Followers

Nuffnang

MIMPI SENJA

0

Posted by Unknown | Posted on 11:44 PTG | Posted in

sumber :-

MIMPI SENJA


Buang janin dekat kubur

Posted: 13 Nov 2014 08:48 PM PST

Johor Bahru: Seorang remaja perempuan ditahan polis susulan penemuan satu janin di tepi perhentian bas berhampiran tanah perkuburan di Jalan Kebun Teh di sini, semalam.
Remaja berusia 16 tahun itu ditahan selepas disyaki membuang janin berkenaan yang diletakkan dalam sebuah kotak di bawah rimbunan pohon buluh di lokasi kejadian.
Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan Asisten Komisioner Sulaiman Salleh berkata, janin yang cukup sifat itu dianggarkan berusia 18 minggu.
Beliau berkata, suspek terbabit dipercayai membuat pengguguran haram di sebuah hospital swasta hasil persetubuhan yang tidak sah.
"Polis menjalankan siasatan rapi dan dalam tempoh empat jam, kami berjaya mengesan suspek yang dipercayai ibu kepada janin terbabit," katanya.

JANIN dianggarkan berusia 18 minggu yang ditemui di tepi hentian bas di Jalan Kebun Teh.

Bekas Pengurus Saman Zizan Razak Lebih RM500,000

Posted: 13 Nov 2014 05:28 AM PST


Zizan Razak


PETALING JAYA: Kemelut antara Zizan Razak dan bekas pengurusnya sampai ke kemuncak apabila pelawak itu disaman lebih setengah juta ringgit selepas dia didakwa melanggar kontrak pengurusan artis yang ditandatanganinya.

Marina Juki selaku plaintif telah memfailkan saman terhadap Zizan di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur dekat sini pada 6 November lalu.


Saman tersebut difailkan selepas Marina dari  Wire Fame Entertainment Sdn Bhd mendapati Zizan atau nama sebenarnya Mohd Razizan Abd Razak, 30, melanggar syarat kontrak apabila dia bekerjasama dengan syarikat lain sedangkan perjanjiannya dengan Wire Fame masih belum tamat yang mana ia berakhir pada 5 Mei 2015.

Marina selalu plantif menuntut ganti rugi khas lebih RM500 ribu, ganti rugi am sebanyak 15 peratus ke atas semua pendapatan yang diperoleh defendan (Zizan) daripada syarikat pengurusan lain.

Gambar fail Marina membuat laporan polis terhadap Zizan Razak pada Jun lalu selepas akaun bank syarikat Wire Fame disekat.

Dalam pada itu, Marina juga menuntut faedah lain sebanyak 5 peratus setahun dari tarikh pemfailan saman berkenaan.

Beliau juga turut memohon injunksi bagi menghalang defendan daripada meneruskan kontrak dengan pihak syarikat pengurusan baru memandangkan dia masih lagi mempunyai kontrak yang sah bersama plaintif.

Marina turut membuat tuntutan ganti rugi bagi pelanggaran kontrak tersebut termasuklah kos dan lain-lain tuntutan munasabah oleh pihak mahkamah.

Terdahulu, Zizan dikatakan sudah tidak berhubungan dengan pengurusnya gara-gara masalah peribadi dan perkara itu membuatkan syarikat Wire Fame yang ditubuhkan bersama akan dibubarkan.

Masalah itu berlarutan sehingga Marina yang memegang saham sebanyak 30 peratus dituduh menyeleweng wang syarikat dan Zizan yang memegang saham terbesar sebanyak 70 peratus telah menyekat akaun bank syarikat.

Bagi kes berkenaan, Marina akan diwakili peguam Harjit Singh Sandhu dan Wan Norliyana.

Dialog Dewasa Kritik Berasa

0

Posted by Unknown | Posted on 11:41 PTG | Posted in

sumber :-

Dialog Dewasa Kritik Berasa


AZMIN ALI PANDAI BERMAIN KATA

Posted: 13 Nov 2014 11:00 PM PST


Facebooker pro Pakatan Rakyat, Ally Hazran Hashim menyimpulkan Menteri Besar Selangor, Mohamad Azmin Ali hanya pandai bermain kata-kata tanpa idea baharu, sebaliknya meneruskan polisi yang pernah dilaksanakan bekas Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.



Menurut Ally Hazran, walaupun Azmin bermain kata-kata dengan mendakwa 'cara pentadbirannya' berbeza dengan Khalid berkaitan Lebuh Raya Kinrara-Damansara (Kidex), namun pada akhirnya projek itu tetap diteruskan.



Ally Hazran turut membangkitkan perbezaan nada kata-kata Azmin sebelum dan selepas menjadi MB Selangor berkaitan dengan projek pembinaan loji rawatan air Langat 2.

Sebelum menjadi MB, Azmin menuduh Khalid sengaja menyembunyikan kandungan perjanjian projek tersebut, seolah-olah mahu mengajak rakyat memberi prasangka buruk terhadap bekas MB Selangor.

Namun, selepas Azmin menjadi MB, projek itu tetap diteruskan, malah prasangka yang dilontarkan sebelum ini sekadar kata-kata sahaja.

Berkaitan isu sampah, kata-kata Azmin seolah-olah terkedu apabila sekeping foto disebarkan berkenaan longgokan sampah di depan rumah ibunya, di Klang Gate.



Ally Hazran yang bersetuju dengan dengan pandangan facebooker Omar Kau menyarankan agar Azmin menjaga rumah ibunya terlebih dahulu sebelum menjaga rumah orang lain.

"Dato' Menteri Besar Selangor YAB Azmin Ali telah melancarkan perang habis-habisan mengenai sampah tidak berkutip .. Bermula dengan melakukan terjahan tempat pelupusan sampah dan panjat lori sampah sampailah menyiarkan no telefon bimbit 012-2052020 untuk rakyat menghantar sms kepada beliau mana-mana tempat yang menghadapi kutipan sampah tidak dikutip mengikut jadual.

"Dengan garang kencang dia memberi amaran kepada semua PBT agar bertindak segera dalam tempuh 3 bulan dan beliau tidak mau lihat ada lagi sampah tidak berkutip.

N"ampaknya kesungguhan beliau itu seorang warga telah memuatnaik longgokan sampah yang tidak berkutip betul-betul depan rumah ibunya di Klang Gate.

"Apakah tujuan dan niat si pengirim gambar ini??? … kuman seberang laut nampak gajah depan mata terus buta mata???? Atau .. Jangan gebang kencang sedangkan sampah depan rumah ibu sendiri tidak mampu di urus …. Pastikan Kepimpinan Melalui Teladan????,"kenyataan Omar Kau dipetik.



Begitu juga berkaitan dengan isu rampasan Bible oleh Jabatan Agama Islam Selangor, Azmin juga dilihat hanya bermain kata-kata.

Ally Hazran berpendapat Azmin sepatutnya dapat menyelesaikan kes itu dengan mengeluarkan arahan sebagai MB Selangor mengarahkan Bible yang dirampas itu dikembalikan semula kepada pihak terbabit.


DAP BAGI TEKANAN MENTAL & FIZIKAL KEPADA HADI

Posted: 13 Nov 2014 08:00 PM PST


Ketua Penerangan PAS, Datuk Mahfuz Omar menasihati DAP agar tidak mengeluarkan kenyataan berunsur paksaan terhadap Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Mahfuz dilaporkan Malaysiakini berkata DAP tidak perlu mengenakan tekanan untuk memaksa Hadi yang berada dalam keadaan uzur untuk ke mesyuarat Pakatan Rakyat.

"Saya harap rakan-rakan DAP harus berhati-hati dalam buat kenyataan.

"Dia (Hadi) mempunyai alasan kesihatan (kerana tidak hadir ke mesyuarat)," kata MP Pokok Sena itu sewaktu ditemui pemberita di bangunan Parlimen.

Menurutnya, PAS sendiri tidak pernah memaksa Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng untuk sentiasa hadir ke sidang Dewan Rakyat.


"Kita tak gesa pun Lim Guan Eng hadir ke Parlimen. Kenyataan begitu tidak begitu cermat. Harap DAP beri perhatian kepada perkara ini," katanya lagi.

Beliau merujuk kepada gesaan terkini DAP yang meminta agar Hadi hadir ke mesyuarat Pakatan Rakyat.

Sementara itu, Ahli Parlimen PAS Kuala Nerus, Dr Mohd Khairuddin Razali menyarankan Guan Eng supaya 'berpuasa' daripada mengeluarkan kenyataan yang tidak baik terhadap Hadi.

"Kenapa isu ini dibangkitkan? Ini salah satu siri serangan kepada presiden bukan sahaja daripada Guan Eng tetapi MP dalam kalangan PAS sendiri mempertikaikan presiden. Ini satu agenda yang tidak baik," katanya kepada pemberita di Lobi Dewan Rakyat, lapor FMT.

Mohd Khairuddin juga turut menyifatkan desakan supaya Hadi meletak jawatan sebagai Presiden PAS hanyalah 'suara anak-anak nakal'.


SANTAI JUMAAT: AKIBAT NAK SEMUA MURAH...NAMUN HASILNYA?

Posted: 13 Nov 2014 06:47 PM PST


Kalau di kebanyakkan negara membangun, persoalan mendapatkan barang dengan harga yang murah menjadi keutamaan sebahagian penduduk.

Mereka sanggup berdemo sana sini dan mendesak kerajaan untuk memenuhi tuntutan rakyat.

Akhirnya kerajaan terpaksa tunduk pada kehendak rakyat memberikan harga barang yang murah. Jika tidak parti mereka akan ditukar setiap kali pilihanraya.

Apabila kerajaan baru dilantik, perkara pertama yang dilakukan adalah memenuhi tuntutan rakyat yang memilih mereka.

Namun tidak semuanya indah dan berjaya ditunaikan. 

Sekali lagi parti pemerintah yang baru itu dikritik hebat oleh para pengundinya, apatah lagi oleh parti yang tewas sebelumnya.

Mulalah mereka menyalahkan kerajaan yang lama memerintah dulu, namun jauh disudut hati mereka tahu bahawa bukan senang nak tunaikan janji berbanding tabur janji.

Memenuhi tuntutan rakyat tidaklah semudah berjanji itu dan ini. Kalau buat kerja salah sikit dikritik hebat,  apatah lagi kalau yang tak bekerja, sembang kuat ceramah memanjang!

Akhirnya jadi macam cerita sepasang suami isteri dengan seekor kaldai. 


Belajar dari industri automatif India

Di India, ramai rakyatnya berkeinginan memiliki kereta sendiri. Walaupun ada dikalangan mereka masih lagi bergelar mahasiswa universiti dan kolej.

Kerajaan kerana inginkan undi golongan belia telah memikirkan apa salahnya memenuhi tuntutan golongan belia dan orang muda itu. 

Berkenderaan tidak salah kerana India perlu maju setanding negara-negara kuasa ekonomi lain seperti China. 

Tidakpun mesti selangkah ke hadapan berbanding musuh utamanya; Pakistan atau lebih hebat dari Nepal, Bhuttan, Bangladesh atau Sri Lanka.

