Followers

Nuffnang

MIMPI SENJA

0

Posted by Unknown | Posted on 11:41 PTG | Posted in

sumber :-

MIMPI SENJA


Video Klip Remaja Perempuan Bergaduh Jadi Viral Terbaharu

Posted: 08 Nov 2014 10:36 PM PST



Diterbitkan: Ahad, 9 November 2014 1:45 PM
PETALING JAYA: Video klip kes buli terbaharu melibatkan remaja perempuan menjadi viral selepas dimuat naik di laman Youtube, awal minggu ini.

Video klip berdurasi enam minit tiga saat itu menunjukkan sekumpulan remaja perempuan lebih kurang lima orang memukul seorang remaja di kawasan tandas awam.
Pada masa sama, seorang lagi rakan mereka bertindak merakamkan kejadian yang dipercayai berlaku di Kelantan berdasarkan dialek mereka.
Mangsa hanya berdiam diri ketika rambutnya ditarik, malah turut ditampar, disepak dan dibelasah menggunakan lutut sehingga terjatuh.
Aksi buli yang bermula di dalam tandas dipercayai tandas awam itu berlarutan hingga ke luar.

Berdasarkan perbualan yang dirakam itu, kumpulan terbabit bengang dengan remaja yang berusia 16 tahun  itu kerana dikatakan 'bermulut jahat'.
Selepas dipukul dan diherdik kerana tidak berpuas hati dengan kelakuan remaja itu, video itu berakhir dengan kumpulan remaja berkenaan tanpa perasaan kasihan menyuruh remaja itu pulang.

Kebelakangan ini, video kes buli yang dimuat naik ke laman sosial seperti menjadi satu trend terkini.

Sebelum ini, dua rakaman video kes buli membabitkan pelajar di dua buah sekolah turut tersebar.

Berikutan kes itu, polis telah mengenal pasti kes buli itu berlaku di asrama sebuah sekolah di Pontian pada 2010, manakala satu lagi berlaku pada Mei lalu di sekolah anak yatim di Kangar, Perlis.

Suspek utama yang berlaku di Pontian itu telah dibuang sekolah pada 2011, manakala polis berjaya menahan enam suspek berusia 13-15 tahun bagi kes di Kangar.

Kes itu telah didakwa di Mahkamah Majistret Kangar di bawah Seksyen 147 Kanun Keseksaan.

Istiadat Persandingan TMJ, Che' Puan Khaleeda Berlangsung Gemilang

Posted: 08 Nov 2014 03:42 PM PST




Diterbitkan: Sabtu, 8 November 2014 11:58 PM

Sultanah Johor, Raja Zarith Sofiah Binti Almarhum Sultan Idris Shah sedang menepung tawar anakandanya, Tengku Mahkota Johor, Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim (kiri) bersama pasangannya, Che' Puan Khaleeda Bustamam (dua dari kanan) dalam istiadat persandingan pasangan diraja yang berlangsung di Istana Besar, Johor Baru pada Sabtu malam.

JOHOR BAHARU: Istiadat Persandingan Diraja antara Tengku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim dan pasangannya, Che' Puan Khaleeda Bustamam, berlangsung dalam suasana gilang gemilang di Istana Besar di sini malam Sabtu.  

Pasangan diraja kelihatan berangkat meninggalkan Istana Bukit Serene pada pukul 8.20 malam menuju ke Istana Besar. 

Tengku Mahkota, Tunku Ismail Sultan Ibrahim melambaikan tangan kepada rakyat jelata yang menunggu di sepanjang jalan menuju ke Istana Besar.


Mereka menaiki kereta vintaj Mercedes Limousine Covertible, sambil diiringi lebih 10 pengiring bermotosikal dari Polis Diraja Malaysia dan juga anggota Timbalan Setia Negeri termasuk komando berpakaian medan. 


Sebahagian rakyat Johor tetap tenang berpayung di dalam hujan untuk menyaksikan pasangan pengantin Diraja pada Istiadat Persandingan Diraja antara Tengku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim dan pasangannya, Che' Puan Khaleeda Bustamam yang disiarkan secara langsung di skrin besar di hadapan Dataran Bandaraya, Johor Baru pada malam Sabtu. 
Pasangan pengantin diraja berangkat tiba di istana tepat pada pukul 8.52 malam, disambut dengan pukulan 1,500 kompang dan bunga manggar.

Istiadat persandingan disaksikan oleh sekalian anggota kerabat diraja, dif-dif kenamaan dan ditonton oleh lebih seribu rakyat jelata menerusi dua unit skrin gergasi di Dataran Bandaraya Johor Baharu.

Majlis persandingan bermula pada pukul 9.20 malam dengan keberangkatan masuk Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar dan Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah.
Ini diikuti dengan keberangkatan masuk Sultan Brunei Sultan Hassanal Bolkiah dan isteri Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha; dan Sultan Pahang Sultan Ahmad Shah dan Sultanah Pahang, Sultanah Hajah Kalsom. 
Seterusnya, Perdana Menteri Singapura Lee Hsien Loong dan isteri Ho Ching dilihat melangkah masuk ke dalam dewan diikuti oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak serta Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan isteri Puan Sri Norainee Abdul Rahman.

Pasangan diraja kemudian berangkat masuk ke dewan dengan Tunku Ismail memakai baju istiadat berwarna biru gelap sementara Che' Puan Khaleeda memakai busana berwarna putih.

Sebelum memulakan istiadat merenjis dan tepung tawar, Mufti Johor Datuk Mohd Tahrir Samsudin membaca doa.

Istiadat merenjis dan tepung tawar dimulakan oleh Sultan Brunei, diikuti isterinya, Sultan Pahang dan Sultanah, Sultan Johor dan Raja Zarith Sofiah dan Nenda Sultan Ismail, Enche Besar Hajjah Khalsom.


Istiadat itu kemudiannya diakhiri dengan ibu Che' Puan Khaleeda, Aziyah Abdul Aziz.

Majlis dan siaran langsung diakhiri dengan keberangkatan keluar pasangan pengantin diraja dan tetamu majlis dari dewan Istana Besar bagi memulakan acara santapan diraja.

Antara yang turut hadir Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S. Subramaniam dan Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa.

Juga hadir bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi dan isteri Tun Jeanne Abdullah.

