Followers

Nuffnang

Belantan

0

Posted by Unknown | Posted on 11:47 PTG | Posted in

sumber :-

Belantan


Anwar rasa tertekan Akta Hasutan 1948 tidak dimansuhkan?

Posted: 30 Nov 2014 09:57 PM PST


Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak disifatkan sebagai mungkir janji apabila membuat keputusan untuk tidak memansuhkan Akta Hasutan 1948.

Ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, alasan digunakan Najib untuk mengekalkan akta itu juga tidak berasas.

"Dia kena jawab. Perdana Menteri buat janji dan dimungkiri. Apa faktor yang menyebabkan beliau batalkan jaminan itu? Sekarang (Najib) gunakan alasan untuk menyelamatkan Melayu.

"Soal menyelamatkan Melayu ini soal penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa, bukan soal undang-undang itu," katanya pada Sinar Harian di lobi Parlimen, semalam.

Ahli Parlimen Permatang Pauh itu mendakwa, kegagalan Najib mengotakan janjinya amat dikesali dan Anwar turut mendakwa Najib tunduk pada tekanan golongan berhaluan kanan yang mahu akta itu digunakan bagi mengekang kebebasan dan menekan pembangkang serta pihak lain.


"Apa yang dicadangkan (Najib semalam) bukan sahaja (Akta Hasutan) tidak dimansuhkan, tetapi diperketatkan pula atas alasan menjamin keselamatan negara dan Melayu," katanya.

Menurut Anwar, perpecahan yang berlaku hari ini bukannya soal tekanan daripada masyarakat bukan Melayu, tetapi berpunca daripada kelemahan sistem pentadbiran negara.

Mengenai tindakan Najib mengumumkan perkara itu di Perhimpunan Agung Umno, beliau berkata, perkara itu sudah menjadi kebiasaan kepimpinan Umno menggunakan platform itu untuk menerangkan dasar-dasar kerajaan.

Bagi penulis kenyataan Anwar ini tidak uabah seperti menepuk dulang, terpercik air kemuka sendiri! Siapa yang sebenarnya yang menyebabkan perpecahan sepertimana yang berlaku sekarang. Adakah Anwar sedar satu jari menuding kearah orang lain, tetapi baki jari yang lain menuding kearah sendiri. Tepuk dada tanya selera?

Suara Politik
Belantan

'Kumpulan pemuda halang kami bertemu Najib'?

Posted: 30 Nov 2014 05:17 AM PST


Tindakan berani Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (Gamis) untuk 'bersemuka' dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak bagi menyerahkan memorandum pencerobohan tanah warisan Melayu terbantut apabila mereka mendakwa disekat sekumpulan pemuda di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) hari ini.

Rombongan mereka yang bermula daripada Masjid Pekeliling terhenti apabila rombongan mereka 'disambut' oleh kumpulan itu di pintu belakang PWTC.

Ekoran itu berlaku suasana tegang antara kedua-dua kumpulan, bagaimanapun polis berjaya mengawal keadaan.

Ketika itu, Abdul Malik Ab Razak( gambar diatas ) yang juga merupakan Presiden Gamis, enggan menyerahkan memorandum kepada ketua kumpulan itu kerana mahu menyerah sendiri kepada Perdana Menteri.

Namun tindakannya menimbulkan perasaan kurang senang kepada ketua pemuda yang mendakwa dia mewakili Perdana Menteri.

"Saya bersumpah akan serah kepada Perdana Menteri memorandum ini," kata ketua kumpulan itu.

Sementara itu, Presiden Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya (PMIUM), Khairul Najib Hashim yang turut menyertai Gamis berkata, pihaknya akan menunggu sampai Perdana Menteri memberi respons dalam Perhimpunan Agung Umno mengenai isu ini.

"Jika beliau tidak respons... kami akan hadir sekali lagi bagi memastikan suara dan memorandum kami sampai ke tangan beliau," katanya menerusi SMS kepada pemberita.

Antara kandungan tuntutan yang dinyatakan dalam memorandum itu adalah mereka mendesak supaya kerajaan menghentikan pencerobohan tanah rizab Melayu dan kampung warisan.

Tuntutan lain adalah mengembalikan 50 peratus tanah rizab Melayu seperti wasiat Raja-raja, menggesa penubuhan Lembaga Amanah Tanah Rizab Melayu dan mewujudkan polisi khas atau undang-undang bagi melindungi perkampungan tradisi dan juga menjaga kebajikan peneroka bandar.

Suara Politik
Belantan

The Unspinners

0

Posted by Unknown | Posted on 11:40 PTG | Posted in

sumber :-

The Unspinners


Pas Piss Pus kata banner makan malam komunis tipu tapi kenapa ada?

Posted: 30 Nov 2014 09:30 PM PST






Tempoh hari Pas Piss Pus kata banner-banner yang dipasang sekitar  Seberang Jaya, Pulau Pinang sebelum ini yang dikatakan palsu adalah benar bukan momok kosong.

tetapi kelibat Timbalan Presiden PAS yang juga Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang, Mohamad Sabu dan ADUN PKR, DUN Seberang Jaya, Dr Afif Bahardin yang dijangka akan hadir dalam program tersebut membatalkan kehadiran mereka atas alasan gagal dikenal pasti.

https://m.facebook.com/pages/boosted_post/?pid=799524810093670&sid=804683902911094&ref=bookmark








Speaker Dewan tepat bila tolak petisyen rakyat

Posted: 30 Nov 2014 07:26 PM PST


Alahai hanya 3 ribu saja yag tandatangan.

