Followers

Nuffnang

Dialog Dewasa Kritik Berasa

0

Posted by Unknown | Posted on 11:43 PTG | Posted in

sumber :-

Dialog Dewasa Kritik Berasa


TAREKAT BAHARU ANWAR, 9 MAKMUN, 99 PENONTON

Posted: 14 Nov 2014 04:02 AM PST

Facebooker pro Pakatan Rakyat, 'Naim Irma II' membangkitkan isu solat Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 6 November 2014.
Selepas selesai mengikuti prosiding rayuan kes liwat hari ketujuh yang paling panjang hingga mencecah ke waktu Magrib, Anwar kemudiannya mengimamkan solat bersama para pengikutnya.
Menurut facebooker Naim Irma II, hanya sembilan orang sahaja yang menjadi makmun Anwar berbanding dengan orang ramai yang melihatnya.
"Setuju dengan saya, jika saya kata majoriti penyokong Anwar Ibrahim terdiri dari golongan yang berpura pura.
"Buktinya, lihat gambar …dari beribu riban yang hadir jadi hakim negara, cuma 9 orang sahaja yang jadi makmum. Kalau betul betul menyokong, sudah pasti akan berebut rebut berimamkan Anwar Ibrahim…. tapi….. cuma 9 orang….
"Simpati aku pada DSAI …dikelilingi oleh manusia yg berpura pura hurmmmm,"katanya.
Sementara itu, facebooker Sam Presiden pula menyiarkan semula acara solat Jumaat yang diimamkan oleh Dr. Amina Wadud yang mencampurkan lelaki dan perempuan pada Mac 2005, di New York, Amerika Syarikat.
Solat Jumaat yang diimamkan Amina Wadud adalah untuk tontotan media untuk sebaran ke seluruh dunia.
Menurut laman sistersinislam.org Amina Wadud adalah salah seorang pengasas bersama NGO Sisters In Islam di Malaysia.

USAHA JATUHKAN HADI SEMAKIN TERSERLAH

Posted: 14 Nov 2014 02:00 AM PST



Ahli Parlimen Pasir Mas, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz tidak menolak wujudnya usaha untuk menjatuhkan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang datang dari peringkat dalaman parti itu sendiri.

Bagaimanapun Nik Mohamad Abduh berkata, Abdul Hadi masih mendapat kepercayaan akar umbi meskipun wujud kritikan hebat menggesa beliau supaya bersara dari jawatan tertinggi Pas itu.

"Tuan Guru Presiden hari ini masih mendapat kepercayaan penuh, kita tahu dan kita tengok sambutan yang diberi macam biasa, walaupun ada usaha-usaha kita sendiri kritik di peringkat dalaman, ada usaha yang cuba untuk tukar presiden.

"Kita anggap itu adalah perkara biasa sebab setiap dua tahun akan ada pemilihan, mungkin kerana jawatan presiden itu tidak pernah dicabar, jadi usaha untuk mencabar dia," katanya kepada pemberita di pekarangan bangunan Parlimen, di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian mengulas khabar angin baru-baru ini mengatakan Abdul Hadi dipujuk oleh rakan-rakannya agar berundur demi masa depan Pas dalam PR.

Mereka juga menggunakan alasan masalah kesihatannya sebagai umpan untuk tidak melayakkan Ahli Parlimen Marang itu terus memimpin Pas.

Mengulas lanjut, Ahli Jawatankuasa Kerja Pas Pusat itu menegaskan jawatan tertinggi yang digalas Abdul Hadi itu boleh dicabar mengikut amalan demokrasi dalam parti.

"Jadi kalau ada usaha itu (letak jawatan), dia panas sekejap, kita harap demokrasi ini digunakan sebagaimana kita mendesak negara sama ada di peringkat parti atau negara, ia hendaklah berkempen dengan betul, tiada fitnah, tiada yang merosakkan demokrasi itu sendiri.

"Begitu juga nasihat kita sebut kepada Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (Pasma) yang kita tahu wujud laporan mengatakan ada usaha hentam presiden yang berfakta, itu yang timbul," ujarnya.

Dalam pada itu, beliau menegaskan Pas masih konsisten dalam kerjasama politik dengan PKR dan DAP.

"Pas masih konsisten (sebulat suara) sejak dulu kita mungkin tidak sama (berbeza) pendapat, itu biasa.

