Followers

Nuffnang

MIMPI SENJA

0

Posted by Unknown | Posted on 11:30 PTG | Posted in

sumber :-

MIMPI SENJA


Hishammudin Rais Kemuka Notis Tuntutan Susulan Tayangan Video 'Hasutan'

Posted: 28 Nov 2014 09:44 PM PST


Diterbitkan: Sabtu, 29 November 2014 10:18 AM
Klip video diselitkan ketika Presiden Umno menyampaikan ucapan dasar presiden pada hari pertama perhimpunan, Khamis lalu.
KUALA LUMPUR: Aktivis sosial Hishammuddin Rais memulakan proses tindakan undang-undang terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak kerana menyiarkan video yang menampilkan dirinya dan beberapa rakannya pada Perhimpunan Agung Umno (PAU), Khamis lalu.
Video itu menggambarkan Hishamuddin dan Datuk S Ambiga serta Adam Adli yang dikatakan terbabit dalam aktiviti menghasut.
Peguamnya, Daim dan Gamany menerusi notis tuntutan mengarahkan Najib yang juga Presiden Umno untuk menghentikan tayangan, pengedaran klip video itu pada perhimpunan tahunan berkenaan.
Hishamuddin dalam kenyataannya pada Sabtu berkata, penayangan video itu boleh mempengaruhi keputusan mahkamah terhadap perbicaraan kes membabitkannya mengikut Akta Hasutan.
"Notis tuntutan itu bagi memberi amaran kepada Najib supaya berhenti menyebarkan klip video berkaitan saya yang ditayangkan pada Perhimpunan Agung Umno," katanya.
Menerusi notis tuntutan itu dinyatakan, Perdana Menteri telah 'mewujudkan suasana benci dan prejudis terhadap anak guam kami (Hishamuddin)."
"Jika gagal mematuhinya, kami telah mengarahkan supaya tindakan undang-undang diambil," katanya.
Pada Khamis, sebelum Najib mengumumkan untuk mengekalkan Akta Hasutan 1948 ketika menyampaikan ucapan dasar presiden pada perhimpunan parti berkenaan,  ditayangankan klip video berkaitan pelbagai dakyah yang disebarkan melalui media sosial berunsur hasutan termasuk membabitkan aktivis sosial Hishammuddin dan bloger seks, Alvin Tan.
Hishamuddin, 63, didakwa mengikut Akta Hasutan tahun lalu selepas bertindak untuk menjatuhkan kerajaan dengan mengadakan demonstrasi pada 13 Mei selepas pilihan raya umum ke-13.

