Followers

Nuffnang

MIMPI SENJA

0

Posted by Unknown | Posted on 11:51 PTG | Posted in

sumber :-

MIMPI SENJA


Rogol anak sendiri hingga mengandung

Posted: 07 Nov 2014 03:13 PM PST


  • Lelaki berusia 49 tahun ini, mengaku salah atas dua pertuduhan merogol anak gadisnya sehingga melahirkan dua anak yang kini masing-masing berusia empat tahun dan dua bulan.Lelaki berusia 49 tahun ini, mengaku salah atas dua pertuduhan merogol anak gadisnya sehingga melahirkan dua anak yang kini masing-masing berusia empat tahun dan dua bulan.
 1 / 1 
KUALA TERENGGANU - Seorang nelayan tidak layak digelar bapa apabila sanggup bertindak di luar kewarasan dengan merogol anak gadisnya sendiri sehingga melahirkan dua orang anak, yang kini masing-masing berusia empat tahun dan dua bulan.

Semalam, di Mahkamah Sesyen berasingan, dia yang berusia 49 tahun itu mengaku salah atas dua pertuduhan merogol mangsa, yang merupakan anak kedua daripada sembilan beradik.

Bagi pertuduhan pertama di Mahkamah Sesyen 2, dia yang beralamat di Marang, mengaku salah merogol mangsa yang ketika itu baru berusia 14 tahun sebulan.

Dia mengaku salah di hadapan Hakim Murtazadi Amran melakukan perbuatan terkutuk itu di dalam semak di belakang sebuah sekolah di Marang, antara jam 1 petang dan 6 petang, pada September 2009.

Mengikut pertuduhan kedua pula di Mahkamah Sesyen 3 di hadapan Hakim Mohd Azhar Othman pula, dia mengaku salah mengulangi perbuatan sama ke atas mangsa di lokasi dan waktu yang sama, pada Disember 2013 yang mana ketika itu mangsa berusia 18 tahun.

Dengan itu, dia mengaku salah melakukan perbuatan yang merupakan satu kesalahan mengikut Seksyen 376 (3) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang lapan tahun dan maksimum 30 tahun dan boleh dikenakan sebatan tidak kurang 10 sebatan, jika disabitkan kesalahan.

Bagaimanapun, kedua-dua hakim menetapkan 8 Disember depan sebagai tarikh sebutan semula bagi hukuman sementara menunggu laporan lengkap ujian DNA. Bagaimanapun, sebarang jaminan tidak ditawarkan.

Pendakwaan dikendalikan timbalan pendakwa raya, Nazlyza Mohamad Nazri.

Lelaki berpakaian perempuan: Jangan cabar hukum Allah, kata Mufti Perak

Posted: 07 Nov 2014 04:48 AM PST

Lelaki berpakaian perempuan: Jangan cabar hukum Allah, kata Mufti Perak
Aktivis transgender, Nisha Ayub (kanan) bersama rakan sekerjanya di luar Mahkamah Rayuan Putrajaya.

IPOH: Mufti Perak, Tan Sri Dr. Harussani Zakaria menyifatkan tindakan Mahkamah Rayuan Putrajayayang mengisytiharkan Seksyen 66 Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Sembilan) 1992 bercanggah dengan perlembagaan sebagai tindakan mencabar hukum Allah S.W.T.


Menurut beliau, lelaki berpakaian seperti perempuan atau pun sebaliknya adalah salah satu perkara yang amat bertentangan dengan ajaran Islam justeru ianya perlu disekat.



Katanya, tindakan Mahkamah Rayuan itu diibaratkannya sebagai menghalalkan perkara yang haram dan ianya akan menimbulkan kekeliruan kepada umat Islam.



"Ianya adalah kehendak dan juga hukum agama Islam bukannya adat untuk kita sesuka hati menghalalkan. Haram untuk lelaki menyerupai wanita.



"Saya amat sedih, undang-undang tersebut diwujudkan bagi menjaga akhlak orang Islam untuk tidak melanggar hukum syarak Islam. Tetapi sekarang ianya seperti dihalalkan.



"Dengan keputusan yang dibuat, masyarakat khususnya orang Islam akan bebas melakukan dosa dan melanggar syarak Islam tanpa rasa takut. Jangan kita mengundang bala" katanya ketika ditemui di pejabatnya pada Jumaat.



Dr. Harussani juga turut menasihatkan orang ramai untuk memahami ilmu agama dengan lebih mendalam supaya setiap perbuatan tidak akan bercanggah dengan fahaman agama Islam.



"Saya harap orang ramai faham kehendak agama, belajar dan kenal Allah S.W.T serta hukum-hukumnya.



"Memang kita digalak menjadi liberal, tetapi liberal dalam soal pembangunan, jangan sampai kita mencabar tuhan dan mengubah hukumnya sendiri," ujarnya.



Menurut laman portal Malaysian Insider,  Mahkamah Rayuan pada Jumaat telah mengisytiharkan peruntukan enakmen agama Islam Negeri Sembilan yang menghalang lelaki Islam yang berpakaian dan berkelakuan seperti wanita adalah tidak berperlembagaan.



Panel tiga hakim diketuai Datuk Mohd Hishamuddin Mohd Yunus berkata seksyen 66 Enakmen Jenayah Syariah melanggar Artikel 5, 8, 9, dan 10 Perlembagaan Persekutuan.



Keputusan sebulat suara itu bermakna undang-undang yang sama di peringkat negeri dan Wilayah Persekutuan juga tidak sah dan batal, katanya portal tersebut.

Nik Nazmi bebas lagi, akan saman AG

Posted: 07 Nov 2014 03:37 AM PST


Nik Nazmi bebas lagi, akan saman AG
Anggota exco Selangor, Nik Nazmi Nik Ahmad yang didakwa sebanyak tiga kali oleh Pejabat Peguam Negara atas kesalahan sama, dibebaskan lagi hari ini, kali ini oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam.
Dalam keputusan hari ini, Hakim Datuk Abdul Halim Aman berkata beliau terikat dengan keputusan Mahkamah Rayuan 25 April, yang membebaskan Nik Nazmi atas tuduhan menganjurkan perhimpunan tanpa mengemukakan notis.
Keputusan Mahkamah Rayuan itu juga mengisytiharkan Seksyen 9(5) Akta Perhimpunan Aman yang memperuntukkan kesalahan Nik Nazmi itu sebagai tidak mengikut perlembagaan.
Seksyen berkenaan mentakrifkan perhimpunan spontan sebagai jenayah, dan menyediakan hukuman denda sehingga RM10,000.
Peguam Nik Nazmi, N Surendran berkata beliau berharap tiada lagi tuduhan baru dikenakan ke atas anak guamnya itu yang "mungkin mencipta sejarah sebagai orang yang paling kerap dibebaskan atas tuduhan sama".
Dalam satu tulisan di Twitter selepas keputusan Mahkamah Tinggi itu, Nik Nazmi berkata beliau akan mengemukakan saman  ke atas peguam negara kerana mendakwa beliau berulang kali "dengan niat jahat".
"Saya telah meminta peguam mempercepatkan proses menyaman peguam negara kerana pendakwaan jahat ini," katanya. -M'kini

Demo KLCC: 'Hutang peneman kubur rakyat'

Posted: 07 Nov 2014 12:52 AM PST


ANIS NAZRI|Foto ARIF ATAN | .


KUALA LUMPUR: Hujan lebat tidak menghalang lebih 100 orang mengadakan himpunan aman 'Turun Beban Rakyat' di hadapan bangunan KLCC hari ini.

Himpunan anjuran Gerakan Turun Kos Sara Hidup (Turun) dan beberapa NGO lain itu bermula sejurus selesai solat Jumaat di Masjid As-Syakirin, sebelum berarak ke kawasan pintu masuk bangunan yang menempatkan Ibu Pejabat Petronas itu.


Antara lain, tujuan himpunan ini adalah bagi membantah kenaikan harga minyak dan pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) yang sekaligus memberi kesan kepada peningkatan kos hidup rakyat.

Mereka antara lain membawa plakad bertulis "Minyak Naik", " Getah Jatuh", "Jangan curi duit poket kami", "Hutang peneman kubur rakyat" dan "Menteri ikat perut, rakyat jerut leher".

Sebahagian mereka juga turut memakai baju berwarna merah berlogo "R" iaitu merujuk kepada royalti.

Selain itu, satu memorandum turut diserahkan kepada pihak Petronas berhubung tuntutan bayaran royalti minyak kepada Kerajaan Negeri Kelantan.

