Followers

Nuffnang

The Unspinners

0

Posted by Unknown | Posted on 11:56 PTG | Posted in

sumber :-

The Unspinners


Padan Tony Pua nyalak, Pejuang YTL ....

Posted: 17 Nov 2014 10:31 PM PST



Dah lebih 100 hari, mana laporan polis rafizi?

Posted: 17 Nov 2014 08:30 PM PST


Tuduh saja berani, pengecut nak berdepan

Posted: 17 Nov 2014 06:30 PM PST



Adik Sam Ketot ....

Macam biasa, Rafizi menipu lagi

Posted: 17 Nov 2014 03:28 PM PST



Adakah artikel 11 (4) melarang Kristian dakwah ke orang Islam dihormati?

Posted: 17 Nov 2014 05:30 AM PST



Memang hebat Azmin beretorik.

Tapi bila pihak Kristisn guna utk seleweng akidah orang Islam menggunakan tipu helah bible melayu yg mana orang kristian sendiri tak guna kalimah Allah, mahukah Azmin bertanggungjawab di hafapan Rabbul Jalil?



Janji dan syarat ni semua boleh dimungkiri.






Dulu PAS, ... kini Mahasewel bukan Islam vemari masjid sursu dgn politik

Posted: 17 Nov 2014 03:30 AM PST








Mahkamah sivil tak boleh MASUK CAMPUR urusan syariah

Posted: 17 Nov 2014 01:20 AM PST


Bukan Islam pun tak boleh masuk csmpur hal mahkamah syariah dan rancangan nak adakah mahkamah rayuan dan persekutusn untuk mahkamah syariah.

Ruang kuasa syariah dan sivil jelas tak boleh dicampur-campur.


MCA dan Gerakan harus hormati perlembagaan article 121 (1A)

Ulil, kawan Pudin liberal dan KETUM, boleh lantik NABI!

Posted: 16 Nov 2014 11:30 PM PST


Orang gini yang Pudin dan Nuar Ketum sutuh kita buka minda untuk dialog?

Dialog Dewasa Kritik Berasa

0

Posted by Unknown | Posted on 11:29 PTG | Posted in

sumber :-

Dialog Dewasa Kritik Berasa


TAU DAH...1MDB BANYAK TOLONG MELAYU-ISLAM PUNCA KAPIR PKR DAN DAP MARAH SANGAT

Posted: 17 Nov 2014 06:46 PM PST


1Malaysia Development Bhd (1MDB) memberi jaminan semua pelaburannya diurus secara berhemat dan profesional.

"Sesetengah pinjaman adalah dalam bentuk jangka panjang tapi kami percaya komitmen kewangan ini dapat dipenuhi.

"Kami juga dalam proses menambahkan dan mencairkan nilai aset yang kami ambil alih," kata Pengerusi 1MDB Tan Sri Lodin Wok Kamaruddin dalam sidang media di ibunegara semalam.

Bagi menjawab salah tafsiran terhadap keupayaan 1MDB membayar balik pinjamannya, beliau berkata kumpulan itu sedang meneliti untuk menstrukturkan semula pinjamannya bagi menangani ketidaksesuaian projek pelaburan jangka panjang dan pinjaman jangka pendek.

Beliau berkata projek Tun Razak Exchange (TRX) dan Bandar Malaysia serta pelaburan dalam sektor tenaga berbentuk jangka panjang dengan tempoh matang mengambil masa yang lama.


Kumpulan itu mencatatkan kerugian RM665.3 juta bagi tahun kewangan berakhir 31 Mac 2014 terutama disebabkan oleh kos kewangan yang besar berjumlah RM2.4 bilion berbanding RM1.6 bilion pada tahun kewangan terdahulu.

"1MDB menggabungkan aset Jimah Energy bagi tahun kewangan 2014, mengembangkan secara positif operasi hartanahnya menyebabkan peningkatan perbelanjaan operasi dan kos pembiayaan," kata Lodin.

