Followers

Nuffnang

MIMPI SENJA

0

Posted by Unknown | Posted on 11:38 PTG | Posted in

sumber :-

MIMPI SENJA


Polis Sah Bekas Pelajar Kuis Terlibat ISIS

Posted: 12 Oct 2014 04:09 AM PDT

KUALA LUMPUR: Polis mengesahkan seorang bekas pelajar Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS), Syamimi Faiqah telah berlepas ke Syria, 4 Oktober lepas dipercayai untuk menyertai kegiatan kumpulan militan Negara Islam (IS). 

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Counter Terrorism, Cawangan Khas Bukit Aman SAC Datuk Ayub Khan Mydin Pitchay berkata Syamimi, 20, berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) kira-kira pukul 11.55 malam. 

"Berdasarkan maklumat terkini semalam Syamimi kini berada di sempadan Turki-Syria dan kita yakin dia akan seberang masuk kerana sewaktu tiba di Lapangan Terbang Istanbul sudah ada individu yang menunggu untuk membawanya ke Syria melalui jalan darat iaitu di wilayah Hatay. 

"Dari sana akan ada sindiket yang akan membawanya melepasi sempadan Turki sehingga sampai ke Syria. Polis percaya Syamimi di 'passing' dan ada individu yang menunggu di checkpoint tertentu," katanya kepada Bernama di sini Ahad. 
Hari ini, sebuah akhbar tempatan melaporkan Syamimi melarikan diri ke Syria untuk berkahwin dengan pejuang IS dikenali sebagai Akel Zainal, yang beliau kenali menerusi laman sosial Facebook. 

Akel Zainal difahamkan adalah bekas pemuzik sebuah kumpulan rock terkenal tanah air pada 1990-an dan kini berada di Syria untuk menyertai perang.

Ayub berkata, Akel dipercayai giat menyasarkan gadis dan wanita Melayu khususnya pelajar institusi pengajian tinggi tempatan untuk direkrut ke Syria.

"Apa yang membimbangkan: bayangkan hanya melalui Facebook, dia boleh tarik Syamimi tinggalkan keluarga dan mereka boleh atur untuk pergi ke rumah Syamimi untuk bawa ke lapangan terbang," kata Ayub. 

Beliau berkata, sejak polis mengesan penglibatan rakyat Malaysia dalam perjuangan militan di negara Syria yang bergolak itu, seramai lima orang telah maut dan enam cedera. 

Setakat ini, sebanyak 22 rakyat Malaysia termasuk 3 wanita dikesan berada di Syria menyertai kumpulan militan, manakala 23 individu lagi telah ditahan selepas dipercayai terbabit dengan kumpulan tersebut.

The Unspinners

0

Posted by Unknown | Posted on 11:08 PTG | Posted in

sumber :-

The Unspinners


Lagi nak jimat subsidi minyak, Selangor buang minyak dalam air

Posted: 12 Oct 2014 10:30 PM PDT


Difahamkan bahawa loji air SSP1, SSP2, SSP3 ditutup operasi kerana didapati diesel dalam sumber air mentah. 

Ini adalah Assalam semua loji air ke Klang, Kuala Selangor dan PJ ditutup sebab pencemaran diesel ini.

Apalah Selangor ini sejak bawsh Azmin. Sepatutnya kita jimatkan subsidi diesel tapi diesel dibuang ke sungai. Mesti kerja penyokong DAP.

Simpanlah air dengan sgera sebab tak tahu bila blh pulih pencemaran tu. La ni air ada sebab reserve dalam tangki simpanan syabas. Ambil langkah standby...

Berikut adalah senarai kawasan-kawasan yang terlibat dengan hentitugas Loji SSP1, 2 & 3 susulan air mentah dicemari diesel  :-

WILAYAH GOMBAK:
Air panas
Aman Siara
Ampang Jaya
Ampang Water Front
Andaman Ukay
Astana Gemilang
AU1 – AU5
Balai Polis Gombak
Bandar Baru Ampang
Bandar Baru Selayang
Bandar Baru Wangsa Maju
Beverly Height
Bukit Antarabangsa
Bukit Idaman/Idaman Hills
Bukit Indah
Bukit Lela
Bukit Setiawangsa 
Bukit Wangsa Mas
Dagang Jaya/ Halaman Indah
Dataran Ukay
Desa bakti
Desa Hussein Onn
Desa Lembah Pantai
Desa Melawati
Desa Minang
Gombak Setia
Harmonis
Industri Bolton
Intan Baiduri
Jalan Ampang
Jalan Chung Hwa Gombak
Jalan Genting Kelang
Jalan Hulu Kelang
Selayang Utama
Sering Ukay
Setapak Jaya
Sri Edaran Kepong
Sri Gombak
Sri Melati
Sri Murni 
Taman Ampang Indah
Taman Ampang Mewah
Taman Ampang Prima 
Taman Ampang Utama
Taman Andaman Wangsa Maju
Taman Beringin Jinjang
Taman Bidara
Taman Bukit Ampang
Taman Bukit Ampang Permai
Taman Bukit Jaya
Taman Bukit Jubina
Taman Bukit Kemensah
Taman Bukit Mas Melawati
Taman Bukit Mewah
Taman Bukit Mulia
Taman Bukit Utama
Taman Bunga raya
Taman Cahaya Indah
Taman Cemerlang
Taman Danau kota
Taman DAR
Taman Desa Setapak
Taman Fadason
Taman Faizura Ampang
Taman Gombak Jaya
Taman Grandview Ampang Jaya
Taman Halaman/ KESUMA
Taman Harmonis
Taman Hijau
Taman Hillview
Taman Ibukota
Taman Kamariah
Taman Kelab Ukay
Taman Kemensah Indah
Taman Kepong
Taman KOSAS
Jalan Kepong
Jinjang Baru
Jinjang Selatan
Kampung Ampang Campuran
Kampung Ampang Indah
Kampung Baru Ampang
Kampung Cangkat
Kampung Dato Mufti
Kampung Datuk Keramat
Kampung Kemensah
Kampung Kerdas
Kampung Klang Gates
Kampung Kok Doh
Kampung Lee Kong Chian
Kampung Melayu Ampang
Kampung Padang Balang
Kampung Pasir Hulu Kelang
Kampung Puah
Kampung Setia Jaya
Kampung SPG 3 Gombak
Kampung Sri Gombak Indah
Kampung Sungai Mulia
Kampung Sungai Sering
Kampung Tasek Permai
Kawasan Perindustrian Bebas
Hulu Kelang
Kemensah Heights
Kepong Baru
Keramat Hujung
Kuala Ampang
Magna Villa
Megan Setapak
Metro Prima
One Selayang
Pesona Villa
Pinggiran Batu Caves
Platinum Victory
Prima Melawati
Prima Selayang
Puncak Setiawangsa
Pusat Kepong
Rampai Niaga Business Park
Selayang Baru
Selayang Height
Selayang Jaya
Selayang Pandang
Selayang Permai
Selayang Segar
Taman/ Kampung Tasek Tambahan
Ukay Bistari  
Ukay Height 
Ukay Perdana
Villa Sri Ukay
Villa Wangsa Mas
Wangsa Maju sek 1,2,4,5,6,10
Wangsa Melawati
Wangsa Ukay
metro wangsa

Tak habis sokong ajaran sesat, Pudin liberal sijemput bersama PKR keliling Australia?

Posted: 12 Oct 2014 06:30 PM PDT



Apa langsung pembangkang saja dihadapkan bawah akta Hasutan?

Posted: 12 Oct 2014 08:10 AM PDT



12 Oct 2014:

Maklumat dari Balai Polis Wangsa Maju, kL. Ketua Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan akan didakwa pada minggu hadapan. 

Pendakwaan di bawah Akta Perhimpunan Awam kerana berhimpun di hadapan bangunan DAP pada 22 Mei 2014.

Tarikh sebenar akan dimaklumkan nanti. Tlg sebarkan kepada segenap ahli UMNO seluruh negara bahawa seorang Pemuda UMNO yang berani ke hadapan mempertahankan maruah parti, Presiden, Timbalan Presiden, Naib-Naib Presiden, Pemimpin dan ahli-ahli UMNO seluruh negara akan dibicarakan di mahkamah.

Mari kita bersama-sama bersatu & turun berikan sokongan kepada Ketua Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan, Mohd Razlan Rafii.

Sebarkan.
Tlg sebarkan dlm wasap & telegram je. Jgn guna fb



Nak sindir pun jangan fitnah Permata ... tak takut ke nanti mati susah?

Posted: 12 Oct 2014 05:30 AM PDT


Maka dikata ....


Hmmm ... RM711 tu hanya untuk Permata? Baca balik wahai mereka yang buta hati.


Tentang kedudukan Permata, main sedap cakap saja harami ni semua .... Cuba buat homework sebelum viralkan tuduhan atau lawak sindiran.




Kau orang nak mati nanti tak mati-mati kelak. Kena mintak Datin Seri Rosmah ampun kelak baru  mudahkan nak mati. Fikirlah dulu orang PKR dan PAS ... berpolitiklah dengan hujah yang matang.


Ini satu lagi makreb. Faham ke bajet pembangunan dan pengurusan? Betul ke fakta RM25 juta???