Pampasan RM2.6 juta hanya dibawa ke Selcat jika semua pihak setuju

Posted: 28 Nov 2014 07:34 AM PST

pada 28-11-2014 03:11 Ditulis Oleh Nur Atiqah Abd Samad
Post Pic

SHAH ALAM: Kontroversi isu pampasan bernilai RM 2.6 juta melibatkan bekas pembantu Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim akan dibincangkan oleh Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan (Selcat) selepas selesai sidang DUN kali ini.
Namun menurut Speaker DUN Selangor yang juga Pengerusi Selcat, Hannah Yeoh isu tersebut hanya akan disiasat sekiranya jawatankuasa yang lain bersetuju dan keputusan itu akan diumumkan ketika sidang DUN yang akan bermula pada Mac tahun depan. 
"Kami mempunyai peraturan tetap semasa sidang dewan berjalan jawatankuasa pilihan (Selcat) tidak boleh bermesyuarat.
"Oleh itu jawatankuasa Selcat akan bertemu dan bermesyuarat selepas sidang dewan. 
"Kami akan bermesyuarat dan akan membuat keputusan samada kami akan menyiasat perkara ini atau tidak. Tetapi kami memang bersedia untuk melihat kes ini, samada kita nak jalankan penyiasatan itu terpulang kepada jawatankuasa Selcat yang dipengerusikan oleh saya sendiri," katanya pada sidang media di Lobi SUK sebentar tadi.
Beliau menjangkakan perbincangan itu diadakan pada Disember ini.
Semalam Menteri Besar Azmin Ali memberitahu bahawa kerajaan negeri tidak mempunyai masalah sekiranya Laporan Audit Negara mahu menyiasat mengenai bayaran pampasan jika Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) Selangor memberi kebenaran. 
Terdahulu Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebelum meletak jawatan sebagai Menteri Besar Selangor dan juga merupakan Ahli Lembaga Pengarah MBI, meluluskan peruntukan sebanyak RM2.6 juta kepada lapan pegawainya.
Antara yang menerima pampasan tersebut adalah bekas Ketua Eksekutif (CEO) MBI, Faekah Husin menerima hampir RM700,000 sementara setiausaha akhbar Khalid, Arfa'eza Abdul Aziz menerima sejumlah RM400,000 manakala setiausaha politiknya pula, Mustapa Mohd Talib menerima pampasan bernilai RM265,000.
Dalam sidang media yang sama Hannah yang juga Pengerusi Jawatankuasa Hak dan Kebebasan akan membincangkan mengenai bayaran tunggakan gaji ADUN-ADUN yang pernah digantung sebelum ini.
Hal ini dibincangkan sebagai menghormati keputusan Mahkamah Persekutuan pada 3 November lalu, yang mengarahkan Parlimen membayar gaji dan imbuhan yang ditahan dari ahli Parlimen Puchong Gobind Singh Deo semasa beliau digantung selama setahun pada 2009. 
"Kesediaan DUN membayar gaji bekas-bekas ADUN yang (pernah) digantung tanpa gaji, memandangkan kes Gobind Singh di Mahkamah Persekutuan. Beliau telah menang kes tersebut bahawa beliau memang mempunyai hak untuk mendapatkan gaji.
"Pihak eksekutif semalam seperti yang dijawab oleh MB, eksekutif memang bersedia untuk menghormati keputusan Mahkamah Persekutuan tetapi keputusan ini perlu dibuat oleh legislatif bukan eksekutif. Oleh sebab itu MB kata akan memulangkan kes ini kepada legislatif untuk dikaji.
"Jawatankuasa yang patut mengkaji adalah Jawatankuasa Hak dan Kebebasan, sama seperti Selcat. Kami hanya boleh bermesyuarat selepas sidang DUN tamat," beliau menambah keputusan perbincangan ini juga akan diputuskan dalam sidang DUN pada Mac.
Antara ADUN yang pernah digantung adalah ADUN Sg Pinang Datuk Teng Chang Kim, bekas ADUN Sg Panjang Dr Khir Toyo, bekas ADUN Batang Kali Isa Abu Kasim, bekas ADUN Seri Serdang Datuk Satim Diman, bekas ADUN Sabak Datuk Warno Dogol, bekas ADUN Dengkil Datuk Marsum Paing dan bekas ADUN Hulu Bernam Datuk Mohamad Idris Abu Bakar.

Perwakilan: Blogger UMNO lambat pertahan Rosmah

Posted: 28 Nov 2014 04:16 AM PST

Perwakilan: Blogger lambat pertahan Rosmah
Seorang wakil siswa Umno menegur penulis blog dari kalangan parti itu yang didakwa lambat bertindak balas ke atas tulisan dari kem lawan mereka untuk mempertahankan isteri perdana menteri Datin Seri Rosmah Mansor.
Wakil Kelab Mahasiswa Luar Negara, Nur Farhana Mohd Anuar berkata beliau bimbang jika kelemahan itu akan memberi kelebihan kepada pihak lawan.
Beliau membangkitkan kebimbangan mengenai tindakan "penulis blog pembangkang" yang menurutnya menyebarkan maklumat dan dakway palsu mengenai Datuk Seri Najib Razak.
"Ini termasuklah Datin Rosmah Mansor yang bukan sebagai ahli politik, penulis blog (pembangkang) juga menyerangnya saban hari tanpa rasa simpati.
"Namun acap kali serangan ini, lambat diserang balas oleh penyokong Umno kerana rangkaian blogger pro-Umno yang terhad.
"Lebih malang lagi, kita tolong kongsi dakyah pembangkang ini," kata Nurfarhana ketika membahaskan usul ucapan dasar presiden di Perhimpunan Agung Umno di PWTC.
Beliau berkata pihaknya bertekad sedia menjadi pembela untuk mempertahankan pemimpin negara daripada terus diperlekehkah oleh media sosial pembangkang.
Nur Farhana berkata pihak yang lebih agresif dalam penyebaran data lebih mudah menakluki pembaca dan beliau mengakui pemimpin Umno ketinggalan untuk menguasai maklumat dengan pantas.
"Dan pihak yang berjaya memenuhi tuntutan itu lebih cenderung, lebih berjaya dalam penyebaran berita sama ada benar mahupun yang palsu.
"Justeru itu setiap persepsi diterima sebagai fakta atau realiti walaupun ia sebenarnya palsu," katanya. -M'kini

