Followers

Nuffnang

Belantan

0

Posted by Unknown | Posted on 11:39 PTG | Posted in

sumber :-

Belantan


Memalukan...!!! Anwar cedok CGT dari Barat?

Posted: 15 Oct 2014 11:33 PM PDT


Hasrat pakatan pembangkang untuk memperkenalkan Keuntungan Modal (CGT) sebagai alternatif kepada cukai barangan dan perkhidmatan (GST) membuktikan sikap tidak konsisten Ketua Pembangkang,  Anwar Ibrahim (PKR-Permatang Pauh) dalam mempertahankan hujahnya.

Tan Sri Annuar Musa (BN-Ketereh) berkata, pada 1993, Anwar yang ketika itu menjadi Menteri Kewangan pernah menyatakan di Dewan Rakyat bahawa beliau menolak cukai nilai tambah (VAT) iaitu sistem percukaian yang digunakan di negara-negara Barat.

Walau bagaimanapun, beliau memberitahu, Anwar kini berubah pendirian apabila mencadangkan dalam bajet pakatan pembangkang tentang pelaksanaan CGT mengikut model yang digunakan United Kingdom (UK).

"Terdapat banyak percanggahan berikutan ketidakupayaan Ketua Pembangkang untuk memahami tadbir urus ekonomi negara.

"Beliau juga mempunyai rekod buruk dalam tadbir urus ekonomi negara dan cuba menggunakan teori-teori Dana Kewangan Antarabangsa (IMF) dalam keadaan negara menghadapi krisis ekonomi," katanya ketika membahaskan Bajet 2015 dalam sidang Dewan Rakyat hari ini.


Terdahulu, Anwar ketika membahaskan Bajet 2015 mencadangkan pelaksanaan CGT bagi menggantikan GST yang bakal dikuatkuasakan mulai 1 April depan.

Annuar menambah, ketidakupayaan Anwar untuk memikul tanggungjawab sebagai Menteri Kewangan terserlah apabila negara dilanda krisis ekonomi pada 1997.

Menurut beliau, Anwar cuma tahu mencedok, meniru dan mengambil teori-teori yang disalin daripada model-model ekonomi yang diperkenalkan oleh pihak lain.

"Namun, saya memahami beliau tiada latar belakang dalam bidang ekonomi dan bernasib baik kerana apabila memasuki arus politik UMNO, beliau mendapat kedudukan secara fast track," ujarnya.

Annuar berkata, krisis ekonomi negara yang semakin meruncing menyebabkan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad terpaksa campur tangan bagi menyelamatkan keadaan.

Suara Politik
Belantan

Anwar semakin tertekan, Muhammad Shafee kekal?

Posted: 15 Oct 2014 07:19 AM PDT


Mahkamah Persekutuan hari ini berpendapat, pelantikan peguam Tan Sri Dr. Muhammad Shafee Abdullah mengetuai pasukan pendakwaan dalam rayuan akhir kes liwat melibatkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, tidak akan menjejaskan integriti rayuan itu yang akan didengar pada 28 dan 29 Oktober ini.

Panel lima hakim diketuai oleh Ketua Hakim Negara, Tun Arifin Zakaria berpuas hati Muhammad Shafee layak mengetuai pasukan pendakwaan kerana pelantikan beliau selaku pendakwa raya dalam rayuan itu dilakukan mengikut Kanun Tatacara Jenayah serta budi bicara Peguam Negara yang termaktub di bawah Perlembagaan.

Mahkamah berpendapat, Anwar sepatutnya mencabar budi bicara Peguam Negara melantik Muhammad Shafee melalui permohonan semakan kehakiman di Mahkamah Tinggi, bukannya dengan cara memfailkan notis usul di Mahkamah Rayuan.

Sehubungan itu, kuorum berkenaan berpendapat, tiada sebab untuk mereka mencampuri urusan Peguam Negara melaksanakan budi bicaranya melantik peguam tersebut dalam rayuan itu.

Mahkamah memutuskan demikian ketika menolak rayuan kali ketiga Anwar untuk menyingkirkan Muhammad Shafee daripada mengetuai pasukan pendakwaan dalam rayuannya bagi mengetepikan sabitan dan hukuman penjara lima tahun atas kesalahan liwat.


Keputusan sebulat suara itu turut dicapai oleh Presiden Mahkamah Rayuan, Tan Sri Md. Raus Sharif, Tan Sri Abdull Hamid Embong, Tan Sri Suriyadi Halim Omar dan Tan Sri Ahmad Maarop.

Sebelum ini, dua percubaan Anwar untuk menggugurkan Muhammad Shafee daripada mengetuai pihak pendakwaan dalam rayuan kes liwatnya telah ditolak sehingga ke peringkat Mahkamah Persekutuan.

Penghujung bulan ini, mahkamah tertinggi negara akan mendengar rayuan akhir Anwar terhadap keputusan Mahkamah Rayuan pada 7 Mac lalu yang menjatuhkan hukuman penjara lima tahun kerana meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan.

Hakim Arifin ketika mengumumkan keputusan itu menyatakan, fakta-fakta yang dihujahkan di hadapan panel bersidang bukan merupakan alasan yang mencukupi untuk menggugurkan Muhammad Shafee daripada mengetuai pasukan pendakwaan.

Pada hemat panel itu, isu berhubung denda RM5,000 yang dikenakan oleh Lembaga Disiplin Pengamal Undang-Undang pada 5 Oktober 2012 terhadap peguam itu, selepas didapati melanggar Akta Profesion Undang-Undang 1976, tidak menyokong rayuan untuk menggugurkan beliau daripada pasukan pendakwaan.

Mahkamah turut mendengar isu bahawa Muhammad Shafee pernah bertindak selaku Pesuruhjaya Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) yang mendapati pegawai penyiasat dalam kes liwat, Judy Blacious Pereira bukan saksi yang boleh dipercayai ketika inkuiri terhadap penahanan lima peguam di Balai Polis Brickfields pada 2007.

Menurut Hakim Arifin, kuorum berkenaan berpuas hati bahawa tidak timbul konflik kepentingan berhubung dapatan suruhajaya itu kerana inkuiri tersebut tiada kaitan dengan rayuan kes liwat Anwar.


Sementara itu, Anwar ketika ditemui pemberita di pekarangan mahkamah menyatakan, pihaknya menerima keputusan itu dan bersedia mengemukakan rayuan yang akan didengar selama dua hari pada akhir bulan ini.

Ketika ditanya keadaan kesihatan peguam utama yang mengetuai pasukan pembelaan, Datuk Sulaiman Abdullah yang bercuti sakit selepas menjalani pembedahan lutut, Anwar menyatakan, peguam tersebut bersedia untuk mengemukakan rayuan.

Menurut Anwar, perkara itu dimaklumkan oleh Sulaiman kepada beliau dan isteri, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail ketika mereka menemuinya minggu lalu bagi mengetahui perkembangan rayuan kelak.

Sementara itu, salah seorang peguam yang mewakili Anwar, R. Sivarasa turut memberitahu, cuti sakit Sulaiman berakhir semalam.

