Followers

Nuffnang

The Unspinners

0

Posted by Unknown | Posted on 11:32 PTG | Posted in

sumber :-

The Unspinners


Blogger dah Goblog? Usah syok sendiri, tapi fikirkan KE-BER-KE-SA-NAN

Posted: 29 Nov 2014 08:26 PM PST


Teguran Farhana dan Dato Naib menimbulkan satu politik sesama blogger dan penggiat sosial media. Tak dinafikan ada blogger yang bagus, ada yang kurang aktif dan ada yang kurang aktif tapi efektif. Tulisannya memberi impak dan menarik perhatian awam.

Terima dengan hati terbuka kritikan tentang kegoblogan blogger. Tak semua yang dikatakan Farhana betul dan tak semua yang dimaksudkan dalam teguran Najib.

Dalam kebisingan baik blogger atau pelbagai pihak, tak payah nak risau sebab bunyi kuat menandakan kat belakangnya lohong dan besar lubang. Ramai antara blogger pun hanya kuat saja bercakap dan nampaknya  pung pang pung pang ... bila tgk hasil, tak produktif.

Teguran ini perlu dipanjangkan berkenaan "effectiveness blogger". Adakah mereka yang diberikan tanggungjawab dan digajikan effective? Jawapan itu tidak terletak pada mereka tapi pada pembaca dan orang lain. Mereka mesti defend kata mereka bagus.

Ada pihak melihat kegagalan paling ketara dikalangan Blogger pro-UMNO bukan kepada tekad natijah, keikhlasan dan konsistensi. Ianya pada kegagalan merancang dan mengukur keberkesanan  penulisan mereka.

Ada pula melihat kegagalan kita adalah masih berfahaman ortodoks. Blogger masih berpegang pad apandangan bahawa penulisan mereka adalah senjata yg lebih ampuh.

Hakikatnya keadaan sudah berubah dan pada zaman sekarang, kebenaran adalah terhasil daripada pembohongan yang berterusan dan secara agresif. Kalau nak pertahankan kebenaran pun, mcm tu juga, perlu agresif dan berterusan sehingga diterima.

Zaman cerita kegemilangan silam UMNO sebenarnya dah berlalu. Kalau tanya org umno siapa datuk panglima bukit gantang dan sebab sebenar namanya tak tercatat dlm sejarah umno, pun ramai dah tak tahu.

Sekarang adalah zaman pembohongan dan permainan persepsi, sama ada kita suka atau sebaliknya. Ini zaman terus terang. Zaman kalau tak suka, dan terancam, kena cantas dan bunuh. Zaman prinsip sudah terkubur dan perjuangan hanya laungan.

Itu antara pandangan kawan-kawan. 


Unspinners lihat dah masa semua pihak termasuk penulis fikir dalam-dalam tentang usaha yang mereka lakukan. Tak boleh lagi dengan masa hanya 39 bulan untuk syok sendiri dan cemburu mencemburui sesama sendiri. 

Jika mereka mahu jadi pemain serius dalam duni amaya, dah masa mereka fikir benar-benar tentang effectivessness usaha kerja mereka. Tak boleh lagi defensive dan merencana alasan dan sebab musabab. Salahkan internet tak sampai di kawasan, salahkan peruntukan dan salahkan kurang bahan. 

Tanya adakah usaha yang kita lakukan mendapat trafik? Adakah hujah yang kita suarakan itu boleh diterima dan bukan pemikiran poyo cara lama? Adakah olahan dan ulasan kita itu boleh mengubah pandangan pembaca atau mendiamkan pembangkang?
 
Jika Najib mengeluarkan slogan SO-LI-DA-RI-TI maka sudah masanya blogger dan FB berfikir mengenai KE-BER-KE-SA-NAN.

Dalam mahu melakukan muhasabah ini, usah lagi cuba fikir diri tak salah tapi orang lain bersalah. Fikir di mana diri itu kurang dan fikirkan cara nak baiki. 
 
Pasti masing-masing ada kekangan untuk lebih berefktif. Maka cari cara atasi dan bukan dok fikirkan apa alasan dan akhirnya mintak peruntukan jadi solution. Ada pelbagai platform dan fikirkan di mana kekuatand an kelemahan dan guna pelbagai platform untuk baiki.

Dalam hal ini, pihak yang mengatur dan bertanggungjawab harus sentiasa melakukan pernilaian balik samada cara yang dilakukan efektif.

Lepas Farhana, PM pula tegur blogger bangang

Posted: 29 Nov 2014 04:19 PM PST


Kriteria blogger bangang yang disebut adalah "blogger kita" yang makan gaji dari gomen tapi tembak Dato Najib dan "kita".

Apa nama blogger yang dok menembak tapi ambik gaji? Atau mungkin ia hanya komen yang am saja. Baca apa cili yang Parpukari kasi di SINI.

Kalau dah makan gaji, ikut sajalah majikan. Nak bebas, jangan ambik duit mana-mana. Nak jadi "loose cannon" beli peluru sendiri dan jangan mintak2 pelincir.


Satu lagi hal "friendly fire" ni, kenapa selalu sangat baik blogger atau FB suka tembak menembak sesama sendiri.

Ada saja2 suka buat kata2 yg buat kawan2 lain menyampah dan meluat. Ada suka claim credit, guna kerja orang tanpa beri rujukan sumber, dan ngaku macam2. Ada saja2 suka kritik kerja orang lain secara terbuka.

Ada yang dikatakan ambil hak orang. Dan ada juga ada dikatakan mudah percaya pada khabar angin dan cemburu mencemburui sesama sendiri.

Senang cakap ... kurangkan lah pergaduhan di alam maya yang boleh dibaca orang awam. Takkan sampai nak buka biro pengaduan alam maya.

 

Baru lepas ditegur Farhana, blogger kena tibai dengan Dato Najib. Takpa lah ... selalu.kita tibai orang tapi kali ni kita gentle lah bila ditibai.

Unspinners tak percaya Najib marah orang kritik dia tapi janganlah sampai jadi umpan pada pihak lawan.

Dalam hal ini, pegawai PMO atau menteri serta para menteri termasuk wakil rakyat dan pemimpin parti pun perlu lakukan sesuatu yang tidak jadi bahan umpan serangan pembangkang.

Blogger dan FBer pun manusia yg tahu fed up dengan mereka yang dok tembak kaki parti sendiri.

Zaharin kata orang UMNO telan tanah Pengkalan TLDM?

Posted: 29 Nov 2014 05:00 AM PST



Dengarnya GDV sampai RM10 billion ....

Hmmm ... nampajnya ada orang UMNO perlu diremajakan demi remajakan UMNO?

Jangan pula orang UMNO tak betul tapi parti UMNO yang kena.

Tak boleh ke dijadikan projek untuk manafaatkan Melayu yang dipinggirkan di Pulau Pinang samada dari segi keuntungan dan rumah mampu milik????

