Followers

Nuffnang

The Unspinners

0

Posted by Unknown | Posted on 11:39 PTG | Posted in

sumber :-

The Unspinners


The Star pro-DAP sengaja beri ruang Azmi Shahrom hina mahkamah?

Posted: 16 Oct 2014 11:30 PM PDT


Akhbar The Star menyiarkan pandangan pensyarah UM, Dr Azmi Sharom yang kini berdepan kesalahan menghasut (Akta Hasutan) di mahkamah.

Apa motif akhbar berjiwa pembangkang dalam kerajaan ini?

Tidakkah ini merupakan "contempt of court" (menghina mahkamah)?

Apa yg ingin disampaikan? Adakah mahu mempromosi pemansuhan total Akta Hasutan?

Adakah akhbar yang kini berjiwa cina DAP mahu menunjukkan wajah sebenar mereka dalam dunia persuratkhabaran ..

Tersirat disebalik kebebasan yang mereka tuntut

Posted: 16 Oct 2014 09:05 PM PDT




Bar Council cemar profesyen peguam

Posted: 16 Oct 2014 06:45 PM PDT


Baca di Utusan Malaysia SINI

Takyahlah pegusn nak main politik. Laporan Bar Counvil berkenaan Bersih 3.0 pun nampak berat sebelah dan takde kredibiliti.

Betul ke tiada kebebasan langsung di negara kita? Kalau tiada, kenapa mereka masih ada lagi? Ada ke mereka dihalau ke negara lain?

Tak laku kot .... maknanya peguam ni bodoh tak tahu fikir.

Pergi lihat blog Minaq Jinggo... nampak sangat penglibatan ahli politik dan aktivis politik.

Bukan disokong orang ramai pun.

Bukan ke baik dari laungkan yang tersirat agenda jahat barat

Posted: 16 Oct 2014 04:57 PM PDT







Ni pun takpe juga ....



Persoalan untuk Nik Nazmi dan baghal2 yang sewaktu dengannya

Posted: 16 Oct 2014 06:52 AM PDT



Dahlah ... bye bye saja.


Dua-dua ni pun memang baghal untuk bincang tajuk menunjukkan diri ditipu musuh penjahanam agama, bangsa dan tanahair.


Supaya P Pinang boleh cukai sangkar ikan, AP PKR kata nelayan maha kaya

Posted: 16 Oct 2014 02:29 AM PDT


Ahli Parlimen Bayan Baru, Sim Tze Tzin, menyatakan bahawa tindakan kerajaan negeri Pulau Pinang menaikkan cukai untuk nelayan pelihara ikan dalam sangkar dan mengenakan cukai kepada penginap hotel adalah munasabah kerana kumpulan ini merupakan kumpulan maha kaya.

Beliau berkata demikian ketika mencelah sindirian Ahli Parlimen Padang Besar (BN) Datuk Zahidi Zainul Abidin yang menyatakan Pakatan hany berpura-pura prihatin mengenai cukai tetapi mereka juga mengenakan pelbagai cukai yang tidak masuk akal.


Untuk rekod, kerajaan negeri Pulau Pinang memperkenalkan cukai katil atau bayaran kerajaan tempatan kepada semua pengunjung yang menginap di semua jenis hotel di negeri ini sejak 1 Jun lalu. Cukai sebanyak RM3 satu bilik bagi satu malam untuk mana-mana hotel bertaraf empat bintang dan lima bintang, manakala RM2 satu bilik bagi satu malam untuk hotel tiga bintang.

Bolehkah diterima alasan "bodoh" PKR ini bahawa penginap hotel dan nelayan ikan sangkar ini merupakan kumpulan maha kaya? Mahu menipu pun agak-agaklah.

MyKMU

Kalau pusat "anaktiri", taklah P Pinang dapat jambatan kedua

Posted: 15 Oct 2014 11:37 PM PDT


Tempoh hari Lim Guan Eng mengatakan pelaburan masuk ke Pulau Pinang merudum kerana Pulau Pinang dianaktirikan. Ini sebab DAP memang tak berusaha nak bawa masuk pelaburan kerana mereka juga terlibat sabotaj pelaburan dari masuk ke Pengerang.

Tujuannya juga adalah untuk menutup hal sebenar di mana kerajaan persekutuan terus menanam wang untuk bangunkan Pulau Pinang. Dah Ketua Menteri hanya kaki auta dan kuat menipu, macam mana pelaburan nak masuk?

Selain itu, Guan Eng dok sapu duit untuk dirinya dan DAP, macam mana nak dapat pelaburan???

Baca kenyataan Dato Zainal ....

Kenyataan Media
Dato' Zainal Abidin Osman
Pengerusi Majlis Tindakan Persekutuan Negeri Pulau Pinang
15 Oktober 2014



Menjawab Tuduhan Ketua Menteri Pulau Pinang Menyatakan Bahawa Pulau Pinang Di"anak tiri"kan Kerajaan Persekutuan.

1. Adalah tidak wajar untuk Ketua Menteri Pulau Pinang mendesak Kerajaan Persekutuan meluluskan satu lagi projek pembesaran lapangan terbang atau pembinaan sebuah lapangan terbang baru di Pulau Pinang dalam masa terdekat memandangkan Projek Pembesaran Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang yang menelan belanja RM250juta baru sahaja selesai pembinaannya hanya kerana Kerajaan Kedah memohon pembinaan sebuah lapangan terbang baru di Kulim.

2. Pada masa Pulau Pinang meraih pelaburan asing yang tinggi, Ketua Menteri mengakui kejayaan tersebut adalah hasil usaha beliau dan Kerajaan Negeri tapi apabila FDI ke Pulau Pinang menjunam/merudum Ketua Menteri menyalahkan pihak lain pula. Ini adalah tindakan kebudak-budakan seorang Ketua Menteri. Penjelasan YB Menteri MITI pada Ahad lalu membuktikan bahawan MITI atau MIDA di bawah Kerajaan Persekutuan tidak pernah menyekat atau menghalang malah MIDA dan MITI terus menggalakkan pelabur asing membuat pelaburan di Pulau Pinang. Keputusan akhir untuk melabur di mana-mana negeri adalah prerogatif pelabur itu sendiri. Adalah tidak wajar bagi Ketua Menteri Pulau Pinang menyalahkan MIDA sekiranya pelabur tidak membuat pelaburan di Pulau Pinang atau memilih untuk membuat pelaburan di negeri-negeri lain dalam Malaysia.

