Followers

Nuffnang

MIMPI SENJA

0

Posted by Unknown | Posted on 11:42 PTG | Posted in

sumber :-

MIMPI SENJA


Tamrin hantar surat keluar Pas

Posted: 14 Oct 2014 11:27 PM PDT





Saya baru menerima panggilan telefon daripada Tamrin Ghaffar yang memaklumkan beliau baru sahaja menghantar surat memaklumkan telah menarik dairi dari menjadi ahli Pas. Katanya surat itu diserahkan dengan tangan di ibu pejabat Pas Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur.

"Saya nak maklumkan kepada you saya baru sahaja menyerahkan surat penarikan diri saya sebagai ahli Pas di pejabat Pas di Jalan Raja Laut," kata Tamrin tenang. Surat yang ditujukan kepada Setiausaha Agung Pas Mustafa Ali itu diterima oleh salah seorang kaki tangan ibu pejabat Pas.

Dalam pada itu menurut Tamrin beliau juga bertemu dengan beberapa pemimpin Pas di parlimen minggu lalu sambil memberi pandangan berhubung masalah atau kelamahan dalam kepimpinan Pas beliau membayangkan rasa kurang selesa beliau dengan Pas ekoran perkembangan dalam parti agama berkenaan terutamanya dengan sikap presiden.

Keputusan Tamrin itu diambil sesuai dengan apa yang saya catatkan dalam blog dua hari lepas. Kepada Tamrin diucapkan selamat bebas sebagai ahli politik tanpa parti.

-MSO 

Perodua jelaskan gambar viral di media sosial

Posted: 14 Oct 2014 07:50 PM PDT


  • Gambar yang tersebar di laman sosial.Gambar yang tersebar di laman sosial.
 1 / 1 
PERUSAHAAN Otomobil Kedua Sdn Bhd (Perodua) semalam, menjelaskan beberapa keping gambar yang disebarkan dalam media sosial menggambarkan belakang akhir gandar sebuah Perodua Alza terpisah daripada bingkai.

Presiden Perodua dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Amnar Rashid Salleh berkata, kerosakan yang ditunjukkan dalam gambar tersebut disebabkan pelanggaran antara Perodua Alza dan kenderaan lain.

"Dalam beberapa posting, mereka mendakwa bahawa kenderaan itu rosak akibat kawalan kualiti rendah. Kami ingin menegaskan bahawa Perodua tidak bertolak ansur terhadap kualiti dan kawalan kualiti sama ada dalam pengeluaran, jualan dan juga perkhidmatan selepas jualan kami," katanya dalam satu kenyataan media, semalam.


Aminar Rashid berkata, komitmen terhadap kualiti adalah satu komponen teras dalam setiap empat tonggak transformasi iaitu transformasi pengeluaran; transformasi produk; pembangunan dan penyelidikan dan transformasi perolehan; dan transformasi kepuasan pelanggan.

"Kami ucapkan terima kasih kepada semua pelanggan kami atas sokongan mereka. Perodua akan ambil apa sahaja tindakan yang perlu untuk melindungi nama dan imej dari sebarang bentuk fitnah dan libel," katanya.

Jangan Terpedaya Istilah Mati Syahid - Mufti

Posted: 14 Oct 2014 08:05 AM PDT


alt
KOTA BAHARU 14 Okt - Umat Islam di negara ini dinasihat jangan terpedaya dengan istilah 'mati syahid' yang kononnya akan diperoleh jika mereka mati ketika berjuang bersama kumpulan militan negara Islam (IS) di Syria.

Mufti Kelantan Datuk Mohamad Shukri Mohamad berkata mereka yang menyertai kumpulan berkenaan dan meninggal dunia di Syria misalnya tidak boleh dikategorikan sebagai mati syahid.

"Kalau (kita) Islam lawan Islam, mana boleh kata mati syahid," katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas Persidangan Dewan Undangan Negeri Kelantan di Kota Darul Naim di sini hari ini.


Beliau meminta umat Islam tidak menyertai kumpulan berkenaan kerana ia bercanggah dengan pegangan agama.

"Bukan kumpulan IS sahaja, mana-mana kumpulan yang disifatkan sebagai ekstrem kita tidak boleh sertai sebab Islam tak benarkan.

"Kaedah Islam ini adalah kesederhanaan dan mengikut peraturan, kalau menyertai pertubuhan yang tidak mengikut syarak dan undang-undang, maka tidak dibenarkan," katanya.

Mohamad Shukri berkata ibu bapa dinasihatkan supaya lebih kerap memantau anak-anak mereka untuk tidak menyertai kumpulan ini.

"Minta semua ibu bapa awasi dan kita kena lihat siapa anak kita berkawan, Tidak boleh biarkan anak ikut menyertai (sesuatu) pertubuhan sesuka hati dan perlu diawasi serta dijaga lebih pada zaman sekarang," katanya.

Dalam laporan berita Bernama semalam, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Counter Terrorism, Cawangan Khas Bukit Aman SAC Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay mendedahkan bahawa usaha merekrut gadis Malaysia menyertai kumpulan militan di negara bergolak Syria semakin agresif.

Ayob Khan berkata individu yang giat menjalankan kegiatan itu dengan hanya melalui Facebook menyasarkan golongan pelajar sekolah memandangkan mereka lebih mudah terpedaya.

Katanya pihak berkuasa agama perlu mengeluarkan fatwa rasmi seperti dikeluarkan kebanyakan negara Arab termasuk Arab Saudi.

