Followers

Nuffnang

The Unspinners

0

Posted by Unknown | Posted on 11:17 PTG | Posted in

sumber :-

The Unspinners


Zairil dah buat laporan polis, Sediakah PC bersama Dyana dan isteri?

Posted: 22 Nov 2014 10:41 PM PST




Akhirnya Zairil berani buat laporan polis berhubung gambar-gambar mesra MP Bukit Bendera dan bekas calon MP Dyana Sofya.

Depa buat di  balai Polis Balik Pulau. Kalau polis siasat dan kata gambar tu betul dan FB tak kena hack, macam mana wayang DAP?

Pasti dah ada skrip sedia. Unspinners nak tengok Zairil buat PC untuk nafikan dengan isteti dan Dyana ada bersama. Berani????

Untungnya pendatang haram?

Posted: 22 Nov 2014 07:26 PM PST


Mesej berikut tersebar di Whats App:

Ini fakta! Hukuman menyeberangi sempadan:

1) Jika anda menyeberangi sempadan Korea Utara secara haram, anda akan mendapat 12 tahun kerja keras.

2) Jika anda menyeberangi sempadan Iran secara haram, anda dipenjara 100%.

3) Jika anda menyeberangi sempadan Afghanistan secara haram, anda akan ditembak.

4) Jika anda menyeberangi sempadan Arab Saudi secara haram, anda akan disebat.

5) Jika anda menyeberangi sempadan China secara haram, anda mungkin tidak akan dilihat lagi.

6) Jika anda menyeberangi sempadan Amerika Syarikat secara haram, anda akan dikenakan bayaran sebagai pengganas.

7) Jika anda menyeberangi sempadan Rusia secara haram, anda akan dijenamakan sebagai mata-mata dan dihukum gantung.

8) Jika anda menyeberangi sempadan British secara haram, anda akan ditangkap, didakwa, dihantar ke penjara dan akhirnya dihantar pulang.

9) Jika anda menyeberangi sempadan Cuba secara haram, anda akan dibuang ke dalam penjara politik reput.
10) Jika anda seorang Indonesia / bangladesh / dan sewaktu dgnnya, dan secara haram menyeberangi sempadan Malaysia, anda berpeluang tinggi untk mendapat:

- Status PR Penduduk Tetap 
- Lesen Memandu
- Hak Mengundi
- Tempahan Kerja
- Keistimewaan Khas Bumiputera
- Kad kredit
- Pendidikan Percuma
- Penjagaan kesihatan Percuma..  

Salam 1malaysia!

Lesem memandu? Bukan ke perlu IC apa warna baru boleh pohon lesen. Biar betoi.

Hak mengundi? Bukan ke perlu jadi warganegara dan ada IC biru.

Jni mcm mesej pembangkang saja. Namun harap pihak imigresyen hingga ke Menteri bertindak lebih tegas.

Terbuka pasal hak? Hidup Melayu lagi, UMNO?

Posted: 22 Nov 2014 03:46 PM PST


Di Johor, kerajaan pimpinan UMNO mahu selamatkan hak Melayu. Tapi ada pula kata?



Entah apa mereka ketawa atau sapa mereka ketawaksn?


Hanipa Maidin: PASMamak yang Piss Pus

Posted: 22 Nov 2014 01:23 AM PST


Takkan mamak dari Batu Pahat ni tak tahu sejarah komunis bintang tiga yang mengganas di Batu Pahat hingga ke Muar?

Cina Komunis yang bukan lagi warganegara mana boleh dikatakan pejuang kemerdekaan. Negara yg konon nak dimerdekakan bukan negara mereka pun.

Komunis ni mana boleh dikatakan mahu merdeka dari British bila mereka bekerjasama dengan British dan dibekalkan senjata oleh British.

Habis perang Chin Peng dapat pungat OBE dari British. Takde lah dikatakan melawan British.


Ini hanya gimik politik untuk dapatkan sokongan cina dengan menunjukkan simpati pada cina komunis.

Rupanya bukan saja Pas saja yg bodoh Pas Piss Pus, rupanya Pasma pun sama Piss Pus.


Tapi Pasma ni bukan otak Pas dan tentang Presiden sendiri. Kurang2 Haji Hadi tahu komunis tu jahat.

Dah tahu jahat, kenapa nak sangat baik dengan DAP?


Belantan

0

Posted by Unknown | Posted on 11:05 PTG | Posted in

sumber :-
Belantan

Belantan


Persoal dari mana 
sumber kewangan DAP?

Posted: 22 Nov 2014 07:48 AM PST


Barisan kepemimpinan DAP yang belum diiktiraf diminta memberi penjelasan berhubung sumber kewangan yang digunakan me­reka dalam mentadbir parti itu sejak dua tahun lalu.

Bekas Naib Penge­rusi DAP Cawangan Ladang Paroi, A. David Dass berkata, beliau bimbang sekiranya DAP yang kini mentadbir Pulau Pi­nang menyalahgunakan peruntukan milik ne­geri tersebut untuk disalurkan ke­pada parti berkenaan.

Jelasnya, meman­dangkan Jawatan­kuasa Eksekutif Pu­­sat (CEC) DAP belum diiktiraf, adalah men­jadi perkara yang mus­tahil bagi sebarang peruntukan ke­wangan parti diluluskan pada ketika ini meskipun melibatkan kegunaan pentadbiran.

"Mengikut Perlembagaan DAP, sebarang peruntukan kewangan parti perlu melalui kelulusan serta ditandatangani Pengerusi Kebangsaan dan Setiausaha Agung DAP.

"Lebih-lebih lagi, peti tunai yang diselenggara Bendahari DAP hanya dibenarkan menyimpan sebanyak RM2,000 sahaja," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.


Dalam analisis yang disi­arkan sebelum ini menyatakan rasa hairan terhadap tindakan pemim­pin kanan DAP yang tidak tahu malu membiarkan parti itu terus beroperasi tanpa pengiktirafan Pendaftar Pertubuhan (ROS).

Perkara itu ekor­an banyak aduan ahlinya berhubung salah laku dalam pemilihan CEC sebelum ini.

Dalam pada itu, bekas Naib Pengerusi DAP, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim berkata, sudah tiba DAP mengakui kesalahan mereka dan mengambil tanggungjawab atas kesalahan mereka selama ini.

Dalam isu CEC parti itu, jelas beliau, tiada pihak lain yang perlu dipersalahkan selain diri mereka sendiri.

Kata beliau, sekarang bukan masanya bagi kepemimpinan DAP untuk menuding jari kepada ROS kerana rakyat mahukan penyelesaian, bukannya polemik yang berterusan.

"DAP perlu ada keberanian moral dalam menyelesaikan semua ini, rakyat melihat tindak-tanduk mereka, sekiranya terus begini, nescaya rakyat akan hilang kepercayaan kepada parti ini," katanya.

Suara Politik
Belantan

Dialog Dewasa Kritik Berasa

0

Posted by Unknown | Posted on 11:05 PTG | Posted in

sumber :-

Dialog Dewasa Kritik Berasa


ANWARINAS BERI GAMBARAN HJ HADI PENGGANAS

Posted: 22 Nov 2014 10:11 PM PST

Adakah Datuk Seri Abdul Hadi Awang Presiden PAS seorang pengganas?, soal laman pro PAS, ibnuhasyim.com.
Ia merujuk kepada laporan Islampos dan reuters yang turut dilaporkan Harakahdaily menyebut Kesatuan Ulama Sedunia pimpinan Syaikh Dr Yusuf Al-Qaradhawi disenaraihitamkan sebagai pengganas oleh Emeriah Arab Bersatu (UAE).
Abdul Hadi merupakan Naib Pengerusi Kesatuan Ulama sedunia tersebut.
"Sabtu lalu, kerajaan UAE secara rasmi mengeluarkan lebih daripada 82 organisasi termasuk Ikhwan Muslimin Mesir dan Negara Islam Iraq dan Syria (ISIS) sebagai kumpulan pengganas, selaras dengan undang-undang persekutuan tentang pembanterasan terorisme. Dan Kesatuan Ulama Sedunia juga termasuk dalam senarai pengganas versi UAE itu," lapor Harakahdaily
Dalam satu kenyataan 17 November, Kesatuan Ulama Sedunia mendesak UAE untuk menggugurkan mereka dari senarai pengganas dengan berkata kesimpulan UAE tidak didasarkan pada analisis atau penyiasatan sama ada legal, logik atau rasional.
"Kami mendedahkan kehairanan atas keputusan UAE yang memasukkan kami dalam senarai kumpulan pengganas dan kami menolak penjelasan ini sepenuhnya," kata kenyataan Kesatuan Ulama Sedunia yang ditandatangani oleh Qaradhawi.
Kumpulan-kumpulan lain yang dimasukkan dalam senarai pengganas termasuk Jabhah Nusra, ISIS, gerakan Houthi di Yaman dan Ikhwanul Muslimin Mesir.

