Followers

Nuffnang

Gaya Peneroka

0

Posted by Unknown | Posted on 11:31 PTG | Posted in

sumber :-

Gaya Peneroka


MAZLAN ALIMAN MENANG DALAM PERBICARAAN RAYUAN

Posted: 24 Oct 2014 11:59 AM PDT

Tahniah !!.. dan syukur kehadrat Allah..
Mazlan Aliman menang dalam kes rayuan..
Perbicaraan Rayuan kes tahanan Felda Lembah Klau, Polis N Kjaan Malaysia vs Mazlan Aliman di Mahkamah Rayuan Putrajaya . 
Kes ini mazlan aliman telah menang di Mahkamah Tinggi Temerloh. 

Bagaimanakah nasib peneroka ketika ini dan akan datang? Ceramah Mazlan Aliman di Chini 3

Posted: 24 Oct 2014 11:53 AM PDT

Ceramah  di Felda Chini 3, Kawasan Parlimen Pekan, tempat YAB Perdana Menteri. Bersama Sdr Razali Isnin, bekas pegawai MPOB, yang kini menjadi Pengerusi JK Bertindak Kes Saman Kadar Perahan Gred (KPG).


Antara intipati ceramah dan isu yang di bawa....

 1. Harga komoditi kelapa sawit dan getah sedang jatuh merudum
2. Saham FGVH tinggal RM3.06 sesaham
3. Pendapatan peneroka semakin terjejas
4. Hutang/Kos Tanam Semula bertimbun
5. Pinjaman Felda dengan KWSP berjumlah 6.5 Bilion dijadualkan semula bayaran balik?
6. Felda Investment Corp(FIC) membuat pinjaman 1 Bilion dengan Maybank?
7. Felda boleh Kaveat dan ada kuasa ekskusif atas kebun peneroka seperti Perjanjian Pengurusan Tanam Semula.
8. Bajet 2015 tidak memberi penekanan isu kejatuhan komoditi dan perumahan Gen 2
9. KWSP dan KWAP mula melepaskan pegangan saham mereka dalam FGVH

Belantan

0

Posted by Unknown | Posted on 11:21 PTG | Posted in

sumber :-

Belantan


Pasma: Khalid persoal larangan Majlis Syura?

Posted: 24 Oct 2014 05:01 AM PDT


Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad terus bersikap seperti duri dalam daging kepada kepemimpinan Pas apabila mempertikai pendirian parti tersebut yang melarang ahlinya menyertai Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (Pasma).

Beliau yang tidak pernah sunyi daripada kontroversi berkata, Pas sepatutnya menyokong Pasma dan bukannya melarang ahli menyertai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) itu kerana matlamat kedua-dua organisasi sama iaitu menumbangkan UMNO dan Barisan Nasional (BN).

Kenyataan Khalid yang diketahui mempunyai hubungan rapat dengan Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim, dilihat sebagai membelakangkan arahan Majlis Syura Ulama sendiri selaku badan tertinggi dalam Pas yang mahu ahli-ahli parti menjauhi Pasma.

"Matlamat utama di sebalik penubuhan Pasma, mengikut kata Presidennya, Datuk Ir. Phahrolrazi Zawawi adalah untuk memastikan Pas kekal bersama pakatan. Sekiranya matlamat ini selari dengan Pas, mengapa perlu menentang dan melarang ahli bersama Pasma?

"Oleh kerana matlamat Pasma adalah selari dengan matlamat Pas seperti diputuskan dalam muktamar, iaitu istiqamah bersama pakatan, saya syorkan Pas membantu Pasma dan tidak sebaliknya," katanya menerusi laman blognya, www.khalidsamad.com.

Pada 12 Oktober lalu, Majlis Syura Ulama Pas menerusi setiausahanya, Datuk Nik Muhammad Zawawi Nik Salleh meminta semua ahli Pas jangan melibatkan diri dengan sebarang kegiatan Pasma kerana tindak-tanduk NGO berkenaan boleh memecah-belahkan parti.

Jelas Nik Muhammad, langkah berkenaan selaras dengan peringatan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang semasa ucapan penggulungan Muktamar Tahunan Pas ke-60 baru-baru ini, supaya tidak berlaku kewujudan 'jemaah dalam jemaah dan parti dalam parti'.

Dalam pada itu, Khalid juga tidak ketinggalan mengulas mengenai dakwaan bahawa penubuhan Pasma adalah platform untuk menjatuhkan Abdul Hadi dengan menafikan perkara tersebut tetapi ulasan yang diberinya menimbulkan pelbagai persoalan.

"Ada kata hasil usaha Pasma, kemungkinan akan ada yang mencabar Presiden di muktamar akan datang. Apa masalahnya? Terpulanglah pada ahli sekiranya ada yang ingin melakukannya. Ia tidak salah dari segi perlembagaan dan adat berorganisasi," katanya.

"Kalau tiada Pasma sekalipun tidak mustahil ia boleh berlaku. Saya yakin Presiden boleh menghadapi siapa juga pencabarnya. Ada yang anggap sebaliknya? Ada yang anggap perwakilan akan sokong pihak yang mencabar? Mengapa," soal Khalid tanpa menyatakan jawapan.

Suara Politik
Belantan

The Unspinners

0

Posted by Unknown | Posted on 11:20 PTG | Posted in

sumber :-

The Unspinners


Azmin tak jadi kaji semula perjanjian air

Posted: 24 Oct 2014 10:00 PM PDT


Katanya nak kaji semula perjanjian air dengan niat nak batalkan? Tak jadi pulak ke? Baca berikut:

Water deal stays but make terms public, says Azmin -
  http://www.themalaysianinsider.com/malaysia/article/water-deal-stays-but-make-terms-public-says-azmin

PKR baru tahu rakyat dah menyampah dengan masaalah air yang lahir sebab mereka nak memandai.