Anwar merayu keputusan panel tiga hakim diketuai oleh Datuk Balia Yusof Wahi yang bersidang bersama Datuk Aziah Ali dan Datuk Mohd. Zawawi Salleh Panel mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 9 Januari 2012 yang melepas dan membebaskannya daripada pertuduhan liwat.

Anwar, 67, disabit bersalah meliwat Mohd. Saiful Bukhari, 28, di Unit 11-5-1, Kondominium Desa Damansara, No. 99, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, di ibu negara antara pukul 3.01 petang dan 4.30 petang, 26 Jun 2008.

Suara Politik
Belantan

Dialog Dewasa Kritik Berasa

0

Posted by Unknown | Posted on 11:38 PTG | Posted in

sumber :-

Dialog Dewasa Kritik Berasa


PUDIN DAH MAKIN MERAPU...NEW POLITIC SANGAT LE TUU...

Posted: 15 Oct 2014 10:35 PM PDT


Ternyata si Pudin ni semakin merapu-rapu.

Di kala majoriti rakyat ingin kekalkan Akta Hasutan bagi mengekang huru-hara, si Pudin ni yang juga ahli UMNO getik genyaa nak hapuskan Akta Hasutan?

Kenapa dah tak suka duduk dalam UMNO lagi dan minta dipecat supaya lebih banyak publisiti dapat akhirnya diangkat sebagai hero.

Pudin sedar beliau tidak ada apa-apa lagi dalam UMNO. Di Temerloh beliau dijatuhkan oleh orang UMNO yang menyampah dengan idea New Politiknya.

Di peringkat Pusat beliau dapat jawatan CEO Global Moderate Malaysia (GMM) - satu jawatan kesian dan ihsan PM untuk membantu mempromosikan wasatiyah, namun beliau seleweng dengan menyokong idea songsang pluralisme agama.

Lepas Akta ISA dan Ordinan darurat dimansuh, puak-puak songsang liberal nak hapuskan Akta Hasutan. lepas tu Akta Rahsia Rasmi (OSA) pulak.

Baguslah perjuangkan juga penghapusan Akta-Akta lain yang mengekang perbuatan jenayah dan terrorisme supaya kita bebas nak menghancurkan negara.

Teruskan Pudin kasi orang Temerloh dan Melayu semakin meluat dengan ko.

Kamu adalah aset terpenting yang dianugerahkan untuk menjahanamkan bangsa sendiri seperti Si Kitul yang membuka rahsia kekuatan Melaka kepada penjajah Portugis dulu.

Teruskan....pemimpin anugerah Tuhan dan PAS bersedia menerimamu setelah ketiadaan Thamrin.  

Bravo!

Apa yang tidak kena dengan #SwitchOff14 ?!!

Posted: 15 Oct 2014 08:23 PM PDT



Berita dari Astro Awani:

Penggiat industri televisyen gerak kempen Switch Off'14


Penggiat industri televisyen gerak kempen Switch Off'14
Penggiat industri televisyen gerak kempen Switch Off'14
KUALA LUMPUR: Wakil penggiat industri televisyen negara berhasrat untuk menghantar satu memorandum kepada kerajaan khususnya Kementerian Komunikasi dan Multimedia.

Menggelarkan kempen mereka sebagai Switch Off'14, memorandum tersebut terkandung 11 perkara yang bertujuan untuk menyampaikan peringatan dan pesanan tegas berkaitan industri perfileman dan televisyen agar diberikan perhatian oleh pihak kerajaan.

Astro AWANI difahamkan kempen Switch Off'14 disokong oleh beberapa persatuan dalam  Gabungan Persatuan Karyawan Filem Malaysia (GAFIM).

Antara persatuan yang dikatakan menyokong termasuk Persatuan Penerbit Televisyen Malaysia, Persatuan Penerbit Filem Malaysia (PFM), Seniman, Persatuan Pekerja Profesional Malaysia (PROFIMA) dan beberapa lagi.

Antara tumpuan utama memorandum tersebut adalah mewujudkan Akta Industri Kandungan Kreatif, memberikan penekanan terhadap isu hak harta intelek yang lebih adil dan munasabah, isu kadar harga dan pelarasan harga belian kandungan televisyen dan pengagihan slot televisyen yang lebih adil.

Turut diberikan perhatian adalah penubuhan sebuah badan yang mengawal selia industri televisyen dan penyediaan slot televisyen yang mengkhusus kepada kandungan bertema patriotik serta mendaulatkan citra budaya bangsa.

Tidak ketinggalan daripada aspek pengecualian cukai bagi syarikat-syarikat yang melabur dalam penerbitan program televisyen tempatan dan pembelian peralatan teknikal terkini untuk perkembangan positif industri televisyen.

Aspek kebajikan yang melibatkan pelakon, pekerja dalam industri filem seperti skim insuran khusus dan tabung kebajikan turut termasuk dalam isi kandungan memorandum tersebut.

Difahamkan gerakan tersebut bukan bertujuan untuk berlawan atau mengutuk kerajaan, sebaliknya ia bertujuan untuk memberikan penerangan kepada kerajaan akan masalah industri televisyen yang telah berlarutan sejak 20 tahun lalu.

Switch Off turut  bertujuan membantu kerajaan memahami situasi sebenar hingga ke peringkat akar umbi dan menyediakan cadangan untuk semua penggiat industri.

Sekaligus, dapat membantu kerajaan supaya memperkasakan agensi terlibat dan seterusnya  memenangi hati penggiat industri.

Satu sidang media untuk mengumumkan gerakan tersebut dijangka diadakan pada 21 Oktober depan.


Apa pendapat anda tentang Switch Off '14 ini? Secara tiba-tiba perkara ini timbul. Konon-kononnya Switch Off '14 ini merupakan gerakan solidariti para penggiat seni bagi menuntut Kerajaan agar lebih peka dengan nasib mereka.

Adakah anda peduli?

Adakah anda merasakan yang ianya akan memberikan sebarang faedah kepada penggiat seni mahu pun kepada kehidupan rakyat? Atau adakah ianya akan melonjakkan kualiti industri hiburan Negara ke satu tahap yang lebih tinggi?!!

Pernahkah anda terfikir yang gerakan Switch Off '14 ini sebenarnya satu agenda peribadi yang lahir kerana perasaan tamak 'seseorang' yang tidak dapat membolot kesemuanya?!!

Kita tidak menafikan bahawa memang terdapat segelintir penggiat seni yang nasib mereka seperti sudah jatuh ditimpa tangga. Malah ada sesetengahnya yang meninggal dunia dalam keperitan dan kesusahan hidup.

Namun persoalannya, adakah ianya salah Kerajaan semata-mata kerana mengabaikan mereka? Atau wujud politiking yang kuat serta sikap pilih kasih yang menebal dalam pertubuhan penggiat seni sendiri?!!

Di pihak Kerajaan, satu inisiatif telah dilakukan di bawah NKEA pada tahun 2011 bagi membela nasib para penggiat seni di negara ini di bawah satu bumbung atau ONE STOP CENTRE yang dikenali sebagai CREATIVE CONTENT INDUSTRY GUILD atau CCIG Malaysia. CCIG ini mendapat dana tahunan khas dari Pemandu melalui FINAS.