Pendang [Kedah] dilanda puting beliung.... [Gambar & video]

Posted: 14 Oct 2014 04:10 AM PDT

Pendang dilanda puting beliung....

Kg. Alor Besar,Pendang. Kedah
Bangunan Sekolah & Beberapa rumah mengalami kerosakan,ALHAMDULILLAH..Tiada kemlngan jiwa dilaporkan














KedahLanie

CEO Emirates Airline: MH370 mungkin tidak berada di Lautan Hindi

Posted: 13 Oct 2014 11:41 PM PDT

Terdapat banyak teori konspirasi mengenai apa yang berlaku kepada pesawat Malaysia MH370 tetapi kini bagi tokoh penerbangan dan dianggap kapten industri, Tim Clark, beliau percaya pesawat itu tidak dikendalikan secara autopilot dan mungkin tidak berada di Lautan Hindi.
CEO Emirates Airline itu turut mempertikaikan ketelusan siasatan pesawat Malaysia, MH370 yang didakwa terjunam di Lautan HIndi.
Dalam wawancaranya kepada akhbar Der Spiegel yang berpangkalan di Jerman, Clark yang mengetuai satu syarikat penerbangan terkemuka di dunia berkata, beliau tidak percaya pesawat MH370 beroperasi secara autopilot semasa ia hilang.
Sebaliknya beliau mendakwa:"Pada pandangan saya, MH370 berada dalam kawalan, kemungkinan sehingga akhir".
Pandangan Clark itu bertentangan dengan dengan pendapat sebelum ini bahawa pesawat MH370 terbang secara autopilot sehingga kehabisan minyak dan jatuh di selatan Lautan Hindi.
"Setiap saat yang berlaku dalam pesawat itu perlu diteliti, secara teorinya, sehingga berakhir di Lautan India, yang mana pasukan pencari masih gagal untuk mengesannya, walaupun kusyen tempat duduk," katanya.
Sedangkan, kata Clark, pengalaman lampau telah menunjukkan sebarang insiden di perairan, tempat pesawat terjatuh, selalunya ada sesuatu yang ditemui.
"Setakat ini kita tidak melihat satu penemuan pun di lokasi yang didakwa tempat nahas MH370, saya turut mempersoalkan isyarat satelit yang diperkatakan," tambahnya.
Emirates Airline memiliki 127 pesawat Boeing 777 - paling banyak berbanding syarikat penerbangan lain - yang modelnya sama dengan pesawat MH370 yang hilang.
Beliau secara terang-terangan berasa syak tentang ketelusan siasatan kes kehilangan pesawat MH370.
"Secara totalnya saya tidak berpuas hati dengan semua ini," ujarnya.
Kenyataan Clark itu meningkatkan lagi teori konspirasi. Clark menambah: "Kita perlu tahu siapa berada dalam pesawat berkenaan secara terperinci yang identiti mereka diketahui oleh pihak tertentu. Kita perlu tahu apa yang ada dalam pesawat tersebut".
Analisis terkini daripada Biro Keselamatan Pengangkutan Australia memberitahu, pesawat MH370 telah membelok di sebelah kiri secara perlahan dan terjunam di Lautan Hindi semasa kehabisan minyak.
Ketika kejadian tujuh bulan lalu, pesawat malang itu membawa 239 orang penumpang.
Pencarian besar-besaran gagal menemui sebarang hasil dan fasa pencarian berikutnya adalah untuk mengesan pesawat melalui proses pemetaan Lautan India.-14/10/2014

Belantan

0

Posted by Unknown | Posted on 11:38 PTG | Posted in

sumber :-

Belantan


Nik Aziz ingatkan 'kalau keluar Pas, tidak siuman'?

Posted: 14 Oct 2014 04:11 PM PDT


Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pas Selangor, Saari Sungip (Hulu Klang) dan Hasnul Baharuddin (Morib) sebagai tidak siuman sekiranya mengambil keputusan keluar daripada parti itu.

Beliau berkata, kedua-dua ADUN yang digantung keahlian selama setahun itu tidak mempunyai alasan kukuh untuk berbuat demikian kerana mereka bertanding dan menang di kawasan masing-masing di atas tiket Pas pada pilihan raya umum lalu.

"Mahu pindah parti, itu dia punya pasal. Tetapi kalau pindah juga, ertinya dia akan berdepan dengan rakyat yang selama ini memilih dia kerana dia berkempen untuk Pas.

"Kempen untuk Pas, lepas pada itu, pergi parti lain pula. Ini orang tidak siuman kita panggil. Orang yang akil baligh mesti jaga lidah," katanya ketika ditemui pemberita semasa sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan berehat di sini hari ini.


Saari dan Hasnul yang digelar 'barua' dan 'broker' oleh Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang kerana membelakangi keputusan parti dalam kemelut jawatan Menteri Besar Selangor digantung keahlian selama setahun berkuat kuasa semalam.

Dalam pada itu, Nik Abdul Aziz yang juga bekas Menteri Besar berkata, beliau menyokong keputusan Jawatankuasa Pas Pusat menggantung dua ADUN berkenaan memandangkan mereka berdua melanggar peraturan parti.

"Kita dalam mana-mana persatuan, sama ada persatuan berbentuk politik, perniagaan, sekolah atau kerajaan, mesti patuh kepada peraturan. Nak langgar peraturan sesuka hati memang tidak betul. Jadi perlu dihukum.