Kerajaan pusat serius dalam perancangsn pengurusan air untuk bawa air dari Pahang dan bina loji pemprosesan air tapi pihak PKR buruk sangka lalu sanggup jadikan rakyat sebagai ugutan.




Mana satu PAS akan hadhir pada Okt 28 nanti?

Posted: 24 Oct 2014 08:00 PM PDT


Renungan buat sambut Maal Hijrah 1436

Posted: 24 Oct 2014 05:10 PM PDT


MALAYSIA TANAH AIRKU.. MENGAPA SAMPAI BEGINI JADINYA...

SOALAN :
Mengapa Agama Kristian berkembang dengan pesatnya di negara ini manakala Agama Islam semakin dijauhi dan ditakuti ???

JAWAPAN :
1. Orang Islam menjual
/memperdagangkan agamanya. Air jampi dijual, jus Tok Guru kononnya telah dijampi. Minyak ubat urut Anugerah kononnya dibacakan ayat suci 30 juzuk dijual dengan harga mahal. Agama Kristian tak jual malahan produknya diberi percuma.

2. Ustaz-ustaz mengajar agama "demand"/meminta bayaran tinggi. Mubaligh Kristian berdakwah secara percuma. Sehingga jauh ke pendalaman. Malahan
menanggung sendiri makan minum dan tempat tinggalnya.

3.Jabatan Agama Islam sibuk nak tangkap khalwat, orang pergi karaoke dan bernikah di Siam. Agama Kristian sibuk membantu orang dalam kesusahan (janda, miskin, mangsa tanah runtuh, banjir).

3. Gereja boleh dimasuki bila-bila masa tetapi masjid dikunci. (Tak bagi orang masuk, tidur kononnya).

4. Imam solat kerana waktu kerjanya (dibayar gaji), paderi sukarela.

5. Air zam zam dijual dengan harga yang mahal tetapi Kristian memberi holy water secara percuma.

6. Jabatan Agama Islam sibuk menghukum dan menakutkan orang tapi Kristian sibuk berdakwah.

7. Pegawai-pegawai Jabatan Agama Islam, Jabatan Zakat sibuk promosi nak naik gred bergaji besar. Bajet "pengurusan" lebih besar dibandingkan kepada golongan asnaf. Paderi sibuk membuat kebajikan, membantu golongan miskin, kurang upaya dan mangsa bencana.

8. Ustaz-ustaz sibuk jadi tok bomoh, boleh mengubati seribu macam penyakit. Paderi sibuk membina hospital merawati dan mendampingi pesakit.

9. Orang Islam sibuk dengan impian memiliki rumah besar, kereta besar, motor besar untuk kepuasan diri mengejar gaya,mutu dan keunggulan hidup.Tetapi orang Kristian sibuk dan gigih berdakwah menarik hati orang Islam yang tidak punya harta kepada Agama Kristian serta mengambil berat akan kesusahan dan penderitaan yang mrk alami.

Sahabat-sahabat sekelian... Renung-renungkanlah. Jadikan ini sebagai muhasabah diri sempena Muharram 1436 H dengan   
masing-masing diri melihat apakah kekuatan yang ia dimiliki untuk membela dan mempertahankan Agama Islam yang suci ini.

Amaran Cina Indonesia terhadap DAP hipokrit

Posted: 24 Oct 2014 08:37 AM PDT


Mereka memang hipokrit dan berpura-pura



Dulu kritik Anwar tapi sekarang bela Anwar.


DAP mahu bawa isteri Zairil, Dahlia untuk redakan keadaan

Posted: 24 Oct 2014 05:30 AM PDT


Ketika 2008, Lim Guan Eng berhadapan dengan pendedahan tentang hubungan sulitnya dengan seorang pembantu bernama Ng Paik Kheng. Khabarnya ia diketahui isteri Guan Eng, Betty hingga kisahnya Betty baling ashtray ke dahi Guan Eng hingga cedera. Baca SINI


Dalam kisah Zairil dan Dyana, isteri Zairil Dahlia terjumpa gambar-gambar Zairil dan Dyana dalam laptop lalu diupload masuk FB Zairil. Mungkin sekali isterinya lakukan melalui akaun yang seida terbuka tak perlu tahu password di laptop dan handphone.

Dahlia sudah lama suspek suaminya bermain kayu tiga. Jangan tanya sebab wanita belum cepat rasa bila si suami berperangai lain dari biasa. Difahamkan gambar itu diambil dari satu majlis di sebuah hotel di Penang dan kedua-duanya sedang dalam keadaan mabuk. 


Khabarnya isteri Zairil telah mengadu hal pada Guan Eng dan diserahkan semua gambar-gambar. Entah apa yang diharapkan kerana Guan Eng pun pernah ada affair dengan pembantunya.

Ketika itu, dia diam saja dan marah-marah hingga ugut nak saman terhadap wartawan-wartawan yang tanya soalan. Taktik Guan Eng untuk menangani masaalah peribadinya adalah untuk diam buat tak tahu.

Pihak DAP sedang berusaha untuk bawa Dahlia bercuti ke luar negara untuk tenangkan hati dan elak dari dikesan hingga boleh diexploitasi.

Nampaknya itu yang dilakukan Zairil juga. Maknanya sia-sia usaha isterinya merepot kepada Guan Eng.

Human RIghts Watch sahkan Anwar bersama penyangak matawang

Posted: 24 Oct 2014 02:30 AM PDT



Baca SINI

Jawapannya senang. Other country has no business to meddle in the law of other country!!!!

Human Rights Watch yang dibiayai george Soros membela Anwar. Betullah gitu anggapan Anwar tangan yang bantu orang asing sabotaj ekonomi Malaysia dengan menjadi Trojan Hourse untuk penyangak matawang serang ringgit pada 1997-98.


