Anwar: Kekal Akta Hasutan, Najib mungkir janji rakyat patut bantah Posted: 26 Nov 2014 09:41 PM PST  SHAH ALAM 27 NOV: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata tindakan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Razak mengekalkan Akta Hasutan 1948 memungkiri janji yang pernah dilaungkan untuk memansuhkan akta itu. Anwar berkata Akta Hasutan merupakan warisan penjajah Inggeris untuk menekan pejuang kemerdekaan pada suatu ketika dahulu. "Akta Hasutan 1948 warisan penjajah Inggeris untuk menekan pejuang kebangsaan kini dipertahan Umno. DSNajib mungkiri lagi, Rakyat harus bantah," tulis Anwar ditwitternya. Presiden UMNO itu hari ini mengumumkan akan terus mengekalkan Akta Hasutan 1948 seiring dengan desakan tiga sayap parti itu dalam persidangan mereka semalam. Najib berkata, bukan hanya akta tersebut dikekalkan malah dua peruntukan khas akan dimasukkan supaya ia lebih berkesan. |
MB Selangor: Isu pampasan RM2.6 juta MBI dibentang minggu depan Posted: 26 Nov 2014 09:40 PM PST  SHAH ALAM, 27 NOV: Laporan penuh audit melibatkan ganjaran kepada bekas kakitangan Pemerbadanan Menteri Besar (MBI) akan dibentangkan dalam Dewan Negeri Selangor (DNS) pada minggu hadapan. Untuk itu, Dato' Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali berkata, Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) akan terlebih dahulu bersidang pada pagi esok sebelum sidang Dewan Negeri bermula. Katanya, kebenaran MMKN diperlukan sebelum sesuatu laporan dibentangkan dalam DNS. "Berdasarkan laporan audit berkenaan banyak perkara boleh dibangkit dan dibahaskan. "Antaranya persoalan mengapa perlu dipecat sedangkan yang berundur hanyalah pengerusi MBI sahaja, yang lain tidak. "Tetapi mereka pilih dipecat untuk memperoleh ganjaran, jika meletak jawatan mereka pula yang kena bayar tiga bulan gaji," katanya. Baru-baru ini, media melaporkan beberapa kakitangan MBI diberikan pampasan besar mencecah RM2.6 juta ekoran pengunduran mantan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang juga pengerusi MBI. |
MB Selangor: Rizab RM3.32 bilion tampung keseluruhan kewangan negeri Posted: 26 Nov 2014 09:39 PM PST  SHAH ALAM, 27 NOV: Lebihan rizab tunai yang dimiliki Kerajaan Selangor pada dasarnya bertujuan untuk mengurus kewangan Kerajaan Negeri secara keseluruhan, kata Dato' Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali. Beliau berkata ia akan digunakan bagi menampung perbelanjaan defisit, rancangan perbelanjaan pembangunan dan mengurus, menyediakan peruntukan tanpa mencari sumber lain serta dijadikan sumber bagi perbelanjaan luar jangka. Katanya sehingga 31 Oktober lalu, rizab kewangan negeri yang terdiri daripada wang tunai dan pelaburan yang dipegang bagi kumpulan wang disatukan adalah berjumlah RM3.32 bilion. "Rizab negeri terdiri daripada wang tunai dan pelaburan yang dipegang oleh kumpulan wang disatukan, tidak semua rizab negeri boleh dibelanjakan memandangkan ia sebahagian daripada akaun amanah disatukan yang digunakan mengikut kehendak undang-undang, akta amanah dan arahan amanah. "Kerajaan Negeri berpandangan ia mesti dibelanjakan kepada program atau projek yang membawa manfaat jangka panjang kepada pembangunan sosio ekonomi negeri seperti projek jambatan ketiga Klang berjumlah RM150 juta dan pembinaan rumah mampu milik RM100 juta. Read More / Baca Lagi >> |