Nilai asas aset kumpulan meningkat kepada RM51.4 bilion berbanding RM44.6 bilion pada tahun kewangan 2013 dengan pinjaman bertambah daripada RM36.2 bilion kepada RM41.9 bilion.

Pendapatan keseluruhan naik 50 peratus daripada RM2.6 bilion kepada RM4.3 bilion tahun ini mencerminkan kualiti portfolio aset yang sedang dibangunkan dan keutuhan penjanaan pendapatan.

Lodin menegaskan pelaburan yang disimpan di Pulau Cayman sah dari segi undang-undang menerusi subsidiarinya Brazen Sky Ltd atas tujuan cukai dan pelunasan hutang dolar AS.

"Pulau Cayman dianggap sebagai pulau lindungan cukai. Kami dimaklumkan adalah sesuai untuk kami mempunyai syarikat yang didaftarkan di Pulau Cayman dan bagi kami meletakkan dana dalam syarikat ini.

"Ini hanya proses sementara kerana anda perlu ingat dana ini pada asalnya dilabur dalam usaha sama dengan pihak lain," katanya.

Beliau berkata setakat 31 Mac 2014, aset dan liabiliti 1MDB masing-masing berjumlah RM51.4 bilion dan RM48.9 bilion.

Setakat ini 60 peratus atau kira-kira RM4 bilion daripada dana sudah dicairkan bagi pelunasan pelbagai komitmen kewangan 1MDB dan syarikat di landasan untuk mencairkan baki 40 peratus lagi menjelang akhir tahun.

- Bernama

Anwar memang suruh Rafizi attack 1MDB sebab ia menjejaskan syarikat-syarikat kapir harbi yang menjadi penyumbang dana utama kepada PR. Syarikat-syarikat ini dikuasai oleh rakan-rakan strategik DAP.

Memang puak-puak ni tak suka melihat Melayu-Islam maju mulalah mereka tuduh rasuah, kroni, seleweng wang rakyat...Maka Anwar menjadi kuda tunggangan puak-puak kapir akan cuba menjahanamkan ekonomi negara untuk memburukkan BN.

Teruskan fitnah wahai Anwar dan Rafizi...korang tak perlu bertaubat dan memohon ampun kepada Allah s.w.t kerana dosa pahala itu tiada nilainya bagi orang-orang yang liberal macam kamu semua.

Ya teruskan fitnah, kami pula akan terus menyatakan kebenaran kerana itu jihad kami.


SIDANG RAFIZI AKAN MOHON MAAF ISU 1MDB

Posted: 17 Nov 2014 04:00 PM PST

GAMBAR ASAL LETAK TUN DR MAHATHIR, SEKARANG SUDAH UBAH, FROM RAFIZI PENDUSTA

WAN AZIZAH, HAK SAYA GEMBIRA MELANCONG, SIAPA SURUH KAMU DUDUK DI KAJANG?

Posted: 17 Nov 2014 03:00 PM PST

DAAJAY RADIO FREE SARAWAK KEMABUKAN KETUM, MARAH BN SEKAT KEBEBASAN BERSUARA...MUAHAHAHAHA

Posted: 17 Nov 2014 02:32 AM PST


Clare Rewcastle Brown, pengasas Radio Free Sarawak (RFS) 'terpaksa' menutup siaran mereka dengan memberi alasan bahawa siaran mereka disekat oleh 'jammer' yang dibeli kerajaan Negeri Sarawak; walhal tuduhan itu tidak berasas dan tiada bukti.

Clare yang juga pengendali portal fitnah, Sarawak Report itu kali ini turut menuduh kerajaan Negeri Sarawak telah membeli alat 'jammer' dari Maes Ludo yang berpengkalan di Belgium dengan harga jutaan ringgit.