Hal dalaman PAS pun DAP masuk campur

Posted: 24 Oct 2014 12:22 AM PDT







Dialog Dewasa Kritik Berasa

0

Posted by Unknown | Posted on 11:20 PTG | Posted in

sumber :-

Dialog Dewasa Kritik Berasa


MENJELANG ANWAR DIPENJARA, PAKATAN RAKYAT MULA BOIKOT PAS HJ HADI

Posted: 24 Oct 2014 06:30 PM PDT

Pemilihan tarikh mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Rakyat (PR) yang dijadualkan pada Isnin depan, 27 Oktober dilihat sebagai usaha mensabotaj kehadiran Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
Meyuarat PR yang bakal diadakan di bangunan parlimen, Kuala Lumpur, memilih tarikh sehari sebelum Ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menghadapi perbicaraan kes liwatnya di Mahkamah Persekutuan di Putrajaya.
Menurut The Malaysian Insider, berkemungkinan besar, Presiden PAS tidak dapat menyertai mesyuarat itu kerana beliau akan berada di Kuala Terengganu keesokan harinya, 28 Oktober, bagi menyertai satu perbicaraan di Mahkamah Tinggi.
"Saya rasa Tok Guru tidak akan ke Kuala Lumpur, kerana esoknya dia ada bicara di Kuala Terengganu," kata sumber yang rapat dengan beliau, lapor portal itu.
Abdul Hadi dijangka akan memberi keterangan di Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu pada tarikh tersebut susulan saman bekas calon PKR Bukit Besi, Mohd Shamsul Mat Amin, terhadapnya berkaitan dengan isu isu pil kuda.
Menurut The Malaysian Insider, Abdul Hadi tidak pernah menyertai mesyuarat PR sejak lebih setahun lalu.
"Ketika in,i Hadi masih berada di London. Beliau berlepas ke sana 14 Oktober lalu bersama beberapa ustaz bagi menyertai program di sana ketika Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak membentang Bajet 2015 Jumaat lepas.
"Tindakan beliau tidak menyertai sidang yang dianggap paling penting sebagai seorang ahli Parlimen itu dikritik hebat pelbagai pihak, khasnya pengguna media sosial.
"Beliau disifatkan sebagai 'ponteng' tugasannya sebagai ahli Parlimen yang dipilih pengundi kawasannya di Marang," lapor portal itu lagi.

Santai Pagi : Lagu KetUm.

Posted: 24 Oct 2014 04:30 PM PDT



Apa dah jadi dengan Si KetUm?

Adakah rakyat Malaysia masih ada yang 'mabuk KetUm' atau ramai yang tahu sifat azali si KetUm?

Nak tahu apa sifat azali Si KetUm, sila klik di sini .

*Rasanya ramai yang dah meluat kot....



TABIAT KES ANWAR BERLIKU KATA MUJAHID

Posted: 24 Oct 2014 05:00 AM PDT

Abdul Rahman Abdul Talib, pemilih facebook Tulang Besi Malaysiawavesmempersoalkan cara publisiti kes saman Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada 28 Oktober ini seolah-olah bertujuan mahu mengalih solidariti terhadap kes saman Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Kata Tulang Besi berdasarkan sumber peguam PAS, Zulhazmi Shariff kes saman Abul Hadi masih di peringkat memberi keterangan dan bukannya peringkat mahkamah membuat keputusan seperti mana yang cuba digambarkan.
"Saja nak alihkan crowd dari solidariti Anwar?," soal Tulang Besi.
Semalam, Ahli Parlimen Parit Buntar, Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa dilaporkan FMT berkata tidak timbul isu di antara menyebelahi Anwar atau Abdul Hadi pada 28 Oktober ini yang dihadapkan ke mahkamah pada tarikh yang sama namun tempat yang berbeza.
Menurutnya, kronologi kes di antara Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan juga Presiden PAS adalah sangat berbeza.
"Kes Anwar ini sudah berlangsung selama bertahun-tahun, melibatkan isu-isu tentang keadilan, isu kehakiman dan juga isu pendakwaan yang terpilih.
"Maknanya tabiat kes Anwar ini cukup berliku dan ini berbeza dengan tabiat dan kes Presiden PAS," katanya ketika dihubungi FMT.
Jelasnya, motif hukuman juga tidak sama.
"Anwar sudah sampai ke tahap rayuan yang merupakan jalan terakhir.
"Manakala Presiden saya, dia diminta hadir ke mahkamah mengenai pertuduhan yang dikatakan fitnah terhadapnya," ujar beliau lagi.
Walau bagaimanapun, Mujahid tidak menafikan bahawa Anwar dan Hadi merupakan pemimpin besar di dalam Pakatan Rakyat (PR).
Mujahid turut membayangkan bahawa kemungkinan pemimpin PAS dari Pantai Timur akan turun ke Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu manakala pemimpin lain akan berada di Kuala Lumpur bagi menghadiri persidangan di Parlimen dan juga memberi sokongan kepada Anwar.
Namun demikian Mujahid tidak menyatakan sama ada beliau akan menghadiri kes Anwar ataupun Hadi.
"Saya belum buat apa-apa keputusan. Implikasi di Kuala Lumpur dan di Terengganu juga berbeza. Kita kena faham.
"Saya berasakan saya kalau dapat hadiri di kedua-dua tempat adalah lebih baik. Tetapi apakan daya saya tidak boleh berada di dua tempat yang sama," ujar beliau.
Pada 28 Oktober ini, Abdul Hadi akan menghadiri perbicaraan kes saman fitnah oleh calon PKR Mohd Shamsul Mat Amin di Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu pada jam 9 pagi. Manakala Anwar akan menghadiri Mahkamah Tinggi Putrajaya bagi tuduhan liwatnya.