3. Kerajaan Persekutuan memperuntukkan sejumlah RM 3.173 billion dalam RKM10 (2011-2015) untuk pembanguan pelbagai infrastruktur di Pulau Pinang. Peruntukan untuk perkhidmatan kesihatan sahaja berjumlah RM800 juta untuk RMK10. Projek-projek perumahan Kos Rendah, Rumah Kos Sederhana Rendah dan Mampu Milik terus dirancang untuk dibina di atas tanah-tanah milik agensi-agensi Persekutuan. Sehingga kini sejumlah 33,000 unit rumah sudah dalam perancangan termasuk 9444 unit yang telah dikemukakan Permohonan Pelan Kebenaran Merancang kepada Pihak Berkuasa Negeri dan menanti kelulusan.

4. Majlis Tindakan Persekutuan Negeri Pulau Pinang telah mengemukakan rayuan kepada Kerajaan Persekutuan supaya projek pembangunan semula Pangkalan TUDM Butterworth tidak diteruskan dan menanti jawapan dari pihak Kerajaan Persekutuan. Ketua Menteri Pulau Pinang tidak perlu gusar mengenai projek ini kerana status projek masih di peringkat pertimbangan Kerajaan Persekutuan.

5. Majlis Tindakan Persekutuan Negeri Pulau Pinang dimaklumkan bahawa pengurusan Penang Port Sdn Bhd telah memohon untuk mengadakan pertemuan dan memberi taklimat kepada Kerajaan Negeri Pulau Pinang.

6. Ketua Menteri Pulau Pinang seharusnya berusaha untuk mengadakan hubungan baik dan mengelak berkonfrontasi dengan pimpinan negeri-negeri jiran Pulau Pinang. Masalah sumber air mentah dari Kedah dan Perak boleh diselesaikan melalui perundingan di antara negeri-negeri terlibat.

7. Sejak DAP menjadi kerajaan di Pulau Pinang pada Mac 2008, Kerajaan Persekutuan tidak pernah meng"anak-tiri"kan rakyat Pulau Pinang. Walaupun ada pihak-pihak mendesak supaya kerajaan mengkaji semula peruntukan-peruntukan untuk Pulau Pinang; Kerajaan Persekutuan terus memperuntukkan berbilion-billion ringgit peruntukan untuk pembinaan Jambatan Ke2 Pulau Pinang, Geran untuk Projek Pembesaran Empangan Mengkuang, Projek-projek Tebatan Banjir, Menaiktaraf Jalan-Jalan Persekutuan, Menaiktaraf Hospital dan klinik-klinik kesihatan, Sekolah-sekolah Menengah dan Rendah dan lain-lain kemudahan awam untuk rakyat. Kerajaan  Persekutuan telah dan akan terus berlaku adil kepada rakyat Pulau Pinang dan tidak akan sama sekali menjadikan Pulau Pinang sebagai anak tiri yang diabaikan.

Terima Kasih.

Gaya Peneroka

0

Posted by Unknown | Posted on 11:28 PTG | Posted in

sumber :-

Gaya Peneroka


Saham FGVH tinggal RM3.00

Posted: 16 Oct 2014 04:48 AM PDT

Sidang Media Ngo ANAK pagi ini
Saham FGVH tinggal RM3.03 hari ini, jatuh begitu teruk sejak disenaraikan di Bursa Malaysia pada 28 jun 2012. Harga getah RM1.65-2.00 sekg. Harga Sawit pun merudum, antara RM350-420 setan.
Adakah benar hutang Felda dengan KWSP bernilai RM6.5 Bilion distruktur semula pembayaran balik dari 10 tahun kepada 20 tahun?
Adakah benar Felda Investment Corporation(FIC) telah meminjam dari Maybank sejumlah RM1 Bilion dan Felda penjaminnya?
Adakah benar KWSP dan KWAP telah melepaskan pegangannya secara beransur2 dalam FGVH, kerana ketidakyakinan terhadap prestasi FGVH?
Adakah benar Koperasi Permodalan Felda terumbang ambing setelah 51% kepentingan strategik dlm Felda Holding dijual kepada FGVH?
Adakah benar KPF membeli saham FGVH berjumlah RM800 juta dan mengalami kerugian yang banyak?
Apa yang Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan(ANAK) ramalkan sebelum penyenaraian FGVH di Bursa Malaysia telah menjadi kenyataan. Adakah FGVH bakal senasib seperti MAS yang masih bernyawa kerana Bailout dari Kerajaan?
Saya masih ingat kenyataan YBM Tengku Razaleigh Hamzah; kegagalan FGVH boleh menyebabkan tergadai tanah2 peneroka. Harus diingat segala pinjaman berskala besar yang dibuat oleh Felda, sudah tentu ada cagarannya. Adakah tanah 10 ekar milik peneroka yang dijadikan cagaran???
Inilah akibatnya, bila Kerajaan tergesa2 dan gelojoh dalam membuat pertimbangan. Segala pandangan berbagai pihak yang arif dalam ekonomi tidak dihiraukan.

Bagaimana nasib peneroka selepas ini....


Kata-kata  Hikmat 

[Kata2 hikmat Najib semasa dan selepas penyenaraian FGV]
1. "Jangan kita teperdaya dgn hasutan2 sesetengah pihak yg tidak senang melihat kesejahteraan para peneroka felda. Saya juga amat berharap kesemua peneroka akan terus memberi keyakinan kpd penyenaraian fgv ini dgn terus melabur dan kemudian menyimpan saham2 tsb utk jangka masa panjang". (Najib - 1 mei 2012 utusan online).
2. "fgv ini kita bangga kerana kedua terbesar didunia selepas facebook. Ia lahir dari kita sebab kita ada idea, sebab kita mampu menjana kejayaan. Bila kita jana kekayaan, baru kita agih". (Najib - 28 Jun 2012 utusan online).
Oleh Fauzi Sagu 

MIMPI SENJA

0

Posted by Unknown | Posted on 11:24 PTG | Posted in

sumber :-

MIMPI SENJA


Alahai Shahidan ...