Sebelum itu berlaku sedikit kekecohan apabila pihak petronas enggan menerima memorandum secara terbuka, sebaliknya mahu menerimanya di dalam bangunan dengan membenarkan hanya wakil sahaja masuk.

Bagaimanapun ia dibantah perserta himpunan yang mahu melihat memorandum itu diterima sendiri oleh pihak petronas di hadapan mereka.

Turut serta dalam himpunan itu, Ketua Pemuda PAS Malaysia Suhaizan Kaiat, Ketua Penerangan Pemuda PAS Mohd Nasaie Ismail, Ahli Parlimen Kuala Terengganu Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad, AJK Dewan Muslimat Aiman Athirah dan Setiausaha PSM S. Arutchelvan.

Dialog Dewasa Kritik Berasa

0

Posted by Unknown | Posted on 11:33 PTG | Posted in

sumber :-

Dialog Dewasa Kritik Berasa


SANTAI PAGI SABTU: ANAK-ANAK ANWAR DITEMUI, TOLONG JANGAN GELAK!

Posted: 07 Nov 2014 05:15 PM PST


Mungkin ini rupa anak-anak ber DNA kan Anwar. Dah besar yer mereka.

Anak-anak ini perlu diberi makan-minum namun disebabkan kos sara hidup yang semakin meningkat, anak-anak ini terpaksa diheret ke jalanan berdemo menuntut hak-hak mereka.

Mereka ni perlu diberi nafkah berterusan kerana menjadi hakim-hakim negara memerlukan biaya yang agak besar.

Mereka selama ni menuntut pendidikan dan PTPTN percuma, barang murah, kereta berjenama yang harganya murah dan segala bentuk pemberian berkebajikan sama seperti negara Finland, Ostolia, Amerika dan United Kingdom.

Mereka juga nakkan minyak murah macam di Arab Saudi, Qatar takpun macam Venezuela. 

Semua ini ade kerajaan Malaysia mampu nak beri?

Jawapan tidak! 

Jadi mereka hanya berharap bapa DNA mereka; Anwar bin Ibrahim jadi Perdana Menteri agar mereka akan dapat segala-galanya percuma. 

Duit Petronaskan banyak...gunakanlah untuk bagi semua percuma pada rakyat...kenapa bagi pada kroni, Rosmah bla...bla...bla?

Hahahah sarkastik!

The Unspinners

0

Posted by Unknown | Posted on 11:20 PTG | Posted in

sumber :-

The Unspinners


Hadith Bukhari sebut Rasulullah laknati "cross dresser"!!!

Posted: 07 Nov 2014 08:00 PM PST


Beberapa laporan lebih lanjut berkaitan keputusan Mahkamah Rayuan yang 'mengiktiraf' hak transgender menyebutkan bahawa ia berdasarkan penjelasan daripada ahli psikiatri berkaitan Gender Indentity Disorder, atau Gender Dysphoria - lelaki yang terperangkap dalam tubuh seorang wanita dan sebaliknya.

Jika demikian, barangkali perbahasannya dari sudut pandang Islam adalah berkaitan khuntsa musykilah walaupun ia sendiri lebih mengarah kepada ambiguous genitalia (alat kelamin yang samar-samar). Pada orang dengan DIB - DIS, banyak research menunjukkan ada faktor genetic, neurohormonal dan psychosocial yang terlibat.

Sebenarnya ia topik yang complicated dengan batas yang tidak jelas (grey area), ditambah pula dengan kewujudan kelompok gay, lesbian & bisexual. Faktanya kewujudan golongan transgender ini nyata dan mendakwa bahawa diskriminasi telah menyebabkan banyak di antara mereka yang menjadi 'pekerja tidak bermoral' seperti di kawasan Bukit Bintang, Lorong Haji Taib, Taman Lawang dll.

Di sisi yang lain, misalkan di Indonesia, telah wujud Pesantren Waria (wanita pria) di Yogyakarta yang mengadakan pengajian agama dengan kerjasama Nahdatul Ulama dan kegiatan usahawan industri kecil di kalangan waria. Beberapa transgender pula pernah membuat kehebohan dengan berangkat mengerjakan haji seperti Sukisno, pemilik salon Novi di Bojonegoro, Jawa Timur.

Tentulah persoalan transgender ini akan semakin complicated ketika berbicara soal hak untuk berumahtangga dan pengiktirafan perkahwinan, hak menduduki jawatan-jawatan penting, klasifikasi jantina ketiga : transgender dan seterusnya.

Masih banyak yang perlu dibincangkan berkaitan dengan golongan ini dan ia akan semakin jelas jika golongan agamawan, ahli perubatan & ahli undang-undang dapat melihat dalam perspektif (sudut pandang) yang sama.

-------------------------------

Mesej Whats App  di atas sedang tersebar. Adakah ianya usaha puak transgender untuk pertahankan Mahkamah Rayuan?

-------------------------------

 Mufti Perak, Tan Sri Dr. Harussani Zakaria menyifatkan tindakan Mahkamah Rayuan Putrajaya yang mengistiharkan Seksyen 66 Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Sembilan) 1992 bercanggah dengan perlembagaan sebagai tindakan mencabar hukum Allah S.W.T.

Menurut beliau, lelaki berpakaian seperti perempuan atau pun sebaliknya adalah salah satu perkara yang amat bertentangan dengan ajaran Islam justeru ianya perlu disekat.

Katanya, tindakan Mahkamah Rayuan itu diibaratkannya sebagai menghalalkan perkara yang haram dan ianya akan menimbulkan kekeliruan kepada umat Islam.

"Ianya adalah kehendak dan juga hukum agama Islam bukannya adat untuk kita sesuka hati menghalalkan. Haram untuk lelaki menyerupai wanita.

"Saya amat sedih, udang-udang tersebut diwujudkan bagi menjaga akhlak orang Islam untuk tidak melanggar hukum  syarak Islam. Tetapi sekarang ianya seperti dihalalkan.

"Dengan keputusan yang dibuat, masyrakat khususnya orang Islam akan bebas melakukan dosa dan melanggar syarak Islam tanpa rasa takut. Jangan kita mengundang bala" katanya ketika ditemui di pejabatnya pada Jumaat.

Dr. Harussani juga turut menasihatkan orang ramai untuk memahami ilmu agama dengan lebih mendalaman supaya setiap perbuatan tidak akan bercanggah dengan fahaman agama Islam.

"Saya harap orang ramai faham kehendak agama, belajar dan kenal Allah S.W.T serta hukum-hukumnya.

"Memang kita digalak menjadi liberal, tetapi liberal dalam soal pembangunan, jangan sampai kita mencabar tuhan dan mengubah hukumnya sendiri," ujarnya.

----------------------------

Hadith berkenaan cross dresser jelas: 

 عَنْ ابْنِ عَبَّاسٍ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ قَالَ لَعَنَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ الْمُخَنَّثِينَ مِنْ الرِّجَالِ وَالْمُتَرَجِّلَاتِ مِنْ النِّسَاءِ وَقَالَ أَخْرِجُوهُمْ مِنْ بُيُوتِكُمْ قَالَ فَأَخْرَجَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فُلَانًا وَأَخْرَجَ عُمَرُ فُلَانًا - رواه البخاري

 Dari Ibnu Abbas ra berkata, bahwasanya Rasulullah SAW melaknat mukhannasin (laki-laki yang menyerupai perempuan) dan mutarajjilat (perempuan yang menyerupai laki-laki). Beliau bersabda, "Keluarkanlah mereka dari rumah-rumah kalian." Maka Rasulullah SAW mengeluarkan Fulan dari rumahnya dan Umar juga mengeluarkan Fulan dari rumahnya.

(HR. Bukhari)

Tak taulah apa lagi nak dipertikaikan melainkan mereka puak anti Hadith yang senagaja mempersoalkan kebolehan ulamak, dan institusi ugama dalam menganisa 700,000 hadith untuk tahu mana yang sahih dna mana tak sahih.

Tanpa ilmu dan penghayatan, ingat mereka sendiri sudah hebat untuk interpretasi sendiri quran dan hukum sendiri. Kalau pandai, kenapa main buang semua hadith? Nampak sangat ilmu tak cukup ...

Rasanya penghayatan Islam tiada dalam jiwa masing-masing. Mereka ni sembahyang ke?


Adakah Kebebasan Asas mengatasi kuasa Mahkamah Syariah?

Posted: 07 Nov 2014 04:58 PM PST


Mahkamah Rayuan Putrajaya hari ini memutuskan bahawa Seksyen 66 Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Sembilan) 1992 yang memperuntukkan hukuman ke atas lelaki Islam berpakaian wanita bercanggah dengan perlembagaan.