Maka pelbagai syarikat automotif diberi pelbagai isentif melabur di India dan mengeluarkan pelbagai kenderaan yang murah dan jimat di segi penggunaan petrol. Maka terhasillah model-model kenderaan mini antaranya jenis hatchbag seperti Datsun Go (Nissan) dengan enjin 1.2 liter dan berharga kira-kira 400,000 rupee (RM19,000.00).


Begitu juga model Maruti Suzuki Alto, Ford Figo, Hyundai i10 dan Tata Nano... yang telah dipermurahkan harganya kerana ramai rakyat India inginkan kenderaan murah dan marah kerajaan jika harga mahal. 

Boleh ler bergaya macam hero-hero filem Hindustan, Tamil dan Punjabi...

Tanpa beg udara atau brek anti kunci serta kerangka (body) kenderaan dibuat dari bahan metal yang murah (alumnium?) telah melalui ujian Global NCAP selaju 64km/j. 

Hasilnya sungguh menggerikan dan mengejutkan dunia, remuk renyuk beb... Akhirnya Global NCAP memberikan rating keselamatan kosong dari 5 bintang untuk dewasa dan hanya 2 bintang untuk keselamatan kanak-kanak.


Kereta-kereta model hatchback lain begitu juga, kosong bintang! 

Volkswagen Polo juga telah diuji dan pada awalnya memperoleh kosong bintang, tetapi selepas VW bertindak balas dengan menukar kepada standard dual airbag, penarafan telah dinaikkan kepada empat bintang.


Bayangkan dengan keadaan jalanraya yang sesak di India penuh dengan bajaj, kereta lembu dengan kelajuan di bawah 70km/j kenderaan murah boleh remuk, cer bayangkan jika kita boleh speed sampai 110km/j dan berlanggar...rasanya hancur lunyai, nak kesan no plat pun tak dapat!

Itulah pengajaran jika kita terlalu mengikut suara-suara sumbang yang menuntut itu ini tanpa kita berani untuk membuat keputusan untuk kebaikan jangka panjang maka kita akan terdedah kepada risiko yang lebih sukar di masa hadapan.

Pendekatan kita selama ini adalah menyelesaikan masalah dengan menimbulkan lebih banyak masalah hingga kadang-kadang menyebabkan rakyat semakin meluat. 

Tak apalah asalkan pengundi suka...

Kekadang kita perlu belajar dari ketegasan Tun Mahathir...







   
  

GUAN ENG BANTU JATUHKAN HADI SUPAYA MAT SABU JADI PRESIDEN

Posted: 13 Nov 2014 05:47 PM PST



Blog penyokongpas mengakui memang terdapat arus kuat di rakan-rakan pimpinan parti yang mahu menumbangkan Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebagai Presiden PAS.

"Hj Hadi ini dirasakan sudah tak layak pegang jawatan Presiden.

"Bila ana tanya, ok ke kalau Mat Sabu yang jadi pemangku?. Mereka tak setuju pulak. Ada yang kata, habis PAS jadi syiah.

"Habis tu kalau Presiden letak jawatan, bukan Timbalan yang pangku?," soalnya.

Tambah blogger PAS itu terdapat juga pendapat yang mahu Datuk Kamaruddin Jaafar, rakan baik Datuk Seri Anwar Ibrahim dicalonkan menjadi Presiden PAS

"Ada yang kata, calon paling layak adalah Kamaruddin Jaafar. Layak ikut aturan apa?

"Masalah juga kita ni. Tak ada orang nak ganti. Cakap memang senang," katanya lagi.

Blog penyokongpas membuat kenyataan itu sebagai mengulas laporan The Malaysian Insider yang menyebut terdapat satu usaha untuk memujuk Hadi sebagai Presiden PAS.

"Ini tulisan dalam The Malaysian Insider. Bila ana cek dengan rakan-rakan pimpinan, mereka pun beri pandangan sama,"kata blog penyokongpas yang turut menyertakan petikan laporan portal itu seperti di bawah :

Datuk Seri Abdul Hadi Awang sedang dipujuk rakan-rakannya agar berundur demi masa depan PAS dalam Pakatan Rakyat (PR) dan masalah kesihatannya yang tidak melayakkannya untuk terus memimpin parti Islam itu, kata sumber.

Mereka memberitahu The Malaysian Insider jika Hadi bersetuju, parti Islam itu boleh memperbaiki hubungan mereka bersama PKR dan DAP yang semakin keruh disebabkan sikap dingin presiden PAS itu.

Hadi tidak menghadiri Mesyuarat Majlis Presiden PR sejak tidak bersetuju dengan tindakan PKR dan DAP untuk menyingkirkan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai menteri besar Selangor pada Ogos lepas.

Difahamkan selepas pulang dari Turki, Hadi sukar untuk mengawal kemarahannya dan beberapa insiden memalukan berlaku seperti memarahi Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mengunjunginya di Terengganu semasa kemelut menteri besar Selangor.

"Presiden banyak berubah selepas masuk hospital di Turki dan seringkali membuat keputusan secara bersendirian. Mungkin sudah sampai masa untuk beliau berundur," kata seorang pemimpin kanan PAS kepada The Malaysian Insider dengan syarat tidak dinamakan.

Selepas mengeluarkan pendirian berbeza berulang kali dengan pemimpin PR, Hadi tidak menghadiri pelancaran Belanjawan 2015 PR dan pembentangan Bajet 2015 di Dewan Rakyat pada 10 Oktober lalu

PENGHAKIMAN MAHKAMAH RAYUAN BUKA RUANG PERKAHWINAN SEJENIS

Posted: 13 Nov 2014 02:00 AM PST



Alasan penghakiman Mahkamah Rayuan yang memutuskan Seksyen 66 Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Sembilan) 1992 bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan amat luas impikasinya termasuk membuka jalan untuk membenarkan perkahwinan sejenis, kata bekas Ketua Hakim Negara Tun Abdul Hamid Mohamad.

Tun Abdul Hamid berkata, alasan-alasan yang diberikan mahkamah itu juga menyebabkan hukum syarak akan sentiasa terdedah kepada kemungkinan diisytiharkan tidak sah.

"Alasan penghakiman tersebut memberi implikasi apabila sesuatu hukum syarak boleh diisytiharkan bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan berdasarkan tafsiran yang liberal seperti yang diberi oleh mahkamah di negara-negara sekular.

"Apabila hukum syarak diukur dengan nilai liberal hak asasi ala-Barat dan apabila hukum syarak boleh dicabar atas alasan ia tidak munasabah kepada seseorang Hakim, termasuk yang bukan Islam, maka hukum syarak akan sentiasa terdedah kepada kemungkinan diisytiharkan tidak sah," katanya.

Beliau berkata demikian menerusi e-mel yang dihantar kepada Bernama bagi memberi pandangan berhubung keputusan panel tiga hakim dipengerusikan Hakim Datuk Mohd Hishamudin Mohd Yunus yang sebulat suara membenarkan rayuan dikemukakan tiga jurumekap pengantin, Muhamad Juzaili Mohamad Khamis, 26, Syukor Jani, 28, dan Wan Fairol Wan Ismail,30, untuk mengisytiharkan Seksyen 66 adalah tidak sah di sisi perlembagaan dan undang-undang.

"Apa yang merisaukan saya ialah alasan-alasan yang diberi untuk mengisytihar Seksyen 66 itu bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan. Mereka mengabaikan peruntukan Perlembagaan Persekutuan yang mengiktiraf kesalahan terhadap suruhan agama Islam.

"Bagi saya, jika mereka menerima bahawa kesalahan itu adalah kesalahan terhadap suruhan agama Islam (sebenarnya mereka terima kedudukan itu), maka sepatutnya mereka mengesahkan bahawa peruntukan itu sah di sisi Perlembagaan. Ini kerana Perlembagaan Persekutuan memberi kuasa kepada Badan Perundangan Negeri untuk membuat undang-undang itu," katanya.

Tambah beliau, sebaliknya hakim tersebut merujuk kepada peruntukan-peruntukan lain seperti penghakiman Mahkamah Agung Amerika Syarikat dan India sedangkan perlembagaan negara tersebut tidak sama seperti Malaysia.

"Perlembagaan mereka tidak ada peruntukan-peruntukan mengenai agama Islam seperti yang ada dalam Perlembagaan kita. Nilai-nilai mereka tidak sama dengan nilai kita. Hakim-hakim itu juga nampaknya sangat terpengaruh dengan tafsiran hak asasi manusia ala-Barat. Akibatnya, mereka memberi tafsiran yang sangat liberal mengenai peruntukan Perlembagaan Persekutuan mengenai kebebasan," katanya.

Abdul Hamid berkata, berdasarkan alasan penghakiman yang sama, undang-undang yang membenarkan seorang lelaki Islam berkahwin lebih daripada satu;
undang-undang yang menjadikan kesalahan jika seorang Islam tidak membayar zakat; kesalahan meminum minuman yang memabukkan; kesalahan zina dan liwat dan lain-lain juga, boleh diisytiharkan tidak sah.

"Malah penghakiman ini membuka jalan untuk membenarkan perkahwinan sejenis. Nampaknya apa yang saya khuatir akan berlaku telah mula berlaku," kata beliau.

Abdul Hamid berkata, setelah membaca penghakiman ringkas dalam kes tersebut beliau mendapati bahawa peruntukan Seksyen 66 itu tidak sah bukan kerana ia 'undang-undang jenayah' yang terletak di bawah bidang kuasa Persekutuan tetapi kerana ia melanggar Perkara 5(1)(kebebasan diri), 8(1) (kesamarataan), 8(2) (diskriminasi), 9(2) (kebebasan bergerak) dan 10(1)(a) (kebebasan bercakap dan bersuara).

Seksyen 66 enakmen itu memperuntukkan bahawa adalah suatu kesalahan apabila lelaki yang memakai pakaian perempuan atau berlagak seperti perempuan di tempat awam dan jika sabit kesalahan boleh didenda maksimum RM1,000 atau penjara, tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya. – BERNAMA

Belantan

0

Posted by Unknown | Posted on 11:26 PTG | Posted in

sumber :-

Belantan


MB Selangor sebelum 100 hari?

Posted: 13 Nov 2014 03:33 PM PST


Pada 12 November lalu telah lebih 50 hari, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Antarabangsa, Mohamad Azmin Ali memegang jawatan Menteri Besar (MB) Selangor setelah mengambil alih daripada penyandangnya sebelum ini, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Satu peralihan kuasa dalam pentadbiran kerajaan negeri yang boleh dianggap sebagai paksaan kerana Abdul Khalid dipaksa meletak jawatan setelah dipecat daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) kerana tidak sehaluan dengan kepimpinan parti itu.

Mungkin sesetengah orang menganggap tempoh itu tidak memberi apa-apa signifikan. Ada yang menganggap masih terlalu awal, terlalu muda untuk melihat keberkesanan kepemimpinan Mohamed Azmin.

Namun, bagi sebilangan besar rakyat Selangor tempoh berkenaan menjadi kayu pengukur terhadap prestasi, keberkesanan dan keikhlasan Mohamed Azmin sebagai MB selain mahu melihat apakah limpahan kemakmuran yang boleh dirasai di bawah pentadbiran negeri yang baharu ini.

