Posted by Unknown | Posted on 11:42 PTG | Posted in
Dialog Dewasa Kritik Berasa |
- DALANG JATUHKAN HADI DIDEDAHKAN
- HADI : BUANG MASA HADIR MESUARAT PR KERANA HANYA IKUT APA ANWAR MAHU SAHAJA
- KHALID IBRAHIM : SAYA KINI KEMBALI SEMULA, HILANG KEPERCAYAAN KEPADA PKR
DALANG JATUHKAN HADI DIDEDAHKAN Posted: 15 Nov 2014 04:00 PM PST Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa didakwa sebagai dalang yang mencatur Datuk Seri Abdul Hadi Awang berundur daripada memegang jawatan Presiden PAS. Dakwaan itu dibuat oleh facebooker pro ulama, Naim Irma II dan El Haraki hari ini. Facebooker Naim Irma II mendedahkan pelbagai strategi telah dilakukan Husam untuk memastikan Hadi berundur daripada jawatan yang disandangnya, antaranya; melagakan Mursyidul Am dengan Presiden parti, Merendahkan taraf kepimpinan ulama PAS, menyerang kepimpinan Hadi dan memujuk Hadi melepaskan jawatan tersebut. Untuk terus melemahkan kepimpinan Hadi, El Haraki mendakwa Husam telah mencatur penubuhan Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (PasMa). Mengulas tentang PasMa, satu lagi facebooker pro ulama, Tok Usin Ceroii mendedahkan NGO itu sengaja ditubuhkan untuk melindungi gerak kerja dalang dan kumpulannya yang dilabel sebagai 'jebon' merencanakan agenda dalaman PAS. "Tetapi apa yang tok risaukan adalah bapak-bapak jebon yang berada di belakang PasMa, kerana bapak-bapak jebon ni wujudkan PasMa adalah sekadar untuk mengalihkan perhatian kita daripada menghidu perancangan jahat depa untuk rampas dan kuasai jawatan tertinggi dalam pas sebanyak mungkin sempena muktamar nanti..!!!! "Itu yang depa rancangkan di sebalik penubuhan PasMa, yang mana dengan harapan, kita akan sibuk pasal PasMa untuk memberi laluan mudah kepada bapak-bapa jebon buat kerja memburukkan pimpinan yang sayangkan ulama..!!! "Kesimpulannya,depa memang takkan berani daftarkan PasMa sebagai parti politik,tetapi depa akan rampas PAS dengan cara pengaruhi perwakilan untuk pilih jebon-jebon kuasai keseluruhan jawatan terpenting dalam PAS, bila depa dah kuasai sepenuhnya,tok sangat yakin, Majlis Syura Ulama pasti depa akan mansuhkan dalam usaha depa untuk meliberalkan PAS!!! "Usaha depa bukan berseorangan, depa dibantu kuat oleh PKR dan DAP…kerana bagi depa, sikap kepekaan PAS tentang halal dan haram telah menjadi penghalang untuk depa kuasai Putrajaya dengan segera!!!," dedahnya. |
HADI : BUANG MASA HADIR MESUARAT PR KERANA HANYA IKUT APA ANWAR MAHU SAHAJA Posted: 15 Nov 2014 07:00 AM PST Facebooker Roslan Abdullah penyokong Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang mendedahkan Mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Rakyat hanya mengikut kemahuan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim"Tahukah anda mesyuarat dibuat biasanya tergesa-gesa ikut kemahuan Anwar Ibrahim, sedangkan Tuan Guru Haji Hadi ada jadual asal yang disusun. "Mesyuarat pula lebih kepada mengesahkan apa yang Anwar mahu sahaja," dedahnya. Roslan Abdullah turut menolak dakwaan yang menuduh Hadi tidak hadir mesyuarat PR sejak 20 bulan lalu, kerana pada Januari Presiden PAS masih memberi komitmen beliau dalam mesyuarat tersebut. Menurutnya lagi, mesyuarat itu tidak layak dipanggil sebagai 'Mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Rakyat' kerana Hadi sahaja