Hakikatnya Radio Free Sarawak sudah tidak mendapat sambutan dari pendengar di kawasan pedalaman Sarawak. Kaji selidik pintu ke pintu yang telah dijalankan di kawasan pedalaman Sarawak berkenaan siaran RFS ini telah dijalankan sejak 2 tahun kebelakangan ini membuktikan bahawa penduduk rumah panjang sudah bosan dengan pembohongan yang dilakukan oleh Peter John Jaban, salah seorang penyampai RFS.

Sebelum ini, pada bulan Mei 2014 yang lepas Clare dan Peter juga pernah menuduh siaran mereka telah disekat dengan alat 'jammer' yang dipasang oleh pihak RTM. Bila diminta bukti lengkap berkenaan jenis dan lokasi alat tersebut, Clare dan Peter sehingga hari GAGAL tampil dengan bukti kukuh sebaliknya berulang kali menyebar fitnah mengatakan bahawa siaran mereka terganggu akibat 'jammer' yang dipasang oleh RTM.

RFS beroperasi menggunakan siaran pada gelombang rendah (shortwave) pada frekuensi 15420khz dan transmitter yang digunakan cuma mempunyai kuasa 100KiloWatt. RTM pula beroperasi menerusi transmitter berkuasa 500KiloWatt. 

Dari segi teknikal dan logik, sememangnya frekuensi RFS tidak mampu menyaingi kehebatan RTM. Maka sebab itulah dan tidak perlu dipersoalkan mengapa siaran RFS terjejas. 

Kelembapan siaran RFS tidak perlu disabotaj, ianya secara automatik tidak akan dapat menyaingi kuasa transmeter lebih tinggi yang digunakan RTM. Kebarangkalian yang tidak mustahil, RFS mensabotaj siarannya sendiri.


Tuduhan tidak berasas terhadap RTM ini menjelaskan bahawa modus operandi RFS hanyalah cuma untuk mendapat perhatian pihak tertentu dengan tujuan tidak lain dan tidak bukan; hanyalah untuk mendapatkan peruntukan wang ringgit. 

Dengan menghantar laporan berbentuk aduan kepada International Transmission Union (ITU), RFS ketara bertindak 2 dalam 1. Selain ingin mendapat perhatian I.T.U, ternyata wang peruntukan tersebut digunakan untuk tujuan peribadi sahaja. Rujuk (sini)

Hidup mewah seorang cassanova RFS yang sering bertukar betina jadi kebanggaan para pencacai Pakatan Rakyat   
Setelah gagal menuduh RTM, kali ini sekali lagi pasangan Clare dan Peter John Jaban membuat propaganda untuk tujuan mendapat saluran bantuan kewangan yang lebih besar dari luar negara. 

Jika tuduhannya saluran disekat oleh 'jammer' bernilai jutaan ringgit, sudah pasti kali ini Clare dan Peter memerlukan kos puluhan juta yang kononnya untuk operasi RFS. 

Yuran bulanan untuk perkhidmatan siaran radio untuk RFS memakan belanja lebih kurang USD300 setiap sejam. Siaran RFS yang berkumandang selama 90 minit setiap hari; maka yuran tetap yang dibiaya oleh kedua pasangan ini ialah minimum RM43,200 sebulan. 

Kos setahun sebanyak RM513,400 bukanlah satu jumlah yang sedikit; ianya tidak termasuk perbelanjaan lain sebagai kos penyelenggaraan. 

Anda bayangkan bagaimana pasangan Peter John Jaban dan Bruno Manson boleh mendapat pendapatan sebanyak itu? Adakah benar pasangan ini mendapat peruntukan hampir RM1,000,000 setahun?

Lepas 'hayun' jalang-jalang, Peter Jaban akan kemabukan ketum dan kutuk-kutuk kerajaan Sarawak. 
Selain mendapat dana kewangan jutaan ringgit dari Bruno Manson , RFS juga dibiayai oleh beberapa pihak individu tempatan termasuk parti politik pembangkang, PKR dan DAP. Oleh kerana siaran yang kurang sambutan, maka sebab itu jugalah pasangan ini resah membuat alasan.