Hakim galakkan orang ramai maki polis dan tidak hormati kuasa polis

Posted: 12 Oct 2014 02:30 AM PDT


Ketiga-tiga pariah yang melarikan diri sebaik polis cuba menjalankan tugas dan sebaik ditangkap, polis dimaki dengan kata nesta.

Tempoh hari mereka hanya didenda dengan jumlah RM100. Nak bayar minyak Engale 5 pun tidak lepas. Padahal menghalang pejawat awam menjalankan tugas adalah satu kesalahan penal code.

INi hanya memberi signal bahawa maruah polis hanya berharga RM100. Jika gitu hakim menggalakkan orang ramai maki polis. 

Maki polis denda hanya RM100 tapi dalam hal lain polis boleh dikenakan bayar saman RM300,000 kepada anak-anak penjenayah:


PUTRAJAYA: Tiga anak perempuan yang kematian bapa dikatakan akibat ditembak polis, dianugerah sejumlah RM351,000 sebagai ganti rugi oleh Mahkamah Rayuan di sini hari ini.

Mahkamah itu membenarkan tuntutan mereka atas kehilangan tempat bergantung berikutan kematian tersebut akibat tindakan polis itu.

Panel tiga hakim dipengerusikan oleh Hakim Datuk Linton Albert sebulat suara membenarkan rayuan itu yang dikemukakan oleh tiga anak perempuan berkenaan, Nurasmira Maulat Abdul Jaffar, Siti Asma Abdul Jaffar, dan Siti Fatimah Abdul Jaffar bagi mengubah keputusan Mahkamah Tinggi yang menolak saman sivil mereka terhadap Ketua Polis Negara, Kerajaan Malaysia dan pegawai polis ASP Ong Seng Keong.

Baca di Bulletin Sengal SINI

Giliran Kalsom jelaskan Kastam ditangkap bodek penyeludup arak dan rokok

Posted: 11 Oct 2014 11:33 PM PDT




Seorang pegawai kastam, Puan Kalsom tuduh Ketua Polis Negara melobi pada PM untuk naikkan nama polis dengan jatuhkan nama kastam. Entah betul atau tidak, naun akhirnya dia meminta maaf atas kata-kata itu. Cuma dia salahkan orang lain dan bukan tarik balik kata-katanya.


Baca kisah di Bulletin Sengal SINI dan SINI

Nampaknya tak lama nak tunjukkan kelemahan Kastam yang baru-baru ini tercemar dengan ramai pegawai-pegawai ditangkap dalam kes rasuah. Sudahlah suatu masa dahulu ada kes rasuah hingga ada seorang kastam terbunuh diri akibat salah agak nak lari tapi mahu persalahkan SPRM.

Kali ini polis telah menangkap sebuah van yang menganduni rokok dan arak yang baru dilepaskan kastam keluar CIQ Johor baru tanpa membayar cukai. Ramai tahu bahawa kastam-kastam di CIQ Johor Baru dipegang oleh seorang sindiket bernama Ah Tak alias Le Tuck Shau. dan Ah Chew.

ELok Puan Kaslom yang cakap bayak tu jelaskan apa cerita ni?????????



Masih nak bincang tuduhan bodek PM atau jawab tentang van sebenar gini dengan barang boleh terlepas Kastam.... dah pastinya sindiket main peranan dan ada pihak dalam Kastam makan rasuah?

Belantan

0

Posted by Unknown | Posted on 11:06 PTG | Posted in

sumber :-

Belantan


Pemimpin DAP, PKR tidak peduli bantahan Pas, Azmin baru sedar penganjur degil?

Posted: 12 Oct 2014 08:03 AM PDT

Status yang dimuat naik oleh Wong Chen (kanan) di dalam akaun Facebook miliknya, semalam.

Kehadiran beberapa pemimpin kanan DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) ke acara Oktoberfest di pusat beli-belah One Utama, Petaling Jaya malam tadi menunjukkan mereka seolah-olah tidak menghormati pendirian Pas yang membantah penganjuran pesta arak tersebut.

Pengerusi Biro Pelaburan dan Perdagangan PKR, Wong Chen yang menghadiri acara berkenaan menjelaskan, tindakan mereka itu adalah untuk mempertahankan hak golongan yang meminum arak.

"Saya tidak minum arak tetapi saya percaya bahawa kedua-dua golongan yang meminum arak dan yang tidak minum mempunyai hak masing-masing.

"Cuma jangan paksa orang lain mengikut kemahuan anda," katanya menerusi status pada laman Facebook beliau hari ini.

Menurut beliau, antara pemimpin pakatan pembangkang yang menghadiri acara Oktoberfest ialah Penasihat DAP, Lim Kit Siang; Setiausaha Publisiti DAP, Tony Pua; Ahli Parlimen Puchong, Gobind Singh Deo; Ahli Majlis Pimpinan PKR, R. Sivarasa; Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Gasing, R. Rajiv dan ADUN Damansara Utama, Yeo Bee Yin.

Dewan Ulama Pas sebelum ini membantah sekeras-kerasnya penganjuran acara Oktoberfest dan menggesa pihak berkuasa mengambil tindakan terhadap pihak penganjur kerana mempromosi pesta arak itu secara terbuka walaupun tidak mempunyai permit.

Ahli Jawatankuasa Kerja Pusat Pas, Nasrudin Hassan menegaskan, pihak penganjur secara terang-terangan menyinggung sensitiviti umat Islam yang masih dalam suasana sambutan Hari Raya Aidiladha.

Azmin baru sedar penganjur degil

Menyedari 'kedegilan' penganjur pesta arak, Oktoberfest untuk memenuhi syarat-syarat ditetapkan, Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali mengingatkan mereka supaya mematuhinya.

Menurutnya, setakat semalam, penganjur masih belum mendapat kelulusan daripada polis dan Jabatan Kastam untuk meneruskan pesta itu.

"Sehingga semalam, saya dimaklumkan oleh Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), mereka (penganjur) belum dapat kelulusan.

"Sebelum datang (mohon kelulusan) ke MBPJ, mereka perlu dapat kelulusan daripada polis dan kastam," katanya.


Beliau ditemui pemberita selepas menghadiri perhimpunan bersama penjawat awam daerah Kuala Langat, di sini hari ini.

Semalam, Mohamed Azmin bertegas membenarkan penganjuran Oktoberfest di pusat beli-belah One Utama, Petaling Jaya pada hujung minggu ini.

Jelasnya, kerajaan negeri memberi laluan kepada pesta tersebut diteruskan memandangkan penganjur telah memenuhi semua syarat ditetapkan.

Pesta arak Oktoberfest bermula sejak 24 September lalu di beberapa lokasi di Selangor dan kemuncak acara itu diadakan dari 10 hingga 12 Oktober ini di tempat letak kereta pusat beli-belah One Utama.

Ditanya sama ada status pesta berkenaan adalah haram sekiranya gagal memenuhi kesemua syarat, Mohamed Azmin enggan mengiyakan soalan tersebut.

Sebaliknya beliau mahukan penganjur supaya tidak memandang ringan perkara berkenaan.

"Saya tidak mahu membuat hukuman awal. Biarkan mereka (penganjur) lalui kesemua proses permohonan.

"Penganjur mesti mendapat kelulusan daripada semua pihak termasuk polis, kastam dan pihak berkuasa tempatan," ujarnya.-UMO

Suara Politik
Belantan

Gaya Peneroka

0

Posted by Unknown | Posted on 11:04 PTG | Posted in

sumber :-

Gaya Peneroka


FAKTA MENGENAI PERMATA

Posted: 12 Oct 2014 10:09 AM PDT

Fakta Mengenai PERMATA
Satu yang menarik mengenai PERMATA yang dapat grant yang begitu besar sekali. dalam bajet 2015 . adalah statusnya...semua tahu penaungnya Rosmah Mansor... tapi PERMATA tidak pernah berdaftar dgn ROS sebagai sebuah NGO yang sah.. dan PERMATA juga BUKAN sebuah agensi kerajaan yang layak dpt peruntukan melalui DANA AWAM..!!!... Malah kedudukan kewangan PERMATA juga tidak di audit dan disahkan oleh badan audit bertauliah....... PERMATA akan kekal misteri.. kerana tidak ada siapa dlm kerajaan.. AG mahupun NAJIB sendiri yang berani bersuara.................
Bajet 2010 - RM100 juta..
Bajet 2011 - RM111 juta..
Bajet 2012 - RM1.2 billion..
Bajet 2013 - RM390 juta
Bajet 2014 -RM630 juta
Bajet 2015 - RM711 juta
Harap ada perbahasan di parlimen akan issue di atas..







Dialog Dewasa Kritik Berasa

0

Posted by Unknown | Posted on 11:01 PTG | Posted in

sumber :-

Dialog Dewasa Kritik Berasa


CGT VS GST: KENALI CGT, KENAPA PEMBANGKANG GETIK NAK LAKSANAKANNYA?

Posted: 12 Oct 2014 10:00 PM PDT


Bila kerajaan pusat ingin melaksanakan GST, maka riuh rendahlah puak-puak pembangkang memfitnah kononnya cukai tersebut akan memiskin dan membebankan rakyat.

Lalu mereka pun bergetik ingin melaksanakan Cukai Keuntungan Modal atau Capital Gain Tax (CGT).

APA ITU CGT?

