Followers

Nuffnang

AZLI SHUKRI

0

Posted by Unknown | Posted on 11:37 PTG | Posted in

sumber :-

AZLI SHUKRI


Siapa yang Ada Pengetahuan tentang Hal Ini?

Posted: 23 Nov 2014 07:30 PM PST

Ada sesiapa yang boleh jelaskan berkenaan bisnes ini?  

The Unspinners

0

Posted by Unknown | Posted on 11:28 PTG | Posted in

sumber :-

The Unspinners


DAP, broker tanah dan rumah mampu milik

Posted: 23 Nov 2014 08:23 PM PST







Cari cara pertahan saki baki kg Melayu Pulau Pinang

Posted: 23 Nov 2014 04:16 PM PST


Perwakilan umno  disaran membawa  usul mempertahankan hak saki baki kampung melayu dari terus lenyap ditelan akibat kerakusan arus pembangunan. 

Cari mekanisme terbaik menerusi agensi kerajaan pusat termasuk mengenakan sekatan kepentingan sementara supaya kerajaan negeri Dap tidak sewenang-wenangnya meluluskan pembangunan dikawasan berkenaan. 

Wujud status beberapa kampong melayu di negeri ini yang layak disenaraikan sebagai kampong warisan dimana masih belum terlambat untuk pihak berkuasa menjadikannya sebagai satu realiti. 

Enekmen warisan negeri yg diwujudkan oleh kerajaan negeri dilihat tidak langsung menyebelahi bagi tujuan menyelamat kedudukan kampung melayu, tapi lebih menjurus kepada soal menambah nilai komersial kepada bangunan sediada didalam linkungan zon warisan sahaja. 

Pihak kita berpandangan masih ada ruang untuk mempertahankan kedudukan kampong melayu dari terus menjadi impak sejarah jika kerajaan pusat menerusi kementerian yg bertanggungjawap (jika mempunyai bidang kuasa undang-undang) untuk membekukan dalam bentuk mengenakan "sekatan kepentingan sementara" sehingga status atau katogeri kampong-kampung berkenaan dikenal pasti". 

Kita akur bahawa terdapat dua senario berbeza diantara hak tuan tanah serta hak penduduk menerusi soal ekuiti. namun isu pengusiran penduduk yg telah bermastautin secara turun menurun tidak langsung mendapat pembelaan yg setimpal.

Malah yg lebih parah kedudukan kampung melayu yg menjadi sebahagian dari lipatan sejarah negeri ini akan turut lenyap ditelan bumi akibat angkara kerakusan pembangunan. 

Justeru itu penduduk melayu negeri ini amat berharap bahawa pemimpin umno negeri ini dapat membawa satu usul penting berkenaan bagi tujuan menyelamatkan kedudukan saki baki kampung-kampung melayu dinegeri pulau pinang.

Nak tibai minyak naik pun Rafizi tipu fakta?

Posted: 23 Nov 2014 03:34 AM PST


Minyak bakal naik sebab tak ada lagi subsidi dah modal untuk kritik BN. Itu pun Rafizi tipu fakta dan buat cerita palsu.






Sebab perlu kelentong tu senang saja, pasal dulu dah beri free....


Bingai si.Rafizi.

Dialog Dewasa Kritik Berasa

0

Posted by Unknown | Posted on 11:28 PTG | Posted in

sumber :-

Dialog Dewasa Kritik Berasa


PKR JANGAN GELOJOH NAK SUMBAT HADI KE PENJARA, TUNGGU LAGI 7 DISEMBER

Posted: 23 Nov 2014 10:09 PM PST

Mahkamah Tinggi di sini memutuskan perbicaraan kes saman Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang ditangguh 7 Disember depan disebabkan ketidakhadiran saksi plaintif.

Saksi plaintif iaitu wartawan Kosmo tidak hadir perbicaraan.
Pada perbicaraan 28 Oktober lalu, Hakim Datuk Mohd Yazid Mustafa menangguhkan perbicaraan ke hari ini kerana saksi pihak plaintif iaitu wartawan berkenaan dimaklumkan tidak hadir.