DI MANA SOLIDARITI PKR UNTUK HADI ?

Posted: 24 Oct 2014 03:00 AM PDT


Facebook pro ulama, El Haraki bertanyakan di manakah solidariti PKR ketika PAS berada dalam kesusahan terutamanya ketika Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang disaman ahli PKR berkaitan dengan isu pil kuda.

"Mana PKR waktu PAS jatuh ? Mana PKR masa Hadi disaman ahli PKR. Di mana PKR masa PAS bertanding PRK. Mana PKR masa Hadi Awang dimaki ahli PKR ? Mana PKR, masa PAS dihina DAP. Mana ?

"Kenapa PAS sahaja yang kena ikut PKR, tapi bila PKR ada masalah baru nak cari PAS ?" soalnya.

Persoalan-persoalan itu ditanya sebagai menjawab kenyataan twitter "keADILan Rakyat" yang berbunyi; "Kurang ajar !! Sepatutnya PAS bersama DSAI untuk tegakkan keadilan !!. Mana komitmen PAS dalam PR ?"

Menjawab kenyataan itu, El Haraki menyiarkan tulisan Ibrahim Ani seperti berikut :

Salam perjuangan buat semua pejuang-pejuang Islam yang dirahmati Allah. Mudah-mudahan segala gerak kerja memenangkan Islam yang kita jalankan diberkati dan diredhai Allah. Buat ahli dan pimpinan PKR pula salam perkenalan kami ucapkan. Moga kalian akan beroleh hidayah dari Allah dalam menerukan kehidupan sebagai seorang hamba. Hadirnya warkah bisu ini adalah kerana timbul rasa kesal dan kecewa terhadap tindakan biadap ahli dan pimpinan kamu kepada Tuan Guru Presiden kami.

Apabila terbaca"tweet" biadap daripada twitter "keADILan Rakyat" terhadap poster yang dikeluarkan oleh pejuang-pejuang kami, maka hati ini amat marah dan kesal dengan "tweet" biadap tersebut. Betapa geram dan bencinya membawa "tweet" tersebut pabila anda menggelarkan kami sebagai "kurang ajar" apabila kami ingin bersolidariti membela Tuan Guru Presiden kami.

Di mana salah kami? Apakah salah kami? Mana satukah sifat kurang ajar yang kami tunjukkan kepada PKR? Siapakah Presiden kami? Di mana salahnya kami membela Presiden kami? Siapakah kamu wahai PKR sesuka hati kamu hendak menghalang kami daripada bersolidariti kepada murabbi kami? Atau kamu takut dan tergugat jika kebenaran berpihak kepada Tuan Guru Presiden kami?

Itulah deretan soalan yang bermain di minda ini apabila terbaca "tweet" biadap tersebut. Dengarlah wahai PKR, Presiden kami bukanlah Anwar Ibrahim tetapi presiden kami ialah Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang. Andai kamu mengatakan membela Anwar Ibrahim adalah satu yang wajib demi keadilan rakyat, maka ketahuilah kalian bahawasanya membela TGHH adalah juga keadilan rakyat dan keadilan jamaah ataupun parti. Anwar Ibrahim berdepan dengan fitnah peribadi daripada UMNO, tetapi TGHH dan PAS berdepan tuduhan biadap daripada PKR iaitu kalian sendiri. Cukup tidak malunya kalian membuat onar dan kejahatan kepada kami. Maka bila kami menangkis onar kejahatan kamu itu, kamu mengatakan kami adalah golongan "kurang ajar" dan tidak berkomitmen membela keadilan. Walhal politik keji kalianlah yang cuba menjahanamkan kami.

Kami sudah muak dengan slogan dan laungan retorik kalian. "Refomasi" , "ini kalilah" dan pelbagai lagi slogan serta laungan palsu kalian yang langsung tidak punya roh perjuangan bagi kami. Bagi kami perjuangan pimpinan kamu pada 28 Oktober ini hanyalah perjuangan peribadi Anwar Ibrahim yang tidak perlu untuk kami campur tangan di dalamnya, melainkan TGHH memberi arahan kepada kami semua yakni ahli PAS. Biarlah anak beranak Anwar Ibrahim yang selesaikan isu tersebut. Kerana tiada satu kepentingan pun Anwar Ibrahim pada perjuangan kami kerana Anwar Ibrahim pastinya akan mati kembali kepada Allah. Sedangkan PAS yang memperjuangkan Islam ini tidak akan mati, kerana Islam itu dipelihara oleh Allah. Juga untuk pengetahuan kalian 28 Oktober ini bagi kami adalah satu perjuangan untuk menentang onar dan fitnah yang ditabur kepada Islam. TGHH berdepan dengan kebiadapan PKR yang kononnya "rakan" dalam Pakatan Rakyat.

Usah ditanya di mana ahli PAS 28 Oktober ini kerana kami semua akan berada di Mahkamah Kuala Terengganu. Usah dipertikai komitmen kami akan tetapi koreksilah diri kalian sendiri dengan soalan-soalan ini :

1- Di mana PKR waktu PAS jatuh tersungkur?

2- Di manakah PKR tatkalama TGHH disaman oleh ahli PKR sendiri?

3- Di manakah PKR semasa PAS bertanding dalam pilihanraya kecil (PRK)?

4- Di manakah PKR sewaktu TGHH dihentam dan dilanyak oleh pimpinan dan ahli PKR?

5- Di manakah PKR tatkalamana PAS dan TGHH dibantai habis-habisan oleh DAP mahupun UMNO dan BN?

6- Mengapakah PAS sahaja yang perlu ikut PKR tapi bila PKR ada masalah baru nak cari PAS?