Wanita UMNO sendiri dah collect 30 ribu. Elok campak masuk longkang.


Orang lain juga salah bila kereta mewah Guan Eng dikritik di Konvensyen DAP

Posted: 30 Nov 2014 04:33 PM PST


BUKIT MERTAJAM - Konvensyen Tahunan DAP Pulau Pinang di sini, pada Ahad dikejutkan oleh seorang perwakilan yang secara terbuka dalam perbahasannya mengkritik parti tersebut.

Perwakilan dari Chai Leng Park, Seberang Perai, Shamsher Singh Thind mempertikaikan tindakan Ketua Menteri, Lim Guan Eng, yang membeli kereta mewah sebagai kenderaan rasmi kerajaan negeri bagi menggantikan kereta terdahulu yang masih elok.



Katanya, Lim yang juga setiausaha agung parti itu telah mengkritik kerajaan negeri Terengganu yang membeli kereta Mercedes serupa pada 2008 tetapi beliau telah melakukan perkara sama dalam pentadbirannya.


"Saudara Guan Eng sendiri membeli kereta Mercedes Benz, Apa sudah jadi?," katanya ketika sesi perbahasan.

Keberanian Shamser Singh mempersoal isu berkaitan kerajaan negeri di hadapan Guan Eng menyebabkan lebih 309 orang perwakilan lain tergamam.


Shamser Singh, pensyarah undang-undang di sebuah institusi pengajian tinggi di sini, turut mempersoalkan kelebihan kuasa Guan Eng yang kebal daripada tindakan penguatkuasa Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP).

Seperti biasa, Guan Eng akan salahkan orang lain dan tak ambil tanggungjawab. Siapa bakal dipersalahkan Guan Eng? Baca SINI

Siapa pula kaki ampu Guan Eng yang pertahankan Guan Eng bersikap hipokrit dan salahguna kuasa.

Tak baik komentar tak JIL kaitkan Pak Lah dgn tanah TLDM Butterworth

Posted: 30 Nov 2014 05:30 AM PST


Artikel kami malam semalam tentang tanah TLDM BUtterworth yang jadi bualan orang Penang dan ditimbulkan oleh seorang perwakilan UMNO Pulau Pinang merujuk SINI.

Seorang komentar kata:

Saya setuju sekira kawasan itu di jadikan satu bandar Malay Town dan sekiranya boleh dijadikan 100% tanah rizab Melayu. Masa belum terlambat.

Tak usah dirisaukan selepas ini Melayu akan lebih peka terhadap hak dan tanah orang Melayu.

Seorang lagi komentar berkata:

Itu kena tanya pak lah

Apa pula kena mengena Pak Lah dengan TLDM BUtterworth? Dia sudah pencen dan bukan perlu dia dilibatkan.Ia seolah-olah menuduh Pak Lah pula yang mahu tanah tersebut.

Takkan dah tua-tua dan pencen serta senang hidup dengan KJ berjaya naik, Pak Lah nak sibuk-sibuk berniaga besar-besar. Ini kerja stress.

Bertambah jahat tuduhan ini, adalah ianya seolah-olah kata Pak Lah tak buat apa tapi ambik komisyen. Isyyy ... jahat fitnah sedemikian rupa.

Harap Dato Reezal merican yang pernah jadi setiausaha pada Pak Lah dan MP bagi Kepala Batas perjelaskan kedudukan ini.

Pasti Pak Lah mesti suka dengan konsep Malay Town.

Tapi adakah DAP akan approve???? 


Hentilah Azwan Bero!!! Pemuda ada JIL patut ikut PM solidariti dgn NGO

Posted: 30 Nov 2014 01:30 AM PST

Apa repek ko cakap ni, azwan

Azwan Bero kata jangan swastakan perjuangan melayu kepada pihak lain.

Jika pemuda boleh diharapkan untuk perjuangkan melayu, tak perlu orang lain perjuangkan.

Ini pula buat kerja parti tak semana. Gagal tarik pengundiuda untuk sokong UMNO dan daftar sebagai pengundi. Pemuda tak sabar nak jafi orang tua tanpa kuatkan JIL.

Jika boleh pemuda diharapkan, tak payah nak swasta.

Sebagai orang liberal, Azwan Bero kena tahu bahawa dalam negara yang demokrasi bebas, ngo penting dalam memperjuangkan isu.

Parti politik hanya berperanan menaikkan isu2 yg popular dan isu2 itu membolehkan parti diterima. Dalam banyak hal ini, ngo lebih beristiqamah dalam perjuangkan isu.

Ingat bahawa ada ngo sampai ratusan ribu ahlinya. Untuk Azwan Bero cemburu, tak mahukah undi dari ngo2 tersebut?

Lihat betapa efektif dan tersedia kumpulan ngo dari parti.




