Followers

Nuffnang

Belantan

0

Posted by Unknown | Posted on 11:34 PTG | Posted in

sumber :-

Belantan


Memalukan...!!! Tindakan tegas terhadap Kuan Yau Super Babi?

Posted: 11 Oct 2014 09:57 AM PDT


Kerajaan digesa mengambil tindakan sekeras-kerasnya terhadap ahli DAP, Hew Kuan Yau yang telah menjejaskan hubungan baik antara Malaysia dan China dalam satu demonstrasi besar-besaran di Hong Kong baru-baru ini.

Presiden Jaringan Cina Malaysia, Ng Lum Yong berkata, dalam demonstrasi anjuran penunjuk perasaan prodemokrasi yang menuntut demokrasi sepenuhnya daripada kerajaan China itu, Kuan Yau telah memberi tanggapan buruk terhadap kerajaan apabila memegang sekeping kertas tertera perkataan 'Malaysia Solidarity With Hong Kong' atau Solidariti Malaysia Bersama Hong Kong.

Menurut Lum Yong, walaupun bebas menyertai mana-mana demonstrasi sekalipun dibuat di luar negara, namun Kuan Yau tidak berhak menyampaikan mesej atau mengeluarkan kenyataan peribadi dengan menggunakan nama Malaysia.

"Mesejnya itu menunjukkan seolah-olah seluruh rakyat Malaysia menyokong demonstrasi tersebut dan berita mengenainya telah disiarkan di media-media antarabangsa," katanya.


``Hal demikian sudah tentu akan menimbulkan salah faham kerajaan China terhadap Malaysia sekali gus menjejaskan dasar negara yang tidak mencampuri hal ehwal negara lain serta hubungan baik kedua-dua negara,'' katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia, di sini hari ini.

Beliau mengulas gambar yang dimuat naik di laman Facebook Kuan Yau pada 6 Oktober lalu yang menunjukkan bekas Ketua Publisiti DAP itu menyertai satu demonstrasi dipercayai di Hong Kong dengan memegang sekeping kertas tertera perkataan 'Malaysia Solidarity With Hong Kong'.

Dalam pada itu, Lum Yong menyifatkan perbuatan Kuan Yau itu sebagai tidak tahu malu apabila cuba mewakili kerajaan dan seluruh rakyat Malaysia untuk mencampuri urusan negara lain.


Sementara itu, cubaan untuk mengesahkan perkara tersebut dengan Kuan Yau sendiri gagal apabila beliau meletakkan gagang sebaik sahaja mengetahui panggilan yang dibuat datang daripada Utusan Malaysia.

Kuan Yau yang dikenali sebagai `Superman' dalam kalangan ahli DAP sebelum ini pernah mencetuskan kontroversi apabila sering menggunakan kata-kata kesat di pentas-pentas ceramah sewaktu kempen Pilihan Raya Umum (PRU) lalu termasuk menghina Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor.

Suara Politik
Belantan

The Unspinners

0

Posted by Unknown | Posted on 11:09 PTG | Posted in

sumber :-

The Unspinners


Saifudin malu Ulil intelek tipu lalu serang Ibrahim Ali

Posted: 11 Oct 2014 07:29 PM PDT


Kata-kata bakar Bible yang dibuat oleh Dato Ibrahim Ali ketika satu majis Perkasa di Permatang Pauh sebelum PRU13 bukan bernada keras atau membakar kemarahan hadirin.

Dia hanya kata sesiapa yang dapat bible yang cuba diberi kepada pelajar Melayu diluar sebuah sekolah oleh mubaligh Kristian itu usah dibuang atau masuk bakul sampah tapi bakar saja. Tiada elemen provokasi langsung.

Ia serupa cara orang Islam hormati Quran lama dengan tidak dibuang begitu saja tapi dibakar. Perkara ini difahami oleh Dato Nancy Suri ketika menjelaskan bahawa tiada isu langsung. Baca kenyataan Nancy Shukri SINI.

Untuk menekan AG supaya mendakwa adakah ianya boleh menang? Mantap ke fakta hanya berdasarkan laporan Malaysiakini dan Malaysian Insider? Memang tidak kuat untuk didakwa!!!

Kenyataan Nancy Shukri telah disalah lapor dengan sengaja oleh MM dan TMI. Kemudian Christian Fellowship of Malaysia pun memberi reaksi pada laporan salah.

Nampaknya Dato Saifuddin Abdullah bersuara mengikut nada pembangkang untuk menuntut Dato Ibrahim Ali didakwa. 

Saifuddin termalu kerana terlibat dalam program membawa seorang pembawa ajaran sesat Islam Liberal lalu mempersoalkan Nancy Shukri serupa seorang pembangkang dan menyerang Ibrahim ali untuk tutup malu. 

Dia cuba menafikan tapi macam mana nak nafi bila namanya tersiar jadi pemberi ucaptama dan GMM atau Saifuddin tiada menafikan awal. Tunggu terdedah baru nak nahi nahi ....Lagi pelik apa Saifuddin nak nafi bila Nampak sangat Malaysiakini cuba membantu bela Saifuddin. Baca di SINI.

Hal Saifuddin membawa ajaran sesat ini sudah tersebar luas hingga ianya ditentang Persatuan Ulama dan pihak JAKIM serta Dato Zahid hamidi sudah buat kenyataan bahawa Ulil akan ditahan dari masuk Malaysia.Baca Jinggo SINI.

Berikut Zul Nordin membuat laporan polis:


KUALA LUMPUR 9 Okt. - Pihak berkuasa digesa bertindak menghalang penganjuran program 'Diskusi Meja Bulat: Tantangan Fundamentalisme Agama di Abad ini' di ibu negara pada 18 Oktober ini kerana didakwa membawa fahaman liberalisme dan pluralisme yang bertentangan dengan ajaran Islam.

Gesaan itu dibuat oleh dua aktivis iaitu bekas Ahli Parlimen Kulim, Bandar Baharu, Datuk Zulkifli Noordin bersama Mursyidul Am Tolak Individu Bernama Anwar Ibrahim (TIBAI), Muhammad Zahid Md. Arip.

Menurut Zulkifli, program yang dianjurkan oleh Islamic Renaissance Front (IRF) dengan kerjasama Global Movement of Moderates (GMM) itu dijangka dirasmikan oleh Pengerusi GMM, Datuk Saifudin Abdullah dan ucaptamanya disampaikan oleh pemimpin Jaringan Islam Liberal Indonesia (JIL), Dr. Ulil Abshar Abdalla.

Beliau berkata, Ulil Abshar yang merupakan warganegara Indonesia serta pengasas JIL telah disenaraikan sebagai penganut fahaman liberalisme, pluralisme dan sekularime di negara tersebut.

"Mengikut maklumat yang diperoleh daripada pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, Ulil Abshar pernah membuat kenyataan yang menghina Islam dan Nabi Muhammad di media massa.

Baca sepenuh lapoan di SINI dan salinan laporan boleh diperolehi di laman blog Dato Zul SINI.

Otak mangkuk macam Saifuddin akan akhirnya berhujah kata perlu terbuka untuk berdialog dan berdiscourse. 

