Followers

Nuffnang

MIMPI SENJA

0

Posted by Unknown | Posted on 11:38 PTG | Posted in

sumber :-

MIMPI SENJA


Samseng jalanan dituduh khianat, buat ugutan jenayah

Posted: 18 Nov 2014 09:35 PM PST


Khoo Kok Ann, 58, (tengah) dibawa oleh anggota polis berikutan dua pertuduhan melakukan khianat dan membuat ugutan jenayah di Mahkamah Majistret Petaling Jaya, hari ini. - Foto Farizul Hafiz Awang
PETALING JAYA: Seorang pengarah syarikat juruperunding didakwa atas dua tuduhan melakukan khianat dengan meludah serta membengkokkan bilah pengelap cermin kereta dan membuat ugutan jenayah terhadap seorang pembantu peribadi, dua hari lalu.
Tertuduh Khoo Kok Ann, 58, mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan sebaik pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Salamiah Salleh di Mahkamah Majistret di sini hari ini.
Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM10,000 bagi semua pertuduhan dengan seorang penjamin dan menetapkan 15 Disember ini untuk sebutan kes.
Gambar tertuduh yang dikatakan terbabit perbuatan khianat berkenaan kini tersebar di laman sosial.

Pembuli Jalan Raya Di Subang Ditahan Dalam Tempoh 24 Jam

Posted: 18 Nov 2014 05:01 AM PST


- Gambar dari Facebook 'Friends of BN'



PETALING JAYA: Pembuli jalan raya yang didakwa mengganggu seorang wanita dan merosakkan keretanya di jalan Subang Jaya USJ - Shah Alam dilaporkan telah ditahan oleh pihak polis.

Facebook 'Friends of BN' telah berkongsi imej pembuli yang melakukan perbuatan tersebut dan memuji polis yang bertindak pantas.

"Lelaki yang telah membuli dan merosakkan kereta seorang wanita semalam telah ditahan oleh Polis Diraja Malaysia (Royal Malaysia Police ) malam semalam. Tahniah PDRM kerana tindakan yang cepat," menurut posting di Facebook itu, Selasa.

'Posting' tersebut mendorong pengguna Facebook memuji PDRM kerana mengikuti perkembangan isu yang dikongsi di media sosial.

Identiti pembuli jalan raya itu tidak jelas kecuali fakta bahawa dia tinggal di Subang Jaya dan memandu SUV.

Gambar kejadian itu pertama kali dimuat naik pada pagi Isnin oleh mangsa, Alisia Thean, di laman Facebooknya.

"Bertemu dengan pembuli jalan raya ketika dalam perjalanan ke tempat kerja hari ini. Dia mengetuk tingkap saya, bertanya kepada saya apa yang saya mahu, meludah di cermin, merosakkan 'wiper' dan melipat cermin sisi kereta saya," tulisnya.

Thean berkata dia sedang memandu ke tempat kerja dan telah membunyikan hon kepada pemandu SUV itu kerana sering menukar lorong, apabila dia tiba-tiba memberhentikan kereta di tepi jalan dan berjalan menuju ke keretanya.

15 gambar yang kemudiannya dimuat naik menunjukkan seorang lelaki pertengahan umur keluar dari kenderaannya dan berjalan menuju ke kereta wanita itu sebelum merosakkan wiper dan meludah di bahagian cermin hadapan kereta.

Dia kemudian membuat laporan polis selepas komen-komen mendesak supaya dia untuk berbuat demikian.

Lelaki itu telah ditahan oleh pihak polis di kediamannya sekitar tengah malam Isnin.

Demonstrasi bantah harga petrol 31 Disember ini

Posted: 18 Nov 2014 03:39 AM PST

Nov 18 2014 / Keadilan Daily
(Oleh: Lyn Nasir)

KUALA LUMPUR 18 NOV: Naib Presiden KEADILAN, Rafizi Ramli berkata Pakatan Rakyat akan mengadakan satu demonstrasi pada 31 Disember ini sekiranya kerajaan gagal menurunkan harga petrol dan diesel.
Tegasnya, demonstrasi yang akan dilancarkan itu merupakan susulan bantahan selepas berbulan-bulan pimpinan Pakatan Rakyat menggesa harga minyak diturunkan.
Namun menurutnya, bantahan itu tidak mendapat respon langsung daripada kerajaan Umno BN.
"Saya telah berkali-kali mengingatkan Barisan Nasional supaya berlaku adil dengan rakyat dan mengikuti konsep ekonomi yang ingin mereka laksanakan sendiri.
"Jika harga petrol dan diesel dinaikkan apabila harga minyak mentah naik di pasaran dunia, maka adalah adil bagi harga petrol dan diesel diturunkan apabila harga minyak mentah turun di pasaran dunia," ujarnya yang juga Ahli Parlimen Pandan.
Justeru, beliau menyeru kerajaan  menurunkan harga petrol RON95, RON97 dan diesel bermula 1 Disember 2014.
"Jika tidak saya dan rakan-rakan Pakatan Rakyat akan memimpin satu demonstrasi mendesak harga minyak diturunkan pada 31 Disember 2014 di Dataran Merdeka," katanya dalam satu sidang media di Parlimen hari ini.
Gesaan penurunan harga Petrol RON 95, RON97 dan diesel itu adalah selaras dengan penurunan harga minyak mentah di pasaran dunia sejak dua bulan lalu sebanyak 20 peratus.
Sebelum ini, kerajaan menggunakan alasan harga petrol terpaksa dinaikkan berikutan harga pasaran dunia yang tinggi. Namun alasan tersebut jelas Rafizi  tidak langsung boleh digunakan lagi.

