Followers

Nuffnang

Gaya Peneroka

0

Posted by Unknown | Posted on 11:40 PTG | Posted in

sumber :-

Gaya Peneroka


JANGAN AMBIL GAMBAR DI JALAN MASUK PROJEK TERNAK IKAN STURGEON

Posted: 26 Oct 2014 09:45 AM PDT

Lagi bantahan terhadap pemusnahan alam sekitar ;
Meninjau keadaan terkini serta menyatakan bantahan terhadap Projek Penternakan Ikan Sturgeon pd pagi tadi.
Turut hadir YB Andansura Rabu, Adun Beserah yg juga Pengerusi Lanjah Alam Sekitar Pas Pahang, Ketua Pemuda Pas Jerantut Us M Zaquan, Tn Hj Mohktar Pengarah Pas Dun Tahan, Penduduk setempat dan anak2 Peneroka Sg Retang.
Beberapa Fakta penting perlu diteliti :
1. Projek telah dimulakan secara 'senyap' tanpa papantanda projek.
2.Kawasan Taman Negara adalah kawasan sensitif alam sekitar ( KSAS Tahap 1, Environmental Sensitive Area atau ESA Rank 1 ) .Dan Kawasan bersebelahannya adalah Zon Penampan ( buffer zone ) yg juga dikategorikan sebagai KSAS Tahap 2 atau ESA Rank 2.
3. Proses EIA Wajib dibuat tanpa mengira kawasan yang hendak dibangunkan, dan apabila ada penduduk setempat yang membantah, maka DEIA perlu dibuat kerana suara masyarakat setempat perlu diambil kira
4. Ikan Sturgeon itu sendiri adalah spesis yang dilarang dibawa masuk ke Malaysia.
Namun, kawasan hutan telah digondolkan dan Sg Tabung telah keroh tidak seperti dulu lagi.
Adalah lebih baik Kerajaan Pahang meluluskan permohonan berzaman zaman Anak Watan Kuala Tahan untuk memiliki tanah ( sekitar 2 ekar ) dan dibangunkan dengan aktiviti pertanian untuk jana pendapatan mereka. Juga dibina rumah mampu milik dikawasan sekitar supaya penghijrahan Orang Muda ke bandar besar dapat diminimakan.
'Sturgoen.....NO! 
'Kelah...........OK















Dialog Dewasa Kritik Berasa

0

Posted by Unknown | Posted on 11:33 PTG | Posted in

sumber :-

Dialog Dewasa Kritik Berasa


ADAKAH HUKUMAN 5 TAHUN KEPADA ANWAR DIKEKALKAN?

Posted: 26 Oct 2014 09:30 PM PDT

KUALA LUMPUR- Adakah mahkamah tertinggi di negara ini akan mengekalkan hukuman penjara lima tahun terhadap penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim atas kesalahan meliwat bekas pembantunya, menambah atau mengurangkan hukuman penjara, atau meminda sabitan kesalahannya?

