Followers

Nuffnang

Gaya Peneroka

0

Posted by Unknown | Posted on 11:40 PTG | Posted in

sumber :-

Gaya Peneroka


PANDANGAN MAZLAN ALIMAN DALAM ISU PR

Posted: 20 Oct 2014 09:06 AM PDT


Hari ini, saya di fahamkan, Jabatan Perdana Menteri menganjurkan dialog Siri ke 4/2014 di Putrajaya yang disertai Kakitangan Awam.
Serangan utama ditujukan kepada Dato' Seri Anwar Ibrahim yang dianggap pemecah belah dan agen Amerika. Cara mereka menghentam DSAI, saya dapat rasakan apa nasib DSAI di Mahkamah Persekutuan 28 okt ini.
Seperti biasa isu Hak Istimewa Orang Melayu dan melayu Msia jadi macam melayu S'pura dikumandangkan. Skrip yang tidak berubah sejak merdeka.

Kakitangan Awam diminta pertahankan Kerajaan hingga ke titisan darah yang terakhir. Maka disenaraikan kononnya banyak badan Ngo yang beroleh dana asing, yang dianggap pengkhianat negara. Di terangkan pula isu GST; manfaatnya kepada rakyat negara ini.
Sampai kiamat pun perpaduan dan keharmonian kaum tidak akan dapat dicapai kalau begini caranya kita mengurus kehidupan masyarakat berbagai kaum. Prasangka dan assabiyyah-rasis tidak pernah reda. Di khalayak rakyat, dinyatakan 1 Malaysia, disambut 16 September, diselaraskan cuti selama seminggu buat 3 kaum terbesar; Islam, cina dan India, diwujudkan jkuasa Parlimen mengenai Perpaduan; tapi dalam waktu yang sama, pemimpin UMNO, BTN dan agensi Kerajaan tidak pernah berhenti memainkan sentimen perkauman yang menimbulkan kebencian antara satu sama lain.
Justeru, saya amat mengharapkan Pakatan Rakyat mengambil model pemerintahan yang adil dan saksama buat semua kaum. Uniknya, Dato' Ahmad Yaakop adalah Menteri Besar Kelantan(PAS), Azmin Ali pula Menteri Besar Selangor, manakala Lim Guan Eng, Ketua Menteri Pulau Pinang. Ketiga2 parti berpeluang menerajui kerajaan dan mesti membuktikan Kerajaan yang dipimpin lebih baik dari BN.
Kerajaan PR jangan dilihat pro kepada satu2 kaum. Meskipun PAS hanya satu kerusi di Pulau Pinang, hakikatnya jumlah penduduk Islam hampir sama dengan masyarakat Cina di sana. Begitu juga di Kelantan, 5 peratus penduduk non muslim dan tiada satu kerusi pun DAP di Kelantan; hak mereka yang Bukan Islam mesti di rai dan di hormati.
Jangan izinkan elemen tidak sihat yang memecah belahkan perpaduan dalam PR berlaku. Pemimpin tertinggi dalam PR bukan untuk mewakili partinya sahaja, tetapi semua kaum. Saya terkilan dengan isu saman menyaman dalam PR mutakhir ini, samada membabitkan Presiden PAS, Ketua Menteri Pulau Pinang dan YB Ust Nasrudin Hassan Tantawi. Ia memberi imej negatif kepada PAS dan PR. Berbagai usaha dibuat untuk mencari jalan penyelesaian, nampaknya menemui jalan buntu.
Apa pun keputusan yang membabitkan DSAI; pemimpin tertinggi PR mesti berjiwa besar dengan agenda perubahan buat seluruh rakyat. Pantai Timur dan Pantai Barat serta Sabah Sarawak sama penting meskipun dibezakan komposisi kaumnya. Kembali muafakat, mencapai kata sepakat. Perkukuh PR dan angkat idea2 besar sebagai dasar PR agar tidak ada kelompok kaum yang dizalimi.
Saya teringat kata2 Tok Guru Nik Aziz ketika bertemu beliau di Pulau Melaka baru baru ini. ' teruskan dakwah dengan bukan Islam, terutamanya anak muda cina. Kalau intelek mereka masuk Islam, lebih cepat Islam berkembang'. Tok Guru berpandangan jauh, meskipun tinggal di negeri yang mana orang Cina boleh dibilang dengan jari di sesetengah tempat!

Jangan dipersia siakan mandat rakyat......PAKATAN HARAPAN RAKYAT

Belantan

0

Posted by Unknown | Posted on 11:37 PTG | Posted in

sumber :-

Belantan


Kes Liwat Anwar : Penghakiman Penuh Bertulis Mahkamah Rayuan!

Posted: 20 Oct 2014 12:17 AM PDT


Jabatan Kehakiman mengeluarkan penghakiman bertulis keputusan Mahkamah Rayuan yang menjatuhkan hukuman bersalah terhadap Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar kes liwat II yang membabitkan Anwar Ibrahim kerana meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Pada 7 Mac lalu, panel tiga hakim diketuai Datuk Balia Yusof Wahi yang bersidang bersama Datuk Aziah Ali dan Datuk Mohd Zawawi Salleh telah menjatuhi hukuman penjara 5 tahun terhadap Anwar di atas kesalahan tersebut.

Bagaimanapun mahkamah membenarkan Anwar diikat jamin sebanyak RM10,000 dan hukuman ditangguhkan sementara menunggu rayuan di Mahkamah Persekutuan.

Hakim Datuk Balia Yusof Wahi berkata ini adalah keputusan sebulat suara panel hakim.

Penghakiman bertulis itu boleh dibaca dilink di bawah :

http://www.kehakiman.gov.my/directory/judgment/file/W-05-19-01-2012_DatoBalia.pdf

Suara Politik
Belantan

The Unspinners

0

Posted by Unknown | Posted on 11:17 PTG | Posted in

sumber :-

The Unspinners


Pembersihan etnik Guan Eng

Posted: 20 Oct 2014 09:32 PM PDT




Guan Eng naikkan sewa, Anwar dan wakil rakyat PKR buat apa?

Posted: 20 Oct 2014 07:30 PM PDT


Pada 19 Oktober baru-baru ini, Persatuan Penjaja dan Peniaga Kecil Medan Selera Tenggiri, Seberang Jaya menyuarakan bantahan terhadap isu kenaikan kadar sewa sebanyak 100%.



Anwar buat apa? Kata bela rakyat???

Sebenarnya dia adalah penjahanam yang tak peduli walaupun negara jahanam dan tergadai ...






Inikan nak peduli rakyat. Dia hanya syok pasal dirinya sahaja ...





Lupakan Anwar. Bye bye ...



Dah patut Majlis Peguam dimansuhkan

Posted: 20 Oct 2014 05:30 PM PDT


Nampaknya Majlis Peguam bukan lagi mahu amal undang-undang tapi mahu gubal undang-undang.

Ini bermakna mereka lebih berminat mahu jadi ahli politik atau berpolitik dari menjadi menjadi badan profesyenal untuk profesyen peguam.


Hari itu mahu Akta Penerbitan dan percetakan dimansuhkan. Lagi gila mahu Akta Pencegahan Dadah dimansuhkan. Sekarang pula Akta OSA.

Mereka seolah-olah mahu supaya tiada undang-undang dalam Malaysia. Kalau begitu, elok saja jika Majlis Peguam itu dimansuhkan atau dibenarkan mereka saja sebagai badan profesyenal untuk profesyen guaman.

Pinda AKta Paguam supaya badan iktiraf lain untuk peguam dibenarkan tertubuh sebagaimana akauntan ada banyak badan-badan accredition dan jaga standard piawaian profesyen.

Dengan tiada perlunya majlis peguam dibayar yuran dan mereka tak boleh terima wang darii sumber lain, barulah mereka bersikap lebih profesyenal.

Anti Lynas penipu!!!

Posted: 20 Oct 2014 08:30 AM PDT



Baru kembali melawat kilang Lynas - kilang kimia memproses logam nadir bumi.

Komen saya sbg seorang yang pernah menjadi plant shift engineer yg pernah manage seluruh petrochemical plant dalam sesuatu shift & juga sbg seorang pensyarah bidang chemical engineering, kilang ini bagus dan sangat tinggi standard keselamatan. Tahap risiko kemalangan kecil sangat minimum, bahkan bukan dikategorikan sebagai kilang berpotensi kemalangan besar di bawah piawaian CIMAH.

Segala isu yang diutarakan oleh pihak berpolitik atau pun pergerakan masyarakat berkaitan hampir kesemua tiada asas atau dibesar-besarkan drp sepatutnya (berbanding bahaya kilang kimia biasa utk industri oil & gas, petroleum dan petrokimia).

Namun, kemungkinan punca bahan beradiasi tetap ada iaitu daripada mineral bijih yang berbeza-beza komposisinya. Dalam kawasan lombong di sekitar Mount Weld terdapat kemungkinan mineral yang lain tetap ada termasuk radioisotop.

Walau bagaimana pun ia telah melalui kilang memproses bijih di sana sebelum dihantar ke Kuantan dan setiap beg ada sijil analisanya yang tersendiri. Apa-apa pun jikalau terdapat bahan beradiasi akan ia dipantau dengan pencerap radiasi yang sentiasa digunakan di sana.

InsyaAllah dengan kawalan yang ketat mengikut piawaian yang sedia ada, insiden berisiko boleh dielakkan.

Dr. Mohd Sabri Mahmud
Pensyarah Universiti Fakulti Kejuruteraan dan Sumber Asli.
University Malaysia Pahang

------------------------------

Sampai IPTA dikurangkan peruntukan, Dong Zong boleh kata tak cukup?

Posted: 20 Oct 2014 06:30 AM PDT


Too little? Itu nasib kerajaan baik hati  nak bagi. Kalau mereka kata too little dan tak mahu, eloklah kerajaan ambil balik. Lebih perlu diberi sekolah SAR dan pondok yang dalam keadaan daif tapi lebih berhak dari kedudkan dalam perlembagaan berbanding sekolah vernakular.

