Followers

Nuffnang

The Unspinners

0

Posted by Unknown | Posted on 11:26 PTG | Posted in

sumber :-

The Unspinners


Kenyataan Mat Maslan tentang 1MDB perlu lebih jelas

Posted: 12 Nov 2014 09:20 PM PST



Mat Maslan menjawab tuduhan liar yang dibuat oleh Rafizi Ramli. Berikut kenyataannya

KENYATAAN AKHBAR OLEH YB TIMBALAN MENTERI KEWANGAN I 12 NOVEMBER 2014 ISU 1MDB

Kenyataan Akhbar ini disediakan untuk menjelaskan lagi kenyataan saya sebelum ini berkaitan 1MDB semasa sesi Penggulungan Peringkat Dasar Rang Undang-Undang Perbekalan 2015, Kementerian Kewangan pada 6 November 2014 (Khamis).

1. Saya mendapat maklum mengenai usul YB Tuan Rafizi Ramli, Ahli Parlimen Pandan untuk merujuk saya kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan dibawah Peraturan Mesyuarat 36(12) dan 80A kerana tuduhan mengelirukan Dewan. Ia dibangkitkan berdasarkan kenyataan saya semasa sesi Penggulungan Peringkat Dasar untuk Kementerian Kewangan pada 6 November 2014 mengenai isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) seperti berikut :

Petikan Hansard 6 November 2014

    "Saya ingin menegaskan sekali lagi bahawa kerajaan hanya beri jaminan kepada sukuk oleh 1MDB sebanyak RM5.8 bilion sahaja, sedangkan semua hutang 1MDB ialah RM36.25 bilion."

    " Itu sahaja yang dijamin oleh kerajaan, tidak ada lebih daripada itu. Selain daripada itu, 1MDB tidak menerima jaminan daripada kerajaan bagi pinjaman-pinjaman yang lain, hanya RM5.8 bilion yang menerima jaminan explicit atau explicit guarantee Kerajaan Malaysia. Satu lagi yang disebut mengenai letter of support itu sebenarnya tidak ada."

2. Kenyataan letter of support itu sebenarnya tidak ada membawa maksud bahawa tiada surat sokongan lain yang memberi jaminan explicit atau explicit guarantee Kerajaan Malaysia selain terhadap jumlah sebanyak RM5.8 bilion.

3. Saya masih berpegang kepada kenyataan tersebut sebagai benar dan saya juga telah mengeluarkan kenyataan akhbar bertarikh 8 November 2014 (Sabtu) seperti berikut :

"Seperti yang saya jelaskan di Parlimen pada hari Khamis 6 November 2014, jaminan Kerajaan yang dikeluarkan untuk 1MDB hanyalah sebanyak RM5.8 bilion.


Saya ingin memaklumkan di sini bahawa memang tiada surat yang membawa maksud kepada jaminan yang lebih daripada jumlah itu. Kerajaan tidak ada lagi mengeluarkan sebarang jaminan selain RM5.8 bilion untuk 1MDB atau anak-anak syarikat milik penuhnya, termasuklah untuk bon USD3 bilion.
 

Sebagaimana yang dilaporkan dalam penyata tahunan 1MDB untuk tahun kewangan berakhir 2013, satu surat telah dikeluarkan sebagai pemegang saham tunggal 1MDB.
 

Menurut syarat-syarat di dalam surat tersebut, sekiranya 1MDB tidak dapat membayar hutang berkaitan bon yang berkenaan, sebarang tuntutan terhadap kerajaan (selain tuntutan terhadap 1MDB) hanyalah terhad kepada syarat-syarat yang dinyatakan di dalam surat itu sahaja, dan ini bukan merupakan jaminan Kerajaan."

4. Saya juga memahami bahawa terdapat satu letter of support yang dikeluarkan oleh Kerajaan Malaysia untuk bon yang berjumlah USD3 bilion. Walau bagaimanapun ia bukan memberi jaminan explicit atau explicit guarantee Kerajaan Malaysia.

5. Surat sokongan (letter of support) itu membawa maksud bahawa sekiranya 1MDB tidak mampu membayar pinjaman yang berjumlah USD3 bilion tersebut, maka 1MDB perlulah menstruktur semula asetnya yang berjumlah RM51 bilion bagi membayar hutang tersebut. Dalam hal ini, 1MDB akan menggunakan kesemua asetnya sehingga habis (fully exhaust) yang berjumlah RM51 bilion untuk membayar hutang yang bernilai USD3 bilion. Mengikut rekod setakat hari ini, 1MDB tidak pernah gagal dalam menjelaskan hutangnya mengikut jadual pembayaran balik. Kerajaan hanya akan membantu sekiranya ada lagi tanggungan bagi hutang tersebut yang perlu dijelaskan oleh 1MDB sekiranya ke semua langkah seperti di atas telah pun diambil oleh 1MDB.

6. Saya ingin menjelaskan bahawa jaminan explicit adalah terikat di bawah Akta Jaminan Pinjaman ( Pertubuhan Perbadanan ) 1965. Syarikat yang diberi jaminan perlu diwartakan sebagai Pertubuhan Perbadanan manakala surat sokongan yang dikeluarkan dalam isu 1MDB kepada pihak berkaitan tidak terikat di bawah akta tersebut dan tidak perlu diwartakan.

7. 1MDB adalah sebuah syarikat dengan izin "going concern" yang berdaya saing dan maju. Ini bermakna 1MDB akan sentiasa berkembang dan nilai syarikatnya akan sentiasa meningkat. Ini dibuktikan dengan peningkatan pendapatannya sebanyak 64% bagi tahun berakhir 31 Mac 2014.

8. Perkara yang saya nyatakan pada 6 November 2014, dengan jelas menunjukan bahawa jaminan Kerajaan adalah kepada pinjaman yang berjumlah RM5.8 bilion sahaja. Jaminan ini terikat di bawah Akta Jaminan Pinjaman (Pertubuhan Perbadanan) 1965. Justeru itu, hanya jumlah RM5.8 bilion sahaja yang termasuk dalam contingent liability Kerajaan dan bukannya ditambah dengan USD3 bilion.

Sekian, terima kasih.

(DATUK HAJI AHMAD BIN HAJI MASLAN)
TIMBALAN MENTERI KEWANGAN I
12 NOVEMBER 2014


-----------------------------

Maaf cakap, kenyataan ini belum cukup jelas.

Orang yang tahu hal perbankan akan kata mana boleh bank beri pinjaman kepada 1MDB jika dengan hanya surat sokongan. Amalan biasa dengan Bank adalah mahukan surat garenti. Surat sokongan tak membantu untuk tujuan recourse.

Kami percaya ada lagi makluman lain yang tidak didedahkan dalam 1MDB berupaya mendapatkan dana RM5 billion tanpa ada busines operations di tangan. Pastinya ada aset yang dicagarkan atau surat garenti dari pihak lain sebagai backing bond RM5 billion pertama. Ini transaksi sukuk yang tidak ada ruang untuk spekulasi.

Dana 1MDB bukan dana yang berwang dan business tapi cara pembinaan perniagaan yang mana wang dikumpulkan untuk dilaburkan. Ia bukan cara biasa yang dilakukan. Mesti ada kaitan Private Equity, structured financing dan start up.

Entahlah mungkin susah 1MDB nak jelas tanpa memeningkan pendengar. Ia bukan perkara simple dan boleh disimplekan. Mungkin akan hanya faham lepas exercise selesai!!!

Pastinya Ahmad Maslan bukan orang yang sesuai untuk menjelaskan atas sebab yang sedia maklum. Pihak yang perlu diyakini bukan saja orang biasa tapi para profesyenal dan orang middle class. Ia memerlukan pihak yang lebih kredible seperti dari 1MDB sendiri

Harap faham apa maksud kami.

Tony Pua pelobi YTL untuk serang 1MDB ka...?

Posted: 12 Nov 2014 05:19 PM PST


Satu masaalah utama dengan 1MDB adalah ianya satu entiti swasta tajaaan kerajaan tapi ianya bukan syarikat tersenarai yang boleh dedahkan maklumat sehabis-habisnya. Sebagai entiti perniagaan perlu ada kerahsiaan dalam urusannya. Mungkin sekali masanya belum sesuai untuk dibentang habis urusan 1MDB. 