Lensa laman sosial: Satu nombor, dua kenderaan?

Posted: 18 Nov 2014 12:41 AM PST

Oleh: AFIX REDZUAN
SHAH ALAM, 18 NOV: Di sebalik keghairahan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) melancarkan Operasi Khas Nombor Pendaftaran dan penggunaan 'strobe light' pada kenderaan, pengguna kenderaan kini dikejutkan dengan pemilikan nombor pendaftaran pendua pada kenderaan berbeza.
Beberapa keping gambar mula dikongsikan sejak kebelakangan ini yang menyaksikan timbul pertikaian dan kekeliruan kepada pemilik kenderaan.
Sejak dua hari lalu, beberapa laman sosial memuat naik sekeping gambar dua kenderaan model Volkswagen yang mempunyai nombor pendaftaran AJK 8033.
duplicate 2Salah sebuah kenderaan berkenaan berwarna merah sementara sebuah lagi berwarna merah gelap.
Salinan laporan polis yang dibuat pemilik kenderaan AJK 8033, Mohd Rizal Arbaine di Balai Polis Teluk Intan turut dikongsikan di laman sosial.
Turut menjadi mangsa adalah seorang pemilik kenderaan pelbagai guna (MPV) model Toyota Wish di Sabah yang berkongsi situasi sama di laman sosial Facebook Sukan Star TV (SSTV).
Menurut pemilik kenderaan berkenaan, keretanya berwarna putih dengan nombor pendaftaran JLT 4488 dijumpai kakak beliau di Kelantan dengan nombor pendaftaran yang sama tetapi berwarna hitam.
Beliau turut berkongsi gambar cukai jalan beliau yang tamat pada 31 Ogos 2015 dan didaftarkan di Sabah, sementara sebuah lagi model dengan cukai jalan bertarikh 31 Ogos 2014 di Semenanjung.
1467344_774438825956471_3027555485420604218_nKatanya, beliau menerima empat keping saman dan sudah membuat empat laporan polis.
Pelayar laman sosial turut berkongsikan sekeping lagi gambar model Toyota Vios dengan nombor pendaftaran WPS 533 yang turut menjadi mangsa klon nombor pendaftaran.
Menurutnya, model asal adalah berwarna hitam dan berada di Kuala Krai, Kelantan milik majikannya.
Lebih mengejutkan, pemilik turut menerima satu notis saman kerana didapati memandu melebih had kelajuan di Kuantan daripada nombor pendaftaran sama dengan model Vios berwarna putih.
duplicate 3Turut memiliki nombor pendaftaran sama adalah model Honda Civic ES dengan nombor pendaftaran WKU 6111 pada dua kenderaan berbeza dengan warna kenderaan putih dan kelabu.
Sementara model Honda Accord Euro-R CL7 dengan warna hitam dan merah turut ditemui dan masing-masing didaftarkan dengan nombor pendaftaran WRX 2622.
Tidak terkecuali dua buah motosikal daripada model yang berbeza, namun mempunyai nombor pendaftaran sama iaitu WVW 2337.
-NFN-

Gaya Peneroka

0

Posted by Unknown | Posted on 11:30 PTG | Posted in

sumber :-

Gaya Peneroka


KEJADIAN GELAP DAN KELUAR ASAP DARI BUMI DI MEKAH ???

Posted: 18 Nov 2014 03:45 AM PST


Asap keluar dr bumi n banjir lumpur di makkah..
Smlm dpt sms kwn sy sndiri yg menetap di mekah bgth ada asap keluar dr bumi mekah, dah 2 hari. Ada retak2 tanah. Asap penuhi hingga dekat ke masjid. Masa jumaat tu x nmpk matahari. Gelap gelita smpai pasang lmpu jalan. Penduduk mnangis sbb ingat dh kiamat. Ambiklh inzar shbt2.
kejadian jumaat mggu lps
[23:29, 17/11/2014] alia(to'ubn): [17-11 12:45 PM] Atiqahafiz
Dekat Mekah dan Jeddah dah dua hari berturut2 pukul 1.30 tengahari gelap macam pukul 9 malam.... ada ustaz melaporkan... dia amat risau.... sempat ke bertaubat....
semalam mengikut org yg pergi tawaf wida... sebelum cuaca gelap pekat langit kelihatan merah semerah2nya....
subhanallah... ya Allah... sedang ramai masih leka dgn tipu daya dunia... KAU kirimkan peringatan buat mereka yg 'berjaga'....