Kenapa perlu Kementeriaan Pendidikan berikan RM50 juta pada tahap RM42,000 setiap sekolah dan SJKT 30 million pada kadar RM75,000 setiap sekolah. Apa rational jika sekolah-sekolah pondok dan SAR lebih rendah kadar?

Sesiapa tak akan puas hati jika ada orang lain diberi keistimewaan.


Dalam mengutamakan sekolah SRJKC yang mana cina pun tak kasi undi pada BN, IPTA kerajaan kini tidak mendapat dana. Semua IPTA dikehendaki cari sumber wang masing-masing tapi tak boleh naikkan yuran.

Pelajar bakal dikehendaki merasai beban ini. Majoriti pelajar di IPTA adalah Melayu. Tapi bukan bukan Melayu juga dapat lebih 70% duit PTPTN tapi wang itu mengalirkan IPTS.

Adakah dasar kini seperti tidak lagi mempertahankan hak dan keistimewaan ini atas apa jua sebab dan keadaan. Mampukah Bumiputera hadapai ini?

Pelik PR tentang rasionalisasi minyak dan GST

Posted: 20 Oct 2014 04:32 AM PDT


Negara-negara lain dah buat dan berjaya lakukan GST. Kenapa yang pembangkang dok tentang?

Dalam hal kenaikan barang, cukai pendapatan sudah kerajaan turunkan. BR1M dinaikkan untuk tampung kumpulan yang kurang berada. Ap alagi sebab tak boleh GST?


Sebab tak mahu GST senang saja. Peniaga cina DAP yang kuat mengelak tak bayar cukai takut kena bayar cukai. Itu saja ....

PR memang dikuasai cina DAP yang elak bayar cukai, kegiatan haram bawah tanah, pemaju yang tak berhati perut dll


Kini mereka pun mahu bising tentang rasionalisasi minyak. Lihat orang asing curi subsidi rakyat. Itukah yang mereka suka lihat?

Syukurlah kerajaan kita masih berhati perut guna mekanisma BR1M dan penurunan cukai untuk kurangkan impak rasionalisasi minyak. Naikkan pun 20 sen.


Indonesia yang rakyat ramai miskin pun perlu telan pil pahit untuk kurangkan defisit dan belanja subsidi.

Kasi negara ini pada PR, pastinya ekonomi jadi macam Laos nanti negara kita. Tengoklah betapa kelam kabut ekonomi Selangor dan penang!!!

Bosanlah PAS Piss Pus!!! Cakap pasal Islam, tapi tak serupa bikin

Posted: 20 Oct 2014 02:30 AM PDT


Sudah sudahlah cakap merepek ... Bila hudud mahu digezetkan di Kelantan?



Apa tu ... Tahaluf Siyasi? Baca: Sarawak DAP cuts ties with PAS, PKR http://www.thestar.com.my/News/Nation/2014/10/18/Swak-dap-cuts-ties-pas-pkr/

Ada pandangan kata PAS menipu. Tiada tahaluf siyasi dalam Islam. Baca SINI 

Mahu kasut untuk dimakan???


Pandai pulak cakap ....


Oh tidak .... bab rasmi memang banyak, cuma rasmi saja tapi tak buat!!!

Rafizi e-mail: PKR too much endles drama

Posted: 20 Oct 2014 12:34 AM PDT

One Cabang Head seek Rafizi clarification

Lies, blackmail and back-stabbing make this political drama one that demands PG rating.

COMMENT

Incredulous plot twists, secrets, scandals, sodomy and deceit. It does look like PKR has all the ratings-boosting elements of a daytime soap opera.

After months of heated debate and frantic finger-pointing, PKR's deputy president Azmin Ali was finally sworn in as Selangor's new menteri besar.

With the dust having finally settled, many were hopeful that measures could now be taken to get Selangor back on track.

However in a plot twist no one had anticipated, a source told FMT that several state assemblymen who had previously signed statutory declarations backing Wan Azizah as menteri besar had in reality been coerced into it.

If this information is indeed true, does it not cast doubt on the 30 statutory declarations Wan Azizah said she supposedly had? Was she privy to this coercion? And if she was, doesn't that mean she lied straight-faced to the media, to the people, even to the Sultan of Selangor himself?

One of the wronged assemblymen was enraged enough to lodge a police report that his signature was forged. The others have remained anonymous, lurking in the background, preferring to let rumours fester as politics in Selangor is once again marred by dark and damning revelations.


Now yet another twist has been weaved into the storyline — a sinister e-mail exchange purportedly showing a conversation between PKR's de facto leader Anwar Ibrahim, secretary-general Rafizi Ramli and youth chief Nik Nazmi Nik Ahmad.

In the e-mail, Azmin is instructed to sign an undated resignation letter for use in the future should he ever have the audacity to disobey directives from higher up. The e-mail also contains a laundry list of dos and don'ts that Azmin must agree to, failing which his tenure as MB will be unceremoniously cut short with the immediate issuance of the said letter.

Azmin, when met by reporters at the Kampung Raja Uda mosque after this revelation, maintained a dignified demeanour and vehemently denied there was a shred of truth to that preposterous e-mail.

Meanwhile those watching the saga unfold are left in the lurch once again, not knowing what to believe as this drama becomes one that is engaging, frustrating and disappointing at the same time.

Not doing any favours for the party is the verdict of Anwar's Sodomy II appeal that will be made known by the end of this month.

Should Anwar be found guilty, he faces a prison term. If he is not, there is always the unpleasant possibility that a Sodomy III charge will rear its ugly head soon enough and drag the people along in yet another feeble attempt at Reformasi.

With a new MB now at the helm, it is sad to note that Selangor is still very much in the clutches of an ego-centric leadership that seem all too entrenched in playing a high stakes game of self-serving politics rather than that of humbly serving the people who elected them to office.

The Kidex issue is nowhere near solved. Dengue is still a very real threat. And poor trash collection and traffic congestion are still a part of every day life that Selangorians grit their teeth and put up with, some silently, some with increasing impatience bordering on anger.

Selangor is a goldmine, if we go by the billions the previous MB helped hoard. Is it still too early to demand some decent answers from Azmin as to how he plans to use this monetary reserve to reduce poverty? To settle the water issue? To clean up the streets? And to bring some semblance of respectability back to Selangor?

The internal strife in PKR that constantly makes the headlines does nothing to instil confidence in the people that any two people in PKR can work together, much less with their coalition partners to run Selangor efficiently.

It is well and good to blame every dirty political trick on Barisan Nasional. Yet the MB issue was solely the doing of PKR and its coalition partners DAP and PAS. It started with the ridiculous Kajang Move and ended with PAS taking the rap for betraying its partners and weakening the might of the coalition.

While it is clear as day that the leaders of BN are far from the honest-to-goodness boy scouts we would prefer them to be, it is also time for us to admit that the opposition coalition that we so whole-heartedly believed was our salvation has turned out to be just as ruthless, scheming and self-serving.

While many still believe Pakatan Rakyat is the lesser of two evils, I for one, think it is high time PKR put the drama aside and earn a standing ovation for clean politics and good governance in the state of Selangor.

If it doesn't, there will be no end to our doubts that this blundering bunch of boys can lead the nation any better should they ever make it to Putrajaya.

MIMPI SENJA

0

Posted by Unknown | Posted on 11:04 PTG | Posted in

sumber :-

MIMPI SENJA


Pegang Anjing: Apa kata UAI [video inside]

Posted: 20 Oct 2014 04:15 AM PDT

Lepas ni ada siapa-siapa nak anjurkan 'Mai Belai Babi' pula ...

Posted: 20 Oct 2014 01:42 AM PDT


HAMBALI AKRAM | .


SAYA terkejut dengan penganjuran acara "I Want to Touch a Dog" yang berlangsung di Central Park, Bandar Utama. Adakah ini kesan daripada wasatiyah atau liberalisme dalam Islam?


Umumnya mengetahui bahawa hukum-hakam mengenai anjing telah jelas dan diperincikan oleh ulama silam mahupun semasa. Cuma yang membuatkan saya terkejut ialah pemahaman sesetengah orang Melayu yang mengaku Islam perbezaan tidak haram tersentuh dengan halal dibelai atau dipegang.



Memanglah banyak kisah yang berkaitan dengan anjing dan hubungannya dengan manusia yang dinukilkan dalam sirah, mahupun dalam al-Quran tetapi tidaklah sampai kita disuruh membelai anjing seperti membelai kucing pula.



Apabila melihat gambar-gambar yang disiarkan dalam portal-portal di internet jelas menunjukkan salah faham terhadap isu ini. 



Ketika kecil, keluarga saya juga membela anjing untuk tujuan menjaga keselamatan, menjaga kebun, malah untuk tujuan perburuan juga. Keluarga kami menjaga makan-minum dan kesihatan anjing dengan baik, tetapi tidaklah pula dipegang sesuka hati. Kami hanya akan memegang anjing apabila ada keperluan sahaja seperti mengubati luka.



Saya tidak tahu apakah hujah Ustaz yang hadir pada program tersebut sehingga orang ramai yang hadir memegang anjing seperti memegang kucing layaknya. 