GAMBAR ANAK KHAIRY JAMALUDIN DI SEKOLAH KEBANGSAAN

Posted: 22 Nov 2014 03:15 AM PST

Hari Pertama Persekolahan Anak Khairy Jamaludin.

Isu anak Menteri bersekolah di Sekolah Kebangsaan atau pun bersekolah di Sekolah Swasta menjadi penting sekarang, bukan sahaja melambangkan tahap patriotisme seseorang Menteri tersebut, tetapi juga menggambarkan keyakinannya kepada sistem pelajaran dalam negara.

Tindakan Khairy Jamaludin, Menteri Belia Dan Sukan menghantar sendiri anak beliau mendaftar Tahun 1 di sebuah sekolah kebangsaan di ibu negara, bukan sahaja melambangkan perkara di atas, namun ianya melambangkan tanggungjawab beliau kepada anak-anaknya.
Hari Pertama Menghantar Anak Ke Sekolah Kebangsaan TTDI 2
Jika semua Menteri menghantar anak-anak mereka di sekolah kebangsaan di dalam negara, ianya akan memberikan lagi keyakinan rakyat kepada sistem pendidikan di sekolah-sekolah kebangsaan. Apa yang tiada di dalam sekolah kebangsaan, pendidikan agama Islam, bahasa-bahasa antarabangsa Itali, Korea, Perancis, Jepun, Jerman, Arab selain bahasa Mandarin dan bahasa Inggeris semuanya kini diajar di sekolah-sekolah kebangsaan.

Pemimpin-pemimpin parti pembangkang yang berkobar-kobar bercakap soal Malaysian Malaysia dan kesamarataan, adakah mereka menghantar anak-anak mereka belajar di sekolah dalam negara atau di sekolah swasta atau di luar negara?

Di Malaysia, jika anak-anak kita mendapat CGPA 3.9 ketika di Matrikulasi atau Asasi Sains, mereka tidak layak untuk memasuki bidang perubatan di UM, UKM, USM dan UPM. Namun begitu, jika mereka masih  berminat untuk menjadi doktor perubatan, mereka boleh melanjutkan pelajaran mereka di negara Rusia, India, Mesir ataupun Indonesia dengan CGPA di bawah 4.0. Ini adalah gambaran kualiti sistem pelajaran dalam negara kita.

Oleh sebab itulah, negara Singapura, Arab Saudi dan beberapa negara maju mengiktiraf lulusan doktor perubatan khususnya dari UM dan UKM. Mereka diterima bekerja dengan mudah di sana.

Begitu juga jururawat lulusan Malaysia sangat laku di negara-negara Arab khususnya di Arab Saudi dengan gaji khabarnya mencecah RM15,000 sebulan.

Institut Jantung Negara (IJN) menjadi rujukan dan tempat felo dari negara-negara maju untuk belajar dan membuat attachment. Mereka datang dari Jepun, Vietname, Filipina, Indonesia, Amerika Syarikat, Thailand, Arab Saudi, Libya, Mesir, Myanmar, Nigeria, dan banyak lagi negara. 

Makanya, jika kita bercakap tentang kualiti pendidikan di dalam negara, kita harus sedar, Malaysia kini setaraf dengan negara-negara maju.



MIMPI SENJA

0

Posted by Unknown | Posted on 11:04 PTG | Posted in

sumber :-

MIMPI SENJA


Pemilik BMW nikmati lebih subsidi daripada si miskin dengan motosikal, kata kajian

Posted: 22 Nov 2014 10:56 PM PST


Pemilik BMW nikmati lebih subsidi daripada si miskin dengan motosikal, kata kajian
Seorang pemilik BMW yang berpendapatan tinggi menikmati 4 kali lebih subsidi petrol daripada seorang penunggang motosikal berpendapatan rendah.
Menurut kajian Institut Kajian Khazanah baru-baru ini, golongan kaya menikmati sejumlah 80% subsidi minyak yang diperuntukkan untuk isi rumah Malaysia pada 2013.
Angka tersebut menunjukkan betapa terpesongnya sistem subsidi minyak di Malaysia sementara rakyat sedang cuba menyesuaikan diri dengan pengumuman yang skim tersebut akan dihentikan pada 1 Disember.
Bagaimanapun, seorang penganalisis dasar Institut Rakyat berkata, walaupun menstruktur semula sistem subsidi itu langkah yang betul, kerajaan patut terlebih dulu memperkenalkan langkah mengurangkan impak keputusan tersebut terhadap orang ramai.
Kajian tersebut yang digelar "Keadaan Isi Rumah di Malaysia" mendedahkan seorang pemilik BMW yang menggunakan minyak RON95 menikmati subsidi RM22.50 setiap 1,000km.
Manakala seorang pemilik motosikal Honda EX5 pula yang menggunakan RON95, hanya mendapat subsidi RM5 setiap 1,000km.
"Sementara kenderaan motor menjadi lebih mahal, daripada motosikal sehinggalah kereta buatan Jerman, subsidi yang diterima pemilik kenderaan itu bagi setiap 1,000km meningkat dengan drastik," kajian tersebut.
Angka itu dikira menggunakan harga RON95 pada RM2.30 seliter di mana kadar subsidinya ialah 27 sen seliter.
"Subsidi bersifat regresif. Kebanyakan subsidi hanya manfaatkan perniagaan daripada isi rumah.
"Daripada apa yang sampai ke isi rumah pula, golongan berpendapatan tinggi yang paling untung manakala isi rumah yang hanya memiliki motosikal dan kipas siling mendapat kurang subsidi dibandingkan isi rumah dengan beberapa biji kereta dan penghawa dingin di Damansara Heights," kata kajian tersebut.
Kajian tersebut menganggarkan pada 2013, kurang daripada 23.8% atau RM5.6 bilion daripada seluruh subsidi minyak akan digunakan untuk isi rumah.
Selebihnya, sebanyak 76.2% atau RM17.9 bilion, pula pergi ke perniagaan, syarikat dan sumber lain.
Berkenaan subsidi gas melalui Petronas pula, hanya 20% atau RM4 bilion yang sampai ke isi rumah.
Selebihnya, RM16 bilion atau lebih, akan digunakan dalam perniagaan, syarikat dan kegunaan lain.
"Hanya 22% daripada seluruh subsidi tenaga diberikan kepada isi rumah. Secara purata, setiap isi rumah menerima subsidi tahunan RM625 setahun bagi elektrik dan RM885 setahun bagi petrol.
"Tetapi, kebanyakannya dinikmati keluarga yang berpendapatan tinggi, yang menerima 80% daripada subsidi," kata kajian tersebut.
Putrajaya mengumumkan pada 21 November yang ia akan menghentikan subsidi petrol dan diesel bulan depan. Harga RON95 dan diesel akan ditentukan kelak mengikut kawalan pengapungan.
Semalam, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata keputusan itu akan menjimatkan kerajaan antara RM10 hingga RM20 bilion yang kemudiannya akan disalurkan bagi memperbaiki pembangunan pedalaman, pendidikan dan sektor kesihatan.
Kajian Khazanah itu juga mengatakan subsidi mewujudkan gangguan dalam ekonomi dan mendatangkan kerugian besar dalam ekonomi, atau pembaziran.
"Wang yang dibelanjakan untuk subsidi lebih baik digunakan dalam sektor lebih produktif yang meningkatkan pertumbuhan ekonomi atau projek pembangunan yang lebih fokus kepada membantu golongan lemah," kata kajian tersebut.
Dibandingkan dengan satu subsidi untuk semua, laporan tersebut mengatakan, pemberian wang adalah cara paling efektif membantu golongan lemah.
Pengarah eksekutif Institut Rakyat Yin Shao Loong bagaimanapun berkata, kerajaan sepatutnya sudah meletakkan mekanisma menghadang kesan daripada keputusan tersebut sebelum mengumumkan pemberhentian subsidi secara mengejut.
Ini kerana peningkatan harga minyak selalu digunakan sebagai alasan pihak peniaga meningkatkan harga barangan dan perkhidmatan, sama ada wajar atau tidak.
"Cara bagaimana kerajaan memperbaharui sistem subsidi menghasilkan inflasi yang mendadak. Kerajaan kemudiannya memberi amaran kepada peniaga supaya tidak meningkatkan harga, namun tiada sebarang tindakan penguatkuasaan dibuat kementerian," katanya,
Yin berkata walaupun pemberian wang bersasaran adalah lebih efisyen daripada subsidi, kerajaan masih tidak mempunyai rancangan menyeluruh bagi meningkatkan pendapatan isi rumah.
Buat masa kini, median pendapatan isi rumah berada pada RM4,600, bermakna setengah daripada isi rumah rakyat Malaysia berpendapatan lebih rendah daripada batasan pertengahan itu.
Hampir setengah daripada mereka yang berada di bawah median pendapatan ini layak menerima pemberian wang melalui Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang diberikan kepada keluarga berpendapatan kurang RM4,000 sebulan.
"Pada dasarnya, hampir setengah isi rumah Malaysia masih bergelut dalam menyara kehidupan," kata Yin.
"Jadi apa rancangan jangka panjang kerajaan bagi mengeluarkan mereka dari terus berada dalam kategori itu?"
Program Transformasi Ekonomi, diumumkan Putrajaya sebagai strategi melakukan pembaharuan ekonomi, masih lagi meneruskan sistem yang menghasilkan barangan berkualiti rendah bagi bayaran upah yang rendah, katanya. –TMI