Persoalan ini sentiasa berlegar dalam pemikiran masyarakat umum sambil mereka menunggu pendengaran rayuan terakhir Anwar di Mahkamah Persekutuan pada 28 dan 29 Okt ini terhadap sabitan kesalahan dan hukuman penjara yang dikenakan Mahkamah Rayuan pada 7 Mac tahun ini selepas mendapatinya bersalah meliwat Mohd Saiful Bukhari Azlan, 27.
Anwar, 67, didakwa mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan, yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan.
Sekiranya Anggota Parlimen Permatang Pauh itu gagal dalam rayuan ini, kelayakannya sebagai anggota parlimen boleh dilucutkan berdasarkan Perkara 48(1)(e) Perlembagaan Persekutuan, yang menyatakan bahawa kelayakan seseorang anggota parlimen boleh dibatalkan sekiranya beliau dijatuhi hukuman penjara lebih daripada setahun atau denda lebih daripada RM2,000.
Ini kes liwat kedua terhadap Anwar. Dalam kes pertama, beliau didapati bersalah meliwat pemandu keluarganya, Azizan Abu Bakar, di Tivoli Villa di sini pada 1994 dan dijatuhi hukuman penjara sembilan tahun oleh Mahkamah Tinggi pada 8 Ogos, 2000.
Mahkamah Tinggi memerintahkan Anwar menjalani hukuman itu selepas beliau selesai menjalani hukuman penjara enam tahun atas kesalahan rasuah. Mahkamah Tinggi mensabitkan Anwar terhadap empat pertuduhan rasuah pada 4 April, 1999.
Bagaimanapun, selepas berada di penjara hampir enam tahun kerana kesalahan rasuah, Anwar dibebaskan pada 2 Sept, 2004, apabila Mahkamah Persekutuan yang diketuai Hakim Tun Abdul Hamid Mohamad, yang kemudiannya menjadi ketua hakim negara, meminda sabitan kesalahan itu dan mengetepikan hukuman penjara terhadap dakwaan meliwat Azizan, dalam keputusan majoriti 2-1.
Perbicaraan liwat kedua Anwar di Mahkamah Tinggi menarik perhatian di seluruh negara memandangkan kes itu ditangguhkan hampir 70 kali.
Sebahagian besar daripada penangguhan itu dibenarkan atas permohonan pasukan pembelaan Anwar atas pelbagai sebab, antaranya, supaya hakim perbicaraan menarik diri daripada mendengar kes itu.
Begitu juga apabila rayuan pihak pendakwaan terhadap pembebasan beliau dibawa ke Mahkamah Rayuan. Rayuan itu ditangguhkan lebih daripada lima kali disebabkan beberapa permohonan yang difailkan Anwar.
Mahkamah Rayuan, dalam penghakiman bertulis bertarikh 11 April, menyatakan"perlu diambil maklum bahawa sebahagian besar daripada permohonan penangguhan dibuat berikutan responden (Anwar) memfailkan satu demi satu permohonan".
Anwar mendakwa pertuduhan terhadapnya adalah satu konspirasi politik. Bagaimanapun, peguam kanan Datuk N. Sivananthan memberitahu Bernama apabila seseorang itu didakwa, ini berdasarkan hakikat bahawa pendakwaan berpendapat ada bukti yang cukup untuk mendakwanya.
"Jadi, saya percaya pihak pendakwaan bertindak tanpa dipengaruhi tekanan politik. Jika perkara sebaliknya yang berlaku, ia sesuatu yang mendukacitakan bagi sistem kehakiman jenayah kita," kata Sivananthan, yang juga peguam Mahkamah Jenayah Antarabangsa.
Beliau berpendapat apabila pihak pendakwaan mendakwa seseorang, ia dibuat berdasarkan keyakinan bahawa dakwaan itu boleh membawa kepada sabitan. Beliau sesungguhnya berharap rayuan itu diputuskan semata-mata berdasarkan undang-undang dan bukannya atas sebab lain.
Ramkarpal Singh, seorang daripada peguam Anwar, mengesahkan pendengaran kes itu akan diteruskan pada 28 dan 29 Okt.
Ditanya sama ada Mahkamah Persekutuan akan terus membuat keputusan selepas mendengar rayuan itu seperti yang dilakukan Mahkamah Rayuan dalam perkara berkaitan rayuan pendakwaan atau sama ada panel hakim yang bersidang akan membuat penghakiman pada tarikh lain, Ramkarpal Singh berkata beliau tidak pasti tentang perkara itu.
Mahkamah Rayuan, diketuai Hakim Datuk Balia Yusof Wahi, memberi terus keputusan lisan selepas mendengar rayuan itu selama dua hari.
Ditanya sama ada pasukan pembelaan akan memfailkan semakan keputusan Mahkamah Persekutuan sekiranya Anwar gagal dalam rayuan itu, Ramkarpal Singh menjawab "semakan bergantung kepada keputusan mahkamah".
Peraturan 137 Peraturan-peraturan Mahkamah Persekutuan 1995 membenarkan pihak yang kalah untuk memohon semakan keputusan Mahkamah Persekutuan.
Sungguhpun Mahkamah Persekutuan mempunyai bidang kuasa untuk menyemak keputusannya sendiri bagi mencegah ketidakadilan dan penyalahgunaan proses mahkamah, umumnya perkara ini hanya akan dilaksanakan dalam keadaan amat luar biasa.
Dalam rayuannya, Anwar akan diwakili sepasukan peguam terkemuka diketuai Datuk Sulaiman Abdullah yang mengambil alih sebagai peguam utama berikutan kematian Karpal Singh dalam kemalangan jalan raya pada 17 April.
Peguam kanan, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah, akan mengetuai pasukan pendakwaan dalam rayuan itu.
Pada 14 Okt, Mahkamah Persekutuan diketuai Ketua Hakim Negara Tun Arifin Zakaria menolak permohonan Anwar untuk mencabar pelantikan Muhammad Shafee dan memutuskan bahawa Muhammad Shafee adalah orang yang sesuai dan layak mengetuai pasukan pendakwaan, sekali gus menamatkan usaha ketiga Anwar untuk melucutkan kelayakan Muhammad Shafee daripada mengetuai pasukan pendakwaan.
Muhammad Shafee dilantik oleh Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail secara 'fiat' (kebenaran) mengikut Seksyen 376 (3) Kanun Tatacara Jenayah dan Perkara 145 (3) Perlembagaan Persekutuan untuk membuat rayuan di Mahkamah Rayuan.
Pada 9 Jan, 2012, Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur melepas dan membebaskan Anwar daripada tuduhan meliwat Mohd Saiful Bukhari di Kondominium Desa Damansara di Bukit Damansara antara 3.10 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun, 2008.
Bagaimanapun, Mahkamah Rayuan mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi selepas membenarkan rayuan pihak pendakwaan.
Hakim Balia Yusof, dalam keputusan lisannya ketika mensabitkan Anwar atas kesalahan meliwat Mohd Saiful, berkata panel hakim sebulat suara memutuskan hakim perbicaraan terkhilaf dalam penghakimannya bahawa sampel DNA dalam kes itu telah dicemari.
Hakim Balia Yusof dan dua hakim lagi, Datuk Aziah Ali dan Datuk Mohd Zawawi Salleh, dalam penghakiman bertulis 85 muka surat bertarikh 11 April, memutuskan bahawa keputusan mahkamah mensabitkan Anwar terhadap tuduhan meliwat Mohd Saiful adalah kukuh memandangkan terdapat keterangan mencukupi yang boleh disahkan dan dibuktikan.
Mahkamah berkata malah jika diandaikan tiada fakta untuk menyokong keterangan Mohd Saiful berkaitan penetrasi dubur, namun sabitan terhadap Anwar adalah kukuh.
Panel itu turut memutuskan kenyataan Anwar dari kandang tertuduh ketika membela diri dalam dakwaan liwat merupakan penafian semata-mata yang tidak menimbulkan sebarang keraguan dan untuk Anwar berjaya dalam pembelaan dirinya, menjadi kewajipan padanya untuk mengemukakan keterangan bagi menyangkal dakwaan itu.
Bagaimanapun, Anwar tidak langsung menafikan bahawa beliau berada di tempat kejadian pada masa dan tarikh yang dinyatakan dalam pertuduhan, kata panel itu.
"Beliau tidak pernah mempertikaikan bahawa keretanya dilihat masuk dan keluar dari kondominium pada masa yang dinyatakan. Beliau juga tidak mempertikaikan bahawa beliau dilihat memasuki lif untuk ke tingkat lima kondominium dan kemudiannya beredar dari situ," kata ketiga-tiga hakim berkenaan – BERNAMA