Oleh yang demikian, setiap tuduhannya hanya dijawab dengan penafian. Ini pasti tidak memuaskan hati pelbagai pihak. Business model 1MDB tidak kelihatan jelas melainkan jika seorang sudah mengikuti perkembangannya dan lebih penting faham hal selok belok "high finance".

Dalam hampagas kekurangan maklumat ini maka ada pula pihak yang tahu sikit telah mengambil peluang dari maklumat yang ada untuk diputarbelit dan direka cerita-ceita buruk untuk menyerang 1MDB.

Diungkit sebab tukar Auditor. Tidakkah terfikir Auditor Big 6 telah digantikan adalah Auditor Big 6? Adakah mereka tidak terfikir bahawa Auditor lepas mungkin tidak faham business model 1MDB lalu tidak berani menandatangan maka TERPAKSA DICARI AUDITER YANG FAHAM?

Ada dituduh dana di Cayman Island itu ada penyelewengan. Ingat Cayman Island itu masih lagi pulau persinggahan lanun lagi ke? Itu sudah ratusan tahun tidak!

Ia adalah sebuah pusat perbankan persisiran pantai yang berkait rapat dengan pusat kewangan London dan perkhidmatan di situ berperaturan ketat dan amat professiona. Baca SINI dan SINI.

Dana yang menggunakan Cayman Island adalah untuk tujuan pelepasan cukai. Mana-mana pihak corporate biasa menggunakan Cayman Island dan lain-lain Off Shore Banking Center.

Selepas pelaburan di dalam Petro Saudi dijual, akaun Cayman diguna untuk melaburkan di dalam instrumen Islamic. Tidak seperti GLC lain, 1MDB banyak bergantung pada kewangan Islam. Maka Cayman Island itu ada peranan dalam penseragaman perakunan. Itu yang Auditer lama tak faham juga.

Pastinya akaun Cayman Island bukanlah untuk melabur dalam filem Werewold of Wall Straeet seperti pernah diandaikan oleh seorang blogger yang bertambah hari bertambah tidak bertanggungjawab dan menulis main main hentam tanpa membuat research dan kajian terperinci. Mungkin sebab dia tak percaya Nabi Muhammad.

Jika dia percaya dan ikut Nabi Muhammad untuk bersifat siddeq dan amanah, pasti dia TAK akan MENIPU dan PUTARBELIT untuk membuat tuduhan 1MDB menipu akaun untuk tunjuk rugi menjadi untung dan kata 1MDB rugi RM25 billion.

Apa isunya dengan revaluation aset jika 1MDB sedang merancang menyenaraikan aset IPP kepunyaan mereka?Adakah masuk akal revaluation aset boleh diguna untuk tampal kerugian menjadi untung? Revaluation melibatkan balance sheet dan bukan sebahagian dari profit from operations. Mana boleh dianggap untung sebab revaluation tanpa melihat akaun sepenuh????

Begitu juga dengan kerugian yang dikatakan besar. BUkankah sebelum pembangunan Razak Exchange, pihak pemaju 1MDB perlu lakukan pemindahan dan pembinaan fasilit dahulu? Bukankah ini semua kos tanpa wang masuk lagi????

Punyalah nak bohong hingga saja terlepaskan fakta sedemikian.

1MDB tidak ada dedahkan akauan atau maklumat tapi di mana Tony Pua dapat dokumen untuk katakan surat garenti kerajaan adalah RM9 billion. Sedangkan dana pinjaman permulaan dengan hanya surat sokongan atau garenti adalah hanya RM5 billion.

Tony mahu menghalang kejayaan penyenaraian IMDB yang sedang merasionalisasi IPP dan jadikan 1MDB national IPP yang mana adakan dinikmati oleh semua rakyat Malaysia dan bukan hanya ahli korporat tertentu macam Tan Sri Francis Yeoh!!!

Tony Pua memang diketahui adalah pelobi untuk YTL tapi pihak lain yang kuat menyerang 1MDB lobi atau buat kerja dengki balas dendam untuk siapa pula?

UMNO nak debat pertahan bahasa Melayu tapi Nazir Razak tak iklan di Utusan?

Posted: 12 Nov 2014 04:29 AM PST



Tan Sri Zainuddin Maidin hari ini menyelar Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan CIMB Bank Datuk Seri Nazir Razak kerana lebih mengutamakan peruntukan wang iklan yang lebih besar kepada akhbar bukan Melayu daripada akhbar milik Umno, Utusan Malaysia.

Bekas menteri penerangan itu berkata, Nazir yang juga adik kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak lebih mempercayai kepada golongan yang suka memperkecilkan akhbar berkenaan sedangkan bilangan pembacanya mencatatkan peningkatan.

"Malangnya CIMB Bank dikuasai Nazir yang juga adik Datuk Seri Najib sendiri percaya kepada mereka ini dan CIMB lebih mengutamakan peruntukan wang iklan yang lebih besar kepada akhbar bukan Melayu daripada Utusan Malaysia.

"Pekara ini patut dibawa dan didedahkan dalam Perhimpuan Agung Umno kelak," katanya menerusi kiriman yang bertajuk 'Kekuatan tersembunyi Utusan Melayu menyerlah sekali pun adik Najib bersikap tidak adil pada Utusan' di blognya Zamkata. – 12 November, 2014.

Baca seterusnya SINI

Macam mana nak percaya UMNO mahu berdebat untuk pertahan bahasa Melayu tapi adik Presiden tak sokong akhbar bahasa Melayu???

Mengapa berhujah seolah-olah orang Islam yang antagonis?

Posted: 12 Nov 2014 02:24 AM PST


The Star dan DAP yang berselindung disebalik suka sekali ... ia membantu bayangkan orang Islam tak sabar, suka gaduh, kuat menuntut bukan-bukan dan tak ada toleran.

Betul ke?

Yang asyik cari pasal siapa? Kuat menuntut bukan-bukan tu siapa? Yang sebenarnya tak toleran dan tak mahu menerima cara dan warisan budaya Malaysia ni siapa?

Kalau orang Islam ada salah dan silap, yang satu lagi belah tu BAIK SANGAT KA? Ramai ke atau segelintir saja orang Islam sedemikian???

Hujah perlu adil, walaupun berniat teguran pada ummah sendiri. Jangan pula diperguna untuk bantu mereka yang memusuhi!!!!

Kenapa Anwar tolak Hakim Mahkamah dan mahu Hakim Negara?

Posted: 12 Nov 2014 12:30 AM PST


Rakyat biasa senang di AUTA. Mudah percaya buta-buta dengan hujah simple yang tak bermakna.

Hakim mahakamah perlukan bukti, saksi, hujah dan point of law. Dia tak ada dan susah nak auta...

Belantan

0

Posted by Unknown | Posted on 11:10 PTG | Posted in

sumber :-
Belantan

Belantan


Bubar UMNO Selangor : 
Noh serah kepada presiden parti?

Posted: 12 Nov 2014 10:00 PM PST


UMNO Sela­ngor menyerahkan kepada Pre­siden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk memutuskan sama ada mereka perlu dibubar dan di­strukturkan semula seperti yang diminta oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Seri Noh Omar berkata, beliau akan menemui Perdana Menteri untuk mendapatkan nasihat dan memberi penjelasan tentang perkara tersebut dalam tempoh terdekat.

Menurutnya, apa sahaja teguran dan kritikan ke atas UMNO Sela­ngor beliau akan terima, tetapi hanya presiden parti yang akan menentukannya.

"Saya akan jumpa presiden parti untuk mendapatkan nasihat dan memberi penjelasan. Saya akan akur dengan apa juga keputusan parti.

"Saya hanya mendengar nasihat daripada presiden parti kerana beliau yang melantik saya dan kalau nak tukar pun terserah kepada beliau," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Kolokium Kepemimpinan Pendidikan di Management and Science University (MSU) di sini hari ini.


Dr. Mahathir semalam sekali lagi menggesa UMNO Selangor dibubarkan dan distruktur semula ekoran kegagalan menawan semula negeri ini.

Bekas Presiden UMNO itu juga mencadangkan supaya pemimpin lama berundur dan memberi peluang kepada pemimpin baharu selain menunjukkan kehidupan sederhana.