Bekas calon PKR Dun Bukit Besi pada PRU13 lalu, Mohd Shamsul Mat Amin memfailkan saman terhadap Tuan Guru Abdul Hadi susulan ceramah Presiden PAS di Kampung Tebakang, Alor Limbat, Marang semasa kempen PRU itu.

Shamsul mendakwa ceramah itu mengaitkan beliau sebagai calon PKR dengan pil kuda.

Presiden PAS yang diwakili Tetuan Awi & Co manakala Shamsul diuruskan Tetuan Vasudevan & Co.HARAKAHDAILY

SHAFIE TIMBALAN SPEAKER DUN SELANGOR, HANYA 28 UNDI SAHAJA, DAP TAK UNDI

Posted: 23 Nov 2014 07:06 PM PST

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bangi daripada PAS Mohd Shafie Ngah dipilih sebagai Timbalan Yang Dipertua Dewan Negeri Selangor (DNS).

Pemilihan itu dibuat pada persidangan DNS pagi ini.
Nama Shafie dicadangkan oleh Adun Cempaka, Iskandar Abdul Samad.

Adun Sekinchan, Ng Swee Lim juga dicadangkan untuk jawatan itu oleh Adun Seri Kembangan, Ean Yong Hian Wah.

Sementara itu, Ketua Pembangkang DNS iaitu Adun Sungai Burong, Datuk Mohd Shamsuddin Lias yang mencelah selepas Yang Dipertua DNS, Hannah Yeoh memaklumkan pengundian dijalankan bahawa Adun BN berkecuali.

Shafie mendapat 28 undi sementara Ng 14 undi dan satu undi rosak.

Jawatan berkenaan kosong berikutan penyandangnya iaitu Adun Seri Setia, Nik Nazmi Nik Ahmad dilantik sebagai exco kerajaan negeri pada 26 September lalu. - HARAKAHDAILY

AMBIL PENDEKATAN SEDERHANA KATA PM NAJIB

Posted: 23 Nov 2014 07:59 AM PST

Umno sebagai parti tunjang kepada Barisan Nasional (BN), perlu mengambil pendekatan bersederhana dalam menangani isu-isu berkaitan hubungan kaum di negara ini, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

Presiden Umno itu berkata, ini termasuk dalam berdepan dengan golongan ekstrem dan rasis, yang dikhuatiri akan mengguris perasaan orang Melayu serta menimbulkan ketegangan antara masyarakat majmuk di negara ini.

"Saya menekankan kesederhanaan atau wasatiyah sebagai satu prinsip supaya dalam apa jua tindakan kita perlu bersederhana, seimbang dan juga lebih menjurus kepada kecemerlangan.

"Bukan bererti kita bersederhana dalam bekerja atau berusaha tetapi mesti mencapai kecemerlangan. Konsep ini yang saya cuba bawa," katanya dalam wawancara khas dengan Mingguan Malaysia yang disiarkan akhbar itu hari ini.

Perdana Menteri berkata pendekatan lain menangani isu-isu antara kaum ialah Umno harus kekal sebagai sebuah parti yang 'centrist' (kelompok tengah) yang tidak keterlaluan atau ekstrem.

Najib menarik perhatian bahawa Umno juga bersetuju menggubal perlembagaan yang merupakan cerminan kepada kontrak sosial, sebagai kompromi kepada kepelbagaian kaum di negara ini.

"Kita sudah mula langkah itu bersandarkan kepada prinsip wasatiyah sejak dahulu. Cuma kita tidak gunakan istilah wasatiyah. Namun, sejak mula UMNO ditubuhkan telah ditetapkan negara ini berlandaskan pada perlembagaan yang bersifat sederhana sehingga sekarang.

"Saya tidak fikir kita perlu alih haluan atau landasan kerana ini telah ditentukan sejak dahulu lagi," jelas Najib.