Baca lanjut mengenai CCIG di sini ---> http://ccigmalaysia.com/introduction



Berbalik kepada isu Switch Off '14 tadi, kami mendapati gerakan ini juga akan mengemukakan 11 tuntutan kepada pihak Kerajaan.


KUALA LUMPUR, 9 OKT 2014: Presiden Persatuan Penerbit Televisyen Malaysia Jurey Latif akan membentang 11 perkara bagi perhimpunan 'Switch Off 14' rancangan tergendala.
Kesemua perkara itu akan diberitahu secara umum menerusi sidang media pada 21 Oktober ini dan  juga diuar-uarkan di Facebook pada 15 Oktober untuk info yang berkaitan.
"Perkara yang akan dibentangkan itu meliputi pelbagai isu penting terutama kebajikan penerbit drama TV dan tenaga kerja belakang tabir. Saya tidak boleh jelaskan secara terperinci mengenai 11 perkara itu disini, kita tunggu masa sidang media," katanya dihubungi oleh Murai.com.my.
Menurutnya lagi, dia bersama penggiat industri akan berhimpun disesuatu tempat dan lokasinya masih belum dimuktamadkan.
"Kami akan mengadakan perhimpunan ini tidak lama lagi bagi memperjuangkan hak kebajikan dan tuntutan yang perlu oleh pengiat-pengiat drama TV tempatan," ujarnya.
Kebanyakkan tenaga kerja dibelakang tabir tidak mempunyai hasil pendapatan yang tetap. Sehingga berusia 60 tahun, mereka terpaksa juga bekerja demi menyara kehidupan seharian. 


Apa yang anda nampak tidak kena dengan maklumat di atas?!!

Ya, bagaimana Pengerusi CCIG yang mendapat dana tahunan (malahan gaji yang lumayan setiap bulan) pula yang mengetuai gerakan "jalanan" seperti Switch Off '14 ini?!! Perkara ini seumpama YAB PM turun ke jalanraya bagi menuntut pihak Kerajaan menurunkan kembali harga Petrol!!!

Hahaha...

Mengapa Pengerusi CCIG ini tidak menggunakan kedudukannya bagi menyampaikan semua tuntutan tadi secara berhemah melalui proses musyawarah?!! Lagi pun bukankah dalam fungsi dan peranan asal CCIG itu tadi sudah mencakupi kesemua perkara yang dituntut tersebut? Mengapa semenjak 2011 perkara ini GAGAL direalisasikan?

Kami tidak mahu mengheret isu peribadi dalam hal ini walaupun terdapat desas-desus yang mengatakan bahawa dana tahunan CCIG telah dihabiskan untuk perbelanjaan individu tertentu dan bukannya untuk membela nasib rakan penggiat seni. Kami juga difahamkan gerakan ini dimulakan bagi tujuan mengugut untuk mendapatkan kuota slot televisyen yang lumayan.

Pesanan kami kepada para penggiat seni yang lain: Jangan terperangkap atau terpedaya dengan agenda peribadi individu tertentu! Pastikan anda semua mendapat maklumat yang sahih tentang perkara ini sebelum bertindak menyokong Switch Off '14. Jangan diperbodohkan untuk menuntut sesuatu yang baru untuk orang lain, sedangkan hak anda yang ada sebelum ini pun habis dilodehkan!!!

Buat Pengerusi CCIG: Gunakan kedudukan dan hemah anda untuk menyelesaikan perkara ini secara baik. Jangan jadi seperti anjing tersepit yang menggigit tangan tuannya kembali!!!



SESAK DUIT BULAN INI? ANWAR TAWARKAN KERJA DAN PENDAPATAN BUAT RAKYAT MALAYSIA.

Posted: 15 Oct 2014 07:53 PM PDT


Belum jadi Perdana Menteri lagi Anwar telah menunjukkan contoh terbaik membuka dan memberikan peluang kerja kepada rakyat.

Jawatan yang ditawarkan begitu besar.

Mungkin gajinya setaraf JUSA kalau di sektor kerajaan.

Jadi hakim tu...

Mana-mana pihak yang dilantik menjadi hakim bolehlah menuntut gaji dari pihak Anwar atau dari mana-mana cabang PKR di seluruh negara.

Kalau tiada jawatankuasa di pejabat-pejabat PKR, anda boleh pergi ke rumah ketua-ketua cabang samada ketua Wanita, AMK, Srikandi, Bendahari atau Biro Ekonomi PKR untuk menuntut gaji dan upah sebagai hakim negara.

Jika mereka tiada di rumah anda boleh mengambil apa-apa barang yang berharga di rumah ketua-ketua cabang ini kerana harta-harta mereka adalah harta rakyat yang telah difaraidkan kepada rakyat.

Jadi jangan lepaskan peluang keemasan ini kerana pihak UMNO dan Barisan Nasional (BN) sendiri tidak pernah menawarkan peluang kerja sebegini.

Inilah peluang rakyat mendapat wang poket secara mudah bagi mengharungi peningkatan kos sara hidup akibat pengurangan subsidi bahan api di negara ini. 


Kiranya Anwar dijatuhi hukuman penjara, pihak PKR akan melipat gandakan lagi gaji dan bonus kepada rakyat untuk turun dijalanan. 

Jangan khuatir segala kemudahan pengangkutan, makan-minum, penginapan, bil perubatan, yuran guaman dan sebagainya akan disponsor oleh dana-dana yang baru pihak PKR perolehi dari rakan-rakan strategik di dalam dan luar negara.

Apa lagi jom kita mintak duit dari Anwar!  


SELEPAS TAMRIN, SEORANG LAGI BEKAS PEMIMPIN UMNO TURUT KELUAR PAS

Posted: 15 Oct 2014 05:18 AM PDT

Anak bekas Timbalan Perdana Menteri Mohd Tamrin Abdul Ghafar hari ini menghantar surat kepada Setiausaha Agung PAS menarik diri dari menjadi ahli parti Islam itu, lapor The Malaysian Insider.

Tamrin berkata beliau tidak lagi menganggotai PAS berkuatkuasa hari ini.
"Adalah diharapkan pihak Yang Berbahagia Datuk dapat mengemaskinikan rekod keahlian saya berkaitan keputusan ini," kata Tamrin.
Ibu pejabat PAS mengesahkan penerimaan surat bertajuk "Menarik diri sebagai ahli PAS" daripada Tamrin itu.
Dua tahun lepas, pada 11 Ogos 2012, Tamrin menyerahkan borang keahlian sebagai ahli PAS kepada presiden parti Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada majlis peringatan Badar Al Kubra di Kolej Universiti Islam Zulkifli Muhammad, Gombak.
Menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 tahun lalu, beliau turut sama dilihat membantu kempen PAS dan Pakatan Rakyat (PR).
Tamrin dilaporkan mula tidak senang dengan PAS sejak kemelut pelantikan menteri besar Selangor yang menyaksikan pertembungan antara parti itu dengan rakannya dalam PR.
Seorang lagi bekas pemimpin kerajaan dijangka akan turut serta mengikuti jejak Tamrin. Kekecewaan mereka banyak disebabkan oleh krisis Menteri Besar Selangor di mana PAS berpecah belah di antara golongan Pro Ulamak dan Pro Anwar. 

