Followers

Nuffnang

MIMPI SENJA

0

Posted by Unknown | Posted on 11:37 PTG | Posted in

sumber :-

MIMPI SENJA


2 maut 3 cedera mrmbabitkan 5 Superbike dengan 6 buah kereta di Lebuhraya Karak menghala KL

Posted: 18 Oct 2014 11:05 PM PDT


Dua maut manakala tiga lagi cedera membabitkan kemalangan lima motosikal besar berkuasa tinggi dengan enam kereta di Kilometer 26 Lebuhraya Karak menghala ke Kuala Lumpur, di sini kira-kira jam 11 pagi tadi. - Foto Ihsan Bomba
GOMBAK: Dua maut manakala tiga lagi cedera membabitkan kemalangan lima motosikal besar berkuasa tinggi dengan enam kereta di Kilometer 26 Lebuhraya Karak menghala ke Kuala Lumpur, di sini kira-kira jam 11 pagi tadi.
Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Selayang, Ismail Kamarudin berkata, seorang mangsa maut kerana rentung akibat motosikal terbakar, manakala seorang lagi tersepit di bawah sebuah kereta Honda.
Katanya, tiga lagi mangsa yang cedera dikejarkan ke Hospital Selayang.

Puting beliung berskala besar pernah landa Malaysia

Posted: 18 Oct 2014 07:49 PM PDT


Pusaran angin 'gulung' sawah padi





LANGIT daerah Kampung Alor Besar, Pendang, Kedah pada petang Selasa lalu cerah seperti biasa. Namun, awan gelap yang berarak memasuki ruang udara desa itu menimbulkan keresahan di sudut kecil hati seorang penduduk, Mohd Hafiz Abu Bakar.
Menyangkakan hujan lebat akan turun, dia yang sedang sibuk membersihkan kawasan bendang di belakang kediamannya lekas-lekas mengemas barang untuk pulang ke rumah.
Sekilas pandangan dialihkan, dia ternampak pusaran angin kuat bergerak laju menuju ke arahnya.
Dalam sekelip mata, bumbung rumah berterbangan di udara. Pukulan langsung angin ribut itu juga mengakibatkan pintu dan tingkap rumah tercabut. Bukan itu sahaja, pokok-pokok besar yang selama ini kuat dipasak tanah tumbang menyembah bumi dan menghempap sebahagian rumah di kawasan tersebut.
Lelaki berusia 31 tahun itu termangu-mangu seketika menyaksikan amukan alam itu, namun dia segera bergegas pulang tatkala teringatkan isteri, Norsila Aziz, 24, dan dua orang anak mereka yang masih kecil di rumah.
"Apabila sampai di rumah, saya tengok bumbung dan ­dinding rosak teruk dipukul pu­ting beliung. Saya amat bersyukur kerana isteri dan anak selamat," ujarnya.

SEORANG penduduk Kampung Bendang Raja, Pendang, Kedah menunjukkan bumbung rumahnya yang diterbangkan ribut pada 15 Februari 2006.


Belalai darat
Sementara itu, cerita Norsila, dia dan dua orang anaknya berada di dalam bilik sebelum terdengar bunyi deruman angin kuat seperti helikopter.
"Kejadian itu amat menakutkan. Saya lihat sendiri banyak serpihan kayu dari bumbung jatuh di depan mata.
Seorang lagi penduduk, Rejab Ahmad, 64, berkata, pusaran angin yang tiba-tiba datang dari arah sawah padi bergerak menghala rumah penduduk sebelum masuk semula ke kawasan bendang.
Kejadian puting beliung yang pertama kali dilaporkan berlaku di kampung itu mengakibatkan lebih 10 buah rumah dan sebuah sekolah rendah mengalami kerosakan.
Sebelum ini, tiga kampung lain termasuk Kampung Bendang Raja, Kampung Perupok dan Kampung Padang Petani di Sungai Tiang, Pendang dilaporkan pernah dibadai belalai darat pada 15 Februari 2006.
Kejadian itu memusnahkan 20 buah rumah dan beratus-ratus pokok getah.
Dalam pada itu, Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), pada mulanya menyatakan, pusaran angin ribut dalam kejadian di Kampung Alor Besar baru-baru ini bukan puting beliung sebaliknya dikenali sebagai belalai darat atau land spout.
Bagaimanapun, selepas disiasat, Pegawai Meteorologi Kanan Pusat Cuaca Nasional MetMalaysia, Dr. Mohd. Hisham Mohd. Anip mendapati, bencana yang melanda kampung berkenaan merupakan fenomena luar biasa akibat puting beliung yang pertama kali berlaku di negara ini.
"Kejadian puting beliung sesuatu yang asing di Malaysia sementelah negara ini bukan terdiri dalam kalangan negara yang menjadi laluan puting beliung.
"Apa yang berlaku di Pendang itu agak mengejutkan kerana kejadian itu melibatkan kemusnahan yang agak besar," katanya.

