Followers

Nuffnang

Razlan's

0

Posted by Unknown | Posted on 11:15 PTG | Posted in

sumber :-

Razlan's


Bing Coupon For Bing Advertising

Posted: 23 Oct 2014 02:15 AM PDT

DLL Incorporation is providing Bing Voucher of 380$ and Bing 1500$ set at very affordable price. It works in new and old bing ads accounts. You can use these vouchers worldwide in any country.

We also provides Adwords Coupons for USA , Canada and India.

We provides web hosting and Web Designing Services at very cheap price. 

For more details call us at +91-8586875020

Skype id speakmeme email ceo@speakmeme.com


The Unspinners

0

Posted by Unknown | Posted on 11:13 PTG | Posted in

sumber :-

The Unspinners


Arah solat Jumaat tukar ke Ahad?

Posted: 23 Oct 2014 10:31 PM PDT


Murtad berlakun masih Islam rosakkan akidah dari dalam

Posted: 23 Oct 2014 08:36 PM PDT


Peniupan ide liberal dalam pemikiran orang islam di bandar adalah usaha terancang mereka

Fahami dan kenali puak Liberalisma Ugama

Posted: 23 Oct 2014 05:31 PM PDT







Dyana-Zairil dah honeymoon ke? Tiada nafi, jelas, saman, dan laporan polis ...

Posted: 23 Oct 2014 05:26 AM PDT


Isteri Zairil pun tak muncul kata apa-apa. Dalam hal begini, kenyataan dari isteri Zairil pun boleh bantu menyejukkan keadaan ....

Mungkinkah ada betul cerita ini SINI?

Pembantu kata UAI difitnah puak liberal anti-ulamak

Posted: 23 Oct 2014 02:34 AM PDT


'Niat jahat jatuhkan ulama'

Kuala Terengganu: Penyebaran video lucah di laman sosial yang kononnya mengaitkan pendakwah dan penceramah terkenal, Ustaz Azhar Idrus (UAI) hanyalah niat jahat pihak tertentu untuk menjatuhkan golongan ulama di negara ini.

Sambil menafikan pelaku dalam video lucah yang sudah tersebar luas itu adalah UAI, pembantunya Zulkifli Wahab berkata, ia adalah usaha terancang pihak tertentu untuk menjatuhkan golongan ulama selain cuba menggagalkan usaha penyebaran dakwah di kalangan umat Islam di negara ini.


"Bukan... jangan percaya.. itu adalah usaha terancang pihak tertentu untuk menjatuhkan bukan saja UAI tetapi juga golongan ulama di negara ini.

"Kebelakangan ini seperti sudah wujud trend untuk menjatuhkan golongan ustaz dan ulama ini.

"Ini kerana pihak yang berkenaan seperti tidak senang duduk apabila melihat masyarakat Islam di Malaysia sekarang semakin suka dan rajin ke majlis ilmu hingga program ceramah agama dan dakwah sudah menjadi fenomena sekarang.

"Justeru, pihak tertentu sengaja merancang usaha kotor ini untuk menjatuhkan ulama dan memesongkan akidah umat Islam di negara ini.

"Ia termasuklah program 'I Want To Touch A Dog' di ibu kota baru-baru ini.

"Mereka akan buat apa saja untuk merosakkan umat Islam," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Ditanya penerimaan UAI mengenai penyebaran video lucah mirip dirinya itu, Zulkifli berkata, UAI masih meneruskan program ceramah seperti biasa dan tidak terjejas dengan penyebaran video palsu itu.

ARTIKEL INI DISIARKAN PADA :
23 OCTOBER 2014 @ 2:39 PM

- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/3611?m=1#sthash.5wO92bY5.dpuf

-----------------------------

Pembantu UAI seolah-olah menyalahkan puak-puak islam liberal dan mereka yang menentang ulamak.

Jangan pula orang PAS tertipu dengan permainan Anwar dan puak Islam liberal yang percaya video Azhar Idrus disebarkan oleh orang UMNO.

Lalu datang ke Putrajaya ramai-ramai untuk sokong Anwar Ibrahim.

Padahal ejen-ejen IIIT Anwar dalam UMNO dan PAS sudah rancang untuk konsolidasi kuasa politik mereka dalam satu parti Melayu Islam baru. Baca Unspinners SINI.

Puak-puak PAS ini lupa bahawa DAP dan PKR mahu terajang PAS keluar Pakatan.


Di Sarawak, DAP Sarwak terang-terang tak mahu bersama PAS dan kononnya PKR. Mereka buat isu dakwah Islam sebagai isu politik. Seolah-olah gereja Evangelical tak bersungguh-sungguh memurtadkan orang ISlam hingga katanya seorang paderi boleh murtadkan 2 ke 3 orang seminggu.


Dahlah tu, puak-puak Bar Council dibawah NGO baru pula menentang peraturan Islam yang mahu dijalankan oleh PAS kelantan.

PAS pasti turun sokong Anwar... baca blog TFK dan Bulletin Sengal SINi dan SINI.

Otak PAS Piss Pus yang kaki putarbelit mana pernah konsisten. Belitlah kamu sampai masuk neraka ....

Belantan

0

Posted by Unknown | Posted on 11:04 PTG | Posted in

sumber :-

Belantan


Pas kata PasMa seperti kemuncup?

Posted: 23 Oct 2014 08:23 PM PDT


Pas menyifatkan Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (Pasma) sebagai 'kemuncup' yang tidak memberi kesan besar dalam perjuangan Pas bagi merealisasikan hasrat parti itu dalam pilihan raya umum akan datang.

Timbalan Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional Pas Terengganu, Wan Azhar Wan Ahmad berkata, Pasma bukanlah musuh yang perlu diberi tumpuan sebaliknya fokus utama mereka adalah menumbangkan Umno dan BN.

Menurutnya, Pasma tidak memberi kesan besar kepada parti itu sekalipun pemimpin NGO itu lebih suka mengkritik kepimpinan Pas secara terbuka.

"Kita tidak ambil Pasma sebagai sesuatu yang serius sebab ia bukan ancaman politik tetapi hanyalah kemuncup yang hadir sepanjang perjalanan kita.

"Dia hanya bersifat gangguan tetapi bukan ancaman besar," katanya.

Diminta mengulas mengenai PKR Terengganu yang mengalu-alukan Pasma, Wan Azhar menjelaskan, tidak semua pandangan Pas selari dengan rakan pakatan, begitu juga dengan Pasma yang dianggap sebagai perosak dari dalam.

Tidak menafikan perbezaan pendapat dengan PKR wujud, beliau yang juga Yang Dipertua Pas Kawasan Besut berkata, isu dasar dalam Pas juga tidak sama dengan PKR dan DAP.

Bukan dari sudut penubuhan Pasma sahaja katanya, isu hudud sebelum ini pun turut memperlihatkan perbezaan pendapat apalagi Pas melihat ia keperluan tetapi parti lain dalam PR menganggap sebaliknya.

"Ada perkara yang disepakati tetapi dari sudut perbezaan ini kita turut meraikan perbezaan pendapat," katanya.

Sementara itu, mengulas tindakan pihaknya terhadap Ahli Jawatankuasa Pas Kawasan Besut yang didakwa terlibat dengan Pasma sebelum ini, Wan Azhar berkata, pihaknya sudahpun mengambil langkah mengumpul bukti dan menghantar laporan kepada Badan
Perhubungan Pas Terengganu.

Menurutnya, pihak mempunyai bukti bergambar dan juga rakaman video berhubung kehadiran pemimpin tersebut pada majlis pelancaran Pasma di Besut baru-baru ini.

Suara Politik
Belantan

Anwar sepatutnya bersara dari politik?

Posted: 23 Oct 2014 07:09 AM PDT


Kumpulan belia yang cenderung pada Pakatan Rakyat, Lensa Anak Muda Malaysia (LENSA) menggesa agar ketua pembangkang, Anwar Ibrahim bersara dari politik.

Gesaan itu dibuat bagi menghadapi perhimpunan untuk menyokong Anwar, yang dipromosi dengan nama himpunan 'Rakyat Hakim Negara' yang akan diadakan pada akhir bulan ini.

Jurucakap LENSA, Ekhsan Bukharee berkata, rakyat tidak perlu diheret ke jalan raya setiap kali Anwar menghadapi kes di mahkamah.

Beliau juga mendakwa, semakin ramai yang menunjukkan sikap negatif ke atas bekas timbalan perdana menteri Umno itu.

"Apa yang amat kami harapkan ialah, demi rakyat, Datuk Seri bersaralah, berhijrahlah.

"Nyata semakin ramai yang tidak menggemari Datuk Seri. Jelas sekali modus operandinya sama dan berulang seperti tahun tahun terdahulu.


"Setiap kali Datuk Seri akan disumbat ke dalam penjara, maka setiap kali itulah rakyat akan diheret ke jalan raya.

"Datuk Seri, sampai bila rakyat akan terus terheret dalam semua ini?," soalnya dalam surat yang diperolehi Malaysiakini.

Menurutnya, Anwar perlu bersimpati dengan golongan penyokong yang sejak sekian lama menunjukkan solidariti bersama Anwar.

"Berhimpun, berkumpul, bersorak melaung-laungkan nama Datuk Seri.