CGT adalah cukai yang dikenakan dan dipungut dari hasil keuntungan penjualan dan urusniaga (transaksi) saham-saham, bon-bon, emas dan opsyen saham seperti ESOS (Employee Share Option Scheme – Skim Saham Pilihan Pekerja) dan sebagainya.

ESOS secara mudahnya adalah skim insentif bukan berbentuk wang yang diberikan oleh majikan kepada pekerja mereka untuk berkongsi risiko syarikat. Jika untung dapat imbuhan, jika rugi tak dapat apa-apa.

Dengan kata lain hasil keuntungan penjualan saham-saham individu atau syarikat yang diurusniagakan di Bursa Saham atau yang bertukar tangan akan dikenakan cukai yang ditetapkan peratusan tertentunya oleh kerajaan (Pakatan).

Di bawah sistem CGT, keuntungan ASB akan dikenakan cukai 
Ini termasuklah saham-saham amanah yang diperkenalkan oleh kerajaan bagi meningkatkan ekuiti dan aset rakyat yang majoritinya bumiputera seperti ASN, ASB, ASW, ASM, ASD, ASG, AS1M dan sebagainya yang diperkenalkan oleh Permodalan Nasional Berhad (PNB).

Begitu juga dengan saham-saham amanah yang diwujudkan atau yang diurusniagakan oleh agensi-agensi atau syarikat berkaitan kerajaan (GLC) di peringkat Pusat atau kerajaan-kerajaan negeri.

Ini termasuklah juga urusniaga saham oleh KWSP, Tabung Haji, saham koperasi dan sebagainya

Selama ini keuntungan dari penjualan atau pemberian bonus dan dividen ke atas simpanan saham-saham amanah ini dikecualikan oleh kerajaan Malaysia dari dikenakan sebarang cukai CGT.

Tapi dengan perlaksanaan CGT, maka setiap transaksi akan dikenakan cukai…tak boleh mengelat.

Bumiputera yang baru nak bergiat dengan saham mungkin akan terbantut apabila CGT diperkenalkan...keuntungan yang dapat mesti kena bayar cukai.

Persoalannya adakah ini cara halus yang difikirkan oleh chauvinist DAP dan PKR untuk menghakis kekuatan ekonomi rakyat terutamanya bumiputera yang selama ini ia kebal dilindungi oleh kerajaan Malaysia selaras dengan Perlembagaan Negara? 

Dalam masa yang sama, apabila CGT dikenakan ke atas setiap transaksi penjualan saham, adakah ia bagus kepada para pelabur. Kemungkinan Bursa Malaysia akan kehilangan daya saing kerana ia tidak menguntungkan pelabur.

Memang bunyinya cukup menginzalkan… CGT hanya akan dikenakan ke atas golongan kaya yang selama ini kononnya begitu rakus mengumpul kekayaan hingga memiskinkan rakyat.

CGT kononnya lebih pro rakyat tapi GST memiskinkan rakyat kerana barang dan rakyat dikenakan cukai…hebat propagandanya.

Namun hakikatnya, CGT hanya akan dikenakan ke atas golongan kaya yang jumlahnya masih kecil lagi di Malaysia. Lainlah kalau peratusannya amat tinggi.

KESAN BURUK CGT

Di Malaysia jika ia dilaksanakan jumlah kutipannya tidak mampu menampung perolehan kerajaan. Selain ia akan menimbulkan kesan negatif pada perekonomian negara
  • Hasil pendapatan negara akan berkurangan…
  • Bajet perbelanjaan negara akan mengalami gangguan bahkan akan defisit kerana hasil kurang tapi belanja lebih.
  • Negara terdedah kepada pemindahan modal kekayaan ke negara-negara lain yang tiada CGT.
  • Negara terpaksa meminjam wang dari institusi asing untuk tampung perbelanjaan negara
  • Ini menyebabkan hutang negara bertambah dan ia memudahkan negara ini dikawal oleh si pemiutang atau para kreditor asing.
Kita tidak boleh membandingkan kekayaan ekonomi negara kita dengan kekayaan ekonomi negara-negara maju di Eropah. 

Ekonomi mereka sudah stabil dan ramai yang kaya jadi ia tidak bermasalah. 

Di Malaysia, kerajaan hanya mengenakan CGT secara terhad ke atas keuntungan jualan hartanah yang dikenali sebagai Real Property Gain Tax (RPGT).

Cukai ini dilaksanakan bagi mengelak aset atau hartanah dijadikan bahan spekulasi dan manipulasi oleh pihak-pihak tertentu untuk mencari keuntungan melampau. 

Penjualan hartanah seperti rumah dikenakan RPGT sebagai mekanisme kawalan bagi mengelak ia dijadikan komoditi mudah untuk mendapatkan keuntungan sehingga harga menjadi mahal dan membebankan rakyat.

Dengan kata mudah mereka beli harga murah, selang beberapa tempoh mereka jual dengan harga mahal untuk dapat untung. Itu sebabnya harga hartanah terutamanya rumah melambung tinggi bila ia bertukar dari satu pemilik ke satu pemilik yang lain. 

Hakikatnya, CGT tidak boleh dilaksanakan di negara ini kerana ia tidak disukai oleh para pelabur terutamanya pelabur asing. Keuntungan urusniaga saham mereka akan jadi kurang akibat dicukai.

Jika ia dilaksanakan juga para pelabur asing yang menjalankan perniagaan membekalkan barang atau perkhidmatan akan memindahkan kos cukai tersebut kepada pembeli atau rakyat. Maka harga barang dan perkhidmatan yang ditawarkan akan lebih tinggi.

Bila harga lebih tinggi yang susahnya adalah rakyat. Rakyat yang ramai berpendapatan rendah majoritinya adalah kaum bumiputera. Adakah ini satu lagi taktik halus DAP mendajalkan ekonomi negara dan bumiputera?

Di negara-negara Eropah dan maju para pelaburnya telah lama membuat keputusan untuk memindahkan pelaburan mereka ke negara-negara membangun kerana ingin mengurangkan kos operasi mereka akibat CGT.

Kita negara yang masih membangun kenapa begitu getik nak laksanakan CGT? 

Di negara kita, para pelabur, syarikat korporat dan usahawan industri kecil dan sederhana (IKS) melihat CGT lebih membebankan berbanding GST.

Mereka selama ini telah dikenakan cukai SST sebanyak 16% yang akan dimansuhkan dengan perlaksanaan GST yang cuma 6% sahaja bermula 1 April 2015. Mereka rasa lega.

Dengan itu banyak harga barang pengguna akan turun. Hari ini 20 Oktober 2015 kerajaan akan mewartakan lebih 900 barangan pengguna yang disenaraikan dalam sistem GST.

Usahawan IKS banyak dapat manfaat dari perlaksanaan GST. Ada keuntungan simpan sikit dan beli saham untuk tampung perbelanjaan luar jangka. Tapi kalau di bawah CGT, duit keuntungan saham pun kena cukai. Macamana nak survive?

Dalam Bajet 2015, pelabur juga lega apabila cukai korporat akan diturunkan dari 25% kepada 24% bermula 1 Januari 2015. 

Adakah kita mahu membebankan mereka dengan CGT yang menghakis keuntungan modal dan ekuiti mereka melalui urusniaga saham?

Hakikatnya, keuntungan hasil transaksi saham itulah yang banyak digunakan oleh syarikat-syarikat untuk menampung pelbagai kos operasi mereka seperti kos pengurusan, kos gaji, bonus pekerja, menambah aset dan sebagainya.

Mana syarikat nak cekau duit kalau harapkan bisnes barang atau perkhidmatan semata-mata. Mesti ada sumber pendapatan lain seperti urusniaga saham untuk menampung kos operasi. 

Kita pun kalau tak ada simpanan saham, tak ada pelaburan emas mana nak cekau duit bila sesak?

Para jutawan, golongan kaya dan berada selama ini juga dikenakan cukai pendapatan individu oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) setiap tahun hasil pendapatan gaji mereka.

Bagi umat Islam, mereka diwajibkan membayar fitrah dan zakat pendapatan atau zakat emas, ternakan, hasil tani dan sebagainya jika cukup syarat-syaratnya. 

Dan syukur apabila cukai tahunan seseorang atau syarikat itu boleh dipotong atau direbat dengan menolak jumlah zakat-zakat yang telah dibayar pada tahun-tahun semasa itu. Jadi pembayar tidak terbeban dan dapat pahala pula. Negara lain tak buat macam ni.

Dalam Bajet 2015, rakyat yang bujang atau berkeluarga serta berpendapatan bawah RM4,000.00 sebulan tidak dikenakan sebarang cukai pendapatan. Mereka layak menerima BR1M antara RM350.00 hingga RM950.00. 

CUKAI WARISAN HARTA (INHERITAGE TAX - IT)

Puak pembangkang juga nampaknya semakin biol apabila turut mahu melaksanakan Cukai Warisan Harta (IT).

Cukai ini dicadangkan dikenakan ke atas sebarang pewarisan dan pemindahan aset di kalangan golongan kaya yang bernilai RM5 juta ke atas.

Dengan kata lain sebarang pemindahan aset samada pemberian hadiah, pampasan, warisan, harta faraid akibat kematian akan dikenakan cukai tersebut.