Dalam tempoh tidak sampai 100 hari itu apakah nikmat kemakmuran yang dibawa dan dilaksanakan oleh Mohamed Azmin kepada rakyat Selangor? Apakah program-program khusus yang telah diumumkan oleh MB berkenaan yang mampu memberikan berita gembira kepada seluruh rakyat setakat ini? Nampaknya tidak ada lagi.

Walaupun masih baharu memegang jawatan itu, tetapi sekiranya benar Mohamed Azmin ada idea dan wawasan untuk meningkatkan taraf hidup rakyat Selangor, dalam tempoh 50 hari ini sudah tentunya beliau sudah dapat memberi bayangan mengenai corak pembangunan yang mahu dilaksanakan yang bakal memberi manfaat besar kepada rakyat Selangor di bawah kepimpinannya.


Apabila Abdul Khalid berundur, rakyat sudah tentu mahu melihat idea yang lebih bersinar, yang lebih terang serta yang lebih mantap daripada Mohamed Azmin.

Jika tidak, apa gunanya PKR bersusah-payah menyingkirkan Abdul Khalid. Apa yang jelas dapat dilihat, MB sekarang ini hanya meneruskan pelaksanaan program sedia ada. Mohamed Azmin hanya meneruskan perancangan dan idea-idea daripada pentadbiran Abdul Khalid sebelum ini.

Ini termasuklah meneruskan perjanjian air dan pembinaan Lebuh Raya Kinrara-Damansara (Kidex). Sedangkan kedua-kedua perkara itu telah dijadikan sebagai alasan oleh PKR untuk menggulingkan Abdul Khalid sebagai MB sebelum ini.


Kita tidak tahu apakah keputusan Mohamed Azmin meneruskan kedua-dua projek tersebut kerana wujudnya kesedaran MB itu terhadap masalah sebenar rakyat Selangor ataupun sekadar hipokrasi politik untuk menjatuhkan bekas MB sebelum ini.

Tidak ada siapa boleh menafikan bahawa Mohamed Azmin telah terlibat secara langsung dalam pentadbiran Selangor setelah menjadi ADUN Bukit Antarabangsa.

Beliau menang kerusi tersebut dalam dua pilihan raya umum masing-masing pada tahun 2008 dan 2013. Malah, beliau juga merupakan Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan (BBC) Selangor yang sudah tentunya mempunyai saluran terus dalam menyuarakan pandangannya dalam pentadbiran negeri ini sebelum ini.

Ini bermakna, Mohamed Azmin sudah sedia maklum mengenai pentadbiran Selangor termasuklah masalah-masalah yang sebenar dihadapi oleh rakyat negeri ini. Beliau ada pengalaman, ada pengetahuan dan tahu selok-belok dan masalah dalam pentadbiran kerajaan negeri.

Dengan pengalaman dan pengetahuan yang ada itu sepatutnya telah menyediakan asas yang cukup baik untuk beliau merancang projek dan program sebaik sahaja dilantik menjadi MB.

Sekarang beliau menjadi MB dan tidak ada alasan bagi beliau menunggu terlalu lama apatah lagi membuat penilaian keadaan bagi melaksanakan dasar baharu untuk rakyat negeri ini.

Walaupun MB yang baharu ini cuba menggambarkan dirinya serta mahu bekerja seperti Presiden Indonesia, Joko Widodo atau 'Jokowi' dengan mengambil pendekatan lebih banyak turun padang, namun beliau sebenarnya tidak boleh lari atau terlepas daripada 'dibelenggu' dengan janji-janji pada pilihan raya umum sebelum ini.


Sebagai contoh dalam soal pendidikan, pada pilihan raya umum lalu, pakatan pembangkang memancing hati rakyat supaya menyokong mereka dengan menawarkan pendidikan percuma selain membatalkan hutang pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang ditanggung oleh graduan lepasan pengajian tinggi.

Adakah janji itu ditunaikan? Atau sekadar menanam tebu di bibir pada musim pilihan raya? Kenapa janji ini tidak dibangkitkan lagi oleh pakatan pembangkang yang telah memenangi beberapa negeri termasuklah di Selangor ini?

Mengapa janji ini tidak dilaksanakan di Selangor khususnya melibatkan para pelajar di institusi pengajian tinggi milik kerajaan negeri, Universiti Selangor (Unisel) ataupun membiayai yuran setiap anak-anak Selangor yang melanjutkan pengajian mereka di institusi pengajian tinggi di seluruh negara.

Akhirnya, persoalan itu terjawab dengan sendirinya setelah Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pendidikan, Pembangunan Modal Insan, Sains, Teknologi dan Inovasi, Nik Nazmi Nik Ahmad pada 5 November lalu mengakui sendiri bahawa bukan mudah untuk menyediakan pendidikan percuma seperti yang dijanjikan oleh parti yang diwakilinya sebelum ini. Hujah Nik Nazmi dengan pendapatan kerajaan negeri sekitar RM2 bilion maka kerajaan negeri tidak mampu memberikan pendidikan percuma berdasarkan implikasi kewangan.

Melihat daripada jawapan Nik Nazmi itu mungkin bolehlah dianggap bahawa janji pendidikan percuma pakatan pembangkang kepada rakyat Selangor sebelum ini hanyalah omong-omongan kosong sekadar mahu mendapat undi semata-mata tanpa ada asas perkiraan yang tepat. Memang tidak bertanggungjawab.

Nampak sangat para pemimpin PKR ini membuat janji tanpa menilai adakah mereka mampu menunaikannya. Mereka ini sekadar cakap lepas.

Apabila membicarakan mengenai manifesto pakatan rakyat pada pilihan raya umum yang lalu, ia mungkin boleh dikira sebagai garis panduan dasar pentadbiran pakatan pembangkang yang mana dalam konteks Selangor, maka MB sedia ada sudah tentu secara automatiknya tertakluk kepada dasar-dasar serta janji-janji yang digariskan dalam manifesto tersebut.

Begitu juga dalam soal pengangkutan awam, berdasarkan manifesto pakatan pembangkang untuk Selangor pada pilihan raya umum lalu, mereka menjanjikan untuk membina Terminal Pengangkutan Awam Bersepadu di Shah Alam.

Malah, janji itu termasuklah menyediakan pengangkutan awam percuma dan mesra pengguna di kawasan Shah Alam, Subang Jaya, Klang, Petaling Jaya dan Kajang.

Hakikatnya, janji-janji itu sama nasibnya dengan pendidikan percuma, kelihatan tiada satu pun dilakukan oleh kerajaan negeri. Justeru, Mohamed Azmin dalam saat-saat kegembiraannya menduduki jawatan MB, jangan sesekali buat-buat lupa akan janji itu.

Jangan ingat rakyat Selangor ini pelupa, mereka mungkin tidak bersuara sahaja. Pentadbiran negeri tidak boleh berlandaskan pada pendekatan retorik semata-mata. Jumpa di Sidang DUN Selangor bermula 24 November 2014.

PENULIS ialah Setiausaha Ahli Dewan Undangan Negeri, Barisan Nasional Selangor

Suara Politik
Belantan

The Unspinners

0

Posted by Unknown | Posted on 11:23 PTG | Posted in

sumber :-

The Unspinners


Denda RM2 juta YTL memang peanut, Zairil takyah cover Tony Pua pelobi YTL

Posted: 13 Nov 2014 10:30 PM PST


Alahai RM2 juta saja denda.

Apa boleh dibuat dengan denda RM2 juta? Adakah cukup untuk menampung masa terbuang dan peluang pembelajaran untuk anak yang terlepas?

Dalam isu ini, Zairil DAP ada betulnye ....

Zairil : Kontrak lemah, YTL untung

November 12, 2014
Laporan Ketua Audit Negara telah mendedahkan beberapa kelemahan kontrak yang menguntungkan YTL sehingga berjumlah RM50 juta setahun.

zairil_1

PETALING JAYA: Ahli Parlimen Bukit Bendera Zairil Khir Johari berkata ekoran daripada kelemahan dalam kontrak yang berat sebelah, YTL Communications Sdn Bhd (YTL) memperolehi keuntungan berjumlah RM 50 juta setahun.
Pendedahan kontroversi yang dibuat Laporan Ketua Audit Negara melibatkan pemasangan 1BestariNet Receiver Integrated System di sekolah untuk menerima dan menyampai isyarat tanpa wayar berkelajuan tinggi.
Zairil turut menjelaskan Laporan Ketua Audit Negara juga mendapati kontrak yang dipersetujui antara kementerian dan YTL, melibatkan caj utiliti ditanggung sepenuhnya oleh pihak kerajaan.
Jelasnya lagi, tindakan pihak kementerian pendidikan mengenakan denda RM 2.4 juta keatas YTL langsung tidak memberi kesan kepada syarikat tersebut.
Katanya, hukuman itu tidak bermakna jika hendak dibandingkan dengan ratusan juta ringgit keuntungan yang bakal diperolehi YTL ekoran daripada kelemahan kontrak serta perkhidmatan internet komersial.
"Ini jelas bahawa YTL mendapat faedah yang ketara sementara pembayar cukai Malaysia akan kerugian," katanya.
Tambah Zairil, hanya ada dua penjelasan boleh dibuat terhadap kontrak berat sebelah itu. Pertama kerajaan dan peguamnya berlaku cuai kerana bersetuju dengan perjanjian tersebut atau perjanjian itu telah dibentuk bagi memberi keuntungan kepada kroni mereka.

FMT

Baca juga SINI

Namun begitu, ada part dia salah ....

1BESTARINET DIJELASKAN

Projek 1BestariNet adalah untuk tempoh 15 tahun berjumlah RM4.077 billion secara keseluruhannya. YTL pula telah dianugerahkan sebahagian daripada projek ini untuk RM663 juta bagi tempoh masa 2 1/2 tahun dan kontrak mereka tamat pada bulan Jun 2014. Tuduhan pembangkang yang menyatakan bahawa YTL telah menerima keseluruhan RM4.077 billion ini adalah tidak benar sama sekali. Pada akhirnya, YTL hanya menerima RM663 juta dan telah didenda sebanyak RM2.4 juta kerana gagal melengkapkan keseluruhan 10,000 buah sekolah seperti di dalam kontrak perjanjian.

baca dengan lebih lanjut di:

http://klxpress.com.my/?p=20139

Zairil nak persalahkan BN [baca SINI], tapi anak haram yang terlibat adalah rakan baik Tony Pua yang mana dia tidak akan timbulkan isu tentang YTL tapi ambil duit sebagai pelobi.

Menurut maklumat yang diterima, YTL telah sogok seorang pegawai MOE berbangsa cina bernama Chew yang telah jadi broker membayar sohgokan kepada rakan-rakan lain dalam MOE untuk ikut aturcara dan spec YTL.

Mereka juga tukang sambut dari dalam untuk meluluskan perkembangan projek YTL dan sebarang "adjustment" yang menyelamatkan YTK dari menampung lagi banyak pembaiyaan.