The Unspinners

0

Posted by Unknown | Posted on 11:26 PTG | Posted in

sumber :-

The Unspinners


Tindakan MB pasti disokong SULTAN JOHOR

Posted: 18 Nov 2014 09:30 PM PST


Memanglah ...

Menurut Perlembagaan Persekutuan, Sultan dan Majlis Raja2 adalah custodian yang memelihara dan melindungi orang Melayu. Dan orang Melayu yang sentiasa taat dan setia pada Sultan.

Ikut lojik, pasti Sultan sokong usaha MB ini dalam menjaga hsk orang Melayu dibumi asal usul mereka....

Rizab Melayu Di Johor Akan Ditambah Bagi Imbangi Populasi Kaum

JOHOR BAHARU, 17 Mac 2014 - Kerajaan Johor akan menambah bilangan tanah rizab Melayu terutamanya di kawasan bandar untuk mengimbangi populasi kaum dan mengelakkan orang Melayu terus tercicir.

Menteri Besar Johor Datuk Seri Mohd Khaled Nordin berkata pihaknya sedang mengenal pasti tanah-tanah untuk dijadikan rizab itu termasuk tanah sedia ada milik kerajaan dan tanah hampir tamat tempoh pajakan.

"Kita akan umumkan bila tiba masanya termasuk keluasan-keluasan tanah itu. Apabila ada rizab Melayu, maka, kehidupan orang Melayu akan terjamin kerana Melayu juga perlu tinggal di bandar," katanya.

Beliau bercakap kepada pemberita selepas majlis penyerahan Notis 5A kepada 261 penduduk Kampung Baru Wawasan, Gelang Patah, dekat sini, Isnin.

Mohd Khaled berkata penambahan rizab berkenaan perlu dilakukan demi menjamin kelangsungan masyarakat majmuk di negeri ini sekaligus mengeratkan perpaduan.

Beliau berkata dalam konteks pembangunan, adalah penting setiap bandar diwakili setiap kaum supaya sesetengah kaum tidak tercicir dan tidak menerima kesan buruk untuk jangka masa panjang.

Mengenai pemberian Notis 5A yang memberi hak milik kepada setinggan ke atas tanah yang mereka duduki, beliau berkata ia sejajar dengan hasrat kerajaan negeri dalam mencapai setinggan sifar dalam tempoh lima tahun ini.

Beliau berkata dianggarkan terdapat kira-kira 5,000 keluarga terutama di bandar raya Johor Baharu yang masih dikategorikan sebagai setinggan.

"Setinggan sifar di negeri ini memerlukan pendekatan berbeza-beza dalam penyelesaiannya.

"Ia bukan hanya soal pemberian tanah dan perpindahan penduduk tetapi lebih kepada usaha untuk memastikan keseimbangan pembangunan," katanya.

Sumber : Bernama

---------------




Lepas cuci longkang, Azmin mula longkangkan TSKI

Posted: 18 Nov 2014 06:30 PM PST



Baca kisah sepenuhnya di SINI

Nampaknya Azmin sudah mula nak longkangkan Tan Sri Khalid. Bila pula Khalid nak teruskan rancangan?

SPRM katanya dah lepaskan Khalid dari sebarang salahlaku. Kita nak dengar lagi kisah tanah Tropicana.

Betul ke Khalid dapat duit dari projek itu untuk bayar hutang Bank Islam? Atau betul ke ada kerabat dapat duit? Atau Anwar dan Lim Guan Eng yang dok pow Tropicana?

Bayangkan bekas ADUN dapat pampasan tapi pengurus2 kontrak PKNS ditendang gitu saja dengan hanya 1 bulan bonus.

Dulu Azmin bela mereka, ki i kena kencing ke?

Tony Pua buat kesilapan bodoh tentang 1MDB

Posted: 18 Nov 2014 04:24 PM PST



Banyak orang kata Tony Pua tu genius dan buat research sebelum buat tuduhan. Rupanya Dato Mat Maslan pun boleh tunjukkan dia bukanlah terer mana.

Sementara itu, Tan Sri Pandikar Amin Mulia, Speaker Dewan Rakyat telah membuat keputusan  Mat Maslan tak perlu ...

Baca

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1564638343770562&id=1463273717240359&fs=0

Syukur adik MB dah pakai hijab

Posted: 18 Nov 2014 07:30 AM PST



Mahu bawa perubahan tak boleh meniru

Posted: 18 Nov 2014 04:30 AM PST


Semua dia tiru Joko. Bukan pasal dia prihatin sangat.

Tutup rumah2 urut dan pusat judi haram kalau mahu jaga kepentingan rakyat. Tunjukkan bukan hidup bawah telunjuk DAP!!!


Ada banyak lagi yang Pak Azmin tak bisa tiru Jokowi. Gagasan ide besar Jokowi jauh lebih hebat ....





Azmin belum bisa ... hanya bisa meniru.