"Nak gantung ke, atau apa sahaja hukuman, terserahlah kepada jawatankuasa, saya menyokong hukuman tersebut," katanya.

Suara Politik
Belantan

Gaya Peneroka

0

Posted by Unknown | Posted on 11:38 PTG | Posted in

sumber :-

Gaya Peneroka


305 PENEROKA KEMAHANG 03 MENANG ???

Posted: 14 Oct 2014 11:44 AM PDT

Mahkamah putuskan 305 peneroka Kemahang 03 menang dalam perbicaraan  ???

Berita dari FB
kemahang.....
Bro berapa haribulan keputusan mahkamah?
Hari ni..sebentar tadi di kota bharu..
apa cerita tu..?
Apa keputusan bro? Kongsi sikit cerita
Peneroka tuntut duit saman mereka dulu. Sekarang mereka dpt hak tu. Jumlahnya nanti akan di putuskan . Peguam akan bagitau nanti.apapun syukur pada Allah
saman tentang ape?
 Peneroka Saman felda....menang...pastu agihan duit tidak seperti yg dirancang....bila dituntut pada lawyer peneroka pula yg nak disaman....
Peneroka ni kesal dgn tindakan lawyer...mengadu pada felda semula....felda bantu mereka

Dialog Dewasa Kritik Berasa

0

Posted by Unknown | Posted on 11:34 PTG | Posted in

sumber :-

Dialog Dewasa Kritik Berasa


LUAHAN KECEWA ULAMA PAS

Posted: 14 Oct 2014 10:37 PM PDT

PUDIN NEW POLITIC NAFI TERLIBAT PROGRAM LIBERAL, BIAR BETIK?

Posted: 14 Oct 2014 08:00 PM PDT



Setelah diasak bertubi-tubi dan ditunding sebagai pihak yang terlibat dalam Forum Liberal bersama tokoh Jaringan Islam Liberal (JIL) Indonesia; Ulil Absar Abdalla dari Indonesia maka Pudin pun buat kenyataan di tweeternya menafikan penglibatannya dan juga GMM.

Jika tidak terlibat dengan program lagha ini kenapa tidak buat press conference menafikan penglibatan GMM?

Cukupkah dengan hanya memaklumkan di tweeter saja?

Ini melibatkan nama baik institusi yang menggunakan dana kerajaan!

Lagi pun kenapa masih membenarkan IRF menggunakan kemudahan dewan GMM tu?


Pudin nampaknya marah dengan pihak media yang membongkar program tersebut dan mengaitkan dirinya dan GMM dalam kancah liberalisasi.

Susah bagi Pudin nak menghakis tohmahan tersebut sebab jika sekali dia terpalit dengan gerakan liberalisasi dan menyokong puak-puak liberal serta mengutarakan banyak pemikiran liberal yang ramai tak suka, maka selama-lamanya orang akan buruk sangka dan mark dia sebagai liberal.




Pudin yang tak keruan terus menemplak mereka yang menuduhnya bukan-bukan termasuklah dari jemaah haji di Mekah.

Di Mekah memang orang nak beribadat, tetapi kalau di tanah air sendiri ada yang nak buat lahanat mesti diaorang tentang hebat. 

Apatah lagi ia dibuat oleh tokoh musibat Islamic Renaissance Front (IRF); Dr Farouk Musa yang diketahui mempunyai pemikiran sama seperti tokoh-tokoh Islam JIL dan gerakan SEPILIS (Sekularisme, Pluralisme, Liberalisme, Sosialisme) antarabangsa. 

Dr Farouk Musa - Pengasas IRF
Dr Farouk ni juga adalah seorang pengkagum Anwar Ibrahim. Jadi memang tepat Allah s.w.t sengaja melonggokkan individu-individu songsang fikiran dan songsang nafsu dalam satu kumpulan supaya senang dikenali ramai.

Tapi kenapa ada juga lebai-lebai berkepiah dan ostajah berjubah labuh PAS yang masih sokong puak-puak songsang ini?

Semuanya boleh demi kuasa!   



 




ANWAR GAGAL LAGI, MASA SEMAKIN SUNTUK, BERSARALAH WAHAI ANWAR !