PUTING beliung yang melanda Kansas, Amerika Syarikat pada 18 Mei 2013.


Menurutnya, pusaran angin itu merupakan puting beliung berskala besar berbeza dengan beberapa kejadian sebelum ini yang kebanyakannya adalah ribut berskala kecil.
Jelasnya, puting beliung itu boleh dikategorikan dalam EF1 mengikut skala Fujita dengan kelajuanangin antara 74 hingga 112 kilometer sejam (km/j) membabitkan kemusnahan sederhana termasuk dahan pokok patah, pokok kecil tumbang dan bumbung rumah tercabut.


"Saiznya juga lebih besar dengan ukuran lebar antara 20 hingga 50 meter (m).
"Lazimnya, yang biasa terjadi di negara ini adalah ribut skala EF0 dengan lebar 10 m dan kelajuan angin antara 40 hingga 73 km/j yang hanya menyebabkan kerosakan kecil," katanya kepada kru Jurnal baru-baru ini.
"Dalam kes yang berlaku di Pendang, awan gelap yang terbentuk adalah berintensiti tinggi dan situasi itu akan menyebabkan fenomena seperti hujan batu, petir, kilat, guruh, angin kencang serta puting beliung mudah berlaku.
"Ada kemungkinan kejadian puting beliung berlaku sekali lagi" katanya.
Bertutur lanjut, Mohd. ­Hi­sh­am memberitahu, puting beliung biasanya mudah terjadi di tanah lapang dengan bentuk muka bumi mendatar serta tidak berbukit-bukau selain kawasan luar persisiran pantai.
"Kedudukan Pendang yang dipenuhi sawah padi menjadi antara faktor terbentuknya puting beliung di kawasan itu," ujarnya sambil memberitahu, penumpuan angin juga akan terjadi di bawah kawasan awan petir itu.
Sementara itu, pakar fenomena iklim di Universiti Malaysia Sabah, Dr. Ramzah Dambul berkata, pertemuan udara panas dan sejuk secara serentak mencetuskan fenomena angin ricih.
"Sekiranya angin ricih berubah bentuk daripada melintang kepada menegak, angin kencang berbentuk corong akan terbentuk dan pusaran angin itu adalah puting beliung," katanya.
Bagaimanapun, menurut Organisasi Meteorologi Dunia, kejadian yang berlaku di Daulatpur dan Saturia dalam wilayah Manikganj, Bangladesh merupakan bencana puting beliung tunggal paling buruk di dunia.





Perubahan iklim
Dalam laporan The Weather Channel, kira-kira 1,300 orang maut manakala 12,000 lagi cedera apabila putaran angin Daulatpur-Saturia berskala EF5 itu 'menggulung' wilayah itu menjadikan ia tidak ubah seperti padang jarak padang terkukur.
Lebih menakutkan, kejadian 26 April 1989 itu juga meninggalkan laluan sepanjang kira-kira 16 kilometer (km) panjang dan 1.6km lebar yang dianggap satu feno­mena di luar jangkauan pakar.
Di Amerika Syarikat (AS) pula, puting beliung Tri-State yang berlaku pada 18 Mac 1925 dianggap bencana terburuk dalam sejarah negara itu.
Puting beliung selama tujuh jam itu mengorbankan 700 nyawa dan meranapkan lebih daripada 15,000 kediaman di wilayah Illinois, Indiana dan Missouri.
Sebahagian pakar kaji cuaca menyalahkan cuaca ekstrem dalam perubahan iklim global berkaitan aktiviti manusia sebagai pencetus puting beliung.
"Perubahan iklim memainkan peranan dalam pembentukan puting beliung," kata ahli kaji cuaca di Pusat Ramalan Ribut Agensi Pentadbiran Atmosfera dan Lautan Kebangsaan Amerika (NOAA), Greg Carbin.
"Terdapat petunjuk hujan lebat di seluruh dunia dengan frekuensi lebih kerap menyebabkan iklim Bumi menjadi lebih panas," jelasnya.
Purata hari yang mencatat 20 kejadian puting beliung meningkat dua kali ganda di AS kepada lima hari setahun sejak sedekad lalu berbanding tahun 1970-an.
Bagi hari dengan sekurang-kurangnya 30 kes puting beliung pula mencatat purata tiga hari setahun sejak sedekad lalu berbanding 0.6 hari pada tahun 1970-an.
Kajian itu yang melibatkan pemerhatian puting beliung dari tahun 1953 hingga 2013 itu dan disiarkan dalam jurnal Science mendapati bilangan ribut itu di AS kekal pada purata 495 kes setahun.

Kami akan anjur bantahan lebih besar

Posted: 18 Oct 2014 05:33 PM PDT


  • Mohd Nasaie IsmailMohd Nasaie Ismail
 1 / 1 
KUALA LUMPUR - [VIDEO] "Protes Kenaikan Harga Minyak (Satira 20 sen) lebih besar akan diadakan sekiranya kerajaan enggan menurunkan harga minyak," ujar Ketua Penerangan Pemuda Pas, Mohd Nasaie Ismail.