Sementara itu, hujan lebat di bandaraya ini tidak menghalang lebih seribu rakyat menyaksikan siaran langsung Istiadat Persandingan Diraja melalui dua unit skrin gergasi disediakan Majlis Bandaraya Johor Baharu.

Orang ramai mula membanjiri dataran bandaraya seawal pukul 5 petang.

Ramai juga kelihatan berkumpul di sepanjang jalan kira-kira tiga kilometer antara Istana Bukit Serene dan Istana Besar, bagi menyaksikan kelibat pasangan diraja itu. 

Lima disyaki militan ISIS pulang ke Malaysia, tiga ditahan

Posted: 08 Nov 2014 01:46 AM PST



KUALA LUMPUR: Five suspected militants linked to the Islamic State in Iraq and Syria (ISIS) have returned to Malaysia and three of them have been arrested, it was reported.

The three included Mohamad Fauzi, also known as Abu Dayyan, New Straits Times (NST) reported. The newspaper described him as a "Tier One personality".
Prior to his return on Oct 27, he had been moving in Syria with another Malaysian known as Abu Naeem, who was described as a "commander of all operations" in a propaganda video by the ISIS, NST reported.
The whereabouts of the remaining returning militants is unclear, according to the report. Sources, however, said they were under police surveillance. – Straits Times/ANN

Waspada Sindiket Kutip Derma Guna Nama Madrasah Di Thailand

Posted: 08 Nov 2014 12:19 AM PST

Diterbitkan: Sabtu, 8 November 2014 3:00 PM


SONGKHLA: Masyarakat di Malaysia dinasihatkan supaya tidak mudah tertipu dengan helah sindiket kutip derma yang menggunakan nama madrasah di Thailand.

Mudir Pondok Anak Yatim Santiwit, Abdul Rahman Ahmad berkata, taktik sedemikian biasanya digunakan oleh pihak tidak bertanggungjawab untuk mendapatkan wang dengan cara mudah.


"Pihak madrasah di Thailand ini tidak akan sewenang-wenangnya mengutip derma di pasar-pasar atau di kedai makan di Malaysia ... itu hanya penipuan yang dilakukan pihak tidak bertanggungjawab.

"Kalau pihak madrasah nak memohon derma, kami akan buat melalui pejabat agama Islam di Thailand dan Malaysia dan hanya mudir, pengurus atau pemilik madrasah sahaja yang dibenarkan berbuat demikian ... tidak melibatkan anak-anak yatim dan individu lain," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada majlis Khidmat Komuniti dan Berkhatan Sukarelawan Orang Kuala Berang (OKB) yang berlangsung selama dua hari bermula semalam anjuran Sekretariat OKB.

"Ada yang minta derma untuk baiki madrasah dengan menunjukkan gambar madrasah, minta derma untuk anak yatim dan ada yang mendakwa mereka juga pelajar madrasah yang dihantar untuk mengutip derma ... ini semua sememangnya penipuan," kata Abdul Rahman.

Bagi program berkhatan, sebanyak 10 doktor dan pembantu perubatan dibawa dari Terengganu.

Turut menyertai program ialah Pengerusi Jawatankuasa Perindustrian dan Perdagangan Terengganu, Datuk Tengku Putera Tengku Awang, 100 anggota sekretariat dan wakil media.

The Unspinners

0

Posted by Unknown | Posted on 11:35 PTG | Posted in

sumber :-

The Unspinners


Anwar jual nama Yusof Qardawi, tapi rapat dengan Islam Liberal

Posted: 08 Nov 2014 11:21 PM PST



Memetik lagi wawancara Ketua Umum FPI, HABIB MUHAMMAD RIZIEQ SYIHAB di SINI, dia turut mendedahkan kawan-kawan Anwar Ibrahim di Indonesia adalah puak-puak islam Liberal yang sesat berlaka.

Kenapa Anwar dikaitkan dengan fahaman liberal?

Memang Anwar kalau datang ke Jakarta, dia banyak berkumpul bersama-sama kelompok liberal. Kita orang Indonesia, kita tahu siapa orang Indonesia yang liberal dan siapa yang bukan.

Kita tidak faham apakah Anwar tahu mereka liberal atau tidak? Tetapi yang jelas, datangnya Anwar ke Indonesia lebih banyak berkumpul dengan kelompok-kelompok liberal. Kelompok yang memang di Indonesia ini bermasalah dan selalu buat masalah.

Salah satu buktinya adalah apabila Anwar menyertai dialog di Komunitas Salihara, Jakarta. Salihara itu adalah komuniti liberal yang memperjuangkan golongan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) di Indonesia.

Jadi saya fikir sebagaimana Nabi Muhammad SAW mengatakan dalam satu hadis, kalau kita mahu tahu seseorang itu, lihat siapa kawannya. Kalau dia berkawan dengan liberal, pemikirannya akan terpengaruh ke sana.


Bagaimanakah pemikiran golongan liberal Indonesia?

Pemikiran-pemikiran liberal yang saya sebut, di Indonesia sudah sampai setakat itu pemikiran liberalnya. Jadi orang seperti dalam pimpinan Jaringan Islam Liberal Indonesia, pimpinan majalah (isu semasa) dan lain-lain, pemikiran liberal mereka sudah sampai setakat itu, yang empat itu. Kerana itu kita tolak, kerana itu semua bertentangan dengan ajaran Islam.

Bagi liberal di Indonesia, orang lelaki berkahwin dengan lelaki dan perempuan berkahwin dengan perempuan, itu hak asasi manusia.

Perjuangan kelompok liberal sudah sampai sehingga ke Parlimen dan berupaya mendesak supaya wujud satu undang-undang yang membolehkan LGBT dan perkahwinan sejenis disahkan dan mendapat surat nikah.

Tetapi kita NGO-NGO Islam terus melakukan perlawanan dan sampai hari ini mereka belum berhasil meluluskan undang-undang itu. Kita akan lawan terus dan tidak akan boleh berhasil.

Tokoh-tokoh yang memperjuangkan itu adalah kawan-kawan Anwar. Saya tidak faham, apakah Anwar tidak tahu mereka ini adalah tokoh-tokoh pejuang liberal di Indonesia atau memang Anwar faham, kemudian mewujudkan satu rangkaian dengan mereka. Wallahualam.