Menyentuh aspek sokongan kaum Cina, Najib yang juga Pengerusi BN berkata ada sedikit perubahan positif, tetapi masih belum sampai ke tahap yang diharapkan.

Mengambil isu sekolah Cina sebagai contoh, beliau berkata adalah mustahil untuk mendapatkan kembali sokongan kaum itu sekiranya ada suara dalaman yang mahukannya ditutup.

Najib berkata dalam sistem demokrasi terbuka, penting bagi BN untuk membuat keputusan secara kolektif yang akhirnya akan membawa manfaat kepada semua parti komponen.

"Kalau langkah kita menyebabkan sokongan kepada Umno dan BN menurun, tentu sekali apa yang kita lakukan tidak memberi faedah kepada kita. Orang putih kata lose, lose tapi kita win, win. Jangan kita lose, lose. Kalau kita lose, lose nanti hendak masuk pilihan raya, kita akan berhadapan dengan kesukaran," katanya.

Mengenai soal perpaduan melalui pendidikan dan langkah ke arah sekolah satu aliran, Najib berkata sesuatu keputusan yang dibuat haruslah tidak mendatangkan mudarat kepada negara, sama ada dari segi hubungan kaum hatta dalam BN sendiri.

Bagaimanapun, Perdana Menteri mahu sekolah Cina meningkatkan penguasaan bahasa kebangsaan yang merupakan alat perpaduan, yang boleh membantu ke arah memupuk persefahaman antara kaum.

"Saya sedar ini bukan satu keadaan yang ideal, tetapi sudah kita warisi. Tidak boleh rombak balik apa yang telah diputuskan sewaktu Malaysia merdeka," katanya.


-- BERNAMA

TINDAKAN JAKIM DISELAR, MEMALUKAN PERDANA MENTERI

Posted: 23 Nov 2014 06:39 AM PST


Seluruh umat Islam di Malaysia dan Nusantara Melayu Islam amat terkejut dengan tindakan pihak JAKIM menyekat pendakwah terkenal dari Nusantara Melayu Islam dan di negara-negara Arab iaitu Sheikh Nuruddin daripada berdakwah di TV dan di tempat yang lain di dalam negara Malaysia.

Saya yakin dan percaya perbuatan ini adalah perbuatan mereka yang punya Sakit Jiwa seperti perasaan-perasaan cemburu, irihati, busuk hati dan pelbagai lagi penyakit hati. Mengapa seorang Ulama yang sekian lama menyampaikan ilmu dakwahnya di TV disekat selepas beliau mempunyai ramai pengikut, berjaya mendidik masyarakat seterusnya mengukuhkan lagi Aqidah Sunnah Waljamaah yang menjadi amalan umat Islam di Malaysia dan di Nusantara Melayu Islam ini.

Saya mendesak pihak JAKIM memperjelaskan satu persatu apakah bidaah-bidaah, apakah ajaran-ajaran sesat, apakah kenyataan-kenyataan beliau yang dikatakan menjejaskan keharmonian umat Islam di negara kita Malaysia. Setelah sekian lama beliau berdakwah, saya tidak nampak umat Islam di Malaysia menjadi huru-hara, sebaliknya rating TV Al-Hijrah semakin meningkat naik.

Janganlah kerana JAKIM dipenuhi khabarnya golongan yang berfahaman selain daripada Ahli Sunnah Waljamaah, maka sheikh yang terkenal dari Nusantara Melayu Islam ini menjadi mangsa kebodohan, keangkuhan, kesombongan dan ketakburan golongan muda di JAKIM yang baru setahun jagung di alam dakwah.

Di akhir zaman ini, mereka yang baharu pulang belajar dari negara-negara Arab, India atau Pakistan apabila balik semula ke Malaysia mencetuskan perbalahan dan pergaduhan sesama mereka kaum agamawan. Menindas sesama mereka, memburuk-burukkan sesama mereka ahli agamawan, sungguh buruk perangai orang-orang agama yang suka memecahbelahkan seperti ini.

