Followers

Nuffnang

MIMPI SENJA

0

Posted by Unknown | Posted on 11:27 PTG | Posted in

sumber :-

MIMPI SENJA


Karier politik Anwar mahu direput dalam penjara?

Posted: 25 Oct 2014 10:52 PM PDT



HARAKAHDAILY | .

KUALA LUMPUR: Keinginan pihak pendakwa kes rayuan Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu menambah tempoh penjara ke atasnya dengan alasan hukuman lima tahun yang dijatuhkan sebelum ini tidak memadai, tidak lain menunjukkan hasrat mahu 'membunuh' terus karier politik Ketua Pembangkang itu.

Menurut penulis Shahbudin Husin, melalui dokumen pihak pendakwa yang disaksikan sendiri oleh sebuah portal berita, alasan memohon tambahan hukuman itu ialah kerana berpendapat penjara lima tahun yang dijatuhkan oleh Mahkamah Rayuan itu tidak memadai dari segi kepentingan awam dan memberi teladan kepada orangramai.

Menulis dalam blognya semalam, beloau berpendapat memandangkan Seksyen 377B Kanun Keseksaan memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan rotan, maka pihak pendakwa yang diketuai oleh Datuk Shafee Abdullah dilaporkan akan memohon hukuman lebih berat dalam perbicaraan pada 28 dan 29 Oktober ini.

"Jika hukuman penjara lima tahun sebelum ini dikekalkan pun sudah menyebabkan Anwar kehilangan hak bertanding dalam pilihan raya sekurang-kurangnya selama 10 tahun, memohon hukuman penjara lebih lama tentulah maksudnya untuk memanjangkan lagi tempoh beliau tidak boleh aktif dalam politik," tulisnya lagi.

Menurutnya lagi, dengan Anwar berusia 67 tahun ketika ini, jika hukuman penjara lima tahun dikekalkan, bermakna beliau hanya boleh bertanding semula dalam pilihan raya ketika usianya  nanti 77 tahun.

Ini, katanya kerana peraturan menetapkan hanya selepas lima tahun keluar penjara barulah seseorang itu dibolehkan bertanding semula.

Tambahnya, jika pendakwa berjaya menambah kepada 10 tahun pula, had boleh bertanding turut meningkat ketika usianya menjangkau usia 82 dan jika menjadi 15 tahun, bertambah lagi kepada usianya 87 tahun.

Baginya, secara mata kasar dan mudah difahami oleh sesiapa saja, tindakan pihak pendakwa memohon tambahan hukuman ini adalah semata-mata untuk 'membunuh' terus karier politik Anwar.

"Kiranya Mahkamah Rayuan sebelum ini menjatuhkan hukuman lima tahun penjara semata-mata untuk menghalang Anwar bertanding di Dun Kajang dan menjadi Menteri Besar Selangor, tindakan pihak pendakwa di Mahkamah Persekutuan kali ini pula bertujuan untuk membiarkan karier dan masa depannya mereput dalam penjara," tulis beliau selanjutnya.

Timbalan Ketua AMK Cabang Kota Bharu Desak PKR Ambil Tindakan Terhadap Azmin

Posted: 25 Oct 2014 07:40 AM PDT


Chikgu Bard
(Astro Awani) – Susulan pendedahan yang dibuat ahli PKR yang digantung, Badrul Hisham Shahrin (Che Gu Bard), Timbalan Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Cabang Kota Bharu, Mohd Afiq Ayob membuat desakan supaya partinya mengambil tindakan terhadap Timbalan Presiden parti itu, Mohamed Azmin Ali.

Selain itu, PKR juga didesak mengambil tindakan terhadap tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) PKR yang menanda tangani akuan bersumpah menyokong Mohamed Azmin sebagai Menteri Besar Selangor.
"Berdasarkan bukti yang dikatakan oleh Che Gu Bard, PKR perlu mengambil tindakan terhadap Azmin dan tiga Adun PKR yang menyokong beliau.
"Azmin jelas telah melanggar arahan parti bila melobi diri sendiri untuk jawatan menteri besar biarpun PKR mencalonkan Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail," katanya kepada Astro AWANI.
Mohd Afiq bagaimanapun menjelaskan desakan beliau itu atas kapasiti sebagai ahli PKR bukan mewakili AMK Cabang Kota Bharu.
Baru-baru ini, Che Gu Bard mendakwa beliau mempunyai bukti 'permainan kotor' Mohamed Azmin melobi diri sendiri untuk menjadi Menteri Besar Selangor.
Beliau mendakwa terdapat lima Adun (2 DAP dan 3 PKR) menandatangani akuan bersumpah menarik balik sokongan terhadap Wan Azizah.
Bagaimanapun, beliau enggan mendedahkan nama lima Adun tersebut tetapi meminta mereka yang terlibat tampil membuat pengakuan.
Di saat ramai yang berpendapat isu Menteri Besar Selangor sudah selesai dan tumpuan harus diberikan kepada masalah yang dihadapi rakyat negeri itu, Che Gu Bard dilihat masih mahu isu di Selangor dipanjangkan.

