Followers

Nuffnang

The Unspinners

0

Posted by Unknown | Posted on 11:38 PTG | Posted in

sumber :-

The Unspinners


Bila dikata Parti Ajaran Sesat marah TAPI ...

Posted: 24 Nov 2014 09:00 PM PST


... PAS boleh pertahankan NGO bawa ajaran sesat?

Bila abang dapat, tak pulak Mahfuz tuduh kroni UMNO atau Mukhriz

Posted: 24 Nov 2014 07:00 PM PST


Mahfuz Omar suka timbulkan isu kroni di Dewan Rakyat atau terbuka pada awam. Sering kali, tuduhan yang dilakukan adalah salah dan fakta tiada. Namun dia tetap menuduh dengan cara menimbulkan persoalan.

Sekarang ni Dato Mukhriz telah dedahkan abang Mahfuz dapat kontrak kerajaan negeri. Adakah dia akan kata abangnya kroni

Air percuma sudah silap, Wifi percuma pun bakal silap

Posted: 24 Nov 2014 04:56 PM PST


BN dah cakap, kini DAP yang akui program air percuma tidak bijak. Kini nak bina Wifi ... Wifi hebat bagus ke untuk industri luar bandar?

Dengan defisit RM2.3 billion, bolehkah laksanakan? Mana nak beli aset air lagi ...


Tujuannya untuk kasi kontrak pada kawan-kawan, dan penggunaan politik.

CAA tiada hak melombong di Bukit Besi

Posted: 24 Nov 2014 06:30 AM PST


Semua ni pembohongan PAS yg salahguna nama Tun Dr Mahathir dan reka laporan Msia Insider.

Disokong dgn laporan Malay Mail Online.


Biasalah PasPissPus ... pakai kopiah, perangai ikut setan.




Tutup kilang carlsberg, dan henti jualan beer di shah alam dulu

Posted: 24 Nov 2014 04:31 AM PST


Parti cacamarba tapi nak buat isu gini. Kilang carlsberg tak blh tutup. Malah beer mula dijual zaman pentadbiran PAS di Selangor.

Manskala pelan hudud di kelantan tu tak akan jadi punya.

Jangan nak pelabur asing sampai rumah hanya mampu tengok

Posted: 24 Nov 2014 02:32 AM PST


Masaalah perumahan pengundi Melayu bandar

Posted: 24 Nov 2014 12:34 AM PST










Adakah penyelesaiannya satu lagi forum, seminar dan kongres?


Pastinya bukan ....




MIMPI SENJA

0

Posted by Unknown | Posted on 11:36 PTG | Posted in

sumber :-

MIMPI SENJA


Jangan Melampau - Eina Azman

Posted: 24 Nov 2014 09:35 PM PST

..
Nama pelakon kontroversi, Datin Paduka Eina Azman, 19, tiba-tiba menjadi bualan hangat selepas didakwa telah meletakkan kenderaan mewah miliknya, Chevrolet Camaro di salah satu tempat mengisi minyak di sebuah stesen minyak di Seri Kembangan, Selangor sehingga mengganggu pengguna lain yang berada di situ.
Semalam, tersebar gambar kereta dan kenyataan mengatakan pada malam hujung minggu lalu, Eina Azman dan suami, Datuk Paduka Gurmet Singh dikatakan telah meninggalkan kenderaan itu di dalam petak pam minyak untuk menikmati makan malam di sebuah restoran makanan segera.
 Sekeping gambar menunjukkan kereta Chevrolet Camaro milik Eina Azman yang diletakkan di tempat mengisi minyak sebuah stesen pam minyak hujung minggu lalu menjadi viral di internet.Sekeping gambar menunjukkan kereta Chevrolet Camaro milik Eina Azman yang diletakkan di tempat mengisi minyak sebuah stesen pam minyak hujung minggu lalu menjadi viral di internet.
Menerusi laporan akhbar Kosmo!, pelakon yang mula dikenali menerusi drama Mimpi Cinderella ini mengakui yang kenderaan tersebut adalah miliknya dan menyifatkan sesuatu yang normal apabila memberhentikan kereta untuk mengisi minyak dan kemudian masuk ke dalam kedai untuk membeli barang.
Jelasnya, pada malam kejadian, dia dan suami dalam perjalanan ke Seremban untuk menghadiri mesyuarat. Dia meletakkan kenderaan di situ hanya dalam tempoh tidak sampai 10 minit. Dia dan suaminya masuk ke dalam kedai untuk beli barang makanan, bukan pergi ke restoran Subway untuk makan seperti yang didakwa.
"Itu adalah perkara biasa jika sedang dalam perjalanan jauh, kita akan berhenti di mana-mana stesen minyak untuk mengisi minyak ken­deraan dan membeli barang makanan. Apa yang salahnya di situ? Jika benar ada yang mengatakan saya letak kereta di situ dan dengan tanpa rasa bersalah pergi ke Subway untuk makan, mengapa tidak ambil gambar saya sedang makan? Mengapa hanya ambil gambar kereta sahaja. Itu tidak adil kerana ia menimbulkan fitnah kepada saya. Jika benar mahu buktikan saya benar-benar bersalah dalam hal ini, mengapa tidak ambil gambar saya sedang makan?
"Kalau betul mahu reka cerita, jangan melampau sampai tahap begini. Saya letak kenderaan betul-betul dalam kotak kuning. Bukan saya letak di tengah jalan sehingga mengganggu laluan pengguna lain untuk mengisi minyak di situ. Lagi pula jika dilihat dalam gambar tersebut, kawasan stesen pam minyak itu sangat besar dan banyak lagi lorong lain untuk mengisi minyak. Lainlah jika di belakang kereta saya ada berderet lagi kereta lain beratur. Jika saya melakukan perbuatan pentingkan diri sendiri seperti itu, ya saya tidak akan melenting kalau ada pihak cakap saya buat hal", katanya yang turut meluahkan rasa tertekan dengan isu tersebut.
"Perkara ini benar-benar buat saya tertekan. Mengapa perkara remeh sebegitu pun ada juga pihak yang tidak bertanggungjawab mahu jadikan isu? Namun, apa yang paling mengecewakan saya, ramai orang di luar sana percaya dengan cerita tersebut. Baru sahaja baca cerita itu, terus percaya tanpa mahu fikir dengan logik akal. Kalau betul ada pihak yang tidak ber­puas hati, boleh pergi periksa rakaman kamera tele­visyen tertutup (CCTV) di pam minyak tersebut. Lihat sendiri apa yang berlaku sebenarnya pada malam itu", katanya.