Hakim Datuk Mohd Hishamudin Mohd Yunus menyampaikan keputusan yang mengisytiharkan Seksyen 66 sebagai terbatal.

Keputusan berkenaan secara tidak langsung mengiktiraf hak golongan transgender yang mengalami disforia gender dan berpakaian serta berkelakuan seperti wanita.

Keputusan berkenaan disambut dengan gembira oleh para penyokong dan kumpulan transgender yang hadir di mahkamah hari ini.

Kes berkenaan difailkan oleh Muhamad Juzaili Mohamad Khamis, 26, Syukor Jani, 28, dan Wan Fairol Wan Ismail, 30, pada 2 Februari 20122, untuk mencabar kesahakan peruntukan terbabit.

Mengikut Seksyen 66, mereka boleh dihukum penjara maksimum enam bulan penjara dan didenda RM1,000 oleh Mahkamah Syariah.

Mereka menamakan kerajaan negeri Negeri Sembilan, pengarah jabatan agama Islam negeri, pengarah penguatkuasa syariah dan ketua pendakwaan sebagai responden.

Mereka turut memohon perintah mahkamah untuk menghalang penahan dan pendakwaan ke atas mereka.

Mahkamah Tinggi Seremban yang menolak permohonan tiga individu berkenaan memutuskan bahawa agar hak tersebut diketepikan kerana mereka dilahirkan sebagai lelaki Islam dan perlu mengikut undang-undang dan ajaran agama.


Panel tiga orang hakim Mahkamah Rayuan hari ini turut dianggotai Hakim Datuk Aziah Ali dan Hakim Datuk Lim Yee Lan - MK


---------------------

Ada Article 121 (1A) yang dimasukkan dalam pindaan perlembagaan pada tahun 1988 berbunyi:

The courts referred to in Clause 1 [High Court] shall have no jurisdiction in respect of any matter within the jurisdiction of the Syariah courts.

Dan article seterusnya mengenai kuasa Mahkamah Rayuan dan Mahkamah persekutuan hanya berhubung dengan kuasa Mahakmah Tinggi dan bukan Mahkamah Syairiah.

Tambah lagi: artikel 11 (3)(A) menyebut setiap ugama ada hak untuk mengurus dan tadbir ugama masing-masing dengan Islam mempunyai kuasa Mahkamah Syariah dari sebelum wujudnya Perlembagaan Persekutuan.

Malah Artikel 8 berhubung "Equality" mempunyai perkara (5) (b) yang mengatakan klausa berhubung kesaksamaan tidak merakumi urusan pentadbiran ugama syariah. 

Maka adakah Seksyen berhubung Fundamental Liberties boleh melebihi kuasa Mahkamah Syariah???

BACA PERLEMBAGAAN MALAYSAI DI SINI

Sekolah Demokrasi patut tanya Dyana pasal gambar ini

Posted: 07 Nov 2014 04:30 AM PST


Sekolah Demokrasi akan bertemu maka eloklah sapa yang mahu hadhir tanya Dyana betul ke dia ada hubungan sulit dengan Zairil. Sebab lepas tengok gambar tu rupanya mereka bermesra bukan sekali tapi banyak kali...


Sampai bila nak menyorok Zairil dan Dyana????

PAS tibai DAP kerana masuk campur hal dalaman

Posted: 07 Nov 2014 12:24 AM PST


Henti bangkit soal remeh, PAS selar Guan Eng

NAZRI ABDULLAH | 05 November 2014.

KUALA LUMPUR: PAS melahirkan rasa kecewa dengan tindakan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng yang menyerang Presiden PAS secara terbuka.

Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali berkata, tindakan Guan Eng yang membangkitkan soal ketidakhadiran Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang ke Mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat, merupakan perkara remeh yang tidak perlu diperbesar.

"Perlu diingat, kerjasama dalam konteks tahaluf siyasi adalah antara parti dengan parti, bukan individu dengan individu.

"Jika secara perbandingan, sejak 2008 Guan Eng lebih banyak tak hadir ke mesyuarat PR berbanding Tuan Guru Abdul Hadi. Tetapi itu bukan isu besar," kata beliau ketika dihubungi Harakahdaily.

Mustafa menjelaskan, setakat ini tidak pernah berlaku sesuatu keputusan tidak dapat dibuat sekalipun kedua-dua mereka tidak hadir ke mesyuarat.

Hakikatnya, setiap wakil parti ujarnya sentiasa datang ke mesyuarat dan keputusan boleh dibuat tanpa sebarang masalah.

"Antara yang selalu hadir ialah Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar yang mempengerusikan mesyuarat, Lim Kit Siang sebagai wakil DAP dan saya sebagai wakil PAS. Tidak ada masalah," jelasnya.

Menurut Mustafa lagi, pemimpin mana-mana parti dalam Pakatan Rakyat termasuk Guan Eng sepatutnya berpegang kepada etika bahawa tidak boleh campur tangan dalam isu dalaman parti lain.

"Semua parti ada masalah dalaman. Tapi biar masing-masing parti selesaikan sendiri masalah mereka tanpa campur tangan luar.

"PAS sendiri tidak pernah campur tangan isu dalaman DAP. Saya minta beliau hentikan tindakan membangkitkan isu remeh temeh ini," tegas beliau. - HARAKAHDAILY 5/11/2014

Memang di abanyak lansi sekarang


LIVE dari Putrajaya: Tiada usaha nafi liwat, Hanya cari silap teknikal untuk lepas

Posted: 07 Nov 2014 12:13 AM PST


Baca pembentangan semalam di SINI, SINI dan SINI.

Oleh kerana sumber yang diambil adalah Twitter LFL ddan Mkini maka laporan mereka tak sepenuh. Banyak insiden di mana Hakim banyak persoalkan kenyataan2 peguam yang tidak di laporkan. Ram karpal paling ketara terganggu dan gelabah dengan soalan2 hakim. 

Di samping itu paling ketara pihak pembelaan tiada usaha untuk nafikan perbuatan anwar tapi hanya cuba menimbulkan keraguan atau create reasonable doubt. Maka bayak isu petty yag ditimbulkan dan diolah balik hujah-hujah sama di perbicarran di mahkamah rayuan dan tinggi.

Maka tiada point of law yang utama telah ditimbulkan. Semua hanya modal untuk wayang politik!!!
   

Jam 1557: Mahkamah kata pihak Pembelaan tiada isu baru maka Shafee tak perlu pembentangan baru

1533; Shafee not allowed to reply as no new issue raised. Hearing ends! Decision day to be announced.



Jam 1550:  Gopal kata  mahkamah kena terima terima konspirasi?


Jam 1341: Anwar should be forgiven for alleging conspiracy - he was convicted, jailed but ultimately acquitted. Now charged for similar offence. Now Anwar being hounded again by a complainant who is without merit & should not be believed. So he should be allowed to say conspiracy

 3.38pm: Gopal says Shafee had criticised Anwar for saying it is a conspiracy and he (Anwar) should be forgiven as Anwar had been charged with a similar offence with a person who had provided questionable testimony in 1998.

Only the Federal Court, he says, had in 2004 acquitted Anwar of the offence by a 2-1 majority judgment, only for Anwar to be charged again for a similar offence with a different person.

He adds that Anwar is being hounded by the prosecution on the strength of a witness whose evidence cannot stand up to the truth.

Gopal thanks the panel and concludes his submission.




Jam 1546: Eh ... baru nak sembahyang zohor ke? Tak mahu solat Jumaat sama dengan anwar di masjid?

Gambar tenggahhari tadi. Rasanya solat hajat untuk Anwar


Jam 1537: Masih dengan konspirasi untuk burukkan Saiful. Mereka tak mahu usaha nak buktikan anwar tak liwat tapi hanya untuk buat teori konspirasi dan create reasonable doubt.

Jam 1531; Saiful is an accomplice that demands corroboration, motive & embellishments, allegation easily made but difficult to rebut. Corroboration is only required if witness was credible. Saiful is a worthless witness, a man devoid of any credibility.

Having regard to missing carpet etc - Saiful's credibility in serious doubt. Saiful in group photo, serving tea etc rebut his evidence that it was "tanpa kerelaan".

 3.23pm: The former federal court judge says Saiful should be considered an accomplice.

Gopal says with regard to the embellishment the complainant put on Anwar, and given the circumstances of the case, the element of motive and the allegation made can be easily rebutted.

"Saiful is indeed a witness whose testimony requires corroboration.