Noh berkata, meskipun beliau sudah lima penggal memegang jawatan Ahli Parlimen Tanjung Karang, tetapi ini adalah kali pertama beliau menjadi Pengerusi Badan Perhubungan negeri.

"Memegang jawatan ini bukan satu kebanggaan atau keistimewaan tetapi satu tanggungjawab yang cukup berat terutamanya di negeri yang kalah.

"Sebab itu saya buat dengan ikhlas untuk berkongsi pengalaman yang ada. Bagi saya yang penting UMNO boleh menang dalam Pilihan Raya Umum akan datang dan siapa pun pemimpinnya tidak menjadi masalah," jelas beliau.

Suara Politik
Belantan

Rumah mampu milik atau mampu tengok?

Posted: 12 Nov 2014 08:55 AM PST

Bakal pembeli rumah melihat contoh unit-unit rumah yang akan dibina oleh syarikat pemaju perumahan Sterling Prima pada majlis pelancaran projek perumahan mampu milik MasReca-19 di Cyberjaya baru-baru ini.

Mengikut portal har­tanah Global Property Guide, pada suku ke­­tiga tahun 2013, harga rumah di Kuala Lumpur adalah tertinggi di negara ini dengan harga purata sebuah rumah mencecah RM 620,758. Ini diikuti oleh Sabah dan Selangor, dengan harga purata masing-masing RM413,187 dan RM405,826.

Menurut seorang pekerja swasta yang menyewa rumah di Shah Alam dan bekerja di Subang Jaya, Futra Hurairah, - "Kalau keadaan begini berterusan, 10 tahun lagi pun belum tentu mampu membelinya."

Portal yang sama menyatakan dalam suku ketiga tahun 2013, harga purata sebuah rumah teres di negara ini adalah sekitar RM238,337 manakala harga sebuah rumah berkembar adalah RM421,622 dan harga sebuah rumah banglo adalah RM458,858.

Pastinya harga sebenar sebuah rumah itu berbeza mengikut lokasi, dan tertakluk juga kepada elemen bekalan dan permintaan. Apa pun, secara mudah bolehlah kita katakan bahawa harga sebuah rumah teres sudah mencecah suku juta ringgit manakala jenis lain sudah mencecah setengah juta ringgit ke atas.

Tak hairanlah kita kenapa ramai orang muda yang penulis temui di Lembah Klang memberitahu bahawa rumah yang dibina oleh pemaju sudah tidak lagi berkategori "mampu milik". Mereka berpendapat rumah yang dibina sekarang ditujukan kepada pembeli asing. Akibatnya, bagi golongan muda, rumah yang ada sekarang hanyalah rumah "mampu tengok" sahaja.

Mereka tidak mengatakan kerajaan tidak melakukan sesuatu meng­atasi masalah ini. Mereka tahu bahawa pada Januari 2010, harga lantai yang ditetapkan oleh kerajaan bagi pembeli asing adalah RM500,000 manakala pada Januari 2014 lalu, tahap ini telah dinaikkan lagi ke paras RM1 juta.
Hanya rumah kediaman yang berharga melebihi harga lantai itu sahaja yang boleh dibeli oleh pembeli asing.

Persoalannya, apakah langkah kerajaan menetapkan harga lantai ini sudah memadai mengekang selera pembeli asing membeli dan memiliki rumah kediaman di negara ini?

Tidak bolehkah pemaju perumahan kita dipaksa membina sekian peratus rumah mampu milik (mi­salnya di bawah RM250,000) bagi setiap projek perumahan yang mereka ingin bangunkan?

Kalau pada satu masa dulu, kerajaan ada dasar memaksa pemaju perumahan membina misalnya 30% rumah kos murah atau rumah kos sederhana, kenapakah dasar sedemikian itu tidak boleh dilaksanakan pada masa ini berhubung kes rumah mampu milik?

Pada Mei 2012 lalu, media me­laporkan kerajaan Sabah me­ran­cang mewujudkan satu dasar ba­­haru di mana setiap pemaju perumahan dikehendaki membina 30% rumah mampu milik sebelum dibenarkan membina rumah jenis mahal yang lain. Langkah ini segera dibantah dan ditentang oleh syarikat pemaju perumahan.

Sebuah portal berita tempatan baru-baru ini melaporkan bahawa di Johor Bahru, Johor harga satu unit kondominium yang ditawarkan oleh pemaju kini mencecah RM800,000 bagi unit bersaiz 800 kaki persegi dan ke bawah, manakala bagi unit bersaiz 1,000 kaki persegi dan berhadapan dengan laut, harganya melebihi RM1 juta.

Penduduk Johor Bahru meng­gelar kategori rumah sedemikian sebagai rumah "mampu tengok", kerana pastinya rumah sedemikian itu di luar kemampuan sebahagian besar warga tempatan.

Warga Johor berharap mereka akan bernasib baik dapat membeli salah satu rumah yang akan dibina di bawah program Rumah Mampu Milik Johor (RMMJ) tajaan Kerajaan Negeri Johor atau rumah di bawah program Perumahan Rakyat 1Malaysia (PRIMA) tajaan Kerajaan Persekutuan.

Malangnya, menurut portal itu lagi, projek perumahan yang diusahakan Kerajaan Pusat dan kerajaan negeri itu "berjalan amat perlahan", manakala kuantiti rumah yang ditawarkan di Johor Bahru tidak akan dapat menampung permintaan tinggi dari penduduk tempatan.

Pada 19 Oktober lalu, pengendali sebuah portal yang melakukan tinjauan di Ekspo Hartanah Malaysia (Mapex 2014) yang berlangsung di Midvalley, Kuala Lumpur, mendapati hampir semua projek hartanah yang dipamerkan di situ adalah "Rumah Mampu Tengok", memandangkan kesemuanya dijual dengan harga RM400,000 ke atas sehinggalah berjuta-juta ringgit. (Sila lihat http://www.eyriqazz.com/2014/10/laguna-biru-sungai-buloh-fasa-2.html)

Pada April lalu, Setiausaha Persatuan Pembeli Rumah Kebangsaan (HBA), Chang Kim Loong dipetik sebagai berkata, apabila HBA mencadangkan program rumah mampu milik dulu, HBA mahu kerajaan menggunakan bank tanahnya yang sedia ada dan membina rumah dengan kos yang paling minimum.

Malangnya, tujuan asal ini sudah diketepikan dan program PRIMA kini membolehkan usahasama dijalankan dengan pemaju swasta – yang pastinya berorientasikan matlamat keuntungan.

PRIMA ditubuhkan pada 2012 dengan matlamat utamanya membina rumah mampu milik untuk rakyat.

Sehingga April 2014, sudah ada 500,000 permohonan untuk mendapatkan 80,000 unit rumah. Pastinya angka ini bertambah sejak tarikh itu hingga akhir tahun ini.

Pada 1996, ketika penulis berhijrah ke Alor Setar, Kedah, penulis bernasib baik dapat membeli sebuah rumah sederhana besar setingkat, dengan keluasan tanah tak sampai 6,000 kaki persegi, dengan harga RM105,000.

Pada masa ini, kalau pun masih ada rumah seperti itu yang dibina dan dijual oleh pemaju, harganya pasti antara RM400,000 hingga setengah juta, apatah lagi jika dibangunkan atas tanah bukan Tanak Rizab Melayu dan loka­sinya begitu hampir dengan pusat bandar.

Presiden Institut Ejen Harta­nah Malaysia (MIEA), Siva Shanker menyatakan harga rumah kini terus melambung tinggi. Sebuah rumah berkembar yang pada tahun 2008 dijual dengan harga antara RM650,000 dan RM800,000 sudah melambung ke paras RM1.6 juta.

Lalu dia bertanya - "Macam mana harga rumah boleh melambung 100% dalam masa 5 tahun?"