Orang pertama patut didakwa bawah Akta Hasutan adalah Anwar Ibrahim!!!

Posted: 29 Nov 2014 03:00 AM PST


Kenapa salah Blogger sukarela? Yang bergaji, PMO, Konsultan, Media dan Portal berita ...

Posted: 29 Nov 2014 01:00 AM PST


Dek ....

Jangan cakap lambat pertahankan Rosmah. Cepat tapi isu yang nak dipertahankan bukan saja Rosmah tapi banyak juga lain. Mana pula serangan yang perlu dibuat. Isu dijawab cepat tapi perlu ramai terlibat baru boleh viral.


Namun begitu, kenapa pula adik bebankan pada blogger yang buat kerja sukarela dan jika ada bantuan pun, ia hanya cenderahati bantu bayar sikit bil Internet. Bil talipon, Unifi, broadband dan kemaskini peralatan pun ditanggung sendiri tanpa ada bantuan dari Penerangan UMNO.

Mana pergi pegawai-pegawai di PMO? Dengan konsultan berbayar berjuta2 dari luar negeri? mana pula media perdana suratkhabar dan TV? Mana pula portal2 yang dibiayai? 

Lagi pula, mana pergi wakil2 rakyat dan pemimpin UMNO dan BN untuk bersuara supaya boleh dikutip media dan blogger/sosial media?

Kenapa pula blogger yang dibebankan?

Ada kala boleh segera dijawab kerana mudah dilihat. Ada kala fakta perlu dicari dulu. Mungkin tuduhan itu betul berlaku tapi kisah sebenar berlainan dari yang dikhabarkan.



Ginilah dek ... nak viral jawapan dan serangan perlu ramai terlibat. Cuba adik kumpulkan kawan2 di oversea itu dan bantau sambut jawapan2. Ambil dan olah balik dengan ulasan dan analisa kamu.

Cuma .... ingat sajalah. Asyik tulis dan pertahankan isu Rosmah pun tak boleh. Nanti dah dikatakan blog pembiayaan Rosmah dan hilang kredibiliti. Peperangan ini bukan perang untuk Rosmah saja tapi untuk alif ba ta melalui UMNO.

Adakala ianya membantu sebarkan isu yang tak tersebar. Ada kala ada sesuatu taktik lain yang dimainkan yang kita boleh terperangkap.

Di oversea tu agak2 boleh tahu ke?

MIMPI SENJA

0

Posted by Unknown | Posted on 11:26 PTG | Posted in

sumber :-

MIMPI SENJA


Abu Sayyaf Tangguh Penggal Kepala Mangsa Culik

Posted: 29 Nov 2014 05:39 PM PST

Diterbitkan: Ahad, 30 November 2014 9:10 AM

Pek Nyen menunjukkan gambar kenangan bersama suaminya.
KOTA KINABALU: Pengusaha ikan dalam sangkar, Chan Sai Chiun diberi tempoh selama 20 hari lagi walaupun kumpulan penculik Abu Sayyaf mengancam untuk memenggal kepalanya pada Ahad sekiranya wang tebusan sebanyak RM3 juta tidak dibayar.
Isterinya, Chin Pek Nyen berkata polis memaklumkannya bahawa kumpulan penculik tersebut memberi tempoh selama 20 hari lagi kepada pihak berkuasa untuk memenuhi permintaan tersebut.
"Mereka berjaya memujuk penculik tersebut untuk diberikan lebih banyak masa bagi mendapatkan wang untuk pembebasan suaminya," kata Pek Nyen pada Sabtu.
Namun, wanita berusia 42 tahun itu berkata penculik masih enggan membenarkan dia bercakap dengan suaminya dan berjanji hanya akan berbuat demikian dalam masa beberapa hari lagi.
"Kali terakhir saya bercakap dengan suami saya adalah empat bulan lalu dan saya teringin sangat mendengar suara.
"Saya berharap mreka akan terus menunaikan janji dan membenarkan saya bercakap dengan suami dalam masa beberapa hari lagi," kata Pek Nyen.
Sai Chiun diculik oleh sekumpulan lelaki bersenjata warga Filipina di kolam ternakan ikan miliknya pada pukul 12.45 tengah malam, 16 Jun lalu.
Seorang lagi warganegara Malaysia, Konstabel Zakiah Aliep yang juga anggota Pasukan Polis Marin (PPM) pula diculik sekumpulan lelaki bersenjata pada 12 Julai lalu ketika membuat meronda di sebuah resort di Pulau Mabul, Semporna.
Mereka masih lagi ditahan oleh kumpulan bersenjata itu di Jolo, selatan Filipina. - mStar

Utusan dakwa Ahmad Maslan ketua penerangan Umno paling lemah

Posted: 29 Nov 2014 04:19 PM PST

Utusan dakwa Ahmad Maslan ketua penerangan Umno paling lemah
Utusan Malaysia hari ini mendakwa Datuk Ahmad Maslan merupakan ketua penerangan Umno paling lemah ekoran terdapat program yang dilaksanakannya lebih berupa syok sendiri.
Pengarang akhbar berkenaan Zulkifli Jalil berkata, tanggapan itu diutarakan selepas terdapat pihak tertentu yang mendakwa Ahmad lesu dan tidak mencapai matlamat apabila penjelasan mengenai cukai barangan dan perkhidmatan (GST) kurang menyerlah dan difahami rakyat.
"Soksek-soksek mengatakan Biro Penerangan Umno diketuai Datuk Ahmad Maslan lesu hinggap di telinga penulis setahun dua ini. Kata 'mereka' dalam parti terutama bahagian, program penerangan lebih berupa 'syok sendiri'," tulis Zulkifli dalam rencana bertajuk "Syok sendiri? Ketua Penerangan Umno paling lemah?" yang disiarkan akhbar milik Umno itu hari ini.
"Tidak mencapai matlamat seperti mana diharapkan. Antaranya penjelasan mengenai Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) yang akan dilaksanakan beberapa bulan lagi ini (April 2015) - kurang menyerlah dan difahami rakyat. Ini sehinggakan ada tanggapan dilontarkan beliau 'ketua penerangan Umno yang paling lemah'," katanya.
Zukifli berkata, apabila beliau membangkitkan perkara ini kepada Ahmad, ahli Parlimen Pontian itu tidak begitu selesa dengannya.
"Diajukan soksek-soksek begitu ketika ditemui penulis sebelum perbahasan ucapan dasar presiden berhenti rehat untuk solat Jumaat, Ahmad kelihatan kurang selesa dan sekadar menyambutnya: 'Tak payah sebutlah'.
"Bagaimanapun, beliau akui keberanian perwakilan Umno menegur pemimpin dalam Perhimpunan Agung parti kali ini agak `lebih' berbanding tahun lalu. Mereka berani menegur dengan lantang, sambil Ahmad mengenal pasti wakil dari Perak, Pulau Pinang, Kelantan dan Melaka yang berbuat demikian," katanya seperti dilaporkan akhbar itu hari ini.
Zulkifli berkata, mengulas mengenai cadangan perwakilan Rembau yang mahu Biro Penerangan Umno mengadakan lebih banyak program di kawasan itu, Ahmad berkata kawasan berkenaan sudah diwakili pemimpin parti.
Katanya, Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Mohamad Hasan adalah ketua bahagian itu manakala Khairy Jamaluddin adalah timbalannya.
"Kita (Biro Penerangan) ada 4,500 program di seluruh 222 kawasan Parlimen, iaitu program paling banyak dalam sejarah Malaysia dan biro penerangan yang paling aktif dalam Umno," kata Ahmad kepada akhbar itu.
Ahmad yang juga timbalan menteri kewangan berkata, biro penerangan Umno mengadakan empat ceramah di setiap kawasan Parlimen bagi memberi penerangan mengenai GST.
Katanya, biro berkenaan sudah mencapai 70% dalam sasaran memberikan 888 ceramah di setiap bahagian Parlimen.
"Masalahnya kita dalam zaman IT ini segala maklumat di hujung jari, sekarang orang dah masuk aplikasi IT, tapi kita (biro) tetap turun padang juga.
"Saya tahu kadangkala ada dasar kerajaan kita tidak ada penjelasan diberi kepada rakyat. Sudah 5,300 program penjelasan GST dibuat setakat ini tapi kita masih usahakan lagi.
"Tak sampai (matlamat)? Mungkin kerana dia dok (duduk) di rumah. Kalau tv kita tak tengok, radio tak dengar, kita sediakan masuk dalam Internet pun orang tak cari, orang macam ini kita ketepikan saja," kata Ahmad seperti dilaporkan Utusan Malaysia. -TMI