Dato Najib pun engage dengan NGO dan terima baik pandangan. Dia sentiasa sedia Solidariti dengan NGO.

Dari membenci ngo, patutnya Pemuda "engage" NGO dan perkuatkan jentwra dari mencemburui kekuatan mereka.

Pemuda perlu lebih serious dan efektif!!!!


MIMPI SENJA

0

Posted by Unknown | Posted on 11:26 PTG | Posted in

sumber :-

MIMPI SENJA


Laporan polis akan dibuat terhadap perwakilan UMNO Pulau Pinang

Posted: 30 Nov 2014 09:37 PM PST


umno
GEORGE TOWN, 30 NOV: Laporan polis akan dibuat terhadap perwakilan Pulau Pinang Datuk Mohd Zaidi Mohd Said yang memfitnah kerajaan negeri dan menghasut kebencian kaum dalam ucapannya di Perhimpunan Agung Umno 2014.
Ketua Menteri Lim Guan Eng berkata, Mohd Zaidi menuduh kekuatan politik dan ekonomi orang Cina di Pulau Pinang berpunca dari aktiviti ekonomi haram seperti perjudian haram, pelacuran dan pusat hiburan.
"Walaupun kemungkinan tiada tindakan akan diambil, namun laporan polis mesti dibuat demi mempertahankan maruah dan kehormatan rakyat Pulau Pinang, termasuk masyarakat Cina akibat penghinaan itu.
"Semua orang di Pulau Pinang boleh berjaya sama ada Cina, Melayu atau India jika mereka jujur dan bekerja keras.
"Menuduh orang Cina yang berjaya kerana terlibat dalam aktiviti menyalahi undang-undang adalah penghinaan, terutamanya kepada mereka yang bersih, jujur dan rajin," kata Guan Eng dalam kenyataannya hari ini.
Tegas Guan Eng sehingga hari ini, Mohd Zaidi gagal menunjukkan bukti atau lokasi aktiviti jenayah haram yang dikatakannya.
Malah, tuduhan liar Mohd Zaidi adalah penghinaan keatas Ketua Polis Negeri, Datuk Abdul Rahim Hanafi yang berulang kali menafikan kewujudan kegiatan tersebut di negeri ini.
"Abdul Rahim berkata, 'Untuk rekod, Pulau Pinang adalah sifar mesin judi haram', kata Guan Eng.
Justeru itu, Guan Eng mempersoalkan pendirian MCA dan Gerakan sama ada masih menerima penjelasan dan memaafkan rakan komponen BN mereka, meskipun meneruskan fitnah terhadap masyarakar Cina di Pulau Pinang.
Ini kerana Mohd Zaidi kemudiannya memutar kata dan bersilat lidah, kononnya kenyataan itu merujuk kepada kegagalan pihak penguatkuasa untuk mengambil tindakan.
"Jelas Datuk Mohd Zaidi seorang penakut, berbohong kali kedua apabila tidak berani mengakui serangan perkaumannya terhadap orang Cina.
"Saya ingin bertanya, apakah MCA dan Gerakan masih menganggap Datuk Mohd Zaidi sebagai rakan meskipun dia telah melempar fitnah keji terhadap masyarakat Cina? soal Guan Eng. – Roketkini.com.

Lantikan semula bukti Anwar masih berbisa

Posted: 30 Nov 2014 02:17 PM PST

  • Prof Dr Azmi Hassan - Foto BernamaProf Dr Azmi Hassan - Foto Bernama
 1 / 1 
SHAH ALAM – Keputusan Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali melantik semula Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Penasihat Ekonomi Selangor disifatkan menongkah arus tindakan yang dilaksanakan bekas menteri besar sebelum ini.

Pensyarah Geostrategis Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Prof Dr Azmi Hassan berkata, Azmin cuba membuktikan tindakan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menutup pejabat Penasihat Ekonomi Selangor adalah sesuatu yang tidak wajar, malah ketua pembangkang itu masih relevan memegang posisi berkenaan.

"Lantikan semula ini menunjukkan Anwar masih berbisa, bagaimanapun Azmin perlu tegas dalam menjalankan pentadbiran negeri agar tidak mudah dipengaruhi.

"Tetapi Azmin tidak akan menjadi 'remote control', sebaliknya banyak keputusan membabitkan hal pembangunan Selangor akan mendapat tempias daripada Anwar," katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Azmi menambah, pelaburan luar negara mungkin tidak akan berubah namun diramalkan Anwar akan membantu merancakkan pembangunan infrastruktur.

"Sebab berdasarkan sejarah Anwar, beliau tidak banyak membantu menyuntik pelaburan besar ke Selangor. Malah keputusan Azmin kelak akan selari dengan hasrat penasihat ekonomi," katanya.
Sementara itu, Timbalan Dekan Fakulti Sains Sosial Universiti Sains Malaysia (USM), Prof Madya Dr Sivamurugan Pandian berpendapat Azmin mengambil risiko besar kerana Anwar masih menanti keputusan Mahkamah Persekutuan yang menangguhkan tarikh lain keputusan rayuan akhir terhadap sabitan dan hukuman penjara atas kesalahan meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd Saiful Bukhari Azlan.

