Followers

Nuffnang

Dialog Dewasa Kritik Berasa

0

Posted by Unknown | Posted on 11:50 PTG | Posted in

sumber :-

Dialog Dewasa Kritik Berasa


UMCEDEL RISAU PENGARUH PAKATAN RAKYAT SEMAKIN MERUDUM

Posted: 16 Nov 2014 11:12 PM PST

Imej PKR dan PAS paling teruk terjejas ekoran kemelut menteri besar Selangor baru-baru ini, berbanding DAP yang boleh dikira tidak terkesan dengannya, kata kajian oleh Pusat Kajian Politik dan Pilihan Raya Universiti Malaya (UMcedel).
Penemuan itu didedahkan Pengarah UMcedel, Dr Amir Saifude Ghazali berdasarkan satu kaji selidik yang dibuat selepas menteri besar baru Selangor Mohamed Azmin Ali mengangkat sumpah bagi jawatan itu September lalu.
Kajian itu mendapati pengundi dari semua kaum di negeri paling maju di Malaysia itu bersetuju PKR dan PAS paling teruk terjejas dengan data yang menunjukkan PKR lebih teruk berbanding parti Islam itu.
Dalam kaji selidik itu, 52% pengundi Melayu di Selangor bersetuju kemelut MB Selangor itu menghakis sokongan PKR, dan hanya 25% di kalangan mereka mengatakan tidak terjejas.
Di kalangan pengundi Cina pula, 46% menyatakan PKR terjejas ekoran kemelut itu, manakala 45% pengundi India mengatakan parti pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim itu paling terhakis sokongan.
Walaupun terjejas teruk, pertelingkahan dalam PKR mula reda dengan selesainya pelantikan Azmin sebagai menteri besar.
Parti kedua terjejas adalah PAS apabila 42% pengundi Melayu berkata 'ya' kepada kenyataan itu, manakala hanya 33% mengatakan PAS tidak terjejas. 43% pengundi Cina berkata PAS terjejas dan 41% India juga berpendapat sedemikian.
Walaupun tidak seteruk PKR, kemelut dalam PAS masih berterusan hingga kini. Namun ia dikatakan mula reda apabila pihak-pihak yang berbeza pendapat bertemu dalam retreat yang diadakan hujung minggu lalu di Kuala Selangor.
DAP pula adalah pihak yang paling sedikit terjejas dengan kemelut itu walaupun turut bersama dalam Pakatan Rakyat yang memerintah Selangor.
Hanya 34% orang Melayu sahaja menyatakan DAP terjejas, manakala 32% mengatakan DAP tidak terjejas. Begitu juga di kalangan pengundi Cina apabila 28% sahaja mengatakan DAP terjejas, sedangkan 38% mengatakan tidak.
Majoriti masyarakat India juga mengatakan DAP tidak terjejas dengan kemelut itu, dengan hanya 26% mengatakan terjejas manakala 38% mengatakan tidak.
Kajian itu mengatakan BN tidak terjejas langsung dengan kemelut itu, bahkan mendapat tambahan sokongan.
Amir, pengarah baru UMcedel itu memberitahu perkara ini dalam satu perbincangan di Kuala Lumpur malam kelmarin.
Beliau menggantikan Profesor Datuk Dr Redzuan Othman mulai April lalu yang menimbulkan kekecohan di universiti tertua di Malaysia itu.
Namun kajian UMcedel itu juga mendapati rakyat Selangor tetap memilih Pakatan Rakyat sebagai parti pilihan mereka dan menolak Umno.
Bahkan sokongan terhadap Pakatan Rakyat (PR) di Selangor melonjak kepada 43% selepas kemelut itu selesai, selepas jatuh teruk lima bulan lalu, sebahagian besarnya kerana perbalahan dalaman gabungan pembangkang itu.
Sokongan untuk Barisan Nasional (BN) pula turun 5% daripada 25% Mei lalu, kata kaji selidik itu.
"Walaupun rakyat masih sokong Pakatan, mereka tidak boleh merasa selesa dengan kedudukan itu sekarang," kata Amir dalam pembentangan itu. (tmi)

PERANGAI YB PR SAMA SAJA, TATKALA RAKYAT MENDERITA MEREKA PERGI MELANCONG

Posted: 16 Nov 2014 06:25 PM PST

ANWAR DAN AZIZAH MELANCONG KE USA SEMASA RAKYAT KAJANG MENDERITA BANJIR


BOS SAPP MENGHILANGKAN DUKA LARANYA BERHIBUR


TAHUN LALU FUZIAH SALLEH JUGA MELANCONG KE CHINA KETIKA KUANTAN DILANDA BANJIR



SUKA SAYALAH NAK HADIR ATAU TIDAK, KAMU SIAPA NAK PAKSA SAYA!

Posted: 16 Nov 2014 05:27 AM PST



Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang hari ini membidas kembali pengkritiknya kerana tidak hadir dalam mesyuarat Pakatan Rakyat (PR) dan mengatakan terpulang kepadanya untuk berbuat demikian.

Sebelum ini rakan komponen PR seperti DAP menggesa Hadi untuk hadir ke mesyuarat Majlis Presiden PR kerana hanya beliau yang mempunyai kuasa veto dalam PAS.

"Saya tidak perlu diminta (hadir), (kalau) saya hendak hadir, hadirlah," katanya Hadi kepada pemberita di Gombak hari ini.

Ahli Parlimen Marang itu diminta mengulas resolusi jawatankuasa eksekutif pusat (CEC) DAP yang sebelum ini mendesaknya agar menghadiri mesyuarat PR.

"Atas sayalah hendak hadir (atau) tidak mahu hadir," kata Hadi apabila ditanya apakah beliau akan hadir ke mesyuarat PR akan datang.

Sinar Harian melaporkan hari ini, Hadi akhirnya memberitahu tahap kesihatannya masih belum pulih sepenuhnya, sekaligus mempengaruhi penglibatannya dalam aktiviti politik.

Menurut Hadi, keadaan kesihatannya juga turut membataskan dirinya untuk menghadiri mesyuarat PR.

"Saya masih belum sihat lagi, masih dalam rawatan," katanya seperti dilaporkan Sinar Harian.

Sementara Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng hari ini kesal kerana PAS tidak memahami resolusi CEC partinya yang menggesa Hadi hadir ke mesyuarat Majlis Pimpinan PR.

Lim berkata, gesaan itu demi memulihkan semula kepercayaan rakyat dan keyakinan dalam PR semua tiga parti komponen perlu menunaikan janji serta menunjukkan komitmen penuh mereka.


Namun sebaliknya, Lim berkata hasrat itu disalah tafsir dan pemimpin PAS memberikan reaksi negatif terhadap parti itu.

"Permintaan ini munasabah memandangkan Hadi satu-satunya individu dalam PAS yang mempunyai kuasa tunggal dalam membuat keputusan serta memiliki kuasa veto mutlak, melebihi keputusan Ahli Jawatankuasa (AJK) PAS Pusat.

"Ini menyebabkan kehadiran Hadi dalam mesyuarat Majlis Pimpinan PR wajib jika PR berfungsi sebagai satu gabungan serta menjamin dasar perpaduan," katanya.

Ketua menteri Pulau Pinang itu berkata, pemimpin PAS cuba mengalih isu daripada hakikat sebenar dengan mendakwa PR mampu berfungsi tanpa kehadiran Hadi.

Malah, katanya PAS membuat kenyataan palsu apabila mendakwa rekod kedatangan beliau lebih rendah berbanding Hadi.

"Pemimpin PAS perlu semak fakta sama ada Hadi hadir mesyuarat PR lebih banyak berbanding saya," katanya.

Beliau berkata, PR tidak boleh berfungsi sepenuhnya jika Hadi tidak hadir mesyuarat, menyebabkan PKR dan DAP tertanya-tanya mengenai keputusan yang akan dipilih presiden PAS itu. 

MIMPI SENJA

0

Posted by Unknown | Posted on 11:44 PTG | Posted in

sumber :-

MIMPI SENJA


Apa untungnya DAP serang PAS?

Posted: 16 Nov 2014 10:35 PM PST


SUBKY LATIF | .

APA untungnya Lim Guan Eng, Setiausaha Agung DAP menyerang PAS dan Presidennya secara terbuka sambil memberi amaran DAP sedia bersendirian semula seperti sebelum kelahiran Pakatan Rakyat?
   