Kita amat memandang berat akan hal-hal yang berlaku di dalam JAKIM kerana nampak sangat jelas beberapa tindakan yang dilakukan adalah bertentangan dengan konsep Wasatiyyah YAB Perdana Menteri. JAKIM tidak mendokong prinsip kesederhanaan yang dibawa oleh kepimpinan negara, malah kesederhanaan yang ditunjukkan oleh baginda Rasulullah SAW juga tidak menjadi contoh kepada pihak JAKIM dalam mengendalikan isu ini.

Amat jelas, Sheikh Nuruddin bukannya seorang pengganas, jauh sekali daripada pengaruh IS atau ISIL dan sebagainya yang sedang berleluasa di negara-negara Arab. Juga sangat-sangat jelas, Sheikh Nuruddin bukan seorang Syiah yang sesat dan bukan seorang Wahabi yang menyesatkan.

Saya mendesak supaya JAKIM mengambil jalan tengah dan menghapuskan semula sekatan yang dikenakan ke atas Sheikh Nuruddin. Ini adalah suara rakyat dan suara majoriti umat Islam di Malaysia yang terpinga-pinga dan terkejut mengapa JAKIM menyekat usaha dakwah Islamiyyah yang dijalankan oleh Sheikh Nuruddin sejak hampir 20 tahun yang lalu.

Umat Islam mahu YAB Perdana Menteri mengambil serius akan hal ini. Perkara ini juga telah menjejaskan nama baik YAB Perdana Menteri apabila umat Islam turut menyalahkan YAB Perdana Menteri dengan pelbagai tuduhan, kritikan dan amukan telah dibuat ke atas YAB Perdana Menteri di dalam aplikasi Wassap, SMS, Facebook dan Tweeter.


Yang jelas YAB Perdana Menteri tidak mengetahui hal ini, ianya adalah kesilapan besar golongan-golongan yang berpenyakit hati di dalam JAKIM.

Sumber. Baca juga INI dan INI 

SILA TONTON DAP SERANG HADI

Posted: 23 Nov 2014 06:00 AM PST



NAIB KETUA PEMUDA UMNO MALAYSIA, APA KATA...

Posted: 23 Nov 2014 04:20 AM PST





Setiap kali Perhimpunan Agong UMNO, kasihan tengok Naib Ketua Pemuda asyik kena serang bukan sahaja dari luar parti, tetapi juga dari dalam parti sendiri. Tidak mampu dia menjawab kritikan itu. Sekeping dua gambar sejuta dua penderitaan.

Apa kata dia tunjukkan keberaniannya yang sebenar!!!

Apa kata dalam PAU nanti dia kerjakan Wee Ka Siong bab sekolah Cina. Lihatlah kemewahan sekolah-sekolah Cina di atas. Apa kata Naib Ketua Pemuda UMNO ini bentangkan fakta-fakta kenapa Sekolah Jenis Kebangsaan Cina ini perlu diberhentikan bantuan wang kerajaan. Tunjukkan ke"briliant"an mu dan keberanianmu, kalau adalah dan kalau mampulah.

Kedua, perjuangkan pertahankan Akta Hasutan biar berdesing telinga-telinga Lim Kit Siang, Lim Guan Eng dan Wee Ka Siong.

Tetapi kalau takut dengan KJ nak bercakap hal perjuangan, sukarlah bro. Sikit-sikit nak rujuk KJ, sikit-sikit takut KJ marah, jika inilah tahap Naib Ketua Pemuda UMNO,susahlah nak komen.

Kalau tiada idea, bacalah temuramah Presiden dan Timbalan Presiden UMNO dalam Utusan sehari dua ini.

Kalau beranilah! Kalau tidak, selamanyalah setiap tahunlah Naib Ketua Pemuda UMNO akan terus ditayangkan gambar-gambar menariknya itu. Dan ia menjadi hantu dan mimpi ngeri sampai bila-bila.