Maka, kerajaan perlu mencari jawapannya. Andainya ia gagal menyelesaikan masalah "rumah mampu tengok" ini, negara berdepan dengan kewujudan satu generasi tanpa rumah (homeless generation), terdiri dari anak-anak kita sendiri. Ia satu gambaran yang mengerikan.-UMO

Suara Politik
Belantan

MIMPI SENJA

0

Posted by Unknown | Posted on 11:05 PTG | Posted in

sumber :-

MIMPI SENJA


Ops Khas Nombor Pendaftaran, Lampu HID Ditangguh - JPJ

Posted: 12 Nov 2014 05:29 AM PST

alt


KUALA LUMPUR 12 Nov - Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan menangguhkan Operasi Khas (Ops Khas) penguatkuasaan terhadap nombor pendaftaran, cermin gelap, lampu HID dan 'strobe light' yang menyalahi spesifikasi sehingga tarikh baru kelak.

JPJ menurut surat pekeliling kepada Pengarah JPJ Negeri menjelaskan, penangguhan Ops Khas tersebut berkuatkuasa mulai hari ini.

"Walaubagaimanapun penguatkuasaan ke atas kesalahan penggunaan lampu HID (yang dipasang secara retofit) dan Strobe Light hendaklah diteruskan," kata kenyataan tersebut.

Surat pekeliling tersebut turut melarang dari mana-mana anggota dan pegawai JPJ dari mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung operasi berkenaan kepada pihak media.

"Sebarang kemusykilan berhubung arahan ini Ybhg Dato'/tuan bolehlah merujuk kepada Bahagian Penguatkuasaan, Ibu Pejabat JPJ Putrajaya," ujarnya lagi. - Rakyat News


Penuntut kolej maut, 3 parah dirempuh lori di Ampang

Posted: 12 Nov 2014 05:00 AM PST


Oleh Asmah Rusman
Ampang: Seorang penuntut kolej swasta maut manakala tiga pemandu kereta parah selepas kenderaan mereka dirempuh sebuah lori tanah di persimpangan Jalan Ampang-Hulu Langat menghala Jalan Taman Putra di sini, hari ini.
Kejadian jam 11 pagi itu berlaku selepas lori tanah berkenaan dikatakan hilang kawalan ketika menuruni laluan curam dari Jalan Hulu Langat.
Jurucakap polis trafik berkata, lori itu kemudiannya merempuh penuntut berusia 20-an itu yang menunggang motosikal sebelum merempuh tiga lagi kereta yang berhenti di persimpangan berkenaan.
Menurutnya, mangsa maut di lokasi kejadian akibat kecederaan parah di kepala kerana terperosok di bawah lori manakala tiga pemandu kereta yang cedera parah dikejarkan ke Hospital Ampang untuk rawatan.
Katanya, pemeriksaan awal mendapati brek lori berkenaan tidak berfungsi menyebabkan pemandu gagal memberhentikan kenderaan di persimpangan lampu isyarat.


No plet: Menteri pun tak ikut undang-undang ...

Posted: 12 Nov 2014 12:23 AM PST


(Oleh: Ermizi Muhamad)

no pletKUALA LUMPUR 12 NOV : Ahli Parlimen Segambut, Lim Lip Eng menyelar penggunaan nombor pendaftaran kenderaan Menteri dan Timbalan Menteri yang tidak mengikut spesifikasi yang ditetapkan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).
Bercakap di sidang media di Lobi Parlimen hari ini, Lim mendedahkan dua kenderaan milik Menteri dan Timbalan Menteri dengan nombor pendaftaran WYU 818 dan WSW 505 yang menurutnya tidak mengikut garis panduan ditetapkan.
"Hari ini, dua kenderaan milik seorang Menteri dan Timbalan Menteri cukup mengelirukan. Merujuk kepada nombor pendaftaran kedua-dua kenderaan ini, bagaimana kereta seorang Ahli Parlimen boleh berbuat demikian?
"Kita ambil contoh nombor pendaftaran, WYU 818 ini memang mengelirukan pengguna jalan raya yang lain. Adakah ia WYU 818 atau WYU 88? Dan contoh yang kedua, WSW 505 ini adakah ia W5W 818?" soalnya.
Dalam pada itu, beliau turut merujuk kenyataan Pengarah JPJ sebelum ini yang akan mengadakan operasi besar-besaran untuk menyaman mana-mana kenderaan yang tidak mengikut spesifikasi yang ditetapkan.
"Kalau JPJ nak buat sekatan jalan raya, mereka boleh datang ke Parlimen dan saman kenderaan menteri," sindirnya namun tidak mendedahkan nama menteri terbabit.
Sementara itu, Ahli Parlimen Bakri turut menegaskan JPJ juga perlu memberi kesamarataan dalam menjalankan tugas tanpa cuba melindungi mana-mana pihak.
"Ketelusan daripada JPJ juga kita mahukan dalam soal ini. Aspek kesamarataan untuk menyaman mana-mana individu yang menyalahi undang-undang.
"Selain itu, JPJ juga perlu memberi tumpuan kepada aspek-aspek kesalahan yang lain dan tidak terhad kepada soal nombor pendafraran sahaja misalnya dalam soal lesen memandu dan cukai jalan," jelasnya.
Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=64027

Dialog Dewasa Kritik Berasa

0

Posted by Unknown | Posted on 11:03 PTG | Posted in

sumber :-

Dialog Dewasa Kritik Berasa


AZMIN ALI MUKA TEBAL ,DULU KUTUK PERJANJIAN AIR, SEKARANG?

Posted: 12 Nov 2014 10:37 PM PST



Facebooker Muhamad Harris Nasril menempelak Menteri Besar Selangor, Mohamad Azmin Ali yang secara selamba meneruskan polisi bekas Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkaitan dengan isu air di negeri itu.



Sikap Azmin mengguna pakai polisi sebelumnya tanpa memberi kredit kepada Khalid itu, kata Muhamad Harris seumpama kata pepatah "lembu punya susu, sapi dapat nama."

Muhamad Harris membuat kenyataan demikian berdasarkan kenyataan media terbaharu Azmin berkenaan isu air Selangor :

KENYATAAN MEDIA DATO' MENTERI BESAR SELANGOR
12 NOVEMBER 2014

KERAJAAN NEGERI KOMITED MENDAPAT NILAI TERBAIK DARI PENSTRUKTURAN AIR SELANGOR

Kerajaan Negeri Selangor berbesar hati mengumumkan bahawa anak syarikat milik penuh Kerajaan Negeri Selangor iaitu Air Selangor Sdn Bhd ("Air Selangor") telah memuktamadkan pembelian saham dengan Puncak Niaga Holding Berhad (PNHB) seperti mana disyaratkan oleh Perjanjian Induk Penstrukturan Air Selangor ("Perjanjian Induk") bertarikh 12 September 2014 yang dimeterai di antara Kerajaan Selangor, Kerajaan Persekutuan dan Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB).

Pembelian saham dari PNHB ini melibatkan dua syarikat pemegang konsesi air iaitu SYABAS dan Puncak Niaga Sdn Bhd (PNSB) yang dimuktamadkan pada hari terakhir tempoh masa yang telah disyaratkan oleh Perjanjian Induk.

Dengan pembelian saham ini, sebahagian besar operasi dan aset air akan kembali kepada rakyat yang membolehkan Kerajaan Negeri Selangor melalui Air Selangor mula mengambil alih dan menyusun semula operasi SYABAS dan PNSB. Tumpuan utama akan diberikan kepada usaha mengurangkan kadar air tidak berhasil (non-revenue water) yang merugikan rakyat serta memastikan bekalan air mencukupi secara berterusan untuk rakyat Selangor. Kerajaan Negeri Selangor juga berhasrat meningkatkan kecekapan perkhidmatan air yang lebih mesra rakyat dan responsif kepada pengguna di seluruh Negeri Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya.

Langkah seterusnya di dalam proses penstrukturan industri air ini ialah memuktamadkan pengambilalihan dua lagi syarikat konsesi iaitu ABASS dan SPLASH mengikut kerangka dasar yang menjamin kepentingan rakyat Selangor.

Walaupun beberapa perkara utama seperti kos dan terma pengambilalihan 4 syarikat konsesi (PNSB, SYABAS, ABASS dan SPLASH) telah diputuskan sebelum saya menjawat amanah sebagai Dato' Menteri Besar Selangor, saya yakin ada ruang-ruang yang perlu digunakan sepenuhnya oleh pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor yang baru untuk memastikan penstrukturan industri air ini memberi nilai terbaik kepada rakyat Selangor secara menyeluruh.