Tidak dinafikan dalam masa lebih 10 tahun lalu dan mungkin dalam beberapa tahun yang akan datang DAP adalah parti yang terus maju sama ada ia bersama Pakatan Rakyat ataupun tidak bersama Pakatan Rakyat. Sama ada PAS menyokongnya atau tidak, kuasanya di Pulau Pinang tidak tergugat. Sama ada ia dalam Pakatan atau kembali bersendirian, sekurang-kurangnya untuk dua kali PRU lagi kuasanya tidak tergugat.
   
Tidak mengapa jika ia merasa lebih selesa dan di hadapan lain-lain parti sekutunya dalam Pakatan. Tetapi tidak banyak dapat membantu Malaysia dan rakyatnya jika ia merasa sombong dengan kedudukannya yang ada.
  
Peranan semua parti kerabat Pakatan sama penting bagi membina politik baru di Malaysia, mencabar monopoli kuasa BN di Putrajaya, seterus bagi menggantikan kerajaan rasuah dan tidak bermaruah yang ada bagi digantikan dengan sebuah kerajaan tata urus yang baik, adil, bersih dan bermaruah.
   
Ini saja masa yang terbaik, dan dengan muafakat Pakatan yang ada saja, perubahan itu dapat dilakukan. Sepatutnya Putrajaya sudah boleh diambil setahun lalu, hanya tidak memihak kepada Pakatan. Pakatan sudah dikira menang dalam PRU lalu.
   
Biarlah saya katakan PAS adalah kelemahan dan mungkin banyak, tetapi tidaklah seburuk BN dan semua komponennya. Dan tidaklah sekutu-sekutunya dalam Pakatan tiada kelemahan langsung. PAS ada kebaikan dan kekurangan, demikian juga sekutunya.
   
Tetapi dengan mencerca PAS dan pimpinannya secara terbuka tidak mendatangkan apa-apa kebaikan kepada semua – setiap pihak dalam Pakatan, rakyat dan negara.
  
Cina dan India mungkin tidak tahu satu perumpamaan Melayu, marahkan pijat kelambu dibakar. Apabila kelambu dibakar berpestalah sang nyamuk.
   
Semua tahu bahawa Pakatan berkrisis gara-gara isu Menteri Besar Selangor. Ia adalah ujian. Parti kuat seperti Pakatan mesti diuji dan jika benar ia kuat, ia mampu atasi semua ujian. Jangan bakar kelambu justeru ujian itu.
   
Menyingkirkan PAS dari Pakatan atau DAP bersendirian semula, samalah seperti membakar kelambu.
  
Gara-garanya kerajaan menindas tidak dapat digantikan, kerajaan rasuah dan menindas akan terus memerintah untuk 10 atau 20 tahun lagi. Lebih banyak kerosakan di bumi kita, rakyat bertambah melarat, segala-galanya hancur binasa.
   
Yang untung bukan DAP tetapi UMNO/BN. Dari mula Dr. Mahathir tidak sukakan muafakat PAS dan DAP. Berbagai halangan dilakukannya. Sejak sekian lama Umno kata PAS jadi tunggangan DAP. MCA kata DAP perjuang hudud. Mereka suruh PAS tinggalkan Pakatan. Jangan jadi alat Anwar!
  
Tiada PAS peduli dan tidak DAP hirau. Masing-masing sepakat untuk menawan Putrajaya bagi menegakkan sebuah tata urus kerajaan yang baik.
   
Umno memang sudah putus asa bagi menghancurkan Pakatan. Sekalipun Anwar dipenjarakan 10 kali lagi. Umno tak mampu pecahkan Pakatan. Tetapi tempelak Guan Eng itu boleh binasakan apa yang Umno tak dapat buat.
   
Saya ingatkan PAS dan pemimpinnya, jangan balas tempelak itu secara terbuka! Bagi yang rajin datang mesyuarat, bincang ia dalam mesyuarat. Apa pun Guan Eng tentu sudah sedar, yang paling suka dengan teguran terbukanya pada pemimpin PAS ialah Najib dan Dr. Mahathir.
   
Tentang pemimpin PAS, biarlah PAS menentukannya, bukan oleh orang yang tidak menjadi ahli parti. – HARAKAHDAILY 17/11/2014

Datuk A Rahman Hassan, Fadilah Mansor Bakal Kahwin Hujung Tahun Ini

Posted: 16 Nov 2014 09:19 PM PST

datuk a rahman hassan fadilah mansor bakal kahwin hujung tahun ini
Sumber: Media Hiburan Online
KUALA LUMPUR, 17 NOV 2014: Penyanyi era 60-an, Datuk A Rahman Hassan dan pelakon, Fadilah Mansor akan melangsungkan perkahwinan pada hujung tahun ini.
Memetik laporan sebuah media, kedua-duanya pasangan itu mula berkenalan ketika bertemu di sebuah majlis anugerah beberapa bulan lalu.
"Apa yang saya boleh kongsi kalau umur dah macam ini, kalau canang-canang sangat seganlah nanti orang kata over (keterlaluan) pula.
"Jadi saya ikut saja perancangan abang (A Rahman). Dia tak nak bising-bising dulu sampailah kami betul-betul sedia untuk berkongsi nanti," ujar Fadilah yang enggan mengulas lanjut mengenai majlis perkahwinan mereka kerana menghormati permintaan bakal suaminya.
Untuk rekod, Fadilah merupakan seorang ibu tunggal selepas bercerai dengan bekas suaminya, pengarah filem veteran, Ahmad Ibrahim atau Mat London.
Manakala A Rahman pula kematian isteri, Datin Azizah Mohamad pada 26 April tahun lalu akibat penyakit kanser.

Kubu IS Digempur: Penyembelih Wartawan, Pemimpin Utama Cedera

Posted: 16 Nov 2014 07:36 PM PST




ANGGOTA kumpulan militan Negara Islam (IS) warga British, Jihadi John yang telah menyembelih dua warga senegaranya dan dua warga Amerika Syarikat (AS) dilaporkan cedera akibat serangan udara yang dipimpin AS di utara Iraq.
Pembunuh bertopeng yang telah menyembelih wartawan dan pekerja kemanusiaan itu dilaporkan cedera selepas lokasi mereka mengadakan mesyuarat digempur pesawat pejuang AS dan Iraq pada Sabtu.
Sources claim that Jihadi John, pictured, was injured and rushed to hospital following the surgical airstrike in Iraq which killed ten ISIS commanders, the killer, who has a London accent, murdered Steven Sotloff

Dalam serangan terhadap kubu kumpulan IS itu, 10 anggota militan dilaporkan maut manakala pemimpin utamanya, Abu Bakr al-Baghdadi (gambar bawah) turut mengalami kecederaan.
The raid is believed to have injured the leader of ISIS Abu Bakr al-Baghdadi, pictured
Seorang jururawat di hospital Al Qaim, Anbar mendakwa seorang daripada lelaki yang dibawa ke hospital berkenaan dalam keadaan cedera mirip individu yang menyembelih warga British dan AS baru-baru ini.
Kementerian Luar British berkata, pihaknya menerima laporan bahawa John telah mengalami kecederaan dalam serangan AS-Iraq dan berikutan itu pihaknya sedang mendapatkan lebih maklumat.
"Kami tidak mempunyai wakil di Syria, oleh itu ia menimbul kesulitan untuk membuat pengesahan," jelas jurucakap Kementerian Luar.
Menurut satu sumber, John dan Abu Bakr telah dibawa ke Raqqa, Syria untuk ditempatkan di kawasan jajahan kumpulan berkenaan yang lengkap dengan peralatan perubatan.
Ia sekaligus dapat memastikan keselamatan kedua-dua pemimpin berkenaan daripada terkena serangan udara AS untuk kali kedua.
Jihadi John menjadi antara anggota kumpulan IS paling terkenal selepas menyembelih pekerja kemanusiaan warga British, David Haines, 44; Alan Henning, 47, (dari Manchester); wartawan dari AS James Foley, 40, dan Steven Sotloff, 31.
Pemuda dari London itu juga didakwa antara pemimpin penting IS.
Jihadi John was also responsible for the murder of British aid worker Alan Henning, left
Jihadi John ketika menyembelih Alan yang merupakan pekerja kemanusiaan British.

'Saya bapok, saya maknyah, jadi?'