Madu Ghaib: Mentua Letak Dua Syarat Sebelum Restu Kahwin Lagi

Posted: 24 Nov 2014 05:56 PM PST



Diterbitkan: Selasa, 25 November 2014 7:00 AM
PETALING JAYA: Suami penumpang pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH370 yang terpaksa bernikah di negara jiran kerana ketiadaan sijil kematian isterinya hanya berbuat demikian selepas bersetuju dengan syarat yang dikemukakan bapa mentuanya.
Dua syarat yang perlu dipenuhi lelaki berkenaan jika mahu berpoligami adalah supaya tidak mengabaikan keempat-empat anaknya dan memberikan sepenuh kasih sayang kepada mereka.
Menurut ibu lelaki tersebut, dia dan anaknya menemui keluarga isterinya, termasuk bapa mentuanya untuk memaklumkan mengenai niatnya untuk berkahwin lagi.
"Dia tidak merahsiakan pernikahannya. Saya temankan anak bertemu dengan keluarga dan bapa mentuanya. Hubungan mereka baik dan sangat akrab kerana usia perkhawinan anak dengan isterinya sudah 14 tahun.
"Keluarga besan setuju dan merestui pernikahan anak saya kerana tidak mahu empat cucu kami terabai dan sekurang-kurangnya mendapat kasih sayang seorang ibu, cuma bapa mentuanya beri dua syarat itu untuk dipenuhi," katanya kepada mStar Online.
Sebelum ini, bapa mentua lelaki itu memberitahu portal berita ini bahawa menantunya tidak memaklumkan mengenai pernikahannya kerana bimbang akan dihalang berbuat demikian.
Jelas ibu lelaki berkenaan lagi, hubungan keempat-empat cucunya dengan menantu baharunya itu pada awalnya juga agak janggal tetapi kini mereka dapat menerima kehadiran wanita tersebut.
"Mula-mula memang agak janggal tapi sekarang mereka sudah terima. Cucu-cucu sudah reda dengan ketiadaan ibu mereka. Makcik pun sentiasa bagi semangat kepada cucu-cucu," katanya.
Malah, ibu lelaki itu yakin menantu baharunya itu dapat menjaga keperluan anak dan cucu-cucunya.
"Insya-Allah, semoga hubungan mereka berkekalan ke akhir hayat. Lagipun dia (menantu) ada anak seorang, jadi saya percaya dia akan jaga cucu-cucu saya macam anaknya sendiri," katanya.
Jelas warga tua itu, anaknya mengenali isteri baharunya itu menerusi rakan-rakan walaupun ramai yang turut mencadangkan kepadanya beberapa calon sesuai untuk dijadikan menantu.
"Ramai yang cadangkan beberapa calon kepada makcik untuk dijadikan menantu tetapi semuanya terpulang kepada anak makcik. Kalau saya pilih nanti dia tak suka macam mana, biarlah dia tentukan sendiri," katanya.
Terdahulu, sumber memberitahu mStar Online, lelaki tersebut terpaksa memfailkan permohonan daftar nikah untuk berpoligami di Mahkamah Tinggi Syariah pada awal November.
Bapa kepada empat anak itu menghadapi kesukaran kerana tidak dapat mengemukakan surat kebenaran isterinya untuk membolehkan dia bernikah kali kedua kerana sijil kematian isterinya yang belum dikeluarkan pihak berkaitan kerana status penumpang pesawat MH370 yang sehingga kini belum dimuktamadkan.
Isteri lelaki itu antara 239 penumpang yang berada dalam pesawat MH370 yang sedang dalam perjalanan ke Beijing apabila hilang awal pagi pada 8 Mac sebaik berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur.
Pesawat itu sepatutnya tiba di Beijing pada pukul 6.30 pagi hari yang sama.
Analisis satelit menunjukkan kedudukan terakhir pesawat ialah di selatan Lautan Hindi, barat Perth, Australia.

Rasuah Seks: Trend 'Mata Wang' Masa Kini?