MIMPI SENJA

0

Posted by Unknown | Posted on 11:27 PTG | Posted in

sumber :-

MIMPI SENJA


Tiga Penggerak Utama Militan Antara 14 Ditahan Di Selangor

Posted: 15 Oct 2014 01:58 PM PDT





KUALA LUMPUR: Polis menahan tiga individu disyaki penggerak utama yang bertanggungjawab merekrut, membiayai dan mengatur pemergian rakyat Malaysia ke Syria untuk menyertai kumpulan militan Negara Islam Iraq dan Syria (ISIS).

Mereka adalah antara 14 individu yang ditahan dalam satu operasi khas tiga hari oleh Bahagian Counter Terrorism, Cawangan Khas Bukit Aman di sekitar Shah Alam dan Damansara, Selangor mulai Isnin (13 Oktober).

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar dalam satu kenyataan lewat petang Rabu berkata kesemua yang ditahan adalah rakyat negara ini, berumur antara14 dan 48 tahun, terdiri daripada peniaga, petugas majlis, tukang masak, pereka grafik, pelajar, suri rumah dan jurutera.

"Hasil siasatan, penggerak utama pertama, suspek berusia 37 tahun merupakan pengendali facebook yang mempromosi, merekrut, dan memuat turun propaganda kumpulan IS bagi mempengaruhi rakyat Malaysia untuk berjihad di Syria," katanya.

Khalid berkata suspek itu juga aktif merekrut pelajar wanita universiti tempatan untuk dihantar ke Syria.

 "Penggerak utama kedua berusia 34 tahun, pernah menyertai kumpulan IS di Syria antara Disember 2013 hingga April 2014.

"Beliau yang kembali ke Malaysia 8 April lalu berperanan dalam memberi panduan, galakan dan berkongsi pengalaman dengan rakyat Malaysia yang menyertai kumpulan IS di Syria," katanya.

Manakala pengerak utama ketiga berusia 37 tahun adalah seorang jurutera yang memegang jawatan Penolong Pengarah Kanan, Jabatan Pembentungan, KementerianTenaga, Teknologi Hijau dan Air.

Katanya, suspek ketiga itu disyaki membiayai perbelanjaan individu-individu yang direkrut tersebut ke Syria.

Khalid berkata suspek ketiga itu juga dipercayai mempunyai hubungan dengan pengganas lain iaitu Dr Mahmud Ahmad, Mohd Najib Hussein, dan Mohd Joraimee, yang kini menyertai kumpulan Abu Sayyaf di Selatan Filipina.

Beliau berkata lima daripada yang ditahan terdiri daripada sebuah keluarga yang disyaki merancang untuk berlepas ke Syria menyertai IS.

Katanya penggeledahan rumah keluarga itu turut menemui buku-buku jihad dan aktiviti militan.

"Malah seorang daripada keluarga itu merupakan pelajar tingkatan dua di sebuah sekolah di Klang, Selangor," katanya.

Katanya kesemua suspek ditahan di bawah Bab VIa - Kesalahan Berkaitan Keganasan, Kanun Keseksaan (Akta 574) dan akan disiasat mengikut prosedur di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Akta 747).

Nelayan Singapura Tertangkap Makhluk Aneh

Posted: 15 Oct 2014 04:43 AM PDT





SEJENIS  makhluk aneh umpama timbunan cacing atau sotong ditemui nelayan pantai dalam Singapura baru-baru ini.


Ong Han Boon, 54 ketika itu berada di lokasi penangkapan ikan yang digemarinya iaitu di kawasan Pulau Sentosa dengan harapan memperoleh hasil lumayan.

Sementara menunggu pukatnya dipenuhi tangkapan, dia berehat sambil menikmati minuman di botnya apabila dikejutkan dengan pergerakan pada pukatnya.


"Saya dapat mengesan ada sesuatu yang menyebabkan tali pukat itu bergerak dan sebaik menariknya keluar dari air, saya terkejut dengan apa yang saya lihat.

Makhluk itu kelihatan mempunyak hampir 100 sesungut umpama tangan seperti sotong atau tapak sulaiman yang bergerak-gerak.

"Saya pernah beberapa kali menemui sesuatu yang pelik, tetapi bukan dari laut. Bagaimanapun, makhluk seperti ini memang tidak pernah saya lihat sebelum ini.

"Ia kelihatan seperti alien atau mutan," katanya.

Han Boon memuatnaik video makhluk aneh itu dengan harap ada pihak yang akan tampil memaklumkan apa sebenarnya yang masuk ke pukatnya itu.

"Saya sudah bertanya kawan-kawan tetapi tiada sesiapa yang tahu, manakala pencarian menerusi Internet juga belum mendapat sebarang jawapan.

"Jadi, jika tiada siapa yang dapat memberitahu apa sebenarnya yang saya tangkap, mungkin ia makhluk asing atau saya menemui spesis mutan hidupan laut," katanya.

JAIS, PDRM disaman RM 1juta dakwa dikasari ketika tangkapan khalwat

Posted: 15 Oct 2014 01:37 AM PDT

Jais, polis disaman RM1 juta dakwa dikasari ketika tangkapan khalwat
Seorang ejen hartanah, Hashim Said yang mendakwa menjadi mangsa kekerasan dan salah guna kuasa Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) bertindak memfailkan saman sebanyak RM1 juta terhadap kedua-dua jabatan berkenaan.
Hashim, 49, berkata salah guna kuasa tersebut dilakukan ketika dua badan penguatkuasaan tersebut menyerbu rumahnya dan menahannya kerana dituduh sedang berkhalwat.
Hashim berkata, dalam insiden yang berlaku pada 2006 itu, beliau bukan sahaja ditangkap dan ditahan lebih daripada 24 jam, tetapi pegawai Jais dan polis bertindak samseng dengan menggunakan kekasaran.
"Saya enggan membuka pintu kerana mereka mengetuk pintu rumah saya pada pukul 3 pagi tanpa membawa surat kuasa, lalu mereka menendang pintu grill rumah saya," katanya kepada pemberita di pejabat peguamnya Tetuan Azah Azizan & Co di Kuala Lumpur hari ini.
"Saya hairan kenapa mereka memperlakukan saya begitu, saya dipukul hingga mendatangkan kecederaan kekal dan kesalahan saya cuma disyaki khalwat."Menurut Hashim, walaupun beliau pada ketika itu bersama kawan perempuannya di dalam rumah berkenaan, mereka tidak melakukan apa-apa yang menyalahi undang-undang.
"Saya langsung tidak diberi peluang menjelaskan keadaan, ketika itu memang saya bersama dengan kawan perempuan saya (kini bekas isteri) dalam rumah tapi kami tidak bersekedudukan, dia dalam bilik dan saya di ruang tamu," katanya.
Menurut Hashim, ‎kawan perempuannya itu yang merupakan seorang mualaf cuba melarikan diri melalui tingkap tetapi berjaya ditangkap penguatkuasa Jais.
"Ketika itu saya masih enggan membuka pintu namun saya lihat kawan perempuan saya digari dan dibawa di hadapan pintu rumah, baru saya buka pintu.
"Namun apabila saya buka pintu saya ditolak hingga muka tersembam atas lantai, mereka mengari dan memukul saya, ia menyebabkan bibir saya pecah dan muka bercalar dan bengkak, kemudian saya dipukul lagi dan dipijak malah kepala saya turut dihentak dengan benda keras.
"Dalam keadaan bergari saya ditolak hingga menyebabkan kepala saya terhantuk ke bucu meja kaca.
"Tidak cukup dengan itu ketika menaiki jip, kaki saya dikat dengan getah paip," katanya.
Menurut Hashim, beliau mempunyai laporan perubatan daripada hospital mengesahkan dirawat di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).
"Dalam laporan perubatan itu, doktor mengesahkan saya dirujuk kepada Jabatan Pembedahan Plastik, Hospital Kuala Lumpur bagi rawatan kecederaan.
"Saya juga disahkan mengalami 'Post Traumatic Disorder' hingga menyebabkan saya tertekan dan kehilangan kerja," katanya. –TMI