Sepenuh SINI

Anwar suka menjaja nama Sheikh Yusof Qardawi tetapi dia lebih rapat dengan puak-puak Liberal.

Pemikiran Islam Liberal mengarah ke atheis

Posted: 08 Nov 2014 06:21 PM PST


FRONT Pembela Islam (FPI) Inddonesia adalah sebuah NGO Indonesia yang paling lantang menentang suara golongan liberal dan pluralisme agama di sana.

Dalam satu wawancara dengan Utusan Malaysia, Ketua Umum FPI, HABIB MUHAMMAD RIZIEQ SYIHAB mendedahkan cara untuk mengenali pemikiran sesat puak Islam Liberal. Ternyata hala pemikiran  itu ada dalam puak SIS dan kumpulan Islam Liberal dan plural lain serta Anwar Ibrahim.

Kami memetik berikut dari KLXexpress:

.... pemikiran liberal terdapat sekurang-kurangnya empat virus pemikiran yang sangat berbahaya.

Pertama adalah virus relativisme. Ia adalah satu virus pemikiran yang membuat seseorang itu meyakini bahawasanya tidak ada kebenaran mutlak termasuk kebenaran agama.

Semua kebenaran bersifat relatif. Maka dia akan beranggapan semua agama sama, semua agama benar, semua agama sama-sama menuju syurga dan semua agama tidak ada perbezaan. Akibat virus relativisme yang ada dalam pemikiran seseorang, akhirnya orang itu bersikap menjadi pluralisme.

Kedua adalah virus skeptisisme. Kalau seseorang sudah terlalu lama menganggap tidak ada kebenaran mutlak, maka lama kelamaan dia akan ragu dengan kebenaran.

Dia menjadi ragu dengan kebenaran agama dan tidak yakin kalau agama itu mampu menangani urusan perekonomian, perniagaan, politik dan urusan negara. Dia hanya meyakini agama itu adalah urusan ibadah, solat, puasa, zakat dan haji sahaja.

Kalau orang sudah kena virus semacam ini, maka dia akan bersikap untuk memisahkan antara urusan agama dengan urusan negara atau sering disebut sebagai sekularisme.

Ketiga, virus agnostik. 

Ini terjadi apabila seseorang itu tidak peduli lagi dengan kebenaran agama. Sehingga dalam menentukan sesuatu itu baik atau buruk, benar atau salah, dia tidak lagi memakai ukuran agama, sebaliknya dia akan memakai ukuran kebendaan. Apa-apa yang boleh mendatangkan hasil kebendaan, itu benar.

Orang yang terkena virus ini tidak peduli lagi dengan halal dan haram. Contohnya aktiviti judi, pelacuran dan minuman beralkohol akan dibenarkan mereka kerana ia boleh mendatangkan hasil. Selama ada hasil walaupun haram, maka dia tetap akan terima.

Keempat, virus ateis. Mereka yang dijangkiti virus ini tidak percaya dengan agama. 

Dia menolak kewujudan Allah SWT sebagai Tuhan, dia menolak kewujudan Muhammad SAW sebagai Rasul dan dia menolak apa sahaja yang menurut dia tidak realistik. Syurga dan neraka tidak kelihatan di mata, tidak boleh dibuktikan. Jadi mereka menolak kebenarannya, jadi semuanya serba rasionalisme.

Baca sepenuh SINI

BEBAL Marina ni!!! Tak persoal fatwa, hanya proses maknanya akui SIS sesat!!!

Posted: 08 Nov 2014 05:30 AM PST



Malay Main menyiarkan berita berikut:


Hmmm ... gini ke orang yang nak cakap pasal ugama?

We are challenging the process, not the fatwa, says SIS

BY PATHMA SUBRAMANIAMNOVEMBER 6, 2014

KUALA LUMPUR, Nov 6 — Muslim women's group Sister in Islam (SIS) said today that it is challenging the process involved in formulating a religious edict or fatwa and not the authority of the state religious body to issue one.

The group clarified its position after the Sultan of Selangor said that religious edicts in the state are issued with his consent.

The group's founding member Datin Paduka Marina Mahathir said that the judicial review the group has filed aims to get an explanation on the reasoning for the fatwa that declared the NGO as deviating from Islam

"We were not informed when the fatwa was passed or even after it was gazetted," said Marina at a press conference today.

"Once it is gazetted and if we don't challenge it, it becomes a law and if we contravene the law, it is a crime.

"How would we know we were contravening it if we didn't know about it, and it so happened that we came across it by chance, 10 days before the deadline," she said.


On Friday, SIS filed for a judicial review on a gazetted fatwa in Selangor that declared the group of deviating from Islam.

SIS executive director Ratna Osman said they were filing the challenge as the fatwa – which was gazetted on July 31 – was issued without the group being told or questioned..

The three-month grace period to review a fatwa ended the day SIS filed the judicial review.

The group named the Selangor Fatwa Committee, the Mais and the state government as respondents at the Kuala Lumpur High Court.

------------------------------

Pelik tak ... kalau hanya mempersoalkan proses maknanya fatwa itu tidak dipersoalkan.

Banyak pihak berkata seperti Dr Chandra Muzaffar (baca komen ABITW SINI) pihak MIAS perlu lakukan "engagement" atau berdailog dengan puak SIS dan Islam Plural dan Liberal. Dah banyak yop!!!!

Puak ni tak mahu dengar penjelasan dan bila dinasihat, tak mahu dengar. Mereka ni dah taksub pada Imam Amina Wadud. Bebal ke Chandra Muzaffar ni?

Tak tahu jangan main cakap syok sendiri. dulu kamu sokong dan pertahan anwar, sekarang menyesal. sedar tak kamu banyak tak tahu walaupun kamu Phd dan intelek!

Kamu hanya pakar sosialogi dan bukan pakar ugama dna hukum hakam. Jadi usah cakap benda di luar bidang kamu!!!!

Kenapa Pakatan dan PAS diam dalam hal Mak Nyah?

Posted: 08 Nov 2014 02:30 AM PST

 
Dalam isu SIS, ada kedengaran suara Pemuda PAS dan Azmin menyokong tindakan MAIS. Bila part isu Mak Nyah, dia saja mereka ....