"There is serious doubt the offence took place at all, he is a man whose credibility is in doubt. Once credibility is lacking, corroboration is irrelevant," he adds.


Jam 1534: Masih menegakkan benang basah

Jam 1520: Gopal Sri Ram - Dr Osman s evidence must have been consistent with his stmt to the police - that's why no impeachment. In response to Shafee saying no need to impeach Dr Osman - prosecutor must not have been confident to impeach Dr Osman.

Grave injustice for CoA to discredit Dr Osman's evidence, qualification etc. Saiful is an accomplice that demands corroboration, motive & embellishments, allegation easily made but difficult to rebut

 3.20pm: Gopal defends Dr Osman's testimony as being the same as the statement he gave to the police and there is no need to impeach him.

He adds this shows the doctor was an honest and credible witness.

Kah kah kah ... sakit perut ma


Jam 1524: Sekarang tak salah pondan pakai baju perempaun. Baca MMO SINI


Jam 1520: Tak tahu kenapa semasa di masjid, dia perlu solat tak jauh dari Tun Mahathir. Sap belakang saja .... Nak minta Tun M selamatkan dia?


Dah terbayang ke?




Anwar sembahyang di masjid Mizan dan berjalan ke mahkamah. 



Dalam 2.40 tadi ada kumpulan kecil yang biat Yaasin

Hmmm ... sikit saja. macam ...


ANGIN PERUBAHAN

0

Posted by Unknown | Posted on 9:39 PTG | Posted in

sumber :-

ANGIN PERUBAHAN


Fahmi Zainol Terbukti Pengecut, Hanya Berani Dengan Pagar Sahaja

Posted: 07 Nov 2014 05:58 PM PST



Takdir Tuhan, Temukan Mereka Berdua Dalam Satu Masjid

Posted: 07 Nov 2014 12:40 AM PST


Jika Anwar ke dalam, penyokong PKR perlu terima hakikat. Allah SWT lebih Mengetahui segalanya, yang terbaik untuk negara ini. Usah menyalahkan takdir yang sudah ditetapkan. Dulu keluar ingatkan hendak berubah, rupanya kembali ulangi perbuatan sama. Terimalah Qada & Qadar Tuhan.

Satu Lagi Serangan Pemikiran, Boikot Khutbah Jumaat

Posted: 06 Nov 2014 11:00 PM PST

1) Apa tujuan dan motif cerita Samad Said ini ditulis Malaysiakini?

2) Mahu memecah belahkan umat Islam Malaysia agar jangan solat jumaat di masjid yang khutbahnya semuanya dalam Bahasa Melayu?

3) Sebagai pejuang bahasa dan sasterawan, tindakan Samad Said mempolitikkan khutbah jumaat ini adalah satu tindakan tidak bermaruah dan terlalu "desperate"

4) Tidak perlu mempolitikkan solat jumaat, ini salah satu lagi serangan halus untuk mendidik fahaman liberal dan pluralisme di negara ini.

5) Selepas isu sentuh anjing, pesta arak dan kini mereka mahu pertikai pula khutbah jumaat. Amat jahat sekali rancangan besar kumpulan liberal ini. Itu pun ada orang Melayu masih tidak nampak?




RAKYAT MARHAEN

0

Posted by Unknown | Posted on 9:32 PTG | Posted in

sumber :-

RAKYAT MARHAEN


Hutang pelajar kamu KEJAR... Hutang kerajaan & kroni kamu buat2 BODO aja...

Posted: 07 Nov 2014 08:57 PM PST


1MDB: Rugi RM665 Juta, Hutang RM41 Bilion..Tahniah Najib..!!!

Posted: 07 Nov 2014 08:52 PM PST



Tingkat akses pengundi untuk peta persempadanan semula - Tindak Malaysia

Posted: 07 Nov 2014 08:23 PM PST

Tingkat akses pengundi untuk peta persempadanan semula - Tindak Malaysia
KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) digesa untuk mengkaji semula kaedah peta persempadanan semula untuk meningkatkan akses dan penyertaan pengundi.

Masyarakat perlu mempunyai akses yang lebih mudah untuk melihat peta kawasan pilihan raya agar maklum balas dan bantahan boleh dilakukan pada tempoh 'bantahan' dalam masa 30 hari, di bawah undang-undang sedia ada, kata kumpulan masyarakat sivil.

Pada masa ini, SPR akan mengumumkan peta yang dicadangkan dalam sekurang-kurangnya satu akhbar bagi kawasan-kawasan yang terjejas oleh kajian semula itu seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

Peta-peta baharu itu akan disiarkan di pejabat kerajaan negeri atau parlimen kawasan itu.

Dalam tempoh 30 hari, orang ramai boleh membantah sempadan yang dicadangkan oleh SPR, disusuli dengan siasatan apabila ia menerima bantahan daripada 100 atau lebih pengundi daripada kawasan parlimen itu.

"Pada masa lalu, cadangan kawasan oleh SPR  menerima sedikit atau tiada langsung perhatian orang ramai selain bantahan daripada parti-parti pembangkang," kata Penganalisis persempadanan Tindak Malaysia Ng Chak Ngoon pada sidang akhbar yang bertujuan untuk membincangkan panggilan kumpulan itu untuk mendesak SPR menunaikan janji bagi memastikan proses pilihan raya yang telus dan adil.

"SPR boleh menolak permohonan ini sebagai tidak sah atas alasan bahawa ia dilakukan tanpa peta - untuk menunjukkan bagaimana kawasan pilihan raya boleh ditakrifkan secara berbeza," kata beliau.

Kumpulan masyarakat sivil seperti Persatuan Promosi Hak Asasi Manusia (Proham) dan Bersih 2.0 juga mempunyai sentimen sama dengan Tindak Malaysia.

"Kami tidak percaya pada SPR untuk menjadi telus dalam proses persempadanan semula itu. Kami tidak tahu apabila amalan itu bermula, "kata Ketua Jawatankuasa Pemandu Bersih, Maria Chin Abdullah.

Sekretariat Proham Rama Ramanathan mengambil isu dakwat kekal pada pilihan raya 2008 sebagai contoh dan mempersoalkan jika tindakan telah diambil berkaitan perkara itu. (Pada tahun 2008, SPR telah merancang untuk menggunakan dakwat kekal tetapi membatalkannya tiga hari sebelum hari mengundi atas masalah keselamatan dan ketenteraman awam.)

"SPR seolah-olah hanya menolak isu itu seperti tidak penting," kata Ramanathan.
Read More / Baca Lagi >>

Apa PAS boleh pelajari dari fatwa ke atas SIS?

Posted: 07 Nov 2014 08:19 PM PST

 
 "PAS sudah tersasar dan sesat!"

Itulah antara tanggapan mudah bagi sesetengah orang PAS dan rakyat Malaysia berstatus Melayu-Islam khususnya apabila tiga ahli Parlimen merangkap AJK PAS Pusat menyuarakan pertikaian berhubung warta ke atas pertubuhan berfahaman liberalisme dan pluralisme agama adalah sesat dan menyeleweng.

Tulisan ini dikarang untuk mengajak ahli PAS dan rakyat Malaysia umumnya menerjah akal yang kadangkala masih tidak mahu berganjak dari kerangka pemikiran Malaysia di era 70 dan 80-an.

Sedangkan, hakikatnya rakyat kita sedang berhadapan dengan realiti politik yang lebih mencabar dibawah langit informasi yang jauh lebih luas terbuka berbanding dahulu.

Ini bukan kerja mudah. Jika tidak, masakan generasi baru dalam Umno sendiri pun sudah memperlihatkan usaha gigih untuk keluar dari kerangka pemikiran sempit parti mereka sendiri?

Lihat sahaja Datuk Saifuddin Abdullah yang menjadi salah seorang penggerak utama kepada Gerakan Anti Perkauman (GAP) - sebuah inisiatif Global Movement for Moderate Foundation.

Khairy Jamaludin pula dengan inisiatif Akademi Kapten Hussein (AKHI). Adakah ini kebetulan?

Pada pandangan saya, tidak. Ini adalah usaha teliti yang mereka ambil untuk memastikan interaksi mereka dengan iklim politik Malaysia yang lebih terbuka dan rasional kekal releven. Idea serta pendekatan baru mereka ternyata sangat kontra dari tradisi Umno.

Kita akan tertanya-tanya, sejak bila Umno antiperkauman? Dan sejak bila juga Umno gemar berwacana secara terbuka membincangkan isu yang agak sensitif?