PASMA INI SPESIES MANA?, KATA PRESIDEN

Posted: 26 Oct 2014 07:30 PM PDT

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata penubuhan Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (Pasma) adalah di luar pengetahuan pihaknya dan beliau sendiri masih kabur dengan matlamat penubuhan badan bukan kerajaan (NGO) itu.

"Kita tak tahu lagi, kita pun tak tahu itu Pasma ini dari spesies mana," katanya kepada pemberita selepas membuat penggulungan serta menutup Seminar Sambutan Hari Hududullah Peringkat Negeri Terengganu semalam.

Beliau turut membidas Pasma yang mempertikaikan keputusan Majlis Syura Ulama (MSU) PAS berhubung larangan ke atas ahli parti itu menyertai pertubuhan tersebut.
  
Beliau berkata tindakan MSU berhubung perkara itu kerana wujud aduan di negeri-negeri mengenai salah laku anggota pertubuhan terbabit termasuk berkempen kepada ahli Pas supaya jangan menghadiri mesyuarat peringkat cawangan parti berkenaan.
  
Beliau mengulas isu pertembungan antara MSU Pas dengan Pasma yang semakin serius berikutan kenyataan Presiden Pasma Datuk Phahrolrazi Zawawi bahawa majlis tersebut tidak berhak melarang ahli Pas menghadiri program Pasma.

Kelmarin, Phahrolrazi berkata MSU tidak mempunyai kuasa eksekutif untuk berbuat demikian kerana ia di bawah bidang kuasa Jawatankuasa Kerja Pas Pusat.

- Bernama 

PESTA MABUK KETUM: APA PENDAPAT ANDA?

Posted: 26 Oct 2014 05:25 PM PDT


Esok puak-puak penjilat Anwar khabarnya akan memenuhi Putrajaya. Dalam masa yang sama juga para penyokong Saiful juga berada disitu.

Tak lupa juga para penyokong mantan Menteri Besar Selangor; Tan Sri Khalid Ibrahim.

Jauh di Kuala Terengganu, Presiden PAS nampaknya keseorangan bergelut memberi keterangan berhubung saman RM2juta yang dikemukakan oleh calon PKR Bukit Besi yang dituduh pengedar pil kuda.