Posted: 24 Nov 2014 06:55 AM PST


TERKINI jenayah kolar putih dilihat memasuki fasa yang lebih parah tetapi sedikit 'menyeronokkan' kepada pelaku apabila suapan membabitkan perkhidmatan seks mula dikesan dalam kalangan individu tertentu/Pic:news.comTERKINI jenayah kolar putih dilihat memasuki fasa yang lebih parah tetapi sedikit 'menyeronokkan' kepada pelaku apabila suapan membabitkan perkhidmatan seks mula dikesan dalam kalangan individu tertentu/Pic:news.comTERKINI jenayah kolar putih dilihat memasuki fasa yang lebih parah tetapi sedikit 'menyeronokkan' kepada pelaku apabila suapan membabitkan perkhidmatan seks mula dikesan dalam kalangan individu tertentu.
Penganalisis jenayah Kamal Affandi Hashim berkata, tindakan individu meminta habuan rasuah dalam bentuk seks disifatkan sebagai perkara lazim yang berlaku disebalik pandangan umum.
Katanya, masyarakat umum beranggapan perkara ini tidak timbul ekoran kadar laporan yang dibuat adalah rendah memandangkan ia hanya melibatkan dua pihak.
"Rasuah seks tidak terbongkar kerana ia terlampau jarang terjadi atau dilaporkan, maka kita beranggapan ianya tidak berlaku. Namun sebenarnya ia adalah bentuk rasuah yang lazim terjadi.
"Ekoran tiada laporan dibuat maka menyukarkan perkara tersebut dihidu pihak berkuasa," katanya ketika dihubungi Malaysian Digest.
Pada minggu lalu, media melaporkan seorang pegawai kanan Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (Keda) dihadapkan ke Mahkamah Sesyen atas dua tuduhan meminta dan memperoleh rasuah berbentuk layanan seks daripada seorang wanita berusia 20-an sebagai dorongan mempercepat proses permohonan Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT).
Bagaimanapun, suspek mengaku tidak bersalah atas kedua pertuduhan tersebut yang mana jika disabit kesalahan boleh membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000, mengikut mana lebih tinggi.
Terpaksa - Habuan Seks Sebagai Gantian
Menurut Kamal Affandi, beliau tidak menolak kemungkinan insentif seks yang diberikan adalah habuan gantian kepada bentuk suapan lain yang terpaksa ditunaikan atas faktor tidak berkemampuan.

"Adalah satu perkara munasabah penerima rasuah mencari inisiatif lain selain menerima suapan berbentuk material seperti wang dengan meminta habuan seks memandangkan pemberi mungkin tidak berkemampuan.KAMAL Affandi: KAMAL Affandi: "Rasuah seks tidak terbongkar kerana ia terlampau jarang terjadi atau dilaporkan, maka kita beranggapan ianya tidak berlaku. Namun sebenarnya ia adalah bentuk rasuah yang lazim terjadi"
"Sebagai galang ganti kepada mereka yang tidak mempunyai kedudukan atau kewangan, suspek meminta perkhidmatan seks dan dalam konteks ini, pemberi mungkin terpaksa menunaikannya bagi mendapatkan keperluan tertentu," jelasnya.
Katanya, habuan seks yang diterima pihak terbabit tidak boleh disifatkan sebagai konspirasi untuk menjatuhkan kredibiliti seseorang pegawai kerajaan mahupun swasta memandangkan ia melibatkan perancangan kedua pihak.
Sebagai pengajaran, beliau menyatakan individu yang dituduh terlibat dalam perkara jijik seperti ini perlu berhadapan dengan hukuman lebih berat.
Kesalahan Meminta Rasuah Termasuk Merogol
"Tindakan juga sepatutnya diambil dari sudut undang-undang lain seperti kanun keseksaan yang mana melibatkan dua kesalahan iaitu menerima suapan dan juga tuduhan merogol jika mangsa dipaksa suspek," katanya.
Tambahnya, siasatan mengemukakan tuduhan dari sudut rogol perlu sekiranya kerelaan mangsa memberi layanan didapati dengan cara paksaan.
Bagaimanapun, perkara ini boleh dicegah sekiranya pihak yang terbabit melaporkan insiden itu meskipun perbuatan seks belum dilakukan.
Katanya, sebarang pelawaan atau permintaan membabitkan satu-satu urusan diiktiraf sebagai meminta suapan.
Mereka yang tergolong dalam jenayah seperti ini boleh disabitkan kesalahan mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan kerana mengaibkan golongan wanita atas permintaan seks.
Kes - Kes Terima Habuan Seks
Mengikut satu laporan media pada Jun 2010 mendedahkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan pegawai kanan kerajaan negeri Melaka berikutan dakwaan menerima rasuah seks untuk meluluskan operasi sebuah kedai makan.
Difahamkan, pegawai terbabit meminta habuan seks dengan persetujuan mangsa sendiri sehingga berjaya mendapatkan kedai makan tersebut.
Pada Ogos 2008 pula, SPRM mendakwa Ahli Majlis Daerah Perak Tengah, Zul Hassan berhubung skandal rasuah bernilai RM180 juta dan menerima habuan seks daripada seorang wanita warga China membabitkan projek membangunkan tanah seluas 36 hektar di Seri Iskandar.
Dalam perkembangan luar negara, satu portal berita pada awal tahun lalu melaporkan seorang bekas ketua polis bahagian narkotik Singapura didakwa meminta habuan seks oral daripada seorang eksekutif jualan sistem komputer bertujuan meluluskan kontrak bersama kerajaan.
Gubal Undang-Undang Baru
Sementara itu, Presiden Badan Bertindak Anti Penyelewengan Negeri Kedah, Khairul Anuar Ramli berpendapat, satu akta baru perlu digubal dan dibentangkan kerajaan yang mengkhususkan kepada rasuah seks.
Presiden Badan Bertindak Anti Penyelewengan Negeri Kedah, Khairul Anuar Ramli Presiden Badan Bertindak Anti Penyelewengan Negeri Kedah, Khairul Anuar RamliMenurutnya, akta rasuah yang sedia ada kini dilihat secara umum dan lebih kepada hukuman kepada pesalah yang terlibat menerima habuan dalam bentuk material tanpa memfokuskan kepada suapan seks.
Jelasnya, kemungkinan statistik melibatkan rasuah seks dengan suapan dalam bentuk material mahupun penyalahgunaan kuasa adalah hampir sama tetapi tidak dihebahkan kepada pihak tertentu.
"Kemungkinan persamaan rasuah seks dengan rasuah lain adalah hampir.
"Kebiasaannya rasuah seks tidak membabitkan projek berskala besar jika dibandingkan dengan suapan yang diterima dalam bentuk wang ringgit," katanya.
SPRM Komited Banteras Rasuah
Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Mohd Shukri Abdull berkata, pihak SPRM telah mengeluarkan arahan dimana pesalah rasuah yang terbukti terlibat perlu didakwa di bawah dua pertuduhan secara serentak.
Akta yang dimaksudkan adalah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 bersama Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2011.
Menurutnya dalam satu laporan media baru-baru ini, langkah mengenakan dua pendakwaan serentak itu adalah bertujuan memastikan hukuman lebih berat dikenakan ke atas pesalah memandangkan pendakwaan sedia ada dilihat belum cukup menggentarkan mereka.Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Mohd Shukri Abdull/Pic:BHTimbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Mohd Shukri Abdull/Pic:BH
Sebelum ini dilaporkan, sejumlah 5,517 kes rasuah bernilai kurang RM1,000 hingga lebih RM1 juta disiasat SPRM sepanjang tempoh 2009 hingga 2013.
Namun, statistik rasuah membabitkan seks tidak dikeluarkan secara spesifik.