Sebabnya, Pena Minang menulis:

PAKATAN RAKYAT DAH LAMA SOKONG MAK NYAH / LGBT

Oleh : Putera [PenaMinang.com]

Berita pengisytiharan bahawa 'Lelaki berpakaian seperti wanita di Negeri Sembilan bukanlah satu jenayah' merupakan berita yang amat menggemparkan. Menariknya dalam bab ini, ada pihak mula menyalahkan kerajaan, bahawa kerajaanlah yang membuat keputusan ini.

Ternyata mereka-mereka yang membuat tuduhan ini adalah mereka yang amat dangkal dengan pecahan sistem pemerintahan di Malaysia. Bagi yang tidak mengetahui, dalam sistem pemerintahan Malaysia, terdapat tiga buah badan utama iaitu:-

• Badan Perundangan.

Badan ini hanya membuat undang-undang dan tidak boleh menyerahkan kuasa ini kepada mana-mana pihak dan tidak boleh mempunyai kuasa lain;

• Badan Pemerintah.

Badan ini hanya menjalankan kuasa eksekutif dan tidak boleh membuat undang-undang dan penghakiman; dan;

• Badan Kehakiman

Badan ini hanya menjalankan penghakiman dan tidak boleh membuat undang-undang atau menjalankan kuasa eksekutif. Ketiga-tiga badan ini mempunyai kuasa, bidang tugas dan peranan masing-masing. Namun begitu, Badan Perundangan dan Badan Pemerintah berkait antara satu sama lain kerana Malaysia mengamalkan sistem kerajaan di mana ahli-ahli Badan Perundangan adalah juga Badan Pemerintah. Contohnya, Jemaah Menteri bertanggungjawab kepada Badan Perundangan (Parlimen Malaysia). Badan Kehakiman sahaja merupakan sebuah badan berasingan dan bebas daripada politik, bagi menjamin keadilan di negara ini. 

Sekaligus hujjah pihak-pihak tertentu menyatakan bahawa Badan Pemerintah yang membuat keputusan dalam Pengiystiharan lelaki berpakaian seperti wanita di Negeri Sembilan bukanlah satu jenayah' adalah satu kenyataan yang dangkal.

Menariknya pihak-pihak berkenaan mungkin terlupa bahawa pada 11 Julai 2013, Ahli Dewan Undangan  Negeri Tanjung Bungah, Teh Yee Cheu dari Parti terbesar dalam Pakatan Pembangkang, DAP, telah melantik seorang Mak Nyah menjadi Setiausaha Politik Adun berkenaan. 

Tetapi tidak pula dibising-bisingkan oleh puak-puak pembangkang. Kenapa? Adakah mereka hanya melihat 'kesilapan' dari pihak lelain tetapi 'buta' menilai kesilapan sendiri?

Fikir-fikirkanlah.

Rujukan : 

Aziz Bari pernah kata Artikel 121 (1A) jelas tentang kuasa mahkamh syariah

Posted: 07 Nov 2014 11:28 PM PST



Pada tahun 2006, Wartawan Berita Minggu, ZIAUDDIN SHARUDDIN dan HAFIZAH ISZAHANID, ada menulis mengenai pandangan pakar undang-undang Perlembagaan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Profesor Dr Abdul Aziz Bari berkenaan artikel 121 (1a).

Berikut petikan dari tulisan tersebut:

Sebenarnya pindaan yang dibuat pada 1988 menjelaskan pindaan yang sudah berlaku. Pindaan itu menyatakan Mahkamah Sivil tidak ada kuasa pada hal-hal yang dalam bidang kuasa Mahkamah Syariah. Saya berpendapat perkara ini jelas dan tidak menimbulkan kesamaran. Sebelum pindaan pada 1988, telah ada kes mahkamah berkaitan isu ini.
Pada 1982, Ketua Hakim Negara, Tun Salleh Abas, berkata Mahkamah Sivil mesti menghormati mereka yang terdidik dalam bidang syariah. Ini berdasarkan Mahkamah Sivil tidak ada kepakaran dan pengetahuan bagi menangani masalah yang sepatutnya dalam bidang kuasa Mahkamah Syariah. Apabila pindaan dibuat pada 1988, kita boleh mengatakan hakikatnya, Parlimen hanya memaktubkan apa yang sudah berlaku.
Jangan lupa Mahkamah Syariah wujud lama sebelum Perlembagaan digubal. Apabila kita bercakap mengenai Mahkamah Syariah khususnya dan Islam umumnya, ini adalah satu kenyataan yang harus diterima oleh semua orang, termasuk bukan Islam.
Kita jangan termakan dengan hujah bahawa Mahkamah Syariah diberi kedudukan lebih tinggi atau mengatasi Mahkamah Sivil. Itu tidak betul! Sebenarnya Mahkamah Sivil tidak ada kuasa dalam isu membabitkan bidang kuasa Mahkamah Syariah.
Tentulah berbeza hujah dan dakwaan bahawa Mahkamah Syariah mengatasi kuasa Mahkamah Sivil. Ini dua perkara yang berbeza. Sama juga bahawa Mahkamah Sivil tidak ada kuasa membicarakan kes-kes membabitkan kuasa Mahkamah Tentera, Mahkamah Anak Negeri dan Mahkamah Perindustrian.
Ini soal bidang kuasa! Mahkamah Sivil adalah institusi yang diwujudkan dan diletakkan di bawah Perlembagaan. Kalau Perlembagaan mengatakan ini di bawah bidang kuasa Mahkamah Syariah, Mahkamah Sivil kena patuh.

Kebebasan beragama tidak dipertikai

TIDAK timbul soal menafikan hak bukan Islam kerana Mohammad Abdullah adalah Islam dan seperti kes lain, tidak ada sesiapa memaksanya memeluk Islam. Timbul gambaran bahawa sekarang ini kedudukan atau hak kebebasan beragama, terutama bukan Islam diancam. Ini tidak betul kerana struktur Perlembagaan memberikan ruang kepada kebebasan beragama.
Persoalan penting sekarang ialah Mahkamah Syariah diberikan kuasa untuk menangani isu yang terletak dalam bidang kuasanya. Tidak timbul Mahkamah Syariah mengambil atau menafikan hak bukan Islam.
Ini bukan usaha memaksa orang bukan Islam memeluk Islam. Ini ialah keadaan orang Islam kena patuh kepada ajaran Islam. Ini sudah lama disebut dalam Perlembagaan. Walaupun tidak secara jelas, tetapi sudah ada pengkhususan kuasa diberikan kepada kedua-dua mahkamah. Jika orang Islam mencuri atau membunuh, itu tugas Mahkamah Sivil.
Artikel sepenuh di SINI

Dialog Dewasa Kritik Berasa

0

Posted by Unknown | Posted on 11:25 PTG | Posted in

sumber :-

Dialog Dewasa Kritik Berasa


ANWAR BERITAHU JAKARTA PENJARA ITU DIA PUNYA HOMELAND

Posted: 08 Nov 2014 02:43 PM PST

Opposition leader Anwar Ibrahim expects to be jailed again

AP/Lai Seng Sin
Malaysian opposition leader Anwar Ibrahim gestures as he leaves a courthouse in Putrajaya, Malaysia. (file)
Malaysian opposition leader Anwar Ibrahim gestures as he leaves a courthouse in Putrajaya, Malaysia. 

