Followers

Nuffnang

Dialog Dewasa Kritik Berasa

0

Posted by Unknown | Posted on 11:39 PTG | Posted in

sumber :-

Dialog Dewasa Kritik Berasa


APA HARGA PETROL KAT BRUNEI LEBIH MURAHHHH??? ...DEY MACAI HANGPA BIAQ BETUI!!!

Posted: 19 Nov 2014 07:20 AM PST


Memang menjadi perangai semulajadi pencacai Anwar Berahim tak pernah dan tak akan bersyukur apabila mendapat nikmat. Apatah lagi berterima kasih kepada pihak kerajaan jika mendapat sesuatu rahmat.

Contohnya bila kerajaan umumkan harga RON 97 turun 20 sen dari RM2.75 seliter kepada RM2.55 seliter, bukan nak memuji tapi mengeji kerajaan kononnya masih lagi zalim kerana hanya menurunkan minyak untuk golongan kaya jer.

Dan bertambah bodoh tapi nak jugak nama ialah si Rapussy yang kantoi dalam isu 1MDB. Ada jugak perangai nak jadi hero kononnya kerana desakan beliau, Anwar dan rakyat pencacai maka kerajaan UMNO turunkan harga menjelang Persidangan Agung UMNO 2014.

Apa ke baghalnya ko Pussy meroyan merepek merapu nih...???

Malah lebih bangang lagi bila ada puak pencacai pakatan kata harga minyak di Brunei lebih murah cuma RM1.37 sen atau BR Dollar 0.53 sen jer. (lihat rajah perbandingan harga di atas)

Hakikatnya Brunei antara negara yang mengamalkan sistem dwi-harga terhadap penjualan petrol RON 97 nya.

Kereta bernombor plat Brunei yang ingin mengisi petrol di pam-pam stesen negara itu dikehendaki menunjukkan kad pengenalan Brunei dan direkod dalam sistem pembelian. Mereka diberikan harga BR 0.53 sen.

Macai-macai PR sekalian... ini adalah negara Brunei Darussalam yang bersempadan dengan Sabah dan Sarawak. Ramai pelancong kedua-dua negara mengunjungi satu sama lain. Tapi harga minyak di Brunei untuk warganegaranya lain harga, warga asing pula lain harga...macai sekalian adilkah sistem ini???
Macai PR sekalian...ini peta negara Singapork di selatan Malaysia yang korang dan DAP selalu banggakan. Rakyat negara Singapork ini begitu rakus mengisi minyak bersubsidi setiap kali ke Malaysia yang banyak merugikan rakyat negara ini.   
Sementara kenderaan-kenderaan asing yang kebanyakkannya dari Malaysia seperti berplat Sabah, Sarawak atau Labuan mesti kena bayar harga penuh iaitu BR1.18 bersamaan RM3.05. 

Jadi dimanakah yang dikatakan petrol di Brunei tu lebih murah berbanding Malaysia?

Beli minyak Brunei lepas tu nak seludup pun tak berbaloi. Lebih baik guna RON 97 Malaysia harga pun murah RM2.55 sen jer.

Paling penting pam-pam stesen minyak di Brunei diminta mematuhi penguatkuasaan peraturan ini sejak Jun 2008 lagi.  (http://in.reuters.com/article/2008/06/17/brunei-fuel-id)

Mana-mana stesen pam yang gagal dan cuba langgar peraturan ini akan didenda dan digantung lesen perniagaan mereka 

Sebab itulah kerajaan perlu menguatkuasakan penggunaan mykad, biometrik, nombor pin dan auto debit untuk transaksi pembelian bahan api di Malaysia. 

Orang Brunei mudah saja beli RON 97 di pam-pam minyak di sempadan Malaysia. Dengan harga cuma BR0.99 (RM2.55) seliter, apalah sangat BR0.99 tu pada orang Brunei yang duit banyak sekali sekala melancong kat Malaysia?

Korang nak minyak murah pergilah duduk dan mintak jadi warganegara Brunei...ada hudud tuhhh, best apa!!!

Tapi perangai orang Singapore lain pula... rakus kedarah minyak murah kita.  

Negara kita berbilion-bilion rugi setahun, tapi yang jadi mangsa penarikan subsidi adalah rakyat kita. 

Kepada pencacai sekalian lain kali kalau nak cakap tu pakai otak banyak sikit ya...

Hangpa rujuk gak;



tok gajah

0

Posted by Unknown | Posted on 9:55 PTG | Posted in

sumber :-

tok gajah


Bas Jatuh Ke Dalam Sungai

Posted: 19 Nov 2014 08:13 PM PST

BAS JATUH KE DALAM SUNGAI JAMBATAN DATUK SYED OMAR SUNGAI PETANI, JALAN KUALA KETIL pada pukul 4.50 petang tadi. Mangsa seramai 3 orang termasuk pemandu berjaya merangkak keluar dan selamat. Tindakan anggota menjalankan kerja-kerja penyelamatan dan membuat pemeriksaan sekiranya terdapat mangsa di dalam bas.

BALAI TERLIBAT : BBP SUNGAI PETANI (FRT SUNGAI PETANI 1, LFRT SUNGAI PETANI 2, JENTERA EMRS SUNGAI PETANI)





Kalau di Malaysia kantoi cikgu ni........

Posted: 19 Nov 2014 04:28 AM PST




ANGIN PERUBAHAN

0

Posted by Unknown | Posted on 9:52 PTG | Posted in

sumber :-

ANGIN PERUBAHAN


Fahmi Zainol Mahu Kacau UNIMAP Pula?