"Sampai bila Datuk Seri ingin melihat rakyat berpanas, berkeringat di bawah panas matahari, hanya kerana bersolidariti bersama Datuk Seri," kata Ekhsan lagi.

Himpunan 'Rakyat Hakim Negara' anjuran sayap pemuda PKR, AMK itu diadakan pada tarikh keputusan rayuan terakhir Anwar di Mahkamah Persekutuan dalam kes Liwat II.

Suara Politik
Belantan

Dialog Dewasa Kritik Berasa

0

Posted by Unknown | Posted on 11:02 PTG | Posted in

sumber :-

Dialog Dewasa Kritik Berasa


LIM GUAN ENG TAHU AWAL ANWAR AKAN MASUK PENJARA

Posted: 23 Oct 2014 09:43 PM PDT





PKR PERLU KELUAR DARI KERANGKA-CENTRIC ANWAR

Posted: 23 Oct 2014 09:00 PM PDT



Menteri Besar Selangor berkata PKR harus bergerak ke hadapan dan keluar dari kerangka Anwar-centric untuk memastikan parti itu kekal relevan pada masa hadapan.

"Saya tidak mahu meramalkan apa yang berlaku pada 28 Oktober tetapi berharap mahkamah melihat fakta-fakta kes sebelum membuat keputusan.

"Tetapi apapun yang berlaku sekarang, perjuangan akan diteruskan. ini bukan perjuangan seorang insan tetapi perjuangan rakyat iaitu satu isu keadilan,"kata Azmin dalam wawancara eksklusif yang disiarkan akhbar Sinar Harian hari ini.

Beliau berkata demikian ketika ditanya wartawan apakah keputusan mahkamah terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim berkaitan kes liwatnya nanti akan menjejaskan penjuangan Pakatan Rakyat.

"Memang sebelum ini, ada andaian Parti Keadilan ini adalah Anwar centric-party. Memang pada 1998/99, kita memperjuangkan untuk kebebasan Anwar kerana beliau adalah simbol kezaliman dan rakyat bangkit dengan gerakan yang cukup besar dalam negara.

"Benar pada awalnya, kita perjuangkan Anwar tetapi selepas itu kita membincangkan isu-isu besar tentang keadilan rakyat," katanya.

Menyentuh tentang cadangan PKR melantik Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai Menteri Besar tidak berjaya sebaliknya beliau yang dilantik mengambil alih jawatan tersebut, Azmin berkata ia merupakan sebahagian proses demokrasi.

"Saya bukan baru dalam perjuangan reformasi. Saya bersama (Datuk Seri) Wan Azizah dalam gerakan reformasi sejak 1988 sehinggalah PR berkembang sehingga hari ini.

"Pelantikan yang diputuskan ini adalah mandat dari parti dan keputusan telah dibuat dan saya bersyukur krisis MB ini berakhir. Ramai yang menjangkakan krisis ini akan berlanjutan malah ramai yang terkejut termasuk juga rakan saya dari pihak yang di sebelah sana, mereka terkejut kerana krisis ini diselesaikan dalam keadaan harmoni.

"Sememangnya terdapat sedikit pandangan berbeza di kalangan kami, tetapi apa yang berlaku adalah sebahagian dari proses demokrasi, " katanya lagi.

PASMA MENCABAR PRESIDEN PAS ?

Posted: 23 Oct 2014 06:29 PM PDT



Ahli Parlimen Shah Alam, YB Khalid Samad berkata PAS sepatutnya menyokong PasMa dan bukannya melarang ahli-ahli menyertai NGO itu kerana matlamat kedua-dua organisasi itu hampir sama untuk menumbangkan UMNO dan Barisan Nasional.

"Matlamat utama di sebalik penubuhan PasMa, mengikut kata Presidennya, adalah untuk memastikan PAS kekal bersama PR.

"Sekiranya matlamat ini selari dengan matlamat pimpinan PAS, mengapa perlu menentang PasMa dan melarang ahli dari bersama PasMa?"

"Oleh kerana matlamat PasMa adalah sebenarnya selari dengan matlamat PAS seperti yang diputuskan dalam muktamar, iaitu istiqamah bersama PR, saya syorkan PAS membantu PasMa dan tidak sebaliknya. Lebih-lebih lagi mereka yang bersama PasMa kesemuanya orang PAS dari dulu lagi," tulisnya di dalam blog www.khalidsamad.com.

Kenyataan penuh Khalid Samad :

PAS dan PasMa: Perlukah Bertindak Melarang?

Saya mengikuti polemik berhubung PasMa yang berlarutan sekian lama dengan penuh hairan dan perasaan pelik. Perasaan hairan saya adalah mungkin kerana saya tidak memahami 'isu sebenar' di sebalik reaksi yang begitu negatif terhadap penubuhan PasMa. Mungkin akan ada yang mengatakan saya terlalu 'naif' sehingga tidak menyedari 'bahaya'nya PasMa. Mungkin juga akan ada yang berkata saya tidak marah kerana saya bersama mereka, seperti yang didakwa oleh pihak yang menyebar apa yang didakwa sebagai senarai AJK PasMa apabila ianya baru didaftarkan. Mengikut senarai itu, saya salah seorang Naib Presiden kalau tidak silap saya!

Biarlah mereka katakan apa yang ingin mereka katakan. Hakikatnya walau apa sekalipun, jenis yang ingin mengata akan terus mengata. Mungkin bagi mereka tiada makna hidup kalau tidak mengata!

Bagi saya, PasMa sebuah NGO yang telah mengisytiharkan dirinya bersama PAS dan PR. Mereka ingin menjatuhkan UMNO/BN dan menyumbang kearah memperkukuhkan PR. Kalau dengan pengisytiharan sejelas itu pun kita masih ragu dan tentang, saya tidak mampu mengatakan apa-apa selain, "saya hairan".

Sebenarnya kalau mengikut perlembagaan PAS, tiada salah sekiranya ahli menjadi anggota mana-mana NGO. Malahan berkerjasama dengan NGO adalah di antara kegiatan yang dinyatakan dalam perlembagaan PAS. Kecuali sekiranya NGO tersebut mempunyai matlamat yang bercanggah dengan PAS. Tetapi sekiranya NGO tersebut mempunyai matlamat yang sama atau tidak bercanggah, maka tiada masalah ianya menerima sokongan dan penyertaan dari ahli PAS.

ADAKAH MATLAMAT PASMA SELARI DENGAN MATLAMAT PAS?

Sekiranya ada pimpinan yang menentang penubuhan PasMa, jangan marah sekiranya rakyat mendakwa bahawa PAS ingin dibawa keluar dari PR oleh pimpinan tertentu.

Ini adalah kerana matlamat utama di sebalik penubuhan PasMa, mengikut kata Presidennya, adalah untuk menentukan PAS kekal bersama PR. Sekiranya matlamat ini selari dengan matlamat pimpinan PAS, mengapa perlu menentang PasMa dan melarang ahli dari bersama PasMa? Rakyat akan membuat kesimpulan bahawa pimpinan PAS melarang ahli menyertai PasMa dan mengikut programnya kerana matlamat PasMa bercanggah dengan matlamat pimpinan PAS! Dan mereka akan simpulkan bahawa matlamat pimpinan PAS adalah untuk membawa PAS keluar dari PR! Itu sahaja rasional yang mampu menjelaskan tindakan pimpinan yang melarang ahli PAS menyertai PasMa atau programnya.

Oleh itu, oleh kerana matlamat PasMa adalah sebenarnya selari dengan matlamat PAS seperti yang diputuskan dalam muktamar, iaitu Istiqamah bersama PR, saya syorkan PAS membantu PasMa dan tidak sebaliknya. Lebih-lebih lagi mereka yang bersama PasMa kesemuanya orang PAS dari dulu lagi.

TUDUHAN INGIN JATUHKAN PRESIDEN

Ada juga yang mengeluarkan pandangan bahawa PasMa ditubuhkan untuk menjatuhkan Presiden PAS! Entah dari mana datangnya andaian sebegitu pun saya tidak faham. Sedangkan Presiden PasMa sendiri menafikannya. Atau ada matlamat lain yang sebenarnya? Teori konspirasi lagi? Ini pun satu perkara yang tidak mampu saya katakan apa-apa kecuali "saya hairan".

Adakah mungkin sebuah NGO mampu menjatuhkan Presiden PAS? Sedangkan yang memilih Presiden adalah perwakilan parti berkenaan di muktamarnya. NGO tidak hadir dan tidak ada perwakilan NGO yang mengundi. Oleh itu tidak mungkin PasMa mampu menjatuhkan Presiden PAS.

Mungkin yang dimaksudkan ialah PasMa akan menyediakan saluran supaya Presiden PAS dikritik dan ditegur sehingga ahli PAS akan menolak kepimpinan beliau. Kalau itulah yang dimaksudkan, maka apa yang perlu dikhuatiri? Semestinya apa jua hujjah yang dikemukakan boleh dipatahkan oleh pimpinan PAS. Perlukah takut kepada usaha yang dilakukan secara terbuka? Lebih lebih lagi apabila pimpinan PAS turut dijemput hadir bersama dalam program PasMa.

Walaubagaimanapun, yang saya lebih takut dan khuatir ialah usaha secara diam-diam yang berjalan tanpa pengetahuan mereka yang dikritik dan diserang.