Program sentuh anjing: Syed Azmi mohon maaf

Posted: 25 Oct 2014 06:52 AM PDT


PETALING JAYA 25 Okt. - Penganjur program 'I Want to Touch A Dog' (IWTTAD) Syed Azmi Alhabshi hari ini memohon maaf atas perasaan tidak senang yang berbangkit akibat perbuatan segelintir peserta memeluk dan mencium anjing pada program itu di sini Ahad lalu.
Beliau juga menegaskan bahawa niat penganjuran program kontroversi itu bukan bertujuan memesongkan akidah, menukar hukum hakam agama, mempersendakan ulama atau menggalakkan liberalisme.
Beliau menjelaskan program IWTTAD hanya bertujuan mengatasi perasaan takut terhadap anjing, cara pengendalian termasuk membantu anjing jikalau ia berada dalam kesulitan dan batasan bersama anjing dalam konteks agama Islam.
"Program ini tidak sama sekali menggalakkan anjing sebagai binatang peliharaan. Ia adalah proses pembelajaran untuk mengenali makhluk Allah," katanya pada sidang media di sini, hari ini.
Hadir sama pada sidang media itu ialah penganjur bersama program itu, Norhayati Ismail dan peguam, Syahredzan Johan yang mewakili Syed Azmi, penganjur IWTTAD dan Ustaz Iqbal Parjin yang dijemput menyertai program itu untuk memberi penerangan dan mengajar kaedah samak kepada peserta program itu.
Syed Azmi juga menjelaskan bahawa semua pencerahan mengenai hukum-hakam pengendalian anjing telah diterangkan semasa program, bersama-sama dengan kaedah dan amali sertu (samak).
"Saya akui program ini mempunyai kelemahan tersendiri. Ingin saya memohon ribuan maaf dengan secara tidak langsung menyinggung perasaan dan menimbulkan masalah kepada mana-mana pihak.
"Ingin juga saya memohon maaf kepada mereka yang hadir pada program IWTTAD dengan niat yang ikhlas untuk belajar, bukan sebaliknya," kata beliau.
Syed Azmi kemudiannya bergegas meninggalkan sidang media tanpa menghadiri sesi soal jawab media dan Syahredzan menjelaskan tindakan itu perlu dilakukan atas sebab keselamatan memandangkan anak guamnya menerima ribuan ugutan termasuk ancaman bunuh.
"Semasa saya berada dengan beliau (Syed Azmi) semalam, terdapat lebih 2,000 cacian dan ugutan bunuh diterima melalui medium laman sosial tidak kira Facebook, khidmat pesanan ringkas (SMS) dan aplikasi WhatsApps telefon bimbitnya.
"Ini telah menyebabkan beliau hidup dalam ketakutan untuk tampil di khalayak ramai (dikhuatiri) akan menerima lagi ugutan, yang berbunyi sama ada mahu 'break his bones to death threats'," katanya.
Syahredzan juga menafikan dakwaan kononnya Syed Azmi telah murtad.
Program IWTTAD dianjurkan pada 19 Oktober lalu di Central Park, One Utama di Petaling Jaya.
Penganjur bersama Norhayati pula berkata, perbuatan segelintir peserta beragama Islam memeluk dan mencium anjing berlaku di luar kawalan mereka.
"Kami tidak berjaya mengawal (sepenuhnya) mereka yang hadir tapi berjaya dalam niat mahu membantu mengatasi perasaan takut kepada anjing dan mengajar cara yang betul pengendalian anjing sekiranya perlu seperti saat kecemasan dan cara melakukan samak.
"Kami tidak ada niat untuk mengadakannya (IWTTAD) lagi ... kami faham sensitiviti orang Islam," katanya. - BERNAMA

Ali Abd Jalil kini di Sweden mencari suaka politik

Posted: 25 Oct 2014 01:32 AM PDT


Ali bin Abdul Jalil, charged with Sedition in Selayang and Shah Alam where he is due to appear on 20th and 21st November, and adopted by Amnesty International Malaysia as a prisoner of conscience, is now in Sweden awaiting to have his application heard to be granted political asylum.
Rakyat Times was informed that he left Malaysia on 18 Oct and, from Bangkok, flew to Stockholm on the morning of 21 Oct, 2014.
Aam adli sweden 2
In Stockholm, Ali made his way to Amnesty International Sweden where he was advised on the procedure for applying for asylum status.
He was then taken to the asylum centre in Stockholm and later moved to another town, Morsta.
On 22 Oct, he was fingerprinted for identification purpose and handed his passport to the local Swedish authorities.
On 23 Oct, Ali was interviewed by the immigration authorities where he disclosed details of his pending cases in Malaysia.
Adma adli sweden
Rakyat Times has been informed that Amnesty International Sweden is making arrangements for Ali to be given legal representation.

Rakyat Times has also been made to understand that Ali has already been given a work permit and he is free to begin work immediately.


On 24 Oct, Ali was moved to a place in central Sweden and that he is well and now awaits the completion of the process by which he hopes he will be granted asylum in Sweden. rakyattimes

BERITA AWAL



Aktivis Ali Abd Jalil ditahan polis untuk didakwa bagi kesalahan kedua mengikut Akta Hasutan petang ini selepas mengaku tidak bersalah menghina Sultan Johor pagi tadi di Mahkamah Sesyen Selayang. – Gambar The Malaysian Insider oleh Nazir Sufari, 8 September, 2014.

Aktivis Ali Abd Jalil yang baru saja dilepaskan dengan ikat jamin RM5,000 selepas didakwa mengikut Akta Hasutan hari ini sekali lagi ditahan polis mengikut akta sama, kali ini kerana dikatakan menghina Sultan Selangor.
Menurut waran tangkap yang diserahkan kepada peguam Ali, Michelle Yesudas, tertuduh didakwa menerbitkan penerbitan kenyataan menghasut terhadap Sultan Sharafuddin Idris Shah di laman Facebook pada 18 Ogos jam 11.42 malam.
Ali akan didakwa di Mahkamah Sesyen Shah Alam pada jam 3 petang ini.
Hari ini, kali kedua Ali didakwa mengikut Akta Hasutan 1948 yang sebelum ini dikenakan terhadap ahli politik Pakatan Rakyat (PR), ahli akademik dan wartawan.
Pagi ini Ali mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Selayang atas tuduhan menghasut melalui laman Facebook pada Januari tahun ini.
Hakim Ahmad Fairuz Mohd Fuzi menetapkan 10 Oktober ini untuk tarikh bicara dan Ali dibebaskan dengan ikat jamin RM5,000 dengan seorang penjamin.
Di Mahkamah Sesyen Shah Alam petang ini, Ali dihadapkan dengan 2 lagi pertuduhan mengikut Akta Hasutan kerana menghina Sultan Selangor dan institusi beraja di Malaysia.
Tertuduh tidak mengaku bersalah terhadap kedua-dua pertuduhan itu dan minta dibicarakan.
Hakim Mohamed Mokhzani Mokhtar menetapkan tarikh perbicaraan pada 8 Ogos ini dan tertuduh dibenarkan diikat jamin RM4,000 bagi setiap pertuduhan dan pasport antarabangsa diserahkan kepada mahkamah.

Belantan

0

Posted by Unknown | Posted on 11:25 PTG | Posted in

sumber :-

Belantan


Azmin jangan jadi ‘tin kosong’?