Sekarang siapa yang kurang ajar? Kamu atau kami?

Dalam masa yang sama PasMa muncul membela kamu. Inilah hasil didikan kalian wahai PKR. Kalian berjaya melahirkan ahli kalian bertopengkan PAS dalam jamaah kami. Kalian berjaya membentuk pimpinan PasMa yang wala' dan patuhnya pada Anwar Ibrahim bukannya kepada TGHH. Kalian berjaya membina jamaah kalian atas nama PasMa membawa suara dan wadah kalian di dalam mesyuarat-mesyuarat kami. Syabas dan tahniah atas kerja jahat kalian yang berjaya melatih PasMa ibarat "duri dalam daging" yang beracun kepada kami.

Hanya pada Allah kami berserah diri. Berdepan dengan kebiadapan PKR dan PasMa mutakhir ini. Sudah pasti 28 Oktober nanti kami akan menuntut bela terhadap kejahatan kalian. Kebenaran yang diperjuangkan oleh kami ini akan menghadirkan malapetaka dan mimpi ngeri kepada kamu nanti. Allah jualah sebaik-baik pelindung bagi kami.

"Anak Muda Bersama Kepimpinan Ulamak"

IBRAHIM ANI

Anak Muda Baling
24 Oktober 2014

AZMIN LEBIH SUKA JIKA ANWAR DIPENJARA ?

Posted: 24 Oct 2014 01:00 AM PDT



Menteri Besar Selangor, Mohamad Azmin Ali lebih suka Datuk Seri Anwar Ibrahim dipenjara, lapor Malaysia Gazette yang memetik kata-kata CheguBard dalam sidang media hari ini.

CheguBard atau nama sebenarnya Badrul Hisham Saharin dilaporkan Malaysia Gazette berkata jika Anwar kembali dipenjarakan, pada saat itu Azmin akan merampas pucuk pimpinan PKR.

Aktivis PKR yang kini digantung parti, CheguBard mendakwa Azmin sudah bersedia untuk itu termasuk menyediakan kader-kadernya dipelbagai jawatan parti wakil di negeri-negeri.

Beliau mendakwa jika ia berlaku, CheguBard tidak menolak kemungkinan berlaku 'pembunuhan politik' beramai-ramai dalam PKR oleh kartel yang diketuai Azmin.

"Bukanlah rahsia Timbalan Presiden PKR (Azmin) sedang memperkukuhkan kedudukan bagi mengambil alih parti dan hanya menanti keputusan kes memenjarakan Anwar.

"Orang-orangnya disusun dari peringkat tinggi hingga ke peringkat cabang. Ramai dalam parti sudah sedar bagaimana dia menyasarkan kerusi presiden dalam pemilihan lepas dan hanya berundur setelah Anwar sendiri turut menghantar borang pencalonan.

"Bayangkan jika keputusan membebaskan Anwar maka ia seolah-olah anti klimaks kepada kartel Azmin ini," ujarnya.

Menurutnya, 'pembunuhan' beramai-ramai itu tidak mustahil dilakukan Azmin sekiranya dilihat pada kelicikannya melobi jawatan Menteri Besar Selangor sehingga meminggirkan Presiden PKR, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail.






CheguBard yang turut dilaporkan Astro Awani turut mempertikai 'keistimewaan' yang dimiliki Azmin dalam parti itu.

Dengan mengambil situasinya yang digantung keahliannya kerana mendedahkan penyelewengan pemilihan parti yang berkait dengan Azmin, Menteri Besar Selangor itu dilihat lebih disayangi di dalam situasi yang disifatkan sama dengannya.

"Saya jawab tuduhan dengan menggunakan media dan digantung. Apabila anggota bawahan menggunakan media dianggap salah.

"Tetapi apabila Azmin menggunakan media dan menyerang Presiden PKR, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail … tiada sebarang tindakan dibuat.

"Kalau hendak ambil tindakan ke atas saya, sila ambil tindakan kepada Azmin dahulu," katanya

Chegubard yang juga Ketua Penyelaras Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) mendakwa kemelut pertukaran MB Selangor turut dilihat berpunca daripada Azmin sendiri.

"Memang sejak awal dia impikan jawatan itu, dia yang menyusun sentimen mempertikaikan pentadbiran menteri besar sebelum ini.

"Azmin yang menggunakan media dan memulakan serangan peribadi kepada Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan melobi untuk jawatan itu," ujarnya.


MIMPI SENJA

0

Posted by Unknown | Posted on 11:17 PTG | Posted in

sumber :-

MIMPI SENJA


AWAS WANITA Hati-Hati : Dipukau, rugi lebih RM90,000

Posted: 24 Oct 2014 10:51 PM PDT


SHAH ALAM - Seorang wanita mendakwa dipukau seorang lelaki berwajah Arab, di sebuah kompleks beli belah di Subang Jaya dengan kerugian dianggarkan lebih RM90,000.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Yahaya Ramli berkata, wanita itu yang baru tiba di kompleks berkenaan kira-kira jam 11.50 pagi dikatakan didatangi seorang individu tidak dikenali yang mengetuk cermin keretanya.

"Mangsa mendakwa hanya mendengar suspek berkata 'adik' dan tidak sedar apa yang berlaku selepas itu.

"Sebaik sedar wanita itu mendapati dirinya ditinggalkan sendirian di perhentian bas di Seksyen 27, Shah Alam. Semua barang peribadi termasuk telefon bimbit, dokumen pengenalan diri, wang tunai RM1,500 dan keretanya turut hilang," katanya, semalam.

Menurutnya, mangsa yang mendakwa dirinya dipukau juga tidak pasti apa yang berlaku sepanjang perjalanan ke Shah Alam termasuk laluan yang digunakan suspek.