Lim: Pemimpin Umno yang beli dan jual tanah Melayu di Pulau Pinang

Posted: 28 Nov 2014 02:33 AM PST


Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng memberitahu hadirin Melayu di satu majlis di Bayan Baru semalam bahawa pemimpin Umno Pulau Pinang yang membeli dan menjual tanah mereka.
Lim berkata Umno telah memfitnah DAP dan kerajaan Pulau Pinang, dengan berkata parti itu telah membeli tanah di Balik Pulau, pada apa harga sekalipun, untuk "menghalau orang Melayu".
Katanya, pemimpin dari Umno yang mengkhianati orang Melayu dengan menjual tanah mereka untuk mendapat keuntungan.
Lim menegaskan demikian ketika berucap kepada hadirin di majlis itu untuk meraikan penjaja Melayu Bukit Gedung yang memenangi anugerah peringkat kebangsaan tahun ini bagi kebersihan, keselamatan dan kesihatan.
Lim menuduh Umno berbohong kerana DAP tidak pernah membeli walau seinci pun tanah di Balik Pulau.
DAP hanya membeli sebuah bangunan di Rangoon Road di George Town untuk dijadikan ibupejabat parti itu di Pulau Pinang, katanya.
Lim berkata demikian sebagai menjawab perwakilan Wanita Umno, Rohaya Abu Ismail yang mengecam DAP dan kerajaan Pulau Pinang kerana didakwa "menindas orang Melayu" di negeri ini, terutama dalam soal tanah dan rumah.
Rohaya mendakwa DAP mempunyai "agenda tersembunyi" untuk menghalau orang Melayu dari Balik Pulau.
Lim kemudian memberikan satu contoh kes di Kampung Terang, Balik Pulau, di mana 10 ekar tanah telah dibeli pada 31 Januari 2012 pada harga RM8.6 juta.
Plot itu telah dibeli dari lebih 31 pemilik tanah oleh Maison Height Sdn Bhd, katanya.
Tiga bulan kemudian, katanya, pada 16 Mei, plot tanah yang sama, telah dijual pada harga RM13.5 juta, dengan keuntungan sebanyak RM5 juta, kepada pihak ketiga.
Lim mendedahkan bahawa Maison Height dimiliki ketua Umno Bukit Mertajam, Datuk Musa Sheikh Fadzir dan Ketua Umno Bukit Gelugor, Datuk Omar Faudzar.
Katanya, kedua-dua pemimpin Umno itu perlu dikecam kerana mengaut keuntungan daripada penjualan tanah Melayu di Balik Pulau.
"Sebaliknya, saya telah dipersalahkan walaupun saya tak dapat satu sen pun," katanya.

Kekal Akta Hasutan, Najib terus kongkong kebebasan rakyat bersuara

Posted: 28 Nov 2014 01:30 AM PST

KUALA LUMPUR 27 NOV: Gerakan Hapus Akta Hasutan (GHAH) mengecam tindakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang memungkiri janjinya untuk memansuhkan Akta Hasutan.
"Keputusan Najib mengekalkan Akta Hasutan yang didakwa melindungi kesucian Islam dan agama lain serta menangani gesaan sebilangan pihak untuk memisahkan Sabah, Sarawak jelas berniat jahat.

mulut zip
"Akta kuno ini secara berleluasa telah disalahguna untuk menahan ahli politik, aktivis dan sesiapa saja yang mengkritik kerajaan.
"Keputusan Najib ini akan lebih mengongkong kebebasan bersuara dan berekspresi, sekaligus menjadikan masa depan rakyat bertambah suram di bawah pemerintahan tidak demokratik," kata GHAH dalam kenyataan.
Najib mengumumkan Akta Hasutan 1948 akan dikekalkan dalam ucapan perasmian Perhimpunan Agung Umno semalam.
GHAH menyeru Najib agar menghormati norma demokrasi, kedaulatan undang-undang dan bertanggungjawab kepada seluruh rakyat terhadap janji yang pernah berkali-kali beliau taburkan sebelum ini.
"Najib perlu ingat bahawa beliau telah berulang kali berjanji untuk memansuhkan Akta Hasutan dan janji itu harus dikotakan," kata GHAH lagi.
Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=64316

Belantan

0

Posted by Unknown | Posted on 11:28 PTG | Posted in

sumber :-

Belantan


UMNO jamin kelangsungan solidariti untuk pastikan negara aman - Najib!