Posted: 25 Oct 2014 08:55 AM PDT


Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali dikecam oleh pemimpin parti beliau sendiri kerana masih tidak melakukan apa-apa perubahan biarpun sudah sebulan memegang jawatan itu.

Pemimpin Angkatan Muda Ke­adilan (AMK) Cabang Ampang, Shahrunizad Sahar berkata, Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu sepatutnya mempunyai perancangan pembaharuan dalam pentadbiran negeri dengan mendakwa Mohamed Azmin sudah lama mengimpikan jawatan berkenaan.
Kata beliau, ketiadaan perubahan segera yang dilakukan jelas membuktikan bahawa tidak ada apa-apa alasan untuk Mohamed Azmin menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

"Adakah Mohamed Azmin ma­s­ih dalam tempoh 'berbulan madu' lagi? Seharusnya beliau menunjukkan kredibilitinya sebagai Menteri Besar.

"Jangan jadi se­perti tin kosong yang hanya bercakap, tetapi tidak mampu untuk bertindak," katanya di sini hari ini.

Beliau berkata, keputusan Mohamed Azmin meneruskan perjanjian penstrukturan semula air Selangor dan projek Lebuh Raya Kinrara-Damansara (Kidex) juga menunjukkan Abdul Khalid melakukan tindakan yang betul, sekali gus penggugurannya daripada ja­watan itu merupakan satu kesilapan besar.

"Seperti rakyat Selangor tahu sebelum ini, yang sering digunakan untuk mendesak Abdul Khalid meletakkan jawatan adalah isu perjanjian air dan projek Kidex yang kononnya satu perjanjian berat sebelah.

"Tetapi nampaknya, selepas Mohamed Azmin menjadi Menteri Besar Selangor, lain pula ceritanya.

"Ini bermakna Abdul Khalid melakukan tindakan yang betul, jadi apa isu sebenar beliau didesak meletakkan jawatan," tegasnya.

Suara Politik
Belantan

The Unspinners

0

Posted by Unknown | Posted on 11:25 PTG | Posted in

sumber :-

The Unspinners


Anwar perguna cucu, takkan dah habis ide jahat??..

Posted: 25 Oct 2014 08:00 PM PDT


Apabila Anwar guna cucu untuk taktik dapatkan simpati, terlintas dalam fikiran, adakah Anwar sudah kehabisan ide atau tiada lagi taktik kotor yang diperguna.

Masih ada lagi skrip 1998 yang masih belum diguna seperti suntikan virus HIV dan keracunan arsenik. Untuk terkini guna pula Ebola.

Jangan pula tolak kemungkinan Anwar menggunakan wang untuk membeli dan merasuah, pegawai mahkamah atau pendakwaraya atau hakim. Dia berupaya untuk "name the price" demi untuk selamatkan diri.


Strategi Anwar mudah dibaca. Dia menggunakan himpunan "rakyat hakim negara" sebagai benteng pembangkang untuk memperlekehkan sistem kehakiman negara.

Anwar mahu rakyat bertindak sebagai hakim melalui peti undi. Masalahnya ia bukan ada kena mengena dengan kes rayuan Anwar.

Rakyat perlu berfikiran waras sebelum bertindak mengikut emosi semata-mata.

Begitu juga dengan penyokong fanatik Anwar tidak perlu buang masa dengan politik songsang menerusi demonstrasi untuk mendapatkan simpati rakyat.

Sampai bila golongan professional dan penyokong tegar Anwar sedia diperalatkan tanpa memikirkan maruah diri sehingga undang-undang dan sistem kehakiman negara sanggup dihina serta diperlekehkan? 

Pandangan Mufti Brunei mengatakan tindak tanduk anwar dan pengikut menyerupai perbuatan jahiliah ....


Jsteru itu, harus dihormati bahawa apa jua keputusan terhadap rayuan terakhir Anwar adalsh bidang kuasa dan kepakaran 5 orang hakim mahkamah persekutuan. Mereka harus diberi kepercayaan dan tidak diugut untuk jalankan tanggungjawap berat mereka mengikut fakta berasaskan kepada keterangan yg sahih.

Penyokong fanatik Anwar seharus ambil kira dan simpati terhadap mangsa liwat (saiful). Mereka patut desak agar Mahkamah Persekutuan mengekalkan hukuman bersalah terhadap Anwar dan bukannya bermatian cuba menegakkan benang yg basah.

Rakyat tidak faham kenapa Anwar amat takut untuk menghadapi kenyataan sekiranya dia bersih dari perbuatan liwat, dia akan lepas. Suatu pengkhianatan untuk sanggup mengamit sokongan luar negara.

Demi untuk selamatkan dirinya, pelbagai kerja jahat memfitnah dan mendedahkan aib orang telah dilakuksn.

Anwar sanggup untuk burukkan Zairil/Dyana (DAP) dan salahkan UMNO/BN dengan harapan pemimpin dan pengikut DAP akan sokong Anwar.

Begitu juga dilakukan terhadap penceramah PAS, Ustaz Azhar Idrus supaya pemimpin dan pengikut PAS akan kembali  menyokong Anwar.

Anwar turut cuba mendapatkan sokongan Parlimen Australia, Amerika Syarikat dan negara lain untuk memberi tekanan pada Malaysia.

Sambil itu,  Anwar cuba bermain perang saraf dengan mengatakan dia percaya dia akan bebas dan Najib akan akur kepada kuasa asing untuk burukkan PM kepada penyokongnya.

Ada pula gerak saraf melalui bisikan seolah-olah Anwar ada buat 'deal' dengan Najib dan "arahan" dibuat kepada hakim untuk bebaskannya. 

Sudah-sudahlah Anwar dan topu helah nya yang memualkan.

Mahkamah juga tidak perlu melayan kerenah Anwar  melalui peguamnya dalam memohon sebarang penangguhan tanpa alasan yg munasabah.

Selagi kes tidak diselesaikan maka selagi itulah senario politik negara dan tahap keselamatan dan ketenteraman awam tidak akan aman dan stabil.

Apa jua keputusan kes berkenaan  diputuskan pada hari yang sama selepas berakhirnya penghujahan rayuan berkenaan oleh pehak peguambela.