Posted: 19 Nov 2014 08:42 PM PST



WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI

0

Posted by Unknown | Posted on 9:40 PTG | Posted in

sumber :-

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI


PADAN MUKA HANGPA

Posted: 19 Nov 2014 02:40 AM PST


RAKYAT MARHAEN

0

Posted by Unknown | Posted on 9:24 PTG | Posted in

sumber :-

RAKYAT MARHAEN


Meraikan kepelbagaian dalam politik kampus

Posted: 19 Nov 2014 09:18 PM PST

oleh TARMIZI ANUWAR
Perbezaan adalah perkataan yang sinonim dengan manusia. Retorik sejak lama dahulu dilaungkan agar sesuatu golongan itu bersatu untuk tujuan yang dianggap murni. Bagaimanapun sejak hari pertama manusia diciptakan, Adam adalah makhluk yang berbeza sifatnya dengan malaikat, iblis mahupun makhluk ciptaan yang lain. Hawa dijadikan berlainan sifat fizikalnya daripada Adam. Tuhan bersabda dalam kitabnya bahawa dia menjadikan manusia ini berbeza-beza agar saling kenal-mengenali.
mansuhkan-ptptnPokoknya kewujudan manusia ini adalah kesan daripada wujudnya perkataan "beza" itu sendiri. Ini adalah kerana dirinya sendiri dicipta atas falsafah "beza". Tanpa menidakkan kesan negatif tentang perbezaan, sebaiknya kita membuka ruang wacana yang lebih luas dalam memahami dan meneliti konsep perbezaan dari sudut yang positif. Ini termasuk membincangkan perbezaan fikiran, fahaman, dan pegangan samada dari sudut politik, ekonomi, sosial dan agama. Bagaimanapun artikel ini akan dihadkan dalam kerangka daerah universiti.
Kepelbagaian membuka peluang kepada pilihan yang lebih baik
People must learn to hate, and if they can learn to hate, they can be taught to love, for love comes more naturally to the human heart than its opposite – Nelson Mandela.
Saban tahun universiti di negara ini akan menjalankan pilihan raya kampus bagi tujuan memilih barisan kepimpinan mahasiswa universiti. Lewat 10 tahun ini menunjukkan pelbagai kumpulan yang telah wujud bagi membawa agenda perubahan kepada mahasiswa dimana berbeza tempat berbeza namanya. Walaupun terdapat kumpulan yang berkongsi secara aspirasi-nya, mereka lebih selesa menggunakan nama mengikut kesesuaian setempat.
Sesebuah negara boleh dianggap mengamalkan demokrasi sekiranya negara tersebut mengamalkan proses pilihan raya bagi memilih tampuk pemerintah. Begitu juga jika diterjemahkan kepada universiti yang sesetengah orang menganggapnya sebagai sebuah "negara kecil". Demokrasi tidaklah semata-mata pilihan raya tetapi mempunyai intipati dan tujuan yang lebih daripada itu dimana setiap daripadanya mampu untuk dinilai dan ditambahbaik.
Apabila membaca pandangan yang menyatakan bahawa pelajar perlu bersatu, saya secara peribadi mempunyai dua pandangan iaitu bersetuju dan tidak bersetuju. Saya bersetuju sekiranya perkara yang memerlukan sokongan mahasiswa secara majoriti besar untuk menghadapi dan memberi tekanan kepada pihak universiti bagi memastikan kebajikan mahasiswa terus terjaga. Tetapi tidak mustahil kesatuan ini akan membawa kepada kemandulan gerakan mahasiswa.
Apabila hanya mempunyai satu pihak sahaja, lama kelamaan rasa selesa itu akan timbul dan akhirnya melemahkan pemikiran mahasiswa. Di sini peranan pihak lawan menjadi penting dalam usaha mewujudkan ide-ide bernas dan agen semak imbang kepada gerakan mahasiswa itu sesama sendiri. Mereka akan berusaha menjadi yang terbaik untuk mendapatkan kemenangan dan menjadi tanggungjawab mereka untuk melunaskan manifesto yang telah dijanjikan. Sekiranya tidak dipenuhi ianya akan dipersoalkan dan kemungkinan untuk kalah pada masa akan datang adalah tinggi.
Politik Adalah Strategi
Politik adalah strategi bagi mendapatkan kuasa. Sekiranya kata-kata berpolitik adalah berjuang kerana Allah, bukan untuk kemenangan dunia tetapi akhirat digunapakai secara literal maka tujuan sebenar politik itu tidaklah tercapai. Bahkan disebabkan ketidakmampuan mendalami tujuan politik secara mendalam ianya akan memberikan kesan kepada agenda dan nama kumpulan yang diwakilinya. Ini selalu terjadi kepada kumpulan yang membawa agenda agama di kampus.
Read More / Baca Lagi >>

PKR dakwa Putrajaya potong 60% subsidi makanan asas di Sabah, Sarawak

Posted: 19 Nov 2014 09:05 PM PST

PKR hari ini mendakwa program 1Malaysia 1Harga menyaksikan pemotongan 60% subsidi bagi makanan asas seperti minyak masak, tepung, dan gula di Malaysia Timur dalam Belanjawan 2015.
Ahli Parlimen Penampang Darell Leiking berkata, berbanding peruntukan RM85 juta pada 2014 bagi Sabah dan Sarawak, jumlah itu diturunkan secara dramatik kepada RM33 juta dalam Belanjawan 2015.
"Ini menyaksikan pemotongan RM52 juta dan penurunan 60% daripada peruntukan tahun sebelumnya," kata Darell, ketika sidang media di lobi Parlimen, Kuala Lumpur hari ini. 
Beliau berkata Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi, dan Kepenggunaan memaklumkan kepadanya penurunan itu disebabkan penurunan permintaan minyak masak di Sabah dan Sarawak.
 "Jawapan ini tidak masuk akal kerana jumlah subsidi minyak masak di Sabah dan Sarawak sangat tinggi pada 2014, sekitar RM60 juta," kata Darell. "Penurunan ini menunjukkan betapa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan Barisan Nasional (BN) tidak mempedulikan rakyat Sabah dan Sarawak," katanya.

Laporan eksklusif Al Jazeera kisah pelarian didera di pusat tahanan Malaysia

Posted: 19 Nov 2014 08:49 PM PST


Layanan Malaysia terhadap pelarian menjadi perhatian sekali lagi susulan laporan berita Al Jazeera yang memaparkan keadaan mereka dizalimi dan dieksploitasi di dalam penjara, serta kegiatan rasuah kakitangan Pesuruhjaya Tinggi Persatuan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) bagi Pelarian (UNHCR).
Dalam satu program yang masih belum disiarkan di saluran 101 East, penyampai kanan dan wartawan Steve Chao menyamar sebagai seorang paderi bagi mendapatkan akses ke dalam pusat tahanan yang "terkenal" itu di mana ditempatkan pelarian yang ditangkap.
Menurut UNHCR, terdapat 150,000 pelarian yang melarikan diri dari negara asal mereka ke Malaysia, dengan harapan dipindahkan ke negara ketiga. Bagaimanapun, Malaysia, yang baru-baru ini dipilih sebagai salah satu ahli tidak tetap Majlis Keselamatan PBB, menolak menandatangani Konvensyen Pelarian 1951 atau Protokol 1967 bagi mengiktiraf status pelarian.
Oleh itu, mereka tidak dibenarkan bekerja atau pergi ke sekolah, mendorong mereka menubuhkan pusat komuniti mereka sendiri bagi pendidikan anak-anak mereka. Mereka juga boleh ditahan bila-bila masa dan akan ditempatkan di dalam pusat tahanan yang penuh sesak di mana Chao mendapati keadaannya sangat daif.
Laporan itu menunjukkan pertemuan Chao dengan berpuluh-puluh pelarian di pusat itu, ramai daripada mereka dirantai dan digari sementara yang lain ada yang tidak makan beberapa hari.
Beliau juga menemui di sana wanita yang ditahan hanya beberapa jam selepas melahirkan dan juga kanak-kanak, yang merupakan satu pelanggaran Konvensyen PBB mengenai Hak Kanak-kanak.
 Pelarian ditahan dalam sel yang sempit sepanjang hari dan beberapa orang mengadu kepada Chao mereka dipaksa bogel di hadapan orang lain dan kemudiannya dipukul, ditampar dan ditendang manakala seorang bekas tahanan memberitahu wartawan Al-Jazeera itu, dia didera menggunakan batang besi.
Read More / Baca Lagi >>