Tak ramai ahli PAS sanggup beri bantuan malahan doa kepada Presiden sendiri berbanding kepada KETUM /Presiden PKR yang sah-sah telah dijatuhkan hukuman penjara 5 tahun kerana meliwat pembantu sendiri.


Kita akan tengok masih adakah lagi kaum muslimut PAS yang akan menjerit-jerit sambil berjoget laluk kerana mabukkan si Ketum.

Masih adakah lagi si mahasewel-mahasewel yang belajar tak habis, keputusan akademiknya tercorot, yang dibuang atau digantung universiti, culas bayar PTPTN akan muncul sebagai hero taik kucing membela si Ketum.

Masih adakah lagi pendemo di kalangan anak-anak muda yang rosak akhlak, akidah dan otak liberal akan muncul memekik-mekik dahagakan perhatian si Ketum.

Mungkin ada juga puak-puak LGBT yang jambu-jambu akan turun memberikan sokongan kepada idola Ketum mereka.

Pasti ada pak cik dan mak cik dari Felda yang diupah datang ke Putrajaya meninggalkan ladang sawit mereka semata-mata untuk meramaikan majlis Ketum ini kerana si Ketum berjanji akan memberi mereka lesen buat kilang sawit sendiri. 

Tak lupa juga nun jauh meninggalkan kebun getah kerana diupah sebagai penyokong si Ketum kerana si Ketum berjanji akan menaikkan harga getah jika jadi Perdana Menteri.

Anak-anak kaum kiasu juga turut hadir memberi dana kepada pencacai si Ketum untuk merusuh, mungkin. Kerana si Ketum berjanji akan hapuskan GST dan kuasa polis yang giat membenteras jenayah ekonomi mereka.

Mungkin juga si samseng keling yang mabukkan todi yang menerima upah semasa lawatan Anwar ke majlis-majlis deepavali mereka baru-baru ini.

Tak lupa juga puak-puak liberal COMANGO akan turut serta kerana si Ketum menjanjikan kebebasan kepada mereka memurtadkan umat Islam.

Paling tak lupa juga mungkin media-media antarabangsa dijemput hadir beramai-ramai memberikan liputan kononnya mahkamah Malaysia tidak adil, si Ketum dapat sokongan rakyat...

Malah duta - duta dan perwakilan Ostolia, Turki, Amerika, UAE, Sweden, Eropah serta para ularmak tersohor juga beri sokongan buat si Ketum.

Bayangkan dahulu ketika umat Islam berkumpul di Mahkamah Putrajaya mempertahankan kesucian Kalimah Allah mana perginya puak-puak PAS dan umat Islam PKR?

Apabila Ketum hendak dijatuhkan hukuman kerana meliwat pembantu sendiri kita tidak tahu berapa ramai yang akan datang?

Yang pasti dan penting Anwar mesti dan tetap dipenjarakan atas kesalahan meliwat lelaki. Tidak ada lagi pendakwaan terpilih!

Kita nak tengok juga antara program keagamaan Cinta Allah dan Rasul dengan cintakan si Ketum, mana yang paling ramai kehadirannya?








DOA AHLI PASMA, "SEMOGA ALLAH SWT MELAKNAT USTAZ HARUN DIN", ASTAGFIRULLAH

Posted: 26 Oct 2014 06:28 AM PDT


GEMPAR JANTAN LEMBUT MEROYAN DI TIANG LETRIK SWEDEN, DAKWA RAKYAT NEGARA MALAYSIA..HAHAHA

Posted: 26 Oct 2014 05:04 AM PDT


Mamat gay ni dah lari ke Sweden atas nasihat Alvin Tan si blogger seks yang sebelum lari ke Amerika Syarikat kerana takutkan hukuman penjara.

Bagus dua orang bedebah dah berambus dari negara ini.Sebelum ni cinabeng Doris Jones pun lari sebab takutkan Akta Hasutan.

Lepas ni pihak berkuasa biarkan saja jika ada sesiapa saja nak berambus meninggalkan negara ini memohon suaka politik di negara asing.

Selama ini pun mereka makan duit haram dari negara asing untuk merosakkan negara. Biar kali ini duit-duit itu disuap terus ke mulut-mulut mereka.

Biarkan mereka meroyan di negara asing dan akhirnya mampus di sana.

Di Sweden si Ali ni nak free sex ka, nak balun swedish doll ka, nak kedarah duit-duit welfare ke itu dia punya pasal.

Siapa lagi chauvinist mau lari ke luar negara...dipersilakan. Ade aku kesah?

BENARKAH PENGANJUR "I WANT TO TOUCH A DOG" ADA WANG DALAM BANK RM100K SEBELUM ACARA?