Akaun Sebuah Bank 'Kosong' Dikebas Penggodam

Posted: 22 Nov 2014 07:01 AM PST




Diterbitkan: Sabtu, 22 November 2014 10:33 AM
XALAPA: Seorang penggodam didakwa telah menggodam akaun sebuah bank di bandar kecil di Mexico dan mencuri kesemua wang yang ada untuk cawangan berkenaan.
Dalam kejadian itu, penggodam berkenaan dikesan telah melakukan 33 transaksi daripada enam akaun untuk memindahkan sebanyak AS$500,000.
Datuk Bandar Ursulo Galvan, Cesar Dominguez berkata, penggodam itu telah menggodam akaun cawangan Bank Santander sebelum meninggalkan bandar berkenaan.
"Tiada satu sen pun yang ditinggalkan penggodam untuk transaksi seterusnya di bank itu," jelasnya.
Berikutan kejadian berkenaan, seramai 26,000 pemegang akaun menyalahkan kelemahan sistem keselamatan bank dan bertindak menghubungi cawangan tersebut untuk mendapatkan komen mengenai simpanan mereka.

Lagi suspek terlibat IS termasuk 2 perempuan ditahan

Posted: 22 Nov 2014 04:30 AM PST


Polis Diraja Malaysia (PDRM) menahan dua wanita dan seorang lelaki tempatan di sekitar Lembah Klang semalam kerana disyaki terlibat aktiviti kumpulan pengganas di Syria. 

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata kesemua suspek yang ditahan Bahagian Counter Terrorism Cawangan Khas Bukit Aman, berumur di antara 28 hingga 34 tahun.



Beliau berkata suspek pertama berusia 34 tahun itu merupakan isteri kepada individu yang telah dituduh pada 11 Nov lepas atas kesalahan menghasut, menggalak atau memperolehi harta bagi perlakuan tindakan keganasan, kata Khalid dalam satu kenyataan hari ini.

Pada 11 Nov lalu, seorang perunding kewangan didakwa di Mahkamah Majistret di Kuala Lumpur, atas pertuduhan mencari harta bagi manfaat kumpulan militan Islamic State (IS) melalui blog Revolusi Islam.com sejak Mac lepas.

Rohaimi Abd Rahim, 37, didakwa melakukan perbuatan itu di No.5B, Jalan Raja Ali, Kampung Baru di Kuala Lumpur antara 29 Mac hingga 13 Okt lepas.

Manakala suspek kedua wanita berumur 28 tahun bekerja sebagai 'event manager' di Kuala Lumpur.

Suspek ketiga lelaki berusia 33 tahun, bekerja sebagai penolong eksekutif di salah sebuah badan berkanun.

"Kesemua mereka disyaki terlibat mengendalikan beberapa akaun Facebook yang mempunyai kaitan dengan aktiviti kumpulan IS di Syria.

"Selain itu, mereka juga disyaki terlibat kegiatan pengumpulan dana yang mempunyai kaitan dengan penghantaran rakyat Malaysia ke Syria menyertai kumpulan IS," kata Khalid.

Menurut beliau, mereka ditahan kerana disyaki melakukan kesalahan di bawah Bab VIa, kesalahan berkaitan dengan keganasan, Kanun Keseksaan (Akta 574) dan akan disiasat mengikut prosedur di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Akta 747).

Bernama

Belum pernah ada seorang PM menyaman seorang MP pembangkang

Posted: 22 Nov 2014 02:25 AM PST


DAP tidak akan tunduk dengan ancaman Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak untuk menyaman seorang MP parti tersebut dan akan terus membangkitkan mengenai operasi 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata notis tuntutan yang diberikan kepada PUA semalam juga sangat "bersejarah" kerana sebelum ini belum pernah ada seorang perdana menteri menyaman seorang MP pembangkang.


"Namun, DAP tidak akan gentar dengan cadangan saman perdana menteri untuk menjejaskan kecekalan kami dalam mempersoal dan terus mendedahkan 1MDB.

"DAP akan tekal menuntut tanggungjawab penuh demi kepentingan umum, daya maju kewangan, dan rasional 1MDB, terutamanya dalam rasional menggunakan berpuluh bilion ringgit hutang untuk membiayai operasi perniagaannya," kata Lim dalam kenyataannya.

Menurut Lim, tindakan Najib itu diharap tidak akan membantut perbincangan umum mahupun liputan media terhadap 1MDB terutamanya apabila entiti itu kini mempunyai hutang sebanyak RM42.9 bilion dan liabiliti keseluruhan berjumlah RM49 bilion.

Remaja Dirogol Bergilir-gilir Oleh Warga Myanmar

Posted: 21 Nov 2014 11:27 PM PST

alt
KUALA LUMPUR 22 Nov - Seorang remaja perempuan melalui detik hitam apabila diperkosa bergilir-gilir sekumpulan lima lelaki warga Myanmar termasuk seorangnya dikenali sebagai 'Si Pendek'.
Kejadian dikatakan berlaku ketika mangsa dan teman lelakinya itu melarikan diri dari diberkas anggota polis di Lombong Buaya, Kampung Sri Aman, Puchong di sini, pada jam 1 pagi Rabu lalu.
Ketua Polis Daerah Subang Jaya Asisten Komisioner Yahaya Ramli berkata, mangsa berusia 16 tahun terbabit sebelum itu mengikuti teman lelakinya seorang warganegara Myanmar dikenali sebagai Mohd Hisham keluar makan di Kampung Sri Aman, di sini.
"Sebaik selesai makan, pasangan itu mahu pulang ke rumah sambil diekori lima suspek yang juga rakan teman lelaki mangsa dengan menaiki tiga motosikal.
"Mereka bagaimanapun terserempak sebuah kereta peronda polis yang cuba menahan kumpulan warga asing itu untuk membuat pemeriksaan," katanya.
Menurutnya, pasangan itu dan lima lelaki terbabit bagaimanapun meloloskan diri daripada ditahan polis sebelum bersembunyi di kawasan lombong.

Gaya Peneroka

0

Posted by Unknown | Posted on 11:02 PTG | Posted in

sumber :-

Gaya Peneroka


LAWATAN PRISEDEN ANAK DI CAMERON HIGHLANDS

Posted: 22 Nov 2014 06:19 PM PST


 Tragedi tanah runtuh di beberapa lokasi dalam Parlimen Cameron Highlands seperti Ringlet, Tanah Rata dan Kampung Raja baru baru ini adalah ulangan kepada peristiwa yang sama pada tahun lalu. Tragisnya, kali ini mengorbankan 5 nyawa dan hampir 100 orang mangsa.

Hujan lebat sekitar jam 5 petang, rabu lalu, disusuli air berlumpur yang turun dari arah bukit, begitu cepat sekali. Ada mangsa yang terpaksa memanjat bumbung bersama anak2 yang masih kecil, warga emas suami isteri terperangkap dalam rumah, ibu sarat mengandung korbankan nyawa menolak kereta yang di naiki air dan berbagai pengalaman menakutkan. Traumanya masih teras, apatah lagi ketika ini cuaca yang tidak menentu.