"Kita cuba berusaha untuk menjadikan PR sebagai ini sebuah pakatan yang kukuh," katanya lagi –Sinar Harian

The Unspinners

0

Posted by Unknown | Posted on 11:30 PTG | Posted in

sumber :-

The Unspinners


Ini pun jadi isu? Otak kenit Mkini

Posted: 14 Nov 2014 09:30 PM PST



Mungkin tak perlu salahkan pegawai Kementeriaan. Ia bukan isu besar tapi media berfikiran jahat dan otak kecil saja berfikir demikian

Mungkin ini penyebab banyak bencana di Malaysia

Posted: 14 Nov 2014 07:30 PM PST


Si kafir tak caya pada petanda dan peringatan tuhan

Posted: 14 Nov 2014 05:30 PM PST




Ini jarang berlaku di darat dan begitu kerap di Kedah. 14 rumah terjejas baru-baru ini. Kali ke empat berlaku. BAca The Star SINI. Keadaannya ngeri....



Mungkin ianya freak weather kata orang putih. Atau keadaan iklim dan cuaca yang tak menentu. Bagi kita orang Islam, ia mungkin petanda atau peringatan. Mudah saja peringatannya iaitu bencana Allah boleh berlaku bila-bila. Orang baik atau tidak baik sama terlibat.

Adakah ianya berkaitan dengan kemungkaran yang sedang banyak berlaku di negara kita?

Wallahu alam ... tuhan saja yang mengetahui tapi tuhan ada berfirman dan Nabi berhadis (bagi yang masih percaya kepada pesuruh Allah) bahawa kemungkaran sesuatu masyarakat boleh dibalas dengan bencana. Banyak kisah Nabi sebagai contoh termasuk kisah bani Nabi Lut.

Bagi yang tak mahu percaya, dah serupa orang kafir tak percaya pada Allah dan Pesuruh Allah.

Bukan ke dulu kata tak perlu Langat 2? Bazir? Kasi kroni?

Posted: 14 Nov 2014 06:30 AM PST


Azman jual bini bukan Jokowi....

Kajang tu buat sajalah Water Theme Park, Kak KIPAS

Posted: 14 Nov 2014 04:32 AM PST

Sebelum ni tak nampak batang hidung masa super banjir
Kali ni mai ... tapi berbaju cantik untuk ke dinner
Semanjanglah berpolitik ...


Memang pun ... sebab kerajaan negeri tak ambil peduli



Ada ide nak buat water theme park ka?

Longkang boleh buat water slide

Ada perlumbaan berenang? Khalid dah tertinggal, Kak KIPAS tak larat kejar...

Boleh buat main2 air ....

Ah ... akhirnya salahkan kerajaan pusat.



Macam Tony Pua, rupanya Tian Chua, Rozan Azen pencacai YTL

Posted: 14 Nov 2014 01:30 AM PST



Cam real ajer PKR dan Mahasewel nak perjuangkan penduduk Kg Chubadak. Padahal hanya political opportunist. Rupanya mereka yang banytu halau penduduk dengan membuang khemah penduduk....




Dari komen dan bukti di atas, jelas sekali Tian Chua adalah pencacai YTL sama seperti Tony Pua....


Khabar terkini dari mahkamah, penduduk Kg Chubadak bukan dikira tanah setinggan. Baca laporan FMT di SINI

Mahawesel yg bersama PKR sudah tertipu. Orang sebenar bersekongkol dengan YTL adalah PKR. Konon bela setinggan tapi mereka sekongkol dengan pemaju. Sebabnya taukeh pemaju adalah  biseksual tapi menyamar born again Christian.

Sama macam ....