Posted: 26 Oct 2014 12:14 AM PDT

Kami mendapat maklumat yang amat mengejutkan bahawa penganjur "I Want To Touch A Dog" baru-baru ini dikatakan memiliki sejumlah dana lebihkurang RM100 ribu di dalam akaun mereka. Kami tidak ingin mempercayai dakwaan itu, ianya perlu dibuktikan.

Jika ada asas untuk disiasat, terpulang kepada pihak berkuasa. Bank Negara Malaysia sudah pasti mempunyai kapasiti untuk memberikan maklumat tersebut kepada pihak berkuasa sekiranya diperlukan.

Antara asas-asas yang menjadi persoalan ialah kemampuan pihak penganjur dikatakan memperbodohkan pihak berkuasa Majlis Agama Islam. Mereka dikatakan melaksanakan program yang tidak sama dengan surat permohonan. Baca ini
http://suarainsan.net/selidik-punya-selidik-rupanya-majlis-agama-islam-selangor-sokong-pesta-najis-pegang-anjing/
Kedua, kemampuan pihak penganjur mengumpul lebih 500 peserta di kawasan sekitarnya dengan memberi perhatian lebih kepada anak-anak muda wanita dan jejaka muda. Persoalan berlegar adakah peserta diberi saguhati (bahasa mudah dibayar?).

Ketiga, membawa anjing-anjing yang berkualiti, besar, sehat, didandan cantik beserta dengan tuan punya anjing-anjing. Sudah pasti ianya bukan free dan suka-suka sahaja. Adakah ianya percuma?

Jika benar ada dana RM100 ribu itu, persoalan seterusnya siapakah di belakang penganjuran acara itu? Adakah seseorang individu mahu sewenang-wenangnya menyerahkan sejumlah dana yang besar untuk penganjuran acara berisiko itu? Apakah tujuannya yang tersirat, menimbulkan kemarahan umat Islam di Malaysia dan kerisauan di Brunei Darus Salam.

Kami akan membantu membersihkan nama penganjur jika maklumat ini tidak benar.

The Unspinners

0

Posted by Unknown | Posted on 11:32 PTG | Posted in

sumber :-

The Unspinners


Sister in Islam dalang acara sentuh anjing?

Posted: 26 Oct 2014 10:22 PM PDT


Syed Azmi, salah seorang penganjur acara "I want to touch a dog" telah memanggil satu sidang akhbar untuk menyuarakan rasa mintak maaf kerana acaranya memberi implikasi persendakan hukum Islam.


Disamping itu, dia dikhabar dan digambarkan sebagai seorang yang suka membuat kebajikan.

Ada pihak kata dia berniat baik tapi acaranya di hijack oleh pihak tertentu untuk tujuan tertentu.

Namun begitu, sidang akhbarnya menimbilkan kecurigaan dan disuspek ada kaitan dengan kumpulan Islam liberal lagi menyesatkan, Sister in Islam.


Pertama, sebelah mereka adalah pegusm Syehredzan yang penentang kuat Akta Hasutan dan seirama dengsn Bar Council.

Pusk-puak begini seiring sejalan dengan Sister in Islam yang liberal dan membawa interpretasi Quran mengikut lojik sendiri tanpa latarbelakang pengajian dsn amalan Islam yang betul.


Kedua, salah seorang lagi penganjur, Norhayati Ismail menyerupai aktivis Sister in Islam, Norhayati Kaprawi.

Manalah tahu, dia tukar nama binti kepada nama suami bernama Ismail sebagaimana sesetengah perempusn moden?

Ketiga, kena konsep iklan promosi acara I want to touch a dog hampir mcm satu iklan Sister in Islam?

Program ini dilihat pelbagai pihsk sebagai cara untuk terus persoal hukum dan amalan Islam tradisional yang terbina dati tradisii ilmu terbina ribuan tahun.

Itu yang kumpulan macam SIS dan IRF termasuk Ikram dan ABIM baru mahu longgarkan kearah liberalisme.

Personaliti liberal dan islam libersl serta mufti wahabi suka perhatian yang bersungguh pertahan acara tersebut serta menghentam pandangan pihak berkuasa Islam dan ulamak-ulamak.







Polis usah termakan provokasi Tian Chua, biar underworld ajar nanti

Posted: 26 Oct 2014 08:25 PM PDT


Anwar sudah terdesak maka mereka terpaksa lakukan sesuatu untuk provokasi pihak berkuasa dan seterusnya menaikkan sentiman anti kerajaan yang kuat supaya menarik kedatangan ke himpunan 28 dan 29hb depan mahkamah.

Ikut rancangan, Anwar akan adakanlah solat hajat yang mana selepas otu, mereka akan ke Universiti Malaya anjuran Presiden PMUM.