Masih menjadi kemusykilan mengapa DAP dan PKR yang berlagak bijak masih lagi menyalur dana kepada RFS. Adakah dengan alasan teknikal ini membuatkan parti politik pembangkang itu mudah tertipu dengan permainan Peter dan Clare.

Sumber: http://www.sematankelawas.com/2014/11/kantoi-lagi-sarawak-report-kurang-dana.html


RFS dah tak laku, deejay pulak kaki songlap duit dan sangap betina...memang layak jadi kawan Nuar Berahim.


Siapa John Peter Jaban disisi Anwar ? (sini) 

SELEPAS HENTAM HJ HADI, GENG LIM GUAN ENG HENTAM NIK AZIZ PULA

Posted: 17 Nov 2014 01:30 AM PST

Facebook pro ulama, El Haraki mendapat maklumat selepas ini sasaran kritikan akan ditujukan kepada Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat kerana membela Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berhubung isu ketidakhadiran mesyuarat Majlis Presiden pakatan Rakyat.
Sindir El Haraki kritikan itu bukan sekadar datang dari DAP, tetapi dari dalaman parti sendiri.
"Sebelum ini "kamu" sudah bedil TG Abdul Hadi dan TG Haron Din. Kali ini, jika "kamu" menghentam juga TG Nik Aziz maka lengkaplah misi "kamu" yakni adalah orang yang impikan ulamak itu jatuh. Jelaslah juga "kamu" memusuhi ulamak,"katanya.
Bernama semalam melaporkan Nik Abdul Aziz telah membidas tindakan pemimpin DAP yang mempersoalkan kegagalan Hadi hadir ke mesyuarat itu, sedangkan Presiden PAS mempunyai alasan tersendiri tidak dapat berbuat demikian.
"Dia (Hadi) tidak datang mesyuarat disebabkan malas atau uzur? Dia uzur. Kenapa paksa orang uzur hadir mesyuarat.
"Kerja 'orang bodoh' ini (mempersoalkan ketidakhadiran Hadi)," katanya kepada pemberita ketika ditemui di rumahnya di Pulau Melaka.
Sebelum ini, Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP meluluskan resolusi bagi mendesak Hadi hadir ke mesyuarat PR.
Setiausaha Agungnya, Lim Guan Eng berkata, Hadi perlu hadir bagi memastikan PR, gabungan PKR, DAP serta PAS, berdaya maju dan mendapat keyakinan pengundi.
El Haraki merumuskan pihak tertentu dalaman PAS telah bersekutu dengan pihak luar (DAP) bertujuan untuk menjatuhkan Presiden PAS.
Turut didedahkan dalam mesyuarat PAS, kumpulan tertentu telah menengking dan berpakat mengkritik Hadi dan tidak mempedulikan hujah-hujah pembelaan Presiden itu.
"Wahai anak muda. Jika ada golongan yang bersekutu dengan "orang luar" daripada PAS bagi menjatuhkan Tuan Guru Presiden PAS, maka siap sedialah kita memerangi "mereka".
"Teguh bersama Kepimpinan Ulamak itu adalah perkara yang mesti ada dalam diri kita semua,"katanya lagi

Belantan

0

Posted by Unknown | Posted on 11:28 PTG | Posted in

sumber :-

Belantan


Persekitaran punca orang Cina gagal kuasai bahasa Melayu?

Posted: 17 Nov 2014 09:42 PM PST

Prof. Madya Dr. Lim Swee Tim

Masalah utama orang Cina tidak dapat menguasai bahasa Melayu dengan fasih kerana terdapat kekangan persekitaran di sekolah vernakular yang tidak membantu mereka berkomunikasi dalam bahasa kebangsaan.