Ini kononnya hanyalah intellectual discourse dan perlu buka minda. Kebebasan berfikir ni tak boleh elak sebab ia persoalan individu. Idealnya Dr Ulil Abshar melontar pendapat dengan hujah dan penentangnya juga melawan dengan hujah. Kalau awal2 lagi guna pendekatan menghukum, kita akan jadi bahan gelak.

Masaalahnya kalau intelek bertukar fikiran dengan intelek yang tulen dan berintegriti tapi yang si mangkok ini agungi sebagai intelek adalah seorang penipu. Orang yang mereka agungi sebagai intelek bergelar doktor itu ijazah pun tidak ada tapi mengaku ada PhD Harvard. US pun kena tipu bila sponsor dia beri scholarship.

Ulil tidak ada integriti dan intelek palsu. Hujahnya telah banyak dipatahkan dan ditolak ilmuwan Islam di Indonesia. Hatta ilmuwan Malaysia pun telah berbahas dan ternyata dia rapuh. Mengapa pula perlu IRF/ GMM masih mahu mengangkat orng yang telah ditolak dunia intelektual kerana siri-siri pembohongannya? Adakah kita ketandusan ahli akademik/ intelektual yg berwibawa dan berintegriti?

Tujuan pembangkang menyerang Ibrahim ali itu jelas hingga Lim Guan Eng enggan langsung mahu terima kenyataan Nancy Shukri.

Niat mereka jelas mahu kata hanya pebangkang saja yang kena dakwa bawah Akta hasutan... Hmmm ... Presiden ISMA akan didakwa Isnin ini. Apa cerita?


Bagi Dato Nurjazlan yang tidak tahu apa, janganlah nak sibuk

DAP lagi besar kepala bila PAS protes Oktoberfest... tahaluf siyasi? Kah kah kah

Posted: 11 Oct 2014 06:01 PM PDT




Apahal pun .... lihat betapa hipoktit DAP. Berkira punya cina ...



PM kerja keras tak naik gaji, Ketua Pembangkang tido terima kenaikkan gaji

Posted: 11 Oct 2014 08:51 AM PDT


Kesemua 222 Anggota Parlimen akan menikmati kenaikan elaun, berkuat kuasa 1 Januari tahun depan.

Yang Dipertua Dewan Rakyat dan Yang Dipertua Dewan Negara serta timbalan Yang Dipertua turut menikmati kenaikan gaji dan elaun.

Elaun Ahli Dewan Rakyat akan dinaikkan daripada bersamaan Gred 54 kepada bersamaan gred Jusa C manakala elaun ahli Dewan Negara akan dinaikkan daripada bersamaan gred 48 kepada bersamaan antara gred 54 dan Jusa C.


"Tanggungjawab seorang ahli Parlimen begitu besar dan bermakna pada komuniti dan masyarakat setempat. Mereka adalah ketua yang perlu memimpin masyarakat setempat dari semua aspek termasuk kebajikan, keagaman, sosial dan pendidikan. 
"Dengan kata lain, khidmat ahli Parlimen sebagai wakil atau pemimpin di kawasan Parlimen masing-masing adalah mendesak tidak mengira waktu.

Petika dari Sg Rapat Online

Buang beras saja PM dan TPM mengalah untuk memberikan kenaikkan gaji kepada Ketua Pembangkang tetapi tidak naikkan gaji. 

Sebabnya, cerita merepek yang difikirkan dalam tidor di Parlimen. ENtah-entah impikan isteri MB Selangor ....



Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mempersendakan tindakan Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib mengumumkan projek lebuh raya rentas Borneo bernilai RM27 bilion dalam Bajet 2015.

Menurut Ketua Pembangkang tersebut, Najib telah pun mengumumkan projek lebuh raya Pan Borneo yang meliputi 936 kilometer di Sarawak dan 727 kilometer di Sabah itu sudahpun diumumkan enam tahun lalu.

"Umum Lebuh Raya Pan Borneo… tepukan (oleh) BN, tapi sudah enam tahun umum yang sama," katanya dalam reaksi segera di Twitter sejurus selepas pengumuman Najib.

Reaksi beliau yang dipetik oleh Malaysiakini itu jelas menunjukkan Ketua Pembangkang tersebut tidak meneliti kandungan ucapan bajet setiap tahun. Jika beliau membaca beliau akan faham bahawa peruntukan sebelum ini adalah untuk mengaktifkan semula projek tertangguh ini, bukan menyiapkan keseluruhannya.

Baca sepenuh di MyKMU SINI
 

 

KJ curi ide Khir Toyo, jaga sukan hancur, dan Pemuda curi harta anak yatim!!!

Posted: 11 Oct 2014 05:33 AM PDT


Rahman Dahalan dan Fathul Bari main puji dan tahniah. Ide ni muncul dalam satu mesyuarat SPNB tapi mulaanya pada tahun 2004 olh Dato Dr Khir Toyo.

Tak caya baca di SINI.




Hai KJ, cubalah buat kerja kau betu-betul ...



Pemuda pun bertambah hancur. Takde gerak kerja dan ada orang komen suka kompang dari kerja.


Baca kisah Pemuda UMNO curi harta anak yatim di Flying Kick  SINI

Ini hal prinsip yang mana tidak bboleh dikompromi atas nama parti. Takkan begini masa depan kepimpinan UMNO? Apsal teruk sangat KJ, kata Oxford genius????

Cara kerajaan hadapi masaalah perumahan

Posted: 11 Oct 2014 01:00 AM PDT




Di bandar besar macam Lembah Kelang, bolehkah DBKL dan Agendi dan Jabatan kerajaan lepaskan tanah bukan kepada Pemaju buksn keparat???

Untuk pengetahuan Dato Seri, semua tak bekerjasama. Dan sebagai peringatatan, Manifesto BN untuk PRU13 janjikan 1 juta rumah mampu milkk.

Baik kata minta maaf dan betulkan projeksi. PR mangkuk akan pusingkan  usaha murni kita untuk tutup mereka tak buat langsung!!!!

Gaya Peneroka

0

Posted by Unknown | Posted on 11:08 PTG | Posted in

sumber :-

Gaya Peneroka


KEMELUT BAJET 2015 PADA RAKYAT BAWAHAN

Posted: 11 Oct 2014 01:52 AM PDT




Bajet 2015 tidak menunjukkan kesungguhan Kerajaan menangani kejatuhan harga komoditi getah dan kelapa sawit. Harga getah sedang berada di paras teruk RM1.65 sekg. 440 ribu pekebun kecil getah belum diambi kira isi rumah dan penoreh yang mengambil upah atas kebun orang lain; jumlahnya lebih sejuta orang. Ia belum lagi melibatkan pekebun kelapa sawit di Kampung, Felda, Kesedar dan agensi pembangunan tanah lain. Saya yakin terdapat lebih 3 juta masyarakat pekebun kecil di Malaysia.
Peruntukkan RM100 juta kepada Lembaga Getah Malaysia sebagai mekanisme kawal selia harga di peringkat ladang, RM6.4 juta pinjaman mudah sebagai modal pusingan kepada 64 buah komersial pekebun kecil bagi membeli getah terus kepada pekebun kecil getah dan peruntukkan RM41 juta untuk insentif tanam semula; tidak membawa banyak makna. Cadangan ditetapkan harga lantai getah RM4 sekg ditolak mentah2 oleh Kerajaan tanpa mengkaji keberkesanannya.
Harus diingat pembukaan tanah di kawasan Luar Bandar seperti Felda, Felcra, Risda, Kesedar dan Ketengah adalah bertujuan menyusun semula masyarakat dan membasmi kemiskinan. Hampir 2 juta ekar tanah dibuka yang menempatkan 95% orang melayu. Apakah ia telah berjaya mengeluarkan penduduk melayu di bawah agensi ini daripada kemiskinan?