Zam cabar MB Pahang banteras perompak balak

Posted: 19 Nov 2014 08:44 PM PST

Beliau mencabar Adnan Yaacob supaya mencontohi Ketua Menteri Sarawak, Adenan Satem
adnan yaakobPETALING JAYA: Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaacob didesak supaya bertindak ke atas pihak yang bertanggungjawab dalam kegiatan pembalakan dan penerokaan tanah secara haram di Cameron Highland.
Tan Sri Zainuddin Maidin dalam entri terbarunya mengemukakan desakan itu dengan menyatakan: "Tanpa prejudis dan tanpa mempersoalkan integriti Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaacob, saya ingin bertanya bolehkah beliau ikut langkah berani Ketua Menteri Sarawak?"
Bekas Ketua Pengarang Utusan itu mempersoalkan apakah Adnan berani berdepan dan bertindak ke atas tauke-tauke balak di Pahang yang telibat dalam pembalakan haram.
Beliau membandingkan Menteri Besar Pahang itu dengan Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Adenan Satem yang memberi amaran keras kepada tauke-tauke balak serta pihak-pihak penguatkuasaan agar lebih berintegriti, berani dan tegas.
"Mampukah beliau (Adnan) untuk tidak mempedulikan sesiapa bagi menghapuskan 'gangster balak' atau pembalak haram untuk menegakkan sebuah kerajaan bersih di hati rakyat?," tulis Zainuddin dalam blognya zamkata.blogspot.com.
Read More / Baca Lagi >>

SETPOL MB: Awas penyebaran notis palsu bantuan pendidikan

Posted: 19 Nov 2014 08:40 PM PST

IMG-20141119-WA0035 notisSHAH ALAM, 20 NOV: Setiausaha Politik Dato' Menteri Besar, Shuhaimi Shafiei berkata, Pejabat Dato' Menteri Besar menafikan membuat pengumuman menawarkan Bantuan Kewangan Pelajaran Anak-Anak Selangor di beberapa institusi pendidikan tinggi di negeri itu.
Shuhaimi berkata, penyebaran itu sebagai satu cubaan untuk menimbulkan kekecohan terhadap pentadbiran Dato' Menteri Besar yang baru.
Katanya, walaupun Kerajaan Negeri mengambil perhatian berat dalam isu pendidikan, namun sebarang pengumuman akan dibuat melalui saluran betul dan dihebahkan dalam saluran media massa dan jabatan terbabit.
"Kerajaan Negeri bakal mengumumkan senarai bantuan kepada pelajar institusi pengajian tinggi dalam ucapan Belanjawan 2015 minggu hadapan," kata Shuhaimi dalam kenyataan media.
Suhaimi berkata, beliau berharap semua rakyat dapat mengambil maklum perkara berkenaan dan menunggu pembentangan belanjawan negeri, pada 24 November ini.

Majoriti simpanan ahli KWSP adalah kecil kata Timb Menteri

Posted: 19 Nov 2014 08:30 PM PST

Dewan Rakyat 20 Nov. 2014: Sesi Pertanyaan Jawab Lisan

Posted: 19 Nov 2014 08:29 PM PST

Vell Paari kata Palanivel perlu segera berundur..!!

Posted: 19 Nov 2014 07:20 PM PST

Pengarah strategi MIC, Datuk Seri Vell Paari berkata presidennya Datuk Seri G Palanivel perlu segera berundur kerana tidak mampu lagi menjalankan tanggungjawab sebagai menteri alam sekitar.

Vell Paari berkata, menteri tersebut yang juga MP Cameron Highlands juga tidak hadir semasa kunjungan Sultan Pahang ke kawasan bencana banjir lumpur.

Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah Sultan Abu Bakar hari ini menyatakan kemurkaan ke atas Palanivel yang menurutnya tidak berbuat apa-apa selepas tragedi yang sama berulang di kawasan itu.

Vell, yang juga anak kepada presiden MIC, S Samy Vellu, turut membangkitkan beberapa tuduhan berhubung kegagalan Palanivel sebagai ketua parti.

"Kami di dalam MIC sudah lama mengesyaki bahawa Palanivel mengalami satu masalah perubatan yang menyebabkan beliau tidak dapat menjalankan tugasnya dengan berkesan.

Read More / Baca Lagi >>

‘Kebiadapan kapitalis’ bakal ulangi tragedi Cameron Highlands

Posted: 19 Nov 2014 07:18 PM PST

Oleh MOHD ARIF JUHANI
TANGGAL 5 November 2014, Cameron Highlands sekali lagi ditimpa musibah tanah runtuh dan banjir kilat sehingga mengakibatkan lima nyawa terkorban.Apakah ada iktibar yang sudah diambil oleh kerajaan dan masyarakat seluruh negara?
Jawapannya walaupun banyak dan pelbagai tetapi semuanya dijangka lebih bersifat pesimis. Pada masa yang sama, pakar-pakar dari pelbagai institut dalam bidang berkaitan seperti keselamatan, alam sekitar, pembangunan dan sebagainya turut dijemput media untuk membuat ulasan yang lebih teknikal sifatnya.

Ketika kerajaan, kementerian serta agensi tertentu berhempas- pulas mencari alasan untuk menenangkan para penduduk terlibat, pembangkang pula menjadikan isu itu sebagai peluru untuk terus menyerang dasar kerajaan yang menyebabkan tragedi  berkenaan berlaku. Selepas keadaan kembali reda manakala mangsa dibenarkan pulang ke rumah masing-masing, apa yang pasti, semuanya akan kembali hidup seperti tiada apaapa bencana yang menimpa sebelum ini.
Hal ini tentulah sesuatu yang sinis seperti sindiran pengamal media, Sayed Munawar dalam laman sosial Facebooknya pada 12 November lalu yang berkata: "Jika jadi lagi banjir Cameron, sila rujuk youtube Bual Bicara semalam. Soalan dan jawapan sama. Tak perlu bual bicara baru."
Apa yang perlu difahami, tragedi seumpama ini bukanlah sesuatu yang baharu. Apa yang berlaku bukanlah eksklusif di Cameron Highlands semata-mata, malah di banyak kawasan dalam negara pernah berdepan tragedi berkenaan.
Cameron Highlands juga menyaksikan kejadian yang sama berlaku pada 23 Oktober tahun lalu yang mengakibatkan tiga warganegara asing maut selain kemusnahan harta benda dan kediaman.
Jika dilanjut tragedi yang sama ke seluruh negara, ternyata Malaysia bukan negara yang asing daripada kejadian tanah runtuh dan banjir kilat.
Bermula dengan tragedi tanah runtuh di Highland Towers pada 1993, dianggarkan lebih sepuluh kejadian yang sama berulang termasuklah di Sandakan pada 29 Januari 2011.
Dalam kejadian itu, hujan berterusan menyebabkan perumahan di lereng bukit Kampung Gelam Runtuh, Bandar Ramai-Ramai serta Kampung Sundang Darat ditenggelami banjir dan tanah runtuh sehingga dua nyawa dilaporkan terkorban.
Namun selepas semua kejadian itu dibentangkan dalam media, ternyata kerajaan dan syarikat pemaju masih buta hati dan terus degil untuk membawa projek pembangunan mewah di kawasan bukit.
Gagal ambil iktibar
Contohnya, di sekitar kawasan Highland Towers iaitu Ampang. Jika melalui Lebuh Raya Lingkaran Tengah 2 (MRR2), kita boleh melihat pelbagai projek perumahan elit ditawarkan melalui papan- papan iklan di kawasan berkenaan.
Read More / Baca Lagi >>