Gaya Peneroka

0

Posted by Unknown | Posted on 11:23 PTG | Posted in

sumber :-

Gaya Peneroka


FELDA BUKIT GOH DAN KHAZANAH BAUXITENYA - APA ITU BAUXITE

Posted: 15 Oct 2014 09:39 AM PDT

Kegunaan:

Kira-kira 85% daripada semua bauksit yang dilombong di seluruh dunia digunakan untuk menghasilkan alumina untuk memperhalusi ke dalam logam aluminium. Satu lagi 10% menghasilkan alumina yang digunakan dalam produk-produk kimia, kasar, dan tahan api. Baki 5% daripada bauksit digunakan untuk membuat pengkakis, bahan tahan api, dan sebatian aluminium.

Ringan, kekuatan, dan ketahanan kakisan aluminium adalah pertimbangan penting dalam pemakaiannya. Aluminium logam digunakan dalam pengangkutan, pembungkusan seperti tin minuman, pembinaan, aplikasi elektrik, dan lain-lain bangunan.

Aluminium, unsur paling banyak ketiga di permukaan Bumi, nampaknya tidak berbahaya kepada tumbuhan dan haiwan.

Felda Bukit Goh sekarang tengah heboh dengan penemuan Bauxite iaitu bahan galian yang ditemui didalam tanah berasaskan aluminium,yang dijaja untuk bahan membuat badan kapalterbang,Dikatakan hampir keseluruhan ladang peneroka felda Bukit Goh ada bahan ini.Ramai dah yang berangan jadi jutawan segera.ada ladang yang telah dikorek,ditebang sawit.


Tetapi kapitalis yang datang membuat tawaran janji yang longgar jika peneroka tidak berhati-hati akan terperangkap,dibimbangkan geran ladang milik peneroka tetapi tidak ada kuasa pada ladang sendiri kerana gopoh menandatangi surat tawaran,sebab tak sabar menjadi jutawan.Harapkan ketua kampung mewakili peneroka tetapi semasa sesi dailog ketua kampung berada sebaris dengan para kapitalis.Ini hanya satu contoh salinan tawaran,ada banyak lagi tawaran dari syarikat lain kandungan dan isinya lebih kurang sama sahaja seolah-olah kapitalis yang sama cuma nama dan alamat syarikat sahaja yang berlainan...
cuma utk betulkan statement. Rm200K tu bkn utk jual 10ekar ladang..tanah 10 ekar masih milik peneroka..cuma yg meragukan utk join projek bauxite ni pertamanya pasal kesuburan tanah selepas projek selesai.kedua jumlah pengeluaran tanah. Takkan setiap kali mereka angkut tanah kita nk check.. masalahnya kalau x check boleh berlaku penipuan.. bwk keluar 100tan ckp 50tan je.. tiada sebarang kawalan. Wakil penduduk ada sarankan utk upah anak peneroka sbg pemantau jumlah pengeluaran tanah..tp sejauh mana integriti org yg diupah ni? X mustahil dia akan "dibeli"

Bauxite ni sejenis bijih besi...adik beradik leterite dan ion oil. cukup berharga utk pasaran. Kemudian jangka masa panjang tanah bukit akan jadi gaung seperti sri jaya, bukit ibam dan kuala lipis penjom. Then masa tu bila dah habis korek...siapa akan repair balik tanah kita? Atau biarkan macam tu saja. kalau fikir duit memang jual atau sewa aje tanah sawit kita tu..tapi kena fikir masa lebih panjang bahawa kita semua sudah tidak punyai tanah. tanah yg tinggal setelah dikorek tidak akan subur lg kerana mineralnya tlh hilang. 1 lg pencemaran akn berlaku. Kawasan bkt goh xkn sesuai lg didiami org. Lori trailer dan jentera berat akn keluar masuk. Asap2 debu2 akn mengganggu sistem udara



Bauksit adalah bahan heterogen semulajadi yang alumina (Al 2 O 3) dan logam aluminium yang dihasilkan. Mineral utama dalam bauksit adalah gibsit (Al 2 O 3 .3H 2 O), boehmite (Al 2 O 3 .H 2 O) dan diaspore, yang mempunyai komposisi yang sama seperti boehmite, tetapi adalah lebih padat dan lebih keras.

Kegunaan Bauksit
Di seluruh dunia, kebanyakan bauksit dilombong ditukar kepada alumina untuk pengeluaran logam aluminium.Sebahagian kecil pergi ke kegunaan bukan logam dalam pelbagai bentuk alumina khusus manakala bakinya digunakan untuk aplikasi bauksit bukan logam.
Aluminium adalah produk semakin penting untuk pembuatan kerana berat cahayanya, kekuatan dan ketahanan serta keupayaan untuk dikitar semula. Berasaskan penilaian kitaran hayat, kekuatan yang tinggi kepada nisbah berat keputusan aluminium penjimatan bahan api yang ketara, terutamanya di mana penggantian boleh dibuat bagi bahan-bahan binaan yang lebih berat.
 Bauksit Perlombongan
Aluminium adalah unsur ketiga yang paling banyak terdapat dalam kerak bumi, tetapi tidak berlaku seperti logam secara semulajadi. Langkah pertama dalam menghasilkan aluminium perlombongan bijihnya - bauksit.
Bauksit berlaku terutamanya di kawasan tropika dan sub-tropika, seperti Afrika, Hindia Barat, Amerika Selatan dan Australia - terdapat beberapa deposit kecil yang terletak di Eropah.
Australia adalah pengeluar terbesar bauksit, dengan lima lombong membekalkan kira-kira 23 peratus daripada pengeluaran global.
Perlombongan bauksit mempunyai lima langkah: Penyediaan kawasan perlombongan; perlombongan bauksit;menghancurkan; pengangkutan bijih; dan pemulihan.