Posted: 14 Oct 2014 05:43 PM PDT

Anwar Gagal Percubaan Ketiga, Shafee Abdullah Layak Ketuai Pasukan Pendakwaan




Panel lima hakim diketuai oleh Ketua Hakim Negara Tun Arifin Zakaria dalam keputusan sebulat suara berkata saluran sesuai bagi Anwar untuk mencabar pelantikan Muhammad Shafee ialah melalui semakan kehakiman dan bukan melalui notis usul.
Muhammad Shafee dilantik oleh Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail secara "fiat" (kebenaran) mengikut Seksyen 376 (3) Kanun Prosedur Jenayah (CPC) dan Perkara 145 (3) Perlembagaan Persekutuan untuk membuat rayuan di Mahkamah Rayuan.
Arifin berkata panel itu mendengar hujah yang dikemukakan peguam Anwar iaitu Tommy Thomas bahawa peguam itu (Muhammad Shafee) telah bertindak sebagai pengerusi Suhakam semasa perbicaraan yang mendapati bahawa saksi utama kes liwat Supt (B) Jude Blacious Pereira adalah seorang saksi yang tidak boleh dipercayai, tetapi panel mendapati tidak ada pertalian antara kedua-dua kes.
Mengenai isu Muhammad Shafee didenda RM5,000 oleh Lembaga Disiplin Peguambela dan Peguamcara kerana melanggar Akta Profesion Guaman, beliau berkata walaupun Muhammad Shafee didenda tetapi beliau tidak digugurkan daripada senarai daftar peguam.
"Alasan yang terpakai oleh pemohon bukan alasan yang kukuh untuk melucutkan kelayakan Shafee sebagai timbalan pendakwa raya," kata Arifin.
Beliau berkata kesimpulannya, panel berpendapat bahawa pelantikan itu sama sekali tidak menjejaskan integriti rayuan utama (mengenai sabit kesalahan Anwar).
Hakim lain yang menganggotai panel itu ialah Presiden Mahkamah Rayuan Tan Sri Md Raus Sharif, Tan Sri Suriyadi Halim Omar, Tan Sri Abdul Hamid Embong dan Tan Sri Ahmad Maarop.
Berikutan keputusan hari ini, Anwar gagal dalam percubaan kali ketiga untuk melucutkan kelayakan Muhammad Shafee mengetuai pasukan pendakwa dan Mahkamah Persekutuan akan mendengar rayuan akhir itu pada 28 dan 29 Okt.
Anwar pada mulanya mencabar kesahihan pelantikan Muhammad Shafee di bawah Kanun Prosedur Jenayah tetapi permohonannya ditolak oleh Mahkamah Rayuan pada 17 Sept tahun lepas.
Permohonan kali kedua untuk melucutkan kelayakan Muhammad Shafee, berdasarkan akuan berkanun oleh bekas Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Datuk Mat Zain Ibrahim, juga ditolak oleh Mahkamah Rayuan, pada 20 Dis tahun lepas.
Dalam perkembangan berkaitan, seorang lagi peguam Anwar, R. Sivarasa memberitahu pemberita bahawa peguam Datuk Sulaiman Abdullah akan mengetuai pasukan pembela.
Mendiang Karpal Singh ialah peguam utama Anwar semasa perbicaraan di Mahkamah Tinggi dan di Mahkamah Rayuan.
Pada 9 Jan, 2012, Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur melepas dan membebaskan Anwar daripada tuduhan meliwat bekas pembantu peribadinya Mohd Saiful Bukhari, 26, di Kondominium Desa Damansara di Bukit Damansara antara 3.10 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun, 2008.
Bagaimanapun pada 7 Mac tahun ini, Mahkamah Rayuan mengetepikan keputusan itu dan mensabitkan Anwar atas kesalahan itu dan menjatuhi hukuman penjara lima tahun – BERNAMA

ANWAR MEROYAN TELEFON, SMS DAN WHATSAPP SANA SINI DAN PANGGIL MESYUARAT TERGEMPAR MALAM TADI!!!

Posted: 14 Oct 2014 03:00 PM PDT


Tarikh 28-29 Oktober 2014 nanti seluruh dunia akan menyaksikan kes Liwat II Anwar yang akan didengar oleh Mahkamah Persekutuan, Putrajaya. 

Anwar sekali lagi berdepan dengan Tan Sri Muhammmad Shafee Abdullah, Timbalan Pendakwa Raya (TPP) yang tidak disenangi Anwar, kerana kelibat TPP itu menyebabkan Anwar dijatuhi penjara 5 tahun oleh Mahkamah Rayuan 7 Mac lalu. (Masih ingat apa yang berlaku pada 'malam 7 Mac itu'...???)

Pada perbicaraan itu nanti, selain pihak pendakwaan mahu mengekalkan sabitan terhadap pemimpin Umum PKR itu, juga pendakwaan mahu hukuman ditambah.


Anwar didapati bersalah meliwat pembantu peribadinya Mohd Saiful Bukhari Azlan pada 26 Jun 2008 di sebuah kondominum, Bukit Damansara antara pukul 3.01-4.30 petang.

Jika mahkamah mengekalkan hukuman apatah lagi hukuman itu ditambah, ianya bakal pengakhir kepada karier politik MP Permatang Pauh itu.

Anwar pernah dipenjarakan selama 6 tahun sebelum dibebaskan pada tahun 2004 kerana kesalahan yang sama.

Menurut sumber-sumber dalaman PKR, Anwar mengamuk sakan dan memaki hamun apabila mengetahui rayuannya untuk menggugurkan Shafee gagal buat kali ketiga. (Ambil anak Karpal dan barisan peguam-peguam gay-liberal tu memang ler gagal...Allah tak berkat)

Anwar juga tak lena tidur malam tadi dan memanggil semua balaci-balacinya untuk merancang dan berbuat sesuatu 'diluar jangkaan imiginasi' menjelang tarikh jatuhnya hukuman tersebut.

Taktik melengah-lengahkan masa dengan apa cara sekalipun adalah option dan modus operandi biasa yang akan digunapakai. 

Rumah Anwar ada mesyuarat tergempar hingga lewat pagi membincangkan pelbagai strategi mengagalkan hari perbicaraan dan jatuh hukuman Liwat II. 

Namun kali ini mungkin 'yang lebih teramat luar biasa' dan 'memberikan kesan yang teruk' hingga boleh menggagalkan hukuman dari dijatuhkan selain mungkin akan dilakukan sesuatu bagi 'mengalih perhatian' dan 'menimbulkan kebencian dan kemusnahan maksima mungkin' kepada kerajaan dan semua institusi kerajaan.

Yang pasti balaci Anwar telah bergerak sekarang!

Balaci Anwar sedia ada di dalam dan luar negara...