Ada blog untuk pantau sapa tibai Noh Omar?

Posted: 18 Nov 2014 12:28 AM PST


Unspinners tidak tahu apa dimaksudkan oleh MIK di SINI. Cuma tak lojik untuk Noh Omar sanggup bayar blogger hanya untuk pantau dan jaga nama baik dia.

Entahlah kita yang hanya blogger yang mahu bebas menulis tak berapa paham sikap orang yang terlalu takut hadapi kritikan dari sesama sendiri tapi imaj sendiri sudah lama rosak dan pembangkang lagi teruk menghentam dia, UMNO dan kerajaan.

Fikir-fikirlah adakah penting sangat diri kamu dari parti dan kerajaan? BN perlu menang beberapa kerusi di Selangor juga untuk mempertahankan kerajaan. Jika kamu menjadi liabiliti hingga buat orang tak undi parti, tak boleh la gitu.

Kamu naik atas nama parti dan dengan itu, parti kena lebih utama dari diri sendiri. masa kamu ketua, orang sokong dan bila orang lain ketua, kamu kenalah sokong. 

Entahlah ada pula kata Noh Omar pula kata tukar Omar belum tentu selesaikan masaalah dan ini semua salah orang lain. Baca sini.

Maksudnya baik kekalkan Noh Omar dari cuba orang lain. Maaflah sahabat blogger, kami berlainan fikiran. Kalau track record tak berapa baik, kebolehan kurang dan gerak kerja tak nampak ada strategi sedang dirangka, bolehkah tiba-tiba ada kebolehan baru untuk lakukan kejutan untuk tarikbalik Selangor.

Oleh yang demikian, macam mana nak kekalkan. Baca analisa ABITW SINI. Amat setuju sekali pandangnnya. Takkan bila tanya strategi jawabnya perlu ada Menteri dari Selangor baru boleh ada sumber untuk buat program? Sapa yang mahu dijadikan Menteri itu.

Kalau muka baru, adalah harapan untuk mencuba nasib. Ini belum cuba lagi dah tahu tak boleh. Biarlah cuba orang lain untuk terajui.

Dialog Dewasa Kritik Berasa

0

Posted by Unknown | Posted on 11:11 PTG | Posted in

sumber :-

Dialog Dewasa Kritik Berasa


ANWAR TERSEDAK BILA HARGA PETROL DITURUNKAN!

Posted: 18 Nov 2014 08:00 PM PST


Kerajaan hari ni mulai tengah malam semalam telah menurunkan harga runcit petrol RON 97 sebanyak 20 sen seliter kepada RM2.55 sen daripada RM2.75 seliter. Harga petrol itu diumumkan oleh Kementerian Kewangan semalam.

Setelah 12 jam berlalu, berita ini ternyata menyentak hati Anwar Ibrahim dan semua politikus-politikus opportunis Pakatan Rakyat.

Sebelum itu Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan telah membayangkan harga petrol mungkin akan diturunkan jika harga minyak di pasaran dunia menjunam sekitar US$70-US$75 (RM231.00 - 247.00) setong.     

Kemungkinan harga runcit petrol RON 95 dan Diesel juga boleh turun jika trend harga pasaran bahan api tersebut turun dan kerajaan tak perlu tampung banyak subsidi. 

Tapi harga RON 97 tetap diapungkan dan ikut harga pasaran semasa, tak de subsidi.

Mungkin berita ini tak akan masuk akhbar, portal, blog dan facebook puak-puak pencacai PR. Kalau masuk pun mereka gerenti tak akan bersyukur dan berterima kasih. Sebaliknya akan tetap pertikai kenapa turun doposen jer...kenapa tak bagi free jer atau murah macam Venezuela, Arab Sodi, Qatar, Kuwait. Kenapa RON 97 tak RON 95, kenapa tak Diesel... bla...bla...bla...pot pet pot pet.

Lantak korang ler... 

Yang penting sekarang ni kerajaan mesti tegas menangani kegiatan penyeludupan petrol dan diesel bersubsidi oleh para pengkhianat dan penyanggak ekonomi. 

Jangan dok asyik heret ikan-ikan bilis jer, tak pun asyik pegawai penguatkuasa jer yang nampak salah dan makan rasuah sedangkan segala Ah Beng, Lim Kang Kang, Ah Chong, Balasundram, Mamat dan pendatang-pendatang asing yang turut terlibat menyeleweng subsidi dibiarkan bermaharajalela. 

Jarang-jarang juga kelibat perasuah dan penyanggak yang ditangkap dan diheret ke mahkamah disiarkan oleh media-media. Yang nampak hanya pegawai awam dan penguatkuasa yang korup jer yang kena. Yang bagi rasuah adakah mereka sengaja dilindungi?  

Selamber jer warga Singapork ini isi RON 95. Layakkah mereka makan subsidi rakyat negara ini?
Kerajaan kena juga ambil tindakan tegas melarang RON 95 dijual secara bebas kepada warga asing terutamanya kenderaan warga Singapork yang memang tak layak guna RON 95 dan Diesel bersubsidi. 