Agak lama saya tidak berkunjung ke Cameron Highlands. 10 tahun lalu, selaku pimpinan Dewan Pemuda PAS Pusat saya membuat tinjauan di beberapa tempat. Masa itu pun sudah rancak aktiviti pertanian dan pembangunan di lereng bukit dan tanah tinggi. Saya telah suarakan kebimbangan melalui media dan lain lain, padahnya akibat aktiviti pembangunan yang tidak terkawal.
Bukit ditarah semaunya. Gondol di sana sini. Resort, penginapan mewah, apartmen; hatta kepada premis perniagaan telah berada di puncak bukit. Sangat pelik, bagaimana ia boleh diluluskan oleh pihak Berkuasa Tempatan. Bila hutan yang menjadi pasak bumi semakin mengecil akibat pembalakan tiada had, hakisan tanah mudah berlaku. Kesannya dapat dilihat dengan mudah. Bila hujan, air meluncur laju ke bawah, dan tentunya mengganas hingga ke rumah penduduk.
Keaslian Cameron Highlands sudah tidak seperti dulu. Destinasi pelancongan yang begitu terkenal ini telah dinodai oleh tangan tangan manusia yang rakus. Mungkin tidak lama lagi, hotel dan resort terpaksa memasang penghawa dingin, sebab sejuknya sudah hampir tidak terasa
Samada Kerajaan negeri Pahang begitu lemah atau bersekongkol dengan pemaju projek, ianya mesti disiasat SPRM. Sultan Pahang pun amat murka. Perdana Menteri umum, pasukan keselamatan akan menggempur pendatang asing di sebelah malam dalam masa terdekat. Tan Sri Muhyiddin Yasin akan ke Cameron Highlands isnin ini. Adakah isyarat kerajaan memandang serius tragedi tanah runtuh; atau sandiwara yang menjadi amalan biasa setiap kali malapetaka berlaku.
Yang pasti, rakyat terus menjadi korban. Tempat tinggal musnah, kerjaya terjejas dan ketakutan sentiasa menghantui diri dan keluarga. Ia sepatutnya menjadi iktibar kepada kita.

P/s Bersama Ust Aris Faezol Ismail, Timbalan Presiden ANAK, Pn Salmah Ismail, Ketua Dewan Muslimat PAS Kawasan Cameron Highlands, En Cheng Nam Hong, Penyelaras JK Bantuan PKR Cabang Cameron Highlands dan Adlan Ismail, SU Kerja PAS Kawasan Cameron Highlands mengadakan lawatan dan ziarah kepada mangsa.





Ia susulan dari ziarah yang sama oleh Salahudin Ayub, Naib Presiden PAS sebelum ini bersama Pesuruhjaya PAS Perak, Hj Razman Zakaria dan lebih 20 orang sukarelawan Unit Amal.

tok gajah

0

Posted by Unknown | Posted on 9:42 PTG | Posted in

sumber :-

tok gajah


Pakatan Rakyat semakin goyang menghadapi tindak-balas dari UMNO.......

Posted: 22 Nov 2014 04:30 AM PST

"Agenda jahat Umno tutup sekolah vernakular dibantah


BATU GAJAH, 22 NOV: Ahli Parlimen Batu Gajah V Sivakumar membantah sekeras-kerasnya usaha licik Umno untuk menghapuskan sekolah vernakular di Malaysia.

Katanya, kenyataan Naib Presiden Umno Datuk Seri Hishamuddin Hussein mengenai kedudukan sekolah vernakular berbaur perkauman dan menunjukkan bahawa beliau berfikiran sempit.

"Saya tidak faham kenapa Umno sengaja mahu campur tangan dalam hal berkaitan sekolah vernakular, sedangkan ada banyak lagi perkara seperti isu-isu ekonomi dan pembangunan negara yang patut dijadikan topik dalam perbahasan parti mereka.............."

Sedutan diatas ni atuk ambil dari sebuah laman blog parti pembangkan tergar kaum cine. Jika kita amat2 ti isi tajuk ucapan Ahli Parlimen Batu Gajah ni, nampak sangat mereke dah takut yang teramat sangat diatas kata2 Naib Presiden UMNO Datuk Seri Hishamuddin.

Bagi atuk, atuk menyokong 100% diatas cadangan Naib Presiden UMNO tu. Cuba anda semua peratikan, dari selepas kite Merdeke hingga kini, jurang perkauman semakin melebar. Kaum cina dan india semakin menjauhkan diri mereke dan menganggap mereke berhak diatas se gale2 nye di Tanah Melayu ini.

Mereke mahukan hak2 yang same taraf dengan orang melayu, sedangkan mereke masih gagal untuk menguasai bahasa melayu dan kebanyakan nye juge masih 'berkiblatkan' negare asal nya.

Kegagalan mereke menguasai bahasa melayu ni berpunce dari didikan disekolah2 vernakular. Selagi sekolah ini terus ujud maka selagi itulah hasrat kerajaan untuk menyatukan kaum di Malaysia ini akan terus gagal.

RAKYAT MARHAEN

0

Posted by Unknown | Posted on 9:30 PTG | Posted in

sumber :-

RAKYAT MARHAEN


PRN11: Hasrat tawan Sarawak, 1 lawan 1 dengan BN

Posted: 22 Nov 2014 09:11 PM PST


BINTULU: Bendahari PAS Sarawak, Mohd Azwani Abdul Rani berkata, semua jentera PAS negeri bersiap siaga menghadapi pilihan raya negeri (PRN) ke-11 yang akan diadakan tahun depan atau selewat-lewatnya awal 2016.
Menurutnya, bagi PAS zon utara, sasaran sekurang-kurangnya akan bertanding 3 kerusi Dun di bahagian Utara Sarawak meliputi Senadin, Lambir dan Jepak.
Dengan menggunakan formula, setiap Parlimen atau Dun akan diwakili oleh Pakatan Rakyat (PR), sekiranya dalam Parlimen itu terdapat 3 Dun, maka salah satu daripadanya mesti diwakili oleh setiap parti komponen kecuali dalam kawasan itu tidak ada ahli parti atau cawangan parti dalam PR.
"Ini menujukkan kesepakatan dalam PR untuk pertandingan satu lawan satu dengan parti BN," ujarnya yang juga Yang Dipertua PAS Bintulu.
Tambahnya, walaupun pembahagian kerusi belum selesai sepenuhnya tetapi kesepakatan dalam melawan BN adalah matlamat utama PR untuk menawan Sarawak dalam PRN11 nanti.
Beliau juga memberitahu lebih daripada 60 orang peserta dari Miri, Sibuti, Limbang, Bintulu, Mukah dan Sibu telah menghadiri Munaqasyah Ucapan Dasar Presiden PAS untuk Zon Utara Sarawak.
Pada munaqasyah itu, ucapan dasar Presiden PAS diulas oleh Ketua Pengarah Pilihan raya PAS, Dr Mohd Hatta Ramli.
Selain munaqasyah, program kebajikan juga turut dianjurkan oleh PAS Bintulu di Dun Jepak.
Seramai 20 orang warga emas dan OKU menerima sumbangan yang disampaikan oleh Dr Hatta dan Haji Kiprawi, Ketua Penerangan PAS Bintulu.

Di mana silap kita, soal Najib..??

Posted: 22 Nov 2014 09:00 PM PST

Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak hari ini membangkitkan persoalan berhubung pemberian bantuan kepada penyokong parti sendiri dan bukannya masyarakat.

Memberi contoh, Najib berkata, walaupun kerajaan diterajui parti itu membina masjid, membentuk persatuan ibu bapa dan guru serta memberikan rumah, tindakan itu tidak diterjemah kepada sokongan politik.

"Di mana silap kita?" soalnya.

Beliau kemudian membangkitkan persoalan sama ada Umno terlalu sibuk dengan urusan dalaman sehingga mempertahan ketua bahagian lebih penting daripada mencari sokongan terhadap Umno.

Najib berkata demikian dalam ucapannya di konvensyen Umno Wilayah Persekutuan hari ini.

Najib Razak mengatakan RUGI bagi petani SUBSIDI minyak sebab hanya pakai ‘kapchai’

Posted: 22 Nov 2014 07:57 PM PST


Menteri besar Pahang saman Utusan RM15 juta kes pendatang di Cameron

Posted: 22 Nov 2014 07:40 PM PST

Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob bertindak menghantar surat tuntutan guaman kepada akhbar milik Umno, Utusan Malaysia, susulan artikel yang mengkritiknya dalam sebuah artikel bertajuk "Hebat Sangatkah Adnan?" dalam akhbar tersebut.
Tuntutan bertarikh 18 November 2014 tersebut dihantar menerusi syarikat guaman Manjeet Singh Dhillon dengan nilai tuntutan saman RM15 juta. Perkara itu didedahkan dalam ruangan kolum Awang Selamat edisi Mingguan Malaysia hari ini.
"Sekadar makluman, tidak molek komen lebih kerana bakal jadi kes mahkamah," kata Awang Selamat yang dipetik dalam artikel pendek itu. Pada 9 November lalu, Utusan Malaysia membidas Adnan apabila menghina akhbar itu kerana berang dengan laporan mengenai kebanjiran 30,000 warga asing, terutama warga Bangladesh di Cameron Highland.
Awang mempersoalkan kehebatan menteri besar tersebut dengan berkata Adnan sudah terlalu selesa berada di kedudukannya hingga tidak dapat menerima kritikan. "Awang seperti tidak percaya ada pemimpin bertaraf menteri besar yang berfikir seperti itu. Inilah masalahnya kalau sudah lama sangat sandang jawatan dan terleka dalam zon selesa sehingga takut dengan bayang-bayang sendiri. "Ulat pun disangka ular.
Read More / Baca Lagi >>

Kerjasama Umno - PAS tidak boleh dibincang secara terbuka, kata Najib

Posted: 22 Nov 2014 07:35 PM PST

Meskipun tidak menolak kemungkinan Umno yang akan terlebih dulu menyuarakan tawaran    bekerjasama dengan PAS, Datuk Seri Najib Razak menegaskan perkara itu tidak boleh dibicangkan secara terbuka, lapor Mingguan Malaysia hari ini.
Presiden Umno itu berkata, perlu wujud kesedaran yang kerjasama antara parti itu dengan PAS penting dalam usaha mengelak ancaman kepada orang Islam dan Melayu menjadi semakin getir.
"Apa pun, kita tidak boleh berbicara secara terbuka. Apa-apa pun nak jadi, akan jadi satu hari nanti," katanya kepada akhbar milik Umno itu dalam satu wawancara khas menjelang Perhimpunan Agung Umno 2014 minggu depan.