yang mewakili Presiden PAS berbanding dengan PKR dan DAP. "Ini mesyuarat majlis Pakatan bukan mesyuarat presiden-presiden parti. "Kenapa tak pertikai Wan Azizah Presiden PKR tak hadir pun… Apa kapasiti Anwar hadir? Apa pengesahan Anwar di sudut perlembagaan PKR ? Sedangkan Anwar diangkat kononnya 'Ketua Umum PKR' beliau bukan ketua umum PR pun," katanya lagi. Berkenaan kes saman calon PKR, Mohd Shamsul Mat Amin terhadap Presiden PAS, Roslan Abdullahmendedahkan Anwar turut bermain wayang dalam isu tersebut. "Kes saman ini Tuan Guru Haji Hadi tak minta dibatalkan, tapi Anwar Ibrahim beriya iya call Tuan Guru Haji Hadi dalam satu program bersama Pemuda PAS Terengganu, kononnya dia dah arah Shamsul tarik (saman) dan Saifuddin dah bincang dengan Haji Dillah (seorang kontraktor, penyokong PAS Paka dan Dungun).."dedahnya. Memetik sumber laporan Sinar Harian, Roslan Abdullah memperli penyokong PKR adakah Ketua Umum PKR seorang yang baik. Laporan Sinar Harian yang bertarikh pada 28 Februari melaporkan kenyataan Pengerusi PKR Terengganu, Azan Ismail yang berkata pihaknya telah pun mencapai satu keputusan yang disifatkan positif dalam mesyuarat parti itu, tetapi enggan mendedahkan perkara tersebut sebaliknya menyerahkan kepada Anwar untuk mengumumkan dalam masa terdekat. Azan menjelaskan bahawa kata sepakat itu menjamin kebaikan bersama antara Pas dan PKR selain mengambil kira pandangan Mohd Shamsul yang turut hadir dalam mesyuarat itu. "Setelah perbincangan dibuat dan melihat kepada semua aspek kepentingan kedudukan PR baik di peringkat Pusat dan negeri terutamanya yang melibatkan kerjasama dan ukhuwah antara PKR Terengganu serta PAS Terengganu dan demi mengukuhkan kedudukan PR di peringkat Pusat, kami telah mencapai kata sepakat atas kedudukan isu ini dan kita akan sampaikan kepada Ketua Umum, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk diumumkan dalam masa terdekat sekembalinya beliau daripada tugasan di luar negeri, insya-ALLAH," katanya. Namun, sehingga ke hari ini, Anwar tidak membuat pengumuman rasmi pendirian parti itu berkaitan isu tersebut dan kes saman itu masih diteruskan di Mahkamah Tinggi, Kuala Terengganu |
KHALID IBRAHIM : SAYA KINI KEMBALI SEMULA, HILANG KEPERCAYAAN KEPADA PKR Posted: 15 Nov 2014 03:39 AM PST ![]() ![]() Arfa'eza Abdul Aziz memaklumkan bahawa Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim tidak akan meletak jawatan ADUN Pelabuhan Klang dan Ahli Parlimen Bandar Tun Razak dan berazam untuk meneruskan karier politiknya di Selangor. Bekas Menteri Besar Selangor itu akan memulakan langkahnya dengan NGO Sajian Rakyat, lapor Arfa'eza yang juga Setiausaha Akhbar Khalid. Pada Isnin lepas, The Malaysian Insider melaporkan selepas dua bulan menghilang, Khalid dijangka bakal menubuhkan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang dikenali sebagai Taski bagi melaksanakan program "Sajian Rakyat" yang dirancangnya. Perkara itu disahkan kepada The Malaysian Insider oleh individu yang terlibat secara langsung dalam mesyuarat antara ahli Parlimen Bandar Tun Razak itu bersama PAS yang dijalankan minggu lalu Taman Jaya, Bandar Tun Razak, Kuala Lumpur berhubung penubuhan NGO tersebut. "Khalid akan bergerak menggunakan NGO dan beliau meminta bantuan PAS Bandar Tun Razak untuk