Jihan Terkejut Dakwaan Singgung Orang Kenamaan

Posted: 29 Nov 2014 06:14 AM PST


..
Pelakon dan pengacara Jihan Muse terkejut dengan dakwaan penampilan wataknya sebagai Bik Susantik dalam filem Rumah Pusaka Di Simpang Jalan dikatakan mirip seorang kenamaan.
Walaupun Bik Susantik itu dikatakan berasal dari negara seberang, Indonesia, penampilannya dengan rambut kembang yang dilitupi selendang ala datin dalam karya Mamat Khalid itu dikatakan menyerupai seorang pemimpin wanita negara.
Baginya, tidak terlintas langsung watak yang didukungnya menyerupai individu kenamaan yang dimaksudkan.
"Sejujurnya, sebagai pelakon, saya mendukung watak ini sebaiknya. Karakter tersebut sangat unik dan mempunyai tarikan tersendiri untuk menarik audiens ke pawagam menontonnya.
"Ketika ditawarkan berlakon, selepas membaca skrip yang diberikan, tidak terfikir langsung akan ada isu yang dibangkitkan seperti ini. Mungkin sekadar kebetulan yang tidak dirancang atau disengajakan," jawab Jihan seperti yang dilaporkan Utusan.
Menurut Jihan, ketika di set penggambaran dan mengenakan kostum yang disediakan khas untuk watak itu, tiada seorang pun antara krew produksi menegur ia iras dengan sesiapa, apatah lagi seseorang yang dikenali.
Sementara itu, Mamat berkata setiap karya adalah sebuah filem cereka yang dihasilkan berdasarkan keadaan atau situasi sekeliling yang dekat dengan jiwa masyarakat setempat. Namun, watak-watak tersebut adalah sekadar rekaan semata-mata untuk menghiburkan penonton.
"Filem ini mengisahkan perihal pusaka yang diwarisi turun-temurun. Selalunya pusaka yang diwariskan berbentuk harta tetapi dalam filem ini, pusaka tersebut adalah saka. Justeru, disebabkan ia sebuah karya komedi dan suspen, pelbagai karakter dicipta untuk menambahkan kepelbagaian dari sudut plot penceritaan.
"Watak-watak tersebut adalah sekadar rekaan semata-mata untuk menghiburkan penonton, tidak ada kaitan dengan sesiapa yang hidup di muka bumi ini. Jadi, sekali gus tiada niat untuk menyinggung sesiapa. Kalau ada yang sama, ia tidak disengajakan," jelas pengarah itu.

Dialog Dewasa Kritik Berasa

0

Posted by Unknown | Posted on 11:07 PTG | Posted in

sumber :-

Dialog Dewasa Kritik Berasa


RAKAMAN VIDEO PASMA JATUHKAN HJ HADI

Posted: 29 Nov 2014 07:50 AM PST

Satu rakaman audio mendedahkan rahsia di sebalik tabir Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (PasMa) mula disebar.
Pendedahan itu dibuat oleh veteran PAS, Daeng Sanusi Daeng Mariok (Pak Daeng) dalam satu tazkirah lepas solat Maghrib
Bagi aktivis PasMa, Che Ibrahim Mohamed, pendedahan Pak Daeng itu seumpama PAS mahu melancarkan 'perang' terhadap NGO itu.
Pak Daeng menyebut tiga nama yang menjadi tunggak PasMa iaitu Dato' Wan Abd Rahim Wan Abdullah (PAS Kota Bharu), Datuk Husam Musa (ADUN Salor, Kelantan) dan Datuk Phahrolrazi Mohd Zawawi (ADUN Pengkalan Kundor,Kedah).
Menurut Pak Daeng, beliau tidak akan menyokong PasMa kerana mengenali tokoh-tokoh di belakang NGO itu.
"Siapa dia Cikgu Rahim (Wan Abd Rahim)..orang bukan sikit-sikit perasaan dalam PAS. Walaupun dia ketua kawasan (PAS) Kota Bharu tetapi masa depannya tidak ada di dalam PAS.
"Saya tahu masalah dia. Memang masalah betul. Bukan sikit-sikit masalah
"Husam Musa juga terlibat dengan PasMa, walaupun dia nafikan bahawa PasMa ditubuhkan bukan di rumah dia. Tak apa lah, tapi saya faham begitu. Dia (Husam) macam penggerak belakang PasMa/ Husam juga terpinggir dalam PAS kerana nampaknya tak berapa ada masa depan dia dalam PAS kerana dia telah melakukan banyak kesilapan-kesilapan dalam PAS.
"Termasuk Phahrolrazi, Presiden PasMa. Siapa dia Phahrolrazi ? Yang merebut jawatan Menteri Besar dengan ustaz Azizan ketika Allahyarham sakit itu, siapa dia ? Bukan dia ke ?," kenyataan Pak Daeng dipetik.
Pak Daeng merumuskan hampir keseluruhan yang terlibat dalam PasMa adalah mereka yang bermasalah dalam PAS.
"Pada saya, PasMa ini, Insya Allah tak panjang usianya dan pada saya orang yang menubuhkan dan mendokong PasMa ini (adalah) orang yang bermasalah dalam PAS dan dilihat mungkin tidak ada masa depan dalam PAS.
"Maka, dia nak juga jadi orang kuat, orang terkenal, maka ditubuhkan NGO lain, mudah-mudahan dia boleh jadi terkenal juga,"katanya lagi.