Posted: 28 Nov 2014 09:40 AM PST


Solidariti atau perpaduan menjadi penekanan utama dalam ucapan dasar Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Razak, ketika merasmikan Perhimpunan Agung UMNO 2014 hari ini apabila mengucapkan perkataan itu sebanyak lima kali dalam tempoh 15 minit pertama ucapannya.

Perdana Menteri berkata, UMNO selaku komponen utama dalam Barisan Nasional (BN) akan terus memastikan kelangsungan solidariti kerana ia adalah aset penting yang dapat menjamin keamanan serta keharmonian Malaysia.

"Ini satu tindakan yang dilakukan tanpa jemu oleh kerajaan kerana ia aset paling mustahak demi survival UMNO, BN dan negara tercinta," katanya ketika berucap di hadapan 2,752 perwakilan di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini.

Najib berkata, solidariti yang dipupuk melalui kontrak sosial oleh kepimpinan UMNO terdahulu menjadi asas kepada perjalanan Malaysia sejak dahulu hingga kini dan selama-lamanya.

"Jika kita teliti bapa-bapa pimpinan yang terdahulu dengan segala pendekatan berhikmah dan bijaksana telah memulakan lembaran baharu negara ini, ibarat menghampar sehelai kain putih yang terbentang untuk dipercorak serta diwarna-warnikan.

"Langkah terawal yang diambil oleh pemimpin kerajaan yang ditunjangi oleh UMNO ialah mewujudkan keamanan dan kestabilan melalui apa yang dinamakan kontrak sosial.

Najib berkata, kejayaan itu menuntut pengorbanan semua pihak yang mempersetujuinya terutama orang Melayu serta Bumiputera dan kontrak sosial itu menjadi satu wahana dalam mewujudkan perpaduan di kalangan rakyat bagi sebuah negara yang masih muda dan baharu.

Menjelaskan lebih lanjut mengenai solidariti, Najib berkata keputusan untuk menyambut Hari Kemerdekaan hanya pada 31 Ogos setiap tahun adalah contoh jelas semangat solidariti dalam kalangan rakyat pelbagai kaum di negara ini, selain 'membawa' semangat bapa kemerdekaan negara Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj.

"Ramai yang tertanya-tanya mengapa kita mahukan satu sahaja tarikh kemerdekaan bagi seluruh Malaysia. Jawapannya adalah solidariti. Tapi jangan bimbang cuti umum pada 16 September masih tetap kita raikan.

"Malah, lebih mustahak perlu diketahui itulah hasrat Tunku Abdul Rahman yang menghendaki sambutan Hari Kemerdekaan disambut pada tanggal 31 Ogos," katanya.

Aura Almarhum Tunku Abdul Rahman dirasai setiap perwakilan apabila laungan "Merdeka...Merdeka...Merdeka' bergema di Dewan Merdeka yang dipenuhi dengan warna merah, putih dan merah jambu.

Presiden UMNO itu juga mengajak rakyat seluruh negara agar terus bersatu padu di bawah lembayung UMNO dan BN sebagai usaha untuk memastikan kemenangan dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) yang akan datang.

"Penyatuan juga penting bukan sahaja untuk menang dalam PRU14 tapi menjadikan negara lebih hebat dan maju dalam satu ikatan solidariti yang tidak mungkin mampu terpecah bentengnya.

Najib menarik perhatian perwakilan apabila mengakui takwim 2014 adalah tahun penuh cabaran buat Malaysia apabila diduga dengan pelbagai ujian termasuk kehilangan pesawat Malaysia Airlines (MAS) Penerbangan MH370 pada Mac dan nahas pesawat MAS Penerbangan MH17 Julai lepas.