MIMPI SENJA

0

Posted by Unknown | Posted on 11:25 PTG | Posted in

sumber :-

MIMPI SENJA


Misbun terima Ijazah Kehormat Doktor Falsafah UTHM

Posted: 14 Nov 2014 09:29 PM PST


Oleh: HAFIZAN TAIB
SABAK BERNAM, 15 NOV: Kerajaan Negeri berbangga dengan pencapaian Datuk Misbun Sidek menerima penganugerahan Sains Pembangunan Insan daripada Universiti Tun Hussein Onn (UTHM), awal Oktober lalu.
Exco Generasi Muda, Sukan, Kebudayaan dan Pembangunan Usahawan, Amirudin Shari, berkata kejayaan diraih anak kelahiran Banting itu amat membanggakan rakyat dan Selangor.
"Satu pengiktirafan yang baik. Tahun lalu juga Majlis Sukan Negeri (MSN) Selangor baru sahaja memberikan pengiktirafan kepada Misbun sebagai ikon sukan negeri.
misbun sidek"Ia pengiktirafan kepada Selangor dan Misbun serta keluarga Datuk Sidek," katanya kepada Selangor Kini.
Amirudin berkata, Persatuan Badminton Malaysia (BAM) perlu memanfaatkan segala kebolehan dan pengalaman dimiliki Misbun demi kemajuan badminton negara.
"Saya berharap BAM dapat menggunakan kemampuan dan kelebihan yang ditunjukkan Misbun bagi melahirkan pemain juara seperti Datuk Lee Chong Wei, Rashid Sidek dan ramai lagi," katanya.
Misbun, 54, bekas jaguh badminton negara dianugerahkan ijazah kehormat itu dalam Majlis Konvokensyen ke-14 UTHM di Batu Pahat, Johor, yang disempurnakan Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim.
Kenyataan dikeluarkan universiti, anugerah itu dikurniakan bagi menghargai dan mengiktiraf sumbangan Misbun dalam pembangunan sukan tanah air khususnya badminton.
-NFN-

Pesawat Lain dikesan Berhampiran MH17 ketika Terhempas

Posted: 14 Nov 2014 05:00 AM PST

KUALA LUMPUR 14 Nov - Keraguan baru mengenai bagaimana pesawat Penerbangan Malaysia MH17 terhempas di Ukraine  timbul ekoran laporan bahawa beberapa pesawat tentera telah dikesan di udara sewaktu kejadian itu berlaku.

Menurut laporan saluran berita Rusia RT.com, sebuah syarikat perunding keselamatan udara Rusia telah mendedahkan satu gambar dengan bacaan yang diambil oleh sebuah stesen radar yang terletak berhampiran sempadan Ukraine.


Laporan yang memetik Ketua Pegawai Eksekutif Perunding Keselamatan Penerbangan, Sergey Melnichenko, berkata "terdapat satu atau dua pesawat perang di udara berdekatan dengan pesawat Malaysia itu."

"Data itu jelas menunjukkan bahawa pada masa kemalangan tersebut dan selepas itu, terdapat kapal terbang bergerak ke arah utara perjalanan pesawat tersebut.  Kemungkinan besar, itu adalah kapal terbang tentera, kerana tempat itu sangat rapat antara satu sama lain. Kesimpulannya, terdapat satu atau dua pesawat di situ, " kata Melnichenko.

Melnichenko menambah bahawa pesawat tentera itu berada di sebelah kiri MH17 dan terdapat beberapa bukti gambar dari kawasan kejadian itu yang menunjukkan bahagian kiri kokpit MH17 itu rosak, suatu senario yang konsisten dengan kemungkinan ia diserang oleh kapal terbang tentera itu.

Ini juga selari dengan kenyataan oleh Ketua Penyiasat Pendakwa Kebangsaan Belanda, Fred Westerbeke, yang memberitahu majalah mingguan Jerman Der Spiegel pada bulan Oktober. bahawa mereka tidak menolak teori bahawa pesawat lain menembak jatuh MH17.

Dalam kejadian 17 Julai itu, kesemua 298 penumpang di dalam MH17 termasuk 15 anak kapal, telah terbunuh. - RakyatNews