Program ini tidak dibenarkan pihsk Universiti. Sebahagisn dati psywar, mereka kata polis akan ambilalih untuk tarik perhatian dan kedstangan.

Itu round pertama untuk provokasi 24 jam terakhir.

Pada esuk hari, Anwar telah lantik stuntman PKR, Naib Presiden Tian Chua untuk jadi Ketua perhimpunan pada 28 dan 29 Okt. Dia akan dibantu oleh Khairul Anwar Ahmad Zainuddin @ Jonah. Mangkuk lain yg telibat untuk kumpul orang ada Hishamudfin Rais.

Hisham dengan budak2 dia akan buat sketsa dan ceramah terbuka pd 28 dan 29 di hadapan pekarangan mahkamah.

Manakala, Tian Chua dengan Jonah akan buat provokasi terhadap polis pada hati pertama supaya pada 29 okt kelak orang ramai datang.

Media alternatif akan digunakan untuk war wsr provokasi polis. Ceramah terbuka akan guna sistem PA dan loud hellar supaya polis halang dan tangkap mereka  yg ada loud heller.

Oleh itu, polis janganlah terperangkap dengan game Tian Chua dan kawan2 anarkisnya. Jangan risau passl nak lepaskan geram di atas Tian Chua kerana ada tangan hitam akan kerjakannya.


Tian Chua sudah guna wang dari underworld untik biayai politiknya dan jntuk pajai kereta mercedes. Sebagai balasan, mereka dijanjikan projek. 

Khabarnya dia dapat projek Selayang yang mana dia dapat habuan RM10 juta. Masaalahnya duit dia srbat, hutang tsk settle.

Kemufiannya Tian Chua bermusuh dengan TSKI dan juga Azmin, maka dulu tak ada harapan. Sekarang pun tak ada harapan.

Bila dituntut, dia kata nak mintak Lim Guan Eng. Tapi di reject. Tunggu masa dia bakal tinggal apa nak jadi.


Yammy ibu Dyana teringin berbesan Puan Sri?

Posted: 26 Oct 2014 05:30 PM PDT


Gambar berikut ada gambar Zairil dan Dyana yang nampak begitu selesa dan mesra bersama.


Manakala berikut adalah gambar Zairil dan isteri ketika bersanding pada tahun 2008.


Melihat dua gambar ini, nampak seolah-olah Zairil lebih gembira dan mesra bersama Dyana dari isterinya. Jangan komen-komen dulu ... memang tak boleh buat kesimpulan cara begini.


Ada masa isteri Zairil kelihatan ceria.



Sementara menunggu reaksi dari Zairil dan Dyana untuk lakukan sesuatu samada nafi betul-betul atau jelaskan betul-betul, bukan trick basi hilang hp, atau buat laporan polis atau saman, hanya terfikir apa dalam sanubari ibu queen control Dyana, Yammy Samat yang diketahui banyak terlibat mengatur hidup, kerjaya dan politik Dyana.


Kalau berbesan dengan Puan Sri Christine, naik satu takuk lagi dalam martabat dirinya sebagai berbesan dengan arwah Tan Sri Khir Johari.


Tambah lagi, Dyana dan Yammy sama hipokrit. Si ibu usahakan Dyana masuk ITM melalui jalan belakang. Rupanya tikam belakang ITM untuk dibuka ke semua kaum.

Ibunya dapat kontrak dan balak dari jawatan dalam UMNO tapi kini anaknya mahu Dyana hasut anak muda lain hapuskan status Melayu.

Apakah "deal" bekas hakim Gopal Sri Ram dikatakan khabar angin untuk bebaskan Anwar?

Posted: 26 Oct 2014 05:14 AM PDT


Kini tersebar satu khabar angin bahawa
Anwar menggunakan bekas hakim, Dato Gopal Sri Ram yang merupakan bapa saudara Ambiga, untuk buat "deal" dengsn Hakim-hakim Mahkamah Persekutuan untuk Anwar terselamat dari hukuman penjara.

Apa yang dimaksudkan sebagai "deal" oleh penyebar mesej tersebut? Untuk tarik seorang wakil rakyat lompat BN, "deal" yang ditawar tapi telah ditolak pun sudah RM6 juta.

Ini pula untuk beri Anwar ruang bebas dari penjara. Nilainya pasti lebih dari setakat wang RM6 juta. 

Mungkin merwka melobi Anwar disalahkan tapi "suspended sentence" menggunakan alasan Anwar pernah memegang jawatan tinggi.

Namun, tak akan hakim'hakim boleh dibeli.

Lagi pun, percayakah hakim-hakim Anwar akan kota janjinya pada mereka setelah dia dapat lepas?