Perdana menteri mendakwa, terdapat pihak yang tidak suka Islam dan Melayu berkuasa di negara ini sehingga mereka cuba melaga-lagakan antara sesama mereka termasuk dengan bertindak mengurangkan pengaruh Umno yang dilihat sebagai ancaman. "Senjata mereka ialah menggunakan orang Islam menyerang kita dan mengurangkan pengaruh Umno," katanya.
Memandangkan situasi tersebut, beliau berkata, sudah menjadi tanggungjawabnya sebagai pemimpin Islam melaksanakan penyatuan ummah di negara ini.

Oh Malaysiaku: Empat beranak hidup serba daif

Posted: 22 Nov 2014 07:20 PM PST

Zurina terpaksa mengangkut air dari kawasan berdekatan untuk kegunaan harian. 
IPOH - Dicelah-celah pusat jualan kereta terpakai di Jalan Kuala Kangsar dekat Kampung Perak Thong, di sini terdapat sebuah rumah uzur yang didiami empat beranak.

Sukar dipercayai namun, itulah realiti hidup Zurina Kamal, 36, dan dua adik serta seorang adik ipar perempuannya yang tinggal di situ sejak beberapa tahun lalu.

Lebih menyedihkan, rumah usang berkenaan tidak dilengkapi kemudahan bekalan air dan elektrik.

Zurina  berkata, mereka sekeluarga tinggal di situ sejak beberapa tahun lalu.

Katanya, seorang daripada adiknya telah berpindah ke tempat lain dan sejak itu mereka tidak pernah berjumpa.

"Dulu saya dengan adik-adik duduk sini. Seorang dah pindah, tak jumpa dah," katanya ketika dikunjungi Yayasan Bina Upaya (YBU) yang diketuai Ketua Pegawai Operasinya, Hairul Anwar Mohammed Noor semalam.

Zurina berkata, dia tidak memiliki pekerjaan tetap untuk menyara keluarganya dan hanya bergantung kepada upah diterima daripada kerja sambilan dilakukannya.

"Kadang-kadang saya tolong cuci lantai, menyapu di kedai sebelah, ada masa saya tolong angkat barang orang yang jual kat pasar.
Read More / Baca Lagi >>

Pampasan RM2.6 juta: Keputusan dibuat lembaga pengarah MBI, exco hanya dimaklumkan sahaja - bekas exco PAS

Posted: 22 Nov 2014 06:44 PM PST

Post Pic
SHAH ALAM: Pemberian pampasan bernilai RM 2.6 juta kepada lapan pembantu bekas Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim tidak pernah diputuskan oleh empat Exco PAS yang masih kekal bersama Khalid ketika itu. 
 
Bekas Exco Hal Ehwal Islam, Pemodenan Pertanian dan Pembangunan Desa, Sallehen Mukhyi sebaliknya berkata,  perkara itu diputuskan dalam Mesyuarat Lembaga Pengarah MBI, manakala barisan Exco hanya dimaklumkan mengenai jumlah pampasan berkenaan.
 
"Kami Exco ketika itu hanya diberitahu pihak MBI hendak buat pembayaran kepada beberapa kakitangan dan perkara itu diluluskan lembaga pengarah MBI dalam mesyuarat mereka.
 
"Tidak boleh salahkan Exco lama untuk bertanggungjawab dalam hal pemberian kebenaran kerana kami hanya dimaklumkan, malahan tidak juga didedahkan pecahan angka agihan. Sebaliknya hanya pemberitahuan jumlah keseluruhan pampasan," katanya yang dipetik Sinar Harian.
 
Ujar Adun Sabak itu lagi, pembayaran pampasan juga dilakukan pada tarikh sama makluman dibuat, iaitu ketika mesyuarat Exco terakhir sebelum pengunduran Khalid.
 
"Difahamkan bayaran pampasan kepada lapan bekas pembantu Abdul Khalid sebanyak RM2.6 juta yang pernah menganggotai ahli lembaga MBI dilunaskan pada tarikh pemakluman.
 
"Exco hanya dimaklumkan, bukannya diambil keputusan," katanya.
Read More / Baca Lagi >>

Balak bukan sebesar mancis, tak tahu pembalakan haram?

Posted: 22 Nov 2014 06:29 PM PST

MOHD AZMI ABDUL HAMID

MAJLIS Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) menegaskan amalan rasuah menjadi punca segala kerosakan alam sekitar dan gejala sosial dalam negara ini. Ketamakan mereka yang berkedudukan dan yang berkuasa yang mahu membolot kekayaan melalui rasuah tidak mempedulikan kesan yang akan dihadapi oleh rakyat sekarang dan generasi akan datang. (Foto hiasan)
Dari kerosakan bukit Cameron Highlands sehingga penyeludupan barangan dan manusia ke dalam negara serta semaraknya penyakit sosial adalah musibah yang berpunca dari rasuah yang tidak dibanteras dengan berkesan dan ketamakan yang menjadi nilai yang menguasai sebahagian peneraju kuasa negara.
Akibat persekongkolan antara tauke dan segelintir pihak berkuasa serta ahli politik yang berkepentingan, rasuah nampaknya menjadi sebahagian dari urusan pentadbiran dan pengurusan negara. Khazanah negara menjadi komoditi paling direbut oleh mereka yang mencari peluang meraih keuntungan lumayan.
Pendedahan terbuka mengenai kepincangan pengawasan Cameron Highlands yang mengakibatkan bencana alam terbaru dan meragut nyawa tidak boleh dipisahkan dari gejala rasuah yang berleluasa.
Kerosakan Cameron Highlands bukan baru. Malah ia bukan tidak boleh dikesan dengan mata kepala para pegawai yang mengawasi kawasan tersebut. Sudah berapa kali tanah runtuh dapat dilihat di merata Cameron Highlands. Akan tetapi pihak berkuasa masih menganggap perlu mengumpul data untuk membuktikan kerosakan bukit tersebut sudah parah dan tidak mungkin boleh dipulih.
Malangnya sementara proses mengumpul data dilakukan, kawasan bukit yang menjadi khazanah negara itu sudah musnah dirosakkan oleh kegiatan penerokaan tanpa izin. Natijahnya bencana alam berulang lagi dan pihak berkuasa dan ahli politik mula saling menuding jari.
Demikian juga jika dilihat isu pembalakan. Ia kononnya digelar 'pembalakan haram' yang juga berleluasa. Tidak masuk akal pihak berkuasa tidak tahu, pada hal balak bukannya sebesar mancis api yang tidak boleh dikesan. Namun kerana ada pihak yang dibayar untuk menutup mata, maka hutan yang terbaki akhirnya dijadi sasaran untuk dieskploitasi dengan rakus.
Kini menteri yang berkenaan dan pihak media heboh mendedahkan satu kepincangan demi satu kepincangan dalam pengurusan Cameron Highlands. Kewujudan ratusan pekerja luar dan lereng bukit yang ditukar kepada kawasan pertanian yang sensitif telah mengakibatkan penggondolan bukit tersebut secara meluas dan berleluasa sehingga akhirnya berlaku tanah runtuh yang berterusan.
Bagaimana pekerja asing boleh berada di Cameron Highlands dengan seramai itu? Tidak munasabah pihak berkuasa tidak tahu. Kegiatan pertanian dilereng bukit itu boleh dilihat dengan jelas dan pekerja asing memenuhi kawasan itu. Kenapa kegiatan yang bertahun-tahun lamanya itu terlepas pandang oleh pihak yang bertanggungjawab?
Read More / Baca Lagi >>

Suara penoreh getah tidak didengar, keadaan makin teruk sejak Baling 2.0

Posted: 22 Nov 2014 06:27 PM PST

Penoreh getah di negara ini desak Putrajaya menetapkan harga lantai getah kepada RM4 sekilogram. – Gambar fail The Malaysian Insider, 23 November, 2014.Penoreh getah di negara ini desak Putrajaya menetapkan harga lantai getah kepada RM4 sekilogram. – Gambar fail The Malaysian Insider, 23 November, 2014.Pada April, beribu rakyat Malaysia berkumpul di Kedah menuntut campur tangan Putrajaya dalam isu kejatuhan harga getah. Tetapi, 7 bulan kemudian, suara 'reformasi' pada perhimpunan Baling 2.0 itu nampaknya tidak banyak meninggalkan kesan.
Walaupun menggesa Putrajaya menetapkan harga lantai bagi getah kepada RM4 sekilogram, keadaan menjadi semakin teruk buat penoreh getah dan pekebun kecil yang berjumlah hampir 500,000 orang di negara ini.
Ramai sekarang ini bergelut dengan harga komoditi itu yang paling rendah dalam bertahun-tahun, pada kira-kira RM1.60 sekilo dibandingkan RM2.30 pada April, apabila perhimpunan itu diadakan, bertema: "Himpunan Derita Rakyat: Baling 2.0" diadakan di Kupang.