Aktivis bahasa, Prof. Madya Dr. Lim Swee Tim berkata, orang Cina, termasuk pelajar bukannya tidak suka, benci atau anti dengan bahasa Melayu tetapi mereka sebenarnya tidak boleh bertutur dengan baik meskipun memperoleh keputusan cemerlang dalam mata pelajaran tersebut.

Katanya, bagi menyelesaikan masalah itu, kerajaan perlu mengubah sistem pengajaran dan pem­belajaran (P&P) bahasa Melayu di sekolah vernakular, khususnya di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC).

"Ini sahaja langkah yang perlu diambil dan saya yakin semua pihak termasuk Pertubuhan Persekutuan Persatuan-Persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina Malaysia (Dong Zong) akan turut bersetuju.

Apa tujuan mereka terbalikkan Jalur Gemilang?

"Kerajaan tidak perlu mengambil langkah menutup sekolah-sekolah vernakular ini kerana sekolah Arab juga terlibat sama, sedangkan sekolah seperti itu penting dalam mendidik pelajar untuk menguasai bahasa Arab sekaligus memahami maksud hadis dan al-Quran," katanya kepada di sini hari ini.

Beliau mengulas mengenai peringatan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak supaya masyarakat Cina sensitif terhadap orang Melayu seperti mana orang Melayu bertindak sama terhadap kaum tersebut bagi memastikan negara terus aman dan harmoni, semalam.

Mengulas lanjut Swee Tim berkata, perubahan P&P itu secara tidak langsung mengatasi masalah polarasi atau berpuak-puak dalam kalangan pelbagai kaum di negara ini.

Katanya, situasi itu wujud kerana orang Cina atau India tidak boleh bergaul mesra dengan orang Melayu atas sebab kekangan pemahaman dalam bahasa kebangsaan.

Mengapa mereka menolak?

Dalam pada itu, Timbalan Presiden Persatuan Alumni Pemimpin Mahasiswa Aspirasi Malaysia (Aspirasi), Mohd. Zafry Mohd. Yunus berkata, kaum Cina harus menyemai semangat kenegaraan yang tinggi dalam diri mereka.

Perkara itu, kata beliau, kerana sejak kebelakangan ini banyak isu perkauman serta penghinaan terhadap negara dan institusi diraja berlaku.

Katanya, perkembangan tersebut adalah berpunca daripada kurangnya penerapan nilai murni serta pemahaman mendalam terhadap Rukun Negara dalam kalangan masyarakat.

"Penguasaan dalam penggunaan bahasa Melayu dengan betul juga harus ditekankan kerana dengan adanya persamaan dalam bahasa dapat kita memastikan komunikasi yang lebih berkesan dan semangat 1Malaysia boleh direalisasikan.

"Saya ingin mencadangkan agar parti komponen Barisan Nasional (BN) terutama MCA, MIC dan Gerakan melakukan satu inisiatif bersama untuk menggalakkan kaum bukan Melayu mempelajari bahasa Melayu dengan lebih efektif,'' katanya.-UMO

Suara Politik
Belantan

MIMPI SENJA

0

Posted by Unknown | Posted on 11:17 PTG | Posted in

sumber :-

MIMPI SENJA


Pakatan ke Mahkamah Persekutuan batalkan keputusan PRU13

Posted: 17 Nov 2014 10:18 PM PST

Pakatan ke Mahkamah Persekutuan batalkan keputusan PRU13
Lebih 18 bulan selepas PRU13, Pakatan Rakyat (PR) akan membuat satu lagi percubaan untuk membatalkan keputusannya di Mahkamah Persekutuan dan behujah pilihan raya umum yang diadakan pada 2013 itu tidak bebas dan adil kerana masalah dakwat kekal.
Peguam Americk Sidhu berkata, PR sudah mengarahkannya untuk membawa kes ini ke Mahkamah Persekutuan walaupun dua mahkamah lebih rendah sebelum ini membenarkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) membatalkan saman mereka tanpa sebarang perbicaraan dijalankan.
Americk berkata, plantif di antara yang kalah dalam PRU13 yang diadakan pada Mei 2013, sudah merancang untuk memanggil saksi bagi memberikan bukti semasa perbicaraan.
"Anak guam kini mahu kami memohon kebenaran di Mahkamah Persekutuan untuk merayu terhadap keputusan majoriti di Mahkamah Rayuan," katanya kepada The Malaysian Insider. – TMI