Posted: 16 Oct 2014 09:20 PM PDT

Alahai Shahidan...
KENYATAAN Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Dato' Seri Shahidan Kassim baru-baru ini mengenai kedudukan gaji Ahli Parlimen di Malaysia sehinggakan mereka terpaksa "ikat perut" mengundang pelbagai reaksi rakyat.
Malah kenyataan Ahli Parlimen (MP) Arau itu dengan cepatnya menjadi viral di dalam media sosial dan mendapat pelbagai komen negatif dan positif dari kalangan pengguna medium komunikasi itu.
Dengan kenyataan Shahidan yang menyebut gaji MP sebanyak RM6500.00 itu adalah rendah berbanding MP di Singapura malah lebih rendah dari MP di Uganda, wujud pula 'posting' yang menjawab dakwaan Shahidan dengan pendedahan gaji para menteri dan timbalan menteri di Malaysia.
Sasarannya mungkin ditujukan kepada Shahidan sendiri ekoran kenyataannya itu. Maka angka yang dikeluarkan bagi setiap MP yang juga berjawatan Menteri, maka gaji bulanan mereka adalah sekitar RM21,000.
"Mana mungkin Menteri (yang juga MP) bergaji RM21,000 kena ikat perut. Itu belum dicampur elaun dan kemudahan lain," sanggah rakyat kebanyakan bila mendapat tahu fakta ini.
Seorang sahabat berseloroh dengan penulis bahawa Shahidan sendiri mungkin sudah lupa bahawa selain sebagai MP Arau, beliau sendiri juga seorang MP di Perlis.
MP yang dimaksudkannya ialah "Makan Pencen" yang bermakna Shahidan kini turut menikmati pencen sebagai bekas Menteri Besar Perlis selama tiga penggal dan Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan Tambun Tulang selama empat penggal.
Penulis berkira-kira pencen yang beliau nikmati setiap bulan adalah sekitar RM9000 dan jika dicampur dengan gaji semasa (RM21,000) maka jumlahnya adalah RM30,000.
Baru-baru ini penulis berkesempatan mengunjungi negara jiran dalam program Kembara Korban bersama NGO Yayasan Pembangunan Ummah ke Wilayah Satun di Selatan Thailand.
Di sana, peserta kembara disambut oleh tokoh politik dan gerakan Islam tempatan, Ustaz Amin Menjamin. Beliau ialah bekas wakil rakyat dan Speaker Dun di sana.
Dalam perbualan larut malam itu, kami banyak belajar tentang politik di negara jiran itu. Antara yang mengejutkan kami, beliau berkata ahli politik di Thailand tidak ada peluang untuk mengumpul kekayaan.
"Jadi wakil rakyat atau Speaker Dun di sini mana ada elaun atau gaji. Pencen pun tak ada," jelas beliau.
Kenyataan itu amat kontradik dengan amalan yang berlaku di Malaysia. Rakyat Malaysia sejak sekian lama melihat wakil rakyat sama ada Adun atau MP adalah golongan berstatus tinggi dengan kehidupan yang senang-lenang.
Kita di Malaysia sering mendapat khabar bahawa si polan itu, wakil rakyat yang kaya-raya dengan projek kerajaan, saham, perniagaan dan sebagainya.
Wakil rakyat tanpa mengira dari pihak kerajaan atau pembangkang adalah tempat mengadu untuk rakyat merintih seringgit-dua bila dalam keadaan sesak berbelanja.
Bagi Shahidan pula (terutamanya rakyat Perlis), siapa yang tidak kenal dengan sifat pemurah beliau. Seorang pemimpin yang akan turun ke pasar minggu, pasar malam atau bazar Ramadan dan berbelanja besar untuk dihadiahkan kepada pengunjung.
Penulis juga teringat pengumuman di radio Perlis FM baru-baru ini yang menyebut program korban 60 ekor lembu sumbangan Shahidan. Teringat pegawai khas beliau dengan mudahnya menyumbangkan RM50 kepada peserta demonstrasi menuntut keadilan mangsa bajir beberapa tahun lalu.
Inikah contoh MP yang ikat perut?
Kalau Shahidan betul-betul mahu melihat MP yang ikat perut kerana rakyat, lihatlah wakil rakyat pembangkang. Semasa beliau menjadi Menteri Besar, tiga wakil rakyat PAS dinafikan sebarang peruntukan, malah hampir tidak mempunyai ruang untuk mereka berfungsi dengan baik selaku Adun yang dipilih oleh rakyat.
Keadaan itu agak berbeza ketika beliau hanya menjadi Adun biasa kerana ruang yang lebih terbuka diberikan penggantinya (walaupun tanpa peruntukan). Itupun Shahidan sering mengomel-ngomel pada setiap kali sidang Dun menyatkan dia sendiri seolah-olah dianaktirikan oleh pemimpin BN negeri pada masa itu.
Banyak lagi yang boleh ditulis tentang Shahidan. Cuma penulis masih tertanya-tanya, adakah hasil penjualan saham Bernas dahulu sudah habis dibelanjakan beliau?

Awas ... anda mungkin disihir pasangan anda? ... hati-hati

Posted: 16 Oct 2014 02:42 PM PDT


  • Mohd Hafiz merawat salah seorang pesakitnya yang terkena sihir di Pusat Perubatan Tradisional Islam Al-Rukyah.Mohd Hafiz merawat salah seorang pesakitnya yang terkena sihir di Pusat Perubatan Tradisional Islam Al-Rukyah.
 1 / 1 
PASIR PUTEH - Kerana cemburu, sebilangan manusia sanggup bertindak kejam dan di luar batasan agama dengan menggunakan perkhidmatan bomoh bagi mengunci nafsu sehingga mangsa hidup menderita.