Mungkin selepas ini akan ada program memegang babi pula kerana ada yang berhujah tiada nas yang mengatakan haram "memegang" babi – Cuma ada nas mengharamkan babi. – HARAKAHDAILY 20/10/2014

JAKIM siasat program 'I Want To Touch a Dog'

Posted: 19 Oct 2014 11:35 PM PDT



KUALA TERENGGANU: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) akan menyiasat penganjuran acara 'I Want To Touch A Dog' (Saya Mahu Sentuh Anjing) yang berlangsung di Central Park, One Utama dekat Petaling Jaya, petang semalam.
Ketua Pengarah JAKIM, Datuk Othman Mustapha berkata program itu tidak sepatutnya berlaku dan pihaknya kesal dengan sikap tidak bertanggungjawab penganjur yang tidak prihatin dengan sensitiviti umat Islam di negara ini.
Katanya, Islam di Malaysia yang berpegang teguh kepada Mazhab Syafie sudah jelas memperincikan bahawa anjing dan babi itu tergolong dalam najis mughallazah (berat).
"Acara itu tidak pernah dianjurkan sebelum ini dan kali pertama didedahkan kepada masyarakat, kita orang Islam dan agama sudah menetapkan dengan jelas hukum berkaitan anjing.
"JAKIM akan segera menyiasat perkara ini dan sebarang tindakan akan dirujuk pada peruntukan yang ada," katanya mengulas penganjuran program itu yang mendapat sambutan luar biasa daripada kalangan umat Islam di sekitar ibu kota, semalam.
Othman ditemui media selepas merasmikan Multaqa Pengetua Sekolah Agama peringkat kebangsaan di sini, malam tadi.
Beliau turut menasihatkan umat Islam agar melihat semula dan mendapatkan pandangan ulama mahupun ustaz sama ada apa yang dilakukan mereka dengan menyentuh, memeluk dan mendukung anjing itu betul dari segi agama dan selaras dengan tuntutan Islam.
Penganjuran program 'Saya Mahu Sentuh Anjing' oleh Syed Azmi Alhabshi dikatakan bertujuan membantu orang ramai terutama masyarakat Islam untuk mengatasi rasa takut mereka terhadap anjing.
Program itu selama dua jam bermula 8 pagi hingga 10 pagi dibanjiri ratusan umat Islam bagi memberi peluang kepada mereka untuk menyentuh anjing sambil diperhatikan oleh pemilik haiwan.
Sementara itu, ketika ditanya mengenai kehadiran seorang ustaz di samping dua individu lain dalam forum mini bagi menjawab pertanyaan dan kemusykilan berkaitan anjing dalam acara itu, Othman berkata pihaknya akan turut menyiasat kelayakan agama lelaki berkenaan.
"Buat masa ini, kita tidak dapat maklumat lengkap sama ada betul atau tidak individu itu ustaz, sekarang ini siapa-siapa yang pakai songkok (penampilan alim) pun sudah boleh jadi ustaz," katanya. - BERNAMA

Manjung Mari

0

Posted by Unknown | Posted on 10:54 PTG | Posted in

sumber :-

Manjung Mari


Terbukti sikap Anwar Ibrahim dengan ulama !..

Posted: 19 Oct 2014 09:35 PM PDT

Ramai umat Islam Malaysia amat berharapkan Anwar Ibrahim akan menaikkan imej islam di Malaysia,,, betui ka,, sebab Anwar pun ada imej Islam juga,, he he.. bagi aku Anwar hanya berminat dengan islam sekular,, sama sebiji dengan umno,, itu pasal Anwar sanggup duduk dalam umno, jikalau Mahathir tak pecat Anwar, rasanya Anwar dan jadi presiden umno dan PM Malaysia... 

Bila Presiden Pas di berikan tanggungjawab dan amanah sebagai Naib Presiden Ulama Sedunia, Anwar dah tak sedap duduk, ditambah pula dengan isu MB Selangor, imej Anwar semakin merudum dari pandangan sebahagian rakyat Malaysia, maka Anwar cuba nak menaikkan imejnya, maka macai-macai Anwar telah mengimport masuk seorang ulama sekular dari Amerika ke Malaysia... 




Dr Tariq Suwaidan kata meletakkan ulamak sebagai pemimpin atau ketua dlm kerajaan adalah ajaran syiah. Dan pas dianggap mengambil idea syiah apabila ada pemimpinnya yg melawat iran selepas revolusi iran 1978 dan meletakkam kepimpimpinan ulamak sebagai pendekatan baru dlm pas pd tahun 1982.
Apakah hujah Tariq Suwaidan berdasarkan hukum quran dan sunnah atau akal logik beliau?
Apakah beliau lupa Khalifatul Rasul semua adalah ulamak yg juga umarak?
Adakah beliau lupa khalifah omar bin abdul aziz dan ramai lagi khalifah dlm islam adalah juga ulamak dan umarak?
Adakah hujah Tariq Suwaidan bertolak dari fahaman sekularis yg memisahkan "church and state", yg menyatakan "leave the church to God and leave the state to the people" ? Apakah urusan negara tidak boleh dikendali oleh ulamak? Bukankah ini satu pemisahan antara urusan negara dan agama?
Ini satu penghinaan kpd para sahabat nabi dan khalifah.
Hati hati dgn org sekularis yg menyokong sekularis dlm kalangan orang Islam. Amat bahaya pemikiran Islam moderate beliau. Beliau anggap diri beliau sebagai islam moderate.
PM Turki Erdogan kata tidak ada islam moderate atau islam liberal. Yg ada hanya Islam. Islam adalah islam.

Nak tau siapa Dr Tareq Al Suwaidah ni..


Tariq Suwaidan bukan seorang ulamak. Beliau hanyalah seorang jurutera petroleum. Beliau dibesarkan di Amerika sejak di sekolah menengah lagi. Belia mempunyai kad pengenalan penduduk tetap Amerika. Beliau anggap dirinya sebagai Islam Moderate. Pandangan beliau iaitu ulamak tidak boleh dilantik sebagai ketua atau pimpinan dalam kerajaan kononnya adalah dari ajaran Syiah amat SESAT. Tariq Suwaidan menghina Nabi sebagai ulamak dan pemimpin masyarakat. 4 Khalifatul Rasul yang pertama adalah ulamak dan umarak. Banyak lagi Khalfah dalam Islam adalah ulamak yg menjadi ketua dan pemipin dalam masyarakat. Pandangan beliau tidak bersandarkan kepada Al Quran dan Sunnah tetapi akal dan nafsu Islam Moderate yang menyeleweng.

Tariq Suwaidan membawa pemikiran sekular, memisah agama dan urusan negara. Pemikiran ini sama dengan BN, DAP, dan PKR iaitu memisahkan agama dari politik. Kalau ikut fatwa As Syeikh Mustafa Sobri di zaman Khalifah Uthmaniah, jalan paling dekat untuk jadi murtad ialah memisah agama dan urusan negara. Tariq Suwaidan aalah penyokong Bush semasa Amerika membunuh rakyat Iraq dan memusnahkan Iraq dalam Gulf War 1991. Beliau telah dipulaukan selepas itu hampir 10 tahun kerana kenyataan bodoh beliau yang menyokong Bush membunuh umat Islam di Iraq.

Pemikiran Tariq Suwaidan adalah pemikiran sekularis. Hanya sekularis akan menyokong sekularis. Begitulah bahayanya pemikiran Islam Moderate. DAP, PKR dan BN adalah sekularis. Beliau dibawa ke Malaysia oleh IIIT dan Abrar Group dengan kerjasama IKRAM (pecahan JIM) untuk memulihkan imej Anwar Ibrahim setelah kredibiliti Anwar tercalar akibat gagal dalam Kajang Move, dalam meletakkan DSWA sebagai Menteri Besar Selangor, dan apabila TG Presiden PAS dilantik menjadi Timbalan kepada Prof Dr Yusuf Qardawi. Harapan mereka, dengan hadirnya Arab Kuwait berjubah dan berserban serta berjanggut ini, mereka akan dapat memulihkan semangat orang-orang Anwariyun dalam PKR, PAS, dan IKRAM serta memberi momentum baru kepada Anwar dan penyokongnya untuk bersatu dalam menghadapi keputusan mahkamah akhir Oktober ini.




Aku tak hairan dengan sikap Anwar ni,, ingat balik sebelum ni...



kalau Anwar seorang islamik, tak bolehkah sama-sama membantu pas menerangkan apa itu hudud kepada kaum Cina?..

Sekarang rakyat sudah mengenal siapa Anwar,,, sehingga SUA Pkr terpaksa mengeluarkan surat jemputan yang tidak pernah berlaku sebelum ini..


Sama-sama kita tunggu 28 Oktober ini , moga-moga hakim-hakim yang melaksanakan tugas dapat menjalakan tugas mengikut hukum undang-undang dan kerana Allah Taala, bukan kerana arahan seseorang...




RAKYAT MARHAEN

0

Posted by Unknown | Posted on 10:37 PTG | Posted in

sumber :-

RAKYAT MARHAEN


Demo TURUN bantah kenaikan harga petrol 7 Nov ini

Posted: 20 Oct 2014 10:27 PM PDT

Sebanyak 19 NGO yang bergabung dan menamakan diri mereka sebagai TURUN akan mengadakan demonstrasi besar-besaran bagi membantah harga minyak petroldan diesil pada 7 November depan di KLCC.

Sehubungan itu, TURUN juga menggesa agar seluruh rakyat bangkit bersama-sama bersolidariti membantah kenaikan kos sara hidup yang semakin meningkat.