Madu Ghaib: Status Poligami Sah Jika Penuhi Syarat, Rukun Nikah

Posted: 17 Nov 2014 06:08 PM PST


Diterbitkan: Selasa, 18 November 2014 9:00 AM

Gambar hiasan.
  (Ubah saiz teks)
PETALING JAYA: Pernikahan berstatus poligami yang dijalankan di luar negara adalah sah daripada segi hukum agama Islam dengan syarat, setiap rukun dan nikah dipenuhi semua pihak terlibat.
Penasihat Majlis Agama Islam Negeri Johor, Datuk Noh Gadot berkata, jika pernikahan itu dilakukan dengan adanya wali perempuan (bapa) atau wakil iaitu adik-beradik (perempuan), saksi dan cukup syarat, maka pernikahan tersebut adalah sah.
Katanya, pernikahan tersebut juga sah jika ia dikendalikan oleh jurunikah yang mendapat tauliah daripada pihak berkuasa agama di sesebuah negara itu.
"Tetapi sekiranya pernikahan itu dilakukan oleh pihak berkuasa agama yang tidak bertauliah atau tidak cukup syarat ditetapkan, maka status pernikahan tersebut tidak sah," katanya kepada mStar Online.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai tindakan suami kepada salah seorang penumpang pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH370 yang hilang sejak Mac lalu yang terpaksa memfailkan permohonan daftar nikah untuk berpoligami di Mahkamah Tinggi Syariah awal November selepas bernikah di negara jiran di utara tanahair.
Bagaimanapun, Noh berkata, individu yang ingin berpoligami sepatutnya menghantar permohonan tersebut ke mahkamah dan proses pernikahan pula mesti dilakukan di dalam negara.
"Semua individu yang memohon untuk berpoligami perlu bernikah di dalam negara. Kita ada peraturannya... mohonlah kepada mahkamah walaupun status isteri masih belum diketahui," katanya.
Sementara itu, peguam syarie, Datuk Amli Embong menyatakan pandangan berbeza mengenai kes poligami di mana akad nikahnya diadakan di luar negara.
Katanya, mana-mana pernikahan di luar negara dianggap tidak sah di sisi undang-undang di negara ini kerana pegesahan di mahkamah syariah di Malaysia perlu diperoleh terlebih dahulu.
"Sepatutnya dia tunggu pengesahan mahkamah untuk menentukan status pernikahan tersebut. Kalau ikut hukum asal, memang mereka tidak dibenarkan tinggal bersama kerana belum ada pengesahan lagi," katanya.
Beliau berkata, mengikut undang-undang, individu tersebut tiada halangan untuk berkahwin di negara ini kerana dia hanya perlu mendapat kebenaran untuk berpoligami daripada pihak berkuasa agama.
"Sebenarnya dia boleh berkahwin di Malaysia tetapi mengapa dia tidak berbuat demikian? Apa yang perlu dilakukan adalah mengikut prosedur, kemuka permohonan di Mahkamah Tinggi Syariah.
"Selalunya yang akan ambil jalan pintas berkahwin di Thailand ini mungkin nak elak daripada diketahui isteri pertama tapi dalam kes suami mangsa MH370 ini, dia ada alasan untuk mohon berpoligami kerana status isterinya masih tidak diketahui," katanya.
Jelas Amli, mereka yang ingin berpoligami sebenarnya tidak perlu mendapat kebenaran daripada isteri pertama atau isteri-isteri sedia ada tetapi keputusan tersebut hanya ditentukan pihak berkuasa agama negeri.
"Kalau isteri pertama setuju, mahkamah tak setuju tak boleh juga. Mahkamah kena siasat suami sama ada dia layak atau tidak untuk berpoligami. Oleh itu, siasatan pihak berkuasa agama amat penting," katanya.
Amli berkata, individu terbabit mungkin berdepan hukuman denda tidak melebihi RM1,000 atau penjara tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya sekiranya didapati bersalah kerana poligami tanpa kebenaran mahkamah.
"Sepatutnya dia kena dapatkan khidmat nasihat peguam yang arif untuk menjelaskan mengenai perkara itu sebelum bertindak," katanya.