Pemimpin pembangkang Kedah Datuk Amiruddin Hamzah yang menganjurkan perhimpunan itu memberitahu The Malaysian Insider, sekarang ini ramai yang sampai ke tahap tidak mampu hendak membeli beras."Pada harga RM1.60 sekilo, mereka hanya dapat 80 sen apabila diambil kira bayaran upah kepada pekerja. Dengan tibanya musim hujan sekarang, penoreh getah pun kadang-kadang tidak boleh keluar menoreh.
"Di Kedah kita dengar kes di mana rakyat terpaksa beli beras mengikut kilogram, bukan beli dalam paket. Paket paling kecil dijual pada saiz 5kg - itu pun mereka tidak mampu," kata Amiruddin.
Amiruddin berkata, tuntutan mereka tidak dihiraukan Putrajaya walaupun mereka menyerahkan satu memorandum kepada Lembaga Getah Malaysia (LGM) dan wakil rakyat Pakatan Rakyat (PR) cuba menghujahkan kes mereka di Parlimen.
Read More / Baca Lagi >>

Najib didesak jawab skandal 1MDB di parlimen esok

Posted: 22 Nov 2014 06:06 PM PST


KUALALUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak digesa membuktikan kewibawaannya dengan membuat kenyataan menteri di Parlimen, esok berhubung skandal 1MDB.
Ahli Parlimen Gelang Patah, Lim Kit Siang berkata, tindakan Najib mengancam untuk mengenakan tindakan undang-undang terhadap Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua dalam isu terbabit jelas bertujuan untuk mengelakkan diri, sekaligus menunjukkan kepada umum sikapnya yang tidak bertanggungjawab.
Katanya, Najib tidak harus memberikan contoh yang buruk kepada menteri lain dengan melarikan diri dari melaksanakan tanggungjawabnya.
"Beliau harus membuat kenyataan menteri di Parlimen bagi persoalan mengenai skandal 1MDB.
"Beliau wajar menjawab 11 persoalan yang masih kekal menjadi misteri dalam skandal berbilion ringgit ini," katanya dipetik Roketkini.
Kit Siang membangkitkan 11 persoalan, antaranya merangkumi persoalan mengapa kerajaan mengeluarkan 'surat sokongan' bagi bon 1MDB bernilai USD3.0 bilion yang dikeluarkan pada Mac 2013, pembayaran purata lebih 10 peratus sebagai 'komisen tertentu, bayaran dan perbelanjaan' untuk mendapatkan pinjaman berjumlah USD3 bilion dan USD1.75 bilion pada Mei 2012.
Beliau juga menggesa Najib mengatur perdebatan penuh di Parlimen dalam isu terbabit.
"Walaupun sidang belanjawan parlimen berakhir 27 November ini, ia menunjukkan sikap tidak bertanggungjawab Najib sebagai Perdana Menteri, Menteri Kewangan, Pengerusi dan Lembaga Penasihat 1MDB apabila lari dan mengelak dari menjawab soalan yang begitu banyak," ujarnya.

Pampasan RM2.6 juta: Selcat akan putuskan selepas teliti audit dalaman

Posted: 22 Nov 2014 04:11 PM PST


Post Pic

SHAH ALAM: Walaupun terdapat desakan agar Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan (Selcat) membuka siasatan berhubung isu pampasan bernila RM 2.6 juta melibatkan bekas pembantu Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, namun ianya hanya dilakukan selepas siasatan audit dalaman selesai.
 
Salah seorang panel Selcat, Ng Suee Lim berkata, perkara tersebut perlu ditangani mengikut prosedur dan memerlukan penelitian sebelum dibawa untuk pendengaran dalam jawatankuasa berkenaan.
 
Katanya, beliau yakin setakat ini audit dalaman sudah dijalankan dan berkemungkinan hasil laporannya sempat dibentangkan di dalam sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) yang akan bermula Isnin ini.
 
"Kita (Selcat) akan menunggu audit dalaman selesai, dan kemudiannya kita akan minta hasilnya didedahkan di dalam sidang DUN yang akan bermula Isnin ini.
 
"Ia memerlukan penelitian. Berdasarkan hasil laporan audit itu nanti, kita akan putuskan untuk bawa kepada Selcat," katanya kepada Antarapos.
 
Read More / Baca Lagi >>

Beza Jokowi dan Najib umum penghapusan subsidi minyak

Posted: 22 Nov 2014 04:01 PM PST


Sebaik saja mendarat di Lapangan Terbang Soekarno-Hatta di Jakarta Isnin lalu, Presiden Indonesia Joko Widodo (Jokowi) baru saja mengumumkan pengurangan subsidi minyak di Istana Merdeka yang disiarkan secara langsung di televisyen.
Dalam perjalanan ke hotel penginapan di Cikini, Jakarta Pusat, jalan mulai sesak akibat demonstrasi yang diadakan bagi membantah kenaikan harga minyak dan kenderaan beratur untuk memenuhkan tangki mereka sebelum harga baru dikuatkuasakan.
Berkuatkuasa 12 tengah malam pada 18 November, 2014, harga minyak Premium (RON88) naik Rp 2.000 (55 sen) menjadi Rp 8.500 (RM2.35) seliter.

Harga minyak solar (diesel) turut naik menjadi Rp 7.500 (RM2.07) seliter dari sebelumnya Rp 5.500 (RM1.52) seliter. Demonstrasi yang diadakan tidak begitu besar (mengikut standard Indonesia) dan masih terkawal walaupun terdapat peserta membakar tayar.
Selain Jakarta, terdapat juga bantahan di beberapa daerah lain tetapi belum mencapai tahap membimbangkan.
Televisyen seperti TV One, Kompas TV dan lain-lain menyiarkan reaksi langsung masyarakat terhadap tindakan pemerintah Indonesia mengurangkan subsidi minyak serta menunjukkan bagaimana stesen minyak sesak akibat pengguna yang mahu memenuhkan tangki mereka dengan harga minyak lama.
Stesen televisyen turut mewawancara pengguna yang marah-marah dengan tindakan pemerintah Indonesia mengurangkan subsidi bahan api.
Tempo Online melaporkan, Naib Presiden Indonesia Jusuf Kalla sebagai berkata, pada mulanya, pengumuman pengurangan subsidi minyak itu seharusnya dilakukan menteri berkaitan.
Tetapi pada minit-minit terakhir diputuskan biar Jokowi sendiri yang mengumumkan keputusan tidak popular itu.
Read More / Baca Lagi >>

Harga getah jatuh ni Najib.. kami nak makan apa?

Posted: 22 Nov 2014 03:51 PM PST

Kejatuhan harga pasaran getah dunia bukan saja menyebabkan pendapatan penoreh dan pemilik kebun getah terjejas, malah hampir setengah juta penoreh getah dan pekebun kecil terpaksa bergelut untuk hidup seharian ekoran kesan kenaikan kos sara hidup.

Jika dulu mereka menikmati hasil menoreh getah sehingga RM1,500 sebulan, tetapi kini hanya mampu memperoleh pendapatan antara RM500 hingga RM600, hilang kira-kira 66% daripada pendapatan asal sejak awal tahun ini.


Zulkifli Husin, 61, pemilik kebun getah di Kampung Peradong, Jelebu di Negeri Sembilan berkata, hidupnya kini bagaikan 'kais pagi makan pagi, kais malam makan malam'.

Mewarisi kebun seluas 3 ekar daripada ayahnya, menoreh getah merupakan pendapatan utama Zulkifli bagi menyara lima isi rumah, dua daripadanya masih bersekolah.

"Kalau dulu boleh menyimpan duit untuk belanja keperluan anak, sekarang dalam buku bank RM1 pun tidak ada.