Posted: 16 Nov 2014 02:09 AM PST


'Saya bapok, saya maknyah, jadi?'
Mereka menang di mahkamah tetapi masih kalah daripada aspek penerimaan orang ramai.
Apakah sebenarnya yang dirasai oleh golongan transgender, yang lebih dikenali sebagai bapuk, mak nyah atau pondan ini?
Muhammad Izat Hasmi, seorang transgender yang ditemui Malaysiakini di Batang Kali, Selangor mengakui, menjadi seperti dirinya perkara yang sukar.
Katanya, beliau mengalami krisis identiti sejak kecil dan mula mengubah penampilan diri kepada wanita ketika berusia 18 tahun.
Izat, 25, ketika ditemui berpakaian wanita, dalam baju merah dan jaket hitam serta olesan alat solek di wajah, sekali di imbas seperti seorang wanita sempurna.
Keluar daripada tanggapan klise bahawa trangender seorang pekerja seks, Izat yang dikenali di kalangan rakan-rakannya sebagai "Girl Girl", sebaliknya pernah bekerja sebagai pembantu makmal di sebuah hospital di Kuala Lumpur.
Bagaimanapun, akibat tidak tahan dengan teguran kasar dan kurang sopan yang dilontarkan, beliau akhirnya berhenti kerja.
"Saya ada dinasihati tetapi kebanyakannya melalui cara kasar, dengan niat untuk membuat saya terasa.
"Mereka cakap pondan tak boleh masuk syurga. Tapi mereka tu tuhan ke?"ujarnya sambil membetulkan rambutnya.
Menceritakan masalahnya sebagai seorang transgender, Girl Girl berkata kebiasaannya mereka mengalami masalah ketika menunjukkan identiti, seperti untuk membuat kad pengenalan dan lesen memandu.
"Biasanya hal yang melibatkan jantina mereka akan lihat saya atas bawah, mungkin kerana saya lain daripada lelaki tulen," jelasnya yang tidak lekang dengan senyuman.
Bukan itu sahaja, beliau juga tidak nampak masa depannya yang cerah di negara ini kerana undang-undang sedia ada di Malaysia.
"Saya tahu, untuk golongan macam saya ini kami tidak ada apa-apa pilihan melainkan berubah namun kerajaan haruslah beri kelonggaran kepada kami, jangan main tangkap kami.
"Apa salah kami? Kami tak melakukan jenayah," kata Izat.
Beliau berharap sebelum sebarang penguatkuasaan dibuat, kerajaan harus memahami naluri mereka terlebih dahulu.
Mengaku ada 'anu'
Walaupun berperwatakan perempuan, Izat tidak membuat pembedahan untuk menukar jantina dan atas faktor agama membayangkan tidak akan melakukannya.
"Jujur ya, saya tidak pernah membuat pembedahan, saya masih ada anu, saya cuma ambil hormon.
"Saya sedar, agama kita tidak benarkan kita tukar alat kelamin sebab nanti kita mati, kita akan kembali sebagaimana kita diciptakan,"katanya yang sedar mengenai kehendak agama
Beliau juga berkata sudah lali diejek masyarakat dan kini hanya menerimanya sahaja
"Pada awalnya saya memang marah, tapi nak buat macam mana kami ini memang dipandang hina
"I am bapuk, I am mak nyah, so what? (Saya bapok, saya mak nyak, jadi?)" ujarnya disambut dengan tawa temannya.
Azad jadi lelaki
Izat ditemani rakannya Azad Abdullah yang juga seorang trangender tetapi akhirnya memilih menjadi seorang lelaki sejati dengan berkahwin.
Lelaki 37 tahun itu berkata, beliau mengalami konflik identiti sejak berusia 6 tahun lagi apabila "dilahirkan lembut".
"Saya turut diusir daripada rumah ketika berusia 15 tahun bila keluarga tidak dapat terima saya,"ujar Azad memulakan bicara.
Bagaimanapun, beliau diterima semula apabila pulang ke rumah selepas tamat pengajian universiti.
"Tipulah kalau keluarga dapat terima saya, ada marah-marah namun kerana sudah lama, mereka boleh menerima saya.
"Habis universiti, saya mula bekerja dan saya sara ibu bapa saya,"katanya.
Azad yang bekerja sebagai juru solek perkahwinan akan melangsungkan perkahwinan tidak lama lagi dengan wanita yang boleh menerima keadaan dirinya.
"Alhamdulillah, ada yang sudi terima saya dan memahami saya," katanya.
"Selepas 31 tahun berperang dengan perasaan sendiri saya akhirnya jumpa jalan yang terbaik iaitu berubah."
Walaupun memilih jalannya sendiri, beliau masih mempunyai rasa simpati terhadap teman-teman transgender yang masih bergelut dengan pelbagai cabaran, termasuk undang-undang.
Mahkamah Rayuan Putrajaya pada 7 November memutuskan bahawa seksyen yang yang memperuntukkan hukuman ke atas lelaki Islam berpakaian wanita bercanggah dengan perlembagaan dan terbatal.
Ia secara tidak langsung mengiktiraf hak golongan transgender dan disambut gembira oleh aktivis dan golongan itu.
Izat menyambut baik keputusan kes itu dan menganggap mahkamah mendengar rintihan insan sebegitu.
Diam seketika dan tersenyum, dia akhirnya berkata: "Harapan baru buat golongan "transgender". -M'kini

Kelantan guna gilotin untuk hudud?

Posted: 15 Nov 2014 11:24 PM PST


Kerajaan Kelantan dijangka akan menggunakan gilotin bersaiz mini, alatan kuno untuk memotong anggota badan manusia, bagi pelaksanaan undang-undang hudud.

The Star melaporkan, langkah itu diambil ekoran tidak perlu menggunakan pakar bedah untuk tujuan itu.



Jawatankuasa Teknikal Hudud negeri itu memilih gilotin setelah dikatakan menghadapi kesukaran mencari kaedah paling sesuai untuk memotong anggota badan seseorang yang disabitkan kesalahan mencuri.

Pengerusinya, Datuk Mohd Amar dilaporkan berkata, beliau mungkin akan mencadangkan kepada ahli panel agar menggunakan mesin yang tidak perlu dikendalikan pakar bedah.

Timbalan menteri besar Kelantan itu berkata, jawatankuasa itu masih memikirkan idea itu setelah menerima reaksi negatif untuk mendapatkan pakar bedah bagi memotong kaki dan tangan pesalah.

"Pertamanya, pakar bedah mesti bersetuju untuk menjalankan prosedur tetapi itu mungkin akan membangkitkan kemarahan Persatuan Perubatan Malaysia kerana ia melanggar sumpah hippocrates (untuk menegakkan piawaian profesional dan beretika)," katanya.

Mohd Amar berkata, alat pemenggal itu lebih cepat memotong dan hanya memerlukan seorang sahaja untuk mengendalikan tuil, dua orang memegang pesalah dan doktor.

"Saya akan membuat kajian yang menyeluruh kepada kaedah yang digunakan semasa Revolusi Perancis pada abad ke-18 apabila gilotin digunakan untuk memenggal kepala sebagai hukuman mati," beliau dipetik sebagai berkata.

Alat pemenggal yang diperkenalkan berabad-abad sebelum ini bagaimanapun telah dihapuskan atas alasan tidak berperikemanusiaan.

Ia dinamakan gilotin sempena orang yang memperkenalkannya, Dr Joseph Ignace Guillotine biarpun peralatan itu bukan ciptaannya.

Gilotin digunakan kali pertama pada 1792 di Paris ke atas perompak bersenjata Jacques Nicolas Pelletier.

Manakala orang terakhir dijatuhkan hukuman menggunakan alat ini ialah Hamida Djandoubi pada tahun 1977 yang disabitkan kesalahan membunuh.

Belantan

0

Posted by Unknown | Posted on 11:32 PTG | Posted in

sumber :-

Belantan


Amerika Syarikat sahkan video pancung ISIS adalah benar?

Posted: 16 Nov 2014 08:17 PM PST


DAMSYIK - Kumpulan Negara Islam (ISIS) semalam telah mengeluarkan video dimana seorang ahli militan itu memancung kepala seorang pekerja bantuan Amerika Syarikat (AS) yang diculik di Syria.

Presiden Barack Obama dalam sidang media di rumah putih telah mengesahkan bahawa lelaki yang didakwa warga Amerika Syarikat itu adalah Peter Kassig.

"Peter adalah pencinta keamanan, dan mendedikasi dirinya untuk menyelamatkan rakyat Syria yang cedera dan ditindas. Tindakan kumpulan pengganas itu sama sekali tersangatlah zalim!" tegas Presiden Obama.