Ruang-ruang ini termasuklah memastikan pembinaan Projek Langat 2 (baik dari segi kapasiti, kos kejuruteraan dan pembinaan) dinilai secara objektif oleh wakil-wakil Kerajaan Negeri Selangor supaya tidak ada unsur-unsur pembaziran yang kelak akan membebankan rakyat.

Saya yakin dengan amalan keterbukaan dan ketelusan yang dititikberatkan oleh pentadbiran baru Kerajaan Negeri Selangor dalam proses penstrukturan air, Kerajaan Negeri Selangor akan berjaya mencapai persetujuan dengan semua pihak yang terbabit untuk menyempurnakan penstrukturan air dalam tempoh terdekat.

MOHAMED AZMIN ALI
DATO' MENTERI BESAR SELANGOR


ISU MALAS HADIR MESYUARAT, GUAN ENG IKUT ARAHAN ANWAR

Posted: 12 Nov 2014 06:35 PM PST

Desakan DAP supaya Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang hadir ke Mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Rakyat adalah suara Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, dakwa wartawan Agendadaily, Helme Hanafi.
Menurutnya, Anwar menggunakan kaedah baling batu sembunyi tangan, apabila menggunakan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng untuk mengkritik ketidakhadiran Hadi dalam mesyuarat tersebut.
Helme berkata sejak kebelakangan ini, Anwar bukan sahaja tidak dihormati oleh Hadi, bahkan oleh Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Apa yang lebih membimbangkan Anwar, dakwa Helme apabila Hadi akan melaporkan perihal Ketua Umum PKR itu kepada Pengerusi Persatuan Ulama Sedunia, Syeikh Dr Yusuf al-Qardhawi.


Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) DAP yang bermesyuarat semalam sebulat suara menggesa Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang untuk hadir ke mesyuarat Majlis Pimpinan PR pada masa akan datang.
Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dalam kenyataan media yang dilaporkan Sinar Harian hari ini berkata Hadi diperlukan untuk hadir ke mesyuarat Majlis Pimpinan PR pada masa akan datang bagi mengukuhkan gabungan PR.
Guan Eng berkata keputusan itu dicapai sebulat suara dalam Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) DAP yang bermesyuarat semalam.
"CEC memohon Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang untuk hadir ke mesyuarat Majlis Pimpinan PR, demi menjadikan PR lebih bersemangat kerana PR adalah gabungan kesemua tiga parti Pas, PKR dan DAP.
"Beliau perlu hadir ke mesyuarat Majlis Pimpinan PR, DAP akan menanti sehinggalah beliau berkelapangan untuk hadir, sebelum turut hadir ke mesyuarat tersebut," katanya.
Terdahulu, Guan Eng berkata luahan yang dibuat DAP adalah atas dasar hormat DAP kepada PAS ‎yang mahukan Presiden PAS itu menghadiri mesyuarat agar segala keputusan penting dapat dimuktamadkan bersama.
Malah DAP juga menafikan parti itu mempunyai agenda tertentu apabila dilihat kerap membangkitkan isu kehadiran Hadi dalam mesyuarat PR sekaligus mempersoalkan komitmen bersama rakan sekutu mereka.
Guan Eng berkata lagi, komitmen Abdul Hadi dalam perkara itu diperlukan dalam usaha PR untuk mengembalikan semula kepercayaan dan keyakinan pengundi, terutamanya golongan rakyat pertengahan.
"Kita mesti menepati janji dan melaksanakan komitmennya terhadap prinsip-prinsip urus tadbir yang baik, keadilan, kebebasan dan demokrasi," ujarnya.

GUAN ENG PUJUK DAN SINDIR SINIS HADI SUPAYA TIDAK MALAS HADIRI MESYUARAT

Posted: 12 Nov 2014 05:50 PM PST

Jawatankuasa eksekutif pusat (CEC) DAP meluluskan resolusi bagi mendesak Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang hadir ke mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Rakyat.

Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berkata, Hadi perlu hadir bagi memastikan gabungan PKR-DAP-PAS berdaya maju dan mendapat keyakinan pengundi.

"Atas pandangan bahawa kehadiran Hadi dalam mesyuarat majlis kepimpinan Pakatan penting, kerana beliau mempunyai autoriti tunggal dalam PAS untuk membuat keputusan, DAP akan akan menunggu sehingga beliau boleh hadir ke mesyuarat sebegitu," kata Lim.

Minggu lalu, Lim secara terbuka menggesa Hadi hadir.

Ini kerana, katanya, tanpa kehadirannya dan dalam keadaan wakil PAS tidak boleh membuat keputusan bagi pihak parti Islam itu, Pakatan tidak boleh mencari kata sepakat untuk meluluskan sesebuah resolusi.

Hadi dilapor sudah beberapa bulan tidak hadir ke mesyuarat Pakatan.

Ia dikatakan berpunca daripada tindakan Ketua Umum PKR yang berkali-kali membuat keputusan berbeza dengan apa yang diputuskan oleh jawatankuasa Pusat PAS.

Harakahdaily kelmarin melaporkan Hadi sebagai menjelaskan, beliau tiada dalam pentas politik negara sejak September lalu kerana masalah kesihatan.

Beliau berkata "tidak berapa sihat sikit sejak akhir-akhir ini" sehingga "suara pun tak berapa nak keluar".

ANWAR GELUPOR BILA FITNAH, AUTA DAN DUSTA JAMBU GAY RAPUSSY DIJAWAB DENGAN FAKTA DAN DATA.