Pihak PR beria-ria nak laksanakan IT ini kerana berpendapat United Kingdom telah berjaya mengutip Pound 2.7 bilion billion (RM14 bilion) pada tahun 2011 lalu hasil percukaian IT ini. 

Tapi cuba kita bandingkan ekonomi, pendapatan berkapita dan jumlah orang kaya di negara kita pasti jauh berbeza dengan United Kingdom. 

Di UK purata pendapatan kapita tahunan mereka adalah US40,000 (RM128,000) setahun dan menjadi kuasa ekonomi kedua terbesar di Eropah. 

Tapi kita di Malaysia purata pendapatan per kapita tahunan cuma sekitar RM5,000 sahaja tu pun ramai yang mempertikainya.

Di negara kita juga, pampasan harta warisan bernilai RM5 juta tak banyak dan tak ramai. 

Apabila pihak pembangkang beria-ria hendak mengenakan IT, DAP akan terbayang-bayangkan jumlah kekayaan yang boleh dikutip dan memberi contoh kekayaan para jutawan Melayu seperti Syed Mokhtar Bukhari, Mokhzani Mahathir, Tajuddin Ramli, Azman Hashim…

Mereka ini dituduh kroni kerajaan dan merompak harta negara. Tetapi mana perginya contoh billionaire bukan melayu yang hidup mewah memerah kekayaan negara selama ini dan hidup mewah di luar negara?

Kenapa chauvinist DAP dan PKR beria-ria sangat mencadangkan Cukai Warisan Harta ini dikenakan ke atas golongan kaya yang sasaran sebenarnya hendak mengenakan ke atas para jutawan Melayu? 


Kita takut apabila rakyat kononnya hendak disama tarafkan kedudukan mereka maka akan jadilah seperti sistem sosialis di mana golongan kaya dimusuhi. Maka tiada lagi orang berani nak jadi kaya kerana takut dikenakan cukai. 

Atau mungkinkah ini suatu taktik chauvinist DAP dan PKR untuk menyelamatkan kroni mereka supaya memindahkan dan menyelamatkan segera harta kekayaan mereka di negara-negara luar supaya ia tidak dikutip cukai oleh kerajaan.

Bila negara bangkrap dan sistem ekonomi terganggu mereka akan kata ia disebabkan negara ini diperintah Melayu. Bukan kenyataan rasis tapi inilah yang tertanam dibenak puak-puak chauvinist selama ini.

Ong Kian Ming (kiri sekali) MP Serdang adalah seorang pemabuk semasa pesta arak Oktoberfest. Beliau merupakan antara perancang dan jurucakap bajet Pakatan Rakyat yang ingin memperkenalkan cukai CGT dan IT. Gamaknya masa mabuk dia buat bajet. Lepas bentang Bajet dia mabuk lagi.

Melayu PAS dan PKR juga yang bodoh kerana mengikut telunjuk para kiasu DAP dan PKR. 

Kerajaan dah buat GST baik mereka kutuk kata buruk. Ada saja alternatif lain. Orang kata ikut saluran depan mereka tetap nak ikut jalan belakang macam KETUM mereka juga.

Belum memerintah dah nampak buruk mereka, kalau perintah ntah apa nasib kita. Mujur Allah tak izinkan mereka memerintah negara ini.

Kalau CGT dan Cukai Warisan Harta itu lebih baik dari mana-mana sistem percukaian negara sekarang, mungkin ia lebih baik dilaksanakan di Selangor, Pulau Pinang dan Kelantan terlebih dahulu…amacam ada bran? 



















ROS KATA TIADA KELULUSAN KEPADA PENUBUHAN PMM, IFC & PMK

Posted: 12 Oct 2014 08:06 PM PDT



Ketua Pengarahnya, Mohammad Razin Abdullah berkata penyebaran berita palsu mengenai dakwaan ROS meluluskan pendaftaran ketiga-tiga pertubuhan itu sudah dikesan sejak 2007.
"ROS dengan ini menafikan sekeras-kerasnya bahawa pendaftaran ketiga-tiga pertubuhan terbabit diluluskan oleh ROS.
"Penyebaran berita ini telah lama dikesan, iaitu sejak seawal tahun 2007 lagi dan sering disebarkan dari semasa ke semasa," katanya dalam satu kenyataan di sini.
Semalam, Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Datuk Othman Mustapha turut menafikan ketiga-tiga pertubuhan itu telah berdaftar setelah semakan dibuat dengan ROS dan Kementerian Dalam Negeri.
Sehubungan itu, Mohammad Razin meminta masyarakat supaya tidak terpedaya dengan dakwaan itu dan berhenti daripada menyebarkan berita palsu tersebut – BERNAMA

DAP DAN PKR SENGAJA CABAR TAHALUFF SIYASI PAS

Posted: 12 Oct 2014 06:22 PM PDT



Walaupun mengetahui ulama PAS Pusat membantah penganjuran pesta arak, Oktoberfest, namun DAP dan PKR tidak mempedulikan bantahan itu, sebaliknya menyiarkan gambar-gambar yang menunjukkan mereka gembira dengan pesta itu.

Ini juga membawa mesej PKR dan DAP sudah tidak mahu menjaga lagi sensitiviti PAS yang berada dalam Pakatan Rakyat, dan dapat ditafsirkan sebagai mencabar 'Tahaluff Siyasi' dalam pakatan pembangkang itu.

"Tahaluff Siyasi…. syeikhhhhhh…!!!," sindir facebooker pro ulama, 'Kami Semua Fadil'

Facebooker itu menyiarkan gambar aktivis DAP, Teresa Kok dan Exco PKR Selangor, Elizabeth Wong sedang mengangkat gelas minuman arak semasa pesta Oktoberfest di One Utama.

"DAP boleh jadi parti mabuk dan PKR ketua umum ketum..campur jadi mabukketum, elok ah tu," komen Asmidar Zainal.

SuaraTv melaporkan segerombolan pemimpin kanan DAP dan PKR muncul untuk memberi sokongan kepada penganjur parti arak Oktoberfest itu.

Menurut Ahli Parlimen PKR Kelana Jaya, Wong Chen, gerombolan itu diketuai penasihat DAP, Lim Kit Siang yang tiba seawal jam 9 malam di pusat membeli-belah One Utama, Petaling Jaya.

Turut hadir ialah setiausaha publisiti DAP, Tony Pua, ADUN DAP Bukit Gasing, R Rajiv dan ADUN DAP Damansara Utama, Yeo Bee Yin.

Wong Chen berkata beliau hadir ke program tersebut bersama penasihat undang-undang PKR, R Sivarasa demi mempertahankan hak orang yang minum alkohol.

"Saya bukan seorang peminuum tapi saya percaya pada hak orang yang minum dan tidak minum. Cuma, jangan memaksa niat anda pada orang lain.

"Untuk peminum, anda ada satu lagi tanggungjawab untuk tidak memandu dalam keadaan mabuk,"katanya.

SANTAI: POSTER PAGI ISNIN...CAKAP TAK SERUPA BIKIN

Posted: 12 Oct 2014 05:00 PM PDT


Sebar-sebarkan. Inilah cara rakyat dibabi butakan oleh puak-puak chauvinist komunis.

Takebeer!!!

SAARI, HASNUL DIGANTUNG SETAHUN

Posted: 12 Oct 2014 01:36 AM PDT



KUALA LUMPUR: PAS menggantung keahlian Adun Hulu Kelang dan Morib, Saari Sungib dan Hasnul Baharuddin selama setahun berkuatkuasa hari ini.
Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali memberitahu keputusan tersebut diambil mengikut Fasal 82(6) Perlembagaan PAS.

"Hari kita bermesyuarat dan dipengerusikan oleh Presiden PAS telah membincangkan mengenai dua Adun PAS mengenai krisis di Selangor tempoh hari.

"‎Laporan telah kita bentangkan dan Jawatankuasa PAS Pusat memutuskan mengenakan tindakan tatatertib dengan menggantung keahlian kedua-dua mereka selama setahun bermula hari ini,"
jelasnya pada sidang media di Pejabat Agung PAS, sebentar tadi.

Turut hadir ialah Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu, Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub‎, Ketua Penerangan PAS, Datuk Mahfuz Omar dan Timbalan Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan.‎

Mustafa berkata, mengikut Fasal 83(4) dan (5) Perlembagan PAS, mereka boleh mengemukakan rayuan kepada Majlis Syura Ulamak dalam tempoh 15 hari.

"Mereka masih lagi menjadi Adun kerana kita hanya menggantung keahlian sahaja.

"Kedua-dua mereka tidak dibenarkan menjalankan apa-apa program rasmi di bawah nama parti," jelas beliau lagi.‎

Mereka dikenakan tindakan berikutan mendahului keputusan parti memberi sokongan kepada Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail‎ dalam isu Menteri Besar Selangor bagi menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebelum ini.‎ - HARAKAHDAILY 12/10/2014

RAKYAT MARHAEN

0

Posted by Unknown | Posted on 9:37 PTG | Posted in

sumber :-

RAKYAT MARHAEN


Bajet 2015 menjarakkan lagi rakyat Malaysia

Posted: 12 Oct 2014 09:34 PM PDT

Oleh Timmy Say
Bajet 2015 diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak akan meluaskan lagi jurang pendapatan antara rakyat Malaysia.Kenaikan harga minyak beserta dengan perlaksanaan GST pada tahun depan bakal menyaksikan inflasi naik sekali ganda pada tahap yang ada sekarang.
Yang miskin akan terus bergantung hidup dengan kerajaan dengan pemberian BR1M secara ansuran dan perlaksanaan GST.