Kuala Lumpur ‘Bandar 7 juta tikus’

Posted: 19 Nov 2014 07:11 PM PST

Kita kena cari punca pembiakan tikus di bandaraya Kuala Lumpur dan tidak hanya menyalahkan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur atau kerajaan semata-mata.
tikusKUALA LUMPUR: Ahli-Ahli Parlimen semalam dikejutkan dengan berita kehadiran 7 juta tikus di bandaraya Kuala Lumpur.
Berita tersebut disampaikan oleh Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Mansor semasa berucap di dewan rakyat malam tadi.
Ketika diminta mengulas sumber angka 7 juta tikus oleh Ahli Perlimen Segambut Lim Lip Eng, Tengku Adnan menjawab jumlah tersebut diperolehi selepas bancian dibuat berdasarkan laporan Jakarta Post yang melabelkan Kuala Lumpur sebagai bandar 7 juta tikus.
Jumlah tikus yang banyak itu berpunca sikap sesetengah warga kota sama ada peniaga atau pembeli yang pengotor, kata Tengku Adnan semasa menggulung perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2015.
"Kita kena cari punca, tidak boleh salahkan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur atau kerajaan," katanya lapor BNBBC.
Menurutnya lagi, warga kota perlu dididik jadi rakyat yang bersih sekaligus dapat menghindar peningkatan jumlah tikus yang boleh jadi punca penyakit berbahaya.

GST: Harga telefon pintar dijangka naik

Posted: 19 Nov 2014 07:04 PM PST

Peringkat awal pelaksanaan GST akan menyebabkan kenaikan sebanyak 6% bagi harga peranti mudah alih.
PETALING JAYA: Pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) pada April tahun depan akan memberi kesan kepada kenaikan harga telefon pintar.
smartphones_rectLapor Sinar Harian, Ketua Komputer Riba Mudah Alih dan Pengendalian Pintar, Acer Sales and Services Sdn Bhd, Johnson Seet berkata bagi peringkat awal pelaksanaan GST akan dapat dilihat kenaikan harga peranti mudah alih sebanyak enam peratus.
Bagaimanapun, kenaikan itu bergantung kepada harga pesaing peranti dan telefon mudah alih dalam pasaran.
"Setakat ini, kami masih menawarkan harga telefon pintar yang berpatutan dengan pengenalan tiga lagi model baharu hari ini (semalam)," katanya selepas pelancaran tiga model telefon pintar Acer.
Acer Malaysia memperkenalkan Acer Liquid X1, Liquid Jade dan Liquid Z500 yang disasarkan kepada golongan pelajar, warga asing dan generasi muda.
Menurutnya, ketiga-tiga model itu didatangkan dengan penambahbaikan terkini dan menggunakan pemprosesan Android KitKat 4.4.
Katanya, ketiga-tiga model itu telah diperkenalkan di Taiwan pada awal tahun ini dan menerima maklum balas yang positif berhubung ciri-ciri baharu dan reka bentuk yang menarik.
Menerusi pengenalan tiga model baharu itu, Acer Malaysia turut menyasarkan peningkatan 10 peratus jualan daripada penguasaan pasaran Acer menjelang 2015.

Kalau fitnah 1MDB, kami sudah ke penjara – Rafizi

Posted: 19 Nov 2014 06:57 PM PST

PETALING JAYA 19 NOV : Naib Presiden KEADILAN, Rafizi Ramli tidak berganjak daripada dakwaannya bahawa kerajaan Persekutuan menanggung hutang Syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB) berjumlah RM19.5 bilion.
"Daripada RM42 bilion hutang 1MDB yang telah kita ketahui, RM20 bilion itu telah disahkan secara fakta dan sahih bahawa ia membawa tanggungan terus kepada kerajaan.
"RM5.8 bilion dijamin secara terus oleh kerajaan itupun selepas kerajaan sendiri membuat pengakuan untuk tanggung pinjaman berkenaan," katanya di hadapan kira-kira 400 hadirin dalam Forum '1MDB Negara Berhutang' di  Petaling Jaya, malam tadi.
Menurut Rafizi, terdapat dua lagi pinjaman lain yang disembunyikan kerajaan dan telah didedahkan Pakatan Rakyat di parlimen.
"Kedua-dua pinjaman itu adalah, RM9.7 bilion yang datang dengan surat sokongan yang mana kerajaan perlu membayar pinjaman berkenaan sekiranya 1MDB tidak mampu bayar dan juga RM4 bilion daripada Wang Amanah Pencen (KWAP) yang telah dibelanjakan," jelasnya.
Justeru katanya, melalui ketiga-tiga tanggungan itu, kerajaan dianggarkan berdepan tanggungan kewangan sebanyak RM19.5 bilion tidak termasuk hutang-hutang sedia ada syarikat itu yang berjumlah RM42 bilion.
Rafizi turut membidas kenyataan segelintir pihak yang mendakwa beliau dan Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua sengaja membawa isu 1MDB untuk memfitnah dan memburuk-burukkan kerajaan Barisan Nasional.
Read More / Baca Lagi >>

My Trials and Tribulations | Anwar Ibrahim | TEDxGeorgetown

Posted: 19 Nov 2014 06:41 PM PST

Sultan terkilan ahli Parlimen ‘lepas tangan’ isu banjir Cameron Highlands

Posted: 19 Nov 2014 06:12 PM PST

Sejak kejadian banjir pertama yang berlaku tahun lalu, tiada tindakan drastik diambil oleh Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar itu untuk mengatasi masalah tersebut.

palanivel 1CAMERON HIGHLANDS: Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah menzahirkan rasa terkilan terhadap Ahli Parlimen kawasan itu, Datuk Seri G. Palanivel yang dilihat seolah-olah bersikap 'lepas tangan' berhubung kejadian banjir yang melanda daerah itu, lapor Utusan Malaysia.
Baginda bertitah, sejak kejadian banjir pertama yang berlaku tahun lalu, tiada tindakan drastik diambil oleh Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar itu untuk mengatasi masalah tersebut.
"Apa yang telah beliau lakukan? Tiada apa. Rakyat kita menderita secara mental dan fizikal apabila bencana ini berlaku.
"Rakyat telah mengundi dan memilih beliau pada pilihan raya umum lalu, tetapi inikah yang diberikannya kepada rakyat?
"Beritahu beliau supaya buat sesuatu dengan segera. Saya serius mengenai perkara ini," titah baginda seperti yang dilaporkan oleh Utusan Malaysia.
Baginda bertitah demikian ketika berkenan mencemar duli melawat Lembah Bertam yang terjejas ekoran kejadian banjir kilat pada 5 November lalu.
Read More / Baca Lagi >>

Mahasiswa jangan ikut telunjuk UMNO

Posted: 19 Nov 2014 06:07 PM PST

Mahasiswa bukan lagi budak hingusan yang perlu mengikut semua telunjuk pihak kerajaan dan segala kebebasan bersuara perlu diberikan kepada mahasiswa.