Sebar video UAI untuk tutup Dyana-Zairil?

Posted: 25 Oct 2014 06:00 PM PDT


MIK melihat penyebaran video UAI berkait rapat dengan usaha RBA untuk tutup ikon muda mereka. ....


RBA fofular dikenal pasti jentera semut merah tajaan parti chavanist yang bergerak dengan begitu berkesan sekali melancarkan Ops Ini Kali Lah pada hari PRU 13 tahun 2013, menyaksikan Tsunami undi kaum Cinabeng pada hari itu....



Nampaknya untuk tutup kisah Skandal Ikon Muda DAP, Dyana Sofea, juak juak murahan RBA telah menyebar luas sedutan video klip milik peribadi seorang Ostad, inilah taktik DIVERT ISSUE yang bijak....!

Baca sepenuh SINI.

Kini tersebar pula link You Tube SINI mengandungi ceramah UAI hanya untuk memburukkan lagi UAI. 

UAI ada berlawak mengatakan halal rakam video suami isteri sedang bersama untuk kegunaan ransangan pasangan tersebut tapi haram lihat pasangan lain.

Tujuan untuk mempersoalkan penafian oleh pembantu UAI.

Siapa pula kali ini? RBA ke atau AMK? 

Unspinners sebut AMK kerana masih tertanya kenapa pula Anwar menyebut tentang ustaz yang minum arak dalam ceramahnya di Seberang Jaya. Malam itu juga tersebar video UAI.
BAca di MPP SINI.

Politik tak libatkan keluarga dsn bukan ahli politik

Posted: 25 Oct 2014 08:08 AM PDT


Mereka tak cukup peluru nak kenakan Dato Najib maka isteri yang bukan ahli politik pun diperguna untuk politik membenci mereka.

Rosmah yang bukan ahli politik pun boleh kata demikian. Baca The Star SINI.

Itu yang Rosmah singgul suami ketika majlis perlantikan Jokowi pun boleh viral.


Adakah gurau senda sesama suami isteri itu pun nak jadikan isu politik? Rakyat dah muak dengan politik tak matang begini...

Ngeh Nga Nizar seram Utusan dedah Kuala Sepetang

Posted: 25 Oct 2014 05:00 AM PDT


Apabila media mula membongkar kegiatan mafia-mafia Kuala Sepetang dan pasukan petugas khas polis mula menyiasat dan akan mengambil tindakan, maka ada pihak yang selama ini penuh tembolok dan perutnya dengan duit haram mulai gentar.

Dulu mereka menang PRU pun adalah kerana sumbangan wang-wang yang diputihkan oleh mafia-mafia ini. Kini apabila pihak berkuasa akan mengambil tindakan mereka dah kecut telur dan cari pelbagai alasan untuk mengalihkan perhatian.

Mungkinkah adik beradik sepupu sepapat Nga, Ngeh dan Ngok (Nizar) mula gundah gulana. Sempadan Beruas, Taiping dan Bukit Gantang sememangnya berkongsi bersama...dekat pula dengan Kuala Sepetang.

Sejak zaman penjajah lagi para taikong dan mafia menguasai sektor ekonomi dan politik daerah-daerah ini. 
Apabila berlakunya PRK Parlimen Bukit Gantang, apa yang kerajaan BN tak janji dan beri pada 'penduduk-penduduk' Kuala Sepetang?

Banyak duit ditabur kerana menagih undi 'kaum-kaum tertentu' itu.

Dana sekolah, dana dewan, makan busat semuanya ada. Tapi si ketua mafia yang ada hubungan dengan pemimpin DAP negeri nampaknya lebih berkuasa.

Para gengster dihantar mengugut pengundi supaya jangan undi calon BN, sabotaj majlis MCA dan Gerakan dan halang pengundi Melayu keluar.

Baca di MyMassa SINI

Guan Eng ada muslihat, Peduli rungutan isteri Zairil

Posted: 25 Oct 2014 01:00 AM PDT


Kini Dyana kembali ke spot light kerana gambar edisi terhad nya bersama Zairil Khir Johari yang terlepas kepada publik tanpa sengaja atau sengaja.

Persoalan berkenaan kesahihan gambar itu sudah tidak menjadi isu lagi kerana latar belakang Dyana sebagai gadis melayu yang berani menolak parti Islam dan memilih parti tolak Islam dan tolak hudud cukup kuat untuk mengiyakan gambar itu.

Mungkin kerana sudah sekian lama otak rakyat berjaya di kuasai dengan jentera siber pihak Pakatan atas apa sahaja gambar kelakuan buruk kepimpinan mereka maka semua jentera di arah permainkan nya sama ada perlekeh kan gambar atau pun menghantar keraguan sambil menuduh ia nya salah pihak lain dan jahat pihak lain dan bukan pihak mereka sendiri lalu apabila gambar yang terbaru muncul ia sudah tidak berapa menjadi berita lagi.


Tetapi harus di ingat , DAP bukan parti calang, mereka berpaksi kan Singapura yang penuh dengan kemampuan risikan.

Malah ketika rakyat Malaysia belum cukup dewasa untuk menerima Anwar Ibrahim seorang peliwat, mereka bersama Australia sudah pun menyimpan cukup maklumat dan bahan untuk digunakan dimasa hadapan apabila Anwar akan jadi Perdana Menteri Malaysia.

Namun hasrat mahu gunakan maklumat itu untuk mengugut Anwar supaya akur kepada kehendak mereka terbantut akibat tindakan pantas Mantan Perdana Menteri Tun Mahathir.

Bagi hal ini wikileak juga ada menyebut ramai pihak sudah pun tahu tabii Anwar Ibrahim. Tun Mahathir mengecewakan rencana mereka.

Kini apabila Dyana Sofya naik mendadak menjadi calon kepada parti DAP di PRK Teluk Intan melompat semua kepala orang senior dan lebih lama yang ada dalam DAP tentu sekali DAP sudah ada persedian terhadap nya.

Sebagai parti didikan negara jiran yang dapat didikan dari Israel, maka insuran untuk memegang Dyana sudah pun ada di tagan mereka.