RAKYAT MARHAEN

0

Posted by Unknown | Posted on 9:40 PTG | Posted in

sumber :-

RAKYAT MARHAEN


Cabaran gerakan Islam di Malaysia

Posted: 29 Nov 2014 06:57 PM PST


Pengajian_Islam

oleh MUHAMMAD NAZREEN

"Cabaran kepada aktivis Islam di Malaysia adalah untuk menggunakan imaginasi mereka mencipta dan merumuskan aspirasi mereka dalam bahasa yang inklusif, bahasa yang boleh diterima, bahkan bahasa yang boleh menggembleng dan menggerakkan semua, tanpa kira agama dan bangsa, untuk memperjuangkan agenda yang disepakati" – Bahasa, Tumit Achilles (Khalid Jaafar)
Kesimpulan Khalid Jaafar terhadap gerakan Islam adalah kemahiran bahasa dan strategi komunikasi. Pada hemat beliau, kekangan bahasa yang inklusif dan terbuka menyebabkan wacana yang dianjurkan oleh golongan Islamis di Malaysia mandom dan tepu. Ada kalanya, intelektualnya mandul.
Telahan ini benar. Memang betul bahawa cabaran besar yang sedang dihadapi oleh aktivis Islam adalah mutu penyampaian bahasa yang tidak mesra golongan masyarakat yang ragam. Namun, suatu hal lain adalah – kesilapan gerakan Islam di Malaysia adalah tahap kearifan ilmu sosial yang terbatas. Mereka lebih senang berbicara di dalam bahasa 'teks' dan 'feqah' yang eksklusif– jadi, akses pada masyarakat umum itu terbatas, jika mereka bukan datang daripada kelompok Islamis.
Perbualan penulis dengan seorang ahli politik Indonesia, Kyai Maman Imanulhaq sedikit sebanyak membuahkan formula bagaimana Indonesia bangkit dengan kekuatan intelektual yang ditunjangi gerakan agama. Pesan Kyai Maman kepada penulis: "Islam tidak akan rebah jika umat Islam itu sedar bahawa kemanusiaan itu ditegakkan dahulu, sebelum jatuhnya hukum!"
Ditanya lebih lanjut tentang Islam di Indonesia, Kyai Maman – tokoh agama yang lahir daripada korpus pemikiran Nahdatul Ulama' menegaskan bahawa aktivis Islam di Indonesia itu harus menguasai tiga kitab pemikiran.
Pertama, kitab kuning. Kitab Kuning mewakili tradisi keilmuan dan pemikiran Islam klasik. Seorang agamawan itu harus menguasai tradisi dan budaya untuk membangun aspirasi. Kedua, kitab putih  mewakili penguasaan terhadap ilmu studi sosial seperti sains politik, sosiologi dan falsafah. Tanpa penguasaan 'kitab putih', Islam akan kekal sebagai teks yang beku dan kaku.
Read More / Baca Lagi >>

Perhimpunan Umno pupuk politik ketakutan, kebencian dan pembohongan

Posted: 29 Nov 2014 06:56 PM PST


perhimpunan_umno


GELANG PATAH: 30 NOV: Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2014 yang berlangsung sepanjang hujung minggu ini tidak lebih sekadar pertunjukan politik kotor yang memupuk ketakutan, kebencian dan pembohongan, kata Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang.
Katanya, tema PAU kali ini adalah bagi melahirkan pemikiran bahawa orang Melayu dan Islam kini diancam, dan bakal memberi kesan buruk kepada pembinaan bangsa.
"Politik ketakutan, kebencian dan pembohongan dengan rutin menghentam orang bukan Melayu amat merbahaya kepada pembinaan negara.
"Malah mereka hanya memupuk mentaliti 'terjajah', tanpa membenarkan pemikiran rasional dan pertanyaan tentang mengapa selepas 57 UMNO memerintah, Melayu dan Islam masih diancam," kata Kit Siang dalam program 'Dialog Kedai Kopi' di Gelang Patah, semalam.
"Jika selama lebih lima dekad pemerintahan UMNO hanya memburukkan kedudukan Melayu dan Islam, maka jawapannya adalah menyingkirkan UMNO dari Putrajaya, bukannya mengekalkan mereka," katanya lagi.
Seperti tahun-tahun sebelumnya, PAU sekali lagi menjadi medan UMNO menghentam kaum lain. Kali ini, perwakilan dari Pulau Pinang Datuk Musa Sheikh Fadzir mendesak slogan '1Malaysia' ditukar kepada '1Melayu'.
Masyarakat Cina menerima hentaman paling teruk, apabila perwakilan Wanita UMNO Kedah Datuk Mashitah Ibrahim memfitnah komuniti Cina di Kuala Kedah membakar naskah Al-Quran, manakala wakil dari Pulau Pinang Datuk Mohd Zaidi Said menuduh kejayaan masyarakat Cina di negeri itu kerana kegiatan haram dan jenayah.
Read More / Baca Lagi >>

Parti komponen BN kini dipinggirkan Umno

Posted: 29 Nov 2014 06:48 PM PST

Parti komponen BN kini dipinggirkan
Sekian lama Umno disifatkan sebagai parti hegemoni yang lebih berkuasa daripada parti komponen lain dalam Barisan Nasional (BN). Jika diteliti siri-siri perbahasan sepanjang Perhimpunan Agung Umno (PAU) 2014 membuktikan parti komponen BN seperti MCA, Gerakan, MIC, PBB dan Parti Rakyat Sarawak (PRS) tidak lagi memberikan keuntungan politik dalam gabungan itu.
Menurut laporan media, Naib Ketua Pemuda Umno Datuk Khairul Anwar Rahmat dalam ucapan perbahasannya di PAU menyelar kritikan-kritikan oleh pemimpin parti komponen BN yang menyatakan Umno merupakan parti rasis.
Beliau mencadangkan supaya pengerusi-pengerusi MCA, MIC ataupun Gerakan seharusnya mendapatkan restu daripada Umno terlebih dahulu sebelum diposisikan sebagai Ahli Majlis Tertinggi BN.
"Ini adalah untuk memastikan pemimpin-pemimpin (komponen parti BN) bukan sekadar jaguh kampung."
"Jikalau pengerusi parti-parti komponen ini berasa tidak senang hati, mereka boleh keluar daripada BN supaya dapat mengurangkan penderitaan BN," ujar Khairul Anwar.
Kenyataan Khairul Anwar membuktikan MCA, Gerakan, MIC, PBS, PBB adalah sekadar 'window-dressing' semata-mata bagi Umno dalam BN.
Sumbangan parti komponen lain sememangnya tidak dihargai. Walaupun Umno mendapat 88 kerusi (parti yang mendapat jumlah kemenangan kerusi terbesar) di Parlimen, tetapi Umno tidak mungkin dapat membentuk kerajaan persekutuan tanpa sokongan 14 kerusi daripada PBB, 7 kerusi daripada MCA, 6 kerusi daripada PRS, 4 kerusi daripada MIC dan lain-lain.
Tambahan lagi, Pengerusi Umno dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak juga turut mengakui rakyat di kubu kuat Umno di Johor juga terhakis apabila peratusannya menjunam teruk daripada 80% pada 2004 kepada 54% pada 2013.
Read More / Baca Lagi >>