Pastinya sebahagian habuan rasuah mesti ditunaiksn sebahagian dahulu, lebihnya kemudian. Lebih berani jika ditunaikan semua.


Pengaruh PASMA untuk menekan PAS kuat di Terengganu

Posted: 26 Oct 2014 12:00 AM PDT



Pensyarah Pusat Pengajian Sains Sosial Universiti Sains Malaysia Prof Dr Ahmad Atory Hussain berkata PAS kini berdepan dengan 'musuh-musuh' politik dalaman parti itu sendiri yang kini secara terbuka tidak lagi mahu patuh kepada pucuk pimpinan tertinggi parti yang dikuasai golongan ulama.


"PAS berdepan dengan musuh-musuh politik dalaman (mereka sendiri). Golongan PasMa ini, mereka tidak mahu lagi patuh kepada kepimpinan ulama yang dipimpin (presiden) Datuk Seri Abdul Hadi Awang.


(Ia) satu lagi bentuk pecah dan perintah (yang cuba diterapkan dalam PAS). Mereka (PasMa) nak bentuk parti dalam parti, puak dalam puak dan cuba nak memecahkan tradisi kepimpinan (ulama) dalam PAS," katanya, hari ini.


Akhbar hari ini melaporkan perkembangan PasMa ketika ini amat mengejutkan apabila banyak permohonan untuk menyertai badan bukan kerajaan (NGO) itu di Terengganu berbanding negeri lain.


Atory turut berpendapat penubuhan PasMa merupakan 'langkah' yang diambil PKR untuk menguasai PAS secara halus yang berselindung di sebalik anggota-anggota PAS yang kini tidak lagi sehaluan dengan ideologi Islam acuan PAS.


"(PKR) menggunakan PasMa ini sebagai satu alat untuk mempengaruhi anggota-anggota PAS (yang berideologi Islam) supaya bersetuju dengan ideologi PKR.

Petikan dari Celah Gelegar SINI

oyabun

0

Posted by Unknown | Posted on 11:26 PTG | Posted in

sumber :-

oyabun


Liwat: Anwar berdepan empat kemungkinan?

Posted: 26 Oct 2014 04:21 PM PDT


Selepas tujuh bulan didapati bersalah meliwat bekas pembantu peribadinya dan dijatuhi hukuman penjara lima tahun oleh Mahkamah Rayuan, Anwar Ibrahim tiba di persimpangan terakhir yang akan menentukan nasibnya.

Dalam prosiding selama dua hari bermula Selasa ini, Mahkamah Persekutuan akan mendengar ra­yuan Ketua Pembangkang itu untuk mengetepikan hukuman dan sa­bitan salah tersebut. Selain rayuan Anwar, mahkamah akan mendengar rayuan balas pihak pendakwaan yang berusaha untuk menambah hukuman penjara tersebut.

Anwar , 67, dijatuhi hukuman penjara lima tahun setelah disabit bersalah meliwat Mohd. Saiful Bukhari Azlan, 29, oleh Mahkamah Rayuan pada 7 Mac lalu sekali gus mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi yang melepaskan dan membebaskan Anwar daripada tuduhan itu pada 9 Januari 2012.

Menurut Seksyen 94 (1) Akta Mahkamah Kehakiman 1964, Mahkamah Persekutuan boleh membuat keputusan serta-merta selepas selesai mendengar rayuan akhir Anwar itu atau menetapkan tarikh baharu untuk berbuat demikian.

Serta-merta atau tidak, Anwar mungkin mengharapkan tuah yang diperoleh pada 2 September 2004 apabila dibebaskan oleh Mahkamah Persekutuan daripada kes liwat pertama akan berulang semula.

Ini kerana, sekiranya Mahkamah Persekutuan mengekalkan keputusan Mahkamah Rayuan, tiada lagi ruang untuk Ahli Parlimen Permatang Pauh itu merayu dan beliau juga terpaksa melepaskan kerusi Parlimen yang disandangnya kini.

Mahkamah Persekutuan boleh sama ada:

* Melepas dan membebaskan Anwar daripada sabitan dan hukuman penjara yang dikenakan ke atasnya.

* Mengekalkan sabitan dan hukuman.

* Mengekalkan sabitan dan meminda hukuman penjara yang telah dijatuhkan (sama ada mengurangkan atau menambah tempoh pemenjaraan. Tempoh penjara maksimum bagi kesalahan di bawah Seksyen 377B Kanun Keseksaan ialah penjara 20 tahun dan sebat)

* Mengarahkan kes liwat itu dibicarakan semula.