DAP tidak akan mempercayai melayu selagi ada darah didalam tubuh badan mereka, dan jika melayu itu dijadi kan seperti Dyana Sofya, ia ada lah kerana mereka sudah pegang insuran terhadap nya.

Boleh selidik dan tanya dengan siapa gadis ini tinggal dan apa rahsia dia pernah lakukan, tentu dengan kehebatan risikan mereka sudah pun ada maklumat lengkap jika gadis ini pilih untuk lompat di masa depan.

Jadi jika gambar Dyana tersebar sebegini , ia bahan terlepas, atau sengaja atau pun  tidak , tetapi ia tetap bahan yang ada dalam simpanan mereka.

DAP bukan parti PAS, PAS kuat bercakap dan suka berteori, PAS suka cakap apa yang dia tidak buat sedang kan DAP buat secara sulit apa yang dia tidak pernah cakap. Itu beza 2 parti ini.

Depan orang melayu DAP beri gambaran lain,, dibelakang di ceramah cerk kampung cina mesej nya lain. Badut badut jahil pula tidak tahu akan ini semua lalu memuja DAP.

Berhati lah dengan DAP, mereka tidak akan perlukan PAS lagi di masa depan kerana usaha mengumpul melayu masuk kedalam DAP dan ujudkan calon melayu lawan melayu dikawasan melayu sudah pun di sedia kan.

DAP juga sudah mengkaji berkenaan Islam dimana mereka sudah tahu orang Syiah suka menyamar jadi sunni di Malaysia dan tunggu masa untuk berkuasa dan juga betapa benci nya Syiah kepada Sunni dan DAP mungkin akan gunakan nya di masa depan untuk gaduhkan sesama Islam.

Selain itu otak beku orang melayu Islam yang liberal dan perasan mereka moden dan advance juga sedang di gunakan oleh DAP dalam ujian nya seperti kes Anjing dan Arak.

Jerat mana pernah lupa kepada pelanduk, hanya pelanduk sahaja yang cuai

Diterima melalui Whats App grup

Gaya Peneroka

0

Posted by Unknown | Posted on 11:05 PTG | Posted in

sumber :-

Gaya Peneroka


Amanah Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang Sempena Muktamar Tahunan PAS ke 60

Posted: 22 Sep 2014 10:12 AM PDT



1. Kita diajar untuk mati bersama Islam. Bukan mati bersama Mursyid Am Tuan Guru Nik Abdul Aziz, Dato Dr Harun Din , Hj Abdul Hadi. Bukan mati bersama PAS dan bukan mati bersama Pakatan Rakyat, tetapi mati bersama Islam.

2. Kita menyertai PAS kerana Islam. Perjuangan kita mencari keredhaan Allah swt bukan mencari keredhaan manusia. Inilah yang membezakan kita dengan parti - parti lain termasuk parti dalam Pakatan Rakyat.

3. Perjuangan PAS meletakkan hukum - hukum Islam ditempat yang sangat tinggi. Maka rujuklah kepada Islam jangan menyeleweng daripadanya.

4. PAS dipandu oleh Majlis Syura Ulamak yang telah dipilih dari kalangan mereka yang mendalam ilmunya untuk mengambil hukum dari kitabullah dan as Sunnah. Pula dipilih secara demokrasi melalui pilihan AJK PAS Pusat, Dewan Ulamak, Dewan Pemuda dan Dewan Muslimat dari kalangan ulamak yang amanah dengan ilmunya.

5. Berhukum dengan berdasarkan wahyu jangan hanya menggunakan aqal dalam memandu perjuangan ini .

6. Majlis Syura Ulamak berijtihad secara kolektif menyelesaikan masaalah semasa.

7. Pemimpin perlu bermesyuarat dalam membuat keputusan terhadap perkara yang tiada nas.

8. PAS memilih Muwajahah Silmiyyah (pendekatan damai) dalam pendekatan politik. Kita perlu meluaskan ruang muamalah dengan pihak - pihak lain.

9. Jangan jadi PAS sebagai hotel tempat persinggahan. Jangan jadikan PAS sebagai jambatan untuk menyeberang. Masuk PAS maka duduk bersama dengan PAS dan Istiqamah dengan dasar dan manhaj PAS.

10. Kita bertahaaluf dengan parti - parti dalam Pakatan Rakyat bukan sebagai sebuah parti. Kita parti - parti yang berbeza ideologi. Kita tidak boleh menjadi satu. Kita hanya bersama dalam perkara - perkara yang kita ada titik persamaan.

11. PAS tidak merebut jawatan MB . PAS tidak pelahap jadi MB. Tapi ingat di sana ada hukum syara' . Tidak boleh pilih pemimpin berdasarkan kecenderungan
tetapi mesti kepada kelayakkannya kerana bimbang laknat Allah swt. Saya tidak bersedia membawa Ahli PAS ke neraka Allah swt.

12. PAS kesal dengan tindakan semata mata mahu kuasa lalu membeli dan mencuri 2 orang ADUN PAS sehingga mencetus masaalah besar kepada PAS. Sedang ini bertentangan dengan semangat baiah. Mana lebih besar Wallahi , Wabillahi , Watallahi dengan Aku Janji ?

13. Hubungan wala' dengan pihak lain adalah haram. Membocorkan rahsia kepada pihak lain tidak boleh. Menghilangkan jati diri pejuang Islam tidak boleh. Apatah lagi membantu musuh, ini TIDAK BOLEH !

14. Jangan tubuh jamaah dalam jamaah. Jangan tubuh parti dalam parti. Dalam satu jamaah hanya satu imam. Kalau nak jadi imam juga , cari tanah lain dan buat masjid lain.

15. Terima kasih kepada semua pihak seperti Jabatan AMAL dan lain - lain yang menjayakan Muktamar Tahunan PAS ke 60 khasnya Badan Perhubungan PAS Johor Darul Takzim.