MP Raub: Kerajaan Umno@BN bernafsu buas untuk menyekat kepentingan rakyat

Posted: 20 Oct 2014 08:57 PM PDT

UMNO tidak sedar bahawa kerajaan yang meraka ada hanya disokong oleh 47 peratus pengundi dalam Pilihan Raya Umum (PRU) 13.

datuk ariff sabriPETALING JAYA: Ahli Parlimen DAP kawasan Raub, Datuk Mohd Ariff Sabri Abdul Aziz mendakwa UMNO hanya memperjuangkan kepentingan kelompok-kelompok tertentu.
Menurut pengalaman beliau dengan orang UMNO yang berkuasa ini ialah mereka rasa mereka melakukan perkara-perkara yang menyebelahi kepentingan rakyat. Namun sebenarnya sebaliknya yang berlaku.
"Inilah punca minda kerajaan yang mengetahui terbaik untuk kamu. Walaupun Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menjerit sana sini mengistiharkan zaman kerajaan lebih tahu yang terbaik untuk kamu namun ia sebaliknya dan kita tahu Najib kaki kelentong," tulisnya dalam entri terbarunya di sakmongkol.blogspot.com.
Tambah beliau, kerajaan bernafsu buas untuk mengekang kepentingan rakyat. Semua protes yang 'legitimate' dianggap sebagai hasutan menjatuhkan kerajaan. Dikawasan beliau, yang dapat 47 peratus, calon MCA tewas
Legasi PTPTN
PTPTN di gambarkan sebagai suatu yang baik. Orang kampung yang berpendapatan rendah menerima gambaran tersebut.
"Mereka sokong dan ada yang sanggup berdemonstrasi menyokong PTPTN. Banyak sangat kah wang orang Melayu? Mengapa kita biarkan diri kita diperbodohkan? Tidak kesian kita pada anak2 kita?" soalnya.
Jelasnya, adakah rakyat tidak berfikir bahawa anak-anak mereka, ramai yang jadi graduan tetapi tidak mendapat kerja yang diimpikan, akan berhutang dan mungkin akan bengkrap.
"Kitaran membengkrapkan akan berulang. Yang tidak dapat kerja memerlukan proses memahirkan diri lagi, masuk pusat latihan, kena bayar lagi, kena ambil PTPTN. Hutang bertambah.
"Kita membiarkan keberadaan jenerasi yang berhutang dan kita lupa bahawa ini angkara durjana sebuah kerajaan yang korap dan rasuah dan menyalah guna kuasa," katanya.
AES, subsidi minyak dan BR1M
Beliau juga menyindir pelaksanaan AES oleh kerajaan. Dahulu apabila saman AES dikenalkan, ada kelompok Melayu yang sanggup berdemonstrasi mempertahankan pengenaan saman AES sedangkan orang Melayu yang memiliki kereta bukan semua kaya.
Read More / Baca Lagi >>

Bangsa Johor: Menuju Kejadian Sebagai Bangsa Pencerahan

Posted: 20 Oct 2014 08:56 PM PDT


Bangsa Johor 1

oleh MAHDZIR IBRAHIM
Johor Daru'l-Izam pernah diriwayatkan oleh Tun Sri Lanang dalam Sulalatus Salatin sebagai sebuah negeri yang megah:
Syahadan akan negeri pun sudahlah dengan kotanya dan paritnya, yang dari hilir Sungai Kerting, yang dari hulu Sungai Johor; maka Bendahara dan Seri Nara Diraja menyegerakan orang membuat istana dan masjid, balairung kedua dan penanggahan, balai gendang, kolam telaga sekaliannya. Setelah mustaidlah dengan sepertinya, maka Sultan Alau'd-Din pun pindahlah ke istana dengan isteri baginda, diiringkan biti dayang-dayang, perwara, mandara baginda; maka Bendahara dan Seri Nara Diraja dianugerahi persalin seperti adat. Maka segala menteri, hulubalang, Orang Kaya-kaya, sida-sida, bentara sekaliannya pindahlah ke rumahnya masing-masing arah tempatnya, dan lebuh pekan pesara pun penuh pepak kedai orang; pada masa itu kampung orang arah ke hilir datang ke Beladung, yang ke hulu sampai ke Bukit Piatu, di hulu Kuala Johor.
Daru'l-Izam ini pada kurun ke-17 dan 18 merupakan antara lokasi politik yang paling strategik selepas Melaka kerana faktor geografinya yang terletak antara beberapa kerajaan besar seperti Kerajaan Majapahit, Jambi, Riau, Sumatera, Palembang, Bentan, Aceh selain Singapura itu sendiri.
Dalam bidang ekonomi dan perdagangan pula, Johor terlibat seperti Melaka. Malah kumpulan pedagang dari Sulawesi juga pernah datang berurusan di Johor selain Arab dan India.
Maka, latar sejarah ini mencorakkan sosiobudaya dan ekonomi Johor hingga hingga sampai ke zaman Johor moden. Politik Melayu Johor mengambil alih senario sehingga UMNO Johor banyak melahirkan bijak pandai dalam pelbagai bidang khususnya kepimpinan dan pentadbir.
Zaman 30-50an, hubungan antara ahli politik UMNO dengan Istana dan rakyat sangat akrab – bukan dibuat-buat seperti hari ini. Zaman itu tak perlu mengasiosiasikan UMNO dengan rakyat kerana UMNO itu semamangnya lahir atas dukungan rakyatnya yang mahu Johor tegak tanpa tunduk dengan pengaruh British atau kerajaan-kerajaan yang pernah diperanginya ketika lampau.
Sebelum wujud Persekutuan Tanah Melayu, Johor sudah memiliki Menteri Besar dan juga Pegawai Daerahnya sendiri, selain Ketua Kampung dan sebagainya.
Dalam kemajuan politik ini, Johor juga ada melahirkan tokoh-tokoh penghasut (pejuang) yang tegar. Malah Menteri Besar Johor sendiri pernah dibuang negeri atas kritikannya ke atas istana.
Penghijrahan Orang Laut selepas kejatuhan Melaka dan penempatan kaum Cina dari Singapura selepas kewujudan kerajaan Moden Johor, telah banyak memberi dampak sosial dan ekonomi. Tambak Johor dibina atas asas ini.
Tetapi BN era hari ini, pastinya tidak mengambil kira asas-asas yang dibina itu, maka tidak hairanlah mengapa langkah kenaikan tol EDL menjadi krisis yang buruk buat kedua-dua negeri. Singapura tidak dilayan sebagai rakan Johor, rakan perniagaan dan rakan bersaudara, sebaliknya dilayan sebagai seteru 'siapa lebih berkuasa'.
Read More / Baca Lagi >>

Kempen sentuh anjing, Mufti suruh taubat

Posted: 20 Oct 2014 08:17 PM PDT


Datuk Mohamad Shukri Mohamad 

KOTA BHARU - Penganjur program 'I Want To Touch A Dog' dan umat Islam yang menyentuh haiwan itu di majlis tersebut kelmarin wajib bertaubat.

Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamad berkata, ini kerana mereka secara jelas mempersendakan hukum ALLAH. 

Katanya, perbuatan sengaja menyentuh anjing adalah haram kerana ia najis mughalazoh (berat) dan bertentangan dengan mazhab Syafie.

"Jika dianjurkan oleh orang Islam, dia sebenarnya menghina hukum ALLAH dan boleh dianggap sebagai sindiran tajam terhadap kewibawaan umat Islam. Bertaubatlah," katanya.

"Memang sedih dengan gejala tidak sihat berlaku akhir-akhir ini. Lepas satu ada lagi yang lain ditimbulkan dengan sengaja dalam masyarakat kita," katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Mohamad Shukri mengulas tentang program berkaitan sentuh anjing di taman rekreasi di Damansara, Selangor yang menunjukkan umat Islam membelai anjing.

ISIS: PAS kongsi pandangan dalam forum khas RTM, 22 Okt

Posted: 20 Oct 2014 08:16 PM PDT

KUALA LUMPUR: PAS akan berkongsi pandangan berhubung isu kumpulan Negara Islam Iraq dan Syria (ISIS) dalam satu forum khas terbitan Radio Televisyen Malaysia (RTM) pada 22 Oktober ini.

Forum bertajuk 'Isu Khas ISIS: Ideologi Revolusi Baru?' itu akan disiar secara langsung di RTM1 dari studio 1, Wisma TV Angkasapuri bermula jam 9 malam.

Mewakili PAS adalah Pengerusi Lajnah Hubungan Antarabangsa PAS Pusat, Dr. Syed Azman Syed Ahmad Nawawi yang akan bergandingan dengan dua lagi panel iaitu Bekas mufti Perlis Prof Madya Dr Mohd Asri Zainal Abidin dan Bekas Ketua Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Polis Diraja Malaysia (PDRM), Tan Sri Zaman Khan Rahim Khan.

Syed Azman ketika detemui berkata, dalam forum tersebut beliau akan menjelaskan pendirian PAS terhadap ISIS dan pandangan gerakan Islam lain terhadap kaedah dan pendekatan yang digunakan kumpulan itu.

PAS menurutnya, telah membuat ketetapan menolak kaedah pejuangan ISIS yang didakwa bercanggah dengan syariat Islam.

Pemimpin ISIS katanya gagal memahami fekah jihad dan ijmak ulamak sepakat menolak pendekatan mereka dalam menegakkan khilafah.

"Apa yang kita saksikan sekarang ini berlakunya salah tafsir kepada perjuangan Islam dan jihad itu sendiri.

"Kita boleh lihat di Iraq dan Syria peperangan bukan berlaku dengan kolompok lain tetapi kelompok Islam sendiri. Tak beri baiah kepada ISIS dianggap musuh
Read More / Baca Lagi >>

Panel SPRM cadang PDRM kaji semula tubuh IPIC

Posted: 20 Oct 2014 08:15 PM PDT

Panel Perundingan dan Pencegahan Rasuah (PPPR) dan Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah (LPPR) mengemukakan empat cadangan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam usaha meningkatkan persepsi integriti terhadap badan beruniform itu.

Pengerusi PPPR, Tan Sri Johan Jaaffar berkata, PDRM telah melaksanakan pelbagai inisiatif untuk membendung gejala rasuah dalam institusi terbabit dan setakat ini, PPPR berpuas hati dengan langkah yang diambil.

Bagaimanapun, katanya, masih ada kelemahan dan masalah yang harus ditangani PDRM meskipun terdapat jabatan baru yang khusus menangani rasuah telah ditubuhkan.

"Selain meminta PDRM melipat-ganda usaha untuk membasmi rasuah hingga ke akar umbi. PPPR dan PDRM sendiri telah bersetuju bekerjasama untuk mengadakan Program Jabatan Angkat yang bertujuan memberi bimbingan terhadap bahagian yang bermasalah dalam institusi itu.