Posted: 12 Nov 2014 02:00 PM PST


KENYATAAN AKHBAR OLEH YB TIMBALAN MENTERI KEWANGAN I 12 NOVEMBER 2014 ISU 1MDB
Kenyataan Akhbar ini disediakan untuk menjelaskan lagi kenyataan saya sebelum ini berkaitan 1MDB semasa sesi Penggulungan Peringkat Dasar Rang Undang-Undang Perbekalan 2015, Kementerian Kewangan pada 6 November 2014 (Khamis).
1. Saya mendapat maklum mengenai usul YB Tuan Rafizi Ramli, Ahli Parlimen Pandan untuk merujuk saya kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan dibawah Peraturan Mesyuarat 36(12) dan 80A kerana tuduhan mengelirukan Dewan. Ia dibangkitkan berdasarkan kenyataan saya semasa sesi Penggulungan Peringkat Dasar untuk Kementerian Kewangan pada 6 November 2014 mengenai isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) seperti berikut :
Petikan Hansard 6 November 2014
"Saya ingin menegaskan sekali lagi bahawa kerajaan hanya beri jaminan kepada sukuk oleh 1MDB sebanyak RM5.8 bilion sahaja, sedangkan semua hutang 1MDB ialah RM36.25 bilion."
" Itu sahaja yang dijamin oleh kerajaan, tidak ada lebih daripada itu. Selain daripada itu, 1MDB tidak menerima jaminan daripada kerajaan bagi pinjaman-pinjaman yang lain, hanya RM5.8 bilion yang menerima jaminan explicit atau explicit guarantee Kerajaan Malaysia. Satu lagi yang disebut mengenai letter of support itu sebenarnya tidak ada."
2. Kenyataan letter of support itu sebenarnya tidak ada membawa maksud bahawa tiada surat sokongan lain yang memberi jaminan explicit atau explicit guarantee Kerajaan Malaysia selain terhadap jumlah sebanyak RM5.8 bilion.
3. Saya masih berpegang kepada kenyataan tersebut sebagai benar dan saya juga telah mengeluarkan kenyataan akhbar bertarikh 8 November 2014 (Sabtu) seperti berikut :
"Seperti yang saya jelaskan di Parlimen pada hari Khamis 6 November 2014, jaminan Kerajaan yang dikeluarkan untuk 1MDB hanyalah sebanyak RM5.8 bilion.
Saya ingin memaklumkan di sini bahawa memang tiada surat yang membawa maksud kepada jaminan yang lebih daripada jumlah itu. Kerajaan tidak ada lagi mengeluarkan sebarang jaminan selain RM5.8 bilion untuk 1MDB atau anak-anak syarikat milik penuhnya, termasuklah untuk bon USD3 bilion.
Sebagaimana yang dilaporkan dalam penyata tahunan 1MDB untuk tahun kewangan berakhir 2013, satu surat telah dikeluarkan sebagai pemegang saham tunggal 1MDB.
Menurut syarat-syarat di dalam surat tersebut, sekiranya 1MDB tidak dapat membayar hutang berkaitan bon yang berkenaan, sebarang tuntutan terhadap kerajaan (selain tuntutan terhadap 1MDB) hanyalah terhad kepada syarat-syarat yang dinyatakan di dalam surat itu sahaja, dan ini bukan merupakan jaminan Kerajaan."
4. Saya juga memahami bahawa terdapat satu letter of support yang dikeluarkan oleh Kerajaan Malaysia untuk bon yang berjumlah USD3 bilion. Walau bagaimanapun ia bukan memberi jaminan explicit atau explicit guarantee Kerajaan Malaysia.
5. Surat sokongan (letter of support) itu membawa maksud bahawa sekiranya 1MDB tidak mampu membayar pinjaman yang berjumlah USD3 bilion tersebut, maka 1MDB perlulah menstruktur semula asetnya yang berjumlah RM51 bilion bagi membayar hutang tersebut. Dalam hal ini, 1MDB akan menggunakan kesemua asetnya sehingga habis (fully exhaust) yang berjumlah RM51 bilion untuk membayar hutang yang bernilai USD3 bilion. Mengikut rekod setakat hari ini, 1MDB tidak pernah gagal dalam menjelaskan hutangnya mengikut jadual pembayaran balik. Kerajaan hanya akan membantu sekiranya ada lagi tanggungan bagi hutang tersebut yang perlu dijelaskan oleh 1MDB sekiranya ke semua langkah seperti di atas telah pun diambil oleh 1MDB.
6. Saya ingin menjelaskan bahawa jaminan explicit adalah terikat di bawah Akta Jaminan Pinjaman ( Pertubuhan Perbadanan ) 1965. Syarikat yang diberi jaminan perlu diwartakan sebagai Pertubuhan Perbadanan manakala surat sokongan yang dikeluarkan dalam isu 1MDB kepada pihak berkaitan tidak terikat di bawah akta tersebut dan tidak perlu diwartakan.
7. 1MDB adalah sebuah syarikat dengan izin "going concern" yang berdaya saing dan maju. Ini bermakna 1MDB akan sentiasa berkembang dan nilai syarikatnya akan sentiasa meningkat. Ini dibuktikan dengan peningkatan pendapatannya sebanyak 64% bagi tahun berakhir 31 Mac 2014.
8. Perkara yang saya nyatakan pada 6 November 2014, dengan jelas menunjukan bahawa jaminan Kerajaan adalah kepada pinjaman yang berjumlah RM5.8 bilion sahaja. Jaminan ini terikat di bawah Akta Jaminan Pinjaman (Pertubuhan Perbadanan) 1965. Justeru itu, hanya jumlah RM5.8 bilion sahaja yang termasuk dalam contingent liability Kerajaan dan bukannya ditambah dengan USD3 bilion.
Sekian, terima kasih.
(DATUK HAJI AHMAD BIN HAJI MASLAN)
TIMBALAN MENTERI KEWANGAN I
12 NOVEMBER 2014

BANJIR KEDUA KAJANG : RAKYAT KAJANG MAHU PRK, WAN AZIZAH SALAHKAN MB AZMIN

Posted: 12 Nov 2014 06:39 AM PST


AZIZAH SALAHKAN MB AZMIN

Kejadian Banjir Kilat yang melanda Kajang kali kedua dalam tempoh 2 bulan telah mengakibatkan kemarahan kepada penduduk Kajang. Mereka sudah tidak tahan. Bisnes mereka hancur. Barang jualan rosak. Kenderaan rosak. Semuanya perlu diganti segera.

Beberapa penduduk yang ditemui meluahkan kemarahan mereka. Kamarudin seorang peniaga berkata, "Mana Azizah, sudah dua kali banjir kilat apa dia buat? Sama saja laki dia, cakap retorik janji bulan bintang, apa pun tak boleh buat. Siapa mahu ganti kereta saya rosak terok?" Sungguh marah pak cik Kamarudin.

Di sebelahnya, seorang mak cik menyampuk, "menyesal saya mengundi PKR, apapun dia tak boleh buat, kalau dia ada depan mak cik ne saya suruh dia duduk rumah jaga cucu. Ini tempat saya berniaga hanyut, dulu pun begini juga, dia datang janji janji janji janji janji. Ayam mati punya YB".

Dalam pada itu, blogger-blogger upahan Azizah menyerang MB Azmin kononnya tidak turun membantu dan duduk di ofis sahaja. 

Dijangka penduduk Kajang tidak mampu berdepan Banjir Ketiga yang dijangka berlaku bila-bila masa. 

Komen penduduk,'inilah akibatnya apabila Adun Kajang Tidak Bertegur sapa dengan MB Selangor. Rakyat jadi mangsa".

Nasehat kami (penduduk), "Azizah ko dah tua bangka, belajarlah berbaik-baik dengan MB. Ko pun dah tua tak larat dah. Jadi ADUN pun ko gagal, nasib baik tak jadi MB".

"Kami mahu PRK Kajang, tolong tulis, tolong sampaikan pada Azizah, letak jawatanlah, kami mahu PRK!".











BILA KAUM PEMAKAN BABI TONYOK DAH KURANG AJAR....WAJARKAH KITA DIAM LAGI@SKMM@PDRM

Posted: 12 Nov 2014 05:45 AM PST


Inilah kegilaan kaum-kaum pendatang yang tak sedar dek untung, menumpang di negara orang tapi masih kurang ajar dengan kaum majoriti yang juga penduduk asal negara ini.

Akibat taksub dengan politik pembangkang, maka semua mahu dipolitikkan walaupun sengaja mengguris hati kaum Melayu Islam.

Penghinaan akan tetap berlaku jika kerajaan dilihat gagal menanganinya. Mungkin posting di atas ini sudah lapuk namun ia tetap berlaku dalam bahasa-bahasa lain yang kononnya orang Melayu tak pandai baca bahasa mereka.

Orang Islam tak pernah nak keji pun agama kaum lain kerana kita terlalu tinggi bertoleransi. Itu saja dah cukup melambang ketinggian ajaran Islam berbanding kepercayaan-kepercayaan lain. 

Namun Islam juga apabila berperang tidak akan menunjukkan belas kasihan kepada musuh-musuhnya yang kejam.

Kepada pihak berkuasa Polis dan SKMM sila ambil tindakan segera kerana kita takut jika pihak berkuasa lambat bertindak maka pihak ekstremis dan pelampau Melayu - Islam akan ambil tindakan mereka sendiri.

Waktu itu mungkin kita sudah terlambat.

Hakikatnya penghinaan ini adalah bertujuan memancing kemarahan umat Islam. Bila kerajaan bertindak pelakunya akan kata akaun facebook mereka kena hacked - alasan basi yang bertujuan melepaskan diri.

Ia juga menjadi pencetus kepada golongan pendatang-pendatang ini untuk mendesak kerajaan menghapuskan Akta Hasutan dan tuduh kerajaan kejam terhadap minoriti.

Mungkin juga mereka akan lari ke luar negara apabila berpeluang macam chauvinist-chauvinist lain yang tuduh kerajaan kejam, walhal mereka sendiri yang kurang ajar tetapi pengecut pada hukuman.

Di Iraq golongan penghina Islam ditangkap, disalib dan ditembak bertubi-tubi di khalayak ramai oleh militan ISIS...adakah kita mahu ia terjadi di Malaysia?
Sekali lagi kita mohon pihak berkuasa sila ambil tindakan sewajarnya atau mungkin nanti elemen dan penyokong militan ISIS@ISIL@IS sendiri akan mengajar puak-puak biadap ini seperti mana mereka lakukan terhadap kaum-kaum minoriti di Iraq yang selama ini bebas menghina Islam.

Seorang talibarut yang dikenalpasti selalu menghina dan menzalimi puak Sunni Islam ditangkap dan dihukum tembak sampai mati oleh militan ISIS. Malaysia mengutuk kezaliman ISIS atas nama agama. Namun kekejaman dilakukan puak ISIS adalah kerana tiada lagi undang-undang pencegahan yang wujud di bumi Iraq. Kaum chauvinist nampaknya mahu ini terjadi apabila menghapuskan ISA, Ordinan Darurat dan kini Akta Hasutan?  
Adakah kita mahu golongan biadap ini diculik, disalib, disembelih hidup-hidup, dipenggal kepala atau tembak hidup-hidup lalu rakamannya dimasukkan ke dalam You Tube bagi membalas kejahatan mereka menghina Islam? 