Penjarakan Anwar rosakkan Najib lebih teruk dari Dr M

Posted: 14 Nov 2014 02:02 AM PST


Penjarakan Anwar rosakkan Najib lebih teruk dari Dr M
Hukuman penjara terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim oleh Mahkamah Persekutuan jika masih tetap berpegang kepada sabitan kes liwat hanya akan menjejaskan Barisan Nasional (BN), bahkan mungkin lebih teruk daripada ketika zaman Tun Dr Mahathir Mohamad yang menjadikan ketua pembangkang itu sebagai musuh, lapor The Edge Review hari ini.
Memenjarakan Anwar hanya akan menyebabkan BN kehilangan undi kerana rakyat Malaysia dilihat sudah penat dengan permainan kerajaan terhadap ketua pembangkang dalam tempoh 16 tahun ini, di mana kes liwat terbarunya juga berlaku ketika penentangan ahli politik pembangkang dan badan lain terhadap penggunaan Akta Hasutan.
"Dalam suasana ini, keputusan bersalah Anwar hanya akan menyebabkan ketua pembangkang itu dilihat sebagai syahid politik di peringkat antarabangsa dan seterusnya menjejaskan imej Malaysia di luar negara di mana ia sudah terkesan sejak kebelakangan ini kerana pendakwaan besar- besaran kerajaan melumpuhkan ahli politik pembangkang dengan menggunakan akta drakonian itu," memetik dari artikel The Edge Review bertajuk, "Hounding Of Anwar Ibrahim takes a toll on Malaysia."
Anwar sedang menanti keputusan Mahkamah Persekutuan bagi rayuan membatalkan sabitan liwat terhadap bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan pada 2008.
Mahkamah Tinggi yang membicarakan kes ini melepaskan beliau, namun Mahkamah Rayuan pada Mac tahun ini mendapati beliau bersalah dan menjatuhkan hukuman penjara lima tahun.
Dalam rayuannya kepada mahkamah tertinggi, pihak pendakwa juga memfailkan rayuan balas untuk memanjangkan lagi hukuman penjara.
Majalah digital mingguan itu berkata sekiranya Anwar dipenjarakan, ia akan menyaksikan peningkatan sokongan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak di kalangan ahli Umno.
Ia juga akan menyebabkan Pakatan Rakyat berdepan masalah, di mana The Edge Review mendakwa perikatan parti sedang bergelut untuk mengekalkan penyatuan masyarakat dalam isu agama dan kaum.
Bagaimanapun, dengan memetik penganalisis ia berkata, dengan memenjarakan Anwar, ia umpama pemimpin itu sanggup berbuat apa sahaja demi memperbaiki imej politiknya yang tercalar di kalangan rakyat Malaysia dan tidak mustahil menjadi lebih teruk daripada apa yang dilakukan Dr Mahathir.
Ini kerana Najib juga berdepan dengan penolakan sokongan dari dalam Umno, tambahan pula parti itu bakal mengadakan perhimpunan agung tahunan hujung bulan ini.
Najib diserang beberapa veteren parti, terutama Dr Mahathir dan bekas menteri kewangan Tun Daim Zainuddin apabila kedua mereka menyalahkan Najib atas penolakan Umno.
Dr Mahathir juga dilihat begitu lantang mengkritik polisi kerajaan di bawah pentadbiran Najib.
The Edge Review berkata Umno kini berdepan dengan pergelutan kelangsungan yang menyaksikan kehilangan sokongan dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).
Meskipun dapat mengekalkan majoriti di parlimen, namun kalah undi popular kepada Pakatan.
Orang Melayu mula meninggalkan Umno pada tahun 1998 apabila Anwar dipecat dari jawatan timbalan perdana menteri dan menteri kewangan dan seterusnya pendakwaan kes liwatnya yang pertama.
Sejak itu, hampir dua dekad penganalisis melihat pendakwaaan Anwar sebagai satu kes serius dan insiden malang bagi Malaysia, kata The Edge Review.
"Terlalu banyak kerosakan berlaku dalam sistem kerana kempen tersebut," memetik daripada kenyataan komentar dan pengkaji politik Bridget Welsh.
"Meskipun Umno dan Barisan Nasional menafikan kritikan mereka menggunakan Akta Hasutan, namun pokoknya ia membuktikan kepada Anwar pendakwaannya itu kerana ketakutan Umno dan melihatnya sebagai ancaman terbesar untuk mereka terus ditampuk kuasa," tambahnya.
Sabitan Mahkamah Persekutuan akan dipantau pelabur antarabangsa kerana wujudnya kebimbangan mengenai tadbir urus dan demokrasi bagi negara Asia seperti Thailand, Singapura dan Indonesia selain Malaysia. –TMI

Honda Malaysia panggil balik 15,743 kereta kerana masalah 'airbag'