"Tindakan Azmin melantik semula Anwar dilihat sebagai menghargai hubungan akrab mentornya, bagaimanapun saya yakin beliau mempunyai rasional tersendiri.

"Umum maklum jawatan berkenaan tidak diperlukan memandangkan Anwar telah memegang banyak peranan lain, contohnya selaku ketua pembangkang dan Ahli Parlimen Permatang Pauh. Ia dilihat  membebankan beliau," katanya.

Kelmarin, Azmin yakin Ketua Umum PKR itu mampu memainkan peranan penting  dalam usaha menarik minat pelabur luar ke Selangor.

Katanya, Anwar boleh memberi sumbangan besar kepada pertumbuhan ekonomi negeri itu.

Selasa lalu, Ketua Pembangkang, Datuk Mohd Shamsudin Lias sewaktu sesi perbahasan mencadangkan kerajaan negeri menutup terus pejabat Penasihat Ekonomi Selangor kerana dilihat hanya membazir.

Mampukah Azmin Saingi Khalid? [Video inside]

Posted: 30 Nov 2014 07:03 AM PST

Harga RON97, RON95 Turun, Diesel Naik Mulai Tengah Malam Ini

Posted: 30 Nov 2014 04:36 AM PST


Diterbitkan: Ahad, 30 November 2014 8:10 PM

KUALA LUMPUR: Harga runcit RON97 turun sebanyak sembilan sen seliter kepada RM2.46 seliter dan harga runcit RON95 pula turun empat sen seliter kepada RM2.26 seliter, selepas 12 tengah malam ini.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Datuk Seri Hasan Malek berkata, harga runcit bagi minyak diesel pula dinaikkan kepada tiga sen seliter kepada RM2.23 seliter.
Harga runcit RON97 kini ialah RM2.55 seliter, RON95, RM2.30 seliter manakala diesel ialah RM2.20 seliter.
Menurut Hasan harga baharu ini akan berkuat kuasa hanya untuk Disember. 
"Kerajaan akan mengikuti perkembangan pasaran harga produk kos pada setiap masa dan kadar pertukaran matawang untuk menetapkan harga runcit petrol dan diesel bagi bulan-bulan berikutnya," katanya dalam kenyataan di sini, Ahad.
Sehubungan itu, katanya semua syarikat minyak dan pengusaha stesen minyak diminta mematuhi penetapan harga baharu itu dan jika ingkar, tindakan tegas akan diambil mengikut Akta Kawalan Bekalan 1961.
Pada 21 November lepas, kerajaan mengumumkan akan melaksanakan penetapan harga runcit bagi petrol RON95 dan diesel mengikut kaedah pengampunan terkawal mulai 1 Disember.
Kaedah pengapungan terkawal yang diputuskan Kabinet itu adalah sebagaimana pelaksanaan penetapan harga runcit RON97 sejak Julai 2010, katanya.
"Melalui kaedah pengapungan terkawal, purata perubahan kos produk akan menentukan penetapan harga bagi bulan berikutnya, ini bermakna jika harga pasaran minyak mentah dunia meningkat, harga runcit RON97, RON95 dan diesel juga akan meningkat dan begitu sekiranya berlaku sebaliknya (harga pasaran minyak mentah dunia menurun)," katanya.

2,000 Paku Dikeluarkan Dari Badan Seorang Wanita

Posted: 30 Nov 2014 03:23 AM PST


Diterbitkan: Ahad, 30 November 2014 8:52 AM


Dr Sagiran Sukardi.

BANGI: Seorang pakar bedah dari Indonesia menjadikan kes terapi Islam sebagai pelengkap perubatan moden di hospital dengan mengeluarkan paku berkarat dari dalam badan seorang pesakit wanita, kononnya dipercayai menjadi mangsa ilmu sihir.

Dr Sagiran Sukardi menggambarkan bagaimana pemahamannya mengenai amalan perubatan dicabar ketika merawat wanita tersebut.

Dalam kes di Sumatera yang menjadi bualan ramai, lebih 2,000 paku dikeluarkan dari dalam badan seorang wanita berusia 25 tahun yang dikenali sebagai Supiyati.

"Sebagai seorang pakar bedah, saya tidak percaya kesakitan itu berpunca daripada sihir dan jin," katanya dalam forum bertajuk 'Jin dan Sihir' Dalam Perubatan di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Dr Sagiran dari fakulti perubatan di Universiti Muhammadiyyah Yogjakarta berkata keadaan Supiyati mencabar logik perubatan.
Beliau menunjukkan kepada peserta forum beberapa keping gambar paku dibawah kulitnya dan X-ray kesan luka yang dialami Supiyati.
Kira-kira 75 peratus daripada peserta yang hadir terdiri daripada doktor dan pakar psikiatri manakala selebihnya adalah pakar akademik serta kumpulan penyelidik.
Pesakit itu pertama kalinya dibawa ke bilik kecemasan pada September 2012.

Dr Sagiran berkata, dalam pembedahan pertama, beliau mengeluarkan lebih 70 paku dari bahagian kakinya sebelum merawat luka tersebut.