"PPPR turut mencadangkan agar PDRM mengkaji semula cadangan penubuhan Suruhanjaya Bebas Integriti Polis (IPIC) bagi menjamin ketelusan yang mampu diyakini masyarakat," katanya dalam sidang media sempena kunjungan hormat badan pemantau bebas dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ke Bukit Aman hari ini.

Turut hadir pada sidang media itu adalah Pengerusi PPPR, Tan Sri Johan Jaaffar;Pengerusi LPPR, Puan Sri Zaitun Zawiyah dan Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Abu Kassim Mohamed. Timbalan Ketua Pesuruhjaya dan Pengarah SPRM.

Pertemuan selama dua jam itu antara lain turut membincangkan bantuan yang boleh diberikan oleh panel bebas SPRM dalam meningkatkan persepsi terhadap imej PDRM.

Beliau turut berharap, bahagian disiplin dan jabatan integriti polis turut dikembangkan kepada Bahagian Hal Ehwal Dalaman yang fokus memainkan peranan dalam menangani rasuah.

Panel ini percaya bahagian ini boleh memainkan peranan yang penting bagimengawasi dan memantau sebarang bentuk salahlaku, penyalahgunaan kuasa dan rasuah di dalam pasukan polis.

Read More / Baca Lagi >>

LENSA nafi anjur demonstrasi desak Azmin letak jawatan

Posted: 20 Oct 2014 08:13 PM PDT

SHAH ALAM, 21 OKT: Lensa Anak Muda Malaysia (LENSA) menafikan laporan di Twitter berhubung penganjuran sebuah demonstrasi di hadapan pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) bagi mendesak Mohamed Azmin Ali meletakkan jawatan sebagai Datuk Menteri Besar Selangor, hari ini.
Koordinatornya, Ekhsan Bukharee berkata, berita palsu yang tersebar di laman sosial milik badan bukan kerajaan (NGO) itu digodam pihak tidak bertanggungjawab untuk memburukkan mereka.
Katanya, insiden penyebaran berita palsu yang mengaitkan LENSA berlaku sejak awal Oktober lalu, namun motif pihak terbabit tidak diketahui.
janji demokrasi 01"Ini bukan kali pertama LENSA diburukkan kerana sebelum ini media ada menghantar mesej kepada saya bertanya berkenaan demonstrasi di hadapan kilang Carlsberg.
"Saya menyedari pemalsuan Twitter Lensa itu petang tadi (20 Oktober) melalui makluman rakan saya dan menganggap ini adalah tindakan 'sampah'," katanya kepada Selangor Kini.
Pada masa sama, Ekhsan berkata, pihaknya tidak bercadang membuat laporan polis berhubung kejadian itu dan menegaskan tidak akan melayan sebarang publisiti murahan yang cuba dimainkan pihak tertentu.
Beliau juga menolak untuk mengaitkan kemungkinan pihak sama terbabit terhadap aktiviti penggodaman berkenaan.
Read More / Baca Lagi >>

Penjelasan "Ustaz Program Pegang Anjing" - Ustaz Iqbal Zain Al-Jauhari

Posted: 20 Oct 2014 07:54 PM PDT

Pendakwah yang terlibat menyampaikan tazkirah pada program kontroversi 'I Want To Touch A Dog' mengakui ia disalah tafsir oleh pengunjung.
Ustaz Iqbal Zain Al-Jauhari berkata, Pada awalnya, penganjur program, Syed Azmi menjemputnya untuk mengisi slot ilmu.
"Saya difahamkan bahawa tempat perkongsian ilmu diasingkan dari tempat anjing-anjing berkumpul serta mendapat kelulusan Jabatan Agama Islam Selangor.
"Saya akui yang saya terlepas pandang bahawa program ini disalah tafsir malah diambil kesempatan oleh setengah pihak untuk menggalakkan masyarakat Melayu awam bermesra-mesra dengan anjing tanpa sebab.
"Saya tidak pernah terfikir perkara ini boleh berlaku seolah-olah saya yang menggalakkannya," ujarnya dalam kenyataannya di laman sosial semalam.
Menurut Iqbal Zain, dia memenuhi jemputan itu bagi menjelaskan kepada yang hadir mengenai hukum - hakam yang jelas menurut mazhab Syafi'e, seperti yang terdapat dalam fatwa JAKIM.
"Saya ingin jelaskan disini bahawa saya tidak bersetuju dengan aksi peluk, cium anjing yang dilakukan pada hari tersebut oleh peserta-peserta program.
"Saya juga jelas menerangkan, tidak dibenarkan menyentuh anjing tanpa sebab yang perlu.
"Saya terkilan kerana pihak media hanya menyebarkan sebahagian ucapan saya yang seolah-olah saya menyokong perbuatan tersebut, manakala bahagian hukum hakam tidak disebutkan oleh pihak media," ujarnya.
Justeru, beliau memohon maaf secara terbuka di atas segala kecelaruan dan kepincangan yang berlaku. Iktibar dan pelajaran yang berharga saya peroleh dari apa yang telah berlaku.
"Saya mengharapkan program ini pada masa hadapan dapat dilakukan dalam suasana yang lebih menghormati sensitiviti masyarakat setempat," ujarnya.

POLEMIK ANJING : SATU PERBINCANGAN FIQH

Posted: 20 Oct 2014 05:23 PM PDT

oleh : Wan Ji bin Wan Hussin


Isu berkenaan menyentuh anjing, pernah didebatkan pada tahun 1940 bertempat di kelantan. khabarnya, ia melibatkan tokoh ulama terkemuka tanah melayu ketika itu, seperti Haji Wan Musa yang merupakan mufti Kelantan ketika itu, Qadhi besar Singapura yang dihadiri Raja Kelantan ketika itu, Sultan Ibrahim.  Selepas perbincangan tersebut, mereka bergambar dengan disertakan seekor anjing bersama.

Perbincangan tentang anjing, dianggap agak sensitive di kalangan umat islam di Malaysia, walhal jika dibaca dalam al-Quran, factor anjing pernah diceritakan dalam beberapa bentuk. Antaranya adalah, diceritakan tentang anjing dalam kerangka kisah Ashab al-Kahfi.
Firman Allah;
وَتَحْسَبُهُمْ أَيْقَاظًا وَهُمْ رُقُودٌ وَنُقَلِّبُهُمْ ذَاتَ الْيَمِينِ وَذَاتَ الشِّمَالِ وَكَلْبُهُمْ بَاسِطٌ ذِرَاعَيْهِ بِالْوَصِيدِ لَوِ اطَّلَعْتَ عَلَيْهِمْ لَوَلَّيْتَ مِنْهُمْ فِرَارًا وَلَمُلِئْتَ مِنْهُمْ رُعْبًا
Maksudnya;     "Dan engkau sangka mereka sedar, padahal mereka tidur; dan Kami balik-balikkan mereka dalam tidurnya ke sebelah kanan dan ke sebelah kiri; sedang anjing mereka menghulurkan dua kaki depannya dekat pintu gua; jika engkau melihat mereka, tentulah engkau akan berpaling melarikan diri dari mereka, dan tentulah engkau akan merasa sepenuh-penuh gerun takut kepada mereka" (Surah al-Kahf, ayat 18)
Dan firman Allah dalam surah yang sama;
سَيَقُولُونَ ثَلَاثَةٌ رَابِعُهُمْ كَلْبُهُمْ وَيَقُولُونَ خَمْسَةٌ سَادِسُهُمْ كَلْبُهُمْ رَجْمًا بِالْغَيْبِ وَيَقُولُونَ سَبْعَةٌ وَثَامِنُهُمْ كَلْبُهُمْ قُلْ رَبِّي أَعْلَمُ بِعِدَّتِهِمْ مَا يَعْلَمُهُمْ إِلَّا قَلِيلٌ فَلَا تُمَارِ فِيهِمْ إِلَّا مِرَاءً ظَاهِرًا وَلَا تَسْتَفْتِ فِيهِمْ مِنْهُمْ أَحَدًا
Maksudnya; "(Sebahagian dari) mereka akan berkata: "Bilangan Ashaabul Kahfi itu tiga orang, yang keempatnya ialah anjing mereka "; dan setengahnya pula berkata:"Bilangan mereka lima orang, yang keenamnya ialah anjing mereka" – secara meraba-raba dalam gelap akan sesuatu yang tidak diketahui; dan setengahnya yang lain berkata: "Bilangan mereka tujuh orang, dan yang kedelapannya ialah anjing mereka". Katakanlah (wahai Muhammad): "Tuhanku lebih mengetahui akan bilangan mereka, tiada yang mengetahui bilangannya melainkan sedikit". Oleh itu, janganlah engkau berbahas dengan sesiapapun mengenai mereka melainkan dengan bahasan (secara sederhana) yang nyata (keterangannya di dalam Al-Quran), dan janganlah engkau meminta penjelasan mengenai hal mereka kepada seseorangpun dari golongan (yang membincangkannya). (Surah al-Kahf, ayat 22)
Dalam al-Quran juga, factor anjing diceritakan tentang perburuan. Iaitu firman Allah;
Read More / Baca Lagi >>

Pakatan belum usaha baiki imej

Posted: 20 Oct 2014 04:33 PM PDT


Seperti yang saya katakan dahulu, politik sangat dinamik sifatnya, ia pantas berubah. Kerana itu, tidak mungkin persepsi masyarakat terhadap perkembangan politik akan terus kekal, tidak berubah.
Dalam hal ini, adakah pemimpin dan pendukung parti politik, khususnya Pakatan Rakyat, sedar dan mengakui hal ini, atau sekadar mengakuinya tetapi tidak berbuat apa-apa untuk menghadapi perubahan ini? Sama-sama kita saksikan.
Dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) yang lalu, persepsi pengundi begitu ketara berubah, menyebabkan Barisan Nasional tidak mendapat majoriti di Parlimen, bahkan undi popularnya merosot kepada 48%, sementara Pakatan Rakyat mendapat undi popular 52%, sesuatu yang mengejutkan pelbagai pihak. Ertinya majoriti pengundi menyokong Pakatan Rakyat.