Posted: 13 Nov 2014 11:46 PM PST

BY T. AVINESHWARAN

File picture shows Japanese auto parts maker Takata Corp's auto accesories on display at a car showroom in Tokyo. Honda said on November 13 that an exploding airbag in one of its cars killed a woman in Malaysia, bringing to five the number of deaths linked to a defect in parts made by embattled Japanese supplier Takata. - AFP
File picture shows Japanese auto parts maker Takata Corp's auto accesories on display at a car showroom in Tokyo. Honda said on November 13 that an exploding airbag in one of its cars killed a woman in Malaysia, bringing to five the number of deaths linked to a defect in parts made by embattled Japanese supplier Takata. - AFP
PETALING JAYA: Honda Malaysia is set to recall 15,734 of its vehicles here, following the death of a pregnant lady from an abnormal rupture of a Takata-made airbag installed in its cars.
A news wire reported that it was the first known fatal crash linked to faulty Takata airbags outside the United States. The accident took place on July 27 but was only disclosed by Honda on Thursday.
According to the report, there were four other deaths linked to the Takata airbags in the US, including one in Florida that police first investigated as a murder because of gashes to the driver's throat.
The Malaysian case involved a 2003 Honda City manufactured in Thailand, and the airbag was made in a Takata plant in Georgia. The car was purchased in Brunei.
According to Honda Malaysia's public relations head Jordhatt Johan, the automaker is recalling 15,734 vehicles in Malaysia.
"Honda Malaysia issued a recall for 15,734 Honda cars yesterday (Thursday) in relation to the Takata airbag issue. The recall is to fix the driver side airbag.
"The Honda cars recalled are 15,612 units of the 2003 and 2004 Honda City, and 122 units of the 2004 Honda Jazz," said Jordhatt.
He said Honda also expressed condolences to the family affected by the incident.
The report quoted a local newspaper dated July 31 as saying that a 43-year-old pregnant woman died on the way to hospital after a road accident in Sibu town in Sarawak on July 27.
The newspaper reported that although doctors managed to remove the foetus alive, the baby died in an intensive care unit on July 29.
Jordhatt said he could not confirm the details in the report.
Takata Chairman Shigehisa Takada has "deeply apologised" for the Malaysia incident, the grandson of the 81-year-old company founder said in a statement on Thursday.
Honda was notified of the July accident one month later and is now recalling 170,000 additional vehicles worldwide because of a problem traced back to a Takata plant in Georgia, said spokesman Akemi Ando.
Takata has already disclosed issues with factories in Moses Lake, Washington, and Monclova, Mexico, in US regulatory documents.
Thursday's expanded Honda recall involved five models including the Fit and the Civic, Ms Ando said.
The company will recall about 70,000 units sold in Japan, as well as vehicles in China, Europe and other overseas markets. None of the vehicles were sold in North America.
Faulty air bag inflators made by Takata have ruptured and spewed metal fragments at passengers, prompting safety campaigns by automakers including Toyota Motor Corp. and General Motors Co.

:: RUANG BICARA PRIA MALAYA ::

0

Posted by Unknown | Posted on 11:22 PTG | Posted in

sumber :-

:: RUANG BICARA PRIA MALAYA ::


DP BBM Lucu Terbaru

Posted: 13 Nov 2014 11:50 PM PST

DP BBM lucu Terbaru - Tidak ada habisnya nih para netizen memburu yang satu ini, dan pada kesempatan posting yang pertama ini maka ijinkanlah untuk menyuguhkan artikel tentang topik yang satu ini. Semoga saja bisa memberikan anda semua sebuah motivasi ataupun inspirasi untuk bisa mendapatkan DP BBM yang lucu terbaru dan tidak basi.

DP BBM Lucu gokil menjadi incaran para maniak pengguna aplikasi dari RIM ini, walaupun sudah banyak juga para kompetitor seperti whatsapp, Line, dan wechat tapi tentunya penggemar setia BBM tidak mudah untuk berpaling kepada aplikasi yang lain, mungkin karena kemudahan dalam pengoperasianya dan juga telah memiliki kontak yang banyak atau juga memang BBM ini bisa digunakan untuk sarana berbisnis.

Nah dalam artikel ini saya berikan DP BBM Lucu yang semoga saja bisa menghibur:










Wokeeh... segitu aja dulu kali ye buat gambar DP BBM Lucu buat anda semuanya, moga aja bisa menambah perbehandaraan kosa kata dan juga koleksi DP BBM anda.

Belantan

0

Posted by Unknown | Posted on 11:03 PTG | Posted in

sumber :-

Belantan


Selangor pulangkan 351 Bible bahasa Melayu!

Posted: 14 Nov 2014 10:27 PM PST

SULTAN SHARAFUDDIN IDRIS SHAH dan Mohamed Azmin Ali (kanan belakang) menyaksikan Mohammad Adzib Mohd. Isa (kanan) menyerahkan kembali Bible yang dirampas kepada Bolly Lapok di Istana Alam Shah, Klang, Selangor, semalam.

Selangor memulangkan 351 naskhah Bible versi bahasa Melayu dan Iban yang mengan­dungi kalimah Allah kepada Persatuan Bible Malaysia (BSM) dalam majlis yang diadakan di Istana Alam Shah, Klang hari ini.

Penyerahan naskhah Bible tersebut yang dirampas oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) daripada BSM pada Januari lalu itu dilakukan oleh Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), Datuk Mohamad Adzib Mohd. Isa kepada BSM yang diwakili Pengerusi Persatuan Gereja-Gereja Sarawak (ACS), Archbishop Datuk Bolly Lapok sambil disaksikan oleh Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah dan Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali.