melaksanakannya," kata Roslan Baharom , 59, kepada The Malaysian Insider Roslan yang ditemui ketika tinjauan di kawasan Parlimen yang dimenangi Khalid dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) pada Mei lalu berkata, PAS Wilayah Persekutuan turut memberikan kebenaran cawangan parti Islam dalam komponen Pakatan Rakyat (PR) itu membantu Khalid. Roslan, yang merupakan wakil masyarakat dari Zon C di Bandar Tun Razak berkata, tindakan PAS dan Khalid bergerak atas nama NGO itu bertujuan bagi mengelakkan berlakunya krisis antara PKR dan PAS, selepas Khalid dipecat sebagai anggota PKR pada 9 Ogos lalu. "Kita bergerak menggunakan nama NGO, bukan mewakili parti," kata pesara kakitangan awam itu. Beliau berkata, antara rancangan Taski adalah menganjurkan Sajian Rakyat seminggu sekali dengan peruntukan sebanyak RM5,000 yang diperuntukkan Khalid untuk setiap program. "Kita belum membuat keputusan. Kalau seminggu sekali kami tidak sanggup, kami ada program sendiri juga," kata Roslan. "Tetapi itu peruntukan daripada Khalid sendiri," katanya. Lokasi pertama Sajian Rakyat juga katanya dijangka akan dilakukan di kawasan perumahan Flat Paya Permai. "Mesyuarat sudah dijalankan beberapa kali dan saya sendiri hadir dalam mesyuarat penubuhan NGO itu," katanya. Turut difahamkan, Taski bakal digerakkan 15 individu yang pernah bekerja bersama-sama Khalid ketika beliau menjadi menteri besar Selangor sebelum ini. Mereka termasuklah bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Perbadanan Menteri Besar Faekah Husin, yang kini merupakan pegawai khas Khalid di Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelabuhan Klang dan Parlimen Bandar Tun Razak. Faekah dalam satu kenyataan sebelum ini berkata Khalid masih lagi ingin memberikan khidmatnya kepada rakyat, dan akan meneruskan tugas wakil rakyat selepas berehat selama dua minggu. Khalid dipecat sebagai ahli PKR apabila enggan melepaskan jawatan menteri besar Selangor, apabila Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim ingin menggantikan beliau dengan isterinya, yang juga Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail. Krisis berkenaan turut memberi kesan kepada hubungan PAS dengan PKR dan DAP apabila parti Islam itu enggan mencalonkan Dr Wan Azizah sedangkan PKR dan DAP bersepakat menamakan beliau sebagai calon tunggal. PAS sebaliknya menurut titah Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah, yang mengkehendaki PR menghantar lebih daripada dua nama untuk baginda pertimbangkan sebagai menteri besar bagi menggantikan Khalid. Krisis berkenaan tamat apabila Mohamed Azmin Ali, yang juga timbalan presiden PKR dilantik menggantikan Khalid sebagai menteri besar. "Beliau (Khalid) juga dijangka bakal membuka pusat khidmat rakyat tidak lama lagi di Bandar Tun Razak," kata Roslan. Faekah dilaporkan berkata, Sajian Rakyat akan bermula minggu hadapan sebagai usaha Khalid mendekati komuniti dan rakyat di kawasannya dan meneruskan khidmatnya sebagai wakil rakyat. Malah, Faekah juga menolak khabar angin yang mengatakan Khalid akan melepaskan jawatan sebagai wakil rakyat di DUN Pelabuhan Klang dan Parlimen Bandar Tun Razak. |
You are subscribed to email updates from MyMassa | Dialog Dewasa, Kritik Berasa To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States |