Pembunuhan Peter Kassig dilakukan sebagai amaran kepada negara kuasa besar itu. Kepala mangsa dipaparkan dalam satu klip video yang turut menyiarkan kumpulan militan berkenaan memenggal sekurang-kurangnya 18 lelaki yang dikatakan anggota tentera Syria.

"Ini ialah Peter Kassig, rakyat AS," ujar seorang lelaki berpakaian hitam dalam klip video tersebut.

Ahli militan itu memakai pakaian sama yang dipakai oleh seorang lelaki yang memenggal kepala dua wartawan AS dan dua pekerja bantuan Britain dalam beberapa klip video terdahulu.

Klip video terbaharu itu menunjukkan lelaki berkenaan berdiri di sisi kepala manusia yang menyerupai Kassig.

Insiden yang dirakamkan itu merupakan paparan pembunuhan beramai-ramai terbaharu yang dilakukan oleh ISIS.

Suara Politik
Belantan

The Unspinners

0

Posted by Unknown | Posted on 11:31 PTG | Posted in

sumber :-

The Unspinners


Azmin perlu selesaikan aedes, sampah dan longkang ni dulu

Posted: 16 Nov 2014 09:30 PM PST


Dulu BERSIH kata perjuang p/raya bebas, Sekarang mahu Msia berpecah?

Posted: 16 Nov 2014 07:29 PM PST


Hebahan tipu Rafizi

Posted: 16 Nov 2014 05:13 PM PST


MAIS sedia toleran, Adakah hak Islam sedia dihormati?

Posted: 16 Nov 2014 06:32 AM PST


Kalau dok posing untuk cameraman, Mat Indon boleh jadi MB

Posted: 16 Nov 2014 03:32 AM PST


Tskkan itu kerja MB Sngor? ....elok buat advert berikut:


Setakat ni, Mat Infon kerja Alam Flora boleh jadi MB.


ANGIN PERUBAHAN

0

Posted by Unknown | Posted on 9:44 PTG | Posted in

sumber :-

ANGIN PERUBAHAN


Pro Aspirasi Bakal Gegarkan UKM Dalam PRK Kampus Kali Ini

Posted: 16 Nov 2014 05:57 PM PST





RAKYAT MARHAEN

0

Posted by Unknown | Posted on 9:35 PTG | Posted in

sumber :-

RAKYAT MARHAEN


MP Sg Siput/ Lembah Pantai/ Kampar Bahas Peruntukan Bajet 2015 Kem. Perdagangan Antarabangsa & Industri

Posted: 16 Nov 2014 09:21 PM PST

MP PKR Bayan Baru Bahas Peruntukan Bajet 2015 Kem. Perdagangan Antarabangsa & Industri

Posted: 16 Nov 2014 09:19 PM PST

Dewan Rakyat 17 Nov. 2014: Sesi Pertanyaan Jawab Lisan

Posted: 16 Nov 2014 09:16 PM PST

Golongan kaya tidak akan tinggalkan Malaysia biarpun dikenakan cukai tinggi

Posted: 16 Nov 2014 09:15 PM PST

Ramon Navaratnam
Golongan kaya-raya tidak mungkin meninggalkan Malaysia hanya kerana kerajaan mengenakan cukai yang lebih kepada mereka.
Alasannya golongan kaya-raya sama ada yang bergelar jutawan atau bilionaire sudah menikmati pelbagai insentif dan inisiatif dalam perniagaan yang disediakan oleh kerajaan sehingga mereka boleh mencapai status tersebut.
"Jarang-jarang sekali golongan jutawan dan bilionaire berniaga tanpa menggunakan kemudahan kerajaan, itu mustahil. Kalau tidak banyak (minta pertolongan kerajaan) tetapi mesti ada. Jadi apa salahnya kalau kerajaan mengenakan cukai lebih tinggi kepada mereka.
"Saya tidak rasa mereka akan merungut kerana golongan kaya raya memang suka menderma sebab itu mereka membuat yayasan atau menjalankan kerja-kerja kebajikan kerana harta yang mereka miliki boleh diwarisi kepada beberapa generasi," kata tokoh ekonomi, Tan Sri Ramon Navaratnam.
Beliau mempertahankan pendirian bahawa kerajaan perlu menimbangkan untuk memperkenalkan cukai-cukai baru kepada golongan kaya memandangkan jumlah mereka semakin bertambah.
Malah, tambahnya, jurang antara kelompok kaya dengan golongan sederhana dan miskin semakin membesar.
Katanya, jumlah pembayar cukai di Malaysia masih kecil iaitu dalam lingkungan 2 juta daripada jumlah tenaga pekerja seramai 14 juta.
Dalam situasi ketidaktentuan dalam ekonomi, Malaysia memang memerlukan lebih ramai pembayar cukai dan usaha untuk meningkatkan jumlah itu perlu membabitkan golongan kaya raya.
"Saya sebenarnya tidak faham mengapa cukai kepada golongan korporat dikurangkan sedangkan Malaysia telah menawarkan pelbagai kemudahan baik kepada pelabur asing dan pelabur domestik.
"Kalau Malaysia sudah ada lebihan wang, mungkin pengurangan itu boleh dipertimbangkan tetapi dalam situasi semasa tidak perlu," tambahnya sambil menyifatkan pengurangan cukai korporat bukan faktor kukuh yang mendorong pelabur asing untuk kekal di negara ini," katanya.
Read More / Baca Lagi >>

Parasit menghisap darah nelayan miskin

Posted: 16 Nov 2014 09:07 PM PST

Pendapatan 10 tahun dahulu di tahap RM400 sebulan, hari ini pendapatan mereka hanya meningkat kepada RM414.

Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad (PAS) berkata, kerajaan sepatutnya membantu nelayan mencari rezeki sendiri di laut tanpa gangguan dari orang asing dan juga VVIP tempatan.
"Pada Oktober 2014, dalam Sesi Bahas Bajet Parlimen, saya telah menyatakan selain dari bantuan perumahan dan kewangan yang di beri kepada nelayan, kerajaan patut prihatin tentang masalah penangkapan ikan di laut.
nelayanRaja Bahrin menyatakan bahawa pukat dan bot biasa diguna nelayan Melayu tak dapat bersaing dengan pukat tunda haram diguna nelayan asing dari Vietnam dan Thailand, terutamanya apabila nelyang warga asing menggunakan bot yang lebih besar. Ini ditambah pula dengan yang mempunyai 'towkay' VVIP tempatan Malaysia, dibantu pula dengan bot lesen kargo yang tak sepatutnya terlibat dengan industri perikanan.
"Kenyataan saya telah dicabar oleh bekas Menteri Pertanian, Dato Seri Noh Omar, untuk saya dedahkan nama VVIP tersebut, katanya lagi sambil menambah bahawa sama seperti masalah banjir di Cameron Highlands, VVIP ini terlalu berpengaruh hingga orang ramai takut hendak mendedah namanya kepada beliau.
Beliau menghimbau agar kerajaan membantu pihak nelayan mencari sendiri rezeki di laut tanpa ganguan orang asing dan VVIP tempatan dan bukan dengan memberi "bantuan" yang diseleweng pihak ketiga kontraktor yang dilantik oleh Pejabat Parlimen BN atau Penyelaras DUN BN.
"Peruntukan pembaikan rumah nelayan telah diselewengkan. Kontraktor yang dilantik oleh pihak kerajaan meninggalkan rumah dibaiki dalam keadaan mutu kerja amat rendah dan ada juga yang tidak siap. Mereka inilah menjadi parasit menghisap darah nelayan miskin," katanya.
Raja Bahrin berkata, PAS telah membawa 200 orang rombongan nelayan Pantai Timur ke Parlimen pada sesi awal tahun 2014 untuk bertemu Menteri berkenaan.
"Walaupun berjanji untuk menyelesaikan masalah nelayan, nampaknya mereka terus diexploitasi oleh orang berkuasa dan nasib mereka masih tidak terbela. Kajian terkini Badan Kerajaan tentang pendapatan nelayan Terengganu khususnya menunjukkan; berbanding pendapatan 10 tahun dahulu di tahap RM400 sebulan, hari ini pendapatan mereka hanya meningkat kepada RM414," katanya.
Read More / Baca Lagi >>

Orang luar sebar cerita Hadi undur - Salahuddin Ayub

Posted: 16 Nov 2014 09:05 PM PST

Salahuddin Ayub  
SHAH ALAM – Cakap-cakap mengenai pengunduran Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang hanya ditimbulkan oleh pihak luar parti.

Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub berkata, ada pihak luar yang sengaja mewujudkan saranan supaya Abdul Hadi berundur daripada politik dengan alasan tidak hadir mesyuarat dalaman parti dan PR.

"Ini hanya di luar. Dalam parti, semua pemimpin dan ahli Pas tidak pernah mempersoalkan ketidakhadiran presiden dalam mesyuarat kerana mengetahui tahap kesihatan beliau yang tidak menentu pada masa ini," katanya.

Salahuddin berkata, ketidakhadiran mesyuarat  bagi seseorang pemimpin adalah perkara biasa terutama apabila menghadapi masalah kesihatan.

"Mengapa perlu sampai nak kena undur hanya kerana tak hadir beberapa mesyuarat?" katanya lagi.

Mengenai keperluan untuk menukar presiden berikutan keadaan kesihatan Abdul Hadi sekarang, Salahuddin berkata, Pas mempunyai saluran tersendiri untuk menyelesaikannya.
Read More / Baca Lagi >>

Kegagalan projek insinerator bukti Putrajaya perlu sistem tender terbuka - PAC

Posted: 16 Nov 2014 09:00 PM PST

Putrajaya harus membuka bidaan kepada teknologi lain, bukan terus bersetuju dengan teknologi disediakan XCNT, kata Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) Datuk Nur Jazlan Mohamed. - Gambar fail The Malaysian Insider, 17 November, 2014.Putrajaya harus membuka bidaan kepada teknologi lain, bukan terus bersetuju dengan teknologi disediakan XCNT, kata Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) Datuk Nur Jazlan Mohamed. - Gambar fail The Malaysian Insider, 17 November, 2014.Pendekatan tender terbuka dalam memilih teknologi bagi projek loji insinerator boleh menghalang pembaziran jutaan ringgit wang rakyat yang dihabiskan bagi teknologi bermasalah dibekalkan XCN Technology (XCNT).
Pengkritik projek itu juga merasakan terdapat unsur yang diragukan dalam cara pegawai kerajaan menilai dan meluluskan insinerator tersebut memandangkan betapa cuainya mereka.
Mereka berkata, Putrajaya tidak perlu menggunakan pendekatan rundingan terus kerana terdapat pelbagai teknologi bagi loji insinerator di pasaran.

Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata Putrajaya sebelum ini harus membuka bidaan kepada teknologi lain, bukan terus bersetuju dengan teknologi disediakan XCNT."Sepatutnya, bidaan terbuka dibuat bagi memilih teknologi dan buka tender kepada syarikat yang berminat melakukan kerja pembinaan dan operasi.
"Insinerator mempunyai impak daripada segi kewangan, alam sekitar dan sosial terhadap kerajaan dan penduduk tempatan.
Read More / Baca Lagi >>

Rakyat Miskin Terhimpit: Ke mana ST15 menghilang?

Posted: 16 Nov 2014 08:40 PM PST

Rak kosong yang menempatkan beras ST15 di pasar mini tempat Mus bekerja.
SEREMBAN - Nampaknya kekurangan bekalan beras subsidi Super Tempatan (ST)15 peratus hancur atau lebih dikenali sebagai ST15 bukan sahaja berlaku di Kedah.

Tinjauan Sinar Harian mendapati, masalah tersebut turut berlaku di Negeri Sembilan. Bagaimanapun, keadaannya tidaklah serius sepertimana dialami negeri Jelapang Padi itu.

Sebaliknya, ST15 hanya sukar ditemui di Seremban, namun bekalannya masih banyak di daerah lain.

Pengurus Mydin Mall Seremban 2, Arshah @ Asrul Arala berkata, sejak beroperasi pada 13 Disember tahun lalu, pihaknya memang tidak pernah menjual beras ST15.

"Kualiti setiap produk diketengahkan sentiasa menjadi keutamaan kami. Tambahan pula, kaji selidik dijalankan terhadap pesaing yang menjual beras itu menunjukkan ST15 kurang permintaan.

"Bagi kami, ini satu keputusan yang tepat. Lagipun, Mydin menawarkan pelbagai jenis beras pada kualiti lebih baik dengan harga berpatutan," katanya di sini, semalam.

Sementara itu, wakil Tesco Seremban 2 yang enggan dikenali memberitahu, sebelum ini pihaknya pernah menjual ST15 kepada pelanggan.

Ahmad Maslan, CEO 1MDB tidak hadir forum anjuran NOW

Posted: 16 Nov 2014 08:36 PM PST

Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan tidak akan menghadiri forum berkaitan hutang 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang dijadualkan Rabu depan kerana beliau tidak menerima sebarang jemputan daripada penganjur.
Ahli Parlimen Pontian itu berkata, Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB Mohd Hazem Abd Rahman juga dijangka tidak menghadiri forum berkenaan. "Forum ini dianjurkan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) NOW, yang dipercayai rapat dengan Rafizi," kata Ahmad pada sidang media di lobi Parlimen hari ini.
 Ahmad berkata, forum berkenaan mula tersebar di laman media sosial dengan tertera gambar bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, dirinya, Hazem dan ahli Parlimen Pandan Rafizi Ramli, serta Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua mewakili Pakatan Rakyat (PR).
 "Saya tidak menerima surat jemputan dan tidak menyatakan akan hadir. 1MDB juga tidak akan hadir. "Ini salah satu lagi usaha, bila tidak datang kata saya penakut. Cukuplah bagi saya menjawab di Parlimen," kata Ahmad kepada pemberita. Forum berkenaan dijangka diadakan di The Club, Kuala Lumpur pada Rabu, bermula dari jam 8 malam hingga 11 malam.

Setiap harga tiket MAS termasuk bayar arak

Posted: 16 Nov 2014 07:41 PM PST


KUALA LUMPUR: Dewan Rakyat minggu lalu dikejutkan dengan pemakluman bahawa harga setiap tiket yang dibeli penumpang adalah termasuk dengan kos hidangan yang disediakan dalam peswat MAS termasuk arak.

Perkara itu dimaklumkan Timbalan Menteri Pengangkutan Malaysia, Datuk Abdul Aziz Kaprawi sebagai menjawab soalan Khalid Abdul Samad (PAS-Shah Alam) yang bertanyakan sama ada minuman keras diberi secara percuma atau sebaliknya.

"Tuan Pengerusi, memang apabila kita membeli tiket kapal terbang, maka ia termasuk dengan hidangan yang disediakan dalam kapal terbang," katanya.

Jawapan itu mengundang satu lagi kekhuatiran daripada Khalid yang mendakwa ia bermakna setiap orang yang membeli tiket MAS adalah bersubahat menyumbang kepada kos hidangan arak, sekalipun tidak meminumnya.

"Jadi maknanya tiket yang saya beli saya subsidikan air arak untuk orang. Ini yang tidak betul ini.

"Saya rasa kebanyakan daripada syarikat-syarikat penerbangan antarabangsa kalau ada penumpang yang hendak minta arak ini pun kena bayar. Kalau tidak, akhirnya sama ada kita sedar atau tidak, kita bersubahat," katanya.
Kuasa menteri
Dalam pada itu Mohamed Hanipa bin Maidin (PAS-Sepang) mendakwa isu hidangan arak ini adalah lebih kepada kuasa menteri.

Menurutnya, jika menteri boleh memberi arahan dan kata putus, ia boleh diselesaikan dengan mudah.

"Saya rasa dari segi isu menghidang arak ini, dia lebih kepada kuasa Menteri. Menteri ada kuasa. Kalau Menteri boleh bagi arahan, saya rasa tidak ada masalah. Read More / Baca Lagi >>

Hak mahasiswa: Kerana mahasiswa itu mampu menggugat!