Sebab itu tidak hairanlah apabila ramai rakan-rakan berseloroh, "Si Khairy dan Saifuddin ini tersalah parti agaknya..." apabila mereka sering dilihat membawa pendekatan dan idea lebih sederhana dan muda yang tidak senada dengan budaya Umno yang bersifat ultra Malay dan ultra Islam kononnya!

Bincang, bukan hukum

Dalam hal tiga ahli Parlimen PAS - Dr Mujahid Yusuf Rawa, Khalid Samad dan Hanipa Maidin - dan Sisters in Islam (SIS) ini, saya cuba meneliti kenyataan media yang dikeluarkan.

Dari kefahaman saya, ia bukanlah tentang persetujuan atau penolakan terhadap fatwa terhadap SIS. Ia lebih berkait rapat dengan soal pendekatan dan proses demokratik yang sewajarnya diambil sebelum satu-satu fatwa dikeluarkan.

Ia berbeza dengan usaha menutup pintu perbincangan dan interaksi sehingga menghukum dengan sewenangnya bahawa yang berbeza itu semestinya mengancam negara dan dunia.

Read More / Baca Lagi >>

UM8: S'gor sedia tawar tempat sambung belajar

Posted: 07 Nov 2014 08:16 PM PST

KUALA LUMPUR: Kerajaan Negeri Selangor bersedia menyediakan tempat bagi lapan pelajar Universiti Malaya (UM8), jika mereka dikenakan hukuman berat.

Exco Pendidikan, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata , kerajaan negeri akan memastikan kesemua mereka diberi peluang menyambung pelajaran mereka sama ada di Universiti Selangor (UNISEL) atau Kolej Universiti Islam Selangor (KUIS).

Presiden Persatuan Mahasiswa Universiti Malaya (PMUM) Fahmi Zainol dan tujuh lagi rakannya menghadapi tindakan tatatertib kerana menganjurkan Pidato untuk  Datuk Seri Anwar Ibrahim di dalam universiti itu dua minggu lalu.

Mengulas lanjut, nik Nazmi berkata, Universiti Malaya selaku salah satu institusi pengajian tinggi dihormati perlu melihat teliti  kesan jika universiti membuat keputusan menggantung atau membuang pelajar itu.

"Ini bukan sahaja memburukkan pentadbiran universiti tetapi imej universiti secara keseluruhan akan terjejas.
Read More / Baca Lagi >>

Mangsa Kapitalis: Pondok terakhir di Kg Chubadak Tambahan

Posted: 07 Nov 2014 08:14 PM PST

Tempat tinggal Wahidah Salleh, 72, kini hanyalah sebuah pondok beratap kanvas dengan dinding papan lapis dan berlantaikan kayu reja.

Ketika ditemui Malaysiakini, nenek kepada lapan orang cucu yang lebih mesra disapa dengan panggilan Opah sedang memasak sendirian di sudut pondok yang dijadikan dapur.

Lauk yang dimasaknya cukup sederhana – ikan goreng dan sayur tumis. Di luar, raungan jentolak yang meratakan tanah di belakang pondoknya memecah keheningan.

Jentera berkenaan pada 28 Oktober lalu meranapkan rumahnya yang didiami sejak 45 tahun lalu, serta lapan lagi rumah lain di Kampung Chubadak Tambahan.

Musim hujan yang melanda ceruk Kuala Lumpur itu membawa kebimbangan baru bagi Opah.

"Tanah makin rata, khemah ini banyak barang dan Opah takut ular masuk," katanya memulakan bicara.

Selain dapur, ruang seluas kira-kira 30 meter persegi itu memuatkan televisyen, tempat tidur serta barangan yang sempat diselamatkan dari rumah asalnya.

Opah berkata, beliau akan terus mendiami tempat itu sehingga tamat tempoh 15 hari sementara menunggu keputusan permohonan bagi mendapatkan pampasan yang lebih setimpal.

Sambil tangannya menumbuk sambal, Opah menceritakan semula saat beliau memulakan hidup baru bersama suaminya, Halim Hamid di Kampung Chubadak Tambahan.

Dalam keadaan pondok serba daif itu, dua orang cucunya, Natasha Norman dan Atikah Azmi yang masing-masing berusia 13 tahun setia menemani dan mendengar cerita neneknya.

Kawasan kampung yang terletak kira-kira 10 km dari pusat bandar itu baru saja dibuka selepas tragedi 13 Mei baru saja berakhir di Kuala Lumpur pada waktu itu.

Katanya, rumah itu dibeli oleh suaminya yang menyara keluarga dengan memandu teksi di ibu kota.

Tunggu pampasan setimpal

Untuk menampung kos perbelanjaan, Opah turut mengajar anak-anak kampung itu membaca al-Quran.

Read More / Baca Lagi >>

'Kalau rasuah, tangkap semua orang Umno'

Posted: 07 Nov 2014 08:13 PM PST

Umno Selangor berpandangan tulisan Tun Dr Mahathir Mohamad tentang imej rasuah yang dikaitkan dengan Umno memburukkan parti itu.

Setiausaha perhubungan negeri, Datuk Johan Abdul Aziz berkata kenyataan tanpa bukti sedemikian tidak elok kerana datang dari orang parti sendiri.

"Jangan terus lekatkan imej rasuah pada Umno. Kalau betul (Umno) rasuah, tangkaplah semua orang Umno.

"Bagi saya tak kena apabila Tun bercakap tentang rasuah.

"Kalau dia ada buktinya - dia pun bekas perdana menteri - hantarlah kepada pihak berkuasa.

"Saya rasa ini tak beri imej baik pada parti sebab dia (Mahathir) pun orang Umno," kata ADUN Semenyih itu.

Beliau berkata demikian sewaktu mengulas tulisan Mahathir semalam yang menggariskan tiga perkara yang perlu dilakukan Umno Selangor untuk mengembalikan sokongan rakyat.

Mahathir turut mencadangkan agar lebih ramai pemuda ditarik menyertai parti dan agar pemimpin Umno yang kalah dalam pilihan raya umum ke-12 dan ke-13 berundur.
Read More / Baca Lagi >>

Pemimpin tertinggi PAS bertemu, bincang masa depan dalam Pakatan

Posted: 07 Nov 2014 08:07 PM PST

Ahli Jawatankuasa Pusat dan Majlis Syura Ulama akan menyertai retreat di Kuala Selangor untuk membincangkan secara khusus pelaksanaan Islam dalam negara demokrasi dan hubungan PAS bersama sekutunya. – Gambar fail The Malaysian Insider, 8 November, 2014.  
Ahli Jawatankuasa Pusat dan Majlis Syura Ulama akan menyertai retreat di Kuala Selangor untuk membincangkan secara khusus pelaksanaan Islam dalam negara demokrasi dan hubungan PAS bersama sekutunya. – Gambar fail The Malaysian Insider, 8 November, 2014.

Pemimpin tertinggi PAS akan bertemu pagi ini untuk membincangkan masa depan dalam Pakatan Rakyat (PR) dan menilai kekuatan dan kelemahan selepas komitmen mereka dalam gabungan itu dipersoalkan semenjak kemelut menteri besar Selangor.
Ahli Jawatankuasa Pusat dan Majlis Syura Ulama akan menyertai retreat di sebuah hotel di Kuala Selangor dan akan membincangkan secara khusus pelaksanaan Islam dalam negara demokrasi dan hubungan PAS bersama sekutunya.
"Retreat ini akan menentukan masa depan PAS sendiri dan juga kedudukan PAS dalam Pakatan," kata seorang pemimpin kanan PAS kepada The Malaysian Insider dan mendedahkan retreat itu bermula pagi ini dan berakhir pada Ahad.

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang akan mengetuai perbincangan mengenai topik pertama dan Naib Presiden Salahuddin Ayub akan mengetuai perbincangan mengenai hubungan PAS bersama PR. Jalur pemikiran dalam PAS kini terbelah dua ekoran kemelut menteri besar Selangor.
Golongan profesional yang dinamakan Erdogan (mengambil nama Presiden Turki Recep Tayyip Erdogan) dilihat sebagai pro-PR manakala golongan konservatif yang dipimpin ulama dilihat kritikal terhadap rakan-rakan PR dan mahu memastikan kemurnian perjuangan Islam yang dibawa PAS.
Sementara itu DAP dan PKR sudah menyerang parti itu, terutamanya Hadi berhubung pendirian PAS dalam kemelut menteri besar Selangor.
Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng ketika berucap dalam konvensyen partinya menyerang PAS kerana dianggap tidak "berpegang kepada janjinya" dan juga isu ketidakhadiran Hadi ke mesyuarat PR.
Lim berkata PR tidak akan berpecah walaupun jika Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dipenjarakan dalam rayuan kes liwatnya kali ini.
Namun DAP memberi amaran, gabungan itu akan berpecah jika PAS membentangkan undang-undang persendirian untuk membolehkan hudud dilaksanakan di Kelantan.
Read More / Baca Lagi >>

Jelajah Mahasiswa: "Bebaskan Universiti."