Yang kaya pula menjadi lebih kaya apabila cukai pendapatan individu distruktur semula di mana kadar maksimum akan dinaikkan kepada tahap lebih daripada RM100,000 kepada tahap lebih daripada RM400,000. Bukan itu sahaja, kadar cukai maksimum 26% akan dikurangkan kepada 24%, 24.5% dan 25%.
Mari kita melihat contoh dari sudut harga makanan.
Kalau hari ini, sepinggan nasi campur berlauk seketul ayam, sayur dan secawan teh 'O'  di ibu kota berharga RM16, tahun depan dijangka harga itu naik kepada RM8-RM10.
Peningkatan ini bukan sahaja disebabkan kenaikan kos pengangkutan, iaitu kos asas kepada segala perkara. Ia juga disumbang melalui inisiatif peniaga meningkatkan keuntungan bagi menampung kos sara hidup lebih mencabar.
Bukan itu sahaja, para peniaga juga bakal berdepan dengan ekosistem perniagaan yang lebih mencabar apabila pengguna mengambil langkah mengubah cara hidup untuk mengurangkan kekerapan menjamu di luar, dan membawa bekal sendiri ke tempat kerja kerana kenaikan harga barangan.
Kerajaan tidak mungkin dapat mengawal keadaan ini kerana inilah caranya sahaja para peniaga mengekal dan meningkatkan pendapatan yang ada.
Bagaimana pula dengan golongan kaya? Mereka akan ada duit lebih hasil daripada pengurangan cukai perniagaan dan juga cukai persendirian.
Read More / Baca Lagi >>

Isu kepemimpinan: Memperkatakan Khairy Jamaluddin

Posted: 12 Oct 2014 09:33 PM PDT

Oleh A Kadir Jasin
Tajuk berita akhbar The Star pada 11 Oktober berbunyi "Budget boost for Khairy". Dalam bahasa Melayu bolehlah disebut "Anjakan belanjawan untuk Khairy".The Star memberikan tajuk itu kerana peruntukan Kementerian Belia dan Sukan dinaikkan daripada RM700 juta tahun ini kepada RM1 bilion tahun hadapan.
Pada hari Ahad 12 Oktober pula, akhbar yang sama menyiarkan tajuk berita "Walk the middle path, urges Khairy" (Khairy gesa ikut jalan tengah). Daripada dua tajuk berita ini, nyata The Star mengakui kedudukan Khairy Jamaluddin sebagai Ketua Pemuda Umno dan Menteri Belia.
Ada pembahas blog ini dan peserta Persidangan Kedai Kopi (KKA) yang berpendapat saya penyokong kuat Khairy. Gabungan hebat Ketua Pemuda-Menteri Belia
Saya mengakui yang saya ada membuat beberapa ulasan positif mengenai beliau. Itu adalah berasaskan penelitian dan pengamatan saya terhadap gerakan beliau dalam politik Umno dan kerajaan sejak lebih 10 tahun lalu.
Tetapi saya tidaklah mengenali beliau secara peribadi kecuali beberapa pertemuan dan perbualan kasual. Sepanjang ingatan saya, kali terakhir saya bercakap dengan beliau adalah pada tahun 2000 di Rumah Terbuka Aidilfitri Timbalan Perdana Menteri pada waktu itu, Tun Abdullah Ahmad Badawi.
Saya ingat peristiwa itu kerana di majlis itulah saya mendengar "khabar angin" mengatakan hari-hari saya sebagai Ketua Pengarang Kumpulan NST mungkin sedang dihitung. Kebetulan pada hari itu, Sabtu 8 Januari, akhbar New Straits Times menyiarkan rencana Askiah Adam yang menggunakan istilah "dereliction of duty" (kecuaian tanggungjawab) bagi mengulas satu tindakan kerajaan.
Pemuda Umno sepanjang zaman
Sebagai wartawan tua, saya membuat penilaian positif terhadap Khairy berdasarkan pengalaman saya dengan jatuh bangun Ketua-ketua Pemuda Umno sejak zaman Datuk Harun Idris pada akhir 1969.
Mungkin ramai tidak sedar dalam politik Umno, pergerakan Pemuda mempunyai kedudukan yang istimewa dan unik. Buat permulaan, ia adalah cabang Umno yang ditanam dengan doktrin dan ideologi melalui pelbagai slogan dan pendekatan - ada yang kental dan banyak juga dangkal.
Boleh dikatakan semua Ketua Pemuda mempunyai slogan masing-masing. Misalnya, Hidup Melayu (ketika Tun Hussein Onn menjadi ketua 1949-50), Merdeka! (Tun Abdul Razak Hussein 1950-51), Pemuda di Barisan Hadapan (Tun Sardon Jubir 1951-64), Pemuda Harapan Bangsa (Senu Abdul Rahman 1964-71), Pemuda Pelopor Pembangunan (Harun Idris 1971-76), Pemuda Kumpulan Halia (Syed Jaafar Albar 1976-77), Pemuda Era Bertindak (Suhaimi Kamarudin 1977-82), Pemuda Penggerak Zaman (Anwar Ibrahim 1982-87), Pemuda Berakar Teguh Berakal Canggih (Mohd Najib Abdul Razak 1987-93), Pemuda Era Motivator dan Penggerak Wawasan (Abdul Rahim Thamby Chik 1993-96) dan Pemuda Pemangkin Gerakan Reformasi (Ahmad Zahid Hamidi (1996-98).
Sejak awal penubuhan Umno lagi, pergerakan Pemuda diberikan tugas menanam semangat kebangsaan yang berteraskan Melayu serta melatih dan menentukan hala tuju kepemimpinan negara.
Kecuali Tunku Abdul Rahman Putra dan Tun Dr Mahathir Mohamad, kesemua perdana menteri Malaysia adalah bekas ketua Pemuda atau giat dalam pergerakan belia seperti Abdullah.
Khairy bercita-cita tinggi
Read More / Baca Lagi >>

Syura PAS tiada hak larang ahli sertai PasMa

Posted: 12 Oct 2014 09:32 PM PDT

Presiden Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (PasMa) mempertikaikan larangan ke atas ahli PAS menyertai kegiatan kumpulan itu, sambil berkata Setiausaha Majlis Syura Ulama Nik Zawawi Salleh tidak berhak membuat keputusan sedemikian Presiden PasMa, Datuk Phahrolrazi Mohd Zawawi berkata hanya Jawatankuasa PAS Pusat berhak membuat keputusan membabitkan parti Islam itu
"Beliau tidak ada hak untuk mengeluarkan sebarang kenyataan yang melibatkan kuasa eksekutif," kata Phahrolrazi dalam satu kenyataannya hari ini, merujuk kepada Nik Zawawi.
 "Jawatankuasa PAS Pusat adalah merupakan badan eksekutif yang diamanahkan oleh parti," kata Phahrolrazi yang juga bekas Timbalan Pesuruhjaya PAS Kedah itu.
Semalam, Nik Zawawi mewakili Majlis Syura Ulama mengeluarkan kenyataan yang dikira paling keras dari PAS terhadap badan bukan kerajaan (NGO) pro-Pakatan Rakyat (PR) itu,  apabila meminta semua ahli PAS jangan melibatkan diri dengan sebarang kegiatan PasMa.
Nik Zawawi berkata, langkah itu selaras dengan peringatan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang semasa ucapan penggulungan Muktamar Tahunan PAS ke-60 baru-baru ini, supaya tidak berlaku kewujudan jamaah dalam jamaah, dan parti dalam parti.
"Kawasan dan Badan Perhubungan Negeri juga dinasihatkan membuat laporan bertulis kepada Jawatankuasa PAS Pusat dan Majlis Syura sekiranya tindak-tanduk seumpama itu berlaku di peringkat masing-masing untuk diambil tindakan lanjut," kata Nik Zawawi.
Read More / Baca Lagi >>

Di sebalik penentuan siapa layak terima BR1M

Posted: 12 Oct 2014 09:30 PM PDT

OLEH SHERIDAN MAHAVERA
Selepas Putrajaya menaikkan kadar bantuan wang tunai bagi mereka yang berpendapatan rendah, timbul persoalan bagaimana ia menentukan siapa layak menerima bantuan itu dan samada sasaran bantuan dicapai.
Dakwaan badan pemikir Institut Rakyat bahawa Putrajaya mungkin terlebih bayar disebabkan cara pengiraan pendapatan bagi menentukan kelayakan penerima, mewujudkan persoalan amalan subsidi bersasar itu bercanggah dengan matlamat mahu membantu mereka yang memerlukannya.
Menurut pakar dan ahli ekonomi, sepertimana prinsip tidak memberikan bantuan sekaligus kepada semua pihak, adalah juga penting tidak menjangkakan semua rakyat Malaysia berpendapatan rendah punya keperluan sama.
Kos sewa dan makanan berbeza antara kawasan luar bandar dan bandar. Menurut Jabatan Statistik, ia merupakan dua komponen utama perbelanjaan bulanan isi rumah. Program bantuan tunai yang paling dikenali adalah Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), di samping program bantuan kewangan bagi kumpulan yang berada di bawah paras kemiskinan, yang kini ditetapkan pada RM800.
Terdapat dua kategori penerima BR1M, isi rumah berpendapatan bulanan di bawah RM3,000 akan menerima RM950, manakala RM750 diberi kepada mereka yang berpendapatan antara RM3,000 dan RM4,000.
Tiada perbezaan antara pendapatan isi rumah bandar atau luar bandar, malaupun Bancian 2010 menyatakan 71% daripada rakyat Malaysia kini menetap di kawasan bandar.
Jayanath Appudurai, penulis isu kemiskinan, berkata perlu dibezakan kadar bantuan BR1M setiap negeri berdasarkan pendapatan dan kos sara hidup.
Read More / Baca Lagi >>