HARAP SPRM SIASAT 1BESTARI DAN PROJEK TEAM DALAM KEMENTERIAAN. KEPALA YANG DAH DIBAYAR OLEH YTL BERNAMA CHEW.

Itu yang kontrak mahal tapi masih boleh menang pasal ada permainan spec. Padahal YTL takde infrastructure lalu perlu guna Telekom. Mereka buat alasan pihak kerajaan negeri tak beri kelulusan untuk bina tiang.

Mereka juga berpaut pada infra Telekom dan minta bayar cheap cheap.  Kalau infra takde, patut projek ini diberi pada Telekom saja!!!

Inilah mangkok yang kata hentikan crony capitalism tapi perasuah.

Namun begitu walaupun pount Zairil betul dan disetujui, jangan lupa bahawa Tony Pua adalah pelobi YTL untuk serang 1MDB. Francis Yeoh geram 1MDB ambil balik IPP dan menang banyak IPP. Manakala IPP yang dia dapat tu dah dibatalkan!!!

Selasa depan satu lagi kes syariah nak dibicara di mahkamah sivil

Posted: 13 Nov 2014 08:30 PM PST






Malaysian Insider SINI melaporkan permohonan semakan semula kassim Ahmad akan diadakan Selasa depan 18hb.Pendengaran kes itu akan dibuat di Mahkamah Tinggi bahagian rayuan dan kuasa-kuasa khas.

Apa hal pulak kes syariah di bawa ke Mahkamah Tinggi? Bukankah kuasa Mahkamah Persekutuan saja yang boleh tentukan kes syariah boleh dibawa ke Mahkamah Sivil? Bukan Mahkamah Rayuan?????

Lantaklah kamu tak mahu percaya kata-kata Nabi Muhammad tapi usahlah mahu pertikai kuasa institusi Islam. Kenapa perlu bercakap begitu berbeza seekali secara terbuka?

Pihak berkuasa ugama wajib menjaga akidah pihak awam dari diseleweng dan sesatkan oleh pandangan yang belum cukup bernas dan masak. hanya mahu bincang-bincang dan berpolemik dan discourse lagi.

Pemikiran belum berkepastian dan kesudahan dalam perbincangan hanya memesong akidah orang yang kurang faham dan dalam tentang hal hukum hakam ugama.

Pihak yang nak bercakap syok sendiri bukan ada fikir hal tanggungjawab. Yang dibincangkan bukan asas pun tapi hal furuk.

Entahlah ... kalau nak sangat bebas sebebas nya hingga dah tak mahu beriman dengan Nabi Muhammad, deklarae saja bukan lagi Islam dan jangan ngaku Islam pun. Macam mana Quran dipercayai tapi Nabi Muhammad tak mahu dipercayai? Bukankah Quran turun melalui Nabi Muhammad?

Apa langsung alim ulamak perawi dan pengkaji hadith tak boleh bezakan yang muktabar dan maudud?

Setakat lawyer, journalist, banker, aktivis wanita dan pensyarah sosiologis, usahlah nak pertikai dalam ilmu yang kamu tak mahir dan amalan kurang. Hayati dengan beramal dahulu Islam!!!

Asas penghakiman Hishamuddin Yunos dangkal sekali

Posted: 13 Nov 2014 05:27 PM PST


AZRIL MOHD AMIN Pengarah Eksekutif, Pusat Penyelidikan dan Advokasi Hak Asasi Manusia (CENTHRA) telah membuat kenyataan pada Nov 12 dua hari lepas. Memetik dari dari kenyataannya, sungguh memeranjatkan perhitungan yang dibuat Hakim Dato hishamuddin Yunos:

Dalam konteks dunia pascamoden hari ini, hujah-hujah penghakiman yang berdasarkan faham hak-hak asasi manusia liberal Barat khususnya dalam penyebarluasan ekspresi gender songsang yang sememangnya menjadi sebahagian penting dalam norma-norma masyarakat Barat ketika ini dalam konteks sosio-budaya masyarakat Malaysia sangatlah dikesalkan. Sebagai sebuah negara yang menjunjung tinggi peranan agama dalam kehidupan khususnya Agama Islam yang menjadi Agama Persekutuan bagi Negara Malaysia, sebarang bentuk kebenaran atau penggalakkan fenomena ekspresi gender songsang hanya akan mengundang gejala akhlak yang lebih buruk kepada masyarakat. Hak asasi manusia seperti yang dilaungkan di Barat bukanlah semesti hak asasi yang patut diikuti di negara-negara yang masih mengamalkan agama seperti Malaysia ini.

Penelitian terhadap alasan penghakiman Mahkamah Rayuan menunjukkan bahawa duluan-duluan yang diputuskan oleh mahkamah-mahkamah asing, antaranya Mahkamah Agung India dalam
National Legal Services Authority v Union of India and Others dan Mahkamah Agung Amerika Syarikat dalam Tinker v Des Moines Independent Community School District, telah diambil dan diguna pakai, hampir secara in-toto, bagi memutuskan bahawa seksyen 66 Enakmen Jenayah Syariah Negeri Sembilan 1992 sebagai bercanggah dengan perlembagaan dan hak asasi.

Sedangkan negara-negara seperti India dan Amerika tidaklah mempunyai Agama Persekutuan seperti di Malaysia. Hal ini jelas bertentangan dengan peringatan keras yang pernah diungkapkan oleh Almarhum Duli Yang Maha Mulia Sultan Azlan Shah (ketika itu Raja Azlan Shah) dalam penghakimannya di Mahkamah Persekutuan pada tahun 1975. Dalam Looh Kooi Choon v Kerajaan Malaysia, baginda telah memutuskan seperti berikut:

Sungguhpun banyak yang boleh diperkatakan berkenaan Perlembagaan-Perlembagaan dari negara lain, tetapi hakikatnya Perlembagaan negara kita hendaklah berdiri pada kakinya sendiri, di mana ungkapan-ungkapan yang terkandung di dalamnya mesti ditafsirkan tanpa membenarkan unsur-unsur luar dari Perlembagaan negara lain mengatasi peruntukan-peruntukan dalam Perlembagaan kita sendiri." (terjemahan dari teks asal berbahasa Inggeris)

Baca sepenuh di SINI


Kesalahan kehakiman begitu ketara sangat dan perlu pelbagai pihak menyuarakan. Bar Council berdiam dalam mempertahankan perlembagaan persekutuan.

Sementara itu, sebuah blog karim's blog menulis:

Kepada pengamal perubatan mereka sudah pasti maklum dengan klasifikasi penyakit World Health Organisation (WHO) yang disebut sebagai ICD (International Classification of Diseases) yang kini dalam versi ICD-10. ICD ini merupakan rujukan asas diagnostik untuk epidemiologi, pengurusan kesihatan dan juga bagi tujuan klinikal.

Menurut ICD-10, lelaki yang berpakaian perempuan diklasifikasikan di bawah F64. Ia termasuk F64.0 – Transsexualism dan F64.1 – Dual-role transvestism … dalam bahasa mudahnya kita sebut PONDANlah … walaupun ada sedikit perbezaan antara kedua). Di bawah klasifikasi F64, F65 dan F66, terdapat pelbagai jenis lagi penyakit-penyakit mental berkaitan seksual sebegini.

penyakit mentalWalaupun disepakati di kalangan pakar bahawa pesakit begini lazimnya sukar untuk diubati antaranya kerana keengganan mereka untuk berubah namun pesakit ini mesti diberi rawatan.

Mereka sepatutnya mendapatkan hak mereka untuk mendapat rawatan sempurna. Bukan kita menggalakkan lagi mereka semakin menggila.

Apabila mereka semakin menggila bertambahlah mereka tidak peduli akan penyakitnya itu.

Sepenuh di SINI


Penghakiman Hishamuddin menyebut:

But the appellants are male Muslims suffering from GID, where DESIRE to dress as a female and to be recognized as a female is part of the said medical condition..."


Dari dictionary Oxford, DESIRE bermakna long for, wish atau idaman, keinginan, hasrat dalam Kamus Dwibahasa Dewan Bahasa & Pustaka.

Jika mahkamah melayan semua DESIRE, terbukalah pintu gate untuk menganggap pelbagai undang-undang melibatkan penyakit shoplifting by Kleptomaniac, sexuoerotism hinges on female breasts by moziphillian dll. Legislation yang melibatkan "impulse control disorder" akan dianggap tak mengikut perlembagaan.

Pihak berkuasa agama ada program untuk mereka bermasaalah LGBT untuk dipulihkan melalui counselling dll. Bukanlah langsung pihak ugama begitu tak berkemanusiaan. Baca di SINI


Baca Dato Zulkifli Nordin SINI



Bila pencen, kontrak tersedia untuk Justice Hishamuddin

Posted: 13 Nov 2014 03:57 PM PST



Kontrak buat jamban tambahan untuk puak berpenyakit GID

DAP tak caya Guan Eng lalu guna 1MDB untuk tutup tak bina rumah mampu milik

Posted: 13 Nov 2014 04:30 AM PST


Sementang pembangkang dan puak yang melobi untuk YTL dan IPP lain sedang menyerang 1MDB maka Guan ENg guna peluang untuk buat helah sebagai alasan dia tak bina rumah mampu milik yang pernah dia janjikan dalam manifesto pilihanraya.

Sudahlah tak bina tapi dihalau dan roboh 13 kampong melayu. Selama ini Guan ENg telah hanya utamakan kondo mewah untuk dapat masyukkk dari Pemaju-Pemaju kroninya. Makala pihak PDC hanya jual tanah dan langsung tak lakukan sebarang peranan sosial. Dah mimpi nak jadi ahli Korparat!

Guan Eng telah menggunakan peluang dari serangan Tony Pua pelobi untuk YTL, Rafizi pelobi untuk IPP kepnyaan kerajaan Selangor kot dan pihak lain yang membangkang pembinaan TRX dan IPP kena ambik untuk serang IMDB.

Dia dilaporkan MI:

Forget about building high-end property in Ayer Itam, Guan Eng tells 1MDB

By HIMANSHU BHATT

Published: 11 November 2014

November 11, 2014.Penang will not allow debt-ridden 1Malaysia Development Bhd (1MDB) to develop profit-making luxury properties on its vast land bank in Ayer Itam in the state.

Penang Chief Minister Lim Guan Eng said the state is aware that 1MDB may be looking at "earning big money" by developing high-end units on the land which was originally earmarked for affordable and public housing.

"We know that 1MDB is trying to turn losses into profits by doing other projects, other than affordable housing that have been announced," he said.

"Don't dream. That we will not allow," Lim, who is the DAP assemblyman for Air Putih, said at a press conference at the State Assembly today.

Lim said this was in line with the state's commitment not to allow federal agencies, the Penang Regional Development Authority (Perda) and JKP Sdn Bhd, to include luxury-priced units on lands that have been acquired for affordable and public housing.

Baca sepnuh di SINI

Betul ke Guan Eng kamu nak bina atau hanya janji saja????


Haiya ... orang lu sendiri pun tak percaya???

.

Feriz Omar boleh ke ...? Dulu mungkir janji bayarkan peguam kes kepala lembu?