"Kami tidak ada pilihan selain terpaksa ikat perut lebih-lebih lagi harga barang dan makanan sekarang semuanya mahal," katanya ketika ditemui.

Sebagai pekebun kecil, beliau terpaksa akur dengan harga getah yang merudum teruk sehingga RM1.60 sekilogram berbanding sebelum ini RM3.

Lebih menakutkan, beliau tidak dapat membayangkan keadaan dirinya sekeluarga menghadapi musim 'daun luruh' tahun depan, iaitu tempoh getah tidak dapat mengeluarkan hasil sepanjang Februari dan Mac.
Read More / Baca Lagi >>

DBKL bazir RM565 juta bayar sistem trafik ITIS

Posted: 22 Nov 2014 03:42 PM PST


ITIS


KUALA LUMPUR, 22 NOV: Ahli Parlimen Segambut Lim Lip Eng menggesa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) membatalkan Integrated Transport Information System (ITIS), sebuah sistem maklumat trafik yang menggunakan papan tanda elektronik.
Menurut Lip Eng sehingga 2013, DBKL membazirkan sejumlah RM565.74 juta kepada pengendali ITIS, sedangkan paparan maklumat tersebut hanya menyiarkan ucapan-ucapan perayaan.
Katanya, sistem tersebut tidak berjaya menyuraikan kesesakan lalulintas di ibu kota, kerana penguna jalan raya hanya dimaklumkan bahawa sesuatu kawasan itu sesak hanya sesudah berada di jalan tersebut.
Papan tanda elektronik ITIS tidak pernah berfungsi di Batu 5 Jalan Ipoh
Papan tanda elektronik ITIS tidak pernah berfungsi di Batu 5 Jalan Ipoh
Dalam pada itu Lip Eng memaklumkan, maklumat berhubung peruntukan kepada pengendali ITIS bagi tahun 2015 ditakrifkan sebagai Akta Rahsia Rasmi (OSA).
"Saya telah melihat draf belanjawan DBKL 2015. Saya boleh menyatakan bahawa jumlah wang yang terlibat adalah tidak masuk akal dan melampau," kata Lip Eng dalam kenyataan.
Read More / Baca Lagi >>

Pemilik BMW nikmati lebih subsidi daripada si miskin dengan motosikal, kata kajian

Posted: 22 Nov 2014 03:17 PM PST

Seorang pemilik BMW yang berpendapatan tinggi menikmati 4 kali lebih subsidi petrol daripada seorang penunggang motosikal berpendapatan rendah.
Menurut kajian Institut Kajian Khazanah baru-baru ini, golongan kaya menikmati sejumlah 80% subsidi minyak yang diperuntukkan untuk isi rumah Malaysia pada 2013.
Angka tersebut menunjukkan betapa terpesongnya sistem subsidi minyak di Malaysia sementara rakyat sedang cuba menyesuaikan diri dengan pengumuman yang skim tersebut akan dihentikan pada 1 Disember.

Bagaimanapun, seorang penganalisis dasar Institut Rakyat berkata, walaupun menstruktur semula sistem subsidi itu langkah yang betul, kerajaan patut terlebih dulu memperkenalkan langkah mengurangkan impak keputusan tersebut terhadap orang ramai. Kajian tersebut yang digelar "Keadaan Isi Rumah di Malaysia" mendedahkan seorang pemilik BMW yang menggunakan minyak RON95 menikmati subsidi RM22.50 setiap 1,000km.
Manakala seorang pemilik motosikal Honda EX5 pula yang menggunakan RON95, hanya mendapat subsidi RM5 setiap 1,000km.
"Sementara kenderaan motor menjadi lebih mahal, daripada motosikal sehinggalah kereta buatan Jerman, subsidi yang diterima pemilik kenderaan itu bagi setiap 1,000km meningkat dengan drastik," kajian tersebut.
Angka itu dikira menggunakan harga RON95 pada RM2.30 seliter di mana kadar subsidinya ialah 27 sen seliter.
"Subsidi bersifat regresif. Kebanyakan subsidi hanya manfaatkan perniagaan daripada isi rumah.
"Daripada apa yang sampai ke isi rumah pula, golongan berpendapatan tinggi yang paling untung  manakala isi rumah yang hanya memiliki motosikal dan kipas siling mendapat kurang subsidi dibandingkan isi rumah dengan beberapa biji kereta dan penghawa dingin di Damansara Heights," kata kajian tersebut.
Read More / Baca Lagi >>

UMNO: Tepuk dada tanyalah selera ....

Posted: 22 Nov 2014 03:13 PM PST

Tan Sri Muhyiddin Yassin mengakui yang UMNO dalam keadaan kritikal dan mempunyai peluang untuk ditolak rakyat jika tidak melakukan pembetulan dan perubahan. Pandangan ini merupakan pandangan yang jujur dan saya menyertai pihak ramai yang menyambut pandangan TS Muhyiddin ini secara terbuka itu.
Muhyiddin menyebut tentang perbezaan dahulu dan sekarang dalam UMNO, terutamanya perbezaan dipihak Pergerakan Pemuda parti. Pemuda dilihat begitu senyap seolah-olah UMNO tidak mempunyai masalah dan keadaan ini sudah berlaku sejak beberapa lama dahulu. Muhyiddin sedar yang Pemuda UMNO dulu-dulu nya sangat berani dan sensitif terhadap isu yang berada di depan mereka yang mereka tidak akan teragak-agak untuk menyuarakannya secara terbuka.
Malahan Pemuda telah berani menukar pimpinan yang mereka anggap sebagai tidak bermaya pada tahun 1976 dahulu dalam mana mereka telah menonjolkan Jaafar Albar sebagai Ketua Pemuda nya walaupun Syed Jaafar Albar telah berusia 62 tahun semasa itu. Pemuda berani bertindak dan maju ke depan apabila mereka tidak berapa setuju dengan Hussein Onn dalam beberapa isu penting termasuk isu Dato Harun Idris. Pemuda menganggap tindakan Hussein terhadap Harun Idris semasa itu sebagai satu tindakan penganiayaan politik terhadap Ketua Pemuda semasa itu..
Pemuda mempunyai suaranya sendiri dan apa yang disebut oleh Muhyiddin itu ada kebenarannya. Pemuda sekarang tidak boleh dibandingkan dengan pemuda zaman Harun Idris atau zaman Suhaimi Kamarudin dan Jaafar Albar yang dianggap sebagai singa UMNO itu. Saya kira Pemuda sekarang bukan tidak pandai tetapi mereka telah terperangkap dengan budaya menjadi jurucakap UMNO induk. Pemuda sekarang lebih mempertahankan pucuk pimpinan dari mempertahankan orang Melayu dan ahli-ahli UMNO dibawahan.
Read More / Baca Lagi >>

Polis, askar akan gempur Cameron Highlands pada waktu malam..!!

Posted: 22 Nov 2014 03:01 PM PST

PDRM & ATM akan gerakkan anggota untuk menggempur kegiatan pembukaan tanah secara haram pada waktu malam

PETALING JAYA: Masalah pembukaan tanah secara haram di Cameron Highlands bukan saja merosakkan alam sekitar malah menyebab banjir dan tanah runtuh sehingga meragut nyawa.
Banyak pihak menyuarakan pelbagai cadangan, tidak kurang juga yang menuding jari yang lain. Antara yang dikritik teruk ialah Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk G Palanivel dan Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob. Cadangan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) juga turut dikritik.
PolisTerkini, Perdana Menteri hari ini mengumumkan, Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) akan menggerakkan anggota ke Cameron Highlands untuk menggempur kegiatan pembukaan tanah secara haram di situ.
BERNAMA melaporkan, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata tindakan tersebut akan dilaksanakan pada waktu malam.
Menurut laporan itu, langkah menggempur akan diambil berikutan perbincangannya dengan Sultan Pahang Sultan Ahmad Shah, berdasarkan laporan bahawa kegiatan itu sering dilakukan oleh pendatang asing tanpa izin (Pati) pada waktu malam.
"Saya sudah mengarahkan Ketua Polis Negara (Tan Sri Khalid Abu Bakar) dan Panglima Angkatan Tentera (Jen Tan Sri Zulkifeli Mohd Zain) untuk menghantar anggota masing-masing supaya pada waktu malam kita akan membuat rondaan yang lebih menyeluruh dan kalau ada kegiatan yang menyalahi undang-undang kita akan ambil tindakan," beliau dilaporkan berkata selepas merasmikan Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Antarabangsa (MAHA) 2014, di Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (Maeps), di Serdang.
Read More / Baca Lagi >>

KPDNKK jangka harga bahan api lebih rendah Dis ini

Posted: 22 Nov 2014 08:08 AM PST


KOTA BHARU -  Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNK) menjangka harga bahan api akan lebih rendah Disember ini berdasarkan analisis pasaran minyak semasa melalui kaedah pengapungan terkawal.