"Amat memeranjatkan, sehari selepas pembedahan itu saya menjumpai lebih banyak paku dikawasan itu semula. Pada masa sama, saya tidak percaya ia ada kaitan dengan ilmu sihir," katanya.

Namun, beliau berkata selepas mendapat nasihat daripada rakan-rakan dan guru agama, dia kemudiannya menggunakan terapi Islam untuk merawat pesakit itu.
Menurut Dr Sagiran, dia mula membaca ayat suci Al-Quran ketika sedang membersihkan luka atau semasa gadis itu mengerang kesakitan.
Beliau berkata, selepas rawatan tersebut wanita berkenaan kemudiannya termuntah.
"Anda tidak boleh bayangkan tetapi lebih banyak paku dan rambut terkandung dalam muntahnya," kata Dr Sagiran.
Dr Sagiran berkata bekas suami Supiyati yang menghilangkan diri selepas dia menjalani rawatan tersebut dipercayai bertanggungjawab melakukan perbuatan sihir itu.
Katanya, kes itu menggambarkan keperluan terhadap pendekatan secara holistik termasuk rawatan kerohanian dan keagamaan di hospital.

Moderator forum UKM, Prof Madya Dr Supyan Hussin berkata penganjur tidak menentang cara perubatan moden.

"Namun terapi Islam boleh digunakan untuk merawat pesakit yang kesakitannya tidak dapat dikenal pasti," katanya.

Dr Supyan berkata terapi Islam tiada kaitan dengan ilmu hitam atau ilmu sihir yang bertentangan dengan Islam.

Beliau berkata, peserta mungkin akan meluluskan resolusi tersebut menerusi perbincangan dalam forum yang akan bersambung pada Ahad sebelum perkara itu dibawa kepada Kementerian Kesihatan.

oyabun

0

Posted by Unknown | Posted on 11:25 PTG | Posted in

sumber :-

oyabun


Anwar di lantik semula sebagai Penasihat Ekonomi Selangor?

Posted: 30 Nov 2014 05:56 AM PST


Keputusan Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali melantik semula Anwar Ibrahim sebagai Penasihat Ekonomi Selangor disifatkan menongkah arus tindakan yang dilaksanakan bekas menteri besar sebelum ini.

Pensyarah Geostrategis Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Prof Dr Azmi Hassan berkata, Azmin cuba membuktikan tindakan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menutup pejabat Penasihat Ekonomi Selangor adalah sesuatu yang tidak wajar, malah ketua pembangkang itu masih relevan memegang posisi berkenaan.

"Lantikan semula ini menunjukkan Anwar masih berbisa, bagaimanapun Azmin perlu tegas dalam menjalankan pentadbiran negeri agar tidak mudah dipengaruhi.

"Tetapi Azmin tidak akan menjadi 'remote control', sebaliknya banyak keputusan membabitkan hal pembangunan Selangor akan mendapat tempias daripada Anwar," katanya kepada pemberita disini semalam.

Azmi menambah, pelaburan luar negara mungkin tidak akan berubah namun diramalkan Anwar akan membantu merancakkan pembangunan infrastruktur.

"Sebab berdasarkan sejarah Anwar, beliau tidak banyak membantu menyuntik pelaburan besar ke Selangor. Malah keputusan Azmin kelak akan selari dengan hasrat penasihat ekonomi," katanya.


Sementara itu, Timbalan Dekan Fakulti Sains Sosial Universiti Sains Malaysia (USM), Prof Madya Dr Sivamurugan Pandian berpendapat Azmin mengambil risiko besar kerana Anwar masih menanti keputusan Mahkamah Persekutuan yang menangguhkan tarikh lain keputusan rayuan akhir terhadap sabitan dan hukuman penjara atas kesalahan meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd Saiful Bukhari Azlan.

"Tindakan Azmin melantik semula Anwar dilihat sebagai menghargai hubungan akrab mentornya, bagaimanapun saya yakin beliau mempunyai rasional tersendiri.

"Umum maklum jawatan berkenaan tidak diperlukan memandangkan Anwar telah memegang banyak peranan lain, contohnya selaku ketua pembangkang dan Ahli Parlimen Permatang Pauh. Ia dilihat membebankan beliau," katanya.

Kelmarin, Azmin yakin Ketua Umum PKR itu mampu memainkan peranan penting dalam usaha menarik minat pelabur luar ke Selangor.

Katanya, Anwar boleh memberi sumbangan besar kepada pertumbuhan ekonomi negeri itu.

Selasa lalu, Ketua Pembangkang, Datuk Mohd Shamsudin Lias sewaktu sesi perbahasan mencadangkan kerajaan negeri menutup terus pejabat Penasihat Ekonomi Selangor kerana dilihat hanya membazir.

Wasabi Oyabun..