Kalau sekiranya PasMa ingin menyediakan platform supaya Presiden dan pimpinan PAS yang lain dikritik dan ditegur secara terbuka, saya syorkan supaya semua pimpinan melibatkan diri dalam program PasMa apabila dijemput. Pada ketika itu boleh diberikan penjelasan dan mempertahankan Presiden dan tindakan yang telah diambil. Sekiranya kritikan dan teguran itu bernas, maka diterima dan bawa ke perhatian pimpinan untuk memperbaiki dan perbetulkan bersama. Bagi saya, teguran dan kritikan terbuka tidak perlu ditakuti. Yang perlu ditakuti adalah pujian yang melampau-lampau yang menjadikan diri leka dan tidak sedar apabila melakukan kesilapan.

Begitu juga dengan kritikan dan teguran yang dilakukan secara senyap dan tanpa peluang membela diri. Ini akan menyebabkan amalan fitnah memfitnah, penanaman sikap benci-membenci, label-melabel dan berpuak-puak berlaku. Orang yang diserang dan dikritik pula tidak diberi peluang membela diri atau memberi penjelasan sebaliknya.

MENCABAR PRESIDEN

Ada yang kata akhirnya hasil usaha PasMa, kemungkinan akan ada yang mencabar Presiden di muktamar akan datang. Apa masalahnya? Terpulanglah pada ahli sekiranya ada yang ingin melakukannya. Ianya tidak salah dari segi perlembagaan dan adat berorganisasi. Kalau tiada PasMa sekalipun tidak mustahil ianya boleh berlaku.

Saya yakin Presiden boleh menghadapi siapa jua pencabarnya. Ada yang anggap sebaliknya? Ada yang anggap perwakilan akan sokong pihak yang mencabar? Mengapa?

KETERBUKAAN PAS TERHADAP KRITIKAN

Setahu saya selama ini PAS mempunyai dasar terbuka berhubung kritikan dan teguran. Kritikan dianggap sebagai salah satu sumber maklumat untuk PAS memperbaiki diri. Dan sememangnya PAS mengakui banyak lagi yang perlu diperbaiki. Maka kalau ada usaha untuk membuka ruang seluas mungkin untuk menyalurkan kritikan ahli dan rakyat terhadap PAS, maka PAS akan sambut usaha itu dengan baik. Ini sikap PAS yang saya kenali selama ini. Tidak tahulah kalau sudah berubah.

Sikap PAS sebegini jauh berbeza dengan sikap UMNO/BN yang sememangnya diketahui umum tidak suka pada kritikan dan akan berusaha menutup segala ruang kritikan daripada didengari rakyat. Itulah sebabnya digunakan media dan segala cara yang mampu bagi menutup semua ruang kritikan. Pada masa yang sama, digunakan juga Akta Rahsia Rasmi. ISA pada dahulunya dan Akta Hasutan masa ini. Jelas bahawa UMNO/BN hanya ingin mendengar puji-pujian.

Tetapi kebelakangan ini UMNO/BN mula bersikap lebih terbuka. Tetapi mungkin keterbukaan mereka adalah atas sebab terpaksa. Maka dimansuhkan ISA walaupun diguna pula Akta Hasutan. Dibenarkan pula majlis ceramah dan perhimpunan aman. FRU jarang pula kelihatan. Mungkin juga terpaksa menzahirkan sikap terbuka atas sebab kesedaran rakyat.

Dalam keadaan UMNO/BN berubah menjadi lebih ke hadapan, janganlah pula PAS berubah ke belakang. Dari terbuka 'dipaksa' bersikap tertutup, bagaikan takut pada bayangan sendiri. Jangan pula yang akan beranggap PAS tidak menghormati hak kebebasan bersuara. Mengharamkan itu dan ini sedangkan segala hujjah yang dikemukakan oleh yang hadir di program PasMa boleh dipatahkan dengan hujjah juga. Ruangnya diberi. Bukan 'dipatahkan' dengan pendekatan kuku besi melalui pengharaman!

KESIMPULAN

Kalau PAS bertindak secara melarang ahli menyertai dan hadir program PasMa, maka akan dikatakan mengenai PAS, "sama sahaja PAS dan UMNO, bila berkuasa akan diharamkan rakyat mendengar pandangan yang berbeza yang mengkritik kepimpinan mereka". Biar rakyat bebas mendengar serta bersuara dan pada masa yang sama PAS perlu yakin dengan kekuatan hujjah yang ada. Kalau tersilap, bersedia pula untuk membetulkan diri.

Tidakkah Umar semasa menjadi khalifah memuji pemuda yang berjanji akan membetulkannya dengan pedang sekiranya dia terseleweng? Ingatlah, jawatan pemimpin bukan untuk dipuji. Ianya amanah yang berat yang menyebabkan penyandangnya berterima kasih kepada yang sanggup membantunya. Samada dengan menjalankan tugas di bawah arahannya atau menegurnya apabila dilihat tersilap. Sedangkan Rasulullah (SAW) sendiri bersedia menerima teguran dan pandangan, inikan pula ummat Baginda.

WaLlahu 'Alam

KHALID SAMAD

Yellll amma ...Zaid stim mabukan ketum, cakap takda aturan....muahahahahaha!!!

Posted: 23 Oct 2014 07:38 AM PDT


Apa pendapat anda bila lawyer ternama ini bermulut capoi menghina kaum Cina?

Nak dakwa dia bawah Akta Hasutan?

Rasanya tak yah kot sebab itu hak asasi dia untuk bersuara dan bercakap apa saja yang dia suka.

Kitakan negara bebas sedang menuju ke arah liberalisasi....lagi pun ini olang manyak bayar cukai pada ini negara maa...

Sukak hati dia la....ada gua kesah?

MAFIA KUALA SEPETANG: NIZAR, NGA, NGEH DAH GELABAH, MARAH DAN MAKI HAMUN POLIS.

Posted: 23 Oct 2014 12:00 AM PDT


Apabila media mula membongkar kegiatan mafia-mafia Kuala Sepetang dan pasukan petugas khas polis mula menyiasat dan akan mengambil tindakan, maka ada pihak yang selama ini penuh tembolok dan perutnya dengan duit haram mulai gentar.

Dulu mereka menang PRU pun adalah kerana sumbangan wang-wang yang diputihkan oleh mafia-mafia ini. Kini apabila pihak berkuasa akan mengambil tindakan mereka dah kecut telur dan cari pelbagai alasan untuk mengalihkan perhatian.

Mungkinkah adik beradik sepupu sepapat Nga, Ngeh dan Ngok (Nizar) mula gundah gulana. Sempadan Beruas, Taiping dan Bukit Gantang sememangnya berkongsi bersama...dekat pula dengan Kuala Sepetang.

Sejak zaman penjajah lagi para taikong dan mafia menguasai sektor ekonomi dan politik daerah-daerah ini. 

Apabila berlakunya PRK Parlimen Bukit Gantang, apa yang kerajaan BN tak janji dan beri pada 'penduduk-penduduk' Kuala Sepetang?

Banyak duit ditabur kerana menagih undi 'kaum-kaum tertentu' itu. 

Dana sekolah, dana dewan, makan busat semuanya ada. Tapi si ketua mafia yang ada hubungan dengan pemimpin DAP negeri nampaknya lebih berkuasa.

Para gengster dihantar mengugut pengundi supaya jangan undi calon BN, sabotaj majlis MCA dan Gerakan dan halang pengundi Melayu keluar.

Hasilnya Nizar menang bergaya. Nga dan Ngeh gelak ketawa ternganga.

Semasa PRU 13 lalu ketiga-tiga Ngok ini menang bergaya di Parlimen Taiping, Beruas dan DUN Changkat Jering. Kalau lihat pada kempen tak sangka banyak duit mereka tabur.

Tapi dari mana duit yang mereka perolehi. Apakah ada kaitan dengan kegiatan mafia Kuala Sepetang yang dikenali sebagai Robin Hood?

Mengapa DAP bising-bising nasib nelayan pesisir laut di pantai barat Perak yang majoritinya berbangsa Cina yang didakwanya tertindas dan memohon diberi lebih banyak subsidi diesel. Hasil tangkapan tak banyak tapi bising tuntut hak itu dan ini.  
Demo nelayan di Kuala Sepetang...sengaja dicipta untuk beri imej buruk pada kerajaan BN. Hakikatnya adalah untuk sembunyikan kegiatan haram jual diesel di tengah-tengah lautan.

Demo mintak harga diesel murah kemudian jual di tengah lautan dengan harga mahal. Taktik mudah cari duit dengan kerja haram lepas tu tuduh kerajaan BN zalim.

Ketua Mafia ini juga boleh membeli mana-mana pegawai penguatkuasa kerajaan yang korup dan berkurap dengan wang, perempuan dan segalanya untuk tidak mengambil tindakan menghalang aktiviti haram mafia Kuala Sepetang.

Bukan setakat seludup arak, rokok kretek, dadah, jual diesel subsidi bahkan melarat pada seludup PATI dan senjata semuanya dibuat oleh mafia-mafia Kuala Sepetang. 

Yang kita hanya tahu sekarang hanya mee udang Kuala Sepetang. 

Mana-mana pegawai kerajaan atau penguatkuasa yang jujur akan ditukar serta didiamkan dengan pelbagai cara.    