KUALA LUMPUR: Presiden Persatuan Mahasiswa Universiti Malaya (PMUM), Fahmi Zainol hari ini semakin lantang bersuara menentang kerajaan dengan menggesa pelajar Universiti Malaya supaya tidak tunduk kepada kepada kerajaan UMNO dan Barisan Nasional.
msiswa langgar umno 1Katanya, mahasiswa bukan lagi budak hingusan yang perlu mengikut semua telunjuk pihak kerajaan.
Menurul lapor KeadilanDaily, Fahmi berkata demikian ekoran pendengaran tatatertib yang bakal dihadapinya dan lapan pelajar UM atas dakwaan menganjurkan pidato Anwar '40 tahun dari UM ke penjara' secara haram di dalam Universiti pada 28 Oktober lalu.
Pada masa yang sama, Fahmi berharap pihak pengurusan UM akan membicarakan kes beliau dan rakannya yang lain dengan adil tanpa dipengaruhi mana-mana pihak termasuklah pihak kerajaan.
"Saya nak ingatkan UM dalam hal ini jangan jadi orang suruhan UMNO, adili dengan telus dan berlaku adil. Apa yang yang kami lakukan sebelum ini adalah menyampaikan fakta yang sahih dan benar kepada umum," katanya.
Sebelum ini, pihak UM sekali lagi menangguhkan kes pelanggaran disiplin melibatkan lapan pelajarnya.
Fahmi dikehendaki menghadiri pendengaran tatatertib pada 9 Disember ini atas dakwaan mengadakan perhimpunan haram di dalam kampus UM.
Notis itu juga mengemukakan lapan pertuduhan yang dipinda terhadap Fahmi, berbanding dengan sembilan pertuduhan sebelum ini.

Fahmi Zainol nafi laporan akan berdebat dengan Menteri UMNO

Posted: 19 Nov 2014 06:06 PM PST

Namun sekiranya menteri berkenaan bersedia untuk berdebat, maka saya juga bersedia untuk berdebat," jelasnya lagi.

debat1PETALING JAYA: Presiden Persatuan Mahasiswa Universiti Malaya (PMUM), Fahmi Zainol menafikan laporan sebuah portal bahawa beliau akan berdebat dengan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Razali Ibrahim dalam satu program debat pada 26 November depan.
Menurut laporan yang dikeluarkan oleh portal itu, debat yang bertajuk "Kebebasan Memilih" itu merupakan anjuran Pro Mahasiswa UM dan PMUM. Bahkan turut dilaporkan, bahagian Hal Ehwal Pelajar (HEP) UM dilaporkan sudah memberi kelulusan kepada Razali untuk hadir ke program berkenaan.
"Bukan, berita ini palsu. Hingga ke saat ini, tidak ada sebarang jemputan yang diberikan," katanya dalam satu kiriman sistem pesanan ringkas (SMS) ketika dihubungi Free Malaysia Today.
Portal tersebut turut menyatakan bahawa program 'palsu' itu akan diadakan pada pukul 8.30 malam di UM Foodcourt Village di Universiti Malaya (UM).
"Sekiranya menteri berkenaan bersedia untuk berdebat, maka saya juga bersedia untuk berdebat," jelasnya lagi.
Beliau turut menyatakan bahawa ia merupakan satu propaganda UMNO untuk menunjukkan imej buruk terhadap dirinya.
Fahmi sebelum ini mencetuskan kontroversi apabila menjemput Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk berpidato di UM bertajuk "40 Tahun : Dari UM Ke Penjara" yang mendapat tentang pengurusan UM.
Beliau yang menganjurkan pidato itu tetap berdegil dan bertindak merempuh pintu pagar masuk ke kampus UM untuk mendengar Anwar berpidato.
Ekoran itu, Fahmi Zainol dikehendaki menghadiri pendengaran tatatertib pada 9 Disember ini terhadap tuduhan mengadakan perhimpunan haram di kampus Universiti Malaya.

Pakatan boleh berkuasa jika hilang takut orang Melayu, kata Kadir Jasin

Posted: 19 Nov 2014 06:04 PM PST

Sekiranya Pakatan Rakyat (PR) boleh meyakinkan orang Melayu yang ia akan berlaku adil kepada mereka dan hormati hak dan keistimewaan mereka, ia hampir pasti akan berjaya mengekalkan kuasa mereka di Selangor dan Pulau Pinang dan mungkin juga menawan Putrajaya, kata bekas wartawan veteran Datuk A Kadir Jasin.
Masyarakat Bumiputera, terutama mereka yang pro-Barisan Nasional (BN), katanya, takut kehilangan hak dan keistimewaan mereka dan bimbang orang Cina akan mendominasi kerajaan selain ekonomi yang memang sudah dalam genggaman mereka.
 "Faktor takut ini ialah senjata terakhir Umno dalam memastikan orang Melayu terus memihak kepada mereka. Takut kepada orang Cina ialah salah satu sebab utama orang Melayu kembali kepada Umno dan memberi kemenangan lebih besar kepada BN dalam pilihan raya umum tahun lepas. 
"Gambaran berpuluh ribu orang Cina dan India yang menyokong pembangkang, mengambil alih bandar-bandar di Johor semasa kempen pilihan raya, membangkitkan rasa takut di kalangan orang Melayu, menyebabkan mereka berdiri di belakang Umno," kata bekas ketua pengarang kumpulan akhbar New Straits Times itu semalam.
Katanya, situasi di Selangor dan Pulau Pinang boleh dijadikan satu petunjuk, mengenai bagaimana keadaan orang Melayu di negeri itu sejak PR mengambil alih tampuk pemerintahan pada 2008. "Adakah wujud pemberontakan di kalangan Melayu sejak PR berkuasa pada 2008? Kecuali di kalangan komuniti peniaga Melayu yang ada kaitan dengan BN, orang Melayu lain nampaknya menerima PR. Di Pulau Pinang, yang diterajui DAP, yang masih tidak sepakat bukan Melayu, tetapi warga India Muslim."

Rakyat mungkin terpaksa selamatkan 1MDB dengan bayar elektrik lebih tinggi

Posted: 19 Nov 2014 06:01 PM PST

Rakyat Malaysia mungkin akhirnya terpaksa membayar lebih untuk bekalan elektrik dalam tempoh beberapa tahun akan datang ketika Putrajaya membantu syarikat yang dibebani hutang, 1Malaysia Development Berhad (1MDB), melangsaikan pinjamannya berjumlah RM42 bilion, kata ahli parlimen Pakatan Rakyat.
Bercakap pada satu forum malam tadi, Ahli Parlimen DAP Tony Pua menjelaskan, 1MDB diberikan kontrak membina dan mengendalikan loji kuasa, dan menjual tenaga elektrik, untuk membayar hutangnya.
Ahli Parlimen PKR Rafizi Ramli pula berkata, jika 1MDB tidak boleh membayar hutang mereka dan jika ia jatuh, ia boleh menarik ekonomi turun bersamanya kerana hutangnya berjumlah hampir RM20 bilion dijamin Putrajaya.
 Ini bermakna Putrajaya perlu campur tangan dan membayar hutang 1MDB jika syarikat itu memungkirinya, kata wakil rakyat Pandan itu yang turut hadir di forum yang diadakan di Petaling Jaya itu.
Pada waktu ini, Pua berkata 1MDB menghadapi masalah membuat keuntungan dan melangsaikan hutangnya yang berjumlah RM42 bilion itu, yang mana hampir separuh dijamin kerajaan. "Risiko kepada ekonomi besar kerana ia akan mempunyai kesan domino jika 1MDB mungkir," kata ahli Parlimen Petaling Jaya Utara di hadapan kira-kira 500 hadirin.
"Sebab itu kerajaan dengan cepat cuba mencari wang membantu 1MDB membayar hutangnya." Pua berkata salah satu caranya ialah melalui penganugerahan kontrak tiga pengeluar tenaga bebas (IPP) kepada 1MDB awal tahun ini. Sebahagian daripada kontrak itu, dakwanya, mempunyai tarif elektrik yang lebih tinggi daripada biasa yang akhirnya akan diturunkan kepada pengguna.
Menurut laporan terdahulu, 1MDB dianugerahkan projek loji kuasa arang batu bernilai RM11 bilion pada awal tahun ini dalam satu tender terbuka yang menjadi kontroversi.