Bagaimanapun, untuk mengarahkan kes liwat itu kembali dibicarakan di Mahkamah Tinggi bukanlah sesuatu yang mudah walaupun hal ini pernah berlaku dalam beberapa kes yang lain.


Untuk membolehkan sesebuah kes itu dibicarakan semula, Mahkamah Persekutuan perlu memastikan berlaku kesilapan yang sangat teruk dalam mentafsir sesuatu bukti dan kekhilafan dalam beban pembuktian (onus of proof).

Perlu diingatkan bahawa perbicaraan kes itu sendiri sebelum ini telah mengambil masa yang cukup panjang, bayangkan apa yang akan berlaku sekiranya terpaksa dibicarakan sekali lagi.

Dari tempoh Anwar dituduh hingga hari pertama perbicaraan sahaja sudah mengambil masa hampir dua tahun.

Itu belum lagi ditambah dengan penangguhan demi penangguhan hampir 70 kali sepanjang perbicaraan berjalan atas pelbagai alasan dan permohonan.

Oleh itu, atas apa jua alasan, pendengaran rayuan yang ditetapkan Selasa dan Rabu ini akan memberi kesan kepada semua pihak tidak kira penyokong Anwar atau tidak, mahupun mereka yang langsung tidak ambil kisah mengenainya.

Anwar yang kini diikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin didakwa meliwat Mohd. Saiful Bukhari di unit 11-5-1, Kondominium Desa Damansara, No. 99, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara di sini di antara pukul 3.01 petang dan 4.30 petang, 26 Jun 2008.

Wasabi Oyabun..

Belantan

0

Posted by Unknown | Posted on 11:21 PTG | Posted in

sumber :-

Belantan


Anwar nafi terdesak dapatkan sokongan negara asing?

Posted: 26 Oct 2014 09:10 AM PDT


Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat KETUM (PKR), Anwar Ibrahim, mempertahankan tindakan pengikutnya meminta bantuan kerajaan Australia dalam usaha membebaskan dirinya daripada hukuman penjara.

Menafikan beliau terdesak sehingga terpaksa mendapatkan sokongan negara asing, Anwar berkata tindakan pengikutnya itu dianggap perkara biasa berikutan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak juga pernah meminta bantuan Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama dalam beberapa perkara.

"Isunya sekarang, kita mahu pertahankan kebebasan demokrasi dan mana-mana pihak yang mendukung kepimpinan (demokrasi) ia akan mempertahankannya di mana-mana.

"Jika benar mahu pertahankan, kebebasan itu juga perlu dipertahankan," katanya ditemui pada Majlis Solidariti di Jalan Tengku Kelana, Little India, di sini, petang tadi.

Hari ini, sebuah portal berita, melaporkan tiga wakil rakyat PKR diketuai Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli, mengadakan pertemuan dengan Menteri Luar Australia, Julie Bishop, bagi membawa kes pertuduhan liwat terhadap Anwar untuk perhatian antarabangsa.

Selain pertuduhan kes liwat, Rafizi bersama-sama Ahli Parlimen Bayan Baru, Sim Tze Tzin dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Semambu, Lee Chean Chung turut dilaporkan membawa isu berkaitan dengan Akta Hasutan 1948.

Sementara itu, Anwar menafikan beliau mengarahkan ADUN Bukit Antarabangsa, Mohamed Azmin Ali menandatangani surat peletakan jawatan tanpa tarikh bagi mengikat Menteri Besar Selangor itu supaya menuruti kehendak parti dalam mentadbir negeri seperti mana yang didedahkan penulis blog Malaysia Today, Raja Petra Kamarudin.

Beliau sebaliknya menuduh perkara itu adalah mainan UMNO.

"Jika hantar pada saya, mesti saya dapat. Saya sudah periksa tetapi email itu tidak ada.

"Ini mainan UMNO. Selama ini, ini semua kerja UMNO," katanya.

Suara Politik
Belantan

Ustaz Moden's Weblog

0

Posted by Unknown | Posted on 11:18 PTG | Posted in

sumber :-

Ustaz Moden's Weblog


Meninggal Dunia Semalam di Masjidil Haram

Posted: 26 Oct 2014 10:53 PM PDT

Banyak kisah wali Allah mereka meninggal ketika keadaan paling hampir hampir dengan Allah iaitu ketika sujud.

Hari ini kisah sebegini juga masih berlaku untuk menjadi iktibar kepada kita.

Semoga hayat kita juga berakhir sebegini.

Amin.

Meninggal dunia hari Ahad 2.1.1436 Hijrah di Masjidil haram ketika sedang solat dhuha. Semoga Allah merahmati dan mengampuni ya Allah biarlah saat akhir hayat kami dengan baik dan Kau memanggil kami dalam keadaan Engkau meredhai kami.