Nauzubillah min zalik...Kita tidak mahu ia terjadi di Malaysia!, Tapi kalau mereka berani mencabar, kita tak mau tanggung risiko, tak mahu campur tangan...lu berani buat lu tanggung!  

Ngeri bukan?....Inilah terjadi apabila militan ISIS mengambil tindakan sendiri membalas dendam terhadap puak-puak yang selama ini menghina agama Islam di Iraq. Adakah puak chauvinis-rasis  mahu ia terjadi ke atas mereka kerana lancang menghina Islam atas nama kebebasan bersuara? 
Fikir-fikirlah...Polis mungkin boleh tangkap militan-militan yang berkeinginan 'berjihad' ini di Malaysia, tapi bagaimana elemen yang masih bebas dan memendam perasaan marah dendam kesumat kepada kebiadapan chauvinist rasis ini?

PERBANDINGAN HUJAH HJ HADI LAWAN HUJAH GUAN ENG

Posted: 12 Nov 2014 02:00 AM PST

SAYA akan sertai perbahasan B.6 Butiran 020000 – Unit Perancang Ekonomi, Butiran 490300 – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, Butiran 490900 – Kehakiman Syariah, Butiran 160000 – Maritim dan Butiran 020000 – SPRM. 

Secara ringkas sahaja Tuan Pengerusi, berhubung dengan butiran yang pertama, Butiran 020000. Dalam keadaan kita mencapai Wawasan 2020 yang kita uar-uarkan yang menjadi cita-cita kita bersama, saya lihat bahawa perancangan lebih diberi penekanan ke arah pendapatan tinggi, ke arah teknologi tinggi tanpa memberi penekanan yang lebih kepada pembangunan insan yang menjadi asas kepada kemajuan sesebuah negara. 

Tanpa dinafikan betapa perlunya pendapatan tinggi, teknologi tinggi, tetapi tanpa pembangunan insan yang sempurna dan cukup akan membawa kecanggungan dan akan melakukan kesilapan-kesilapan yang boleh meruntuhkan pembangunan yang ditegakkan dan akan berlaku yang dikejar tidak dapat, yang sudah ada berciciran.  

Bahkan, sejarah manusia merakamkan bagaimana kaum-kaum yang terdahulu yang menempa kemajuan yang sangat hebat dengan pendapatan tinggi tetapi melampau di antara satu sama lain, kaum yang mencapai teknologi tinggi melampau juga, runtuh kaum Ad, kaum Samud, kaum Firaun pada zaman dahulu. Jerman dan Jepun di abad yang lalu yang mencapai teknologi yang sangat tinggi tetapi tanpa kemanusiaannya, Tuhan menyebut.. [membaca beberapa potong ayat Al-Quran] puncanya ialah kerana manusia yang melakukan kejahatan walaupun maju dan tinggi teknologinya. 

Jerman dan Jepun yang mencapai teknologi yang tinggi di abad yang lalu tetapi ada manusia yang melampau yang mencetuskan perang dunia yang kedua, bukan sahaja merosakkan manusia yang lain bahkan meruntuhkan negara itu sendiri dan kita semua tahu bagaimana negara itu bangkit semula dengan cepat menjadi kuasa besar pada hari ini sama ada dalam aspek ekonomi ataupun politik dengan memulakan pembangunan insan. Di sinilah perlunya pembangunan insan. 

Negara Arab yang mendapat hasil yang banyak, bagaimana pendapatannya sangat tinggi tetapi tidak memberi apa-apa makna dan erti. Duit banyak, hasil banyak tetapi insan Arab walaupun dia Islam, kita semua tahu, tidak memberi apa-apa makna. 

Di sinilah maka Allah SWT menyebut dalam Quran sebagai satu contoh, kaum Bani Israel... [membaca beberapa potong ayat Al-Quran]  Bani Israel tidak puas hati kerana Nabi mereka mencadangkan Talut menjadi raja yang memimpin kerana Talut ini tidak ada duit, pendapatannya tidak tinggi, tidak boleh bagi pendapatan tinggi. Lalu Nabi mereka mengatakan dia seorang yang berilmu dan seorang yang mempunyai jati diri yang kuat. 

Maka jati diri yang kuat, ilmu yang kuat, mengikut Islam ialah pembinaan iman, akhlak, ilmu yang berkait dengan bukan sahaja ilmu akhlak, ilmu imannya termasuklah ilmu sains dan teknologi yang perlu digabungkan kesemua perkara ini.  

Hal ini perlu diberi peranan kepada pihak yang berkenaan khususnya kepada JAKIM, kepada badan-badan Islam yang berada di bawah Jabatan Perdana Menteri supaya membuat kajian yang lebih serius yang bersungguh untuk menjiwai Islam ini di dalam semua urusan pentadbiran dan pusat-pusat pengajian tinggi untuk membangun manusia yang mempunyai jati diri yang dapat mengambil manfaat daripada hasil-hasil dan sumber alam yang telah sedia ada.     

Kebetulan tanah air kita mempunyai sumber alam yang sangat baik sama ada darat dan laut. Mempunyai tenaga manusia yang tersendiri, masyarakat majmuk yang patut digabungkan masyarakat majmuk ini mengikut keistimewaan yang ada pada masing-masing tetapi tidak diolah dengan cara yang sebaiknya. 

Sumber alam yang ada itu pun kadang-kadang yang diolah contohnya maritim, ada dalam butiran yang disebut tadi, maritim yang menguatkuasakan sumber alam maritim yang mengakibatkan kesusahan kepada nelayan-nelayan, mengaut tanpa batas, tanpa sempadan, musnahkan tempat-tempat pembiakan yang menjadi punca dalam sumber hasil nelayan-nelayan kita sendiri. Di sinilah Tuhan mengatakan; [membaca ayat Al- Quran] Maksudnya; "Kalau sekiranya Allah menjadikan rezeki melimpah ruah kepada manusia tanpa sempadan, kadang-kadang mereka melampaui batas maka perlu diqadarkan batas".  

Kita mempunyai hasil yang banyak, sumber laut yang banyak tetapi bila kita mengeluarkan lesen-lesen kepada orang-orang tertentu menyebabkan mereka melampau. Bukan mengutip hasil, memusnahkan sumber hasil. Di antaranya juga contohnya adalah baik kerajaan mengeluarkan subsidi kepada nelayan-nelayan tetapi mereka yang melampau ini jual minyak subsidi untuk berniaga minyak pula bukan untuk kemudahan. Ini ialah satu kelemahan yang perlu diatasi.  
Seterusnya dalam hal ini, saya ingin membangkitkan juga peranan Islam di dalam perlembagaan. Kita sepatutnya hendaklah memerdekakan fikiran kita daripada Suruhanjaya Reid yang mentafsirkan perlembagaan. Islam sebagai agama persekutuan. 

Kita mestilah mentafsirkan Islam itu sebagaimana ajaran Islam itu sendiri. Bebaskan daripada kepompong tarif Suruhanjaya Reid yang membataskan Islam dalam hal-hal yang tertentu yang tidak menjayakan Islam sebagai agama yang sempurna, yang lengkap, yang boleh menyelesaikan masalah. Padahal kita perlu menyedari bahawa pengaruh Islam banyak dalam sistem pemerintahan barat khususnya British. 