1MDB: Apabila labur jadi lebur

Posted: 12 Oct 2014 09:24 PM PDT

Oleh SHIRZAD LIFEBOAT
APABILA Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan buka mulut bertemberang tentang pelaburan, dia melakukan demikian seolah-olah dialah raja segala raja dalam soal dan selok belok pelaburan.
Jika Najib Razak hidup pada abad ke-17, mungkin dialah yang dicari oleh para ahli kimia zaman itu kerana dikatakan memiliki kebolehan luar biasa menukarkan logam asas sehingga menjadi 'emas'

. Dan sekiranya beliau wujud di zaman Greek purba, Aristotle mungkin mengumumkan 'sentuhan Midas' (sentuhan yang boleh menukarkan apa sahaja menjadi emas) sebenarnya bukanlah satu mitos kerana Najib sesungguhnya memiliki kehandalan melakukannya. Malangnya, cakap-cakap Najib mengenai pelaburan 'tak boleh pakai'. Bukan sahaja Najib tidak tahu langsung tentang pelaburan tetapi tidak faham dan dan seterusnya gagal menguruskan aliran wang tunai negara.
Tak tahu daripada mana dia belajar ilmu pelaburan. Mungkin daripada Dr Mahathir Mohamad.
Di zamannya menjadi PM, Dr Mahathir membuang RM100 bilion ke dalam longkang atas nama pelaburan (lihat buku 'Malaysian Maverick – Mahathir Mohamad In Turbulent Times' oleh Barry Wain). Dan bagi Dr Mahathir kesilapan tersebut tidak mengapa.
Justeru tidak ada gunanya Mahathir mengkritik pentadbiran Najib. Seperti peribahasa yang kerap disebut oleh seorang penulis politik veteran dalam bukubukunya, 'jangan marah jika anak murid kencing berlari disebabkan guru kencing berdiri'. Begitulah gambaran yang dapat disimpulkan mengenai dua pemimpin Umno- BN ini.
Read More / Baca Lagi >>

Siasat kesilapan teknikal siaran TV1..!!

Posted: 12 Oct 2014 09:22 PM PDT

Insiden seperti ini menjatuhkan imej RTM sebagai penyiar nasional.
RTM1
KUALA LUMPUR : Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek yang mengarahkan kementeriannya agar menyiasat insiden secara terperinci beberapa kesilapan teknikal semasa siaran berita Radio Televisyen Malaysia (RTM) di TV1.
RTM2
Bernama melaporkan, Shabery Cheek kesal dengan kesilapan yang tidak seharus berlaku kepada TV1 dan RTM selaku penyiar nasional dan berkata kesilapan itu akan diteliti sama ada ia berpunca daripada kelemahan pihak teknikal atau tidak disengajakan.
"Saya minta supaya ada satu sistem menghukum mereka yang melakukan kesalahan sama ada ia berbentuk kecuaian atau sesuatu yang boleh menjatuhkan imej RTM," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Karnival Deepavali 2014 di Bukit Jalil semalam.
Kesilapan itu dikesan berlaku ketika siaran langsung berita di TV1 Sabtu malam.
FMT mendapati bahawa kejadian yang sama juga terjadi di TV2, TV3 dan TV9.
TV3TV2TV9

PKR: Lebih baik cukaikan 15% orang kaya

Posted: 12 Oct 2014 09:20 PM PDT

Kira-kira10 peratus orang terkaya di Malaysia mengawal lebih 77 peratus nilai saham di negara ini, dakwa Pakatan Rakyat.

Anggota Parlimen Pandan Rafizi Ramli berkata hal ini menyebabkan cadangan cukai keuntungan modal (CGT) yang dicadangkan belanjawan alternatif mereka jauh lebih relevan dan tidak menyusahkan sebahagian besar rakyat miskin yang terjejas dengan cukai barangan dan perkhidmatan (GST).

Justeru beliau bertegas sekiranya CGT dilaksanakan hanya kira-kira 15 peratus rakyat yang memperoleh keuntungan dari segi penjualan aset kewangan dan mampu memberi pendapatan baik tanpa mengusik rakyat majoriti.

"Adalah baik sekiranya hanya mereka yang menguasai kekayaan perlu membayar cukai ini.

"Lebih baik kita cukaikan paling ramai ikut statistik kita, 15 peratus yang kaya ini dulu sebelum kita kutip cukai dari semua orang miskin," kata beliau dalam sidang media di Parlimen hari ini.

Beliau berkata demikian membidas kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bahawa tidak mesra perniagaan dan merugikan negara.

Media arus perdana melaporkan Najib dalam ucapan ketika merasmikan Konvensyen MCA semalam berkata CGT lebih baik dari GST kerana cukai alternatif itu akan mendatangkan impak negatif terhadap ekonomi negara dan menjadikan Malaysia kurang kompetitif.

Azmi Sharom's sedition trial date fixed on next month

Posted: 12 Oct 2014 09:14 PM PDT

Dewan Rakyat 13 Okt 2014: Sesi Pertanyaan Jawab Lisan

Posted: 12 Oct 2014 09:05 PM PDT


Bajet 2015: Bagaimana dengan wanita bukan profesional?

Posted: 12 Oct 2014 08:15 PM PDT

Program 'Women Career Comeback' pula hanya menumpukan kepada golongan wanita profesional yang mempunyai kelayakan.
PETALING JAYA: Ahli DAP, Young Syefura Othman atau lebih dikenali sebagai Rara berkata Bajet 2015 gagal membentangkan dengan jelas tentang dasar kumpulan wanita bukan profesional.
rara3"Bajet 2015 membawa sedikit impak positif kepada wanita. Antaranya pembelian premis Rumah Perlindungan Khas Wanita Seluruh Malaysia, Pusat Penjagaan Kanak-Kanak di premis pejabat swasta dibenarkan untuk diperluas dan program latihan kemahiran untuk suri rumah (1Malaysia Support For Housewives ) untuk kembali ke pasaran kerja.
"Namun begitu, sasaran untuk memperkukuh program pengarah wanita dengan sasaran 30% penglibatan wanita dalam lembaga pengarah dan kumpulan pengurusan agak tidak realistik untuk dicapai dalam tempoh setahun perlaksanaannya.
"Ini kerana pada masa ini, peratusan wanita dalam kelompok ini hanyalah 10% sahaja.
"Program 'Women Career Comeback' pula hanya menumpukan kepada golongan wanita profesional yang mempunyai kelayakan.
"Bagaimana dengan wanita bukan profesional? Tiada dasar jelas mengenai halatuju kumpulan wanita ini," katanya.
Read More / Baca Lagi >>

Kehebatan aura bini Najib terhadap pemerintahan Najib tak boleh disangkal & dipertikaikan..

Posted: 12 Oct 2014 08:00 PM PDT




Lulusan universiti diminta ikat perut ketika Ahli Parlimen dinaikkan gaji

Posted: 12 Oct 2014 03:34 PM PDT

Oleh Hazlan Zakaria
Pendapat bahawa hanya terdapat (Satu)  1Malaysia seakan tidak tepat kerana seakan ada dua malah mungkin 15Malaysia jika disaksikan pada keadaan semasa.
Sikap simpati bahkan pendakwaan terpilih seperti diamalkan di negara ini.Lulusan universiti baru-baru ini digesa agar mengurangkan perbelanjaan dan berhenti merungut tentang gaji permulaan yang kecil ketika kos sara hidup semakin meningkat.
Pada masa yang sama, seorang yang berpangkat menteri mempertahankan cadangan kenaikan gaji ahli parlimen dengan menjelaskan bahawa langkah itu perlu bagi memberi keselesaan bagi mereka menggalas tugas.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim dilapor mengeluh bahawa tugas menjaga kebajikan di kawasan parlimen bukan mudah akibat kenaikan harga barangan. Maka, katanya, memang wajar ahli parlimen dinaikkan gaji bagi menjalankan amanah yang diberi.
Menteri tersebut menerangkan tentang penduduk yang menemuinya bagi mendapatkan bantuan, selalunya dalam bentuk wang sehingga beliau mendapati amat sukar menanggung kos menjadi wakil pengundi.
Mengikut pendapat Shahidan, gaji ahli parlimen yang dinaikkan bererti mereka mampu berkhidmat dengan lebih selesa.
Tambah beliau, gaji ahli parlimen di Malaysia antara paling rendah malah di Uganda, pendapatan wakil rakyat jauh lebih besar. Di samping itu, kadar gaji ahli parlimen Malaysia tidak dinaikkan sejak 2004.
Namun, ramai yang mempunyai pandangan berbeza apabila membincangkan tentang lulusan universiti atau kolej yang tersepit di antara pendapatan kecil dan tuntutan hidup yang semakin menggunung tinggi.
Sebenarnya kadar gaji di Malaysia dilihat semakin mengecil sejak 1980an dan perlu dikaji semula ketika negara berdepan pertambahan kos sara hidup di abad ini.
Read More / Baca Lagi >>

Revolusi Payung di Hong Kong

Posted: 12 Oct 2014 03:33 PM PDT

Oleh LIM HONG SIANG
BAGI mereka yang meminati drama atau filem kantonis Hong Kong, apa yang berlaku dalam tempoh seminggu kebelakangan ini semestinya membeliakkan mata.
Lebih-lebih lagi, bagi mereka yang pernah menjejak pulau ini, sememangnya tidak menjangka mengapa sesebuah masyarakat yang disifatkan sebagai "mata duitan" ini, boleh mengadakan demonstrasi secara besar-besaran untuk tempoh lebih seminggu - sebagai langkah desakan untuk menuntut satu sistem pemilihan pemimpin yang bebas menjelang tahun 2017.