Jika kebergantungan mereka hanya dari sumber komoditi semata2; pendapatan tidak melebihi RM1,000 sebulan dan mungkin lebih rendah dari itu atas ketidakstabilan harga komoditi; maka usaha kerajaan berpuluh tahun membasmi kemiskinan tidak banyak hasilnya.

Semakan semula mesti dibuat terhadap pelan pembangunan agensi pembangunan tanah. Rumah2 daif yang menghiasi kawasan KETENGAH dan KESEDAR umpamanya begitu menjolok mata. Keluarga besar dalam sebuah rumah tanpa perancangan rumah generasi baru, tidak menggambarkan pembentukan keluarga yang sihat. Saya tidak pasti Skim perumahan PRIMA, Perumahan Khas Belia merangkumi Agensi Pembangunan Tanah atau tidak. Bahkan, isu Perumahan Generasi ke 2 Felda pun tidak selesai sampai hari ini. Projek Sentuhan Kasih di bawah Felda hanya mampu di beli golongan berpendapatan tetap melebihi RM2,000 sebulan. Nasib anak peneroka yang menetap di felda dan bekerja sebagai buruh kekal di takuk lama. Mahu diharapkan Felda Global Ventures(FGVH), saham pun merudum, kini, sekitar RM3.50 sahaja!

Insentif BRIM yang naik ke RM950 dan dibayar tiga kali setahun tidak mampu mengubah suasana kehidupan masyarakat luar bandar. Dengan pengurangan subsidi, harga minyak yang terus naik, kos sara hidup yang meningkat berlipat kali ganda serta sengsara rakyat dek GST yang diperkenalkan April 2015; saya menjangkakan kesan langsung paling teruk akan dirasai masyarakat Luar Bandar terutamanya melayu dan penduduk Sabah Sarawak.

Justeru, saya menggesa Ahli2 Parlimen dapat membahaskan Bajet 2015 ini dengan menekuni dan mengambil kira segmen masyarakat yang diabaikan. Ini belum lagi faktor ketirisan dan pemantauan yang lemah. Sesetengah kandungan Bajet di ulang setiap tahun, tapi perlaksanaannya?
Lajnah Pembangunan Tanah, Peneroka Bandar dan Halehwal Orang Asal PAS Pusat melalui jaringan 11 Badan Ngo telah menyerahkan berpuluh memo kepada Kerajaan dan berbagai Agensi di bawahnya. Namun, tindak balasnya amat mengecewakan. Sampai hari ini, Kementerian Perladangan dan Komoditi masih tidak bersedia bertemu bagi membincangkan langkah2 menangani kejatuhan harga Komoditi. Paling akhir, memo yang dihantar secara bertangan kepada Pegawai Khas YAB Perdana Menteri pun belum ada respon apa apa.

Beginikah cara layanan Kerajaan kepada rakyat?

MIMPI SENJA

0

Posted by Unknown | Posted on 11:03 PTG | Posted in

sumber :-

MIMPI SENJA


Lagi Gadis Malaysia 'Disunting' ISIS

Posted: 11 Oct 2014 09:17 PM PDT


Gambar hiasan/Pic:fmtGambar hiasan/Pic:fmtKUALA LUMPUR: Walaupun pelbagai usaha telah dilakukan kerajaan untuk melarang rakyat Malaysia pergi berjuang bersama kumpulan militan Negara Islam Iraq dan Syria (ISIS) di Syria, namun masih ada yang berdegil untuk ke sana dengan alasan ingin mati syahid.
Malah, golongan wanita juga sanggup menggadai masa depan mereka di Syria semata-mata ingin berkahwin dengan pejuang ISIS tanpa menyedari kemungkinan mereka akan dieksploitasi dan dikhuatiri hanya menjadi 'hamba seks'.
Terbaharu, bekas pelajar Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) bernama Syamimi yang baru berusia 20 tahun nekad lari ke Syria semata-mata mahu berkahwin dengan pejuang ISIS yang dikenalinya melalui Facebook.
Gadis sunti itu sanggup mem­belakangi kasih-sayang ibu bapanya sendiri kerana terpengaruh dengan hasutan pejuang ISIS itu yang merupakan seorang lelaki rakyat Malaysia.
Lelaki itu difahamkan adalah bekas pemuzik sebuah kumpulan rock terkenal tanah air pada 1990-an yang dikenali sebagai Akel Zainal, yang kini berada di Syria untuk berperang.
Syamimi difahamkan telah lari dari rumah pada malam sambutan Hari Raya Aidiladha, 4 Oktober lalu dan dikatakan terus bertolak ke Istanbul, Turki melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
Dia dikatakan keluar dari rumah untuk membeli penyembur deodoran, ketika keluarganya sedang bersiap-siap mahu pulang ke Pasir Mas, Kelantan bagi menyambut pe­rayaan Aidiladha.
Syamimi dipercayai diambil oleh beberapa individu yang tidak dikenali di kawasan rumahnya di Bandar Sri Putra untuk dihantar ke KLIA dan kemudiannya menaiki pesawat Turkish Airlines ke Istanbul, pada malam itu juga.
Bekas pelajar jurusan Hafazan serta jurusan Al-Quran dan Sunnah itu dipercayai telah masuk ke Syria dari sempadan Hatay di Turki, kelmarin, untuk menyertai sekumpulan rakyat Malaysia di negara bergolak itu.
Sumber berkata, Syamimi sering berhubung dengan Akel melalui Facebook dan berlarutan sehingga lelaki itu sendiri menghubunginya melalui telefon bimbit beberapa kali, ketika gadis itu berada di rumah.
"Syamimi tidak tamat belajar di KUIS dan memilih untuk berada di rumah. Ketika itulah dia dipercayai berkomunikasi dengan Akel di Facebook dan kemudian menjadi 'rapat'.
"Dia dikatakan pernah bercerita tentang Akel dan sebuah kumpulan muzik terkenal kepada ibunya namun keluarganya tidak mengesyaki apa-apa sehinggalah dia hilang pada 4 Oktober lalu.
"Dia dikesan telah berlepas ke Turki dan masuk ke Syria untuk menyertai perjuangan ISIS seterusnya akan berkahwin dengan Akel," katanya.
Sumber berkata, Syamimi berkemungkinan telah dipengaruhi Akel untuk berperang dan mati syahid di negara bergolak itu.
"Akel di dalam Facebook miliknya secara terang-terangan telah memperkenalkan diri sebagai mujahidin dari Malaysia yang berjuang menuntut keadilan di bumi Syria.
Perkara itu dilihat telah mempengaruhi ramai anak muda termasuklah gadis untuk menuruti langkahnya.
"Keadaan sama terjadi kepada Syamimi dan dia dikesan terpengaruh dengan 'kredibiliti' Akel sehingga sanggup meninggalkan keluarga dan ke Syria untuk menyertai perjuangan ISIS.
"Tanpa disedari, dia sebenarnya dieksploitasi dan dibimbing akan menjadi hamba seks," kata sumber.
Baru-baru ini, Bahagian Counter Terrorism, Cawangan Khas, Bukit Aman telah menahan seorang wanita berusia 25 tahun di KLIA2 selepas dikatakan mahu ke Syria untuk berkahwin dengan militan ISIS.
Sebelum ini, seorang wanita rakyat tempatan yang digelar Dr. Sham dikesan berada di Syria dan berkahwin dengan ahli ISIS.
Sehingga kini sekurang-kurang­nya 22 rakyat Malaysia dikesan berada dan terlibat dalam kancah peperangan di negara bergolak itu.