Yang turut hadir Mufti Selangor, Datuk Mohd. Tamyes Abd. Wahid; Pengarah JAIS, Ahmad Zahrin Mohd. Saad dan Setiausaha Agung Majlis Gereja Malaysia, Dr. Herman Shastri.

Mohamed Azmin dalam kenya­taan hari ini menyifatkan penyerah­an semula 351 naskhah Bible itu merupakan satu langkah terbaik bagi menyelesaikan isu rampasan kitab tersebut yang menjadi pertikaian antara masyarakat, khusus­nya dalam kalangan penganut Islam dan Kristian sebelum ini.

"Saya mengucapkan penghargaan tertinggi kepada Sultan Se­langor atas pandangan jauh serta insiatif baginda dalam mencari cara terbaik untuk menyelesaikan masalah yang telah berlarutan sekian lama. Semua pihak yang terlibat terutamanya MAIS dan ACS telah pun mencapai penyelesaian yang baik dalam isu Bible ini menerusi usaha ikhlas dan keyakinan untuk menghormati sensitiviti agama dan masyarakat," katanya.


Thank you madam speaker?

Twitter Hannah kepada TS Khalid sebelum ini?

Pada masa sama, Mohamed Azmin mengakui bahawa beliau mahukan kesemua Bible yang dirampas oleh JAIS sebelum ini dipulangkan semula kepada pihak Kristian kerana itu adalah hak milik penganut agama itu.

"Sejak memegang jawatan Menteri Besar Selangor, pentadbiran negeri akan mengusahakan pelbagai cara untuk menambah baik dan memupuk persefahaman kaum dan agama di Selangor. Sebagai salah satu perkara utama dalam usul ini, saya berikrar untuk memulangkan Bible tersebut kepada pihak Kristian kerana itu milik mereka," tegasnya.

Sementara itu, Mohamad Adzib menegaskan, pemulangan semula naskhah-naskhah Bible berkenaan dibuat atas titah Sultan Selangor setelah mengadakan perbincangan serta mendapatkan pandangan da­ripada Majlis Dewan Diraja Sela­ngor sebelum ini.

Bagaimanapun, pemulangan ke­semua Bible itu menurut beliau disusuli dengan syarat tegas baha­wa kitab-kitab berkenaan yang me­ngandungi kalimah Allah tidak boleh diedarkan di Selangor, khususnya dalam kalangan umat Islam.

"Bible yang mengandungi kalimah Allah hanya boleh digunakan dalam kalangan penganut Kristian di Sarawak. Penyelesaian (pemula­ngan 351 naskhah Bible) ini adalah untuk memastikan semua pihak menghormati agama dan keperca­yaan di antara satu sama lain, selain mengekalkan sensitiviti kepelbagai­an agama di negara ini," ujarnya.

Dalam pada itu, Mohamad Adzib turut mengingatkan kepada semua pihak berhubung titah Sultan Se­langor yang mahukan kepercayaan-kepercayaan lain menghormati sensitiviti umat Islam, selain berharap pengedaran termasuk penerbitan Bible yang mengandungi kalimah Allah tidak lagi dilakukan di Selangor.

Ini kerana katanya, tindakan menerbit serta mengedarkan Bible yang mengandungi kalimah Allah itu adalah kesalahan di bawah Enakmen Agama Bukan Islam (Kawalan Perkembangan di Kala­ngan Orang Islam) Selangor 1988.-UMO

Suara Politik
Belantan

Kes HIV dilapor tinggi di Kelantan selepas Selangor?

Posted: 14 Nov 2014 06:08 AM PST


Kes HIV dan AIDS dilaporkan tinggi di Kelantan kerana negeri itu berdekatan dengan negara Thailand.

Menurut Ahli Jawatankuasa PAS Nik Mohamad Abduh Nik Abd Aziz, Thailand menawarkan dadah dan pelacur dengan lebih mudah berbanding Malaysia.

Akses keluar masuk dari Kelantan mudah melalui Golok jika dibandingkan dengan negeri-negeri yang lain seperti Kedah, Perlis dan Perak dan ini adalah satu cabaran untuk Kelantan.

Selepas negeri Selangor, Kelantan merupakan negeri kedua mencatatkan kes HIV tertinggi di Malaysia. 207 daripada 3393 kes baru di Malaysia telah dilaporkan dari negeri ini.

Adakah ini bermakna IMAN rakyat negeri serambi Mekah masih tidak kuat, lemah dan sebagainya walaupun di bawah pemerintahan parti PAS? Tepuk dada, tanya selera!