Kalau doktor dalam amno pun otak dia camni, bayangkan macai dan yang totok tu camne?

Posted: 29 Nov 2014 06:30 PM PST


Akta Hasutan: Usaha Umno@BN kekal berkuasa

Posted: 29 Nov 2014 06:24 PM PST


KUALA KANGSAR - Tindakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengekalkan Akta Hasutan 1948 disifatkan sebagai usaha BN kekal berkuasa di negara ini.
Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu mendakwa, Najib mahu mengukuhkan akta itu bagi mengelak rakyat bangkit melawan mereka.
Menurutnya, Presiden Umno itu seorang yang lemah kerana menukar keputusan untuk memansuhkan Akta Hasutan selepas tindakan itu tidak dipersetujui ahli Umno dan beberapa parti komponen BN lain.
"Akta Hasutan boleh disalah guna. Najib janji untuk buat akta baharu, apabila ahli Umno melenting, dia tarik balik (keputusan untuk mansuhkan Akta Hasutan). Inilah pemimpin paling lemah yang pernah kita ada.

"Saya beri jaminan, kita akan gerakkan rakyat, lawan Akta Hasutan seperti mana kita lawan ISA dulu," katanya di sini, semalam.

Beliau turut menempelak sikap Umno yang kerap memainkan isu perkauman dalam usaha mendapatkan sokongan rakyat.
Katanya, parti itu sebenarnya takut dengan PR kerana tidak menyangka beberapa negeri seperti Selangor, Kedah dan Perak boleh jatuh ke tangan pembangkang.

"Umno kini sudah tiada ideologi, perjuangan mereka lebih banyak menyentuh isu perkauman kerana itu saja yang tinggal jadi 'modal' mereka," katanya.

Pengumuman Najib tidak boleh diguna pakai jika mahkamah putuskan Akta Hasutan tidak sah

Posted: 29 Nov 2014 06:22 PM PST

KUALA LUMPUR: Keputusan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak membatalkan keputusannya untuk memansuhkan Akta Hasutan 1948, tidak secara automatik menjadikan Akta itu kekal kerana kesahihannya dari segi perlembagaan sedang diputuskan oleh mahkamah.

Ini adalah pendapat peguam Gobind Singh Deo yang berkata sekiranya mahkamah membuat keputusan bahawa Akta Hasutan itu tidak sah, maka keputusan Najib untuk mengekalkan Akta itu tidak lagi relevan.

"Pengumuman Najib itu tidak akan ada apa-apa kesan jika mahkamah membuat keputusan bahawa Akta Hasutan itu tidak sah," kata Gobind ketika ditemui Astro AWANI.

Peguam Yusmadi Yusoff berkata, walaupun mahkamah bakal menentukan sama ada Akta Hasutan 1948 sah atau tidak, keputusan itu tidak akan menghalang Najib untuk kembali ke Parlimen untuk mendapatkan 'mandat' baru, dengan membuat versi baru Akta.

Yusmadi berkata sekiranya mahkamah membuat keputusan bahawa Akta Hasutan itu tidak sah, Najib mungkin akan membuat 'Akta Hasutan 2.0'.

"Perlu diingati bahawa mahkamah hanya akan membuat keputusan mengenai Akta Hasutan 1948. Najib masih boleh membuat versi baru Akta itu," katanya.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, ketika ucapannya pada Perhimpunan Agung UMNO berkata, pindaan ke atas Akta Hasutan 1948 akan dibentangkan di Dewan Rakyat pada persidangan akan datang.
Read More / Baca Lagi >>

Perihal UMNO mendaulatkan itu dan ini

Posted: 29 Nov 2014 05:27 PM PST

Oleh: Shirzad Lifeboat
Minggu lalu saya berada di Bali, Indonesia. Hampir setiap manusia yang ditemui adalah penganut agama Hindu. Beza mereka dengan penganut Hindu di Malaysia dan di tempat lain ialah mereka adalah berketurunan Melayu – Melayu Indonesia dan bertutur dalam bahasa Melayu (bahasa Melayu Indonesia).
Maka rumusan ringkasnya, apapun keadaan politik republik berkenaan, siapa dan parti apa yang memerintah sekalipun, Bahasa Melayu tetap menjadi penyatu kepada lebih daripada 252 juta penduduk Indonesia.
Mengetahui saya dari Malaysia, penyambut tetamu dan pelayan restoran hotel antarabangsa tempat saya menginap terus bertutur dalam bahasa Melayu walaupun mereka fasih berbahasa Inggeris. Hal ini berbeza dengan di Malaysia di mana orang Malaysia sendiri, tak kira dari keturunan apa sekalipun dan ketika bertutur dengan sama keturunan ketika berurusan di hotel, lebih-lebih lagi hotel bertaraf antarabangsa atau ketika membeli belah di kompleks membeli belah premium dan sebagainya lebih kerap bertutur dalam bahasa Inggeris seolah-olah bahasa Melayu tak laku, bukan bahasa kebangsaan, tidak difahami oleh kebanyakan rakyat Malaysia dan bukan bahasa yang boleh digunakan ketika berurus niaga.
Rumusan ringkasnya bahasa Melayu gagal menyatukan, walau hanya 30 juta penduduk, iaitu tidak sampai daripada 12 peratus dari penduduk Indonesia. Dan rumusan selanjutnya, UMNO yang begitu mendabik dada tentang mendaulatkan bahasa Melayu dan bercakap tentang itu dan ini mengenai perjuangan Melayu sejak Merdeka (malah sejak sebelum itu lagi) gagal merealisasikan matlamat bahasa Melayu sebagai alat penyatuan bangsa berbanding dengan Indonesia yang diperintah oleh parti silih berganti dan jarang-jarang bergimik tentang perjuangan bahasa Melayu.
Begitulah nasib malang yang menimpa bahasa Melayu di Malaysia berbanding di Indonesia. Dalam lain cakap pemimpin UMNO sejak Merdeka sehingga hari ini mengenai pendaulatan bahasa Melayu adalah 'cakap-cakap yang tak serupa bikin'.
 Seperti kebanyakan pengunjung Bali, antara destinasi menarik tentulah Pantai Kuta yang menganjung ke Laut Timor. Sebenarnya keindahan pantai ini tidak ada bezanya dengan keindahan pantai di Malaysia. Benar seseorang boleh melihat dan merakamkan foto mentari terbenam di u***** Barat. Tapi scenario seperti itu turut dapat dilihat di seluruh pantai Barat Malaysia terutama di pantai di Langkawi yang menganjung ke Laut Andaman.
Read More / Baca Lagi >>