'Dakwaan Akta Hasutan lindungi Melayu tak berasas' Posted: 26 Nov 2014 09:37 PM PST PKR berkata dakwaan pemimpin Umno bahawa Akta Hasutan 1948 mesti dikekalkan untuk melindungi orang Melayu, Raja-Raja Melayu dan agama Islam adalah "tidak berasas" kerana Perlembagaan Persekutuan sudahpun menyediakan perlindungan itu.  Dalam satu kenyataan hari ini, ahli Majlis Pimpinan Pusat PKR, Latheefa Koya berhujah bahawa peruntukan dalam perlembagaan tidak boleh dipinda tanpa persetujuan Majlis Raja-Raja sendiri. Oleh itu, katanya, dakwaan Umno itu "adalah benar-benar mengelirukan dan tidak mempunyai asas undang-undang atau perlembagaan". "Perlembagaan Persekutuan yang melindungi kedudukan istimewa orang Melayu (Perkara 153); Bahasa Melayu (Perkara 152); Raja-Raja (Perkara 181), dan Islam sebagai agama Persekutuan (Perkara 3). "Menurut Artikel 159, peruntukan ini tidak boleh dipinda tanpa persetujuan Majlis Raja-Raja," kata Latheefa yang juga seorang peguam. Akta Hasutan tegasnya, tidak menyedia atau menjamin apa-apa terhadap hak-hak di atas. Katanya, Akta Hasutan adalah undang-undang keras penjajah yang bertujuan untuk menangani pemberontakan komunis dan mengekalkan pemerintahan penjajah British. |
“Rumah Mampu Tengok” Untuk Orang Singapore & China Semakin Pesat di Johor Bahru & Nusajaya. Posted: 26 Nov 2014 09:35 PM PST "Rumah Mampu Tengok" Untuk Orang Singapore & China Semakin Pesat di Johor Bahru & Nusajaya. Rakyat Johor Perlukan Rumah Mampu Milik! Berdasarkan semakan Berita Semasa terhadap Majlis Tanah Negara (MTN), telah pun sebulat suara mengenai syarat kepada warga asing yang mana mereka ini tidak lagi layak membeli harga rumah RM500,000 dan ke atas lagi. Selepas ini….hanya harga rumah RM1 juta dan ke atas akan dijual kepada warga asing. Hakikatnya, undang-undang inilah antara faktor yang menyebabkan harga rumah melambung tinggi. Berita Semasa cukup kesal "bagaimana orang-orang di atas sana" boleh tergamak membenarnya warga asing membeli rumah di malaysia dengan sewenang-wenangnya pada harga yang tidak munasabah pada ketika dahulu. - Dahulu RM250,000 warga asing boleh beli rumah di Malaysia. What?
- Dahulu RM500,000 warga asing boleh beli rumah di Malaysia. What?
- Sekarang RM1 juta terpaksa ditingkatkan paras untuk kebenaran warga asing membeli rumah
Akhirnya yang menanggung beban atas dasar yang tidak bermaruah ini adalah kalangan golongan muda, pasangan yang baru mendirikan rumah tangga serta pasangan bekeluarga yang masih tidak mampunyai rumah lagi di atas bumi Malaysia ini apabila terpaksa menanggung harga rumah yang semakin tidak munasabah hari ini dek kerana pemaju lebih gemar membina harga rumah RM400,000 dan ke atas bagi memenuhi selera orang kaya dan warga gasing di Malaysia. Johor Bahru Kampung No.2 Orang China & Singapore?Berdasarkan semakan Berita Semasa, gambar di atas ini dirakam di negeri Johor, iaitu dalam sangkar rumah kita sendiri. Orang Singapore yang kaya raya datang bukan sahaja beli satu dua beli, terus 8-10 bilik sekaligus daripada 20 bilik yang ditawarkan. Read More / Baca Lagi >> |
Zairil Khir Johari: Adakah Orang Melayu Diancam Di Pulau Pinang? Posted: 26 Nov 2014 09:21 PM PST |
Husam Musa: Adakah Islam Diancam? Posted: 26 Nov 2014 09:20 PM PST |