Menurutnya, bantahan tersebut akan dianjurkan bersama parti pembangkang dan gabungan NGO di Kuala Lumpur City Centre (KLCC) pada 7 November depan.

Jelasnya, kerajaan harus didesak untuk mencari jalan penyelesaian terhadap masalah kenaikan harga minyak dan barangan yang menghimpit rakyat.


"Tujuan bantahan hari ini diadakan adalah untuk menyuarakan protes kami terhadap kenaikan harga barang, minyak dan Akta Hasutan.

"Protes kali ini melibatkan anak-anak muda mahasiswa dan parti politik yang terdiri daripada Pas dan NGO yang lain," jelasnya.

Bantahan terhadap kenaikan harga minyak di hadapan kompleks beli-belah Sogo kali ini merupakan protes ketiga dianjurkan oleh pihak pembangkang dan gabungan NGO yang lain.

Bantahan terhadap isu sama pernah diadakan sebelum ini di hadapan Parlimen dan hadapan kompleks beli-belah Sogo.

Nasaei ketika ditemui pada protes kali ini turut menegaskan, pihaknya tidak akan berganjak dari pendirian masing-masing untuk melakukan bantahan berterusan sekiranya kerajaan masih berdegil.

"Ini adalah protes mingguan secara kecil-kecilan yang diadakan supaya isu ini diberi perhatian (oleh kerajaan).

"Sekiranya kerajaan masih tidak (beri) respons, kami akan anjurkan bantahan lebih besar sehingga ke malam tahun baharu," tegasnya.

DAP Sarawak Putuskan Hubungan Dengan PAS, PKR

Posted: 18 Oct 2014 06:11 AM PDT


Diterbitkan: Sabtu, 18 Oktober 2014 7:44 PM

Chong Chieng Jen.

KUCHING: DAP Sarawak pada Sabtu menyatakan ia menghentikan semua komunikasi dengan PAS dan PKR, tetapi terus berada dalam Pakatan Rakyat (PR).

Pengerusinya Chong Chieng Jen berkata jawatankuasa negeri parti itu mengambil keputusan memisahkan diri daripada kegiatan bersama PAS dan PKR sehinggalah dua parti itu menjelaskan pendirian mereka.

Bercakap kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa itu di sini, beliau berkata DAP Sarawak akan meninggalkan PR jika kumpulan ulama PAS, yang memperjuangkan hukum hudud, menguasai parti itu selepas pemilihan parti pada Jun tahun depan.
 
"Sekiranya (kumpulan) progresif liberal menguasai (jawatankuasa pusat PAS), maka tiada sebab kami akan keluar," katanya.

Beliau berkata PKR juga tidak menjelaskan pendirian mereka berhubung pelaksanaan hukum hudud dan keputusan DAP Sarawak itu menghantar isyarat jelas kepada rakannya dalam PR supaya bersikap jelas berhubung pendirian masing-masing.
 
"Keputusan untuk keluar (daripada PR) adalah keputusan yang tidak boleh diubah. Sebelum kami mengambil keputusan yang tidak boleh diubah itu, kami perlu bersikap terbuka tentang pilihan yang ada dan menyatakan pendirian kami secara jelas," katanya. 

Belantan

0

Posted by Unknown | Posted on 11:29 PTG | Posted in

sumber :-

Belantan


Membongkar salasilah keturunan bangsa Israel?

Posted: 18 Oct 2014 07:48 PM PDT


Tiada sesiapa pun dibenarkan untuk melihat atau menyentuh manuskrip purba di Perpustakaan Negara Israel. Naskhah manuskrip yang mengandungi perbendaharaan kata Ibrani itu merupakan bukti bertulis pertama ditemui dan ia dikarang dalam bahasa Yiddish yang merupakan bahasa sejarah orang Yahudi.

Ia merupakan sebuah kitab Mahkota Damsyik yang dipercayai diseludup keluar dari Syria dua dekad lalu oleh agensi institut perisikan dan operasi khas Israel, Mossad dalam satu operasi perisikan sulit. Ia bertujuan untuk membongkar kewujudan bangsa Israel yang kononnya dirahsiakan sejak bertahun lamanya.

"Manuskrip ini begitu unik. Apa yang lebih menarik ialah kandungan cerita dan sejarah yang terkandung dalam manuskrip ini," ujar ketua bahagian pengumpulan manuskrip perpustakaan itu, Aviad Stollman.

Kebanyakan negara mengekalkan khazanah yang tersimpan rapi di dalam perpustakaan rasmi terutama manuskrip bersejarah yang menceritakan mengenai salasilah bangsa di situ.

Publisiti

Namun bagi bangsa Israel, caranya berbeza. Mereka mencari manuskrip yang menceritakan mengenai kehidupan dan kewujudan bangsa Yahudi di negara-negara yang pernah mereka huni.