Dato Dr Ustazah Mashitah Harus DiTarbiyah

Posted: 29 Nov 2014 05:25 PM PST

Oleh Sulaiman ibrahim

Kenyataan dato dr mashitah berkenaan dgn wujudnya ust n ustazah ekspres tempohari di pwtc sempena perhimpunan agung UMNO telah menimbulkan kekecewaan dikalangan artis2 yg dh berhijrah dan yg ingin berhijrah utk mendekati islam.
Dakwah itu adalah tangungjawab bersama diantara kita dan tidak semestinya seorang pendakwah yg ingin menyampaikan kebaikan memerlukan diploma ,master atau phd utk menjalankan dakwah yg ingin disampaikan.Walaupun sepotong ayat al quran disampai kan kpd insan lain itu adalah dakwah dari diri kita sndri dan juga utk kebaikan rg lain. Pendapat sy dato dr ustzah mashitah harus d tarbiyah kn semula oleh golongan ulama/umara memandang kn kenyataan2 yg dibuat olehnya sblm ini byk mengundang kekecelaruan di kalangan umat islam terutamanya org melayu d malaysia.
Kenyataan yg menampakkan riak , bangga diri dan polemik politik yg d keluarkn oleh beliau tidak mencermin kn diri nya itu sbg seorang ilmuan islam yg tinggi ilmunya. Sy menghormati ilmu yg beliau miliki tetapi dengan memperlekehkan golongan artis yg berhijrah dgn menggelarkan sbg ust dan ustzah ekspres itu adalah sesuatu yg tidak bijak dan relevan.
Artis yg berhijrah dan memilih idealogi politik lain dari parti umno bukanlah ingin menjadi ustaz dan ustazah sebaliknya hanya ingin mendekati golongan agamawan untuk mendalami ilmu.sedangkan didalam umno itu sendiri gagal mentarbiyah ahlinya dengan begitu baik samada dari peringkat dalaman ataupun luaran.
Jika berpolitik ingin mendapat pengaruh dan juga kuasa jgn lah sampai mempersendakan penyampaian agama dan jgk penghijrahan artis2 d malaysia ini utk menjalankan dakwah dan siasah walaupun berbeza pandangan politik.
Kami mohon Datuk Dr ustazah Mashitah memohon maaf secara terbuka dengan atau berjumpa bertentangan mata dengan golongan artis yg berhijrah ini untuk berkongsi pendapat dan ilmu diantara satu sama lain.sekiranya beliau ingin berforum sepentas berkenaan isu dakwah, hijrah dan siasah politik islam bersama dengan artis2 yg dituduh ustaz dan ustazah express,kami bersedia untuk sepentas dengan beliau.

Sulaiman ibrahim ( LEMAN RAJA LAWAK )
Bekas peserta rancangan realiti tv
astro RAJA LAWAK 5
AJK Lajnah Politik DPPP

Najib Kata Kembalikan Tanah Rizab Melayu..!! Siapa Yang Gadai Tanah Rizab Melayu Sejak Merdeka....

Posted: 29 Nov 2014 05:06 PM PST

Di mata Najib, blogger pro-Umno serang Umno ‘bangang’

Posted: 29 Nov 2014 03:32 PM PST

Amin Iskandar

Antara yang menarik dalam ucapan penggulungan Datuk Seri Najib Razak semalam adalah apabila beliau mengatakan blogger pro-Umno yang menyerang kembali parti Melayu itu sebagai "bangang". Menurut presiden Umno itu, blogger-blogger ini seharusnya memfokuskan serangan kepada parti-parti pembangkang kerana mereka harus ingat siapa yang membiayai mereka. "Bloggers kita ini cari makan dengan siapa? Pergilah tembak pembangkang.
 "Itu cara kita hendak menang dalam peperangan. Jangan perang sesama sendiri. Tidak masuk akal. Bangang," katanya semasa berucap di Perhimpunan Agung Umno di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di Kuala Lumpur semalam. Selain menyerang kembali blogger-blogger yang mengkritik Umno ini, Najib sebenarnya secara tidak langsung memberikan pendedahan terbuka partinya membiayai kumpulan ini.
Sekian lama blogger-blogger pro-Umno ini menafikan mereka dibiayai (walaupun sudah menjadi rahsia terbuka) untuk mempertahankan kerajaan daripada serangan di media sosial, ucapan Najib semalam secara tidak langsung memberi "peluru" untuk golongan ini diserang di media sosial. "Pecah tembelang...."Bloggers kita ini cari makan dengan siapa? Pergilah tembak pembangkang. Itu cara kita hendak menang dalam peperangan. Jangan perang sesama sendiri. Tidak masuk akal. Bangang," BANGANG... BANGANG... BANGANG... BANGANG... HA HA HA," tulis pengguna Facebook bernama Kassim Baba.
Sementara pengguna Facebook Mat Indra pula menulis: "Hahaha blogger Umno cari makan rupanya... upah tak cukuplah tu Datuk Najib. Up lah sikit." "MasyaAllah londeh aib sendiri akhirnya! Ingatkan cerdik... kalau ye pun, PM jangan londeh dalam perhimpunan agong yang semua orang tengok! Mak aii... ingat lepas ni lagi ganas pula blogger serang balas! Hehehe," tulis pengguna Facebook yang menggunakan nama Biaq Betoi. Di Twitter @AbdMalekHusin menulis:
"Bukan kita yang kata, Presiden Umno yang kata, "Blogger Umno bangang!" ♫ Beginilah nasib diriku yang malang... oh Tuhan ♫." "Sebelum tidur nak peringat sekali lagi ye 'Blogger pro-Umno ni BANGANG!!' - kata #NajibRazak . Selamat malam," tulis @RoslanKz di Twitter.
Dari segi sejarahnya, Umno dan Barisan Nasional (BN) mula memfokuskan untuk mempunyai pasukan bloggers selepas Pilihan Raya Umum ke-12 (PRU12) pada 2008 kerana merasakan mereka hilang majoriti dua pertiga di Dewan Rakyat apabila meninggalkan dunia siber.
Selepas itu, selain mempunyai pasukan bloggers, pimpinan-pimpinan Umno dan BN juga mula membuka blog kerana kepercayaan mereka akan mendapat sedikit "saham" sokongan daripada pengguna Internet yang sebelum ini hanya dimanfaatkan pemimpin pembangkang.
Read More / Baca Lagi >>

PAU2014: Al Kisah "BANGANG"

Posted: 29 Nov 2014 03:14 PM PST

Datuk Seri Najib Razak menyelar sikap blogger pro Umno yang menyerang kembali pemimpin parti Melayu itu dan kononnya bersifat "friendly fire".