Ketua Setiausaha kementerian itu, Datuk Seri Alias Ahmad berkata, jangkaan penurunan itu dibuat berdasarkan rekod bermula 1 hingga 17 November lalu di mana harga semasa bahan berkenaan ialah RM2.27.

"Harga minyak ada naik turun dan penentuan harga berdasarkan mekanisme harga automatik (MHA) yang akan memantau harga minyak dunia setiap hari.

"Harga pasaran mengikut MHA ialah RM2.27 dan kalau trend ini kekal, harganya dijangka lebih murah berbanding sekarang iaitu RM2.30," katanya kepada  pemberita selepas Program As Syura dan kunjungan Pasaraya Giant di sini, hari ini.   

Semalam Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Hasan Malek berkata, penetapan harga runcit untuk bahan bakar tersebut mulai 1 Disember akan ditentukan melalui kaedah pengapungan terkawal.   

Alias berkata, rakyat negara ini tidak perlu bimbang kerana bahan api itu dijangka turun sehingga tahun depan memandangkan harga minyak dunia kini sekitar 80 US dolar setong.

Read More / Baca Lagi >>

RON95 mungkin 3 sen lebih murah mulai Disember..???

Posted: 22 Nov 2014 08:05 AM PST

Datuk Seri Abdul Wahid Omar PETALING JAYA - Harga petrol RON95 mungkin tiga sen lebih murah pada RM2.27 seliter bermula 1 Dis, sekiranya harga purata minyak mentah dunia berada sekitar US$80 setong sepanjang November (US$1=RM3.35).

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdul Wahid Omar berkata, pengguna boleh mengharapkan harga bahan api yang lebih murah memandangkan penurunan harga minyak mentah dunia sekarang dijangka berterusan sehingga dua tahun lagi.

"Tetapi sekiranya harga minyak dunia meningkat semula, sistem pengapungan terkawal akan turut mengikut," katanya kepada pemberita selepas menghadiri mesyuarat dengan 50 pelajar animasi di bawah program 'Peneraju Skil Iltizam' di sini, hari ini.

Kerajaan, pada 1 Disember, akan menghapuskan subsidi bagi petrol RON95 dan diesel dan menggantikannya dengan sistem pengapungan terkawal.

Ini berikutan harga bahan api global yang lebih rendah daripada harga pam bagi RON95 dan diesel. Harga RON97 ditentukan oleh sistem pengapungan terkawal sejak Julai 2010. - Bernama

Harga bahan api: Kuasa di tangan kerajaan

Posted: 22 Nov 2014 07:54 AM PST

Dr Faridah Hassan SHAH ALAM – Pengawalan ke atas harga minyak petrol dan diesel perlu dilakukan sekiranya harga bahan api di pasaran dunia meningkat pada masa hadapan.

Menurut Dekan Fakulti Pengurusan Perniagaan Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam, Prof Dr Faridah Hassan, langkah pelaksanaan tersebut perlu diambil kerajaan dalam membantu mengurangkan bebanan rakyat di negara ini.

"Kerajaan boleh bertindak mengawal harga minyak petrol dan diesel sekiranya harga (minyak) di pasaran dunia melambung.

"Kuasa penetapan harga berada di pihak kerajaan dan penentuan harga minyak mengikut pasaran dunia memerlukan campur tangan pihak kerajaan tempatan," katanya ketika dihubungi oleh Sinar Harian Online, hari ini.

Kelmarin, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, mengumumkan mulai 1 Disember, penetapan harga runcit RON95 dan diesel akan mengikut kaedah pengapungan terkawal.

Menterinya, Datuk Hasan Malek berkata,  tiada lagi subsidi untuk RON95 dan diesel mulai 1 Disember kerana harga pasaran lebih rendah berbanding harga di pam minyak.

Untuk itu, Hasan berkata, penetapan terbaharu harga RON95 dan diesel pada 1 Disember akan bergantung pada harga pasaran minyak dunia sepanjang November.
Read More / Baca Lagi >>

Siasat petualang di sebalik dakwaan 'beli Datuk'

Posted: 22 Nov 2014 07:49 AM PST

MOHD NOR HAMZAH

SAYA merujuk kepada berita yang disiarkan oleh New York Times (NYT) 19 November 2014 lalu yang secara khusus membincangkan perihal kepincangan yang berlaku dalam pengurusan kerajaan Negeri Terengganu dalam hal melombong bijih besi di Bukit Besi Terengganu yang telah diberikan hak kepada syarikat yang berasal dari China dan berpangkalan di Pahang CAA Resources.
Dalam laporan oleh Keith Bradsher itu, beliau menyentuh berkenaan isu industri ini bakal dipenuhi dengan pekerja warga asing, cara mengelak dari dikenakan pemeriksaan kesan ke atas alam sekitar dan dakwaan pembelian gelaran 'Datuk' bagi memudahkan dia mendapatkan sumber asli negeri Terengganu melalui orang politik dan istana.
Saya menggesa agar dilakukan siasatan segera ke atas mereka yang terlibat dengan kelulusan perlombongan ini.
Ketika siasatan berjalan, kerajaan juga perlu 'merehatkan' sementara orang yang disiasat agar tidak mengganggu siasatan.
Dakwaan ini sekiranya benar, maka ternyata hak rakyat dicabul dengan sebegitu rakus oleh golongan-golongan yang jahat dan busuk hati.
Sepatutnya hak rakyat Terengganu mendapat pekerjaan di sana dalam peratusan yang besar, wajib dijadikan syarat utama dalam pemberian kontrak ini kerana ianya adalah hasil negeri Terengganu.
Begitu juga dengan kesan kepada alam sekitar yang kita sedia maklum iaitu sebelum perlombongan ini dimulakan, balak-balak sudahpun ditebang. Hal alam sekitar ini juga mesti menjadi syarat utama pemberian hak kepada perlombongan ini.
Jika tanah yang kurang dari 500 ekar yang sengaja dibahagi dua, maka ia secara keseluruhannya menjadi 1,000 ekar yang mana wajib dia mendapat kelulusan alam sekitar.
Ini menunjukkan mereka dengan mudahnya memperlecehkan undang-undang kita.
Yang terakhir, institusi istana sekali lagi cuba dicabuli oleh kumpulan yang tidak bertanggungjawab bagi mencari keuntungan.
Read More / Baca Lagi >>

SAMPAI BILA MAU TIPU RAKYAT Najib !!! MANA JANJI KAMU...

Posted: 22 Nov 2014 07:44 AM PST


Jom Jimat: Kaedah tentukan harga apungan petrol.!!

Posted: 22 Nov 2014 12:19 AM PST

Mengikut sistem apungan terkawal untuk petrol RON95, harga petrol akan ditentukan berdasarkan purata harga sepuluh hari dalam pasaran dagangan antarabangsa dicampur dengan nisbah keuntungan tetap untuk loji tapisan dan peruncit.

Di bawah sistem baru ini, harga petrol akan disemak pada setiap bulan dan tiada lagi komponen subsidi.

Mekanisme baru harga petrol ini yang akan berkuat kuasa bermula 1 Disember ini diumumkan semalam oleh Menteri Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Hasan Malek. 

Harga akhir petrol akan ditentukan berdasarkan penanda aras Mean of Platts Singapura.

Menurut Hasan, jika terdapat perubahan harga yang signifikan dalam tenpoh 19 hari pertama setiap bulan, maka purata 10 atau 11 hari yang lepas akan diambil kira dalam menentukan harga runcit akhir.

DAP: Mahathir tidak politikkan 1MDB?

Posted: 22 Nov 2014 12:17 AM PST

MP DAP, Teresa Kok mempersoalkan tindakan Ketua Umno bahagian Cheras, Datuk Seri Syed Alhabshee yang menggesanya agar tidak mempolitikkan isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Kok berkata, Syed Ali sepatutnya menganggap bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mempolitikkan isu 1MDB kerana turut mengkritik syarikat pelaburan negara itu.

"Adakah beliau (Syed Ali) akan menuduh Mahathir mempolitikkan isu 1MDB untuk memburukkan imej Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak?," kata Kok dalam kenyataan hari ini.

Menurut Kok, Mahathir dalam bulan September lalu membangkitkan beberapa persoalan tentang lambakan hutang dan penggunaan dana 1MDB.

Read More / Baca Lagi >>

Dah terbalik... dgn penurunan harga minyak dunia... rakyat bagi subsidi kpd kerajaan Umno@Bn..

Posted: 21 Nov 2014 11:52 PM PST

DAH JATUH MISKIN .. DATANG MAHA 2014 NAIK "KAPCHAI"  ..SIAN DIA..!!!