MIMPI SENJA

0

Posted by Unknown | Posted on 11:28 PTG | Posted in

sumber :-

MIMPI SENJA


Eina Azman dikecam parking kereta dekat pam minyak

Posted: 23 Nov 2014 11:23 PM PST

Post Pic
 
 
SHAH ALAM: Datin Paduka Eina Azman atau nama sebenarnya Ainur Syakina dikecam pengguna laman sosial Twitter hari ini, ekoran meninggalkan kenderaannya di pam minyak dan pergi makan di restoran Subway berhampiran stesen tersebut.
 
Ketika kejadian pelakon muda yang sering terpalit dengan kontroversi sebelum ini, bersama dengan suaminya Datuk Paduka Kaiser Gurmeet Harden menaiki kereta jenis Chevrolet Camaro berwarna kuning yang diterima Eina sebagai hantaran ketika majlis perkahwinannya.
 
Perkongsian gambar itu menjadi viral di internet.
 
Menurut pengirim gambar Amir Hamzah Ahmad, tindakan pasangan ini memalukan kerana stesen minyak ada menyediakan kemudahan parking berasingan untuk meletakkan kenderaan dalam tempoh yang lama.
 
"Parking kat petrol pam dan makan di Subway. Pernagai tipikal bangsawan ekspress. Aku tak kisah kau datuk Paduka ke pelakon ke, parking ada kot. Boleh pula kau parking kat situ?," soal beliau.
 
Namun perkara ini belum dapat pengesahan daripada Eina samada kejadian ini sahih atau hanya direka pihak yang dengkikan beliau.
 
Eina berkahwin pada awal September lalu dan menerima wang hantaran sebanyak RM77,000.
 
Beliau sebelum ini pernah dikaitkan dengan seorang pelakon lelaki Afiq Muiz namun hubungan tersebut tidak berpanjangan. 

Adun Bangi Dipilih Timbalan Speaker DUN Selangor Yang Baharu

Posted: 23 Nov 2014 10:06 PM PST


Diterbitkan: Isnin, 24 November 2014 10:46 AM

Mohd Shafie Ngah

SHAH ALAM: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bangi, Mohd Shafie Ngah dipilih menjadi Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) yang baharu.
Keputusan itu sekaligus mengenepikan pencalonan Adun DAP dari kawasan Sekincan, Ng Sue Lim bagi merebut jawatan berkenaan.
Mohd Shafie memperoleh 28 undi mengalahkan Ng yang mendapat 14 undi.
Terdapat satu undi rosak dalam pemilihan yang dibuat menerusi kaedah undi sulit itu.
Bagaimanapun 12 wakil rakyat Barisan Nasional (BN) yang hadir pada mesyuarat ketiga penggal kedua DUN Selangor yang ke-13 itu mengambil sikap berkecuali apabila tidak turut serta dalam proses pengundian.
Pendirian wakil rakyat BN itu dinyatakan Adun Sungai Burong yang juga Ketua Pembangkang Selangor, Datuk Mohd Shamsudin Lias.
Speaker DUN Selangor, Hannah Yeoh berkata, perkara itu terpulang kepada wakil rakyat BN yang enggan terlibat dalam pemilihan jawatan tersebut.
Kerusi timbalan speaker DUN sebelum ini kosong berikutan penyandangnya, Adun Seri Setia, Nik Nazmi Nik Ahmad meletakkan jawatan bagi membolehkan beliau dilantik sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor (Exco).

Dewan Ulama tegur PKR, DAP 'serang' Hadi

Posted: 23 Nov 2014 07:10 AM PST



Dewan Ulama PAS hari ini menegur pemimpin pembangkang daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP yang "menyerang" Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang kerana didakwa gagal menghadiri mesyuarat majlis pimpinan pusat pakatan parti pembangkang itu.


Pemangku ketua dewan ulama PAS Datuk Ahmad Yakob berkata jika benar mereka mahu membangkitkan isu berkenaan, rakan strategik PAS itu boleh menyalurkannya melalui forum dalaman pakatan berkenaan.