Husam Musa: Adakah Penumpang MAS Bukan Islam Tidak Diberi Hak Yang Sama Dengan Rakyat Kelantan? Posted: 26 Nov 2014 09:19 PM PST |
Najib mungkir janji, umum Akta Hasutan (1948) kekal Posted: 26 Nov 2014 09:18 PM PST |
Dewan Rakyat 27 Nov. 2014: Sesi Pertanyaan Jawab Lisan Posted: 26 Nov 2014 09:17 PM PST |
MP: Why forest reserves used for palm oil cultivation? Posted: 26 Nov 2014 09:16 PM PST |
Anwar: Najib bowing to extremists over Sedition Act Posted: 26 Nov 2014 09:14 PM PST |
Kerajaan Umno@Bn sekat royalti Kelantan guna Akta 750 Posted: 26 Nov 2014 09:01 PM PST Sebelum keputusan dibuat melibatkan hak negeri, kerajaan pusat perlu berbincang terlebih dahulu dengan kerajaan negeri sebelum sesuatu akta diluluskan.  KOTA BHARU: Exco Kerajaan Negeri Kelantan, Datuk Dr Mohamed Fadzli Hassan berkata Akta 750 yang diluluskan di parlimen beberapa bulan lepas bertujuan merampas hak wilayah kepunyaan negeri-negeri termasuklah hasil gas dan pertoleum. Menurut beliau, sebelum akta itu dibentang di parlimen ia perlu mendapat pandangan atau persetujuan negeri yang terlibat dan Raja-Raja Melayu. "Ini adalah peruntukkan dalam perlembagaan yang melibatkan sempadan negeri-negeri. Maka negeri tersebut kena turut dilibatkan dan disertai sama Raja-Raja Melayu," katanya memetik dari laporan Harakah. Jelasnya lagi, pembentangan Rang Undang-Undang Laut Wilayah Malaysia 2012 oleh kerajaan persekutuan membawa maksud setiap negeri di Malaysia wajib menyerahkan Pelantar Benua kepada kerajaan persekutuan dan had perairan negeri hanyalah 3 batu nautika sahaja. Pada masa yang sama, Fadzli berkata, tindakan kerajaan itu disifatkan tidak mengikut peruntukan yang terkandung dalam jadual 9 Perlembagaan Persekutuan. Tambah beliau, dengan perlaksanaan akta tersebut, kerajaan secara terang-terangan menafikan tuntutan royalti gas pertroleum yang dituntut Kelantan. Sehubungan itu,mesyuarat Exco mewujudkan Jawatankuasa Khas Bertindak Akta 750 bagi mengambil langkah-langkah perlu dalam menuntut royalti minyak. |
MELAYU DAN MALAS Posted: 26 Nov 2014 08:59 PM PST Orang Melayu "suka" dengan malas. Misalnya jika orang Melayu tidak mahu komen mengenai sesuatu perkara, mereka akan berkata "malas nak komen" atau "malas nak cakap." Berkata mereka begitu ialah untuk memendekkan cerita. Mengelak daripada bergaguh. To walk away. Malas di situ bukan dalam konteks biasa kemalasan. Malas itu dengan malas lazim (malas as we know it) berbeza. Saya bukan pakar bahasa, tetapi begitulah menurut interpretasi saya. Namun malas umumnya dikaitkan dengan kegagalan. Gagal dalam bidang ekonomi. Gagal mencapai matlamat DEB, umpamanya. Kerana kamu malas, kamu tidak berjaya menikmati kesenangan. Kata-kata seperti itu selalu kita dengar. Umno, parti yang melabelkan diri sebagai "pembela Melayu" kerap berkata Melayu masih di tahap lama. Masih slow. Maknanya tidak atau belum maju. Oleh itu kata mereka, Umno akan terus menolong, membantu dan menyokong dengan pelbagai "affirmative measures" sehingga Melayu berjaya. Dan apa yang Umno minta daripada orang Melayu hanyalah sokongan yang tidak berbelah. Fair enough. Namun berdasarkan itu, andainya Melayu tidak malas (maknanya rajinlah itu) dan menjadi bangsa maju serta berjaya, bagaimana?  