Cendol Bakar turun harga

Posted: 11 Oct 2014 08:47 PM PDT

  • Kain rentang yang dipasang di hadapan premis menarik perhatian ramai.Kain rentang yang dipasang di hadapan premis menarik perhatian ramai.
 1 / 1 
DALAM  pada rakyat berdepan kenaikan harga minyak, Cendol Bakar telah melakukan  satu perubahan drastik iaitu menurunkan harga 20 sen, sebagai salah satu kelainan terbaru yang ditawarkan untuk pelanggannya.

Promosi  potongan harga 20 sen untuk semangkuk cendol dari RM2 menjadi RM1.80 itu diberikan kepada semua pelanggan sehingga 30 Oktober ini melalui kain rentang yang dipasang di hadapan premis yang cukup popular di Kuala Selangor.

Lebih menarik, cendol dengan pelbagai jenis perisa itu turut diberikan secara percuma kepada golongan fakir miskin dengan hanya menunjukkan kad Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) di kaunter.


Tinjauan Sinar Harian mendapati, lokasi premis jualan Cendol Bakar yang terletak di persimpangan berhampiran Assam Jawa itu cukup sesak dipenuhi orang ramai lebih-lebih pada hujung minggu sehingga terpaksa menggunakan khidmat anggota Rela untuk mengawal lalu lintas.

Bercakap mengenai promosi istimewa itu, pemilik Cendol Bakar, Rifhan Farhan Mohamad Arif, 25, berkata, inisiatif itu dibuat selepas mengambil kira kesusahan rakyat yang berdepan pelbagai bebanan kos hidup, selepas subsidi minyak RON95 dikurangkan. Sebagai peniaga katanya, dia perlu prihatin dengan masalah yang membebani pengguna termasuk mengurangkan harga makanan itu sebanyak 20 sen berbanding harga asal.

"Promosi ini juga boleh memperkenalkan produk cendol kami dengan lebih meluas dan ternyata sambutan diberikan cukup menggalakkan.

"Kain rentang di depan premis memang banyak bantu. Pelanggan pun dapat nikmati cendol dengan harga yang rendah dan berpatutan.

"Kami ini orang biasa saja tapi kena main peranan buat perubahan seperti ini. Dengan cara menurunkan harga boleh bantu kurangkan beban pelanggan," katanya kepada Sinar Harian semalam.

Tarikan utama gerai

CENDOL Bakar bijak menggunakan promosi. Kain rentang yang mempromosikan pelbagai tawaran kepada pelanggan menjadi nadi utama selain namanya yang unik.

Malah bukan sekadar berniaga, soal kebajikan pelanggan menjadi keutamaan pemiliknya. Cendol Bakar tidak melupakan nasib golongan kurang berkemampuan apabila meneruskan pemberian cendol percuma kepada orang kurang upaya (OKU) dan fakir miskin.

Menurut Farhan, sejak dari awal pembukaan Cendol Bakar cendol percuma kepada golongan itu tidak dilupakan sehingga sekarang.

"Saya mahu beri peluang kepada golongan ini menikmati cendol seperti pelanggan lain...biar mereka dapat nikmati produk kami.

"Sebagai peniaga, kita kena saling bantu tangani masalah kenaikan harga minyak ini. Apa yang penting, mesej untuk tidak membebankan orang kurang berkemampuan ini diharapkan 'sampai' sekali gus dapat membantu.

"Kita mahu semua pihak buka mata dengan bebanan yang terpaksa ditanggung disebabkan kenaikan minyak," katanya.

Sejarah Cendol Bakar

CENDOL Bakar penuh dengan keunikannya tersendiri. Bukan sahaja namanya yang mampu mengelirukan pelanggan, namun tawaran demi tawaran yang dibuat pemiliknya kepada pengunjung gerai menjadikan premis tepi jalan ini begitu menyerlah dan popular.

Di Kuala Selangor, Cendol Bakar sudah begitu sinonim. Pendek kata, penduduk di kawasan itu sudah biasa merasa malah mungkin menjadi pelanggan tetap.

Cendol Bakar tiada kaitan dengan cara pembuatannya. Ia tidak dibakar malah cara penyediaannya sama seperti cendol lain. Sebaliknya, pemilik gerai menggunakan nama datuknya Bakar (Abu Bakar Saidin) untuk perniagaannya itu.

Cendol Bakar tidak 'menipu' pelanggan itu diakui beberapa pelanggan. Mereka tertarik kerana keunikannya yang menyediakan konsep pandu lalu.

Tindakan pemilik Cendol Bakar menyediakan laluan pandu lalu kepada pelanggannya dipuji kerana pelanggan tidak perlu beratur panjang di kaunter untuk dapatkan cendol.

Bagi seorang pengunjung, Tengku Suzila Tengku Ismail, 39, dia tertarik untuk membeli cendol di situ disebabkan ada khidmat pandu lalu.

"Saya langsung tak terfikir cendol di sini dibakar. Memang dah dapat agak mungkin itu nama pemiliknya. Lagipun tak ada kesan terbakar...tapi saya adalah tertanya-tanya kenapa namanya Cendol Bakar.

"Bila datang, saya jadi seronok sebab ada pandu lalu...itukan satu yang baru dan memang buat saya tertarik untuk datang. Tempat pun menarik, ada macam-macam jenis," katanya.

Seorang lagi pengunjung, Noraini Abd Hamid, 47, akui  tidak tertipu dengan nama cendol yang mungkin telah mengelirukan orang ramai.