"Tidak comel kita bangkitkan perkara yang boleh menimbulkan keraguan di kalangan ahli dalam Pakatan Rakyat.

"Kita boleh selesai secara peringkat dalaman kerana kita ada forum di dalamnya (untuk meluahkan pendapat)," kata Ahmad, yang juga Menteri Besar Kelantan kepada pemberita selepas melawat Pameran Ular di Muzium Negeri di Kota Baharu.

Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Kebudayaan, Pelancongan dan Warisan Negeri Datuk Md Anizam Abdul Rahman dan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Pendidikan dan Pengajian Tinggi Negeri Datuk Dr Mohamed Fadzli Hassan.



Berikutan serangan terhadap Abdul Hadi (kiri) itu, seorang demi seorang pimpinan PAS tampil mempertahankan beliau.

Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dilaporkan berkata "perkara bodoh untuk memaksa seseorang yang sakit hadir dalam mesyuarat".

Mengulas lanjut, Ahmad berkata sebagai seorang presiden, Abdul Hadi juga mempunyai tugasan yang sibuk di luar negara seperti membentangkan kertas kerja dan sebagainya.

"Tidak semua masa dapat kita (presiden) suaikan. Sebagai ahli parti kita kena hormat dan sayang kepada presiden," katanya.

Pameran ular itu yang bermula sejak 3 Nov lalu dan akan berakhir 3 Dis ini turut mempamerkan keberanian Rahiza Abdul Rahman, 28, atau lebih dikenali sebagai 'Baby Andryanna' tinggal bersama 60 spesies ular senduk.

Lebih 45,000 orang telah mengunjungi pameran itu.

- Bernama

MB Pahang saman Awang Selamat RM15juta

Posted: 23 Nov 2014 04:03 AM PST

Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob menyaman penulis pojok Awang Selamat di Mingguan Malaysia RM15 juta berhubung tulisan dalam ruangannya bertajuk 'Hebat Sangatkah Adnan?.
Tulisan berdasarkan laporan khas Utusan Malaysia mengenai dakwaan kebanjiran kira-kira 30 ribu pendatang asing Bangladesh di Cameron Highlands disiarkan dalam ruangan pada 9 November lalu.
Awang memaklumkan perkara itu menerusi ruangan sama hari ini.
"Awang telah menerima surat tuntutan guaman daripada Menteri Besar Pahang, Adnan Yaakob berhubung tulisan: 'Hebat Sangatkah Adnan?' yang disiarkan dalam ruangan ini pada 9 November lalu,".
"Surat bertarikh 18 November itu diterima daripada syarikat guaman Manjeet Singh Dhillon dengan nilai tuntutan saman RM15 juta,"
" Sekadar makluman, tidak molek komen lebih kerana bakal jadi kes mahkamah," tulis Awang Selamat.- 23/11/2014