Dialog Dewasa Kritik Berasa

0

Posted by Unknown | Posted on 11:03 PTG | Posted in

sumber :-

Dialog Dewasa Kritik Berasa


KELANTAN SEGERAKANLAH HUKUM HUDUD

Posted: 30 Nov 2014 10:00 PM PST

Kerajaan Persekutuan menyerahkan sepenuhnya kepada kerajaan negeri Kelantan untuk membentangkan ke Parlimen rang undang-undang persendirian mengenai hukum hudud bagi dilaksanakan di negeri itu.
Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata ia adalah hak kerajaan negeri Kelantan, bukannya bidang kuasa Jawatankuasa Teknikal Pusat mengenai hukum berkenaan.
"Kita (Kerajaan Pusat) tidak ada masalah mengenainya (rang undang-undang tersebut), dan ianya adalah hak kerajaan negeri," katanya.
Beliau bercakap kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Tilawah Al-Quran GLCs Peringkat Kebangsaan kali Pertama 1436/2014M di Balai Islam di sini, hari ini.
Turut hadir Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia Datuk Othman Mustapha dan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Dakwah, Penerangan dan Hubungan Serantau Negeri Datuk Mohd Nassuruddin Daud.
Jamil Khir mengulas kenyataan Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah baru-baru ini berkaitan hukum hudud di negeri itu.
Mohd Amar berkata Jawatankuasa Teknikal Pusat mengenai hudud akan bermesyuarat Disember ini untuk merumus dan mencadangkan kepada kerajaan negeri serta pusat bagi memastikan ia dapat direalisasikan tahun depan.
Beliau berkata mesyuarat kali ketiga itu juga akan turut memutuskan keperluan untuk meminda Akta 355 atau Perkara 76 (A) yang memerlukan satu rang undang-undang persendirian untuk dibawa ke Parlimen 

SIAPA BLOGGER BANGANG?

Posted: 30 Nov 2014 08:10 PM PST

Para Blogger tersentak apabila Presiden UMNO menyebut istilah bangang kepada beberapa blogger. Kepada siapakah DS Najib tujukan teguran itu?

Beberapa rakan blogger memang agak vokal apabila mengkritik dasar-dasar Kerajaan khususnya menujukan kritikan itu kepada DS Najib. Mereka mengkritik apa sahaja polisi-polisi kerajaan seperti 1MDB, BR1M, FGVH, GST dan sebagainya. 

Pada pandangan saya, isunya ialah sebagai Ketua Kerajaan dan Presiden UMNO yang menjadi tulang belakang BN, mengapa menyerang DS Najib sepanjang masa? 

Tun Dr. Mahathir Mohamad tidak mungkin akan menjadi Presiden UMNO dan Perdana Menteri semula. Adakah kita tidak sedar bahawa DS Najib telah memberi ruang, membuka peluang malah memberi tempat yang paling banyak dan terbuka kepada Tun Dr. Mahathir untuk bercakap apa sahaja, memberi pandangan apa sahaja malah kritikan Tun Dr. Mahathir bukan alang-alang pedasnya kepada Kerajaan.

Masalah utama kita ialah, blogger melihat kritikan Tun Dr. Mahathir sebagai bangkangan kepada DS Najib. Sebenarnya, seperti yang selalu saya katakan bahawa DS Najib amat-amat menghormati kepada Tun Dr Mahathir dan Tun Abdullah Ahmad Badawi. Ada yang gagal mentafsir teguran Tun Dr. Mahathir itu dengan bijaksana.

Memang akan berlaku perbezaan pandangan dalam pentadbiran, namun ianya bukan kesilapan yang disengajakan. Sebagai contoh, DS Najib memberi peluang kepada Hindraf mempunyai wakil menteri di dalam kerajaan. Niat DS Najib ialah memenuhi permintaan kumpulan tersebut, dan ianya dipenuhi. Malangnya wakil Hindraf sendiri gagal menggunakan peluang yang sudah diberikan. Dan kegagalannya itu bukan kegagalan DS Najib. Kegagalan itu adalah Hindraf.

Contoh lain, apabila kita mengkritik Saifuddin Abdullah kerana dia sehati sejiwa dengan pihak pembangkang memansuhkan Akta Hasutan, adakah kita dalam kategori bangang? Sama ada dia menyokong pemikiran pembangkang atau sama ada dia rapat dengan DS Najib itu hal lain, tiada kaitan dengan keselamatan negara. Isunya apabila ianya menjadi isu Kenegaraan, Saifuddin Abdullah adalah salah kerana dia gagal membezakan kepentingan peribadi dengan kepentingan dan keselamatan Negara.

Sebaliknya, satu contoh lain, apabila anda berkata DS Najib mesti diturunkan kerana nilai Ringgit Malaysia menjunam berbanding USD atau SD, itu saya fikir yang dimaksudkan oleh DS Najib? Kerana sudah pasti esok nilai Ringgit Malaysia akan naik semula. 

Maka itu, bangang atau tidak bangang, saya fikir balik semula kepada konteks penulisan kita. Kajian yang lebih mendalam perlu dilakukan oleh kita para blogger, supaya maklumat yang kita persembahkan benar dan tepat. 

Cadangan
Saya mencadangkan kepada kerajaan supaya mana-mana keputusan penting seperti kenaikan dan penurunan harga minyak, malah hal-hal kecil seperti kerosakan rumput di Stadium Nasional, perlu dikongsi dengan para blogger. Kerajaan sendiri sudah mengiktiraf para blogger dengan memberikan mereka Pas Media (Blogger/Portal Online).