Pra hukuman, semasa hukuman dan pasca hukuman semuanya telah dirancang oleh balaci-balaci Anwar ini..  

"Ya Allah mereka merancang melakukan kejahatan, maka Engkau jua yang Mengetahuinya. Lindungilah dan selamatkanlah negara kami, agama kami dan bangsa kami dari kejahatan orang-orang yang berniat jahat. Sesungguhnya Engkau Maha Adil, Maha Mendengar, Maha Mengetahui siapa yang benar dan Engkaulah sebaik-baik Hakim yang Maha Berkuasa".


SAMAN TERHADAP HADI MENDAPAT RESTU ANWAR

Posted: 14 Oct 2014 03:00 AM PDT



Menurut pengomen laman ini, 'Ali Ahamad' saman Mohd Shamsul terhadap Hadi mendapat restu Anwar bertujuan untuk melemahkan pengaruh politik Presiden PAS itu.

"Anwar merupakan dalang di sebalik tabir yang mengarahkan pengerusi PKR Terengganu, Azan Ismail memperalatkan Mohd Shamsul Md Amin menyaman Presiden PAS, Abdul Hadi Awang berkaitan isu pil kuda

"Tujuannya untuk melemahkan pengaruh dan imej Hadi yang dianggap kuasa sebenar dalam Majlis Syura Ulama PAS.

"Semua itu dibuat untuk memastikan Hadi berundur daripada pegang Presiden PAS dan diganti dengan Mat Sabu yang Anwar yakin, dia boleh beli Mat Sabu,"komennya ketika mengulas dalam artikel "Kenali Tokoh-tokoh LIBERAL Indonesia."

Pil Kuda : Anwar Datang Ke Terengganu Bukan Untuk Settle Kes Saman Presiden PAS

Menurutnya, ucapan Anwar di pusat liberal Indonesia, Komuniti Salihara, Indonesia pada tahun 2010 mempunyai kebenaran dengan apa yang dilakukan dalam realiti politik Malaysia sekarang ini.

Ketika berucap di Komuniti Salihara, Indonesia, Anwar berkata; "…Saya bangga sebagai seorang Muslim. Dan saya komited dengan prinsip ini, Islam. Tetapi, saya beza pendapat besar, bahkan kalau di Malaysia, bertempur dengan kalangan yang menjadikan Islam itu sebagai faktor penghalang…."

Petikan ucapan Anwar boleh didengar dalam rakaman video di bawah :


ADAKAH RAKYAT RELA DIPIMPIN OLEH KAKI BOTOL ?

Posted: 14 Oct 2014 01:00 AM PDT


Sikap berlagak dan provokatif pemimpin DAP dan PKR yang ditunjukkan melalui status laman media sosial Facebook serta sokongan dan keterlibatan mereka dalam pesta arak Oktoberfest meyakinkan umat Islam di negara ini bahawa kedua-dua parti itu bukan pilihan untuk memerintah negara ini.

Menurut Naib Presiden 2 Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) Encik Abdul Rahman Mt Dali, rakyat Malaysia sudah faham implikasinya kepada negara ini serta masa depan umat Islam seandainya DAP dan PKR yang memerintah.

"Kalau belum menang pun mereka dah tunjuk bongkak, bayangkan kalau mereka berkuasa. Tidak mustahil ia (pesta arak Oktoberfest) akan jadi pesta tahunan terbuka yang tidak boleh dihalang lagi," katanya.

"Apakah kita rela Malaysia dipimpin oleh kaki botol atau oleh mereka yang menyokong aktiviti maksiat seperti pesta arak?

"Yang pasti, rakyat Muslim di Malaysia tidak akan memilih parti sebegini sebagai pemimpin mereka," kata beliau kepada ISMAweb.

Tambahnya lagi, tindakan pemimpin DAP dan PKR mempromosikan pesta arak Oktoberfest ini bersifat provokatif dan sengaja menguji reaksi umat Islam di Malaysia.

Beliau berkata demikian susulan pelbagai respon rakyat Malaysia yang melahirkan kemarahan dan kerisauan mereka terhadap sifat melampau pemimpin DAP dan PKR yang terus mempromosikan pesta arak Oktoberfest di laman Facebook masing-masing sekalipun mendapat tentangan yang sangat hebat daripada seluruh masyarakat Muslim di Malaysia.

Ahli Parlimen Kelana Jaya Wong Chen (PKR) dalam status laman sosial Facebooknya telah melaporkan sokongan kuat daripada kontigen pemimpin DAP yang hadir ke pesta Oktoberfest di 1 Utama.

Antara pimpinan DAP yang hadir itu adalah Lim Kit Siang, Gobind Singh Deo, Tony Pua, Rajiv, Teng dan Bee Yin.

ADUN Bukit Lanjan Elizabeth Wong (PKR) telah memuatnaik gambarnya bersama Ahli Parlimen Seputeh Teresa Kok (DAP) sambil memegang gelas arak di laman facebooknya – ismaweb

The Unspinners

0

Posted by Unknown | Posted on 11:31 PTG | Posted in

sumber :-

The Unspinners


Anwar's wrong call in Selangor water agreement

Posted: 14 Oct 2014 08:30 PM PDT


PKR de facto leader Anwar Ibrahim announced that he wants the new Selangor Menteri Besar, Azmin Ali, to review the water agreement that the Selangor state government signed with the Federal government recently.

Anwar said there is something not kosher in the way Khalid Ibrahim "rushed" to sign the agreement just before he left office on Monday last week, suggesting that there is some wrongdoing on the part of Khalid.