REPUBLIKA.CO.ID, KUALA LUMPUR - Opposition leader Anwar Ibrahim (67 years) said he expects Malaysia's top court will dismiss his final appeal against a sodomy conviction next week and that he will be sent to prison for the second time in a decade. 
Anwar was sentenced to five years in prison in March on charges of sodomizing a male aide after the appeals court overturned an earlier acquittal. The Federal Court will hear his appeal Oct. 28-29. The United States and international human rights groups call the legal moves against Anwar politically motivated.
"It's a foregone conclusion that there will be a conviction unless there is a miracle," Anwar said late Tuesday at a dinner with the foreign media. "I am still optimistic. I haven't lost hope but I'm realistic to expect the worst. Mentally I am prepared," he added.
Anwar was accused of sodomizing a male aide in 2008, but acquitted by the High Court in 2012. He has said the charges were trumped up to kill his political career.
Anwar previously was imprisoned for six years after being ousted as deputy prime minister in 1998 on earlier charges of sodomizing his former family driver and abusing his power. He was freed in 2004 after Malaysia's top court quashed that sodomy conviction.
Anwar said he won't run away and seek political asylum abroad as proposed by many of his friends.
"It's not that I enjoy prison. I dislike it immensely," he said. "But I have no option. This is my homeland. I have vowed to fight from this country. I will continue my struggle."
"I issue a caution to Prime Minister Najib. Don't think you can transgress the law. Don't think you are invincible. Even the strongest of dictator ... has its limits," he said.
Prosecutors are seeking a heavier jail sentence for Anwar. Sodomy, even consensual, is a crime in Muslim-majority Malaysia and is punishable by up to 20 years in prison.