Kalau mereka nak guna juga sila pakai harga runcit tanpa subsidi. Setakat pantau apa hasilnya????Berbilion kita rugi setahun dek kerana subsidi kita dirompak oleh warga asing sedangkan kita membiarkannya.

Mereka buat pasal, tak pasal-pasal rakyat kena tanggung masalah kenaikan harga akibat pengurangan subsidi. Selesaikan masalah dengan timbulkan masalah. Itu bukan cara yang bijak. 

Sebenarnya kita boleh guna sistem kad pengenalan, biometrik, nombor pin dan auto debit untuk isi minyak di stesen pam minyak. 

Sistem dan mekanisme ini agak lebih adil dan sistematik kepada warganegara kita berbanding sistem pengagihan subsidi berkasta yang cuba dicadangkan oleh punahsihat-punaisihat dan kausultan - kausetan yang bergaji mewah dan tak pernah faham apa yang rakyat di bawahan inginkan.

Bagi duit cash untuk ganti subsidi juga bukan solusi yang bijak kerana ramai yang akan jadi seperti pemintak sedekah.

Rakyat inginkan harga barang keperluan harian yang berbaloi dengan gaji mereka. 
Mengenakan harga yang tinggi tanpa subsidi pada golongan berpendapatan RM10,000 ke atas pun bukan solusi yang cerdik sebab mereka juga terbeban apatah lagi hidup di bandar besar nak bayar itu ini. Jangan ingat gaji mereka dah stabil boleh enjoy.

Paling tidak pun setiap tahun Basic Loan Rates / Basic Financing Rates (BLR/BFR) perumahan, pinjaman kenderaan dan lain-lain pinjaman peribadi atau pelaburan naik dan memeningkan kepala mereka juga....undi ???

Yang rakyat harapkan sekarang adalah mereka dapat gaji yang berbaloi dengan perbelanjaan membeli barang makanan, persekolahan anak-anak selain keperluan peribadi. Ada sikit-sikit boleh buat simpanan atau pelaburan masa depan.

Jaga perut dan hati rakyat, insya Allah Nuar Berahim tak de tempat kat Malaysia ni...gituuuu.



  