- mD

Polis larang cari kerang di pantai sekitar Marang

Posted: 24 Nov 2014 03:54 AM PST

Post Pic
MARANG: Pantai Rusila hingga Pulau Kekabu di sini, yang menjadi tumpuan ramai berikutan 'fenomena kerang' menyebabkan empat remaja hampir lemas selepas dihanyutkan ombak.
Berikutan itu, Ketua Polis Daerah Marang, Deputi Superintendan Risikin Satiman memberi amaran dan melarang orang ramai menjalankan aktiviti di sepanjang pantai berkenaan, berikutan keadaan ombak dan cuaca tidak menentu ketika musim tengkujuh yang boleh mengundang bahaya.
Larangan itu berkuat kuasa serta merta dan semua pihak diminta memberi kerjasama bagi mengelak kejadian sama berulang.
"Dalam tempoh tiga hari, empat remaja nyaris lemas selepas dihanyutkan ombak ketika mengutip kerang dan kita tidak mahu kejadian sama berulang lagi.
"Selain penduduk di kawasan setempat, orang ramai dari kawasan berhampiran turut ghairah mengutip hidupan itu sambil membawa anak-anak mereka.
"Malah, ada kalangan mereka turut mengambil kesempatan berniaga dengan menjual makanan dan minuman serta pakaian di lokasi berkenaan tanpa memikirkan keselamatan mereka.
"Oleh itu, kita minta mereka hentikan sebarang kegiatan di pantai berkenaan yang boleh membahayakan nyawa mereka," katanya ketika dihubungi BH di sini, hari ini.
Dalam kejadian jam 3.30 petang semalam, dua remaja berusia 15 tahun dari Pasir Panjang, Kuala Terengganu nyaris lemas selepas dihanyutkan ombak ketika mencari kerang yang terdampar di pantai berkenaan sejak Jumaat lalu.
Malah, sebelum itu, dua pelajar sebuah pusat pengajian tinggi berusia 19 tahun dari Kampung Merbau Patah, Kuala Terengganu juga hampir lemas di pantai sama kira-kira jam 11.20 pagi kelmarin selepas dihanyutkan ke tengah laut.
Bagaimanapun, semua mangsa berjaya diselamatkan orang ramai yang kebetulan berada di tempat kejadian sebelum dibawa ke Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu dan Klinik Kesihatan Marang untuk rawatan.
Risikin berkata, sejak fenomena ribuan kerang terdampar di pantai berkenaan Jumaat lalu, orang ramai memenuhi kawasan itu untuk mengutip hidupan itu tanpa memikirkan keselamatan mereka.
Beliau berkata, keadaan ombak dan cuaca yang tidak menentu ketika ini tidak sesuai untuk sebarang aktiviti pantai seperti mandi, berkelah dan mengutip kerang kerana bimbang kejadian buruk berlaku.
"Bukan niat polis untuk menghalang kerana tahu mereka mahu mencari rezeki, tetapi keselamatan dan nyawa adalah lebih penting dalam keadaan sekarang. Jadi, saya harap orang ramai dapat mematuhi arahan dikeluarkan demi kebaikan semua pihak," katanya.