Posted: 07 Nov 2014 04:43 PM PST



Lelaki berpakaian perempuan: Jangan cabar hukum Allah, kata Mufti Perak

Posted: 07 Nov 2014 04:40 PM PST

Lelaki berpakaian perempuan: Jangan cabar hukum Allah, kata Mufti Perak
IPOH: Mufti Perak, Tan Sri Dr. Harussani Zakaria menyifatkan tindakan Mahkamah Rayuan Putrajaya yang mengisytiharkan Seksyen 66 Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Sembilan) 1992 bercanggah dengan perlembagaan sebagai tindakan mencabar hukum Allah S.W.T.

Menurut beliau, lelaki berpakaian seperti perempuan atau pun sebaliknya adalah salah satu perkara yang amat bertentangan dengan ajaran Islam justeru ianya perlu disekat.

Katanya, tindakan Mahkamah Rayuan itu diibaratkannya sebagai menghalalkan perkara yang haram dan ianya akan menimbulkan kekeliruan kepada umat Islam.

"Ianya adalah kehendak dan juga hukum agama Islam bukannya adat untuk kita sesuka hati menghalalkan. Haram untuk lelaki menyerupai wanita.

"Saya amat sedih, undang-undang tersebut diwujudkan bagi menjaga akhlak orang Islam untuk tidak melanggar hukum syarak Islam. Tetapi sekarang ianya seperti dihalalkan.

"Dengan keputusan yang dibuat, masyarakat khususnya orang Islam akan bebas melakukan dosa dan melanggar syarak Islam tanpa rasa takut. Jangan kita mengundang bala" katanya ketika ditemui di pejabatnya pada Jumaat.

Dr. Harussani juga turut menasihatkan orang ramai untuk memahami ilmu agama dengan lebih mendalam supaya setiap perbuatan tidak akan bercanggah dengan fahaman agama Islam.

"Saya harap orang ramai faham kehendak agama, belajar dan kenal Allah S.W.T serta hukum-hukumnya.
Read More / Baca Lagi >>

'Sisters In Islam' dan 'Islam Liberal' dalam Muktamar PAS

Posted: 07 Nov 2014 04:04 PM PST

DR KAMARUL YUSUF

BERDASARKAN kepada rekod parti, istilah-istilah "Sisters In Islam" dan "Islam Liberal" pernah muncul sebagai bahan perbincangan di dalam Muktamar-Muktamar Tahunan PAS pada tahun-tahun 2005, 2006, 2007 dan 2009.

1. Kali pertama istilah-istilah ini muncul adalah di dalam satu ketetapan yang telah diluluskan secara sebulat suara oleh para perwakilan Muktamar Tahunan PAS Kali Ke-51 di Dewan Besar Pusat Tarbiyyah Islamiyyah Kelantan, Pengkalan Chepa, Kelantan, pada 3, 4 dan 5 Jun 2005.

Ketetapan ini adalah berbunyi:

Menyedari bahawa Islam Hadhari yang dikemukakan oleh UMNO adalah satu bentuk agama baru yang mementingkan pembangunan keduniaan semata-mata dan menolak kesyumulan Islam;

Menyedari wujudnya anasir-anasir baru kesan daripada Islam Hadhari seperti pemikiran Islam liberal, penolakan terhadap sistem akhlak Islam, kemunculan gerakan-gerakan anti-Islam seperti Sisters In Islam, Inter-Faith Commission (IFC) dan anti-hadith;

Menyedari tuntutan yang dibuat oleh sekumpulan NGO yang mencadangkan supaya ditubuhkan IFC yang bertujuan mengubah beberapa perkara yang terkandung dalam syariat Islam;

Menyedari berlakunya campur-tangan oleh pemimpin BN terhadap penguatkuasaan agama sehingga menyebabkan beberapa serbuan oleh Jabatan Agama Islam mendapat reaksi negatif daripada media dan rakyat;

Menyedari bahawa gerakan anti-Islam ini mendapat sokongan daripada keluarga terdekat Perdana Menteri, termasuk penglibatan beberapa orang Menteri UMNO dalam kumpulan 50 NGO dan 236 individu yang menolak penguatkuasaan undang-undang akhlak (moral policing) bagi menangani gejala sosial; dan

Menyedari bahawa umat Islam sedang menghadapi krisis makanan halal ekoran pelbagai pendedahan tentang penyalahgunaan logo halal oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.
Read More / Baca Lagi >>

Kenapa puting beliung hanya di Kedah..?????

Posted: 07 Nov 2014 03:38 PM PST

Oleh: Dr Tanaka Mustafa
1) Pertama sekali, secara saintifiknya, saya pun tak tahu. Malah Pakar Meteorologi pun tak tahu nak explain. Jika ia fenomena alam akibat perubahan cuaca, kenapa hanya di Kedah? Adakah hanya Kedah mengalami perubahan cuaca?
2) Kerosakan akibat 3 puting beliung yang melanda Kedah tidak sedikit. Namun jika dibanding dengan taufan yang melanda negara luar, ia lebih mengerikan.
3) Jika Pakar Meterologi pun tak tahu nak jawab, malah tanya kita balik, maka satu-satu jalan untuk mengetahuinya puncanya adalah dengan cara mengkaji asal usul puting beliung, yakni siapakah yang menjadikan puting-beliung.
4) Dengan itu tahulah kita, Tuhan yang mencipta alam semesta inilah, yang menjadikan puting beliung tersebut, dan menghantarnya ke negeri jelapang padi itu.

5) Persoalan yg timbul lagi, kenapa Tuhan menghantarnya ke Kedah? Pelbagai spekulasi boleh diandai. Ada yang mengatakan ia adalah bala peringatan daripada Tuhan kepada penduduk Kedah dan Malaysia amnya.
Read More / Baca Lagi >>

Demo KLCC: 'Hutang peneman kubur'

Posted: 07 Nov 2014 03:37 PM PST

KUALA LUMPUR: Hujan lebat tidak menghalang lebih 100 orang mengadakan himpunan aman 'Turun Beban Rakyat' di hadapan bangunan KLCC hari ini.Himpunan anjuran Gerakan Turun Kos Sara Hidup (Turun) dan beberapa NGO lain itu bermula sejurus selesai solat Jumaat di Masjid As-Syakirin, sebelum berarak ke kawasan pintu masuk bangunan yang menempatkan Ibu Pejabat Petronas itu.
Antara lain, tujuan himpunan ini adalah bagi membantah kenaikan harga minyak dan pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) yang sekaligus memberi kesan kepada peningkatan kos hidup rakyat.Mereka antara lain membawa plakad bertulis "Minyak Naik", " Getah Jatuh", "Jangan curi duit poket kami", "Hutang peneman kubur rakyat" dan "Menteri ikat perut, rakyat jerut leher".
Sebahagian mereka juga turut memakai baju berwarna merah berlogo "R" iaitu merujuk kepada royalti.Selain itu, satu memorandum turut diserahkan kepada pihak Petronas berhubung tuntutan bayaran royalti minyak kepada Kerajaan Negeri Kelantan.
Sebelum itu berlaku sedikit kekecohan apabila pihak petronas enggan menerima memorandum secara terbuka, sebaliknya mahu menerimanya di dalam bangunan dengan membenarkan hanya wakil sahaja masuk.
Bagaimanapun ia dibantah perserta himpunan yang mahu melihat memorandum itu diterima sendiri oleh pihak petronas di hadapan mereka.Turut serta dalam himpunan itu, Ketua Pemuda PAS Malaysia Suhaizan Kaiat, Ketua Penerangan Pemuda PAS Mohd Nasaie Ismail, Ahli Parlimen Kuala Terengganu Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad, AJK Dewan Muslimat Aiman Athirah dan Setiausaha

Kewangan merudum: Kakitangan Media Prima ditawar pakej persaraan

Posted: 07 Nov 2014 03:30 PM PST


Post Pic

SHAH ALAM: Media Prima, pemilik stesen televisyen termasuk TV3 dan NTV7 menawarkan pakej persaraan awal untuk kakitangannya setelah keuntungan syarikat itu terus merosot.
 