Posted: 16 Nov 2014 06:39 PM PST

Kebebasan akademik mahasiswa merupakan sebahagian daripada perjuangan demokrasi

Oleh Wan Salman Wan Sallam
mahasiswa_demonstrasiTanggal 17 November 1939 telah menyaksikan 1,200 mahasiswa Universiti Prague di Jerman disumbat ke Kem Tahanan Nazi manakala sembilan pensyarah dan mahasiswa antara mereka telah dihukum bunuh tanpa bicara. Tahanan 1,200 individu ini merupakan rentetan demonstrasi mereka pada pengebumian John Opletal yang ditembak pada 28 Oktober sebelumnya ketika di sebuah demonstrasi memperingati kemerdekaan Republik Czechoslovakia.
Sehingga kini, mahasiswa-mahasiswa seluruh dunia terus-menerus dinafikan hak kebebasan bersuara dalam ruang akademik dan demokrasi. Kejadian yang terjadi pada mahasiswa di Hong Kong dalam Revolusi Payung ("Umbrella Revolution") dan pembunuhan, pembantaian dan pemecatan ratusan mahasiswa beramai-ramai di Mesir setelah kejatuhan Morsi di Mesir menyaksikan perjuangan mahasiswa yang hakikatnya memberi kesan dan menggugat golongan pentadbir.
Di Malaysia sendiri, 8 orang mahasiswa Universiti Malaya (UM) baru-baru ini telah didakwa kerana menganjurkan sebuah program ucapan oleh Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Alasan yang diberikan oleh HEP UM sangatlah tidak memuaskan iaitu kerisauan berlakunya pemberontakan yang akan dicetuskan oleh sosok yang dijemput itu.
Apakah yang sebenarnya yang kita takutkan dengan ucapan tersebut? Adakah kerana sosok yang dijemput tersebut merupakan Ketua Pembangkang (yang juga seorang alumni UM sendiri) maka dia tiada ruang di IPTA? Apakah buktinya kata-kata beliau akan menyebabkan jatuhnya pemerintahan negara serta-merta? Adakah kita terlalu takut sehinggakan perlu menekup mulut orang lain? Jika kita berada bersama pihak yang benar, mengapa kita takut berhujah?
Keperluan kualiti mahasiswa yang mampu memimpin
Kita sentiasa mengharapkan agar mahasiswa ini bukanlah sekadar mahasiswa biasa-biasa; kita mahukan mahasiswa ini mempunyai daya fikir yang kritis, berkepimpinan dan mampu mencetus perubahan. Namun banyak suara-suara pada pihak atasan yang tertentu sering sahaja menghalang proses mematangkan pemikiran dalam dunia realiti ini berlaku dengan hujah "pelajar tugasnya belajar, mahu berpolitik masa kerja nanti!", mahupun dengan cara mengumpan mahasiswa untuk mengikuti sebanyak mungkin program anjuran pentadbiran univeristi supaya dapat mengumpul merit semata-mata.
Hasilnya, mahasiswa kita mula lesu. Hal ini jelas setelah pengenalan Perkara 15 AUKU yang telah melumpuhkan aktivisme dan idealism mahasiswa yang menjadikan mahasiswa selesa dalam ruang lingkup hidupnya sendiri; dengan DOTA 5 jam sehari, hiburan yang membawa entah ke mana dan banyak lagi perkara lain yang mahu dinikmati mereka atas nama usia muda.
Hakikat peranan pemuda dalam perubahan
Dalam risalah Wahai Pemuda coretan Hasan al-Banna, pengasas Ikhwanul Muslimin di Mesir, beliau telah menggariskan bahawa pemuda sepatutnya "berfikir panjang , bekerja keras dan menentukan sikap untuk tampil ke hadapan demi menyelamatkan umat serta menunaikan hak-hak umat dengan sempurna".
Read More / Baca Lagi >>

Hamas gesa intifada ketiga

Posted: 16 Nov 2014 06:18 PM PST

Polis Israel menahan seorang lelaki Palestin ketika membantah pencerobohan Yahudi di Masjid al-Aqsa.  
Polis Israel menahan seorang lelaki Palestin ketika membantah pencerobohan Yahudi di Masjid al-Aqsa.
DOHA - QATAR. Hamas menggesa agar diadakan intifada ketiga bagi menentang pencerobohan Israel.

Ketua Biro Politik Hamas, Khaled Meshaal berkata, penduduk Palestin perlu bangkit bagi membantah pembinaan penempatan baharu dan percubaan rejim Zionis merampas Baitulmaqdis.

Penduduk Palestin sebelum ini bertegas untuk menjadikan Baitulmaqdis sebagai ibu kota, sebaik sahaja menjadi negara bebas pada masa hadapan.

"Kami akan menggagalkan rancangan Israel menerusi pemberontakan. Penjajahan ini mesti berakhir," katanya kepada akhbar al-Sharq yang berpangkalan di Qatar.

Pada masa sama, Meshaal menegaskan tanggungjawab melindungi dan mempertahankan Masjid al-Aqsa, yang merupakan rumah ibadat ketiga suci bagi umat Islam selepas Masjidilharam dan Masjidil Nabawi adalah tanggungjawab seluruh umat Islam.

Read More / Baca Lagi >>

TG Nik Aziz: Jangan hentam Hadi

Posted: 16 Nov 2014 06:17 PM PST

KOTA BHARU - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menasihatkan pimpinan PR tidak menghentam Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang kerana tidak menghadiri mesyuarat gabungan itu beberapa kali.

Dalam mempertahankan Abdul Hadi, beliau berkata, kesihatan Presiden Pas itu yang masih belum pulih sepenuhnya menyebabkan beliau terpaksa membatasi aktiviti politiknya, termasuk menghadiri mesyuarat di peringkat pusat.

Menurutnya, Abdul Hadi mempunyai sebab tertentu berkaitan ketidakhadirannya, bukannya sengaja mahupun kerana malas.

"Tidak ada orang yang (sentiasa) sihat, tidak ada orang yang (sentiasa) tidak sihat.

"Jadi berilah peluang kepada Hadi. Mengarut semua (desakan supaya Hadi berundur) ini. Ini semua disebabkan (ada pihak) dengki terhadap Pas," katanya di Pulau Melaka, semalam.

Beliau mengulas dakwaan laporan adanya usaha untuk menyingkirkan Abdul Hadi kerana faktor kesihatan.
Pihak DAP juga mahu Abdul Hadi hadir mesyuarat -mesyuarat diadakan di antara pemimpin-pemimpin PR.

Pas sokong tindakan Selangor serah Bible

Posted: 16 Nov 2014 06:14 PM PST

Khalid Abdul Samad 
IPOH - Pas menyokong tindakan kerajaan Selangor memulangkan 321 naskhah Bible versi bahasa Melayu dan Iban yang dirampas Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) sejak Januari lalu.

Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad berkata, tindakan itu bukan sahaja baik bahkan memulihkan kembali imej Islam yang agak terjejas pada pandangan penganut agama Kristian khususnya.

"Pemulangan semua Bible itu kepada pihak Persatuan Bible Malaysia (BSM) menjernihkan kembali imej agama Islam yang dilihat sebelum ini seakan tidak menghormati hak agama lain," katanya.

Beliau berkata demikian kepada Sinar Harian selepas Wacana Semasa Cabaran Pas Mendepani Anak Muda, di sini,  kelmarin.

Menurutnya, Pas menghargai Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah dan Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali yang memainkan peranan utama dalam pemulangan semua kitab Bible itu.

"Pas merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada Sultan Selangor dan Azmin selaku Menteri Besar Selangor kerana telah membuat keputusan yang bijak terhadap polemik yang berlaku.

Khalid berkata, pihaknya berharap polemik berkaitan kitab Bible itu akan mengukuhkan kembali hubungan baik yang terjalin antara kerajaan negeri dan pihak BSM.
Read More / Baca Lagi >>

Pasma: Larangan Majlis Syura merugikan

Posted: 16 Nov 2014 06:13 PM PST

Khalid Abdul Samad 
IPOH- "Tanpa penjelasan konkrit, saya fikir pendekatan melarang ahli Pas daripada menyertai program anjuran Persatuan Ummah Sejahtera (Pasma) adalah satu tindakan yang merugikan," kata, Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad.

Menurutnya, larangan tanpa huraian jelas yang diputuskan oleh Majlis Syura Ulama Pas itu dikhuatiri akan mengundang tanggapan negatif masyarakat terhadap sikap dan prinsip keterbukaan dalam Pas.

"Ia akan memberi satu gambaran kepada masyarakat seolah-olah Pas ini tertutup dan setiap ahli Pas perlu taat  terhadap sesuatu larangan tanpa banyak soal," katanya dalam Wacana Semasa Pas Mendepani Anak Muda, di sini, kelmarin.