LIM GUAN ENG, KENAPA PERTIKAI HADI SAHAJA, WAN AZIZAH LAGI TIDAK PERNAH HADIR

Posted: 18 Nov 2014 06:30 PM PST

Facebooker Muhamad Harris Nasril merasa hairan kenapa kehadiran Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dipertikai sedangkan perkara sama juga berlaku dalam PKR.
"Orang yang sepatutnya hadir mesyuarat pakatan bagi PKR adalah Dr Wan Azizah Wan Ismail sebab beliau presiden parti.
"Ketum tak ada dalam perlembagaan parti, dia tak ada kuasa menentukan keputusan PKR. Tapi Azizah tak datang meeting, dia hantar suami dia. Hadi Awang tak datang meeting dia hantar org no 2 dia.
"Kenapa semua tak bising Azizah tak datang meeting? Ke presiden PKR tu memang jawatan puppetsahaja?," soalnya.
Oleh kerana jawatan Presiden PAS selalu dipertikai, maka secara menyindir Muhamad Harris mencadangkan PAS mewujudkan jawatan 'Ketum' dalam parti tersebut.
Menurutnya, jika PAS mewsujudkan jawatan 'Ketum' maka tidak pertikaian lagi ketidakhadiran presiden PAS dalam mesyuarat PR.
Perkara sama turut dibangkitkan blog pro PAS, santauberapi :
Mengapa Hanya Presiden PAS Yang Dipersalahkan? Mengapa Tidak Wan Azizah dan Guan Eng Sendiri?
Lim Guan Eng cuba membangkitkan perkara paling remeh semata-mata untuk menyalahkan Tuan Guru Presiden dan kemudian dia berlepas diri.
Guan Eng mengungkit ketidakhadiran Tuan Guru Presiden ke Mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat yang dianggapnya sebagai satu bentuk pengkhianatan yang dilakukan oleh PAS.
Namun sebelum itu, kita juga harus melihat apa sebenarnya Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat.
PAS berpresidenkan Tuan Guru Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
PKR berpresidenkan Wan Azizah Wan Ismail.
DAP berpresidenkan… DAP tidak ada presiden tetapi kuasa sebenar DAP adalah pada Setiausaha Agung tetapi Penasihat Seumur Hidup, Lim Kit Siang juga berkongsi kuasa itu dengan anaknya, Lim Guan Eng.
Setiausaha Agung PAS adalah Cikgu Pa.
Setiausaha Agung DAP adalah Lim Guan Eng.
Setiausaha Agung PKR adalah Rafizi Ramli, sebelum itu Saifuddin Nasution.
Lim Guan Eng sibuk menyalahkan Tuan Guru Presiden kononnya tidak hadir mesyuarat Pakatan. Dengan siapa sebenarnya Tuan Guru Presiden hendak bermesyuarat? Dengan Lim Guan Eng? Dengan Rafizi Ramli/Saifuddin Nasution?
Kenapa Lim Guan Eng tak kira sekali bilangan kehadiran Wan Azizah Presiden PKR dalam mesyuarat kepimpinan PKR? Mengapa Lim Guan Eng tidak kira sekali kewujudan cabang kuasa antara Setiausaha Agung dan Penasihat Seumur Hidup DAP?
Mengapa pula Ketua Umum PKR sibuk-sibuk datang mesyuarat sedangkan umum mengetahui Ketua Umum PKR bukannya Presiden, bahkan tidak mendapat mandat daripada ahli parti sendiri kecuali dilantik oleh para pengampu dan isterinya sendiri. Mengapa pula Lim Kit Siang yang hanya sekadar Penasihat seumur hidup DAP menyibuk datang bermesyuarat sedangkan dia bukan Presiden?
Sebab itulah Cikgu Pa mengungkit, semenjak 2008, Lim Guan Eng sendiri lebih banyak tidak hadir ke mesyuarat Pakatan Rakyat berbanding Tuan Guru Presiden. PAS tidak pernah menjadikannya sebagai isu besar. Sebab itulah juga, Cikgu Pa mengingatkan Lim Guan Eng keputusan yang dibuat dalam Pakatan Rakyat tidak pernah ternganggu menerusi ketidakhadiran Lim Guan Eng.
Lim Guan Eng sebenarnya sedang mencari-cari jalan untuk bergaduh dengan PAS. Sebenarnya akar umbi PAS juga sudah tidak sabar-sabar untuk mengajar Lim Guan Eng dan kurang ajar serta biadapnya DAP. Cuma tinggal lagi, hormat kepada pemimpin itu yang membuatkan tentangan paling keras PAS kepada DAP, tidak dapat dilakukan.
Kalau Tuan Guru Presiden kata, dan mengisytiharkan perang dengan DAP, Lim Guan Eng pada masa itu barangkali tidak akan cukup tanah untuk berdiri dan tidak cukup oksigen untuk menarik nafas.
Jangan keterlaluan sangat menghina PAS. Jangan keterlaluan sangat mencari fasal. Lim Guan Eng perlu sedar, tanpa PAS, DAP sekadar sebuah parti Cina yang hanya mampu menimbulkan isu-isu menentang Melayu, Bumiputera dan Islam sahaja. Dari tahun 1964 sehinggalah sekarang, Malaysian Malaysia ciptaan Lee Kuan Yew yang diwariskan kepada Lim Guan Eng, masih tidak berjaya dan tidak dapat diterima, termasuklah dari kalangan orang Cina sendiri, terutama apabila sudah ramai pula orang Melayu dan Bumiputera yang mempersoalkan kekayaan Cina yang diperolehi daripada pelbagai keistimewaan termasuklah amalan alibaba yang bermula daripada ketika orang Melayu Bumiputera masih lemah dalam bidang ekonomi dan sekarang, dianggap sebagai satu kewajipan kerana orang Melayu Bumiputera masih juga dianggap lemah serta tidak berkemampuan.
Jangan sampai jadi perampasan secara paksa. Orang Melayu Islam di negara ini belum lagi benar-benar melakukan jihad. Orang Melayu di negara ini masih lagi bersabar dan bertoleransi. Jangan sampai nanti, peristiwa hitam di Indonesia di mana rakyat pribumi merampas serta menjarah harta kaum imigran hanya semata-mata kerana tidak tahan lagi dengan penghinaan demi penghinaan yang dilakukan oleh Lim Guan Eng dan DAP.
Jangan keterlaluan mencabar, Lim Guan Eng. Yang pasti, kalau perkara buruk itu berlaku, yang paling rugi adalah orang Cina sendiri!
Takkan Lim Guan Eng mahu perkara buruk seperti itu berlaku hanya kerana mulut lancangnya?