PAKATAN RAKYAT PENUH BIAWAK HIDUP KATA PAS

Posted: 08 Nov 2014 07:36 AM PST

Ketua Penerangan PAS Sarawak, Andri Zulkarnaen Hamden menyelar sikap Setiausaha Agung DAP, Lim Kit Siang yang hanya mengkritik Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkaitan dengan komitmen dengan Pakatan Rakyat (PR) tetapi menutup mata dengan apa yang dilakukan DAP Sarawak dalam konteks pakatan pembangkang di negeri itu.
Andri Zulkarnaen yang lebih dikenali sebagai Abusiraj Almuner berkata Guan Eng telah melakukan serangan hendap terhadap PAS khususnya presiden parti itu secara bersiri iaitu pada 2 November semasa konvensyen Tahunan DAP Wilayah Persekutuan dan 3 November semasa Majlis Fund-Raising Dinner DAP Petaling Jaya.
"Adakah Guan Eng sedar atau tidak akan tindakan buruk yang telah dilakukan oleh DAP Sarawak sehingga menimbulkan kemelut dalam PR Sarawak?
"Tindakan memutuskan segala hubungan komunikasi bukan sahaja dengan PAS Sarawak malah dengan PKR yang kononnya tidak bersama mereka mendesak PAS Sarawak menyatakan pendirian mengenai isu hudud di Sarawak, bukan setakat itu sahaja, alasan yang diberi oleh DAP Sarawak bahawa mereka tidak setuju dan menentang pelaksanaan enakmen hudud di Kelantan yang boleh menjejaskan kerusi sedia ada mereka dan peluang mereka untuk mencapai kemenangan pada Pilihan raya Negeri (PRN) Sarawak akan datang.
"DAP Sarawak seperti mana dalam kenyataan baru-baru ini berkata mereka masih kekal dalam gabungan Pakatan Rakyat, namun tindakan yang diambil oleh mereka memboikot semua program melibatkan PR Sarawak sehingga ke hari ini amat menghairankan.
"Apakah ertinya memboikot program tetapi masih kekal dalam Pakatan? Pelik sungguh tingkah laku serta tindakannya. Kalau sudah boikot semua program PR serta sudah mencemuh rakan dalam Pakatan adalah lebih baik keluar sahaja secara terhormat dari Pakatan," katanya dalam kenyataan yang disiarkan harakahdaily semalam.
Menurut Abusiraj, Pengerusi DAP Sarawak YB Chong Chieng Jen dalam kenyataan medianya telah berkata bahawa DAP negeri itu bersikap tunggu dan lihat, di samping mahu melihat siapakah barisan kepimpinan PAS yang bakal diadakan tahun depan.
"Sekiranya kepimpinan PAS yang baru masih didukung oleh pemimpin yang menyokong hudud maka mereka akan bertindak menarik diri dari PR. Tindakan DAP Sarawak ini adalah keterlaluan dan cuba mencampuri urusan dalam dan mempengaruhi pemilihan kepimpinan PAS.
"Mengapa Guan Eng tidak menyatakan pendirian DAP Pusat ke atas tindakan melampau DAP Sarawak dalam Pakatan Rakyat yang ternyata jelas tidak menunjukkan komitmen kepada Pakatan.
"Adakah tindakan DAP Sarawak itu adalah contoh prinsip dan amalan DAP yang dimaksudkan oleh Guan Eng? Guan Eng harus sedar bahawa langkah yang diambil oleh DAP Sarawak ini boleh menjejaskan persiapan PRN rakan-rakan dalam PR. Guan Eng juga seharusnya mencerminkan DAP itu sendiri terlebih dahulu sebelum membuat segala macam kenyataan yang boleh memburukkan keadaan.
"Alangkah baiknya Guan Eng segera menyelesaikannya isu DAP Sarawak ini dari menanggung "biawak hidup" kepada rakan-rakan dalam PR Sarawak. Kenyataan Guan Eng ini seperti tulisan saya yang lalu umpama "meludah ke langit terkena muka sendiri," katanya lagi.
Abusiraj juga turut memaparkan beberapa keping foto yang menunjukkan ketiadaan wakil DAP dalam mesyuarat PR Sarawak di Pejabat Perhubungan PAS negeri petang semalam.
Kenyataan penuh Abusiraj :
PAKATAN RAKYAT SARAWAK KUKUH TANPA DAP
Oleh Abusiraj Almuner
Alhamdulilah selesai sudah mesyuarat Majlis Pakatan Rakyat (MPR) Sarawak yang diadakan petang tadi di Pejabat Perhubungan PAS Negeri Sarawak.
Mesyuarat yang amat ditunggu-tunggu oleh saya setelah tertangguh sekian lama.Giliran Mesyuarat kali ini dipengerusikan oleh PAS Sarawak setelah mesyuarat yang lalu masing-masing sudah dipengerusikan oleh PKR dan DAP.
Kali terakhir Mesyuarat MPR ini diadakan ialah pada Mei 2014.banyak lagi isu tertangguh yang perlu mencapai natijah segera.Mesyuarat terencat di persimpangan jalan sebentar,gara-gara "terkejut beruk"dengan tindakan mengejut DAP Sarawak mengugut untuk menarik diri dari Pakatan Rakyat dan sekelian maklum memutuskan segala komunikasi di dalam PR Sarawak.
Mesyuarat kali ini tanpa kehadiran DAP Sarawak walaupun ada usaha sudah dibuat bagi menjemput mereka bersama meskipun tindakan mereka sebaliknya.harap jangan ada pula spekulasi mengatakan DAP tidak dijemput.
Bagi PAS serta PKR adalah amat penting dan wajar diteruskan mesyuarat yang sudah lama tertangguh walaupun tanpa kehadiran DAP.Pembincangan penting agihan kerusi masih belum lagi selesai dan perlu diselesaikan segera bagi membolehkan setiap parti bersedia dengan segala persiapan awal bagi menghadapi PRN Sarawak yang akan datang.
Saya tidak berminat untuk mengulas mengenai ketidakhadiran DAP.bagi saya,isu DAP itu isu remeh.kemelut yang direka mereka menambahkan kusut di kepala dan ia hanyalah direka semata-mata untuk kepentingan mereka sahaja.
Mesyuarat petang tadi dijalankan dalam keadaan suasana tenang serta penuh ukhuwah.Dari awal lagi Ucapan mukadimmah pengerusi Mesyuarat pesuruhjaya PAS Sarawak Tuan Hj Adam Ahid mengingatkan sidang mesyuarat bahawa musuh Politik Utama yang wajib ditumbangkan adalah BN.Apa sahaja kemelut yang melanda dalam PR Sarawak adalah satu ujian dan cabaran yang harus ditempuhi bersama.
Saya sebenarnya berasa amat teruja sekali dengan mesyuarat kali ini kerana ia menampakkan kematangan barisan kepimpinan tertinggi PKR dan PAS sendiri.
Pembincangan lebih fokus kepada menilai potensi calon,kelemahan dan kelebihan jentera parti malah tiada sikitpun tanda perebutan kerusi mahupun bertikam lidah,masing-masing mememukakan hujah-hujah bernas bagi menbincangkan justifikasi kerusi dun yang nak dipinta.kesepakatan yang dicapai dalam mesyuarat menandakan bertapa perlunya talian kerjasama dan paling nyata sikap Setiakawan rakan dalam PR dalam mengoncang nakhoda BN Negeri Sarawak.tidak terasa walau sebesar biji sawi pun di hati kami ketika itu dengan ketiadaan DAP dalam mesyuarat tersebut.
Saya amat bersetuju bilamana saranan Pengerusi PKR Sarawak YB Baru Bian bahawa PR Sarawak mesti diperkukuhkan dan diperkasakan walaupun hanya tinggal 2 parti di saat dan ketika ini.Memperkasakan PR perlu sebagai langkah menyaingi BN dalam saat mendapatkan sokongan dan kepercayaan Rakyat disamping menghadapi PRN akan datang.Pembincangan yang mengambil masa selama hampir 2 jam itu amat memuaskan hati saya.
Jelas dan nyata bagi saya kepimpinan PKR Sarawak memberikan komitmen serta kesungguhan yang tinggi dalam PR Sarawak.ikrar PKR dan PAS adalah beriltizam untuk mengukuhkan pakatan rakyat Sarawak sekaligus menumbangkan PBB BN.
" Terus Beristiqamah"