Madu Ghaib: Suami Mangsa MH370 Terpaksa Kahwin Di Luar Negara

Posted: 17 Nov 2014 01:22 AM PST



Diterbitkan: Isnin, 17 November 2014 1:59 PM

Lelaki yang didakwa suami kepada seorang mangsa MH370 ketika melangsungkan majlis perkahwinan baru-baru ini.
PETALING JAYA: Status penumpang dan kru MH370 yang hingga kini masih belum dimuktamadkan bukan sahaja menyebabkan kepiluan kepada waris mangsa, malah ia turut menjadi 'penghalang' untuk mereka meneruskan kehidupan.
Antara masalah yang didepani waris mangsa terlibat ialah untuk membina rumahtangga dengan pasangan baharu.
mStar Online difahamkan, keadaan ini dialami sekurang-kurangnya seorang waris mangsa apabila dia terpaksa bernikah di negara jiran, sebelum mendaftarkan perkahwinannya di negara ini.
Malahan, pasangan ini juga mungkin berdepan tindakan undang-undang kerana mengamalkan poligami tanpa kebenaran kerana isteri baharunya bermadukan seseorang yang tidak diketahui statusnya sama ada meninggal dunia atau ghaib.
Sumber memberitahu mStar Online,  suami salah seorang penumpang pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH370 yang hilang sejak Mac lalu terpaksa memfailkan permohonan daftar nikah untuk berpoligami di Mahkamah Tinggi Syariah awal November.
Bapa kepada empat anak itu menghadapi kesukaran kerana tidak dapat mengemukakan surat kebenaran isterinya untuk membolehkan dia bernikah kali kedua.
"Sijil kematian isterinya juga tidak dikeluarkan, jadi sukar untuk bernikah dalam negara, oleh itu pasangan itu ke Songkla, Thailand dan kini memfailkan permohonan daftar nikah untuk berpoligami," katanya kepada mStar Online.
Menurut sumber itu lagi, lelaki berkenaan mengahwini seorang wanita yang berasal dari Muar, Johor dan bekerja di ibu negara.
"Majlis meraikan pasangan pengantin baharu ini juga dilangsungkan secara kecil-kecilan di sebuah homestay di Langat bulan lalu," kata sumber itu.
Isteri lelaki terbabit merupakan antara 239 penumpang yang berada dalam pesawat MH370 yang sedang dalam perjalanan ke Beijing apabila hilang awal pagi pada 8 Mac sebaik berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur.
Pesawat itu sepatutnya tiba di Beijing pada pukul 6.30 pagi hari yang sama.
Analisis satelit menunjukkan kedudukan terakhir pesawat ialah di selatan Lautan Hindi, barat Perth, Australia.
Bagaimanapun, usaha mengesan pesawat itu terus buntu kerana tiada sebarang bukti ditemui walaupun operasi mencari dan menyelamat (SAR) diperluaskan.
Baru-baru ini, seorang ahli Parlimen meminta mufti dan pihak berwajib mengeluarkan fatwa bagi menjelaskan kekeliruan dialami waris penumpang dan kru pesawat MH370 yang masih hilang sehingga kini.
Ahli Parlimen Kuala Langat, Abdullah Sani Abdul Hamid berkata, fatwa itu perlu untuk mencari penyelesaian dan tidak timbul lagi kekeliruan dari segi harta, wasiat, insurans dan sebagainya berkaitan anggota keluarga mereka.
Ikuti penjelasan pihak mufti dan Majlis Fatwa Kebangsaan berhubung situasi yang menimpa waris penumpang MH370 ini, Selasa.