16 JANUARI KES ANWAR-SAIFUL

Posted: 18 Nov 2014 04:00 PM PST

Pengurusan kes bekas pembantu peribadi Datuk Seri Anwar Ibrahim, Mohd. Saiful Bukhari Azlan memfailkan saman RM50 juta terhadap Ketua Pembangkang itu ditetapkan pada 16 Januari depan.
Peguam Zamri Idrus yang mewakili Mohd. Saiful berkata, tarikh itu ditetapkan oleh Pesuruhjaya Kehakiman di Mahkamah Tinggi, Selasa.
Katanya, pihak plaintif jika ingin meminda pernyataan tuntutan akan berbuat demikian sebelum tarikh pengurusan kes tersebut.
"Kita juga sudah failkan jawapan kepada pembelaan," katanya kepada bnbbc.my.
Mohd Saiful menyaman Anwar yang menuduh beliau telah memfitnahnya dan berkonspirasi dengan membuat laporan polis berhubung kejadian liwat yang menimpanya.
Menurut Mohd. Saiful, dakwaan beliau telah berbohong dan membuat laporan polis palsu pada 28 Jun 2008 mengenai kejadian Anwar meliwatnya dan insiden terakhir berlaku pada 26 Jun 2008 di unit 1151, Kondominium Desa Damansara, Jalan Setia Kasih di sini telah menyebabkannya (Mohd. Saiful), diaibkan dan difitnah teruk oleh Anwar.
Mohd. Saiful, memfailkan saman tersebut pada 23 Jun lalu melalui firma guaman, Tetuan Zamri Idrus & Co.
Menurut pernyataan tuntutan sebelum ini, Mohd. Saiful selaku pihak plaintif mendakwa, beliau tidak pernah berbohong dan kandungan laporan polis itu adalah perkara sebenar dan kejadian liwat itu berlaku tanpa kerelaannya.
Mohd. Saiful menyatakan, beliau bekerja dengan Anwar mulai Mac 2008 sehingga Jun tahun sama pada usia 22 tahun dan beliau sering dibawa Anwar untuk lawatan ke luar negara, diberi elaun lumayan dan diminta menginap di hotel sama yang disewa oleh bekas majikannya itu.
Pihak plaintif berkata, beliau diminta melakukan pelbagai tugasan seperti yang diarahkan oleh Anwar, 67, yang dinamakan sebagai pihak defendan dan mendapat beberapa keistimewaan daripada Anwar ketika itu.
Anwar yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh pada 9 Januari 2012, telah dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi di sini daripada pertuduhan meliwat Mohd. Saiful, selepas berakhirnya perbicaraan.
Anwar pada 7 Mac lalu telah dihukum penjara lima tahun setelah Mahkamah Rayuan mendapatinya bersalah atas pertuduhan tersebut apabila panel tiga hakim membenarkan rayuan pihak pendakwa raya.
Kes rayuan mengenepikan hukuman itu sudah didengar oleh Mahkamah Persekutuan baru-baru ini dan sedang menunggu keputusan.
Mohhd. Saiful berkata, Mahkamah Rayuan dalam penghakiman bersetuju dengan dapatan fakta Hakim Mahkamah Tinggi mengenai kredibilitinya sebagai saksi yang boleh dipercayai dan tidak berbohong dalam laporan polis tersebut.
Selain itu, plaintif mendakwa, beliau sehingga kini mengalami kesakitan fizikal dan menanggung penderitaan akibat diliwat Anwar.
Katanya, beliau yang telah melalui tempoh penderitaan yang panjang sejak 2008 dan masih berterusan sehubungan itu menuntut ganti rugi RM50 juta selain ganti rugi am, ganti rugi khas, ganti rugi teruk yang tidak dinyatakan jumlahnya.

ANWAR KE LUAR NEGARA MINTA PERTOLONGAN YAHUDI JESUITS

Posted: 18 Nov 2014 05:26 AM PST

Facebooker Hafeez Gekko mendedahkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim kembali ke sarang Jesuits (the Society of Jesus) selepas kacau bilau politik Pakatan Rakyat (PR) di Malaysia.

Sarang Jesuits yang dimaksudkan itu adalah Universiti Georgetown, Amerika Syarikat.
"Jesuits dan Perancangannya Memerangi ISLAM (musuh yang tersembunyi)
"Universiti Jesuits – Pasukan Tentera Jesus Arahan Vartican. Menurut wikipedia, Jesuits bermaksud Persatuan atau Pasukan Jesus yang ditubuhkan oleh Ignatius Loyola (seorang Kesatria Sepanyol/Spanish knight) sebagai satu 'pasukan utama tentera-tentera Jesus'.
"Permohonan menubuhkan Jesuit diluluskan Pope Paul III pada tahun 1540.
"Menurut laman biblebelievers.org.au, Jesuits adalah 'Kumpulan Tentera Agama Gereja Roman Katolik' yang setiap ahlinya diajar bertugas sebagai: mata-mata (spy), untuk mengumpulkan semua statistik, fakta dan maklumat dalam kekuasaan dari setiap sumber, untuk mengambil hati kepercayaan di dalam lingkaran keluarga Protestan dan bidaah dari setiap kelas dan watak, peniaga, banker, peguam, antara sekolah dan universiti, di parlimen dan perundangan, dan dewan negara, dan untuk menjadi segalanya kepada semua orang, supaya tunduk kepada Pope, dan mereka menjadi hamba sampai mati," ulas Hafeez Gekko.
Menurut Hafeez Gekko, kedatangan kembali Anwar ke sarang Jesuit itu tidak menghairankan kerana beliau pernah bertugas di universiti itu pada tahun 2006.
Dalam satu surat yang pernah didedahkan laman ini salah seorang pelobi Anwar ditawarkan menjadi pensyarah pelawat di universiti Jesuit itu adalah John Esposito, Pengarah Center for Muslim-Christian Understanding (CMCU), Universiti Georgetown.
Anwar ditawarkan sebagai Profesor Islam Malaysia Asia Tenggara di CMCU di bawah seliaan Jesuits, John Esposito.