Penerangan:
Aluminium: Apakah unsur logam yang paling berlimpah dalam kerak Bumi. Bauksit merupakan sumber utama aluminium. Aluminium digunakan di Amerika Syarikat pada pembungkusan, pengangkutan, dan bangunan. Guinea dan Australia mempunyai kira-kira setengah daripada rizab di dunia. Negara-negara lain dengan rizab utama termasuk Brazil, Jamaica, dan India. Bauksit: Istilah umum untuk batu terdiri daripada oksida aluminium terhidrat. Ia adalah bijih utama alumina untuk membuat aluminium. Juga digunakan dalam pengeluaran korundum sintetik dan refraktori aluminous.

 Latar belakang:
Aluminium adalah logam perak-putih, sangat ringan dalam berat badan (kurang daripada tiga kali sebagai padat sebagai air), namun agak kukuh. Di samping itu, aluminium adalah mulur, iaitu, ia boleh ditarik ke dalam wayar atau ditekan menjadi kepingan atau foil. Ia adalah unsur logam yang paling banyak, dan yang ketiga paling banyak bagi semua unsur-unsur dalam kerak Bumi, yang membentuk 8% daripada kerak oleh berat badan. Hanya silikon dan oksigen lebih plentiful.Aluminum mempunyai banyak aplikasi di rumah dan industri, dan merupakan logam biasa kepada hampir semua orang.

 Nama:
Aluminium adalah logam reaktif, dan tidak berlaku di negeri ini logam dalam alam semula jadi. Oleh itu, ia adalah tidak diketahui sebagai elemen yang berasingan sehingga 1820, walaupun kewujudannya telah diramalkan oleh beberapa ahli-ahli sains yang telah mengkaji sebatian aluminium. Ia dihasilkan dalam bentuk logam secara bebas oleh ahli kimia dan ahli fizik Denmark, Hans Christian Oersted, dan ahli kimia Jerman, Frederich Wöhler, pada pertengahan tahun 1820 ini.

Nama aluminium berasal dari alumen, nama Latin untuk tawas (satu mineral sulfat aluminium).Logam ini dinamakan aluminium dengan akhir yang -ium sebagai diterima berakhir untuk kebanyakan unsur pada masa ini. Penggunaan ini berterusan di kebanyakan dunia kecuali Amerika Syarikat, di mana i lepas telah digugurkan dari nama.

Menetapkan Geologi:
Kerana logam aluminium bertindak balas dengan air dan udara untuk membentuk oksida serbuk dan hidroksida, aluminium tidak pernah ditemui dalam alam semula jadi. Banyak mineral biasa, termasuk feldspar, mengandungi aluminium, tetapi mengekstrak logam daripada kebanyakan mineral adalah sangat intensif tenaga, dan oleh itu mahal.

Bijih utama aluminium bauksit, sumber lebih 99% daripada aluminium logam. Bauksit adalah nama untuk campuran mineral yang serupa yang mengandungi aluminium oksida terhidrat. Mineral adalah gibsit (Al (OH) 3), diaspore (AlO (OH)), dan boehmite (AlO (OH)). Kerana ia adalah campuran mineral, bauksit sendiri adalah batu, bukan mineral. Bauksit adalah berwarna perang kemerahan, putih, tan, dan tan-kuning. Ia adalah membosankan untuk bersahaja dalam kilau dan boleh kelihatan seperti tanah liat atau tanah. Bentuk bauksit apabila silika dalam batuan aluminium-bearing (iaitu, batu-batu dengan kandungan yang tinggi mineral feldspar itu) dihanyutkan (terlarut lesap). Proses luluhawa berlaku di kawasan iklim cuaca tropika dan subtropika.

Sumber-sumber alternatif aluminium mungkin suatu hari nanti termasuk tanah liat kaolin, syal minyak, anorthosite mineral, dan juga sisa arang batu. Walau bagaimanapun, selagi rizab bauksit kekal banyak dan kos pengeluaran adalah rendah, teknologi untuk memproses sumber-sumber alternatif ke alumina atau logam aluminium akan mungkin tidak maju di luar peringkat uji kaji.

Sumber:

Australia mempunyai rizab yang besar bauksit, dan menghasilkan lebih daripada 40% daripada bijih di dunia. Brazil, Guinea, dan Jamaica adalah pengeluar penting, dengan pengeluaran lebih kecil daripada kira-kira 20 negara-negara lain. Pengeluaran Amerika Syarikat, yang penting 100 tahun yang lalu, kini diabaikan. Kebanyakan bauksit mula-mula diproses untuk dijadikan alumina, atau aluminium oksida, bahan berbutir putih. Kadang-kadang, bauksit mentah dihantar ke luar negara untuk diproses kepada alumina, manakala dalam kes-kes lain ia diproses berhampiran lombong. Alumina adalah lebih ringan daripada bauksit kerana air itu telah dikeluarkan, dan ia mengalir mudah di kilang pemprosesan, tidak seperti bauksit yang mempunyai melekit, konsisten berlumpur. Australia, Amerika Syarikat, dan China adalah pengeluar terbesar alumina. Semua Amerika alumina yang dibuat adalah dari bauksit diimport. Logam aluminium ditapis daripada alumina, biasanya di negara-negara perindustrian mempunyai banyak bekalan kuasa elektrik hidro murah. Proses penapisan adalah Proses Hall-Heroult, yang dinamakan sempena Charles Dewan AS dan Paul LT Heroult Perancis, yang setiap secara bebas mencipta proses pada tahun 1866. Dalam proses ini, alumina (aluminium oksida) dilarutkan dalam cryolite cair (cryolite adalah mineral aluminium fluorida, Na3AlF6). Alumina ini kemudiannya dipisahkan ke dalam unsur-unsur dengan elektrolisis. Walaupun percubaan telah dibuat untuk menggantikan proses ini, ia adalah untuk hari ini satu-satunya kaedah yang digunakan untuk mengasingkan aluminium secara komersil.Pengeluar terbesar logam aluminium ialah Rusia, China, Amerika Syarikat, dan Kanada, negara-negara yang mempunyai kuasa hidroelektrik yang banyak. Lebih daripada 40 negara-negara lain juga menghasilkan aluminium, termasuk Norway, Iceland, Switzerland, Tajikistan, dan New Zealand, yang kecil tetapi pergunungan, dan mempunyai banyak sungai untuk memberi kuasa hidroelektrik.Kawasan-kawasan lain di dunia dengan akses kepada bekalan elektrik yang banyak dan murah, seperti Timur Tengah, juga sedang memperluaskan kapasiti pengeluaran logam mereka. Kitar semula aluminium dengan meleburkan tin dan lain-lain adalah sumber penting logam di kebanyakan negara maju.

Pengganti dan Sumber Alternatif:

Walaupun aluminium adalah sangat penting dalam industri dan kehidupan harian aplikasi, ia boleh digantikan dengan komoditi lain jika perlu. Sebagai contoh, tembaga boleh menggantikan aluminium dalam aplikasi elektrik. Kertas, plastik dan kaca membuat alternatif pembungkusan yang baik. Magnesium, titanium dan keluli boleh digunakan dalam kenderaan dan lain-lain bentuk tanah dan pengangkutan udara.