Yahaya berkata, ketika kejadian, mangsa dikatakan sempat berbual-bual dengan suspek sebelum mengeluarkan wang tunai di mesin pengeluaran wang automatik (ATM) di kompleks berkenaan.

"Siasatan pada rakaman kamera litar tertutup (CCTV) mendapati mangsa berjalan sendirian menuju ke ATM di tingkat tiga kompleks berkenaan," katanya.

Beliau berkata, rakaman CCTV itu turut menunjukkan imej dua orang berada dalam kereta mangsa jenis Honda Jazz, keluar dari kawasan tempat letak kereta kira-kira jam 1.45 petang.

"Bagaimanapun wajah suspek dan mangsa tidak jelas pada CCTV itu. Siasatan diteruskan bagi menjejaki suspek.

"Suspek dikatakan bertubuh gempal dan mempunyai ketinggian enam kaki selain berkulit cerah dan berjambang.

"Ketika kejadian, suspek dipercayai memakai kemeja T berlengan pendek, berwarna merah," katanya.

Mahkamah Rayuan Kekalkan Penjara 15 Tahun Bekas Guru Rogol Pelajar

Posted: 24 Oct 2014 08:29 PM PDT



PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan hari ini mengekalkan sabitan, hukuman penjara 15 tahun dan empat sebatan dengan rotan terhadap seorang bekas guru disiplin bagi kesalahan merogol pelajar perempuan 15 tahun kira-kira tiga tahun lepas.

Panel hakim tiga anggota dipengerusikan Presiden Mahkamah Rayuan Tan Sri Md Raus Sharif sebulat suara menolak rayuan Ahmad Shukran Ramli terhadap sabitannya, memutuskan terdapat bukti kukuh terhadapnya.


Beliau juga berkata mahkamah tidak mempunyai alasan untuk menganggu keputusan penjara diputuskan Mahkamah Sesyen dan dikekalkan oleh Mahkamah Tinggi kerana Ahmad Shukran merupakan guru pada ketika kejadian itu dan mangsa ialah pelajarnya.

"Ini adalah jenayah serius," kata Hakim Md Raus, yang turut menolak rayuan Ahmad Shukran bagi pengurangan tempoh penjara.

Dua lagi hakim yang bersidang ialah hakim Mahkamah Rayuan Datuk Mohamad Ariff Md Yusof dan Datuk Tengku Maimun Tuan Mat.

Ahmad Shukran dituduh merogol pelajar perempuan itu di sebuah bilik tidur di kuarters guru di sebuah sekolah menengah di Pahang pada 3.30 petang, 5 Mei 2011.

Pada 19 Mac tahun lepas, Mahkamah Sesyen mendapatinya bersalah dan menjatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan empat sebatan dengan rotan.

Mahkamah Tinggi menolak rayuannya dan mengekalkan keputusan Mahkamah Sesyen pada 17 Sept tahun lepas.

Menurut fakta kes, Ahmad Shukran telah menelefon ibu pelajar itu untuk membenarkan pelajar itu pergi ke kuartersnya untuk menyiapkan kerja projek bagi kelab seni sekolah itu.

Ibu pelajar itu pada awalnya enggan membenarkan anaknya pergi tetapi Ahmad Shukran memberitahunya pelajar lain akan turut serta berada di kuarters.

Dia kemudian meminta seorang daripada kawan pelajar itu pergi ke rumah pelajar itu untuk menjemputnya dan membawanya ke kuarters itu, dan merogolnya.

Ahmad Shukran diwakili peguam G. Nanda Goban manakala pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Kee Wei Lon.

Mangsa rogol insaf selepas hamil

Posted: 24 Oct 2014 07:38 AM PDT

  • Suriyani (kanan) menceritakan pengalaman hidupnya kepada salah seorang pegawai Majlis Agama Islam Selangor (Mais) pada Program Hari Kecemerlangan Baitul Ehsan.Suriyani (kanan) menceritakan pengalaman hidupnya kepada salah seorang pegawai Majlis Agama Islam Selangor (Mais) pada Program Hari Kecemerlangan Baitul Ehsan.
 1 / 1 
SABAK BERNAM - "Bayangkan saya hamil sewaktu saya tingkatan tiga, macam mana saya nak rahsiakannya daripada ibu bapa sedangkan perut makin membesar," kata Suriyani (bukan nama sebenar), 21.

Suriyani yang kini menuntut di sebuah Institusi Pengajian Tinggi (IPT) berkata, peristiwa lima tahun lalu itu masih segar di ingatan setelah disahkan hamil selepas dirogol seorang lelaki tidak dikenali di sebuah jirat Cina.

Menurutnya, kejadian itu menjadi titik hitam dalam hidupnya selepas dia bersama rakan-rakannya berhibur sambil meneguk minuman keras sebelum dia dipelawa seorang lelaki menaiki sebuah kereta.


"Saya tak sedar apa yang berlaku waktu tu kerana mabuk, sebaik sedar saya dah berada di kubur Cina. Ketika itu rasa dunia ini kelam selepas dirogol dan dibiarkan di kubur," katanya kepada Sinar Harian.

Suriyani memberitahu, sebulan selepas kejadian itu, dia mula merasakan perubahan pada dirinya akibat sering kali ke tandas kerana mengalami muntah yang teruk terutama ketika sedang belajar di dalam kelas.

"Saya merahsiakan kehamilan ini hingga kandungan berusia sembilan bulan sebelum seorang guru kaunseling menegur saya dan meminta saya berdiri sambil menyuruh saya memegang perut.

"Saya hanya menangis dan memberitahu saya mengandung sembilan bulan sebelum dia membawa saya berjumpa dengan pengetua yang baru dua hari melapor diri di sekolah berkenaan," katanya.