Kini, Perpustakaan Negara Israel di Givat Ram berusaha mencari manuskrip yang dianggap sebagai permata paling berharga sebagai usaha untuk mengekalkan warisan bangsa Israel. Ia juga merupakan salah satu cara untuk mendapatkan publisiti mengenai keturunan mereka.

Manus krip yang ditulis tangan oleh seorang ahli falsafah Yahudi buat julung-julung kalinya dipamerkan di Muzium Louvre, Perancis.

Penemuan manuskrip itu merupakan inisiatif awal untuk mengubah manuskrip bahasa Ibrani dalam bentuk digital.

Pada awal Oktober, manuskrip berharga yang ditulis tangan oleh seorang ahli falsafah Yahudi, Maimonides dipamerkan buat julung-julung kalinya di Muzium Louvre, Perancis. Demi menjaga kehormatan dan kesucian manuskrip itu, ia dikawal rapi oleh pengawal.

Baru-baru ini, perpustakaan itu mengadakan satu Forum Global mengenai profil koleksi manuskrip itu yang diterajui oleh tokoh terkenal seperti Lord Rothschild, Diplomat Amerika Syarikat, Elliott Abrams serta ahli psikologi dan pemenang anugerah Nobel, Daniel Kahneman.

Terbaharu, perpustakaan di Baitulmuqaddis itu membuka bilik kebal dan memberi peluang kepada agensi media antarabangsa, The Associated Press untuk melihat khazanah-khazanah terpelihara itu. Kebanyakan manuskrip itu tidak pernah dipamerkan kepada masyarakat.

Manuskrip itu dibawa ke Baitulmuqaddis menggunakan laluan sukar dan tiada siapa yang tahu kaedah mereka membawa masuk manuskrip itu ke Israel.

Salah sebuah manuskrip yang terdapat dalam perpustakaan itu ialah Mahkota Damsyik. Mahkota dalam manuskrip itu merujuk kepada istilah Yahudi yang amat dihormati di dalam kitab-kitab suci mereka. Ia merupakan sebahagian daripada manuskrip terawal kitab Ibrani.

Seorang lelaki Yahudi sedang meletakkan keratan nota doa dan hajatnya di celahan batu Western Wall, Baitulmuqaddis.

Manuskrip itu dipercayai ditulis di Asia Barat dan Eropah sekitar 700 hingga 1,000 lalu. Ia juga dilindungi oleh masyarakat purba Yahudi Syria di Damsyik sejak beratus tahun lamanya.

Menurut sejarah, pemerintah diktator Syria, Hafez Assad menarik balik sekatan perjalanan ke atas orang-orang Yahudi pada awal tahun 1990-an. Dalam satu operasi sulit operasi Mossad, mereka mendapati sesetengah bangsa Yahudi menetap di Israel dan menyimpan manuskrip itu bersama mereka.

Sewaktu sekatan itu, bangsa Yahudi meletakkan manuskrip itu di perpustakaan negara untuk disimpan daripada keadaan cuaca dan iklim yang tidak menentu.

Kota Sepanyol

"Kami menerima manuskrip itu daripada Mossad dengan syarat-syarat yang ketat agar ia terus disimpan secara rahsia," ujar Pengarah Manuskrip dan Arkib Perpustakaan Negara Israel ketika itu, Raphi Weiser.

Beliau yang telah bersara dan menjadi sukarelawan perpustakaan itu berkata, hanya sebilangan staf dan pekerja tahu mengenai manuskrip Mahkota Damsyik ketika itu.

Kewujudan manuskrip di Israel telah menjadi perhatian umum sejak tahun 2000, setelah perpustakaan itu mengadakan pameran tertutup. Sejak itu, ia tidak lagi didedahkan lebih-lebih lagi untuk tatapan umum.

Tambah Weiser, koleksi paling berharga di dalam perpustakaan itu ialah sebuah kisah mengenai kota Sepanyol abad ke-13 yang disimpan di sebuah rumah ibadat Yahudi Jobar di Damsyik.

Namun menurut aktivis pembangkang, rumah ibadat itu telah dimusnahkan dalam Perang Saudara Syria tahun lalu.

"Anda pasti tahu apa akan terjadi sekiranya manuskrip itu kekal di tempat asalnya," jelas Weiser.

Selain manuskrip Mahkota Damsyik, buku nota 20 muka surat yang dikarang oleh penulis novel Jerman, Franz Kafka turut menjadi khazanah yang dipelihara di perpustakaan itu.

Rampas Palestin

Buku nota Kafka dalam bahasa Ibrani itu ditulis ketika dia mahu berhijrah dari Prague, Republik Czech ke Israel. Menurut sejarah, Kafka belajar bahasa Ibrani daripada seorang penduduk Baitulmuqaddis yang menyambung pengajian dalam jurusan Matematik di Prague sekitar tahun 1920-an.

Kafka tidak dapat berhijrah ke Israel yang ketika itu mula merampas tanah Palestin pada tahun 1948. Rakannya yang dianggap sebagai guru itu telah menghadiahkannya sebuah buku perbendaharaan kata kepada Kafka.