Pengamal perubatan Islam, Mohd Hafiz Nor mendedahkan, akhir-akhir ini beliau lebih banyak mengendalikan kes seperti itu yang dilakukan dengan pelbagai kaedah.

Katanya, bagaimanapun kaedah memasukkan bahan dalam makanan dan minuman tidak lagi popular kerana sihir itu boleh dituju kepada mangsa dari jarak jauh tanpa perlu sentuhan fizikal.


Menurutnya, terdapat kes yang mana isteri muda mengenakan sihir menggunakan bantuan bomoh ke atas suami sendiri kerana didorong perasaan cemburu kepada isteri tua.

"Mangsa yang terkena sihir ini menjadi tidak bernafsu kepada mana-mana wanita dan lebih teruk, ada dalam kalangan mangsa mengalami sakit pada kemaluan serta seluruh badan berkudis.

"Dalam kes lain pula, ada sihir yang membuatkan suami dilihat jijik dan busuk oleh isteri sendiri. Semua ini dilakukan kerana manusia tidak berpegang teguh kepada agama," katanya.

Tambahnya, terdapat juga kes yang mana mertua mengenakan sihir ke atas menantu kerana kurang bersetuju dengan perkahwinan anaknya.

"Menantu akan jadi tawar hati dan hubungan suami isteri menjadi dingin. Lebih parah apabila menantu (perempuan) tidak diberikan nafkah zahir dan batin," jelasnya ketika ditemui di Pusat Perubatan Tradisional Islam Al-Rukyah, di sini, semalam.

Mohd Hafiz berkata, rawatan menggunakan ayat al-Quran dilihat berkesan membuka semula nafsu yang dikunci menggunakan sihir, bagaimanapun semuanya berlaku dengan izin ALLAH SWT.

Tegasnya, sentiasa mendekati ALLAH SWT merupakan sesuatu yang perlu dilakukan kerana ALLAH SWT berkuasa atas segala-galanya.

"Ada sihir bertujuan 'menipu pandangan' menyebabkan orang disihirkan dilihat hodoh atau menakutkan sehingga ada satu kes yang mana anak kecil menangis kerana tidak mahu didekati ibu sendiri," katanya.

Komet Yang Telah Mengembara 1 Juta Tahun Kembali Melintasi Marikh Ahad Ini

Posted: 16 Oct 2014 07:52 AM PDT

Diterbitkan: Khamis, 16 Oktober 2014 2:00 PM




WASHINGTON: Komet yang telah mengembara melintasi planet Marikh satu juta tahun dahulu kini akan kembali membuat satu lagi lintasan pada Ahad ini, demikian menurut Agensi Angkasa Lepas Amerika (Nasa).
Yang menariknya menurut Nasa, komet ini yang dikenali sebagai Siding Spring (C/2013 A1) hanya akan kembali sejuta tahun akan datang.
Ia mempunyai kelebaran 1.6 kilometer dan bergerak pada kepantasan 202,000 kilometer sejam.
Komet ini tidak mempunyai permukaan yang pejal melainkan timbunan bagaikan bedak talkum sahaja.
Siding Spring akan menghampiri planet Marikh pada jarak 139,500 kilometer (88,000 batu) iaitu sangat hampir dengan permukaan planet menurut kiraan astrologi.
Dan jika komet ini melintasi bumi, ia akan berlaku pada kedudukan sepertiga daripada jarak bumi dengan bulan.
Siding Spring dijadualkan menghampiri planet Marikh pada jam 2.27 petang (1827 waktu GMT) pada Ahad ini, 19 Oktober, jelas Nasa dalam satu kenyataan.
Bagaimanapun ia tidak akan bertembung dengan planet merah itu.
Namun begitu, sebagai langkah berjaga-jaga Nasa telah mengerakkan kesemua orbiternya jauh dari laluan komet tersebut untuk mengelak daripada terkena sebarang serpihan.
Tiga kapal angkasa Nasa iaitu Mars Reconnaissance Orbiter, Mars Odyssey dan MAVEN telah digerakkan ke satu kawasan yang blebih selamat dan jauh dari jarak laluan komet berkenaan.
Nasa juga berharap dua buah rovernya di atas planet Marikh iaitu Curiosity dan Opportunity akan dapat merakamkan komet berkenaan ketika ia melintasi planet tersebut nanti.
Komet The comet Siding Spring ditemui oleh Robert McNaught ketika dia sedang melakukan pemantauan angkasa lepas di Pusat Cerapan Siding Spring di Australia pada Januari tahun lalu.
Komet ini dipercayai berasal dari Debu Oort berbilion tahun dahulu dan tidak berubah bentuk sehingga sekarang.
Carey Lisse, pakar kajian bintang dari Balai Cerapan Fizik Tulen Universiti Johns Hopkins berkata, satu perkara mengenai keunikan komet ialah ia masih lagi bergerak dan mengembara mengelilingi matahari sejak empat setengah bilion tahun yang lalu.
Salah satu daripada sebab mengapa komet masih 'hidup' kerana ia mengembara jauh dari matahari ke kawasan gelap dan oleh yang demikian kekal beku  pada kebanyakan masa.
Komet Siding Spring katanya secara relatifnya bersaiz kecil dan hanya dipenuhi dengan debu bagaikan bedak talkum.
Ia tidak akan kembali ke sini dalam tempoh satu juta tahun lagi sebaik sahaja melengkapkan putarannya mengelilingi matahari selepas melintasi Marikh.