Beliau berkata, ketika menghadapi detik tragis membabitkan Penerbangan MH17 ditembak jatuh di timur Ukraine, tiada negara kuasa besar yang mampu menolong Malaysia, namun atas semangat solidariti, segala kesukaran berjaya diatasi.

"Tidak pernah terjadi dalam sejarah, saya berunding dengan pemberontak yang tidak mempunyai identiti negara. Nawaitu (niat) saya tak lain tak bukan hanya nak dapatkan kotak hitam dan masuk ke kawasan kejadian," kata Najib.

Ketibaan jenazah secara berperingkat disambut dengan penuh istiadat ketenteraan di Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) dan solidariti terbukti apabila kesemua rakyat menghormati Hari Perkabungan Negara pada 22 Ogos lepas ketika ketibaan kumpulan pertama 20 jenazah mangsa tragedi MH17.

Penerbangan MH17 yang membawa 298 penumpang termasuk anak kapal sedang dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur apabila pesawat itu ditembak jatuh di timur Ukraine pada 17 Julai lalu.

Najib menjelaskan semangat solidariti sekali lagi terbukti apabila sama-sama merasakan kesedihan pencerobohan oleh pengganas dari selatan Filipina di perairan Pantai Timur Sabah pada 12 Feb 2013. Insiden berdarah itu meragut nyawa 10 anggota keselamatan negara.

"Memetik lagu (Seniman Agung Allahyarham Tan Sri) P Ramlee "Ku sangka panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengah hari." Insiden pahit Lahad Datu telah memalit dan mencalarkan sejarah watan negara, tetapi ia berjaya pertautkan lagi persaudaraan dan ikatan silaturahim antara rakyat Malaysia," katanya.- BERNAMA

Suara Politik
Belantan

Dialog Dewasa Kritik Berasa

0

Posted by Unknown | Posted on 11:22 PTG | Posted in

sumber :-

Dialog Dewasa Kritik Berasa


ANWAR TIDAK MATANG, MALAH MUNGKIR JANJI, KETUA PEMBANGKANG SERAH KEPADA LGE

Posted: 28 Nov 2014 04:49 PM PST

ANWAR BERCAKAP TENTANG KEADILAN DAN PENINDASAN
Ulasan Hujung Minggu : Pengekalan Akta Hasutan.

Soalan pertama, kenapa PM DS Najib mengekalkan Akta Hasutan? 

Kumpulan pembangkang seperti DS Anwar Ibrahim dan Majlis Peguam memandang sinis pengumuman DS Najib itu, tetapi saya tabik kepada MP Kepong Dr. Tan Seng Giaw (DAP) kerana dapat membezakan di antara kepentingan politik dengan kepentingan negara.

Anwar mengulas konon DS Najib mungkir janji, apakah Anwar menunaikan janji? Janji Anwar dua kali dia berkata akan berhenti daripada politik sekiranya kalah dalam PRU-13, kononnya akan menjadi pensyarah di luar negara. Mana janji itu?

Anwar juga katanya kecewa kerana DS Najib mengekalkan Akta Hasutan untuk menekan kebebasan dan menindas parti pembangkang. Nampaknya, di usia mendekati 70 tahun Anwar nampaknya semakin tidak relevan kepada rakyat Malaysia. 

Saya fikir Lim Guan Eng patut segera menggantikan Ketua Pembangkang di Parlimen. Rakyat Malaysia memerlukan seorang Ketua Pembangkang yang sihat fikiran, berpandangan negarawan, komited kepada keselamatan rakyat dan negara. 

Sebenarnya, apabila DS Najib mengambil keputusan mengekalkan Akta Hasutan ianya bukan seperti apa yang Anwar fikirkan. Sudah berpuluh tahun Anwar dan pembangkang berdemonstrasi tetapi tidak juga menumbangkan kerajaan. Sesungguhnya seperti firman Allah SWT, "Kamu punya perancangan, Allah SWT juga punya perancangan, sesungguhnya perancangan Allah SWT lebih baik".

Pertama, DS Najib komited kepada ketenteraman awam lebih-lebih utama berbanding menindas atau menyekat aktiviti pembangkang sebagaimana ulasan Anwar itu. 