DBKL bazir RM565 juta bayar sistem trafik ITIS

Posted: 23 Nov 2014 02:25 AM PST


ITIS
KUALA LUMPUR, 22 NOV: Ahli Parlimen Segambut Lim Lip Eng menggesa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) membatalkan Integrated Transport Information System (ITIS), sebuah sistem maklumat trafik yang menggunakan papan tanda elektronik.
Menurut Lip Eng sehingga 2013, DBKL membazirkan sejumlah RM565.74 juta kepada pengendali ITIS, sedangkan paparan maklumat tersebut hanya menyiarkan ucapan-ucapan perayaan.
Katanya, sistem tersebut tidak berjaya menyuraikan kesesakan lalulintas di ibu kota, kerana penguna jalan raya hanya dimaklumkan bahawa sesuatu kawasan itu sesak hanya sesudah berada di jalan tersebut.
Papan tanda elektronik ITIS tidak pernah berfungsi di Batu 5 Jalan Ipoh
Papan tanda elektronik ITIS tidak pernah berfungsi di Batu 5 Jalan Ipoh
Dalam pada itu Lip Eng memaklumkan, maklumat berhubung peruntukan kepada pengendali ITIS bagi tahun 2015 ditakrifkan sebagai Akta Rahsia Rasmi (OSA).
"Saya telah melihat draf belanjawan DBKL 2015. Saya boleh menyatakan bahawa jumlah wang yang terlibat adalah tidak masuk akal dan melampau," kata Lip Eng dalam kenyataan.
Beliau turut menggesa Jawatankuasa Kira-kira Awam (PAC) dan Menteri Wilayah Datuk Seri Tengku Adnan mengambil tindakan tegas termasuk melapor kepada polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap pihak yang meluluskan projek ITIS.
Difahamkan, kini terdapat kira-kira 1,200 papan panel elektronik dan kamera litar tertutup (CCTC) dalam sistem bersepadu ITIS yang dipasang di seluruh Kuala Lumpur.
Justeru itu, Lip Eng mendesak kontraktor yang menyebabkan kerugian RM565.74 juta wang rakyat serta kegagalan sistem ITIS dihadapkan ke muka pengadilan.
"Saya menyatakan di parlimen, lebih baik Tengku Adnan hentikan sahaja sistem ini yang nampaknya sudah tidak boleh dibantu lagi memandangkan ia menggunakan teknologi 'purba' dan perkakasan zaman dinosaur.
"Membazir belanja. Batalkan sahaja," ujar Lip Eng.

DBKL bazir RM565 juta bayar sistem trafik ITIS

ITIS
KUALA LUMPUR, 22 NOV: Ahli Parlimen Segambut Lim Lip Eng menggesa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) membatalkan Integrated Transport Information System (ITIS), sebuah sistem maklumat trafik yang menggunakan papan tanda elektronik.
Menurut Lip Eng sehingga 2013, DBKL membazirkan sejumlah RM565.74 juta kepada pengendali ITIS, sedangkan paparan maklumat tersebut hanya menyiarkan ucapan-ucapan perayaan.
Katanya, sistem tersebut tidak berjaya menyuraikan kesesakan lalulintas di ibu kota, kerana penguna jalan raya hanya dimaklumkan bahawa sesuatu kawasan itu sesak hanya sesudah berada di jalan tersebut.
Papan tanda elektronik ITIS tidak pernah berfungsi di Batu 5 Jalan Ipoh
Papan tanda elektronik ITIS tidak pernah berfungsi di Batu 5 Jalan Ipoh
Dalam pada itu Lip Eng memaklumkan, maklumat berhubung peruntukan kepada pengendali ITIS bagi tahun 2015 ditakrifkan sebagai Akta Rahsia Rasmi (OSA).
"Saya telah melihat draf belanjawan DBKL 2015. Saya boleh menyatakan bahawa jumlah wang yang terlibat adalah tidak masuk akal dan melampau," kata Lip Eng dalam kenyataan.
Beliau turut menggesa Jawatankuasa Kira-kira Awam (PAC) dan Menteri Wilayah Datuk Seri Tengku Adnan mengambil tindakan tegas termasuk melapor kepada polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap pihak yang meluluskan projek ITIS.
Difahamkan, kini terdapat kira-kira 1,200 papan panel elektronik dan kamera litar tertutup (CCTC) dalam sistem bersepadu ITIS yang dipasang di seluruh Kuala Lumpur.
Justeru itu, Lip Eng mendesak kontraktor yang menyebabkan kerugian RM565.74 juta wang rakyat serta kegagalan sistem ITIS dihadapkan ke muka pengadilan.
"Saya menyatakan di parlimen, lebih baik Tengku Adnan hentikan sahaja sistem ini yang nampaknya sudah tidak boleh dibantu lagi memandangkan ia menggunakan teknologi 'purba' dan perkakasan zaman dinosaur.
"Membazir belanja. Batalkan sahaja," ujar Lip Eng.