"Saya memang tahu itu nama bukannya dibakar. Tapi tak tahulah kalau orang lain anggap cendol itu dibakar.  Kalau betul dibakar memang ajaiblah. Saya dah pernah makan memang sedap. Memang tak ada kesan terbakar pun," katanya berseloroh

WWE LIVE in Malaysia 10 & 11 Oct. 2014 @ Putra Indoor Stadium [Day 1]

Posted: 11 Oct 2014 05:14 AM PDT








lagi gambar-gambar DI SINI

Rundingan Bebaskan Konstabel Zakia Masih Dijalankan

Posted: 11 Oct 2014 02:38 AM PDT

alt
TUARAN 11 Okt - Malaysia sedang berunding dengan kumpulan penculik bagi pembebasan tanpa bayaran tebusan anggota polis marin Konstabel Zakia Aliep yang diculik di sebuah pusat peranginan di Pulau Mabul, Semporna pada Julai lepas.
Pengarah Jabatan Keselamatan Negeri Ketenteraman Awam (KDNKA) Bukit Aman, Senior DCP Datuk Muhammad Fuad Abu Zarim berkata rundingan sebelum ini menemui jalan buntu kerana kumpulan penculik menuntut wang tebusan yang tinggi antara RM3 juta hingga RM10 juta.
Katanya Zakia yang diculik kumpulan penceroboh pada 12 Julai lepas berada dalam keadaan sihat dan selamat berdasarkan panggilan telefon kepada isterinya dan beliau dipercayai berada di lokasi di pedalaman selatan Filipina bersempadanan dengan Sabah.
"Kita tengah berunding ... kini mereka menuntut 40 juta peso, kadarnya ada naik dan turun, mereka ada memberi sepuluh hari dan kita tunda ... rundingan masih boleh diteruskan.
"Apa yang penting, kalau boleh kita mahu membuat pembebasan tanpa sebarang bayaran dan pihak sana boleh membebaskannya secepat mungkin," katanya kepada pemberita selepas mengadakan lawatan kebajikan ke rumah bapa Zakia di Kampung Tinuhan, di sini, hari ini.
Turut hadir Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Jalaluddin Abdul Rahman dan Komander Pasukan Polis Marin Datuk Abd Aziz Yusoff.
Muhammad Fuad berkata pihaknya bekerjasama rapat dengan kerajaan dan pasukan keselamatan Filipina untuk meneruskan rundingan dan menurutnya Zakia telah menghubungi keluarganya sebanyak 82 kali sejak dilarikan kumpulan penculik itu.
Ditanya lokasi Zakia ditawan, beliau berkata kumpulan penculik dipercayai sentiasa bergerak dan berpindah tempat persembunyian yang berkemungkinan di kawasan hutan.
"Isterinya tidak tahu di mana dia berada kerana melalui percakapan dengan Zakia, kumpulan itu sering berpindah dari suatu tempat ke suatu tempat. Apabila isteri cuba bertanya pihak sana tidak mahu mendedahkan lokasi. Apabila mereka rasa tidak selamat akan pindah dan pindah di kawasan pedalaman kemungkinan kawasan hutan," katanya.
Beliau berkata pasukan polis akan berusaha dan bertangungjawab sepenuhnya untuk menentukan keselamatan Zakia dan kembali ke pangkuan keluarga.
"Kita mahu dia dibebaskan dengan selamat dan oleh sebab itu, kita mengambil masa tiga bulan (untuk berunding) dan keadaan masih terkawal dan dia (Zakia) masih okay kerana kita tahu pihak sana tidak mendera dan memukul ... kita perlu ambil masa," katanya.
Berhubung lawatan kebajikan itu, Muhammad Fuad berkata ia sebagai tanda sokongan kepada keluarga Zakia dengan menyampaikan sumbangan kepada ibu bapa Zakia iaitu Juna Gumbur, 54, dan Aliep Sadu, 54, serta isteri Zakia, Sharifah Erna Berson, 22, dan anak mereka, Muhd Hisyam Izzuddin yang berusia tujuh bulan.
"Kita memberi harapan kepada keluarga Zakia bahawa pasukan polis sentiasa mengambil berat dari segi kebajikan dan kita ada orang yang tengah membuat rundingan ... kita hendak beliau (Zakia) bebas dengan selamat," katanya.
Dalam pada itu, Muhammad Fuad berkata pengusaha ikan dalam sangkar Chan Sai Chiun yang diculik di Kampung Sapang Air, Kunak pada 16 Jun lepas juga dipercayai berada dalam keadaan selamat dan rundingan juga sedang diadakan dengan pihak penculik bagi pembebasannya tanpa bayaran tebusan.

Bajet: Dr Asri bawa kisah nasihat Nabi Shu‘aib

Posted: 11 Oct 2014 12:22 AM PDT



Bajet: Dr Asri bawa kisah nasihat Nabi Shu'aib
KUALA LUMPUR - Bekas Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin mahu berkongsi apa yang Nabi Shu'aib nyatakan kepada kaumnya tentang punca kemusnahan ekonomi sesuatu umat.
Beliau menyatakan tidak mahu mengulas bajet secara detil menerusi tulisan dalam facebooknya, sebagaimana di bawah.
Saya tidak mahu mengulas bajet secara detil. Biarlah hal itu dilakukan oleh pakar-pakarnya. Saya sekadar mahu berkongsi apa yang Nabi Shu'aib nyatakan kepada kaumnya tentang punca kemusnahan ekonomi sesuatu umat.
Nabi Shu'aib merupakan seorang nabi yang yang diutuskan kepada Kaum Madyan. Beliau terpaksa menghadapi kerenah penyelewangan pengurusan ekonomi dan harta yang mereka lakukan. Kaum Madyan dicatatkan sebagai kaum yang awal mengenakan cukai kepada orang yang lalu-lalang dalam kawasan mereka. Al-Quran merakamkan ucapan-ucapan Shu'aib bagi mengingatkan sesiapa yang terlibat dengan harta orang lain tentang asas-asas penting dalam menguruskan harta. Bahasa Nabi Shu'aib a.s. bahasa asas yang dapat difahami oleh semua peringkat.
Penipuan Harga
Penipuan harga adalah antara ibu penipuan dalam urusan ekonomi. Meletak harga bohong pada sesuatu adalah kezaliman. Penipuan ini boleh berlaku samada dengan cara menipu ukuran ataupun timbangan. Dalam kerangka projek-projek kerajaan bererti meletakkan harga yang tidak sepadan dengan nilai yang sepatut. Sehingga projek-projek itu dibayar oleh kerajaan dengan harga yang tinggi melebihi 'sukatan' ataupun 'timbangan' yang sepadan. Wang awam menjadi mangsa dan negara menjadi korban. Ini semua kerana ada pihak yang mengambil kesempatan untuk memakan harta secara tidak sepatutnya. Inilah yang Nabi Shu'aib tegaskan dalam seruannya. Firman Allah: (maksudnya) "dan kepada penduduk Madyan Kami utuskan saudara mereka Syu'aib, dia berkata: "Wahai kaumku! Sembahlah Allah! Tiada tuhan bagi kamu selain dariNYA, dan janganlah kamu mengurangi sukatan dan timbangan. Sesungguhnya aku melihat kamu berada dalam kemewahan; dan sesungguhnya aku bimbang, kamu akan ditimpa azab hari yang meliputi." (Surah Hud ayat 84).
Menipu timbangan ataupun sukatan bukan bererti tidak langsung menimbang ataupun menyukat, tetapi sukatan dan timbangan secara tipu. Inilah punca kemusnahan kehidupan penduduk Madyan kerana ada pihak yang menipu dalam berurusan dengan pihak yang lain. Justeru, negara yang baik hendak mempratikkan 'good monetary policy' yang dapat menyelamat harta awam dari ditipu ataupun dirompak secara 'lulus di atas kertas'. Kebanyakan penipu silam dan moden memperlihatkan seakan mereka jujur pada mata yang tertipu, tetapi hakikatnya mereka penipu. Hal ini akan menyebabkan negara yang zahirnya kaya, tetapi rakyatnya susah sebab timbangan dan sukatan mereka sudah ditipu. Nampak banyak, hasilnya sedikit.
Mengurangi Hak
Ingatan Nabi Shu'aib yang lain ialah: (maksudnya) "Jangan kamu kurangkan manusia apa yang menjadi hak-haknya (Surah Hud: 85).