Solidariti Bersama DSAI

Posted: 16 Oct 2014 06:20 AM PDT

21 Oktober 2014 (Selasa)
1) 3.00 – 5.00 ptg – Bersama Masyarakat India Menjelang Deepavali
LOKASI : Little India, Jalan Tengku Kelana Kelang
Depan Ajuntha (Sebelah Masjid India)
22 Oktober 2014 (Rabu) – Pulau Pinang & Kedah
1) 12 .00 tghari - Sambutan Rumah Terbuka Deepavali
Yb Prof Dr Ramasamy TKM 2 Pulau Pinang
LOKASI : No11 A , Lorong 16 Tmn Tambun Indah, Simpang 4 ,
Batu Kawan, Pulau Pinang
2) 7.00 – 9.00 mlm – Sambutan Rumah Terbuka Deepavali Kedah
Yb Dr Krishnamoorthy Adun Bukit Selambau
LOKASI : Jalan 5 , Cinta Sayang Resort Home ,
Sg Petani, Kedah

3) 8.00 - 12.00 mlm – Himpunan Solidarity Bersama Anwar Ibrahim
LOKASI : Dewan Lip Seang Khor, Sg Petani
(Depan Hospital Lama, Sg Petani)
4) 9.00 - 12.00 mlm - Himpunan Solidariti Bersama Anwar Ibrahim
LOKASI: Tapak Expo Seberang Jaya, Pulau Pinang
Bersama: YAB Lim Guan Eng, YAB Azmin Ali, dan Sdr Mat Sabu
23 Oktober 2014 (Khamis) – Pulau Pinang & Perak
1) 12.00 tghari – Sambutan Rumah Terbuka Deepavali Pulau Pinang
LOKASI : Dewan Jubli Home, Sg Dua, Pulau Pinang
2) 2.00 ptg - Perasmian Pusat Khidmat Adun Machang Bubuk
Yb Lee Khai Loon
LOKASI: Pusat Perniagaan Alma
3) 5.00 – 7.00 ptg – Perjumpaan MPN Perak,
LOKASI: MH Hotel, Ipoh
4) 7.00 – 9.30 mlm – Rumah Terbuka Depavali Perak
LOKASI: Kediaman M Tinagaran, No 1, Jalan Bandar Baru 3,
Bandar Baru Tambun
5) 9.00 - 12.00 mlm - Himpunan Solidariti Bersama Anwar Ibrahim
LOKASI : Batu 3, Temoh, Tapah, Perak
24 Oktober 2014 (Jumaat) - Terengganu
1) 9.00 – 12.00 mlm – Himpunan Solidariti Bersama Anwar Ibrahim
LOKASI : Dataran Pulau Warisan, Kampong China,
Kuala Terengganu
25 Oktober 2014 (Sabtu) – Pahang
1) 9.00- 12.00 mlm – Himpunan Solidariti Bersama Anwar Ibrahim
LOKASI : Pusat Khidmat PKR Cabang Maran,
Taman Bandar Baru Permai 2,
Maran , Pahang
26 Oktober 2014 (Ahad) – Melaka & Johor
1) 6.30 - 9.30 mlm – Majlis Makan Malam
LOKASI: Flat Koperasi, Kg Baru, Machap Baru, Alor Gajah
2) 8.00 – 11.00 mlm – Himpunan Solidariti Bersama Anwar Ibrahim
LOKASI : Taman Cheng Perdana, Cheng, Melaka
(Belakang CIMB)
3) 8.00 – 12.00 mlm – Himpunan Solidariti Bersama Anwar Ibrahim
LOKASI : Grand Seaview Restaurant, Batu Pahat, Johor
27 Oktober 2014 (Isnin) – Selangor
1) 7.00 mlm – Solat Maghrib & Hajat
LOKASI : Kediaman  Anwar Ibrahim, Bukit Segambut,
2) 7.00 - 11.00 mlm – Majlis Makan Malam
LOKASI : Dewan Civic MPPJ, Petaling Jaya
TEATER : BILIK KABINET
3) 8.30 - 12.00 mlm – Himpunan Perdana Solidariti Bersama
 Anwar Ibrahim
LOKASI : Stadium MPSJ 3K,
Jalan SS 13/1e, Subang Jaya, Selangor
TURUT BRSAMA :
YAB AZMIN ALI
YAB LIM GUAN ENG
SDR MAT SABU 

DAN PIMPINAN UTAMA PAKATAN RAKYAT

Belantan

0

Posted by Unknown | Posted on 11:17 PTG | Posted in

sumber :-

Belantan


Layak ke Rafizi sebagai Setiausaha Agung baharu PKR ganti Saifuddin Nasution?

Posted: 16 Oct 2014 08:22 AM PDT


Parti Keadilan Rakyat (PKR) melakukan rombakan mengejut yang menyaksikan Datuk Saifuddin Nasution Ismail 'diturunkan pangkat' apabila kedudukannya selaku Setiausaha Agung parti diambil alih Naib Presiden, Rafizi Ramli.

Beliau yang sebelum ini dilihat menjadi nadi utama dalam menggerakkan parti berkenaan khususnya mengenai soal pentadbiran, kini diberi peranan sebagai Pengarah Pilihan Raya PKR dan itu pun secara bersama dengan seorang lagi Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar.

Rombakan tersebut kemudiannya disahkan Anwar Ibrahim ketika ditemui pemberita di Parlimen dan Penasihat PKR itu menyifatkan pelantikan Rafizi merupakan sesuatu yang baik, sekali gus memberi gambaran mengapa jawatan Saifuddin Nasution ditukar.

Meskipun menjadi punca kepada kemelut dalam pakatan berikutan idea 'Langkah Kajang', Rafizi yang kini dilabelkan sebagai anak emas baharu Anwar ternyata lebih diyakini pucuk pimpinan PKR berbanding Saifuddin Nasution, walaupun pengalaman politiknya masih hijau.

'Penurunan pangkat' Saifuddin Nasution itu seolah-olah disahkan pula Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin, ketika ditemubual sebuah akhbar berbahasa Inggeris apabila beliau dipetik berkata: "untuk (rombakan dalam parti) menempatkan pemimpin terbaik di tempat terbaik,".


Selain Saifuddin, Rafizi dan Nurul Izzah, rombakan kepemimpinan PKR juga menyaksikan Ahli Parlimen Bayan Baru, Sim Tze Tzin dilantik sebagai Ketua Pengarah Strategi bagi mengisi kekosongan yang ditinggalkan Ahli Parlimen Pandan itu.

Turut tidak ketinggalan selain meraih laba politik daripada rombakan tersebut ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sri Andalas, Dr. Xavier Jayakumar dan Ahli Parlimen Penampang, Sabah, Darell Leiking apabila kedua-duanya dilantik sebagai Naib Presiden.