Suara Politik
Belantan

Cursing Malay : Terus Terang

0

Posted by Unknown | Posted on 9:50 PTG | Posted in

sumber :-

Cursing Malay : Terus Terang


11 Point Penting Untuk Pelajar-Pelajar Yang Mahu Masuk Belajar di Sekolah Asrama

Posted: 14 Nov 2014 12:22 AM PST

Aku duduk,membesar dan belajar di asrama penuh selama 5 tahun. 

Kesan daripada membesar dekat tempat orang sebenarnya banyak mencorakkan hidup aku sekarang ni. Banyak benda yang aku bersyukur sangat tapi ada juga beberapa benda yang aku tak berapa suka, seperti kena ragging,buli atau paling parah, belasah dengan senior. Aku dah pernah kena rasa belasah sorang dengan 7-8 orang tapi mungkin sebab aku lagi tinggi dari senior2 aku dan aku dulu seorang yang berstamina jugak la, aku boleh nampak senior2 aku give up nak belasah aku.

"Ak eleh mamat pendek nak flying kick aku. Bukan sakit pun."

Apa sebab aku kena belasah ramai2 atau dalam istilah sekolah aku "kena rumble" tu? Aku fly (keluar sekolah tanpa kebenaran) tanpa mintak kebenaran diorang. Kau tak nampak betapa kepala bana-nya budak2 sekolah pandai ni? Senior kena bagi kau kebenaran untuk kau keluar sekolah tanpa kebenaran. Orang2 ni la yang diharapkan akan jadi pemimpin2 kerajaan satu hari nanti tapi kitorang membesar dengan mentaliti camtu.

Mungkin sebab tu kot rasuah berleluasa kat negara kita ni, hmmmm....

Ada beberapa tips yang aku boleh ajarkan kepada kau jika kau ni jenis mamat2 yang selalu kena belasah kat sekolah asrama untuk memastikan kau selamat.

1. Kau jangan kerek. Berlagak. Ego. Tak kiralah bapak kau Gabenor Bank Negara ke, Perdana Menteri Nepal ke senior2 akan paling menyampah dengan budak yang berlagak.

2. Kalau kau hebat dalam bidang lakonan, serius shit aku cakap kat kau, sepanjang masa kau sekolah asrama, berlakon jadi pondan. Tapi jangan sampai jadi pondan betol. Aku tak tau kenapa golongan lembut ni orang tak selalu sentuh. Mungkin takut haram. Mungkin sebab lelaki lembut jarang buat benda jahat...melainkan ...jahat yang ehem2 tu.

3. Waktu kau junior, kau memang akan rasa azab! Tapi aku lucky sebab senior aku backup kitorang. Tapi nak tak nak macam mana pun kau cuba tepis, senior akan still carik jalan untuk perkecikkan kau. Takpe, layankan aje. Diorang suruh kau ambik air water cooler? Ambik. Ludah dalam tu. Jangan buang kahak. Just ludah. Kemudian goncang. Kemudian bagi diorang minum. Ini bergantung sama ada kau ngam atau tidak dengan senior kau tu.

4. Macam mana nak gain respect kawan2? Kalau kau kena belasah dengan senior. Macam mana kau nak lose respect dengan kawan2? Kau kena belasah dengan kawan2 kau sebab kau carik pasal dengan diorang.

5. Kalau kau duduk asrama, jangan jadi malas. Kau kena bersukan. Bila badan kau sihat, kau kena belasah pun tak rasa sangat.

6. Apa nak buat kalau kau kena belasah ala rumble? Nombor satu, tahan aje dulu. Lepas dah beberapa das kena kat kau...apa yang kau perlu buat adalah berlakon macam kau sakit jantung. Budak2 yang belasah kau ni, diorang berani sebab diorang nampak kau boleh tahan...tapi bila benda tu dah jadi kronik, macam darah keluar ke, jantung semput ke...diorang akan berhenti dan dengan tiba2 diorang boleh concern dengan kau.

7. Tapi yang penting, jangan cepat sangat kau mula lakonan kau tu. Pastikan real. Lepas kau kena sedas kat kepala...kau berlakon la pening sampai nak terlanggar dinding ke. Kalau kena sepak betis tapi kau pegang kepala...lagi sedap la diorang laukkan kau.

8. Nasihat aku paling penting bila kau duduk asrama ni; jadi low profile se-low yang mungkin.

9. Time paling berdebar adalah bila ada budak datang panggil kau kata ada senior panggil ke bilik diorang. Time ni kau jangan takut. Kau nak lari? Lari aje la. Gi tidur kelas. Bukannya senior kau tu rajin nak carik kau. Tapi ni apply untuk kes bangang2 macam aku kena tu aje la. Kalau kau kantoi curik duit orang dan kemudian senior kau carik kau, nak belasah....berdasarkan pengalaman aku 5 tahun, aku cakap kat hang...kau deserve kena belasah.