Beliau berkata, tindakan Majlis Syura Ulama Pas yang melarang ahli parti daripada terlibat dengan Pasma juga dilihat kurang bijak memandangkan badan bukan kerajaan (NGO) itu diwujudkan bagi memperkukuhkan PR khususnya bagi menghadapi PRU14 nanti.

"Jika mengikut perlembagaan Pas, tidak menjadi kesalahan sekiranya ahli parti menjadi ahli mana-mana NGO malah bekerjasama dengan mereka adalah di antara kegiatan yang dinyatakan dalam perlembagaan parti," katanya.  

Khalid berkata, Pas sewajarnya meneliti semua cadangan dan pandangan setiap pihak dalam parti sebelum sesuatu arahan itu dikeluarkan secara rasmi.
Read More / Baca Lagi >>

Ahli PAS yang putuskan Hadi kekal atau tidak, PasMa tiada kaitan - Phahrolrazi

Posted: 16 Nov 2014 06:04 PM PST

Post Pic
SHAH ALAM: Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (PASMA) sekali lagi bertegas untuk tidak mahu dikaitkan dengan sebarang gerakan untuk menjatuhkan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
 
Presidennya, Datuk Phahrolrazi Zawawi berkata, pemilihan pucuk kepimpinan parti Islam itu terletak di tangan perwakilannya sendiri, sama ada mahu memilih untuk mengekalkan Hadi atau menggantikannya dengan pemimpin.  
 
"Itu terpulang kepada ahli perwakilan PAS.. mereka saya fikir ikuti perkembangan yang berlaku itu. Mereka perlu buat pertimbangan pimpinan bagaimana yang boleh kukuhkan Pakatan Rakyat," katanya kepada Antarapos.
 
Beliau berkata demikian sebagai reaksi terhadap isu teguran pimpinan PR terhadap Hadi yang didakwa sering tidak hadir dalam mesyuarat kepimpinan gabungan pembangkang berkenaan.
 
DAP pada Rabu lalu melalui jawatankuasa eksekutif pusatnya yang meluluskan resolusi untuk mendesak Hadi hadir ke mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Rakyat.
 
Tambah ADUN Pengkalan Kundor itu lagi, peranan PASMA tidak lebih daripada sekadar mahu memperkukuhkan Pakatan Rakyat di kala gagasan pembangkang itu pernah berantakan akibat krisis Menteri Besar Selangor yang berlaku beberapa bulan lalu.
 
"Kita ini letakkan satu harapan daripada PASMA, supaya pimpinan PR adakan kerjasama yang erat di antara satu sama lain. Supaya apa-apa mesyuarat yang dibuat itu dapat diputuskan dan diterima, supaya PR bergerak atas persetujuan. Kalau tak ada persetujuan, ada kerumitan untuk hadapi BN dalam PRU akan datang kerana perlu diselaraskan dasar yang dipersetujui," katanya.
Read More / Baca Lagi >>

Tajuddin: Tukar pemimpin negeri yang tak mampu..??

Posted: 16 Nov 2014 05:41 PM PST

Seorang ahli Majlis Tertinggi Umno meminta kepimpinan Umno membuat perubahan drastik dengan menukar semua kepimpinan di peringkat negeri yang dilantik tetapi tidak membuktikan kemampuan mereka dalam usaha menjamin kemenangan parti dalam pilihan raya umum akan datang.

Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman berkata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak tentu mengetahui ada pemimpin Umno di setengah negeri yang masih seperti "berbulan madu" selepas pilihan raya umum lalu tanpa memberi tumpuan dan perhatian menabur khidmat bakti kepada rakyat.
  
"Kalau begini caranya, rakyat ditinggalkan, bagaimana boleh kita memastikankemenangan dalam pilihan raya umum nanti, lebih-lebih lagi di negeri-negeri yang sudah jatuh ke tangan pembangkang," katanya semasa berucap merasmikan Konvensyen Umno Negeri Perlis 2014 di Dewan Warisan semalam.

Turut hadir Pengerusi Perhubungan Umno Negeri yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Shahidan Kassim dan Timbalan Pengerusi Perhubungan Umno Negeri yang juga Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Azlan Man.
  
"Saya berharap (Datuk Seri) Najib (Tun Razak) buat perubahan yang mana perlu untuk memperkasakan Umno di semua peringkat.

Read More / Baca Lagi >>

1MDB: Antara Ahmad Maslan dan Husam Musa

Posted: 16 Nov 2014 04:56 PM PST

Oleh Timmy Say
1MDB: Antara Ahmad Maslan dan Husam Musa
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak terus membisu mengenai 1Malaysia Development Berhad (1MDB) meskipun dikritik hebat bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan juga para ahli Parlimen Pakatan Rakyat (PR).
Sejauh manakah Najib boleh terus membisu? Tidak cukupkah damage yang dilakukan timbalan beliau di Kementerian Kewangan, Datuk Ahmad Maslan ketika menjawab pertanyaan mengenai 1MDB?
Isu 1MDB ini kompleks untuk difahami rakyat biasa. Ia bukan isu lembu NFC yang lebih mudah dihadam dan dijadikan isu oleh pembangkang.
1MDB ini satu badan yang ditubuhkan di zaman Najib. Kalau sudah ada nama 1Malaysia, sudah tentulah ditubuhkan di zaman Najib – masa Pak Lah tidak ada, masa Dr Mahathir pun tidak wujud.
1MDB sekarang ini berusia hampir 4 tahun. Walaupun belum mencapai umur akil baligh, badan ini dikatakan mempunyai hutang sebanyak RM40, 000, 000, 000 atau RM40 bilion secara mudahnya. Ya, 10 angka kosong di belakang menyebabkan susah rakyat biasa untuk membayangkan betapa besarnya hutang itu.
Persoalan teka-teki terbesar pada 1MDB ialah apakah hutang badan ini dijamin kerajaan?
Kerajaan berkata 1MDB berhutang sendiri. Kerajaan tidak jamin hutang ini. Tapi tiba-tiba pemimpin PR mengeluarkan satu surat sokongan kerajaan kepada hutang 1MDB pada ASD$3 billion, terlintang-pukang Ahmad menjawabnya.
Ahmad menjelaskan surat sokongan bukan surat jaminan. Surat sokongan itu membawa maksud sekiranya 1MDB tidak mampu membayar pinjaman berjumlah AS$3 billion itu, maka 1MDB perlu menstruktur semula asetnya berjumlah RM51 bilion bagi membayar hutang berkenaan, kata beliau.
"Dalam hal ini, 1MDB akan menggunakan semua asetnya sehingga habis yang berjumlah RM51 billion itu untuk membayar hutang bernilai AS$3 billion," tambah Ahmad.
Rakyat Malaysia, kata beliau, tidak perlu bimbang kerana jumlah aset 1MDB RM51 bilion melebihi jumlah hutangnya RM42 bilion. Jadi kalau 1MDB tidak mampu membayar hutang pun, juallah saja aset 1MDB untuk cover, dalam kata ringkasnya.
Kalau dengar penjelasan Ahmad nampaknya rakyat memang tidak perlu risau mengenai 1MDB.
Tapi, menurut Datuk Husam Musa, Dr Mahathir kalau menembak, beliau tidak cakap kosong.
Read More / Baca Lagi >>

Ariff Sabri : UMNO gagal perjuang agenda Melayu

Posted: 16 Nov 2014 04:54 PM PST

UMNO mahu meresahkan dan menggemparkan orang Melayu, UMNO akan membawa isu kononnya Melayu, institusi Raja-Raja dan agama Islam sedang terancam