Ini berlaku dalam PRU12 dan PRU13, ketika Pakatan kuku berpadu, tidak ada krisis serius dalam parti komponen baik PAS, PKR mahupun DAP. Maka, majoriti rakyat memberi sokongan kepada Pakatan, bahkan menaruh harapan Pakatan mampu menggantikan Barisan Nasional memerintah negara di masa depan.
Tetapi dinamik politik merubah segalanya. Lebih-lebih lagi apabila tercetus krisis politik di Selangor selama tujuh bulan di mana gejalanya merebak hampir ke seluruh negara. Maka imej Pakatan Rakyat rosak dan persepsi rakyat terhadapnya menjadi buruk hingga kini. Segalanya berubah.
Saya tertarik dengan pandangan Ketua Pegawai Eksekutif, Institut Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi (Ideas) Wan Saiful Wan Jan apabila beliau menyatakan dalam Malaysian Insider bahawa senario politik sekarang berbeza dengan 16 tahun dahulu. Beliau merujuk kepada kes Datuk Seri Anwar Ibrahim mengenai rayuan terakhir kes liwatnya minggu depan:
Pemerhati politik mengingatkan, sebarang harapan bagi demonstrasi jalanan seperti 'Reformasi 1998' adalah tidak produktif.  Mereka memetik lanskap politik yang berbeza, sokongan tidak jelas berikutan perpecahan dalam Pakatan Rakyat (PR) dan keperluan orang ramai untuk maju ke depan daripada hanya berhimpun di keliling Anwar sebagai simbol menentang ketidakadilan. – 20 Oktober, 2014.
Wan Saiful berkata, PKR sepatutnya sedar ia tidak lagi berada dalam kedudukan yang kuat seperti dahulu apabila menerima sokongan rakyat Malaysia dari rakan-rakan mereka dari PAS dan DAP. Kini, katanya,  PKR sedang bergelut dengan sokongan dalaman parti, kerana hubungannya dengan PAS tidak sebaik dahulu.
Sementara itu, pengundi lama merasa kecewa dengan krisis dan 'masam muka' berterusan antara komponen dalam Pakatan Rakyat, generasi baru bosan lagi dengan situasi politik masa kini.
Mereka benci dengan politik perkauman dan ektremis agama yang diketengahkan sesetengah pemimpin politik perkauman dan penyokong mereka, serta NGO yang juga menyokongnya.
Golongan muda ini benci dengan keadaan politik seperti itu. Tetapi malangnya, apabila melihat apa yang berlaku dalam Pakatan Rakyat, maka mereka juga amat kecewa.
Hingga kini belum ada sebarang tanda di kalangan pemimpin Pakatan Rakyat untuk mengambil langkah segera memperkukuh Pakatan, membaik pulih imej dan persepsinya yang tercemar.
Mungkin ada juga di kalangan sesetengah pemimpin Pakatan yang sedar trend pengundian generasi muda yang akan banyak berubah dalam PRU14 akan datang.
Tetapi ramai yang tidak sedar, malah beranggapan trend undian akan sama sahaja tiap kali pilihan raya.
Sebenarnya persepsi generasi muda perlu disedari oleh Pakatan Rakyat, khususnya PAS sendiri yang biasanya banyak bertanding di kawasan pengundi Melayu di bandar dan di luar bandar. Jangan merasa selesa dan tidak mempedulikan perubahan ini.
Read More / Baca Lagi >>

Projek Ratus Bilion: Selepas lapan tahun, siapa sebenarnya terima manfaat Iskandar Malaysia?

Posted: 20 Oct 2014 04:23 PM PDT

Semasa ditubuhkan, ianya bertujuan untuk memberikan nafas baru kepada Johor Baru, akan tetapi selepas lapan tahun dilancarkan, Iskandar Malaysia gagal memberikan manfaat kepada rakyat biasa di selatan Johor dari segi pekerjaan dan kehidupan lebih baik.
Ini adalah sentimen yang ditunjukkan daripada temuramah rawak yang dijalankan The Malaysian Insider bersama dua kumpulan, penduduk biasa dan pemilik perniagaan di selatan Johor – Masai, Bandar Baru Uda, Bukit Indah, dan Kampung Melayu Majidi.
Lebih separuh daripada 18 individu yang ditemui berkata, kehidupan mereka tidak berubah menjadi lebih baik, meskipun Iskandar Malaysia bertujuan untuk mengubah ekonomi dan landskap fizikal di selatan Johor itu.
 Lebih kurang dua pertiga daripada pemilik perniagaan berkata, mereka tidak merasai limpahan kebaikan, dari segi peluang menambahkan pendapatan atau keuntungan. Ini adalah selepas inisiatif berkenaan membawa pelaburan sebanyak RM156.35 bilion sejak 2006 menurut laporan pada 18 Oktober oleh agensi berita nasional Bernama.
Akan tetapi, kebanyakan responden optimis mengenai Iskandar Malaysia, dengan majoriti daripada dua kumpulan itu secara keseluruhannya mangatakan ianya baik untuk selatan Johor.
Sikap optimis itu bagaimanapun turut diluahkan beserta kekecewaan dengan peningkatan kos sara hidup serta harga rumah.
Terdapat juga sentimen di kalangan penduduk yang berpandangan golongan kaya dan mempunyai jaringan kuat akan mendapat faedah besar daripada Iskandar Malaysia sementara mereka yang lain hanya menerima sisanya.

S.H. Alattas: Sampai Bila Najib Nak Membohongi Rakyat?

Posted: 20 Oct 2014 04:15 PM PDT

Akhbar The EDGE pada keluaran 28 April 2014 telah meletakkan satu tajuk besar yang cukup sayu menyentuh hati kita, akhbar tersebut merayu 'BRING BACK THE MONEY" (Bawa Pulang Wang Kita)

Akhbar ekonomi ternama di Malaysia itu membongkar urusniaga 1MDB berjumlah RM18 billion yang diletakkan di luar negara.

Membaca laporan kewangan tahunan syarikat yang berakhir 31 Mac, memang membuatkan kita urut dada tanda lega kerana jumlah aset untuk tahun 2013 bertambah kepada 44.6 billion. Itu semua 'on paper' bro! Kita terlupa bahawa 1MDB perlu menanggung bayaran hutang tahunan berjumlah RM 1.6 bilion kerana meminjam sebanyak 36 billion pada tahun 2013. Tak cukup dengan hutang sebanyak itu, pada 28 April 2014, akhbar ekonomi dunia Wall Street Journal membuat laporan 1MDB sedang berunding dengan beberapa buah bank lagi untuk meminjam RM2 billion.

Suara Keadilan keluaran 6 Mei 2014 dalam satu artikel yang ditulis oleh Lyn Nasir mengesahkan dengan laporannya:

'Negara mungkin menghadapi masalah keberhutangan lebih tinggi sekiranya beberapa syarikat berkaitan kerajaan (GLC) gagal dalam pelaburan mereka, Ketua Umum KEADILAN, Anwar Ibrahim berkata kemungkinan GLC 1 Malaysia Development Berhad akan meningkatkan lagi hutang negara dalam usaha syarikat itu menampung kos projek mega seperti Tun Razak Exchange dan Bandar Malaysia dengan anggaran kos RM45 billion....

Pada asalnya dana 1MDB ini adalah dari dana tabung Negeri Terengganu, iaitu duit royalti minyak yang disimpan dalam satu dana yang dinamakan TIA (Terengganu Investment Agency) dana negeri Terengganu kemudian ia dinamakan 1MDB. Apakah Ahmad Said mantan MB Terengganu, tak tahu tentang selok belok serta cerita disebalik tabir tentang dana Terengganu yang TIA diubah menjadi 1MDB itu.

1MDB (1 Malaysia Development Berhad) juga membawa maksud lain iaitu 1 Malaysia Di Bodohkan. Kenapa dikatakan begitu? berikut adalah alasannya....

Negara kita memang beraspirasi untuk menjadi 'negara maju kelas satu', malang sekali kewibawaan pemimpin kita tidak membawa Malaysia ke arah itu.

Satu ukuran yang paling mudah, tahukah kita bahawa tahap ketelusan negara kita amat rendah berbanding dengan kriteria negara maju.

Kepimpinan Najib memang terus mendakwa Malaysia negara maju dan sememangnya kita maju pun. Hanya memajukan kelompok tertentu saja. Negara maju kelas berapakah ini?

Antara perbuatan tidak telus pemimpin ialah tentang Tabung dana 1MDB yang ditubuhkan dalam tahun 2009 dengan suntikan modal RM5 billion, modalnya dijamin oleh Kerajaan. Tetapi kenapa sebanyak US 2.3 billion di letakkan di sebuah bank di Switzerland. Dana sebanyak itu telah diurus oleh syarikat pengurus dana kewangan di Hong Kong.

Pengurus dana telah melabur wang tersebut di enam tabung dana berlainan yang terlibat dalam sektor tenaga.

Profail pelaburan keenam enam dana ini atau nilai asetnya juga tidak diketahui.

Mengapa sejumlah besar wang itu di letakkan di dalam satu syarikat pengurusan dana, tindakan pengurusan 1MDB itu memang membingungkan atau pun sengaja mahu membuat rakyat Malaysia menjadi bingung. Apabila dipersoalkan tindakan itu, 1MDB tidak pula memberikan jawapan. Cukup pelik, satu GLC kerajaan yang Pengerusinya Perdana Menteri boleh mendiamkan diri.

Orang yang tidak ada asas pengetahuan kewangan pun tahu 'don't put all your egg in one basket'. Dalam kes 1MDB ini, sudah lah put all in in one basket, tetapi not his own basket pulak. Kata P. Ramlee, 'unta padang pasir pun tak sebodoh itulah!'