Gaya Peneroka

0

Posted by Unknown | Posted on 11:13 PTG | Posted in

sumber :-

Gaya Peneroka


TIMBUL SEMULA CERITA MH370 DAN MH17

Posted: 17 Nov 2014 04:31 AM PST

Panas isu MH 17 ditembak jatuh oleh Jet Pejuang MIG 29 UKRAINE
Semalam Persidangan G20 di Beijing, China sangat panas dan mengejutkan. Vladimir Putin mengejutkan persidangan dengan memberitahu kepada dunia mengapa kapal perang nuklear Russia ke Australia bukan untuk mengiringi beliau tetapi kerana mahu Tony Abbott mengaku pada umum tentang penipuan siasatan MH 370 & MH 17.

Akhirnya tadi Tv3 juga menyiarkan bahawa pesawat MH 17 bukan ditembak oleh peluru berpandu jenis BUK dari darat sebaliknya ditembak oleh Jet Pejuang UKRAINE.

Di dalam sidang tersebut Vladimir Putin membawa rakaman live cctv satelite russia dan menunjukkan bagaimana pesawat MH17 ditembak oleh Jet Pejuang Ukraine.

Berita ini ditayangkan serentak di seluruh Russia dan kesatuan EU.
Amerika dan sekutu-sekutunya paling malu pada persidangan tersebut.




Sebelum ini, telah viral di laman sosial mengenai pihak Rusia yang mendapatkan imej satelit yang didakwa diambil melalui satelit kepunyaan Amerika. Klik di sini untuk baca post "Gambar Pesawat Pejuang Didakwa Tembak MH17 Didedahkan".
Bagaimanpun, ramai yang mempersoalkan kesahihan gambar tersebut lebih-lebih lagi resolusi gambar berkenaan yang begitu jelas.

Seorang pemilik akaun Twitter, Brown Moses, menyatakan beberapa tekstur peta yang digunakan di dalam gambar tersebut berasal dari peta google earth pada tahun 2012.
Dan satu lagi isu yang menjadi persoalan ramai adalah jarak tembakan jet pejuang berkenaan yang berukuran kira-kira 50 kilometer. Jarak ini bercanggah dengan laporan yang dikeluarkan oleh Rusia juga baru-baru ini yang mengatakan MH17 diserang dari jarak 400 meter sahaja
[size=12.600000381469727px]Jarak yang dikira menggunakan posisi jet pejuang berada dan  posisi MH17 berada adalah 50KM. Pengiraan dibuat berdasarkan struktur bumi dan bantuan Google Maps.

Hasil dari siasatan pengguna internet juga, gambar yang didakwa MH17 dikatakan berasal dari satu gambar yang mana asalnya merupakan gambar bagi wallpaper desktop.
Selain dari isu diatas, beberapa perkara lain juga dibangkitkan oleh pengguna-pengguna di internet seperti saiz kapal terbang dengan jarak permukaan bumi, kedudukan lambang MAS, masa yang dipaparkan dalam gambar berkenaan dan juga bahagian kapal terbang yang terkena tembakan.
Namun begitu, sehingga kini masih tiada siapa yang mengaku bertanggungjawab menjatuhkan pesawat MH17. Siasatan masih dijalankan mengenai kes MH17 dan ketulenan imej yang diberikan pihak Rusia ini. Sama-sama kita doakan agar pihak yang bertanggungjawab akan dapat dikenalpasti dengan segera
http://www.theviraliyat.com/2014/11/mh17-ketulenan-imej-satelit-saat-mh17.html#