# Catatan ini hanya sebahagian dari keseluruhan ucapan Tuan Guru Presiden PAS sewaktu menangguh Muktamar Tahunan PAS ke 60 . Ucapan penuh boleh ikuti rakamannya kelak.

oleh :
Nasrudin Hassan at Tantawi
Timbalan Pengerusi
Lajnah Dakwah PAS Pusat

Dialog Dewasa Kritik Berasa

0

Posted by Unknown | Posted on 11:03 PTG | Posted in

sumber :-

Dialog Dewasa Kritik Berasa


AZMIN PRESIDEN PKR SELEPAS ANWAR DIPENJARA

Posted: 25 Oct 2014 09:00 PM PDT

Sepanduk berwarna biru itu, terpampang wajah Azmin yang kini Menteri Besar Selangor dengan tulisan 'Masa Untuk Reformasi Parti' dan 'Kami Mahu Ganti Azmin Presiden'.
Pengarah Komunikasi PKR, Fahmi Fadzil berkata, isu yang dibangkitkan itu tidak sepatutnya timbul ekoran pemilihan dan lantikan pimpinan telah selesai.
"Masanya (bangkit isu tukar presiden) agak pelik. Sebab sekarang bukan masa untuk bangkit isu pimpinan. Pemilihan baru lepas.
"Ya. Tak ada timbul sebab baru habis pemilihan dan lantikan," katanya kepada Sinar Online.
Namun ketika ditanya soal kemungkinan sepanduk itu berunsur sabotaj, Fahmi tidak menjawab.
Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali menafikan dakwaan wujudnya gerakan sulit menjatuhkan Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan kononnya beliau mahu mengambil alih kerusi itu sekiranya Datuk Seri Anwar Ibrahim dipenjarakan.
Timbalan Presiden PKR itu berkata, perancangan itu tidak wujud dan dirinya kini lebih berminat menguruskan isu pentadbiran negeri berbanding hal dalaman politik parti.
"Tidak ada. Sekarang waktu kita bekerja. Jangan berpolitik. Masa berpolitik sudah selesai. Sekarang masa untuk bekerja," katanya kepada pemberita selepas turun padang melawat tapak kawasan banjir di Seksyen 13, Shah Alam, hari ini, lapor The Malaysian Insider.
Dua hari lepas, CheguBard atau nama sebenarnya Badrul Hisham Saharin dilaporkan Malaysia Gazetteberkata jika Anwar kembali dipenjarakan, pada saat itu juga Azmin akan merampas pucuk pimpinan PKR.
CheguBard mendakwa Azmin sudah bersedia untuk itu termasuk menyediakan kader-kadernya dipelbagai jawatan parti wakil di negeri-negeri.
Beliau mendakwa jika ia berlaku, CheguBard tidak menolak kemungkinan berlaku 'pembunuhan politik' beramai-ramai dalam PKR oleh kartel yang diketuai Azmin.
"Bukanlah rahsia Timbalan Presiden PKR (Azmin) sedang memperkukuhkan kedudukan bagi mengambil alih parti dan hanya menanti keputusan kes memenjarakan Anwar.
"Orang-orangnya disusun dari peringkat tinggi hingga ke peringkat cabang. Ramai dalam parti sudah sedar bagaimana dia menyasarkan kerusi presiden dalam pemilihan lepas dan hanya berundur setelah Anwar sendiri turut menghantar borang pencalonan.
"Bayangkan jika keputusan membebaskan Anwar maka ia seolah-olah anti klimaks kepada kartel Azmin ini," ujarnya.
Pada 20 Otober lalu, Ketua Pegawai Eksekutif Institut Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi (Ideas), Wan Saiful Wan Jan mencadangkan agar Azmin Ali menjadi pemimpin baharu PKR dan Pakatan Rakyat, jika Anwar kembali merengkok ke dalam penjara.
"Masa depan PKR tanpa Anwar sebenarnya bergantung pada Azmin, beliau perlu jadi pemimpin bukan sekadar untuk PKR tetapi juga semua dalam Pakatan," katanya.
Sebelum ini, beberapa sepanduk yang kandungannya meminta Azmin menggantikan Wan Azizah dilihat digantung di Seksyen 15, Shah Alam.

KECICIRAN MERUGIKAN NEGARA @NajibRazak @MuhyidinYassin @Zahid_Hamidi @Khairykj

Posted: 25 Oct 2014 07:00 PM PDT

ADAKAH KERANA MASALAH DOKUMENTASI? KAJIAN TERPERINCI PERLU DILAKUKAN SEGERA
BICARA HUJUNG MINGGU - Negara kita Malaysia sudah 57 tahun merdeka, manakala negeri Sabah pula sudah 51 tahun merdeka dan bersama-sama dengan Sarawak membina sebuah negara persekutuan Malaysia yang berdaulat sehingga ke hari ini.

Proses kenegaraan bukanlah suatu proses yang mudah dengan cara membentangkan undang-undang dan seterusnya mendesak rakyat mematuhinya. Pak Lah mantan Perdana Menteri bercakap tentang keikhlasan dan undang-undang, sila baca di sini

Undang-undang yang fleksible ialah undang-undang yang boleh berubah mengikut kesesuaian zaman, asalkan asasnya tidak berubah. Undang-undang bikinan manusia boleh diperbaiki, hanya Al-Quran sahaja tidak boleh diubah kerana ianya sudah lengkap sehinggalah ke hari kiamat.

Saya mencadangkan supaya kerajaan memperbaiki beberapa peraturan yang menyukarkan kehebatan rakyat kita daripada memberi sumbangan yang lebih besar kepada negara kita, khususnya kepada negeri Sabah.

Di Sabah terdapat beratus-ratus malah beribu pelajar yang mendapat keputusan cemerlang di dalam peperiksaan UPSR, PMR, SPM dan STPM tetapi kebijaksanaan mereka tidak dapat digunakan untuk membangunkan negara kerana masalah dokumentasi. 

Mudah kata mereka tidak memiliki Kad Pengenalan, ataupun mudah difahami stateless "rakyat tanpa negara". Mengapa ianya berlaku?

Terdapat di kalangan mereka dilahirkan di Sabah tetapi mereka tidak mempunyai Kad Pengenalan kerana ibubapa memiliki Kad Pengenalan selepas mereka dilahirkan (selepas permohonan Kewarganegaraan mereka berjaya), ataupun ibubapa mereka tidak memiliki dokumen diri yang lengkap, ataupun ibubapa mereka meninggal dunia dan sebagainya.