Dialog Dewasa Kritik Berasa

0

Posted by Unknown | Posted on 11:14 PTG | Posted in

sumber :-

Dialog Dewasa Kritik Berasa


LGBT ADALAH ETIKA KATA ANWAR

Posted: 24 Nov 2014 07:42 PM PST




Sebuah organisasi bebas dengan idea baharu dan segar, TEDx Universiti Gerogetown, universiti Jesuits yang terbesar di Amerika Syarikat mengiktiraf LGBT (Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender)
Thomas Lloyd, pelajar di STIA: Sains, Teknologi & Hal Ehwal Antarabangsa, School of Foreign Service, Universiti Georgetown diberi penghormatan berucap dalam program TEDx untuk meluahkan kebangaannya sebagai seorang gay.
Sejak dua tahun lalu Thomas telah berkhidmat sebagai Presiden GUPride, kumpulan pelajar LGBTQ (Lesbian, Gay, Biseksual, Transgender dan Queer) Universiti Georgetown, satu-satunya kumpulan LGBT di sebuah sekolah Katolik di negara itu.
Thomas juga telah menjadi RA di Georgetown selama dua tahun, menulis kolum tetap di The Hoya, media LGBT GUPride.
The hoya.com, 18 November melaporkan selain Thomas, bekas Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim juga diberi peluang berucap di TEDx.
"Saya rasa sebab untuk demokrasi, kebebasan, keadilan, bukan prinsip teori. Ia adalah isu kesalahan, isu sabitan keberanian, kebahagiaan tujuan. Ia adalah kepercayaan dan nilai-nilai. Ia adalah etika. Ia adalah prinsip iaitu anda tidak boleh berkompromi dengannya," kenyataan Anwar dipetik.

PAS BARU BY MUJAHID YUSUF RAWA

Posted: 24 Nov 2014 04:00 PM PST

'Menuju PAS baru' gagasan idea Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa mungkin menjadi realiti pada suatu hari nanti kata Zulkifli Sulong.
Zulkifli yang juga bekas Ketua Pengarang Harakahdaily berkata demikian ketika membuat kata-kata aluan dalam buku bertajuk "Menuju PAS Baru: Krisis, Peluang dan Dinamisme" Mujahid Yusof Rawa, terbitan The Malaysian Insider (2010).
"Masa yang akan menentukannya," kata Zulkifli.
Kenyataan penuh Zulkifli dalam buku tersebut :
Saya mula mengenali Dr Mujahid Yusof ketika kami bersama-sama mewakili NGO di Malaysia dalam persidangan Belia Islam Asian di Jakarta, Indonesia pada pertengahan tahun 1990an lalu. Dalam persidangan itu, Mujahid telah dipilih sebagai salah seorang moderator dalam bengkel yang diadakan. Kebetulannya bengkel itu adalah mengenai media. Sebagai pengamal media, saya antara peserta yang aktif memberikan pandangan dalam bengkel yang dipengerusikan oleh Mujahid itu.
Sejak itu, selepas pulang ke Malaysia kami menjadi rapat. Hubungan kami tambah erat apabila Mujahid dilantik sebagai Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional PAS. Lajnah yang asalnya tidaklah penting mana, telah menjadi satu entiti yang sangat penting dalam PAS.
Sejak sekian lama, PAS berusaha untuk memecahkan temboknya dengan orang bukan Islam sama ada Cina atau India. Ia bermula sejak pertengahan tahun 1980an lagi apabila CCC dibentuk. Namun, singkatan ini benar-benar membawa nasib tidak baik sebagaimana maksud CCC dalam bahasa Mandarin itu sendiri iaitu mati-mati-mati. CCC mati begitu sahaja.
Apabila Mujahid dilantik menjadi Pengerusi lajnah atau biro Perpaduan Nasional ini, beliau telah berjaya membentuk satu struktur organisasi yang baik dalam menghubungkan PAS dengan orang Cina dan India. Kemuncak dari hubungan baik inilah lahirnya apa yang dinamakan sebagai Kelab Penyokong PAS (KPP) menjelang pilihan raya 2008. Apabila Hindraf terbentuk dan orang India bangkit menentang BN, KPP telah berjaya membina tapak yang baik untuk mereka aktif menyokong PAS dalam pilihan raya umum 2008.
Begitu juga orang Cina. Mereka bersama-sama menyokong PAS dalam pilihan raya tersebut dan menghasilkan lima negeri untuk Pakatan Rakyat yang di dalamnya adalah PAS. Ekoran perkembangan baik itu, Mujahid sekali lagi bertindak mengikat para penyokong PAS ini dengan membawa mereka terus menjadi ahli PAS melalui Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP). Ia berlaku dalam bulan Mei 2010. Dalam muktamar PAS ke 56 di Kota Bharu Jun 2010, DHPP mula menghantar perwakilannya.
Inilah sebenarnya kelebihan Mujahid. Beliau berjaya mencipta organisasi dan struktur sebenarnya. Bukan sekadar membawa orang menyokong PAS tetapi berjaya membina struktur untuk mereka bergerak secara berperlembagaan. Melalui buku ini, Mujahid terus berteori tentang struktur kepimpinan PAS.
Apa yang beliau tulis ini bukan berdasarkan pengalaman peribadi beliau semata-mata tetapi berdasarkan pengalaman dan ilmu yang beliau timba dari ayahnya Allahyarham Yusof Rawa, bekas presiden dan mursyidul am PAS. Buku ini juga adalah hasil kajian Mujahid melalui tesis PhD yang beliau buat. Kajian beliau adalah tentang organisasi PAS itu sendiri. Melalui pengamatan dan kajian beliaulah terhasilnya teori lekuk dalam perubahan kepimpinan dalam PAS.
Tulisan Mujahid ini mungkin sensitif bagi sesetengah orang. Tetapi dengan latar belakang akademik beliau (ijazah pertama dalam pengajian Islam dari universiti di Mesir dan PhD dalam bidang pengurusan organisasi dari universiti tempatan) agak sukar mana-mana penentang teori ini untuk menolak mentah-mentah pandangan Mujahid ini.
Pendek kata, Mujahid adalah hasil dari penegasan yang dibuat oleh presiden PAS yang paling dihormati, Datuk Fadzil Mohd Noor. Ketika hayatnya, ketika dilihat berlakunya pertembungan antara ulama dan profesional dalam PAS, Ustaz Fadzil telah datang dengan penegasan, apa yang perlu dibuat oleh PAS adalah mengulamakan profesional dan memprofesionalkan ulama.
Mujahid adalah salah seorang yang lahir dari penegasan Ustaz Fadzil ini. Kini Mujahid datang dengan teori kepimpinan baru PAS selepas dua lekuk berlalu. Persoalannya adalah apakah kepimpinan PAS yang ada sekarang akan membuka laluan untuk lekuk baru ini atau berlakunya resistan dan akhirnya perubahan akan berlaku dalam suasana yang tidak enak.
Masa yang akan menentukannya.
Zulkifli Sulong.