VIDEO GUAN ENG, AKU SURUH KELUAR KAMU TAK MAHU, AKU SINDIRLAH PRESIDEN BODOH KAMU

Posted: 08 Nov 2014 12:44 AM PST



GUAN ENG JANGAN KAU MAIN SINDIR-SINDIR, KALAU BERANI CAKAP SURUH PAS KELUAR PAKATAN

Posted: 08 Nov 2014 12:36 AM PST

Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Nasrudin Hassan mempersoalkan motif Setiausaha Agung DAP, Lim Guang Eng yang dilihatnya berterusan menyerang Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
"Mengapa Guan Eng bertindak begitu sejak kebelakangan ini? (Tindakannya) seolah-olah mahu memanaskan suhu politik sebagai tekanan kepada PAS dan percubaan mengeluarkan parti itu daripada PR.
"Apakah PAS dianggap sebagai liabiliti kepada mereka untuk mereka menang dalam Pilihan Raya Negeri Sarawak kelak?" soalnya ketika ditemui Bernama.
Nasrudin mengulas kata-kata Guan Eng dalam sebuah video yang disiarkan menerusi sebuah portal berita baru-baru ini, yang mendakwa Abdul Hadi sebagai seorang yang gila kuasa sebagai presiden parti, namun dalam masa sama sering kali ponteng mesyuarat Majlis Presiden PR.
"Saya tidak tahu selama mana PAS boleh bersabar. Kerana, sedang kami mahu meredakan keadaan masalah dalaman PR, beliau timbulkan kembali isu yang boleh mengeruhkan lagi keadaan.
"Kononnya mahu menempelak Abdul Hadi dengan isu kehadiran mesyuarat, sedangkan kehadiran beliau (Guan Eng) ke mesyuarat itu juga sangat buruk. Kata budak-budak sekarang, kenyataan Guan Eng itu macam 'poyo' sahaja," katanya.
Menurutnya, setelah diamati perjalanan politik kesemuanya dengan masalah berbeza, kenyataan Guan Eng seakan-akan tidak mahu krisis tersebut tamat.
"Masalah dalaman parti atau luar parti (sebenarnya) adalah perkara biasa dalam dunia politik dan ia boleh diselesaikan dengan baik.
"Namun, apa yang lebih ketara, saya lihat seperti beliau mahu melepaskan beban atau membebaskan diri daripada suatu halangan yang menghantui beliau," katanya lagi.
Guan Eng dalam kenyataan yang dirakamkan KiniTv menuduh Presiden PAS sering mesyuarat PR dan dalam masa sama bersikap 'gila kuasa' apabila menolak secara bersendirian keputusan parti.
"Dalam mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Rakyat, pemimpin lain yang bukan Presiden PAS (hadir mesyuarat), ia adalah satu kegagalan kerana mereka bukan pemimpin tertinggi yang boleh buat keputusan parti.
"Pemimpin tertinggi PAS adalah Presiden PAS, dia sendiri mengatakan secara terbuka bahawa dia boleh menolak semua (keputusan) jawatankuasa pusat (parti)," katanya.
Sebelum ini, Guan Eng dilaporkan Malaysiakini berkata bahawa PR boleh berpecah jika ada parti komponen yang tidak menunaikan janji dan komitmen yang ditetapkan.
Menurutnya, tiada beza sama ada Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dibebaskan daripada tuduhan liwat atau dipenjarakan, jika ketiga-tiga parti tidak mampu menunaikan komitmen dan janji.
"Apa gunanya Anwar bebas dan bersama kita, kalau ada parti komponen Pakatan Rakyat cakap tak serupa bikin, tak tunaikan, tak pegang kepada komitmen.
"Saya nak tegaskan selagi kita tak boleh pastikan komitmen-komitmen dibuat, saya rasa tak ada guna," kata Lim dipetik oleh KiniTV di Konvensyen DAP Kuala Lumpur
Dalam ucapannya juga, tanpa menyebut parti yang dimaksudkan, Guan Eng berkata partinya tidak tahu bagaimana berurusan dengan parti yang berubah-ubah dalam keputusan yang dibuat.
"Kita hendak lihat komitmen bahawa perjanjian yang dicapai akan dilaksakankan. Jangan hari ini buat keputusan, esok hari cakap, ini ditolak oleh presiden.
"Presiden pun boleh tolak (keputusan) jawatankuasa tertinggi, kita tak tahu macam mana nak urus dengan parti macam ini," katanya sambil menegaskan DAP berpegang pada prinsip sejak ditubuhkan dan sanggup bergerak sendirian demi menjaga prinsip parti.

Gaya Peneroka

0

Posted by Unknown | Posted on 11:22 PTG | Posted in

sumber :-

Gaya Peneroka


PERJALANAN SRIKANDI NUR HIJRAH

Posted: 08 Nov 2014 05:51 AM PST

Azrul Affandi Sobry
Artikel ini GAGAL untuk disiarkan di satu akhbar perdana Malaysia kerana dikatakan berisiko dan mempunyai nilai kontroversi tinggi. Namun, atas nama dakwah, akushare juga di sini sempena Awal Muharram.. Biarlah apa orang nak kata atau apa persepsi orang kerana aku siarkan sesuatu yang kena reject.. Hopefully kalian (terutama yang Islam) bacalah pengalaman dari kisah benar SRIKANDI NUR HIJRAH..
Rencana Maal Hijrah
Oleh Azrul Affandi Sobry
azr@bh.com.my

"Ketika itu saya anggap Nabi Muhammad itu menggunakan wanita untuk kepentingan semata-mata. Berkahwin ramai juga adalah satu sikap yang menyerlahkan tanggapan buruk itu. Malah, itulah yang dijadikan antara hujah saya untuk menanam kebencian orang Islam terhadap baginda."
Itulah cerita silam Norhini Muslim Abdullah @ Kuntrak, 34, yang pernah memurtadkan lebih 3,000 orang sepanjang terbabit sebagai penyampai khutbah Kristian sejak dilantik menjadi ketua gereja di Likas sebelum melebarkan 'dakwahnya' di Pasir Gudang, Johor.
Seawal usia 12 tahun, dia yang menggunakan nama Helen ketika itu sudah diangkat menjadi ketua gereja atas kemahirannya yang hebat dalam berhujah dengan menggunakan pendekatan kasih sayang untuk memurtadkan orang Islam.
Kehebatannya terserlah kerana pada usia semuda itu, dia sudah mengepalai 7,000 penganut Kristian di bawahnya. Malah, ketika menyambung pengajian di Pasir Gudang, kekuatan hujahnya bukan saja berjaya memurtadkan orang Islam yang bermasalah tetapi turut mampu memesongkan akidah orang yang kuat pegangan agamanya selama ini.
Menghafal keseluruhan Injil, kelebihannya tentunya dalam butir bicaranya yang mampu membuatkan sesiapa saja terpaku. Malah, sepanjang sesi temubual bersama wartawan BH, ia kedengaran begitu indah meskipun ketika menghuraikan mengenai fahamannya dalam Kristian, apatah lagi mengenai Islam.

Norhini juga seorang yang amat tegas dengan pegangan agamanya. Dia tidak pernah mengizinkan hujah mengenai Islam mempengaruhi mindanya, malah dia pula yang akan mampu mematahkan hujah mereka.
"Tuhan itu sayang pada semua orang dan memberikan kelebihan kepada sesiapa saja. Syurga dan neraka ada satu dan terpulanglah yang mana satu kita pilih. Jadi, kita masing-masing ada kehidupan sendiri. Apa yang anda faham mengenai kasih sayang?
"Jika orang itu lambat untuk huraikan mengenai kasih sayang, hujah saya akan mendiamkannya. Itulah kelebihan saya ketika itu yang berpegang kepada konsep kasih sayang. Itulah yang menggagalkan penyebaran Islam dalam kalangan orang Kristian. Kami dilatih memahami agama.
"Dengan pendekatan itulah saya berjaya memurtadkan 3,000 orang dalam masa setengah bulan saja di Johor Bharu. Caranya ialah dengan mendekati mereka yang bersendirian dan bertanya dengan penuh lembut. Buat mereka rasa kasih sayang yang kita mahu curahkan. Sentuh mereka.
"Orang yang sedang dalam masalah, apabila didekati dengan kasih sayang dan kejujuran, ia mampu buatkan mereka lemah. Sekeras manapun hati seseorang akan menjadi lembut dengan kasih sayang. Sentuhan dan pelukan kita mampu bukakan hati mereka dan inilah yang membuatkan mereka terima Kristian. Itu yang saya buat dulu," katanya.