Dalam konteks negara, jika kita membicarakan tentang hak, maka hak rakyat menikmati kekayaan bagi setiap negara tidak sama. Ia bergantung kepada latar kekayaan negara tersebut. Jangan samakan Malaysia dengan negara yang lebih miskin dari kita ataupun sebaliknya.
Sebab itu al-Quran apabila menyebut tentang mut'ah yang suami patut berikan kepada isteri yang diceraikan, Allah memerintahkan agar kadarnya ditentukan oleh kemampuan masing-masing. Allah menyebut: "..hendaklah kamu memberi "mut'ah" (pemberian saguhati) kepada mereka (yang diceraikan itu), iaitu suami yang senang (hendaklah memberi) menurut ukuran kemampuannya; dan suami yang susah pula menurut ukuran kemampuannya, sebagai pemberian saguhati menurut yang patut, lagi menjadi satu kewajipan atas orang-orang (yang mahu) berbuat kebaikan". (Surah al-Baqarah, ayat 236).
Suami yang kaya tidak boleh memberikan saguhati ataupun mut'ah itu seperti kadar yang diberikan oleh suami yang miskin. Dia tidak boleh bandingkan hak isterinya dengan isteri orang tidak sekaya dirinya. Demikian hak-hak rakyat dalam setiap negara itu berbeza berdasarkan kekuatan kekayaan negara berkenaan. Tidak boleh mana-mana kerajaan yang kaya menyamakan hak rakyat di negaranya dengan rakyat di negara yang lebih miskin daripadanya. Lebih buruk lagi jika sebahagian 'bangsawan' dan 'atasan' menikmati kekayaan sesebuah negara secara berlebihan sementara sebahagian rakyat hanya menjilat lebihan kuah yang tumpah ke lantai sahaja.
Keberkatan
Intipati yang penting dalam penghayatan amalan ekonomi yang jujur ialah mencari keberkatan yang diperolehi melalui harta yang terhasil dari sumber yang halal. Shu'aib a.s: (maksudnya) "Baki (yang halal) Allah kepada kamu lebih baik bagi kamu jika betul kamu orang-orang yang beriman, dan aku bukanlah orang yang mengawasi kamu". (Surah Hud, ayat 86).
Inilah asas jiwa insan yang jujur dalam pengurusan ekonomi. Jiwa yang memadai dengan yang halal dengan tidak mengambil harta orang lain atau pun mengurangkan hak mereka. Memadai dengan apa yang tinggal dari pengurusan yang halal itu lebih baik dan diberkati Tuhan. Dilimpahkan kedamaian dan kebaikan dari pelbagai sudut dalam kehidupan. Kebahagiaan bukan hanya diukur dengan jumlah harta tetapi kurniaan keberkataan limpahan Tuhan kepada kehidupan ini. Keberkatan adalah elemen yang ditekankan dalam pengurusan ekonomi Islam yang tiada dalam sistem ekonomi yang lain. Keberkatan itu seperti kata Al-Asfahani (meninggal 425H) bermaksud kelangsungan kebaikan ilahi kepada sesuatu. (Al-Asfahani, Mufradat Alfaz al-Quran m.s 119, Damsyik: Dar al-Qalam)
Lihatlah bila keberkatan hilang maka orang yang kaya-raya pun hidup tanpa bahagia. Pencuri-pencuri harta awam hendaklah faham hakikat ini. Pengurus harta awam juga hendaklah faham. Justeru itu kita kena sedar bahawa jumlah jenayah dan keadaan tekanan hidup yang sedang meningkat dalam negara kita adalah antara tanda hilangnya keberkatan kehidupan.
Good Governance
Good governance atau urus tadbir baik adalah istilah yang digunapakai pada hari ini bagi menggambarkan bagaimana institusi awam yang mengendalikan urusan dan harta awam ditadbir. Ia menggambarkan urustadbir yang bertanggungjawab lagi baik. Beberapa anasir diletakkan oleh pelbagai pihak seperti UN, IMF, World Bank dan lain-lain dalam menetapkan characteristics sesuatu urus tadbir yang baik. Sesiapa yang mengkaji tentang international development boleh mendetilkannya.
Apapun, nasihat-nasihat Nabi Syu'aib adalah kunci kepada urustadbir harta yang baik. Para pemerintah hendaklah insafi diri masing-masing ketika menguruskan harta negara. Sekali lagi saya ulangi apa yang Syeikh al-Islam Ibn Taimiyyah r.h (meninggal 728H) dalam kitabnya As-Siyasah asy-Syar'iyyah fi Islah ar-Ra'i wa ar-Ra'iyyah sebut: "Tidak boleh para pemerintah membahagikan harta negara mengikut nafsu mereka seperti mana seorang pemilik harta membahagikan harta miliknya. Sebaliknya, para pemerintah hanyalah pemegang amanah, wakil dan utusan. Mereka bukan pemilik harta. Ini seperti yang Nabi s.a.w sabda: "Aku –demi Allah- tidak boleh memberi (harta awam) ataupun menghalang seseorang. Aku hanya pembahagi yang meletakkannya di mana sahaja aku diperintahkan". Ini diriwayatkan oleh al-Bukhari daripada Abu Hurairah r.a."
"Inilah rasul Tuhan semesta alam yang memberitahu bahawa dia tidak mempunyai hak menghalang dan memberi dengan kehendak dan pilihannya seperti mana seorang pemilik harta yang boleh berbelanja dengan hartanya, dan seperti raja-raja yang memberikan kepada sesiapa yang mereka suka. Sebaliknya dia (Rasulullah s.a.w) hanya seorang hamba Allah, membahagikannya mengikut arahan Allah. Dia meletakannya di mana yang Allah perintahkan".
Sambung Ibn Taimiyah lagi: "Demikian apabila seseorang berkata kepada (Khalifah) 'Umar bin al-Khattab: "Wahai Amir al-Mukminin! Andainya engkau tambah peruntukanmu dari harta Allah ta'ala (harta negara). Jawab 'Umar: "Tahukah engkau apakah bandingan antara aku dan rakyat? Ia umpamanya satu kaum yang berada dalam satu perjalanan, lalu mereka menghimpunkan harta mereka kemudian mereka menyerahkannya kepada seseorang untuk membelanjakannya untuk mereka. Apakah halal untuk lelaki itu mengutamakan dirinya dengan menggunakan harta mereka?." [m/s 51-52. Kuwait: Dar al-Arqam (1406H)] -SH

Dialog Dewasa Kritik Berasa

0

Posted by Unknown | Posted on 11:01 PTG | Posted in

sumber :-

Dialog Dewasa Kritik Berasa


BERTAHUN HIDUP TERSESAT AKHIRNYA PADERI BESAR DI INDONESIA MASUK ISLAM.

