diktator Presiden Hugo Chavez.

Nak kata Venezuela kaya raya sebab mengeluarkan banyak minyak tak juga. 

Tapi puak-puak pencacai selalunya menggunakan contoh Venezuela sebagai sebuah negara yang bagus kerana jual minyak dan diesel murah. 

Auta mereka pada pencacai bawahan mereka...lihatlah Venezuela minyak murah, pendidikan percuma bla...bla...bla itulah bagusnya kerajaan republik sosialis ni berani pulak lawan Amerika...

Adakah sistem ekonomi sosialis dan pergantungan sepenuhnya pada hasil petroleum dan subsidi petroleum baik untuk negara kita...jika baik mengapa ekonomi Venezuela merudum???
 http://en.wikipedia.org/wiki/Economy_of_Venezuela

Tapi kini puak pencacai seakan-akan malu semalunya dan kecut segala kerandut mereka apabila berita-berita ekonomi dunia membongkarkan permasalahan ekonomi di negara Latin Amerika tersebut.

Rezab wang negara tersebut semakin berkurangan. Nilai matawang Venezuela; Bolivar susut teruk berbanding Dollar Amerika Syarikat (US).

Banyak syarikat asing rugi dan menarik balik pelaburan asing (FDI) mereka hingga menyebabkan kadar pengangguran meningkat dan pendapatan cukai kerajaan merosot.

Situasi ini menyebabkan rakyat turun ke jalanan menuntut kerajaan campur tangan menaikkan harga minyak sekurang-kurangnya melepasi paras US$200.00 (RM660.00) setong bagi menyelamatkan ekonomi negara tersebut...giler betuiiii.

Bayangkan di Malaysia kalau harga sedemikian rupa, berapa ringgitkah pula harga minyak dan diesel seliter???

Pelik tapi benar...di kebanyakkan negara, harga minyak global naik menyebabkan rakyat naik minyak berdemo di jalanan. Tapi di Venezuela, harga minyak global turun menyebabkan rakyat susah hati dan berdemo menuntut kerajaan menaikkan harga minyak untuk menyelamatkan ekonomi negara mereka.
Dah memang menjadi adat dan budaya di negara-negara Latin kegiatan jenayah mafia begitu berleluasa. Di Venezuela, mafia-mafia menguasai ekonomi dan berkuasa mempengaruhi politik.

Oleh kerana harga minyak Venezuela terlalu murah, maka banyaklah kegiatan penyeludupan minyak berlaku di perairan Caribbean dan mafia-mafia ini hidup begitu kaya raya...sama spesis dan persis perangai dengan tokey-tokey penyeludup minyak di Malaysia ni.

Namun analisa yang paling menarik sekali kemungkinan trend kejatuhan harga minyak di pasaran global sekarang adalah perancangan halus pihak-pihak tertentu untuk menjatuhkan regim-regim yang anti kepada US dan Barat.(Kawan-kawan Anwar tuuu...)

Lihat saja siapakah negara-negara pengeluar utama petroleum dunia? Bukankah mereka adalah negara Russia, Venezuela, Iran, Iraq (kini dikuasai militan IS), Sudan, China, Ukraine, Nigeria...semua negara ini adalah negara-negara yang anti Amerika yang bergantung penuh pada petroleum untuk menjana ekonomi negara mereka?

Tak lupa juga Arab Saudi, Qatar, UAE, Oman, Turki, Indonesia, Malaysia, Brunei...negara-negara Islam yang juga bergantung penuh pada petroleum untuk survival ekonomi dan politiknya...turut menjadi eksperimen kuasa-kuasa besar menguasai negara-negara tersebut.

Lihat saja kesan harga RON 97 yang jatuh telah menyebabkan Malaysia kelam kabut kekurangan bekalan hingga terpaksa import dari Singapura!

Dalam masa yang sama harga minyak Malaysia yang murah berbanding dengan negara-negara jiran akan menyemarakkan lagi  kegiatan penyeludupan.

Kerajaan mungkin boleh jimat wang subsidi berbilion ringgit namun rakyat terpaksa hadapi kekurangan bekalan minyak pula.

Yang untung tetap si penyeludup. Yang susah kena marah dan letih buat penguatkuasaan adalah pegawai-pegawai penguatkuasa di lapangan...

Harga minyak boleh murah tapi tolong jangan bagi warga asing di sempadan-sempadan berleluasa beli minyak kita macam tak pernah jumpa minyak!!!

Puak-puak pencacai tegar republik sosialis-komunis dari Parti Sosialis Malaysia (PSM) termasuk Mat Sabu (Parti Islam???) merupakan penjilat-penjilat utama sistem ekonomi sosialis-komunis Venezuela. Lu orang tak mau melalak harga minyak jatuh macam lu punya kawan di Venezuela???  

Mungkin apabila yang hak dan fakta diceritakan kepada para pencacai, mereka akan mengatakan ini hanyalah fitnah dan rekaan UMNO dan BN semata-mata untuk mengalih isu...

Wahai pencacai sekalian...tak de maknanya nak bercakap bohong kerana berbohong itu berdosa dan hina.

Amacam mau ikut cara ekonomi Venezuela kaa??? Lu orang pigi sana duduk baru tahu laa.