Kedua, DS Najib tidak perlu komited kepada sampah-sampah masyarakat yang mempunyai niat mengganggu gugat ketenteraman awam. Mereka yang mahu melihat negara ini huru-hara, kacau-bilau dan berpecah-belah adalah sampah-sampah masyarakat.

Ketiga, rakyat Malaysia kini mencecah 30 Juta orang. Hanya 0.0001% sahaja yang tidak bersetuju dengan pengekalan Akta Hasutan. Sebaliknya 99% rakyat Malaysia bersetuju kerana mereka mahukan keamanan, kedamaian dan keharmonian. 

Buktinya, tiada seorang pun mahu turun di jalanraya lagi untuk berdemonstrasi kerana rakyat sudah semakin matang, bahawa negara ini perlu suatu undang-undang yang kuat dan ketat. Rakyat sudah bosan dengan aktiviti demonstrasi pembangkang, mereka sudah sedar hanya dipergunakan sahaja.

Mereka yang hendak sangat menghapuskan Akta Hasutan ini kerana mereka suka melihat negara ini kecoh, porak-peranda dan bergaduhan supaya senanglah anasir-anasir luar masuk ke dalam negara dengan tujuan membantu, kebajikan dan human right. Malaysia tidak perlukan semua itu.

Soalan saya kepada Saifuddin Abdullah dan segelintir mereka yang menyokong penghapusan Akta Hasutan ini, "Did we get support after abolish ISA?".

Bacaan ulangan anda di sini

Sumber

PASMA YAKIN PAS AKAN HILANG 14 KERUSI JIKA HJ HADI TIDAK UNDUR DIRI

Posted: 28 Nov 2014 03:09 PM PST


PAS Kelantan didakwa bakal kehilangan 14 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihanraya Umum ke-14.
Dakwaan itu dibuat oleh aktivis Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (PasMa) Kelantan, Che Ibrahim Mohamed berdasarkan kajian trend pengundian di Pilihanraya Kecil DUN Pengkalan Kubor.
"Dalam PRK Pengkalan Kubor, undi PAS telah merosot sebanyak 18 %, jika kita mengandaikan sokongan kepada PAS di Kelantan menurun sebanyak 7 %, PAS Kelantan akan kehilangan 14 kerusi DUN termasuk satu kerusi PKR di Guchil dalam PRU 14 nanti,"dakwanya
14 Kerusi DUN milik PAS yang didakwa bakal hilang itu adalah; Jelawat, Gaal, gual Periok, Bukit Tuku, Pulau Chondong, Wakaf Bharu, Tendong, Semerak, Kemuning, Limbongan, Mengkebang, Temangan, Kemahang, Perupok dan satu kerusi milik PKR di DUN Guchil.
"BN hanya memerlukan pertambahan undi sebanyak 24 – 750 undi untuk merampaskan balik 14 DUN tersebut bagi membolehkan BN memerintah Kelantan dengan 26 kerusi DUN.
"Dalam PRK Pengkalan Kubor, BN berjaya menambah lebih 2000 undi berbanding undi yang diperolehi oleh Dato Kamaruddin Jaafar (PAS) dalam PRU 13 bagi DUN tersebut,"kata Che Ibrahim.
Menurut Che Ibrahim dua faktor yang menyebabkan undi terhadap PAS menurun di Kelantan.
"Ada dua penyakit besar yang bakal menjadi penyebab sokongan PAS semakin menurun, pertama, perpecahan dalaman PAS yang tidak nampak langsung ada usaha untuk mengurangkannya.
"Kedua, Kekecewaan pengundi tidak berparti terhadap kelesuan kerajaan negeri terutama dari pengundi luar dan anak muda,"katanya lagi.

Panas! Penyokong Pas bertempur dengan Pemuda UMNO di PWTC?!! @NajibRazak @KhairyKJ @RazlanRafii

Posted: 28 Nov 2014 01:57 AM PST






MyMassa: Bila time DAP, hampir-hampir nak kena bakar bangunan. Bila dengan PAS, siap peluk-peluk lagi. Panaslah DAP macam ini...


The Unspinners

0

Posted by Unknown | Posted on 11:09 PTG | Posted in

sumber :-

The Unspinners


Ikhlas cakap, TAK YAKIN NO dan Zein Isma pilih sendiri

Posted: 28 Nov 2014 10:05 PM PST


Berikut pandangan seorang FB:


Dengan kepimpinan Noh Omar yang mulut celupar, susah. Dahlah tu berfikiran dan sikap macam war lord. Pada PRU lepas, tangannya terlibat nak letak orang dia sana sini walaupun tak boleh menang.