Sebab itu kita jangan heran melihat mahligai Nga Kor Ming. Tu belum masuk lagi mahligai Ngeh Koo Ham dan  Nizar Jamaluddin.

Mahligai Nga Kor Ming...adakah ia sumbangan seseorang atau sesebuah sindiket?

Dari mana mereka dapat kumpul kekayaan, takkan mereka tak kenal siapa itu Robin Hood?

Kalau sumbernya dari duit haram, mesti kerjanya pun haram dan kesannya jadi haram jadah. Biarpun berkepiah dan berjubah litup, namun duit haram walaupun disamak, disolat hajatkan, diyassinkan dan ditawafkan sekalipun ia tetap haram.

 Sebab tu yang makan duit DAPig di Perak perangai pun macam haram, rosak dan merosakkan.

Patut beria bebenor Nizar sokong PASMA. Ate gitu criternya...

RAKYAT MARHAEN

0

Posted by Unknown | Posted on 9:46 PTG | Posted in

sumber :-

RAKYAT MARHAEN


Kerajaan Umno@Bn laksana GST kerana Petronas kurang minyak

Posted: 23 Oct 2014 09:27 PM PDT

KUALA LUMPUR: Naib Prseiden PAS, Salahuddin Ayub menyifatkan keputusan kerajaan yang bertegas melaksanakan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) adalah kerana Petronas telah mengalami kekurangan minyak untuk diguna pakai.

Jelasnya, melihat kepada senario tersebut kerajaan seharusnya mewujudkan satu suruhanjaya di dalam Petronas bagi tujuan membawa syarikat minyak itu bertapak lebih jauh.

"Kerajaan sepatutnya mempunyai satu fokus khusus untuk mengembangkan kepakaran yang ada di dalam Petronas sebagai usaha menambah pendapatan negara.

"Cara yang paling terbaik adalah mewujudkan satu suruhanjaya yang akan menentukan atau merealisasikan inovasi baru syarikat minyak itu melalui kepakaran yang ada.

"Ini secara tidak langsung kerajaan tidak perlu bergantung hidup melalui pelaksanaan GST yang membebani hidup rakyat," katanya pada program Bicara Harakah, Bajet 2015 'Di mana Pincangnya' petang semalam.

Menurut beliau lagi, dengan mewujudkan suruhanjaya ini juga Pertonas mampu berdepan dengan persaingan yang ada dan dapat bertapak lebih jauh lagi.
Read More / Baca Lagi >>

Pemimpin PKR beri penjelasan kepada pelajar Malaysia di Australia

Posted: 23 Oct 2014 09:26 PM PDT

Delegasi pemimpin PKR dalam siri jelajah 5 kawasan di Australia bertujuan memberi penjelasan kepada pelajar Malaysia di sana mengenai Akta Hasutan dan Langkah Kajang. – Gambar The Malaysian Insider, 23 Oktober, 2014.Delegasi pemimpin PKR dalam siri jelajah 5 kawasan di Australia bertujuan memberi penjelasan kepada pelajar Malaysia di sana mengenai Akta Hasutan dan Langkah Kajang. – Gambar The Malaysian Insider, 23 Oktober, 2014.Ahli akademik Putrajaya antara mereka yang menghadiri sesi penerangan pemimpin PKR di Australia, ketika barisan pemimpin berkenaan menamatkan jelajah 5 hari jelajah mereka untuk beri penjelasan berhubung penggunaan Akta Hasutan dan Langkah Kajang.
Siri jelajah itu dianjurkan kumpulan yang baru dibentuk iaitu Malaysian Progressives in Australia (MPOZ), dengan siri jelajah di beberapa kawasan termasuk Melbourne, Adelaide dan Canberra.
Seorang koordinator MPOZ berkata, kumpulan itu menganggapnya sebagai "kejayaan terbesar" apabila berjaya menarik sekumpulan besar pelajar Malaysia, termasuk ahli akademik yang ditaja Putrajaya menghadiri jelajah berkenaan.

Koordinator MPOZ Melbourne Preveen Nagapan berkata 150 orang hadir ke dua forum yang dianjurkan di dua bandar baru-baru ini. Sesi pertama adalah antara Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli bersama 60 pelajar, termasuk ahli akademik Putrajaya, manakala sesi kedua adalah ceramah pemimpin pembangkang yang dihadiri 90 orang.
Nagappan, seorang juruaudit yang berpangkalan di Melbourne sejak 13 tahun lalu berkata, mereka yang hadir begitu bersemangat berinteraksi dengan pemimpin PKR bertanyakan berkenaan pengajaran daripada Langkah Kajang, pemilihan PKR dan peningkatan kumpulan ekstremis.
Mereka juga membincangkan mengenai pengukuhan belia, wanita dalam politik dan polisi perumahan di Malaysia.
Read More / Baca Lagi >>

Majlis Fatwa senarai hitam gerakan Isis, jihad di Syria, Iraq mati sia-sia

Posted: 23 Oct 2014 08:48 PM PDT

Majlis Fatwa Kebangsaan memutuskan menyenaraihitamkan kumpulan militan Negara Islam (IS) yang bertopengkan jihad dalam usaha membendung penyertaan rakyat Malaysia menyertai perang di Syria dan Iraq. Pengerusinya, Tan Sri Dr Abd Shukor Hussin berkata langkah itu bertujuan menghindarkan orang Islam Malaysia daripada terpengaruh dengan gerakan yang melaungkan jihad. "Kita akan bincang lebih lanjut (langkah menyenaraikan gerakan militan).
Fokus kita sekarang ialah menahan, tidak menggalak dan mengeluarkan fatwa haram menyertai perjuangan militan Negara Islam," katanya yang dipetik akhbar Berita Harian hari ini.
 Shukor berkata, IS memporak-peranda negara dan umat Islam. "Oleh itu, umat Islam dinasihatkan tidak terpengaruh dengan IS kerana gerakan itu memporak-perandakan negara dan umat Islam. "Ia kerana, yang membunuh dan yang dibunuh adalah umat Islam," katanya.
Sementara itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom yang hadir bersama di Multaqa Ahli Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan Seluruh Malaysia 2014 di Terengganu semalam berkata, jihad di Syria dan Iraq bukan mati syahid.
Read More / Baca Lagi >>

Pemantau hak asasi antarabangsa gesa Putrajaya henti pendakwaan politik terhadap Anwar

Posted: 23 Oct 2014 08:29 PM PDT

Human Right Watch (HRW) hari ini menggesa Putrajaya menghentikan pendakwaan bermotif politik terhadap Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelang perbicaraan pada 28 Oktober ini. Pemantau hak asasi manusia antarabangsa itu menyifatkan pendakwaan tersebut sebagai usaha menyingkirkan ketua umum PKR itu daripada persada politik Malaysia.
 "Kerajaan Malaysia perlu menghentikan pendakwaan terhadap Anwar atau berdepan kemungkinan mempersendakan terhadap sistem keadilan jenayah," kata Timbalan Pengarah HRW Phil Robertson dalam satu kenyataan hari ini.
"Sandiwara politik sudah lama didedahkan, satu lagi usaha kerajaan Malaysia untuk menyingkirkan pemimpin pembangkang kanan itu," katanya.
Kenyataan itu juga mendakwa undang-undang liwat di Malaysia semata-mata untuk mendakwa Anwar seorang saja serta menggesa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak memensuhkan undang-undang tersebut. "Undang-undang liwat Malaysia seolah-olah wujud untuk mendakwa Anwar. "Najib perlu menarik semula undang-undang tersebut sebelum digunakan untuk mengganggu dan memenjarakan orang lain," katanya.
Anwar berdepan pendakwaan kali keempat undang-undang liwat mengikut Artikel 377 Kanun Keseksaan. HRW berkata, pendakwaan yang dihadapi Anwar bukan perbuatan jenayah serta meletak kebebasan dan hak kumpulan minoriti gay, lesbian, biseksual dan transgender dalam kedudukan bahaya. Mahkamah Persekutuan dijadualkan mendengar rayuan terakhir Anwar berkaitan kes Liwat II pada 28 dan 29 Oktober ini. Pada 7 Mac,
 Mahkamah Rayuan membatalkan pembebasannya yang diputuskan Mahkamah Tinggi dua tahun lepas. Mahkamah Rayuan mendapati Anwar bersalah meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan di sebuah unit kondominium Desa Damansara di Bukit Damansara antara jam 3.10 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun, 2008.
Anwar dijatuhkan hukuman penjara 5 tahun tetapi dibenarkan penangguhan sementara menunggu rayuan di Mahkamah Persekutuan.

Hadi hadir atau tidak mesyuarat terakhir Pakatan menjelang rayuan fitnah liwat 2.??

Posted: 23 Oct 2014 08:26 PM PDT

Pakatan Rakyat dijangka mengadakan mesyuarat sebelum keputusan mahkamah berhubung rayuan kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim dan persoalan timbul sama ada Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang akan menyertainya atau tidak. – Gambar fail The Malaysian Insider, 24 Oktober, 2014.Pakatan Rakyat dijangka mengadakan mesyuarat sebelum keputusan mahkamah berhubung rayuan kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim dan persoalan timbul sama ada Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang akan menyertainya atau tidak. – Gambar fail The Malaysian Insider, 24 Oktober, 2014.Menjelang perbicaraan yang bakal memutuskan sama ada Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim akan ke penjara atau tidak, Majlis Presiden Pakatan Rakyat (PR) dijadualkan bermesyuarat Isnin depan, sehari sebelum perbicaraan itu, bagi menyiapkan diri menghadapi sebarang kemungkinan.
Walaupun keadaannya serius, persoalan timbul apakah Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang akan menyertai mesyuarat itu atau tidak kerana beliau tidak menyertainya sejak lebih setahun lalu.
Malah, beliau mula hilang daripada perhatian umum sejak berakhirnya kemelut menteri besar Selangor bulan lepas.