Menurut anak bongsu dari tujuh beradik itu, ibu bapanya hanya mengetahui dia hamil setelah dia dimasukkan ke sebuah hospital kerajaan pada 13 Mac 2010 dan selamat melahirkan seorang bayi lelaki dua hari selepas itu.

"Memang ibu bapa saya amat kecewa selepas mengetahui saya lahirkan anak luar nikah, tapi apa boleh buat, nasi dah jadi bubur, cuma mereka tak putus-putus beri perangsang kepada saya untuk teruskan hidup," katanya.

Bagaimanapun, sikapnya yang suka berfoya-foya dengan rakan-rakan masih diteruskan selepas habis berpantang hinggalah dia terpaksa mengambil keputusan untuk berhenti sekolah dan pindah ke sebuah sekolah baharu.

"Saya mula pergi kelab malam dan minum arak sejak tingkatan satu lagi. Semuanya kerana pengaruh rakan-rakan. Saya rasa segala tekanan hilang setiap kali berjumpa dengan rakan-rakan," katanya.

Menurutnya, dia hanya bersekolah selama dua minggu di sekolah baharu sebelum dia dibawa ibu bapanya menjalani rawatan pemulihan di Pusat Perlindungan Wanita Baitul Ehsan Sabak Bernam.

"Pada mulanya memang saya tak nak datang ke sini kerana tak bebas, tapi selepas tinggal beberapa minggu, saya rasa seronok dan jiwa semakin tenang selain tekad untuk berubah," katanya.

Selepas keluar dari pusat perlindungan wanita itu, Suriyani kemudiannya belajar di sebuah sekolah aliran agama swasta dan menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) setahun lewat daripada rakan-rakan seusianya.

"Saya insaf dan bergaul dengan rakan-rakan yang baik di sekolah agama dan kemudiannya menyambung pengajian di sebuah IPT di Melaka dan berhenti sebelum menyambung pengajian peringkat asasi dan ijazah di kolej sekarang," katanya.

Bagaimanapun, dia bersyukur kerana keluarganya dapat menerima dirinya, malah anak yang dilahirkannya itu yang kini berusia lima tahun dijaga baik kakak sulungnya.

"Saya berharap walaupun anak saya bukan anak sah taraf,  dia boleh jadi pemimpin yang baik suatu hari nanti.

"Saya sebenarnya malu dengan diri sendiri bagaimana nak bagi tahu dia adalah anak saya, sedangkan dia menganggap saya makciknya, saya harap dia dapat memaafkan kesalahan yang saya lakukan," katanya.

3 PKR DAN 2 DAP U TURN SELEPAS SOKONG DSWA

Posted: 24 Oct 2014 05:06 AM PDT

KENYATAAN TERBUKA


1.       Kenyataan saya bertarikh 13 September 2014 (sila klik)  langsung tidak dijawab YB Azmin Ali jelas hari ini semua tuduhan saya benar dan semua telahan saya dalam kenyataan tersebut menjadi nyata. Sedihnya PKR, PR telah dipermainkan hanya kerana cita – cita rakus seorang ahli politik sejati dan lebih malang lagi seorang yang digelar ibu gerakan reformasi, YB Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail,Presiden parti dimalukan oleh Azmin Ali.

2.       Terbaru saya telah dimaklumkan mengenai bagaimana 5 orang ADUN (2 DAP 3 PKR) selepas beberapa hari mengikrarkan sokongan kepada Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail telah membuat satu surat sumpah berbeza. Masing masing menarik sokongan ke atas Dr. Wan Azizah Wan Ismail dan kononya taat setia dengan pilihan siapa juga yang dipilih DYMM Sultan Selangor. Maka muncul persoalan ; Siapa yang berusaha menyediakan SD yang dilihat seragam format dan ayatnya ? Adakah ini termasuk dalam usaha lobi Azmin untuk menjadi MB ?

3.       Dalam kenyataan saya bertarikh 13 September 2014 jelas menyatakan dan selepas Azmin menjadi MB telah terbukti sememangnya Azmin telah melanggar disiplin parti Parti telah menegaskan berkali kali hanya satu calon bakal MB tetapi Azmin dengan jelas juga telah tidak mempedulikan keputusan parti dengan terus melobi diri untuk menjadi MB. Kerana usaha lobinya beliau tidak peduli memalukan Presiden parti sendiri juga sehingga Datuk Seri Anwar Ibrahim sendiri digelar pengkhianat dan penderhaka.

4.       Jelas PAS menghantar 3 nama tidak terkandung nama Azmin dan DAP  serta PKR menghantar satu nama yang jelas bukan Azmin. Siapa yang menghantar nama Azmin kalau bukan dia melobi diri sendiri. Ini bukan pelik kerana selepas PRU 2008 ketika PR (PAS PKR dan DAP) bersetuju hanya satu nama sebagai calon MB dia telah menghantar nama sendiri ke Istana melalui surat Badan Perhubungan PKR Selangor

5.       Akhirnya rakyat menyaksikan parti gerakan reformasi tersungkur di depan kuasa feudal. Tetapi ramai tidak mengetahui mengenai lobi diri sendiri azmin ali dan kewujudan akuan bersumpah 2 adun DAP dan 3 adun PKR terhadap Dr.Wan Azizah  yang digunakan dalam usaha melobi Istana pada ketika itu. Jika ini benar maka sewajarnya Istana tidak harus dipersalahkan. Salahnya ialah PKR mempunyai seorang Timbalan Presiden yang jelas tidak punya disiplin parti, tidak mampu bergerak secara organisasi dengan mempertahankan keputusan bersama hanya kerana rakus dan tamak dalam mengejar cita cita peribadi.