First of all, it was not Khalid but the Selangor State Secretary who signed the agreement.

Secondly, what the State Secretary signed was what the Selangor State EXCO approved in February 2013.

At that time, amongst the ten State EXCO Members were Ronnie Liu, Teresa Kok, and Dr Xavier Jayakumar. In that meeting that approved the State's takeover of the four water concessionaires at a price of RM9.65 billion were also the State Secretary, the State Legal Adviser, and the State Financial Officer.

Hence this was not Khalid's decision or his sole decision. It was a unanimous decision of 14 people in that committee and, in February 2013, no one had any objections to the takeover.

Read on in RPK's Malaysia Today here

Walaupun takut hadapi Shafee, Anwar tiada pilihan dan alasan lagi

Posted: 14 Oct 2014 05:13 PM PDT


Mahkamah Persekutuan sebulat suara menolak rayuan Dato Seri Anwar Ibrahim untuk mengenepikan Tan Sri Dr Mohd Shafie Abdulah dari  mengetuai barisan rayuan pendakwaan Kes liwat 2 yang melibatkan Anwar.

Prosiding hari ini diadakan bagi mendengar permohonan kali keempat perayu untuk mengenepikan Shafie. Anwar nak semakin terdesak menjelang perbicaraan Kes Rayuan Pendakwaan Liwat 2 yang akan diadakan pada 28 dan 29 Okt 2014 memandangkan barisan peguamnnya tidak mampu menandingi kehebatan Shafie tanpa Karpal SIngh.

Sebaik sahaja mahkamah bersidang, Tommy Thomas memulakan penghujahan dengan menyatakan permohonan perayu hari ini akan berasaskan kepada 2 isu iaitu isu konflik kepentingan yang melibat Shafie dengan Peg Penyiasat Kes Liwat 2 DSAI, Jude Pereira dan isu tatatertib Shafie sehingga dijatuhi hukuman denda RM 500.00 oleh Mahkamah Tinggi.

Shafie dikatakan tidak layak mengetuai barisan pendakwaan berasaskan penglibatnya sebagai Pengerusi Suruhanjaya SUHAKAM dimana suruhanjaya tersebut telah memutuskan Jude bukanlah seorang saksi yg boleh dipercayai.

Shafie dikatakan pernah dikenakan tindakan tata tertib oleh lembaga tatatertib peguambela dan peguamcara kerana melanggar peraturan profesyen undang undang ( publisiti ) sehingga didapati bersalah dan denda RM500 pada 5 OKT 2012.




Dalam menjawab hujah tersebut, Shafie menegaskan pihak perayu telah gagal dalam hujahan dan ianya tidak berkaitan dengan notis usul yang dikemukan hari ini. Notis usul adalah pihak perayu mempertikaikan perlantikannya sebagai DPP oleh AG bukanya kredibilitinya sepertimana yg dihujahkan hari ini.

Menjawab soalan Hakim berkaitan isu melibatkan kredibiliti Jude, dia menyatakan perkara tersebut bukanlah isu yg besar memandangkan Mahkamah membuat keputusan bukannya berasaskan keterangan seorang saksi sahaja dan mahkamah tersebut membebaskan ANwar.

Prosiding kali ini diperingkat semakan penghakiman dan buknannya diperingkat perbicaraan. Diperingkat ini tidak timbul sebarang isu melibatkan keterangan Jude.

Mahkamah dianggotai oleh 5 panel hakim iatu: Tun ARIFFIN bin ZAKARIA-Ketua Hakim, Tan Sri MD RAUS bin SHERIFF- Presiden Mahkamah Rayuan, Tan Sri SURIYADI HALIM bin OMAR, Tan Sri -AHMAD bin MAAROP dan Dato Seri ABU SAMAH bin NORDIN.


Sementara itu, ANwar sedang cyba untuk melengahkan rayuan kes pada Oktober 27 dan 28 dengan peguam utama, Sulaiman Abdullah meminta cuti tiga bulan.

Jika ini dilayan, Mahkamah telah menafikan hak mangsa untuk mmendapatkan keadilan. Anwar ada ramai peguam lain dalam pasukan belanya ddan telah diberi peluang membela diri dengan secukunya.

Jika bbenar Sulaiman memohon 3 bulan cuti, ini bermakna dia tidak layak untuk menjadi peguam dan patut undur diri. Berdasarkan Rule 6 & Rule 24 of Legal Profession (Practice & Etiquette) Rule 1978, "an advocate shall not accept brief if unable to appear and instead must be ready for the day fixed for trial".

Difahamkan SUlaiman telah ambil cuti tiga bulan dan ianya tamat minggu lepas.

Patut MPP PKR diberi Saifuddin Abdullah satu biro ...

Posted: 14 Oct 2014 06:53 AM PDT


KENYATAAN MEDIA PRESIDEN KEADILAN

PERLANTIKAN KEPIMPINAN PARTI KEADILAN RAKYAT PENGGAL 2014 – 2017

Dengan selesainya pemilihan parti, saya telah berbincang dengan pimpinan-pimpinan kanan yang lain untuk melengkapkan kepimpinan KEADILAN bagi penggal 2014 – 2017.