Apa yang dilihat memudahkan dia mempengaruhi ramai orang Islam kerana kebanyakannya hanya menjadi pengikut bukan pengamal Islam. Kelompok begini akan mudah dipengaruhi dengan konsep yang dibawa oleh Kristian.
Ketika ditanya mengenai Nabi Muhammad, Norhini berkata, orang Kristian memang meletakkan Rasulullah sebagai individu yang mempergunakan wanita. Kebenciannya terhadap manusia teragung itu amat menebal.
Namun, apabila dia bekerja sambil belajar di Pasir Gudang dan tinggal bersama seorang wanita Islam yang sekadar mahu dikenali sebagai Kak Ina, persepsinya mengenai Islam sedikit sebanyak berubah.
"Pelik...selama ini saya mampu murtadkan ribuan orang tetapi tidak pula dengan rakan sebilik saya sendiri. Apa yang saya sedar, Kak Ina begitu menghormati orang lain. Atas meja kami, di ruangnya ada al-Quran dan di ruang saya ada Injil. Selalu juga jika Injil saya berselerak, Kak Ina kemaskan.
"Selalu dia yang ingatkan saya mengenai jadual gereja saya. Pernah saya tanyakan kepadanya, kenapa, meskipun Kak Ina tidak secantik mana, tetapi jika memakai telekung, wajah Kak Ina nampak sangat bersih dan indah. Ia memukau dan mempesona," katanya.
Hidayah itu milik Allah SWT. Satu hari, Norhini bermimpi melihat bagaimana seksanya nyawa ditarik dan dia sendiri mampu membaca surah Al-Fatihah. Dia melihat kalimah tauhid syahadah di atas gunung yang tinggi.
"Kedengaran suara orang meminta tolong dengan sangat kuat. Saya mencari-cari di sana sini dan apabila tiba di satu gunung, saya bertemu seorang tua. Saya bertanya, suara siapakah itu. Jawabnya, itulah suara saya jika saya kekal dengan agama sekarang dan tidak menukar akidah.
"Lama saya termenung dengan keadaannya. Hidup saya sejak itu diselubungi tanda tanya. Ketika berjalan di KOMTAR, Johor, saya membeli buku mengenai Nabi Muhammad SAW dan ada satu bahagian dalam buku itu yang benar-benar mengubah hati saya.
"Membaca bahagian itu, seperti saya sedang menonton satu skrin besar di depan, membayangkan keadaan ketika itu. Kisah di mana Rasulullah SAW melihat satu benda hitam yang sangat besar di depannya dan apabila ia dekat, baru Baginda tahu itu adalah umatnya.
"Melihat umatnya dalam keadaan begitu, menangis Rasulullah SAW dengan penuh hiba sambil mengibarkan tangannya menyebut: 'Umatku, umatku, umatku'. Saya menangis membaca bahagian itu membayangkan betapa sayang, rindu, kecintaan dan semuanya yang ada pada Rasulullah SAW.
"Ketika itu saya peluk buku itu dengan erat dan saya tidak tahu apa yang saya sedang rasa. Saya jadi begitu cintakan Nabi Muhammad SAW dan mahu lebih mengenali Baginda. Rasa kekesalan menyelubungi dan betapa kerdilnya diri ini dirasakan," ceritanya terhenti-henti kerana menahan sebak dan tangisan yang semakin pantas menderu.
Atas sebab itulah dia nekad memeluk Islam. Keputusannya nyata mengejutkan ramai orang terutama rakan-rakannya yang tahu siapa dia selama ini.
Nyata, ujian untuk menjadikan seseorang itu beriman bukan mudah. Selepas memeluk Islam, dia dibawa kembali ke kampung halamannya (dirahsiakan) untuk dimurtadkan dengan diselangi pelbagai ujian hebat ketika ditahan dalam bilik pengampunan dosa.
"Saya tak rasa apa-apa. Sekadar pasrah dengan apa yang mereka buat. Beberapa paderi yang hebat-hebat dibawa untuk kononnya memulihkan saya. Air suci dari Perancis turut digunakan tapi saya tetap dengan Islam.
"Allah Maha Berkuasa. Seorang tukang sapu dalam gereja itu sendiri yang membantu untuk melepaskan saya. Dengan bantuan polis saya diterbangkan ke Johor semula. Nyata, ia bukan penamat segala-galanya apabila saya terpaksa melarikan diri dengan menuruni tingkat enam bangunan melalui batang paip untuk selamatkan diri daripada buruan.
"Dalam proses melarikan diri, saya hampir dirogol dalam keadaan seluar yang koyak rabak, berdarah di sana sini. Namun, Allah SWT melindungi saya sehingga saya berjaya kembali ke Jabatan Agama Islam dan dikahwinkan untuk membolehkan hak penjagaan itu beralih kepada suami," katanya lagi yang ketika itu baru berusia 18 tahun.
Mengenai tindakan keluarganya selepas mengetahui yang dia sudah memeluk Islam, Norhini tidak selesa untuk kisah itu disiarkan kerana ibu bapanya sudah meninggal dunia dan dia sendiri dalam proses untuk memulihkan hubungan dengan keluarganya yang lain.
Dengan wajah yang tenang selepas lama menangis, dia berkata, untuk memahami Islam, dia sanggup belajar mengaji dengan kanak-kanak berusia 10 tahun.

"Belajarlah untuk jujur. Sampaikan sesuatu itu biarlah dari hati dan jangan bertopengkan apa-apa. Sampaikan dengan kasih sayang kerana dengan itulah mereka mampu mengubah. Jangan bosan mengucapkan terima kasih dan menghargai orang lain," nasihat terakhirnya menamatkan sesi temubual.