Menurut sekretariat PR, mesyuarat ini diadakan ketika sidang Parlimen berlangsung bagi membolehkan semua pemimpin PAS, PKR dan DAP boleh menghadirinya. "Panggilan mesyuarat sudah dibuat, kita harap semua dapat hadir kali ini," kata sumber itu.
Menurut sumber, Hadi besar kemungkinan tidak akan menyertai mesyuarat itu kerana beliau akan berada di Kuala Terengganu keesokan harinya, 28 Oktober, bagi menyertai satu perbicaraan di Mahkamah Tinggi.
Read More / Baca Lagi >>

Khalid Samad: Larang ahli sertai PasMa, PAS sama dengan Umno

Posted: 23 Oct 2014 08:23 PM PDT

PAS sama seperti Umno bika melarang ahlinya menyertai Peratuan Ummah Sejahtera Malaysia (PasMa), kata Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad.  – Gambar fail The Malaysian Insider, 24 Oktober, 2014.PAS sama seperti Umno bika melarang ahlinya menyertai Peratuan Ummah Sejahtera Malaysia (PasMa), kata Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad. – Gambar fail The Malaysian Insider, 24 Oktober, 2014.Tindakan PAS melarang ahlinya menyertai Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (PasMa) hanya akan menimbulkan persepsi negatif umum parti Islam itu sama saja dengan Umno, kata Ahli Jawatankuasa (AJK) PAS Pusat Khalid Samad.
Khalid berkata, walaupun Umno dan Barisan Nasional (BN) kini dilihat lebih terbuka dengan memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan membenarkan perhimpunan aman, PAS pula dinasihatkan supaya tidak menggunakan pendekatan kuku besi dengan mengharamkan ahlinya menyertai PasMa,
"Kalau PAS bertindak melarang ahli menyertai dan hadir program PasMa, maka akan dikatakan mengenai PAS, 'sama saja PAS dan Umno', bila berkuasa akan diharamkan rakyat mendengar pandangan berbeza yang mengkritik kepimpinan mereka," tulis Khalid dalam blognya.

"Biar rakyat bebas mendengar serta bersuara dan pada masa yang sama PAS perlu yakin dengan kekuatan hujah yang ada. Kalau tersilap, bersedia pula untuk membetulkan diri," katanya. Katanya, dalam keadaan Umno dan BN berubah menjadi lebih ke hadapan, PAS dinasihatkan supaya tidak berubah ke belakang, iaitu daripada mengamalkan sikap terbuka kepada "dipaksa" bersikap tertutup, bagaikan takut pada bayang-bayang sendiri.
Ahli Parlimen Shah Alam itu berkata, PAS yang dikenalinya selama ini mempunyai dasar terbuka berhubung kritikan dan teguran, namun tidak pasti jika kini dasar itu sudah berubah.
"Jangan pula yang akan beranggap PAS tidak menghormati hak kebebasan bersuara.
"Mengharamkan itu dan ini sedangkan segala hujah yang dikemukakan oleh yang hadir di program PasMa boleh dipatahkan dengan hujah juga. Ruangnya diberi. Bukan 'dipatahkan' dengan pendekatan kuku besi melalui pengharaman," katanya.
Read More / Baca Lagi >>

Ramai orang bahagia dengan BR1M RM950?

Posted: 23 Oct 2014 08:14 PM PDT

KUALA LUMPUR: Keputusan kerajaan memberi Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) pada Bajet 2015 yang lalu dilihat tidak dapat membantu rakyat untuk menghadapi cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) pada April tahun hadapan.

Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar menjelaskan kegagalan kerajaan memperkenalkan dasar lain dalam menyelesaikan masalah rakyat akan mengakibatkan golongan pertengahan dan bawah akan berada dalam perangkap ekonomi yang amat teruk.

"Ramai orang kata mereka bahagia dengan BR1M sebanyak RM950 tetapi selepas 16 tahun berturut-turut kita hidup dalam hutang berbelanja defisit.

"Sekarang kita berdepan dengan ketegasan kerajaan melaksanakan GST tetapi tanpa dasar lain yang diperkenalkan kerajaan, rakyat pertengahan dan bawah akan menghadapi masalah yang lebih besar.

"Mereka bukan hanya tidak dapat menggunakan BR1M yang mereka perolehi itu tetapi terus berada dalam di bawah tahap kemiskinan," jelasnya pada program Bicara Harakah Bajet 2015 'Di mana Pincangnya' di My Harakah Bazaar petang semalam.

Menurut beliau lagi, masalah utama di negara ini adalah jurang antara miskin dan kaya amat jauh, malah keadaan ini sentiasa berterusan kerana tiada penyelesaian bagi memastikan golongan pertengahan dan miskin ini dibela.
Read More / Baca Lagi >>

Rakyat hakim negara bukan untuk Anwar saja

Posted: 23 Oct 2014 08:13 PM PDT


sebuah sangkar besi
tidak bisa mengubah rajawali
menjadi seekor burung nuri

rajawali adalah pacar langit
dan di dalam sangkar besi
rajawali merasa pasti
bahwa langit akan selalu menanti

hidup adalah merjan-merjan kemungkinan
yang terjadi dari keringat matahari
tanpa kemantapan hati rajawali
mata kita hanya melihat matamorgana

rajawali terbang tinggi
membela langit dengan setia
dan ia akan mematuk kedua matamu
wahai, kamu, pencemar langit yang durhaka

-Rajawali, WS Rendra 1997

Pada 1998, Anwar Ibrahim telah mencuri pandangan dunia terhadap Malaysia dan menyentuh jutaan hati rakyat negara ini. Pemecatan dari menjadi 'orang nombor dua' dalam negara ketika itu telah menggegar pentas politik negara.

Maka bermulalah apa yang diistilahkan oleh penganalisa politik - era Reformasi yang akhirnya menyaksikan Anwar ditangkap pada 20 September 1998.

Saat tokoh ini disingkir dari gerbang kuasa secara aib; beliau terpaksa berdepan dengan pelbagai bentuk penghinaan, deraan fizikal dan mental, yang kemudiannya memerosokkan beliau ke penjara selama hampir enam tahun.

Mulai dari detik itu, ramai yang mulai beranggapan riwayat politik Anwar telah berakhir.

Anwar mulai mencuri tumpuan khalayak sebagai seorang pemimpin muda yang menggerakkan kebangkitan Islam dan pelajar di Malaysia dalam era 70-an, seterusnya bergelut sebagai reformis UMNO yang dilihat pantas mendaki hiraki kekuasaan.

Ternyata kewibawaan dan kepimpinan beliau mengundang cemburu di kalangan para penguasa Umno. Selepas 'cubaan bunuh' oleh para konspirator politik terhadap Anwar, tanpa diduga beliau tampil sebagai pemimpin utama barisan pembangkang beberapa ketika selepas dibebaskan dari penjara ketika pentadbiran negara dipimpin oleh Abdullah Ahmad Badawi.Read More / Baca Lagi >>

PAS hanya berjaya bina persepsi kata MT Umno

Posted: 23 Oct 2014 08:10 PM PDT

PAS telah berjaya membina persepsi bahawa PAS itu Islam dan Islam itu PAS. Ini disebabkan mereka menggunakan nama Parti Islam Se-Malaysia.

PETALING JAYA : PAS telah berjaya membina persepsi kepada orang ramai bahawa perjuangan agama hanya mampu direalisasi melalui parti mereka.
Menurut Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki, walau bagaimanapun secara hakikatnya PAS belum memberikan bukti bahawa mereka yang melaksanakan Islam di negara ini.
PAS-MUK440"Doktrin agama amat berkesan dalam menjadikan seseorang itu tegar dalam memegang aliran tertentu.
"Dalam konteks PAS, PAS telah berjaya membina persepsi bahawa PAS itu Islam dan Islam itu PAS. Itu sudah tertanam. Ini disebabkan mereka menggunakan nama Parti Islam Se-Malaysia," katanya
Beliau berkata demikian semasa menjadi panel Forum Idealisme Generasi Muda Dalam Perjuangan Politik : Ilusi atau Realiti.
Forum itu merupakan program kedua anjuran Akademi Kepimpinan Kapten Hussein (AKHI). Turut serta menjadi panel ialah Ahli Parlimen Kuala Selangor Datuk Irmohizam Ibrahim.
Mengulas lanjut, Asyraf yang juga merupakan Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) berkata, berbeza dengan PAS, UMNO telah membuktikan mereka telah melaksanakan dan memperjuangkan Islam di negara ini jika dilihat dari segi dasar dan pelaksanaannya.
"UMNO lah parti yang memperjuangkan Islam sebenarnya. Kita lihat dasar dan konteks apa yang dilakukan oleh UMNO sepanjang 57 tahun negara kita merdeka.
"Ini dapat dilihat menerusi bukti-bukti yang ada di depan mata kita dalam konteks dasar dan polisi Islam seperti pembangunan dari segi pendidikan, ekonomi dan pendidikan," ujarnya.