Bersesuaian dengan peruntukan perlembagaan KEADILAN, saya dengan ini mengumumkan perlantikan berikut bagi melengkapkan kepimpinan KEADILAN:

Saudara Rafizi Ramli diberi tanggungjawab sebagai Setiausaha Agong yang baru selain dari tugas beliau sekarang sebagai Naib Presiden;

Saudara Xavier Jeyakumar dan Saudara Darell Leiking dilantik sebagai Naib-naib Presiden;

Datin Paduka Tan Yew Kew dilantik sebagai Bendahari Agong;

Tengku Maraziyah Tengku Sulaiman dilantik sebagai Timbalan Bendahari Agong;

Saudari Nurul Izzah Anwar (Naib Presiden) dan Dato' Saifuddin Nasution Ismail dilantik sebagai Pengarah-pengarah Pilihanraya mengambil kira keperluan memperkukuhkan gerakkerja dan strategi pilihanraya;

Saudara Sim Tze Tzin akan mengambil alih tugas sebagai Pengarah Strategi;

Saudara Fariz Musa dilantik menjadi Ketua Setiausaha Pengelola;

Saudara Fahmi Fadzil dikekalkan sebagai Pengarah Komunikasi;

Saudara Sivarasa Rasiah dilantik sebagai Pengarah Guaman;

Saudari Fauziah Salleh dilantik sebagai Pengarah Latihan.

Senarai lantikan penuh yang lain adalah seperti berikut:

Ahli MPP (Dilantik):

Dato' Saifuddin Nasution Ismail
Saudari Rodziah Ismail
Saudara Amirudin Shari
Saudara Mohdak Ismail
Saudara N. Surendran
Saudara Mustapha Sakmud

Pengerusi-pengerusi Biro:

Pengerusi Biro Pemantapan Politik: Chua Tian Chang

Pengerusi Biro Keanggotaan: Dr Tan Kee Kwong

Pengerusi Biro Pemahaman & Pemantapan Agama: Dr Md Nur Manuty

Pengerusi Biro Kemasyarakatan & Aduan Rakyat: S. Manickavasagam

Pengerusi Biro Pelaburan & Perdagangan: Wong Chen

Pengerusi Biro Integrasi Nasional: Dr Edmund Santhara

Pengerusi Biro Sains & Kesihatan: Dr Azman Ismail

Pengerusi Biro Pendidikan: Haji Abas Awang

Pengerusi Biro Antarabangsa: Gooi Hsiao Leung

Pengerusi Biro Penyelaras Ahli Parlimen & DUN: Dato Johari Abdul

Pengerusi Biro Masyarakat FELDA & Perladangan: Shamsul Iskandar Mohd Akin

Pengerusi Biro Masyarakat Orang Asal: Bob Manolan

Pengerusi Biro Pekerja: Abdullah Sani

Pengerusi Biro Kepenggunaan: G. Manivanan

Pengerusi Biro Kerajaan Tempatan: William Leong

Pengerusi Biro Srikandi: Siti Aishah Shaik Ismail

Ahli Biro Politik Dilantik:

Dr Syed Husin Ali
Dato' Saifuddin Nasution Ismail
Dato Johari Abdul
Dato' Dr Mansor Othman
N. Surendran
William Leong 

DATUK SERI DR WAN AZIZAH WAN ISMAIL
Presiden KEADILAN

13 Oktober 2014

----------------------

Take Pudin, Pudin jerawat batu dan Azmin pun tiada peranan utama dalam PKR....




Usah komplen FDI jatuh bila DAP takutkan pelabur Taiwan ke Pengerang

Posted: 14 Oct 2014 02:30 AM PDT

Ingat lagi bagaimana hebatnya DAP membatalkan pelaburan bernilai RM35 bilion di Johor?

Tahun lepas, beberapa orang pemimpin Pakatan Rakyat telah berlepas ke Taiwan untuk memprotes dan meminta syarikat serta kerajaan Taiwan agar tidak melabur dalam projek di Pengerang, Johor.

Golongan manusia bijak ini adalah ADUN DAP Mengkibol, Tan Hong Pin; ADUN DAP Tangkak, Ee Chin Li; ADUN DAP Bentayan Chua Wee Beng dan wakil PAS Johor Mazlan Aliman.

Kumpulan tersebut turut menulis surat kepada Presiden Taiwan, Ma Ying-Jeou untuk memprotes projek pelaburan syarikat petrokimia milik kerajaan Taiwan, Kuokuang Petrochemical Technology Co., di Pengerang Johor.

Surat mereka kemudiannya telah dijawab oleh Presiden Taiwan. Surat tersebut dihantar menerusi e-mel menyatakan yang protes mereka akan diteliti oleh Eksekutif Yuan - cawangan eksekutif Kerajaan Taiwan.

Baca seterusnya di Selangor Chronicles SINI

Olh itu tak payahlah Guan ENg komlen mengenai kekurangan FDI ke Penang kerana DAP suka sabotaj ekonomi Malaysia. Baca SINI

DAP macam Israel... bina rumah tak boleh, lagi Kg Melayu diroboh

Posted: 14 Oct 2014 02:30 AM PDT


Lagi Kampung Melayu bakal hilang

PULAU PINANG 13 Okt. - Sebuah lagi perkampungan Melayu di negeri ini iaitu Kampung Mutiara, Batu Feringgi di sini bakal hilang dari peta apabila lebih 200 penduduknya diarahkan mengosongkan kediaman mereka masing - masing.

Kampung berkenaan yang terletak berhampiran lokasi pelancongan popular di sini wujud sejak tahun 1950-an lagi dan menempatkan lebih 200 penduduk membabitkan 48 keluarga.