Terdapat tuduhan kononnya ibu bapa mereka mendapat kad pengenalan melalui sindiket dan sebagainya. Saya mendapati tuduhan itu tidak benar, kerana melalui kajian saya, mereka sebenarnya mendapat kewarganegaraan melalui proses yang dibenarkan oleh perlembagaan, hanyasanya mereka rajin berusaha.

Contoh 1 : Seseorang rakyat Indonesia, China ataupun Filipina, dia bekerja di Sabah pada tahun 1950. Ketika itu Permit Kerja dikeluarkan oleh kerajaan British kerana Sabah belum lagi merdeka. Apabila Sabah merdeka pada tahun 1963, mereka ini mendapat kerakyatan melalui pelbagai mekanisme seperti permohonan, penganugerahan dan naturalisasi.

Pada tahun 1963 dahulu ketika Suruhanjaya Cobbold, kerajaan British memberi pilihan sama ada mereka mahu menjadi rakyat Malaysia atau menjadi rakyat British atau kekal menjadi rakyat negara asal mereka. 

Contoh 2: Seseorang rakyat Indonesia, China, Filipina, Pakistan dan sebagainya datang ke Sabah selepas tahun 1963. Permit Kerja dikeluarkan di Kota Kinabalu oleh kerajaan negeri Sabah. Selepas lebih 10 tahun, mereka layak memohon kewarganegaraan Malaysia. 

Ada di antara mereka memperolehi Kad Pengenalan warna Hijau dan Merah, mereka tidak berputus asa walaupun terpaksa menunggu lagi 12 tahun untuk memohon kewarganegaraan Malaysia. Ada di antara mereka lulus tetapi ada juga di antara mereka gagal. Mereka yang gagal pula akan memohon lagi sehingga mereka berjaya.

APAKAH HASIL SIASATANNYA? MASALAH KECICIRAN DI SEMENANJUNG MALAYSIA SUDAH DISELESAIKAN SEJAK TUN DR. MAHATHIR MENJADI MENTERI PELAJARAN (1979) 
SIJIL LAHIR DAFTAR LEWAT
Saya ingin mencadangkan supaya kerajaan memansuhkan penggunaan istilah "Daftar Lewat" kerana kebanyakan pelajar-pelajar yang cemerlang tadi diletakkan istilah "Daftar Lewat" dan ianya menghalang untuk mereka memajukan diri, negeri dan negara. 

Dalam konteks Sabah, kelewatan mendaftar kelahiran anak mereka disebabkan oleh pelbagai faktor yang tidak dapat dielakkan antaranya sistem perhubungan jalanraya yang sukar, pengetahuan kenegaraan, lokasi Jabatan Pendataran Negara (JPN) yang jauh daripada tempat tinggal seperti di kem-kem balak dan ladang-ladang terpencil, dan banyak lagi.

Pada hari ini, pihak JPN tidak dapat memproses anak-anak yang menggunakan Sijil Lahir Daftar Lewat dengan alasan ianya perlu menunggu arahan kerajaan selanjutnya, khususnya menunggu keputusan RCI dimuktamadkan. 

Apabila umur mereka mencecah 30 hingga 50 tahun, baharulah mereka berjaya memiliki Kad Pengenalan selepas melalui proses yang panjang dan lama. Walhal semasa usia sekolah, mereka boleh menjadi Doktor, Peguam, Engineer, Guru dan sebagainya. Negara mensia-siakan bakat dan kebolehan mereka.

Perkara ini sangat merugikan negara dan negeri Sabah. Rakyat kita yang rajin, bijaksana dan berkebolehan tidak dapat memberi sumbangan yang lebih besar kepada negeri Sabah dan negara Malaysia hanya kerana peraturan tersebut.

Tan Sri Zainudin Maidin berkata ibubapanya berasal dari India dan Arab, hari ini dia menjadi Melayu atas kapasiti undang-undang negara dan dia berjaya memberi sumbangan yang besar kepada negara melalui kewartawanan dan mantan Menteri Penerangan. Baca di sini 

Saya yakin dan percaya, sekiranya Kerajaan boleh memperbaiki peraturan ini, lebih ramai rakyat di Sabah yang mengalami masalah dokumentasi ini boleh memberi sumbangan yang lebih besar. 

Sepatutnya dalam usaha kita menjadi negara maju menjelang tahun 2020, isu ini sudah boleh diselesaikan. 

Saya mencadangkan kepada Datuk Seri Zahid Hamidi sebagai menteri yang bertanggungjawab, supaya memberi perhatian yang serius dalam isu ini. Saya juga yakin, jika isu ini boleh diselesaikan, keamanan, ketenteraman dan perpaduan rakyat Malaysia di Sabah boleh diperteguhkan lagi.

Dipersilakan untuk anda memberi pandangan anda pula. 

Selamat Berhari Minggu.
Aramaiti.

sumber



PASMA MUSUH DALAM SELIMUT PAS

Posted: 25 Oct 2014 05:00 PM PDT

Penubuhan Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (Pasma), yang mendokong ideologi Islam dan Anwarinas, dilihat antara punca perpecahan dalaman PAS.
Pensyarah Pusat Pengajian Sains Sosial Universiti Sains Malaysia Prof Dr Ahmad Atory Hussain berkata PAS kini berdepan dengan 'musuh-musuh' politik dalaman parti kerana mereka secara terbuka enggan patuh kepada pucuk pimpinan tertinggi yang diterajui golongan ulama termasuk (presiden) Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
"(Ia) satu lagi bentuk pecah dan perintah (yang cuba diterapkan dalam PAS). Mereka (Pasma) nak bentuk parti dalam parti, puak dalam puak dan cuba nak memecahkan tradisi kepimpinan (ulama) dalam PAS," katanya kepada Bernama di sini, pada Jumaat.
Akhbar hari ini melaporkan perkembangan PasMa ketika ini amat mengejutkan apabila banyak permohonan untuk menyertai badan bukan kerajaan (NGO) itu di Terengganu berbanding negeri lain.
Ahmad Atory turut berpendapat penubuhan Pasma sebagai 'langkah' yang diambil Parti Keadilan Rakyat (PKR) untuk menguasai PAS secara halus dan berselindung di sebalik anggota-anggota PAS yang kini tidak lagi sehaluan dengan ideologi Islam acuan PAS.
"(PKR) menggunakan Pasma ini sebagai satu alat untuk mempengaruhi anggota-anggota PAS (yang berideologi Islam) supaya bersetuju dengan ideologi PKR.
"Mereka (PKR) menggunakan Pasma dan mempengaruhi golongan bukan Melayu iaitu DAP supaya DAP dan bukan Melayu lebih percaya kepada PKR dan Pasma. Mereka tak yakin dengan PAS sebab PAS bertunjangkan Islam," katanya.
Sementara itu, bekas Felo Universiti Sains Malaysia Dr Kamarul Zaman Yusoff berkata PAS patut lebih bersedia untuk bersemuka dengan mana-mana pihak terutama golongan yang bersikap kritikal terhadap parti itu.
"Mengambil tindakan melarang anggota-anggota PAS menyertai persatuan seperti Pasma juga akan lebih menimbulkan rasa ingin tahu mereka (anggota parti) mengenai Pasma dan akan lebih mempopularkan NGO itu," katanya – BERNAMA