Sementara itu, Saifuddin Nasution dalam reaksinya menerusi laman Facebook berkata, beliau tetap istiqmah dalam perjuangan bersama PKR.

"Alhamdulillah setelah berkhidmat sejak Februari 2010, tugas saya sebagai Setiausaha Agung sekarang diambil alih oleh Rafizi, Saya akan menumpukan tugas baharu sebagai Pengarah Pilihan Raya parti bersama Nurul Izzah.

"Peranan dan ruang kepada anak muda terus diperkukuh. Nurul Izzah, Rafizi, Tze Tzin, Nik Nazmi Nik Ahmad, Amiruddin Shaari, Shamsul Iskandar Mohd. Akin, Gooi Hsiao Loong, Siti Aishah Shaik Ismail dan Fahmi Fadzil antara nama yang kini diberi tugas besar dalam PKR," katanya.

Selanjutnya sila baca di sini.

Suara Politik
Belantan

Dialog Dewasa Kritik Berasa

0

Posted by Unknown | Posted on 11:02 PTG | Posted in

sumber :-

Dialog Dewasa Kritik Berasa


PENEROKA FELDA BUAT HAL LAGI, ANUT AJARAN SESAT MILLAH ABRAHAM, 5,000 TELAH TERLIBAT!!!

Posted: 16 Oct 2014 03:30 PM PDT


Ntah apa bala yang menimpa umat Islam di Malaysia sekarang ini?

Satu puak suka mengapirkan umat Islam yang lain kerana perbezaan idealogi politik...

Satu puak lagi dok terpengaruh dengan dakyah songsang nak mati syahid di Syria...

Satu puak lagi terlalu liberal mengagungkan idealogi sekularisme, pluralisme, liberalisme dan sosialisme (SEPILIS).

Sebahagian puak lagi dah jadi pentaksub Syiah, Ayah Pin, Rasul Melayu dan Ahmadiyah...

Kini timbul plak puak mengaku sebagai pengikut ajaran Millah Abraham. Ramai plak tu menganut ajaran sesat ni di Pahang spesifiknya di Felda-Felda.


MUADZAM SHAH – Satu ajaran sesat dikenali Millah Abraham dipercayai pecahan daripada Gerakan Pemuda Kahfi Indonesia yang difatwakan haram oleh Jabatan Mufti Pahang sekitar tahun 2009 dikesan di Felda Keratong, di sini, melibatkan 13 individu.

Jurucakap Bahagian Penguatkuasaan Jabatan Agama Islam Pahang (Jaip), berkata, pengikut ajaran sesat ini pada mulanya dikesan di Jerantut selepas ibu bapa kepada seorang pemuda di sana membuat aduan kerana berasa hairan dengan pendapat dan pandangan anaknya itu mengenai Islam.

"Ibu bapa pemuda berkenaan yang belajar di salah sebuah institut pengajian tinggi swasta (IPTS) di Selangor telah membuat aduan kerana mendapati pendapat dan pandangan anak lelakinya itu agak bertentangan dengan ajaran Islam.

"Pihak penguat kuasa Jaip menemui pemuda itu dan menjalankan soal siasat seterusnya membongkar 13 lagi pengikut Millah Abraham berada di Felda Keratong, Muadzam Shah, Rompin," katanya kepada Sinar Harian semalam. 

Sebahagian ibu bapa kepada para pengikut ajaran Millah Abraham yang juga warga Felda di beberapa daerah Rompin sedang diberi taklimat kesedaran dan pemulihan oleh JAIP.

Jurucakap Jaip menjelaskan, enam keluarga pengikut ajaran sesat Millah Abraham di Felda Keratong berjaya dikesan dan satu sesi taklimat mengenai ajaran sesat berkenaan diberikan di samping menjalankan soal siasat di Balai Polis Muadzam Shah, baru-baru ini.

Menurutnya, ajaran sesat yang didapati menyeleweng daripada akidah Islam itu dipercayai mempunyai ramai pengikut di Selangor dan kira-kira 5,000 pengikut seluruh Malaysia.

Katanya, pengamal ajaran sesat itu juga menyasarkan golongan muda yang kurang ajaran Islam menjadi medan dakwah mereka.

"Mereka (pengikut ajaran sesat Millah Abraham) mengaku bukan beragama Islam kerana mendakwa Islam bukan agama yang asli tetapi menganggap Millah Abraham adalah agama sebenar yang kononnya ajaran Nabi Ibrahim selain tidak makan daging sembelihan orang Islam.

"Terdapat enam fasa dalam ajaran sesat ini iaitu pertama, dakwah secara sembunyi dan ini sudah dilepasi, kedua adalah dakwah secara terang-terangan yang merupakan fasa terkini, ketiga fasa hijrah serta fasa keempat adalah jihad kital iaitu bunuh orang yang tidak mengikut ajaran mereka, fasa kelima mewujudkan sistem pemerintahan sendiri dan keenam menubuhkan negara," katanya.

Jurucakap itu berkata, fasa keempat dakwah ajaran sesat berkenaan mempunyai unsur militan dan pihak Jaip kini dengan kerjasama polis sedang melakukan pemantauan.

Selain itu, cara pengikut ajaran sesat ini bersembahyang adalah hanya dengan menyampaikan makna-makna yang terdapat dalam al-Quran melalui penggunaan Bahasa Melayu.

"Mereka mengiktiraf Nabi Muhammad SAW sebagai Rasulullah tetapi hanya pada waktu itu kerana mereka percaya ada nabi lain hingga kini selain mereka juga tidak berpegang pada hadis," katanya.


Ajaran sesat kini menjadi sebahagian dari ancaman keselamatan yang utama di Malaysia. Ia mendapat kekuatan akibat sokongan seseorang yang kemaruk berpolitik. Adakah pihak berkuasa kita mahu berdiam diri lagi???Mahu ikut telunjuk puak-puak tertentu yang ingin hapuskan Akta Hasutan, SOSMA dan undang-undang jenayah?
Apa yang kita perlu tahu?