Presiden Umno itu berkata, blogger pro Umno perlu melakukan tindakan sebaliknya dengan menyerang pemimpin pembangkang kerana mereka perlu tahu pihak mana yang membiayai mereka.
"Saya setuju kata Datuk Zahid yang kata bloggers kita ni kadang-kadang tembak kita. Dalam istilah perang, friendly fire. Friendly fire is not friendly," kata Najib merujuk kepada Naib Presiden Umno Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.


"Bloggers kita ni cari makan dengan siapa? Pergilah tembak pembangkang. Itu cara kita nak menang dalam peperangan. Jangan perang sesama sendiri. Tak masuk akal. Bangang," katanya semasa berucap di Perhimpunan Agung Umno di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di Kuala Lumpur hari ini.




Datuk Seri Najib Razak menyelar sikap blogger pro Umno yang menyerang kembali pemimpin parti Melayu itu dan kononnya bersifat "friendly fire". Presiden Umno itu berkata, blogger pro Umno perlu melakukan tindakan sebaliknya dengan menyerang pemimpin pembangkang kerana mereka perlu tahu pihak mana yang membiayai mereka. "Saya setuju kata Datuk Zahid yang kata bloggers kita ni kadang-kadang tembak kita. Dalam istilah perang, friendly fire. Friendly fire is not friendly," kata Najib merujuk kepada Naib Presiden Umno Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi. "Bloggers kita ni cari makan dengan siapa? Pergilah tembak pembangkang. Itu cara kita nak menang dalam peperangan. Jangan perang sesama sendiri. Tak masuk akal. Bangang," katanya semasa berucap di Perhimpunan Agung Umno di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di Kuala Lumpur hari ini. Dalam perkembangan lain, Najib mengumumkan Indeks Syariah Malaysia yang digerakkan Universiti Islam Antarabangsa dan Jakim akan dibentangkan pada Februari selepas mendapat pandangan pakar Islam. Katanya, apabila Indeks Syariah itu diperkenalkan kelak, ia boleh dipanjangkan ke negara Islam lain supaya tidak ada sesiapa yang boleh menyangkal negara di bawah Umno benar-benar menegakkan Islam. "Bagaimana kita nak cari satu penilaian yang boleh menggambarkan hala tuju yang dibawa Umno dari dulu hingga sekarang berpandukan kepada tuntutan Islam sebenar? "Maka lahirlah cadangan kita buat Indeks Syariah yang akan buat penilaian negara di bawah Umno ini menjaga agama, akal, keturunan, nyawa dan harta (iaitu) lima tuntutan maqasid syariah," katanya.

Make Money at : http://bit.ly/copy_win

Arabs to present draft on Palestinian state to U.N. Security Council

Posted: 29 Nov 2014 03:08 PM PST

The future of Egypt after the Mubarak verdict

Posted: 29 Nov 2014 03:00 PM PST

Anti-Mubarak protesters denounce court ruling

Posted: 29 Nov 2014 03:00 PM PST

Tahrir Square breaks out in clashes after Mubarak acquitted

Posted: 29 Nov 2014 02:59 PM PST

Egyptians divided over Mubarak verdict

Posted: 29 Nov 2014 07:53 AM PST

Wanita Umno bimbang tanah rizab terhakis..Siapa rompak dan gadai...!!!

Posted: 29 Nov 2014 06:46 AM PST

Ketua Wanita Umno Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil sekali lagi meyuarakan kebimbangan pergerakan itu berhubung tanah rizab Melayu terhakis termasuk di negeri-negeri yang tidak diperintah oleh BN.
 
Beliau berkata pihaknya khuatir mana-mana kerajaan negeri menggunakan "alasan teknikal" untuk memiliki tanah rizab melayu sehingga tanah itu terhakis.
 
"Sehubungan itu, kita minta Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) menguruskan (satu) pindaan perlembagaan untuk memberi kuasa Peguam Negara sebagai 'custodian' untuk berkuasa membuat petisyen di mana tidak ada ganti wajib atau ganti semula kepada tanab rizab Melayu.
 
"Kita takut nanti ia akan dituntut oleh waris kita sebelum ini kerana kita gagal mewariskan sebuah negara kepada orang Melayu," katanya ketika menyampaikan ucapan penggulungan di perhimpunan agung Umno di PWTC hari ini.
 
Selain itu, Shahrizat memberi amaran bahawa pihaknya tidak akan berkompromi sebagai jentera politik untuk mempertahankan keluhuran perlembagaan dan kontrka sosial.
 
Read More / Baca Lagi >>

Batu api dah biasa dalam Umno kata Najib

Posted: 29 Nov 2014 06:35 AM PST

KUALA LUMPUR: "Jadi batu api sikit-sikit tak apa, dah biasa dalam Umno," ujar Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak ketika menyampaikan ucapan penggulungan pada perhimpunan agung parti itu di PWTC, petang tadi.
Beliau menyatakan demikian mengenai Akta Hasutan yang dikekalkan.
Katanya, akta itu ditokok tambah dan akan dibawa ke persidangan Parlimen akan datang.
Sehubungan itu, beliau meminta pihak polis, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dan Peguam Negara supaya mempunyai kuasa pendakwaan.
"Kita minta ketegasan daripada Peguam Negara, polis buat siasatan rapi, SKMM buat siasatan sewajar supaya kita bagi isyarat jelas, tiada siapa harus takut dan bimbang kalau tidak melanggar undang-undang negara kita," ujarnya.
Justeru, katanya tiada sesiapapun harus takut dengan akta itu jika tidak mengapi-apikan dan menghasut orang.