JDT TEMU PAHANG FINAL PIALA MALAYSIA

Posted: 25 Oct 2014 08:13 AM PDT

JOHOR BAHRU 25 Okt. - Juara Liga Super, Johor Darul Ta'zim (JDT) menepati ramalan apabila berjaya mengetepikan tentangan sengit Felda United dalam aksi separuh akhir kedua Piala Malaysia dengan kemenangan 3-1 di Stadium Tan Sri Haji Hassan Yunos, Larkin, sebentar tadi bagi melayakkan diri ke perlawanan akhir menerusi agregat 6-5.

Luciano Figueroa menjaringkan dua gol buat JDT pada minit ke-29 dan 63, sementara satu lagi jaringan disumbangkan Mohd. Amri Yahyah pada minit ke-71 manakala jaringan tunggal Felda dicipta Mohd. Raimi Mohd. Noor pada minit ke-35.

JDT bakal berdepan juara bertahan, Pahang di Stadium Nasional Buki Jalil pada 1 November ini. - UTUSAN ONLINE

HADI AWANG DITUDUH BERMULUT CELUPAR

Posted: 25 Oct 2014 07:23 AM PDT

Facebook Tulangbesi.Malaysiawaves dan Rakyat Bangkit menganggap solidariti untuk Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang bagi menghadapi kes saman yang dilakukan calon PKR DUN Bukit Besi Mohd Shamsul Mohd Amin berkaitan isu pil kuda adalah songsang.
Menurutnya dalam kes saman itu, Abdul Hadi telah melakukan enam kesalahan terhadap Mohd Shamsul; bermulut celupar mulut menuduh si plaintif (Mohd Shamsul) tanpa bukti, menghina plaintif di dalam ceramah, mengecam pihak yang memilih plaintif sebagai calon, memfitnah plaintif tanpa usul periksa, bersikap zalim dan enggan mohon maaf secara terbuka selepas membuat pertuduhan.
"Apa barang solidarity buat Presideng.? Sedangkan pihak yang kena zalim, difitnah, dikeji, dihina dan dikecam ialah plaintif. Pihak plaintif pula nak perlihatkan bersalah kerana menyaman Presideng.
"Ini namanya politik putar belit. ~"Awak pukul orang alih-alih awak menagis merata tempat menyebut awak yang kena pukul…"~ Penyokong pulak bagai nak rak bikin Solidarity buat pihak Presideng yang sendiri bikin penyakit.
"Sendiri bikin penyakit sendiri tanggung la Mr Presideng..! Apa mau heret ahli turut sama..!,"katanya.
Ia merujuk kepada satu poster yang memetik kenyataan pemangku Timbalan Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat, Dato' Dr Mahfudz Mohamad yang menyeru ahli PAS hadir beramai-ramai memberi sokongan terhadap perbicaraan Abdul Hadi pada 28 Oktober di Mahkamah Tinggi, Kuala Terengganu.

ANWAR DUA WAJAH : SEBELUM DAN SELEPAS PRU13

Posted: 25 Oct 2014 04:53 AM PDT

Facebook pro ulama, El Haraki memetik grafik yang dibuat oleh archidea.cronixx tentang kata-kata Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang saling kontradik sebelum dan selepas Pilihanraya Umum ke-13 (PRU 13).
Sebelum PRU 13, pada 4 Julai 2012, Anwar berjanji akan bersara politik jika kalah dalam PRU itu. Namun, selepas PRU 13, beliau enggan mengotakan janjinya itu dengan alasan PRU telah dilaksana secara 'penipuan' dengan memberi contoh pengundi 'hantu' Bangladesh.
Sekali lagi, Anwar menafikan membuat tuduhan sedemikian, apabila beliau dicabar untuk membuktikan kewujudan pengundi 'hantu' Bangladesh tersebut.
Pada 27 Februari 2014, Anwar nafi bakal menjadi calon Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang susulan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan itu, Lee Chin Cheh telah meletak jawatan tanpa sebarang sebab.
Namun, pada keesokan harinya, 28 Februari, Anwar membenarkan dirinya diumumkan sebagai calon Pilihanraya Kecil (PRK) DUN kajang.
Apabila ditanya media apakah 'Langkah Kajang' itu bermaksud mahu menukar Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, Anwar menafikan dakwaan itu dan menyifatkan spekulasi semata-mata.
"PRK Kajang tiada kaitan dengan pertukaran MB," Anwar dilaporkan membuat kenyataan itu pada 24 April.
Namun, pada Julai, Anwar mengesahkan bahawa 'Langkah Kajang' adalah bertujuan untuk menjadikan isterinya, Datuk Seri Dr wan Azizah Wan Ismail sebagai MB baharu menggantikan Khalid.
Berdasarkan kata-kata Anwar yang saling kontradik itu, El Haraki memetik sabda Nabi Muhammad SAW yang menyebut dalam satu hadis sahih bahawa terdapat tiga ciri manusia munafiq iaitu; Apabila bercakap ia dusta, apabila janji ia mungkiri dan apabila diberi amanah ia khianat.
"Ayuh ! Banteras pengkhianat !," seru El Haraki