Fakta ajaran sesat Millah Abraham;
  • Menyatakan agama Islam yang ada sekarang tidak lagi asli kerana Islam sebenarnya telah terhapus akibat serangan Monghul terhadap kerajaan Abbasiyah pada abad ke 10 dan 11.
  • Menolak fakta Islam dibawa oleh Nabi Muhammad s.a.w dan Quran bukan kitab yang betul dan tidak lengkap.
  • Kerana Islam sekarang tak lengkap maka ajaran Millah Abraham akan melengkapkan ajaran Islam tersebut.
  • Ajaran ini berasal dari golongan Anti Hadis dan Ingkar Sunnah berpusat di Indonesia.
  • Ia menjadi lebih berpengaruh apabila ajaran sesat Negara Islam Indonesia (NII) mengasaskan Gerakan Pemuda Khafi (GPK) menyokong pendanaan dan perekrutan ahli-ahli.
  • Ajaran Millah Abraham ini juga mempunyai kaitan langsung dengan ajaran sesat Al Qiyadah Al Islamiyah pimpinan Ahmad Musodiq yang difatwakan sesat oleh Majelis Ulama Indonesia (MUI).
  • Kini ajarannya dikembangkan melalui Gerakan Fajar Nusantara (GAFATAR)
  • Mencampur adukkan kefahaman Yahudi dan Kristian yang dianggap sebagai Abraham Faith atau Millah Abraham 
  • Menolak kewajipan solat dan menyeru para ahli meninggalkan solat atau hanya dengan niat ritual sahaja.
  • Pemimpin dan pengikut tidak mempunyai latar belakang agama yang kukuh meskipun mereka terdiri dari golongan profesional dan terpelajar.
  • Menafsir ayat Quran menurut fahaman akal fikiran mereka sendiri.
  • Difatwakan sebagai ajaran sesat oleh Mufti Selangor dan Pahang pada tahun 2009 dan Mufti Wilayah Persekutuan pada 2011. 
  • Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) pernah menahan 15 orang pengikut ajaran ini pada Disember 2013 lalu dan diberikan pemulihan akidah. 
Serbuan JAIS terhadap pengikut ajaran Millah Abraham pada Disember 2013 lalu.
Dari maklumat sahih yang diterima, pihak JAIP telah memanggil para ibu bapa kepada anak-anak yang menjadi pengikut ajaran sesat ini. 

Mereka telah diberi nasihat agar membetulkan akidah mereka dan anak-anak mereka serta kembali ke ajaran Islam yang sebenar. 

JAIP akan memantau ajaran ini dan akan mengambil tindakan tegas di bawah undang-undang sedia ada.

Dari penyiasatan dan penelitian kami didapati para ibu bapa ini kebanyakannya adalah para peneroka dan keluarga Felda. 

Bila disiasat-siasat lagi latar belakang mereka ada di kalangan mereka adalah ahli-ahli PAS yang pernah membawa kes saman peneroka terhadap Felda berhubung isu kadar gred perahan kelapa sawit.

Kes tersebut masih tertangguh tunggu perbicaraan sementara lawyer-lawyer PKR; R.Sivarasa, N.Surendran dan Latipah Koya sibuk mengira-ngira keuntungan yang bakal mereka rembat dari para peneroka.

Ada dia antara mereka juga menjadi penyokong ajaran sesat Millah Abraham ini secara senyap-senyap.

Bertambah menarik lagi, ada di kalangan mereka juga pernah membuat laporan polis di beberapa balai polis di daerah Rompin berhubung isu pihak Felda tak bayar duit raya dan dividen FGV berjumlah hampir RM1000.00 baru-baru ini.   

Sekali lagi lawyer-lawyer PKR diambil mengendalikan kes mereka tagih duit raya dan dividen FGV itu.

Kami tak tuduh tetapi siapa yang rapat dan tahu latar belakang para peneroka ini memang tak menafikan mereka ini turut terlibat secara langsung atau tidak langsung. Tak pun melalui anak-anak mereka.

Kesian, di kala mereka kutuk kerajaan, Felda dan UMNO secara habis-habisan, rupa-rupanya Allah telah menurunkan musibah dengan rosaknya akhlak dan akidah anak-anak mereka kepada ajaran Millah Abraham ini.  

Harap pihak berkuasa bertegas tak bagi peluang puak-puak sesat ini bermaharajalela...masih ingat kes pengikut Tuhan Harun menembak mati pegawai JAIP tak berapa lama dulu?




SURAT, 6 PILIHAN ANWAR MENJELANG HARI RAYUAN

Posted: 16 Oct 2014 08:57 AM PDT

Assalamualaikum Datuk Seri,

Saya percaya DS kini sedang memberi perhatian kepada perbicaraan di Mahkamah  Rayuan pada 28-29 Oktober 2014, namun saya juga percaya DS menganggap semuanya itu kecil belaka sehinggalah hari terakhir. Bukankah amanat DS yang popular dahulu "kalau takut dengan ombak, usah berumah di tepi pantai, jika takut dengan cabaran, usah bicara soal perjuangan".

Sebenarnya, bagi saya lebih baik DS bermunajat, bermuhasabah, berzikir, membaca Al-Quran, melakukan solat-solat sunat hajat, menunaikan umrah dan Haji insyaallah, daripada DS mengharapkan kepakaran manusia-manusia yang bergelar peguam-peguam terhebatlah termahallah dan sebagainya. Semuanya itu DS telah lihat sekian lama hanya mubazir wal membazir. (Keenam)

PRU13 sudah berlalu, krisis Menteri Besar Selangor sudah berakhir, Langkah Kajang tidak lagi menarik, semuanya berakhir dengan kegagalan. Gagal kerana tidak mencapai hasrat sebenar. Sejak 2004 hingga sekarang 2014, sudah 10 tahun DS berusaha menjadi Perdana Menteri namun Allah SWT tidak juga memberi keizinanNYA.

Bagaimana kalau DS ambil jalan mudah, bersara sebagaimana janji-janji DS sebelum PRU13 dahulu. Apa lagi yang DS bimbangkan, isteri sudah menjadi Yang Berhormat, anak sudah menjadi Yang Berhormat, rumah megah di atas bukit atau ada lagikah anak-anak DS hendak dijadikan Wakil Rakyat?