Posted: 13 Nov 2014 12:30 AM PST


Agak mengejutkan apabila sebuah syarikat swasta, Jentayu Danaraksa Sdn Bhd, yang baru didaftarkan pada September 2014, tiba-tiba begitu berani menyuarakan hasrat untuk mengambil alih beberapa jabatan yang dikenal pasti sebagai "profit maker".

Jabatan dan kepentingan MAS seperti Penerbangan Malaysia Berhad (PMB), syarikat penerbangan Firefly, MAS Engineering dan beberapa transaksi penting yang lain mahu diambil alih oleh syarikat berkenaan di atas nama "kerjasama"?




"Kerjasama" atau "menangguk di air yang keruh"?

Dalam satu kenyataan di akhbar baru-baru ini, syarikat berkenaan dikatakan menghantar satu cadangan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Syarikat berkenaan mendakwa mereka mampu "menghidupkan" MAS kembali gagah di persada dunia dan lebih mengejutkan, mereka mendakwa mampu "menyelamatkan" semua 6,000 pekerja syarikat penerbangan itu yang akan diberhentikan.


Baca pandangan MyKMu tentang usaha Jentayu Danaraksa untuk baik pulih MAS dan pertahankan 6,000 pekerjaan SINI.

Tak dijemput naik ke pentas dalam majlis UMNO tapi tak tahu malu jual muka

Masaalahnya adalah ahli yang terlibat diketuai oleh Feriz Omar, seorang bekas pegawai khas Tan Sri Muhyiddin yang ditamatkan dan tak disambungkan kontrak.

Betulkah dia berkebokehan dalam hal kewangan?


Suatu masa dia pernah menjajakan dirinya sebagai Director Investment banking Malaysian International Merchant Bankers. Agak impressive kerana dia hanya bekerja beberapa tahun di sebuah firma akantan sebaga konsultan management dan tak banyak excercise korporat yang dilakukan.

Tiba-tiba munculk sebagai Director. Rupanya dia bukan Director kerana orang pertama yang diberikan jawatan itu bernama Basil Fernandez yang masuk bekerja dengan Bank tersebut selepas feriz Omar berhenti.


Itu kata sumber, tapi penggiat di Selangor tak lupa Feriz Omar membakar semangat pelbagai pihak terlibat dalam kes kepala lembu suatu ketika dahulu dengan menjaja namanya sebagai Pegawai Khas TPM. Dia juga janji akan bayar peguam jika ditangkap atau didakwa.

Sebaik berlaku dan ramai yang kena dakwa, handphone Feriz Omar langsung tak angkat. Mereka terpaksa bayar sendiri yuran guaman dengan bantuan beberapa pihak!

Nak turnaround MAS suatu usaha yang besar. Boleh ke budak ni? Ada kredibiliti ke budak ni?

Ingat masa bekerja dengan Tan Sri Muhyiddin ... muka tak malu pegawai khas duduk sebelah boss dalam majlis. Sepatutnya duduk di tepi ....

Dahlah budak baru ketika tu tapi sedia nak gaduh dan tikam belakang pegawai lain dan perguna blogger untuk hentam pegawai tersebut.

Ikhlas cakap, tak boleh percaya kewibawaannya.

RAKYAT MARHAEN

0

Posted by Unknown | Posted on 9:53 PTG | Posted in

sumber :-

RAKYAT MARHAEN


Penjarakan Anwar rosakkan Najib lebih teruk dari Dr M, kata The Edge Review

Posted: 13 Nov 2014 07:57 PM PST

Hukuman penjara terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim oleh Mahkamah Persekutuan jika masih tetap berpegang kepada sabitan kes liwat hanya akan menjejaskan Barisan Nasional (BN), bahkan mungkin lebih teruk daripada ketika zaman Tun Dr Mahathir Mohamad yang menjadikan ketua pembangkang itu sebagai musuh, lapor The Edge Review hari ini.
Memenjarakan Anwar hanya akan menyebabkan BN kehilangan undi kerana rakyat Malaysia dilihat sudah penat dengan permainan kerajaan terhadap ketua pembangkang dalam tempoh 16 tahun ini, di mana kes liwat terbarunya juga berlaku ketika penentangan ahli politik pembangkang dan badan lain terhadap penggunaan Akta Hasutan.
"Dalam suasana ini, keputusan bersalah Anwar hanya akan menyebabkan ketua pembangkang itu dilihat sebagai syahid politik di peringkat antarabangsa dan seterusnya menjejaskan imej Malaysia di luar negara di mana ia sudah terkesan sejak kebelakangan ini kerana pendakwaan besar- besaran kerajaan melumpuhkan ahli politik pembangkang dengan menggunakan akta drakonian itu," memetik dari artikel The Edge Review bertajuk, "Hounding Of Anwar Ibrahim takes a toll on Malaysia."

Anwar sedang menanti keputusan Mahkamah Persekutuan bagi rayuan membatalkan sabitan liwat terhadap bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan pada 2008. Mahkamah Tinggi yang membicarakan kes ini melepaskan beliau, namun Mahkamah Rayuan pada Mac tahun ini mendapati beliau bersalah dan menjatuhkan hukuman penjara lima tahun.
Dalam rayuannya kepada mahkamah tertinggi, pihak pendakwa juga memfailkan rayuan balas untuk memanjangkan lagi hukuman penjara.
Majalah digital mingguan itu berkata sekiranya Anwar dipenjarakan, ia akan menyaksikan peningkatan sokongan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak di kalangan ahli Umno.
Ia juga akan menyebabkan Pakatan Rakyat berdepan masalah, di mana The Edge Review mendakwa perikatan parti sedang bergelut untuk mengekalkan penyatuan masyarakat  dalam isu agama dan kaum.
Bagaimanapun, dengan memetik penganalisis ia berkata, dengan memenjarakan Anwar, ia umpama pemimpin itu sanggup berbuat apa sahaja demi memperbaiki imej politiknya yang tercalar di kalangan rakyat Malaysia dan tidak mustahil menjadi lebih teruk daripada apa yang dilakukan Dr Mahathir.
Ini kerana Najib juga berdepan dengan penolakan sokongan dari dalam Umno, tambahan pula parti itu bakal mengadakan perhimpunan agung tahunan hujung bulan ini.
Read More / Baca Lagi >>

Amah Indonesia mangsa ‘tamparan buaya’ Raja Bomoh

Posted: 13 Nov 2014 07:47 PM PST

Pembantu rumah dari Indonesia terpaksa menerima jahitan 30 sentimeter setelah didera 'Raja Bomoh'.

PETALING JAYA: Raja Bomoh 1Malaysia Mat Zin dikatakan telah memukul dan membelasah pembantu rumahnya Menik Fitriyanti, 47 tahun sehingga menerima jahitan sepanjang 30 sentimeter selain daya ingatannya terjejas.
Menurut portal rri.co.id, Menik bertindak bertindak melarikan diri dan pulang ke kampung halaman di Kota Bondowoso, Jawa Timur, Indonesia pada 4 November lalu selepas dipercayai tidak tahan didera sejak setahun lalu.
raja bomohSementara itu, anak perempuan mangsa, Alfa Nurismayanti berkata ibunya sering dipukul Mat Zain atau nama sebenar Datuk Ibrahim Mat Zain sehingga mengalami kecederaan teruk di bahagian kepala.
Jelas Alfa, setahun lalu ibunya memberitau bahawa dia tidak mahu lagi bekerja di Malaysia dan ingin pulang ke kampung halaman namun dihalang majikannya.
"Pada jam tiga petang hari berkenaan, tanpa disedari, ibu pulang secara tiba-tiba dan berada di tanah perkuburan ayah, di belakang rumah kami.
"Namun begitu, ibu tidak mahu bercakap dan sehingga hari ini, kami sekeluarga tidak mengetahui bagaimana dia boleh pulang ke rumah," katanya.
Pada masa yang sama Alfa berkata, kesan luka di leher, perut serta kaki ibunya juga turut kelihatan, ekoran daripada didera 'Raja Bomoh' itu dan sehingga kini ibunya masih lagi berada dalam keadaan trauma .
Read More / Baca Lagi >>

Ceroboh Lahad Datu: Tian Chua dibebaskan dari tuduhan hasutan

Posted: 13 Nov 2014 07:39 PM PST

Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur melepaskan dan membebaskan naib presiden PKR, Tian Chua dari tuduhan mengikut Akta Hasutan berhubung kenyataannya mengenai kes pencerobohan di Lahad Datu.

Hakim Mahkamah Sesyen, Norsharidah Awang berkata pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie.

"Oleh itu, tertuduh dilepaskan dan dibebaskan," katanya.

MAIS pulangkan semula Bible versi Melayu kepada PBM

Posted: 13 Nov 2014 07:25 PM PST

B2XquP4CMAEbWNB
Dymm Sultan Selangor Dan Dato' Menteri Besar Turut Hadir
SHAH ALAM 14 NOV: Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) hari ini memulangkan semula Bible versi bahasa Melayu kepada Persatuan Bible Malaysia (PBM).
Serahan itu turut disaksikan DYMM Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, Dato' Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali, Mufti Selangor , Datuk Mohd Tamyez Abdul Wahid dan Pengarah JAIS, Pengarah Jais, Ahmad Zaharin Mohd Saad.
Sebelum ini, Mohamed Azmin memaklumkan akan merujuk kepada Sultan Selangor, bagi memohon perkenan usaha untuk menyelesaikan isu pengambilan Bible dalam Bahasa Melayu dan Iban yang mengandungi kalimah Allah.
Malah katanya, beliau turut mengadakan perbincangan bagi mendapatkan pandangan daripada Jais dan Majlis Agama Islam Selangor (Mais) supaya ia dapat ditangani secara harmoni dan baik.
Terdahulu, mantan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim turut menggunakan pendekatan sama dalam menyelesaikan isu ini tetapi belum mencapai sebarang kata putus.
Pada Januari lalu, JAIS mengambil lebih 300 kitab Injil berbahasa Melayu dan Iban dari pejabat Pertubuhan Bible Malaysia (PBM) di Damansara.
JAIS berkata, tindakan itu dibuat mengikut Enakmen Agama Bukan Islam 1988 (Kawalan Pengembangan di Kalangan Orang Islam) dengan menghalang orang bukan Islam di Selangor menggunakan perkataan kalimah Allah.

PV-ATM: Kes bayar pencen RM17j masalah dalaman JHEV

Posted: 13 Nov 2014 06:56 PM PST

Persatuan Veteran Angkatan Tentera Malaysia (PV-ATM) mengesyaki bahawa kes pembayaran pencen kepada anggota yang sudah meninggal dunia berpunca daripada masalah dalaman yang berlaku di dalam Jabatan Hal Ehwal Veteran (JHEV).

Setiausaha Agungnya Tajul Ariffin Chu Johari berkata, kes melibatkan kerugian berjumlah RM17 juta itu tidak sepatutnya timbul kerana JHEV tahu apabila anggotanya sudah meninggal dunia.

Jelasnya, JHEV, sebuah jabatan bawah Kementerian Pertahanan, akan mengeluarkan bantuan sumbangan pengebumian kepada waris apabila seseorang anggota veteran meninggal dunia.