Sebagai contoh, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memanggil blogger untuk menerangkan polisi-polisi, kejayaan dan kekangan SPRM. Begitu juga Tun Taib Mahmud semasa menjawat Ketua Menteri, memanggil blogger khas untuk menerangkan isu-isu BN Sarawak sebelum PRU-13 dahulu. Pertemuan-pertemuan seperti ini boleh membantu sesebuah organisasi dengan lebih cepat dan berkesan. 

Dalam kajian saya terdapat blog yang jumlah pembacanya melebihi 100,000 orang pembaca sehari, dan ada blog yang mencecah 1 juta sebulan. Sekiranya kita kira dalam bentuk Ringgit, maknanya 100,000 X RM1.50 (harga Utusan Malaysia/Berita Harian) = RM150,000.00 sehari X 30 hari = RM4.5 juta. Malangnya mereka bukan blogger yang dibayar. Memberi saguhati atau hadiah dalam bentuk wang bukanlah gaji atau rasuah, melainkan ianya suatu bentuk penghargaan dan terima kasih. Saya juga mengetahui terdapat blogger yang meraih purata USD3,000 hingga USD5,000 sebulan hasil blognya. 

Saya percaya parti-parti politik pembangkang mempunyai pasukan blogger yang lebih besar berbanding UMNO. Walaupun Red Bean Army nampak semakin perlahan, tetapi pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang sendiri mempunyai pasukan media yang sangat berkesan. 

Saya berpandangan kita para blogger tidak perlu kecewa dengan ucapan DS Najib. Kita perlu terus menulis. Pandangan anda dihargai.

Sumber

LUAHAN KETUA DEWAN MUSLIMAT PAS PUSAT

Posted: 30 Nov 2014 05:18 PM PST

Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat, Siti Zailah Mohd Yusoff meminta kepimpinan muda menjaga PAS dengan baik agar parti itu terus mantap pada masa hadapan.

Beliau turut berharap agar kepimpinan muda yang akan menerajui PAS dalam tempoh 63 tahun akan datang menghayati pengorbanan kepimpinan terdahulu yang membawa parti ke tahap sekarang.

"Kepada pimpinan muda serta anak muda yang ada sekarang di dalam PAS, saya menyeru agar mereka menjaga parti ini dengan baik.

"Pengorbanan pimpinan terdahulu sangat besar untuk mereka bawa PAS sehingga tahap sekarang, ini yang sepatutnya pimpinan muda hargai," katanya ketika ditemui pada Sambutan Ulang Tahun PAS ke-63 di sini, hari ini.

‎Ahli Parlimen Rantau Panjang itu turut berpesan agar anak muda beristiqamah meneruskan perjuangan dan menghadapi cabaran dengan penuh kesabaran.

"‎Remaja yang lahir hari ini, untuk 63 tahun akan datang akan jadi pemimpin dan kami semua telah tiada pada waktu itu.

"Jagalah perjuangan ini sebab perjuangan yang dibina sebelum ini penuh dengan cabaran, bukan setakat keringat tetapi turut disulami air mata dan ada yang terkorban dalam menegakkan perjuangan Islam," sambung beliau.

Beliau juga berharap agar pemimpin akan datang mengambil pengalaman mereka sebelum ini sebagai panduan untuk memelihara PAS pada masa hadapan.

PUAK PR MEROYAN MARAHKAN UMNO-BN BILA HARGA MINYAK GLOBAL JATUH!!!

Posted: 30 Nov 2014 02:00 PM PST


Dah beberapa jam berlalu harga petrol RON 95 dan RON 97 turun masing masing RM0.04 sen dan RM0.09 sen. Manakala harga Diesel naik sikit RM0.03 sen seliter.

Puak-puak pemakan petrol nampaknya mendapat malu apabila sebelum ni mengatakan harga minyak RON 95 dan RON 97 akan naik.

Kononnya juga kerajaan hanya nak tipu rakyat kerana tiada sebarang perubahan harga semuanya kerana nak ambil hati rakyat semasa perhimpunan Agong UMNO lah, nak alih pandangan rakyat berkaitan Akta Hasutan lah, nak itu nak ini pot pet pot pet...

Malam tadi juga stesen-stesen minyak agak lengang sikit tak macam semasa nak naik harga sampai sesak dan habis stok dibuatnya. 

Tapi ada juga kutu brahak yang kufur tak pernah nak syukur dan berterima kasih. Masih nak salahkan kerajaan. 

Agaknya berasa apalagi modal yang boleh digunakan untuk hentam kerajaan bila harga minyak RON 95 dan RON 97 turun.

Mungkin mereka akan kata Diesel naik akan menyebabkan harga barang naik mendadak sebab kerajaan tak cukup duit... kerajaan zalim, GST, rakyat tak cukup duit sekolah anak, duit makan tak cukup nanti terpaksa mintak sedekah bla...bla...bla....semua salah Rosmah!...nauzubillah! 

Puak pemakan petrol dan diesel ini akan terus meroyan di alam siber atau ceramah di tepi longkang dan padang-padang mengutuk-ngutuk kerajaan selagi boleh.