Gaya Peneroka

0

Posted by Unknown | Posted on 11:13 PTG | Posted in

sumber :-

Gaya Peneroka


TASIK CHINI YANG LAYU

Posted: 24 Nov 2014 12:25 PM PST

KUANTAN 24 Nov. - Tiada tindakan dan kerjasama pihak berwajib ke arah membangun, memelihara serta memulihara Tasik Chini di sini me-rupakan punca ekosistem di tasik air tawar kedua terbesar negara itu hampir berubah secara keseluruhan sekali gus mengancam keaslian semula jadinya.
Bekas Ketua Pusat Penyelidikan Tasik Chini (PPTC) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Datuk Dr. Mushrifah Idris berkata, sejak ditubuhkan pada 2004, pelbagai penyelidikan dan kajian telah dilakukan PPTC berhubung tasik berkenaan.
Antaranya, kata beliau, melibatkan aspek flora, fauna, ekohidrologi, perubahan iklim dan pemulihan serta pengurusan persekitaran, namun apa yang disampaikan pihaknya untuk tindakan pihak berwajib seperti kerajaan negeri, Pejabat Daerah dan Tanah Pekan serta Jabatan Perhutanan negeri tidak dilaksanakan.

Sehubungan itu, jelasnya, beliau sendiri yang 10 tahun terlibat dalam penyelidikan dan pelaksanaan dasar di tasik berkenaan kecewa kerana penyelidikan dan kajian PPTC tidak diambil kira.

Tegas beliau, sebaliknya apa yang berlaku, keadaan di tasik yang diiktiraf sebagai rizab Biosfera oleh Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) itu semakin teruk.
"Kita (PPTC UKM) sudah melakukan pelbagai penyelidikan untuk membantu kerajaan negeri Pahang dalam pemuliharaan, pemulihan dan kelestarian Tasik Chini untuk kerajaan negeri dan warisan negara namun kita hanyalah badan yang melakukan kajian dan penyelidikan, kita bukan agensi pelaksana.
"Kita juga bermesyuarat dengan Exco kerajaan negeri, dengan Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar dan dengan wakil istana juga kita bermesyuarat bagi menyatakan me-ngenai kajian dan penyelidikan kita dan kita berharap dalam usaha menjaga tasik ini mereka akan melaksanakannya.
"Kita sekarang tidak banyak tasik asli, yang ada hanya dua iaitu Tasik Bera yang dipilih sebagai kawasan tanah lembap berkepentingan antarabangsa di bawah Konvensyen Ramsar dan Tasik Chini yang diktiraf sebagai rizab Biosfera oleh UNESCO, tak kan dua tasik ini pun kita tidak boleh jaganya dengan betul," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia, di sini hari ini.
Beliau berkata de-mikian apabila diminta mengulas mengenai Laporan Khas Utusan Malaysia hari ini yang mendedahkan mengenai Tasik Chini yang dilihat semakin bergelut untuk mengekalkan keaslian semula jadi akibat dihambat aktiviti manusia di sekelilingnya terutama perlombongan dan pembalakan hinggakan jangka hayat tasik ini turut menimbulkan perdebatan.
Sedangkan dahulu, permata pelancongan negeri ini sentiasa menggamit pelawat dari seluruh dunia tetapi kini, tasik yang sarat dengan kisah legenda itu menuntut komitmen semua pihak bagi menyelamatkannya agar Orang Asli yang tinggal di tebing Tasik Chini dapat terus bergantung hidup kepada tasik tersebut.
Mengulas lanjut, Mushrifah ber-kata, beliau sedih kerana kawasan di tasik berkenaan kini menjadi mang-sa pembangunan yang tidak diuruskan dengan betul, penerokaan hutan dan perlombongan bijih yang kesannya bukan sahaja mengotorkan jalan raya malah air tasik juga menjadi merah dan tercemar.
"Tidak salah jika ingin menjalankan pembangunan tetapi perlu dilakukan dengan betul berkonsepkan teknologi hijau, penebangan hutan juga boleh dilakukan tetapi perlu jauh dari kawasan tasik, begitu dengan perlombongan kalau ingin dibuat perlu 300 meter daripada zon penampan.
"Tasik ini sebenarnya sama macam manusia juga, dia ada umur, jika tidak diurus dengan baik, tasik makin mendap, air tasik cetek, ma-kin lama tasik ini akan jadi tua dan akan menjadi mati," katanya.
Penerima Anugerah Hari UNESCO Malaysia 2011 itu berkata, jika pihak berwajib serius hendak memulihkan kembali Tasik Chini, tempoh masa sekurang-kurangnya 20 tahun diperlukan untuk aspek pemuliharaan seperti penanaman semula hutan dan UKM boleh membantu memberikan pandangan mengenai jenis pokok yang sesuai ditanam.
"Kawasan persekitaran tasik ini banyak mineral, tidak semua pokok boleh hidup dan selepas perlombongan di situ yang ada adalah logam dan kita (UKM) telah buat kajian apa pokok yang boleh ditanam," katanya.
Selain itu, katanya, tiga perkara juga diperlukan untuk memulihkan kembali tasik itu iaitu peruntukan, menentukan pihak-pihak yang akan melaksanakan kerja-kerja pemuliharaan dan yang ketiga adalah kemahuan politik pihak berwajib sama ada ingin melakukannya atau tidak.