Mungkinkah akan berkata Melayu kepada Umno, "Kami tidak perlu kamu lagi kerana bukan saja kami sudah boleh berjalan lancar, malah sudah boleh berlari pantas – sepantas Usain Bolt." Mungkinkah kata-kata itu akan diluahkan? Don't get me wrong. Bukan mahu suggest it's in the best interest of Umno orang Melayu berada pada keadaan sekarang atau ditokok lama atau malas. Sekadar bertanya samada akan wujud atau tidak satu keadaan orang Melayu berkata, "Kami tidak malas lagi, terima kasih atas jasa lalu – kini kami sudah tidak perlukan kamu lagi." Surely that's the last thing Umno need. Betul tak? Cukup setakat ini. Malas hendak tulis panjang-panjang. |
Adun BN Selangor tolak RM200,000, tetapi pengundi mahu sebaliknya Posted: 26 Nov 2014 08:57 PM PST 
Pengerusi Persatuan Penduduk Taman Malawati Datuk Dr Yusoff Hassan ketika ditemui The Malaysian Insider, semalam. – Gambar The Malaysian Insider oleh Zhafri Azmi, 27 November, 2014.Walaupun Ahli Dewan Negeri (Adun) Barisan Nasional (BN) di Selangor menyifatkan peruntukan tahunan kerajaan Pakatan Rakyat sebanyak RM200,000 kepada mereka sebagai "tidak ikhlas", pengundi pula menganggap sebaliknya dan berkata dana tersebut boleh dimanfaatkan bagi program kemasyarakatan. Pengundi yang memilih calon BN pada Pilihan Raya Umum ke-13 lalu itu bagaimanapun berkata, mereka tidak akan memanjangkan isu tersebut atau membuat tuntutan terhadap Adun mereka. Beberapa ketua persatuan penduduk di kawasan BN di Selangor menganggap peruntukan bagi program Mesra Rakyat dan aktiviti kawasan di bawah bajet negeri 2015 memberi faedah besar dalam menganjurkan program akar-umbi. "RM200,000 untuk program kemasyarakatan dan projek boleh bawa banyak manfaat bagi sesuatu kawasan," kata pengerusi Persatuan Penduduk Taman Malawati, Datuk Dr Yusoff Hassan kepada The Malaysian Insider di rumahnya di Taman Melawati, yang terletak di dalam DUN Bukit Melawati. Semua 12 Adun BN di Selangor menolak peruntukan yang diumumkan Menteri Besar Mohamed Azmin Ali pada Isnin lalu, menyifatkannya tidak ikhlas kerana jumlah peruntukan lebih kecil daripada RM700,000 yang disalurkan terus kepada wakil rakyat PR. Azmin berkata jumlah peruntukan kepada semua DUN Selangor adalah sama iaitu RM700,000, tetapi RM500,000 bagi DUN dikuasai BN disalurkan kepada penduduknya menerusi penyelaras DUN. Walaupun ditolak, kerajaan Selangor berkata ia akan terus menyalurkan peruntukan RM200,000 itu kepada wakil rakyat BN. Ini merupakan pertama kali dalam sejarah negeri di mana parti pemerintah menyalurkan dana secara langsung kepada wakil rakyat pembangkang. Yusoff, yang merupakan bekas Adun Sungai Tinggi sebelum persempadanan semula menamakan DUN tersebut Bukit Melawati, berkata kebanyakan program kemasyarakatan bergantung kepada dana dari majlis perbandaran. Katanya, sekiranya beliau masih wakil rakyat, beliau akan menerima peruntukan yang diumumkan kerana wang tersebut ialah milik rakyat. Read More / Baca Lagi >> |