Murshid: Jangan cepat label, tuduh seseorang

Posted: 23 Oct 2014 08:09 PM PDT

Zaharuddin Abdul Rahman
SHAH ALAM - Masyarakat kita perlu dididik agar tidak menuduh seseorang yang berbeza pendapat dengan tuduhan yang berat seperti kafir, liberal, syirik, bid'ah, Wahabi, dan sepertinya tanpa punyai bukti jelas.

Pengerusi Pertubuhan Muttaqa Asatizah dan Pendakwah Malaysia (Murshid), Dr Zaharuddin Abdul Rahman berkata, jika seseorang itu mengeluarkan satu kenyataan, konteksnya perlu diteliti, bahkan sekiranya ada bukti, masih perlu diteliti faktor kesilapan tidak sengaja seperti salah cetak, tersalah tulis, mungkin hasil kurang ilmu dan kefahaman dan bukan sengaja ingin berniat jahat.

"Kebodohan itu tidak aib jika mereka sanggup belajar tetapi si bijak yang mencerca si bodoh itulah sangat aib.

"Masyarakat yang mudah melabel dan menuduh dengan tuduhan berat pasti akan sentiasa hidup dalam stres. Hari ini kita boleh menuduh seseorang dan bergembira dengan 'label buruk' itu, kelak nanti pasti 'label buruk' yang lain pula menimpa kita.. tatkala itu akan dirasakan pedihnya," tulisnya dilaman Facebook miliknya.

Jelasnya lagi, adalah sukar dibayangkan bagaimana seorang yang mengaku ilmuan atau pendakwah ke arah Islam, tetapi sangat mudah membuat gelaran kepada orang lain.

"Bagaimana mereka nak menarik mad'u (orang yang didakwah) kepada mereka dengan sifat itu.

" Banyak sungguh dalil dalam hal ini, cuma tidak mahu memanjangkan status ini. Lihatlah ayat Al-Hujurat ayat 11 dan juga hadis Nabi," tulisnya lagi.

Read More / Baca Lagi >>

NGO hak asasi: Hentikan 'pendakwaan politik' terhadap Anwar

Posted: 23 Oct 2014 08:07 PM PDT

NGO hak asasi antarabangsa menggesa kerajaan supaya menghentikan "pendakwaan bermotifkan politik" terhadap ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Timbalan Pengarah Human Rights Watch bagi Asia, Phil Robertson berkata, pendakwaan terhadap Anwar yang menurutnya untuk sesuatu yang tidak boleh dianggap sebagai jenayah, menunjukkan sejauhmana kerajaan bersedia lakukan untuk menghapuskan lawan politik.

Katanya, pihak berkuasa Malaysia perlu menggugurkan kes mereka terhadap Anwar atau berdepan risiko mempersendakan sistem keadilan jenayah di negara ini.

Dalam satu kenyataan kenyataan hari ini, beliau mendakwa undang-undang liwat seperti artikel 377, bertentangan dengan standard undang-undang antarabangsa yang menurutnya telah diterima secara meluas.

Beliau menarik perhatian bahawa artikel 377 Kanun Keseksaan telah digunakan hanya tujuh kali sejak tahun 1938 (dengan memetik kajian oleh Women's Candidacy Initiative), di mana empat daripadanya membabitkan Anwar.
 

Read More / Baca Lagi >>

Seperti Jokowi, UMNO Juga Harus Keluar Daripada Kepompong Bangsawan

Posted: 23 Oct 2014 05:27 PM PDT

Indonesia baru saja menerima  secara rasmi Joko Widodo atau Jokowi sebagai Presidennya yang ketujuh menggantikan Susilo Bambang Yudhiyono. Beliau mengangkat sumpah pada 22 Oktober lalu dan sekaligus mencatat sejarah sebagai presiden pertama yang datang daripada orang kebanyakan.

Sebelum menjadi Gabenor Jakarta, Jokowi hanyalah seorang jurujual perabot. Kejayaannya melaksanakan banyak pembaharuan di kota Jakarta, kerap turun padang, selesa menyantuni golongan miskin dan selalu memakai baju yang sama, merupakan antara resepi kejayaannya mengungguli 53 peratus undi dalam pilihanraya presiden yang lalu.

Sebelum Jokowi juga, semua enam presiden Indonesa sebelum ini datangnya sama ada daripada golongan keluarga ahli politik terkenal, ahli perniagaan mahu pun elit ketua tentera. Tetapi Jokowi tidak termasuk dalam semua kriteria itu. Belia hanya orang biasa yang bukan daripada keluarga dan keturunan siapa-siapa.

Sementara rakyat Indonesia kelihatan berbangga dengan perlantikannya serta berharap dapat mengaplikasi lebih banyak kejayaan sebagaimana yang pernah dilakukannya ketika menjadi Gabenor Jakarta, media-media antarabangsa juga memuji Jokowi.

Banyak media antarabangsa yang merasakan perlantikan Jokowi sebagai peluang terbaik untuk Indonesia melangkah lebih gagah ke hadapan kerana ia membuktikan kejayaan manusia biasa mencapai cita-citanya berdasarkan kebolehan, daya fikir serta merit di sebuah negara yang berpenduduk kira-kira 250 juta orang jumlahnya.

Tetapi di Malaysia, apa yang berlaku?  Kerajaan BN yang hanya memenangi 48 peratus undi popular dalam pilihanraya 2013, bukan saja tidak habis-habis dengan gelora dan caca-marbanya, malah masih terkepung dengan keinginan menonjolkan golongan tertentu saja sebagai ketuanya. 

Menjelang PRU 14 yang akan diadakan sebelum Mei 2018, sudah banyak diperbualkan ketika ini mengenai pengunduran Timbalan Perdana Menteri, Munyiddin Yassin daripada parti dan kerajaan.

Dengan usianya sudah menjangkau 68 tahun berbanding Najib yang berusia 61 tahun, Muhyiddin bukan saja dianggap sudah tua, malah mungkin sudah letih untuk terus mengejar impian menjadi Perdana Menteri. Beliau dikatakan sudah cukup gembira dapat bersara sebagai Timbalan Perdana Menteri saja.

Muhyiddin diperbualkan secara meluas akan digantikan oleh Hishammuddin, sepupu Najib yang mendapat tempat ketiga dan hampir kecundang dalam pemilihan Naib Presiden UMNO pada penghujung 2013 lalu. Selain Ahmad Zahid Hamidi dan Shafie Apdal yang selesa memenangi jawatan tersebut, Hishammuddin hanya berbeza sembilan undi saja dengan Mukhriz Mahathir yang berada di tangga keempat dan pertama kali menyertai persaingan kerusi nombor tiga UMNO itu.
Read More / Baca Lagi >>

Kabinet Jokowi dipercayai sudah 99 peratus dibentuk

Posted: 23 Oct 2014 05:25 PM PDT

Kabinet Jokowi dipercayai sudah 99 peratus dibentukKUALA LUMPUR: Presiden Joko Widodo (Jokowi), dalam perkembangan terbaru, berkemungkinan bakal mengumumkan barisan kabinetnya tidak lama lagi yang terdiri daripada 34 kementerian.

Ini bermakna Jokowi kembali menggunakan formasi kabinet yang pernah dinyatakannya bulan lalu.

Ini berbeza berbanding 10 Oktober lalu apabila Jokowi menyatakan bahawa jumlah kementerian itu berkurang menjadi 33 kementerian dengan empat kementerian koordinator. Ia disahkan lagi lima hari kemudian, apabila beliau menyatakan bahawa kabinetnya bakal diisi oleh 33 orang menteri.

Dalam laporan portal Kompas.com hari ini, bekas Timbalan Pasukan Transisi Jokowi-Jusuf Kalla, Andi Widjajanto, memberitahu, 99 peratus kabinet Jokowi-JK telah dibentuk petang tadi.

Menurutnya yang ditemui wartawan di Kompleks Istana Merdeka, hampir semua jawatan kementerian telah terisi, lengkap dengan nama-nama calon menteri tersebut.

Kesemua kementerian itu dibahagi kepada empat kementerian koordinator termasuk Kementerian Koordinator Politik, Hukum, dan Keamanan; Kementerian Koordinator Kemaritiman; Kementerian Koordinator Perekonomian dan Kementerian Pembangunan Manusia dan Kebudayaan.

Anjing dipakai serban, jubah cubaan hina ulama - Mufti Selangor

Posted: 23 Oct 2014 05:23 PM PDT

Datuk Mohamad Tamyes Abdul Wahid KUALA NERUS - Perbuatan memakaikan anjing dengan serban dan jubah harus dihentikan kerana ia menyinggung hati masyarakat Islam yang menghormati golongan ulama di negara ini, kata Mufti Selangor, Datuk Mohamad Tamyes Abdul Wahid.

Beliau berkata, gambar anjing berserban serta berjubah kini disiarkan di media sosial oleh pihak tidak bertanggungjawab dan perbuatan itu lebih bertujuan untuk menghina masyarakat Islam terutama para ulama di negara ini.
"Para ulama yang sentiasa memberi pandangan baik kepada masyarakat, memberi garis panduan untuk bergerak melaksanakan tugas berkaitan dengan hukum hakam, tiba-tiba dihina sebegitu rupa.