Hari ini sebahagian besar penduduk kampung   mengadakan demonstrasi dalam keadaan penuh emosi bagi menyuarakan nasib mereka yang diarahkan berpindah tanpa pampasan dan rumah ganti.

Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan Kampung Persekutuan (JKKKP) , Ismadi Abu Bakar berkata, masalah mereka bermula pada tahun 2007 apabila tuan tanah yang berpengkalan di Selangor menyerahkan notis pengosongan kepada mereka.

Menurutnya,  keadaan bertambah sukar  pada tahun 2012 apabila mereka diarah berpindah dan notis terakhir yang diserahkan ialah tiga bulan lalu.

" Sehubungan itu, kami meminta pihak berkuasa campur tangan bagi membantu penduduk di sini yang tersepit. Majoritinya adalah penduduk asal di Batu Feringgi dan ke mana kami hendak berpindah selepas ini," katanya.

Terdahulu, Ismadi bersama kira-kira 100 penduduk mengadakan demonstrasi sambil mendesak supaya keadilan diberikan kepada mereka.

Pelbagai sepanduk turut dibawa antaranya bertulis ' Jangan Halau Kami', Kami Diusir Tanpa Pampasan' dan ' Tuan Tanah Tidak Berperikemanusian' malah ada yang tidak dapat menahan sebak sehingga mengalirkan air mata.

Katanya, kawasan itu  bukanlah perkampungan haram kerana diiktiraf kerajaan dan pernah mendapat anugerah Johan Kampung Terbaik di negeri ini dan mempersoalkan kenapa tidak digazetkan sebagai kampung warisan.

" Arahan ini membabitkan 48 rumah penduduk yang terletak di lot A dan B dan kami tidak dimaklumkan, pembangunan apa yang mahu dilaksanakan di sini," katanya.

Seorang penduduk, Che Melor Othman, 48, berkata, dia berikrar untuk mempertahankan haknya sebagai penduduk kampung berkenaan dan menuntut supaya pemilik tanah lebih bertimbang rasa.

" Bagaimana saya, suami serta empat anak mahu meneruskan kehidupan kerana kami dihalau tanpa dibayar walaupun satu sen. 

" Majoritinya kami menuntut supaya diberikan rumah di kawasan ini juga kerana kami anak jati  dan hidup mati di sini," katanya.

Saudara kembarnya, Che Bunga Othman berkata, mereka mahu terus menetap di situ kerana terdapat masjid di kawasan berhampiran selain mewarisi tempat itu dari nenek moyang.

" Jangan main- main dengan kami orang Melayu di sini kerana apabila keadaan mendesak seperti ini, kami bangkit mempertahankan hak masing- masing," katanya.

Aminah Said, 51, pula berkata, keluarganya terpaksa menanggung kerugian yang besar kerana rumah bakal musnah selain perlu mengeluarkan perbelanjaan untuk menyewa atau membeli rumah baru di negeri ini yang sangat mahal.

" Saya hanya suri rumah yang mempunyai tiga orang anak.Mana hendak cari duit untuk berpindah. Ini tempat kami," katanya.

Perhimpunan berkenaan yang berlangsung selama sejam dengan kawalan ketat pihak polis berakhir dengan bacaan doa.

- habis-

LGE blame federal to cover-up unfulfill promise

Posted: 13 Oct 2014 11:38 PM PDT


In his first year as CM, Lim Guan Eng claimed credit for the rise in FDI for the year as due to his effort. Actually it is the effort of MITI for the simple reason that wooing FDI takes few years.

Since 2010 under his second tenure, he blames the Federal Government:

Penang Chief Minister Guan Eng Lim accused that Putrajaya has frozen the efforts of the Malaysian Investment Development Authority (MIDA) to draw and facilitate foreign investments to the state.

He said the agency had stopped introducing and recommending companies and has not responded to the state's letters for support or follow up on potential investments.

Lim asked why Putrajaya was treating the state like a step-child.

"After all, if they (potential investors) don't choose Penang, they are not going to another state. They are going to another country," he told The Malaysian Insider.

"There is no communication. And then when we write to them, we don't get any response," he added.

MIDA has stopped introducing investors over the past year, Lim said.

According to the latest MIDA statistics, Penang received RM2.34 billion in foreign investments from January to May this year, behind Sarawak (RM7.45 billion), Pahang (RM4.2 billion), Kedah (RM4.1 billion) and Johor (RM4.08 billion).

Penang was top in investments in the year 2011 but investments into the state had plunged 73% the following year in 2012 where it dropped to 6th place among all states. 

In 2013, investments in Penang had still not recovered to 2011 levels and Penang was placed 4th place behind Johore, Selangor and Sarawak.

Lim said he does not blame Mida officers, adding that he knew they worked "under directive".

He also questioned if Mida has even set a quota for Penang investments. He said the agency has always had a quota for every state to benchmark itself against.

"They must reach certain targets. What's the target for Penang? I don't think there is any target for Penang.

"We hope they can shed some light on this matter," he said, adding that investments in the country were too important to be politicised.

Lim said the Penang government felt cut off and adrift, but was determined to work harder to bring about improvement and change for the people.

"Is Penang an orphan without any siblings?" he asked,

-----------

Fairchild Semiconductor had closed shop. So does few other MNC electronic companies.

The signs were out there but LGE fail to see the trend as he focus himself on getting rich through properties.

Without economic activity backing the island state made expensive through unbridled property speculation, Guan Eng worry he could not fulfill the promise of prosperity to Penang Chinese.