Kenapa dana yang ditaja kerajaan, dengan jumlah dana yang besar itu diletakkan di luar negara sedangkan objektif utama penubuhan dana itu untuk merancakkan ekonomi domestik.

Habis semua wang yang sepatutnya berlegar legar di dalam negara telah menyusup ke luar negara.

Sudah lah selama ini berbillion ringgit mengalir keluar setiap tahun dari sektor pekerja asing yang bekerja di Malaysia.
Read More / Baca Lagi >>

Dah Melayu, Mengaku Pula Islam... Tapi Bangang...!!!!

Posted: 20 Oct 2014 04:14 PM PDT

" I Want To Touch a Dog ".

Satu program yang berlangsung di Central Park One Utama Petaling Jaya petang semalam. Program ini dilaksanakan oleh mereka yang jahil agama. Jahil ilmu fiqh mazhab Syafie. Jahil ilmu 'uruf. Jahil ilmu fitnah khilafatul 'uruf. Jahil ilmu fiqh Aulawiyat. Dan segala kejahilan yang terkandung di dalamnya. Dan kepala yang bertanggung-jawab dalam kejahilan ini adalah seorang yang bernama Syed Azmi Alhabshi... (Keturunan Syed tuuuu.... muakakakaaaa.... jahil jugak...!!!).

Dan pihak JAKIM pulak... perkara dah terjadi baru terhegeh-hegeh nak siasat bagai, sebelum tarikh program tersebut berlangsung tak pulak nak ambil tindakan atau menyekatnya, asyik dok goyang teloq masing2... hahahaha... apapun itulah sikap kerja di Malaysia, dah terjadi baru nak siasat atau buat dulu baru kaji... attitude kerja spesies melayu didikan umno... muakakakakaaa...!!!!

Program yang mampu mencipta fitnah (kekacauan dan kekeliruan) di kalangan orang awam yang kurang ilmu fiqh. Contoh fitnahnya.., akan wujud mereka yang ingin sesuka hati menyentuh dan membelai anjing tanpa sebab dan akan wujud mereka yang berniat untuk membela anjing sebagai haiwan dalam rumah untuk bermanja (asalkan boleh sertu/samak lepas pegang, kononnya...), dan bermacam fitnah lagi.

Kita menghormati pendapat mazhab lain yang menyatakan tubuh anjing bukan najis jika tiada didapati najis mughallazah (air liur dan tahi) pada tubuhnya. Namun kita juga harus menghormati pegangan 'uruf' masyarakat setempat di mana Malaysia berpegang pada pendapat Mazhab Syafie. Seperti contoh.., apabila lu orang berada di rumah orang, lu orang tak boleh buat rumah orang macam rumah sendiri, tak gitu..??? Walaupun tuan rumah menghormati perilaku dan perbuatan lu orang, namun tak bermakna dia redha lu orang melakukan sesuatu perkara di dalam rumahnya.

Di sini gua menjelaskan kembali hukum mengenai anjing. Program bodoh itu telah melanggar dua point yang gua berikan di bawah, iaitu point pertama dan kedua:

1) Hukum menyentuh anjing;

Memang wujud khilaf di kalangan ulama mazhab-mazhab dalam bab tubuh anjing itu najis mughallazah atau tidak. Secara ringkasnya, dalam mazhab syafie menyatakan seluruh tubuh anjing adalah najis mughallazah (Imam nawawi, Mughni Al-Muhtaj, Khatib Syarbini), selain mazhab syafie (yakni mazhab hanbali, maliki, hanafi) menyatakan hanya air liurnya sahaja najis. Ini berdasarkan hadis:

"Sucinya bejana (bekas) salah seorang daripada kamu yang dijilati anjing adalah dengan dibasuh bejana itu tujuh kali dengan air dan pada basuhan pertama dicampur dengan tanah."
[Hadis Riwayat Muslim, Abu Daud dan Ahmad]
Read More / Baca Lagi >>

Abolition of cruel laws: A duty for today’s youth

Posted: 20 Oct 2014 04:11 PM PDT

When the dust has settled, history will remember those who stood up for freedom, justice and democracy.

By Yeo Bee Yin
Last Thursday, while hundreds of lawyers were out under the scorching sun to protest against the Sedition Act, the Umno and Gerakan youth chiefs went on Twitter to belittle the march. Their remarks were made in the language of the old politics whereas, as youth leaders, they are supposed to be the voices for tomorrow. Disappointing indeed.
sedition actBoth believe in the necessity of the Sedition Act (or elements of it) as a safeguard against offensive speeches and disharmony. Perhaps they have forgotten that even after so many years of the law's existence, the loss of harmony is more pronounced today than at any time in our recent history.
Lasting harmony requires genuine understanding between different groups through education and discourse, not the suppression of thought and speech and the oppression of dissenters.
According to Umno Youth chief Khairy Jamaluddin, selective prosecution is the cause of bad public perception of the Sedition Act, not the act itself. As a response, I'll quote from the Bar Council's memorandum: "The lesson we learn is that the justness in the use of such laws cannot be dependent on the good faith of the authorities. Laws must in themselves be good and just. The Sedition Act 1948 is not such a law."
As young Malaysians, we shall not be misled by the BN youth chiefs into believing that oppressive laws are the answer to national disharmony. We shall stand up against unjust laws and be the guardians of the future liberty of this nation.
Our nation has time and again given in to laws that suppress the freedom of the people. The University and University College Act 1971 has almost completely killed activism on all Malaysian campuses, stifling the voices of our students at the time in their lives when they should be encouraged to think critically and debate intensely. The Printing Presses and Publication Act 1984 restricts journalistic freedom, contributing to the overall deterioration of democracy and election justice in Malaysia.
Read More / Baca Lagi >>

Royalti: Jawatankuasa khas jerat kerajaan negeri

Posted: 20 Oct 2014 04:09 PM PDT

KOTA BHARU: Pertubuhan R Kelantan (Royalti) mengesa kerajaan Kelantan mengambil tindakan menarik diri daripada menyertai Jawatankuasa Khas Royalti.

Presiden Royalti, Nazri Deraman berkata, tidak ada gunanya kerajaan negeri terus bersama dalam jawatankuasa tersebut yang dianggap sebagai jerat mengheret kerajaan Kelantan.

Katanya, melalui jawatankuasa berkenaan kerajaan Persekutuan boleh mengheret Kelantan bersetuju terhadap segala yang akan diputuskan.

"Keputusan Jawatankuasa Khas Bayaran Tunai yang diumumkan Kementerian Kewangan pada 24 September lalu secara jelas menafikan hak rakyat Kelantan," katanya di sini.

Kementerian Kewangan dalam kenyataannya juga menjelaskan tidak terdapat minyak di perairan Kelantan, Terengganu dan Pahang.

Selain itu turut dijelaskan Petronas juga tidak terikat dari segi undang-undang untuk membayar royalti 5 peratus kepada negeri-negeri Pantai Timur Semenanjung.

Nazri juga berkata, pengasas Petronas, Tengku Razaleigh Hamzah memberitahu tiada had lingkungan kawasan penemuan minyak kepada 3 batu nautikal ketika Akta Petroleum digubal.

"Kenyataan pengasas Petronas itu pada program Trasformasi Barah Ali Baba di Bumi Merdeka 16 Oktober amat jelas dan ia tidak perlu dipertikaikan mana-mana pihak.
Read More / Baca Lagi >>

Hudud ikut proses demokrasi, Chong boleh bahas

Posted: 20 Oct 2014 04:07 PM PDT

KUALA LUMPUR: Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Mahfuz Omar hari ini meminta Pengerusi DAP Sarawak, Chong Chieng Jen lebih bersifat demokratik dalam isu pelaksanaan hudud.

Kata beliau, cadangan pelaksanaan hukum hudud di Kelantan telah melalui satu proses demokrasi apabila ia dibentang dan dibahas pada sidang Dewan Undangan Negeri (Dun).

"Proses hudud ini melalui jalan yang betul (demokrasi) dan bukannya melalui pintu belakang.

"Ia dibawa dan dibentang di peringkat Dun kemudian dipersetujui untuk pelaksanaannya di Kelantan.

"Tetapi itu hanya di peringkat Dun dan kita masih terhalang kepada undang-undang di peringkat Persekutuan," jelasnya kepada Harakahdaily.

Tambah beliau, ia timbul apabila Kerajaan Persekutuan menawarkan diri supaya Kerajaan Kelantan membawa isu pelaksanaan hudud ke Parlimen bagi membuat beberapa pindaan.

"Bila ada tawaran, Kerajaan Negeri Kelantan bersetuju membawa isu hudud ini ke Parlimen sehinggalah wujudnya Jawatankuasa Teknikal Khas untuk membincangkan beberapa pindaan.

"Segala proses jelas melalui sistem demokrasi yang ada dan tidak ada langsung pelaksanaan ini melalui pintu belakang.

"Bila ia dibawa ke peringkat Parlimen semua pihak termasuk DAP, Barisan Nasional (BN) boleh berbahas untuk bersetuju melaksanakannya atau tidak.
Read More / Baca Lagi >>

Dunia akhir zaman, bersediakah kita?

Posted: 20 Oct 2014 04:00 PM PDT



Semoga allah tunjuk jalan yang benar dan lurus.