Posted: 11 Oct 2014 10:00 PM PDT


Ketika segelintir puak minoriti di Malaysia yang bermati-matian mengatakan Allah itu bersifat trinity dan berhempas pulas nak gunakan kalimah Allah sampai nak saman kerajaan Malaysia, dunia terkejut dengan berita Paderi katolik di Indonesia; Fathter Eduardo Vincenzo Maria Gomez 87 tahun asal Sepanyol memeluk Islam.

Apalagi puak-puak evangelis di Malaysia ada yang melompat kepanasan. Sampai nak menyanyi koir, dengar kutbah paderi dan melakukan pembaptisan dalam gereja hari Ahad ni pun rasa bingung...

Ini mesti salah UMNO lagi kot?

Bukan kita tak tahu betapa masyarakat Islam di Indonesia sedang bertarung mempertahankan akidah mereka dari pelbagai kesesatan yang direka dan disebarkan oleh puak-puak missionary.

Ajaran sesat apa yang tiada di Indonesia yang segelintir puak-puak disini sasau nak mengembangkannya atas nama kebebasan beragama. Syiah, Ahmadiyah, Ingkar Sunnah, Pluralisme, Ateisme, Kejawen, Jaringan Islam Liberal (JIL)...semuanya ada.

Peliknya lagi mereka yang tak ada kena mengena dengan Islam ini suka sangat nak kembangkan ajaran sesat ini di kalangan umat Islam dan disokong pula oleh segelintir pemimpin-pemimpin Islam sendiri yang kepiah dan jubahnya tak pernah lekang dari badan!

Bila pihak berkuasa mengambil tindakan membenteras dan melindungi kesucian Islam mereka pula mengatakan kerajaan zalim kerana menghalang perbuatan mereka.


Kini dengan peristiwa masuknya Islam oleh seorang paderi besar Katholik di Indonesia bersama-sama pengikutnya telah membuktikan bahawa Islam itu adalah agama yang benar. 

Subhanallah...Itulah kebesaran kuasa Allah. Mungkin dulu hidup si paderi ini tersesat dan menyesatkan manusia, namun atas kehendak Allah dia beriman setelah mendapat petunjuk yang mungkin pada sesetengah orang menganggap sebagai mengarut.

Tiada yang mustahil bagi Allah. Mungkin juga seseorang yang hidupnya dilahirkan sebagai Islam, anak pengasas sebuah jemaah Islam yang terkenal, bercakap siang malam pasal Islam tapi kerana salah bertahaluf siyasi dengan puak harbi maka hidupnya kini semakin menjurus ke arah kekufuran.

Ada juga pemimpin Islam yang hidupnya serba serbi tahu mengeji kerajaan sebab kemaruk nak jadi Perdana Menteri hingga sanggup mengadaikan hak dan keistimewaan agama dan bangsanya semata-mata menjilat puak-puak kufur demi menagih undi mereka. 



http://worldnewsdailyreport.com/catholic-priest-wakes-up-from-coma-after-17-months-converts-to-islam/

Kita percaya Islam pasti akan berjaya walaupun ditentang hebat dan dibenci kaum kafirun, mushrikun dan munafikun. 

ADAKAH ANDA BERSETUJU KEMENTERIAN BELIA & SUKAN DIASINGKAN ?

Posted: 11 Oct 2014 07:30 PM PDT

BOLA SEPAK MALAYSIA KE SUKAN OLIMPIK 1980
DISKUSI Hujung Minggu - KEMEROSOTAN Sukan negara dalam dua kejohanan besar iaitu Sukan Komanwel ke-20 Glasgow dan Sukan Asia Incheon baru-baru ini memberi kesan besar kepada rakyat Malaysia. Kemerosotan itu sangat memalukan kerana Malaysia terkenal dengan kemudahan sukan bertaraf dunia. 

Contohnya, ada sesuatu yang tidak kena bilamana pasukan Hoki negara kita tewas kepada England, New Zealand, Trinidad dan Tobago semasa Sukan Komanwel Glasgow. Di Sukan Asia Incheon, pasukan bola sepak tidak mampu pergi jauh, malah ratu terjun merosot luar biasa. Malah pasukan Sepak Takraw negara pun terkial-kial untuk mengalahkan pasukan Korea Selatan.

Saya tidak bersetuju jika Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN) atau mana-mana pihak dijadikan kambing hitam atas kegagalan itu. Semasa dia berjaya dalam sukan yang sama 4 tahun lepas, dia tidak dipersoalkan? Dia berjaya bersama Menteri yang lain dan dia gagal bersama Menteri yang lain. Penilaian hendaklah adil.

Oleh kerana sukan merupakan bidang yang penting dalam pembentukan sebuah negara (nation building), saya ingin mencadangkan supaya Kementerian Belia dan Kementerian Sukan diasingkan. Sudah banyak negara-negara maju hanya memiliki Kementerian Sukan sahaja.

Jika pasukan bola sepak negara kita gagal dan gagal lagi mendiri dalam Sukan Asia, Sukan Komanwel, Sukan Olimpik apatah lagi Piala Dunia, apakah kita mahu tunggu 100 tahun lagi? Kita perlu fokus dalam menjadikan sukan bola sepak sebuah industri sukan yang memberi pulangan bukan sahaja kepada negara tetapi juga kepada masa hadapan pemain.

Perdana Menteri hendaklah diyakinkan bahawa bajet yang besar diberikan kepada bidang Sukan akan menjadi sia-sia jika kita berterusan gagal dan tewas. Ahli-ahli sukan tidak boleh dipersalahkan 100%, sebaliknya organisasi itu perlu dirombak.

BOLA SEPAK MALAYSIA KE SUKAN OLIMPIK 1976
Negara kita memerlukan seseorang yang lebih fokus kepada Sukan, dengan memiliki ilmu pengetahuan, pengalaman dan komitmen yang tinggi dalam bidang sukan.

Apabila masih timbul isu gaji, elaun, kwsp, bookie dan sebagainya ianya menunjukkan kita tidak serius menyelesaikan isu-isu tersebut. Seseorang ahli sukan tidak mungkin dapat memberikan komitmen yang padu seandainya makan minumnya tidak terpulihara. Apatah lagi jika sudah memiliki komitmen lain yang lebih besar. Mereka jua manusia biasa.

Tidak menjadi suatu masalah apabila kita mengambil seseorang yang profesional dalam bidang sukan untuk menjaga Kementerian Sukan yang saya cadangkan. 

Secara peribadi, saya berpendapat menteri yang ada sekarang tidak sesuai menjaga bidang sukan. Beliau nampaknya sesuai dan serasi dengan belia, kerana itu program-program belia seperti Parlimen Belia boleh diwujudkan selepas banyak kali tertangguh.