Presiden Umno seorang yang praktikal walaupun mungkir janji, ampu Zahid Posted: 26 Nov 2014 08:55 PM PST Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyokong pengumuman Datuk Seri Najib Razak berhubung pembatalan pemansuhan Akta Hasutan 1948, dan berkata walaupun presiden Umno itu berpatah balik daripada janjinya, beliau seorang yang praktikal. Zahid yang juga naib presiden Umno berkata, beliau menarik nafas lega selepas pengumuman dibuat perdana menteri pagi ini, yang menunjukkan suara akar umbi didengar. "Perdana menteri mendapat maklum balas semua pihak. Ini menunjukkan beliau seorang yang praktikal," kata Zahid pada sidang media mengulas ucapan dasar Najib semasa Perhimpunan Agung Umno di Pusat Dagangan Dunia Putra hari ini. |
U-Turn: Najib umum Akta Hasutan 1948 dikekalkan Posted: 26 Nov 2014 08:51 PM PST Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan bahawa Akta Hasutan 1948 akan dikekalkan.  Malah, akta itu bukan sahaja dipertahankan tetapi juga akan diperkuat dan diperkukuhkan. Beliau membuat pengumuman itu ketika berucap merasmikan perhimpunan agung Umno di PWTC hari ini dan disambut tepukan gemuruh para perwakilan. Beliau berkata, akta itu akan diperkukuhkan dalam sekurang-kurangnya dua perkara, iaitu. - Memasukkan peruntukan khas untuk melindungi kesucian agama Islam dan agama lain juga tidak boleh dihina. - Memasukkan supaya tindakan boleh diambil terhadap sesiapa yang cuba menghasut supaya Sabah dan Sarawak keluar dari Malaysia. Najib kemudiannya bertanya kepada para perwakilan sama ada mereka bersetuju dengan keputusan tersebut, dewan gamat jawapan "setuju". "Inilah hasrat kita. Saya percaya rakan-rakan dalam kepimpinan BN bersama-sama dengan kita. "Kita akan laksanakan secara adil supaya kita benar-benar dapat mewujudkan negara Malaysia yang lebih aman dan lebih stabil dan lebih harmoni," tegasnya. Najib sebelum itu menjelaskan yang pendirian itu dibuatnya selepas mendengar pandangan pelbagai pihak daripada dalam dan luar Umno. "Saya mendengar pendapat dan cadangan daripada timbalan perdana menteri, Wanita, Pemuda, dan Puteri serta usul daripada bahagian dan keresahan serta pandangan NGO. "Maka saya sebagai perdana menteri memutuskan yang Akta Hasutan 1948 dikekalkan," katanya disambut sorakan gemuruh daripada perwakilan Umno. Read More / Baca Lagi >> |
PAS tidak pernah rugi dengan tahaluf siyasi, kata naib presiden Posted: 26 Nov 2014 04:01 PM PST Walaupun dengan persepsi orang ramai PAS mahu meninggalkan gabungan Pakatan Rakyat, naib presiden parti, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata parti tidak pernah kerugian dengan tahaluf siyasi. – Gambar fail The Malaysian Insider, 27 November, 2014.
Ketika sesetengah pihak dalam PAS mahu kerjasama politik atau tahaluf siyasi dengan Pakatan Rakyat (PR) dikaji, Naib Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man menegaskan PAS tidak pernah rugi ketika berbuat demikian dan akan kekal bersama PR. "Setiap tahaluf yang diadakan, PAS tidak pernah rugi. Tahaluf dengan Semangat 46 membolehkan PAS menawan Kelantan (hingga sekarang), tahaluf dengan Pakatan Rakyat pula membolehkan PAS mendapat lebih sokongan di beberapa negeri, termasuk Negeri Sembilan dan Selangor sehingga Pakatan Rakyat berjaya memerintah di Selangor," kata Tuan Ibrahim dalam satu wawancara yang disiarkan akhbar Harakah, lidah rasmi PAS. Beliau juga berkata, tahaluf siyasi dengan Perikatan memberikan pengalaman yang sangat penting kepada PAS untuk menguasai politik di Malaysia. "Pertama, semasa keputusan dibuat sudah berlaku perpecahan dalam PAS hingga tertubuh beberapa parti lain," katanya.