Oleh itu, PV-ATM mengesyaki bahawa bahagian yang mengendalikan wang pencen tidak bekerjasama dengan bahagian yang bertanggungjawab memberi bantuan sumbangan pengebumian di JHEV.

"Setiap veteran yang meninggal dunia, keluarga mereka akan mendapat bantuan pengebumian sebanyak RM3000 daripada JHEV iaitu wang yang diberi kerajaan.
Read More / Baca Lagi >>

SUARAM: Ketawalah, bukan siasat Zunar

Posted: 13 Nov 2014 06:42 PM PST

Pengarah eksekutif NGO hak asasi Suara Rakyat Malaysia (SUARAM) Yap Swee Seng mengutuk tindakan pihak berkuasa yang menyiasat kartunis politik Zunar bawah Akta Hasutan 1948.

Menurut Yap, Zunar atau nama sebenarnya Zulkiflee Anuar Ulhaque, dituduh menghasilkan karya kartun yang boleh memudaratkan ketenteraman awam.

Katanya lagi tindakan ke atas Zunar melanggar hak kebebasan dalam perlembagaan.

"Kami menuntut pihak polis dan Kementerian Dalam Negeri untuk menegakkan hak Zunar seperti yang dijamin dalam perlembagaan.

"Hentikan semua gangguan terhadap Zunar, pembantunya, para pencetak, dan semua pemilik kedai buku (menjual buku tersebut)," katanya dalam sidang media di pejabatnya di ibu negara hari ini.

Semalam peguamnya Latheefa Koya berkata, polis memulakan siasatan terhadap Zunar disiasat bawah Seksyen 4 Akta Hasutan, yang sebab siasatannya didakwa masih belum jelas.

Seorang pengendali laman web Zunar, yang enggan namanya disebut, juga dilapor dipanggil ke ibu pejabat polis daerah (IPD) Dang Wangi, Kuala Lumpur untuk memberikan keterangan.

Siasatan itu dibuat selepas tiga orang ditahan tiga minggu lalu kerana menjual buku Zunar di Istana Kehakiman Putrajaya, tempat rayuan akhir kes liwat II Datuk Seri Anwar Ibrahim berlangsung.

Read More / Baca Lagi >>

Islam Kita diancam

Posted: 13 Nov 2014 06:25 PM PST

Ketiadaan kepimpinan menyebabkan huru hara.

Ada banyak pola atau trend dalam masyarakat kita yang memerlukan intervensi tegas dari pemimpin negara. Sekali lagi Najib gagal menunjukkan kepimpinan yang berani. Iaitu mengambil tindakan keatas mereka yang, oleh kerana pengaruh mereka, boleh menyebabkan huru hara dalam masyarakat. 
Siapa 'mereka' ini? Mereka yang seperti bekas hakim, pemimpin NGO, pertubuhan bawahtanah atau organisasi berperwatakan bawahtanah yang menggugat kestabilan.

Oleh kerana Najib tidak ada ketegasan pimpinan, trend2 ini berjaya menggugat kestabilan negara. Najib yang terkenal sebagai the PM who does nothing- melakukan apa yang menepati deskripsi tentang nya- tak buat apa apa. Inilah sifat yang diagung agungkan oleh pengikut UMNO.

Sebagai contoh- jeritan cemas bahawa Islam digugat dan diancam jika tidak dibendung segera akan menyebabkan huru hara dalam masyarakat. Siapa dalam Malaysia ini yang mengancam Islam?

Read More / Baca Lagi >>

Harga minyak dunia terus menjunam, Harga minyak Malaysia meningkat..!!

Posted: 13 Nov 2014 06:18 PM PST

Minyak mentah hadapan global terus menjunam selepas pengeluaran minyak Amerika Syarikat merekodkan pengeluaran baru dan Arab Saudi masih tidak mengakui melakukan perang harga terhadap bahan api itu.
Penanda aras West Texas Intermediate (WTI) bagi penghantaran Disember jatuh kepada AS$2.97 kepada AS$74.21, paras terendah sejak 17 September 2010.
Minyak mentah brent bagi penghantaran Disember juga menyusut sebanyak AS$2.46 kepada AS$77.92 setong di London. Ia adalah kali pertama sejak September 2010 brent ditutup menghampiri AS$80.
Berita yang mendakwa pengeluaran minyak Amerika Syarikat melepasi sembilan juta tong sehari secara psikologi menjejaskan pasaran, kata Andy Lipow dari Lipow Oil Associates.
Amerika Syarikat mengeluarkan 9.063 juta tong minyak sehari sepanjang minggu yang berakhir pada 7 November lalu, menurut laporan Jabatan Tenaga.
Ia adalah pengeluaran tertinggi sejak Januari 1983 apabila jabatan itu mula mengeluarkan statistik.
Rizab minyak mentah Amerika Syarikat di Cushing, Oklahoma dipantau secara dekat oleh para pedagang kerana ia merupakan rujukan bagi dagangan WTI di New York, naik sebanyak 1.7 juta tong sehari minggu lalu kepada 22.5 juta tong.
Read More / Baca Lagi >>

UMNO Selangor makin caca marba kata 'Otai'

Posted: 13 Nov 2014 06:16 PM PST

KUALA LUMPUR: Selepas kritikan daripada beberapa tokoh politik negara termasuk bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, beberapa bekas pemimpin Selangor menyifatkan politik Selangor hari ini sudah semakin tidak tentu arah.

Bekas Menteri Besar Selangor Dr Mohamad Khir Toyo memberitahu, senario politik Selangor akhir-akhir ini juga dilihat semakin kalut dan caca marba.

Jelasnya, dia semakin tidak faham mengenai perkembangan politik negeri itu dan berharap pemimpin berkenaan mengembalikan kegemilangan UMNO semula.

"Saya kurang ariflah politik Selangor sekarang. Sudah caca marba," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Dr Mahathir dalam tulisan di laman blog, chedet.cc sebelum ini menegur UMNO Selangor supaya memberi lebih tumpuan kepada Generasi Y dan melakukan penyusunan semula pimpinan parti di negeri itu.

Rentetan kritikan itu, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor, Datuk Seri Noh Omar menjelaskan akan mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bagi mendapatkan nasihat memperbaiki kelemahan selain berusaha melakukan penambahbaikan dalam parti.

Najib pada Konvensyen UMNO Selangor pada awal November turut meminta UMNO negeri berani mengatur strategi baharu dan membuat perubahan minda jika mahu menawan semula negeri ini.

Read More / Baca Lagi >>

Menjelang penamaan calon PRK UIA esok, ketua Pro-M hadap lembaga tatatertib

Posted: 13 Nov 2014 04:25 PM PST

Universiti Islam Antarabangsa (UIA) memanggil ketua kumpulan Pro-M Mujahid Sulaiman untuk menghadap lembaga tatatertib pagi ini kerana menyertai pidato umum 'Anwar Ibrahim: 40 tahun dari UM ke penjara'. – Gambar The Malaysian Insider, 14 November, 2014.  
Universiti Islam Antarabangsa (UIA) memanggil ketua kumpulan Pro-M Mujahid Sulaiman untuk menghadap lembaga tatatertib pagi ini kerana menyertai pidato umum 'Anwar Ibrahim: 40 tahun dari UM ke penjara'. – Gambar The Malaysian Insider, 14 November, 2014.

Menjelang hari penamaan calon pilihan raya kampus Universiti Islam Antarabangsa (UIA) esok, ketua kumpulan Pro Mahasiswa (Pro-M) kampus itu, Mujahid Sulaiman dipanggil menghadapi lembaga tatatertib universiti itu pagi ini.
Dakwaan ke atasnya adalah kerana menyertai dan memberi ucapan di majlis pidato umum "Anwar Ibrahim: 40 tahun dari UM ke penjara" di kampus Universiti Malaya (UM), Lembah Pantai tempoh hari.
Mujahid satu-satunya pelajar UIA yang didakwa universiti itu atas kesalahan tersebut, manakala di UM, lapan pelajar didakwa, termasuk presiden Persatuan Mahasiswa Universiti Malaya (PMUM), Fahmi Zainol.

Perbicaraan mereka yang bermula 7 November lepas ditangguh ke 18 November ini. Kesemua mereka berhadapan kemungkinan digugurkan sebagai pelajar.
Penamaan calon pilihan raya kampus UIA esok akan dijalankan di Dewan Banquet, Tingkat 5 Rektori, kampus UIA Gombak.
Sebanyak 14 kerusi kuliah dipertandingkan di Kampus Gombak, sementara 13 kerusi lagi di Kampus Kuantan.
Sementara itu, kumpulan pelajar Pro-M UIA membantah tindakan pentadbiran universiti yang mengheret campur tangan parti politik dalam PRK tahun ini.
Ini berikutan Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin membuat satu pertemuan tertutup dengan calon tajaan Umno di Hotel Sri Pacific  malam tadi.
Pertemuan tertutup tersebut turut dihadiri Timbalan Rektor Hal Ehwal Pelajar Datuk Mizan Hitam bersama-sama dengan bekas pimpinan SRC dan calon SRC yang akan bertanding.
Read More / Baca Lagi >>

Demokrat Islam boleh selesaikan fahaman pelampau dunia

Posted: 13 Nov 2014 04:24 PM PST

Demokrat Islam boleh menjadi penyelesaian kepada membendung fahaman pelampau di seluruh dunia kerana mereka membawa pendekatan sederhana dalam dunia masa kini menerusi peti undi, kata ahli akademik dan ahli politik.
Pensyarah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) Dr Maszlee Malik (gambar) berkata Demokrat Islam, yang menjadi terkenal selepas peristiwa 'Arab Spring', membenarkan umat Islam untuk mengawal nasib mereka melalui peti undi dan bukannya perang atau di tangan pemimpin diktator, sekali gus menamatkan rasa tidak puas hati mereka.
"Idea mengenai Demokrat Islam wujud sejak sekian lama. Kumpulan radikal muncul kerana mereka mendapati tiadanya harapan bagi umat Islam untuk menikmati keadilan, hak asasi manusia dan tadbir urus yang baik," katanya pada perbincangan meja bulat mengenai Demokrat Islam anjuran Pergerakan Kesederhanaan Global (GMM) bersama-sama dengan Jabatan Fiqh UIAM, hari ini.