  

PEGUAM NASIHAT ANWAR JANGAN PERGI KE LUAR NEGARA

Posted: 02 Dec 2014 06:00 AM PST



Ketua Pembangkang Malaysia Datuk Seri Anwar Ibrahim telah membatalkan kehadirannya di Kelab Wartawan Asing Thailand (FCCT) di sini minggu ini atas nasihat peguamnya.

Anwar tidak akan ke Bangkok minggu ini, oleh itu acara 3 Dis dibatalkan, umum FCCT pada Isnin.

Kelab itu menyatakan pasukan peguam Anwar menasihati beliau bahawa memandangkan kedudukan kes perundangan terhadapnya sekarang, beliau tidak wajar melawat ke luar negara dalam masa terdekat ini.

Anwar sepatutnya hadir di FCCT pada Rabu (3 Dis).

Dalam notis awal kepada para anggotanya, FCCT berkata Anwar "akan menyampaikan ceramah mengenai usahanya mendepani kes-kes mahkamah yang nampaknya berlarutan terhadapnya" 

PKR-DAP RAMPAS KERUSI PAS SELANGOR

Posted: 02 Dec 2014 04:00 AM PST



Facebooker Kamarul Yusoff terkejut selepas mendengar rakaman ucapan Pengerusi DAP Selangor, Tony Pua, di Konvensyen Tahunan DAP Negeri Selangor 2014 di Petaling Jaya semalam, 30 November 2014.

Kata-kata Tony adalah seperti berikut :

"Dalam perkara ini persetujuan telah pun dicapai antara pimpinan tertinggi PKR dan DAP bahawa seorang lagi Ahli EXCO akan diberikan kepada DAP. Atas sebab-sebab yang tertentu, kami menerima bahawa Ahli EXCO tambahan itu terpaksa dialihkan kepada PKR.

""Oleh sebab itu, kami telah menuntut supaya jawatan Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri Selangor diagihkan kepada DAP. PKR dengan 13 orang ADUN telah menempati 4 Ahli EXCO dan 1 Menteri Besar. DAP yang mempunyai 15 ADUN hanya menduduki 3 jawatan EXCO dan 1 Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN).

"Kami di DAP jelas berasa tuntutan kami adalah adil dan langsung tidak keterlaluan dan oleh sebab itu pemimpin dan kepimpinan DAP di peringkat Pusat dan Negeri telah sebulat suara menyokong pencalonan Saudara Ng Suee Lim sebagai Timbalan Speaker dalam Dewan Undangan Negeri.

"Kami pun tidak berhasrat untuk mengusir Timbalan Speaker PAS yang telah dipilih dan dilantik. Kami hanya menuntut selama ini untuk Timbalan Speaker Kedua dilantik sepertimana yang diaturkan di Negeri Perak dan juga Negeri Sabah."

Menurut facebooker Kamarul ucapan Tony Pua di atas dapat dirumuskan kepada tiga perkara.

"Pertama, pimpinan tertinggi PKR dan DAP telah bersetuju untuk mengambil 1 kerusi Ahli EXCO Kerajaan Negeri Selangor dari PAS untuk diberikan kepada DAP.

"Kedua, atas sebab-sebab yang tertentu, 1 kerusi Ahli EXCO Kerajaan Negeri Selangor milik PAS ini akhirnya telah diberikan kepada PKR dan bukan kepada DAP.

"Ketiga, disebabkan kegagalan PKR menunaikan janji untuk memberikan tambahan 1 kerusi Ahli EXCO Kerajaan Negeri Selangor kepada DAP inilah maka kini DAP menuntut agar jawatan Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri Selangor Kedua diwujudkan dan diberikan kepadanya.

"Menarik juga pendedahan Pengerusi DAP Selangor ini,"katanya.

http://new.livestream.com/accounts/3410615/events/1978169/videos/69912788













POLIS CARI SIAPA PENGANJUR MAKAN MALAM DENGAN PERAJURIT KOMUNIS

Posted: 02 Dec 2014 12:13 AM PST



Polis akan memanggil penganjur majlis makan malam perajurit Parti Komunis Malaya (PKM) di Taman Chai Leng Seberang Perai Sabtu lalu.

Timbalan Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk A Thaiveegan berkata, pihaknya sudah mengenal pasti individu yang terlibat dan akan memanggil mereka untuk membantu siasatan dalam masa terdekat.

Menurutnya, polis menerima 24 laporan setakat ini termasuk dua di Johor mengenai penganjuran majlis itu. akan malam berkenaan.

"Daripada laporan yang kita terima, penganjuran majlis itu menimbulkan keresahan, kegusaran dan ketakutan masyarakat terhadap kemungkinan perjuangan komunis akan dihidupkan semula.

"Mereka akan dipanggil bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 505 (b) Kanun Keseksaan," katanya pada sidang media di sini hari ini.

Sabtu lalu, kira-kira 800 individu dipercayai ahli dan susur galur keluarga bekas ahli PKM di Malaysia dan Thailand dikatakan hadir pada majlis makan malam anjuran Persatuan Persahabatan Abad Ke-21 Malaysia.

Majlis itu dipercayai dianjurkan bagi memperingati ulang tahun ke-25 penandatanganan persetujuan damai Hadyai membabitkan parti itu yang seolah-olah cuba mengangkat perjuangan Setiausaha Agung PKM, Chin Peng