Kakitangan syarikat itu ditawarkan pakej pemisahan sukarela dengan pampasan berasaskan jumlah tahun bekerja dan gaji bulanan mereka.
 
Tawaran itu sudahpun diumumkan dan kakitangan TV3, NTV7 dan TV8 dan TV9 mempunyai sehingga 21 November untuk menerima atau menolak tawaran itu.
 
Media Prima juga memiliki stesen radio Fly FM, Hot FM dan One FM.
 
Ia juga memiliki hampir keseluruhan ekuiti dalam akhbar Kumpulan New Straits Times yang menerbitkan akhbar bahasa Inggeris itu selain daripada Berita Harian dan Harian Metro.   
 
Media Prima mendakwa tawaran untuk kakitangan itu adalah untuk memperkasakan operasi syarikat dalam keadaan pasaran yang mencabar.
 
Ia juga berharap skim pemisahan sukarela itu akan mengatasi masalah kelebihan tenaga kerja di empat stesen telivisyen itu.
Read More / Baca Lagi >>

Saya dan Sisters In Islam - Khalid Samad

Posted: 07 Nov 2014 03:23 PM PST


Ramai telah memberi komen dan teguran terhadap pendirian saya dan beberapa pimpinan PAS dalam persoalaan fatwa yang mengharamkan Sisters in Islam (SIS) dan menuduh mereka pelopor fahaman Liberalisme dan Pluralisme. Sebahagian menyokong dan sebahagian lain menolak. Dari golongan yang menolak tindakan saya, ramai yang tidak faham mengapa saya dan beberapa rakan bersuara berhubung isu ini. Saya jelaskan sebabnya di sini.


KENAPA TIDAK BERDIAM SAHAJA?
Saya merupakan salah seorang pemimpin pada sebuah parti Islam yang ingin mentadbir Negara ini berdasarkan ajaran Islam. Bagi mencapai cita-cita ini, saya dan parti saya perlu meyakinkan masyarakat, Islam dan bukan Islam, bahawa pentadbiran Islam adalah adil dan tiada penindasan mahupun kezaliman dibenarkan berlaku terhadap individu atau kumpulan. Oleh itu setiap yang dilakukan di atas nama Islam perlu diambil perhatian demi menjamin keyakinan terhadap keadilan Islam tidak terjejas. Dan di sini terdapat masalahannya.Bagaimana kami boleh yakinkan masyarakat akan keadilan pentadbiran Islam sekiranya seseorang boleh dijatuhkan hukuman tanpa diberi peluang membela diri? Sedangkan hak membela diri adalah salah satu prinsip utama demi menjamin keadilan.
Cuba gambarkan sebuah mahkamah yang menjatuhkan hukuman 'bersalah' terhadap seseorang tanpa dikemukakan sebarang bukti atau penjelasan dari mahkamah tersebut. Tidak juga dipanggil yang tertuduh membela diri. Namun, tiba-tiba tertuduh bangun satu pagi dan membaca dalam akhbar bahawa dirinya didapati bersalah! Apa anda akan katakan terhadap mahkamah tersebut?
Walaupun saya memahami, ini bukanlah mahkamah, namun prinsip yang digunakan oleh mahkamah adalah juga releven kerana di sini, hukuman dijatuhkan terhadap sebuah kumpulan tanpa sebarang bukti atau penjelasan.
Hujjah dan bukti mesti dikemukakan bersama semasa menjatuhkan hukuman. Ini adalah satu-satunya cara untuk menyakinkan masyarakat bahawa keadilan telah terlaksana. Prinsip "keadilan bukan sekadar mesti terlaksana tetapi juga dilihat terlaksana" adalah prinsip yang amat selari dengan tuntutan Islam. Oleh itu ketelusan mesti diamalkan apabila ingin mentsabitkan kesalahan terhadap seseorang.
MENSABITKAN KESALAHAN

Semua tahu membunuh itu salah. Tetapi untuk mensabitkan kesalahan membunuh terhadap seseorang mesti ada buktinya. Mahkamah mesti jelaskan secara terperinci tertuduh disabitkan atas bukti yang tertentu. Bukan sekadar "didapati bersalah", nokhta.
Begitu juga berhubung tersesatnya fahaman Liberalisme dan Pluralisme. Semua yang membaca berhubung fahaman ini maklum bahawa mereka adalah fahaman yang terkeluar dari Islam, tetapi untuk mensabitkan seseorang atau sesuatu kumpulan atas kesalahan berpegang kepada fahaman Liberalisme atau Pluralisme perlu dikemukakan bukti. Bukan sekadar "berpegang kepada fahaman Liberalisme dan Pluralisme", nokhta.
Bukti ini termasuklah petikan dari tulisan atau ucapan mereka serta kalau lebih baik, penjelasan dari pertemuan dan perbincangan dengan mereka. Ini adalah kerana kadang-kadang yang ditulis oleh penulis tidak bermaksud sepertimana yang difahami oleh pembaca. Atau yang dicakap oleh penceramah tidak bermaksud sepertimana yang difahami oleh pendengar. Itulah sebabnya perlu berjumpa dan diadakan muzakarah dan temu bual. Bukan dihukum dari jauh, nokhta.
LIBERALISME DAN PLURALISME

Saya ada minta supaya takrif yang jelas berhubung Liberalisme dan Pluralisme yang terkeluar dari Islam dinyatakan oleh pihak Majlis Fatwa. Ini adalah kerana bukan setiap yang menggunakan perkataan 'Liberal' adalah membawa erti 'Liberalisme' dan bukan setiap yang menggunakan perkataan 'plural' adalah 'Pluralisme'. Sebagai contoh, apabila seseorang menyatakan "polisi ekonomi Negara seharusnya mengambil kira masyarakat Malaysia yang bersifet plural", maka tidak bererti dia menganjurkan pendekatan 'Pluralisme'. Atau apabila dikatakan "kita seharusnya melaksanakan dasar import yang lebih liberal terhadap barangan elektronik" tidak juga dimaksudkan seseorang mendokong 'Liberalisme'.
Takrif ini penting untuk mengelak kekeliruan dan berlakunya tuduh menuduh sehingga ke tahap kafir-mengkafir yang semua ingin elakkan. Untuk memudahkan, saya cadangkan di sini takrif yang termudah sebegini.
LIBERALISME
Read More / Baca Lagi >>

Penjelasan tentang fatwa pluralisme dan liberalisme

Posted: 07 Nov 2014 03:22 PM PST

DATUK DR MUJAHID YUSOF RAWA 
KENYATAAN kami daripada beberapa Ahli Parlimen PAS tentang Fatwa Pluralisme dan Liberalisme bertarikh 4 November 2014 serta pertemuan kami dengan Sisters In Islam (SIS) pada 6 November 2014 telah dimanipulasi secara malafide oleh pihak-pihak tertentu termasuk daripada segelintir ahli PAS sendiri.

Ingin saya jelaskan beberapa perkara:

1. Kami tidak pernah mempertikaikan fatwa tentang sesatnya pandangan yang mengatakan semua agama adalah sama dan mengimani kepada kebenaran secara relatif.

2. Kami juga berpendapat bahawa ilmu syariat perlu dipandu dengan disiplin ilmu Islam bagi memahami tuntutan nas.

3. Persoalan kami adalah proses fatwa pengharaman yang perlu mendapat proses keadilan, ruang mempertahankan pertuduhan dan menilai faktor masa antara fatwa dan pengharaman.

4. Pertikaian PAS terhadap proses pengfatwaan dibuat bukanlah perkara baru malah Fatwa Memali dan Fatwa Amanat Haji Hadi yang difatwakan sesat senantiasa dipersoalkan tentang ketulusan dan menuntut ruang mendapat pembelaan. Mengapakah hari ini premis yang sama kami pertikaikan ke atas SIS dipolemikkan oleh pihak-pihak tertentu malah segelintir ahli PAS sendiri?
Read More / Baca Lagi >>

Buat sementara, kami masih bersama ayah - Nurul Izzah

Posted: 07 Nov 2014 03:20 PM PST

PUTRAJAYA: Nurul Izzah menarik nafas lega kerana masih ada ruang untuk beliau dan keluarga‎ bersama ayahnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

‎Mahkamah Persekutuan hari ini memutuskan akan menetapkan pada satu tarikh bagi keputusan setelah mendengar hujah-hujah dari pihak pembelaan dan pendakwaan berhubung rayuan Anwar dalam kes Fitnah II.