Saya cukup yakin DS sudah tidak ada apa-apa lagi yang hendak dibimbangkan, makan minum rumah wang ringgit harta benda segalanya saya yakin lebih daripada mencukupi. Saya sangat yakin DS boleh bersarapan di Jakarta, makan tengah hari di Washington dan makan malam di London dalam masa 24 jam.

Perjuangan DS kepada negara apakah yang boleh dibanggakan oleh generasi mendatang? DS kelihatan terlena semasa pembentangan Bajet 2015? Adakah membanggakan menghapuskan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) suatu langkah pencegahan yang sangat berkesan untuk melestarikan keamanan dan kebahagian rakyat Malaysia. ISA bukan untuk Kerajaan, ISA untuk keamanan rakyat Malaysia. Tidak percaya kah, tanya Lee Kuan Yew atau Lee Hsien Leong? Atau bacalah buku "The Singapore Story oleh Lee Kuan Yew".

Sejak awal tahun 1980an, DS asyik bercakap mengenai perubahan. Kemudian di hujung tahun 1990an bercakap hal reformasi. Seterusnya DS bercakap isu keadilan dan kesamarataan.

Menjelang PRU14, adakah DS akan membuat satu lagi janji baharu untuk bersara sekiranya tewas? Negara kita memerlukan sebuah pasukan politik yang kuat untuk berhadapan dengan cabaran masa hadapan yang lebih besar.


Amerika tidak boleh lagi mendabik dada kerana China dan India bukan sahaja akan menguasai dunia di darat dan di angkasa, tetapi mereka sudah mula mengatasi yahoo dan google. Negara China tidak memerlukan Dollar Amerika untuk maju ke hadapan, tetapi Amerika sangat menakuti Yuan. Pertembungan ini sudah lama dibicara oleh Profesor Samuel Huntington di Washington. Ianya tidak dapat dielak.
Kita ada beberapa pilihan untuk meletakkan Malaysia terus berada di hadapan, berlari dengan betul di atas trek yang sukar.

Pertama,DS perlu mengotakan janji-janji DS untuk bersara sekarang. Dengan persaraan DS, negara kita Malaysia akan lebih aman daripada kacau bilau politik yang membuang masa malah merugikan orang Melayu dan umat Islam. Malaysia perlu dipacu oleh seorang Ketua Pembangkang yang lebih berpandangan jauh. Masa DS sudah berlalu, maaf cakap DS menjadi sudah tidak relevan.

Kedua, DS kena bekerjasama dengan kerajaan sedia ada. Sama ada DS menyertai kepimpinan DS Najib, atau DS menjadi sebahagian daripada pasukan. Mekanismenya amat mudah, tapi saya belum mahu menulis mengenainya. Naib Presiden Indonesia yang baharu, Jusuf Kalla lebih bijak dalam hal ini, walaupun beliau salah seorang pemimpin utama Golkar namun beliau boleh menang atas tiket PDPI-Perjuangan.

Ketiga, DS perlu redha dan menerima ketentuan Allah SWT dengan sabar, tawakkal dan beriman. Usaha yang DS lakukan sejak 30 tahun lalu untuk menjadi Perdana Menteri barangkali Allah SWT sudah tentukan dengan hanya sebagai Timbalan Perdana Menteri sahaja, wallahu'alam. Bersyukurlah kepada Allah SWT. Wamakaru Wamakarallah Wallahu Khairul makirin (Surah Al-Imran, Ayat 54) yang bermaksud 'mereka merancang, Allah juga merancang, sesungguhnya Allah sebaik-baik perancang".

Keempat,menjadi pensyarah di University Washington atau di Universiti dalam negara. Jadilah apa sahaja, pensyarah pelawat, pensyarah kanan, profesor madya, penceramah, dan ambillah kesempatan menulis buku.

Kelima,saya tidak mahu menulisnya kerana saya tahu ramai orang yang tidak bersetuju, tetapi saya tulis jua kerana seorang wakil rakyat UMNO meminta saya menyampaikan kepada DS Najib supaya menerima semula DS.

Keenam, di atas.

Lagi di Sumber

TU DIAAAA....PERANGAI GEDEBE TAK DA ATURAN. HANYA UNTUK HAMPAS SAJA

Posted: 16 Oct 2014 01:47 AM PDT


Hahahah....lebai bersarban berselipar ni memang gedebe.

No motorsikal EX-5 hitamnya adalah BFD 96, siap dengan bendera Bangladesh.

Bawa pulak muatan berlebihan di depan dan belakang. Memang dia tengah tunjuk skill.

Sekali tengok macam di luar negara...mungkin macam di Bangladesh, Nepal...tak pun macam di Indonesia atau Vietnam. Pakai helmet macam sarungkan rice cooker di kepala.

Tetapi cuba bayangkan motor ini dilanggar ataupun jatuh dan beliau serta anaknya luka.

Sudah tentu kerajaan juga akan dimaki hamun kononnya tak sediakan laluan untuk motorsikal.

 
Mungkin inilah cerminan masa hadapan jika negara ini diperintah oleh PAS atau Pakatan Rakyat. Rakyat nanti tak mahu ikut aturan, ikut suka nak bantah dan langgar apapun.

Jika sekarang mereka berjuang nak hapuskan Akta Hasutan. Mungkin mereka juga terpikir nak hapuskan Akta Rahsia Rasmi, SOSMA dan Undang-Undang Jenayah yang lain.

Mungkin nanti ada puak-puak pencacai yang kata mereka berdua tak salah sebab memakai sarban dan kepiah sebab peraturan JPJ 'membolehkannya'?

Atau ada yang bercakap mereka baru balik bersolat memang pakai macam tu...

Atau yang lebih bengap lagi akan kata apalah sangat kalau menunggang tak pakai helmet berbanding rasuah, penindasan, rosmah, kos sara hidup, hutang PTPTN....bla...bla...bla

Oh this is Malaysian Bikes of Burden. Kalah fotografi Hans Kemp di Vietnam.