Mogok ini dilancarkan secara besar-besaran, daripada institusi pendidikan pelbagai peringkat hinggalah demonstrasi di jalan raya. Sudah tentu sebuah bandar yang berasaskan aktiviti komersial terpaksa membayar harga yang tinggi apabila jalan raya utama dalam bandar rayanya dilumpuhkan dengan kebanjiran puluhan ribu manusia. Harga yang lebih besar - aksi ini secara terang-terang mencabar kewibawaan rejim China, yang kini menguasai pasaran ekonomi terbesar di dunia. Tidak banyak negara yang berani mengusik China pada hari ini, malah Malaysia sendiri, yang dendamnya begitu dalam terhadap komunis sekalipun, terpaksa memberi hak keistimewaan yang lebih istimewa kepada panda Komunis berbanding bumiputera Malaysia.
  Persoalannya, apa yang membuatkan sebuah masyarakat yang mengutamakan kemudahan, kemewahan dan keselesaan ini, memilih untuk mendahulukan demokrasi kali ini? "Revolusi Payung" ini sarat dengan kisahkisah yang terharu, yang bagi saya, membayangkan kematangan masyarakat Hong Kong untuk menyambut demokrasi.
Apabila ditanya, mengapa pelajar yang tampil untuk mogok kali ini? Pemimpin pelajar – belum pun menjadi siswa, menjawab, "Saya tahu kerajaan paling takut pelajar. Maka saya sebagai pelajar menampilkan diri ke depan."
Hebat jawapan sedemikian, lebih hebat lagi, pengetua dan sesetengah canselor universiti, turun ke padang untuk memberi sokongan kepada pelajar dan siswanya.
Mereka tidak memberi amaran kepada siswa supaya balik ke rumah, atau ugutan untuk memecat mereka daripada universiti, sebaliknya mengecam tindakan polis Hong Kong membedil gas pemedih mata, dan dengan penuh kasih sayang mengambil berat keselamatan pelajar dan demonstran.
Cuba bayangkan, siapakah canselor di Malaysia yang berani buat demikian, apabila siswa seperti Adam Adli dan Safwan Anang, mahupun pensyarah seperti Azmi Sharom - ditekan oleh kerajaan?
Dan ia tidak hanya berlaku di lingkungan mereka yang berpendidikan tinggi. Catatan warga Hong Kong dikongsi secara meluas di laman sosial Facebook, begitu menyentuh hati. Seorang warga Hong Kong, misalnya, mengisahkan bagaimana seorang pemandu teksi meluahkan suara hati yang terpendam. Pemandu teksi itu mengakui bahawa dirinya tidak berpendidikan tinggi, malah tidak mengambil berat tentang halehwal politik. Tetapi apabila pemandu teksi itu melihat sendiri,
Read More / Baca Lagi >>

PAS dan hiburan: Apa hak wanita, artis?

Posted: 12 Oct 2014 03:31 PM PDT

Oleh ROY RASUL
MASYARAKAT di negara ini sudah lali dengan asakan hiburan yang saban hari menjamah telinga, mata dan pemikiran mereka sama ada melalui program televisyen, konsert, media sosial dan sebagainya.
Hari ini juga berpuluh saluran televisyen boleh dipilih untuk kita bersengkang mata menonton lambakan dunia hiburan, daripada drama, nyanyian, lawak semuanya mengajak rakyat untuk berhibur.

Hak dan larangan wanita dalam hiburan Sememangnya hiburan tidak salah kerana fitrah manusia itu berkehendakkan kepada kegembiraan. Namun biarlah ada batasannya, kata Naib Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat, Dato' Nik Zawawi Salleh.
Apa lagi katanya, jika membabit wanita Muslim.
Katanya, kaedah umum dalam agama Islam membenarkan umat Islam berhibur hatta dalam al-Quran pun banyak menyebut perkataan 'Farihuun' yang bermaksud bergembira atau berhibur.
"Cuma Islam menyekat wanita daripada menyalahgunakan suaranya dan bentuk tubuh mereka yang dipamerkan kepada lelaki yang ajnabi (lelaki yang berasingan)," katanya mengulas isu wanita Islam dalam dunia hiburan Penjelasan tersebut menampakkan ada dua perkara yang menghalang wanita untuk terlibat dalam dunia hiburan Pertamanya beliau berkata, tubuh badan wanita yang didedahkan sama ada tidak berpakaian atau berpakaian ketat di hadapan orang lelaki ajnab tidak ada khilaf di antara para alim ulama bahawa ia adalah haram untuk wanita.
Apa pun beliau berkata, bab yang berkaitan dengan suara wanita seperti disebut para ulama ia juga haram sekiranya bermotif untuk menggoda lelaki.
Dalam satu temubual bersama Harakah, 7 Oktober lalu, Ustaz Nik Zawawi berkata sekiranya suara wanita digunakan untuk menyebarkan dakwah sama ada melalui ucapan, nasyid, sajak atau apa sahaja lapangan seni yang tidak menggoda kaum lelaki ia diharuskan.
Apa lagi jika tidak menimbulkan apa-apa fitnah jawapannya diharuskan dalam Islam.
Namun jika wanita sesama wanita tidak ada larangan, cuma dalam Islam meletakkan garis panduan agar kebebasan tidak sampai ke peringkat mendedahkan semua tubuh badan.
Read More / Baca Lagi >>

Pasca-Islamisme dan harakah Islamiyah, mana satu pilihan kita?

Posted: 12 Oct 2014 03:30 PM PDT

Oleh AHMAD HAKIMI OTHMAN
APA yang berlaku dalam politik dunia Islam hari ini, saya lebih suka untuk menama kan pertembungan yang ada pada hari ini sebagai pertembungan antara pasca- Islamisme menentang harakah Islamiyah.
Pasca-Islamis yang dimaksudkan ialah golongan yang memakai metod yang disarankan oleh ilmuwan Ba rat seperti Oliver Roy dan ilmuan Iran yang terbuang Asef Bayat.
Walaupun mereka mungkin menafikan baha wa mereka meniru metod yang dinamakan oleh Roy ini, namun, secara amali nya, mereka melaksanakan tanpa sedar.
Perkembangan dan kesabaran ulama Islam yang tegas dengan prinsip dan dasar perjuangan Islam, sebenarnya telah meletihkan Barat dalam pertembungan ini. Mereka tidak mampu me numpaskan gerakan Islam yang berpegang teguh kepada Islam.
Oleh itu, mereka pula mencari kaedah yang lebih lembut yang akhirnya dapat memujuk majoriti pejuang Islam kendur terhadap serangan pemikiran mereka.
Dalam sudut yang lain, ada di kalangan pejuang Islam yang muda telah merasakan penat dan terasa kemenangan agak jauh, sedangkan Barat baru hanya menikmati kejayaan dunia tidak sampai dalam satu abad.
Kemakmuran dunia yang dinikmati sekarang baru bermula sejak 1970-an selepas perang yang panjang dengan dunia Islam Timur. Pertembungan pasca 9 September, 2001 agak berubah apabila dunia memasuki abad ke-21.
Oleh kerana pertembungan hebat gerakan Islam dan penjajahan baharu Barat melalui ilmu dan budaya, Barat mula menyedari keperluan untuk melambatkan kebangkitan Islam dengan membiarkan pejuang Islam kekal dalam dilema prinsip dan strategi.
Maka dibuka medan demokrasi liberal kepada dunia Islam supaya pejuang Islam melonggarkan prinsip dan strategi tanpa sedar.
 Setelah mula menghampiri kemenangan, gerakan Islam cuba dihala ke arah haluan pasca-Islamisme. Perubahan politik di Tur ki dan Tunisia dijadikan modal dan contoh untuk pelaksanaan liberalisasi po litik Islam melalui demokrasi.
Read More / Baca Lagi >>

Adakah Presiden, Timbalan Ahli Majlis Syura?

Posted: 12 Oct 2014 03:29 PM PDT

Oleh Subky Latif
POLEMIK mula timbul dalam PAS selepas Ustaz Fadzil Noor meninggal dunia, apakah konsep kepimpinan ulama bagi PAS sekadar Majlis Syura atau ia meliputi Presiden dan Timbalan Presiden?
Ia tidak berbangkit ketika konsep itu diperkenalkan kerana beberapa ulama kanan yang menjawat beberapa jawatan kanan dalam parti seperti Tuan Haji Yusof Rawa, Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat, Ustaz Fadzil Noor dan Ustaz Abdul Hadi Awang.