Melainkan kos tenaga harus naik curam, penggunaan aluminium dalam kebanyakan aplikasi ini tidak mungkin akan terancam. Sumber-sumber di seluruh dunia bauksit cukup besar untuk membekalkan permintaan untuk aluminium untuk masa akan datang.

The Unspinners

0

Posted by Unknown | Posted on 11:10 PTG | Posted in

sumber :-

The Unspinners


DAP teruskan sejarah penjajah lupuskan Melayu dari Pulau Pinang

Posted: 15 Oct 2014 08:37 PM PDT


Dari buku-buku sejarah yang digunakan untuk pembelajaran di sekolah, mahupun di pusat-pusat pengajian tinggi, sejarah Pulau Pinang hanya bermula pada 11 Ogos 1786 apabila Francis Light, seorang privatier atau sebenarnya lanun yang bekerja untuk Raja Britain di bawah nama Syarikat Hindia Timur menamakan Tanjung Penaga sebagai Georgetown.

Pulau Pinang sebenarnya merupakan sebahagian daripada negeri Kedah dan Francis Light telah berjaya memperdayakan Sultan Muhammad Jiwa setelah berjanji akan memberi perlindungan kepada Kedah daripada serangan Siam dan Burma.

Dengan kata lain, Pulau Pinang sepatutnya menjadi pangkalan tentera laut bagi British dan Syarikat Hindia Timur. Malangnya, ia tidak begitu memandangkan kapal-kapal dalam Syarikat Hindia Timur bekerja secara bersendirian dan mereka tidak mempunyai angkatan tentera sebagaimana yang difahami. Mereka adalah lanun tetapi sentiasa digambarkan sebagai peneroka dan pengasas bandar-bandar besar dunia.

Sebelum kedatangan Francis Light lagi, bahagian pulau negeri itu telah diduduki oleh orang Melayu. Untuk memastikan kuasanya di Pulau Pinang tidak dicabar oleh orang Melayu, Francis Light mula memasukkan lebih ramai Cina ke bahagian pulau.

Orang Melayu mulai dipinggirkan sedikit demi sedikit. Malah demi memastikan Pulau Pinang kekal menjadi pengkalan lanun Syarikat Hindia Timur, pada 1800 juga menerusi tipu daya Francis Light.

Apabila Syarikat Hindia Timur menyerahkan hak penjajahan kepada Britain, semakin ramai orang Cina yang datang bermastautin di Pulau Pinang. Orang Melayu terus dihalau dan terpaksa berkampung di bahagian 'belakang' pulau tersebut.

Manakala bahagian utama pulau yang menghadap ke Tanah Besar, dikuasai sepenuhnya oleh kaum pendatang yang menjadi proksi British.

Itu sejarahnya.

Kini sejarah berulang kembali.

Kerajaan Negeri Pulau Pinang berada dalam genggaman DAP. DAP menjalankan proses menghalau orang Melayu semenjak awal mereka menguasai negeri itu pada PRU12 lalu. Konsep Malaysian Malaysia yang menyebabkan tragedi 13 Mei 1969 tercetus, digunakan secara lebih baik di Pulau Pinang.

Baca seterusnya di MyKMU SINI

Anwar mula meroyan kempunan stor kunyit, Orang tak layan dan kecam

Posted: 15 Oct 2014 05:12 PM PDT


Sebuah FB dibangunkan penyokong Anwar Ibrahim untuk membina gelombang uprising menjelang Anwar dijangka masuk penjara.

Bukan sokongan yang maha penipu ini dapat tapi kecaman dari pembaca-pembaca.

Lihat SINI


Orang ramai sudah tak melayan demo-demo lagi tapi Anwar masih mahu meroyan.

Satu sebab adalah dia bakal kempunan stor kunyit bila dalam penjara. Maka dia buat demonstrasi jalanan macam zaman reformasi.

Lihat rancangan dia tak henti dari 7 hari sebelum masyukkk ... (takpe tak kisahlah sebarkan untuk dia sebab tak ramai pun).

Lebih 60 penggerak utama Anwar tinggalkan dia dengan Tan Sri Khalid terakhir. Siapa nak gerakkan untuk Anwar lagi?

Nik Nazmi??? Masa berucap, ramai JK AMK keluar ....

PROGRAM SOLIDARITI  BERSAMA DATO' SERI ANWAR IBRAHIM

21 Oktober 2014 (Selasa)

1)   3.00 – 5.00 ptg – Bersama Masyarakat India Menjelang Deepavali
LOKASI : Little India, Jalan Tengku Kelana Kelang Depan Ajuntha (Sebelah Masjid India)

 22 Oktober 2014 (Rabu) – Pulau Pinang & Kedah

1)   12 .00 tghari - Sambutan Rumah Terbuka Deepavali Yb Prof Dr Ramasamy TKM 2 Pulau  Pinang.
LOKASI :  No11 A , Lorong 16 Tmn Tambun Indah, Simpang 4, Batu Kawan, Pulau Pinang


2)   7.00 – 9.00 mlm – Sambutan Rumah Terbuka Deepavali Kedah
Yb Dr Krishnamoorthy Adun Bukit Selambau.
LOKASI :  Jalan 5, Cinta Sayang Resort Home, Sg Petani, Kedah.

3)   8.00 -  12.00 mlm – Ceramah Solidarity Bersama Anwar Ibrahim LOKASI :  Dewan Lip Seang Khor, Sg Petani (Depan Hospital Lama, Sg Petani)

4)   9.00 - 12.00 mlm - Ceramah Solidariti Bersama Anwar Ibrahim
LOKASI:  Tapak Expo Seberang Jaya, Pulau Pinang

Bersama: YAB Lim Guan Eng, YAB Azmin Ali, dan Sdr Mat Sabu

23 Oktober 2014 (Khamis) – Pulau Pinang & Perak

1) 12.00 tghari – Sambutan Rumah Terbuka Deepavali  Pulau Pinang
LOKASI : Dewan Jubli Home, Sg Dua,  Pulau Pinang

2)   2.00 ptg - Perasmian Pusat Khidmat Adun Machang Yb Lee Khai Loon
LOKASI:  Pusat Perniagaan Alma

3)   5.00 – 7.00 ptg – Perjumpaan MPN Perak,
LOKASI:   MH Hotel, Ipoh

4)   7.00 – 9.30 mlm – Rumah Terbuka Depavali Perak
Rumah M Tinagaran, Bandar Baru Tambun

5)   9.00 - 12.00 mlm -  Ceramah Solidariti Bersama Anwar Ibrahim
LOKASI : Batu 3, Temoh, Tapah, Perak

24 Oktober 2014 (Jumaat) - Terengganu

1)   9.00 – 12.00 mlm – Ceramah Solidariti  Bersama Anwar Ibrahim
LOKASI :  Dataran Pulau Warisan, Kampong China, Kuala Terengganu

25 Oktober 2014 (Sabtu) – Pahang

1)   9.00- 12.00 mlm – Ceramah Solidariti Bersama Anwar Ibrahim
LOKASI : Bandar Maran , Pahang

26 Oktober 2014 (Ahad) – Melaka & Johor

1)    6.30 - 9.30 mlm – Majlis Makan Malam.
LOKASI: Flat Koperasi, Kg Baru, Machap Baru, Alor Gajah