Oleh kerana kita mewarisi sistem British dan British merupakan paling banyak mewarisi sistem pengajian Islam melalui orientalis dalam pentadbirannya, dalam kehakimannya, dalam berbagai- bagai perkara banyak dipengaruhi termasuklah sistem demokrasi Barat itu sendiri, mereka tak tahu nak amalkan demokrasi nak ubah kerajaan, mereka menyembelih, membunuh raja-raja dan penyokong-penyokong mereka setelah mereka mengkaji kitab-kitab Islam yang berkait dengan sistem pemerintahan. Baru mereka tahu cara pilihan raya termasuklah dalam mengendalikan urusan pentadbiran mengikut feudalisme, mengikut jabatan-jabatan, skim gaji. Ini banyak dipengaruhi oleh Islam cumanya British ini tak ada roh, tak ada perhitungan dosa dan pahala. Kita masukkan sahaja perhitungan ini dalam sistem kerajaan kita. Ini peranan JAKIM, peranan badan-badan Islam dalam Jabatan Perdana Menteri. Termasuklah bila roh ini tidak ada dalam penguatkuasaan undang-undang, kita gagal, tak berjaya mengatasi masalah jenayah. Walaupun undang-undang itu sangat keras, undang-undang bunuh mandatori kepada pengedar dadah, undang-undang sebatan namun tidak menakutkan penjenayah. Puncanya ialah kerana tidak ada yang Tuhan sebut dalam Al-Quran [membaca sepotong ayat Al-Quran] maksudnya; "Cegahan daripada Allah". 

Di sini terdapat perbezaan di antara syariat Islam dengan undang-undang barat. Syariah Islam ada roh, aspek spiritual di dalamnya walau undang-undangnya dianggap sebagai tidak keras. Sebatannya tidak memecahkan kulit, tidak mencederakan badan cuma di khalayak yang ramai. Boleh memalukan pelaku dan memberi pengajaran kepada orang lain. Ini, disebat dalam penjara, pecah kulit, cacat, tak memberi kesan. Yang kena hukum itu mungkin berkesan tapi masyarakat tak ada kesan. 

Di sinilah peranan media yang perlu menyebarkan kepada umum mengenai hukuman-hukuman ini, bukan menyebarkan jenayah itu, bukan menyebarkan filem-filem jenayah untuk mengajar jenayah tetapi menyebarkan perkara yang mendidik masyarakat. Contohnya hukum bunuh, mati kepada penjenayah walaupun di sana ada negara Barat tak setuju hukuman bunuh ini. Islam mengatakan hukuman bunuh itu baik.  

Cuma bila mana hukuman bunuh dilaksanakan, Barat dia lebih simpati kepada penjenayah kadang-kadang, tak simpati kepada mangsa. Itu Barat, kita tak boleh pakai fikiran mereka. Sepatutnya kita simpati kepada mangsa bukan penjenayah. Penjenayah pun ada simpati, sebagai contohnya Islam menganjurkan [dalam bahasa Arab] ertinya; "Bila kamu bunuh, bunuh dengan cara yang baik". 

Kita masih lagi menggunakan kaedah tali gantung untuk cekik, ini cara purba, cara zaman dahulu. Padahal di sana ada yang perlu dikaji secara saintifik yang lebih tidak menyakitkan, bius kah apa, kah. Kajian-kajian sains perlu dibuat. Ini dianjurkan oleh Islam.  Di antaranya ialah masalah Lembaga Pengampun sebagai contoh, undang-undang qisas, Lembaga Pengampunan. 

Hari ini Lembaga Pengampunan tak melibatkan mangsa jenayah. Orang tertentu yang jadi ahli Lembaga Pengampunan iaitulah Raja, Perdana Menteri, Peguam Negara dan orang yang ditetapkan. Mengikut Islam, hak pengampunan ini ada. Pengampunan diberi kepada mangsa jenayah. Oleh sebab itu mangsa jenayah perlu ditanya dalam masalah pengampunan ini. Ini perkara Islam, inilah peranan jabatan-jabatan Islam di bawah Pejabat Perdana Menteri.  

Badan Pencegah Rasuah perlu disempurnakan lagi, perlu dibantu. Tidak cukup dengan sebab itulah tidak berkesan. Di sana, bukan sahaja pencegah rasuah, dalam Islam ada hisbah, ombudsman bukan sahaja nak memantau pegawai itu dirasuah atau tak rasuah, bukan nak lantik dia pun. Dalam Islam ada hisbah ombudsman. Ini dipakai oleh setengah-setengah negara, setiap pegawai penting yang nak dilantik. Menteri yang nak dilantik pun akan dihadapkan di hadapan jawatankuasa Parlimen, dalam bentuk senate. Didedahkan peribadi dia sama ada baik ataupun buruk, bijak ataupun tidak.  Boleh tak boleh sebelum diberikan jawatan itu dan termasuk masa dia sekolah, apa perangai dia, diketahui. Kalau dia berubah atau tak berubah, itu diketahui. Kita pakai lantik secara spontan begitu sahaja maka berlakulah akibat-akibat yang sangat negatif selepas itu. Itu ialah pandangan saya dalam perkara ini. Sekian, terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Rencana di atas adalah ucapan Ahli Parlimen Marang, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang ketika membahaskan Kepala Bekalan B.1 hingga B.9 dan B.40 dan Kepala Pembangunan P.6 dan P.7 di bawah Jabatan Perdana Menteri di Dewan Rakyat pada 10 November 2014 yang dipetik daripada Penyata Rasmi (Hansard) Dewan Rakyat. (HarakahDaily)

DAP KATA TIDAK MAHU HADIR MESYUARAT KALAU ADA PAS

Posted: 12 Nov 2014 12:00 AM PST

DAP Sarawak tidak hadir mesyuarat Pakatan Rakyat untuk membincangkan pembahagian kerusi bagi menghadapi pilihan raya negeri Sarawak ke-11 pada 7 November lalu kerana tidak bersetuju dengan PAS.
Pengerusi DAP Sarawak Chong Chieng Jen dilaporkan FMT berkata DAP Sarawak tidak akan hadir mesyuarat disebabkan tidak setuju dengan undang-undang hudud yang menjadi cita-cita PAS.
Menurutnya, isu undang-undang hudud mesti diselesaikan sebelum DAP, PAS dan PKR boleh meneruskan keputusan akhir mengenai peruntukan kerusi.
Pesuruhjaya PAS negeri Adam Ahid dalam satu kenyataan berkata, menurut pemahaman beliau, DAP tidak boikot mesyuarat itu kerana mereka masih terlibat dalam perbincangan yang lepas.
Pengerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sarawak Baru Bian pula berkata, parti mereka dan PAS sedar bahawa DAP "berhenti berkomunikasi" dengan kedua-dua parti mengenai pendirian mereka mengenai pelaksanaan undang-undang hudud di Sarawak.
Baru juga berkata ia sangat rugi jika DAP berhenti berunding dengan rakan mereka.
Sebelum ini Ketua Penerangan PAS Sarawak, Andri Zulkarnaen Hamden menyelar sikap Setiausaha Agung DAP, Lim Kit Siang yang hanya mengkritik Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkaitan dengan komitmen dengan Pakatan Rakyat (PR) tetapi menutup mata dengan apa yang dilakukan DAP Sarawak.
Andri Zulkarnaen yang lebih dikenali sebagai Abusiraj Almuner berkata Guan Eng telah melakukan serangan hendap terhadap PAS tetapi melupakan perkara yang juga berlaku di Sarawak.
"Adakah Guan Eng sedar atau tidak akan tindakan buruk yang telah dilakukan oleh DAP Sarawak sehingga menimbulkan kemelut dalam PR Sarawak?
"Tindakan memutuskan segala hubungan komunikasi bukan sahaja dengan PAS Sarawak malah dengan PKR yang kononnya tidak bersama mereka mendesak PAS Sarawak menyatakan pendirian mengenai isu hudud di Sarawak, bukan setakat itu sahaja, alasan yang diberi oleh DAP Sarawak bahawa mereka tidak setuju dan menentang pelaksanaan enakmen hudud di Kelantan yang boleh menjejaskan kerusi sedia ada mereka dan peluang mereka untuk mencapai kemenangan pada Pilihan raya Negeri (PRN) Sarawak akan datang.
"DAP Sarawak seperti mana dalam kenyataan baru-baru ini berkata mereka masih kekal dalam gabungan Pakatan Rakyat, namun tindakan yang diambil oleh mereka memboikot semua program melibatkan PR Sarawak sehingga ke hari ini amat menghairankan.
"Apakah ertinya memboikot program tetapi masih kekal dalam Pakatan? Pelik sungguh tingkah laku serta tindakannya. Kalau sudah boikot semua program PR serta sudah mencemuh rakan dalam Pakatan adalah lebih baik keluar sahaja secara terhormat dari Pakatan," katanya dalam kenyataan.