Pada awalnya, tiada satu hasil tulisan Kafka berjaya diselamatkan. Sebelum meninggal dunia, Kafka menyampaikan pesanan kepada rakannya untuk membakar kesemua karya tulisannya. Sebaliknya, karya-karyanya itu telah diterbitkan sekali gus menjadikan Kafka terkenal selepas kematiannya. Dia juga dikenali sebagai penulis yang masyhur pada abad ke-20.

Dalam perbicaraan mengenai kes Kafka pada tahun 2012, mahkamah Israel memutuskan bahawa dua saudara perempuan berketurunan Israel memiliki harta yang tidak diterbitkan daripada manuskrip Kafka. Selain itu, mereka juga perlu menyerahkannya kepada perpustakaan negara.

Manuskrip Teori Ketuhanan Newton merupakan satu khazanah yang sering dipandang enteng. Ahli fizik dan matematik Inggeris itu telah mengeluarkan tiga teori undang-undang mengenai kitab Ibrani dan ilham.

Menerusi satu tulisan dalam bahasa Inggeris dan sedikit saduran perkataan Ibrani, Newton menggunakan minda saintifiknya untuk mengukur sebuah kuil purba Yahudi di Baitulmuqaddis dan meramal dunia akan kiamat pada tahun 2060.

Tulisan itu sepatutnya ditamatkan di Universiti Cambridge yang mendapat manuskrip asli Newton pada tahun 1872.

"Namun, pada masa itu, Cambridge menyatakan tidak lagi berminat untuk menerima teori ketuhanan yang dikarang oleh Newton,'' ujar kurator bahagian koleksi kemanusiaan Israel perpustakaan negara itu, Milka Levy-Rubin.

Pada tahun 1936, waris Newton menjual manuskrip itu di rumah lelongan Sotheby yang berpangkalan di Amerika Syarikat. Namun, pembida lebih berminat untuk membeli lelongan lukisan di rumah lelongan London Christie, Britain pada hari yang sama.

Seorang cendekiawan Yahudi, Abraham Shalom Yahuda berminat untuk membeli tulisan mengenai teori ketuhanan itu dan mendermakannya ke Perpustakaan Negara Israel.

Teks Yiddish terawal yang dipercayai ditulis pada abad ke-13 merupakan antara manuskrip tersimpan rapi di Perpustakaan Negara Israel. Teks itu merupakan sebuah buku ritual yang ditulis dalam bentuk kaligrafi menggunakan dakwat merah dan hitam. Ia digunakan untuk nyanyian di rumah ibadat ketika sembahyang di Worms, Jerman.

Pada muka surat 54a, tertulis satu ayat atau mesej yang diterjemahkan bermaksud, Hari yang baik untuk orang yang membawa buku doa ini ke rumah ibadat. Ia merupakan bukti terawal mengenai Yiddish yang bermaksud bahasa sejarah orang Yahudi Ashkenazi di Eropah Tengah dan Timur telah wujud sejak berabad lamanya.

Buku itu masih digunakan di rumah ibadat Yahudi sehingga ia dimusnahkan dalam satu peristiwa Kristallnacht yang bermaksud Night of Broken Glass. Dalam peristiwa itu, bangsa Israel di Jerman diserang oleh tentera Nazi.-KOSMO

Suara Politik
Belantan

Harga rumah terus meningkat, mampukah kita?

Posted: 18 Oct 2014 03:46 AM PDT


Harga rumah kini semakin 'menggila'. Di manakah silapnya? Rata-rata pakar ekonomi menyatakan spekulasi yang mendorong dan menjadi punca kenaikan harga ini. Apa pula peranan pemaju dan kerajaan?

Rakyat pula terus dimomokkan oleh pemaju yang kononnya "lagi tunggu, lagi harga naik."

Akibat harga rumah yang semakin 'lumayan' (di mata pemaju), pemaju berlumba-lumba mencari tanah untuk membina projek perumahan.

Kepadatan Kuala Lumpur dengan ruang yang semakin terhad dan padat, mendorong pemaju menukar arah ke kawasan Bangi, Dengkil, Putrajaya, Cyberjaya, Nilai dan Seremban. Kawasan-kawasan ini kini menjadi lubuk emas kepada pemaju perumahan.

Lebih menyedihkan, kehijauan hutan dan kemegahan pokok kelapa sawit semakin lenyap dari pandangan. Manakan tidak, berniaga rumah lebih menguntungkan daripada komoditi sawit.

Bayangkan dengan terjualnya 2 unit rumah sahaja sudah mencecah jutaan ringgit. Bayangkan sekiranya 1,000 unit rumah berjaya dijual.

Putrajaya, yang sepatutnya sebagai "payung berteduh" kakitangan awam dengan megah dan selambanya kini sudah mula mengiklankan rumah teres mencecah harga jutaan ringgit.