The best government in the world

Posted: 20 Oct 2014 03:53 PM PDT

If Malaysians would stop complaining and reflect a little, they'll realise how lucky they are to be under BN rule.

by Iskandar Dzulkarnain
Some Malaysians, especially opposition supporters, need to go for a reality check. They seem to always have a bone to pick with our time tested government policies. Can't they see that these polices are the reason we have such wonderful racial and religious harmony, the best education system in the world and such prosperity that the government keeps increasing the BR1M handouts?
bn_malaysia_300If they are not complaining about corruption and cronyism, they are protesting against the Sedition Act, GST and petrol hikes while forever accusing the Federal Government of mismanagement and extravagance, offering as "proof" the ridiculous allegation that the Prime Minister and his wife waste public funds to finance their jet-setting ways. Talk about envy and jealousy! How can you call them "public funds" when the money comes from the budget allocation to the Prime Minister's Department? It's for the Prime Minister's household to use as it pleases.
These critics still haven't come to terms with the fact that BN is the legitimate government of the day, having won 47% of the popularity votes in the last election.
Let's take a closer look at some of their outrageous accusations.
The Sedition Act
The Sedition Act is simply one of the most wonderful laws that ever existed in this country. Word has it that it was already in existence way before Malaysia gained independence. That means it was enacted by the British, and the British, as we all know, come from an advanced civilisation. If you can't trust the British, whom can you trust?
And if great leaders like Dr Mahathir, ex-IGP Musa Hassan and Ibrahim Ali have gone to great lengths to defend the Sedition Act, why would anyone continue to believe the opposition lies that it is an evil law that should be abolished?
Even Bung Mohktar, that great intellectual and epitome of decency, has defended the act. And has anyone noticed that the opposition members like to rain brickbats at Bung for no apparent reason. That's because they feel threatened by his great powers of reasoning. They have even used their international contacts to influence Germany to criticise him just because he tweeted two miserable words: "Heil Hitler." The great Bung is going places and they want to use every means to stop him.
Nancy Shukri is another who has been the object of opposition criticism for her brave defence of the Sedition Act. They called her a "ministerial postman" even though she is a woman and not a man.
Why are people so uptight when only 30 out of 30 million citizens have been charged under the Sedition Act? The Attorney-General should instead be given a medal for his far-sightedness in limiting the number of detainees and thus save prison space.
Only one lawyer has been charged, and yet the Malaysian Bar made a big issue of it by organising a protest walk.
The investigation of a student for liking Israel in a Facebook account has also invited much opposition ridicule. There are more than 180 countries in the world; yet he clicked on Israel. Doesn't that smell of an international conspiracy? It wouldn't be so bad if he had clicked Syria or Iraq.
As is the case with the Hudud enactments, people who have not sinned would have nothing to fear in the Sedition Act. Hasn't anyone heard of the saying "even a fish will not get into trouble if it knows when to keep its big mouth shut?" So stop our futile protests and, like LENSA, just ask Anwar Ibrahim to retire permanently.
But what is perplexing is why Prime Minister Najib keeps saying that the government would review or repeal the Sedition Act when BN leaders are unanimous that it is indeed a wonderful law? Can jet leg be so bad as to make someone go bonkers? If we keep on repealing our laws one by one, Malaysia will one day run out of laws to safeguard the nation.
International Conspiracy
Ernst & Young reported that Malaysia is even more corrupt than Indonesia. Such headlines may be an international conspiracy to belittle Malaysia. Indonesia has 250 million people, so how can Malaysia be more corrupt than Indonesia. Mathematically, it just doesn't make any sense. And "Ernst" sounds suspiciously Jewish.
Read More / Baca Lagi >>

Azmin: Kidex Buktikan MRT Gagal Capai Matlamat

Posted: 20 Oct 2014 03:52 PM PDT


Analisis Awani: Jokowi, Presiden Indonesia ke-7

Posted: 20 Oct 2014 08:07 AM PDT

SPRM mahu bahagian 'bergigi' dalam PDRM

Posted: 20 Oct 2014 08:02 AM PDT

Polis patut meneliti semula cadangannya sendiri untuk membentuk Suruhanjaya Integriti Bebas Polis (IPIC), kata Panel Perundingan dan Pencegahan Rasuah (CCPP), Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Panel itu juga berkata, bahagian disiplin dan jabatan integriti polis patut dikembangkan sebagai Bahagian Hal Ehwal Dalaman yang "lebih bergigi".

Pengerusi CCPA Datuk Johar Jaafar (kanan) berkata, pihaknya berpuas hati dengan penjelasan polis berhubung usaha memerangi rasuah.

Katanya lagi, CCPP juga merasakan pihak berkuasa itu mengambil pelbagai langkah bagi menangani isu salah saku.

Bagaimanapun, kata Johan dalam sidang media hari ini, masih terdapat masalah berhubung tanggapan terhadap pihak polis.

Mahkamah arah polis tak ganggu kes Zahida

Posted: 20 Oct 2014 08:01 AM PDT

Polis diarahkan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur untuk tidak mengganggu pendengaran kes sivil melibatkan seorang bekas pemandu dengan pelakon Zahida Mohamed Rafik, yang dikatakan mempunyai hubungan dengan Menteri Pembangunan Luar Bandar Datuk Shafie Apdal.

Arahan itu dikeluarkan Hakim Mahkamah Tinggi Hue Siew Keng selepas peguam bekas pemandu Noor Azman Azemi, Latheefa Koya memberitahu hakim kemungkinan ugutan atau penangkapan ke atas anak guamnya.

Hakim Hue selepas itu bertemu dengan kedua pihak di kamarnya, dan kemudiannya memanggil seorang polis berpakaian preman.

Beliau kemudian mendapati polis akan menangkap Noor Azman (atas) hari ini, selepas mendapat arahan sejak Julai lalu atas tuduhan pecah amanah.

Read More / Baca Lagi >>

Anwar ke UM sebelum rayuan terakhir kes fitnah liwat 2

Posted: 20 Oct 2014 07:53 AM PDT

Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim akan melawat Universiti Malaya (UM) tempat beliau pernah menuntut ilmu, sehari sebelum sabitan kes pertuduhan liwat terhadapnya dibuat.

Anwar, pemimpin pelajar lantang sekitar 1970-an, dijadual hadir ke program persatuan mahasiswa bagi bercakap berhubung perjalanannya daripada UM ke penjara – yang mungkin berlaku buat kali kedua.

Program pada 27 Oktober itu dinamakan "Anwar Ibrahim: 40 tahun, dari UM ke penjara" dijadual diadakan pada jam 9 malam di dataran Dewan Tunku Canselor.

Bagaimanapun majlis pelajar itu belum memaklumkan kepada pihak universiti.

"Kami tidak perlu mendapatkan kebenaran daripada universiti kerana dataran Dewan Tunku Canselor adalah tempat awam.

"Anwar juga bekas pelajar, jadi beliau ada hak masuk ke kampus UM," kata timbalan presiden majlis pelajar Lee Jin Yang kepada Malaysiakini.

Lee berkata, pertubuhan liwat terhadap Anwar menjadi kes penanda aras dan banyak pihak masih tidak dimaklumkan sepenuhnya berhubung perkara itu.

Program itu juga dirancang terbuka untuk orang awam.

UM kata 'tidak'

Read More / Baca Lagi >>

Sentuh anjing: Jakim khuatir budaya baru hina Islam

Posted: 20 Oct 2014 07:51 AM PDT

KUALA LUMPUR: Tindakan pihak penganjur program 'I Want To Touch A Dog' dikhuatiri mempunyai agenda terselindung dan secara jelas dilihat seolah-olah cuba mencipta budaya baru dan boleh membawa kepada perbuatan menghina Islam.

"Suka Jakim tegaskan bahawa Malaysia adalah sebuah negara yang berpegang kepada mazhab Syafie sebagai mazhab rasmi," ujar Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Datuk Othman Mustapha dalam satu kenyataan.

Justeru, jelasnya peranan Jakim adalah untuk memastikan umat Islam di negara ini mengamalkan syariat yang tidak menyalahi Mazhab Syafie.

Berikut kenyataan penuh beliau.

Pertama sekali Jakim ingin membuat teguran kepada pihak penganjur yang telah mengadakan kempen memegang anjing secara sengaja dan terbuka kepada umum termasuk mereka yang beragama Islam tanpa sebarang sebab yang munasabah.

Hal ini sekaligus telah menimbulkan keresahan awam khasnya di kalangan umat Islam kerana secara jelas telah menyanggah pegangan mazhab dan 'uruf/ adat di Malaysia.

Menurut Mazhab Syafie, umat Islam adalah dilarang menyentuh anjing secara sengaja kerana menajiskan diri tanpa tujuan yang munasabah adalah haram di sisi Islam.

Walaupun Islam meletakkan kaedah sertu apabila terkena najis yang dikategorikan sebagai 'mughallazah' namun kaedah tersebut bukanlah alasan untuk membolehkan seseorang itu memegang najis mughallazah secara sengaja.

Tindakan tersebut samalah seperti orang yang sengaja melakukan dosa dengan alasan akan bertaubat kemudiannya.
Read More / Baca Lagi >>

Kempen sentuh anjing agenda meliberalkan umat Islam – Ustaz Kazim

Posted: 20 Oct 2014 07:38 AM PDT


Kazim Elias
"Inilah jarum halus yang dicucuk kedalam jiwa umat Islam agar berubah menjadi seorang yang berfahaman liberal.
 
"Ia dimulakan dengan gerakan yang cukup halus untuk menghalalkan sesuatu yang sudah haram dan dimulakan dengan satu kempen secara kecil-kecilan yang akhirnya akan merubah dan menidakkan hukum dan itulah tujuan asalnya,".
 
Itu tegas penceramah bebas, Ustaz Kazim Elias ketika mengulas penganjuran kempen 'Saya mahu sentuh anjing' dalam laman Facebook miliknya.
 
Katanya, membela anjing untuk jaga kebun dan keselamatn rumah atau mengesan barang jenayah tidaklah dilarang dalam Islam malah hukumnya harus.
 
"Untuk menjadikan anjing sebagai haiwan peliharaan seperti kucing memang tidak boleh dipandang ringan kerana anjing adalah najis berat atau mughalazah seperti babi.
 
"Mula-mula penganjur buat kempen sentuh anjing, lepas ni kempen pegang babi dengan melawat pasar babi dan kemudian melarat ke makan babi pula.
 
"Ini semua tak betul. Semuanya ada agenda tersembunyi yang sangat halus untuk meliberal dan mempluralkan agama Islam," katanya.
 
Read More / Baca Lagi >>