6.       Lobi diri sendiri dan sengaja tidak akur keputusan mesyuarat ialah pelanggaran disiplin parti. Persoalanya apa tindakan disiplin parti ? Adakah Azmin begitu berkuasa kerana bukan sahaja dia dengan jelas dan sengaja tidak akur keputusan parti tetapi mampu pula membuat parti u turn dan mengikut kehendak dia ? 

7.       Jika PKR mampu 'deal' dengan pemimpin yang tidak berdisiplin dan tidak ikut arahan parti, mengapa PKR perlu memecat Tan Sri Khalid Ibrahim atas alasan tidak mengikut arahan parti ? Adakah PKR mengamalkan 2 set undang – undang berbeza, satu untuk anggota biasa dan satu set undang- undang untuk mereka yang istimewa ?

8.       Mengenai 3 ADUN PKR yang menandatangani SD menarik sokongan pada Dr. Wan Azizah jika parti memberi jaminan akan mengambil tindakan serius (jika benar) saya sedia memberikan semua bukti yang ada pada saya kepada lembaga disiplin parti.

9.       Dalam perkembangan yang hampir sama awal lagi terdedah konon wujud pula satu lagi SD lain yang menyebut nama ADUN Sri Andalas mengenai menarik sokongan terhadap Presiden PKR selaku MB malah wujud pula sekeping surat rasmi yang konon menyatakan dia keluar parti kerana kecewa. Beliau telah menafikan semua ini dan menyatakan telah membuat laporan polis. Namun ramai terus mempercayai ada kemungkinan dokumen – dokumen tersebut mungkin benar. Di sini YB Xavier diminta menamakan balai mana, tarikh , masa dan no. report laporan polisnya yang menafikan SD menarik sokongan terhadap Wan Azizah dan surat konon meletakkan jawatan itu palsu ? Dia kini bertaraf Naib Presiden PKR sudah tentu dia perlu tampil menafikan perkara sebegini.

10.   PKR sendiri termasuk Azmin sendiri harus tampil menjawab persoalan ini. Jika tidak jelas hanya kerana cita – cita politik maka seluruh anggota PR, anggota parti komponen lain dalam PR serta penyokong dan seluruh rakyat dipergunakan.

Sekian .


cheGuBard
Anggota Seumur Hidup (digantung)
Parti Keadilan Rakyat (PKR)

Tunku Mahkota Johor - Cik Puan Khaleeda Sah Suami Isteri [Gambar2]

Posted: 24 Oct 2014 01:38 AM PDT

20141024-134225.jpg
Alhamdulillah, sebentar tadi di Istana Bukit Serene, Johor Bahru telah berlangsungnya majlis pernikahan Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim, 30 sah dengan Cik Khaleeda Bustamam, 21. Selain itu juga, ketibaan Tunku Ismail di Istana Bukit Serene jam 10 pagi tadi diiringi dengan ketibaan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar bersama Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah.
Istiadat pernikahan dilaksanakan oleh Mufti Johor, Datuk Mohd Tahrir Samsudin selepas istiadat pertunangan dan majlis hantaran. Istiadat persandingan pula akan diadakan di Istana Besar Johor pada pukul 7.30 malam, 8 November ini dengan dihadiri kira-kira 1,200 tetamu.
Beberapa pemain pasukan naungan Tunku Ismail, Johor Darul Takzim (JDT), seperti Aidil Zafuan dan Syafiq Rahim antara yang hadir di majlis tersebut.
Sungguh sederhana majlis pernikahan TMJ dan juga Cik Khaleeda dengan dihadiri kenalan terapat. Jom lihat gambar-gambar semasa majlis pernikahan itu berlangsung.
Sumber : Berita Harian, Astro Awani, Foto Instagram Aidil Zafuan dan juga Laman Twitter LuaskanKuasa
20141024-134236.jpg
20141024-134231.jpg
20141024-134247.jpg
20141024-143503.jpg
20141024-143509.jpg
20141024-143516.jpg
20141024-143522.jpg
20141024-143531.jpg

Video lucah Ustaz Azhar Idrus?

Posted: 24 Oct 2014 12:37 AM PDT


AZHAR enggan memberi sebarang komen kepada wartawan selepas berceramah di Masjid At-Taqwa, Batu Enam, Kuala Terengganu malam tadi.


KUALA LUMPUR – Beberapa pihak menyarankan pendakwah terkenal, Ustaz Azhar Idrus, 50, tampil membuat laporan polis bagi membersihkan nama beliau ekoran penyebaran rakaman video lucah seorang lelaki mirip wajahnya di internet semalam.
Pengerusi Pertubuhan Sukarelawan Peguam Malaysia, Datuk Khairul Anwar Rahmat berkata, Azhar juga perlu melaporkan kejadian itu kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) kerana pihak berkenaan memiliki kepakaran untuk mengesan dalang yang mula-mula menyebarkan video tersebut.
"Jika video itu palsu, pihak yang melakukan perbuatan itu boleh didakwa mengikut peruntukan undang-undang," katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.
Tambah Khairul Anwar, Azhar tidak perlu teragak-agak membuat laporan kepada pihak berkuasa kerana beliau merupakan seorang tokoh masyarakat serta pendakwah yang berpengaruh. Tindakan membuat laporan berkenaan dapat membersihkan nama beliau, terang Khairul Anwar.
Katanya lagi, penyebaran video tidak bermoral itu bukan melibatkan aspek undang-undang atau dosa pahala semata-mata, malah memberi kesan sosial kepada generasi muda yang mungkin cuba menirunya.
Gambar-gambar daripada klip video seks yang didakwa melibatkan lelaki mirip pendakwah itu dikatakan mula dimuat naik dalam sebuah blog kira-kira pukul 1 pagi semalam. Ia diikuti penyebaran video perlakuan seks berkenaan ke laman sosial termasuk WhatsApp. Video itu turut dimuat naik ke laman YouTube sejak petang semalam.