Hanya mereka yang berpendapatan puluhan ribu ringgit sebulan sahaja yang mampu. Siapa yang mampu? Kakitangan awam sudah pasti hanya mampu memandang.

Akibat trend rumah jutaan ringgit kini satu fenomena 'biasa' maka rumah yang berharga RM600,000 hingga RM800,000 kini menjadi 'sangat biasa'. Persoalan yang sama, siapakah yang mampu? Penulis yakin majoriti rakyat tidak mampu.

Namun bagi mereka yang tiada pilihan, suami dan isteri terpaksa membuat pinjaman bersama bagi memastikan mencapai kelayakan pinjaman.

Malangnya, mereka masih perlu menokok dengan membuat pinjaman peribadi daripada institusi perbankan terutama untuk membayar bayaran muka 10%.

Akhirnya, hampir 70% (bayaran balik pinjaman perumahan + bayaran balik pinjaman peribadi) gaji terpaksa dikorbankan kerana membeli rumah.


Bagaimana pula dengan kos sekolah anak? Belanja dapur? Makan minum? Bayaran kenderaan? Perbelanjaan harian dan berbagai-bagai perbelanjaan lain yang terpaksa dikawal dengan seketat-ketatnya.

Sia-sialah kerajaan berjuang untuk menjadikan Malaysia sebagai negara maju dengan melahirkan rakyat berpendapatan tinggi tetapi hakikatnya rakyat pada masa yang sama 'dimiskinkan' oleh harga rumah yang melampau.

Fenomena harga rumah yang melampau ini juga mengakibatkan kuasa beli rakyat menyusut. Manakan tidak, baki gaji bulanan setelah potongan rumah dibuat hanya mampu menyara benda yang wajib sahaja.

Penulis tidak dapat bayangkan sekiranya suatu hari nanti ekonomi dunia dan negara terjejas (minta dijauhi Allah S.W.T) berapa ramai yang akan sengsara sekiranya rumah mereka dilelong akibat tidak lagi mampu membayar bayaran bulanan bank yang tinggi.

Penulis bukan seorang pakar ekonomi. Namun demikian, saya mendapati harga rumah pada masa sekarang adalah over priced dan seolah-oleh berlaku spekulasi yang terancang.

Namun apa pun, tidak kira akibat spekulasi atau permintaan, kerajaan dan pemaju harus berunding dan berbincang untuk menurunkan harga rumah.

Tiada pilihan lain. Kepada pemaju janganlah terlalu rakus mengejar keuntungan. Kepada pentadbiran Putrajaya pula, kajilah semula peranan anda.

Jangan terlalu ghairah menjual rumah jutaan ringgit. Anda mampu mengubahkannya. Penulis tidak dapat bayangkan berapa harga rumah yang bakal dihadapi oleh anak cucu kita 5 hingga 10 tahun akan datang.

Mungkin pada masa itu, rumah hanya mampu disewa untuk selamanya bukan lagi untuk dimiliki. Wallahuallam.

Suara Politik
Belantan

Dialog Dewasa Kritik Berasa

0

Posted by Unknown | Posted on 11:25 PTG | Posted in

sumber :-

Dialog Dewasa Kritik Berasa


SELANGOR KEMBALI BERGELORA, SURAT DISEMBUNYI UNTUK AZMIN LETAK JAWATAN

Posted: 18 Oct 2014 07:00 PM PDT

Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali menafikan pernah menandatangani surat peletakan jawatannya yang tidak bertarikh sebagai 'jaminan' beliau akan menurut kehendak kepemimpinan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dalam urusan pentadbiran kerajaan negeri.
Beliau berkata, surat yang didakwa penulis blog Malaysia Today, Raja Petra Kamarudin dihantar oleh Setiausaha Agung PKR, Rafizi Ramli kepada Penasihat parti, Datuk Seri Anwar Ibrahim menerusi e-mel adalah tidak wujud.
"Surat itu tidak benar. Tidak wujud," katanya ketika ditemui pemberita selepas menunaikan solat Jumaat dan menghadiri jamuan makan bersama Jawatankuasa Masjid Kampung Raja Uda, di sini hari ini.
Pada 15 Oktober lalu, Raja Petra menerusi entri dalam blog Malaysia Today mendedahkan e-mel Rafizi kepada Anwar mengenai cadangan-cadangan yang perlu diambil oleh PKR untuk menangani isu jawatan Menteri Besar Selangor.
Salinan e-mel tersebut seperti mana disiarkan dalam blog berkenaan dikatakan turut dihantar kepada Ketua Ang­katan Muda Keadilan (AMK), Nik Nazmi Nik Ahmad.
Dalam e-mel tersebut, Rafizi antara lain didakwa mencadangkan kepemimpinan PKR mengeluarkan satu surat letak jawatan tidak bertarikh supaya Mohamed Azmin selamanya diikat de­ngan parti dan Presiden PKR, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail sekiranya dilantik sebagai Menteri Besar Selangor.
Selain itu, Rafizi menerusi e-mel berkenaan didakwa turut mencadangkan kepada Anwar supaya PKR menuntut Mohamed Azmin bersetuju dengan syarat-syarat tertentu dan menandatanganinya sebelum sokongan majoriti parti diberikan kepada Timbalan Presiden PKR itu.
E-mel itu juga menyebut bahawa jika Mohamed Azmin melanggar mana-mana persetujuan yang ditetapkan, parti mempunyai hak untuk menukar dan meletakkan tarikh pada surat letak jawatan yang telah ditandatangani Mohamed Azmin.
Dalam pada itu, Mohamed Azmin enggan mengulas dakwaan kononnya pelantikan Rafizi sebagai Setiausaha Agung PKR yang baharu adalah untuk mengawalnya dalam menjalankan tugas sebagai Menteri Besar – Utusan