2)   8.00 – 11.00 mlm – Ceramah Solidariti Bersama Anwar Ibrahim
LOKASI :  Taman Cheng Perdana, Cheng, Melaka (Belakang CIMB)

3)   8.00 – 12.00 mlm – Ceramah Solidariti Bersama Anwar Ibrahim
LOKASI : Grand Seaview Restaurant, Batu Pahat, Johor

27 Oktober 2014 (Isnin) - Selangor

1)   7.00 mlm – Solat Maghrib & Hajat
LOKASI :  Kediaman Dato' Seri Anwar Ibrahim, Bukit Segambut,

2)   7.00 - 11.00 mlm – Majlis Makan Malam
LOKASI : Dewan MPPJ, Petaling Jaya

3)   8.30 - 12.00 mlm – Solidariti Bersama Dato' Seri Anwar Ibrahim
LOKASI : Stadium Kelana Jaya, Selangor

TURUT BRSAMA : YAB AZMIN ALI, YAB LIM GUAN ENG, SDR MAT SABU DAN PIMPINAN UTAMA PAKATAN RAKYAT.

-----------------------------

Antara kata-kata dan slogan yang bakal dilaungkan adalah; "Rakyat HAKIM Negara".  FB Zamzuri SINI berpendapat:

Saya berpendapat bahawa jika rakyat hakim negara, Anwar Ibrahim perlu dibebaskan, tidak perlu dibicarakan secara adil dan mahkamah sediada perlu dibubarkan.

Satu pandangan.yang sinis.

Anak Johan Jaafar takut berdebat? Kata loyar liberal ....

Posted: 15 Oct 2014 07:39 AM PDT


Bukan saja tak muncul untuk debat, dia perlecehkan debat tersebut.


Dikatakan peguam yang mahu pertahankan sebagai anjing suruhan UMNO. Habis tu, adakah dia ngatakan bapanya juga anjing suruhan UMNO? Duit yang membesarkannya dan memerinya pelajaran pun duit taik anjing UMNO?


Sepatutnya mereka yang mahukan keterbukaan dan memperjuangkan democrasy tidak sepatutya lari dari membincangkan isu masing-masing.


Dulu pembangkang suka tuduh UMNO lari dari keterbukaan dan public discourse. Malah hanya bervakap dengan burung-burung yang sama warna bulu.

Takut-takut Syahredzan punhanya berkokok untuk orang UMNO atau bekas orang UMNO tertentu yang masih dengan cara lama takut public discourse. 


Petronas good call for not backing Tony Fernandez for F1

Posted: 15 Oct 2014 05:30 AM PDT


After two decades of chasing podiums in F1 circuits around the world. Malaysia's oil corporation Petronas this week attained the ultimate glory of claiming the constructors title - with Mercedes - for the F1 crown. "This is truly a historical milestone for Petronas," says its CEO Shamsul Azhar Abbas h e r e.  

Indeed. For as long as I remember, Petronas has been whipped left, right and centre for its investment in F1, the world's greatest auto racing circuit. Even this blog had suggested back in 2009 that maybe Petronas should have just pulled out like Honda had just done [Petronas should do a Honda, 7/12/2008].

Read in Rocky Bru HERE

Mat Sabu larang Pasma? Kekang Mujahid/Husam?

Posted: 15 Oct 2014 02:30 AM PDT


Kalau tidak disilap, Timbalan Presiden Pas, Mat Sabu diberi jawatan untuk mengetuai Pasma Pulau Pinang. Manakala Mujahid Yusof Rawa memegang jawatan Naib Presiden Pasma.

Adakah ini menjadi sebab musabab Mat Sabu halang ahli Pas Pulau Pinang sertai Pasma?

Baca kenyataan Mat Sabu berikut:

PAS Pulau Pinang menggesa seluruh ahli parti agar tidak terlibat dengan sebarang aktiviti anjuran PasMa sebagaimana yang telah diarahkan oleh Majlis Syura. Sebagai sabuah badan tertinggi Parti, Majlis Syura bertanggungjawab memelihara keaslian jamaah dari anasir yang boleh merosakkan parti.

PasMa yang ditubuhkan atas matlamat kebajikan, kini telah jauh menyimpang dari tujuan asal. Sebagai sabuah antiti NGO parti, sepatutnya ia fokus kepada soal kebajikan ahli dan anggota masyarakat. Bukan mengadakan majlis bagi mempertikaikan Presiden dan Majlis Syura atau keputusan parti. 

Apa erti kita berada dalam parti lalu mengadakan majlis bagi mempertikai kepimpinan parti, mempersoal perkara yang telah diputus oleh jamaah termasuk dasar dan perlembagaan parti.

Sehubungan arahan tersebut yang bertujuan agar tiada jamaah dalam jamaah, atau tiada parti dalam parti, sehingga wujud pelbagai masalah dalaman parti sekiranya fenomena ini tidak dibendung, ia akan mengundang kekeliruan dan pra sangka buruk ahli kepada kepimpinan parti. PAS Pulau Pinang akan memantau secara dekat sebarang aktiviti yang boleh merosakkan jamaah ini.

PAS mempunyai saluran bagi menyatakan sikap dan pandangan. Perbezaan pandangan dirai dalam ruang yang ada, bukan menambah kekeliruan dengan pelbagai kritikan yang tidak berasas serta tidak menguntungkan jamaah.

Kepada Allah kita bertawwakal.

Mohamad Bin Sabu
Pesuruhjaya PAS Pulau pinang.

13hb Okt 2014.

---------------------------

Ini perkembangan politik dalaman PAS yang menarik sebab di Penang, Mat Sabu Pesuruhjaya dan Mujahid Timbalan.

Mat Sabu ni mudah dibeli Lim Guan Eng mahu pun Anwar Ibrahim. Takkan dah lompat ke kumpulan Ulamak?

Ulamak beli Mat Sabu kot????

Dari segi percaturan politik, Pasma nampaknya bakal menawarkan Husam sebagai Presiden PAS baru. Itu yang Mat tak berkenan ....

Anwar rancang saman pil kuda terhadap Hadi

Posted: 14 Oct 2014 11:30 PM PDT


.... saman Mohd Shamsul terhadap Hadi mendapat restu Anwar bertujuan untuk melemahkan pengaruh politik Presiden PAS itu.

"Anwar merupakan dalang di sebalik tabir yang mengarahkan pengerusi PKR Terengganu, Azan Ismail memperalatkan Mohd Shamsul Md Amin menyaman Presiden PAS, Abdul Hadi Awang berkaitan isu pil kuda

"Tujuannya untuk melemahkan pengaruh dan imej Hadi yang dianggap kuasa sebenar dalam Majlis Syura Ulama PAS.

"Semua itu dibuat untuk memastikan Hadi berundur daripada pegang Presiden PAS dan diganti dengan Mat Sabu yang Anwar yakin, dia boleh beli Mat Sabu,"komennya ketika mengulas dalam artikel "Kenali Tokoh-tokoh LIBERAL Indonesia."

Baca seterusnya di MyMassa SINI