Tak boleh dan TAK YAKIN.

Tambah lagi, NO tiada intelek dan kebolehan mengatur strategi. Bila ditanya apa strategi dan gerak kerja untuk PRU12, dia kata susah pasal Selangor tidak ada Menteri. Cerita dia hanya duit tak ada tapi sekarang kata ....



Bagi nak beri kuasa pilih sendiri yang akan melibatkan Zein Isma, berapa kali Zain Isma pernah tanding dan menang dalam pilihanraya mana-mana? Zero!!!

Kerjaya politik Zain pun berpindah randah dari Kluang Johor ke pelbagaian bahagian di Selangor mencari tempat. Selama mana kami ingat, Zein Isma asyik kalah setiap pertandingan hingga dapat tempat di Subang.

Kalau Zain Isma boleh menangkan Subang untuk BN, boleh juga percaya.

Dengan Johan yang dijangka kalah di Semenyih dan gerak kerja bahagian paling teruk dalam sejarah ketika PRK Kajang, boleh ke ....

Tak sama dengan Tok Pa yang ikhlas bekerja .... 

Cubaan Azmin nak rasuahkan UMNO

Posted: 28 Nov 2014 08:00 PM PST





Elok juga SHamsuddin Lias tolak kereta rasmi ni ....


Apa hebatnya Guan Eng, Pulau Pinang dan Selangor?

Posted: 28 Nov 2014 05:57 PM PST




Tolak naik cukai taksiran tapi taksiran MPPP dan MPSP naik?

Posted: 28 Nov 2014 04:00 PM PST


Suatu masa Guan Eng kata dia enggan naikkan kadar taksiran tafsiran hartanah tapi baru-baru ini dia naikkan cikai taksiran MPPP dan MPSP.

Hmmm ... flip flop rupanya.

----------------------------------

Kenyataan Media
YB Dato' Jahara Hamid
Ketua Pembangkang DUN Pulau Pinang
25 November 2014

Kerajaan Negeri Pulau Pinang "flip-flop" Dalam Kenaikan Cukai Taksiran oleh Majlis Perbandaran Pulau Pinang dan Majlis Perbandaran Seberang Perai

1. Kerajaan Pulau Pinang telah mengumumkan kenaikan kadar cukai taksiran oleh Majlis Perbandaran Pulau Pinang dan Majlis Perbandaran Seberang Perai berkuatkuasa mulai 1 Januari 2015. Kenaikan ini dikatakan akan memberi hasil tambahan sebanyak RM 40 juta kepada kedua-dua PBT. Alasan yang diberikan oleh Kerajaan Negeri, antaranya adalah kerana peningkatan kos mengurus sisa pepejal oleh kedua-dua PBT.

2. Ini bercanggahan dengan laporan Buletin Mutiara pada 9 Januari 2014, yang melaporkan Ketua Menteri Pulau Pinang sebagai berkata kerajaan negeri Pulau Pinang akan mengabaikan syor kerajaan Pusat untuk menaikkan kadar cukai taksiran di Pulau Pinang dengan alasan tidak mahu membebankan rakyat negeri ini.


3. Saya berpandangan kenaikan kadar cukai taksiran yang diumumkan oleh kerajaan negeri semalam adalah kerana ketidakcekapan pengurusan sumber oleh kerajaan negeri. Kedua-dua PBT merekodkan jumlah tunggakan cukai taksiran yang besar. Mengikut Laporan Ketua Audit Negara Mengenai Penyata Kewangan MPSP dan MPPP bagi tahun 2013, jumlah tunggakan cukai pintu yang tidak dikutip oleh MPSP berjumlah RM 21.8 juta manakala bagi MPPP adalah sebanyak RM54.5 juta.

4. Langkah yang sewajarnya diambil oleh kerajaan negeri ialah mencari jalan untuk meningkat kecekapan kedua-dua PBT yang gagal mengutip tunggakan cukai taksiran yang berjumlah RM 76.3 juta. Keputusan menaikkan cukai taksiran bagaikan memaksa pembayar cukai menampung tunggakan besar untuk mereka yang tidak membayar. Adakah ini layanan yang adil terhadap rakyat Pulau Pinang yang membayar cukai taksiran?