PERJUMPAAN MEJA BULAT NGO-NGO ISLAM PULAU PINAG

Posted: 24 Nov 2014 10:58 AM PST

Sidang Meja Bulat Ngo2 Islam Pulau Pinang yang berlangsung sehari suntuk pada hari ini merumuskan beberapa resolusi. Antaranya:-
1. Menggubal Undang Undang Tanah supaya Pulau Pinang juga mempunyai Tanah Rizab Melayu.
2. Pindaan kepada Akta Warisan Kebangsaan 2005 dan Enakmen Warisan Negeri Pulau Pinang 2011 dengan menambah peruntukan berkaitan Tanah Warisan Melayu dengan tujuan perlindungan kepada tanah warisan melayu.
3. pembangunan Tanah Waqaf mestilah dibantu oleh syarikat milik Kerajaan seperti UDA, MARA dan institusi perbankan. Pembangunan waqaf adalah sebagai amanah dan bukan atas perkiraan untung rugi semata-mata.
4. Agensi yang berkhidmat membantu Melayu Pulau Pinang hendaklah dinilai dan di rombak semula.
5. Menyegerakan penubuhan NGO Gabungan sebagai badan teras masyarakat melayu dalam memperjuangkan hak orang melayu di Pulau Pinang.
6. Mengekalkan nama nama asal petempatan untuk jalan, taman perumahan dan lain lain.
Pembentangan Kertas kerja dari Cikgu Azmi Abd Hamid(TERAS), Tuan Hj Dzulkifly Ahmad(HARTANAH), Prof Dato' Dr Ahmad Murad Merican(AHLI AKADEMIK) dan LT(B) Kamaruzaman Ahmad Nor(KERAJAAN SELANGOR) amat menarik. Cadangan dan Agenda Bertindak dikemukakan. Mekanisme menangani isu tanah dan perumahan di Selangor dan Johor di bentangkan sebagai perbandingan. Ia baik sebagai panduan dan penambahbaikan di Pulau Pinang.

Alhamdulillah, meskipun Sidang Meja Bulat ini anjuran PAS Pulau Pinang, kesediaan wakil2 NGO, Ahli Akademik, Profesional dan Komuniti masyarakat dari berbagai latarbelakang politik untuk hadir dan mengambil bahagian dalam perbincangan bengkel sangat baik.



Sidang ini dirasmikan oleh Tuan Hj Mohamad Sabu, Timbalan Presiden PAS/ Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang.

^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^

Belantan

0

Posted by Unknown | Posted on 11:10 PTG | Posted in

sumber :-

Belantan


Perwakilan kritik Guan Eng beli Mercedes-Benz?

Posted: 24 Nov 2014 09:30 PM PST


BUKIT MERTAJAM 23 Nov. – Konvensyen Tahunan DAP Pulau Pinang di sini hari ini dikejutkan oleh seorang perwakilan yang secara terbuka dalam perbahasannya mengkritik parti tersebut.

Perwakilan Chai Leng Park, Seberang Perai, Shamsher Singh Thind mempertikaikan tindakan Ketua Menteri, Lim Guan Eng, yang membeli kereta mewah sebagai kenderaan rasmi kerajaan negeri bagi menggantikan kereta terdahulu yang masih elok.

Katanya, Lim yang juga Setiausaha Agung parti itu telah mengkritik kerajaan negeri Terengganu yang membeli kereta Mercedes- Benz serupa pada 2008 tetapi beliau telah melakukan perkara sama dalam pentadbirannya.