10. Adakah aku takkan hantar anak aku pergi sekolah asrama berdasarkan pengalaman aku? Ada satu hari, aku gi open house raya rumah kawan aku kat Ampang, tengah duduk ramai2, ada sorang anak kawan aku sepak anak aku yang masa tu baru aje berumur dekat 2 tahun dari belakang. Budak2 4-5 tahun, baru belajar nak jadi ganas. Memang berkecai jiwa aku waktu tu sebab anak aku blur2 tak tau apa yang terjadi kat dia...tapi oleh kerana anak aku dianugerahkan badan yang sasa macam ayah dia, dia pusing belakang, tengok budak tu...kemudian dia sambung balik tengok TV berdiri sambil makan kuih.

Kalau nak kira takut, sampai bila2 kau takkan buat apa2.

Jadi, tak perlulah kau takut hantar anak kau ke sekolah asrama hanya sebab kau dah kerap benar tengok video budak2 belasah dalam asrama ni. Benda dah nak jadi, dia akan jadi tak kiralah macam mana pun kau cuba halang sesuatu tu berlaku.

Ada satu lesson yang aku pegang sampai sekarang yang aku belajar dari sekolah berasrama penuh ni. Kau takkan jadi dewasa kalau kau tak belajar hadap benda yang buat kau susah hati. Tapi sesusah macam mana pun hati kau, ingat....ada orang lain yang akan risaukan kau lebih dari diri kau sendiri.

So, point aku no.11...

11. Kalau kau kena belasah, jangan bagitau mak ayah kau, melainkan ada berlaku kecederaan teruk. Setakat kena sepak terajang sikit2 kena buli sikit2, biasa la tu. Kalau semua benda kau nak bagitau mak ayah kau, tu la puncanya mak ayah kau akan kena sakit jantung waktu muda.

Kalau kau sayang mak ayah kau, ingat benda ni. Especially kepada anak2 ibu tunggal atau bapa tunggal macam aku. Memang boleh sakit jiwa perasaan mak bapak ni, bila tau anak dia demam. Tu baru demam.

Belum lagi tau anak kena belasah, ye tak?

ANGIN PERUBAHAN

0

Posted by Unknown | Posted on 9:37 PTG | Posted in

sumber :-

ANGIN PERUBAHAN


Video Fahmi Zainol Berbohong Dalam Surau Tentang Kes Pagar UM

Posted: 14 Nov 2014 07:34 PM PST


Bawani Beri Tazkirah Dalam Surau, Ajaran Songsang Sosialis Dah Masuk Surau

Posted: 14 Nov 2014 05:31 PM PST


1) Dulu Teo Nie Ching, ketika jadi Ahli Parlimen DAP Serdang masuk ke dalam surau di Kajang beri tazkirah masa bulan Ramadhan. 

2) Kini ada versi baru, Bawani, ahli Parti Sosialis Malaysia (PSM) masuk di sebuah surau berhampiran UUM untuk beri tazkirah. 

3) Kali ini pendengarnya pelbagai bangsa. Masuk ke dalam surau. Apakah yang mereka ini begitu terdesak hingga masuk ke surau untuk bercerita hal politik? 

4) Jelajah Menghasut tidak boleh gunakan tempat lain selain surau untuk menghasut? 

5) Tindakan ini amat biadap dan kurang ajar. Mahasiswa pro PAS di UUM sudah tidak merasa apa apa rumah Allah dipergunakan sebegitu rupa? 

6) Mahasiswa UUM sudah boleh melihat sendiri kelakuan sebenar pelajar pelajar pembangkang ini. Usah beri muka lagi kepada mereka untuk perbodohkan mahasiswa. 

7) Ayuh bangkit pertahankan kesucian Islam dan maruah agama di UUM. Tindakan mereka ini sudah terlalu kurang ajar. Pihak berkenaan perlu ambil tindakan tegas terhadap mereka yang menjatuhkan imej rumah ibadat umat Islam ini.


Fahmi Zainol & Bawani Berpolitik Sampai Ke Dalam Surau

Posted: 14 Nov 2014 08:21 AM PST

Lepas Panggil Bodoh, Kemudian Tidak Mengaku

Posted: 14 Nov 2014 07:07 AM PST