umno2KUALA LUMPUR : Ahli Parlimen Raub Datuk Mohd. Ariff Sabri menulis, pemimpin-pemimpin UMNO akan membawa isu kononnya Melayu, institusi Raja-Raja dan agama Islam sedang terancam, di Persidangan Agung UMNO (PAU) yang akan berlangsung minggu depan.
"UMNO akan mencipta musuh-musuh baru untuk diperangi, kemudian menaikkan suhu dan darah para perwakilan yang (akan) berebut-rebut membuat ucapan penangguhan yang berapi-api," kata Ariff di http://sakmongkol.blogspot.com/ , dengan menambah bahawa ini sudah menjadi 'protocol' didalam setiap PAU.
Ariff juga berpendapat bahawa UMNO hidup di atas pembohongan dan bukan lagi berprinsipkan perjuangan dan untuk menutup kegagalan dan menyembunyikan hipokrasinya, UMNO harus terus berbohong kepada ahli-ahlinya dan orang-orang Melayu. UMNO akan terus membohongi para perwakilan dengan cerita agenda UMNO untuk Melayu, agenda UMNO untuk negara, agama dan bangsa disabotaj oleh bangsa lain. Pensabotaj ialah musuh UMNO dan pada masa yang sama, musuh Melayu.
"Jika sudah memerintah sejak 1955 sampai sekarang, UMNO (masih) gagal menjaga Melayu dan Melayu masih terancam, apa alasan untuk kita kekalkan UMNO sebagai penjaga orang Melayu?" tegasnya sambil menambah bahawa kepentingan orang Melayu tidak semesti nya dicapai melalui jenama UMNO.
"Itu cara UMNO menyambung hayat politik nya – membohongi ahlinya dan membohongi bangsa Melayu," katanya lagi.
Setelah dihujani pembohongan demi pembohongan, para perwakilan orang Melayu yang hadir akan lupa tujuan asal mereka berhimpun iaitu untuk menilai sejauh mana pendapatan orang Melayu telah meningkat, menilai penyeimbangan agihan pendapatan dikalangan orang Melayu, menilai isu tanah rezab Melayu yang makin berkurangan, menilai kekurangan perumahan untuk orang Melayu, menilai kelemahan orang Melayu dalam perniagaan dan menilai prestasi pemimpin-pemimpin UMNO didalam pemerintahan.
Read More / Baca Lagi >>

Pembayaran RM2.6 juta kepada pembantu Khalid timbul persoalan prosedur lantikan politik

Posted: 16 Nov 2014 04:42 PM PST

Sebarang pembayaran kepada bekas kakitangan yang melibatkan dana awam perlu telus, kata Ketua Eksekutif Institut Hal Ehwal Demokrasi dan Ekonomi (Ideas) Wan Saiful Wan Jan. - Gambar fail The Malaysian Insider, 17 November, 2014.Sebarang pembayaran kepada bekas kakitangan yang melibatkan dana awam perlu telus, kata Ketua Eksekutif Institut Hal Ehwal Demokrasi dan Ekonomi (Ideas) Wan Saiful Wan Jan. - Gambar fail The Malaysian Insider, 17 November, 2014.Pemberian RM2.6 juta "golden handshake" kepada bekas pembantu Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menimbulkan persoalan terhadap pembayaran lantikan politik dan sama ada ia mengikut prosedur sewajarnya.
Pembayaran tersebut dikritik kerana terlalu tinggi, terutamanya laporan mengatakan Khalid dianggap sebagai seorang yang kedekut dalam mentadbir.
"Ini menimbulkan persoalan sama ada terdapat mekanisma sewajarnya dan polisi dalam pelantikan pembantu politik serta sama ada terdapat garis panduan prosedur apabila mereka meletak jawatan selepas bos mereka berhenti," kata penganalisis Wan Saiful Wan Jan.

Wan Saiful berkata, sebarang pembayaran melibatkan dana awam perlu telus, bagaimanapun menegaskan ia tidak perlu menjadi pertikaian jika ia dilakukan mengikut prosedur yang betul seperti dalam terma kontrak. "Selagi terma dan syarat kontrak diikut, kita tidak mempunyai asas untuk persoalkannya," kata ketua eksekutif  Institut Hal Ehwal Demokrasi dan Ekonomi (Ideas) itu.
Beliau berkata wujud beberapa jawatan di peringkat persekutuan dan negeri yang perlu dibuat menerusi lantikan politik dan kontrak mereka mungkin termasuk syarat yang membenarkan "golden handshake" kerana ketidaktentuan politik.
"Mereka ini mungkin bersetuju untuk memegang jawatan tetapi ia satu risiko yang besar kerana ketidaktentuan politik pada masa akan datang dan untuk mengatasinya, kontrak mereka munkgin termasuk klausa golden handshake," katanya.

Pakatan Rakyat Johor cadang dasar 40 peratus rumah mampu milik

Posted: 16 Nov 2014 04:04 PM PST


PR_Johor


JOHOR BAHRU, 16 NOV: Pakatan Rakyat (PR) Johor mencadangkan kerajaan negeri melaksanakan 'Dasar Perumahan Rakyat' untuk membina 40 peratus rumah kos rendah dan mampu milik bagi setiap pembangunan perumahan melebihi lima ekar.
Dalam satu kenyataan PR Johor menyatakan, langah tersebut perlu dibuat bagi membolehkan rakyat yang berpendapatan rendah dibawah RM3,000 sebulan dan sederhana (di antara RM3,000– RM6,000 sebulan) mampu memiliki rumah sendiri.
Kenyataan tersebut dibaca bersama Pesuruhjaya Pas Johor yang juga ADUN Parit Yaani, Aminolhuda Hassan, Pengerusi DAP Johor Liew Chin Tong, Ketua Pembangkang DUN Johor, Dr Boo Cheng Hau dan wakil PKR Johor Steven Choong.
Menurut kenyataan tersebut yang memetik Persatuan Pemaju Perumahan  (REHDA), harga rumah akan meningkat tiga hingga empat peratus sebaik cukai barangan dan perkhidmatan (GST) dilaksanakan pada 1 April 2015.
"Walaupun sektor hartanah kediaman tidak dikenakan GST, namun bahan binaan dan fi professional dikenakan tehadap yang kemudiannya akan akan diserap ke dalam kos dan harga rumah.
"Bagi mengelakkan kenaikan harga kediaman apabila GST dilaksanakan, sektor hartanah kediaman hendaklah dikategori sebagai 'pelepasan cukai berkadar sifar, dimana pemaju tidak boleh dikenakan output GST tetapi menuntut input GST," kenyataan tersebut dipetik.
Merujuk Laporan Indeks Harga Rumah oleh firma Penyelidikan Global Knight Frank pada Jun 2014, Malaysia berada pada tempat ke-15 dalam senarai harga rumah tertinggi di dunia.
Read More / Baca Lagi >>

8 PEMBANTU TSKI DIBERI PAMPASAN RM2.6 JUTA SEBELUM BERHENTI ..!!

Posted: 16 Nov 2014 04:01 PM PST

Kerajaan negeri Selangor membayar RM2.6 juta pampasan atau "golden handshake" kepada pembantu bekas menteri besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebelum beliau meletakkan jawatan dua bulan lepas, keputusan yang dibuat pada hari-hari akhir perkhidmatannya.
Dalam dokumen yang dilihat The Malaysian Insider, RM2.27 juta dibayar sebagai pampasan, berserta RM376,000 sebagai ganti kepada notis tiga bulan dikatakan dibayar kepada 8 pembantu Khalid.
Difahamkan bayaran tersebut diluluskan Khalid yang juga merupakan ahli lembaga MBI, serta 4 Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (exco) PAS pada 22 September, salah satu tindakan akhirnya sebagai menteri besar.
Dokumen tersebut menunjukkan jumlah terbesar bayaran tersebut diberi kepada Faekah Husin, bekas ketua pegawai eksekutif (CEO) syarikat milik kerajaan negeri, Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) (MBI). Beliau didakwa menerima RM581,400 sebagai pampasan dan RM114,000 sebagai ganti kepada notis tiga bulan. Setiausaha akhbar Khalid, Arfa'eza Abdul Aziz didakwa dibayar RM358,000 pampasan dan RM55,000 sebagai ganti kepada notis tiga bulan sementara setiausaha politiknya Mustapa Mohd Talib didakwa dibayar RM265,000.
 Selebihnya didakwa dibayar antara RM97,000 dan RM230,000 masing-masing sebagai pampasan dan di antara RM18,000 dan RM69,000 sebagai ganti kepada notis tiga bulan mereka. Faekah dan Arfa'eza tidak menjawab sebarang panggilan atau mesej sistem pesanan ringkas daripada The Malaysian Insider, sementara Khalid menafikan sebarang salah laku, mengatakan beliau mengikut prosedur yang betul.
Read More / Baca Lagi >>

Yang Telah 'Senja' Dalam UMNO, Sila Undur Diri..Ha,,Ha,,,,Banyaklah Senja Mrk..!!

Posted: 16 Nov 2014 02:41 PM PST


Salah satu sifat yang ada pada Najib yg buatkan Rosmah suka padanya... BOROS & TIRIS !!!

Posted: 16 Nov 2014 02:35 PM PST


SIAPAKAH SEBENARNYA PENGKHIANAT NEGARA ???

Posted: 16 Nov 2014 06:12 AM PST