"Saudara Guan Eng sendiri membeli kereta Mercedes-Benz, Apa sudah jadi?," katanya ketika sesi perbahasan.


Keberanian Shamsher Singh mempersoal isu berkaitan kerajaan negeri di hadapan Guan Eng menyebabkan lebih 309 orang perwakilan lain tergamam.

Shamsher Singh, pensyarah undang-undang di sebuah institusi pengajian tinggi di sini, turut mempersoalkan kelebihan kuasa Guan Eng yang kebal daripada tindakan penguat kuasa Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP).

"MPPP sungguh beria-ia menunda kereta orang awam termasuk kereta pelajar kolej, tetapi MPPP buat bodoh apabila kereta Ketua Menteri diletakkan secara salah," katanya.


Namun, persoalan itu dijawab oleh Guan Eng dan Pengerusi DAP negeri, Chow Kon Yeow, yang berkata akan memberi arahan kepada MPPP untuk memberi saman kepada pemandunya.

Guan Eng turut menyalahkan media yang didakwanya sering memperbesarkan isu kecil serta melaporkan berita berat sebelah mengenai dirinya.

"Apabila saya bercakap mengenai perkara yang lebih mustahak, media langsung tidak laporkan. Tetapi isu mengenai kereta saya, ia menjadi begitu besar," katanya.

Suara Politik
Belantan

Gempar...!!! Kepala manusia ditemui dalam beg plastik?

Posted: 24 Nov 2014 08:36 AM PST


BUKIT MERTAJAM - Penemuan satu beg plastik berisi kepala manusia dipercayai warga asing yang diletakkan di sebuah kedai menggemparkan penduduk di Taman Impian Ria di sini.

Beg plastik berkenaan ditemui orang awam kira-kira jam 5.30 petang, yang kemudiannya menghubungi polis.

Berdasarkan rakaman CCTV, seorang dari dua lelaki itu turun dari motosikal dan meninggalkan bungkusan plastik berkenaan berhampiran kedai sebelum beredar.

Polis tidak menolak kemungkinan mangsa dibunuh di tempat lain dan telinga kiri dan kanannya dipotong sebelum kepala itu dibuang di situ.

Setakat ini, polis masih menjalankan siasatan dan identiti mangsa sedang dikenal pasti.

Suara Politik
Belantan

Isu RM2.6j : Rakyat berhak diberi penjelasan?

Posted: 23 Nov 2014 11:49 PM PST


Rakyat Selangor berhak mendapat penjelasan berkenaan pemberian wang pampasan kepada lapan pegawai bekas menteri besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim kerana ia melibatkan wang awam.

Pensyarah Pusat Pengajian Antarabangsa, Kolej Undang-Undang, Kerajaan dan Pengajian Antarabangsa, Universiti Utara Malaysia (UUM), Prof Madya Dr Mohd Azizuddin Mohd Sani berkata, Perbadanan Menteri Besar (MBI) perlu menjawab sama ada wujud terma dan syarat pelantikan seumpama itu dan bagaimana pemberian itu dikira.

Menurutnya, beliau percaya setiap syarikat mempunyai cara yang berbeza dalam memberi pampasan kepada pekerja yang diberhentikan, tetapi dalam kes ini ia perlu didedahkan.

"Apabila ada yang membangkitkan, maka MBI perlu beri penjelasan dan laporan mengenainya kerana ia melibatkan kepentingan kepada rakyat dan mereka mahu tahu sama ada RM2.6 juta itu dikeluarkan secara adil.


"Pemberian itu perlu mengikut terma pelantikan sama ada wujud sebegitu atau tidak kaedah itu, ia perlu dedahkan supaya rakyat dan pihak tertentu tidak lagi mempertikaikannya," katanya.

Beliau berkata, tidak dinafikan bahawa kebiasaannya sesebuah syarikat itu akan memberi pampasan mengikut pengiraan kadar yang termaktub dalam pengurusan sumber manusia.

"Kalau ditamatkan lebih awal, maka akan menjejaskan pendapat individu itu dan syarikat besar seperti MBI sudah tentu ada memberi pampasan cuma terma dan syarat yang mungkin berbeza dengan yang lainnya.

"Pembayaran pastinya berbeza mengikut pangkat yang mungkin mengambil kira tempoh penggal dan sebagainya.

"Bagaimanapun MBI perlu menjawab banyak persoalan yang mungkin akan timbul seperti kenapa MBI mempunyai syarat seperti itu dan kenapa syarikat berkaitan kerajaan (GLC) negeri lain tiada," katanya.


Azizuddin dalam pada itu percaya, Abdul Khalid meluluskan pemberian itu atas dasar yang dipatuhi kerana beliau merupakan pemimpin yang mempunyai keperibadian yang baik.

Dalam pada itu, Timbalan Dekan Fakulti Sains Sosial Universiti Sains Malaysia, Prof Madya Dr Sivamurugan Pandian berkata, pertikaian mengenai pampasan hanya boleh dipersoalkan dari sudut integriti, bukan politik.

Pemberian pampasan bergantung kepada persetujuan berdasarkan undang-undang kerana ia membabitkan persoalan integriti.

"Kita perhatikan isu MBI ini lebih cenderung kepada pembunuhan karakter politik kerana ia seolah-olah cubaan menyalahkan bekas menteri besar," katanya.

Suara Politik
Belantan