Selepas Haji Yusof Rawa berundur, pimpinan PAS mengesahkan Ustaz Fadzil dan Ustaz Hadi sebagai Presiden dan Timbalan. Tetapi selepas Ustaz Fadzil meninggal tidak muncul ulama yang terserlah dalam hierarki kepimpinan. Sekalipun Ustaz Hassan Shukri antara ulama yang dicalonkan untuk menjadi timbalan,tetapi beliau tidak memiliki karisma yang sama seperti Ustaz Fadzil dan Ustaz Hadi sebelumnya. Demikian juga seperti tokoh lain seperti Ustaz Yahya Othman dan Ustaz Harun Taib. Dr Haron Din tidak termasuk dalam hierarki justeru kekangan Akta Universiti dan Kolej Universiti.
Masa itu PAS terdedah kepada masalah mendapatkan seorang tokoh ulama menyamai Ustaz Fadzil dan Ustaz Hadi bagi di ketengahkan sebagai pelapis.
Ketika itulah timbul tafsiran betapa konsep kepimpinan ulama itu memadai Majlis Syura dan Dewan Ulama saja, Presiden dan Timbalan Presiden tidak semestinya ulama.
Saya sebagai pembawa usul kepimpinan ulama dalam Muktamar Dewan Pemuda dan kemudiannya dalam Muktamar hanya menyebut secara umum kepimpinan parti itu mestilah ulama. Tidak terdesak dalam perbahasan seperti itu untuk memperincikan apa-apa yang perlu dipegang oleh ulama dan apa yang memadai dijawat oleh ahli profesional.
Justeru sebelumnya PAS dipimpin oleh ulama seperti Haji Ahmad Adakah Presiden, Timbalan Ahli Majlis Syura? Fuad, Dr Burhanuddin Alhilmy dan Zulkifli Mohamad yang kesemua adalah ulama, maka tidaklah dibutirkan Presiden dan Timbalan Presiden adalah ulama atau mesti ulama. Ia menyentuh tentang konsep yang umum.
Oleh kerana ketika itu Majlis Syura belum ada, maka tidak berbangkit soal Presiden dan Timbalan Presiden ulama atau tidak.
Read More / Baca Lagi >>

"Saya Dah Jangka" - Hasnul

Posted: 12 Oct 2014 03:27 PM PDT

KUALA LUMPUR: Hasnul Baharuddin tidak terkejut dengan keputusan mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat menggantung keahilannya bersama Saari Sungib.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) PAS kawasan Morib itu berkata, perkara itu bagaikan sudah dijangka dari awal lagi.

"Saya dah jangka (keputusan itu)," katanya ketika dihubungi sebaik pengumuman mengenainya dibuat selepas mesyuarat itu, Ahad.

Bagaimanapun, Hasnul berkata, beliau belum membuat sebarang keputusan sama ada ingin mengemukakan rayuan atau tidak kerana masih menunggu surat rasmi mengenai penggantungan keahliannya.

Dalam pada itu, Saari yang juga Adun Hulu Kelang pula berkata, beliau mendapat tahu mengenai perkara itu melalui pemberita yang ingin meminta maklum balasnya mengenai tindakan tersebut.

"Saya tau (penggantungan ini) sebab wartawan yang hubungi saya. Saya masih menunggu surat rasmi, lepas tu baru saya putuskan mengenai rayuan," katanya.

Kedua-duanya digantung selama setahun berkuatkuasa Ahad kerana membelakangkan keputusan parti berhubung kemelut calon Menteri Besar Selangor.

Mesyuarat kepemimpinan tertinggi PAS itu dipengerusikan Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Berikutan keputusan itu, kedua-dua Adun itu boleh mengemukakan rayuan secara bertulis kepada Setiausaha Majlis Syura Ulama dalam tempoh 15 hari dari tarikh surat penggantungan itu dikeluarkan.

Read More / Baca Lagi >>

Bertambah jumlah BR1M, bertambah jugalah kemarahan Mahathir

Posted: 12 Oct 2014 03:25 PM PDT

Oleh Shahbudin Husin
Satu-satunya aspek yang masih menjadi bualan masyarakat mengenai Bajet 2015 yang dibentangkan oleh Datuk Seri Najib di Parlimen, 10 Oktober lalu ialah bertambahnya jumlah BR1M yang diterima mulai tahun hadapan.
Melalui bajet kali ini, jumlah BR1M bagi yang berpendapatan di bawah RM3 ribu sebulan dinaikkan daripada RM650 kepada RM950 manakala yang berpendapatan antara RM3 ribu hingga RM4 ribu pula dinaikkan daripada RM450 kepada RM750. BR1M bagi orang bujang pula ditambah daripada RM300 menjadi RM350.

Kecuali bagi orang bujang, bayaran BR1M kali ini dlakukan secara ansuran tiga kali setahun iaitu pada bulan Januari, Mei dan September.
Bagi pelbagai pengumuman lain, sama ada pembinaan lebuhraya baru, MRT dari Selayang ke Putrajaya, LRT3 yang menghubungkan Bandar Utama ke Shah Alam, insentif cukai, galakan pemilikan harta, pembinaan jalan baru di Sabah dan Sarawak, bonus setengah bulan gaji dan sebagainya, bukan saja sudah dilupakan, malah tidak pun diperbualkan lagi.
Semua orang apabila bercakap mengenai Bajet 2015, hanyalah mengulas mengenai BR1M saja. Tarikan tunai BR1M telah menenggelamkan semua yang lain.
Daripada satu segi, memanglah pemberian tunai ini menggembirakan mereka yang menerimanya tetapi dari segi tanggungjawab kerajaan, apakah ianya mampu menyelesaikan masalah beban kos kehidupan rakyat? Melalui kenaikan petrol dan diesel sebanyak 20 sen baru-baru yang seterusnya menyebabkan berlakunya rantaian peningkatan banyak barangan dan perkhidmatan yang lain, menambah jumlah BR1M amat diragui keberkesanannya.
Read More / Baca Lagi >>

Ramai marah dengan kenyataan Najib, minta beliau buktikan ‘PM untuk semua’

Posted: 12 Oct 2014 03:19 PM PDT

Kenyataan Datuk Seri Najib Razak awal hari ini mengingatkan masyarakat Cina tidak membuat tuntutan kepada kerajaan sekiranya mereka tidak menyokong Barisan Nasional (BN) menerima kritikan hebat pemimpin pembangkang, ahli akademik dan pengguna Internet.
Mereka berkata, sebagai perdana menteri bagi sebuah negara, Najib seharusnya mewakili semua rakyat Malaysia dan mendengar permintaan semua pihak, baik yang menyokong partinya mahu pun yang menentang.
Pengguna media sosial pula, sesetengahnya melahirkan rasa terkejut dengan kenyataan Najib yang dibuat semasa berucap di Perhimpunan Agung MCA itu, mengatakan beliau sendiri tidak berpegang kepada slogan 1Malaysia yang diilhamkannya.

Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim menulis di dalam akaun Twitternya: "Masih terus dgn nada angkuh..."
Manakala, pengerusi DAP Selangor Tony Pua menulis di status Facebook: "Memandangkan kami tidak menyokong kerajaan BN dan Najib tidak mahu dengar permintaan kami, mungkin dia tak perlu kutip cukai dari kami juga?"
Naib Presiden PKR Tian Chua menyifatkan ucapan Najib itu satu kesilapan besar dan tidak seharusnya dibuat oleh seorang perdana menteri. "Dia lupa yang dia selalu berkata dengan bangga yang 'saya akan menjadi perdana menteri untuk semua.
' Sekarang dia bercakap sebagai seorang perdana menteri yang berpihak kepada satu kumpulan," katanya sambil mengharapkan agar Najib menarik balik kenyataannya. Setiausaha DAP Anthony Loke bertanya adakah Najib sedar yang konsep utama demokrasi ialah memberi hak kepada rakyat memilih pemimpin mereka melalui proses pilihan raya.
"Oleh itu, menjadi tanggungjawab parti yang membentuk kerajaan mentadbir negaranya selepas pilihan raya dan berkhidmat kepada semua rakyat tanpa berdendam terhadap sesiapa yang tidak menyokongnya," katanya.
Read More / Baca Lagi >>

Anak Naik Atas Riba Masa Solat - UAI

Posted: 12 Oct 2014 09:22 AM PDT

Hukum Zikir Potong Tok Imam - Ustaz Azhar Idrus

Posted: 12 Oct 2014 09:20 AM PDT

Khutbah Yang Baik - Ustaz Azhar Idrus

Posted: 12 Oct 2014 09:17 AM PDT

Sakit Kaki Tersepit Kunci Ketika SOLAT - Ustaz Azhar Idrus

Posted: 12 Oct 2014 09:15 AM PDT

Kedudukan Jari Telunjuk Ketika Tahiyyat - Ustaz Azhar Idrus

Posted: 12 Oct 2014 09:15 AM PDT

Kiraan 3 Hari Musafir - Ustaz Azhar Idrus

Posted: 12 Oct 2014 09:13 AM PDT