#KisahSedih : Ditampar Bapa Sendiri Hanya Kerana Bertudung?

Posted: 18 Nov 2014 02:38 AM PST



Ceritanya begini… Aku mengeliat sepuas puasnya. Nasib baik takder siapa nampak cara aku mengeliat. Mahu jatuh saham aku huhu. Tiba tiba aku teringat kisah semalam. Airmata terus berlinang. Terasa amat sayu dan sedih. Salah ke kalau aku nak pakai tudung? Naper abah tak benarkan? Buat pengetahuan korang, bapak aku ni jenis orang yang sibuk giler. Businessman yang sentiasa sibuk. Mak aku dah takder. Meninggal dunia lama dah. Sedih sangat sangat.

Dari jendela, kelihatan cahaya matahari mula menjeluskan diri ke celah celah langsir tingkap. Jam dah 11:00 pagi. Perut lapar. Aku bangun capai tuala, masuk bilek mandi. Lepas mandi, aku belek belek tubuhku pada cermin. Alangkah lebih cantik kalau aku bertudung. Aku nekad! Aku akan protes habis habisan kalau bapa aku tak nak juga bagi pakai tudung. Aku sanggup lari dari rumah. Demi kebaikan yang aku pilih. Lantak la dengan ahli keluarga aku yang lain lain. Semuanya tak nak pakai tudung! Tapi aku nak!!!!

Aku turun ke bawah. Baru jea nak buka tudung saji atas meja, terdengar bunyi kereta masuk garaj. Aku jenguk melalui tingkap dan nampak bapa aku balik. Aikkkk, apahal bapa balik awal ni??? Dalam masa yang sama, aku rasa inilah masa yang terbaik untuk desak bapa aku benarkan aku pakai tudung. Now or never!

Bila bapa aku buka jea pintu, aku bersalam dengannya dan tanpa lengahkan masa, aku kata, ""Daddy, cheq nak pakai tudung. Cheq nak!" Bapak aku terus jegil sebesar besarnya. Macam ada api keluar! Pangggggggggggggggg ggg… Bapa aku hayun penampar ke muka aku! Tersepok aku di celah set sofa. "Aduhhhhhhhhhhhhhhh hhhh….sampai hati daddy! Cheq tau la daddy rasa malu kalau cheq pakai tudung. Salah ke kalau cheq nak tutup aurat cheq? Kalau adik dan abg tak nak…." Pangggggggggggggggg gggg….!

Daddy labuh pelempang ke muka aku sekali lagi sebelum aku abis bercakap. "Hang jangan nak bagi aku malu naaaa! Hang jangan nak buat pasai! Hang nak pakai tudung buat apa??? Dah 100 kali aku habaq, LELAKI TAK PAYAH PAKAI TUDUNG, LELAKI TAK PAYAH PAKAI TUDUNG!!! Tu la, bila time kelas agama, hang ponteng! Nama hang aku boh "Razali", tup tup lekat jadi ZAZA sahaja! Memang la dalam rumah ni semuanya tak bertudung sebab adik hang tu lelaki! Abang hang pun lelaki jugak!".

Aku yang tersepuk celah sofa, terus menangis terkedu kedu. Dah la sakit kena tampar, kena pelempang. Tudung pun tak dapat jugak.

SALAH KAH AKU? SALAH KAH AKUUUUUUUU! OOOOO tidakkkkkkkkkkkkk!


*Korang rasa yang bawah ni pulak macam mana?


Belantan

0

Posted by Unknown | Posted on 11:07 PTG | Posted in

sumber :-

Belantan


Kilang roti terkemuka Pulau Pinang dipenuhi lipas dan najis tikus?

Posted: 18 Nov 2014 04:37 AM PST


GEORGETOWN – Jabatan Kesihatan Pulau Pinang hari ini telah mengarahkan sebuah kilang roti ditutup selama dua minggu kerana gagal mematuhi piawan kebersihan.

Kilang yang dimaksudkan adalah milik pengeluar roti terkemuka iaitu Patchee Bakery yang terletak di jalan Datuk Keramat.

Serbuan yang dilakukan pihak kesihatan mendapati persekitaran kilang bukan sahaja amat kotor malah dipenuhi lipas, najis tikus dan lipan.


Kegagalan mematuhi etika kebersihan juga menjadi salah satu sebab penutupan. Para pekerja didapati tidak berpakaian bersih, berseluar pendek, tidak memakai kasut, berkuku panjang dan tidak menutup kepala.


Suasana kilang berkenaan amat kotor ditambah dengan lebihan-lebihan doh yang di buang atas lantai. Minyak yang digunakan untuk menguli doh pula telah tercemar dengan rambut pekerja selain troli-troli yang disusun doh diletakkan di tepi pintu masuk tandas.


Timbalan Pengarah Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan, Jabatan Kesihatan Pulau Pinang, Ku Nafisah Ku Ariffin, telah mengesahkan perkara ini.

Suara Politik
Belantan