Syaikh Nuruddin Diharamkan Ceramah Di Malaysia

Posted: 19 Nov 2014 03:35 PM PST



Oh negaraku! Yang penting program maksiat dibenarkan tanpa ada apa-apa halangan.

Tunggu bala dari Allah.

Guan Eng cabar Jahara bawa isu D’Residence pada sidang DUN depan

Posted: 19 Nov 2014 03:19 PM PST

Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang Datuk Jahara Hamid hari ini diminta membangkitkan semula isu projek mewah D'Residence di Bayan Mutiara untuk dibahas pada sidang DUN tahun depan.
Ketua Menteri Lim Guan Eng  berkata beliau memberi penjelasan mengenai projek itu menerusi penggulungannya pada persidangan sebelum ini dan berpendapat isu itu tidak sepatutnya diungkit lagi. "Saya cabar beliau (bawa) semua bukti yang beliau ada, jika beliau tahu mengenai sesuatu yang saya tidak tahu...kita bincang dan bahas perkara ini semula," katanya kepada pemberita di George Town hari ini.
 Jahara dalam kenyataan akhbarnya semalam mendesak ketua menteri memohon maaf dan membuat semakan semula berhubung fakta projek pembinaan 168 unit banglo yang dimajukan Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) dan harga jualannya mencecah RM3 juta seunit.
Lim berkata hasil semakan beliau mendapati projek fasa pertama melibatkan pembinaan 113 unit banglo itu dijual pada harga RM880,000 hingga RM3.5 juta dan 50 unit lagi dibina pada fasa kedua yang dijual antara harga RM1.4 juta dan RM3.14 juta.
Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Bandar, Desa dan Perumahan Jagdeep Singh Deo berkata pertemuan dengan Pengerusi Majlis Tindakan Persekutuan Pulau Pinang Datuk Zainal Abidin Osman bagi membincangkan isu perumahan di negeri ini ditunda kepada 15 Disember.
"Pertemuan yang dijadual 27 November ditangguh kerana pihak mereka mempunyai urusan lain," katanya di George Town. Sebelum ini, Zainal Abidin dalam kenyataannya meminta kerajaan DAP Pulau Pinang tidak melengah-lengahkan kelulusan permohonan Pelan Kebenaran Merancang yang dipohon Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (Perda) dan JKP Sdn Bhd. – Bernama,

Cameron Highland - Surat Kuning dari Istana : Ini Jawapan Sultan Pahang

Posted: 19 Nov 2014 03:09 PM PST

CAMERON HIGHLANDS 19 Nov. - Sultan Pahang Sultan Ahmad Shah menegaskan hari ini baginda tidak tahu menahu mengenai wujudnya surat kuning atau surat daripada istana untuk tujuan pembangunan atau pertanian di Cameron Highlands.
Pahang's Sultan Ahmad voicing displeasure over clean-up efforts following the recent mud floods.Ditanya mengenai perkara itu baginda bertitah, "Jika ada yang mengemukakan surat kuning terbabit guna nama istana, saya sendiri akan pukul dia, saya nasihatkan jangan percaya".
"Semak dahulu dengan kerajaan negeri, mereka jangan sewenang-wenangnya menggunakan nama orang lain, jika saya tahu siapa, saya akan bagi cukup-cukup," titah baginda.
Sultan Ahmad Shah bertitah dalam sidang akhbar selepas berkenan melawat kawasan banjir di Lembah Bertam di sini, hari ini.
Turut sama Menteri Besar Datuk Seri Adnan Yaakob dan pimpinan kerajaan negeri.

Banjir lumpur dan tanah runtuh di Cameron Highlands baru-baru ini meragut lima nyawa. Lima yang lain cedera. Beberapa penduduk dipindahkan.
Penerokaan tanah haram dikatakan antara punca utama berlaku bencana itu.
Dalam pada itu, baginda menggesa peneroka tanah haram menghentikan serta merta aktiviti mereka terutama pertanian di Cameron Highlands.
Read More / Baca Lagi >>

Kapal KD Perantau Yang Digunakan Cari MH370 Tenggelam Di Lumut

Posted: 19 Nov 2014 03:06 PM PST

Kapal hidrografi TLDM dalam penyelenggaraan hampir tenggelam di Lumut

LUMUT: Sebuah kapal hidrografi Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang sedang menjalani proses penyelenggaraan di Limbungan Boustead Naval Shipyard Sdn Bhd (BNSSB) di sini, dimasuki air sehingga hampir tenggelam malam tadi.

Kapal KD Perantau dikesan mengalami masalah pada jam 11.17 malam dan usaha menyelamatkan kapal daripada tenggelam sedang giat dilakukan oleh BNSSB dengan dibantu TLDM.

Dalam satu kenyataan, TLDM berkata tiada kecederaan atau kemalangan jiwa berlaku dalam kejadian di limbungan BNSSB yang terletak dalam Pangkalan TLDM Lumut di sini.

Kapal KD Perantau adalah kapal hidrografi yang dibina di Limbungan Hong Leong- Lursen, Pulau Pinang dan ditauliahkan pada 12 Oktober 1998.

Kapal itu diserahkan ke Limbungan BNSSB untuk menjalani rutin kerja penyelenggaraan pasang-pulih (refit) mulai 10 November lalu.

Kapal itu dijangka siap dan diserah kembali kepada TLDM pada 10 Ogos tahun depan.

Kenyataan itu menyebut, hampir kesemua peralatan mudah alih seperti motor jentera, pam dan peralatan pengukuran sudah dikeluarkan dari kapal sebelum kejadian berlaku sebagai prosedur apabila kapal menjalani proses refit.

"Sebuah lembaga siasatan akan ditubuhkan bagi mengenal pasti punca kejadian," kata kenyataan itu. -BH


KD Perantau sinks partially at Lumut

LUMUT: A Royal Malaysian Navy ship which was docked at the Bousted Naval Shipyard (BNS) here for refit work sank partially when water flooded the lower point of the vessel.

The KD Perantau, commissioned on Oct 12 1998 with pennant number 151, suffered flooding around 11.17pm last night, allegedly during an attempt to remove its one-tonne generator set.

For the record, the hydrography ship was also used in the search and rescue mission of the ill-fated MAS flight MH370 which is believed to have gone missing in the southern parts of the Indian ocean.