"Ini adalah satu agenda yang menjijikkan, langsung tidak menghormati para ulama, mereka memberi tentangan secara fizikal, tidak berani berdepan untuk berhujah, tetapi melahirkan tentangannya melalui perbuatan menghina," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui selepas majlis penutupan Multaqa' Anggota Jawatankuasa Fatwa Seluruh Malaysia 2014 yang disempurnakan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom di sini hari ini.

Read More / Baca Lagi >>

RAKYAT HAKIM NEGARA di Seberang Jaya 22 Oktober 2014

Posted: 23 Oct 2014 04:13 PM PDT


PUTRAJAYA PATUT MALU - AMK pertahan kunjungan ke Australia

Posted: 23 Oct 2014 06:44 AM PDT

Sayap pemuda PKR mempertahan kunjungan ke Australia baru-baru ini, dan menyifatkan Putrajaya sepatutnya berasa malu terhadap penindasan yang mereka lakukan kepada lawan mereka.
Ketua Penerangan Pemuda PKR Lee Chean Chung berkata tuduhan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim lawatan itu menjejaskan imej negara tidak berasas.
"Saya menganggap kenyataan menteri mengenai lawatan rombongan Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan negeri (Adun) ke Australia adalah untuk menjejaskan imej negara merupakan satu dakwaan tidak berasas," kata Lee dalam satu kenyataan hari ini.
Lee mempertahan kunjungan yang disertai beberapa Adun dan ahli Parlimen PKR lain itu bertujuan membincangkan isu kepentingan serantau.
"Ahli Parlimen Pandan Rafizi Ramli, Ahli Parlimen Penampang Darell Leiking, Ahli Parlimen Bayan Baru Sim Tze Tzin, Exco Selangor Nik Nazmi Nik Ahmad dan saya bertemu dengan pemimpin Australia untuk membincangkan isu semasa yang melibatkan kepentingan serantau.
"Antara isu yang dibincangkan termasuk penggunaan Akta Hasutan untuk membisukan rakyat, kemunculan radikalisme dan ekstremisme, pembicaraan politik yang melibatkan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, dan lain-lain," katanya.
Malah, Lee berkata kunjungan mereka disambut baik daripada delegasi kerajaan Australia.
"Hakikat rombongan ini disambut Menteri Luar Negeri Australia Julie Bishop, Timbalan Presiden Dewan Senat Gavin Marshall serta beberapa ahli Parlimen lain menunjukkan mereka mengambil berat kehadiran kami dan memandang serius isu yang dibincangkan," katanya.

Sebaliknya, Lee berkata Shahidan dan kerajaan Malaysia yang sepatutnya malu kerana tindakan menekan pemimpin pembangkang dan lawan yang mengkritik mereka.
"Malaysia tidak akan dimalukan dengan lawatan kerja wakil rakyat dan parti politik.
Read More / Baca Lagi >>

Tangguh GST, agensi kerajaan sendiri tak bersedia

Posted: 23 Oct 2014 06:40 AM PDT


gst


IPOH, 23 OKT: Kerajaan digesa untuk menangguhkan pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) kerana bukan sahaja rakyat Malaysia tidak faham dengan sistem percukaian baru tersebut, malah agensi kerajaan berkaitan sendiri masih belum bersedia.
Menurut Ketua Biro Pembangunan Ekonomi DAP Perak Chong Zhemin, Jabatan Kastam Diraja Malaysia melaporkan bahawa hanya 94,943 syarikat telah berdaftar bagi GST sehingga 17 Oktober tahun ini.
Timbalan Menteri Kewangan Chua Tee Yong dalam satu kenyataan berkata, sasaran kerajaan untuk mendaftarkan 140,000 syarikat masih terlalu jauh.
Dianggarkan terdapat kira-kira 300,000 perniagaan di Malaysia dengan perolehan melebihi setengah juta ringgit setahun yang mesti mendaftar untuk GST.
Jabatan Kastam Diraja Malaysia dalam panduan pendaftarannya memaklumkan, perniagaan dengan nilai perolehan bercukai (tidak termasuk GST) bagi pembekalan untuk suatu tempoh 12 bulan atau kurang yang melebihi nilai ambang RM500,000, dikehendaki berdaftar di bawah GST.
"Kerajaan menetapkan sasaran 140,000 syarikat berdaftar menjelang akhir tahun, namun tidak sampai separuh daripada jumlah syarikat bendaftar untuk GST," kata Chong dalam satu kenyataan.
Tambah Chong, kerajaan gagal untuk memberikan maklumat dan penerangan yang cukup selain bantuan kepada syarikat-syarikat di Malaysia yang kini dalam fasa peralihan dari cukai jualan dan perkhdimatan (SST) kepada GST.
Read More / Baca Lagi >>

Gani Patail punca keyakinan terhadap sistem keadilan merosot

Posted: 23 Oct 2014 06:34 AM PDT


gani_patail


KUALA LUMPUR, 23 OKT: Sikap Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail yang terus membisu berhubung kontroversi siri pendakwaan Akta Hasutan serta terlepasnya Datuk Ibrahim Ali daripada sebarang tindakan menghakis keyakinan rakyat terhadap sistem keadilan di Malaysia.
Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang berkata, kegagalan Gani memberi jawapan memuaskan bahawa tidak wujud salah guna kuasa dan pendakwaan terpilih berkaitan dua isu tersebut membangkitkan persoalan serius.
"Adakah beliau komited untuk menegakkan kedaulatan undang-undang dan menjadi penjaga kepentingan awam?" kata Kit Siang dalam satu kenyataan.
Katanya, ketika puluhan ahli politik Pakatan dan aktivis disiasat di bawah Akta Hasutan, Ibrahim Ali yang mengeluarkan ugutan untuk membakar kitab Bible berbahasa Melayu pada tahun 2013 sehingga kini bebas daripada sebarang tindakan.
Malah, Gani turut menerima kritikan bekas Peguam Negara Tan Sri Abu Talib Othman (1980-1993), yang menyifatkan 'serangan' Akta Hasutan baru-baru ini sebagai penganiayaan.
"Untuk mendakwa seseorang adalah hal yang sangat serius, kerana ia memberi kesan kepada kredibilitinya. Malah jika pendakwaan digugurkan kemudian, kesannya sudah dirasai individu itu," kata Abu Talib dipetik dari laporan The Malaysian Insider 12 September lalu.
Abu Talib merujuk kenyataan Gani bahawa beliau akan menyemak semula pendakwaan terhadap beberapa individu, termasuk pensyarah undang-undang Azmi Sharom.
Katanya ketika menjadi peguam negara, beliau hanya akan membenarkan pendakwaan dibuat jika kebarangkalian untuk menyabitkan kesalahan adalah setinggi 90 peratus.
'Mana janji Gani untuk semak semula?'
Read More / Baca Lagi >>

Saari, Hasnul tunggu keputusan MSU Pas

Posted: 23 Oct 2014 06:33 AM PDT

Saari Sungip (kanan) dan Hasnul Baharuddin.
Keputusan Majlis Syura Ulama (MSU) Pas diyakini terbaik dalam menilai rayuan Hasnul Baharuddin (ADUN Morib) dan Saari Sungib (ADUN Hulu Kelang) selepas dijatuhkan hukuman gantung keahlian kerana menyokong cadangan Presiden Parti Keadilan Rakyat, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon Menteri Besar Selangor.
 
Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub berkata, dia amat bersyukur apabila kedua-dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) terbabit bersedia membuat rayuan ekoran penggantungan keahlian yang dikenakan terhadap mereka.
 
"Kita tunggu keputusan MSU sebab saya difahamkan Hasnul dan Saari akan membuat rayuan berhubung kes tersebut.
 
"Saya yakin, MSU akan membuat keputusan yang tepat untuk kedua-dua mereka tanpa menjejaskan kedudukan masing-masing demi ikatan dalam parti," katanya kepada MalaysiaGazette di sini petang tadi.
 
Ujarnya, apa yang penting, Hasnul dan Saari masih setia bersama parti dan tidak timbul isu merajuk atau sebagainya.
 