Kita mahu pasukan Bola Sepak negara kita mencapai taraf Piala Dunia, tetapi bagaimana ianya akan menjadi kenyataan jika di peringkat Sukan Asia pun kita tidak lepas? Kita tidak boleh hanya berbangga dengan Sukan Sea dan Piala Tiger sahaja, kita mesti keluar dari kepompong dan kebiasaan. Begitu juga dalam sukan olahraga dan sukan yang lain. 

Menjelang tahun 2020, negara kita seharusnya menyanyikan lagu Negaraku di atas podium Sukan Olimpik dan sukan-sukan bertaraf dunia yang lain. Namun, jika beginilah keadaannya, saya tidak fikir lagu Negaraku akan berkumandang di Sukan Olimpik. 

Saya percaya Menteri Belia & Sukan sedia ada bersetuju dengan idea ini.

SUMBER

20 SEN DUIT RAKYAT DIROMPAK? HA MEH TENGOK... BERBILION-BILION HINGGIT RAKYAT DAPAT HABUAN!

Posted: 11 Oct 2014 04:00 PM PDT


Pakcik tak nak gebang banyak-banyak. Pakcik mungkin rugi doposen sebulan sebab subsidi minyak ditarik balik, tapi untuk jangka panjang Pakcik dapat banyak untung.

Sepupu Pakcik selama ni merungut hidupnya sebagai nelayan mungkin terjejas sebab kena keluar doposen nak beli minyak, tapi tadi dia tersengih dapat 200 hinggit sebulan mulai tahun depan. 

Buat pertama kali dia dapat. Hilang doposen dapat dua ratuih sebulan. Sapa nak bagi?

Selama ni dok pi ceramah pembangkang dok telan ayaq lioq jer sedar-sedar tin milo sampai depan mata mintak duit atas nama jihad.

Jihad kejadahnya... dok maki hamun kerajaan pum pang pum pang apa jasa pun tak dak.

Anak sedara Pakcik kerja kerajaan lagi best dapat macam-macam. Tahun depan bolehlah dia beli rumah sendiri di Putrajaya. Bonus pun dapat... syukur Alhamdulillah.

Yang kerja swasta pun boleh dapat kenaikan gaji. Cukai korporat akan turun dari 25% kepada 24%, cukai SST 16% dihapuskan diganti cukai GST 6%.

Bajet 2015: Bila kadar cukai dikurangkan dan ramai diberi pengecualian, maka pendapatan individu akan bertambah, secara tak langsung kadar tabungan boleh ditingkatkan dan kuasa beli turut meningkat.
Itulah sebahagian cara kerajaan nak tolong rakyat.

Pakcik tak pandai ekonomi tapi kalau cukai-cukai dah turun syarikat dapat banyak untung bolehlah gunakan keuntungan itu disalurkan untuk naikkan gaji pekerja. Jangan tokey nak makan sorang jer.

Banyak lagi kalau Pakcik nak cakap kebaikan Bajet 2015. Pakcik bersyukur sebab masih lagi dapat rezeki. BR1M pun dah naik. 

Walaupun dibayar berperingkat dan tak banyak, dapat juga tampung perbelanjaan harian sedikit sebanyak. Yang penting kita berhemah, berjimat dan bersabar. Sabar tu banyak pahalanya.

Yang tak ada iman tak faham konsep redha dan sabar ni. Sebab tu merungut memanjang.


Kalau kita bersyukur, Allah akan tambah lagi nikmat dan rahmat yang tak semestinya berbentuk wang ringgit tapi nikmat kesihatan, ketenangan beribadah, anak-anak berjaya, kenderaan tak buat ragam, perut sentiasa kenyang ...syukur Alhamdulillah. 

Tak guna duit banyak tapi masih berhutang keliling pinggang. Anak-anak selalu sakit dan tak da ketenangan hidup...selalu merungut tak cukup itu ini.

Anak sulung Pakcik baru lepas graduan, la ni tengah ambik kursus kemahiran bawah Skim Latihan 1Malaysia (SL1M).

Walaupun tak cemerlang CGPAnya dan kena bayar PTPTN tapi Pakcik syukur dia dah berjaya dapat ijazah. Alhamdulillah tak pernah miss bayar dan dapat diskaun lagi.

Nasib baik dia tak ikut perangai kengkawan dia dok demo memanjang tuntut kebebasan bersuara dan PTPTN free. Sampai la ni kena repeat satu semester lagi. Ada juga yang dapat CGPA tak semegah manapun. Herolah sangat...



Bajet 2015: Kerajaan buat cadangan dan laksanakan...tapi pembangkang berjanji namun apa pun tak bagi...
mana yang lebih baguz?

Dok asyik kata GST tak baguih, mana hangpa tau tak baguih? Kalau tak baguih pasai apa 160 buah negara dah buat GST tak bankrap pun, rakyatnya tak mati kelaparan.

Dok kata rakyat Malaysia susah la ni tapi adakah rakyat kita terpaksa berebut-rebut mintak sedekah sampai sanggup berbunuh-bunuhan macam sesetengah negara lain? 

Pasar-pasar, kedai-kedai orang dok berlambak membeli belah juga. Minyak naik tapi kenderaan semakin banyak sampai sesak nak parking pun susah. 

Dibawah perlaksanaan GST sebanyak 532 dari 944 barang pengguna akan turun harga hingga 4.1%. Ini bermakna kita dapat menjimatkan perbelanjaan harian kita. Bukankah itu cara kerajaan membantu rakyat?

Kepada yang masih dok kutuk Bajet tu, dok asyik pertikai itu dan ini, Ingatlah Tuhan tak akan meredhai hidup seseorang yang kufur nikmat.

Banyak dapat tapi kalau jenis kufur tak da iman dok nak jadi liberal poyo memanjang bagi 10,000 hinggit pun tak pernah cukup.

Terpulanglah kalau masih mengharapkan si penipu-penipu bersarban dan jenis cakap pandai menjanjikan yang bukan-bukan walhal habuk pun tak dak. Kita jer yang asyik kena tipu.

DBKL TUTUP MATA KIASU BERNIAGA ATAS TANAH RIZAB KERAJAAN

Posted: 11 Oct 2014 05:25 AM PDT


Kami menerima emel daripada rakyat Malaysia di Wangsa Maju berkenaan isu Pencerobohan Peniaga Ultra Kiasu di Wangsa Maju di atas tanah rizab kerajaan! Nampaknya DBKL tidak boleh sewenang-wenangnya menutup mata dan telinga kerana zaman internet tidak memungkinkan sesiapapun menutup mata.

Kita sering membaca di dalam media, apabila orang-orang Melayu berniaga kecil-kecilan menjual nasi lemak telah dihalau  malah ditendang barangan jualan mereka atas alasan tiada lesen dan tempat berniaga haram. Tiada budi bicara dan tiada belas kasihan. Anda boleh google hal-hal ini, ianya banyak diceritakan.

Bagaimana dengan peniaga di atas? Kami dimaklumkan dia berniaga di atas tanah rizab, tidak dihalau dan tidak diganggu oleh pihak DBKL? Kenapa ada double-standard.

Kepada pengirim emel, kami dedahkan aduan anda sebagai salah satu tanggungjawab sosial kami.