Pagi ni pula banyak pulak kenderaan isi minyak sampai sesak jalan. Maklumlah semalam tak nak isi tunggu harga jatuh. Boleh jimat...ramai juga yang lega bersyukur dan berterima kasih pada kerajaan BN.

Hakikatnya kerajaan telah menunaikan janjinya untuk menurunkan harga minyak apabila harga minyak mentah dunia turun. Lepas ini naik turun harga minyak akan ditentukan oleh mekanisme apungan berdasarkan harga pasaran dunia sepertimana RON 97, tanpa suntikan subsidi.

Walaupun tanpa subsidi kerajaan masih mempunyai mekanisme untuk mengawal harga minyak dan diesel agar tidak melepasi tahap kritikal hingga menyukarkan hidup rakyat. 

Wang hasil penjimatan subsidi inilah yang disalurkan untuk pelbagai program membantu rakyat di bandar dan luar bandar tanpa memilih kaum. 


Itulah keadilan dan keprihatinan kerajaan, bukan sekadar tabur janji, melalak, mengutuk, demo sana sini heret rakyat bela isu peribadi...tapi jasa all nothing

Sekarang ni trend harga minyak mentah jatuh di bawah paras US$70.00 (RM231.00)....ulang sekali lagi harga minyak mentah bukan minyak diproses siap. 

Kalau puak pemakan minyak dan diesel nak harga murah lagi mereka digalakkan untuk berdayung sampan ke tengah-tengah lautan dan mencarigali sendiri minyak mentah di sana. 

Tak pun cer cuba gali belakang rumah atau ceduk air perigi kot-kot hasil berkat tok guru maka akan jumpa minyak mentah untuk kenderaan sendiri dan boleh dijual. Macam bukti bawah ni...


Sebenarnya harga minyak mentah sekarang jatuh adalah disebabkan Pertubuhan Negara-Negara Pengeksport Petroleum (OPEC) tidak bertindak mengurangkan pengeluaran minyak mentah mereka.

Malahan beberapa negara OPEC seperti Amerika, Kanada, Rusia meningkatkan pengeluaran minyak mentah mereka sejak Jun tahun ini bagi menampung permintaan domestik menjelang musim sejuk di negara masing-masing.

Beberapa negara pengeluar lain seperti Libya kini kembali mengeksport minyak mentah selepas reda krisis politik dan perang saudara di negara berkenaan tercetus pada tahun 2011 lalu. 

Krisis perang saudara di Syria dan ancaman IS di Iraq juga dilihat kurang mempengaruhi harga minyak dunia.


Terusan Suez yang menjadi laluan kapal tanker antarabangsa juga tenang tanpa ancaman. Konflik Palestine -Israel pun sudah reda. 

Ringkasnya minyak mudah dibawa keluar dan dieksport merata ceruk dunia hingga tidak banyak risiko perjalanan dan urusniaga penjualan telah menyebabkan harga menjadi lebih stabil dan terus menurun.

Bahkan permintaan minyak mentah di Eropah dan Jepun mudah diperolehi tanpa risiko ancaman keselamatan, Eropah makin pulih dari krisis ekonomi. 

Musim sejuk di kutub utara juga mempengaruhi bilangan permintaan apabila kenderaan kurang di jalanan, banyak sektor industri pula menghentikan operasi. 

Paling ketara permintaan minyak mentah untuk kenderaan dan kilang di Jepun, Korea Selatan bahkan di China, Eropah dan US semakin menunjukkan penurunan apabila negara-negara tersebut mula menumpukan usaha membangunkan dan mengeluarkan lebih banyak kenderaan cekap tenaga, hibrid, solar dan elektrik atau sekurang-kurangnya menggunakan gas asli bagi menggantikan petrol. 

Selain jimatkan wang ia dapat mengurangkan pencemaran udara sekaligus dapat meningkatkan teknologi mesra alam. 

Harga minyak turun bermakna runtuhnya keegoan seorang kaki penipu...

Jadi bila harga petrol global turun mesti ada sebabnya...Ia tak de kena mengena sama sekali dengan desakan si Rapussy, Nuar Berahim atau para Ah Beng DAP yang lancang berbicara.

Malah ia juga tak de kaitan langsung dengan mitos karut marut kononnya ia berkat dari jampi serapah Tok Garu serta para pengikutnya yang meratib-ratib hiba dan berguling-guling di tengah-tengah jalanan.   

Paling penting, trend harga minyak ditentukan oleh faktor ekonomi iaitu penawaran dan permintaan.

Kita berharap agar harga minyak mentah turun lagi untuk bulan Januari 2015 nanti, Insya Allah.

Korang boleh rujuk dan baca ni jugak;



UMAIRAH HAMPIR TERPEDAYA

Posted: 30 Nov 2014 04:18 AM PST



DIA hampir tersilap pilih jalan. Rujuklah kepada para ulama dan ustaz-ustaz apakah itu jihad. Apakah pengertian Jihad yang sebenar. Apakah cara Jihad yang betul. Bagaimanakah jihad yang diterima oleh Allah SWT. Semoga Allah SWT memberi hidayah dan petunjuk kepada umat Islam di Malaysia supaya mereka diberi keselamatan di dunia dan di akhirat.