"Kalau mereka tak buat rayuan atau jawab surat yang dikeluarkan, mungkin ada isu lain tetapi sekarang dah selesai semuanya.
Read More / Baca Lagi >>

Pembunuhan politik oleh kartel Azmin jika Anwar dipenjara - CheguBard

Posted: 23 Oct 2014 06:31 AM PDT

CheguBard
Menteri Besar Selangor, Azmin Ali hanya menunggu saat Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dipenjara untuk merampas pucuk pimpinan parti.
Aktivis PKR yang kini digantung parti, CheguBard mendakwa Azmin sudah bersedia untuk itu termasuk menyediakan kader-kadernya dipelbagai jawatan parti wakil di negeri-negeri.
Beliau mendakwa jika ia berlaku, CheguBard tidak menolak kemungkinan berlaku 'pembunuhan politik' beramai-ramai dalam PKR oleh kartel yang diketuai Azmin.
"Bukanlah rahsia Timbalan Presiden PKR (Azmin) sedang memperkukuhkan kedudukan bagi mengambil alih parti dan hanya menanti keputusan kes memenjarakan Anwar.
"Orang-orangnya disusun dari peringkat tinggi hingga ke peringkat cabang. Ramai dalam parti sudah sedar bagaimana dia menyasarkan kerusi presiden dalam pemilihan lepas dan hanya berundur setelah Anwar sendiri turut menghantar borang pencalonan.
"Bayangkan jika keputusan membebaskan Anwar maka ia seolah-olah anti klimaks kepada kartel Azmin ini," ujarnya pada sidang media di sini petang tadi.
CheguBard atau nama sebenarnya Badrul Hisham Shaharin merupakan ahli yang digantung oleh Jawatankuasa Disiplin PKR itu ditemani beberapa ahli PKR yang menyokongnya hari ini.
Menurutnya, 'pembubuhan' beramai-ramai itu tidak mustahil dilakukan Azmin sekiranya dilihat pada kelicikannya melobi jawatan Menteri Besar Selangor sehingga meminggirkan Presiden PKR, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail.
Jika berlaku disebaliknya dimana Anwar tidak dipenjara, CheguBard dalam analisis politiknya meramalkan akan berlaku pertembungan antara kelompok Azmin dan Anwar dalam PKR.
Read More / Baca Lagi >>

Kenapa layanan tidak sama antara saya dan Azmin? - Chegubard

Posted: 23 Oct 2014 06:29 AM PDT

Kenapa layanan tidak sama antara saya dan Azmin? - ChegubardKUALA LUMPUR: Bekas Ketua PKR Rembau Badrul Hisham Shaharin atau dikenali sebagai Chegubard hari ini mempertikai 'keistimewaan' yang diterima Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali di dalam parti itu sendiri.

Dengan mengambil situasinya yang digantung keahliannya kerana mendedahkan penyelewengan pemilihan parti yang berkait dengan Azmin, Menteri Besar Selangor itu dilihat lebih disayangi di dalam situasi yang disifatkan sama dengannya.

"Saya jawab tuduhan dengan menggunakan media dan digantung. Apabila anggota bawahan menggunakan media dianggap salah.

"Tetapi apabila Azmin menggunakan media dan menyerang Presiden PKR, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail ... tiada sebarang tindakan dibuat.

"Kalau hendak ambil tindakan ke atas saya, sila ambil tindakan kepada Azmin dahulu," katanya dalam satu sidang media di sini, hari ini.

Chegubard yang juga Ketua Penyelaras Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Kebangsaan sebelum ini memegang banyak jawatan di dalam parti termasuk Ahli Majlis Pimpinan Pusat dan Exco Pemuda Angkatan Muda Keadilan (AMK).

Dalam pada itu, kemelut pertukaran MB Selangor turut dilihat berpunca daripada Azmin sendiri.

"Memang sejak awal dia impikan jawatan itu, dia yang menyusun sentimen mempertikaikan pentadbiran menteri besar sebelum ini.

"Azmin yang menggunakan media dan memulakan serangan peribadi kepada Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan melobi untuk jawatan itu," ujarnya.
Read More / Baca Lagi >>

Izzah sedia jika ayahnya ke tirai besi lagi

Posted: 23 Oct 2014 06:27 AM PDT

Rakyat seharusnya bersama- sama menentang kezaliman yang telah dilakukan kerajaan.

Nurul Izzah AnwarKUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar berkata bahawa beliau bersedia untuk menerima segala keputusan yang dibuat oleh pihak Mahkamah pada 28 dan 29 Oktober mengenai sebutan kes Fitnah 2 terhadap bapanya, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Dalam pada masa yang sama, Naib Presiden PKR itu juga menyeru supaya rakyat bersama-sama menentang kezaliman yang telah dilakukan oleh pihak kerajaan.
"Rakyat perlu menentang kezaliman yang menimpa kita menerusi dasar kerajaan tidak kira dari segi mahkamah, ekonomi, mahupun pendidikan," katanya.
Pada masa sama beliau juga berharap rakyat Malaysia mendoakan kesejahteraan Anwar dan memberi yang terbaik untuk beliau mencapai keadilan.
Jelas Izzah, rakyat juga perlu bersedia untuk menolak mana-mana kerajaan yang takut dengan kedudukan mereka sehingga sanggup menggunakan kekerasan untuk mengekalkan rejim.
Beliau berkata demikian kepada media selepas menghadiri program bicara Harakah bertempat di My Bazar Harakah Kuala Lumpur.

Nurul Izzah: BN kecualikan GST udang kara untungkan syarikat kroni

Posted: 23 Oct 2014 06:26 AM PDT

udang karaKUALA LUMPUR, 23 OKT: Langkah kerajaan mengecualikan 'lobster' atau udang kara daripada dikenakan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) tidak membantu rakyat kebanyakan.
Ini berikutan udang kara merupakan sejenis hidangan makanan laut yang dianggap mewah yang lazimnya hanya terdapat di hotel berprestij sahaja.
Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar berkata, pengecualian udang kara itu hanya menguntungkan golongan menengah dan kroni Barisan Nasional (BN) yang terlibat dengan perniagaan itu.
"Kononnya BN kerajaan paling baik di dunia. Rakyat seolah-olah kena berterima kasih kepada kerajaan kerana begitu bijak laksanakan GST yang 'tak akan menekan' rakyat tetapi bila saya lihat senarai barangan yang tak dikenakan GST, saya terkejut mendapati lobster dikecualikan dikenakan GST.
"Bila diteliti semula, lobster ini memang mahal dan makanan orang mewah dan
Bila saya kaji, Yayasan Sabah akan melabur dalam satu restoren khusus menjual juadah lobster atau udang kara ini.
"Udang Kara ini akan dijual Intermark antara hotel terkemuka di Kuala Lumpur," kata Nurul Izzah ketika menjadi panelis forum Bicara Harakah yang bertajuk 'Bajet 2015 – Di Mana Pincangnya' di Galeri My Harakah Bazaar, Jalan Pahang di sini, hari ini.
Jelas beliau ini membuktikan kerajaan BN masih lagi meneruskan tradisi mereka mengutamakan kroni mereka termasuk dalam merangka pelan perlaksanaan GST ini.
Justeru itu Nurul Izzah berharap orang ramai lebih peka terhadap maklumat berhubung GST ini supaya tidak mudah tertiu dengan propaganda kerajaan.

Mangsa Fitnah: Dr Asri simpati dengan nasib UAI

Posted: 23 Oct 2014 06:23 AM PDT


Post Pic

SHAH ALAM: Bekas Mufti Perlis, Profesor Madya Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin melahirkan rasa simpati terhadap fitnah yang menimpa penceramah terkenal, Ustaz Azhar Idrus (UAI).
Beliau berkata, tiba masanya kerajaan Persekutuan menguatkuasakan undang-undang yang fokus hukuman kepada individu yang bertindak menyebarkan gambar atau video kehidupan peribadi seseorang.
 
Dr Asri berkata demikian selepas diminta mengulas penyebaran gambar dan rakaman video lucah yang dikaitkan dengan penceramah bebas itu.
 
Rakaman video berdurasi 0:38 saat itu menampilkan seorang lelaki mirip UAI dengan seorang wanita, melakukan adegan intim dengan sebahagian badan mereka dilitupi selimut.
 
Lelaki mirip Ustaz Azhar itu seolah-olah menyedari aktivitinya dirakam apabila beliau dikesan melirik tepat kepada kamera.
 
"Saya bersimpati kepada Ustaz Azhar Idrus. Sepatutnya tidak ada sesiapa yang boleh sebar, berkongsi dan jangan buat kesimpulan buruk perkara yang kita sendiri tidak tahu (kebenarannya).
 
Read More / Baca Lagi >>

Adakah Pemuda Umno Wilayah Persekutuan benci Al-Quran, soal Dr Asri

Posted: 23 Oct 2014 06:15 AM PDT

Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin menyeru Ketua Pemuda Umno Wilayah Persekutuan Mohd Razlan Muhammad Rafii supaya tidak membenci Al-Quran kerana mengecam kenyataan "anjing menjelirkan lidah" semalam. Bekas mufti Perlis itu mempertahankan kenyataan golongan ulama yang menyembunyikan kebenaran seperti "anjing menjelirkan lidah" kerana ia dipetik daripada Al-Quran sendiri.
 "Dia bukan menolak saya sebab itu bukan kenyataan saya tetapi ayat Al-Quran yang menyebut bandingan ulama yang menyalahgunakan ilmu seperti anjing yang menjelirkan lidah.  "Allah yang sebut dalam surah al-A'raf ayat 176," kata Asri kepada The Malaysian Insider. Beliau turut mempersoalkan sikap Pemuda Umno tersebut yang tidak berpuas hati dengan kenyataan yang dipetik dalam Al-Quran tersebut.
"Kenyataan Al-Quran itu umum tidak dikhususkan kepada ulama Umno ataupun PAS, kenapa yang beliau terasa sangat? "Saya menyeru Pemuda Umno itu untuk beriman dan berpuas hati serta jangan membenci Al-Quran," katanya.
Katanya, jika Pemuda Umno tersebut menolak Al-Quran ia bukan suatu yang baik sebaliknya akan merosakkan akidah beliau. "Sebagai umat Islam saya menyeru beliau beliau agar beriman dan terimalah Al-Quran. Menolak Al-Quran itu merosakkan akidah," katanya.
Read More / Baca Lagi >>