Read More / Baca Lagi >>

RON95: Penurunan ikut trend pasaran dunia temberang Menteri.!!!

Posted: 19 Nov 2014 02:39 PM PST

Harga bagi RON95dijangka dapat diturunkan sekiranya harga minyak mentah dunia di pasaran antarabangsa mencecah antara AS$70 dan AS$75 setong
KUALA LUMPUR : Timbalan Menteri Kewangan II Datuk Chua Tee Yong menyatakan kerajaan mungkin mempertimbang untuk menyelaraskan harga petrol RON95 jika harga minyak mentah dunia antara AS$70 dan AS$75 setong.
Katanya, kerajaan sentiasa memantau trend penurunan minyak mentah dunia.
Minyak mentah Brent turun kepada AS$78 setong pada Rabu.
"Jika harga terus jatuh, sudah tentu Kementerian Kewangan akan mengkaji kemungkinan sama ada menyelaras harga RON95 sekali lagi.
"Jika ia turun di bawah harga tertentu, maka tiada lagi subsidi akan diberikan," katanya memetik daripada laporan Bernama semalam.
Harga subsidi untuk RON95 kini adalah RM2.30 dan RM2.58 tanpa subsidi.
Tambah Chua, kerajaan berharap kereta-kereta mewah dan yang mempunyai sentimer padu besar akan menggunakan petrol RON97
Tengah malam semalam, harga runcit petrol RON97 dikurangkan sebanyak 20 sen daripada RM2.75 kepada RM2.55 di seluruh negara.
"Berdasarkan data, penggunaan RON97 adalah rendah tetapi apabila ia turun sebanyak 20 sen, ia akan membantu ekonomi berikutan bilangan pengguna yang menggunakan RON95 akan berkurangan.
"Kurang penggunaan RON95 bermakna kerajaan tidak perlu mengeluarkan lebih banyak subsidi," ujarnya.

Apa di belakang syarikat Pembinaan PFI?

Posted: 19 Nov 2014 02:34 PM PST

Ogos lalu, Pesuruhjaya Tanah Persekutuan (FLC) membayar sewa RM1.13 bilion kerana menggunakan 186 bidang tanah di seluruh Malaysia.

Memasuki Februari depan, ia akan membayar RM1.12 bilion lagi, meneruskan pembayaran sewa dua tahun sekali yang hanya akan berakhir pada 2017, selepas lebih RM29 bilion dibayar.

Tetapi FLC menggunakan tapak yang sama tanpa sebarang sewaan sebelum 2013.

Jadi kenapa ia harus membayar sewa sekarang dan membayar kepada siapa?

Jawapannya membawa kepada perjanjian berbelit-belit yang diketengahkan kerajaan ekoran penubuhan Pembinaan PFI Sdn Bhd, sebuah syarikat bertujuan khas yang dimiliki sepenuhnya oleh Kementerian Kewangan.

PFI merupakan akronim daripada "private finance initiative" (inisiatif kewangan swasta), sebuah konsep untuk memacu pembangunan infrastruktur melalui modal swasta.

Konsep itu diumumkan dalam rancangan Malaysia ke-9, yang memperuntukkan belanjawan negara untuk semua sektor ekonomi bagi tempoh 2006-2010, untuk mendanai projek-projek pembangunan.

Bagi mencetuskan inisiatif itu, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) memberikan pinjaman RM20 bilion sebagai modal awal untuk Pembinaan PFI.

Laporan sebelum ini menyebut, ia meliputi peruntukan RM9.5 bilion untuk sektor pendidikan, RM1.6 bilion untuk perumahan, RM878 juta untuk kesihatan dan RM634 juta untuk pengangkutan.

JIKA RON95 TIADA SUBSIDI MAKA RON95 (RM2.58) LEBIH MAHAL daripada RON97 (RM2.55).. Menteri kejadah apakah ni???

Posted: 19 Nov 2014 02:24 PM PST


Manjung Mari

0

Posted by Unknown | Posted on 9:13 PTG | Posted in

sumber :-

Manjung Mari


Menteri Besar KBSM?..

Posted: 19 Nov 2014 08:01 PM PST

Berita yang baik, sama-sama kita sampaikan untuk tatapan umum.... ha ha ha..

Wednesday, 19 November 2014

KENYATAAN TERBUKA BERANI MATI SEORANG ANGGOTA KEADILAN MENGENAI AZMIN ALI.
Kenyataan Terbuka
19 November 2014


AZMIN MENERUSKAN SEMUA ALASAN PEMECATAN KHALID BEZANYA DIA PANDAI BERGAMBAR DAN BERETORIKA

Saya Megat Khairul Anuar B.Razali merupakan anggota Parti Keadilan Rakyat Cabang Hulu Selangor. Sidang akhbar ini bagi menyatakan kekecewaan saya terhadap kerakusan YB Azmin Ali dalam mengenepikan keputusan parti dalam melobi diri sendiri menjadi Menteri Besar malah Parti Keadilan Rakyat sendiri nampaknya seperti ditertawakan apabila semua alasan penukaran Menteri Besar seolah hanya propaganda murahan apabila YB Azmin Ali didapati meneruskan semua yang disebut sebagai alasan penyingkiran Tan Sri Khalid Ibrahim.

Sejak berjaya melobi diri sendiri menjadi Menteri Besar dan mengangkat sumpah menjadi Menteri Besar Azmin sebenarnya tidak langsung melakukan apa pun pembaharuan selain dari gimik media seperti gambar membersih longkang, menyembur racun. 

Punyalah begitu obsess hendak meniru gaya Presiden baru Indonesia 'Jokowi' ramai pasti tertawa melihat gambar Menteri Besar memegang tin racun serangga lengkap memakai penutup hidung menyembur 'ubat nyamuk' konon melancarkan kempen 'Bas Sekolah Tanpa Aedes (BATAS)'. Kalau pun ia kempen yang perlu cukup peringkat Pegawai Kerajaan atau Exco melakukannya.
Hanya berbeza dengan Khalid ialah Azmin Ali berjaya mula mencairkan wang simpanan negeri bernilai RM3billion lebih dengan projek-projek segera.

Sebagai anak negeri Selangor, saya masih ingat isu-isu yang menjadi penyebab kegagalan Khalid Ibrahim yang mewajarkan beliau digantikan. Antaranya ialah Masalah sisa pepejal, keadaan Jalanraya tidak baik, lebuhraya KIDEX dan bekalan air terawat termasuklah pembinaan empangan Langat 2.

1. Sisa pepejal

Saya mendapat maklumat bahawa selepas Pakatan Rakyat membentuk Kerajaan di Negeri Selangor pada tahun 2008, berlakunya diskriminasi Kerajaan Persekutuan yang melarang sisa pepejal daripada di hantar ke Tapak Pelupusan Sampah termoden di Bukit Tagar, Kuala Selangor. Inilah sebab utama masalah sisa pepejal di Selangor tidak dapat diselesaikan dengan segera.