Belantan

0

Posted by Unknown | Posted on 11:12 PTG | Posted in

sumber :-

Belantan


MH17 'pembunuhan beramai-ramai yang dirancang'?

Posted: 23 Nov 2014 04:21 AM PST


Tragedi Malaysia Airlines (MAS) MH17 yang mengorbankan 298 penumpang dan kru disifatkan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Emirates Airline, Sir Timothy Charles Clark sebagai 'pembunuhan beramai-ramai yang dirancang'.

Oleh itu Clark berkata, beliau berharap dalang yang bertanggungjawab terhadap tragedi itu di bawa ke muka pengadilan supaya mereka dikenakan hukuman sewajarnya atas tindakan itu.

"Kapal terbang tersebut ditembak jatuh. Ada yang menyatakan ia satu kemalangan, tapi saya tidak mempercayainya. Kapal terbang itu ditembak dengan pengetahuan sepenuhnya apa yang dilakukan.

"Pihak Belanda menyatakan bahawa insiden ini adalah satu tindakan jenayah dan pelakunya perlu dibicarakan di mahkamah antarabangsa.

"Ia memang jenayah. Saya menyifatkannya sebagai pembunuhan beramai-ramai yang dirancang dan dalang bertanggungjawab mesti dibawa ke muka pengadilan." kata Clark dalam satu temu bual bersama wartawan Andreas Spaeth yang diterbitkan di Sydney Morning Herald.


Mengulas lanjut, Clark berkata, tragedi MH17 perlu menjadi satu 'game changer' kepada industri penerbangan di mana perlu ada perkongsian maklumat yang lebih baik supaya syarikat penerbangan boleh memilih laluan penerbangan yang selamat.

"Komuniti syarikat penerbangan kadang-kadang perlu melalui zon-zon konflik dan ada yang terus mengelakkan kawasan tersebut. Setakat ini, kami telah hentikan penerbangan ke Erbil, Damsyik dan Tripoli.

"Terbaru kami hentikan penerbangan ke Sana'a dan kami masih menimbangkan kemungkinan penghentian penerbangan ke atas Peshawar, Pakistan juga.

"Pengurusan penerbangan perlu mengimbangi perkara sebegini sepanjang masa. Jadi, kerja ini dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan jika kami mendapat lebih maklumat," katanya

Emirates telah menghentikan penerbangan menerusi ruang udara Iraq semenjak kejadian MH17.


Sementara itu, apabila ditanya tentang masa hadapan MAS, Clark berkata, cabaran yang dihadapi MAS sangat berat kerana setakat ini tiada syarikat penerbangan yang mendepani dua tragedi berturut-turut dalam tempoh beberapa bulan.

Oleh itu, katanya buat masa ini MAS mungkin perlu menilai semula modal perniagaan mereka dan mempertimbang untuk menjenamakan semula syarikat.

"Malaysia Airlines melambangkan jenama Malaysia. Ia merupakan duta perniagaan (Malaysia). Sememangnya amat sukar untuk mendepani stigma. MAS perlu menilai semula modal perniagaan dan penjenamaan semula."

"Industri penerbangan tidak harus duduk dan melihat (MAS) 'hilang' berikutan dua insiden tersebut. Kami perlu cuba menolong mereka mendepani masalah-masalah yang dihadapi." katanya.

Pesawat MH17 yang dalam perjalanan dari Amsterdam menuju ke Kuala Lumpur ditembak jatuh di timur Ukraine pada 17 Julai lalu, mengorbankan kesemua 298 penumpang dan kru.- SH

Suara Politik
Belantan

ANGIN PERUBAHAN

0

Posted by Unknown | Posted on 9:33 PTG | Posted in

sumber :-

ANGIN PERUBAHAN


Masuk DAP Pula Budak Ini, Belajar Entah Ke Mana

Posted: 23 Nov 2014 07:17 AM PST



Berapa Harga Minyak Malaysia Sekarang?

Posted: 23 Nov 2014 04:26 AM PST