Pengerusi saluran TV Al-Hiwar yang berpejabat di London, Dr Azzam Tamimi, pula berkata 'Arab Spring' merupakan peristiwa yang membenarkan demokrasi dilaksanakan di Timur Tengah, dan pada masa sama menjadikan kumpulan militan Al Qaeda sebagai pergerakan yang tidak relevan. "Kejayaan 'Arab Spring' seperti yang kita lihat di Tunisia dan Mesir adalah amat menyakinkan, menunjukkan  ini adalah jalan ke hadapan.
Beberapa pemimpin Al Qaeda sebenarnya bimbang, jika model ini berjaya, ia membuktikan mereka sebenarnya salah,"katanya.
Read More / Baca Lagi >>

PAS dakwa pemimpin Umno di sebalik rampasan tanah Kg Chubadak

Posted: 13 Nov 2014 04:22 PM PST

Pemuda PAS mendakwa para pemimpin Umno yang mengkhianati penduduk Kampung Chubadak, Sentul, sehingga tanah mereka diserahkan kepada pemaju. Sehubungan itu, ketuanya Suhaizan Kaiat mendesak pemimpin Umno memberi penjelasan mengapa mereka bertindak begitu. "Saya hendak satu jawapan daripada pemimpin Umno, kenapa mereka khianat jual tanah Kampung Chubadak kepada pemaju?
"Bukankah mereka kononnya pejuang Melayu tulen?" kata Suhaizan melalui Facebooknya yang kemudiannya dihantar kepada The Malaysian Insider.
Suhaizan mengulas keputusan Mahkamah Rayuan semalam yang memutuskan penduduk Kampung Chubadak bukannya setinggan tetapi pemegang lesen dan ekuiti tanah yang mereka duduki dan berhak diberikan pampasan sewajarnya.
Sehubungan itu, Mahkamah Rayuan mengarahkan agar Mahkamah Tinggi membicarakan tuntutan pampasan mereka semula berdasarkan akuan yang dibuatnya.
Keputusan dibuat Datuk Abdul Aziz Rahim bersama Datuk Mah Weng Kwai dan Dr Prasad Sandosham Abraham hari ini. Kes tersebut diarahkan untuk didengar semula di Mahkamah Tinggi pada 24 November ini. 31 penduduk Kampung Chubadak membuat rayuan semalam terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang membatalkan writ saman penduduk kampung itu pada 1 Julai lalu.
Read More / Baca Lagi >>

Imej PKR, PAS terjejas teruk, DAP kekal ekoran kemelut MB Selangor, kata kajian

Posted: 13 Nov 2014 04:18 PM PST

Imej PKR, PAS terjejas teruk, DAP kekal ekoran kemelut MB Selangor, kata kajian
Imej PKR dan PAS paling teruk terjejas ekoran kemelut menteri besar Selangor baru-baru ini, berbanding DAP yang boleh dikira tidak terkesan dengannya, kata kajian oleh Pusat Kajian Politik dan Pilihan Raya Universiti Malaya (UMcedel).
Penemuan itu didedahkan Pengarah UMcedel, Dr Amir Saifude Ghazali berdasarkan satu kaji selidik yang dibuat selepas menteri besar baru Selangor Mohamed Azmin Ali mengangkat sumpah bagi jawatan itu September lalu.
Kajian itu mendapati pengundi dari semua kaum di negeri paling maju di Malaysia itu bersetuju PKR dan PAS paling teruk terjejas dengan data yang menunjukkan PKR lebih teruk berbanding parti Islam itu.
Dalam kaji selidik itu, 52% pengundi Melayu di Selangor bersetuju kemelut MB Selangor itu menghakis sokongan PKR, dan hanya 25% di kalangan mereka mengatakan tidak terjejas.
Di kalangan pengundi Cina pula, 46% menyatakan PKR terjejas ekoran kemelut itu, manakala 45% pengundi India mengatakan parti pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim itu paling terhakis sokongan.
Walaupun terjejas teruk, pertelingkahan dalam PKR mula reda dengan selesainya pelantikan Azmin sebagai menteri besar.
Parti kedua terjejas adalah PAS apabila 42% pengundi Melayu berkata 'ya' kepada kenyataan itu, manakala hanya 33% mengatakan PAS tidak terjejas. 43% pengundi Cina berkata PAS terjejas dan 41% India juga berpendapat sedemikian.
Walaupun tidak seteruk PKR, kemelut dalam PAS masih berterusan hingga kini. Namun ia dikatakan mula reda apabila pihak-pihak yang berbeza pendapat bertemu dalam retreat yang diadakan hujung minggu lalu di Kuala Selangor.
DAP pula adalah pihak yang paling sedikit terjejas dengan kemelut itu walaupun turut bersama dalam Pakatan Rakyat yang memerintah Selangor.
Hanya 34% orang Melayu sahaja menyatakan DAP terjejas, manakala 32% mengatakan DAP tidak terjejas. Begitu juga di kalangan pengundi Cina apabila 28% sahaja mengatakan DAP terjejas, sedangkan 38% mengatakan tidak.
Majoriti masyarakat India juga mengatakan DAP tidak terjejas dengan kemelut itu, dengan hanya 26% mengatakan terjejas manakala 38% mengatakan tidak.
Read More / Baca Lagi >>

Apa yang didedah berasas, jelas dan bersuluh - Suee Lim

Posted: 13 Nov 2014 04:15 PM PST



KUALA LUMPUR: Adun Sekinchan, Ng Suee Lim bertekad terus mendedahkan salah laku dan salah guna kuasa di kalangan pemimpin Barisan Nasional (BN) berhubung pelbagai isu, lapor Selangor Kini.

Beliau berkata, ia bagi memastikan rakyat tahu berkenaan kepincangan yang berlaku di kalangan ahli politik terutama daripada BN.

"Saya akan terus pantau dan dedahkan kepincangan Umno serta komited sebarkan salah laku atau salah guna kuasa yang timbul di kalangan mereka," katanya kepada Selangor Kini.

Mengulas bekas Menteri Besar Selangor, Dr Mohamad Khir Toyo menarik balik saman fitnah ke atasnya, Suee Lim menganggap ia kemenangan moral penting.

Katanya, hal itu sekali gus membuktikan apa yang didedahkan beliau adalah berasas, jelas serta bersuluh dan bukan sekadar fitnah.

"Rakyat berhak tahu bagaimana beliau dapat kewangan untuk membina banglo atas dua lot tanah.
Read More / Baca Lagi >>

Kewujudan PAS bukan satu masalah - Saifuddin Abdullah

Posted: 13 Nov 2014 04:14 PM PST

Kewujudan PAS bukan satu masalah - Saifuddin Abdullah
KUALA LUMPUR: Ketua Pegawai Eksekutif GMM, Datuk Saifuddin Abdullah menolak kenyataan Ketua Pemuda Gerakan, Tan Keng Liang yang menyifatkan PAS suatu 'masalah'.

Katanya, kewujudan parti Islam tersebut bukan lah satu isu kerana mereka selama ini telah berjuang mengikut proses demokrasi.

"Dalam politik kita lawan, tetapi tidak boleh anggap kewujudan PAS sebagai suatu masalah," kata bekas ahli Parlimen Temerloh (BN-Umno) itu ketika dihubungi Astro AWANI.

Saifuddin dalam Twitternya telah membidas kenyataan Tan sambil mengatakan beliau tidak bersetuju bahawa PAS merupakan suatu masalah.

Meskipun begitu, beliau berkata terus menentang parti tersebut kerana perbezaan dasar yang diterapkan parti masing-masing.

Beliau juga tidak menolak bahawa terdapat antara ahli PAS yang menerapkan nilai moderat serta terbuka kepada perbincangan.

"Sebab kita dua parti yang berbeza dan kita ada dasar yang berbeza. Bila tiba pilihan raya kita perlu teruskan proses saingan itu.

"Tetapi itu tidak bermakna kita tidak boleh berjumpa atau tidak boleh berbincang," tegas Saifuddin.

Kenyataan tersebut bagaimanapun telah mendapat tentangan dari Tan. Beliau telah menyifatkan kenyataan tersebut sebagai 'bercanggah'.
Read More / Baca Lagi >>

Apa hak JPA tarik biasiswa saya? – Fahmi

Posted: 13 Nov 2014 03:55 PM PST

"Saya bercakap berdasarkan fakta yang menyentuh soal rasuah di mana negara kita berada pada kedudukan paling tinggi. Saya tak pernah hina Kerajaan dan apa hak Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) nak tarik balik biasiswa saya?"
 
Itu penjelasan Presiden Persatuan Mahasiswa Universiti Malaya (PMUM), Fahmi Zainol yang mempersoalkan cadangan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) untuk menarik balik biasiswanya. 
 
Menurut Fahmi, biasisiwa yang diterimanya merupakan wang rakyat dan bukan milik mana-mana jabatan kerajaan mahupun parti politik seperti UMNO. 
 
"Duit ini daripada rakyat bukan tajaan daripada kerajaan. Hak biasiswa ini kepada rakyat, jadi rakyat yang ada kuasa dan pihak JPA tidak boleh sewenang- wenangnya menarik balik biasiswa tersebut," katanya dalam satu kenyataan. 
 
Fahmi diancam oleh JPA untuk menarik balik biasiswanya selepas menganjurkan program pidato Datuk Seri Anwar Ibrahim di Universiti Malaya (UM) pada 30 Oktober lalu. 
 
JPA dalam kenyataannya juga menyatakan rasa tidak senang dengan kenyataan 'negatif' dan 'provokatif' terhadap kerajaan dengan mengaitkan tindakannya dengan 'Umbrella Revolution' Hong Kong dan rusuhan pelajar di Indonesia. 
 
"Saya dilantik sebagai Ketua Mahasiswa dan antara peranan saya adalah mengkritik perbuatan salah kerajaan," jelasnya.

JEMBALANG TANAH MELAYU YANG SEBENAR...

Posted: 13 Nov 2014 03:39 PM PST



KM Nafi Setuju Syor Menteri KDN Unit Polis Komuniti Ganti PPS

Posted: 13 Nov 2014 03:26 PM PST


World's Tallest, Smallest Men Meet

Posted: 13 Nov 2014 03:24 PM PST

Rakyat Terus Ditipu: Bukan semua ubat dikecualikan daripada GST..!!

Posted: 13 Nov 2014 05:25 AM PST

Kerajaan tidak bercadang mengecualikan semua ubat daripada dikenakan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) apabila ia dilaksanakan pada April tahun depan.
Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S.Subramaniam berkata kementerian itu  mengenal pasti 320 sebatian kimia yang diluluskan untuk sifar kadar dalam GST, termasuk lebih 4,200 jenama ubat.
"Setakat ini, tiada rancangan untuk mengecualikan semua ubat daripada dikenakan GST... tapi kami juga akan cuba agar penggunaan kelengkapan asas perubatan bagi mengurus dan merawat pesakit turut diletakkan dalam kategori itu," katanya selepas merasmikan Simposium Neuro Malaysia (MNS) di Seri Kembangan hari ini.

Beliau berkata ubat-ubatan yang tidak termasuk dalam senarai ubat-ubatan perlu, akan dikenakan GST apabila ia dilaksanakan pada April tahun depan. Dr Subramaniam berkata demikian bagi mengulas tindakan Persatuan Farmaseutikal Malaysia (MPS) merayu kepada kerajaan pada Isnin agar semua ubat tidak dikenakan cukai di bawah GST.
Sementara itu, mengulas kenyataan Anggota Parlimen Pasir Mas Nik Mohamad Abduh Nik Abd Aziz yang menyalahkan Thailand berikutan kadar jangkitan tinggi HIV di Kelantan, Dr Subramaniam berkata PAS perlu mendidik rakyat tentang isu itu.
"Ia berkaitan pilihan individu, jadi kerajaan Kelantan yang dipimpin PAS perlu mendampingi rakyat untuk mendidik mereka, menguatkan mereka dari segi mental.
"Kita tidak boleh menyalahkan sesiapa, sempadan akan tetap berada di situ dan terserahlah kepada orang untuk menentukan pilihan mereka... memandangkan mereka diperintah oleh PAS, mereka sepatutnya lebih baik," katanya.