"Sebagai pengakhiran kami sekeluarga bersyukur untuk sementara waktu ini, sekurang-kurangnya kami masih bersama ayah," katanya kepada Harakahdaily di lobi mahkamah.
Ahli Parlimen Lembah Pantai itu juga mengingatkan agar semua bersedia kerana masih banyak lagi kes yang membabitkan pimpinan Pakatan Rakyat dan bukan hanya terjurus kepada Ketua Pembangkang itu sahaja.‎

"‎Kita harus bersedia untuk sebarang kemungkinan, kita harus tingkatkan kesedaran ramai jangan ingat bukan hanya isu berkaitan Anwar sahaja tetapi ada lagi kes lain yang membabitkan pimpinan Pakatan Rakyat," katanya.‎
Read More / Baca Lagi >>

Fitnah Liwat II: Anwar yakin dengan hujah peguambela

Posted: 07 Nov 2014 03:18 PM PST



PUTRAJAYA: Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak bimbang dengan keputusan kes Fitnah II kerana yakin dengan hujah yang diberikan barisan peguamnya.

"‎Saya tidak ada sedikit pun kebimbangan berdasarkan apa yang berlaku dan kesediaan panel forum Mahkamah Persekutuan ini mendengar dengan teliti segala hujah.

"Semua hujah yang diberikan oleh pihak pendakwa dapat dipatahkan barisan peguam pembela, tiada sebab untuk saya risau," katanya selepas perbicaraan rayuan beliau di Mahkamah Persekutuan berakhir petang tadi.‎

Beliau kecewa dengan kenyataan ketua pasukan pendakwaan, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah yang menyatakan akan meletakkan paku terakhir pada keranda Anwar.

"Beliau terlalu angkuh dan sombong‎, dia mesti ini bahawa dia datang ke sini bukan sebagai musuh politik mewakili Umno.

"Tetapi dia bertindak sebagai pendakwaraya yang nak pertahankan kebenaran, dia perlu lebih profesional. Dan hari ini tidak ada paku dan keranda seperti yang beliau nyatakan semalam," kata Anwar.‎

‎Ahli Parlimen Permatang Pauh itu turut mengucapkan terima kasih kepada barisan peguam yang mewakilinya sejak dari awal perbicaraan kes tersebut dan beliau yakin dengan hujah, tidak ada sebab beliau boleh dihukum.Read More / Baca Lagi >>

Fitnah Liwat II: Tindakan Anwar akibat pengalaman lampau - Sri Ram

Posted: 07 Nov 2014 03:13 PM PST

Gopal Sri Ram
PUTRAJAYA - Peguam utama Datuk Seri Anwar Ibrahim, Datuk Seri Gopal Sri Ram, dalam hujah penutupnya bagi rayuan terakhir pemimpin pembangkang terhadap sabitan dan hukuman penjara lima tahun, memberitahu Mahkamah Persekutuan bahawa penasihat PKR itu tidak patut dipersalahkan kerana memilih memberikan kenyataan dari kandang tertuduh berhubung konspirasi untuk menamatkan karier politiknya.

Sri Ram, seorang bekas hakim Mahkamah Persekutuan berkata, Anwar memilih untuk melakukan ini kerana pengalaman masa lalu di mana mahkamah rendah mensabitkan beliau atas tuduhan yang sama (kerana meliwat pemandu keluarganya, Azizan Abu Bakar) tetapi kemudiannya dibebaskan oleh Mahkamah Persekutuan dalam keputusan majoriti 2-1.

Beliau juga memberitahu panel lima hakim yang diketuai oleh Ketua Hakim Negara, Tun Arifin Zakaria bahawa dalam kes semasa yang melibatkan Mohd Saiful Bukhari, pengadu adalah seorang lelaki yang mempunyai motif dan saksi yang tiada nilai.   

"Hakim perbicaraan (Mahkamah Tinggi) itu terkhilaf apabila memberikan banyak tumpuan kepada pembuktian apabila kredibiliti Mohd Saiful Bukhari diragui," beliau memberitahu panel lima hakim yang diketuai oleh Ketua Hakim Negara Tun Arifin Zakaria pada hari kelapan prosiding rayuan.

Sri Ram juga menyebut beberapa kes undang-undang yang menyatakan apabila kredibiliti itu kurang, maka pembuktian tidak lagi relevan.

Beliau berkata, pada peringkat pembelaan, hakim perbicaraan telah memutuskan bahawa ia bukan 100 peratus selamat untuk mensabitkan Anwar memandangkan keterangan saksi utama (Mohd Saiful Bukhari) tidak menyokong bukti DNA yang merupakan titik penting kes pendakwaan.

Read More / Baca Lagi >>

Keputusan Rayuan Anwar Hanya Akan Diketahui Selepas Perhimpunan Agung UMNO

Posted: 07 Nov 2014 03:09 PM PST

Apabila Ketua Hakim Negara, Ariffin Zakaria menangguhkan keputusan kes rayuan liwat Anwar Ibrahim yang sebelum ini disabitkan dengan hukuman lima tahun penjara ke suatu tarikh lain, persoalan yang menjadi teka-teki ramai ialah bilakah ia akan diumumkan dan apakah pula keputusannya.

Sementara pihak pembela dan pendakwa melahirkan keyakinan keputusan nanti akan memihak kepada mereka, orangramai juga mulai membuat telahan dan andaian masing-masing. Ada yang yakin Anwar akan didapati bebas dan ada juga yang merasakan sebaliknya.

Ariffin yang mengetuai panel lima hakim di Mahkamah Persekutuan membuat penangguhan itu selepas tidak sampai sejam mendengar hujah penutup oleh pihak pembela dan pendakwa pada petang Jumaat selepas bersidang sejak tujuh hari lalu.

Beliau berkata, memandangkan banyak fakta dikemukakan, pihaknya memerlukan sedikit masa untuk membuat penilaian dan keputusan akan dibuat di tarikh lain yang akan diberitahu kemudian.

Berbanding kes rayuan di Mahkamah Rayuan sebelum ini yang mana keputusan diumumkan pada hari yang sama pendengaran hujah kedua-dua pihak pendakwa dan pembela berakhir, penangguhan keputusan ini mengulangi seperti apa berlaku dalam Mahkamah Tinggi sebelum ini.

Tidak dipastikan berapa lamakah panel lima hakim ini memerlukan masa untuk menilai fakta-fakta yang dikemukakan sebelum membuat keputusan muktamad. Ia mungkin seminggu, dua minggu, tiga minggu atau lebih lama daripada itu.

Tetapi memandangkan pada 25 hingga 29 November ini akan berlangsung Perhimpunan Agung UMNO, adalah dijangkakan keputusan kes rayuan Anwar ini hanya akan diumumkan selepas  tarikh tersebut.

Ini tidak bermakna kes rayuan ini berkait secara langsung dengan UMNO, namun apa pun keputusannya nanti tidak dinafikan akan mempengaruhi mood perwakilan dan pemerhati pada perhimpunan itu. Adalah dipercayai Najib selaku Presiden UMNO dan Perdana Menteri tidak bersedia untuk berdepan dengan keadaan yang sukar dijangka itu.

Pada tarikh keputusan diumumkan nanti juga, Anwar dijangka akan menggerakkan kekuatan penyokongnya dalam PKR dan PR untuk berhimpun serta bersolidariti sebagaimana yang dilakukannya ketika menunggu keputusan di Mahkamah Tinggi pada 2012 dulu.

Jika Anwar didapati bersalah dan dimasukkan ke penjara sekali lagi misalnya, risiko yang mungkin berlaku ialah adanya beberapa siri perhimpunan lagi di ibu negara bagi membantah keputusan itu. Walaupun polis dan pasukan keselamatan dipercayai boleh mengawalnya, tetapi bagaimana ia berakhir sukar sekali dijangka.

Dalam masa yang sama, berikutan siri perhimpunan itu, kesannya kepada simpati rakyat mungkin bercambah dalam diam umpama "api dalam sekam".
Read More / Baca Lagi >>

Graduan PHD termuda : Teroka bidang Matematik Tulen

Posted: 07 Nov 2014 02:50 PM PST

Kes UM8: Jangan apa-apakan anak kita, kata Anwar

Posted: 07 Nov 2014 05:46 AM PST



Anwar Ucap Terima Kasih Sokongan 8 Hari

Posted: 07 Nov 2014 05:29 AM PST



Tony Pua: Najib Is Creating The Biggest Scandal Ever In The History Of Malaysia

Posted: 07 Nov 2014 05:28 AM PST

Anwar Ibrahim: Najib, Hentikan Lah Ini Dakwa-Dakwa Orang, Sudah Lah!

Posted: 07 Nov 2014 05:27 AM PST