Najib worries his solidarity call will go unheeded

Posted: 29 Nov 2014 06:23 AM PST

There's concern among the old guards that they will be ousted by the party's decision to rejuvenate itself and give more space to the Youth and Puteri wings.

najib 10KUALA LUMPUR: Umno President and Prime Minister Najib Abdul Razak sounded a note of caution during his closing speech at the Umno General Assembly that his call for the party to forge unity of purpose under the solidarity theme for this year will go unheeded.
"It seems that the General Assembly this year is a little different from that in previous years," said Najib. "The focus seems to be only on the Sedition Act 1948. But I am glad that the speeches by various leaders reflect the solidarity theme."
He explained that he had to qualify his earlier pledge to abolish the Sedition Act because he also had a duty to ensure that there was no animosity between different communities and religions in the country.
"No one need fear the Sedition Act if they are not instigating anyone or any group," he pledged. "A little batu api (poking fire) now and then is okay. We all do it, batu api."
"We can't be pre-occupied with rhetoric and polemics between different communities and religions. We have other things to do to take the country forward. There's no such thing as absolute freedom."
Mark Koding of Sabah, in his maiden speech in Parliament in 1978, called for the closure of vernacular schools, recalled Najib. "He was charged and convicted of sedition in 1982."
He hastened to assure that under the Federal Constitution he had no power to direct the Attorney General (AG), but expressed the hope that he (AG) and the others like the police and the Malaysian Communications and Multimedia Commission (MCMC) would work together on the sedition issue.
Solidarity is key to Umno's relevance 
Returning to the solidarity theme, he noted that there has been criticism that the term will not be easily understood by the folks in the kampungs.
He begged to differ.
An example of the lack of solidarity, he continued was the concern among the old guards that they will be ousted by the party's decision to rejuvenate itself and give more space to the Youth and Puteri wings.
Read More / Baca Lagi >>

Don't worry Muhyiddin, Umno already has 'WOW' factor - altho not in the way you imagined!

Posted: 29 Nov 2014 06:21 AM PST

Don't worry Muhyiddin, Umno already has 'WOW' factor - altho not in the way you imagined!Umno's 'achievements' have already prompted many to repeatedly exclaim "wow!" – though not in the way the party may have hoped.
Muhyiddin has been going around the country begging Umno divisions and branches to bring back the "wow factor" into Umno.
A prize of RM10,000 is offered to the winning ideas that would make the people go, "Wow! Umno has changed," and prompt them to support Umno.
Through various undemocratic means the Umno-dominated Allirance/Barisan Nasional has held on to power for 57 long years. Though the country was going down in every area of national endeavour, the Alliance/Barisan Nasional won 11 elections with a two-thirds majority in Parliament.
Only in the 12th general election in 2008 and the 13th election in 2013 was this broken. Umno can keep the RM10,000 prize money for the "wow factor" because it already has plenty of it.
Thinking Malaysians are well aware of the following:

· Umno is responsible for the erosion of the 1957 Constitution drafted by the Reid Commission. More than 60 amendments have not only destroyed its secular nature but also trampled upon human rights and civil liberties such as freedom of speech, freedom of assembly and freedom of the print and electronic media. It is politically clever of Umno. Wow!
· Umno is perceived to have undermined the Social Contract agreed upon by Umno, the MCA and the MIC prior to independence. Once equal partners, the MCA and MIC 'sold out' the rights of the non-Malays and became subordinate and subservient to Umno. It was politically clever of Umno. Wow!
· In 1963 Sabah and Sarawak helped to form Malaysia. They came in as two separate and major entities, but Umno politicians have often glibly said they joined Malaysia! The Umno-dominated BN undermined the 20-point Agreement on Sabah and the 18-point Agreement on Sarawak. Now Sabah and Sarawak are considered to be merely two states within Malaysia.
The Umnoputeras and their cronies have plundered the wealth of these two entities, grabbed Native Customary Rights land in the name of development and exploited its rich oil fields with a pittance in royalty by Petronas to them.
Some 46 per cent of the population in Sarawak are Christian, but they are frequently treated as a minority and their bibles were confiscated (and only later released without an apology).
In Sabah, Project M has tilted the demographic composition of the population: illegal Muslim immigrants from Indonesia and the Philippines have given Sabah Muslim-majority status.
Despite all this, Sabah and Sarawak are considered "fixed deposits" for the Barisan in every general election. It is politically clever of Umno. Wow!
Read More / Baca Lagi >>

'Kami telah tiada waktu itu, jagalah perjuangan ini' - Kak Lah

Posted: 29 Nov 2014 06:13 AM PST


KUALA KANGSAR: Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat, Siti Zailah Mohd Yusoff meminta kepimpinan muda menjaga PAS dengan baik agar parti itu terus mantap pada masa hadapan.
Beliau turut berharap agar kepimpinan muda yang akan menerajui PAS dalam tempoh 63 tahun akan datang menghayati pengorbanan kepimpinan terdahulu yang membawa parti ke tahap sekarang.
"Kepada pimpinan muda serta anak muda yang ada sekarang di dalam PAS, saya menyeru agar mereka menjaga parti ini dengan baik.
"Pengorbanan pimpinan terdahulu sangat besar untuk mereka bawa PAS sehingga tahap sekarang, ini yang sepatutnya pimpinan muda hargai," katanya ketika ditemui pada Sambutan Ulang Tahun PAS ke-63 di sini, hari ini.
‎Ahli Parlimen Rantau Panjang itu turut berpesan agar anak muda beristiqamah meneruskan perjuangan dan menghadapi cabaran dengan penuh kesabaran.

"‎Remaja yang lahir hari ini, untuk 63 tahun akan datang akan jadi pemimpin dan kami semua telah tiada pada waktu itu.
"Jagalah perjuangan ini sebab perjuangan yang dibina sebelum ini penuh dengan cabaran, bukan setakat keringat tetapi turut disulami air mata dan ada yang terkorban dalam menegakkan perjuangan Islam," sambung beliau.
Beliau juga berharap agar pemimpin akan datang mengambil pengalaman mereka sebelum ini sebagai panduan untuk memelihara PAS pada masa hadapan.

PAS akan terus perkasa Majlis Presiden PR

Posted: 29 Nov 2014 06:02 AM PST

Pesanan KDM PAS kepada pemimpin muda

Posted: 29 Nov 2014 06:02 AM PST

Rugi tak kenal PAS dari dulu - Abby

Posted: 29 Nov 2014 06:01 AM PST

Blogger Umno bangang, serang kita balik, kata Najib...bangang..ha..ha..ha...!!!

Posted: 29 Nov 2014 04:40 AM PST

Datuk Seri Najib Razak menyelar sikap blogger pro Umno yang menyerang kembali pemimpin parti Melayu itu dan kononnya bersifat "friendly fire".
Presiden Umno itu berkata, blogger pro Umno perlu melakukan tindakan sebaliknya dengan menyerang pemimpin pembangkang kerana mereka perlu tahu pihak mana yang membiayai mereka. 
"Saya setuju kata Datuk Zahid yang kata bloggers kita ni kadang-kadang tembak kita. Dalam istilah perang, friendly fire. Friendly fire is not friendly," kata Najib merujuk kepada Naib Presiden Umno Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

"Bloggers kita ni cari makan dengan siapa? Pergilah tembak pembangkang. Itu cara kita nak menang dalam peperangan. Jangan perang sesama sendiri. Tak masuk akal. Bangang," katanya semasa berucap di Perhimpunan Agung Umno di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di Kuala Lumpur hari ini.