Namun begitu, pentadbiran Khalid Ibrahim telah mula mencari jalan untuk menyelesaikan masalah ini. Memasuki penggal kedua pemerintahannya, beliau telah pun meletakkan seorang exco kanan yang amat berdedikasi iaitu YB Teng Chang Kim bagi menyelesaikan masalah ini. Dan sepanjang tempoh tersebut gandingan dua pemimpin ini terus menjalankan usaha gigih. Untuk membina tapak pelupusan sampah baru bukanlah kerja yang mudah. Banyak isu teknikal yang perlu diperhalusi agar ia tidak akan menimbulkan kacau ganggu kepada kehidupan masyarakat dan alam sekitar.

Dan sehingga kini kita masih tidak dapat melihat atau mendengar usaha komprehensif daripada Menteri Besar baru selain daripada menganugerahkan harga tender yang lebih tinggi kepada kontraktor atas nama untuk menjaga kualiti perkhidmatan. Untuk sekadar mengatakan masalah sisa pepejal ini berlaku hanya kerana harga tender yang diberikan oleh pentadbiran sebelum ini adalah rendah juga sebenarnya tidaklah tepat sangat.

Banyak juga tender yang diberikan dalam negara ini dengan harga yang tinggi tetapi projek tetap gagal disiapkan mengikut jangkamasa yang ditetapkan atau tidak mencapai keputusan seperti yang diharapkan.

Kegagalan bukanlah disebabkan oleh satu faktor sahaja iaitu harga tetap meliputi juga aspek pemantauan oleh PBT, kekurangan tapak pelupusan sanitari dan sebagainya.

2. Keadaan Jalanraya

Berapa ramai antara kita yang menyedari terdapat dua kategori jalan iaitu Jalan Persekutuan dan Jalan Negeri. Untuk Jalan Persekutuan urusan mengurustadbir dan pemuliharaan adalah dibawah tanggungjawab Kerajaan Persekutuan manakala untuk Jalan Negeri pula ianya adalah tanggungjawab Kerajaan Negeri melalui PBT tetapi dananya turut dikongsi oleh Kerajaan Persekutuan melalui geran jalan yang jumlah tahunannya dikira berdasarkan formula bilangan penduduk dan panjang jalan dalam sesebuah negeri.

Jadi, jika jalan yang rosak ini dari Banting ke Morib sebagai contoh, ia adalah salah Kerajaan Persekutuan dan jika Jalan Reko di Kajang pula, ia termasuk di bawah bidangkuasa Kerajaan Negeri. Namun semasa isu ini dibangkitkan semasa krisis Menteri Besar tempohari kita tidak diberitahu data dan statistik jalan rosak yang tidak dibaikpulih itu. Sama ada banyak di Jalan Persekutuan atau di jalan Negeri.

3. Lebuhraya KIDEX

Ini adalah kemunafikan besar oleh kepimpinan Pakatan Rakyat di Selangor. Isu KIDEX ini menjadi bahan jajaan yang cukup hebat untuk menggulingkan Khalid Ibrahim. Dikatakan tindakan Khalid bersetuju dengan pembinaan KIDEX sebagai tidak memenuhi kehendak penduduk setempat dan juga tidak membawa hasrat manifesto Pakatan Rakyat.

Sekarang, saya ingin mengemukakan persoalan, apakah apabila dengan menukar Menteri Besar ini sahaja maka KIDEX telah memenuhi hasrat rakyat setempat dan manifesto PR? Di mana suara Tony Pua yang sebelum ini kononnya sibuk memperjuangkan rakyat yang menolak KIDEX? Ataupun KIDEX ini hanyalah satu punching bag untuk menipu rakyat menggulingkan Khalid Ibrahim walhal sememangnya Pakatan Rakyat Selangor bersetuju dengan pembinaan KIDEX?

4. Bekalan Air Terawat dan Empangan Langat 2

Ini juga merupakan satu lagi penipuan besar yang diolah untuk menyingkirkan Khalid Ibrahim. Dijaja mengenai perjanjian Bank Islam yang menjadi punca Khalid Ibrahim menandatangani persetujuan tersebut. Walhal, fokus utama Khalid Ibrahim adalah untuk menjadikan konsesi bekalan air terawat di Selangor sebagai milik rakyat negeri Selangor sendiri. Apakah ini tidak bagus untuk rakyat?

Dan tiba-tiba Azmin Ali mengumumkan kesyukuran beliau apabila konsesi air ini telah secara rasmi menjadi milik rakyat dan Kerajaan Negeri Selangor. Tidak malukah untuk mengambil usaha dan idea orang lain dan kemudiannya menjadikan sebagai kejayaan sendiri?

5. Pengembalian Bible Yang Dirampas JAIS

Tidak terhenti setakat isu air ini, Azmin Ali ini sekali lagi tidak merasa malu untuk mengakui bahawa dirinya adalah hero yang menyelesaikan isu bible yang dirampas JAIS. Kenyataan Majlis Agama Islam Selangor bahawa DYMM Sultan Selangor dan MAIS yang sebenarnya melakukan inisiatif untuk menyelesaikan masalah ini telah menunjukkan sifat hero jadian manusia bernama Azmin Ali ini. Terus menerus menjadikan usaha dan inisiatif orang lain sebagai kejayaan peribadinya.

Sehubungan itu, saya menyeru Menteri Besar baru ini untuk berhenti memplagiat usaha dan inisiatif orang lain. Kalau benar anda mempunyai idea, wawasan dan inisiatif seperti yang diwar-warkan sebelum ini, sekarang adalah masanya untuk anda buktikan.

Menjadi Menteri Besar bukan sekadar melakukan aktiviti terjah atau pun berada rapat dengan rakyat melalui program-program kemasyarakatan semata-mata tetapi juga harus mempunyai misi dan visi yang jelas dan holistik dalam sektor pembangunan, pelaburan, kesejahteraan rakyat dan lain-lain untuk terus mengekalkan Selangor sebagai negeri paling maju dan terkaya di Malaysia. Sehingga ini Azmin Ali masih lagi gagal untuk mengemukakan agenda fiskal yang baik untuk negeri Selangor. 

Ataupun mungkin Azmin Ali juga akan menjadi seperti Ali Rustam yang terkenal sebagai MB KBSM sahaja itu kahwin, bersalin, sakit dan meninggal dunia bukannya dikenali dengan kemampuan menjana ekonomi, pembangunan dan kesejahteraan rakyat.

Saya tidak sendiri dalam membuat kenyataan ini. Saya mewakili sekumpulan anggota PKR yang turut mempunyai sentiment yang sama. Persoalan ini harus dijawab. Satu kempen senyap sudah pun berjalan lebih dua minggu dan akan terus berjalan dalam menyalurkan maklumat persoalan – persoalan penting kepada anggota PKR khususnya di Selangor. PKR tidak harus menjadi parti – parti lain yang kita kritik selama ini menjatuhkan dan menaikkan individu berdasarkan kepentingan pihak tertentu sehingga menimbulkan kerugian kepada umum lebih malang lagi yang dinaikkan hanya pandai bermain media dan beretorik semata.

Sempena 100 hari kami anggota PKR Selangor sendiri akan tampil untuk membentangkan 'report card' 100 hari Azmin
Sekian
MEGAT KHAIRUL ANUAR RAZALI
B0030003354
ANGGOTA PKR CABANG HULU SELANGOR







Cilok dari blog Omak kau..