Katanya, kejayaan besar kepada PAS hasil tahaluf siyasi PAS bersama Perikatan pada tahun 1970-an itu, ia berjaya mengangkat imej-imej Islam termasuk larangan minum arak di Parlimen, meningkatkan kefahaman agama kepada ahli-ahli Parlimen, memperkasakan lagi Felda di seluruh negara, kerana pada masa itu Datuk Asri (Muda) menjadi Menteri Tanah. "Ini sekaligus meningkatkan lagi kebangkitan Islam di Felda," kata Tuan Ibrahim yang pernah menang sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri Jengka, Pahang pada 1999, satu kawasan yang penuh dengan peserta Felda. Sesetengah kumpulan dalam PAS sekarang banyak menyerang rakan-rakannya dalam PR sehingga menimbulkan persepsi parti Islam itu mahu keluar atau ditendang keluar dari gabungan itu. Begitu juga rakan-rakan PAS dalam PR, terutamanya DAP yang sentiasa menyerang dan menyindir pimpinan PAS seolah-olah mahu PAS meninggalkan gabungan itu. Read More / Baca Lagi >> |
Diskriminasi punca wanita Malaysia jauhi pasaran kerja formal, kata laporan Posted: 26 Nov 2014 04:00 PM PST Wanita Malaysia yang bekerja secara formal rendah iaitu di bawah paras 50%, menurut Laporan Pembangunan Manusia Malaysia 2013. – Gambar fail The Malaysian Insider, 27 November, 2014.Walaupun pelbagai inisiatif diberikan, bilangan wanita Malaysia yang bekerja dalam tenaga kerja formal kekal rendah iaitu di bawah 50% sejak sekian lama, manakala dalam ekonomi formal mereka berpendapatan kurang daripada lelaki di setiap peringkat spektrum pekerjaan, menurut Laporan Pembangunan Manusia Malaysia 2013. Wanita Malaysia terus berada di luar pasaran buruh formal walaupun berpendidikan tinggi, menunjukkan dasar tidak fleksibel menghalang penyertaan mereka dalam tenaga kerja serta persepsi wanita bertanggungjawab semata-mata terhadap rumah tangga dan penjagaan keluarga. Laporan yang disiarkan Program Pembangunan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu juga menyatakan penyertaan wanita dalam tenaga kerja adalah rendah dan berlaku diskriminasi gaji antara jantina memberi impak kepada pertumbuhan dan perjuangan Malaysia ke arah membebaskan isi rumah berpendapatan rendah daripada belenggu kemiskinan. Sejak 20 tahun lalu, kadar pekerjaan bagi wanita di Malaysia kekal di bawah 50%, 47.9% pada 2011 dan 49.5% pada 2012, berbanding kadar penyertaan tenaga kerja lelaki yang hampir 80%, kata laporan yang dirasmikan pada Selasa di Kuala Lumpur. Ini merupakan kadar "luar biasa rendah" bagi penyertaan wanita dalam tenaga kerja, berbanding negara lain di rantau ini seperti Thailand (69.9%), Singapura (62.9%) dan Indonesia (53.3%) pada 2011, kata laporan itu. "Kadar penyertaan tenaga buruh yang rendah juga bermakna daripada 9,555,700 wanita dalam kumpulan umur bekerja pada 2011, hanya 4,575,300 berada dalam golongan tenaga buruh," menurut laporan itu. "Baki 4,980,400 – hampir 5 juta wanita, hampir dua kali ganda berbanding lelaki (2,009,900) – yang sepatutnya mampu mendapat pekerjaan secara rasmi dianggap sebagai tidak 'bekerja' atau 'tidak mencari pekerjaan". Laporan itu juga mengakui terdapat wanita yang melakukan kerja tidak berbayar dan juga menyumbang kepada ekonomi dan masyarakat melalui peranan reproduktif dengan menjadi penjaga, atau melakukan kerja tidak formal lain. Diskriminasi gaji mengikut jantina Read More / Baca Lagi >> |