Read More / Baca Lagi >>

Konsep Bina dan Jual Rumah 2015 Dibatalkan! Menteri BN Jadi Jurucakap Kapitalis Hartanah di Malaysia?

Posted: 13 Nov 2014 05:18 AM PST

bina dan jual rumah
Konsep Bina & Jual Rumah 2015 Dibatalkan! Menteri Jadi Jurucakap Kapitalis Hartanah? : Kami tidak pasti apa lagi yang boleh diharapkan oleh seorang menteri yang diharap mampu membela dan membawa suara rakyat marhaen akhirnya hari ini menteri yang bertanggungjawab iaitu Datuk Abdul Rahman Dahlan telah dilihat lebih selesa menjadi jurucakap bagi pihak pemaju. Termasuklah…
Termasuklah kenyataan terbaru Datuk Abdul Rahman Dahlan yang telah memutuskan rancangan untuk mengurangkan risiko rakyat Malaysia membeli projek rumah terbengkalai melalui rancangan oleh kerajaan Malaysia untuk memaksa kalangan pemaju di Malaysia bagi menerima pakai konsep bina dan jual tidak akan dilaksanakan yang dijangka bermula pada tahun 2015. Dengan kata lain, rancangan tersebut telah dibatalkan…..
Alasannya?

Punca Konsep Bina dan Jual Rumah 2015 Dibatalkan?

  • Pemaju terpaksa menanggung semua kos untuk membina rumah
  • Apabila pemaju kurang untuk bina rumah, kekurangan rumah akan bertambah dan kekurangan bekalan rumah akan berlaku dan akhirnya akan berlaku kenaikan harga rumah di Malaysia
Inilah yang berlaku cadangan yang baik daripada bekas Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Seri Chor Chee Heung akhirnya Datuk Abdul Rahman Dahlan terpaksa tunduk kepada tuntutan pemaju.
Read More / Baca Lagi >>

Pelaburan 1MDB Catat Kerugian RM668.55 Juta. Tanggung Hutang RM41 Bilion. Mahathir Tempelak, 1MDB Bazirkan Wang Negara!

Posted: 13 Nov 2014 05:16 AM PST

1MDB
Pelaburan 1MDB Catat Kerugian RM668.55 Juta. Tanggung Hutang RM41 Bilion. Mahathir Tempelak, 1MDB Bazirkan Wang Negara : Hutang negara Malaysia sudah menjerut leher, masih lagi bercita-cita besar melakukan pelaburan besar di atas nama 1MDB. Bentangkan belanjawan negara pun dalam keadaan belanjawan defisit. (KLIK SINI)
Tetapi, bercita-cita untuk meningkat kekayaan melalui pinjaman. Akhirnya pinjaman dan hutang yang telah diterbitkan itu, perlu dibayar juga bukan? Siapa yang akan menanggung beban hutang sebesar RM41 bilion ini? Nah…inilah yang berlaku sekarang ini…..satu demi satu aset mahu dikumpulkan 1MDB.
Lain Perdana Menteri lain caranya. Jikalau berdasarkan pengamatan dan pemerhatian Tun Mahathir Mohamad terhadap cara anak buahnya mentadbir negara melalui penubuhan 1MDB yang dirasakan beliau tidak sepatutnya wujud sebenarnya. Hakikat dan realitinya penubuhan 1MBD adalah "mesin" yang telah meningkatkan hutang negara dek kerana kerugian yang ditanggung 1MDB sekaligus akan memudaratkan negara. Siapa kata? Mantan Perdana Menteri Tun Mahathir Mohamad.

Kerugian 1MDB RM668.55 juta

    1MDB Jho Low
  1. Terbaru 1MDB berjaya "mencatatkan kerugian sebelum cukai sejumlah RM668.55 juta pada tahun kewangan 31 Mac 2014
  2. Berbanding kerugian pada tahun sebelumnya iaitu RM778.243 juta
Inilah pelaburan negara dilakukan berlagak seperti "berlagak sebagai dana kekayaan negara" sedangkan ia bukan daripada lebihan kewangan negara. Ya…semua ini adalah hutang. Hutang negara. Berbilion ringgit dihutang yang menambah hutang negara dengan amat tinggi. Hutang negara mesti dibayar. Jika tidak kita akan muflis seperti Argentina.
Siapa yang pernah pergi ke pejabat IMDB di Menara IMC, anda akan lihat betapa ramai non bumi dalam syarikat 1MDB ini. Mana tidak, satu demi satu syarikat disambar 1MDB termasuklah syarikat Tanjong Energy dan Genting Sanyen yang ada ramai non bumi juga.
Hebat….Hebat…..Negara lain yang kaya sumber alam termasuk negara pengeluar minyakcontohnya yang dilihat tidak mampu menghabiskan pendapatan negara mereka setelah mentadbir dan membangun negara, bertindak tubuhkan "sovereign wealth fund sebab terlebih cash" & dan merancang untuk melakukan pelaburan tunai di luar negara.
Cara Malaysia lain……lain…..sangat.
Read More / Baca Lagi >>

Kerajaan BN sembunyi belanja RM30 bilion ‘firma tak dikenali’

Posted: 13 Nov 2014 05:14 AM PST


ong kian ming


KUALA LUMPUR, 13 NOV: DAP mengecam tindakan kerajaan menyembunyikan perbelanjaan hampir RM30 bilion kepada Pembinaan PFI Sdn Bhd (PFI), firma yang memiliki liabiliti ketiga terbesar di kalangan semua syarikat milik kerajaan.
Ahli Parlimen Serdang Dr Ong Kian Ming yang memetik siri ketiga Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) 2013 berkata, liabiliti PFI sehingga 2012 adalah berjumlah RM27.8 bilion.
Menurutnya, PFI ditubuhkan bertujuan mendapatkan pembiayaan bagi projek kerajaan, dan syarikat itu turut berperanan mengagihkan RM20 bilion di bawah Rancangan Malaysia Ke-9 (RMK9).
"Sangat sedikit ketelusan bagaimana RM20 bilion itu dibelanjakan, termasuk terma perjanjian konsesi antara kontraktor dan kerajaan untuk penyewaan, serta pajakan bangunan yang dibina di bawah PFI," kata Kian Ming dalam satu kenyataan.
Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) baru-baru ini mendedahkan pusingan kedua pembiayaan bernilai RM10 bilion diperuntukkan kepada PFI.
LKAN juga menyebut, RM7.57 bilion daripada RM10 bilion diperuntukkan kepada 16 Kementerian atau agensi untuk melaksanakan 313 projek.
Dalam pada itu kata Kian Ming, semakan fail syarikat PFI mendapati, kesemua pinjaman diperolehi daripada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).
Read More / Baca Lagi >>

Perhimpunan Agung UMNO Tidak Layak Puji Najib Jika Gagal Selamatkan Dua Rakyatnya Di Selatan Filipina

Posted: 13 Nov 2014 04:52 AM PST

Isu penculikan dua rakyat negara ini oleh pejuang pemisah selatan Filipina di Sabah kembali bergema apabila Ahli Parlimen Lumut, Imran Abdul Hamid menyarankan kerajaan agar segera menyelesaikan kes itu, termasuk menunaikan permintaan membayar wang tebusan berjumlah RM6 juta sebagaimana yang diminta.

Menurut beliau, memandangkan penculikan itu sudah berlarutan lebih lima bukan, apalah salahnya kerajaan membayar sebanyak RM6 juta untuk dua nyawa rakyatnya sendiri.

Lagi pula, tambah beliau, jika kerajaan boleh berbelanja berbilion ringgit untuk perkara-perkara lain, tentulah tiada masalah untuk nilai sekecil RM6 juta itu.

Dua mangsa yang diculik itu, ialah seorang penguasa kolam ikan, Chan Sai Chiun dan seorang anggota polis, Zakia Aliep. Dalam perkembangan terakhir, puak pemisah dilaporkan memberi tempoh sehingga 30 November ini untuk menunaikan permintaan mereka dan sekiranya gagal, kedua-duanya mahu dibunuh dengan cara dipenggal kepalanya.

Dalam reaksi segeranya, Menteri Dalam Negeri, Ahmad Zahid Hamidi menolak untuk berunding dan membayar sebarang wang tebusan kerana tegasnya, kerajaan mempunyai dasar tidak melayan sebarang pembayaran wang tebusan, meskipun melibatkan anggota polis sendiri.

Jika sebelum ini Najib Razak dipuji dan disanjung kerana kecepatan dan kecekapannya berunding dengan ketua puak pemisah Ukraine, Aleksander Borodai sebaik MH17 ditembak jatuh dan hampir pasti kejayaan yang sama akan dijadikan lonjakan untuk meneruskan pujian yang lebih berpanjangan dalam Perhimpunan Agung UMNO pada 25 hingga 29 November ini, semua itu tidak bermakna sama-sekali jika dua tebusan yang masih hidup ini tidak berjaya diselamatkan.
Read More / Baca Lagi >>

Undang-undang tak boleh haramkan pemikiran saya – Zunar

Posted: 13 Nov 2014 04:48 AM PST

Zunar pcKUALA LUMPUR 12 NOV:  Kartunis Zunar berkata, lebih 50 peratus hasil karya kartun yang dihasilkannya sejak 2009 memberi kesan mendalam kepada kerajaan sehingga semua karyanya ditarikbalik dan diharamkan.
Meskipun begitu, katanya, pihak berkuasa tidak akan berupaya menghalang beliau daripada terus mengkritik kerajaan melalui medium kartun.
"Saya ini artis dalam menghasilkan karya kartun. Saya hanya melukis apa yang dibuat oleh pemimpin kerajaan. Mereka buat rasuah, saya cuma kartunkan sahaja, dan bukan saya punca rasuah itu.
"Ini hak saya dan undang-undang tidak boleh haramkan pemikiran saya untuk menghasilkan karya saya dalam 'mengkartunkan' kerajaan," ujarnya dalam sidang media di pejabatnya di Jalan Loke Yew, hari ini.
Hairan dengan kerajaan yang disifatkan terlalu takut dengan kartun, Zunar menegaskan beliau akan terus berkarya dan segala halangan tidak akan menjejaskan hasil karya beliau.
Bahkan katanya, beliau gembira apabila rakyat menerima kartun yang dihasilkan dan faham dengan mesej yang ingin disampaikan.
Zunar dalam pada itu turut mengingatkan kerajaan bahawa kartunis politik mempunyai peranan dalam sesebuah negara demokrasi, termasuk di Amerika Syarikat.
"Saya pernah dipanggil dalam forum kartunis di luar negara, ada kartunis di sana mengkritik (Barrack) Obama. Malah Presiden mereka memberi anugerah ke atas kritikan itu, bukannya mengenakan tindakan undang-undang seperti yang kerajaan Malaysia lakukan," ujarnya.
Read More / Baca Lagi >>