SELANGOR KEMBALI BERGELORA, AZMIN DIGUGUR PKR

Posted: 18 Oct 2014 05:08 PM PDT

Khabar yang mengatakan jawatan Pengerusi Perhubungan PKR Negeri Selangor yang disandang Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali akan ditarik balik, masih menjadi tanda tanya.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Anggerik, Dr Yaakob Sapari ketika diminta mengesahkan perkara tersebut bagaimanapun memaklumkan tidak mengetahui sebarang perkhabaran mengenainya.
"Tunggulah sehingga lantikan.. kemudian baru saya jawab.
"Kita bercakap atas perkara yang tidak pasti… tak bolehlah," katanya kepada Antarapos.
Sumber Antarapos memaklumkan jawatan Pengerusi Perhubungan PKR Selangor yang disandang Azmin, bakal digantikan dengan Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.
Sementara itu, ADUN Sri Andalas, Dr Xavier Jayakumar ketika diminta mengulas hal yang sama hanya berkata 'itu keputusan parti'.
"Tidak.. tidak.. ini keputusan parti. Presiden akan buat keputusan menamakan Pengerusi MPN Negeri. Bila siap, kita akan buat pengumuman," ulasnya ringkas.
Perkembangan terbaru itu memberi gambaran bahawa Azmin yang juga ADUN Bukit Antarabangsa itu seolah-olah tidak diredhai parti dan pimpinan tertingginya untuk menjadi menteri besar.
Malah, Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini juga mengumumkan parti membuat beberapa rombakan jawatan dalam kepimpinannya.
Rombakan itu menyaksikan Rafizi diberi kepercayaan memegang dua jawatan penting dalam PKR iaitu naib presiden dan setiausaha agung parti.
Pelantikan Rafizi itu dikatakan sebagai strategi Anwar untuk 'mengawal' Azmin, namun ia dinafikan oleh menteri besar itu – Antarapos

#Rakyat Hakim Negara - Anwar perlu dipenjarakan untuk selamatkan Malaysia dari bala bencana.

Posted: 18 Oct 2014 04:40 AM PDT


#Rakyat Hakim Negara penjarakan Anwar atas kesalahannya memasukkan kemaluannya sedalam 4 inci di dubur Saiful. 

#Rakyat Hakim Negara penjarakan Anwar kerana zalim memecat Tan Sri Khalid. Anwar gila kuasa, bapak nepotisme dan kronisme.

# Rakyat Hakim Negara, penjarakan Anwar kerana banyak menyusahkan dan menghuru - harakan negara.


Selepas di Johor Bharu dan Kedah, kini belalai air @ puting beliaung melanda Sarawak pula. Tak pernah berlaku dengan kerap macam sekarang ini. 

Semuanya kerana belalai Anwar!

Belalai Air@Miri: Puting beliung adalah sebahagian tanda-tanda kekuasaan Allah. Mungkinkah ia petunjuk supaya kita menegakkan keadilan dan menghukum pelaku maksiat dan liwat? Wallahualam


The Unspinners

0

Posted by Unknown | Posted on 11:25 PTG | Posted in

sumber :-

The Unspinners


Dyana -Zairil dikantoi beromen? Sila jawab tapi usah persalahkan blogger ye ...

Posted: 18 Oct 2014 09:46 PM PDT


Kalau betul dan gambar ini bukannya direka untuk kenakan Dyana atau pihak blogger pro UMNO, eloklah nak dirikan masjid.

Cuma jangan pula Zairil nak jemput pemimpin besar UMNO sebagaimana majlis kahwin isteri pertama. Kali ini buat makan besar di restoren cina dan yam seng sekali ...hehehe

Hakim Negara mahu Anwar ke penjara

Posted: 18 Oct 2014 06:33 PM PDT


Memang banyak Flashmob seluruh negara semalan tapi dok balik muka-muka tu juga. Ada tempat kena import orang luar dan mintak tolong orang DAP.

1. KELANTAN.  

Flashmob semalam di Stadium Sultan Muhammad ke- IV. Hanta 8 orang saja. Ahli politik pun takde.