5. Kenaikan cukai taksiran bukan sahaja tidak dapat menyelesaikan masalah tunggakan, malah masalah tersebut dijangka menjadi lebih teruk lagi ekoran tidak ternampak sebarang usaha yang gigih untuk menangani punca masalah tunggakan iaitu ketidakcekapan kedua-dua PBT. Rakyat Pulau Pinang berhak mengetahui kenapa tunggakan sejumlah RM 76.3 juta tersebut tidak dapat dikutip. Adakah kedua-dua PBT takut untuk mengambil tindakan terhadap mereka yang enggan membayar cukai taksiran?

6. Saya juga ingin menyarankan supaya Kerajaan Negeri lebih serius dalam menangani kewujudan ribuan kilang-kilang haram di kawasan Pulau dan Seberang Perai. Kerajaan negeri perlu melaksanakan langkah-langkah pemutihan untuk melesenkan kilang-kilang tersebut bagi tujuan menjana hasil tambahan kepada MPSP dan MPPP tanpa perlu membebankan rakyat dengan kenaikan cukai.

7. Kerajaan negeri melalui PBT juga telah menaikkan kadar sewaan gerai Medan Selera dan juga tapak niaga pasar awam sebanyak 100 peratus atas alasan tidak cukup kewangan untuk menyelenggara dan mengubahsuai premis -premis berkenaan. Pada masa yang sama kedua-dua PBT mengumpul jumlah wang yang besar melalui denda dan saman parkir.

Terima kasih

Reporter bebal mana dok kata Azwan Bero harapan baru?

Posted: 28 Nov 2014 04:30 AM PST





MB Selangor hanya gimik

Posted: 28 Nov 2014 01:30 AM PST




Hukuman Akta Hasutan cungkil gigi saja...

Posted: 27 Nov 2014 11:30 PM PST


Setakat RM5 ribu, tak sapa takut. Impak dari kekacauan yg mereka timbulkan begitu menjahanamkan.

tok gajah

0

Posted by Unknown | Posted on 9:54 PTG | Posted in

sumber :-

tok gajah


Atuk nak tanye sikit, perlukah Akta Hasutan ni dikekalkan........?

Posted: 28 Nov 2014 09:37 PM PST


Atuk agak dah lame juge tak masuk blog buat posting, maklum le orang dah tue, selalu sakit2 aje, tambah2 nye dimusim hujan ni. Walaupun atuk tak buat posting tapi atuk memerhati juge sedikit2 tentang posting dari blog2 sahabat yang lain tu.

Boleh le dikatekan ketike ini hampir semue sahabat2 bloggers sedang menumpukan perhatian mereke tu kepade Perhimpunan Agung UMNO yang sedang berlangsung di PWTC. Nampak gaye nye UMNO ni dah membuat perubahan yang drastik dalam pemimpinan nye.

Agenda yang paling menyukekan menyenangkan hati atuk ialah berkenaan Akta Hasutan. Pade mule nye atuk terase takut juge kalau2 Datuk Seri Najib akur kepade kehendak puak pembangkang yang mahu hapuskan akta itu.

Bagi atuk, Datuk Seri Najib telah bertindak bijak menolak kehendak pemimpin2 pembangkang tu. Tindakan Datuk Seri Najib ni bukan sahaje telah menjamin keutuhan bangse Melayu tapi ianye juge telah menjamin keselamatan agame dan negare kite juge.

Atuk yakin dengan mengekalkan Akta Hasutan ini ianye akan sedikit sebanyak mengurangkan perbuatan segelintir bangse kafir haramjadah yang gemari mengutuk dan menghine agama Islam dan bangse Melayu secare terang di media letronik dan alam maya seperti Face-Book dan Blog.


ANGIN PERUBAHAN

0

Posted by Unknown | Posted on 9:46 PTG | Posted in

sumber :-

ANGIN PERUBAHAN


Apa Jasa Besar Wanita Ini Pada Negara?

Posted: 28 Nov 2014 07:43 AM PST

Bukti PAS Lebih Teruk 1,000 Kali Ganda Banding UMNO

Posted: 27 Nov 2014 11:51 PM PST