Taib kata tiada hubungan dengan CMS.....Ha...Ha...Ha..!!! Posted: 26 Nov 2014 03:51 PM PST Cahya Mata Sarawak Berhad (CMS) tidak pernah mengambil kesempatan daripada hubungannya dengan kerajaan negeri dalam usaha untuk menjadi entiti perniagaan yang berjaya, kata Yang Dipertua Negeri Sarawak Tun Abdul Taib Mahmud.  Beliau berkata semasa menyandang jawatan sebagai ketua menteri, beliau tidak mempunyai apa-apa hubungan dengan CMS sepanjang kehidupannya sehingga sekarang dan berpuas hati pengurusan syarikat memahami sebab beliau berbuat demikian. "...Saya tidak mahu sebarang konflik antara kepentingan peribadi saya dan tugas saya sebagai ketua menteri sebelum ini," kata beliau ketika berucap di majlis jamuan meraikan ulang tahun ke-40 CMS di Kuching malam tadi. Taib, yang berundur daripada jawatan sebagai ketua menteri pada akhir Februari lepas, gembira bahawa di sebalik pendiriannya, CMS yang bermula sebagai syarikat pengeluar simen telah berkembang menjadi sebuah syarikat tersenarai awam yang berjaya. "Terpulang kepada CMS untuk membuat keputusan sekarang kerana ia bertapak kukuh dan jika ia mahu mempelbagaikan aktiviti, saya berharap ia akan lakukan dalam kepelbagaian juga seperti dilakukan dalam teras perniagaan hari ini," kata beliau. - Bernama |
LAKONAN YANG MENGINSAFKAN RAKYAT MALAYSIA..!! Posted: 26 Nov 2014 03:46 PM PST |
Noh anggap penghinaan Adun BN Selangor dapat RM200,000 setahun Posted: 26 Nov 2014 03:41 PM PST SHAH ALAM - Tawaran peruntukan hanya RM200,000 setiap tahun oleh kerajaan Selangor kepada Adun BN negeri itu dilihat sebagai satu penghinaan. Pengerusi Umno Selangor, Datuk Seri Noh Omar berkata, jumlah yang ditawarkan menerusi Program Mesra Rakyat itu lebih kecil daripada yang diterima Adun PR dan Penyelaras DUN. "Kerajaan negeri lantik penyelaras DUN malah diberi peruntukan RM400,000 manakalan Adun PR dapat RM700,000. Ini bermakna tindakan menawarkan peruntukan RM200,000 kepada Adun BN dilihat sebagai penghinaan," katanya di sini hari ini. "Sebagai pengerusi BN Selangor, saya menyokong penuh tindakan 12 Adun BN menolak peruntukan yang ditawarkan itu kerana ia dilihat memandang rendah kepada mereka," katanya. Noh berkata dalam hal itu, kerajaan negeri pimpinan Menteri Besar Mohamed Azmin Ali dilihat 'berat-sebelah' kerana hanya menawarkan peruntukan dalam jumlah kecil sedangkan wakil rakyat BN turut sama bekerja keras menjaga kesejahteraan masyarakat di Selangor. Isnin lepas, Azmin ketika membentangkan peruntukan Bajet Negeri 2015, mengumumkan pemberian RM200,000 itu adalah pertama dalam sejarah kerajaan negeri pemimpin PR sejak mentadbir kerajaan negeri pada 2008. - Bernama |
Syrian rebels fight on two fronts - Islamic State and government Posted: 26 Nov 2014 03:27 PM PST |
Community Picks Up Pieces After Ferguson Chaos Posted: 26 Nov 2014 03:26 PM PST |
Egypt blames Muslim Brotherhood for Rabaa clashes Posted: 26 Nov 2014 03:26 PM PST |