Takde sokongan PAS maka PKR nampak pakero. Tiada sambutan

2. SELANGOR

Di Selangor  ianya di kawasan Taman Medan PJ tepi NPE di Taman Petaling Utama, Petaling Jaya.

Hanya 30 orang Angkatan Muda Keadilan (AMK) Cabang PJS syok sendiri waktu petang. 97% Melayu budus dan yg dihormati Hee Loy Sian (AP PJ Selatan PKR).

Petang2 hujan. Tiada sambutan dari penduduk setempat. Bodoh mcm keldai .... 

3. KUALA LUMPUR

Ada 30-40 orang AMK diketuai Rozen dan Leman Raja Lawak depan Sogo. Lebih 90% Melayu lemau ... Ramai diimport dari Penang.





Cuma nyanyi lagu kenaikan harga minyak sambil mengutuk kerajaan dan Najib. Berucap pun tak pandai.

Kurang sambutan. Kelihatan macam orang gila perlu perhatian. 

4. JOHOR

Flash mob dibuat di Kulai depan Kulai City Inn. Kehadhiran boleh tahan, 70 orang dengan 15% cina, kebanyakkan Melayu. 

Mungkin import satu Johor.

Pemimpin PKR tak datang. Hanya DAP ... Teo Nie Ching - AP Kulai( DAP) dan ADUN Jimmy Puah .

Twtap syok sama sendiri tiada diikut orang ramai.

Back to drawing board, Nik Nazmi ....



Kita promo kan. Berapa agaknya kawasan dalam Permatang Pauh ni nanti?

KETUM cari simpati tapi serang ikut Australia dan BC

Posted: 18 Oct 2014 07:04 AM PDT


Malah ....


Kumpulan bernama LENSA melalui jurucakap Ekhasan Bukharee pun suruh Anwar pencen dan jangan buang masa. Dalam kenyataan dok persalahkan kerajaan. Oleh itu, mereka bukan konar tinggalkan si KETUM.

Anwar cuba cari simpati ....


 ... untuk dapat sokongan dan elak dari main cara kasar yang dah tak laku.

Kalau ikut lakunan, Azmin pun dah macam tak mahu bantu, [Baca Gelagat Anwar SINI]. Skrip melibatkan dia digugurkan dari Pengerusi PKR Selangor.  Kena fokus betul jaga Selangor ye ....


Tapi di belakang, PKR bawa kes Anwar dan Akta Hasutan ke Parlimen Australia -


http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/pkr-bawa-kes-anwar-dan-akta-hasutan-ke-parlimen-

Tak payah ke link sebab Malaysia Insider dah tarik balik laporan. Nak cari simpatilah kata .....

Pening Anwar ... bini kena saman, diri nak masuk penjara

Posted: 18 Oct 2014 05:00 AM PDT

Semalam 17 Okt 2014, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur telah membuat keputusan menyebelahi Felda dalam tuntutan saman fitnah terhadap Presiden PKR, Datuk Seri Wan Azizah dan dua yang lain berhubung dengan dua artikel di dalam akhbar Suara Keadilan.

Gantirugi yang perlu dibayar oleh PKR kepada Felda akan ditaksirkan oleh Mahkamah. Felda menuntut RM200 juta untuk gantirugi di dalam tindakan ini.


Maklumat seterusnya di SINI. 

Dahlah nak masuk penjara tapi Anwar masih ada taik tertinggal untuk isterinya hadapi. Takpa harta Nuar di luar negara berbillion yang sudah disorok.

Mansuh Akta Hasutan untuk AP lesen besar persoal apa saja di Parlimen

Posted: 18 Oct 2014 01:00 AM PDT


Suatu yang tidak diberi liputan sangat oleh media adalah kehadhiran pembangkang dan aktivis untuk menyumbang jumlah orang bantah bersama Bar Council tempoh hari.

Nurul yang hadhir berkata berikut:


Mungkin ianya bom asap untuk bebaskan Anwar Ibrahim. Namun begitu ada agenda tertentu kenapa mereka mahu Akta Hasutan dimansuhkan terus tanpa ditimbulkan elemennya dalam akta lain.

INi komen mereka:



Dengar komen berikut:




Baik UMNO, PAS atau PKR, fikirkan wahai orang Melayu muda

Posted: 18 Oct 2014 12:30 AM PDT



Ini bukan cerita UMNO atau PAS atau PKR ... tapi cerita bangsa majoriti negara ini.

Ini bukan auta tapi realiti. Tapi tak tahulah jika itu yang orang muda Melayu mahu.

Puak lain berpolitik tidak berslogan bangsa tapi nilai universal kononnya tapi kepentingan mereka mantap dijaga.


Jika orang muda reda Melayu hilang kuasa atau kuasa didalang orang lain, pandai-pandai bersaing .... nak bersaing dengan guna sumber apa, jawab sendiri.

Dah tak boleh salahkan orang lain. Oleh itu, daftar dan mengundilah wahai orang Melayu ...